artikel kecederaan dalam sukan.docx

13
Kecederaan dalam sukan (semester 8) Review artiek journal Odd-Egil O, Grethe M. Lars E, Ingar H, and Roald B. (2005). Exercise to prevent lower limb injuries in youth sports [ senaman untuk mencegah kesederaan bahagian bawah badan di kalangan remaja yang terlibat dalam sukan]. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan program memanaskan badan yang direka untuk mengurangkan kecederaan bahagian lutut dan buku lali remaja yang melibatkan diri dalam sukan. Seramai 1837 pemain bola baling dari Norway (808 perempuan dan 150 lelaki) berumur antara 15 hingga 17 tahun melibatkan diri dalam kajian ini. Daripada jumlah tersebut 879 (778 perempuan dan 101 lelaki)pemain diletakkan dalam kumpulan kawalan. Pengukuran dalam kajian ini ialah kadar kecederaan akut lutut atau buku lali. Keputusan kajian menunjukkan, semasa musim permainan 129 kecederaan akut lutut atau buku lali telah direkodkan, 81 kecederaan dikesan dalam kumpulan kawalan manakala 48 kecederaan lagi dikesan dalam kumpulan kajian. Kesimpulan kajian menunjukkan, program memanaskan badan yang dirancang dapat

Upload: zubed2188

Post on 26-Oct-2015

370 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

sebagai panduan dan rujukan bagi guru-guru ppg sem 4 (PJ)

TRANSCRIPT

Page 1: artikel kecederaan dalam sukan.docx

Kecederaan dalam sukan (semester 8)

Review artiek journal Odd-Egil O, Grethe M. Lars E, Ingar H, and Roald B. (2005).

Exercise to prevent lower limb injuries in youth sports [ senaman untuk

mencegah kesederaan bahagian bawah badan di kalangan remaja yang terlibat

dalam sukan].

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan program memanaskan

badan yang direka untuk mengurangkan kecederaan bahagian lutut dan buku lali

remaja yang melibatkan diri dalam sukan. Seramai 1837 pemain bola baling dari

Norway (808 perempuan dan 150 lelaki) berumur antara 15 hingga 17 tahun melibatkan

diri dalam kajian ini. Daripada jumlah tersebut 879 (778 perempuan dan 101

lelaki)pemain diletakkan dalam kumpulan kawalan. Pengukuran dalam kajian ini ialah

kadar kecederaan akut lutut atau buku lali. Keputusan kajian menunjukkan, semasa

musim permainan 129 kecederaan akut lutut atau buku lali telah direkodkan, 81

kecederaan dikesan dalam kumpulan kawalan manakala 48 kecederaan lagi dikesan

dalam kumpulan kajian. Kesimpulan kajian menunjukkan, program memanaskan badan

yang dirancang dapat mengurangkan kecederaan lutut dan buku lali di kalangan remaja

yang melibatkan diri dalam sukan. Latihan pencegahan ini perlu diperkenalkan sebagai

sebahagian daripada program sukan remaja.

Kesimpulannya kajian ini, telah menambahbaik kajian-kajian yang dijalankan

sebelum ini. Ini kerana, melalui kajian ini kesedaran mengenai pencegahan kecederaan

lutut dan buku lali telah bertambah. Selain itu, kecederaan ini juga telah dapat

dikurangkan sekurang-kurangnya sebanyak 50% dengan program memanaskan badan

Page 2: artikel kecederaan dalam sukan.docx

yang telah direka ini. Keputusan kajian ini juga boleh digunakan kepada sukan lain yang

mempunyai risiko kecederaan lutut dan buku lali yang sama seperti sukan bola baling.

Namun begitu, program memanaskan badan ini, hanya sesuai untuk digunakan untuk

mengatasi kecederaan lutut dan buku lali yang berpunca daripada pendaratan dan

pergerakan sahaja. Selain itu, program ini hanya sesuai untuk dilaksanakan kepada

remaja yang berumur antara 15 hingga 17 tahun sahaja. 

Review artikel journal Cynthia R. LaBella, Michael R. Huxford, Joe Grissom,

Kwang-Youn Kim, Jie Peng, and Katherine Kaufer Christoffel. (2011). Effect of

Neuromuscular Warm-up on Injuries in Female Soccer and Basketball Athletes in

Urban Public High Schools [kesan memanaskan otot saraf ke atas kecederaan

dalam bola sepak perempuan dan atlet bola keranjang di sekolah tinggi awam

kawasan Bandar]. Arch Pediatr Adolesc Med/Vol 165(11): 1033-1040. 

Cynthia R. LaBella, Michael R. Huxford, Joe Grissom, Kwang-Youn Kim, Jie Peng, and

Katherine Kaufer Christoffel, (2011) telah menjalankan kajian mengenai kesan

memanaskan otot saraf ke atas kecederaan dalam bola sepak perempuan dan atlet

bola keranjang di sekolah tinggi awam di kawasan bandar. Kajian ini dijalankan untuk

menentukan keberkesanan latihan yang dimula dengan memanaskan otot saraf untuk

mengurangkan kecederaan bahagian bawah badan (LE) di kalangan athlet wanita yang

bercampur etnik dan kebanyakannya penduduk bandar berpendapatan rendah.

Seramai 90 orang jurulatih dan 1492 atlet berjaya menyiapkan kajian ini. Pemilihan

sekolah dilakukan secara rawak untuk menentukan kumpulan kajian dan kumpulan

kawalan. Kajian ini mengukur pendedahan/penglibatan atlet dalam latihan dan

Page 3: artikel kecederaan dalam sukan.docx

pertandingan (AEs) dan punca LE yang menyebabkan atlet tidak menyertai sesi latihan.

Pengukuran ini dilakukan melalui laporan yang ditulis olej jurulatih pada setiap minggu.

Keputusan kajian menunjukkan kumpulan kajian mempunyai kadar per 1000 AEs yang

lebih rendah pada peringkat permulaan LE, akut kecederaan LE yang tidak melibatkan

sentuhan, kecederaan ketegangan buku lali yang tidak melibatkan sentuhan dan

kecederaan LE yang dirawat menggunakan pembedahan. Kesimpulan kajian ini

menunjukkan, latihan yang dimulakan dengan memanaskan otot saraf  mengurangkan

kecederaan LE yang tidak melibatkan sentuhan di kalangan pemain bola sepak

perempuan sekolah tinggi dan atlet bola keranjang yang bercampur etnik, dan

kebanyakannya penduduk bandar berpendapatan rendah.

Justeru itu kajian ini penting kepada jurulatih untuk memilih langkah pencegahan

kecederaan kepada atlet bola sepak dan bola keranjang. Perkara ini sangat penting

kerana apabila kecederaan dapat dicegah, kos merawat kecederaan dapat dikurangkan

dan prestasi atlet dapat ditingkatkan sehingga mencapai tahap optimum. Namun begitu,

kajian ini boleh ditambahbaik dengan menyatakan pengurangan kecederaan mengikut

bangsa. Ini kerana, kajian ini telah melibatkan etnik yang pelbagai seperti African

American, Hispanic, White dan bangsa lain. Dengan itu, data yang dikutip ini akan

menjadi lebih terperinci dan dapat memberikan maklumat yang lebih banyak dan

pelbagai.

Kesimpulannya, kajian seperti ini perlu diteruskan dan diperluaskan lagi sebelum

satu kesimpulan dapat dilakukan. Ini kerana, terdapat banyak lagi data yang boleh

diperoleh daripada kajian ini.

Page 4: artikel kecederaan dalam sukan.docx

Review artikel journal Erik J. T., Alphons G. Kessels., Muriel D. Lezak,, Barry D.

Jordan,,  and Jaap Troost. (1999). Neuropsychological Impairment in Amateur

Soccer Players [Kemerosotan neuropsikologikal ke atas pemain bola sepak

amatur]. The Journal of American Medical Association, Vol 282, No. 10.

Erik J. T., Alphons G. Kessels., Muriel D. Lezak,, Barry D. Jordan, and Jaap Troost.

(1999) telah menjalakan satu kajian mengenai kemerosotan neuropsikologikal ke atas

pemain bola sepak amatur. Kajian ini dijalankan kerana, kombinasi tidak sedarkan diri

dalam bola sepak dengan bilangan tandukan mempunyai risiko untuk mengalami

kecederaan trauma otak yang kronik (Chronic traumatic brain injury (CTBI)). Objektif

kajian ini adalah untuk mendapatkan bukti sama ada pemain bola sepak amatur

mempunyai kecederaan trauma otak yang kronik. Seramai 33 orang pemain bola sepak

amatur dan 27 orang atlet amatur (renang dan trek) di Netherlands terlibat dalam kajian

ini. Kajian ini mengukur prestasi pemain bola sepak dalam 16 ujian neuropsikologikal

yang mempunyai 27 hasil. Keputusan kajian menunjukkan pemain bola sepak amatur

mempunyai kemerosotan prestasi dalam ujian merancang dan ingatan berdanding

kumpulan kawalan. Dalam kalangan pemain bola sepak tersebut, Sembilan orang

pernah tidak sedar diri disebabkan bola sepak dan tujuh orang pernah mengalami 2

hingga 5 kali tidak sedarkan diri sepanjang kerjaya mereka. Bilangan tidak sedarkan diri

ini mempunyai kaitan ke atas 6 daripada ujian psikologikal tersebut. Kesimpulannya,

kajian ini menunjukkan bahawa penglibatan pemain bola sepak amatur secara

umumnya, dan tidak sedarkan diri khususnya boleh menyebabkan kemerosotan

prestasi dalam ingatan dan fungsi merangcang.  

Page 5: artikel kecederaan dalam sukan.docx

Kekuatan kajian ini adalah, isu utama kajian. Kajian ini adalah mengenai

kemerosotan neuropsikologikal yang berlaku ke atas pemain bola sepak. Bola sepak

merupakan sukan yang sangat popular dan mempunyai jutaan pengikut. Menurut

tinjauan yang dilakukan oleh Federation International Football Association (FIFA) ke

atas 207 ahlinya pada tahun 2000 mendapati 265 million orang yang bermain bola. Ini

merupakan satu jumlah yang besar. Jadi adalah penting untuk setiap orang yang

bermain bola sepak mengetahui risiko kecederaan dalam permainan tersebut. Ini boleh

membantu mereka melakukan pencegahan untuk mengelakkan diri dari kecederaan. Ini

kerana mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

Selain itu, isu kecederaan neuropsikologikal ini merupakan sesuatu yang

penting. Ini kerana, ia boleh mempengaruhi tiga fungsi system. Pertama ialah intelek,

yang memberi maklumat mengenai tingkah laku. Kedua ialah emosi, yang melibatkan

perasaan dan motivasi dan ketiga ialah kawalan iaitu mengawal tingkah laku. Oleh itu,

penting untuk seseorang itu untuk mengetahui factor-faktor yang boleh menyebabkan

kecederaan ini supaya mereka boleh mengelaknya.

Kesimpulannya, kajian ini merupakan kajian yang sangat berguna dan penting

kepada bidang sukan dan perubatan. Justeru itu, kedua-dua pakar dalam bidang ini

perlu melakukan kajian mengenai langkah pencegahan yang boleh diambil,

memandangkan bola sepak ini mempunyai pengaruh yang sangat besar.

Review artikel journal Marc A. S, and Thomas M.B. (2004). A Comparison of 2 Rehabilitation Programs in the Treatment of Acute Hamstring Strains [Perbandingan 2 program pemulihan dalam rawatan kekejangan akut hamstring]. Orthop Sports Phys Ther. Vol 34. No 3. March 2004: 116-125  Kajian ini dilakukan untuk menilai dua program pemulihan dalam rawatan kecederaan

akut hamstring. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan dua program

Page 6: artikel kecederaan dalam sukan.docx

pemulihan kekejangan hamstring beradasarkan penilaian masa yang diambil dan kadar

kecederaan berulang bagi tempoh dua minggu pertama dan satu tahun kemudian

selepas melibatkan diri semula dalam sukan. Tujuan lain ialah untuk menyiasat

hubungan antara fungsi ujian prestasi dan masa untuk kembali melibatkan diri dalam

sukan dan kadar kecederaan berulang selepas kembali melibatkan diri dalam sukan. 

Seramai 24 orang atlet menyertai kajian ini. Atlet dibahagikan kepada dua kumpulan.

Kumpulan pertama mengandungi 11 atlet yang menjalani regangan static,

pembangunan progresif hamstring senaman ketahanan dan rawatan ais (STST Group).

Manakala 13 atlet menjalani pembangunan progresif kelenturan senaman kestabilan

bahagian atas dan rawatan ais (PATS group). Keputusan menunjukkan kumpulan

STST mengambil masa 37.4 - 27.6 hari manakala kumpulan PAtS mengambil masa

22.2 - 8.3 hari. Dalam tempoh dua minggu pertama selepas kembali melibatkan diri

dalam sukan, seramai enam orang atlet dari kumpulan STST mengalami kecederaan

hamstring berulang selepas dan tiada seorang pun yang mengalaminya bagi kumpulan

PATS. Kecederaan hamstraing berulang dalam tempoh satu tahun selepas kembali

melibatkan diri dalam sukan pula ialah seramai tujuh orang bagi kumpulan STST dan

hanya seorang bagi kumpulan PATS. Kesimpulannya program pemulihan rawatan

kecederaan akut hamstring kumpulan PATS lebih berkesan berbanding kumpulan

STST dalam kembali melibatkan diri dalam sukan dan mengelak kecederaan

kekejangan akut hamstring berulang semula bagi atlet.

Kesimpulannya, kajian ini sangat berguna sebagai panduan untuk jurulatih dan

atlet memilih rawatan yang berkesan bagi merawat kecederaan kekejangan hamstring.

Ini kerana, melalui program pemulihan rawatan kecederaan yang betul dan tepat akan

Page 7: artikel kecederaan dalam sukan.docx

dapat membantu atlet untuk kembali melibatkan diri dalam sukan dengan risiko

kecederaan berulang yang rendah. Namun begitu kajian klinikal seterusnya perlu juga

dilakukan untuk melihat potensi program pembangunan progresif kelenturan senaman

kestabilan bahagian atas dan rawatan ais untuk menghalang kecederaan hamstring

semasa bersukan perlu dilakukan.

Review artikel Marc A.S., Thomas M.B., Amy S., Darryl G.T., Bryan C.H. (2011).

Hamstring Strains: Basic Science and Clinical Research Applications for

Preventing the Recurrent Injury [kekejangan hamstring: Asas Sains dan Kajian

Aplikasi Klinikal untuk mencegah kecederaan berulang]. Strength and

Conditioning Journal. Vol 33(11) No 3.

Satu kajian yang telah dijalankan oleh National Collegiate Athlectic Assiciation Injry

Surveilance System menunjukkan bahawa 62% atlet lelaki kolej mudah mendapat

kecederaan hamstring berdanding atlet wanita. Oleh itu, Marc A.S., Thomas M.B., Amy

S., Darryl G.T., Bryan C.H. (2011) telah menulis satu artikel bertajuk kekejangan

hamstring: Asas Sains dan Kajian Aplikasi Klinikal untuk mencegah kecederaan

berulang. Tujuan artikel ini adalah untuk menunjukkan saiz dan skop kekejangan

hamstring ini melalui pelbagai jenis kemalangan dalam sukan dan kesukaran untuk

kembali melibatkan diri tanpa mengalami kemerosotan prestasi dan risiko kecederaan

berulang. Atrikel ini menunjukkan risiko untuk mendapatkan kecederaan hamstring

adalah melalui tahap persaingan atlet dan umur. Selain itu kecederaan hamstring laying

lama juga menjadi penyumbang risiko kecederaan berulang. Artikel ini juga

Page 8: artikel kecederaan dalam sukan.docx

menjelaskan bahawa hamstring selalu terjadi ketika berlari. Kecederaan ini selalu

berlaku disepanjang sambung otot tendon. Ini menyebabkan tisu disekitar kawasan

tersebut rosak.. oleh itu, satu program pemulihan yang melibatkan latihan memanaskan

badan dinamik dan latihan menguatkan bahagian atas badan perlu dilakukan. Selain

itu, pengambilan sarcomeres juga digalakkan supaya tendon dan otot boleh bekerja

lebih lama dan meningkatkan magnitude kelenturan.

Kesimpulannya artikel ini sangat berguna untuk mengatasi masalah kecederaan

hamstring yang selalu berlaku di kalangan atlet. Melalui artikel ini atlet boleh melakukan

program latihan bagi memulihkan kecederaan ini dan mengelakkannya berulang

semula. Ini seterusnya membantu meningkatkan prestasi atlet ke tahap optimum.

Review artikel journal Hassan I and Dorani B.J (2001). Sports related fractures in

children in north east England [Kepatahan berkaitan sukan di kalangan kanak-

kanak di selatan utara England]. Emerg Med J 2001;18:167-171.

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menerangkan epidemiologi kepatahan di

kalangan kanak-kanak yang berkaitan sukan yang boleh dilihat di hospital awam

bahagian kemalangan dan kecemasan. Kajian ini dijalankan ke atas kanak-kanak yang

berumur 5 hingga 10 tahun yang mengalami kepatahan berkaitan sukan daripada 1

September 1997 hingga 31 Ogos 1998. Keputusan menunjukkan, seramai 255 orang

kanak-kanak berumur 5 hingga 15 tahun mengalami kepatahan berkaitan sukan

sepanjang tempoh kajian dijalankan. Secara keseluruhannya, bola sepak, kasut roda,

basikaldan bola jaring merupakan penyebab utama berlaku patah. Tempat paling tinggi

Page 9: artikel kecederaan dalam sukan.docx

berlakunya kecederaan ialah kawasan perumahan. Kebanyakkan kepatahan ini berlaku

di bahagian atas anggota badan. Kesimpulan kajian ini ialah, kanak-kanak kelima yang

mengalami kecederaan berkaitan sukan ialah kepatahan. Pelbagai factor boleh

mendorong kepada peningkatan kemalangan berkaitan sukan yang menyebabkan

kepatahan ini.

Kesimpulannya, kajian ini boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa dan jurulatih

mengenai sukan yang boleh mendatangkan risiko kepatahan kepada kanak-kanak.

Selain itu ibu bapa juga boleh membantu mengurangkan jumlah kanak-kanak yang

mengalami kepatahan ini dengan memberi tumpuan kepada aktivti yang dilakukan

mereka semasa berada di rumah. Ini kerana kajian menunjukkan kawasan perumahan

merupakan tempat utama berlakunya kecederaan.