diaspora bahasa melayu - · pdf filekonsep diaspora perkataan diaspora berasal dalam bahasa...
TRANSCRIPT
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 87-99 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
87
DIASPORA BAHASA MELAYU
(MALAY LANGUAGE DIASPORA)
Zulkeflee Haji Yaacob
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
UPSI
Abstract
Malay language diaspora is detected through the mobility of the migrant Malay community
and being a minority group either in Malay or outside the Malay world. The migration of the
Malay community creates the Malay diaspora. The objective of this study is to clarify and
discuss the Malay language concepts and diaspora, the Malay Proto and Malay Deutro Malay
reviews, Malay language catchment areas and the spread of Malay language in Malay
diaspora. Presenter highlighted the subject as an effort to share ideas and formulas of
awareness on Malay language and race a combination reflecting the civilization that was the
foundation of the nation's building of culture. Thus, the space in this conference is utilized by
quantitative methods, namely the library method and refer to the source for accurate and
complete information. Mobility and catchment areas are new settlements in the Hesperanesia
realm in australian language family and outside the archipelago Nusantara of austroasia
language.
Keywords : diaspora, catchment, dispersion
Abstrak
Diaspora bahasa Melayu dikesan melalui mobiliti masyarakat Melayu yang berhijrah dan
menjadi kelompok minoriti sama ada dalam rumpun Melayu atau di luar alam Melayu.
Penghijrahan masyarakat Melayu mewujudkan diaspora Melayu. Objektif kajian ini untuk
memperjelas dan membincangkan konsep dan diaspora bahasa Melayu, resensi Melayu Proto
dan Melayu Deutro, kawasan tadahan bahasa Melayu dan penyebaran bahasa Melayu dalam
diaspora Melayu. Pembentang mengetengahkan subjek sebagai satu usaha untuk berkongsi
idea dan rumus kesedaran tentang bahasa dan bangsa Melayu satu kombinasi mencerminkan
peradaban yang menjadi asas pembinaan budaya bangsa. Dengan demikian, ruang dalam
persidangan ini dimanfaatkan bahan mengikut kaedah kuantitatif, iaitu kaedah kepustakaan
dan merujuk sumber untuk mendapat maklumat yang tepat dan lengkap. Mobiliti dan
kawasan tadahan sebagai permukiman baharu di alam Hesperanesia dalam rumpun bahasa
austronesia dan di luar Nusantara rumpun bahasa austroasia.
Kata kunci; diaspora, tadahan, penyebaran
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 87-99 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
88
2017 JHLCB
Pengenalan Makalah ini membincangkan diaspora Melayu baik di alam Melayu mahupun di luar alam
Melayu atau Nusantara yang membentuk kelompok komuniti yang membawa bersama
bahasa Melayu meskipun pilihan sebagai alat komunikasi tetapi saling komunikasi
di merata-rata mencerminkan kebudayaan dan peradaban Melayu.
Metodologi
Tinjauan pustaka, iaitu penyelidik telah melakukan penyelidikan keperpustakaan untuk tujuan
memperoleh maklumat subjek dan sumber yang terdapat dalam perpustakaan sebagai
panduan dan rujukan seperti buku, jurnal, teks , modul, nota dan dokumen sejarah. Sementara
prosedur pengkajian menggunakan kaedah tinjauan pustaka. Pengumpulan data berdasarkan
kaedah kualititatif dengan penyelidik menggunakan dokumen dan nota kuliah Sejarah Bahasa
Melayu, Zulkeflee Yaacob (2017) Pengajian Pendidikan Bahasa Melayu peringkat ijazah
sarjana muda mendapati kaedah yang sesuai bertujuan memahami Sejarah fenomena dan
peristiwa. Prosedur analisis data yang dikumpul diolah dan dinalisis berdasarkan objektif
kajian. Data yang menjadi bahan itu diteliti dan diperinci supaya semua butir maklumat yang
diinginkan disaring dengan baik.
Konsep Diaspora
Perkataan diaspora berasal dalam bahasa Greek yang bermakna populasi penduduk yang
bertaburan dan asalnya terletak di dalamnya kawasan yang lebih kecil. Perpindahan
penduduk atau mobiliti dari dari kelompok orang yang meninggalkan tanah air dan tanah
asal ke wilayah baru untuk pemukiman baru dikaitkan dengan diaspora. Kamus Dewan Edisi
Keempat mentakrifkan diaspora sebagai penyebaran ke merata-rata tempat, seperti orang
yang pada asalnya tergolong dalam budaya yang sama, warga sebuah negara yang sama dan
sebagainya. Orang-orang diaspora akan mengalami konflik yang berhubungan dengan
persekitaran baru dan masalah identiti di daerah baru. Diaspora berbeza daripada imigrasi
kerana diaspora memerlukan anggota suatu masyarakat pergi bersama dalam jangka waktu
yang singkat, bukan pergi secara perlahan-lahan dalam jangka waktu yang lama untuk
meninggalkan kampung halaman mereka. Masyarakat diaspora dicirikan melalui usaha
mempertahankan agama, budaya, bahasa dan kebiasaan lainnya di tempat baharu. Mereka
biasanya hidup berkelompok dengan sesama mereka dan tidak mahu berinteraksi dengan
penduduk tempatan.
Asmah Haji Omar memerikan konsep diaspora Melayu bermakna perpindahan orang
Melayu ke kawasan bukan tradisional seperti Arab Saudi, Afrika Selatan dan Sri Lanka.
Menurutnya lagi diaspora berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud ‘merentas ruang’.
Hal ini demikian, merujuk perpindahan orang Yahudi skala besar keluar dari Israel mencari
penempatan baru pada tahun 538 SM di luar tanah asal mereka. Sementara kawasan
penyebaran bahasa Melayu pula terletak pada kriteria penggolongan pada keturunan dan
budaya Melayu bukan bahasa semata-mata sekali gus mencerminkan tahap kebudayaan
penutur dan peradaban Melayu yang terangkum dalam diaspora Melayu.
Kelompok manusia yang pada asalnya tergolong dalam budaya yang sama telah
tersebar di merata-rata tempat, contohnya masyarakat Melayu di luar alam Melayu seperti
di Australia, Arab Saudi dan Amerika Syarikat berterusan dari abad k-20 serta memasuki
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 87-99 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
89
abad ke-21 di Britain, Sri Langka, Afrika Selatan, Surinam dan lain-lain. Penghijrahan
secara paksa pasca penjajahan dengan kehadiran rumpun Melayu keturunan Champa
di Amerika Syarikat dan Perancis serta rumpun Melayu dari Wilayah Patani, Thailand
Selatan dan Malaysia di Arab Saudi dan Mesir serta rumpun Melayu Sri Langka di Kanada.
Dalam ruang terhad makalah memperincikan konsep dan pengertian Melayu sebagai asas dan
pasak memahami diaspora Melayu.
Perkataan Melayu Perkataan Melayu mulai digunakan masih tidak dapat dijawab secara objektif tetapi
menelusuri asal usul Sejarah bahasa Melayu dikesan wujud selama lebih 2000 tahun
lampau. Bahasa Melayu telah mengalami beberapa peringkat evolusi daripada bahasa
Melayu purba hingga bahasa elekronik atau internet khususnya bahasa Indonesia juga
menjadi asas lingua franca sehingga abad ke-19 dan bahasa digital kini. Ini kerana sifat
bahasa dinamis bahasa Melayu yang mudah terima unsur asing dan asimilasi bahasa
menambah kosa kata yang sesuai waktu dan diterima masyarakat Melayu.
Dalam tulisan Cina 644 Masihi atau Tiongkok menyatakan bahawa suatu masa
utusan dari Kerajaan Mo-lo-yeu yang mempersembahkan hasil bumi kepada Kaisar
Tiongkok. Kerajaan Mo-lo-yeu ini dipercayai di daerah Jambi atau Sumatera sedangkan
penempatan mereka lebih lama dari penemuan perkataan dalam catatan itu. Perkataan yang
hampir sama ditemui daripada keterangan seorang rahib Budha bernama I Tsing. I Tsing
pernah singgah dan mendalami agama di Sriwijaya sebelum ia sampai di Benggala (India)
untuk mempelajari agama Budha di Universiti Nalanda (675 - 685 M). Dalam salah satu
catatannya ditemui perkataan Malayu. Terjemahan catatannya itu ialah: "Apabila I Tsing
melawat Sumatera, dia menemui dua kerajaan yang besar, iaitu Malayu berpangkalan di
Sungai Batang dan Sriwijaya berhampiran dengan Palembang. Perkataan Wu Lai Yu terdapat
di dalam buku Hai Lu Chu dan buku Zheng He Hang Hai Tu. Chen Chung Shin yang menulis
buku Tong Nan Ya Lien Guo Zhi (Negeri-negeri di Asia Tenggara) menyatakan bahwa orang
Melayu di Semenanjung Tanah Melayu mendapat namanya daripada perkataan Mo Lo Yu,
tetapi orang Cina pada masa itu ada yang menyebutnya sebagai Ma Li Yi Er, Wu Lai Yu, dan
Ma La Yu. Perkataan Malayu juga tertulis di bahagian belakang sebuah patung yang
ditemukan di Padang Rocore di kawasan Sungai Batanghari, di Sumatera Selatan bertarikh
1286 M.
Pengertian Orang Melayu Pelbagai Sumber
Perlembagaan Malaysia, Fasal 160 “Melayu ialah seorang yang menganut agama Islam,
lazimnya bercakap bahasa Melayu, dan menurut adat istiadat Melayu. Dalam Esiklopedia
Sejarah dan Kebudayaan Melayu 1998, DBP memerikan bahawa satu kelompok suku bangsa
di sekitar kepulauan Melayu keluarga Polinesia dari rumpun Austronesia. Mereka ialah
penutur teras bahasa Melayu yang mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam.
Sementara R.J Quarles Van Ufford, 1992 merujuk pada kerajaan Melayu terdapat konsep
‘daulat’ dan ‘derhaka’. Daulat ialah bahagia dan kuasa, derhaka ialah tidak taat atau khianat
kepada negara, iaitu menentang kekuasaan yang sah. Sejumlah sumber lain seperti The Book
of Duarte Barbosa Vol. II (1518M. sumber Portugis), Vallentijin (1712M.) - Belanda
JMBRAS, No. 13 (1884), Melayu : Hierarchies of Bering in Riau, Vivien Wee, 1985 dan J.M.
Gullick, ’Malay Society in the Late 19th Century, The Beginning of Change”, 1989
mengemukakan idea tentang Melayu. Rumusannya setiap orang Melayu beragama Islam dan
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 87-99 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
90
mempunyai beberapa nilai utama yang lebih tinggi dan budiman serta, bertindak sesuai
dengan hukum adat dan susila masyarakat.
Bangsa Melayu
Asal usul bangsa Melayu diketahui melalui bahasa penutur bangsa tersebut. Zuber Usman
(1997), perkataan bangsa Melayu berasal daripada perkataaan Himalaya, iaitu ‘hima’
bermaksud salji dan ‘alaya’ bermakna tempat sekali gus bererti tempat sejuk seperti di
puncak gunung yang tinggi. Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar
ditentukan. Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini,
antaranya pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu berasal daripada
pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang,
semasa banjir besar berlaku di bumi tetapi amnya terdapat dua teori mengenai asal-usul
bangsa Melayu, iaitu;
1. Bangsa Melayu Berasal daripada Yunnan atau Teori Yunnan
2. Bangsa Melayu Berasal daripada Nusantara atau Teori Nusantara
Teori Yunnan
Teori bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah mendominasi diaspora Melayu disokong oleh
beberapa ahli sejarah dan bahasa . Kajian didapati bangsa Melayu berasal dari Yunnan ke
Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan
Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. Teori Melayu asal dari Asia Tengah
dikemukakan oleh Slametmuljana, sarjana bahasa yang membuat penyelidikan perbandingan
bahasa, merumuskan bahawa bahasa Austronesia yang dalamnya termasuk bahasa Melayu,
berasal dari Asia. Ini disusur galur pula oleh Asmah Haji Omar yang menegaskan bahawa
perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara secara beransur-ansur dan juga
melalui pelbagai laluan. Ada yang melalui daratan, iaitu Tanah Semenanjung, melalui
Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China. Pendapat mereka sealiran dengan
R.H. Geldern ialah seorang ahli prasejarah dan sarjana dari Wien, Austria telah membuat
kajian tentang asal usul bangsa Melayu. Kajian terhadap kapak tua (beliung batu) yang
ditemui di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang.
Bentuk dan jenis kapak yang sama, beliau temui juga di beberapa tempat di kawasan
Nusantara. Beliau merumuskan bahawa kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah
ke Kepulauan Melayu.
J.H.C. Kern ialah seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan
pelbagai bahasa Austronesia membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang
digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan nama perahu. Beliau
mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga
di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik. Perkataan
tersebut antara lain ialah buluh, padi, pisang, rotan, nyiur, pandan, dan ubi. Berdasarkan
senarai perkataan yang dikajinya itu Kern merumuskan bahawa bahasa Melayu ini berasal
daripada satu induk yang ada di Asia. Sementara W. Marsden mendapati bahawa bahasa
Melayu dan bahasa Polinesia yang terdapat di beberapa buah pulau di Lautan Pasifik
adalah bahasa yang serumpun. Pendapatnya disokong oleh E. Aymonier dan A. Cabaton
yang mendapati bahawa bahasa Campa serumpun dengan bahasa Polinesia, manakala Hamy
berpendapat bahawa bahasa Melayu dan bahasa Campa merupakan warisan daripada bahasa
Melayu Kontinental. Di samping keserumpunan bahasa, W. Humboldt dalam kajiannya
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 87-99 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
91
mendapati bahawa bahasa Melayu khususnya bahasa Jawa menerima pengaruh dan serapan
bahasa Sanskrit.
Pendapat J.R. Foster yang mengemukakan pandangan bahawa wujud kesamaan
pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa
kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih induk, iaitu bahasa Melayu
Polinesia Purba. A.H. Keane ialah ahli filologi yang menyakinkan orang banyak tentang
asal usul bangsa Melayu dari Asia. Kajiannya berasaskan struktur bahasa Melayu serupa
dengan bahasa yang terdapat di Kampuchea. Serbaliknya J.R. Logan yang mengkaji adat
resam suku bangsa dan G.K Nieman dan R.M Clark yang mengkaji bahasa mendapati
bahawa ada persamaan adat resam kaum Melayu dengan adat resam suku Naga di Assam ,
Burma dan Tibet. Beliau merumuskan persamaan adat resam itu berkait rapat dengan bahasa
yang mereka gunakan. Justeru, bahasa Melayu tentulah berasal dari Asia, iaitu tanah asal
nenek moyang bangsa Melayu. Berdasarkan Teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari
Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan
perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro.
Teori Nusantara
Asal usul bahasa Melayu dari Kepulauan Melayu atau Nusantara sebagai asas diaspora
Melayu dikemukakan dan disokong sejumlah ahli sejarah dan bahasa, iaitu J.Crawfurd,
K. Hilmy, P.W. Schmidt, Sutan Takdir Alisjahbana dan Gorys Keraf. J. Crawfurd telah
membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan
Polinesia. Beliau berpendapat bahawa asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal
daripada bahasa di Pulau Jawa , iaitu bahasa Jawa dan bahasa yang berasal dari Pulau
Sumatera (bahasa Melayu). Bahasa Jawa dan bahasa Melayu merupakan induk bagi bahasa
serumpun yang terdapat di Nusantara. Mereka watan, iaitu bahasa Jawa yang tertua dan induk
yang menyebar ke tempat lain. Malah K. Hilmy yang memerikan perbandingan bunyi dan
bentuk kata bahasa Campa dan pelbagai bahasa di Asia Tenggara, merumuskan bahawa
bahasa Melayu Polinesia tidaklah serumpun dengan bahasa Campa hanya persamaan antara
bahasa Melayu dengan bahasa Champa suatu fenomena “ambilan’. Sementara rakan mereka,
iaitu Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf yang menyokong teori ini kerana
bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan
belas. Penemuan manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau
Jawa yang mewujudkan tamadun bersendirian suatu asas keturunan Melayu daripada manusia
kuno tersebut. Oleh itu, orang Melayu berasal dan berkembang di Nusantara dan bahasa di
Nusantara dari rumpun bahasa Austronesia mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa
di Asia Tengah, iaitu bahasa Indo-Eropah.
Asal Usul Bahasa Melayu Asal usul sesuatu bahasa, berkait rapat dengan asal bangsa yang menjadi penutur bahasa
tersebut sekali gus memperlihatkan variasi diaspora Melayu. Melayu Proto adalah asal
bangsa Melayu dari golongan Austronesia di Yunan. Mereka berpindah ke Asia Tenggara
sejak zaman Batu Baru 2500 sebelum masihi . Perpindahan itu mewujudkan keturunannya,
iaitu orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.
Melayu Deutro adalah kumpulan kedua yang berhijrah dari Yunan. Mereka migrasi
ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Masihi. Keturunannya orang
Melayu di Malaysia yang mahir dan bijak berbanding Melayu Proto. Mereka juga mahir
bercucuk tanam, ahli astronomi dan pelayaran. Mereka tinggal di kawasan pantai dan
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 87-99 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
92
di Lembah di Asia Tenggara. Mereka lebih dikenali sebagai Austronesia yang menurunkan
bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang . Nik Safiah Karim menyatakan bahawa
bahasa Melayu adalah turunan bahasa Austronesia, dari bahasa induk, iaitu rumpun bahasa
Austroasia dan Tibet-China.
Melayu dan Ras Melayu
Pengertian konsep Melayu ini sebagai cerminan bahawa mereka suatu bangsa yang gigih dan
mencipta kebudayaan dan kesenian selaras peredaran waktu. Orang Barat menamakan orang
Melayu berasaskan warna kulit, profil tubuh dan bahasa yang digunakan. Ada versi Barat
mengatakan bahawa peribumi Nusantara berasal dari dataran Yunan yang kemudiannya
berpindah ke Indo Cina dan Kemboja, dan seterusnya Nusantara, iaitu kira-kira 12 ribu tahun
yang lalu. Gelombang perpindahan ditandai dan didominasi oleh 4 ras utama, iaitu Negrito,
Weddoid, Melayu Proto dan Melayu Deutro. Ras Negrito merupakan penduduk paling awal
di Kepulauan Melayu. Mereka diperkirakan wujud 1000 SM berdasarkan penerokaan
arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang
yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut keriting, bermata bundar,
berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek dan kecil. Ras Weddoidpula
mempunyai sifat tubuh kecil, kulit coklat muda, rambut ikal dan hidung pesek. Ras Melayu
sebelum Proto dan Deutro hidup dalam budaya Palaeotithicum dan Neolithium, mereka
tinggal di gua batu, alat perkakas daripada batu yang digosok.
Melayu Proto atau Melayu Kuno bangsa Austronesia kumpulan pertama yang
datang ke kawasan Nusantara sekitar tahun 2500 SM . Dari kawasan pergunungan, mereka
menggunakan beberapa laluan seperti sungai-sungai untuk berpindah. Mereka mahir dalam
bidang lautan dan bercucuk tanam serta mempunyai peradaban yang lebih maju daripada
orang Negrito. Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto dikenali sebagai Melayu
Negosiddek mempunyai ciri-ciri rambut lurus dan kulit coklat muda. Manakala ras Melayu
Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yang berlaku
pada 1,500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran
berlayar seperti suku Aceh, Jawa, Melayu pesisir, Minangkabau dan lain-lain.
Resensi Istilah Melayu
Dalam membicarakan diaspora Melayu perkara pokok tentang istilah Melayu yang
diperkatakan oleh M.Ptolemy, sebagai “moleu-kolon” yang merujuk satu tempat di Utara
Pantai Timur Semenanjung Malaysia, iaitu Tanjung Kuantan. Dalam kitab Purana Hindu
Purba terdapat perkataan “Malaya Dvipa” yang merujuk pulau Sumatera tempat asal bahasa
Melayu. Sementara Asmah Haji Omar (1988) mengungkapkan tentang Melayu sebagai
petunjuk kepada sesuatu kebudayaan dan mencerminkan penuturnya. Istilah Melayu
dikaitkan nama bangsa dan bahasa Melayu apabila adanya kerajaan Melayu seperti kerajaan
Sriwijaya, Majapahit, kerajaan Aceh, Samudera-Pasai, Kesultanan Melaka dan Johor-Riau.
Sejak abad ke-17 ia merujuk kepada keturunan atau kerabat raja-raja Melayu dari Sumatera
suku bangsa serumpun di Nusantara. Badan dunia, iaitu UNESCO (1972) menggarapkan
istilah Melayu merujuk suku bangsa Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, Thailand,
Indonesia, Filifina dan Madagaskar. Kepulauan Melayu terbesar dan paling banyak gunung
berapi di dunia dihuni ras Melayu selain takrif UNESCO ialah Brunei, Singapura, Timur
Laste dan Papua New Guine atau pulau Irian di Malaysia Timur yang keluasan 2 juta
KM persegi dengan populasi 300 juta. Borneo dan Sumatera merupakan pulau terbesar
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 87-99 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
93
manakala pulau Jawa paling padat penduduk dan Kota Kinabalu di Sabah, Malaysia puncak
gunung tertinggi di kepulauan Melayu merupakan alam diaspora Melayu.
Istilah Melayu membawa maksud dan pengertian yang berbeza dirincikan dari aspek
etnik Melayu, sebuah kaum atau suku yang merupakan penduduk asal Asia Tenggara
berketurunan Austronesia. Bahasa Melayu dinobat mohor bahasa ibunda kepada orang
Melayu di Asia Tenggara dan Kepulauan Melayu, yang didiami oleh penduduk berketurunan
Austronesia dan juga nama lain bagi Nusantara atau Hesperanesia tetapi Tanah Melayu, nama
khusus Semenanjung Malaysia, iaitu sebuah semenajung utama terletak di Asia Tenggara.
Sementara Sungai Melayu, sebuah anak sungai yang terletak di Sumatera, Indonesia didiami
bangsa Melayu terbanyak. Lokasi kerajaan purba yang terletak di Sumatera pasak kerajaan
Melayu. Manakala rumpun Bangsa Melayu, sinonim bangsa Austronesia atau Melayu-
Polinesia di Asia Tenggara.Pasak kekal peradaban Melayu ialah konsep Ketuanan Melayu,
prinsip ideologi politik yang diamalkan di Malaysia tersohor dipanggil orang Melayu
Malaysia sedangkan orang Melayu Sri Lanka hanya satu etnik Melayu di Sri Lanka dalam
geopolitik kaum Tamil berbeza dengan orang Melayu di Singapura melalui sejarah lampau
kumpulan etnik Melayu di Singapura akibat pola politik sedangkan orang Melayu Thai suatu
etnik Melayu di Thailand kesan keruntuhan kerajaan Melayu silam. Penjajahan mewujudkan
Melayu Cape, iaitu etnik atau komuniti di Afrika Selatan di Benua Afrika yang sama dengan
orang Melayu Cocos ialah etnik Melayu di kepulauan Cocos (Keling) di Australia.
Dalam buku Sejarah Melayu atau Sulatus Salatin disusun sekitar 1612 merupakan teks
tertua yang bertulis dalam bahasa Melayu dan sumber yang otentik untuk informasi
mengenai kemelayuan. Dalam teks menyatakan bahawa Melayu ialah nama sungai di
Sumatera Selatan yang mengalir disekitar bukit Si Guntang dekat Palembang. Si Guntang
merupakan tempat pemunculan pertama tiga orang raja yang datang ke alam Melayu. Mereka
adalah asal dari keturunan raja-raja Melayu di Palembang , iaitu Singapura, Malaka dan
Johor, Minangkabau dan Tanjung Pura. Tertera juga anggota kerajaan Melaka berketurunan
Melayu dari daerah Palembang seperti keluarga raja-raja di Negeri Sembilan, iaitu: Yang
Dipertuan Ali Alamsyah yang dianggap keturunan langsung dari Raja Minangkabau terakhir.
Waktu yang sama sebutan Melayu merujuk pada keturunan sekelompok kecil orang
Sumatera . Diaspora Melayu dalam definisi istilah Melayu berdasarkan budaya dan adat,
orang Melayu yang mempunyai etika, tingkah laku, adab dan adat istiadat Melayu. Ini
diperkukuh melalui ajaran Islam terutama penganut teramai di daerah Sumatera dan
Semenanjung Melaka, keyakinan dan ketaatan terhadap agama Islam menjadi salah satu ciri
khas dari orang Melayu hingga William Marsden pada abad ke-18 menyebutkan bahawa
dalam percakapan sehari-hari, penyebutan bangsa Melayu adalah sama dengan sebutan
bangsa Moor di India dalam konteks ketaatannya terhadap agama Islam.
Kawasan Penyebaran dan Tadahan Diaspora Melayu
Penyebaran bahasa Melayu yang luas sehingga wujud konsep tadahan seperti dibicarakan
oleh Asmah Haji Omar. Tadahan satu konfigurasi yang memungkinkan bahasa dapat hidup
dan berkembang . Konsep konfigurasi disamakan dengan bentuk, lakaran, susun atur dan
sistem untuk menjalankan fungsi bahasa sebagai alat komunikasi dan berfikir. Tadahan
terangkum dalam organisasi dan sistem sosial, amalan sosioekonomi, agama, penglihatan
dunia, pendidikan dan semiotik atau semiologi (tanda dan lambang lingustik). Pada awalnya
orang Melayu dikatakan berasal dari China Selatan dan kawasan Asia Tengah , iaitu Yunnan,
Assam di Myanmar dan Champa di Indo-China Selatan. Perpindahan dua kelompok Melayu
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 87-99 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
94
Proto dan Deutro ke kawasan Nusantara sekitar tahun 2500 SM melalui Hipotesis P.Sarasin
dan F. Sarasin pada tahun 1892 kemudian diperkukuhkan oleh R.H.Geldern, 1932 kajian
terhadap bentuk dan jenis beliung batu bersegi panjang yang ditemui di sungai Hwang Ho,
sungai Yangtze, sungai Mekong, sungai Salween, sungai Irrawadi dan sungai Brahmaputra
turut dijumpai di beberapa kawasan di Nusantara. Mobiliti orang Melayu membawa bersama
bahasa di samping peralatan hidup seperti beliung ke Kepulauan Melayu mencerminkan
tahap kebudayaan dan peradaban penutur yang dicapai.
Mobiliti bangsa Melayu yang pertama dikesan laluan dari hulu sungai di Myanmar ke
Selatan dan terus ke pulau Nicobar serta utara pulau Sematera yang dikenali Aceh kini. Dari
Aceh kumpulan ini mobiliti ke Selatan dan pulau-pulau lain di Asia Tenggara. Selanjutnya,
laluan kedua dari hulu sungai di Thailand, menuju ke selatan hingga Segenting Kra dan terus
ke Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Jawa dan pulau-pulau lain.Pergerakan laluan
ketiga pula dari hulu sungai di Vietnam ke selatan dan menyeberang ke Kalimantan sebelum
ke pulau-pulau Filifina dan terus ke selatan pulau-pulau lain dari Formosa, Taiwan
merupakan laluan keempat dalam carian arah mobiliti Melayu. Kehidupan mereka khususnya
Melayu Proto sering berpindah randah tetapi mahir membuat alat bercucuk tanam dan alat
perhiasan. Kumpulan ini digelar zaman Neolitik atau zaman Batu Baru. Mereka makin ke
pedalaman, kawasan hutan, lembah dan pergunungan, mereka merupakan nenek moyang
kepada orang Asli seperti Jakun, Senoi, Temuan, Biduanda dan sebagai apabila tiba
kumpulan Melayu Deutro. dari daerah Yunan di selatan China melalui jalan dan laluan
Melayu Proto yang tinggal di kawasan subur seperti di pinggir dan pesisir pantai, lembah
sungai yang subur di Nusantara. Melayu Deutro telah pandai menggunakan logam dan besi
sebagai alat perburuan dan pertanian. Melayu Deutro dikenali zaman logam. Kemahiran
tinggi dalam pelayaran membuka penempatan baru di pulau-pulau di seluruh Nusantara.
Kawasan itu berkembang dan mereka menjadi bangsa Melayu yang ada sekarang.
Kawasan Nusantara sebagai gugusan pulau Melayu kerana terdapat bangsa Melayu
di kawasannya. Pendapat yang menolak bangsa Melayu dari Asia Tengah berdasarkan
beberapa tempat dirujuk sebagai kawasan asal bahasa Austronesia, iaitu rumpun bahasa yang
menurunkan bahasa Melayu di Jawa, Sumatera, Melanesia, Formosa, New Guinea dan
Filifina. Marsden menyatakan bahasa Melayu serumpun dengan bahasa Polinesia, Melanesia
dan Mikronesia. Induk bagi ketiga-tiga bahasa ini ialah Austronesia kerana kekerabatan
antara bahasa tersebut tidak terdapat pada bahasa-bahasa di Asia Tengah. Dalam kajian
Geografi, Nusantara merupakan kawasan daratan yang luas dikenali Pentas Sunda tetapi
ketika pencairan glasier, berlaku kenaikan paras permukaan air laut di pentas ini
mengakibatkan Pentas Sunda ditenggalami air dan beberapa daratan tinggi telah terpisah dan
menjadi pulau. Pentas Sunda terpecah kepada Semenanjung Tanah Melayu, pulau Sumatera,
pulau Kalimantan dan pulau-pulau di Indonesia, iaitu Borneo, Jawa, Palawan, kepulaun Riau
dan Lingga.
Perpindahan orangg Melayu ke kawasan di luar alam Melayu, iaitu Arab Saudi, Sri
Langka dan Afrika Selatan. Fenomena penghijrahan sejak zaman Sriwijaya antara abad ke-7
hingga abad ke-13 secara kecil-kecilan dan mungkin berkeluarga. Rumpun Melayu itu
berhijrah dengan belayar ke Pulau Madagaskar di pantai timur benua Afrika. Mereka
dikatakan penyumbang kepada tamadun awal di pantai timur benua Afrika dengan
memperkenalkan kegiatan bercucuk tanam dan memelihara ternakan. Kajian mendapati
adanya komuniti penutur Melayu yang kekal dan lama waktu di tempat asing sebagai
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 87-99 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
95
ceriteria dari kawasan penyebaran teras. Sementara kawasan penyebaran dinamik dari unsur
pergerakan bahasa Melayu mencapai keluasan geografi dan jumlah penutur yang bertambah
sebagai kompas diaspora Melayu berasal daripada rumpun Melayu yang dikenali sebagai
kumpulan minoriti tetapi pribumi kepada negaranya seperti Singapura, Thailand Selatan,
Vietnam, Taiwan dan Myanmar Selatan.
Faktor Penyebaran Bahasa Melayu Dalam Diaspora Melayu
Perpindahan penutur bahasa Melayu dari tempat asal menyebabkan pergerakan orang Melayu
baik di semenanjung Tanah Melayu atau ke pulau-pulau telah mendirikan komuniti
di kawasan baru seperti Melayu Brunei yang berasal dari Johor dan orang Melayu dari
semenanjung Tanah Melayu Kampar di Perak dan Batang Kali, Selangor asalnya dari
Sumatera. Perdagangan antara faktor penyebaran bahasa Melayu dari zaman berzaman
penduduk di kepulauan Melayu menjalankan perdagangan secara pertukaran barang
menggunakan bahasa perantaraan, iaitu bahasa Melayu baik di pusat perdagangan mahupun
pelabuhan. Malahan penjajah Barat menggunakan bahasa Melayu sebagai lingua franca untuk
berhubung dengan penduduk tempatan dari satu pulau ke pulau lain yang memudahkan
urusan kehidupan dan tadbir urus. Ini mewujudkan sifat hubungan diplomasi antara satu
kerajaan degan kerajaan lain dalam suasana persahabatan. Manuskrip Surat Tenate dan surat-
menyurat antara Raja Melayu dengan pihak Barat yang tersimpan di arkib dan pustaka dunia
suatu pasak bukti bahasa Melayu tersebar pada era itu. Sementara kembara menyebar
dakwah dan menuntut ilmu dalam bahasa Melayu dikesan sejak awal abad masehi di alam
Melayu. Manuskrip sastera Melayu dibawa ke England, Belanda dan Eropah mendorong
sarjana-sarjana Barat mempelajari bahasa Melayu. Dengan itu wujud pengajian bahasa
Melayu di universiti London, Leiden, Hamburg, Moscow dan lain-lain. Para pengembang
kepercayaan beragama seperti Hindu dan Buddha malah agama Islam dan Kristian
kemudian giat menggunakan bahasa Melayu sama ada dalam teks agama atau dakwah dan
dakyah dalam aktiviti dan proses penyebaran agama masing-masing. Penyebaran bahasa
Melayu sebagai bahasa asing suatu ruang kompas wujud kosa kata asing, kamus istilah dan
kamus bahasa dalam bentuk senarai kata dan penyusunan kamus Melayu dan kamus
dwibahasa.
Tadahan Diaspora Melayu Era Penjajahan Portugis, Belanda, Inggeris Dan Perancis Penjajahan Barat menyebabkan wujud dua kelompok Melayu, iaitu kumpulan minoriti
di tanah air sendiri dan penghijrahan kelompok-kelompok kecil dari alam Melayu. Kelompok
pertama, Melayu minoriti di Singapura dan di Wilayah Melayu Thailand Selatan. Rumpun
Melayu ini adalah peribumi di negara-negara berkenaan, iaitu Singapura dan Thailand.
Sementara penghijrahan kelompok-kelompok kecil dari alam Melayu, khususnya dari
Indonesia dan Malaysia, ke negara-negara di luar alam Melayu. Penjajahan Portugis pada
awal abad ke-16 (1509) disusuli penjajah Belanda yang menguasai kepulauan alam Melayu,
yang menamakan Hindia Belanda Indonesia (1600) serta menakluk Melaka dari Portugis
pada 1641, disusuli pula oleh kedatangan Inggeris pada suku ketiga abad ke-18 yang
bertapak di Pulau Pinang pada 1786 telah meninggalkan kesan yang besar dari aspek
geopolitik dan kehidupan kepada penduduk di Alam Melayu yang sebelumnya negara
kerabat tanpa terpisah kepada lima negara baru seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Brunei
dan Singapura. Portugis yang menguasai Melaka, Sri Lanka (Ceylon) dan kawasan pesisir
India seperti pelabuhan Goa mulai awal abad ke-16 membuka lembaran sejarah ‘diaspora
Melayu’ dengan membawa kumpulan-kumpulan kecil Melayu dari Melaka ke Ceylon sebagai
hamba tawanan, pekerja kapal dan sebagai askar upahan. Namun, penguasaan Portugis ke
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 87-99 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
96
atas Melaka walaupun lama dari tahun 1511-1641, iaitu selama 130 tahun tetapi tidak
berjaya meluaskan wilayah penjajahannya dan tidak aktif kegiatan perdagangannya. Ini
bermakna perpindahan rumpun Melayu sedikit jumlahnya dan hanya terhad ke Sri Lanka.
Penjajahan Belanda apabila perebutan wilayah di antara Portugis dan Belanda
memihak kepada Belanda kerana angkatan laut lebih bersedia dan tenaga manusia yang lebih
besar. Belanda berjaya mengambil alih Ceylon melalui peperangan dan menguasai
sebahagian wilayah kepulauan Melayu yang diganti kepada nama Indonesia yang
bermaksud ‘India Yang Jauh’ atau Further India, sekali gus mengambil alih Melaka dari
Portugis secara perundingan pada 1641. Belanda menguasai kawasan di kepulauan Melayu
yang amat luas serta tempoh melebihi 300 tahun berbanding dengan penguasaan ke atas
Melaka di Semenanjung Tanah Melayu yang terhad dan kecil kawasan taklukannya selama
183 tahun dari tahun 1641 hingga tahun 1824. Penguasaan ke atas Semenanjung Tanah
Melayu hanya di wilayah Melaka sahaja manakala tentangan terhadapnya juga tidak sengit
dari orang Melayu di Semenanjung. Sementara pengaruh dan penguasaan kuat Belanda di
Indonesia telah membangkitkan semangat nasionalisme dan tentangan hebat dalam
kalangan pribumi dan memakan masa lama untuk mematahkannya. Akibat daripada
penjajahan, peperangan dan juga perdagangan itu telah membawa kepada perpindahan
penduduk rumpun Melayu ke luar alam Melayu, seperti Sri Lanka, Afrika Selatan, Surinam
dan Belanda. Sebahagian besar mereka berhijrah secara paksaan sebagai hamba yang
diperdagang, pesalah dan buangan politik termasuk ulama dan kerabat diraja, serta golongan
awam yang berhijrah secara sukarela sebagai pekerja atau kelasi kapal dan sebagai tentera
upahan. Merekalah yang membawa agama Islam ke sana, dan Islam kekal sebagai salah satu
agama yang dianuti oleh kelompok minoriti yang diiktiraf kehadiran mereka oleh kerajaan
majoriti yang beragama Buddha di Sri Lanka, yang beragama Kristian di Afrika Selatan,
Surinam dan Belanda.
Penjajahan Inggeris di Persekutuan Tanah Melayu termasuk Singapura dan Borneo
Utara sekadar 80 tahun sahaja tetapi ia meninggalkan kesan yang amat mendalam dari segi
mentransformasikan ekonomi tradisional kepada ekonomi perdagangan, membina prasarana
komunikasi moden, pengenalan urusan pentadbiran birokrasi, undang-undang tanah,
pendidikan moden, serta pengenalan sistem politik demokrasi dan kehakiman yang
menggantikan Sistem Kerajaan Melayu Lama. Antara kesan besar yang merubah geososio
budaya alam Melayu ialah masyarakat majmuk menerusi migrasi besar-besaran orang Cina
dan India ke wilayah ini. Kesan geopoliliti pula menjadikan orang Melayu di Singapura, di
Segenting Kra, Myanmar Selatan dan di Selatan Thailand sebagai pribumi yang berstatus
minoriti. Pada zaman penjajahan Inggeris juga diaspora rumpun Melayu bertebaran secara
kecil-kecilan kerana penghijrahan ke Pulau Cocos dan Pulau Krismas yang akhirnya
membawa sebahagian mereka berhijrah ke benua Australia. Terdapat sebahagian kecil
mereka yang bekerja dengan kapal perdagangan Inggeris dan akhirnya memilih untuk tinggal
menetap di England seperti di Liverpool. Sementara kehadiran kapal-kapal perdagangan yang
menggunakan enjin kuasa wap yang berulang-alik dari alam Melayu ke Timur Tengah telah
membolehkan orang-orang Melayu belayar ke Arab Saudi dan Mesir untuk menuntut ilmu
agama Islam serta untuk menunaikan fardu haji di Mekah. Sebahagian kecil daripada mereka
ini yang berasal dari Malaysia dan Selatan Thailand memilih untuk mencari pekerjaan dan
tinggal menetap di sana sebagai kelompok Melayu diaspora sebagai pilihan sehingga tamat
penjajahan.
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 87-99 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
97
Sementara Penjajahan Perancis di semenanjung Indo-China meliputi Vietnam,
Kemboja dan Laos manakala penjajahan Sepanyol di Filipina tidak langsung membawa
penghijrahan rumpun Melayu ke negara-negara di luar alam Melayu kerana tidak wujud
tekanan dan kemudahan untuk mereka meninggalkan tanah air dan berhijrah ke Perancis atau
negara-negara Eropah lainnya. Sebaliknya mereka berhijrah selepas penjajah Perancis dan
Sepanyol kembali ke nagara mereka dan perang saudara kerana perebutan kuasa serta
pengaruh komunis yang berjuang di bawah prinsip komunisme di Semenanjung Indo-
China.
Pascaperang Vietnam kian memuncak pada awal 70-an, menyebabkan puak minoriti
Melayu Champa menghadapi tekanan hidup dan mangsa pengaruh komunisme. Majoriti
mereka mobiliti melalui jalan darat ke Kemboja dan mewujudkan diaspora Melayu
dengan penempatan baru yang dinamakan ‘kampung’. Hegemoni komunisme menyaksikan
gerila komunis Khmer Rouge yang ganas mengorbankan lebih setengah juta orang-orang
Champa beragama Islam di Kemboja. Kelompok kecil telah berjaya melarikan diri
menyeberangi sempadan Thailand dan akhirnya diberi perlindungan di Malaysia. Sebahagian
lain berhijrah sebagai pelarian perang dan yang mempunyai kewangan berhijrah ke negara-
negara yang memberi perlindungan seperti Perancis dan Amerika Syarikat atas sifat
kemanusiaan.
Kedudukan bahasa Melayu dalam Diaspora Melayu
Penghijrahan orang Melayu 200 hingga 300 tahun silam sudah berasimilasi dengan
masyarakat dan budaya dominan seperti Afrika Selatan dan Sri Langka. Orang Melayu
kekal sifat bangsanya kerana pegangan Islam, susur galur dan keturunan serta pengakuan
diri sebagai orang Melayu. Orang Melayu yang berhijrah ke pulau Madagaska sekitar 500
hingga 1000 tahun silam tetap pasak jati diri bangsa yang unik malah berjaya menubuh
kerajaan pertama di pulau itu yang melayakkan mereka diiktiraf sebagai pribumi pulau
Madagaskar. Kehadiran mereka di pulau itu sekian lama dipanggil bangsa Merina, iaitu
bangsa pertama menubuhkan Kerajaan Merina di negara itu. Orang Melayu berhijrah sekitar
100 tahun ke Arab Saudi, Australia, Amerika Syarikat dan Surinam. Di sesetengah negara
seperti Australia, Arab Saudi, Britain dan Amerika Syarikat, penghijrahan rumpun Melayu
dari alam Melayu ke negara-negara tersebut berterusan hingga akhir abad ke-20 serta
memasuki abad ke-21 ini. Berbeza daripada zaman penjajahan apabila sebahagian
penghijrahan itu adalah kerana dipaksa, penghijrahan pada zaman pascamerdeka dari negara-
negara Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei berlaku secara sukarela, iaitu untuk
mencari pekerjaan ataupun untuk mendapatkan ilmu tetapi kemudiannya memilih untuk
tinggal menetap di negara-negara berkenaan dan masih mengekalkan jati diri dengan
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan seharian, mengamalkan adat resam
Melayu dan berpegang teguh pada ajaran Islam. Rumpun Melayu sebagai kumpulan minoriti
tetapi merupakan peribumi kepada negara terdapat di Singapura, Selatan Thailand, Vietnam,
Selatan Myanmar dan Taiwan (Farmosa). Di negara-negara di luar Alam Melayu mereka
adalah penghijrah atau kelompok diaspora Melayu. Melayu yang minoriti di negara itu
berada di bawah dominasi budaya dan masyarakat dominan yang cuba mengasimilasikan
mereka ke alam masyarakat dominan bukan Melayu tetapi mereka menghadapi cabaran getir
untuk mempertahan dan mengekalkan jati diri sebagai rumpun bangsa Melayu.
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 87-99 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
98
Rumpun Melayu sebagai minoriti terdapat di Pulau Hainan dan wilayah Kwantung
di Selatan negeri Cina. Mereka dipercayai adalah daripada keturunan Champa yang
mendiami pesisiran pantai Semenanjung Indo-China. Sekumpulan yang agak besar keturunan
Melayu Champa dari Vietnam itu, disebabkan oleh peperangan berhijrah dan menjadi
penduduk tetap di negara Cambodia, dianggarkan hampir sejuta orang. Di Vietnam mereka
adalah penduduk pribumi yang pernah menubuhkan kerajaan Melayu Champa yang bertahan
agak lama dari abad ke-2 hingga ke pertengahan abad ke-15 Masihi. Kerajaan Champa itu
tumbang setelah sekian lama berperang dengan bangsa Daiviets dari utara yang kini
menjadikan wilayah itu sebagai Vietnam. Di Segenting Kra, terdapat sekitar 100,000 pribumi
Melayu tetapi perkampungan mereka termasuk ke dalam sempadan Selatan Myanmar.
Sebahagian besar diaspora Melayu, iaitu mereka yang berhijrah dan menjadi
kelompok minoriti di negara-negara di luar alam Melayu, melakukan penghijrahan pada
zaman penjajahan di wilayah budaya alam Melayu. Ini termasuklah kewujudan diaspora
Melayu di Australia, Britain, Sri Lanka, Afrika Selatan, Surinam, Arab Saudi dan beberapa
lagi. Mobilti Melayu juga berlaku pada zaman selepas penjajahan seperti kehadiran rumpun
Melayu keturunan Champa di Amerika Syarikat dan Perancis serta rumpun Melayu dari
wilayah Patani (Selatan Siam) dan Malaysia di Arab Saudi dan Mesir, serta rumpun Melayu
Sri Lanka di Kanada. Akhirnya kelompok diaspora Melayu yang berada di negara-negara di
luar Alam Melayu seperti China, Australia, Madagaskar, Sri Lanka, Afrika Selatan, Kemboja,
Mesir, Arab Saudi, Perancis, Belanda, Britain, Amerika Syarikat dan Surinam adalah juga
kumpulan minoriti di negara-negara tersebut. Bagi negara-negara seperti Singapura,
Thailand, Vietnam, Myanmar dan Taiwan, mereka adalah kumpulan minoriti tetapi
kedudukan mereka adalah sebagai pribumi di negara-negara tersebut.
Kesimpulan
Bahasa Melayu pada asalnya satu rumpun yang disebut rumpun bahasa Austronesia Barat
atau bahasa Nusantara. Kajian asal usul bahasa Melayu seiring dengan salsilah bangsa
Melayu dalam banyak versi dan teori malah yang paling akhir induk Melayu di Benua
Sunda. Pertumbuhan bahasa Melayu berpasak dari Sumatera Selatan, Palembang, dan
Jambi . Pusat-pusat pengembangan bahasa Melayu sehingga wujud kerajaan Pasai-Samudera
pada abad ke-13M, Kesultanan Melaka abad ke-15 M , kerajaan Johor lebih seabad sebelum
tewas oleh Portugis 1511, kerajaan Aceh abad ke -17 M dan kerajaan Johor-Riau antara tahun
1699-1824 sebelum dikalahkan Belanda. Selain itu, pusat kebudayaan dan kebahasaan
Melayu pada zaman bahasa Melayu Klasik ialah Kesultanan Banjar atau Kalimantan Selatan
sekarang , kerajaan Goa atau Makasar, kerajaan Patani emapayar Sriwijaya dan Kesultanan
Palembang yang terkenal dengan nama Sriwijaya.
Kedudukan rumpun Melayu sebagai populasi penduduk yang bertaburan dan
bertebaran di merata-rata tempat dikenali diaspora Melayu . Mereka yang berhijrah telah
berasimilasi dengan masyarakat dan budaya masyarakat dominan. Walaubagaimanapun
pegangan Islam kuat dan susur galur sejarah penghijrahan, pengakuan diri sebagai orang
Melayu ,pertuturan seharian dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu
merupakan unsur penting untuk mereka dilabelkan sebagai orang atau keturunan Melayu
dalam diaspora Melayu. Perpindahan rumpun Melayu telah berjaya membina jati diri yang
unik dan diikhtiraf pribumi apabila berjaya menubuhkan kerajaan yang pertama di pulau
Madagaskar.
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 87-99 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
99
Oleh itu, pemahaman sejarah asal usul bangsa dan tanah air suatu nilai kemanusiaan
membina kenegaraan yang aman dan harmoni kerana melalui sejarah sebagai petunjuk dan
sempadan yang memupuk kesedaran wargenagara untuk melestarikan peradaban tinggi dan
kemajuan negara. Nilai sejarah bukan bahan arkib semata-mata tetapi satu juzuk dalam rukun
negara di Malaysia melaui taat setia pada tanah air dan pemuliharaan nilai sejarah baik
melaui pewujudan muzium dan pengajian Sejarah suatu usaha mulia seiring dinamik
diaspora bahasa Melayu.
Rujukan
Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain. (2006). Sejarah Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Amat Juhari Moain. (2001). Sejarah dan rumpun Bahasa Melayu. Serdang: Universiti Puta
Malaysia.
Asmah Hj. Omar. (2005). Alat dan penyebaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Asmah Hj. Omar. (2008). The Malays in Australia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Bunce, Pauline. (1993). Kepulauan Cocos (Keeling): Masyarakat Melayu di Australia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Darwis Harahap.(1992). Sejarah pertumbuhan Bahasa Melayu. Pulau Pinang: Universiti
Sains Malaysia.
Hashim Musa.(2006). Epigrafi Melayu Sejarah sistem tulisan dalam Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Husseinmiya, B.A. (1989). Orang Regiment, the Malays of the Ceylon rifle. Bangi : UKM.
Ismail Hussein. (1984). Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan kita. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zaharah Sulaiman, Wan Hashim Wan The, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman.
(2016). Asal usul Melayu induknya di benua Sunda. Tanjong Malim: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Zulkeflee Haji Yaacob. (2017).“Sejarah Bahasa Melayu”. Kumpulan nota kuliah dan
ceramah di bilik kuliah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan
Idris, Tanjong Malim, Perak sesi 1 2016/2017