Transcript

SYAIR BUDAYA MEMBACA (IRAMA SELENDANG DELIMA)Tersebutlah kisah syair digubahMenjadi kias setiap madahBudaya membaca tema disembahJadi panduan ilmu bertambah

Semaikan dijiwa budaya membacaTanpa mengira usia dan bangsaPasti bertambah ilmu di dadaYang membezakan si bijaksana

Banyak membaca menajamkan mindaBukan sekadar lulus periksaSudah termaktub suruhan agamaTuntutlah ilmu di mana jua

Dengan membaca masa terisiMembaca buku setiap hariTanpa mengira malam ke pagiKelak menjadi insan bestari

Pelbagai jenis buku dibacaYang bermanfaat pilihan utamaJadikan membaca amalan berguna Pastinya kita tidak kecewa.

Jadikan membaca satu budayaCahaya ilmu pembuka mindaDapat membeza buruk baiknyaLahirlah insan pekerti mulia

Marilah kita bersama-samaMembaca buku amal sentiasaOrang berilmu dipandang muliaBiar menjadi bangsa berjaya


Top Related