eseimen 3109

32
Isi Kandungan Bil Perkara Muka Surat 1 Biodata guru pelatih i 2 Borang kolaborasi ii 3 Surat akuan kerja kursus iii 4 Abstrak iv 5 Penghargaan v 6 Pengenalan vi 7 1.0 Aplikasi E- learning dalam pembelajaran di sekolah 1.1 Jenis-Jenis Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer 1.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer(Pbk) 1.3 Kelebihan - Kelebihan Multimedia Berbanding Media Pengajaran Yang Lain 1.4 Animasi Di Dalam Pendidikan 1.5 Multimedia Dalam Internet Sebagai Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran 1.6 Peranan Multimedia Dalam Pengurusan Sekolah Dan Bilik Darjah 1 - 18 8 2.0 Rancangan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah e-learning 19 - 25 9 3.0 Refleksi kursus EDU 3109 26 10 4.0 Bibiliografi/ Rujukan 27 11 5.0 Lampiran 28

Upload: pensil-dan-pemadam

Post on 18-Jun-2015

583 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Eseimen 3109

Isi Kandungan

Bil Perkara Muka

Surat

1 Biodata guru pelatih i

2 Borang kolaborasi ii

3 Surat akuan kerja kursus iii

4 Abstrak iv

5 Penghargaan v

6 Pengenalan vi

7 1.0 Aplikasi E- learning dalam pembelajaran di sekolah

1.1 Jenis-Jenis Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

1.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer(Pbk)

1.3 Kelebihan - Kelebihan Multimedia Berbanding Media Pengajaran

Yang Lain

1.4 Animasi Di Dalam Pendidikan

1.5 Multimedia Dalam Internet Sebagai Sumber Pengajaran Dan

Pembelajaran

1.6 Peranan Multimedia Dalam Pengurusan Sekolah Dan Bilik Darjah

1 - 18

8 2.0 Rancangan pengajaran dan pembelajaran menggunakan

kaedah e-learning

19 - 25

9 3.0 Refleksi kursus EDU 3109 26

10 4.0 Bibiliografi/ Rujukan 27

11 5.0 Lampiran 28

Page 2: Eseimen 3109

Abstrak

Kerja kursus ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman guru

pelatih terhadap e-learning dalam pengajaran dan pembelajaran semasa di sekolah,

menyediakan satu rancangan pengajaran dan pembelajaran harian yang lengkap

dan mereflek diri agar menyediakan diri dengan perubahan dalam bidang

pendidikan.

Pemilihan Computer Based Learning untuk kerja kursus saya ini dilakukan bertujuan

untuk memberi kefahaman yang lebih terhadap cara-cara untuk mengaplikasikan

kemahiran ini dalam menyediakan rancangan pengajaran harian. Pelaksanaan kerja

kursus ini khusus untuk melihat penguasaan guru pelatih yang bakal bergelar guru

untuk mengaplikasikan kemahiran dalam e-learning semasa di dalam kelas.

Melalui kerja kursus ini saya telah mencari sumber maklumat yang berkaitan guru

dan cabaran semasa untuk penulisan kerja kursus. Setiap penulisan akan disertakan

dengan sumber rujukan yang boleh dipercayai. Adalah diharapkan agar kerja kursus

yang telah dibuat ini akan dapat membantu saya atau sesiapa saja yang berminat

mahu meningkatkan tahap penguasaan dalam kemahiran komputer mereka dalam

e-learning. Saya juga amat berharap agar dapat menguasai perubahan yang berlaku

dalam bidang perguruan dan menjalani setiap peringkat perubahan dalam

pengajaran dan pembelajaran menggunakan e-learning dengan betul dan berkesan .

Page 3: Eseimen 3109

Penghargaan

Assalamualaikum saya ucapkan sebagai pembuka kata dalam kerja kursus Guru

Dan Cabaran Semasa EDU 3109 saya. Saya bersyukur kerana mendapat tugasan

ini kerana banyak perkara yang boleh saya pelajari seperti cabaran semasa bidang

perguruan, e-learning dalam pengajaran dan pembelajaran serta masalah yang

dihadapi di sekolah dan peranan yang perlu dimainkan semasa bergelar seorang

guru. Saya juga tahu bagaimana pihak pentadbiran menguruskan sesuatu tugasan

untuk menghadapi cabaran semasa dalam bidang pendidikan.

Saya ingin mengucapkan pengahargaan terima kasih saya kepada pensyarah

yang bnyak membantu saya iaitu Dr Hilmi Ahmad Bin Shaghir. Beliau bnyak

membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan

terima kasih kepada ibubapa saya yang bnyak memberikan dorongan kepada saya

untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Mereka juga memberi beberapa

maklumat tentang e-learning dan peranan persatuan ibubapa dan guru (PIBG).

Sekain itu, saya juga ingin mngucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang

banyak menolong saya untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya Mohamad Nur B

Mohamad yang merupakan ketua opsyen yang memberitahu langkah untuk

membuat kerja kursus ini dan juga Noranis Lyana Bte Zambery yang sentiasa

memberikan maklumat semasa jika ada perubahan dalam soalan tugasan kerja

kursus ini.

Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya saya berjaya

menyiapkan tugasan yang diberikan ini.

Wassalam.

Mohd Aidil Bin Othman

( GURU PELATIH IPGM KTHO )

PISMP SEMESTER 8

RBT/ PJ / BM

AMBILAN JANUARI 2010

Page 4: Eseimen 3109

Pengenalan

E-pembelajaran mempunyai pelbagai tafsiran yang boleh merangkumi sebarang

aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi digital elektronik

seperti komputer, internet, cakera padat dan sebagainya. E-pembelajaran ditakrifkan

sebagai pendekatan pembelajaran di mana pendidikan, latihan dan maklumat yang

berstruktur disepadukan dan disampaikan oleh komputer melalui internet khususnya

web, atau dari cakera keras, CD ROM, storan mudah alih berkeupayaan tinggi atau

melalui sistem jaringan. 

E-pembelajaran boleh dirumuskan sebagai pengaplikasian internet untuk tujuan

penyampaian pembelajaran, kemahiran dan pengetahuan dalam pendekatan holistik

yang tidak terhad kepada sebarang kursus, teknologi dan infrastuktur.E-learning

atau pembelajaran elektronik pertama kali diperkenalkan oleh Universitas Illionis di

Urbana-Champaign dengan menggunakan sistem instruksi berbasis komputer

(computer-assisted instruction) dan komputer pertama diberi nama PLATO

(Programmed Logic for Automated Teaching Operations). Sejak saat itu,

perkembangan e-learning berkembang sejajar dengan perkembangan dan kemajuan

teknologi semasa. 

Perkembangan ‘e-Pembelajaran’ di Malaysia telah bermula dalam skala besar pada

awal tahun 90’an. Situasi ini sebenarnya agak ketinggalan berbanding dinegara-

negara lain khasnya di Eropah, U.S dan juga di negara Jepun. Pada masa tersebut ,

“e-Pembelajaran” banyak terarah kepada pembelajaran jarak jauh dan ‘on-line’ yang

kebanyakannya hanya ditawarkan di peringkat universiti serta kolej swasta yang

mempunyai usahasama dengan universiti luar Negara. Jika dibandingkan dengan

Negara yang maju, ‘e-Pembelajaran’ di negara kita sudah jauh ketinggalan. Sebagai

contohnya “e-Pembelajaran” di negara Singapura sudah berkembang dalam bentuk

idea membangun secara ‘on line repository’ yang mana ia telah membantu industri

pendidikan di negara tersebut untuk membentuk kursus-kursus ‘e-pembelajaran’

yang baru atau ‘new learning parts’ yang memungkinkan kerja-kerja pengeditan

secara segera dan on-line.

Dengan disokong oleh kecanggihan sistem rangkaian seperti Internet dan Intranet

serta teknologi digital, konsep e-learning seperti web portal, dan on-line jarak jauh

seharusnya dimanfaatkan secara bersungguh-sungguh oleh semua pihak. Adalah

Page 5: Eseimen 3109

diharapkan dengan adanya konsep e-learning ini, mutu pendidikan negara akan

meningkat dan juga produktiviti bagi sesebuah organisasi akan bertambah baik

menerusi latihan dalaman seperti IBM Corporation.

Cikgu.Net (disebut Cikgu dot Net) merupakan portal pendidikan yang pertama sekali

dilancarkan dinegara kita pada bulan Mac 2000. Dengan isi kandungan yang

berbahasa Melayu, ia berjaya menarik ribuan pengguna yang mendaftar dengannya,

dianggarkan sekurang-kurangnya lebih 120 ribu pengunjung telah pun melawat

portal tersebut. Dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai perantaraannya,

kesesuaiannya dengan iklim pendidikan tempatan serta aktiviti kokurikulum dapat

diselaraskan.

Bermula dengan penggunaan papan hitam tradisional disekolah, kemudian beralih

kepapan putih, kemudian kealat bantuan mengajar seperti OHP dan seterusnya

yang terkini pembelajaran secara on-line ataupun dalam bahasa ITnya dewasa kini

e-learning. E-learning yang seakan-akan mitos 10 tahun dulu kini menjadi keperluan

semenjak web mendominasi Internet.

Di Malaysia, e-learning masih lagi 'baru' kehadirannya jika dibandingkan dengan

negara-negara Barat khasnya di US dimana setengah sekolah telah menjadikan

ianya sebagai satu kaedah asas pembelajaran bagi menggantikan teknik-teknik

pembelajaran tradisional.

Secara tidak langsung visi negara dalam usaha menambahkan kadar celik IT sedikit

sebanyak akan berjaya dalam tempoh terdekat ini. Kaedah e-learning ini seharusnya

diperkenalkan secara lebih meluas bermula dari peringkat sekolah rendah bagi

memupuk pelajar khasnya kanak-kanak mencintai ilmu pengetahuan disamping

merangsang minat mereka untuk belajar.

Page 6: Eseimen 3109

1.0 Aplikasi E- learning dalam pembelajaran di sekolah

Pengajaran berbantukan komputer boleh dilihat sebagai satu alternatif ke arah

melahirkan generasi yang kreatif, inovatif, kritis dan berwawasan selaras dengan

hasrat kerajaan yang ingin mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan, di mana ia

menjadi asas kepada Pembentukan Kurikulum Pendidikan Malaysia. Pengajaran

berbantukan komputer boleh diaplikasikan dengan pelbagai cara. Sebagai contoh,

guru boleh menggunakan teknologi ICT melalui laman web pembelajaran untuk

mengadakan latih tubi di dalam kelas. Setiap pelajar dikehendaki menjawab soalan

latih tubi di laman web dan kemudian guru dan pelajar akan membincangkan

jawapannya di dalam kelas. Sebagai contoh, laman web yang disediakan oleh

Kementerian Pelajaran iaitu, http://spp.moe.edu.my mengandungi pelbagai nota dan

latih tubi yang amat berguna buat guru dan pelajar.

Guru memainkan peranan yang penting di dalam penyebaran penggunaan komputer

kepada para pelajar melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran selain menarik

minat pelajar tehadap P&P di dalam kelas. Pengajaran berbantukan

komputer.Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) adalah

salah satu proses yang dapat membantu menjayakan dasar pembelajaran

berpusatkan pelajar. Perancangan yang teliti diperlukan dalam menghasilkan

perisian pembelajaran yang sesuai dan berkesan dengan teknologi komputer dan

multimedia. Gabungan audio, video, animasi dan interaksi pengarahan bagi

persembahan multimedia dapat member peluang kepada pelajar menggunakan dan

berinteraksi dengan bahan pembelajaran melalui teknologi.

Komputer ialah teknologi masa kini yang begitu cepat berkembang. Pelbagai jenis

maklumat dapat diperoleh melalui satu klik sahaja. Pelajar hari ini lahir dalam dunia

berteknologi tinggi. Oleh hal yang demikian, komputer tidak dapat dipisahkan

daripada dunia mereka. Pada masa depan, teknologi komputer akan menjadi lebih

canggih dan menakjubkan memandangkan kemajuan pesat teknologi ini pada hari

ini.

Pada pendapat saya, penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan

bukanlah sesuatu yang baru dan negara kita tidak ketinggalan dalam menikmati arus

pembangunan yang berasaskan komputer ini.Dalam konteks pendidikan, ia bukan

hanya mampu untuk membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi ia

Page 7: Eseimen 3109

juga berpotensi sebagai alat untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran

di dalam kelas.

Komputer juga dapat membantu menyelesaikan masalah guru dalam pengajaran.

Ciri-ciri komputer yang lebih mesra, tidak jemu, tidak sakit hati dan sabar semasa

membuat dan menggunakan program menjadikan ia sesuai untuk pelajar terutama

bagi pelajar-pelajar yang kurang cerdas. Ini jelas sekali dalam strategi latih tubi di

mana beberapa percubaan perlu dilakukan oleh pelajar.

Menurut KPM ( 1997 ), aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum di

sekolah sebagai satu daya usaha untuk menyemai dan memupuk minat serta sikap

yang positif pelajar terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan

diubahdaripada sesuatu yang berdasarkan kepada memori kepada yang

berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dengan menggunakan teknologi terkini.

Kebiasaanya pelajar akan mudah tertarik dengan pengajaran yang menggunakan

komputer untuk sesuatu subjek. Pelajar akan mudah memahami dan minat dengan

penggunaan teknologi masa kini. Penggunaan komputer dalam pengajaran juga

merupakan salah satu kaedah yang dapat membantu guru untuk menyampaikan

pengajaran di dalam kelas dengan berkesan di samping dapat menarik perhatian

pelajar untuk menumpukan tentang apa yang di sampaikan.

Terdapat beberapa perkara penting yang oleh para pendidik berhubung dengan

penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Komputer

hanya akan bertindak sebagai alat bantu dalam pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya

penggunaan komputer dapat dilaksanakan dengan berkesan. Komputer tidak akan

mengubah peranan guru. Sebaliknya, guru akan sentiasa berusaha untuk

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka khususnya dalam bidang IT.

Penggunaan komputer dapat mengurangkan bebantugas guru dan pelajar

disamping setiap kerja dalam dilakukan dengan kemas teratur dan sistematik.

Terdapat kelebihan dan kelemahan dalam pengajaran berbantukan komputer.

Menurut Yakop (1985) kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer

ini boleh digunakan untuk mengatasi masalah pelajar yang mempunyai kebolehan

dan potensi yang berbeza. Pelajar-pelajar yang cerdas boleh belajar dan

Page 8: Eseimen 3109

menyelesaikan latihan dengan secepat mungkin mengikut tahap pemahaman

mereka. Pelajar yang lemah pula dapat mempelajari topik yang sukar dengan

berulang-ulang kali sehingga mereka faham. Ini dapat memotivasikan pelajar yang

lemah untuk meningkatkan prestasi mereka.

Pembelajaran berbantukan komputer (PBK) dapat memberi impak yang baik dalam

proses pengajaran dan pembelajaran seseorang pelajar terutamanya pelajar yang

berada pada tahap pencapaian akademik rendah. Ini kerana pelajar-pelajar di tahap

pencapaian akademik rendah kebiasaannya memerlukan pelbagai kombinasi

medium dalam pembelajaran mereka seperti visual yang bergerak, animasi, teks,

muzik dan grafik, di mana kesemua medium ini terdapat dalam multimedia yang

boleh didapati di dalam pembelajaran berbantukan komputer. Ini sejajar dengan

peribahasa Cina yang berbunyi,”saya dengar, saya akan lupa, saya lihat, saya akan

saya ingat, dan apabila saya lakukan saya akan faham.” (Hizamnuddin Awang 1997

dalam Fazilah 1998).

Selain itu, teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi

guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengajaran pembelajaran.

Winston Churcil menyatakan empayar di masa depan ialah empayar pemikiran dan

minda. Untuk mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya, pendekatan

pengajaran dan pembelajaran di sekolah perlu digubah kepada pemikiran

penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah menggalakkan

kreativiti dan motivasi pelajar. Pendekatan pengajaran secara tradisional secara

sogokan nota-nota seharusnya dikikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan

membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat.

Manfaat pengajaran berbantukan komputer ialah ianya lebih terancang dan

bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran. Selain itu pengajaran melalui

berbantukan komputer berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid

terhadap pelajaran serta memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua

murid yang pelbagai keupayaan. Tambahan lagi pengajaran berbantukan komputer

dapat meningkatkan motivasi murid dan membolehkan pembelajaran bersendiri

(individualise learning). Pengajaran berbantukan komputer membolehkan murid

mengakses maklumat yang sukar diperolehi dan mengumpul maklumat yang

perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh. Justeru itu, pengajaran

Page 9: Eseimen 3109

berbantukan komputer dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang

menyeronokkan dan mencabar serta membolehkan murid mencuba atau melaksana

eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan

cara biasa. Proses pengajaran dan pembelajaran ini juga meningkat daya kreativiti

dan imaginasi murid serta memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan

dengan bimbingan yang minimum dan meningkat kemahiran.

Sebenarnya pembelajaran berbantukan komputer ini sangat penting kerana kita

mahu pelajar lebih aktif dan rasa tidak bosan untuk belajar tetapi kadang-kadang

rasa pelik bila kemudahan yang disediakan tidak dapat digunakan sepenuhnya

kerana kekangan-kekangan pentadbiran itu sendiri..bayangkan peralatan ada di

dalam kelas tetapi tidak dapat digunakan kerana wiring tak boleh pakai...dan tidak

ada tindakan susulan oleh pihak sekolah..susah..benda beli mahal2 tapi buat

macam tiada nilai..yang paling kasihan pelajar..kerana hak mereka tidak dihargai.

Pengajaran berbantukan komputer di mana pelajar akan berinteraksi dengan

komputer melalui susunan pelajaran yang telah diprogramkan oleh guru, sama ada

dalam bentuk nota, tutorial, latihan dan juga simulasi. Penggunaan komputer dalam

bidang pengajaran dan pembelajran biasanya mengandungi kemahiran, permainan

dan simulasi, analisis statistik dan mendapatkan maklumat. Pengajaran berbantukan

komputer ini boleh dilaksanakan dalam bebrapa keadah seperti tutorial, latih tubi dan

latihan. Dengan penggunaan pengajaran berbantukan komputer dalam proses P&P

dapat menjimatkan masa, pemaparan maklumat lebih menarik, pemupukan budaya

berfikir dan agen motivasi.

Setiap gabungan anmasi, bunyi, warna dan teks mesti berfungsi untuk

mengukuhkan maklumat yang hendak disampaikan. Contoh Frame 2 di atas

mengalihkan perhatian pengguna dari maklumat yang hendak dipersembahkan

kerana di situ terdapat beberapa arahan yang berbeza dalam satu skrin untuk diikuti

pelajar. Kesannya ia akan membahagikan perhatian pelajar, bukan menumpukan

perhatian. Mengikut prinsip kognitif, tumpuan perhatian adalah penting untuk

mengelakkan kehilangan maklumat.

Penggunaan teks yang bergaris atau digelapkan boleh digunakan mengikut

keperluan untuk memandu perhatian pelajar ke bahagian penting maklumat. Teknik-

teknik tertentu perlu digunakan untuk membantu dan menyokong tumpuan pelajar

Page 10: Eseimen 3109

semasa proses pembelajaran berlaku. Menurut Newby, Stepich, Lehman dan Russel

(2000) teknik-teknik lain adalah seperti mengemukakan soalan yang berfokus,

menekankan (highlight) maklumat penting, membuat analogi, menggunakan kata

kunci (mnemonics) serta menggunakan konsep imej.3. Sumber Sokongan

MemoriSumber sokongan memori ini memberikan bantuan yang diperlukan kepada

pengguna untuk memahami sesuatu masalah tatapi ia bukanlah fokus arahan.

Contohnya butang Bantuan yang akan disediakan nanti bukanlah untuk memberi

jawapan tetapi untuk membantu pelajar mencari jawapan atau menyelesaikan

masalah yang diberi.

Oleh kerana mengikut prinsip kognitif bahawa kefahaman pelajar dipengaruhi oleh

pembelajaran yang bermakna, adalah penting bantuan disediakan apabila memori

pelajar tidak dapat mengaitkan sesuatu maklumat yang dikehendaki dengan maksud

yang membawa makna kepadanya. Menurut Clark (1998) sokongan memori adalah

penting untuk pengguna baru untuk memberi keyakinan dan keselesaan kepada

mereka Oleh itu, butang Bantuan hendaklah sentiasa kelihatan dalam setiap skrin

nanti.Walaubagaimanapun, butang bantuan tersebut, navigasi dan hypertext atau

hypermedia yang akan memberikan maklumat tentang sesuatu dengan lebih lanjut

perlu diberi perhatian supaya kehadirannya nanti tidak bercanggah dengan tujuan ia

diletakkan di skrin, iaitu untuk membantu memori pelajar memproses maklumat

baru.

Seiring dengan pendapat ahli behaviouris, latihan yang berulangkali penting dalam

aspek pembelajaran. Bagi teori behaviouris, latihan berulang akan membawa

kepada tingkahlaku yang diingina. Bagi ahli kognitif, latihan yang berulang pula akan

membantu memori memproses maklumat untuk ingatan jangka panjang. Latihan

yang berulang juga akan mengurangkan kehilangan maklumat dari berlaku. Latihan

yang diberikan menurut Clark lagi, bukan berdasarkan kepada bilangan skrin tetapi

kepada saiz maklumat yang hendak disampaikan supaya ia tidak terlalu banyak

sebelum kefahaman pelajar mula diuji.

Page 11: Eseimen 3109

1.1 Jenis-Jenis Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

Dalam mengkategorikan jenis-jenis pengajaran dan pembelajaran berbantukan

komputer, kita perlu melihat kepada fungsi dan objektif pengajaran dan

pembelajaran berbantukan komputer serta kaedah penyampaian yang digunakan.

Dalam bahagian ini,kita akan membincangkan tentang enam jenis pengajaran dan

pembelajaran berbantukan komputer iaitu:

Latih tubi adalah jenis pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer yang

dilaksanakan untuk menilai pemahaman pelajar atau pengukuhan dan ia

dilaksanakan secara kendiri. Dalam latih tubi, pelajar di berikan beberapa soalan

dan komputer memberikan maklum balas berdasarkan jawapan mereka. Alessi &

Trollip (1991) telah mencadangkan cara pemilihan soalan-soalan yang sesuai

digunakan dalam latih tubi. Berikut adalah caranya: Pilihan secara rawak di mana

soalan dipilih dari senarai soalan-soalan secara rawak.

Tersusun di mana soalan di susun mengikut suatu susunan yang

ditentukan terlebih dahulu.

Teknik flashcard di mana selepas pelajar menjawab satu senarai soalan,

soalan-soalan yang dijawab dengan salah di susun semula dan di berikan

semula kepada pelajar. Proses ini berterusan sehingga pelajar menjawab

ke semua soalan dengan betul.

Ramai berpendapat bahawa latih tubi tidak menggunakan sepenuhnya

kemampuan komputer. Sebenarnya, ia mempunyai kelebihan tersendiri seperti:

PPBK jenis latih tubi membolehkan pelajar mengawal perjalanan perisian

kursus mengikut kesesuaian.

Menggalakkan pelajar menguasai suatu kemahiran atau pengetahuan dan

melalui proses penilaian sebelum mempelajari bahagian-bahagian

seterusnya.

Grafik dan multimedia yang menarik boleh digunakan untuk memotivasi

dan memberi maklum balas.

Page 12: Eseimen 3109

Seorang guru mungkin memberikan sesuatu perisian pendidikan yang bersifat latih

tubi kepada pelajar-pelajarnya yang masih belum menguasai konsep atau

kemahiran yang baru.Seorang guru juga mungkin memberikan perisian-perisian

yang sama tajuknya tetapi berlainan pendekatan kepada pelajar-pelajar di dalam

sebuah kelas yang sama. Misalnya memberikan perisian berbentuk latih tubi

kepadapelajar yang lemah untuk tujuan pemulihan, memberikan perisian yang

berbentuk tutorial kepada pelajar yang sederhana untuk tujuan pengukuhan dan

memberikan perisian berbentuk exploratory kepada pelajar pintar untuk tujuan

pengayaan.

Seorang guru mungkin menggunakan komputer untuk menerangkan suatu konsep

yang abstrak di awal pengajarannya dan menggunakan media-media yang lain

dipertengahan dan penghujung pengajarannya.Seorang guru juga mungkin

menggunakan komputer dihadapan sekumpulan pelajar yang lemah bagi

menunjukkan suatu simulasi berkomputer sedangkan pelajar yang lain diminta untuk

mengggunakannya di komputer masing-masing tanpa perlu dibantu.

Perisian pendidikan yang berbagai-bagai pendekatan itu boleh dimanfaatkan kepada

pelajar-pelajar yang berbagai kebolehan .Lazimnya setiap perisian pendidikan

ditujukan kepada kumpulan pelajar yang mempunyai kebolehan yang tertentu. Oleh

yang demikian adalah penting bagi seseorang guru mengunakan dan meneliti suatu

perisian pendidikan itu terlebih dahulu sebelum memberikan nya kepada pelajar.

Maklumat seperti kesesuaian isi pelajaran, pengetahuan sedia ada yang diperlukan

dan kumpulan sasaran adalah penting supaya pelajar menggunakan perisian

pendidikan yang bersesuaian dengan kebolehan mereka.

Pelbagai Pendekatan Perisian Pendidikan

Terdapat beberapa pendekatan yang digunakan di dalam sesuatu perisian

pendidikan dalam menyampaikan sesuatu isi pelajaran.

Latih tubi menyediakan kemudahan latihan bagi menguasai sesuatu

pengetahuan atau kemahiran. Lazimnya pelajar menggunakan perisian

pendidikan ini selepas sesuatu pengetahuan atau kemahiran telah diajarkan

terlebih dahulu kepada mereka. Pelajar diminta untuk menjawab soalan yang

dikemukakan oleh komputer dan komputer akan menilai serta memberi

maklumbalas yang sesuai berdasarkan kepada jawapan yang diberikan.

Page 13: Eseimen 3109

Tutorial menyampaikan sesuatu isi pelajaran yang baru.(pelajar-pelajar belum

pernah diajarkan dengan tajuk ini sebelumnya). Ia seolah-olah seperti seoarang

guru yang mengajar seorang pelajar tentang satu tajuk.(Situasi satu sama satu).

Lazimnya pelajar mengawal kadar dan aliran pembelajarannya sendiri.

Demontrasi Komputer digunakan sebagai alat pandang dengar dalam

menyampai atau mengambarkan sesuatu konsep atau maklumat. Lazimnya

digabungkan dengan kaedah pengajaran biasa. Komputer digunakan pada sela

waktu tertentu sahaja dan bukan sepanjang waktu pengajaran.

Simulasi Komputer menyediakan satu suasana yang seakan-akan serupa

dengan keadaan yang sebenar di mana pelajar dibenarkan untuk berinteraksi

dengan cara yang realistik. Contohnya, pelajar-pelajar dibenarkan untuk

mengubah sesuatu untu melihat pembaharuan.Cara yang terbaik menggunakan

komputer dalam p&p di mana pelajar diminta menguji sesuatu hipotesis/konsep

dan seterusnya membuat kesimpulan masing-masing. Perisian pendidikan

seperti ini selalunya bersifat exploratory dan menekan kepada penyelesaian

masalah.

Permainan pendidikan Perisian seperti ini lazimnya berbentuk simulasi dan

exploratory tetapi kandungan atau isi pelajaran diubah ke dalam bentuk

permainan. Konsep yang akan diajarkan adalah bersifat intrinci dan pelajar

bersedia untuk menjelajah satu dunia yang "asing".

Penciptaan sendiri oleh guru Guru sebagai fasilitator di dalam bilik darjah,

seharusnya dapat memudahkan prosses P&P berlaku di kalangan murid. Inisiatif

guru amat perlu bagi P&P yang berkesan dan mencapai objektif P&P.

Penciptaan pakej P&P oleh guru dapat memberikan kelainan untuk menarik

minat dan perhatian murid dalam aktiviti P&P. Sungguhpun penciptaan pakej

P&P memerlukan masa yang lama untuk dicipta, guru patut mengambil kira

potensi yang ingin mereka kembangkan dalam setiap aspek intelektual, rohani,

jasmani, dan emossi.

Rekreasi di dalam P&P Selain pakej yang dicipta oleh guru, guru boleh membuat

aktiviti pengayaan dengan hanya memilih perisian yang sesuai yang berada di

pasaran. Walau bagaimanapun, pemilihan yang teliti adalah perlu supaya

sepadan dengan isi kandungan yang dipelajari agar dapat memotivasikan murid

dalam mengambil bahagian di dalam aktiviti P&P.

Page 14: Eseimen 3109

Peluang Kepada Murid Yang Lebih Pintar yang lebih mungkin akan lebih

berminat dengan isi kandungan yang lebih tinggi dan mencabar. Sebagai

menyahut falsafah pendidikan negara, potensi murid harus dikembangkan sejauh

mungkin. Mereka boleh mencari sendiri hasil-hasil penyelidikan supaya mereka

boleh maju ke hadapan tanpa mengikuti dengan jemu rakan mereka yang kurang

pintar.

1.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer(Pbk)

Criswell (1989) mendefinisikan PBK sebagai penggunaan komputer dalam

menyampaikan bahan pengajaran dan melibatkan pelajar secara aktif serta

membolehkan maklum balas. Pendek kata matlamat PBK ialah untuk mengajar.

Mengajar bermakna menyampaikan pengajaran dengen menggunakan sistem

kompute. Menurut Gagne dan Briggs (Wang dan Sleeman 1994) kemasyuran

komputer menjadi popular sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki

keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman

komputer.

Diantara keistimewaan tersebut adalah seperti berikut: Hubungan interaktif:

Komputer membolehkan wujudnya hubungan di antara rangsangan dengan

jawapan.Bahkan menurut Dublin (1984, 1996) komputer dapat menumbuhkankan

inspirasi dan meningkatkan minat. Pengulangan: Komputer membolehkan pengguna

mengulangi apabila perlu untuk memperkuatkan lagi pembelajaran dan memperbaiki

lagi ingatan. Dalam pengulangan amat memerlukan kebebasan dan kreativiti dari

para pelajar (Clements 1994).

Maklum balas dan peneguhan: Media komputer membolehkan pelajar memperoleh

maklum balas terhadap pembelajaran secara serta merta dan boleh memotivasikan

pelajar dengan peneguhan positif yang diberi apabila pelajar memberikan jawapan.

Pelbagai kajian telah dijalankan bagi mengukur keberkesanana komputer sebagai

media pembelajaran. Dari hasil kajian ianya menunjukkan kesan positif terhadap

pembelajaran dan PBK adalah contoh terbaik. Secara keseluruhan PBK memberi

kesan yang positif berbanding dengan pembelajaran tradisional.

Kulik, Bergert dan William (1983) telah mengkaji terhadap 48 orang pelajar dan

didapati 39 orang memperolehi markah yang lebih tinggi berbanding pelajar yang

menggunakan kaedah tradisional. Kajian ini juga mengatakan PBK memiliki

Page 15: Eseimen 3109

kelebihan 0.5 % berbanding pembelajaran tradisional. Menurut kajian Mathis, Smith

dan Hamsen (1970) sikap pelajar di institut pengajian tinggi adalah lebih positif

terhadap PBK apabila pelajar tidak mengalami masalah literasi komputer,

sedangkan mereka yang menghadapi masalah literasi komputer bersifat negatif

terhadap PBK. Namun begitu mereka masih menganggap PBK adalah lebih baik

diikutu daripada tidak sama sekali. Menurut Munir dan Halimah Badioze Zaman

(1998) mengatakan multimedia amat berkesan dalam menggalakkan kanak-kanak

belajar membaca. Sedangkan dalam bidang sains pula keberkesanan PBk adalah

lebih baik dua kali ganda daripada pembelajaran kaedah tradisional. 

Hasil kajian lepas dapatlah dinyatakan secara keseluruhan hasil kajian menunjukkan

bahawa kaedah PBK adalah lebih baik daripada kaedah tradisional.

1.3 Kelebihan - Kelebihan Multimedia Berbanding Media Pengajaran Yang Lain

Pelbagaian kebolehan multimedia yang berikut mampu menampung kelemahan -

kelemahan yang terdapat di dalam pengajaran yang biasa :

Tahap interaktif yang tinggi. Dengan komputer, perisian multimedia boleh

diprogramkan supaya pelajar-pelajar dilibatkan secara aktif dengan cara meilih

berbagai menu yang disediakan atau menjawab soalan-soalan tertentu.komputer

akan bertindakbalas dengan memaparkan maklumat yang tertentu berdasarkan

apa yang dipilih atau ditaipkan oleh pelajar tersebut.

Pengajaran berdasarkan kebolehan pelajar. Perisian yang digunakan juga

berkebolehan untuk melayan setiap individu berdasarkan kebolehan pelajar.

Pelajar akan mengalami pengalaman pembelajaran yang berbeza berdasarkan

prestasinya di dalam sesuatu konsep atau isi pelajaran. Pelajar tersebut perlulah

menguasai terlebih dahulu konsep atau isi pelajaran tertentu sebelum dibenarkan

mempelajari konsep atau isi pelajaran pada tahap yang lebih tinggi. Pelajar

berpeluang untuk mengulangi sesuatu konsep atau isi pada bila-bila masa atau

sebanyak mana sekalipun, tanpa perlu merasa bimbang komputer akan merasa

jemu untuk melayannya. Di tambah dengan penggunaan multimedia yang

menarik menyebabkan pelajar tidak merasa bosan.

Pelajar mengawal sendiri pembelajarannya. Perisian multimedia yang bermutu

tinggi seharusnya membenarkan pelajar mengawal kadar dan aliran pelajaran

yang hendak dipelajarinya. Juga pelajar perlulah dibenarkan untuk "bermain"

Page 16: Eseimen 3109

dengan melihat kesan perubahan tersebut. Ini juga dikenali sebagai simulasi

komputer.

Menarik dan mengekalkan minat terhadap pelajaran. Perisian pendidikan

multimedia menggabungjalinkan elemen-elemen seperti teks, grafik, animasi,

bunyi, dan video sebagai ransangan bagi menarik perhatian dan minat pelajar

terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Pendekatan yang berunsur permainan

mampu menggalakkan pelajar untuk terus menggunakan perisian pendidikan itu

disamping mengekalkan minat pelajar terhadap isi pelajaran yang dipelajari.

Walaupun penggunaan perisian yang baik dalam proses p&p akan memberi

impak kepada pelajar di dalam menguasai sesuatu isi pelajaran tetapi ia

bukanlah jawapan untuk menguasai semua masalah yang dihadapi di dalam

kelas. Komputer tidak mungkin dapat menggantikan "guru yang baik" tetapi

digunakan sabagai alat yang membantu guru dalam menyampaikan

pengajarannya secara berkesan.

1.4 Animasi Di Dalam Pendidikan

Sifat multimedia sebahagian besarnya diberikan oleh teknologi animasi, antaranya

termasuklah ciri yang dinamik dan interaktif. Berbeza dengan media yang statik

serta kaku, animasi menawarkan kemampuan untuk penampilan sesuatu objek

yakni warnanya, jenis permukaan yang ingin ditampilkan serta kemampuan

pergerakkannya. Kecanggihan perisian yang digunakan bagi penciptaan animasi ini

dapat memberikan kesan-kesan yang lebih menarik terutamanya jika diaplikasikan di

dalam P&P.

Di dalam pengajaran geografi mengenai negara India contohnya, teknologi animasi

dan multimedia dengan penggunaan perkasasan yang betul akan membolehkan

murid merasakan seolah-olah berada di negara tersebut. Sudah tentu pengalaman

di dalam proses P&P akan memberikan tanggapan yang dapat mengekalkan minat

murid terhadap mata pelajaran tersebut walaupun yang dikaji adalah tidak mungkin

dapat dikunjungi sendiri.

1.5 Multimedia Dalam Internet Sebagai Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran

Page 17: Eseimen 3109

P&P akan menjadi lebih menarik jika murid diberikan peluang untuk mencapai web

yang berkaitan di dalam internet. Internet sebagai sumber terkini amat sesuai

terutama sebagai sumber P&P untuk melihat isu terbaru di dalam matapelajaran

sains, geografi, dan sebagainya. Contohnya bagi pelajaran sains, ciptaan terbaru

adalah antara maklumat yang berguna, menarik, dan menunjukkan realiti sebenar

apa yang dipelajari oleh murid.

1.5.1 Penjaringan Komputer Melalui Jaringan Kawasan Tempatan Sebagai

Sumber P&P (Lan)

LAN menyediakan laluan elektronik untuk pelbagai jenis maklumat ( suara, vedio,

data, dan teks ). Laluan ini membolehkan pergerakkan maklumat multimedia melalui

bangunan dalam semua arah dan membolehkan sumber ditambah kepada jaringan

untuk dikongsi. Jaringan akan membolehkan perkongsian maklumat seperti

pengkalan data, ensaiklopedia elektronik seperti Ecarta, Comton’s, Grolier, Katalog

Kad Perpustakaan, dan Pusat Sumber Online, dan data pentadbiran. Ini akan

menggalakkan kerjasama antara guru dan pelajar untuk meningkatkan kualiti

pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, pelajar boleh bekerja secara

berkumpulan untuk sesuatu projek, menulis laporan dan menerbitkan majalah

sekolah. Ini akan memaksimunkan penggunaan sumber-sumber seperti pencertak

laser, jaringan CD-ROM, modem, dan talian telefon, serta perisian yang dijaringkan.

1.5.2 Hubungan Melalui Jaringan Kawasan Luas Sebagai Sumber P&P (Wan)

Sekolah akan dihubungkan ke sekolah dan organisasi yang lain sama ada dalam

daerah, negeri, negara atau seluruh dunia. Beberapa media perhubungan boleh

digunakan seperti satelit, siaran kabel televisyen, telefon dan gelombang mikro.

Perhubungan ini akan menyediakan pelbagai kemudahan. Ini akan memberi peluang

untuk pelajar mengalami pembelajaran jarak jauh. Dengan adanya video konferens,

pentadbir dan guru tidak perlu meninggalkan sekolah untuk menghadiri mesyuarat

peringkat daerah dan negeri. Perhubungan WAN pula boleh menyediakan sumber-

sumber melalui on-line untuk membolehkan guru dan pelajar mendapatkan

maklumat dari rumah. 

Page 18: Eseimen 3109

1.6 Peranan Multimedia Dalam Pengurusan Sekolah Dan Bilik Darjah

Terdapat banyak aspek dalam pengurusan sekolah yang boleh dibantu oleh

teknologi maklumat. Diantaranya adalah seperti berikut ;

Pengurusan kewangan sekolah. Penggunaan teknologi secara berkesan boleh

membantu dalam menyediakan belanjawan, perekaunan, pembiayaan projek,

perancangan jangka panjang, pengauditan dan kawalan bagi sekolah.

Sumber manusia. Penggunaan komputer dapat mempercepatkan proses

perjadualan, meningkatkan kemahiran pengurusan guru, pertukaran dan

perlantikan guru baru dapat diketahui dengan segera.

sumber-sumber pendidikan. Dengan menggunakan komputer, sesebuah sekolah

dapat berhubung dengan pengkalan data daripada pusat sumber kurikulum untuk

memperolehi pelbagai bahan P&P.

Maklumat pelajar. Maklumat pelajar terutamanya berkaitan percapaian akedemik

dapat disimpan dengan selamat dan menyeluruh. Selain daripada itu penilaian

juga dapat dibuat dengan lebih cepat berdasarkan maklumat-makllumat tersebut.

Maklumat tentang kegiatan ko-kurikulum kesihatan dan sebagainya dapat dicapai

dengan mudah melalui data-data yang tersimpan dalam komputer.

Kawalan keselamatan. Kawalan persekitaran sekolah dengan menggunakan

sistem berkomputer dapat memastikan keselamatan pelajar lebih terjamin.

Dunia pendidikan sangat mengharapkan kehadiran media pembelajran yang

bermutu tinggi untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Penggunaan komputer di

sekolah pada tahun 70-an dan 80-an tidak begitu berjaya kerana anggapan bahawa

sebuah komputer mampu membawa keajaiban di dalam bilik darjah tidak berasas.

Namun begitu, minat terhadap integrasi multimedia dan pendidikan tidak lenyap.

Tumpuan kepada multimedia interaktif terus berkembang. Kehadiran teknologi

multimedia memberi harapan baru dalam era pendidikan kerana dapat membantu

proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Kajian lepas juga

membuktikan bahawa pelajaran akan tersimpan diingatan lebih lama apabila lebih

daripada satu deria dilibatkan semasa pengajaran berlaku.

Page 19: Eseimen 3109

2.0 Rancangan Pengajaran Harian Kemahiran Hidup

Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup

Kelas : Tahun 6 Gemilang

Tarikh : 23 Mac 2011

Masa : 9.15 pagi – 10.15 pagi (1 Jam)

Bilangan Pelajar : 30 orang

Tajuk : 1.4 Elektrik dan Elektronik

Sub Tajuk : b) Penghasilan Projek Elektronik

Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar telah mengenal komponen-komponen

asas dan alatan tangan elektronik beserta

fungsinya

Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid

dapat:-

1) menamakan sebelas jenis komponen elektrik dan boleh membezakan

litar skematik dan lukisan bergambar

2) menyenarai tiga alatan tangan dan enam bahan elektronik yang

diperlukan dengan betul

3) membina litar elektronik mengikut contoh model yang disediakan dan lampu

litar tersebut menyala dan berfungsi dengan baik.

Page 20: Eseimen 3109

Penerapan Nilai Murni : Patuh, Ketekunan, Bersih, Kekemasan,

Bertanggungjawab, Estetika, Menjimatkan

bahan dan elektrik

Kemahiran Berfikir : Membuat Inferens, Mengingat Kembali,

Menjana Idea, Membuat Gambaran Mental,

Menyusun Mengikut Keutamaan, dan

Membuat Rumusan Refleksi

Bahan Bantu Mengajar : Komputer Riba, Pemancar LCD,

Gambarajah Skematik Litar, Kit Alatan Asas

Elektronik, Bateri Sel Kering, Wayar Satu

Jalur, Mentol, Papan Lapik/Polistrin dan

Suis

Penyerapan Ilmu : Penyerapan Ilmu Sains, Kimia, Fizik dan

Hukum Elektrik

Strategi Pengajaran : Kontekstual, Konstruktif, Mediatif, Induktif,

Competency Based Learning dan Kajian

Masa Depan

Page 21: Eseimen 3109

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah / Masa Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan

Set Induksi

(5 Minit)

Rakaman video ”Litar

Elektronik”

-video menunjukkan salah

satu projek elektronik

menggunakan LED

(diod pemancar cahaya)

1. Murid-murid melihat rakaman

video mengenai Litar

Elektronik

2. Rakaman menerangkan hasil

daripada salah satu projek

elektronik

3. Guru menimbulkan

persoalan ’apakah yang asas

kepada lampu untuk

menyala’.

4. Guru memperkenalkan tajuk

pengajaran hari ini;

”Penghasilan Projek Elektronik”

BBM :

Komputer Riba,

Pemancar LCD,

Pembesar Suara

Kemahiran

Berfikir : membuat

inferens, menjana

idea

Nilai Murni :

menghargai tenaga

elektrik, berjimat

cermat

Strategi P&P :

Induktif,Kontekstual

Langkah 1

(20 minit)

Pengenalan kepada litar

ringkas elektronik

i. Komponen

elektronik

ii. Litar skematik

iii. Lukisan bergambar

Powerpoint

a) Murid diedarkan dengan nota

rujukan dan slide powerpoint

ditayangkan

b) Guru memberi penerangan

mengenai komponen

eletronik dan jenis-jenis litar

c) Murid melihat rajah jenis litar

skematik dan lukisan

bergambar

d) Murid mengikuti aktiviti

latihan untuk menilai tahap

BBM :

Powerpoint, nota

edaran, BBM litar

ringkas, model

Kemahiran

Berfikir : membuat

gambaran mental,

menghafal,

mengingat kembali

Nilai Murni :

Tekun, Menumpu

Page 22: Eseimen 3109

kefahaman murid

PENILAIAN :

Murid dapat menamakan 11

jenis komponen elektrik dan

boleh membezakan litar

skematik dan lukisan bergambar

Perhatian, Berani

Mencuba

Strategi :

Mediatif,

Penerangan, Soal

Jawab,

Langkah 2

(5 Minit)

Memilih alatan dan bahan

untuk projek elektronik

1. Alatan yang

diperlukan:-

a. Playar muncung

tirus

b. Penjalur wayar

c. Pemutar skru

2. Bahan yang

diperlukan:-

a. Wayar satu jalur

10 meter

b. Bateri

c. Mentol

d. Suis

e. Soket mentol

f. Perintang

Powerpoint

a) Wakil kumpulan mengambil

peralatan dan bahan yang

diperlukan yang disediakan

oleh guru dan di bawa ke

meja kumpulan

b) Murid menyusun dan meniliti

peralatan yang diperoleh

c) Murid bersedia untuk aktiviti

seterusnya

PENILAIAN :

Murid dapat menyenarai dan

menyediakan tiga alatan tangan

dan enam bahan elektronik

dengan betul

BBM : Kit Alatan

Asas Elektronik

Kemahiran

Berfikir :

Membuat kategori,

Mencipta Analogi

Nilai Murni :

Bertanggungjawab,

Amanah

Strategi : Instruktif,

Konstruktif

a) Guru mempamerkan

langkah-langkah penyediaan

BBM : Powerpoint,

Kit alatan asas

Page 23: Eseimen 3109

Langkah 3

(15 minit)

Membuat projek litar asas

elektronik

a) Letakkan set alatan di

atas papan projek/

polistrin

b) Memasang projek litar

mengikut arahan guru

set litar ringkas

b) Murid mengikuti langkah

penyediaan set litar secara

amali di dalam kumpulan

mengikut keterangan guru

c) Murid diingatkan supaya

berhati-hati dan menjaga

keselamatan dan kerjasama

berkumpulan

d) Litar hendaklah berfungsi

dan mencapai matlamat

PENILAIAN :

Murid dapat membina litar

elektronik mengikut contoh

model yang disediakan dan

lampu litar tersebut menyala dan

berfungsi dengan baik.

elektronik, model

Kemahiran

berfikir :

Menyusun

mengikut

keutamaan,

membuat

gambaran mental

Strategi P&P :

Kuiz, Latih tubi

Pengukuhan

(10 minit)

Soalan kuiz berkumpulan

(Soalan Kuiz)

a) Murid dikehendaki kekal

dalam kumpulan

b) Guru akan memberi taklimat

mengenai kuiz

c) Murid dikehendaki menjawab

10 soalan

d) Jawapan dijawab setelah

guru selesai membaca

soalan

BBM : powerpoint,

lcd dan papan

markah

Kemahiran

berfikir :

Menghafal,

mengingat kembali,

menerangkan

sebab

Nilai Murni :

Berani mencuba,

sifat kompetitif,

Page 24: Eseimen 3109

e) Tempoh menjawab 15 minit

f) Jika salah, ahli kumpulan

kedua boleh membantu

g) Jika ahli kedua tidak boleh

membantu, soalan dibuka

kepada kumpulan lain

h) Kumpulan dengan markah

tertinggi menang

semangat

pertandingan sihat

Strategi : Mediatif,

kompetitif, soal

jawab

Penutup

(5 minit)

RUMUSAN :

Penyediaan set litar

ringkas elektronik

a) Murid dapat

mengenal

komponen dan litar

ringkas elektronik

b) Murid dapat

menyenarai alatan

dan bahan untuk

litar ringkas

elektronik

c) Murid dapat

membuat projek litar

elektronik yang

berfungsi

a) Guru menerangkan kembali

pembelajaran dan

membimbing murid membuat

rumusan

b) Murid melihat tayangan video

penutup sambil bersoal

jawab dengan guru

TUGASAN SUSULAN :

Murid dikehendaki

mengenalpasti penggunaan litar

ringkas disekeliling murid

Kemahiran

Berfikir : Membuat

rumusan

Kajian Masa

Depan :

Mendedahkan

pelajar tentang

peluang pekerjaan

dalam bidang

elektronik dan

tahap kemajuan

teknologi negara

Refleksi Kendiri:

Page 25: Eseimen 3109

1. Sebelum P&P

__________________________________________________________________

___________________________________________________________________

2. Selepas P&P

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

Komen Pensyarah/ Pembimbing:

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

3.0 Refleksi

Page 26: Eseimen 3109

Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan kerja kursus

Guru Dan Cabaran Semasa EDU 3109 saya. Saya Mohd Aidil Bin Othman sangat

berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan.

Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak

memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana saya tidak menyangka

bahawa saya telah melakukannya dengan baik. Saya dan beberapa rakan yang lain

telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya.

Namun terdapat juga beberapa masalah yang saya hadapi semasa melakukan

tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan tajuk mengenai

guru dan cabaran semasa di sekolah rendah. Selepas itu, saya terpaksa pula

mencari maklumat mengenai e-learning dalam pengajaran dan pembelajaran untuk

kerja kursus saya. Saya tidak tahu bagaimana mahu memulakan tugasan ini kerana

tidak begitu paham untuk membuat penulisan tugasan kerja kursus pendek ini tetapi

setelah di terangkan oleh pensyarah saya Dr Hilmi Ahmad Bin Shaghir akhirnya

dapat mengetahui bagaimana cara-cara untuk membuat tugasan kerja kursus

pendek ini.

Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi

dalam kerja kursus saya. Tambahan pula kerja kursus ini dilakukan secara individu.

Segala maklumat perlu dikumpulkan dahulu sebelum dimasukkan kedalam kerja

kursus saya. Nota-nota yang telah diberikan oleh pensyarah telah saya gunakan

untuk dimasukkan di dalam kerja kursus saya saya. Ini merupakan antara kekuatan

yang saya perolehi semasa melaksanakan kerja kursus ini. Perkara ini tidak mudah

kerana fakta-fakta yang dimasukkan haruslah tepat dan penerangan yang diberikan

oleh guru tersebut pula haruslah sesuai dengan murid sekolah rendah.

Sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan.

Perubahan-perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk

memenuhi kehendak negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa

hadapan. Setiap perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan yang

diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion keguruan. Oleh itu

adalah mustahak bagi individu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa

berusaha mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dari semasa ke

Page 27: Eseimen 3109

semasa. Jika hal ini wujud, barulah tuntutan-tuntutan dalam perubahan kurikulum itu

dapat ditangani. Namun kini sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan

perguruan sebagai satu profesion adalah bergantung kepada anggapan masyarakat,

ini kerana masih ada lagi yang menganggap profesion perguruan sebagai kelas

kedua. Peranan guru semakin hilang taringnya kerana masyarakat telah mengalih

pandangan kepada kerjaya yang diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan

seperti doktor, peguam dan arkitek.

Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami

tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati

sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini

kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan

tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi.

Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya terhadap

sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan

sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai

seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebut

melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf

profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu

dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu

tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan

menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap tanggungjawab

yang di laksanakannya. Oleh yang demikian, akauntabiliti perlulah dihayati oleh

semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap

tugas dan tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan

dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan

negara.

Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat doa dan

pertolongan pensyarah saya telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah

diberikan telah berjaya saya siapkan tanpa berlengah. Akhirnya tugasan kerja

kursus Guru Dan Cabaran Semasa EDU 3109 yang diberikan telah berjaya saya

siapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah

membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah saya.

Page 28: Eseimen 3109

4.0 Rujukan buku

Ee Ah Meng, 1994. Perkembangan dan pelaksanaan kurikulum. Kuala Lumpur :

Fajar Bakti.

Hizamnuddin Awang, 1997. Fazilah, 1998. “ Keguruan dan perguruan di Malaysia:

keperihalan kini dan arah yang dituju”. KONPEN V, Johor Bharu 6-8

Disember.

Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.

Munir dan Halimah Badioze Zaman, 1998. Penteorian sosiologi dan pendidikan.

Tanjung Malim : Quantum Books.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010. Asas Kepimpinan dan

Profesionalisme Guru. Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar.

Yakop, 1985. Pendidikan di Malaysia : sejarah, sistem dan falsafah. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rujukan Internet

Pengajaran berbentukan komputer. Diperoleh pada Ogos 19, 2013 dari

http://upsi-kpt4033-s.wikispaces.com/Pengajaran+Berbantukan+Komputer

Nota EDU 3108 Guru Dan Cabaran Semasa. Diperoleh pada Ogos 19, 2013 dari

http://ipislam.edu.my/edu3105/hasil-pelajar/PPBK.htm

Komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Diperoleh pada Ogos 20, 2013 dari

http://mdazriamin5119.blogspot.com/2010/01/komputer-dalam-pengajaran-

dan.html

Nota EDU 3108. Diperoleh pada Ogos 21, 2013 dari

http://bmm3105sitiaishahipgksah.blogspot.com/