file8
TRANSCRIPT
1 | R P H K E L A B B O L A B A L I N G S K K S K S T . A N N E W P L A B U A N
Kelab/Persatuan : Kelab Bola Baling Permainan : Bola Baling. Kumpulan sasar : Ahli kelab bola baling. Tahun : 3,4,5 dan 6. Tarikh : 28 Mac 2012. Masa : 3.30 – 4.45 petang (75 minit). Bilangan murid : 47 orang. Kemahiran : Permainan Bola Baling. Topik : Kemahiran Asas Bola Baling Sub topik : Menghantar bola dengan menggunakan hantaran atas bahu.
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat :
Kognitif : Menyatakan dua kepentingan mempelajari teknik menghantar bola.
Psikomotor : Menghantar bola dengan hantaran tolak dan hantaran sisi sambil berlari dengan betul.
Afektif : 1. Bertanggungjawab terhadap alatan sekolah dengan menyusun semula alatan yang telah digunakan di tempat yang disediakan.
2. Bekerjasama dan bertolak ansur semasa aktiviti permainan kecil.
Pengalaman sedia ada : Murid-murid biasa melihat perlawanan bola baling. Penerapan nilai : Kerjasama, bertimbang rasa, tolak ansur. KBKK : Membuat banding beza. Penggabungjalinan : Sains dan Pendidikan Muzik. Alatan : 10 buah skitel,10 biji bola baling.
2 | R P H K E L A B B O L A B A L I N G S K K S K S T . A N N E W P L A B U A N
KOMPONEN/ MASA
AKTIVITI/KETERANGAN PENGELOLAAN/ORGANISASI CATATAN
MEMANASKAN BADAN (10 MINIT)
Permainan ‘Musang dan Ayam’ a. Murid di bahagikan kepada 4 kumpulan. b. Setiap kumpulan ada ‘seorang’ musang dan selebihnya ayam. c. Murid-murid sebagai ‘ayam’ memegang pinggang rakan supaya tidak ditangkap musang . d. ‘Musang’ cuba menangkap ‘ayam’ yang berada di hujung barisan. e. ‘Ayam’ di depan cuba mengawal ayam-ayam di belakang dari ditangkap oleh musang. Regangan dan kelonggaran bermula dari bahagian atas badan dan ke bawah.
Pelbagaikan larian: i. lari perlahan 2x, regangan otot otot di bahagian atas badan. ii. Lari skip kehujung gelanggang dan balik ke garisan permulaan dengan lari perlahan. Regangan otot-otot tangan, sisi badan. iii. Front kicks dan balik lari perlahan.Regangan otot-otot peha dan kaki.
X1 = Musang X = Ayam
PERKEMBANGAN : GERAK KERJA KELAS (15 MINIT)
Guru menunjuk cara bagaimana hantaran bola tolak dan hantaran sisi dengan betul.. Murid melakukan hantaran tolak dan hantaran sisi dengan betul.
PERKEMBANGAN; GERAK KERJA KUMPULAN
(15 INIT)
Murid diajar dengan teknik yang betul: HANTARAN TOLAK Hantaran ini menggunakan dua belah tangan dan ianya adalah hantaran untuk jarak dekat yang tidak memerlukan pergerakan bahu yang banyak. Teknik kemahiran: • Kedudukan pemain dengan kedudukan ‘posisi triple threat’. • Pergerakan lengan dan siku dengan pantas ke hadapan. • Pergelangan tangan disentapkan ke bawah diikuti dengan jari-jari semasa melepaskan bola. • Ikut lajak ke arah sasaran. HANTARAN SISI Kemahiran hantaran ini kemungkinan merupakan kemahiran yang kedua kerap digunakan oleh pemain. Hantaran ini menggunakan sebelah tangan adalah untuk jarak dekat yang tidak memerlukan pergerakan bahu yang banyak. Teknik kemahiran: • Hantaran inl dilakukan secara menyisi ke sasaran. • Pemain daripada keadaan kedudukan ‘posisi triple-threat’, mengangkat siku tangan membaling menghala ke sasaran. • Pada masa yang sama, pemain meluruskan lengan dan
Hantaran Tolak
1 biji bola
3 | R P H K E L A B B O L A B A L I N G S K K S K S T . A N N E W P L A B U A N
menghayunkannya ke sasaran. • Semasa lengan lurus, pergelangan tangan disentap dikuti dengan jari-jari semasa melepaskan bola. • Lengan ikut lajak ke arah sasaran. halangan pertahanan
PERMAINAN KECIL (30 MINIT)
Hantaran Bola Lawan Pasukan Berlari a. Murid dibahagikan kepada 2 pasukan. b. Pasukan A akan membentuk bulatan dan pasukan B membentuk 1 barisan. c. Pasukan A akan menghantar bola dan ketuanya berdiri di tengah-tengah bulatan. d. Ketua di dalam bulatan menghantar bola kepada setiap ahlinya dan dengan serta merta bola itu dihantar semula kepada ketuanya. e. Setiap kali bola itu berulang-alik dikira sebagai ‘satu hantaran’. f. Pasukan lain berlari mengelilingi bulatan, seorang demi seorang seperti acara lari berganti-ganti. g. Setelah murid yang terakhir kembali ke tempat asalnya, hantaran bola dihentikan dan bilangan hantaran yang telah dibuat dicatatkan. h. Kedua-dua pasukan bertukar tempat dan permainan diteruskan. i. Pasukan yang menang adalah pasukan yang mendapat bilangan hantaran paling banyak.
• 42 orang murid dibahagikan kepada 2 kumpulan
MENYEJUKKAN BADAN (5 MINIT)
Pengenduran dengan iringan muzik
Anggota atas (lengan)
Kenduran pinggang
Tarikh nafas sambil melakukan perbincangan
Berdiri tegak, kaki dibuka melebihi luas bahu
Kuncikan jejari kiri dan kanan tangan
Tolak tangan lurus ke hadapan sambil membongkok 90º
Kira dgn kiraan 8
Ulang aktiviti sebanyak 3 kali
Berdiri seperti kedudukan di atas
Tangan lurus di atas kepala
Bengkok badan ke sisi kiri
Ulang aktiviti sebanyak 3 kali
Tarik nafas dan tahan dengan kiraan 8
Hembus perlahan2
Nyatakan kemahiran apa yang telah kita pelajari hari?
Berselerak dalam kawasan yang telah ditandakan
Menghadap guru
Guru membuat demostrasi jika perlu
Guru bertanya soalan dan murid menjawab
Refleksi: