etnik baba dan nyonya

24
SKPK 6063 KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA TAJUK: ETNIK BABA NYONYA DISEDIAKAN UNTUK: PROF MADYA DR FATIMAH YUSOOFF DISEDIAKAN OLEH: NOOR HIDAYAH BINTI MOHAMED P71939 NORSHAHIDA BINTI ZAMRI P72486 SITI NUR ADIBAH BINTI MOHD SAWI P72498

Upload: yoge-

Post on 15-Dec-2015

167 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

kajian tindakan

TRANSCRIPT

16

SKPK 6063 KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA

TAJUK: ETNIK BABA NYONYADISEDIAKAN UNTUK:

PROF MADYA DR FATIMAH YUSOOFF

DISEDIAKAN OLEH:

NOOR HIDAYAH BINTI MOHAMED

P71939

NORSHAHIDA BINTI ZAMRI P72486

SITI NUR ADIBAH BINTI MOHD SAWI P72498

AIMI SHAFIKA BINTI SHOUPI

P72554

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN1.0 PENGENALAN

Masyarakat Baba dan Nyonya merupakan kaum minoriti yang wujud sejak kurun ke-15. Tiga terma yang digunakan untuk mengambarkan komuniti ini iaitu Peranakan, Straits Chinese dan Baba dan Nyonya. Perkataan Peranakan ini dipetik dari perkataan Melayu iaitu anak yang bermaksud anak kelahiran tempatan termasuk juga anak kelahiran pendatang asing (Lee Su Kim 2008). Baba adalah terma untuk menggambarkan lelaki manakala nyonya adalah terma untuk menggambarkan perempuan. Terma baba berasal daripada perkataan Melayu iaitu Bapa manakala terma nyonya berasal dari Jawa (Lee Su Kim 2008).

Masyarakat ini dikatakan berasal dari Tanah Besar China yang telah berhijrah ke Melaka. Sejarah kedatangan masyarakat ini bermula dengan kedatangan rombongan Laksama Cheng Ho bersama Puteri Hang Li Po dan para pengiringnya ke Melaka untuk mengadakan hubungan diplomatik. Melalui hubungan ini, Puteri Hang Li Po telah dikahwinkan dengan Sultan Melaka sebagai tanda penghargaan manakala para pengiringnya yang tinggal di Bukit Cina telah mewujudkan perkahwinan campur dengan orang Melayu. Kesan daripada perkahwinan campur ini telah melahirkan keturunan yang berdarah kacukan Melayu-Cina atau masyarakat peranakan.

Pada awalnya, masyarakat ini hanya terdapat di Melaka sahaja dimana Melaka pada ketika itu adalah pusat pedagangan yang menjadi persinggahan para pedagang dari seluruh pelusuk dunia terutamanya China. Kemudiannya, perkembangan pesat yang berlaku di negeri Pulau Pinang dan Singapura telah mendorong masyarakat ini berhijrah ke sana. Masyarakat baba dan nyonya ini telah mengalami penyesuaian cara hidup dan pengaruh sosio-budaya terhadap persekitaran mereka. Keadaan ini menyebabkan berlakunya percampuran amalan budaya yang dilakukan oleh masyarakat ini. Kebanyakan amalan budaya yang dilakukan dipengaruhi oleh dua budaya utama iaitu budaya Melayu dan Cina. Bagi mengetahui dengan lebih jelas mengenai adat dan budaya masyarakat baba dan nyonya pengkaji telah menjalankan kajian di Jewelery Straits Chinese Museum di Melaka pada 17 November 2013.

2.0 BUDAYA MASYARAKAT BABA NYONYA

2.1Kepercayaan Baba Nyonya

Masyarakat Baba kebanyakannya dipercayai menganuti agama Tao, dan mereka mempercayai akan kewujudan dewa-dewi serta menyembah 8 tuhan yang akan membawa kebahagiaan kepada mereka. Walaupun mereka mengamalkan kepercayaan yang sama seperti masyarakat Cina yang lain, namun terdapat sedikit perbezaan kerana masyarakat Baba akan menggunakan bahasa Melayu Baba ketika menyembah dewa-dewi. Masyarakat Baba juga merupakan golongan yang begitu taat dan taksub terhadap ajaran agama Buddha. Buktinya, mereka akan meletakkan satu sudut sebagai tempat pemujaan di ruang rehat walaupun ruangan tersebut kecil. Kaum Baba juga akan bersembahyang pada setiap pagi sebelum melakukan sebarang pekerjaan. Selain itu, masyarakat Baba juga amat menghormati jasa nenek-moyang mereka semasa masih hidup. Sebagai contoh, seperti jasa nenek moyang yang membolehkan mereka lahir dan menikmati kehidupan dunia sebagai manusia sehingga beberapa generasi. Kaum Baba percaya bahawa nenek-moyang akan mengamuk dan tidak mahu menjaga keamanan keluarga mereka sehingga menyebabkan pertengkaran dan penceraian. Oleh itu, kaum Baba akan melangsungkan beberapa upacara bagi mengenang jasa-jasa nenek-moyang mereka seperti menjalankan upacara penyembahan pada ulang tahun kematian mereka serta akan melekatkan gambar nenek-moyang mereka di sebuah bingkai sebagai tanda penghargaan.

Masyarakat Baba juga mengamalkan kepercayaan kepada keramat. Kepercayaan keramat iaitu suatu kepercayaan terhadap sesuatu yang aneh. Bagi masyarakat Baba, mereka akan membuat sesuatu perkara yang berbentuk pemujaan di atas makam orang tersebut dengan tujuan memohon pertolongan dan sebagainya. Mereka menganggap bahawa roh si mati akan memberi kesejahteraan kepada mereka yang hidup. Selain mempercayai kepada makam orang yang mempunyai kelebihan, masyarakat Baba juga mempercayai kepada busut atau batu-batu besar. Mereka menganggap bahawa batu dan busut yang besar mempunyai kuasa. Oleh itu, terdapat segelintir masyarakat Baba yang akan membalut busut atau batu-batu besar dengan kain kuning sebagai langkah pemujaan. Selain itu juga, masyarakat baba dan nyonya mempunyai kepercayaan mengenai open roof dimana setiap rumah mesti mempunyai satu sudut open roof. Air hujan yang masuk melalui open roof dipercayai memberikan rezeki kepada masyarakat ini.

Walaupun begitu, terdapat juga beberapa pantang-larang yang mesti dituruti. Pantang-larang ini akan didedahkan kepada mereka sejak dari kecil lagi supaya pantang-larang ini menjadi satu amalan dalam diri mereka hingga dewasa. Antara pantang-larangnya ialah, seorang itu tidak boleh membuang air kecil merata-rata kerana akan membawa kecelakaan pada diri mereka. Kaum Baba juga dilarang untuk bersiul dalam rumah terutamanya anak dara, kerana akan menyebabkan susah untuk mendapat jodoh. Selain itu ketika menyambut hari perayaan pula, masyarakat Baba dilarang untuk membersihkan rumah kerana dianggap membuang untung dan mendatangkan sial. Seterusnya, masyarakat Baba juga tidak dibenarkan menyapu serpihan mercun kerana serpihan itu dianggap tuah dan membawa jalan menuju ke syurga.2.2Masakan Baba NyonyaKeunikan lain yang dapat dilihat dalam amalan masyarakat Baba ialah jenis masakan Baba yang bercampur di antara masyarakat Melayu dan Cina. Bagi masyarakat Baba, mereka akan makan menggunakan tangan seperti masyarakat Melayu, tetapi amalan ini hanya dilakukan di rumah sahaja. Mereka juga makan dalam keadaan tertib dan sopan seperti masyarakat Melayu. Masakan masyarakat Baba digelar sebagai masakan Nyoya kerana jenis masakan mereka adalah hasil gabungan masakan Cina dan Melayu yang menggunakan rempah masakan Melayu. Misalnya seperti ayam kapitan, iaitu sejenis makanan yang dimasak menggunakan rempah kari dan ayam tersebut perlu dimasak sehingga kering tanpa berkuah. Masakan ini kebiasaanya dimasak pada waktu makan tengahari dan juga dihidangkan ketika menyambut perayaan.

Selain itu, makanan yang menjadi kegemaran adalah seperti inci kabin (ayam goreng cara Nyonya), pindang bandeng (kuah ikan), itik tim (itik yang dimasak dengan sayur jeruk), itik sioh (itik yang disalut rempah), pang-teh bak-wan kepiting (babi cincang yang dicampur dengan sup ketam), nasi lemak dan banyak lagi. Walaupun makanan ini dihidangkan pada hari biasa, namun ianya akan menjadi lebih istimewa pada hari keramaian atau ketika menyambut sebarang perayaan. Selain itu masyarakat Baba juga mempunyai beberapa masakan yang hanya akan dihidangkan pada majlis-majlis tertentu. Misalnya seperti masakan mi sua tau yang dibuat dengan menggunakan mi khas. Mi sua tau ini adalah salah satu makanan yang istimewa kerana makanan ini dipercayai dapat memenuhi hajat serta memanjangkan umur seseorang. Masyarakat Baba hanya akan menghidangkan mi sua tau ini bersama dengan nasi kunyit pada majlis menyambut hari lahir seseorang.

Bukan sahaja masakan Cina dan Melayu yang telah menjadi sebahagian daripada masakan masyarakat Baba secara keseluruhannya, tetapi kuih-muih masyarakat Cina dan Melayu juga telah menjadi satu makanan kegemaran kaum Baba. Contohnya seperti kuih-muih Cina, iaitu kuih bakul, pulut inti daging khinzir dan pau kacang merah adalah antara kuih yang digemari oleh masyarakat Baba. Buktinya, seperti kuih bakul yang menjadi kuih yang paling penting dalam setiap perayaan dan upacara yang diamalkan oleh masyarakat Baba. Kuih bakul juga dikenali sebagai tih kuey yang diperbuat daripada tepung yang dimasak dengan gula. Kuih bakul ini adalah salah satu kuih tradisional yang masih dikekalkan sehingga sekarang. Kuih-muih masyarakat Melayu yang digemari serta menjadi juadah yang lazat ketika mengadakan perayaan masyarakat Baba pula adalah seperti dodol, wajik, tapai dan bahulu. Kebanyakan masyarakat Baba mahir dalam membuat kuih-muih masyarakat Melayu kerana dipercayai mempunyai pergaulan yang erat dengan masyarakat Melayu.Namun begitu, bagi masyarakat Baba dodol yang dibuat dengan menggunakan beras yang ditumbuk halus dan ditampi adalah lebih sedap berbanding tepung beras yang dikilang dan dijual di pasaran. Kuih wajik pula adalah sama pembuatannya dengan masyarakat Melayu. Manakala kuih bahulu yang dibuat oleh masyarakat Baba sedikit berbeza dengan masyarakat Melayu, kerana masyarakat Baba menggunakan telur itik. Berbeza pula dengan masyarakat Melayu yang menggunakan telur ayam, namun ianya tetap menghasilkan rasa dan keenakan yang sama. Selain itu, cara pembakaran bahulu juga agak unik kerana bahan api perlu diletakkan di bahagian bawah dan atas acuan untuk memastikan bahulu masak dengan sempurna.2.3 Kesenian Baba NyonyaKesenian masyarakat Baba kebanyakannya mempunyai motif yang berasal dari negara China. Namun begitu corak-coraknya dapat dilihat mempunyai pengaruh Melayu atau Islam. Selain itu, peralatan masyarakat Baba yang mempunyai ukiran yang menarik ialah pada porselin. Porselin merupakan peralatan khas untuk kegunaan Baba atau Nyonya di Tanah Melayu yang diperbuat di daerah Jiang Xi dan Guang Dong di negara China. Oleh itu peralatan ini tidak akan dieksport. Antara ukiran corak yang terdapat pada seramik jenis ini ialah lukisan burung pheonix, bunga dahlia, bunga mawar, lipan, gabungan lapan jenis benda berharga, serta bunga botan.Selain itu, kumpulan porselin kaum Nyonya mudah dikenali berbanding porselin kaum Baba. Hal ini kerana porselin Nyonya kebiasaanya dari saduran warna cerah seperti merah jambu, biru tua, hijau dan kuning. Masyarakat Baba mempunyai peralatan khas yang digunakan untuk menjalankan apa-apa upacara. Antaranya ialah seperti dulang teh tembikar berenamel warna-warni yang dihiasi ukiran burung cenderawasih gaya Peranakan. Kebiasanya dulang ini akan digunakan ketika upacara minum teh pada hari perkahwinan. Manakala bakul siah pula digunakan untuk pelbagai tujuan khasnya seperti hantaran perkahwinan dan pemberian hadiah. Bakul siah ini diperbuat daripada buluh, kayu dan dibalut dengan kertas tebal atau kulit di dalamnya diisi dengan pelbagai juadah makanan. Kadang kala bakul ini dibuat satu tingkat hingga tiga tingkat, corak hiasan dan besarnya bakul siah ini bergantung kepada kehendak pemiliknya.Dari segi kesenian muzik pula masyarakat baba nyonya menyukai lagu dondang sayang. Lagu ini akan dimainkan semasa upacara-upacara keramaian. Lelaki dengan perempuan akan menyanyi secara berduet dan akan ada unsur pujuk memujuk di dalam nyanyian tersebut.

2.4Perkahwinan Baba Nyonya

Perkahwinan kaum ini di atur oleh ibubapa dengan bantuan mak andam. Pasangan baba dan nyonya yang bakal berkahwin ini tidak mengenali antara satu sama lain. Pasangan ini hanya akan berkenalan dan berjumpa pada hari perkahwinan mereka. Kebiasaan mereka akan berkahwin pada umur 14 tahun dan diatur oleh ibu bapa. Secara keseluruhannya, masyarakat baba dan nyonya ini banyak mengikut adat perkahwinan masyarakat Cina berbanding masyarakat Melayu. Antara adat masyarakat Melayu yang boleh didapati dalam perkahwinan mereka ialah tepak sireh dan mas kahwin yang diserahkan kepada ibu bapa gadis. Barangan hantaran diletakkan dalam siah hitam (barangan pakaian) dan siah merah (makanan). Pada hari perkahwinan, kedua-dua pengantin akan memakai pakaian perkahwinan tradisional Baba dan Nyonya. Suatu jamuan ringan akan diadakan di rumah pengantin perempuan. Kedua-dua pengantin akan bersembahyang dan dianggap sah sebagai suami isteri oleh ibu bapa pihak perempuan. Selepas itu mereka akan pergi ke rumah pengantin lelaki. Upacara di rumah pihak lelaki diadakan secara besar-besaran dikenali sebagai upacara 'sembahyang samkai'. Adatnya pula dikenali sebagai 'Perkahwinan Tambo Seroni' kerana tiupan serunai dapat didengari di sepanjang majlis perkahwinan. Selesai sembahyang, kedua-dua pengantin memohon maaf serta diminta halalkan segala makan minum mereka daripada kedua-dua belah ibu bapa mereka. Ini disusuli pula oleh 'adat sojah'. Di dalam adat ini kedua-dua pengantin akan menjamu teh kepada setiap ahli keluarga yang lebih tua daripada mereka. Jika mengikut tradisi, kedua-dua pengantin terpaksa melutut ketika memberi secawan teh kepada orang yang disojah. Pengantin lelaki akan dibantu oleh 'pak-chi-nek' sementara pengantin perempuan pula oleh 'sang-ke-um'. Tugas mereka adalah membantu kedua-dua pengantin ketika melutut dan membangun. Biasanya orang-orang yang 'disojah' memberi 'angpau' kepada mereka. Ada juga yang memberi barang-barang kemas berupa cincin ataupun rantai. Pada keesokan harinya, pengantin perempuan akan menuang teh kepada kedua-dua mentuanya sebagai satu tanda bahawa dia sekarang adalah salah satu ahli keluarga tersebut dan akan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh keluarga itu.

Adat 'dua belas hari' akan diadakan dua belas hari selapas perkahwinan. Kedua-dua pengantin akan ke rumah pengantin perempuan untuk mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa pihak perempuan bagi merestui perkahwinan mereka. Kebiasaanyanya, hantaran hanyalah diberikan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan sahaja. Manakala bagi pihak perempuan pula hanyalah membalas dengan cara memberi ang pau sahaja. Satu jamuan diadakan di rumah pihak perempuan. Kedua-dua pengantin dijamu dengan nasi lemak bersama-sama dua belas jenis sambal. Pengantin lelaki akan memberi 'angpau' kepada mentuanya sebagai tanda bahawa anak perempuan mereka kini adalah hak miliknya. Sebagainya balasan, ibu bapa pengantin perempuan akan memberi dua ekor ayam yang berbulu merah (seekor ayam jantan dan seekor ayam betina), dua batang tebu dan dua batang lilin untuk dibawa pulang bersama-sama. Kesemua barang-barang ini dibalut dengan kertas merah kerana warna merah dipercayai membawa tuah, kebahagian dan kerharmonian. Kedua-dua ekor ayam tersebut dilepaskan di bawah katil pengantin. Kononnya, jika ayam jantan yang keluar dahulu dari bawah katil tersebut, maka anak lelaki akan diperolehi sebaliknya jika ayam betina yang keluar dahulu, maka anak perempuan akan diperolehi. Ayam tersebut hendaklah dipelihara selagi ada hayatnya. Jika semakin banyak ayam tersebut membiak, maka semakin ramai anak yang akan diperolehi. Seterusnya sebagai balasan, bagi keluarga yang sangat kaya mereka akan memberikan hadiah kepada ibu bapa, bapa mertua dan juga ibu mertua sebuah jam tangan emas.2.5Pakaian Baba Nyonya

Pakaian masyarakat Baba Nyonya lebih mirip kepada masyarakat Melayu. Hal ini dapat dilihat pada beberapa jenis pakaian kaum Nyonya misalnya baju cekak musang yang hampir serupa dengan baju kurung namun baju tersebut lebih ketat. Baju ini akan dipadankan dengan kain sarong atau kain pelikat. Selain itu, kaum Nyonya juga gemar memakai baju kebaya labuh. Baju kebaya labuh ini akan dihiasi dengan pelbagai kerongsang dan dipadankan dengan kain batik sarong, manakala rambut pula akan disanggul dengan sanggul menarik. Baju kebaya labuh lebih lembut dan nipis, oleh itu lebih sesuai dipakai oleh golongan wanita muda.

Selain itu, masyarakat Baba Nyonya juga mempunyai baju khas yang perlu dipakai oleh kaum Nyonya ketika hari perkahwinan iaitu baju koon. Baju koon berbentuk panjang dan labuh serta akan dihiasi dengan sulaman pada kain baldu. Ketika memakai baju ini, rambut akan dihias dengan sanggul bunga yang dihias dengan ikatan yang dipanggil buntut belangkas kerana cucuk sanggulnya berbentuk lintang bulat. Bagi Baba pula ialah teng sah beh kuah iaitu baju cekak musang yang berbutang kain sangkut dan seluar kilat kosong dan dipadankan dengan topi berwarna hitam. Baju ini dinamakan teng sah yang bermaksud baju labuh, beh kuah yang bermaksud baju pendek yang dipakai di luar teng sah.

Rekaan kasut yang digemari oleh masyarakat Baba dan Nyonya ialah kasut manik. Kasut manik ialah alas kaki buatan tangan yang dihasilkan dari jalinan manik halus yang dijahit pada kain terpal. Kini, kasut manik diberi rekaan moden serta ditambah tumit.

2.6Perayaan Baba NyonyaMasyarakat Baba Nyonya banyak mengadaptasi perayaan masyarakat Cina. Antaranya seperti, Tahun Baru Cina, Tung Cek, Cheng Beng, Sembahyang Hantu, Sembahyang Bulan, Ong Yah dan Perayaan Bulan Mei. Tahun Baru Cina merupakan hari pertama pada bulan pertama takwim orang cina. Masyarakat Baba Nyonya akan membersihkan rumah dan menyediakan beberapa keperluan seperti membuat kuih-muih dan perlbagai masakan tradisional untuk jamuan ahli keluarga dan saudara mara sebelum Tahun Baru Cina disambut. Pada malam hari sebelum menyambut Tahun Baru Cina, semua ahli keluarga berkumpul untuk menjamu selera. Walaupun ahli keluarga tinggal berjauhan mereka diharuskan menghadiri makan malam tersebut. Pelbagai jenis makanan akan disajikan di atas meja besar. Selepas itu mercun akan dibakar sebagai tanda kemeriahan. Pada keesokan paginya kaum Baba akan bersembahyang untuk mendapatkan kesejahteraan pada sepanjang tahun tersebut. Selepas itu, sanak saudara akan datang berkunjung dengan membawa perlbagai juadah serta buah limau mandarin. Mereka yang telah berkeluarga wajib memberikan angpau kepada mereka yang masih bujang. Angpau yang diberikan mestilah dalam sampul yang berwarna merah dan mempunyai dua keping duit kertas walaupun nilainya kecil.

Selain perayaan Tahun Baru Cina, perayaan untuk memperingati Dewa Tua Pek Kong juga diraikan oleh masyarakat Baba Nyonya. Perayaan ini dilakukan pada hari keempat perayaan Tahun Baru Cina. Pada hari perayaan ini, dibahagian pintu rumah akan diletakkan dua batang kayu yang diwarnakan dengan warna putih dan merah. Pada hari tersebut juga masyarakat Baba Nyonya akan menghidangkan peralatan sembahyang datok pauh, iaitu tiga cawan air teh, dua batang lilin dan 12 batang colok. Ketika ini masyarakat Baba Nyonya akan berdoa semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Upacara ini juga dikenali sebagai perayaan Tung Chek bagi masyarakat cina.

Perayaan Cheng Beng pula ialah perayaan yang disambut pada bulan kedua dalam kalender cina. Perayaan ini dikenali sebagai Hari Semua Roh. Pada hari Cheng Beng, beberapa helai kertas perak akan digunakan untuk bersembahyang dan memuja roh yang dipercayai hidup di kubur. Upacara sembahyang akan dilakukan dengan menggunakan colok dan kertas emas yang kubur. Upacara sembahyang akan dilakukan dengan menggunakan colok dan kertas emas yang dibakar di hadapan patung dewa sambil berdoa untuk kesejahteraan roh yang telah mati terutamanya nenek moyang mereka. Selain itu, masyarakat Baba Nyonya juga akan mengadakan persembahan lauk ketika bersembahyang iaitu roh akan dihidangkan dengan gula tarik, kacang, arak dan makanan lain.

Sembahyang Bulan juga merupakan salah satu perayaan yang diamalkan oleh masyarakat Baba Nyonya. Perayaan ini disambut pada 15 haribulan lapan dalam kalendar cina. Sembahyang Bulan akan dilakukan di rumah akhay-akhay iaitu rumah kecil yang halaman rumahnya dihias cantik. Semasa upacara itu dilakukan, berpuluh batang lilin akan dinyalakan ketika bersembahyang dan pelbagai jenis makanan lazat dihidangkan. Kuih bulan diletakkan di tengah-tengah dan dikelilingi kuih-kuih lain seperti waajik, dodol, kuih bakul, teh cina dan sebagainya. 2.7Kematian

Kematian bagi masyarakat baba dan nyonya adalah satu perkara yang begitu menyedihkan. Masyarakat ini percaya sekiranya berlaku kematian mereka perlu berkabung selama tiga tahun. Pada tahun pertama perkabungan, mereka akan memakai pakaian berwarna hitam dan putih sahaja manakala pada tahun kedua dan ketiga mereka memakai pakaian berwarna biru dan hijau. Sepanjang tempoh perkabungan ini, masyarakat baba nyonya dilarang menyambut sebarang perayaan dan berkahwin bagi keluarga terdekat. Hal ini sebagai tanda penghormatan buat si mati dan keluarga. 3.0 AMALAN BUDAYA BABA NYONYA

Pengkaji telah menjalankan sesi temubual bersama pekerja di Jewelery Straits Chinese Museum iaitu Veelie dan anaknya Chia yang merupakan keturunan baba nyonya. Pengkaji ingin melihat sama ada Nyonya Veelie masih lagi mengamalkan budaya baba nyonya dalam menjalani urusan kehidupan sehariannya. Berikut merupakan hasil temubual yang telah dijalankan:

Aspek yang dinilaiPenerangan

Kepercayaan Menganut agama Buddha dan masih lagi mempunyai kepercayaan terhadap nenek moyong. Tidak mempercayai keramat dan tidak mengamalkan open roof. Masih berpegang kepada pantang larangan tidak membersihkan rumah ketika menyambut hari perayaan dan tidak menyapu serpihan mercun.

Masakan Tidak makan menggunakan tangan sebaliknya menggunakan chop stick atau sudu. Masih mengamalkan semua jenis masakan dan kuih baba nyonya. Paling mengemari pindang bandeng dan asam pedas.

Kesenian Porselin hanya digunakan untuk perhiasaan sahaja. Manakala dari segi kesenian muzik pula masih mengekalkan lagu dondang sayang.

Perkahwinan Tidak mengamalkan adat baba nyonya dalam perkahwinan. Perkahwinan dalam keluarga dibuat di hotel atau restoren dan hanya berlangsung selama satu hari sahaja. Hantaran hanya berbentuk angpau tanpa ada tambahan lain. Upacara minum teh hanya berlaku sekali sahaja di majlis perkahwinan yang dihadiri oleh kedua belah pihak ibu dan bapa pengantin. Pasangan juga mempunyai hak untuk memilih pasangan sendiri.

Pakaian Nyonya Veelie hanya memakai kebaya untuk berkerja sahaja dan pada hari tidak berkerja hanya memakai pakaian biasa. Pakaian perkahwinan anaknya adalah kemeja dan kot. Tidak memakai pakaian baba nyonya.

Perayaan Menyambut semua perayaan seperti baba nyonya.

Kematian Masih lagi mengamalkan perkabungan selama 3 tahun tetapi tidak terlalu mengikut adat warna pakaian untuk tahun perkabungan.

Secara keseluruhannya, dapat dilihat bahawa nyonya Veelie tidak secara sepenuhnya mengamalkan adat dan budaya masyarakat baba nyonya walaupun beliau merupakan keturunan baba nyonya. Menurut beliau, adat baba nyonya sesetengahnya tidak lagi praktik untuk di amalkan pada masa kini. Sebagai contoh, menurut beliau adat 12 hari perkahwinan sangat tidak praktik kerana pada masa kini kos dan masa sangat berharga dan sekiranya adat ini dilaksanakan maka beliau perlu mengeluarkan perbelanjaan yang banyak.

4.0 IMPLIKASI PRAKTIS DALAM KAUNSELINGSebagai seorang kaunselor yang cekap budaya, kaunselor perlu memiliki tiga perkara utama seperti yang berikut:-

i. Kesedaran

Menurut Sue dan Sue (2008), sebagai seorang kaunselor, perubahan daripada ketidaksedaran kepada sedar dan sensitif terhadap budaya sendiri dan menghargai serta menghormati perbezaan budaya lain sangat penting. Kaunselor perlu sedar tentang nilai dan bias serta bagaimana ia mempengaruhi dirinya apabila berhadapan dengan klien yang mungkin terdiri daripada kepelbagaian budaya. Persekitaran yang selesa dengan kepelbagaian yang wujud antara kaunselor dan klien dalam aspek bangsa, jantina, orientasi seksual, sikap, agama, kepercayaan dan aspek sosiodemografi lain perlu diwujudkan. Selain itu, kaunselor tidak boleh melihat perbezaan yang wujud sebagai sesuatu yang pelik atau menyimpang daripada kelaziman (Sue dan Sue 2008). Kesedaran tentang budaya seseorang individu merujuk kepada kaunselor perlu memahami tentang sesuatu tingkah laku dan nilai kesopanan dalam situasi kaunseling budaya (Rohany 2013). Tambah Rohany (2013) lagi, kesedaran tersebut merangkumi kepentingan kaunselor untuk meneroka keperbezaan dinamik kebudayaan kumpulan lain.

ii. Ilmu pengetahuan

Kaunselor perlu mempunyai pengetahuan dan maklumat tentang klien atau kelompok klien dalam masyarakat setempat. Disamping itu, kaunselor juga perlu memahami sistem politik klien serta harus faham daripada sudut pengaplikasian teori dan model kaunseling yang sesuai dengan klien. Tambahan lagi, kaunselor harus sedar dimana rujukan perlu dilakukan dalam usaha untuk lebih memahami klien serta isu yang dihadapinya (Sue dan Sue 2008).

iii. Kemahiran

Sue dan Sue (2008) menggariskan kemahiran asas yang diperlukan oleh seseorang kaunselor dalam berhadapan dengan kepelbagaian klien. Salah satu kemahiran tersebut iaitu kecekapan untuk memberi tindak balas secara lisan dan bukan lisan. Seterusnya, kaunselor juga perlu berkebolehan untuk berkomunikasi dengan baik agar mesej sama ada secara lisan dan juga bukan lisan dapat menerima dan memberi maklumbalas yang tepat serta berkesan. Disamping itu, kaunselor perlu memahami gaya pertolongan dan limitasi yang ada pada dirinya serta menjangkakan kesan yang bakal dihadapi oleh klien yang berbeza budaya (Sue dan Sue 2008).4.1Implikasi Praktis Terhadap Klien Baba Nyonyai. Bahasa

Salah satu perkara utama yang perlu diambil perhatian oleh kaunselor ialah penggunaan bahasa yang sesuai dan dapat difahami oleh klien. Kaunselor perlu peka terhadap kemahiran bahasa klien kerana penggunaan bahasa yang berbeza di antara kaunselor dengan klien juga boleh menjadi penghalang proses menolong yang berkesan (Rohany 2013; Sue dan Sue 2008). Sebagai contoh, bagi klien yang terdiri daripada etnik minoriti seperti Baba Nyonya, kebiasaannya mereka lebih gemar dan fasih berbahasa Melayu. Namun begitu, terdapat juga daripada kalangan mereka yang tidak boleh berbahasa Melayu, tetapi lebih mahir berbahasa Mandarin atau Inggeris. Oleh itu, kaunselor perlu bijak menyesuaikan bahasa yang ingin digunakan agar klien memahami, selesa dan sesi kaunseling dapat berjalan dengan lebih berkesan. Namun harus diingat bahawa penggunaan bahasa yang sama juga tidak menjamin komunikasi dapat difahami sepenuhnya (Sue dan Sue 2008).

ii. Pendidikan

Disamping itu, kaunselor juga perlu peka terhadap tahap atau pendidikan yang diterima oleh klien. Sebagai contoh, dalam budaya etnik Baba Nyonya, anak perempuan wajib dididik dan diajar untuk melakukan tugasan di rumah terutama memasak dan menjahit. Berkemungkinan kaunselor akan berhadapan dengan klien yang masih mengamalkan corak pendidikan sebegini dimana anak perempuan tidak menghadiri sesi pembelajaran formal di sekolah. Oleh itu, kaunselor juga perlu peka dan sensitif terhadap aspek pendidikan klien dalam sesi kaunseling kerana kandungan yang diajar menggambarkan pilihan utama masyarakat tersebut tentang apa yang dipercayainya penting untuk dipelajari.

iii. Kelas Sosial / Status Sosioekonomi

Seterusnya, aspek kelas sosial atau status sosioekonomi juga perlu diberi perhatian oleh kaunselor dalam menjalankan sesi kaunseling kepada klien daripada etnik Baba Nyonya. Kaunselor yang mempunyai latar belakang status sosioekonomi yang berbeza dengan klien mungkin akan mengalami kesukaran untuk memahami atau mengaitkan situasi dan kesannya terhadap kehidupan klien. Sebagai contoh, terdapat keturunan Baba Nyonya yang sememangnya kaya raya namun begitu tidak dinafikan wujud juga keturunan Baba Nyonya yang kurang bernasib baik dari segi harta kekayaan menyebabkan mereka rendah diri, putus asa dan sering bergantung kepada individu lain. Kaunselor perlu peka terhadap status sosioekonomi klien mereka agar dapat memahami dan tidak wujud bias atau salah faham yang boleh menjejaskan keberkesanan sesi kaunseling tersebut.

iv. Faktor Agama Dan Kepercayaan

Selain itu, harus diingat bahawa kaunselor juga perlu peka, sensitif dan menghormati agama serta kepercayaan klien. Sebagai contoh, sudah menjadi tradisi bagi masyarakat Baba Nyonya untuk menganuti agama Tao. Bagi aspek kepercayaan pula, terdapat pelbagai kepercayaan utama dalam kalangan masyarakat Baba Nyonya seperti warna merah, pantang larang, penyakit dan kaedah perubatan, dan sebagainya. Kaunselor perlu berhati-hati agar tidak wujud bias, stereotaip atau prejudis terhadap klien.

v. Faktor Adat Budaya

Adat merangkumi kesemua aspek amalan tradisi dalam kehidupan seperti pengaruh keluarga, peranan jantina, perkahwinan, kehamilan, kelahiran, dan kematian. Oleh itu, adat yang diamalkan perlu difahami dan dihormati agar kaunselor dapat memberi tindak balas yang sepatutnya.

Disamping itu, sebagaimana kebiasaan, ekspresi emosi merupakan sesuatu yang sangat diharapkan dalam kaunseling. Namun begitu, bagi masyarakat Baba Nyonya yang masih berpegang teguh kepada adat budaya Cina, kawalan emosi atau perasaan dilihat sangat penting. Ekspresi perasaan kecewa atau marah secara terbuka adalah tidak diterima. Begitu juga ekspresi perasaan sayang atau cinta di khalayak ramai dianggap tidak wajar. Keadaan sebegini memerlukan kaunselor lebih peka terhadap emosi yang disampaikan oleh klien sama ada secara lisan dan juga bukan lisan.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, masyarakat baba dan nyonya merupakan sebuah masyarakat yang unik kerana telah menerima pertembungan dua budaya iaitu Melayu dan Cina. Masyarakat ini telah menerima dan menerapkan beberapa aspek budaya Melayu ke dalam cara hidup mereka disamping terus mengekalkan kepercayaan nenek moyang mereka. Penerimaan ini dianggap sebagai bersifat luaran. Sifat masyarakat ini yang sentiasa cair dari segi budaya telah menyebabkan masyarakat ini sentiasa bersedia untuk mengadaptasikan diri mereka dengan persekitaran yang baru sama ada persekitaran tempat atau waktu.

Namun begitu, generasi masyarakat baba dan nyonya masa kini tidak lagi mengamalkan budaya masyarakat ini. Hal ini berikutan kerana golongan muda baba nyonya telah banyak dipengaruhi oleh kemajuan. Oleh itu, seorang kaunselor perlu sensitif dan peka apabila berhadapan dengan klien daripada keturunan Baba Nyonya kerana mereka mungkin menghadapi konflik yang agak berbeza daripada klien biasa.

EMBED MSPhotoEd.3

_1316530153.bin