aspek bahasa dan kajiannya

Upload: sukixyz-ha

Post on 09-Oct-2015

14 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Bahasa

TRANSCRIPT

  • 5/19/2018 Aspek Bahasa Dan Kajiannya

    1/5

    Aspek Bahasa dan Kajiannya. (Kumpulan Siri Ceramah Peristilahan).

    Penulis : Asmah Haji Omar.

    Bahasa boleh dikatakan merupakan satu daripada media yang digunakan

    untuk semua berkomunikasi. Fungsi bahasa juga boleh dikatakan mampu

    mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Hal ini kerana bahasa membolehkan

    kita berinteraksi dengan orang ramai, dengan jiran, dengan kawan, dengan ahli

    keluarga dan pihak lain. Dengan ini, kita boleh meluahkan pandangan atau pendapat

    kita tentang sesuatu isu dan mengeluarkan perasaan kita kepada orang lain. Di

    seluruh dunia terdapat berbagai-bagai jenis bahasa yang dimiliki oleh kaum masing-

    masing. Persoalannya, apa itu bahasa?

    Pertama sekali, bahasa merupakan sesuatu yang dianggap sebagai sistem

    lambang. Bahasa ini digunakan sebagai alat komunikasi atau perhubungan antara

    manusia. Bahasa merupakan sistem lambang yang mampu mengaitkan maksud

    atau fikiran manusia dengan sesuatu benda supaya pengguna bahasa dapat

    memahami sesuatu benda yang diperkatakan. Contohnya, sekiranya seseorang

    sedang berfikir tentang seni dan dia telah meluahkan fikiran tersebut dengan

    menggunakan bahasa. Dengan ini, pengguna bahasa iaitu pendengar akan

    memahami tentang fakta yang ingin disampaikannya. Alam ilmu bahasa lambang

    diertikan sebagai sesuatu yang dikeluarkan atau yang disebutkan dari mulut

    seseorang sebagai mewakili apa yang ada dalam kepala atau fikiran seseorang itu.

    Sebelum mempunyai bahasa, isyarat telah digunakan dan mewakili sebagai tahap

    permulaan alat komunikasi antara manusia. Contohnya, bayi yang masih kecil dan

    belum mempunyai bahasa, mereka menyatakan rasa dengan menggunakan isyarat

    seperti menangis, ketawa, gerak tangan, gerak kaki dan lain-lain isyarat. Dengan ini,

    orang dewasa pun mengetahui tentang keperluan bayi tersebut. Selain itu, perkataan

    yang dicipta walaupun merupakan perkataan yang sama tetapi memiliki makna yang

    berbeza dalam bahasa yang berbeza. Buktinya, perkataan pusing dalam bahasa

    Melayu merujuk kepada merayau atau berjalan-jalan manakala bahasa Indonesi pula

    merujuk kepada perasaan pening kepala. Pendek kata, bahasa ini penting kepada

    manusia kerana dengan adanya bahasa maka manusia boleh menunjukkan

    perbezaan dengan binatang. Manusia yang tidak ada bahasa boleh diibaratkan

    seperti binatang kerana penggunaan isyarat sahaja tidak mampu menyatakan

    kemahuan fizikal atau mental seseorang.

    Dalam kajian, ahli bahasa telah menumpu kepada permikiran manusia. Ahli

    bahasa menumpukan kepada pemikiran manusia yang digambarkan oleh unsur

  • 5/19/2018 Aspek Bahasa Dan Kajiannya

    2/5

    dalam bahasa dan bagaimana manusia boleh memperoleh bahasa. Akhirnya, tidak

    ada seseorang ahli bahasa boleh menjelaskan konsep dan peraturan yang berlaku

    dalam otak orang ramai sejak kanak-kanak. Oleh itu, mereka mempuat keputusan

    iaitu itu adalah peraturan Tuhan. Mengikut Noam Chomsky, kanak-kanak

    mempunyai peraturan-peraturan bahasa dalam kepalanya sejak lahir. Selain itu,

    Sapir-Whorf telah membuat satu hiptesis tentang penglihatan dan bahasa. Beliau

    menyatakan bahawa manusia mempersepsi atau melihat alam sekelilingnya melalui

    bahasa. Contohnya, perkataan salji dalam bahasa Melayu merupakan makna untuk

    snow. Dengan itu, orang Melayu akan mengenal tentang salji daripada buku atau

    cerita televisyen degan mengenali perkataan salji.

    Di samping itu, bahasa juga mempunyai perkaitan yang rapat dnegan budaya.

    Bahasa ini penting dikatakan penting dari segi keagamaan khususnya semasa dalam

    keadaan sembahyang. Contohnya, dalam agama Islam, bahasa atau khasnya ayat

    al-Quran mempunyai nilai supernatural yang amat tinggi. Buktinya, ayat-ayat itu

    mesti diucapkan dengan betul, tidak boleh ada kesilapan. Hal ini kerana kesilapan

    seperti ini dianggap kesilapan besar yang membawa kepada dosa. Sebaliknya,

    istilah budaya dalam kajian bahasa mempunyai tiga pengertian iaitu pengertian ciri-

    ciri kehidupan bangsa, pengertian tamadun dan pengertian budi bahasa. Bahasa ini

    diakatakan mempunyai perkaitan yang rapat dengan budaya. Hal ini kerana bahasa

    ini akan berkembang apabila budaya berkembang dan tamadun mereka ditambah

    tinggi dari semasa ke semasa.

    Seterusnya, bahasa dan masyarakat penuturnya turut mempunyai satu

    daripada kandungan dalam buku ini. Bahasa akan menjadi berbaga-bagai jenis

    dalam keadaan timbulnya migrasi. Bahasa ini disebarkan dengan dua bentuk iaitu

    dlaam kawasan Melayu dan dari luar kawasan alam Melayu. Dengan ini, bahasa

    akan menjadi berbagai jenis. Variasi bahasa boleh dilihat dari segi kawasan, situasi

    sosial dan juga tema. Dari segi kawasan, bahasa adalah dalam bentuk yang berlain

    dan mempunyai perbezaan yang kecil. Contohnya, bahasa tersebut boleh dikatakan

    mempunyai perbezaan dalam perbezaan bunya, penggunaan kata-kata tertentu. Dari

    segi situasi sosial, secara umumnya bahasa ada tiga jenis iaitu bahasa kasar,

    bahasa halus dan bahasa neutral. Buktinya, bahasa Melayu ada perbezaan antara

    bahasa biasa dengan bahasa diraja. Ini boleh dilihat pada kata ganti nama diri.

    Biasanya, orang ramai akan memperkenalkan diri sendiri sebagai saya manakala

    kata ganti nama diri bagi bahasa diraja adalah beta, patik atau hamba. Oleh itu,

    bahasa diraja boleh dikatakan bahasa taraf tinggi sekiranya dibandingkan dengan

    yang lainnya. Variasi bahasa dari berdasarkan tema adalah istilah yang digubal oleh

  • 5/19/2018 Aspek Bahasa Dan Kajiannya

    3/5

    berbagai-bagai jawatankuasa istilah itu adalah untuk kepentingan laras bahasa.

    Laras bahasa merupakan kelainan yang ditentukan oleh pokok pembicaraan atau

    tema yang diperkatakan. Ciri yang dimiliki oleh laras adalah kata dan ungkapan serta

    bunyi.

    Tajuk yang seterusnya adalah bahasa dalam rumpun dan kawasannya. Di

    negara kita, Semenanjung Malaysia merupakan kawasan penyebaran pusat bagi

    bahasa Melayu. Bahasa ini disebar dengan ddua cara, iaitu perpindahan penuturnya

    atau difunsi. Difunsi ini bermaksud bahasa yang bergerak dari mulut ke mulut.

    Contohnya, seseorang yang fasih dalam bahasa Melayu, dia berbual-bual dengan

    orang lain dengan menggunakan bahasa Melayu. Dengan cara inilah bahasa disebar

    dengan cara difunsi iaitu bersebar secara dari mulut ke mulut. Bahasa telah

    menganggotai rumpun yang tertentu. Perkaitan antara bahasa adalah melalui satu

    induk yang sama. Perkaitan antara dua bahasa yang berlainan rumpun

    memperlihatkan rumpun-rumpun itu mempunyai induk yang sama. Induk yang sama

    ini dikenali sebagai filum. Terdapat juga persamaan bahasa dalam dunia bahasa.

    Ciri-ciri persamaan bahasa adalah persamaan berdasarkan pinjaman, persamaan

    yang timbul secara kebetulan dan juga persamaan berdasarkan hasil warisan

    bersama. Jenis kata yang dipinjam seperti pinjaman daripada bahasa Sanskrit.

    Contohnya, falsafah dan keagamaan dan barang yang diimport dari India atau ditiru

    dari India seperti sutera, asrama dan sebagainya. Persamaan yang timbul secara

    kebetulan sebagai contohnya perkataan wanita. Menurut sesetengah orang,

    perkataan wanita ini adalah bentuk metatesis daripada betina. Sebenarnya,

    perkataan ini berasal daripada bahasa Sanskrit. Maksud bagi perkataan wanita

    dalam bahasa Sanskrit pula bermakna orang yang diingini. Persamaan berdasarkan

    hasil warisan bersama dinamakan bahasa kognat. Ini merupakan sesuatu kata yang

    mempunyai persamaan kerana terdapat pola yang teratur di antara unsur-unsur yang

    mempunyai perkaitan kognat. Bahasa kognat bermakna bahasa yang diturunkan

    daripada sumber yang sama. Contohnya, bahasa Iban berkognat dengan bahasa

    Melayu seperti perkataan padi dalamn bahasa Melayu, manakala palay dalam

    bahasa Filipino dna pari dalam bahasa Jawa membawa maksud yang sama.

    Antara semua barang di dunia ini memiliki sistem dan struktur sendiri.

    Contohnya, sesebuah rumah ada strukturnya yang mempunyai tiang rumah, dinding,

    lantai, bilik dan sebagainya. Bahasa juga mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu

    mempunyai struktur dan sistem bahasa sendiri. Struktur bahasa adalah hubungan

    antara unsur-unsur dalam bahasa secara garis mendatar. Misalnya, struktur A-B

    memperlihatkan perkaitan secara linear antara unsur A dan unsur B yang

  • 5/19/2018 Aspek Bahasa Dan Kajiannya

    4/5

    mengikutinya. Dalam buku tatabahasa, ayat selalunya ada subjek, predikat,

    perbuatan dan penerang predikat. Sekiranya semua ini disusun dengan rapi, yang

    satu mengikuti yang lain, maka ini telah menunjukkan satu struktur. Pendek kata, ini

    merupakan struktur bagi satu bahasa. Dari segi sistem bahasa pula, bahasa Melayu

    turut mempunyai sistem aspek. Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi, iaitu

    sistem vokal dan konsonan. Sistem vokal merupakan huruf a,e,i,o,u dan lain-lain

    huruf merupakan sistem konsonan. Bukan itu sahaja, bahasa Melayu juga ada

    sistem sapaan, sistem gelaran. Contoh sistem gelaran adalah Yang Berbahagia,

    Yang berhormat dan sebagainya. Dalam bahasa lain turut mempunyai sistem

    masing-masing. Buktinya, bahasa Arab mempunyai sistem feminine-maskulin,

    bahasa Swedish ada sistem am dan neuter, bahasa Perancis feminine dan maskulin

    yang dilihat dari segi artikel yang digunakan. Misalnya, dalam bahasa Perancis

    rumah adalah ferminin, dan kedai adalah maskulin, dan sebagainya. Jelaslah

    bahawa, semua bahasa mempunyai sistem dan struktur bahasa masing-masing.

    Tipologi bahasa merupakan satu aspek yang terkandung dalam bahasa.

    TIpologi ini bermaksud pengetahuan tentang jenis apa juga pun yang menjadi bahan

    kajian. Dalam tipologi, kita tidak memberatkan kekeluargaan bahasa. Kita boleh juga

    meninjau bahasa-bahasa yang seketurunan kerana bahasa dlam keluarga yang

    sama mempunyai tipologi yang sama. Contohnya, ahli biologi menggolongkan

    binatang berdasarkan kekeluargaannya seperti keluarga kucing yang terdiri daripada

    kucing dan juga harimau. Dari segi tipologi, ahli biologi menggolongkan kumpulan

    binatang berdasarkan kelainan cara binatang bergerak seperti merayap dan

    melompat atau menggolongkan berdasarkan cara permakanan. Tipologi ini tidak

    memikirkan apakah binatang itu masuk dalam keluarga. Dengan ini, kita boleh

    melihat bahawa binatang dalam keluarga yang sama akan termasuk dalam tipologi

    yang sama. Bahasa aglutinatif ialah bahasa yang cenderung menggunakan

    penambahan. Bahasa Melayu lebih banyak awalan, akhiran dan sisipannya. Bahasa

    Melayu meurpakan bahasa yang betul-betul mempunyai ciri-ciri aglutinatif tetapi

    terdapat penampuran beberapa ciri lain.

    Tambahan pula, perancangan bahasa timbul sesudah Perang Dunia Kedua.

    Perancangan bahasa merangkumi perancangan taraf bahasa, dan perancangan

    korpus bahasa. Sebelum tahun enam puluhan, bahasa yang diajar hanyalah untuk

    tujuan fasih bercakap, boleh membaca dan melukis. Soal untuk merancang bahasa

    secara besar-besaran dan melibatkan seluruh rakyat tidak timbul sehinggalah

    wujudnya perancangan bahasa. Bahasa boleh dikatakan adalah satu daripada

    symbol atau lambang. Perancangan bahasa ini telah dibahagikan kepada dua jenis

  • 5/19/2018 Aspek Bahasa Dan Kajiannya

    5/5

    iaitu seperti ayng disebut di atas iaitu perancangan taraf bahasa dan perancangan

    korpus bahasa. Perancangan taraf bahasa adalah perancangan yang terdapat dalam

    semua perancangan. Misalnya dalam perancangan sosioekonomi atau perancangan

    pendidikan. Perancangan ini boleh dilihat melalui perubahan taraf sekolah Inggeris

    kepada sekolah kebangsaan, kelas peralihan dari sekolah Melayu ke Inggeris atau

    sebaliknya dari Cina atau Tamil kepada sekolah kebangsaan. Dalam perancangan

    korpun bahasa pula meliputi penciptaan istilah-istilah baru, perubahan yang

    dilakukan dalam sistem ejaan, pengambilalihan sistem tulisan baru dan sebagainya.

    Perancangan taraf bahasa dan ideologi dikaji dalam buku tersebut. Ideologi

    bermaksud ditakrifkan sebagai satu peringkat idea atau pegangan hidup yang

    merupakan matlamat dalam sesuatu masyarakat. Contohnya dalam masyarakat

    Komunis, idea-idea dan pandangan hidup komunis menjadi matlamat untuk dicapai

    dalam masyarakat tertentu. Di Malaysia, Rukun Negara telah menjadi matlamat

    rakayat untuk mencapainya. Bahasa telah dikatakan sebagai asas kebudayaan.

    Kebudayaan umum yang hendak dijadikan kebudayaan kebangsaan mestilah

    mempunyai satu bahasa umum. Ideologi nasional bermatlamat mewujudkan peluang

    yang sama bagi tiap-tiap rakyat. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa ketiadaan bahasa

    kebangsaan atau bahasa tersebut dibiarkan sahaja, cita-cita tidak akan berjaya. Bagi

    perancangan korpus bahasa dalam tulisan pula bermaksud membuat pilihan sistem

    tulisan yang mana satu yang lebih berkesan daripada sistem yang lain. Negara kita

    telah mempunyai dua sistem sebelum merdeka iaitu tulisan Rumi dan tulisan Jawi.

    Perancangan korpus bahasa dalam tulisan telah mempengaruhi percetakan buku,

    akhbar dan juga urusan rasmi. Bukan itu sahaja, perancangan korpus bahasa dalam

    tulisan turut mempengaruhi kehidupan sosiobudaya serta psikologi masyarakat

    seluruhnya.

    Bagi bab yang terakhir dalam buku tersebut bertajuk kaedah penyelidikan.

    Terdapat tiga tujuan melaksanakan kaedah penyelidikan. Antaranya adalah untuk

    menyelesaikan masalah yang dihadapi, mendapat huraian, dan juga menguji teori

    atau hipotesis yang sedia ada. Tujuan untuk menyelesaikan masalah seperti tentang

    cara yang baik supaya anak-abak Melayu mencapai keputusan yang cemerlang

    dalam mata pelajaran matematik. Selepas itu, kita boleh mendapat huraian dan

    perincian terhadap masalah tersebut. Tujuan menguji teori atua bhipotesis yang

    sedia ada adalah untuk mengetahui sama ada tedapat sistem atau peraturan yang

    tertentu yang menyokong teori atau hipotesis itu. Dalam kaedah penyelidikan

    terdapat tiga peringkat yang perlu diikuti. Antaranya adalah kaedah pengumpulan

    data, kaedah analisis dan membuat kesimpulan.