bm kertas2 set 1
DESCRIPTION
kertas komsasTRANSCRIPT
Wartwan: Assalamulaikaum dan bagi pihak akhbar Wrata Perdana, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudi
PAGE
SET 1
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan-kebaikan sukan air di negara kita dan usaha-usaha mempopularkannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Apabila Malaysia diumumkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Bot Laju Formula Future di Parque Das Nacoes, Lisbon, kerajaan Malaysia mula sedar tentang manfaat besar jika sukan air dipopularkan di negara ini. Sukan ini bukan sahaja berpotensi untuk mengharumkan nama negara di persada antarabangsa, malah berupaya meningkatkan pendapatan negara dan membolehkan golongan remaja terlibat dalam aktiviti yang bermanfaat.
Di negara ini, sukan air kurang diminati mungkin disebabkan sukan ini bukan mesra masyarakat atau kurang pendedahan mengenainya kepada golongan pelajar. Ramai yang beranggapan bahawa sukan air sangat berisiko terutamanya kepada kanak-kanak. Sukan air melibatkan aktiviti yang menggunakan kayak, perahu laju, perahu pendek, perahu panjang, dan bot laju. Antara permainan sukan air ialah pelayaran layang-layang (kite sailing), polo air, dan banyak lagi tetapi kegiatan tersebut memerlukan kos yang tinggi. Di sesetengah negeri, lokasi untuk aktiviti sukan air amat kurang. Sebenarnya, sukan ini bukanlah baharu dalam kalangan masyarakat di sesetengah negeri di negara ini, malah ada yang menjadikannya sebagai aktiviti riadah untuk memenuhi masa lapang. Di Sarawak, sukan air dikenali sebagai Regatta dan di Pulau Pinang dikenali sebagai Dragon Boat.Seperti sukan lain, sukan air juga menanamkan nilai murni dalam diri atlet yang bertanding seperti berdisiplin dan bertanggungjawab. Bukanlah mudah untuk mendayung kayak atau perahu di laut atau kolam jika seseorang atlet tidak mempunyai kombinasi tenaga dan mental untuk mendayung mengikut laluan yang disediakan. Di sinilah kesabaran dan kesungguhan diperlukan oleh atlet untuk mencapai matlamat. Seterusnya, masyarakat yang sihat dapat dilahirkan.
Sukan air juga dianggap sukan yang mengekalkan kebudayaan dan tradisi sesuatu kaum. Di Sarawak, Regatta atau perlumbaan perahu tidak dianggap sebagai sukan air sahaja, sebaliknya diklasifikasikan sebagai pengekalan kebudayaan suku kaum di negeri tersebut. Sukan ini mengeratkan persahabatan, semangat kekitaan, menanam sifat persefahaman, dan meningkatkan keharmonian dalam kalangan masyarakat. Di samping itu, kita dapat mencungkil bakat-bakat baru yang berpotensi dalam sukan ini.
Sukan air merupakan sukan yang dapat menggalakkan perkembangan sektor pelancongan. Banyak pelancong datang ke negara ini untuk melihat acara sukan air yang diadakan. Semasa Kejuaraan Bot Laju F1 Grand Prix Malaysia 2004 di Tasik Putrajaya, ribuan pelancong datang ke negara ini untuk menyaksikan kejuaraan tersebut. Hal ini menunjukkan sukan air juga berpotensi untuk meningkatkan pendapatan negara dan menarik minat pelancong untuk datang ke negara ini. Oleh yang demikian, penganjuran sukan air di negara ini perlu diberikan galakan sepenuhnya. Sukan ini berpotensi dalam banyak aspek dan jika keunikan sukan ini dimanfaatkan sebaik mungkin, sukan air pasti menguntungkan masyarakat dan negara. Galakan ibu bapa, pihak sekolah, masyarakat, dan pihak kerajaan penting untuk menjadikan sukan air ini popular dan diminati ramai.
(Diubahsuaikan daripada Mempopularkan Sukan Air olehMohan Ratha, Dewan Masyarakat, April 2006)
Pendahuluan
Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan di negara kita.
Isi Tersurat (4 hingga 12 markah)
Antara kebaikan sukan air ialah . Kedua ialah
. Ketiga kebaikannya
. Selain itu,
. Seterusnya,
Usaha-usaha untuk mempopoularkannya ialah
Keduanya,
Kesimpulan
Kesimpulannya semua pihak harus agar/ supaya kemajuan sukan ini
Soalan 2 : PemahamanSoalan 2 (a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)Berikan maksud rangkai kata bukan mesra masyarakat.
[2 markah]Maksudnya ialah
(ii)Nyatakan tiga sebab masyarakat kurang meminati sukan air.
[3 markah]
Tiga sebabnya
(iii)Jelaskan dua cara bagaimana sukan dapat mempererat perpaduan antara kaum di negara ini mengikut pendapat anda.
[4 markah]
Dua caranya ialah
Soalan 2 (b) Petikan Cerpen
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Mariah ada masalah. Cakaplah terus terang, Mariah mendengar suara Cikgu Tini seperti di hujung pernafasannya. Kecil dan ngilu. Dia terperangkap dan serba salah.
Sahlah Cikgu Tini sudah mengetahui. Sahlah juga Cikgu Tini menjemputnya sekadar untuk mendapatkan keterangan lanjut. Sahlah, dia tidak boleh berdalih. Sahlah, Tuhan tidak mengizinkan dia berbohong.
Mariah sakit, Cikgu.
Apa sakitnya?
Malu Cikgu, Mariah tunduk.
Kita berdua sahaja, Mariah.
Mariah segera menangkap secebis rasa kecewa Cikgu Tini.
Wajarkah keperihalan ayah yang mabuk dan setiap hari memaksa anaknya menghulurkan wang diceritakan. Anak itu pula masih bersekolah yang tentunya memerlukan bantuan ayah. Percayakah Cikgu Tini kalau didedahkan itu?
Cerita yang terlalu pelik Cikgu.
Mariah melihat sebaris gigi Cikgu Tini yang cantik ketika Cikgu itu tersenyum.
Cikgu difahamkan ayah Tini sakit. Apakah sekarang sudah sembuh?
Siapa agaknya yang menceritakan rahsia-rahsia hidup dirinya ini? Edah? Atau jiran-jiran seperti Mak Som dan Pak Usu Dolah? Apakah Cikgu Tini mengenali mereka selain Edah?
Mungkin Edah atau kalau tidak Edah siapa lagi? Edahlah yang tahu. Tetapi Edah sudah berikrar dan bersumpah tidak akan pecah di mulut.
(Dipetik daripada cerpen Mariah,
Oleh Sharif Putera dalam antologi Kerusi,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)Nyatakan dua sebab mengapa Mariah menyembunyikan masalah yang
dihadapinya daripada pengetahuan cikgu Tini.
[2 markah]
Dua sebabnya ialah
(ii)Kemukakan tiga kebaikan sikap berterus terang.
[3 markah]
Tiga kebaikannya
(iii)Berikan dua pengajaran dalam petikan di atas dan dua pengajaran lain yang terdapat dalam cerpen tersebut.
[4 markah]Dua pengajaran dalam petikan ialah
Dua pengajaran dalam cerpen ialah
Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Hatta, maka Jibor pun mengeluarkan suatu kopiah buatan Rom, terlalu baik rupanya lagi ajaib: halusnya seperti roma cucuk telinga rasanya tatkala dipegang, demikianlah halusnya. Adalah harganya seribu dinar. Lalu dibawanya kepada Sabor. Maka kopiah itu pun diberikannya disuruh pakai kepada Sabor akan hendak menyukakan hati Sabor. Maka kopiah itupun dipakai oleh Sabor. Maka Sabor pun hendak mengatakan hal Saidah itu kepada saudaranya Jibor, (maka ia pun sangat malu rasanya).
Maka Jibor pun segera pergi pada suatu tempat sunyi. Maka disuruhnya panggil empat orang sipahi seraya diberinya seratus dinar pada seorang, katanya, Apabila waktu Maghrib sekarang, segala orang pergi sembahyang ke dalam masjid, tatkala itu barang siapa memakai kopiah kaulihat buatan Rom, maka kamu penggal lehernya, tatkala ia pergi sembahyang, orang bertandakan kopiah itu.
Maka kata sipahi, Baiklah, tuan hamba, serta dengan takzimnya.
Setelah sudah ia bersetia itu, maka Jibor pun kembalilah ke rumahnya lalu ia tidur. Maka hari pun malamlah. Maka Jibor pun terkejut daripada tidurnya lalu ia keluar pergi ke masjid mengambil air sembahyang. Setelah sudah lalu ia masuk masjid.
(Dipetik daripada Sabor
Dalam antologi Kerusi,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)Apakah maksud orang yang bertandakan kopiah itu?
[2 markah]
Maksudnya
(ii)Kemukakan tiga keistimewaan kopiah kepunyaan Jibor seperti yang digambarkan dalam petikan.
[3 markah]
Tiga keistimewaannya ialah
(iii)Berikan tiga alasan mengapakah Jibor memilih kopiah sebagai tanda untuk membunuh Sabor mengikut pendapat anda.
[3 markah]
Tiga alasannya Soalan 2(d) Petikan Puisi Tradisional
Baca puisi di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri
PANTUN ENAM KERAT
Ular tedung jangan dipermudah,
Bisanya dapat membawa maut,
Jika tak maut merana juga;
Berhujan berpanas aku tak endah,
Keris lembing aku tak takut,
Kehendak hati kuturut juga.
Kuda liar berkeliling kota,
Kota terbuat dari kayu,
Tempat berkawal lasykar Feringgi;
Kami mendengar khabar berita,
Bunga kembang sudah pun layu,
Gugur ke bumi tak harum lagi.
Penakik pisau raut,
Ambil galah sebatang lintabung,
Seludang dijadikan nyiru;
Setitik dijadikan laut,
Sekepal dijadikan gunung,
Alam terbentang dijadikan guru.
Sultan Muda dari Lampung,
Memikul cangkul dengan bajak,
Singgah minum di lepau nasi;
Sudah sekah tempat bergantung,
telah patah tempat berpijak,
Ke mana hendak digapai lagi.
Permatang Budi, 1991.
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
(i)Apakah maksud Jika tak maut merana juga?
[2 markah]
Maksudnya ialah
(ii)Nyatakan tiga langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan maruah diri daripada tercemar mengikut pendapat anda.
[3 markah]
Tiga langkahnya
(iii)Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam puisi tersebut.
[4 markah]
Dua pengajarannya ialah[Lihat sebelah]Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[ 30 markah ]
Jawab semua soalan(a)Tulis satu ayat daripada setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i)telapak
(ii)
Serabut
(iii)
Selaput
(iv)
Gemuruh
(v)
Kemuncup
(vi)
Gelembung
[6 markah]
(b)Kenal pasti binaan ayat berpola FN+FN dan FN+FK di bawah. Bahagikan subjek dan predikatnya berdasarkan pola ayat tersebut.
(i)Air merupakan anugerah Tuhan.
(ii)
Baju songket itu tenunan asli dari Terengganu.
(iii)
Pemain bola sepak itu sedang beraksi di padang.
(iv)
Dia tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap anaknya.
(v)
Bekerja sendiri akan mendatangkan pendapatan lumayan.
(vi)
Kesihatan bapanya beransur baik kerana mengamalkan pemakanan seimbang.
[6 markah]
(c)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan tanpa menulis ayat itu semula.
(i)Ibu pejabat polis kontingen yang baru siap dibina itu dilengkapkan dengan alat canggih.
1a, kontingen b. dilengkapkan
(ii)Sukan bukan sahaja dapat menyatu padukan rakyat tanpa mengira idealogi malahan mampu semarakkan semangat patriotik.
2a. menyatu padukan b. semarakkan
(iii)Penglibatan pihak swasta dalam acara Hari Sastera ke13, menunjukkan semangat ingin bersama-sama memperkukuhkan martabat bahasa Melayu.
3a. ke13 b. memperkukuhkan
[6 markah]
(d)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan tanpa menulis ayat itu semula.
(i)Kaum wanita tidak harus melibatkan diri mereka dieksploitasi oleh pengeluar tertentu supaya melariskan jualan syarikat tersebut.
(ii)
Anugerah Seni Negara merupakan penilaian kerajaan kepada penggiat seni tanah air yang telah berkecimpung begitu lama di dalam bidang ini.
(iii)
Para peserta Program Latihan Khidmat Negara dinasihati agar lebih berhemat selepas ini untuk mengelakkan semula kejadian yang amat tidak diingini.
[6 markah]
(e)Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian senaraikan peribahasa yang sesuai untuk diisikan pada tempat kosong.
Puan Ramlah sering mengingatkan anak-anaknya supaya sentiasa menabung kerana kos sara hidup semakin meningkat dari semasa ke semasa. Peringatan ini ..(i) sangat penting kerana wang yang disimpan itu boleh digunakan ketika mereka dalam kesusahan dan kecemasan. Apabila mempunyai wang yang banyak boleh digunakan untuk pergi melancong ke luar negara kerana ....(ii). Pengalaman di luar negara akan menambahkan ilmu pengetahuan mereka. Walau bagaimanapun, kita wajib mematuhi segala peraturan dan undang-undang di tempat yang kita kunjungi seperti kata pepatah ...(iii)
[6 markah]
Soalan 4: Novel
[15 markah]
Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-novel yang anda pelajari.
(i)Terminal Tiga karya Othman Puteh
(ii)Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof
(iii)Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said
(iv)Bukit Kepong karya Ismail Johari
(v)Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi)Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah
(vii)Julia karya Abu Hassan Morad
(viii)Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad
(a)Pengarang menggunakan unsur saspen untuk menjadikan jalan cerita sesebuah novel itu lebih menarik.
Berdasarkan dua novel yang telah anda pelajari, huraikan satu contoh peristiwa yang berunsur saspen yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
[7 markah]
Novel yang baca ialah Julia dan Perlumbaan Kedua. Unsur saspennya dalam Julia ialah . Contohnya, ialah
. Manakala dalam Perlumbaan Kedua ialah
. Contohnya
(b)Pengarang banyak menerapkan nilai bertanggungjawab yang dapat dijadikan teladan kepada pembaca melalui penulisan novel .
Jelaskan tiga contoh nilai bertanggungjawab yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari.
[8 markah]
SKEMA PEMARKAHAN
Rumusan
Pendahuluan
Petikan membincangkan kepentingan sukan berasaskan air di Malaysia 2m
Isi Tersurat (4 hingga 12 markah)
Markah
S1Mengharumkan nama negara di persada antarabangsa2m
S2Meningkatkan pendapatan negara2m
S3Membolehkan golongan remaja terlibat dalam aktiviti yang bermanfaat 2m
S4Menanamkan nilai murni dalam diri atlet yang bertanding2m
S5Masyarakat yang sihat dapat dilahirkan2m
S6Mengekalkan kebudayaan dan tradisi sesuatu kaum2m
S7Mengeratkan persahabatan, semangat kekitaan, persefahaman dan keharmonian2m
S8Mencungkil bakat-bakat baru2m
S9Menggalakkan perkembangan sektor pelancongan2m
Isi Tersirat (4 hingga 12 markah)
Markah
T1Media massa kerap menyiarkan rancangan/mempromosikan sukan air2m
T2Ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mereka melibatkan diri
dalam sukan air2m
T3Kementerian Pelajaran perlu menggalakkan penubuhan Kelab Sukan
Air di sekolah dalam aktiviti kokurikulum2m
T4Pihak swasta menjadi penaja utama dalam acara sukan air usaha menarik minat masyarakat2m
T5Memanfaatkan lombong-lombong terbiar/sungai/tasik untuk
dijadikan kawasan rekreasi sukan air2m
T6Kerajaan perlu merangka pelbagai rancangan untuk menggiatkan
sukan air di Malaysia2m
Isi-isi tersirat yang lain boleh diterima sekiranya sesuai
Kesimpulan
Kesimpulannya semua pihak harus memainkan peranan untuk memajukan sukan
air agar kemajuan sukan ini standing dengan sukan-sukan lain di negara kita.2m
Pemahaman
Petikan Umum
i. Maksud : kurang/tidak diketahui oleh orang ramai/rakyat
terlalu asing bagi masyarakat
tidak selari/sebati dengan budaya masyarakat
kurang/tidak mendapat sambutan rakyat/orang ramai
2m2m
2m
1m
ii. Sebab-sebab masyarakat kurang meminati sukan air
- kurang tempat/lokasi untuk mengadakan sukan air
- melibatkan kos yang tinggi
- tanggapan masyarakat bahawa sukan air sangat berisiko
- pelajar-pelajar kurang didedahkan dengan aktiviti sukan air
(pilih mana-mana 3 jawapan)
1m
1m
1m
1m
iii. Cara mempererat perpaduan
- penyertaan pelbagai kaum dalam setiap acara sukan.
Melalui penyertaan tersebut pemain-pemain akan bekerjasama antara satu sama lain.
- kehadiran penonton daripada pelbagai kaum yang duduk bersama-
sama menyaksikan sesuatu permainan. Melalui kehadiran tersebut penonton akan bertegur sapa dan terhibur bersama-sama.
- penganjuran pertandingan persahabatan antara negara. Melalui pertandingan persahabatan akan terjalin hubungan silaturrahim / mengeratkan hubungan persahabatan.
(pilih mana-mana 2 jawapan)
2m
2m
2m
Soalan 2 (b) Petikan Cerpen
(i) Sebab:
- malu kepada cikgu Tini.
- tidak wajar menceritakan keburukan ayahnya yang sering mabuk
dan meminta wang
- bimbang cikgu Tini tidak percaya akan ceritanya.
- cerita yang terlalu pelik.
[ pilih mana-mana dua jawapan ]
1m
1m
1m
1m
(ii) tiga kebaikan:
perkara / hal sebenar dapat disampaikan / dapat mengelakkan
kekeliruan
supaya pihak lain dapat menerima hakikat sebenar sesuatu perkara
agar pihak lain tidak tertanya-tanya / tidak mengesyaki sesuatu
supaya sesuatu masalah dapat diselesaikan
dapat menunjukkan keikhlasan seseorang terhadap orang lain
supaya pihak lain terus mempercayai kita
mengelakkan sikap suka berbohong / menipu
[ pilih mana-mana tiga jawapan ]
1m
1m
1m
1m
1m
1m
1m
(iii)Dua pengajaran daripada petikan:
- kita hendaklah berterus terang apabila menjelaskan sesuatu perkara
- kita hendaklah bersifat amanah menyimpan rahsia.
Dua pengajaran daripada cerpen:
- kita haruslah bersabar menghadapi takdir Tuhan
- kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua daripada kita
- Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran dan rintangan hidup
- Kita janganlah menyalahkan diri sendiri apabila berlaku sesuatu
musibah 1m
1m
1m
1m
1m
1m
Soalan 2(c) Prosa Tradisional
(i) maksud:
- sesiapa yang memakai kopiah berkenaan/tersebut/dimaksudkan
- sesiapa yang memakai kopiah
2m
1m
(ii) tiga keistimewaan kopiah:
- buatan Rom
- cantik buatannya
- lembut dan halus
- berharga seribu dinar
- lagi ajaib
[ pilih mana-mana tiga jawapan ]
1m
1m
1m
1m
1m
(iii) tiga alasan:
- kopiah biasanya dipakai di kepala dan mudah dilihat.
- Sabor seorang yang warak dan kopiah sesuai diberikan sebagai
hadiah untuknya
- kopiah lazimnya dipakai pada waktu sembahyang
- kopiah bukan sesuatu yang asing dipakai di masjid.
[ pilih mana-mana tiga jawapan ]
1m
1m
1m
1m
Soalan 2(d) Petikan Puisi
(i) maksud:
- Sekiranya tidak mati hidup akan menderita
- Sekiranya tidak mati hidup susah
2m
1m
(ii) pendapat:
- taat kepada perintah Tuhan/menjauhi diri daripada perkara
mungkar
- patuh/taat kepada nasihat /tunjuk ajar ibu bapa
- bergaul dengan orang-orang yang baik akhlaknya
- sentiasa menjaga tingkah laku dan tutur kata
- sentiasa memikirkan kesan buruk jika melakukan perkara yang
memalukan diri sendiri.
(pilih mana-mana tiga jawapan)
1m
1m
1m
1m
1m
(iii) pengajaran:
kita hendaklah bertindak mengikut fikiran yang waras kerana jika
kita bertindak mengikut hati atau hawa nafsu kita akan kecewa.
kita hendaklah menjaga maruah dan kehormatan diri terutama kaum wanita kerana jika diri sudah ternoda masyarakat akan memandang rendah dan menghina kita.
kita hendaklah sentiasa menuntut dan mengembangkan ilmu
kerana ilmu dapat menjadi panduan hidup kepada diri dan orang
lain.
kita jangan cepat berputus asa dan perlu ada keyakinan diri serta
sanggup berdikari supaya kita tidak sentiasa mengharapkan bantuan orang lain.
(pilih mana-mana dua jawapan)
2m
2m
2m
2m
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
Soalan 3a
(i) telapak
-tapak kaki, tapak tangan:
Contoh ayat: i. Dia meletakkan wang itu ke telapak tangannya.
ii. Pengemis itu sujud di bawah telapak kaki Sultan Malim
Kundang
(ii) serabut
- serat seperti yang terdapat pada sabut (kulit kayu dan lain-lain), sesuatu
yang berupa serat; akar pokok yang tidak mempunyai akar tunjang
(buluh dan lain-lain), akar yang berambu-rambu; 2. berambu-rambu, berbulu-bulu (tali, benang, dan lain-lain)
Contoh ayat: i. Serabut kelapa itu boleh dibuat berus mencuci kuali.
ii. Akar serabut pokok buluh itu perlu dikikis sebelum
batang buluh itu dijadikan galah.
(iii) selaput
- lapisan nipis tisu (pada benda-benda hidup) yang menyaluti sesuatu;
Contoh ayat: i. Tanda merah pada selaput mata kanak-kanak itu tidak
boleh diubati.
(iv) gemuruh
- berdebar-debar hati (kerana ketakutan, berasa sangat bimbang, dsb),
agak gementar.
Contoh ayat: i. Setiap pemain bola sepak itu pasti berasa sedikit gemuruh apabila menentang lawan, terutamanya dalam kejohanan penting itu.
(v) kemuncup
- sejenis tumbuhan (rumput), cemucup, rumput jarum
Contoh ayat : i. Di halaman rumah Pak Aman dipenuhi dengan rumput kemuncup.
(vi) gelembung
- sesuatu yang berisi udara, bola-bola air (sabun, buih, dan lain-lain)
Contoh ayat: i. Kanak-kanak itu bermain gelembung sabun ketika
ibunya sedang membasuh baju.
Soalan 3b
(i) Air merupakan anugerah Tuhan.
FN: Air ( Subjek)
FK: merupakan anugerah Tuhan ( predikat)
(ii) Baju songket itu tenunan asli dari Terengganu.
FN: Baju songket itu ( Subjek)
FN: tenunan asli dari Terengganu ( Predikat)
(iii) Pemain bola sepak itu sedang beraksi di padang.
FN: Pemain bola sepak itu (Subjek)
FK: sedang beraksi di padang ( Predikat)
(iv) Dia tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap anaknya.
FN: Dia ( Subjek)
FK: tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap anaknya ( Predikat)
(v) Bekerja sendiri akan mendatangkan pendapatan lumayan.
FN: Bekerja sendiri (Subjek)
FK: akan mendatangkan pendapatan lumayan ( Predikat)
(vi) Kesihatan bapanya beransur baik kerana mengamalkan pemakanan seimbang.
FN: Kesihatan bapanya ( Subjek )
FK: beransur baik kerana mengamalkan pemakanan seimbang (Predikat )
Soalan 3c
(i) kontingen - kontinjen
dilengkapkan dilengkapi
(ii)menyatu padukan - menyatupadukan
semarakkan - menyemarakkan
(iii)ke13 ke-13
memperkukuhkan memperkukuh / mengukuhkan
Soalan 3d
(i)melibatkan - membiarkan
supaya demi / untuk
(ii)penilaian - pengiktirafan
di dalam - dalam
(iii)berhemat - berhemah
mengelakkan semula kejadian mengelakkan kejadian
Soalan 3e
(i) sediakan payung sebelum hujan / ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
(ii) banyak berjalan luas pandangan
(iii) di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Soalan 4 a
Novel Julia
Unsur-Unsur Saspen:
.
(a) Julia menerima hadiah misteri daripada seseorang melalui mak cik Nadia- Pembaca tertanya-tanya siapakah pemberi hadiah tersebut.
(b) Sister Fatimah mengajak Julia ke bilik pengetua-Pembaca tertanya-tanya tujuan Julia dipanggil .
(c) Rashid tiba-tiba muncul di rumah Julia- Pembaca saspen apakah motif dan tujuan dia datang dan tertanya-tanya reaksi penerimaan Julia pula.
(d) Jun muncul di tanah perkuburan Bukit Kiara- Pembaca tertanya-tanya tujuan sebenar Jun berpakaian Melayu dan tindakan seterusnya.
Novel Perlumbaan Kedua.
Unsur unsur saspen :
(a)
Sang Arnab Putih telah memberitahu syarat-syarat perlumbaan.
- Pembaca ingin tahu sama ada Tuk Kura akan menerima atau tidak cabaran perlumbaan.
(b)
Semua binatang sedang berhimpun dan menunggu untuk
menyaksikan perlumbaan.
- Pembaca tertanya-tanya adakah Tuk Kura akan muncul pada
hari pertandingan
- Adakah Tuk Kura menepati janji atau tidak.
(c)
Semua binatang sedang menyaksikan perlumbaan.
- Pembaca ingin tahu siapa yang akan memenangi perlumbaan
tersebut.
(d)
Tuk Kura tidak hadir melatih suku-sakatnya.
- Pembaca tertanya-tanya ke mana Tuk Kura pergi.
Pilih mana-mana 2 isi
1 isi + huraian = 2 markah Bahasa 3 markah
4b
Nilai bertanggungjawab
Novel Julia
(i).Bertanggungjawab menjaga adik-adiknya.-Julia menyediakan keperluan asas dan memberi kasih sayang kepada adik-adiknya setelah kematian ibu bapa mereka.(ii) Bertanggungjawab membangunkan syarikat semula.-Julia melaksanakan pelbagai usaha membangunkan syarikat miliknya setelah mengalami kemerosotan akibat kegawatan ekonomi.
(iii) Bertanggungjawab menjayakan program Homestay.-Julia melaksanakan pelbagai usaha memastikan program homestaynya berjaya walaupun terpaksa meminta kerjasama daripada rakan niaganya ,Jun.
(iv)Bertanggungjawab memberi pendidikan.-Dato Bakar dan Datin Maznah menghantar Julia belajar di Hidayah Islamic College,Australia.
Novel Perlumbaan Kedua
Isi(i) Bertanggungjawab menjaga maruah keturunan
- Tuk Kura menyahut cabaran Sang Arnab untuk berlumba buat kali kedua demi menunaikan tanggungjawabnya terhadap maruah keturunannya.(ii) Bertanggungjawab memastikan kemenangan dalam perlumbaan
-Tuk Kura membuat latihan walaupun dipulau oleh anak buahnya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai ketua.(iii) Bertanggungjawab memberi kemahiran kepada ahli keluarga
-Tuk Kura melatih anak cucunya meniti batang licin
(iv) Bertanggungjawab menjalankan tugasan yang diamanahkan.
-Semua binatang bertugas mengikut tugasan yang ditetapkan pada hari pertandingan.
Catatan : pilih mana-mana 3 isi x 2 =6 markah
Bahasa maksima 2 markah
supaya
, ,