2
“TADBIR URUS CUKAI DAN INTEGRITI
KOPERASI”
14 OKTOBER 2017, DI TH HOTEL,
ALOR SETAR, KEDAH
Bismillahhirrahmanirrahim
3
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh
Salam Sejahtera, Salam 1Koperasi
dan Selamat Petang
Terima Kasih Kepada Pengacara
Majlis
4
YBhg. Dr. Azlan Yahya, Naib
Presiden ANGKASA Merangkap
Pengerusi Jawatankuasa
Pengurusan Risiko
YBhg. Pengerusi-Pengerusi
ANGKASA Negeri
5
❖ Tuan Shaik Ismail Md. Allapichay
(JPAN P. Pinang
❖ Tuan Hj. Mohd Rosli Hj. Basri
(JPAN Perak)
❖ Tuan Ismail Hashim (JPAN Perlis)
❖ Tuan Hj. Wan Ibrahim Wan Jusoh
(JPAN KEDAH)
6
YBhg. Barisan Ahli Jawatankuasa
Audit Dalam ANGKASA
❖ Dr. Ainuddin Bahari,
Pengerusi JK Audit Dalam
ANGKASA
7
❖ Dato’ Shaharudin Mohd Sa’ad
Setiausaha JK Audit Dalam
ANGKASA
❖ Tuan Hj. Zaharuddin Alias
❖ Tuan Hj. Azman Abdul
9
Para Pemimpin Koperasi, Datuk-
Datuk dan Datin-Datin, Dif-Dif
Jemputan, Tuan-Tuan dan Puan-
Puan, Para Hadirin dan Hadirat
yang saya hormati sekalian.
1. Pertamanya, marilah kita
memanjatkan kesyukuran ke
10
hadrat ALLAH S.W.T. kerana
dengan limpah kurnia dan
keizinan-NYA kita dapat bersama-
sama menghadiri Seminar Audit
Dalaman 2017.
11
2. Dalam kesempatan ini, saya
mengalu-alukan kehadiran semua
peserta ke majlis ini. Seminar ini
merupakan satu usaha ANGKASA
untuk meningkatkan kecekapan
dan keberkesanan Audit Dalaman
12
koperasi yang berfokuskan
kepada “Tadbir Urus Cukai dan
Integriti Koperasi” yang merupakan
elemen penting dalam tadbir urus
koperasi.
13
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
3. Sewajarnya koperasi perlu
mengetahui apabila mempunyai
sumber pendapatan, koperasi
wajib membayar cukai
14
pendapatan. Kebiasaannya,
koperasi membayar cukai
pendapatan yang dikenakan ke
atas keuntungan yang diperoleh
daripada aktiviti perniagaan
koperasi. Layanan cukai koperasi
15
tertakluk kepada Akta Cukai
Pendapatan 1967 di bawah
kategori cukai korporat.
4. Dalam tadbir urusnya,
koperasi secara langsungnya
16
bertanggungjawab
mengemukakan anggaran cukai,
membuat bayaran secara
ansuran, menentukan cukai yang
perlu dibayar, mengemukakan
borang cukai pendapatan kepada
17
LHDN termasuk koperasi dorman
dan membayar baki cukai.
5. Justeru, koperasi perlu
memahami dan mematuhi
kehendak Akta Cukai Pendapatan
18
1967 yang berkaitan pematuhan
dan penalti cukai. Individu yang
bertanggungjawab bagi
memastikan perkara ini dipatuhi
ialah Anggota Lembaga iaitu
Pengerusi, Setiausaha dan
19
Bendahari koperasi serta
Pengurus/kakitangan.
6. Kegagalan mematuhi
tanggungjawab ini akan
mengakibatkan koperasi terdedah
20
kepada kesalahan jenayah dan
sivil. Kesalahan jenayah adalah
gagal melaporkan pendapatan
mengikut tempoh yang ditetapkan
dan kegagalan melaporkan
pendapatan yang sepatutnya.
22
7. Pihak berwajib mempunyai
kuasa untuk mengaudit cukai
pendapatan koperasi sehingga 6
tahun ke belakang. Oleh sebab itu,
koperasi perlu menyimpan segala
rekod-rekod dan buku-buku
23
perakaunan dan percukaian bagi
tempoh 7 tahun dari tarikh akhir
tahun kalendar di mana
pendapatan itu dikaitkan.
24
8. Selain memastikan koperasi
memathi pembayaran cukai
mengikut garis panduan
ditetapkan, ilmu/maklumat
percukaian memberi manfaat
untuk koperasi mendapat
25
pengecualian cukai. Misalnya di
dalam Akta Cukai Pendapatan
ada menghuraikan tentang
pengecualian cukai di mana bagi
tahun taksiran 2015 dan 2016,
kadar cukai koperasi mengikut
26
jumlah pendapatan iaitu melebihi
RM 750,000 cukai pendapatan
dikenakan 24 % dan kadar
berubah mengikut jumlah
pendapatan koperasi.
27
9. Banyak lagi faedah
pengecualian cukai yang boleh
dinikmati koperasi misalnya
pengecualian cukai pendapatan
bagi tempoh 5 tahun pertama
pendaftaran koperasi dan dividen
28
yang diagihkan kepada anggota-
anggota juga dikecualikan cukai.
10. Sudah menjadi lumrah
kepada koperasi untuk
memaksimumkan keuntungan dan
29
meminimunkan kesan cukai ke atas
koperasi. Sebenarnya, koperasi
boleh merancang cukai pada
tahun semasa dan akan datang
dengan kaedah yang bersesuaian
antaranya meminimumkan
30
perkara-perkara yang tidak
dibenarkan untuk pemotongan
cukai seperti perbelanjaan yang
tidak menyumbang kepada faktor
penghasilan pendapatan dan
sebagainya.
31
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
11. Kita perlu menyedari,
cukai merupakan satu instrumen
ekonomi yang amat penting bagi
sesebuah negara memperolehi
32
hasil / pendapatan.
Hasil daripada cukai ini digunakan
oleh kerajaan untuk mentadbir dan
mengurus negara dan juga bagi
perbelanjaan membangunkan
negara. Cukai yang dikutip ini
33
dibelanjakan oleh kerajaan bagi
tujuan keselamatan negara dan
rakyat, pembangunan fizikal dan
infrastruktur seperti jalan raya,
hospital, sekolah, tujuan
membangunkan ekonomi, tujuan
34
sosial seperti perkhidmatan
kesihatan, pendidikan, kebajikan
rakyat dan banyak lagi.
12. Secara ringkasnya, cukai
ialah kunci kepada pentadbiran
35
negara yang berkesan dan kita
tidak akan dapat lari darinya. Di
negara kita, hampir 70 peratus
daripada hasil negara datangnya
dari hasil cukai. Justeru saya
menyeru koperasi merancang dan
36
menguruskan cukai dengan baik
dan berkesan. Perlaksanaan tadbir
urus cukai yang telus juga
melambangkan integriti sesebuah
koperasi.
37
13. Sebagai pendekatan
memertabatkan koperasi dalam
melahirkan sistem pengauditan
yang efisien dan seterusnya
melahirkan budaya integriti dalam
38
koperasi pihak ANGKASA
menganjurkan seminar ini.
14. Saya dengan lafaz
Bismillah merasmikan SEMINAR
AUDIT DALAMAN 2017 BERTEMAKAN