excercise typography
DESCRIPTION
news,paperTRANSCRIPT
UtamaWartaBERITA SEGENAP DUNIA
SEMENANJUNG RM 1.00 SABAH/SARAWAK RM 2.00 14 . 08 . 2012
K.L SENTRALTERBAKAR - 2
OPERASI MARIKHBERMULA - 20
ITALI DI ‘GANYANG’ - 30
Ukraine : Selepas kempen mereka
diselubungi dakwaan permainan penguasaan mereka mencetuskan kebosanan, La Roja me-ningkatkan permainan mereka di perlawanan akhir dan melenyap-kan kritikan tersebut. Sepanyol melangkah ke perlawanan akhir
selepas dilihat hilang kekebalannya. Kehilan-gan penjaring terban-yak sepanjang zaman, David Villa telah men-jejaskan persiapan. Del Bosque dilihat kesuli-tan mengatasi masalah ketumpulan jentera serangan dengan mengimbangi pemili-han penyerang dengan
penuh teliti bagi men-cari penyerang yang terbaik untuk menggan-tikan David Villa. Dalam persembahan kreatif, penuh lancar dan persembahan taktikal yang ketara, Sepanyol mencipta sejarah den-gan memenangi per-lawanan akhir dengan jaringan 4 - 0 keatas
Itali. Dengan perse-mbahan sang juara yang sebenar, pasukan bimbingan Vicente Del Bosque ini menjadi pasukan Eropah yang pertama memenangi tiga kejuaraan utama secara berturut dan yang pertama berjaya mempertahankan ke-juaraan mereka.
SEPANYOL MENCIPTA SEJARAH !!!
SELASA
02 BERITA SEGENAP DUNIA14 . 08 . 2012 SELASA WartaUtama
KUALA LUMPUR — Sebuah bangu-
nan yang masih dalam pembinaan di
KL Sentral, di sini terbakar dalam kejadian
awal pagi. Kejadian dipercayai berlaku di
Tingkat 29 bangunan blok komersial dan
pejabat berkenaan kira kira jam 3 pagi tadi.
Kerja-kerja memadamkan kebakaran sedang
giat dijalankan, selain mengenal pasti punca
sebenar kejadian. Belum dapat dipastikan
ada kecederan atau kemalangan jiwa dalam
kejadian itu.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan
Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan
Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan
kecemasan jam 3.53 pagi mengenai keba-
karan bangunan di alamat 348 Sentral ber-
hampiran Little India, Brickfields.“Kebakaran
bermula di tingkat 30 di bangunan 33 tingkat
itu yang pembinaannya dijadual siap peng-
hujung tahun ini,” katanya. Katanya, sebanyak
10 jentera pemadan dengan 72 anggota
bomba dikejarkan ke tempat kejadian. Polis
turut berada di tempat kejadian bagi menga-
wal lalu lintas bagi memastikan tiada kes-
esakan berikutan penutupan beberapa jalan
menuju ke KL Sentral dan Brickfields.
K . L Sentral terbakarTingkat 29 bangunan dalam pembinaan di KL Sentral terbakar
Sekolah dan ibu bapa kini tidak perlu bim-
bang pelajar ponteng sekolah jika meng-
gunakan produk Schooltrac yang akan mengirim
maklumat pergerakan murid dan anak mereka
menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-
mel. Menerusi sistem itu, murid akan dibekalkan
dengan kad pelajar SchoolTrac menggunakan
frekuensi radio yang mampu mengesan perger-
akan keluar masuk murid melalui pagar sekolah
ketika waktu persekolahan. Kad Schooltrac men-
gandungi cip dan disambungkan serta dipantau
terus ke pusat data sekolah untuk memaklumkan
guru dan penjaga mengenai status kehadiran
pelajar menerusi emel atau SMS. Produk itu
diperkenalkan di negara ini oleh sebuah syarikat
teknologi maklumat (IT) tempatan, ABRA Corp
Sdn Bhd yang menggunakan sistem dalam talian.
Katanya, ibu bapa hanya perlu membayar yuran
bulanan RM10 bagi mendapatkan perkhidmatan
itu di sekolah yang melanggan aplikasi berke-
naan. Setakat ini, 20 sekolah sekitar Lembah
Klang bekerjasama dengan ABRA Corp untuk
menggunakan peranti SchoolTrac.
“Ia menggunakan teknologi Korea tetapi dilak-
sanakan di Malaysia oleh ABRA Corp sendiri,”
katanya. Mohd Shahril berkata, pada masa ini
pihaknya sedang berunding dengan Kementerian
Pelajaran untuk menggunakan SchoolTrac di
semua sekolah di seluruh negara.“Kami meng-
harapkan SchoolTrac akan terus berkembang
menerusi kerjasama dengan kementerian,” kat-
anya. ABRA Corp menetapkan sasaran langga-
nan di sebanyak 200 sekolah di Lembah Klang
dalam tempoh setahun.
“ibu bapa perlu membayar yuran bulanan RM10 bagi mendapatkan perkhidmatan itu di sekolah yang melanggan aplikasi berkenaan.”
Cip cegah pontengAplikasi SchoolTrac kesan pergerakan pelajar jika mereka tidak hadir ke sekolah
Subuh 5:52 Maghrib 7:20
Zohor 1:16 Isyak 8:30
Asar 4:24
03 BERITA SEGENAP DUNIA14 . 08 . 2012 SELASA WartaUtama
KOTA BHARU — Kebakaran
awal pagi semalam menye-
babkan Pasaraya Borong Mydin di
Jalan Pintu Pong, di sini, mengalami
kerugian RM150,000.Bagaimana-
pun, dalam kejadian pada jam 2.40
pagi itu, tiada kemalangan jiwa dil-
aporkan kerana gedung berkenaan
hanya beroperasi sehingga jam 11
malam saja.Pegawai Operasi Balai
Bomba dan Penyelamat Kota Bharu,
Abdullah Din Mohamed berkata,
pihaknya menerima panggilan ke-
cemasan daripada pengawal kesela-
matan pasar raya berkenaan yang
bertugas pada jam 2.52 pagi.Kat-
anya sebaik menerima panggilan,
enam jentera dan 28 anggota bom-
ba dan penyelamat dari Balai Kota
Bharu, Tunjong, Pengkalan Chepa
dan Kota Darulnaim dikejarkan ke
tempat kejadian dan tiba pada jam
2.57 pagI. Dengan bantuan lapan
Bomba Sukarelawan Balai Kota Bha-
ru, sembilan anggota polis, enam
kakitangan Tenaga Nasional Berhad
(TNB) dan tiga anggota Jabatan
Pertahanan Awam Malaysia (JPAM),
api berjaya dikawal jam 3.09 pagi
dan padam sepenuhnya 40 minit
kemudian.“Unit forensik masih lagi
menjalankan siasatan bagi men-
getahui punca sebenar kebakaran,”
katanya ketika dihubungi di sini,
semalam.Kebakaran yang berlaku
ke atas pasar raya yang dirasmikan
pada 2002, kali kedua selepas satu
kebakaran besar yang memusnah-
kan bangunan tiga tingkat di Jalan
Parit Dalam, di sini.Sementara itu,
Pengurus Mydin cawangan Kelan-
tan, R Naidu berkata, ketika kejadian
beliau mendapat panggilan dari-
pada pihak bomba pada jam 2.40
pagi bahawa penggera keselamatan
pasar raya berkenaan berbunyi.
Mydin rugi RM150,000 pasar raya terbakarAmbil masa 40 minit untuk memadamkan api
IPOH — Seorang lelaki maut
manakala seorang lagi cedera
akibat dIrepuh seladang di Hulu Air
Pasir, Banding dekat Gerik semalam.
Musa Ismail, 56, maut akibat cedera
parah di perut manakala Isa Abdul-
lah, 24, patah kaki dan tangan kiri
dan dirawat sebagai pesakit luar.
Kedua-dua mereka bersama seorang
lagi rakan mereka, Abdul Mohd.
Sharifudin A. Manas, 35, diserang hai-
wan itu ketika dalam perjalanan un-
tuk memasuki Hutan Simpan Royal
Belum secara haram antara pukul 3
dan 6 petang.
Abdul Mohd. Sharifudin tidak cedera.
Baharum ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, kesemua mereka
cuba memasuki hutan simpan itu
melalui lorong tikus di Km 68.4 Jalan
Raya Timur Barat (JRTB) untuk me-
mancing dan memukat ikan.
MAUT DIREMPUH SELADANG
Petaling Jaya — Kad
Diskaun Siswa 1Malaysia
(KDS1M) yang membolehkan
pelajar institusi pengajian tinggi
(IPT) menikmati potongan harga
sehingga 60 peratus bagi pembeli-
an barangan di premis perniagaan
terpilih, mula diagihkan semalam.
Dengan memiliki KDS1M, kira-kira
1.5 juta pelajar IPT awam dan
swasta boleh menikmati potongan
harga berkenaan ketika membeli
pelbagai barangan keperluan di
lebih 1,200 premis perniagaan,
bermula Sabtu ini. Pemberian kad
berkenaan adalah langkah proaktif
kerajaan dalam usaha menangani
masalah peningkatan kos sara
hidup dalam kalangan mahasiswa.
Kad diskaun KDS1M diagih
04 BERITA SEGENAP DUNIA14 . 08 . 2012 SELASA WartaUtama
Shah Alam — Beberapa kawasan
rendah di bandar raya ini dinaiki air
selepas hujan lebat tanpa henti hampir dua
jam sejak 6 pagi semalam.Antara kawasan
terjejas teruk ialah Padang Jawa berhampi-
ran ibu pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ) dekat sini yang dinaiki air hampir satu
meter menyebabkan hanya kenderaan berat
dibenarkan melalui kawasan itu.Selain itu,
lebih 50 premis perniagaan besi dan beng-
kel kenderaan yang terletak berhampiran
kawasan berkenaan turut dimasuki air.Banjir
kilat awal pagi semalam turut menyebabkan
sebuah stesen minyak berdekatan terpaksa
ditutup kerana dinaiki air.Kejadian itu yang
bermula jam 8 pagi turut menyebabkan ban-
yak kenderaan terkandas manakala urusan
pelanggan JPJ dan pekerja swasta di kilang
berhampiran terganggu.
Kuala Lumpur — Bukit Aman menafi-
kan wujud unsur manipulasi terhadap
data jenayah diumumkan sebelum ini sema-
ta-mata bagi menunjukkan penurunan in-
deks jenayah di seluruh negara.Hasil siasatan
juga tidak menemui sebarang bukti menun-
jukkan berlaku pengubahsuaian pada indeks
jenayah itu,” katanya ketika dihubungi malam
tadi.Beliau mengulas dakwaan penulis surat
layang yang menggunakan identiti samaran,
Sumun Osram, 22 Ogos lalu, kononnya data
jenayah dimanipulasi bagi menampakkan
kadar jenayah di negara ini menurun.
Ramli berkata, pihaknya sentiasa berusaha
menambah baik mutu perkhidmatan pasu-
kan, termasuk melancarkan Sistem Peman-
tauan Laporan Atas Talian BETA (BETA - ORTS)
menjelang akhir tahun ini.“Ia akan memudah-
kan setiap laporan dibuat diklasifikasi mengi-
kut kategori ditetapkan.
Shah Alam dilanda banjir
Bukit Aman nafi manipulasi data
ALOR GAJAH – Bagi memastikan kejayaan pela-
jar sehingga menjadi graduan yang berjaya, para
pensyarah dan kakitangan sokongan institusi penga-
jian tinggi awam diingatkan supaya menjalankan tugas
dengan ikhlas serta berusaha gigih dalam mendidik
pelajar.Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawan-
gan Melaka, Prof. Madya Datuk Dr. Mizan Hitam berkata,
keikhlasan dalam menjalankan tugas terutama dalam
bidang pendidikan merupakan formula penting dalam
memastikan kejayaan pelajarnya..
Saya berharap kepada pensyarah supaya sentiasa ikh-
las dalam mencurahkan ilmu pengetahuan kepada pela-
jar selain sentiasa berusaha meningkatkan imej universiti
sama ada dalam akademik mahupun bidang lain seperti
sukan,” katanya ketika menyampaikan amanat terakhir di
hadapan warga universiti itu pada majlis Jasamu Dike-
nang sempena hari terakhir perkhidmatannya di kampus
UiTM Alor Gajah di sini kelmarin.
Pensyarah faktor kejayaan pelajar
MACHANG: Pemandu lori Hilmi Safuan Mohd Noor, 23 (kanan)
tidak dapat mengawal lori muatan gula yang dipandunya
apabila tayar belakang lori tiba-tiba meletup dan terbalik di
Lebuhraya Machang-Kuala Krai. Tiada kemalangan jiwa dan
mereka berdua hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.
KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di sekitar
bandaraya Kuala Lumpur pada jam 12.30
tengah hari. Gambar diambil dari Menara
Maybank
05 BERITA SEGENAP DUNIA14 . 08 . 2012 SELASA WartaUtama
ARTIS HARI INIA.H.I
KeserasianAiman & Izara
KEMAHSYURAN KHAN - 7
TARIAN KUDA PSY - 7
K AMI DAH BERTUNANG - 7
MENARIK DI DALAM
06 BERITA SEGENAP DUNIA14 . 08 . 2012 SELASA WartaUtama
AIMAN DAN NAZIRA
MESRA BERSAMA
MENUNTUT di sebuah kolej yang sama, Aamir dan Zara saling mem-
benci antara satu sama lain. Namun, kedua-duanya terpaksa men-
jadi pasangan suami isteri menerusi perkahwinan yang sudah diaturkan
oleh keluarga masing-masing.Ia merupakan rentetan kisah drama bersiri
Vanila Coklat yang pernah disiarkan di TV3 pada awal tahun ini sehingga
mempopularkan dua nama pelakon yang sedang meningkat naik iaitu
Aiman Hakim Ridza dan Izara Aishah.Biarpun mereka baru kali pertama
digandingkan bersama-sama menerusi drama tersebut, ternyata keserasian
yang ditonjolkan telah memberi impak yang positif sehingga kini mereka
semakin dikenali ramai.Malah, kemesraan yang ditampilkan semasa sesi
fotografi bersama media yang diadakan di Taman Botani Negara, Shah
Alam, Selangor baru-baru ini menunjukkan mereka berdua semakin serasi
bersama.“Saya tidak nafikan drama Vanila Coklat telah berhasil melonjak-
kan nama saya dan Izara. Malah, saya akui selepas membintangi drama
tersebut semakin banyak tawaran berlakon yang diterima.“Mengenai gand-
ingan bersama Izara pula, saya rasa tidak sukar untuk mencari keserasian
bersama.
Biarpun saya dan Izara boleh dilabelkan sebagai pendatang baharu,
tetapi kami telah memberikan yang terbaik dan gembira kerana lakonan
kami diterima ramai,” ujar Aiman yang baru berusia 23 tahun itu.Melihat
kepada keserasian yang sudah terjalin antara dirinya dan Izara, pelakon
kelahiran Johor Bahru, Johor itu menyatakan dia tidak kisah untuk terus
digandingkan bersama dalam mana-mana drama, asalkan mendapat
watak dan jalan cerita yang menarik.Malah, kedua-duanya juga baru-baru
ini turut digandingkan dengan sebuah telefilem khas Vanila Coklat Raya
sempena Aidilfitri yang telah ditayangkan pada hari raya pertama yang
lalu.“Berkenaan dengan filem Vanila Coklat yang pernah dirancang untuk
dihasilkan, saya memang masih lagi mengharapkan agar ia dapat direalisa-
sikan kerana ia merupakan permintaan daripada peminat sendiri,” jelasnya.
Bercerita lebih lanjut mengenai sambutan lebaran pada tahun ini, Aiman
menjelaskan ia pastinya memberi kelainan apabila buat kali pertama dapat
meraikannya sebagai seorang artis.
07 BERITA SEGENAP DUNIA14 . 08 . 2012 SELASA WartaUtama
Aktor India pertama di muka depan majalah Time
Bintang terkemuka India, Aamir Khan,
berjaya menjadi pelakon lelaki pertama
negara itu yang menghiasi muka depan
majalah tersohor, Time, kerana usahanya
menangani isu sosial menerusi program
televisyennya, Satyamev Jayate.
Rancangan yang baru saja tamat si-
arannya itu menyaksikan Khan memilih
beberapa masalah sosial dan menawarkan
penyelesaiannya menerusi perbincangan
dan perdebatan.
Dengan pencapaian berkenaan, Khan
meletakkan dirinya sebaris pelakon Bol-
lywood yang pernah menjadi penghias
muka depan majalah terkenal berkenaan,
iaitu Parveen Babi dan Aishwarya Rai
Bachan.
Selain Khan, Parveen Babi dan Aish-
warya Rai Bachchan, rakyat India lain yang
pernah ditampilkan di muka depan ma-
jalah itu termasuklah Rajiv Gandhi, Naren-
dra Modi, Indira Gandhi, Sachin Tendulkar,
Sania Mirza dan Dr Manmohan Singh.
Cincin ulang tahun jadi cincin tunang
Tanpa banyak bunyi, Ahad lalu
menyaksikan berlangsungnya majlis
pertunangan pasangan pelakon terke-
nal, Farid Kamil, 31, dan Diana Danielle,
21. Dikatakan, suasana majlis tidak dia-
dakan secara besar-besaran sebaliknya
serba ringkas dan sekadar mengikut
syarat.Tiada rakan media mahupun
rakan artis diundang. Berita gembira
itu pula hanya dikongsikan ibu Diana,
Norsiah Ramli kepada sebuah akhbar,
dua hari selepas anak tunggalnya itu
selamat menjadi tunangan orang.
Bukan sahaja majlis yang berwajah
sederhana, kelestarian cinta ke arah
fasa yang lebih serius antara Diana
dan Farid juga tidak keterlaluan dalam
menguar-uarkan pengisytiharan status
ikatan mereka. Kisah cinta antara Farid
dan Diana sudah diketahui umum.
Pegangan kedua-dua selebriti itu yang
tidak mudah berkongsi cerita serta tidak
mahu merakamkan gambar bersama
juga cukup disedari.
Psy menari bersama hos Anugerah MTV
Penyanyi rap Korea Selatan
yang menjadi terkenal den-
gan mendadak di Amerika
Syarikat (AS), Psy menari
tarian kuda bersama hos
Anugerah Muzik Video MTV,
Kevin Hart di Pusat Staples
sini kelmarin.Tarian kuda itu
kini menjadi popular ekoran
ia dipersembahkan menerusi
muzik video Gangnam Style di
laman YouTube sejak 15 Julai
lalu. Psy mendapat tepukan
gemuruh daripada penonton
selepas dia membuat perse-
mbahan tarian itu. Populariti
Psy menerusi tarian itu telah
menyebabkan pengurus
Justin Bieber, Scooter Braun
mengundang penyanyi rap
tersebut ke AS baru-baru ini.
08 BERITA SEGENAP DUNIA14 . 08 . 2012 SELASA WartaUtama
Falcao akan sertai Chelsea pada Januari 2013L ondon: Penyerang Colombia Radamel
Falcao yang meledak hatrik bertemu
juara Eropah, Chelsea pada perlawanan
Piala Super Eropah mungkin akan meny-
ertai kelab London itu pada Januari.
Laporan dari Amerika Selatan malam
kelmarin berkata perjanjian awal di antara
Atletico Madrid dan Chelsea sudah di-
jalankan dengan perjanjian dijangka ber-
nilai sekurang-kurangnya 48 juta pound
(RM238 juta).
Falcao, 26, sudah meledak enam gol
daripada tiga perlawanan musim ini
dinilai antara penyerang paling berbahaya
ketika ini yang menyaksikan dua bintang,
Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo men-
jaringkan gol lebih darinya dalam kempen
La Liga
Penantian Sharapova berakhirNew York : Maria Sharapova
kembali berada dalam ke-
lompok lapan terbaik kejohanan
Terbuka Amerika Syarikat buat kali
pertama sejak muncul juara enam
tahun lalu selepas mengetepikan
rakan senegaranya dari Russia, Na-
dia Petrova, pagi semalam. Sharapo-
va selaku pilihan ketiga kejohanan
berjaya meraih kemenangan tiga set
ke atas pemain ranking ke-19 dunia
itu dengan 6-1, 4-6, 6-4 dalam tem-
poh 73 minit. “Saya kembali beraksi
di pentas suku akhir. Ia sesuatu yang
menarik. Saya tak
sabar untuk menghadapinya,” kata
Sharapova yang bakal berdepan
pilihan ke-11 dari Perancis, Marion
Bartoli.
Diberitahu bahawa penang-
guhan perlawanan akibat hujan
menyebabkan rentak servis Petrova
hilang, Sharapova sambil ketawa
berkata: “Saya dah menang, jadi apa
saja diperkatakannya saya tak kisah
pun. ”Dalam kategori lelaki, juara
bertahan, Novak Djokovic mara ke
kelompok 16 terbaik selepas me-
newaskan pemain pilihan ke-30 dari
Perancis, Julien Benneteau 6-3, 6-2,
6-2. “Ia perlawanan awal bagi saya.
Kebiasaannya saya tidak gemar
beraksi pada perlawanan pertama.
Jadi, amat penting fokus pada setiap
mata,” kata Djokovic yang seterusnya
akan berdepan Stanislas Wawrinka
dari Switzerland untuk merebut slot
ke suku akhir.
Ronaldo ‘sedih’ di Real MadridMadrid : Selepas Kaka mahu
berhijrah, kini penyerang
Real Madrid, Cristiano Ronaldo pula
mendedahkan bahawa dirinya tidak
gembira bersama kelab Sepanyol
itu. Ronaldo yang menjaringkan
dua gol ketika membantu Real
menewaskan Granada 3-0 di San-
tiago Bernabeu, awal pagi semalam
berkata, dia kecewa dengan ‘orang
dalam kelab itu’. Buktinya, peny-
erang Portugal itu dilihat tidak
meraikan jaringan ke-150 peribadin-
ya bersama kelab itu dengan hanya
membiarkan rakan-rakan sepasukan
mengelilinginya.
Ditanya mengenai tindakannya
itu, Ronaldo berkata: “Saya sedih
dan kelab mengetahuinya. Itu sebab
kenapa saya tak meraikan jaringan
itu. Orang dalam kelab tahu ke-
napa.” Kenyataan terbaru Ronaldo
itu sekali gus mencetuskan khabar
angin dia mahu meninggalkan Real.
Namun, pemain berusia 27 tahun
itu enggan mengulas lanjut punca
tidak berpuas hati dengan Real yang
membelinya dari Manchester United
pada 2009.
09 BERITA SEGENAP DUNIA14 . 08 . 2012 SELASA WartaUtama
Kelantan, Terengganu satu kumpulanKuala Lumpur : 16 pasukan bakal
memulakan cabaran peringkat
kumpulan bola sepak Piala Emas
Raja-Raja edisi ke-72 bermula dari
9 hingga 11 November depan.
Dibahagikan kepada empat kum-
pulan, menyaksikan Pahang - juara
musim lalu - diundi dalam Kumpu-
lan C bersama Angkatan Tentera
Malaysia, Perak dan Pulau Pinang.
Kumpulan A menyaksikan Kedah
selaku tuan rumah bersaing dengan
Kuala Lumpur, Johor dan Singapura.
Sementara Melaka, Negeri Sembi-
lan, Selangor dan MASUM berentap
dalam kumpulan B. Aksi kumpulan
D tampak sengit apabila juara paling
banyak, Kelantan yang juga juara
Piala Agong 2011, bakal berdepan
satu lagi pasukan jaguh Pantai
Timur, Terengganu, Perlis dan Polis
DiRaja Malaysia.
Beberapa perubahan berlaku
dalam peraturan pertandingan kali
ini, antaranya semua enam pemain
dari Liga Super atau
Liga Premier yang mahu diturunkan
perlu mendapat surat pelepasan
daripada majikan masing-masing
sambil mengekal hanya empat pe-
main berstatus profesional dibena-
rkan beraksi pada sesuatu perlawa-
nan. Aksi suku akhir secara timbal
balik dijadualkan 17 dan 24 Novem-
ber. Manakala separuh akhir pada
1 dan 8 Disember dan final pada 22
Disember.
Skuad Kim Swee tanpa lapan tonggak
Skuad B-22 negara bakal menghadapi per-
lawanan jemputan Piala SCTV menentang
skuad B-22 Indonesia di Gelora Bung Karno,
Jakarta, Ahad ini tanpa lapan tonggak utama.
Namun ia mahu dilihat dari sudut positif buat
pengendalinya, Ong Kim Swee yang akan mencu-
ba pemain baru dipanggilnya sama ada mampu
menangani tekanan suasana perlawanan sebagai
bayangan awal menjelang Sukan SEA 2013 di
Myanmar. Empat pemain - Fadhli Shas, Wan Zack
Haikal Wan Nor, Gary Steven Robbat dan Zubir
Azmi kini bersama skuad kebangsaan untuk aksi
persahabatan antarabangsa menentang Vietnam
di Stadium Shah Alam, 11 September ini, manaka-
la empat lagi pemain - Rozaimi Abd Rahman,
Fandi Othman, Azrif Nasrulhaq Badrul dan Ashri
Chuchu kini mengalami kecederaan. Tanpa lapan
pemain utama, saya perlu positif untuk menilai
pemain lain yang mampu menjadi pengganti jika
ada kecederaan berlaku menjelang Sukan SEA
tahun depan. Jika mereka gagal beraksi baik di
Gelora Bung Karno (Ahad ini), sukar untuk mereka
main di Myanmar nanti.
Saya jangka satu perlawanan sengit dengan
skuad B-22 Indonesia nanti, kata Kim Swee ketika
ditemui selepas aksi persahabatan menentang
skuad kebangsaan Brunei di Stadium UiTM, Shah
Alam, petang kelmarin. Skuad Harimau Muda
meraih kemenangan 4-1 hasil jaringan A Thamil
Arasu minit ke-8, Wan Zaharulnizam Zakaria
(25), D Saarvindran (65) dan Ferris Danial Mat
Nasir (78) manakala gol tunggal Brunei menerusi
sepakan percuma Julremi Zaini (43). Antara pe-
main luar Harimau Muda A yang diturunkan Kim
Swee kelmarin ialah Nashriq Yahya dan Syawal
Nordin (Harimau Muda B), Aminuddin Mohd Nor
(PKNS), K Reuben (Tentera) dan Saiful Ridzwan
Selamat (UiTM)
10 BERITA SEGENAP DUNIA14 . 08 . 2012 SELASA WartaUtama
Sepanyol Dinobat Juara EURO 2012KIEV, Ukraine - Penjaga gol Sepanyol, Iker
Casillas menegaskan bahawa tempoh
empat tahun terakhir ini merupakan detik
yang paling indah dalam kehidupannya. Casil-
las menyuarakan pendapat itu selepas men-
cipta sejarah menjadi kapten pertama yang
memenangi tiga final berturut-turut iaitu Euro
2008, Piala Dunia 2010 dan Euro 2012. Pada
final Euro 2012 di Stadium Olimpik awal pagi
semalam, pemain berusia 31 tahun itu berjaya
menghalang beberapa percubaan berbahaya
Itali.Kehebatan Casillas membantu skuad La
Roja menjadi negara pertama yang menjulang
trofi Eropah buat kali kedua berturut-turut
selepas menewaskan Itali 4-0. Empat tahun
lalu, Sepanyol menewaskan Jerman 1-0 untuk
menamatkan kemarau trofi utama selama 44
tahun.
“Ia merupakan saat yang paling indah.
Gol kedua daripada Jordi (Alba) menambah
keyakinan kami. “Empat tahun yang hebat
(muncul juara Euro 2008, Piala Dunia 2010 dan
Euro 2012). Anda mungkin berfikir ia mudah
kerana kami menewaskan Itali 4-0 tetapi
untuk melakukannya kami perlu membuat
persediaan yang lama,” katanya. Namun, di
sebalik kejayaan itu, Sepanyol dan jurulatih-
nya, Vicente del Bosque dikritik hebat kerana
beraksi pada kejohanan ini tanpa penyerang
utama. Bagaimanapun, Fernandos Torres
yang masuk menggantikan Cesc Fabregas
berjaya menyumbang gol ketiga pasukan dan
melakukan hantaran menarik untuk disem-
purnakan Juan Mata.
“Pasti ada kritikan sama ada kami berada
di atas seperti hari ini atau prestasi pasukan
jatuh.“Kami telah mencuba sedaya upaya
untuk mendapatkan pemain-pemain terbaik
dan menggunakan kelebihan mereka se-
baik mungkin. Mereka (skuad Itali) semakin
keletihan. “Kami boleh berehat dan meraikan
kejayaan ini bersama-sama,” katanya. Jurulatih
Sepanyol, Vicente del Bosque menyangkal
spekulasi yang mendakwa beliau telah men-
gubah corak permainan bola sepak dunia.
Prandelli tak rela tinggalkan pasukanKIEV - Jurulatih Itali, Cesare Prandelli men-
egaskan bahawa beliau akan meneruskan
tugas membimbing skuad The Azzurri meskipun
dibelasah 0-4 oleh Sepanyol pada final Euro 2012
awal pagi semalam. Prandelli menyuarakan keya-
kinan itu meskipun sebelum ini beliau pernah
memberitahu bahawa kariernya akan ditentukan
selepas kejohanan di Poland dan Ukraine bera-
khir.
Bagaimanapun, selepas Itali tewas kepada
Sepanyol, Prandelli yang masih mempunyai kon-
trak sehingga 2014 menyuarakan nada yang lebih
positif untuk meneruskan kariernya. “Masa depan
saya sudah ditentukan, walaupun perasaan saya
tidak begitu baik, ia perlu diteruskan. “Saya tidak
mempunyai sebarang masalah dengan Konfeder-
asi Bola Sepak Itali (IFF) atau pemimpin tertinggi.
Hubungan kami sangat baik. Kontrak masih ada
dan kami mahu meneruskannya,” katanya. Pran-
delli yang mengambil alih jawatan jurulatih Itali
daripada Marcello Lippi dua tahun lalu berkata,
kekalahan pada final itu telah membuatnya untuk
meneruskan tugasnya. “Sudah tentu ia pilihan
saya, kekalahan ini (0-4 kepada Sepanyol) turut
menjadi faktor yang membuatkan saya tidak
mahu meninggalkan pasukan dalam keadaan
seperti ini. “Ia merupakan projek yang baik, sukar
tetapi menarik,” kata bekas jurulatih Parma dan
Fiorentina itu. Prandelli berkata, beliau akan ber-
temu Presiden IFF, Giancarlo Abete dalam tem-
poh terdekat.
Menurut Prandelli, beliau berbangga dengan
prestasi yang dipamerkan anak-akan buahnya
sepanjang kejohanan itu terutamanya selepas
beraksi hambar pada perlawanan kelayakan dan
aksi Piala Dunia dua tahun lalu serta dihimpit
skandal mengatur perlawanan dalam kempen
liga domestik.
Air mata Balotelli
KEMPEN Euro Mario Balotelli berakhir dengan
linangan air mata selepas Itali tumpas 0-4 di tangan
juara bertahan, Sepanyol. Bintang Manchester City itu
gagal meneruskan impak seperti dipamerkan pada
perlawanan separuh akhir menentang Jerman, di
mana dua jaringannya membawa Azzurri ke pentas
final dalam tempoh 12 tahun.
Sebaliknya, Balotelli yang boleh digelar ‘bapa
kepada segala kontroversi’ mempamerkan sentuhan
kecundang malah tenggelam ketika berdepan per-
tahanan La Roja. Sebaik wisel penamat dibunyikan,
Balotelli dilihat gagal mengawal perasaan. “Saya
pesan kepada Mario, kekalahan ini harus diterima dan
perlu dijadikan pengajaran,” kata jurulatih Itali, Cae-
sare Prandelli.
11 BERITA SEGENAP DUNIA14 . 08 . 2012 SELASA WartaUtama
Kenari harap keajaiban PELUANG Kedah untuk layak ke peringkat
suku akhir Piala Malaysia tipis selepas terikat
tanpa jaringan dengan Kelantan di arena sendiri,
malah keputusan tersebut menyaksikan skuad
Kenari berada di tangga ketiga kumpulan B
dengan mengumpul lima mata. Berbaki satu
lagi perlawanan terakhir kumpulan, Kenari perlu
menang besar dengan jumlah jaringan sekurang-
kurangnya tiga gol ke atas pendahulu kumpulan
iaitu ATM yang kini memungut 10 mata sambil
mengharapkan Terengganu membenam Kelan-
tan yang berada di tangga kedua dengan lapan
mata.
Bagaimanapun, Ketua Jurulatih Kedah, Mario
Tot menyifatkan peluang pasukannya begitu tipis
untuk mara ke peringkat seterusnya jika diukur
secara teori perlawanan
seterusnya. Katanya, pada perlawanan kelima
menentang Kelantan banyak peluang memihak
pada Kedah, namun tuah tidak memihak pada
pasukannya. “Saya fikir kita telah pun menamat-
kan saingan di peringkat kumpulan B sekiranya
diukur dengan pertemuan terakhir selepas ini
menentang pendahulu kumpulan iaitu ATM di
laman mereka sendiri. “Secara teorinya kita masih
lagi ada peluang. Namun saya perlu jujur, ia san-
gat tipis. “Apa pun, saya begitu gembira pemain
menunjukkan komitmen yang tinggi ketika me-
nentang Kelantan, tetapi kita tidak bernasib baik
untuk menang,” katanya.
Skuad Harimau Malaya naik satu tangga ranking Fifa Berdasarkan ranking terbaharu yang dike-
luarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa
(Fifa) hari ini menunjukkan skuad bimbingan
Datuk K. Rajagobal itu naik satu anak tangga
pada kedudukan ke-156 dunia berbanding
ke-157 yang diraih bulan lepas. Kedudukan itu,
bagaimanapun disifatkan masih buruk pada
tahun ini selepas menghuni tangga ke-148 pada
Januari, 150 (Februari), 152 (Mac), 156 (April), 153
(Mei), 154 (Jun) dan ke-157 pada Julai dan Ogos.
Menerusi kedudukan terkini itu meletakkan
skuad Harimau Malaya termasuk dalam kelom-
pok negara-negara seperti Palestin yang berada
pada kedudukan ke-151, Kepulauan Solomon
(153), Kepulauan Faroe (154), Fiji (155) dan Le-
sotho (157), yang diketahui umum kekurangan
kemudahan asas bola sepak seperti padang dan
peralatan sukan. Dalam kalangan negara di Asia
Tenggara, Malaysia kekal di tempat keempat
di belakang Thailand (131), Vietnam (146) dan
Filipina (150). Di peringkat Asia, Malaysia naik
satu anak tangga pada kedudukan ke-25 dari 46
negara. Sementara itu, juara Euro 2012, Sepanyol
terus mengukuhkan kedudukan selaku pasukan
terbaik dunia dengan mengumpul 1,617 mata.
Jerman turut mengekalkan kedudukan sebagai
pasukan kedua terbaik dunia dengan mengum-
pul 1,437 mata diikuti England yang mengutip
1,274 mata. Kedudukan ranking itu merangkumi
keseluruhan 209 buah negara.
UtamaSukan14 . 08 . 2012SELASA
United buru Neymar? MANCHESTER United dilaporkan bersedia
membida penyerang Brazil, Neymar dengan
harga £38 juta (RM187 juta) apabila jendela per-
pindahan pemain dibuka semula Januari tahun
hadapan. Neymar, 20, sebelum ini menolak ta-
waran beberapa kelab elit Eropah kerana mahu
bersama Santos namun tidak menolak kemung-
kinan berhijrah ke kelab lain selepas kejohanan
Piala Dunia Brazil 2014 berakhir.
Difahamkan, United mengalih tumpuan
kepada Neymar selepas sasaran musim panas
mereka iaitu seorang lagi pemain antarabangsa
Brazil, Lucas Moura memilih untuk menyarung
jersi Paris Saint Germain (PSG). Dalam pada itu,
spekulasi terbaru di Old Trafford mendedahkan
Sir Alex Ferguson bersedia menjual penyerang
kesayangannya Wayne Rooney. Hasil penjualan
Rooney itu dikatakan bakal menjadi dana buat
United untuk membawa semula Cristiano Ron-
aldo yang baru-baru ini menyatakan kegelisa-
hannya di Santiago Bernabeu. Namun, United
menolak khabar angin itu dan menyifatkan ia
sebagai satu publisiti murahan oleh media.
Vietnam jadikan Malaysia contoh PENOLONG jurulatih Vietnam, Hoang Anh
Tuan menganggap perlawanan menentang Ma-
laysia esok adalah satu peluang untuk pasukan-
nya menimba pengalaman. Perlawanan itu juga
membolehkan beliau mempelajari rentak skuad
kebangsaan untuk dijadikan contoh memper-
siapkan diri menghadapi Piala Suzuki AFF, No-
vember ini. “Berdasarkan perlawanan lalu, kami
langsung tidak berjaya mengatasi kehebatan
pasukan Malaysia. “Malah, status Malaysia sebagai
juara bertahan dan juga pemenang pingat
emas di Sukan Sea menjadikan Malaysia sebagai
contoh buat kami,” katanya ketika sidang media
perlawanan Persahabatan menentang Harimau
Malaya di Wisma FAM, hari ini. Meskipun menjadi-
kan skuad bimbingan Datuk K.Rajagobal sebagai
contoh, namun skuad Vietnam yang turun tanpa
tonggak utama, Viet Chuong yang cedera mampu
melakukan perubahan memandangkan mereka
kini dibawah kendalian jurulatih baru. Harimau
Malaya pula berkata, beliau enggan meletakkan
sebarang sasaran pada perlawanan esok. Seba-
liknya, beliau hanya ingin melihat peningkatan
prestasi anak buahnya agar berada di tahap
terbaik.
SETELAH BERJAYA MENDAPAT BEKAS PENYERANG ARSENAL, ROBIN VAN PERSIE