esei pn

Upload: nor-syarina-ahmad-tarmizi

Post on 06-Apr-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 ESEI PN

    1/9

    Soalan b

    Sebagai seorang guru, huraikan strategi bagi menangani ketaksamaan peluang

    pendidikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

    Kemajuan dan kecemerlangan sesebuah negara bergantung penuh kepada kepakaran

    modal insannya. Sesebuah negara tidak mungkin mencapai kemajuan dan

    kecemerlangan dengan hanya berpandukan kepada satu dasar sahaja. Dasar

    sesebuah negara akan sentiasa mengalami transformasi demi menampung mana-

    mana kelemahan dan kekurangan yang sedia ada. Malaysia juga tidak pernah lekang

    daripada sebarang transformasi positif demi menjamin kemajuan agar sentiasa dapat

    bersaing seiring dengan negara-negara maju yang lain. Bidang pendidikan di Malaysia

    pernah mengalami perubahan dasar ke arah yang lebih positif apabila berlakunya isu

    ketaksamaan peluang dalam pendidikan akibat daripada pelbagai faktor seperti

    perbezaan kelas sosial, perbezaan sosialisasi dan bahasa serta perbezaan lokasi

    bandar dan luar bandar.

    Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, ketaksamaan didefinisikan sebagai perihal

    iaitu sifat dan keadaan yang tidak sama antara gambaran dan hakikat. Noran FauziahYaakub pula berpendapat bahawa ketaksamaan membawa maksud keadaan dimana

    manusia tidak memperoleh ganjaran sosial yang sama. Secara amnya, ketaksamaan

    bermaksud perbezaan semula jadi seperti sahsiah dan kecondongan yang berlainan

    yang mampu memberi kesan langsung kepada peluang-peluang yang ada. Pendidikan

    pula membawa erti satu proses di mana seseorang memperoleh banyak faedah sosial

    seperti pekerjaan, gaji yang mencukupi dan kemungkinan, kuasa politik. Oleh yang

    demikian, ketaksamaan pendidikan dapatlah diertikan sebagai perbezaan semula jadi

    yang memungkinkan seseorang individu tidak dapat menikmati faedah sosial yang

    sama rata seperti individu yang lain.

    Petikan dari ucapan mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berhormat Dato

    Seri Hishamuddin bin Tun Hussein yang dibuat sempena perutusan tahun baru 2006

  • 8/2/2019 ESEI PN

    2/9

    jelas menterjemahkan misi dan visi kementerian yang sedaya upaya merapatkan jurang

    pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar agar tidak

    ada golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara. Namun begitu, masih

    terdapat ketaksamaan peluang pendidikan kepada setiap rakyat dan etnik di Malaysia

    Penyataan di atas juga jelas menggariskan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia

    untuk memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan

    yang sama untuk cemerlang termasuklah daripada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah

    Jenis Kebangsaan. KPM telah mengenalpasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan

    supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan.

    Kementerian Pelajaran sentiasa berusaha untuk menangani jurang perbezaan

    dalam sistem pendidikan di negara ini. Terdapatnya jurang yang perlu diatasi dalam

    perancangan pelaksanaan pendidikan. Kewujudan jurang ini akan mengakibatkan

    masalah keciciran dalam sesetengah kelompok masyarakat dan boleh membawa

    kepada masalah kemunduran terhadap negara pada masa akan datang.

    Keciciran didefinisikan sebagai fenomena di mana seseorang tidak dapat

    meneruskan persekolahan (Najeemah, 2006). Terdapat beberapa faktor yang

    menyumbang ke arah keciciran sehingga dapat mengakibatkan ketaksamaan peluang

    merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara

    bandar dengan luar bandar ; jurang di antara yang miskin dengan

    yang kaya; jurang digital dan jurang antara mereka yang bekeperluan

    khas; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus

    pembangunan negara.

    YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein

    ( Perutusan Tahun Baru, 2006 )

  • 8/2/2019 ESEI PN

    3/9

    pendidikan. Antaranya ialah taraf sosio-ekonomi, sikap ibu bapa terhadap pelajaran,

    keberuntungan penjaga dan jana kuasa guru.

    Menurut satu laporan kajian oleh Ng See Ngean dan Wang Chee Seng (1983),

    taraf sosio-ekonomi merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi pencapaian

    akademik oleh sekumpulan pelajar tingkatan 3. Taraf sosio-ekonomi atau kelas sosial

    keluarga merupakan unsur penelah yang paling tekal dan kukuh bagi menentukan

    kebolehan akedemik kanak-kanak di sekolah (T.Marimuthu, 1990). Menurut beliau,

    terdapat banyak hasil penyelidikan yang menunjukkan bahawa taraf sosio-ekonomi

    keluarga banyak mempengaruhi pencapaian akademik murid.

    Taraf pekerjaan ibu bapa turut memainkan peranan penting dalam

    mempengaruhi masalah keciciran. Sebagai contoh, pelajar yang mempunyai ibu bapa

    yang mempunyai gaji yang tetap jarang mengalami masalah keciciran berbanding

    dengan ibu bapa yang tidak mempunyai gai yang tetap dan ditambah lagi dengan

    bilangan anak yang ramai. Maka, mereka tidak mampu untuk menyediakan pendidikan

    yang sempuna kepada anak-anak mereka. Pendapatan yang kecil menyukarkan ibu

    bapa untuk menghantar anak-anak mereka untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi.

    Keberuntungan penjaga bermaksud kelebihan kedudukan seseorang berbanding

    dengan orang lain daripada segi pendidikan, pendapatan mahupun kelulusan

    (Najeemah, 2006). Menurut beliau, keberuntungan penjaga dapat dibahagikan kepada

    dua aspek iaitu bahan bacaan di rumah dan taraf makanan dan pemakanan. Sekiranya

    ibu bapa mempunyai keberuntungan dari aspek kewangan, mereka mampu untuk

    memberi anak-anak mereka bahan bacaan dan secara tidak langsung dapat

    menanamkan minat membaca dalam dalam diri anak-anak mereka.

  • 8/2/2019 ESEI PN

    4/9

    Dalam pada itu juga, ibu bapa yang mempunyai pendapatan yang kecil

    menyukarkan mereka untuk menyediakan kemudahan menyediakan tempat membaca

    yang sesuai serta ketiadaan lampu yang terang untuk membaca. Malah, ada segelintir

    daripada mereka yang kurang mengambil berat terhadap pelajaran anak-anak mereka

    pada masa hadapan. Keadaan ini akan mengakibatkan murid kurang galakan untuk

    belajar.

    Tanpa kita sedari, tahap makanan dan pemakanan murid turut memberi faktor

    pencapaian pendidikan murid. Kanak-kanak biasanya diberikan makanan yang

    mengenyangkan mereka tanpa memperhitungkan kandungan dan nilai makanan yang

    seimbang atau tidak (Atan Long, 1979). Makanan yang kekurangan protein bukan

    sahaja akan menyekat pertumbuhan, malah akan mengganggu perkembangan otak.

    Kekurangan zat makanan yang seimbang akan mengakibatkan sistem antibodi badan

    yang lemah dan akan mudah diserang penyakit. Apabila mereka terlalu kerap jatuh

    sakit dan tidak hadir ke sekolah, mereka akan ketinggalan dalam pelajaran di sekolah.

    Guru merupakan punca motivasi murid. Guru yang memberikan pengharapan

    yang rendah dan kurang memberikan perhatian kepada murid akan mengakibatkan

    murid kehilangan minat untuk ke sekolah (Najeemah, 2006). Ini dapat disimpulkan

    bahawa guru mempunyai kuasa untuk menyuntik semangat untuk belajar dalam diri

    murid-murid selain daripada ibu bapa.

    Sekolah-sekolah di luar bandar seringkali dikaitkan dengan masalah kekurangan

    pelbagai kemudahan yang baik seperti kekurangan alat bantu mengajar. Ini akan

    membuatkan guru tersebut lebih banyak bercakap dan hanya interaksi satu hala

    dijalankan serta akan membuatkan murid menjadi bosan. Guru mempunyai kuasa untuk

    menentukan bahan bantu mengajar yang akan digunakan. Sekiranya mempunyai

    kekangan bahan, guru tersebut bolehlah menyediakan sendiri bahan tersebut dengan

  • 8/2/2019 ESEI PN

    5/9

    kreativiti mereka. Guru hendaklah bersikap fleksibel agar dapat menyesuaikan diri

    dengan situasi tempat mengajar mereka kerana atitud seseorang guru tersebutlah yang

    akan mempengaruhi pencapaian murid-muridnya.

    Seterusnya adalah sikap ibu bapa terhadap pelajaran anak-anak mereka. Ibubapa yang mempunyai aspirasi untuk melihat anak-anak mereka berjaya akan

    menggalakkan anak-anak mereka untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi

    (T.Marimuthu, 1990). Terdapat dua kelompok ibu bapa dalam membentk aspirasi

    terhadap anak-anak mereka.

    Kelompok pertama ialah ibu bapa yang sedar akan kegagalan mereka dalam

    pelajaran pada masa lampau dan mahukan anak-anak mereka mendapat pendidikan

    yang lebih baik agar berjaya dalam pelajaran agar tidak menjadi seperti ibu bapa

    mereka. Kelompok kedua pula ialah kelompok ibu bapa yang hanya menerima nasib

    dan takdir hidup mereka yang gagal dalam pelajaran kerana tidak memikirkan tentang

    masa hadapan.

    Dalam pada itu juga, ada segelintir ibu bapa yang bersikap terlalu autokratik

    sehingga kanak-kanak tidak diberikan peluang untuk menyuarakan pendapat. Kanak-

    kanak jarang diajak berbual dan hanya menerima perintah dan arahan malahan tidak

    berpeluang membuat perhubungan balik dengan pihak orang dewasa

    (T.Marimuthu,1990). Seandainya mereka membantah, mereka akan dianggap sebagai

    kurang ajar malah seringkali ditakut-takutkan dengan ugutan apabila mereka

    melakukan perkara yang bercanggah dengan arahan. Ini akan mengakibatkan kanak-

    kanak bersikap pasif dan kurang inisiatif untuk melakukan sesuatu.

    Dalam mengatasi masalah ketaksamaan peluang pendidikan, pelbagai strategi

    dapat dirangka bagi membasmi masalah ini. Penyelidikan telah membuktikan bahawa

    perlunya memberikan pengajaran secara perseorangan pada tiap-tiap kanak-kanak

  • 8/2/2019 ESEI PN

    6/9

    mengikut kebolehan masing-masing (Atan Long, 1979). Walaupun pengumpulan kanak-

    kanak mengikut kebolehan umum mereka akan mendatangkan perkara yang tidak baik,

    namun, mengumpulkan kanak-kanak mengikut kebolehan dalam setiap pelajaran akan

    memberi peluang kepada kanak-kanak untuk maju dalam matapelajaran yang dikuasai.

    Dalam pada itu juga, ia dapat mengadakan pimpinan dan panduan dalam

    matapelajaran yang mereka lemah. Secara tidak langsung, mereka akan dapat

    membuat peer-tutoring iaitu membantu rakan sebaya dalam pelajaran.

    Antara strategi yang boleh dilaksanakan oleh seorang guru bagi menangani

    ketaksamaan peluang pendidikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam

    bilik darjah adalah dengan memberikan sumbangan dalam bentuk kewangan, biasiswa

    dan tajaan kepada murid yang kurang berkemampuan. Sumbangan dan bantuan

    kewangan ini perlulah diberikan kepada murid-murid yang benar-benar layak bagi

    membantu mereka meneruskan pelajaran sekaligus dapat mengelakkan masalah

    keciciran yang dapat menyumbang kepada ketaksamaan peluang pendidikan kepada

    murid-murid tersebut.

    Selain itu, biasiswa dan bantuan kewangan ini tutut diberikan kepada murid-

    murid yang ibu bapanya tidak mampu dan mempunyai tanggungan yang ramai. Hal ini

    juga adalah sebagai galakan kepada murid-murid untuk meneruskan pelajaran.

    Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga boleh membantu murid yang tidak

    berkemampuan dari segi kewangan dengan mewujudkan bank data bagi

    menyenaraikan murid daripada keluarga yang miskin.

    Selain bantuan kewangan, kerajaan Malaysia juga telah menghapuskan bayaran

    yuran kepada murid-murid yang bersekolah tidak kira sama ada di peringkat sekolah

    rendah mahupun sekolah rendah. Seperti yang kita ketahui, sebelum sistem baru ini

    diwujudkan, ibu bapa terpaksa membayar yuran tahunan kepada pihak sekolah.

  • 8/2/2019 ESEI PN

    7/9

    Walaupun bukan semua jenis sekolah mengenakan yuran sebegini pada suatu masa

    dahulu, namun situasi ini menimbulkan beban kepada ibu bapa yang mempunyai

    pendapatan yang rendah dan mempunyai tanggungan yang ramai. Hal ini merupakan

    antara faktor yang menyebabkan berlakunya masalah keciciran. Tindakan kerajaan

    yang menghapuskan bayaran yuran dapat mengurangkan masalah keciciran dan

    ketaksamaan peluang pendidikan.

    Bagi memastikan masalah ketaksamaan dalam pendidikan dapat diatasi,

    pelbagai rancangan seperti Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) telah dicadangkan bagi

    menggalakkan murid yang tidak mampu membeli buku teks supaya dapat belajar

    dengan lebih tekun. Suatu ketika dahulu, pinjaman buku teks hanya diberikan kepada

    murid-murid yang ibu bapanya mempunyai pendapatan yang rendah dan mempunyai

    ramai tanggungan. Namun kini, semua murid di Malaysia diberikan peluang untuk

    memiliki buku teks secara percuma.

    Hal ini dapat meringankan beban ibu bapa dan duit yang sepatutnya digunakan

    untuk membeli buku teks bolehlah dimanfaatkan untuk membeli peralatan persekolahan

    yang lain. Selain rancangan SPBT, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) juga

    diberikan kepada murid-murid yang miskin supaya mereka dapat menikmati makanan

    yang lebih berkhasiat seterusnya dapat meberikan sepenuh perhatian semasa guru

    mengajar.

    Seperti yang diketahui umum, jurang perbezaan tempat tinggal murid iaitu antara

    bandar dan luar bandar juga dapat menyumbang kepada keciciran dan ketaksamaan

    peluang pendidikan. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan Malaysia telah mewujudkansekolah berasrama penuh untuk murid yang tinggal jauh dari sekolah khususnya yang

    tinggal jauh di pedalaman. Pada tahun 1970-an, sekolah berasrama penuh dibuka khas

    untuk murid-murid miskin dari luar bandar supaya mereka tidak ketinggalan dalam

    pelajaran. Pada zaman sekarang, kebiasaannya 70% daripada murid sekolah

    berasrama penuh adalah dari luar bandar. Murid bukan sahaja dapat belajar dalam

  • 8/2/2019 ESEI PN

    8/9

    suasana yang selesa malah mereka juga dapat menikmati pelbagai kemudahan yang

    terdapat di sekolah.

    Bagi menangani ketaksamaan peluang dalam pendidikan dari aspek perbezaan

    bahasa, guru perlu belajar menguasai bahasa pertuturan satu-satu kaum agar apa

    yang disampaikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran difahami oleh anak

    muridnya dan secara tidak langsung ia akan menarik minat untuk mereka belajar dan

    meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka. Murid-murid yang tidak faham akan

    bahasa yang diutarakan oleh gurunya akan cepat merasa bosan untuk belajar apatah

    lagi kebanyakan murid-murid di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan

    Sarawak pada kebiasaanya akan menggunakan bahasa pertuturan kaum mereka

    sendiri.

    Secara amnya, pihak sekolah perlulah sentiasa meletakkan taraf sekolah mereka

    sebagai sekolah berkesan yang menawarkan peluang pembelajaran yang sama rata

    kepada pelajar tanpa mengira ras, status sosio-ekonomi atau jantina. Mortimore(Sharifah:2000) mentakrifkan sekolah berkesan sebagai sekolah yang menolong murid

    berkembang lebih daripada jangkaan berdasarkan latar belakang keluarganya. Dalam

    hal ini, guru-guru sekolah perlulah mendorong murid untuk mencapai matlamat yang

    lebih tinggi dengan mengambil kira kebolehan sebenar dan latar belakangnya,

    memastikan setiap murid boleh memaksimumkan potensinya, meningkatkan

    pencapaian dan perkembangan murid dalam semua aspek dan memastikan bahawa

    semua murid dapat belajar dalam keadaan yang kondusif.

    Kesimpulannya, semua pihak memainkan peranan penting dalam memastikan

    masalah ketaksamaan peluang pendidikan dapat diatasi daripada akar umbi. Ibu bapa

    hendaklah sentiasa mengambil berat perihal pelajaran anak-anak mereka dan bukan

    hanya mengejar wang dan kerjaya semata-mata. Galakan serta sokongan berbentuk

  • 8/2/2019 ESEI PN

    9/9

    pujian dan hadiah daripada ibu bapa secara tidak langsung akan membantu

    meningkatkan minat murid terhadap pelajaran.

    Para guru pula hendaklah sentiasa bersemangat dalam menjalankan tugas agar

    dapat bekerja dengan baik serta dapat memberikan tumpuan penuh terhadap kerjaya

    mereka. Jika semua pihak menjalankan tanggungjawab masing-masing, maka mutu

    kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan di samping menyamaratakan peluang

    pendidikan kepada setiap murid. Dengan itu, masalah keciciran pelajaran dapat diatasi.

    Semoga pendidikan di negara kita akan terus berkembang pesat serta menghasilkan

    lebih banyak golongan intelektual dan mampu berfikiran secara kritis dan kreatif.

    (1967 patah perkataan)