bab 4 kajian tindakan
DESCRIPTION
tahun akhirTRANSCRIPT
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
Dalam bab ini, saya akan menghuraikan analisa data untuk mengetahui peningkatan
prestasi pelajar tingkatan satu dalam penguasaan konsep penolakan pecahan. Kiraan
peratus akan digunakan dalam menganalisa data-data keputusan ujian pra dan ujian pos.
4.1 Profil pelajar
Jadual 4.1 (a)
Taburan Pelajar
Bangsa Bilangan Pelajar %
Melayu 22 71
Cina 3 9.7
India 6 19.3
Daripada jadual 4.1 di atas, pelajar Melayu lebih ramai daripada pelajar Cina dan pelajar
India. Keseluruhan pelajar Sekolah Menengah Dato’ Hamzah adalah pelajar lelaki. Ini
menunjukkan jumlah pelajar Melayu lebih ramai dari pelajar yang berbangsa Cina dan
berbangsa India. Ini mungkin disebabkan terdapat beberapa buah lagi sekolah menengah
di kawasan ini termasuk sebuah sekolah menengah untuk pelajar perempuan sahaja.
4.2 Soalan Kajian 1 : ”Adakah strategi menggunakan alat bantu mengajar dalam
pengajaran dan pembelajaran dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar?”
Penggunaan bahan bantu mengajar sangat penting untuk diaplikasikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat membantu pelajar lebih memahami apa
yang di ajar oleh guru. Dengan ini, proses pembelajaran akan lebih berjaya. Soalan yang
diberi melibatkan kemahiran penolakan dua nombor pecahan wajar yang sama penyebut,
penolakan dua nombor pecahan wajar yang berlainan penyebut, penolakan dua nombor
pecahan bercampur yang sama penyebut dan berlainan penyebut.
Jadual 4.2 (a) menunjukkan penguasaan pelajar dalam tajuk penolakan pecahan.
Ujian pra diberi bagi mengetahui tahap penguasaan dan juga tahap kebolehan sedia ada
pelajar itu sendiri. Analisis menunjukkan bahawa 58.0 peratus sahaja yang dapat
menguasai penolakan pecahan dengan sangat memuaskan, manakala 19.3 peratus pula
hanya berada di tahap memuaskan. Selebihnya pula berada di tahap sederhana iaitu
sebanyak 12.9 peratus dan 9.7 peratus pula berada di aras yang amat lemah dalam
menguasai tajuk penolakan pecahan ini.
Jadual 4.2 (a)
Penguasaan pelajar dalam tajuk penolakan pecahan sebelum pendedahan bahan bantu
mengajar.
Jumlah pelajar Ujia pra %
3 0-40 9.7
4 41-60 12.9
1 61-70 3.2
5 71-80 16.1
9 81-90 29.0
9 91-100 29.0
Bagi soalan yang melibatkan kemahiran penolakan dua nombor pecahan wajar yang sama
penyebut, penolakan dua nombor pecahan wajar yang berlainan penyebut, penolakan dua
nombor pecahan bercampur yang sama penyebut dan berlainan penyebut, pelajar
dikehendaki mendapatkan penyebut yang sama, mencari pecahan yang setara, atau
penukaran pecahan bercampur. Paling utama sekali penguasaan sifir perlu ada dalam diri
seseorang pelajar untuk memudahkan pelajar menyelesaikan operasi dengan konsep dan
cara yang betul selain penyelesaian akan berlaku lebih cepat dan mudah.
Jadual 4.2(b)
Penguasaan pelajar dalam tajuk penolakan pecahan selepas pendedahan bahan bantu
mengajar.
Jumlah pelajar Ujian pos %
1 0-40 3.2
4 41-60 12.9
2 61-70 6.5
3 71-80 9.7
4 81-90 12.9
17 91-100 54.8
Persoalan kajian
Untuk mencapai tujuan dan objektif kajian, pengkaji akan mendapatkan jawapan kepada
persoalan yang akan timbul seperti :
a) Adakah strategi menggunakan media tayang digital dalam pengajaran dan
pembelajaran bagi subjek matematik dapat membantu meningkatkan prestasi
pelajar?
b) Apakah jenis kemahiran yang pelajar lemah dalam menjawab soalan penolakan
pecahan?
c) Adakah konsep penolakan pecahan diterima dengan cara yang berbeza mengikut
jenis bahan bantu mengajar yang digunakan?
Hipotesis kajian
Hipotesis yang akan dikemukakan bagi mencapai tujuan dan objketif ialah :
Hipotesis 1
- Prestasi di kalangan pelajar terutama berkenaan konsep penolakan pecahan di
dalam matematik dipengaruhi oleh bahan bantu mengajar yang digunakan.
Hipotesis 2
- Penggunaan bahan bantu mengajar yang tepat dapat membantu memahami
konsep penolakan pecahan.
Jadual 4.2(b) menunjukkan penguasaan pelajar setelah pendedahan bahan bantu
mengajar. Keputusan menunjukkan peningkatan bagi sesetengah pelajar. Terdapat
peningkatan iaitu sebanyak 54.8 peratus berbanding dengan keputusan ujian pra iaitu
sebanyak 29.0 peratus sahaja bagi peringkat yang amat memuaskan. Manakala bagi
peringkat memuaskan sahaja telah mencapai pada 22.6 peratus berbanding sebelumnya
iaitu 19.3 peratus. Ianya meningkat sebanyak 3.3 peratus . Pada aras yang sederhana pula
analisa yang diperolehi menurun sehingga 3.2 peratus, di mana ia menunjukkan
perkembangan yang agak membanggakan. Akhir sekali, bagi aras lemah keputusan yang
diperolehi amat baik sekali kerana ianya turun sebanyak 9.7 peratus. Ini menunjukkan
bahawa murid telah cuba untuk memahami konsep penolakan itu sendiri.
4.3 Soalan Kajian 2 : ”Apakah jenis kemahiran soalan yang pelajar lemah dalam
menjawab soalan penolakn pecahan?”
Jadual 4.3 (a) menunjukkan jenis-jenis soalan yang dapat dikuasai atau tidak oleh pelajar
dalam menjawab soalan. Soalan yang diberi melibatkan kemahiran penolakan dua
nombor pecahan wajar yang sama penyebut, penolakan dua nombor pecahan bercampur
yang sama penyebut dan juga berlainan penyebut.
Jaduan 4.3(a)
Jenis soalan yang dapat dikuasai oleh pelajar atau tidak.
Berdasarkan analisa yang diperolehi menunjukkan bahawa terdapat dua jenis
soalan yang melibatkan dua kemahiran yang berbeza. Hanya 60% sahaja yang dapat
menguasai soalan melibatkan kemahiran penolakan dua nombor pecahan yang berlainan
penyebut. Selebihnya iaitu 40% pula tidak dapat menguasai soalan tersebut. Begitu juga
dengan kemahiran penolakan dua nombor bercampur yang berlainan penyebut yang
hanya 40% sahaja pelajar yang dapat menguasai. Selebihnya iaitu 60% tidak menguasai
soalan dengan baik. Ini menunjukkan peratus yang amat tinggi. Pelajar kurang
memahami konsep penyebut yang berlainan. Kebanyakan pelajar melakukan kesilapan
dalam menyamakan penyebut. Ini menyebabkan jalan pengiraan dan juga jawapan yang
diberi tidak menepati skema jawapan yang sebenar. Di samping itu, masih ramai pelajar
yang lemah dalam mengingati sifir.
4.3 Soalan Kajian 3 : ”Adakah konsep penolakan pecahan diterima dengan cara
yang berbeza mengikut bangsa?”
Jadual 4.4 (a) menunjukkan peratus pelajar yang berlainan bangsa tentang penerimaan
konsep penolakan pecahan berdasarkan soalan. Peratus yang diperolehi berdasarkan
soalan ujian pos yang diberikan kepada pelajar dan keputusan berdasarkan maklum balas
jawapan yang mereka berikan. Walau bagaimana pun bilangan pelajar mengikut bangsa
adalah berlainan. Oleh itu, pengkaji hanya mengambil skrip jawapan pelajar berdasarkan
kepada 3 bangsa Cina, 6 bangsa India dan 11 bangsa Melayu.
BAB 5
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
Dalam bab 5 ini, saya akan membincangkan dapatan secara keseluruhan yang diperoleh
daripada dapatan kajian yang telah dijalankan, cadangan bagi mengatasi kesalahan
konsep penolakan pecahan serta cadangan bagi kajian lanjutan. Perbincangan yang akan
dibincangkan di sini fokus kepada penguasaan pelajar tingkatan satu bagi tajuk penolakan
pecahan.
5.1 Penggunaan bahan bantu mengajar membantu meningkatkan prestasi
pelajar.
Penguasaan pelajar bagi tajuk penolakn pecahan yang melibatkan kemahiran penolakan
dua nombor pecahan wajar yang sama penyebut, penolakan dua nombor pecahan
bercampur yang sama penyebut adalah lebih 50% yang menjawab dengan betul.
Manakala penolakan dua nombor pecahan wajar yang berlainan penyebut dan penolakan
dua nombor pecahan bercampur yang berlainan penyebut adalah hanya 41% sahaja yang
dapat menjawab dengan betul.
Kebanyakan pelajar kerap melakukan kesilapan apabila soalan yang diberikan melibatkan
soalan yang berlainan penyebut iaitu 23.34%. Ini dapat membuktikan pelajar kurang
memahami konsep sebenar penolakan pecahan. Sebelum penggunaan bahan bantu
mengajar pelajar kurang dapat menguasai konsep penolakan pecahan iaitu 23.33%.
Setelah didedahkan dengan penggunaan bahan bantu mengajar pelajar dapat menguasai
penolakan pecahan hampir 43.33%.
Bahan bantu mengajar yang disediakan ialah dengan menggunakan kaedah potong dan
tampal kad flash (lampiran 3) berdasarkan kepada penerangan terlebih dahulu daripada
pengkaji. Setelah itu, pelajar akan menjalankan aktiviti berdasarkan kepada soalan ujian
pos iaitu 10 item sahaja. Setelah pendedahan diberi dengan penggunaan bahan bantu
mengajar tersebut pelajar dapat menguasai penolakan pecahan dengan baik iaitu hampir
80%.
Secara keseluruhannya, tahap penguasaan pelajar yang melibatkan kemahiran penolakan
pecahan tersebut adalah memuaskan di mana peratus keseluruhan pelajar yang dapat
menjawab dengan betul adalah lebih dari 70%.
5.2 Penguasaan pelajar mengikut bangsa.
Bagi penolakan pecahan iaitu kemahiran penolakan dua nombor pecahan wajar yang
penyebutnya sama, penolakan dua nombor pecahan wajar yang berlainan penyebut,
penolakan dua nombor pecahan bercampur yang sama penyebut dan penolakan dua
nombor pecahan bercampur yang berlainan penyebut , didapati penguasaan pelajar
berbangsa Cina lebih baik berbanding dengan penguasaan oleh pelajar yang berbangsa
Melayu dan India. Pelajar berbangsa Melayu banyak melakukan kesalahan konsep
berbanding pelajar berbangsa Cina. Terutama apabila ianya melibatkan kemahiran
penolakan dua nombor pecahan yang melibatkan berlainan penyebut.
Kebanyakan pelajar berbangsa Melayu dan berbangsa India tidak mahir dalam
menyamakan nilai pada bahagian penyebut kerana bermasalah dalam menghafal sifir,
telah membuat kesilapan dalam menyamakan penyebut dan apabila mendapat penyebut
yang mempunyai nilai yang besar akan merasa bosan. Ini dapat dibuktikan dengan pelajar
berbangsa Melayu iaitu 20% telah banyak melakukan kesalahan dalam memahami
konsep berbanding dengan pelajar Cina dan India hanya 12%. Terdapat pelajar berbangsa
Melayu dan India yang tidak menjawab beberapa soalan yang diberi.
Secara keseluruhannya, tahap pengusaan pelajar berbangsa melayu bagi kesemua
kemahiran adalah lemah iaitu 19.18% manakala bagi pelajar berbangsa cina dan india ,
tahap pengusaan adalah sederhana iaitu sebanyak 30% dari pelajar berbangsa cina dan
india yang boleh menjawab keseluruhan soalan.
5.3 Sebab-sebab berlakunya kesalahan dalam menjawab soalan penolakan
pecahan.
Semasa melakukan proses pengiraan, sebilangan pelajar melakukan banyak kesalahan.
Antara sebab-sebab berlakunya kesalahan adalah dalam menyelesaikan soalan penolakan
pecahan dan pelajar-pelajar menghadapi masalah penolakan yang melibatkan penukaran
pecahan bercampur. Namun demikian, mereka juga menghadapi masalah dalam
menukarkan pecahan tak wajar kepada pecahan wajar atau pun nombor bercampur.
Pelajar-pelajar menganggap bahawa nombor bulat pada nombor bercampur adalah satu
nombor bukan pecahan. Justeru itu, mereka akan mengasingkan pengiraan nombor bulat
dengan nombor pecahan, tetapi hasil jawapan akan digabungkan bersama nombor
pecahan. Pelajar tahu, sebelum melakukan proses tersebut sekiranya soalan mengandungi
nombor bercampur terutama sekali sekiranya penyebutnya tidak sama. Mereka akan
mengabaikan nombor bulat atau melakukan pengiraan pada nombor bercampur secara
berasingan. Apabila pelajar melakukan pengiraan penolakan, mereka akan memilih
nombor yang lebih besar bagi melakukan operasi penolakan. Penolakan secara terbalik
atau songsang ini menyebabkan pelajar melakukan kesalahan dalam memahami konsep
penolakan pecahan.
Secara keseluruhannya, penguasaan konsep penolakan pecahan bagi pelajar tingkatan
satu adalah di tahap sederhana. Setiap kesalahan perlulah diperbaiki dari semasa ke
semasa bagi memastikan pelajar dapat menguasai kemahiran dengan konsep yang betul.
5.4 Cadangan Kajian
Cadangan peningkatan penguasaan pelajar tingkatan satu dalam matematik bagi nombor
pecahan, antaranya ialah :
5.4.1 Perlu beri penekanan pada konsep penukaran nombor bercampur kepada pecahan
wajar. Pelajar perlu diberi bimbingan oleh guru dengan menggunakan model gambar
rajah. Pastikan pelajar faham akan konsep sebelum guru mengajar operasi asas nombor
pecahan.
5.4.2 Bagi memudahkan pelajar memahami konsep pecahan, tenaga pengajar harus
memastikan telah mengembangkan pengajarannya daripada peringkat yang mudah
kepada peringkat yang lebih susah. Lebih baik sekali disertakan dengan bahan bantu
mengajar.
5.4.3 Sebelum pelajar dapat menguasai proses pemudahan pecahan, pelajar perlu
memahami konsep pecahan wajar, pecahan tak wajar, nombor bercampur dan pecahan
setara. Kebolehan menukarkan sesuatu pecahan kepada pecahan setara merupakan
pengetahuan penting untuk pelajar menguasai pecahan.
5.4.4 Guru perlulah menggunakan bahan konkrit atau bahan multimedia yang berbeza
serta bersesuaian untuk memulakan pembentukan konsep pecahan. Ianya bertujuan agar
pelajar tidak menyalah tafsir dan menyamakan konsep tolak dengan konsep yang lain.
5.5 Cadangan bagi kajian lanjutan
Hasil kajian ini dapat mendedahkan kelemahannya setelah dilaksanakan. Hasil kajian ini
mendedahkan beberapa soalan baru yang perlu diberi penekanan pada masa hadapan.
Disebabkan wujudnya beberapa masalah dan kelemahan yang boleh mempengaruhi
keputusan ujian, maka perlu dijalankan beberapa lagi kajian yang bersesuaian pada masa
akan datang. Berdasarkan kepada beberapa kelemahan yang dinyatakan dikemukakan
beberapa saranan untuk kajian lanjutan :
5.5.1 Menjalankan kajian dengan menggunakan sampel yang lebih besar bagi
memastikan ketetapan data. Ini kerana apabila menggunakan sampel yang lebih besar
akan lebih menepati ciri-ciri populasi yang dipilih.
5.5.2 Menjalankan kajian menyeluruh ke seluruh negara kerana keputusan yang
diperolehi akan memberikan gambaran yang lebih jelas terhadap penguasaan pelajar
tentang konsep penolakan pecahan.
5.5.3 Perlu pelbagaikan bahan bantu mengajar agar dapat menarik lebih minat pelajar.
5.5.4 Perlu mengambil kira proses pengajaran tajuk penolakan pecahan di kelas.
5.5.5 Kajian juga perlu mengambil kira pandangan guru dan ibu bapa pelajar.
5.5.6 Kajian juga perlu mengambil kira sikap tenaga pengajar dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
Cadangan ini bolehlah dilaksanakan dengan sebaik mungkin supaya dapatan yang
akan diperolehi dapat digunakan oleh pihak-pihak tertentu bagi mengatasi kesalahan
konsep penolakan pecahan terutamanya dikalangan pelajar tingkatan satu. Cadangan ini
juga mungkin dapat membantu dalam menjayakan kajian yang bersesuaian pada masa-
masa akan datang.
5.6 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, dapatlah dinyatakan bahawa pelajar tingkatan satu ini masih
lemah dalam penguasaan konsep penolakan pecahan di samping lemah dalam mengingati
sifir, terutama pelajar berbangsa melayu. Pengetahuan asas dalam penolakan pecahan
ialah mengetahui konsep penolakan pecahan itu sendiri. Penguasaan konsep adalah amat
penting dalam tajuk pecahan. Mempelajari konsep pecahan yang melibatkan penolakan
tidak cukup dengan hanya penghafalan sahaja. Keadaan ini akan melahirkan pelajar yang
pandai mengira tetapi tidak erti sebenar subjek matematik itu sendiri.
Menurut Booth (1981), dalam kajiannya yang berkaitan dengan tajuk pecahan
telah menyatakan bahawa ramai pelajar tidak menggunakan kaedah matematik yang
dipelajari di sekolah tetapi sebaliknya mereka bergantung kepada strategi yang dibina
oleh diri mereka sendiri. Ini mungkin timbul kerana matematik harus dibina oleh pelajar
dengan kefahamannya sendiri. Kegagalan pelajar menguasai konsep asas pecahan telah
menyebabkan mereka gagal menyelesaikan masalah matematik.
Oleh kerana itu, penggunaan bahan bantu mengajar dapat membantu pelajar
dalam memahami konsep penolakan pecahan. Degan adanya kajian ini, dapatlah
meningkatkan kesedaran tenaga pengajar bahawa betapa pentingnya penggunaan bahan
bantu mengajar dalam mendalami konsep penolakan pecahan dan juga konsep pecahan
yang lain. Dapatan kajian ini juga dapat meningkatkan kesedaran guru-guru matematik
agar dapat merancang pendekatan, kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai dengan tahap kebolehan dan pemahaman pelajar.d