bahan esei

12
Burung Pekaka berwarna-warni, Menjamu selera si anak ikan, Bismillah pembuka bicara ini, Assalamualaikum saya ucapkan. Sejambak kasih,seharum kasturi buat saudari/a pengerusi majlis,barisan panel hakim yang tega menegakkan paksi keadilan pastinya,penjaga masa yang setia dengan jam randeknya seterusnya hadirin hadirat yang berintelektual sekalian. Berdirinya saya di sini bukan untuk mempamerkan wajah tetapi ingin menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk Negeri B ersih, Rakyat Sihat. Tema 'Negeri Bersih rakyat Sihat' menekankan bahawa untuk memastikan negeri indah dan sihat, rakyat mestilah terlebih dahulu menyanjung tinggi kebersihan sebagai sebahagian yang penting dalam amalan kehidupan kita. Kebersihan hendaklah dijadikan sebahagian daripada budaya bangsa, budaya yang bukan sahaja diperkatakan tetapi juga diamalkan dalam kehidupan harian Hadirin sekalian, Indikator saya yang pertama di bawah kata kunci implikasi negeri yang bersih kepada rakyatnya.Daripada segi kesihatan pula, umum mengetahui akan peranan kebersihan dalam mencegah merebaknya berbagai-bagai jenis penyakit. Lalat dan nyamuk yang menjadi vector bagi penyakit-penyakit yang boleh membawa maut seperti denggi berdarah dan demam kepialu.Jika masalah ini berterusan tidak mustahil tahap kesihatan rakyat terjejas.Cuba kita sama-sama fikirkan bagaimana rakyat hendak hidup sihat jika tinggal dalam negeri yang kotor.?Aduh...nampaknya rakyat sendiri mendapat kesan daripada perbuatannya sendiri.Negeri yang bersih secara tidak langsung mampu melahirkan rakyat yang sihat. Hadirin yang berintelektual, Indikator saya yang ke dua di bawah kata kunci, kebersihan membawa banyak manfaat kepada kita semua. Kehidupan kita bukan sahaja menjadi lebih selesa daripada segi pemandangan dan iklim yang nyaman, tetapi juga kita akan menjadi manusia yang lebih sihat. Seseorang yang sihat mempunyai kemampuan berdayamaju lebih daripada yang letih dan yang selalu diganggu oleh bermacam-macam penyakit. Pendekata, persekitaran yang bersih membawa kejayaan yang lebih tinggi.Negeri yang bersih mampu meningkatkan taraf kesihatan rakyat.Rakyat dapat hidup dengan lebih selesa. Terangguk-angguk saudari di belakang,angguk setuju agaknya.. Hadirin hadirat sekalian Indikator saya yang ke tiga,penyemaian sikap yang bersih. Apabila kebersihan sudah menjadi darah daging atau sebati dengan kita rakyat Malaysia, apabila kita berasa malu jika kita kotor dan mengotorkan alam sekeliling, maka dengan sendirinya kekotoran akan berkurangan dan pencemaran tidak lagi akan menjadi masalah serta beban yang berat kepada masyarakat.Justeru itu, tumpuan hendaklah diberikan kepada penyemaian sikap yang bersih di kalangan kita melalui didikan dan teladan masa. Jika kita sendiri tidak kotor dan tidak pula mengotorkan, insya- Allah anak-anak buah kita akan mengikutinya. Hadirin sekalian, Memang tidak dapat dinafikan bahawa walaupun berbagai- bagai kempen telah diadakan oleh kerajaan berkaitan dengan kebersihan dan keindahan, masih terdapat ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak mengambil

Upload: cik-su-yah

Post on 12-Dec-2015

27 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

BAHAN ESEI

TRANSCRIPT

Page 1: BAHAN ESEI

Burung Pekaka berwarna-warni,Menjamu selera si anak ikan,Bismillah pembuka bicara ini,Assalamualaikum saya ucapkan.

Sejambak kasih,seharum kasturi buat saudari/a pengerusi majlis,barisan panel hakim yang tega menegakkan paksi keadilan pastinya,penjaga masa yang setia dengan jam randeknya seterusnya hadirin hadirat yang berintelektual sekalian. Berdirinya saya di sini bukan untuk mempamerkan wajah tetapi ingin menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk Negeri B ersih, Rakyat Sihat.Tema 'Negeri Bersih rakyat Sihat' menekankan bahawa untuk memastikan negeri indah dan sihat, rakyat mestilah terlebih dahulu menyanjung tinggi kebersihan sebagai sebahagian yang penting dalam amalan kehidupan kita. Kebersihan hendaklah dijadikan sebahagian daripada budaya bangsa, budaya yang bukan sahaja diperkatakan tetapi juga diamalkan dalam kehidupan harian

Hadirin sekalian, Indikator saya yang pertama di bawah kata kunci implikasi negeri yang bersih kepada rakyatnya.Daripada segi kesihatan pula, umum mengetahui akan peranan kebersihan dalam mencegah merebaknya berbagai-bagai jenis penyakit. Lalat dan nyamuk yang menjadi vector bagi penyakit-penyakit yang boleh membawa maut seperti denggi berdarah dan demam kepialu.Jika masalah ini berterusan tidak mustahil tahap kesihatan rakyat terjejas.Cuba kita sama-sama fikirkan bagaimana rakyat hendak hidup sihat jika tinggal dalam negeri yang kotor.?Aduh...nampaknya rakyat sendiri mendapat kesan daripada perbuatannya sendiri.Negeri yang bersih secara tidak langsung mampu melahirkan rakyat yang sihat.

Hadirin yang berintelektual, Indikator saya yang ke dua di bawah kata kunci, kebersihan membawa banyak manfaat kepada kita semua. Kehidupan kita bukan sahaja menjadi lebih selesa daripada segi pemandangan dan iklim yang nyaman, tetapi juga kita akan menjadi manusia yang lebih sihat. Seseorang yang sihat mempunyai kemampuan berdayamaju lebih daripada yang letih dan yang selalu diganggu oleh bermacam-macam penyakit. Pendekata, persekitaran yang bersih membawa kejayaan yang lebih tinggi.Negeri yang bersih mampu meningkatkan taraf kesihatan rakyat.Rakyat dapat hidup dengan lebih selesa. Terangguk-angguk saudari di belakang,angguk setuju agaknya..

Hadirin hadirat sekalian Indikator saya yang ke tiga,penyemaian sikap yang bersih. Apabila kebersihan sudah menjadi darah daging atau sebati dengan kita rakyat Malaysia, apabila kita berasa malu jika kita kotor dan mengotorkan alam sekeliling, maka dengan sendirinya kekotoran akan berkurangan dan pencemaran tidak lagi akan menjadi masalah serta beban yang berat kepada masyarakat.Justeru itu, tumpuan hendaklah diberikan kepada penyemaian sikap yang bersih di kalangan kita melalui didikan dan teladan masa. Jika kita sendiri tidak kotor dan tidak pula mengotorkan, insya- Allah anak-anak buah kita akan mengikutinya.

Page 2: BAHAN ESEI

Hadirin sekalian, Memang tidak dapat dinafikan bahawa walaupun berbagai- bagai kempen telah diadakan oleh kerajaan berkaitan dengan kebersihan dan keindahan, masih terdapat ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak mengambil berat perkara ini. Ini mungkin kerana terdapat segolongan rakyat yang mempunyai tabiat tidak mempedulikan kebersihan dan keindahan. Kalau sukapun, ada pula mereka yang menggunakan 'double-standard' -- mementingkan kebersihan dan keindahan di dalam rumah masing-masing tetapi di luar rumah, mereka tidak mengambil berat tentang kebersihan dan membuang sampah di mana-mana mereka suka. Tabiat ini perlu dikikis dan dibendung mungkin melalui program-program yang bercorak didikan yang memberi kesedaran kepada mereka.

Hadirin hadirat sekalian, Sebenarnya tidak ada jentera atau pentadbiran yang boleh membersihkan keadaan sekeliling jika rakyat mengotorkannya sepanjang masa. Walaupun diadakan pasukan pembersih yang amat besar, keadaan kotor akan terus ada jika kita selalu mengotorkan persekitaran kita. Ayuh...marilah kita sama-sama menjaga negeri kita.Negeri yang bersih mampu melahirkan rakyat yang sihat,saya ulang Negeri yang Bersih nampu melahirkan rakyat yang sihat.Nampaknya masa telah mencemburui kita,saya akhiri pidato saya dengan serangkap pantun

Kalau ada sumur di ladang,Boleh hamba menumpang mandi,Kalau ada umur yang panjang,Boleh hamba berpidato lagi.Wabilllah................................wassalam.........................

Page 3: BAHAN ESEI

Kepentingan Dalam Menjaga Alam Sekitar

Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.

Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.

Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati keselesaan. Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran kita. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak selesa. Aktivti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan meningkatkan tahap kesihatan kita.

Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari semasa ke semasa. Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida. Akhirnya, pemanansan global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan ekosistem persekitaran. Penjagaan sumber-sumber alam sekitar seperti pokok-pokok akan dapat membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan mengawal hakisan tanah dan banjir. Hutan juga menjadi salah satu sumber ekonomi negara kita.

Alam setikar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang mampu membawa penyakit. Persekitaran yang bersih menghalang haiwan seperti lalat, nyamuk dan tikus daripada membiak dan menyebarkan penyakit kepada manusia seperti malaria, deman denggi, taun dan hawar. Keadaan ini turut melindungi makanan kita daripada dicemari oleh vector-vektor penyakit tersebut dan dengan itu, masalah keracunan makanan dapat dielakkan.

Gangguan daripada serangga di dalam rumah juga dapat dielakkan jika persekitaran dalam keadaan bersih. Alam setikar yang bersih dapat mengurangkan pembiakan serangga seperti nyamuk, lalat, dan serangga lain yang berada di dalam rumah. Tanpa serangga tersebut, kita dapat berehat dengan selesa di rumah pada bila-bila masa. Selain itu, persekitaran yang bersih juga mengelakkan pencemaran bau yang boleh mengganggu keselesaan hidup kita.

Page 4: BAHAN ESEI

Selain itu, air merupakan sumber asli yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Air sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia sehinggakan manusia boleh hidup bertahan beberapa hari dengan air sahaja tanpa makanan. Tubuh kita mengandungi lebih kurang 70% air. Sekiranya kehilangan air, hal ini akan mengakibatkan kita kehilangan tenaga. Air bukan sahaja penting kepada manusia malah kepada hidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang turut memerlukan air. Air yang suci dan bersih merupakan penjana kepada kehidupan di muka bumi. Oleh kerana air merupakan unsur penting dalam kehidupan manusia, masyarakat haruslah berganding bahu dalam memelihara dan menjaga kebersihan air terutamanya menjaga keselamatan alam sekitar daripada sebarang pencemaran.

Tambahan pula, alam sekitar yang dijaga oleh semua lapisan masyarakat dapat mengelakkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuh-tumbuhan adalah merupakan salah satu sumber makanan kepada manusia. Pencemaran alam sekitar yang dilakukan akan menyebabkan kemusnahan habitat haiwan dan akan menyebabkan sumber makanan manusia akan berkurang, sebagai contoh hidupan laut seperti udang, ikan dan seumpamanya merupakan sumber makanan yang mengandungi protein yang dapat menstabilkan kesihatan manusia. Sekiranya kita melakukan sebarang pencemaran laut seperti pembuangan sisa toksik ke dalam laut, kepupusan hidupan laut akan berlaku. Manakala, tumbuh-tumbuhan pula menjadi sumber kepada perubatan seperti herba untuk pesakit. Alam sekitar yang tidak tercemar membolehkan habitat hidupan darat dan air terpelihara.

Di samping itu, alam sekitar yang bersih akan dapat meningkatkan ekonomi negara. Sesebuah masyarakat yang bersih dan mengandungi nilai kedamaian akan dapat menarik perhatian pelancong asing. Kedatangan pelancong asing ke dalam negara kita akan meningkatkan nilai tukaran wang asing, dan ini akan dapat memajukan perkembangan ekonomi negara kita. Selain itu, kedatangan pelancong juga dapat memajukan sektor perkhimatan dan sektor perniagaan serta menawarkan peluang perkerjaan kepada masyarakat. Dengan ini, imej negara kita akan dapat ditingkatkan.

Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin bekalan sumber makanan, sumber kesihatan untuk menghasilkan ubat-ubatan, Ia turut berperanan sebagai sumber kecantikan, keindahan dan kedamaian di samping udara yang bersih. Justeru, semua lapisan masyarakat haruslah bekerjasama dan saling membantu dalam memelihara alam sekitar supaya kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam kehidupan kita.

Page 5: BAHAN ESEI

Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, aktiviti-aktiviti pembangunan sedikit sebanyak menjejaskan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Amalan menjaga kebersihan merupakan tuntutan semua agama. Persekitaran yang bersih penting untuk mewujudkan kehidupan yang sihat dan sejahtera.

Kepentingan alam sekitar kepada sistem pernafasan kita. Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih dan segar sememangnya amat penting untuk kesihatan. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan akan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya. Selain itu, alam sekitar yang bersih membolehkan kita menikmati keselesaan. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalankan kehidupan dalam keadaan yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas, marah dan tidak selesa. Aktiviti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan menguatkan kesihatan kita. Dengan ini, kesihatan manusia akan terjamin.

Menjaga alam sekitar adalah penting untuk flora dan fauna. Kebersihan alam sekitar akan menjamin keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan manusia akan membantu menjamin sumber air. Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya menyebabkan air hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang turun itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk meneruskan peredaran air. Ini dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan persendirian mahupun industri. Selain itu, hutan merupakan aspek penting untuk penakungan air di empangan-empangan yang dilengkapi teknologi canggih. Keadaan ini membolehkan kita menghasilkan kuasa elektrik hidro sebagai suatu tenaga yang bersifat mesra alam dan akan mengurangkan pergantungan kepada tenaga fosil seperti petrol dan arang batu yang memusnahkan alam. Secara umumnya, kebersihan alam sekitar adalah tuntutan semulajadi bagi manusia untuk menjamin kehidupan yang selesa.

Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya memainkan peranan dalam mengekalkan alam semulajadi dan saling berkaitan di antara satu sama lain, Flora dan fauna merupakan biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan. Flora merupakan tempat perlindungan pelbagai fauna daripada angkara manusia atau sesama haiwan sendiri. Kepupusan salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam semulajadi. Penebangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan flora dan fauna. Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan kepupusan..

Penghutanan semula yang dilakukan secara terancang dan sistematik oleh Jabatan Perhutanan serta badan-badan bukan kerajaan dapat meningkatkan oksigen di atmosfera kerana tumbuhan hijau berperanan sebagai perangkap dan pengguna utama karbon dioksida dalam proses fotosintesis..

Page 6: BAHAN ESEI

Penghutanan semula dilakukan di kawasan hutan yang telah ditebang. Tujuan penghutanan semula adalah untuk mengekalkan spesies pokok hutan tersebut. Di samping itu, penghutanan semula dapat mengekalkan kualiti alam sekitar yang baik, memulihara tanah yang subur dan sumber air yang cukup.

Persekitaran yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga. Persekitaran yang kotor akan meyebabkan pembiakan serangga yang dapat mengancam nyawa manusia. Sebagai contoh nyamuk Aedes boleh menyebabkan demam denggi yang berbahaya. Selain itu, persekitaran yang kotor akan mendatangkan banyak lalat. Lalat yang membawa kuman akan menghinggap makanan kita, hal ini akan menyebabkan kesihatan manusia terjejas seperti cirit-birit dan muntah. Oleh itu, penjagaan kebersihan terhadap alam sekitar adalah penting.

Keindahan alam sekitar juga akan menarik pelancong untuk mengunjungi negara kita. Persekitaran yang cantik dan bersih dapat menarik ramai pelancongan dari luar negara atau orang tempatan untuk melancong ke negara kita. Melalui aktiviti pelancongan, kita dapat meningkatkan pendapatan negara melalui pertukaran wang asing. Dalam jangka panjang, pertumbuahan ekonomi juga akan meningkat. Melalui aktiviti itu. peluang perkerjaan juga akan meningkat dan secara tidak langsung ia dapat mengurangkan kadar pengangguran di negara kita. Dalam usaha memajukan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, penjagaan terhadap alam sekitar merupakan tanggungjawab masyarakat.

Kesimpulannya, kita mesti sedar akan kepentingan memelihara alam semulajadi yang masih ada pada hari ini. Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar terus dilakukanoleh pelbagai pihak di negara ini seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia, seminar, bengkel, pameran, promo media dan penerbitan bahan-bahan cetak. Semuanya adalah bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi memelihara alam sekitar. Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. Setiap generasi perlu turut serta supaya pembangunan lestari dikekalkan supaya dapat dinikmati sehingga generasi akan datang.

Page 7: BAHAN ESEI

Kebaikan Menjaga Alam Sekitar

Isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar kerap menjadi bahan perbincangan dalam surat khabar. Hal ini kerana alam sekitar negara kita sudah semakin tercemar. Pada pendapat saya, isu pencemaran alam sekitar ini tidak boleh dipandang ringan. Sebenarnya terdapat beberapa kebaikan menjaga alam sekitar.

Antara kebaikan menjaga alam sekitar ialah alam sekitar akan menjadi bersih. Oleh itu, semua lapisan masyarakat mestilah mengamalkan nilai-nilai murni supaya kebersihan alam sekitar dapat terus terjaga. Alam sekitar yang bersih membolehkan kita menikmati keindahan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih juga akan memberikan ketenangan jiwa kepada kita.

Selain itu, alam sekitar yang dijaga dengan baik juga dapat mengelakkan daripada berlakunya pencemaran alam sekitar. Terdapat beberapa pencemaran yang sering berlaku seperti pencemaran sungai dan pencemaran udara. Pencemaran alam sekitar yang berlaku akan mendatangkan pelbagai masalah kepada diri sendiri, orang awam dan pihak kerajaan. Oleh itu, jika ada pihak yang mencemarkan alam sekitar, aduan hendaklah dibuat segera kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar.

Jika kita menjaga alam sekitar dengan baik, pasti kita hidup dalam keadaan yang sihat dan gembira. Sesungguhnya, alam sekitar yang kotor boleh mendatangkan penyakit kepada kita kerana banyak binatang perosak suka tinggal di kawasan yang kotor. Antara binatang yang suka tinggal di tempat yang kotor ialah tikus, lipas dan nyamuk. Jika kita hidup dalam keadaan yang sihat, pasti kehidupan kita akan lebih bahagia dan gembira.

Di samping itu, alam sekitar yang bersih dapat memajukan sektor pelancongan negara. Sektor pelancongan negara amat penting kepada negara kerana sekiranya sektor pelancongan maju maka secara tidak langsung ekonomi negara juga akan turut maju. Sebagai contoh, apabila alam sekitar bersih dan cantik, pasti ramai pelancong akan datang ke negara kita. Kehadiran pelancong ini akan menambahkan pendapatan negara seterusnya dapat memajukan negara.

Alam sekitar yang bersih juga akan mengurangkan perbelanjaan kerajaan dalam membersihkan alam sekitar yang kotor. Projek membersihkan alam sekitar yang kotor memerlukan perbelanjaan yang banyak. Jika alam sekitar bersih, maka kerajaan boleh menggunakan wang tersebut untuk membina sekolah, dewan orang ramai dan kemudahan awam yang lain. Selain itu, kerajaan juga boleh menumpukan sepenuh usaha dan tenaga ke arah pembangunan negara.

Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa kebaikan menjaga alam sekitar agar sentiasa bersih dan ceria. Alam sekitar yang kotor akan mendatangkan kesan negatif kepada negara. Pada pendapat saya, semua pihak mesti memainkan peranan dalam menjaga kebersihan alam sekitar. Sesungguhnya, alam sekitar yang bersih dan ceria akan menjadikan Malaysia bertambah makmur dan maju.

Page 8: BAHAN ESEI

KEPENTINGAN MENJAGA KEBERSIHAN

Menjaga kebersihan merupakan satu amalan yang penting dalam kehidupan kita. Lazimnya, kebersihan perlu disemai sejak dari kecil maka, ibu bapalah yang yang memainkan peranan yang penting dalam mengasuh anak-anak untuk menjaga kebersihan sama ada kebersihan diri atau kebersihan alam sekitar. Dengan menjaga kebersihan, kesihatan kita akan terjamin. Kita tidak mudah mendapat penyakit dan mengelakkan penyakit merebak terhadap orang lain. Penyakit-penyakit berjangkit dapat dihindari sekiranya alam persekitaran sentiasa mengekalkan kebersihan. Misalnya kebersihan yang perlu dilakukan khususnya atas makanan dan tempat tinggal persekitaran.

Di samping itu, senario kebersihan juga akan membentuk otak yang cerdas dan badan yang sihat. Dengan adanya badan yang sihat, kita bebas daripada sebarang penyakit. Pelajar mudah belajar dan memahami sesuatu pelajaran yang diajar oleh guru, jadi, lebih mudah untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Badan kita yang cerdas membolehkan kita aktif dalam pelbagai lapangan terutama dalam arena sukan. Sekiranya kita menjaga kebersihan, dapatlah kita menonjolkan imej atau perawakan yang menarik. Imej kita dipandang tinggi dan bersih. Ini memudahkan kita bergaul dengan orang ramai. Misalnya, dari segi pemakaian pakaian dan kebersihan diri kita dalam kehidupan seharian.

Selain itu, menjaga kebersihan juga penting dalam memberi keselesaan hidup atas tempat tinggal mahupun alam persekitaran. Kawasan yang bersih akan memberikan sejuk mata memandang. Oleh itu, tidak rugi kita menjaga kebersihan. Kita dapat menghindarkan serangan nyamuk, lalat dan perosak-perosak lain. Kehidupan kita sentiasa akan selesa tanpa sebarang gangguan. Amalan kebersihan haruslah dilaksanakan setiap masa supaya terhindar daripada sebarang penyakit. Kita juga akan menjadi bangsa yang sentiasa dihormati dan disanjungi tinggi dengan adanya pendedahan terhadap kepentingan kebersihan. Justeru itu, konsep menjaga kebersihan perlu disemai dan diperturunkan daripada generasi ke generasi yang lain.

Page 9: BAHAN ESEI

Kata-kata hikmat, ’’Negara Bersih, Rakyat Sihat; Badan sihat, otak cergas.’’

Rakyat Bersih Negara Sihat atau Negara Bersih Rakyat Sihat? A NTARA “Rakyat Bersih Negara Sihat” dengan “Negara Bersih Rakyat Sihat”, yang mana patut digunakan? Demikian, pertanyaan yang dikemukakan oleh salah seorang pembaca Klik DBP, saudara Mahadi dalam e - m e l nya . Sekali imbas memang kelihatannya slogan kedua “Negara Bersih Rakyat Sihat” adalah lebih tepat. Negara bersih merujuk kepada keadaan fizikal sesebuah negara yang bersih iaitu kebersihan persekitarannya yang merangkumi kebersihan air, udara dan tempat tinggal. Tempat tinggal yang bersih semestinya bebas daripada pembiakan pelbagai jenis serangga dan makhluk perosak seperti lipas, lalat, nyamuk dan tikus. Kebersihan tempat ditambah dengan penjagaan kesihatan melalui pengambilan makanan seimbang dan amalan bersenam semestinya menjadikan rakyat sesebuah negara itu s i h at . Akan tetapi, perkataan “sihat” juga membawa maksud kiasan. Oleh itu, sihat bukan sahaja bermaksud bebas daripada sebarang penyakit yang memerlukan rawatan dan ubat tetapi juga merujuk amalan yang tidak bertentangan dengan nilai akhlak yang murni. Dengan itu, kedua-duanya adalah betul kerana kedua-dua slogan tersebut boleh dilihat dari aspek yang berbeza. Slogan pertama “Rakyat Bersih Negara Sihat” menekankan betapa perlunya rakyat sesebuah negara mengamalkan sikap bersih daripada amalan-amalan negatif seperti rasuah, judi, dadah dan fitnah-memfitnah. Perkataan “bersih” juga bersifat polisemi, iaitu yang mempunyai lebih dari satu makna yang bertalian rapat antara satu sama lain. Maka kita boleh kata “air bersih” atau “baju bersih” atau “makanan bersih”, sebagai merujuk keadaan yang berlawanan dengan kotor. Kita juga boleh kata “hati bersih”, “fikiran yang bersih”, atau “pegawai yang bersih daripada amalan rasuah” sebagai merujuk sesuatu yang tidak bercanggah dengan akhlak dan nilai-nilai murni. “Bersih” juga boleh dikaitkan dengan “pendapatan bersih” dan “keuntungan bersih” yang membawa maksud setelah semua kos dan perbelanjaan ditolak. Tetapi apabila dikatakan “penyamun menyapu bersih barang-barang kemasnya”, maka kata “bersih” di sini tidak lagi murni maksudnya kerana ia bermaksud habis licin atau tiada satu pun yang tingg al. Oleh itu, kita juga boleh kata “sempena bulan Ramadan yang mulia ini, marilah kita “membersihkan diri” dengan ibadah puasa dan zakat, kerana hati dan jiwa yang bersih akan sentiasa menjadikan kita insan yang tidak lupa diri dan semoga kita terus menjadi bangsa yang dihormati kerana bangga dengan jati diri bangsa kita. Sesungguhnya hati nan bersih dan fikiran yang sihat akan mengingatkan kita kepada pesanan orang tua bahawa “ular menyusur akar takkan hilang bisanya”… –

Page 10: BAHAN ESEI

Negeri BersihRakyat Sihat Para cendekiawan sering mengatakan bahawa rakyat yang sihat pasti berada di negeriyang bersih. Negeri bermaksud daerah yang berada dibawah pemerintahan seorang sultan ataugabenor. Manakala bersih membawa makna bebas daripada segala bentuk pencemaran sama adaair, udara ataupun bunyi. Rakyat pula bererti seluruh penduduk sesebuah negeri.akhir sekali sihatyang bererti tidak menghidap sebarang penyakit. Pernyataan berikut bukan sebarangan omong kosong kerana hal ini dapat dibuktikan di negara-negara matahari terbenam seperti New Zealand di mana negara tersebut merupakan salah satu negara yang paling bersih daripada pelbagai pencemaran dan tahap kesihatan rakyatnya sangat tinggi sekali berbanding di negara Malaysia.Hal ini telah membuktikan bahawa negeri bersih dapat melahirkan rakyat yang sihat dripada pelbagai aspek sama ada jasmani, rohani mahupun mental. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersyukur kerana masih terdapat punca air yang bersih, pelbagai pokok hijau masih berdiri tegak dan udara yang nyaman dan segar masih dapat dihirup sehingga sekarang. Namun, kita perlu menjaga nikmat yang diberikan oleh Tuhan supaya dapat berterusan hingga ke generasi yang akan datang. Perbentukkan negeri bersih perlu dilakukan dengan kadar yang segera untuk membentuk rakyat sihat.Sebelum saya mengutarakan usaha-usaha untuk membentuk negara bersih saya ingin memberikan sedikit gambaran sekiranya kita tidak mengambil berat tentang kebersihan negeri kita. Antara kesannya ialah bekalan makanan akan berkurangan. Hal ini demikian kerana kilang-kilang di sekitar sungai mengambil jalan mudah untuk membuang sisa toksik ke dalam sungai bagi menjimatkan kos. Tetapi perkara ini bukan sahaja mengurangkan kos malah memburukkan lagi keadaan seperti kematian hidupan makanan laut serta kekurangan air sungai yang bersih.Selain itu, kilang-kilang memproses besi dan minyak telah mengeluarkan beribu-ribu kepul asap sehari. Hal ini telah menyebebkan indeks pencemaran udara semakin meningkat. Malahan, asap berkepul-kepul ini akan membentuk awan yang berisi air untuk membasahi bumi. Namun air-air tersebut mengandungi pelbagai asid yang akan menyebabkan hakisan bangunan serta tumbuh-tumbuhan. Pada masa yang sama, hujan asid itu akan diserap ke dalam tanah. Hal ini akan menyebabkan pokok-pokok yang tubuh tidak begitu segar dan berkhasiat Malah air bawah tanah juga akan tercemar. Perkara ini juga dapat mengurangkan sumber minuman yang bersih daripada pencemaran. Kesemua pencemaran yang terjadi akan menyebabkan sumber makan dan minumansemakin berkurangan dan berkemungkinan akan berlakunya inflasi makanan dan minuman  sekiranya negara kita tidak bebas dari kekotoran dan pencemaran. Hal ini sama sekali bertentangan dengan propaganda kita iaitu negeri bersih rakyat sihat.Pencemaran-pencemaran yang berlaku di negeri kita akan menyebabkan tahap kesihatan rakyat semakin teruk. Antara penyakit yang berkemungkinan akan dihidapi oleh rakyat setempatialah penyakit Taun yang disebabkan oleh jangkitan virus ‘vibrio cholera’ . Penyakit ini berpunca daripada pengambilan makanan dari persekitaran yang kotor dan tidak terurus seperti pengambilan makanan yang dicemari kuman taun atau tidak dimasak. Virus ini akan menyerang saluran penghadaman kita. Antara simptonnya ialah diarea, perut tegang, mual, muntah dan kekeringan. Jika perkara ini tidak dirawat dengan kadar segera, kematian boleh berlaku. Disamping itu, bagi pesakit asma sudah pasti akan menjadi lebih parah apabila berada di kawasanindeks pencemaran yang tinggi seperti di antara Teluk Kalong dan Bukit Kuang yang merupakan tempat perindustri yang banyak mengeluarkan asap-asap toksik disamping habuk dan debu. Hal ini akan menyebabkan keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara yangmengakibatkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Perkara ini boleh menyebabkan seseorang itu kekurangan oksigen di dalam badan. Penyakit-penyakit ini akan menjadi lebih parah sekiranya tidak dirawat pantas. Hal ini sudah pasti akan mengurangkan rakyat sihat di dalam sesebuah negeri. Negatif impak yang dinyatakan tadi

Page 11: BAHAN ESEI

boleh dibanteras sekiranya kegiatan gotong-royongdijalankan di seluruh daerah di setiap negeri. Kegiatan ini boleh dilakukan di sungai, pantai dankawasan perumahan yang tercemar dan kotor. Hal ini akan menjadi lebih efektif sekiranyagolongan atasan turut serta dalam menjayakan program gotong-royong yang dijalankan. Bak kata pepatah ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya malah boleh dijadikan ‘role model’ kepada rakyat tempatan supaya menjadi lebih prihatin dan menyingkirkan sikap bagai enau dalam belukar  Singapura sangat tegas dan mempunyai pegawai yang bertanggungjawab. Langkah-langkah ini akan menjamin pada masa akan datang untuk mencapai wawasan kita iaitu negeri bersih rakyat sihat.Antara kesan positif yang kita perolehi sekiranya negeri bersih dapat dicapai ialah kesihatan rakyat setempat akan lebih berkualiti. Hal ini demikian kerana melalui usaha yang dilakukukan di atas telah dapat membanteras kuman dan virus daripada bermaharajalela di tempatyang kotor. Di samping itu, tempat-tempat pencemaran dan pembuangan sampah-sarap akan berkurangan. Perkara ini juga dapat mengurangkan penggunaan tanah kosong untuk penimbusan dan pelupusan sampah di samping dapat mengembalikan nutrient dan zat-zat yang diperlukan oleh tanah bagi menyuburkan semula tanaman dan tumbuh-tumbuhan yang merupakan sebahagian daripada makanan asas manusia untuk memberikan vitamin serta mencuci sistem penghadaman manusia. Pesakit yang menghidapi salah satu penyakit yang dinyatakan di atas akan berkurangan kerana kawasan tersebut telah dibersihkan. Walaupun penyakit-penyakit ini mengambil masa yang lama untuk sembuh namun telah dapat menyedarkan manusia bahawa kawasan yang bersih dapat menjamin kesihatan mereka serta dapat membanteras penyakit- penyakit baru untuk muncul. Di sini kita dapat melihat dengan mata sendiri bahawa rakyat yang sihat datangnya daripada negeri yang bersih.Penambahan rakyat sihat akan membangunkan ekonomi negeri dalam pelbagai sektor.Sebagai contoh, Terengganu mempunyai pelbagai tempat pelancongan yang menarik perhatian pelancong asing mahupun tempatan seperti Pulau Kapas dan Tasik Kenyir. Melalui penjagaan yang rapi di tempat-tempat peranginan sudah pasti akan membuatkan pemandangan lebih cantik dan nyaman disamping dapat mengurangkan pencemaran. Perkara ini telah dapat meningkatkan kewangan dalam bidang pelancongan di negeri kita. Rakyat yang sihat juga akan memberikan 100 peratus tumpuan terhadap pekerjaannya dan dapat mengurangkan hari untuk mereka cutisakit. Perkara ini jelas memberitahu kita bahawa kedudukan ekonomi negara berada dalamtangan rakyat yang menggembleng tenaga mereka untuk mencari rezeki bagi manapungkehidupan seharian mereka.

Di samping itu, pembangunan teknologi akan bertambah maju kerana mempunyai rakyat yang proaktif dan sihat dari pelbagai aspek iaitu jasmani, rohani danmental. Justeru, negeri bersih juga dapat melahirkan rakyat yang produktif dalam melakukansesuatu tugasan kerana telah wujudnya rakyat yang bebas daripada penyakit.Pada masa yang sama, propaganda negeri bersih rakyat sihat boleh memupuk perpaduanantara rakyat Malaysia yang mempunyai berbagai-bagai kaum seperti melayu, cina dan india.Melalui kegiatan gotong-royong, kerjasama antara penduduk kampung akan menjadikan tugasanyang dilakukan lebih efisen dan cekap di samping mengeratkan hubungan silaturahim di antara kaum. Di sini kita dapat lihat bahawa persefahaman antara kaum akan lebih mendalam. Hal ini boleh mengelakkan pergaduhan dan peperangan antara kaum yang pernah terjadi di Malaysiaiaitu peristiwa gelap pada 13 Mei 1969. Bak kata pepatah pisang tidak akan berbuah dua kali.Rakyat setempat juga akan lebih disiplin dalam mematuhi undang-undang kerajaan disampingdapat memupuk rasa cinta dan sayang kepada negeri. Bak kata pepatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Pada masa yang sama, pertahanan negara kita akan lebih mantap serta keamanan dan keharmonian negara akan lebih terjamin. Hal ini boleh menjadikan musuh menggeruni negara kita dan dapat mengelakkan negara kita dicerobohi atau dijajah oleh orang luar.Intihanya, pihak kerajaan dan pihak bukan kerajaan perlu

Page 12: BAHAN ESEI

menangani masalah kebersihandan pencemaran yang berlaku di negeri kita dan tidak ketinggalan juga masyarakat setempatyang menunjukkan sesitiviti atau kepekaan dan keperihatinan mereka terhadap keadaaan di sekeliling mereka. Tanpa penguatkuasaan dan pematauan dari pihak atasan akan membuatkanrakyat menjadi lalai tentang tanggungjawab nereka sebagai khlaifah di muka bumi ini. Ole halyang demikian, semua pihak perlu saling tegur-menegur dan ingat-mengingati antara satu samalain bagi mengelakkan negeri kita dicemari oleh sampah-sarap yang merosakkan pemandanganyang cantik dan indah. Disebabkan manusia tidak pernah sunyi daripada melakukan kesilapan,kita sebagai insan perlu bersungguh-sungguh untuk menampilkan wajah yang baru disulamitekad untuk mempertahankan khazanah yang telah dianugerahi Tuhan. Program negeri bersihrakyat sihat dapat memperteguhkan tali-temali persaudaraan sesama masyrakat yang berbilangkaum tanpa mengenakan sebarang syarat. Agenda kerja yang terancang dan sempurna pasti akanmenjayakan wawasan negeri bersih rakyat sihat.