bab 6

122
BAB 6

Upload: chanda-roberts

Post on 31-Dec-2015

381 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

BAB 6. 1) PENGENALAN DAN DEFINISI PERKONGSIAN. Maksud perkongsian Maksud istilah dalam takrif perkongsian Kes-kes yang berkaitan dengan takrif perkongsian Keadaan-keadaan penentu kewujudan perkongsian. TAKRIF PERKONGSIAN. Sek . 3(1) Akta Perkongsian 1961- - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 6

BAB 6

Page 2: BAB 6

i. Maksud perkongsianii. Maksud istilah dalam takrif

perkongsianiii. Kes-kes yang berkaitan dengan takrif

perkongsianiv. Keadaan-keadaan penentu kewujudan

perkongsian

1) PENGENALAN DAN DEFINISI PERKONGSIAN

Page 3: BAB 6

TAKRIF PERKONGSIAN

Sek. 3(1) Akta Perkongsian 1961-perhubungan yang wujud di antara orang-orang yang menjalankan perniagaan bersama bagi maksud mendapat keuntungan.

Maksud “perkongsian” terbahagi :- a) Perhubungan b) Bilangan perkongsic) Perniagaand) keuntungan

Page 4: BAB 6

a) Perkongsian

Satu kontrak/perhubungan perniagaan secara nyata/tersirat oleh pekongsi-pekongsi.

Perhubungan yang wujud adalah di antara orang-orang yang menjalankan perniagaan.

“menjalankan” ialah sesuatu perniagaan itu sedang dijalankan dan bukan perniagaan yang “akan dijalankan”.

Page 5: BAB 6

KES: KEITH SPICER LTD lwn MANSELL (1970) 1 W.L.R. 333.

Diputuskan perkongsian tidak wujud sungguhpun kerja-kerja awal telah pun di jalankan seperti membuka akaun di bank dan membuat tempahan barang-barang.

Mahkamah memutuskan bahawa kerja-kerja awal yang dilakukan bukanlah satu bukti yang cukup untuk menunjukkan perniagaan itu sedang dijalankan.

Page 6: BAB 6

b) Bilangan Pekongsi

Peruntukan bagi bilangan ahli pekongsi maksimum tiada terdapat di dalam Akta Perkongsian tetapi termaktub di dalam Akta Syarikat 1965.

Seksyen 14 (3)(a)- perkongsian yang mengamalkan sesuatu profesion, bilangannya boleh melebihi dua puluh orang.

Seksyen 14 (3)(b)- perkongsian biasa, bilangan maksimum ialah tidak lebih dari dua puluh orang.

Page 7: BAB 6

Kesan tidak mematuhi peruntukan di atas :-

i. Perkongsian terbabit tidak sahii. Firma yang melanggar bilangan yang

telah ditetapkan tidak boleh didakwa dan juga tidak mempunyai hak untuk mendakwa

Page 8: BAB 6

KES: TAN TECK HEE LWN CHENG TIAN PENG (1915) 2 F.M.S.L.R 161

Mahkamah memutuskan disebabkan firma menjalankan perniagaan dengan 25 orang ahli, maka ia adalah tidak sah dan tindakan guaman tidak boleh diambil terhadap firma itu.

Page 9: BAB 6

KES: TAN CHING CHEANG lwn ESTATE & TRUST AGENCIES LTD (1932) F.M.S.L.R 129

Prinsip:- walaupun jumlah ahli yang pada mulanya melebihi dua puluh orang dan kemudiannya dikurangkan kepada dua puluh orang semasa tindakan guaman dimulakan, namun ketidaksahan yang mula-mula berlaku tidak dapat dipulihkan.

Ini bermakna mereka perlulah membuat pendaftaran baru dan mengehadkan bilangan ahli tidak lebih daripada 20 orang.

Selepas itu barulah mereka boleh membuat tindakan guaman.

Page 10: BAB 6

KES: SHIM FATT LEILA ROAD BUS CO. (1957) S.C.R 3

Pihak kena tuntut, sebuah firma yang mengandungi ahli melebihi 20 orang.

Mahkamah memutuskan pihak menuntut tidak boleh menuntut balik wang itu kerana tindakan guaman tidak boleh diambil terhadap firma yang tidak sah.

Page 11: BAB 6

c) Perniagaan

Perhubungan yang wujud dianatara beberapa orang itu mestilah bagi maksud menjalankan urusan perniagaan.

Di takrifkan dalam seksyen 2 sebagai :- meliputi setiap tred, pekerjaan atau profesion.

Page 12: BAB 6

Kes: smith lwn anderson (1880) 15 Ch.D.247

Pendapat Hakim Brett:-“Perkataan menjalankan sesuatu perniagaan bermaksud melakukan sesuatu perbuatan berulangkali dan sesuatu kumpulan yang ditubuhkan bagi melakukan hanya satu usaha yang tidak akan diulang adalah terkeluar dari istilah ini”.

Kesimpulan: perniagaan adalah satu kegiatan yang berulang kali dilakukan.

Page 13: BAB 6

KES: CUSTOMS & EXCISE COMMISSIONER lwn LORD FISHER (1981) 2 AER 262 Satu rancangan menembak burung

pheasant telah diadakan di mana beberapa orang kawan dan saudara mara telah dijemput mengambil bahagian, mereka kemudiannya dikenalkan bayaran bagi rancangan tersebut.

Mahkamah memutuskan ia bukanlah dianggap sebagai satu perniagaan, sungguhpun persiapan yang teliti telah diusahakan bagi rancangan tersebut.

Page 14: BAB 6

KES: MALAYANDI CHETTY lwn NARAYANEN CHETTY 36 1C 225

• Mahkamah memutuskan usaha memberi pinjaman oleh chetty adalah satu perniagaan.

Page 15: BAB 6

KES: SOH HOOD BENG lwn KHOO CHYE NEO (1987) 4 S.S.L.R 115

Beberapa orang telah menubuhkan sebuah badan pinjaman bagi maksud memberi pinjaman kepada ahli kumpulan tersebut.

Setiap ahli yang memerlukan pinjaman akan mendapat gilirannya dan wang yang dipinjamkan kepadanya itu akan dikutip daripada ahli-ahli yang lain.

Mahkamah memutuskan bahawa aktiviti kumpulan tersebut bukanlah satu perniagaan.

Hanyalah merupakan satu aktiviti kebajikan untuk menolong mana-mana ahli kumpulan yang menghadapi masalah kewangan.

Page 16: BAB 6

RUMUSAN

Kegiatan perniagaan perlu dilakukan berulangkali berbentuk kebajikan bukan dianggap

perniagaan

Page 17: BAB 6

d) Keuntungan

KES : RE SPANISH PROSPECTING CO.LTD (1911) 1 Ch. 92

- Fletcher Moulton, L.J mendefinisikan keuntungan sebagai :-“membuat perbezaan kedudukan perniagaan diantara dua tarikh tertentu dalam masa satu tahun. Pengertian asas ialah jumlah yang diperolehi oleh perniagaan itu dalam tahun tersebut”.

- Pengertian keuntungan yang dimaksudkan ialah keuntungan kasat tetapi keuntungan yang diperlukan oleh Akta ialah keuntungan bersih yang merupakan keuntungan selepas ditolak perbelanjaan perniagaan.

Page 18: BAB 6

Rumusan:-Seksyen 3(1) Akta Perkongsian:-

Sesuatu perniagaan yang dijalankan dengan tujuan mendapat keuntungan adalah memenuhi definisi perkongsian walaupun perniagaan itu tidak mendapat keuntungan.

hanya perlu wujudnya niat mendapat keuntungan (profit motive)

Rujuk KES: SOH HOOD BENG lwn CHOO CHYE (1897) 4 SS.L.R 115

Mahkamah memutuskan perkongsian tidak wujud oleh kerana niat untuk memperoleh keuntungan tidak wujud dalam usaha yang dijalankan oleh beberapa orang dalam kes ini.

Page 19: BAB 6

KEADAAN PENENTU KEWUJUDAN SESUATU PERKONGSIAN

Keadaan yang wujud pada sesuatu perhubungna perniagaan akan menetukan sama ada wujud atau tidak sesuatu perkongsian.

Sek. 3(2) menyenaraikan perhubungan yang dianggap bukan perkongsian iaitu perhubungan diantara ahli syarikat atau persatuan yang:-

a) Didaftarkan sebagai syarikat dibawah Akta Syarikat 1965 atau persatuan koperatif dibawah sebarang u/u bertulis mengenai persatuan koperatif.

b) Ditubuhkan atau diperbadankan oleh atau menurut-

i. mana-mana u/u lain yang berkuatkuasa di Malaysia atau mana-mana bahagiannya; atau

ii. mana-mana surat kurnia, piagam diraja atau Akta Parlimen United Kingdom.

Page 20: BAB 6

RUMUSAN

Setiap pertubuhan yang memenuhi peruntukan ini adalah tidak dianggap sebagai perniagaan perkongsiaan.

Page 21: BAB 6

i. Fakta-fakta penentu kewujudan perkongsian

ii. Fakta penentu kewujudan secara spesifikiii. Faedah mengadakan kontrak perkongsianiv. Kesan pendaftaran perkongsian

2) FAKTA PENENTU KEWUJUDAN PERKONGSIAN

Page 22: BAB 6

i) Fakta-fakta penentu kewujudan perkongsian

Sek. 4 Akta Perkongsian:- Peruntukan mengenai Perkongsian

Sek 4(a)- Tenansi bersama atau sepunya merujuk kepada

pemilikan harta oleh dua orang atau lebih Pemilikan bersama itu tidak dengan sendirinya

menunjukkan bahawa perkongsian telah wujud sekiranya ia dibentuk bukan bertujuan untuk membahagikan keuntungan bersih daripada perhubungan yang ada.

Sekiaranya tenansi bersam ini dibentuk dengan tujuan untuk membahagikan keuntungan bersih maka ia adalah perkongsian.

Page 23: BAB 6

KES: FRENCH lwn STRYING (1857) N.S.357

Mahkamah memutuskan beberapa orang yang memiliki secara bersama seekor kuda lumba bukan dianggap sebagai pekongsi.

Pemilikan bersama itu bukanlah satu pemilikan berbentuk perkongsian.

Page 24: BAB 6

KES: FROMOUNT lwn COUPLAND (1824) 2 Bing 170

Dua pihak yang membahagikan keuntungan dari pendapatan yang diperoleh didalam sebuah perniagaan melatih kuda adalah dianggap oleh mahkamah sebagai perkongsian walaupun kuda-kuda itu tidak dimiliki secara bersama oleh mereka berdua.

Keputusan mahkamah berdasarkan keadaan kerja berbentuk perkongsian sedang dijalankan oleh kedua-dua belah pihak.

Page 25: BAB 6

Sek. 4(b):- Pulangan kasar adalah kesemua jumlah

pendapatan yang diperoleh sebelum ditolak keuntungan bersih.

Sekiranya pihak didalam sesuatu perniagaan berkongsi pulangan kasar, maka pembahagian itu belum lagi cukup untuk memutuskan wujudnya perkongsian antara mereka.

Page 26: BAB 6

KES: LYONS lwn KNOWLES (1808) 1 Comp. 329

Keadaan dimana tuan punya panggung dan pengurusnya yang berkongsi pulangan kasar bukan dianggap pekongsi

Berkongsi pulangan kasar tidak menunjukkan wujudnya perkongsian

Page 27: BAB 6

KES: DRY lwn BOSWELL (1808) 1 Comp. 329

Sebuah kapal dimiliki oleh A dan diuruskan oleh B yang menerima sebahagian dan pendapatan kasar.

Mahkamah mengatakan apa saja yang dibayar kepada A adalah dianggap sebagai bayaran sewa kapalnya, dan upah atau gaji bagi kerja yang dilakukan oleh B.

Page 28: BAB 6

Sek. 4(c) :- Penerimaan sebahagian daripada

keuntungan perkara paling utama untuk menentukan seseorang itu seorang pekongsi atau tidak.

Sekiranya seseorang menerima wang hasil daripada keuntungan perniagaan perkongsian secara tersiratnya (impliedly) dia adalah pekongsi firma itu.

Page 29: BAB 6

KES: MURRAY lwn DAVID (1930) S.S.L.R. 229

Pltf telah melakukan tiga urusan dengan defendan

Mahkamah setelah meneliti ketiga-tiga urusan yang dibuat, mendapati bahawa tidak terdapat perjanjian untuk pembahagian keuntungan dalam urusan pertama dan kedua tetapi dalam urusan ketiga terdapat perjanjian pembahagian keuntungan.

Berdasarkan perjanjian itu, mahkamah memutuskan pltf adalah pekongsi dengan defendan bagi urusan ketiga sahaja.

Page 30: BAB 6

RUMUSAN

Tenansi bersama, berkongsi pulangan kasar & penerimaan bayaran daripada keuntungan perkongsian tidak dengan secara automatik akan mewujudkan perkongsian.

Untuk mewujudkan perkongsian, pekongsi perlu nyatakan persetujuan terlebih dahulu & mesti terdapat perjanjian antara mereka.

Page 31: BAB 6

FAKTA PENENTU KEWUJUDAN PERKONGSIAN SECARA SPESIFIK

Sek. 4(c)(i)-(v) menyenaraikan lima keadaan khusus dimana pembahagian atau penerimaan keuntungan tidak dianggap menjadikan penerimanya sebagai pekongsi

- Ia juga menyangkal andaian yang dinyatakan dalam seksyen 4(c) yang merupakan bukti prima facie sahaja.

Page 32: BAB 6

(i) Penerimaan Balik Bayaran Hutang

Sek. 4(c)(i) Sekiranya seseorang memberi pinjaman

kepada firma dan bayaran balik hutang dibayar dari keuntungan perniagaan firma sama ada pelangsaian keseluruhan atau secara ansuran maka si pemberi pinjaman tidak di anggap sebagai pekongsi & tidak akan bertanggungan di atas segala tanggungjawab firma.

Page 33: BAB 6

KES: BADELY lwn CONSOLIDATED BANK (1888) 38 ch

C telah mendapat pinjaman dari B untuk membolehkan C membina pengankutan keretapi.

C telah menyerah hak jentera alat-alat cagaran kepada B. Di dalam perjanjian, C telah bersetuju membayar 10

peratus faedah atas jumlah yang didahulukan itu serta 10 peratus diatas keuntungan bersih yang diperoleh dari usaha itu.

B kemudiannya menuntut keuntungan perkongsian di bahagi sama rata, disebabkan dia menerima hasil keuntungan perniagaan, maka dia juga adalah pekongsi.

Mahkamah memutuskan pinjaman B kepada C adalah bertujuan sebagai pinjaman yang diberi cagaran sungguhpun B menerima sebahagian daripada keuntungan perniagaan itu ia tidak menjadikan B pekongsi C.

Page 34: BAB 6

(ii) Kontrak Pembayaran Gaji Pekerja

Sek.4(c)(ii) Suatu kontrak bagi pembayaran gaji kepada

seseorang/ejen seseorang yang menjalankan sesuatu urusan dengan menerima suatu bahagian daripada keuntungan

Pembayaran gaji ini tidak dengan sendirinya menjadikan seseorang atau ejen seseorang itu sebagai seorang pekongsi/ bertangggungan terhadap segala tanggungan pekongsi.

Page 35: BAB 6

KES: WALKER lwn HIRSCH (1884) 27 Ch.D 460

Plaintif seorang bekas kerani di sebuah firma bersetuju memberi pinjaman sebanyak 1500 pound sterling kepada firma dengan persetujuan pinjaman tersebut dibayar balik secara diberi gaji 1800 pound sterling dan satu perlapan daripada keuntungan bersih.

Mahkamah memutuskan bahawa plaintif bukanlah pekongsi dalam firma tersebut walaupun wang pembayaran gaji itu adalah sebenarnya diambil daripada keuntungan perniagaan perkongsian itu.

Page 36: BAB 6

(iii) Pembayaran Anuiti Kepada Balu/Anak Pekongsi

Sek.4(c)(iii) Pembayaran anuiti kepada balu atau

anak pekongsi yang telah mati tidak boleh disifatkan balu/anak pekongsi itu sebagai seorang pekongsi dalam urusan itu.

Page 37: BAB 6

KES: IRC lwn LEBU’S TRUSTEES (1946) 1 ALL E.R.476

Seorang pekongsi yang telah meninggal telah mewasiatkan saham dalam firma kepada balunya.

Disebabkan masalah kewangan, pihak firma tidak dapat membayar bahagian si isteri itu.

Pihak Jabatan Hasil telah mengenakan cukai di atas pendapatan yang diperoleh oleh si isteri itu.

Si isteri menuntut supaya aset firma diserahkan kepadanya kerana kegagalan firma membayar anuiti.

Mahkamah memutuskan bahawa aset firma bukanlah milik si isteri.

Dia hanya berhak menerima anuiti daripada keuntungan perniagaan sahaja.

Penerimaan anuiti tidak dengan sendirinya menjadikan si isteri sebagai seorang pekongsi.

Page 38: BAB 6

(iv)Kontrak Pembayaran Melalui Keuntungan Tidak Tetap

Sek.4(c)(iv) Sekiranya terdapat kontrak diantara

seseorang dengan yang lain untuk membayar balik pinjaman dengan cara pemberi pinjaman akan menerima suatu kadar bunga yang berubah mengikut keuntungan perniagaan, pihak tersebut tidak dianggap sebagai pekongsi.

Page 39: BAB 6

Kes: re young (1896) 2 q.b.484

Terdapat kontrak bertulis antara A&B A pinjamkan sejumlah wang kepada B & sebagai

pulangannya A menerima bayaran daripada keuntungan perniagaan pada setiap minggu.

Dalam perjanjian tersebut terdapat pilihan untuk A menjadi rakan kongsi B tetapi tidak pernah dijalankan.

Walaupun perniagaan dijalankan atas nama B tetapi A sebenarnya yang mengawal penuh perniagaan.

B menjadi bankrap & A menuntut wang firma supaya dibahagikan sama rata.

Mahkamah memutuskan bahawa A bukannya pekongsi tetapi hanyalah orang yang menerima pembahagian keuntungan mengikut istilah di dalam Akta Perkongsian.

Page 40: BAB 6

(v) Penjadualan Nama Baik Perniagaan

Sek.4(c)(v) Sekiranya seseorang menerima

pembayaran hasil dari jualan nama baik perniagaannya kepada seseorang yang lain, si penerima bayaran tidak di anggap sebagai pekongsi.

Page 41: BAB 6

KES: PRATT lwn STRICK (1932) 17 T.C. 459

Seorang pengamal perubatan telah menjual perniagaannya kepada pembeli.

Dia telah meletakkan syarat-syarat bahawa dia akan terus tinggal di tempat perniagaan itu selama tiga bulan dan memperkenalkan bekas pelanggannya kepada pembeli.

Mereka berdua juga telah bersetuju bahawa segala wang yang diperoleh dan perbelanjaan yang dikeluarkan oleh perniagaan itu selam tiga bulan akan dibahagikan sama rata.

Mahkamah memutuskan bahawa walaupun pada hakikatnya kedua-dua belah pihak berkongsi keuntungan perniagaan, tetapi pengamal perubatan yang menjual perniagaannya itu bukan dianggap pekongsi dengan pembeli.

Page 42: BAB 6

PENDAPATAN PERKONGSIAN

Haruslah didaftarkan dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.KES: SIVAGAMI ACHI lwn PRM RAMANATHAN CHETTIAR DAN LAIN-LAIN (1959) 25 MLJ 221

Prinsip undang-undang yang dibincangkan ialah pendaftaran nama seseorang sebagai pekongsi adalah keterangan prima facie bahawa dia adalah pekongsi.

Namun begitu, keadaan ini tidak halang pekongsi lain daripada membuktikan bahawa dia bukanlah pekongsi yang sebenarnya.

Page 43: BAB 6

KES: GULAZAM lwn NOORZAMAN SOBATH (1957) 23 MLJ 45

Mahkamah menyatakan bahawa ketiadaan pendaftaran tidak memberi kesan kepada hak seseorang pekongsi untuk mengambil tindakan guaman terhadap pekongsi lain.

Maksudnya:- walaupun firma tidak didaftarkan, pekongsi masih lagi mempunyai hak untuk mendakwa pekongsi lain.

Page 44: BAB 6

HUBUNGAN PEKONGSI DENGAN PIHAK KETIGA

Hubungan ini sebenarnya diwujudkan oleh ejen yang menjalankan tugas bagi pihak firma.

Ejen itu terdiri daripada pekongsi dalam firma itu sendiri.

Kuasa seseorang ejen untuk bertindak boleh dibahagikan kepada dua:-

a) Kuasa zahir - kuasa seseorang ejen yang pada pandangan orang lain ejen mempunyai kuasa tersebut. (Sek.7 Akta Perkongsian 1961)

b) Kuasa nyata – kuasa yang diberikan secara nyata oleh prinsipalnya. (Sek. 8 & 9 Akta Perkongsian 1961)

Page 45: BAB 6

a) Kuasa Zahir

Sek. 7 Setiap orang luar/pihak ketiga yang berurusan

dengan firma berhak mengandaikan setiap pekongsi mempunyai kuasa untuk bertindak bagi pihak firma.

Pihak ketiga berhak menganggap pihak firma telah mewakilkan kuasa mereka kepada pekongsi untuk bertindak dan segala tindakan pekongsi akan dipersetujui oleh firma.

Perwakilan ini akan mengikat firma diatas segala tindakan pekongsi.

Page 46: BAB 6

Syarat-syarat yang menentukan firma terikat dengan tindakan seorang pekongsi1. Tindakan/urusan yang dilakukan

pekongsi itu mestilah termasuk dalam jenis perniagaan firma itu.- untuk tentukan demikian, hakim selalunya akan merujuk kepada apakah zahirnya pandangan umum terhadap urusan itu.

Page 47: BAB 6

KES: MERCANTILE CREDIT CO.LTD lwn GARROD (1962) 3 ALL E.R 1103

Parkin & Garrod ialah dua orang pekongsi yang menjalankan perniagaan menyewakan garaj dan membaiki kereta.

P, tanpa kebenaran G telah menjual sebuah kereta Mercantile Credir Co. Ltd. walaupun pada nyatanya terdapat perjanjian perkongsian diantara mereka yang melarang sebarang urusan menjual & membeli kereta.

P, sebenarnya tidak mempunyai hak milik terhadap kereta tersebut. Wang penjualan kereta itu dimasukkan ke dalam akaun perkongsian. Mercantile Credit mengetahui kedudukan kereta itu & seterusnya menuntut

kembali wang yang telah diserahkan kepada Parkin. Hakim mengutarakan soalan, apakah pada zahirnya pandangan umum terhadap

urusan yang dijalankan? Hakim seterusnya memutuskan mengikut penolongan umum iaitu pada zahirnya

Parkin sedang melakukan sesuatu yang sejenis dengan tindakan yang dilakukan oleh orang-orang yang menjalankan perniagaan garaj .

Pada pandangan umum, secara zahirnya urusan menjual kereta termasuk dalam perniagaan menyewakan garaj & mebaiki kereta.

Mercantile Credit Co. Ltd berjaya didalam tuntutannya kerana penjualan kereta termasuk jenis perniagaan firma, dengan itu adalah terikat & bertanggungjawab.

Garrod bertanggungjawab untuk memulangkan semula wang 700 pound sterling kepada syarikat kewangan.

Page 48: BAB 6

KES: OSMAN BIN HJ MOHAMED USOP lwn CHAN KANG SWI (1924) 4 F.M.S.L.R 292

Firma perkongsian ditubuhkan oleh enam orang pekongsi (3 orang melayu termasuk perayu sebagai sleeping partner & 3 orang cina yang mengurus & mentadbir perniagaan itu.

Kerja-kerja pekongsi cina telah berhutang dengan ceti pinjaman berjumlah RM10,000 & mereka telah menyempurnakan nota janji hutang .

Apabila tiba masa membayar, tiga pekongsi tadi gagal membayar hutang tersebut.

Pinjaman ini telah diselesaikan oleh penjamin hutang itu iaitu Chan Kang Suri (CKS).

CKS telah menuntut ganti rugi dari keenam pekongsi. 5 orang pekongsi mengaku bertanggungjawab ke atas hutang tersebut

tetapi Osman membantah. Mahkamah memutuskan keenam-enam pekongsi itu bertanggungan kerana

pekongsi-pekongsi yang menandatangani nota janji hutang itu adalah bertindak bagi pihak firma & mereka diberi kuasa untuk membuat demikian.

Pinjaman yang dibuat adalah untuk perniagaan firma. Osman kemudiannya membuat rayuan & mahkamah memutuskan,

memandangkan perniagaan dijalankan untuk keuntungan bersama kesemua pekongsi- pekongsi, pihak perayu adalah bersam bertanggungan terhadap hutang tersebut.

Page 49: BAB 6

KES: CHETTINAD BANK lwn CHOP HAW LEE & CHOP LEE CHAN (1931-32) F.M.S.L.R 31 Pihak defendan iaitu firma pajak gadai telah disaman

oleh firma perbankan (Pltf) atas sebab dua nota janji hutang yang tertulis nama kedua-dua firma & ditandatangani oleh seseorang yang bernama Chin Yok (telah meninggal) yang juga pekongsi kepada kedua-dua firma.

Pihak Pltf mendakwa telah beri pinjaman kepada defendan tetapi Chin Yok telah menggunakan wang tersebut untuk kegunaan sendiri.

Mahkamah telah membenarkan permohonan pltf kerana seseorang pekongsi dalam perniagaan dagangan & setiap tindakan/ pinjaman yang dilakukan adalah mengikat pekongsi yang lain.

Page 50: BAB 6

Syarat-syarat yang menentukan firma terikat dengan tindakan seorang pekongsi2. Urusan itu mestilah dilakukan didalam

cara yang biasa/lazim.- firma akan bertanggungan terhadap urusan yang dibuat.

Page 51: BAB 6

Syarat-syarat yang menentukan firma terikat dengan tindakan seorang pekongsi3. Pihak lain yang berurusan itu mestilah mengetahui/percaya

bahawa orang yang dengan siapa dia berurusan itu adalah seorang pekongsi.KES: SITHAMBARAM CHETTY lwn HONG HING & LAIN-LAIN (1928) SSLR 52

Dua orang pekongsi yang bermastautin di Singapura menjalankan perniagaan jual arak berubat di Pulau Pinang bernama Hop Hing.

Perniagaan ini dijalankan oleh dua orang pengurus iaitu pihak kena tuntut & seorang lagi bernama CFS.

Pihak umum tidak tahu hubungan pekongsi dengan perniagaan mereka kerana mereka tidak pernah mendedahkannya & tidak pernah mengambil bahagian dalam perniagaan itu.

Semuanya dilakukan oleh dua orang pengurus tadi & pada pandangan umum kedua-dua pengurus tersebut adalah rakan kongsi mereka.

Page 52: BAB 6

Continue case

Salah seorang daripada pengurus itu telah meminjam wang daripada beberapa ceti termasuk pihak yang menuntut & kemudiannya menghilangkan diri.

Pihak menuntut membuat tuntutan tetapi dibantah kedua-dua orang pekongsi.

Mahkamah memutuskan bahawa kedua-dua pekongsi / firma bertanggungan ke atas pinjaman itu.

Kegagalan mereka memberitahu umum tentang kedudukan mereka dalam perniagaan itu menyebabkan pihak umum percaya bahawa pengurus perniagaan itu adalah pekongsi & seterusnya mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Page 53: BAB 6

KES: CHAN YIN TEE lwn WILLIAM JACKS & Co. (Malaya) Ltd. (1964) 30 MLJ 290 Tindakan Chan memperkenalkan Yong

seorang remaja, sebagai rakan kongsinya membawa kesan bahawa Chan akan bertanggungan atas tindakan yang dilakukan oleh Yong.

Dalam kes ini, Yong telah membuat pesanan barang bagi keperluannya sendiri tetapi tidak mampu menjelaskan pembayarannya.

Mahkamah memutuskan Chan sebagai rakan kongsi bertanggungan terhadap hutang Yong.

Page 54: BAB 6

Syarat-syarat yang menentukan firma terikat dengan tindakan seorang pekongsi4. Pihak yang berurusan itu mestilah tidak

mengetahui bahawa orang yang dengan siapa dia berurusan itu sebenarnya tidak mempunyai kuasa/kebenaran dari pekongsi-pekongsi lain untuk menjalankan urusan bagi pihak firma itu.

Page 55: BAB 6

b) Kuasa nyata (Khusus)

Kuasa yang diberikan kepada ejen secara nyata oleh prinsipalnya iaitu secara lisan atau kesimpulan yang timbul daripada kelakuan pihak-pihak yang terlibat.

Kuasa secara nyata diberikan kepada pekongsi/kuasa yang secara jelas dibenarkan oleh firma digunakan oleh pekongsi.

Timbul secara lisan/bertulis/termaklum dari perbuatan/ perlakuan firma itu sendiri.

Page 56: BAB 6

Seksyen 9

Setiap pekongsi tidak boleh menggunakan keamanahan/ kepercayaan firma untuk mengenakan firma dengan tanggungannya hutang bagi maksud yang tidak berkaitan dengan perjalanan biasa perniagaan firma kecuali jika pekongsi tersebut diberi kuasa khusus untuk berbuat demikian.

Page 57: BAB 6

KES: SHERIFF lwn WILKS (1880) 1 East 48

Dua dari tiga org pekongsi telah membuat pinjaman atas nama firma sebelum pekongsi ketiga menjadi ahli kongsi.

Mahkamah memutuskan pekongsi ketiga tidak akan bertanggungan kerana keadaan ini adalah sama seperti seorang pekongsi yang mengenakan tanggungan bersama semua pekongsi bagi suatu hutang persendirian.

Page 58: BAB 6

KES: GARLAND lwn JACOMB (1873) L.R.8 Ex 216

Mahkamah memutuskan bahawa jika seorang pekongsi telah memperakui bil atas nama firma bagi tujuan persendiriannya, yang mana dia tidak secara nyata diberi kuasa untuk melakukan tindakan tersebut, maka orang yang menerima bil itu tanpa mengetahui yang bil itu dikeluarkan oleh pekongsi tanpa kuasa nyatanya, masih boleh membuat tuntutan tetapi masih boleh membuat tuntutan terhadap firma.

Page 59: BAB 6

KES:KENDALL lwn WOOD (1871) L.R. 6 Ex 243

Pihak defendan telah menerima wang 1000 pound sterling dari W (rakan kongsi pltf) bagi bayaran hutangnya.

Wang itu adalah milik firma perkongsian dimana Pltf dan W menjadi pekongsi.

Mahkamah memutuskan Pltf tidak boleh memberi kuasa secara khusus kepada W untuk menggunakan wang perkongsian bagi tujuan persendiriannya.

Dia juga tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan defendan percaya bahawa W mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Page 60: BAB 6

Seksyen 8

Untuk mengenakan tanggungan terhadap firma sebarang surat ikatan, surat cara boleh niaga seperti cek & sebagainya disempurnakan atas nama firma perlu wujud suatu kuasa khusus yang dibenarkan firma.

Page 61: BAB 6

HUBUNGAN PEKONGSI DENGAN PEKONGSI LAIN

Perhubungan dimana pekongsi sesama sendiri tertakluk kepada peruntukan perjanjian perkongsian dipersetujui antara mereka.

Kejujuran yang setulusnya (Utmost Good Faith) diperlukan di dalam perhubungan tersebut.

Sekiranya tidak terdapat perjanjian perkongsian, seksyen 21 hingga seksyen 33 Akta Perkongsian akan terpakai.

Page 62: BAB 6

Seksyen-seksyen tersebut menggariskan 2 (Dua) prinsip penting:-

1) Pekongsi-pekongsi adalah bebas untuk kaedah-kaedah & peraturan-peraturan dalam mengendalikan perkongsian. (“tertakluk kepada apa-apa perjanjian antara pekongsi”)

Semua peraturan tersebut boleh dipinda/diubah dengan syarat perubahan itu mendapat persetujuan daripada semua pekongsi bukan majoriti pekongsi-pekongsi sahaja. (sek. 21).

2) Perkongsian adalah tergolong didalam jenis-jenis kontrak ‘uberimae fidei’ iaitu kontrak yang memerlukan kejujuran setulusnya daripada semua pihak.

Page 63: BAB 6

3 perkara penting dalam perhubungan ini:-

a) Keperluan untuk bersikap jujur

b) Kejujuran secara spesifik c) Peraturan mengenai

hubungan sesama pekongsi

Page 64: BAB 6

a) KEPERLUAN BERLAKU JUJUR Dinyatakan didalam Sek. 30,31 dan 32

Akta Perkongsian sesuai dengan maxim yang diperuntukkan dibawah common law iaitu societatis contractibus fides exuberet. ( Kejujuran yang setulusnya sangat diperlukan di antara pekongsi-pekongsi dalam sesuatu perkongsian ).

Page 65: BAB 6

Aplikasi prinsip ini dapat dilihat dalam KES: FAWCETT lwn WHITEHOUSE 1 R.& M. 132 Satu rundingan telah diadakan antara pekongsi

untuk membeli harta bagi firma yang akan ditubuhkan.

Mereka akan menerima komisen/bonus dari pembelian harta tersebut.

Mahkamah memutuskan komisen/bonus tersebut hendaklah diserahkan kepada firma apabila ditubuhkan kelak.

Berdasarkan kepada keputusan dalam kes ini dapat disumpulkan bahawa segala pendapatan bagi pihak firma yang akan ditubuhkan perlulah diserahkan kepadanya selepas ia ditubuhkan kelak.

Page 66: BAB 6

Sek. 27 memperuntukkan:-

Seorang pekongsi tidak boleh diusir daripada perkongsian oleh majoriti pekongsi-pekongsi kecuali jika kuasa untuk berbuat demikian diberi oleh perjanjian nyata diantara pekongsi-pekongsi.

Page 67: BAB 6

KES: GREEN lwn HOWELL (1910 ) 1 Ch. 495.

Terdapat perjanjian perkongsian yang dibuat antara pekongsi-pekongsi.

Salah satu peruntukan yang dinyatakan di dalam perjanjian perkongsian mereka ialah “jika mana-mana pekongsi yang didapati telah melakukan mungkir perjanjian atau didapati tidak menjalankan tugasnya sebagai seorang pekongsi, maka pekongsi yang lain berhak menamatkan perkongsiannya dengan memberikan satu notis bertulis.

Terdapat satu lagi peruntukan yang menyatakan sekiranya timbul persoalan sama ada pihak yang memberi notis itu berhak atau tidak untuk berbuat demikian, ia perlulah diputuskan oleh timbang tara.

Page 68: BAB 6

Terlalu perlanggaran syarat oleh defendan seperti mana ditetapkan dalam perjanjian perkongsian.

Tanpa menunggu sebarang penjelasan daripada defendan, pihak pltf telah mengeluarkan satu notis untuk menamatkan perkongsian antara mereka.

Setelah menyedari haknya telah diketepikan, defendan menyangkal kesahan notis yang telah dikeluarkan.

Dia mendakwa notis tidak sah kerana tidak dinyatakan dengan jelas apakah perkara & kelakuan defendan yang dikatakan melanggar syarat perjanjian mereka.

ISU: sama ada notis yang diberikan oleh pltf sah atau tidak.

MAHKAMAH memutuskan notis pltf adalah sah tanpa perlu menyatakan perlanggaran perkongsian yang dilakukan oleh defendan.

Notis yang diberikan adalah mencukupi jika ia diberikan dengan jujur tanpa niat jahat.

Page 69: BAB 6

Adalah menjadi kewajipan pekongsi yang mengetahui tentang maklumat kedudukan kewangan perkongsian untuk mendedahkan kedudukan tersebut kepada rakan kongsi yang lain.

KES: LAW lwn LAW (1905) 1 Ch.140 seorang pekongsi t Elah membeli syer pekongsi yang lain dengan harga 20,000

pound sterling. Pekongsi yang menjual syer tersebut mendapati syer yang

dijual terdiri daripada gadaian & sekuriti lain. Maklumat ini tidak didedahkan oleh pekongsi yang membeli

syer itu. Pekongsi yang membeli syer mempunyai maklumat akaun &

maklumat itu tidak didedahkan kepada pekongsi yang menjual bahagian syernya.

Mahkamah memutuskan seseorang pekongsi yang mempunyai maklumat berhubung dengan urusan yang dilakukan, pekongsi tersebut hendaklah mengemukakan maklumat yang diketahuinya itu kepada pihak yang satu lagi.

Mahkamah memerintahkan supaya penjualan syer itu dibatalkan.

Page 70: BAB 6

b) KEJUJURAN SECARA SPESIFIK MENGIKUT AKTA PERKONGSIAN 1961 Seksyen 30, 31 & 32 adalah khusus

mengenai kewajipan berlaku jujur antara setiap pekongsi.

- Pertama peruntukan Sek. 30 secara spesifiknya mewajibkan setiap pekongsi menyerahkan akaun yang betul & tepat kepada firma & maklumat yang sahih & terperinci berkenaan dengan perniagaan firma.

Page 71: BAB 6

Sek 31(1) & (2)

Memperuntukkan bahawa sebagai seorang pekongsi menjadi kewajipan baginya bersikap jujur terhadap pekongsi lain dalam urusan perkongsian.

Jika seorang pekongsi menjalankan urusan/perniagaan yang mana dilakukan tanpa pengetahuan/persetujuan firma, maka pekongsi tadi perlulah menyerahkan kepada firma segala faedah/keuntungan yang diperoleh berhubung dengan perniagaan perkongsian itu.

Ini adalah disebabkan urusan itu dijalankan tanpa persetujuan pekongsi yang lain.

Page 72: BAB 6

KES: PATHIRANA lwn ARIYA PATHIRANA (1967) 1 A.C.233

Pltf & defendan adalah dua orang rakan kongsi dalam sebuah perkongsian yang menjalankan perniagaan menjual petrol do Ceylon.

Firma mereka menjadi ejen penjualan petrol bagi syarikat minyak Caltex Ceylon.

Telah berlaku perselisihan faham dimana defendan telah memberi notis untuk menamatkan perkongsian.

Perjanjian perkongsian memperuntukkan notis selama tiga bulan hendaklah diberikan sebelum perkongsian ditamatkan.

Pihak defendan sebelum tamat notis kepada pltf memberitahu Sykt. Caltex, perkongsiannya dengan pltf telah tamat seterusnya menyakinkan sykt untuk adakan perjanjian agensi baru antara mereka berdua sahaja iaitu antara sykt dengan defendan.

Page 73: BAB 6

Mahkamah telah memutuskan bahawa pihak defendan telah menggunakan nama baik (goodwill) perniagaan firma tersebut dalam peroleh kontrak baru dengan Sykt Caltex atas namanya sendiri.

Oleh demikian segala keuntungan diperolehi defendan adalah dianggap keuntungan firma kerana perkongsian belum lagi tamat sebelum kontrak dimasuki.

Mahkamah juga mendapati selepas notis itu berkuatkuasa, pltf telah menggunakan premis (stesen servis) & bahagian modal yang dipunyai olehnya untuk menjalankan perniagaannya.

Keadaan ini mengikut pandangan mahkamah tergolong dalam Sek. 44 Akta Perkongsian Inggeris (sama Sek. 42 Akta Perkongsian Malaysia) mengatakan bahawa seseorang pekongsi yang telah berhenti/waris/wakil pekongsi berhak menerima sebahagian daripada keuntungan yang diperoleh semenjak pembubaran itu.

Page 74: BAB 6

Jika maklumat yang diperolehnya itu digunakan dalam urusan yang tiada kena mengena dengan urusan perniagaan perkongsian, maka pekongsi tersebut tidak boleh dikenakan.

KES: AAS lwn BENHAM (1891) 2 Ch. 244 Seorang rakan kongsi dalam sebuah firma broker

kapal telah menubuhkan sebuah sykt membina kapal.

Dia telah menggunakan maklumat yang diperoleh olehnya semasa menjalankan urusan bagi firma untuk menubuhkan sykt tersebut.

Beliau kemudiannya telah dilantik sebagai pengarah & diberi gaji oleh sykt yang baru ditubuhkan itu.

Perkara ini bagaimanapun telah diketahui oleh rakan kongsinya yang lain.

Page 75: BAB 6

Mereka menuntut supaya keuntungan yang diperoleh oleh pekongsi (pengarah) tersebut dikemukakan dan diserahkan kepada firma.

Mahkamah menolak tuntutan pekongsi lain atas alasan bahawa perniagaan yang dijalankan oleh pekongsi tersebut adalah terkeluar daripada jenis perniagaan firma.

Kesimpulannya:- perniagaan broker kapal adalah dianggap sesuatu yang berlainan & berbeza dengan perniagaan membina kapal. Oleh itu segala maklumat broker kapal boleh digunakan untuk menjalankan perniagaan membina kapal.

Page 76: BAB 6

KES: TRIMBLE lwn GOLDBERG (1906) A.C. 494

Pihak responden & pihak perayu telah bersetuju satu perjanjian perkongsian untuk membeli beberapa bidang tanah dengan tujuan untuk dijual balik.

Selain itu beberapa saham dalam sebuah sykt yang memiliki beberapa bidang tanah kepunyaan sykt tersebut & memperoleh keuntungan.

Tanpa pengetahuan pihak responden, pihak perayu kemudiannya telah membeli beberapa bidang tanah kepunyaan sykt tersebut & memperoleh keuntungan.

Page 77: BAB 6

Pihak reponden telah menuntut di mahkamah supaya keuntungan yang diperoleh daripada transaksi tersebut supaya diserahkan kepada firma & dianggap sebagai keuntungan firma.

Mahkamah telah memutuskan walaupun pembelian tanah kepunyaan sykt itu terkeluar daripada perniagaan perkongsian, namun secara tidak langsung ia mempunyai kaitan dengan perkongsian.

Pihak perayu dikatakan telah membuat kontrak jual beli secara sulit & boleh menjejaskan kepentingan bersama pekongsi-pekongsi lain.

Oleh itu, pihak perayu hendaklah menyerahkan keuntungan yang diperoleh kepada firma.

Page 78: BAB 6

Pihak responden adalah berhak terhadap keuntungan tersebut.

Pihak perayu telah membuat rayuan terhadap keputusan ini.

Walaubagaimanapun House of Lords memutuskan bahawa pembelian tanah milik sykt adalah terkeluar daripada bidang perkongsian & tidak ada kaitan dengan perniagaan firma.

Selain daripada itu, tindakan perayu tidak dianggap satu tindakan sulit yang boleh menjejaskan/ memudaratkan kepentingan perkongsian.

Page 79: BAB 6

Seksyen 32 memperuntukkan:- Jika seorang pekongsi tanpa persetujuan

pekongsi-pekongsi yang lain, menjalankan sesuatu urusan yang sama jenisnya & bertanding dengan urusan firma itu, dia mesti menjelaskan & membayar kepada firma semua keuntungan diperolehnya daripada urusan itu.

Page 80: BAB 6

Dua syarat yang mesti dipenuhi dalam seksyen ini ialah:-

Pertama:- Pekongsi yang menjalankan perniagaan secara

persendirian hanya akan dikenakan tanggungan untuk menyerahkan keuntungan yang diperolehnya kepada firma jika perniagaan yang dilakukan itu sejenis & bersaing dengan perniagaan yang dijalankan oleh firma.

Sekiranya perniagaan yang dijalankan adalah sejenis tetapi tidak bersaing dengan perniagaan perkongsian, maka pekongsi tidak perlu menyerahkan keuntungan kepada firma kerana tidak dianggap melanggar peruntukan 32.

Page 81: BAB 6

Kedua:- Syarat yang pertama diatas tidak boleh

dikuatkuasakan tanpa adanya syarat kedua iaitu perniagaan yang sama jenis & bersaingan ini mestilah dijalankan tanpa pengetahuan daripada pekongsi-pekongsi yang lain sama ada secara nyata atau tersirat (termaklum).

Jika perniagaan yang dijalankan mendapat kebenaran daripada pekongsi lain, maka pekongsi yang menjalankan perniagaan yang sama itu dianggap tidak melanggar peruntukan seksyen ini.

Page 82: BAB 6

PERATURAN MENGENAI HUBUNGAN SESAMA PEKONGSI

Hak & kewajipan pekongsi-Sek. 26 Akta Pekongsian 1961:- “kepentingan pekongsi-pekongsi dalam harta perkongsian, dan hak-hak serta kewajipan-kewajipan mereka berhubung perkongsian itu, hendaklah ditentukan, tertakluk kepada sebarang perjanjian, ternyata atau termaklum diantara pekongsi mengikut peraturan berikut.

Page 83: BAB 6

Sek. 26 menyenaraikan sembilan peraturan & Seksyen 26 (a) hingga seksyen 26 (i) mengenai hak & kewajipan setiap pekongsi.

1) Seksyen 26 (a)- semua pekongsi adalah berhak kepada bahagian yang sama rata kepada modal & keuntungan perniagaan itu & mestilah menyumbangkan sama rata terhadap kerugian-kerugian sama ada pada modal ataupun sebaliknya, yang ditanggung oleh firma.

Page 84: BAB 6

KES: STEWART lwn FORBES (1849) 1 Mac. G 136

Mahkamah memutuskan bahawa peruntukan mengenai pengagihan keuntungan secara sama rata tidak boleh digunakan kerana telah wujud perjanjian antara pekongsi yang menetapkan bahawa penerimaan keuntungan adalah berdasarkan kepada jumlah sumbangan modal.

Page 85: BAB 6

Sek. 46(a) Akta yang sama menyatakan bahawa kerugian akan ditanggung oleh setiap rakan kongsi seperti mana keuntungan modal dibahagikan.

KES: RE ALBION LIFE ASSURANCE SOCIETY (1880) 16 Ch. D 83, Jessel MR berkata: “Prinsip undang-undang yang umum ialah dalam perkongsian perniagaan yang biasa, bila terdapat perkongsian keuntungan dalam bahagian tertentu, maka bolehlah dirumuskan secara adil bahawa kerugian juga diagihkan dalam bahagian yang sama.

Page 86: BAB 6

2) Sek. 26 (b):-Firma mestilah mengganti bayar kepada setiap pekongsi berhubung dengan bayaran sendirian & tanggungan sendirian yang dilakukan olehnya:

I. dalam menjalankan perniagaan firma secara biasa & wajar.

II. Dalam atau mengenai apa saja yang perlu dilakukan bagi memelihara perniagaan atau harta firma.

Page 87: BAB 6

Setiap perbelanjaan yang perlu diganti bayar oleh firma sekiranya perbelanjaan tersebut digunakan dalam menjalankan tugas firma.Sekiranya seorang pekongsi melakukan frod dan kecuaian maka dia tidak berhak digantibayar oleh firma.KES 1: ONG KENG HUAT lwn HONG KONG CORPORATION (1961) MLJ 36

Pihak-pihak didalam kes ini ialah pekongsi dalam perniagaan mengurus pawagam.

Pihak merayu ialah pengurus besar yang mempunyai kuasa pentadbiran & kawalan.

Dalam perjanjian pihak merayu ditugaskan mengurus pawagam & mengadakan insurans bagi alat-alat yang dipasang di dalam pawagam tersebut.

Pihak perayu telah gagal mengadakan insurans bagi alat-alat tersebut.

Pada tahun 1957 pawagam terbakar dan mengalami kerosakan teruk.

Berlaku perselisihan & perkongsian dibubarkan.

Page 88: BAB 6

Pihak responden mendakwa kerugian mestilah ditanggung sendiri oleh pihak perayu kerana kegagalannya mengadakan insurans bagi alat-alat di dalam pawagam.

Responden berjaya diperingkat pertama kes. Mahkamah memutuskan bahawa perayu adalah bertanggungan

kerana kegagalannya mengadakan insurans bagi kipas angin di pawagam tersebut.

Diperingkat mahkamah pula memutuskan bahawa tanggungan keseluruhan bagi sesuatu kerugian yang ditanggung oleh firma akan dikenakan terhadap seorang pekongsi sahaja jika kerugian itu timbul daripada frod atau kecuaian oleh pekongsi tersebut.

Walaubagaimanapun, Mahkamah Rayuan mendapati bahawa pihak peryu hanya melakukan pecah kewajipan, tetapi tidak melakukan frod atau kecuaian.

Oleh itu, pihak reponden juga akan bertanggungan terhadap kerugin tersebut.

Rumusan: Sek. 26 (b) tidak akan terpakai bagi kerugian yang dialami oleh firma jika kerugian itu disebabkan oleh frod atau kecuaian pekongsi itu sendiri.

Page 89: BAB 6

KES: KOK HONG LEONG & ORS lwn SEOW KAH CHENG & ORS (1950) 16 MLJ 87 Mahkamah memutuskan tindakan responden

yang telah memelihara aset firma berhak diganti bayar oleh firma bagi segala perbelanjaan (kos) yang telah dikeluarkan dalam kes tuntutan tersebut.

Rumusan: Sekiranya seseorang pekongsi telah melakukan segala daya usaha untuk mengurus firma & memelihara kepentingan & kebaikan firma segala perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pekongsi perlu diganti bayar oleh firma.

Page 90: BAB 6

3) Seksyen 26 (c)-Seorang pekongsi yang membuat bagi maksud-maksud perkongsian sebarang bayaran benar atau pendahuluan melebihi jumlah modal yang dia setuju menyumbang dia adalah berhak menerima faedah atas kadar lapan peratus setahun dari tarikh pembayaran/pendahuluan.

4) Seksyen 26 (d)-Seorang pekongsi tidak berhak, sebelum keuntungan-keuntungan ditentukan, kepada faedah atas modal yang disumbangkan olehnya.

5) Seksyen 26 (e)-Setiap pekongsi boleh mengambil bahagian dalam pengurusan perniagaan perkongsian.

Page 91: BAB 6

6) Seksyen 26 (f)-

Tidak seorang pekongsi berhak menerima upah bagi bertindak untuk perniagaan perkongsian.

Rumusan:- Didalm firma perkongsian tidak wujud perkataan upah/gaji

kerana mereka adalah pekongsi yang sama-sama berkongsi keuntungan.

Tetapi ia juga tertakluk kepada perjanjian perkongsian jika ada yang membenarkan pemberian gaji/upah.

7) Seksyen 26 (g)-

Tidak seorang pun boleh dimasukkan sebagai pekongsi tanpa persetujuan pekong-pekongsi lain yang ada sekarang.

8) Seksyen 26 (h)-

sebarang pertikaian yang timbul mengenai perkara biasa berhubung dengan perniagaan perkongsian boleh diputuskan oleh majoriti pekongsi-pekongsi tetapi perubahan tidak boleh dilakukan kepada jenis perniagaan perkongsian tanpa persetujuan semua pekongsi-pekongsi yang ada.

Page 92: BAB 6

KES: CONST lwn HARRIS (1824) T.&R. 496

Mahkamah mengatakan peraturan majoriti ini tertakluk kepada dua syarat, iaitu pihak majoriti perlu dibawa berunding, diberi peluang untuk dibawa berbincang, tidak kira jika pada akhirnya pendapat minorti ini tidak diterima & kuasa majoriti hendaklah digunakan bagi faedah firma secara keseluruhannya & bukan lagi faedah golongan majoriti sahaja.

Page 93: BAB 6

KES: THAM KOK CHEONG & ORS lwn LOW PUI HENG (1966) 1 MLJ 52

4 orang rakan kongsi telah menjalankan perniagaan.

3 daripada pekongsi telah menjual perniagaan mereka kepada sebuah sykt berhad yang ditubuhkan oleh mereka sendiri.

Pekongsi yang keempat tidak mengetahui tentang urusan itu sehinggalah ia diberitahu oleh salah seorang pekongsi yang terlibat dengan urusan penjualan perniagaan firma tersebut.

Dia diberitahu oleh pekongsi yang terlibat bahawa perniagaan mereka telah bertukar menjadi Sykt Berhad.

Page 94: BAB 6

Pekongsi yang keempat kemudiannya telah mengambil tindakan guaman terhadap ketiga-tiga pekongsi & Sykt Berhad itu.

Mahkamah memutuskan pengambilan alih perkongsian oleh Sykt Berhad itu adalah tidak sah & Sykt itu mestilah mengembalikan semula syer pihak menuntut di dalam perkongsian itu.

Mahkamah Rayuan memutuskan penjualan adalah tidak sah kerana pekongsi keempat tidak bersetuju & tidak mengetahui tentang penjualan perniagaan perkongsian kepada Sykt Berhad.

Rumusan:Setiap keputusan yang melibatkan pertukaran jenis perniagaan firma perlulah mendapat keputusan sebulat suara dari semua pekongsi. Jika tidak, urusan tersebut akan menjadi tidak sah.

Page 95: BAB 6

9) Seksyen 26 (i)-Buku-buku perkongsian hendaklah disimpan di tempat perniagaan perkongsian (atau ditempat utama, jika ada lebih daripada satu tempat) dan setiap pekongsi boleh bila difikirkan perlu, membuat salinan & memeriksa mana satu daripadanya.

Page 96: BAB 6

LIABILITI PEKONGSI

Setiap pekongsi dalam menjalankan perniagaan mereka tanggungan yang tersendiri.

Seksyen 16 bermaksud:- Setiap orang melalui perkataan, atau tutur kata

yang mengemukakan dirinya atau secara mengetahui membenarkan dirinya dikemukakan sebagai seorang pekongsi di dalam sesuatu firma tertentu, adalah bertanggungan sebagai pekongsi.

Pekongsi tersebut dianggap bertanggungan terhadap sesiapa yang telah memberi hutang kepada firma atas sebab keyakinan mereka terhadap kenyataan yang dibuat oleh pekongsi.

Kenyataan boleh dibuat terus ataupun tidak.

Page 97: BAB 6

Tanggungan yang dikenakan terhadap seseorang kerana mengemukakan diri (DOKTRIN ESTOPEL)

Estopel:- Seseorang yang membuat kenyataan

mengemukakan diri adalah disekat atau dihalang dari menafikan kenyataan yang dibuat itu bukan kenyataannya.

Seseorang yang membuat kenyataan kepada pihak lain & kenyataan itu dipercayai oleh pihak yang lain itu & dijadikan dasar tindakannya, maka orang yang membuat kenyataan itu dihalang dari menafikan atau menyangkal kenyataannya.

Page 98: BAB 6

Keadaan-keadaan dimana tanggungan ini terpakai:-

(a) “seseorang yang membenarkan atau yang mengetahui namanya dinyatakan & digunakan sebagai pekongsi atau dengan sendiri mengemukakan dirinya sebagai pekongsi.

Page 99: BAB 6

KES: TOWER CABINET lwn INEGRAM (1949) 2 K.B. 393

Sebuah firma telah gagal memusnahkan nota-nota lama firma yang mana masih tertera nama seorang pekongsi yang telah bersara.

Kegagalan tersebut telah menyebabkan nota tersebut secara tidak sengaja digunakan untuk berurusan dengan pihak ketiga.

Mahkamah memutuskan pekongsi yang telah bersara tidak bertanggungan walaupun dia telah gagal memansuhkan namanya semasa berurusan dengan pihak ketiga.

Kegagalan itu tidak bermaksud dia membenarkan dirinya dikemukakan sebagai pekongsi.

Page 100: BAB 6

(b) “Kenyataan/kelakuan yang dianggap sebagai mengemukakan diri itu tidak perlu disampaikan kepada pihak yang telah bertindak ke atasnya oleh pihak yang membuat kenyataan atau melakukan kelakuan itu dan tidak juga perlu disampaikan dengan pengetahuannya”.

Sebagai contoh, A memberitahu kepada B bahawa dia seorang pekongsi dalam firma CDE.

B menyampaikan kenyataan itu kepada F yang berasaskan kenyataan itu telah memberi hutang kepada CDE.

A dianggap sebagai telah mengemukakan dirinya kepada F bahawa dia seorang pekongsi bersama dengan CDE & oleh yang demikian dia bertanggungan terhadap F selaku pekongsi CDE.

Page 101: BAB 6

(C) “kelakuan/tindakan yang dikatakan mengemukakan diri itu mestilah kenyataan yang boleh mempengaruhi pihak ket iga untuk meberi hutang kepada firma.

Syarat ketiga ini memerlukan pengaruh & keyakinan pemberi hutang kepada kenyataan yang dibuat oleh orang yang mengemukakan diri itu, barulah seseorang itu bertanggungan di atas kenyataan yang dibuat olehnya & seterusnya bertanggungan atas hutang firma.

Page 102: BAB 6

TANGGUNGAN BAGI PEKONGSI YANG KELUAR DAN MASUK

Setiap pekongsi hanya akan bertanggungan bagi segala liabiliti yang timbul semasa dia menjadi pekongsi sahaja.

Bermakna dia tidak bertanggungan bagi segala tanggungan perkongsian yang timbul selepas dia bersara kecuali jika terdapat doktrin mengemukakan diri.

Page 103: BAB 6

SEKSYEN 19 memperuntukkan tiga(3) Prinsip berkenaan dengan tanggungan pekongsi:-(i) Pekongsi baru masuk tidak akan bertanggungan

terhadap hutang firma sebelum dia menjadi pekongsi.

(ii) Sekiranya dia bersara tanggungannya tidak akan terhenti bagi hutang-hutang firma sebelum persaraannya.

(iii) Walaubagaimanapun seorang pekongsi yang bersara boleh dilepaskan daripada tanggungan yang ada sekiranya ada perjanjian dengan pekongsi yang baru masuk menggantikannya bahawa segala tanggungan itu dipindahkan kepada pekongsi yang baru itu.

Page 104: BAB 6

Prinsip (i) & (ii) digambarkan di dalam:-KES:COURT lwn BERLIN (1897) 77 LT 293 Pltf seorang peguamcara telah diambil bekerja oleh

sebuah firma perkongsian. Firma tersebut menjalankan perniagaan menuntut

hutang yang telah habis tempohnya bagi pihak firma.

Perkongsian itu dijalankan dibawah nama ‘1 Berlin’. Perkongsian itu terdiri dari Berlin (pekongsi urusan)

dan dua lagi sleeping partner. Semasa tuntutan untuk mendapatkan semula

hutang masih didalam prosiding, dua orang pekongsi (sleeping partner) telah bersara dari perkongsian.

Page 105: BAB 6

Pltf meneruskan prosiding dan menyaman Berlin & dua rakan kongsinya tadi untuk kosnya.

Pekongsi yang bersara menolak tuntutan kos yang terlibat selepas persaraan mereka.

Mahkamah memutuskan bahawa kedua-dua rakan kongsi itu turut bertanggungan terhadap kos yang terlibat selepas persaraan mereka.

Ini adalah kerana pengambilan peguam cara untuk firma adalah satu kontrak yang berpanjangan sehingga segala prosiding itu berakhir.

Page 106: BAB 6

Seksyen 19 haruslah dibaca bersama Seksyen 38.

Seksyen 38 bermaksud :-(i) Seseorang yang berurusan dengan firma berhak

menganggap bahawa ahli zahir firma adalah ahli firma semasa dia berurusan selagi dia tidak mendapat notis tentang perubahan keahlian dalam firma itu.

(ii) Sesuatu iklan pembubaran yang dikeluarkan dalam sesuatu tempat perniagaan firma akan menjadi notis kepada yang tidak mempunyai urusan dengan firma sebelum tarikh pembubaran dibuat & bukan selepas tarikh itu.-Iklan itu juga akan terpakai kepada tempat tertentu dimana perniagaan itu dijalankan.

Page 107: BAB 6

(iii) Harta kepunyaan pekongsi yang mati atau bankrap atau keupayaan seorang pekongsi yang bersara dari firma tidak akan bertanggungan atau digunakan untuk membayar hutang firma yang ditanggung selepas kematian atau kebankrapan atau persaraan pekongsi itu.

Page 108: BAB 6

PEMBUBARAN PERKONGSIANDefinisi:- Perkongsian ditamatkan & aktiviti perniagaan dihentikan. Perniagaan firma akan berakhir setelah dibubarkan. Pembekuan semua aset & harta perkongsian sementara

menuggu proses pengagihan kepada yang berhak. Mengakibatkan pemiutang firma akan dibayar serta-

merta dari aset firma yang telah dikumpulkan. Terdapat 3 kaedah Pembubaran di bawah Akta

Perkongsian:-(1) Pembubaran secara automatik(2) Pembubaran melalui notis(3) Pembubaran oleh mahkamah

Page 109: BAB 6

(1) PEMBUBARAN SECARA AUTOMATIK (TERSENDIRI)

(i) Tamat Tempoh PerkongsianSeksyen 34(1) tertakluk kepada sebarang perjanjian antara pekongsi, sesuatu perkongsian dibubar:-

a) Jika ditubuhkan bagi tempoh yang tetap, oleh keluputan tempoh itu;

b) Jika ditubuhkan bagi satu usaha atau pekerjaan, oleh tamatnya usaha atau pekerjaan itu.

Page 110: BAB 6

(ii) Kematian atau Kebankrapan PekongsianSeksyen 35(1) Tertakluk kepada sebarang perjanjian diantara pekongsi-pekongsi setiap perkongsian adalah dibubar terhadap semua pekongsi oleh kematian atau kebankrapan mana-mana pekongsi.

Page 111: BAB 6

KES: LEE WHAT KAY lwn OFFICIAL ASSIGNEE (1941) MLJ 25

Hakim Cussen memberikan pendapatnya:“Kebankrapan tidak dengan secara automatik membubarkan perkongsian tetapi ia adalah satu keadaan dimana mahkamah boleh memerintahkan pembubaran. Perkongsian akan terus berjalan sehinggalah Mahkamah keluarkan perintah pembubaran”.

Page 112: BAB 6

KES 2: BROWN, JANSON & CO. lwn HUTCHINSON & CO. (1895) 1 Q.B. 737

Rumusan kes:- Sekiranya satu perintah gadaian telah dipohon oleh pemiutang terhadap seorang pekongsi ke atas hutang persendiriannya & perintah tersebut dibuat ke atas kepentingan yang dimiliki oleh pekongsi tersebut di dalam firmanya, maka Mahkamah boleh mengeluarkan perintah pembubaran.

Page 113: BAB 6

(iii) Ketidaksahan Perkongsian - Sesuatu perkongsian akan terbubar dengan sendirinya

jika berlaku sesuatu yang mengakibatkan perkongsian tidak dapat dijalankan secara sah atau sekiranya berlaku sesuatu yang menyebabkan perkongsian menjadi tidah sah dijalankan oleh pekongsi-pekongsinya.

(iv) Lebihan Bilangan Ahli- Sekiranya jumlah pekongsi melebihi had maksimum 20

orang ahli perkongsian akan terbubar secara automatik kerana ia telah menjadi tidak sah kerana memiliki ahli lebih daripada had yang ditetapkan.

(v) Gadaian Syer Bagi Harta Persendirian- Sek. 35(2):- Sesuatu perkongsian boleh atas opsyen

pekongsi-pekongsi yang lain dibubarkan jika mana-mana pekongsi membenarkan bahagiannya dalam harta pekongsi dicagar di bawah Akta ini untuk hutangnya yang berasingan.

Page 114: BAB 6

2) PEMBUBARAN MELALUI NOTIS Seksyen 34(1)(c) & Seksyen 34(2) telah

menggariskan peruntukan mengenai pembubaran sesuatu perkongsian jika tempoh perkongsian tidak ditetapkan.

Sek. 34(1)(c):-Jika ditubuhkan bagi tempoh yang tidak ditetapkan, oleh mena-mana pekongsi memberi notis kepada pekongsi-pekongsi yang lain tentang niatnya untuk membubarkan perkongsian.

Sek. 34(2):-Perkongsian dibubar mulai dari tarikh yang disebut dalam notis sebagai tarikh pembubaran, jika tarikh tidak disebut seperti itu, dari tarikh notis itu disampaikan.

Page 115: BAB 6

KES: THAM KOK CHEONG & ORS lwn LOW PUI HENG (1966) 1 MLJ 52

Pekongsi yang keempat, seorang wanita yang buta huruf, tidak diberitahu sama sekali tentang penjualan perkongsian kepada sebuah sykt berhad.

Perbuatan ketiga-tiga pekongsi dalam menjual perkongsian kepada sebuah sykt berhad dianggap sebagai niat mereka untuk mebubarkan perkongsian itu.

w/bagaimanapun oleh kerana penjualan itu tidak diketahui oleh pekongsi yang keempat sewaktu ia dilakukan, maka pembubaran perkongsian & penjualan perniagaan itu diputuskan oleh mahkamah sebagai tidak sah.

Keputusan ini di buat kerana dalam menentukan niat pekongsi menentukan niat pekongsi menukarkan liabiliti yang tidak terhad didalam perkongsian kepada liabiliti yang terhad didalam sykt berhad adalah satu perkara yang perlu diberitahu kepada semua pekongsi.

Jadi sekiranya salah seorang daripada mereka tidak tahu atau tidak diberi notis maka ia adalah tidak sah.

Page 116: BAB 6

KES: SUBRAMANIAM CHETTIAR lwn KADER MASTAN (1934) 3 F.M.S.L.R 14

Mahkamah memutuskan bahawa notis tentang niat untuk bersara atau menarik diri daripada perkongsian perlu disampaikan kepada pekongsi-pekongsi lain.

Ia tidak memadai jika sekiranya seseorang pekongsi bertindak meninggalkan perkongsian tanpa bergiat lagi dalam perniagaannya.

Keadaan seumpama ini tidak cukup untuk dijadikan sebagai notis tentang niat untuk bersara.

Page 117: BAB 6

Prinsip :- Jika perkongsian yang tempohnya tidak dinyatakan itu ditubuhkan melalui satu dokumen bertulis, maka notis pembubarannya juga mestilah secara bertulis.

- Sek. 28 (1) & 28 (2) & Sek. 34 (2)

Page 118: BAB 6

3) PEMBUBARAN OLEH MAHKAMAH

Sek. 37:- Mahkamah mempunyai kuasa untuk membubarkan perkongsian.

KES: RUSSELL lwn RUSSELL (1880) 14 Ch.D. 471 Sekiranya terdapat satu peruntukan dalam perjanjian

perkongsian menyatakan bahawa setiap pertelingkahan & percanggahan pendapat perlu dirujuk kepada timbangtara, maka timbangtara yang mempunyai kuasa untuk mengarahkan supaya pembubaran dibuat sekiranya persetujuan tidak dicapai oleh pekongsi-pekongsi.

Mahkamah tidak boleh campurtangan dalam masalah yang dihadapi oleh pekongsi.

Hanya timbangtara yang mempunyai kuasa untuk menyelesaikan hal mereka.

Page 119: BAB 6

Sek. 37 menggariskan enam sebab yang membolehkan mahkamah diatas permintaan seorang pekongsi membubarkan perkongsian itu:-

i) Tidak siuman-Tidak ada lagi harapan untuk sembuh (kekal). Sekiranya ada harapan sembuh, maka mahkamah tidak akan mengarahkan supaya pembubaran dibuat seperti yang diputuskan dalam kes JONES lwn NOY (1833) 2 MY. & K 125

ii) Ketidakupayaan Kekal-Sek.37(b) tidak ada peluang untuk sembuh

Page 120: BAB 6

(iii) Kelakuan Prejudis Terhadap Perniagaan FirmaKES 1: ESSELL lwn HAYWARD (1860) 30, Beav 158

- Sekiranya berlaku penyelewengan terhadap harta firma oleh seorang peguamcara, maka ia adalah merupakan satu sebab Mahkamah boleh memerintahkan pembubaran.

Page 121: BAB 6

KES 2: J.M.M. LEWIS & ORS lwn W.E BALASINGAM (1970) 1 MLJ 13

Pltf memohon kepada mahkamah supaya perkongsian dibubarkan secara notis bertulis

Notis bertulis itu perlu dikeluarkan untuk mengisytiharkan bahawa perkongsian dibubarkan disebabkan oleh salah laku defendan.

Pltf mendakwa kelakuan defendan selalu sahaja tidak hadir pejabat & gagal untuk memberikan tumpuan kepada firma dianggap salah laku serius.

Mahkamah putuskan notis pembubaran tidak boleh dikeluarkan kerana menganggap ia bukan salah laku yang serius.

Page 122: BAB 6

(iv) Pelanggaran Perjanjian Perkongsian secara Berturut-turut.

KES: BAXTER lwn WEST (1860) 1 DREW & SM 173

Pekongsi perlu buktikan perlanggaran perjanjian dibuat secara sengaja & bersungguh-sungguh.

Mahkamah akan memerintahkan supaya firma dibubarkan sekiranya terdapat syak-wasangka antara setiap pekongsi & tidak lagi percaya & yakin antara satu sama lain.

(v) Kerugian yang berterusan:- Sek. 37 (e) Akta Perkongsian 1961

(vi) Adil & Saksama – Sek. 37(f) Akta Perkongsian 1961