garis panduan penubuhan pasukan projek …epsmg.jkr.gov.my/images/2/2a/gp_pppn_100717.pdf4 | garis...
TRANSCRIPT
1 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)
Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia,
Kuala Lumpur 10 Julai 2017
GARIS PANDUAN
PENUBUHAN
PASUKAN PROJEK
PERSEKUTUAN (NEGERI)
JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA NO TERBITAN: JKR 29300-0034-17
2 | Garis Panduan Penubuhan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) JKR
JABATAN KERJA RAYA
© 2017 Hak Cipta Terpelihara
Data dan maklumat yang terkandung di dalam buku ini adalah hak milik Jabatan
Kerja Raya Malaysia (JKR). Tidak dibenarkan memuat salinan, fotokopi, rakaman,
melalui komputer, storan atau sistem capaian semula mana-mana bahagian di
dalam penerbitan ini kecuali mendapat keizinan bertulis daripada pihak
Jabatan Kerja Raya Malaysia
3 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)
Kawalan Dokumen 1.1 Status Pengeluaran Manual
Tarikh Ringkasan Perubahan 10/7/2017 Edisi Pertama
1.2 Pengesahan
Pengeluaran Garis Panduan ini telah disahkan oleh:
Tandatangan: … ………………........................... . Tarikh: ………..…………
(Jawatan)
Dikeluarkan kepada: ………………………………………………Kawalan Dokumen No JKR 29300-0034-17 (Jawatan) 1.3 Edaran
Edaran Kawalan Dokumen:
Salinan No: Dikeluarkan kepada:
1
2
3
4
5
6
7
4 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)
PRA KATA
Tujuan Garis Panduan ini adalah untuk menerangkan konsep
dan strategi pelaksanaan penubuhan Pasukan Projek
Persekutuan (Negeri) (PPP (N)). PPP (N) diletakkan bawah
pentadbiran Pengarah JKR Negeri dan membantu dalam
penyeliaan pembinaan projek persekutuan.
Penubuhan PPP (N) ini adalah berikutan penstrukturan semula JKR pada akhir 2014
dengan ketetapan bahawa Pengarah Kanan/Pengarah Cawangan di Ibu Pejabat JKR
sebagai Pengurus Program dan tidak lagi sebagai Pegawai Penguasa (P.P.) projek.
Peranan P.P. diserahkan kepada Pasukan Projek Khas 1, Pasukan Projek Khas 2,
Pasukan Projek Khas, Pengarah JKR Negeri atau Jurutera Daerah sahaja.
Surat Arahan KPKR Bil. 7/2016 bertarikh 2 Mac 2016 mengenai
Pelantikan Pegawai Penguasa / Pengarah Projek (P.P.) Dan
Wakil P.P. telah diedarkan berikutan penstrukturan semula
JKR. Surat Arahan ini menggantikan Surat Arahan KPKR Bil.
6/2009 bertarikh 2 September 2009.
Adalah diharapkan dengan adanya garis panduan ini ianya dapat membantu dalam
penubuhan PPP (N) serta memperkukuh kerja pengawasan dan penyampaian projek
JKR Negeri dalam RMKe 11. Selain daripada itu ianya juga meningkatkan kepercayaan
agensi lain terhadap kemampuan jabatan.
5 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)
PENGHARGAAN
Dato’ Ir. Hj. Mohd Daud bin Harun Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu Ibu Pejabat JKR Malaysia Dato’ Ir. Hj. Mohd Jamal bin Sulaiman Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1 Ibu Pejabat JKR Malaysia Mohd Rahim bin Hj. Kawangit AMP Pengarah Bahagian Pengurusan Projek Kompleks Cawangan Perancangan Aset Bersepadu Ibu Pejabat JKR Malaysia Ir. Hj. Yaakob bin Abdul Latif Pengarah Khidmat Pakar Cawangan Kejuruteraan Elektrik Ibu Pejabat JKR Malaysia Tn. Hj. Roslan bin Abdul Ghani Jurutera Awam Penguasa Kanan Bahagian Pengurusan Projek Kompleks Cawangan Perancangan Aset Bersepadu Ibu Pejabat JKR Malaysia Norrasmi bin Mohamed Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan Bahagian Pengurusan Projek Kompleks Cawangan Perancangan Aset Bersepadu Ibu Pejabat JKR Malaysia Ir. Hj. Hashim bin Buyu Jurutera Awam Penguasa Kanan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan & Teknologi JKR (C REaTE) Ibu Pejabat JKR Malaysia
6 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)
Ir. Dr. Zarabizan bin Zakaria Jurutera Daerah Seremban JKR Negeri Semblian Ahmad Zaki bin Bahari Jurutera Mekanikal Penguasa Norikhwan bin Hj. Abu Seman Jurutera Awam Kanan Izzuadi bin Ishak Jurutera Awam Kanan Sailah binti Mohd. Jamil Jurutera Awam Hj. Aidi bin Hj. Abu Kassim Arkitek Mohd Ismade bin Ismail Jurutera Awam Khairol Faizal bin Amir Jurutera Elektrik Nur Hidayah binti Mohammed Rusly Jurutera Mekanikal ‘Ainaa’ Adilah binti Zulkadri Jurutera Elektrik Serta Penyumbang Lain Secara Langsung atau Tidak L angsung
7 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)
KANDUNGAN
Bil.
Perkara
Muka Surat
1.0 Pengenalan 10
1.1 Kenyataan Masalah 11
1.2 Cabaran Dalam RMKe11 11
1.3 Pendekatan Selama Ini 12
2.0 Tujuan & Objektif 12
2.1 Tujuan Garis Panduan 12
2.2 Objektif Penubuhan PPP (N) 13
2.3 Manfaat Penubuhan PPP (N) 13
3.0 Konsep PPP (N) 14
3.1 Kajian Awal 15
3.2 Asas Cadangan 15
3.3 Core Team PPP (N) & Tambah Sentara
3.3.1 Projek yang diselia oleh perunding (kontrak reka dan bina/
konvensional perunding)
16
3.4 Penempatan Semula Pegawai Sediada Dalam Core
Team PPP (N)
17
3.5 Peranan dan Tanggungjawab Ahli Core Team
3.5.1 Peranan dan tanggungjawab utama (Konvensional
Dalaman)
3.5.2 Peranan dan tanggungjawab utama (Reka & Bina)
3.5.3 Peranan dan tanggungjawab utama (Konvensional
Perunding)
3.5.4 Keperluan Pegawai dan Peranan bagi projek dilaksanakan
secara Reka dan Bina/ Konvensional Perunding
19
19
22
22
3.6 Kriteria Pelaksanaan Projek 23
3.7 Penetapan Pegawai Penguasa (PP) dan Wakil
Pegawai Penguasa Utama (WPPU)
3.8 Pelaporan
3.9 Kaedah Pelaksanaan
3.10 Keperluan Asas PPP (N)
3.10.1 Tanggungjawab JKR Negeri
23
23
25
27
27
4.0 Mengukur Prestasi PPP (N) 28
5.0 Penutup
Rujukan
Glosari
28
31
32
8 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)
Akronim & Singkatan
Akronim &
Singkatan
Keterangan
PPP(N) Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)
RMKe11 Rancangan Malaysia Kesebelas
CDPK Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat
CPAB Cawangan Perancangan Aset Bersepadu
P.P. Pegawai Penguasa
W.P.P. Wakil Pegawai Penguasa
JAPK Jurutera Awam Penguasa Kanan
JAP Jurutera Awam Penguasa
JAK Jurutera Awam Kanan
JA Jurutera Awam
JMPK Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan
JMP Jurutera Mekanikal Penguasa
JMK Jurutera Mekanikal Kanan
JM Jurutera Mekanikal
JEPK Jurutera Elektrik Penguasa Kanan
JEP Jurutera Elektrik Penguasa
JEK Jurutera Elektrik Kanan
JE Jurutera Elektrik
A Arkitek
JUB Juruukur Bahan
KJEN Ketua Jurutera Elektrik Negeri
PBKP Pengurus Besar Kanan Pembinaan
PBP Pengurus Besar Pembinaan
9 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)
Jadual & Gambarajah
Jadual & Gambar
Rajah
Tajuk Muka Surat
Gambar Rajah 1 Cadangan Carta Core Team Pengarah Negeri Gred JUSA C
14
Gambar Rajah 2 Cadangan Carta Core Team Pengarah
Negeri Gred J54
15
Gambar Rajah 3 Konsep Core Team 16
Gambar Rajah 4 Konsep Core Team Penempatan
Semula Pegawai Sedia Ada
17
Gambar Rajah 5
Cadangan Carta Projek Yang Diselia
Oleh Perunding (Kontrak Reka Dan
Bina/ Konvensional Perunding)
20
Gambar Rajah 6 Strategi Pelaksanaan PPP (N) 24
Jadual 1 Cadangan perjawatan Core Team PPP
(N)
18
Jadual 2 Peranan dan Tanggungjawab Core
Team.(Konvensional Dalaman)
18 - 20
Jadual 3 Opsyen Pelantikan PP, WPPU, WPP
Pakar di JKR Negeri
23
10 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)
1.0 Pengenalan
Isu penyeliaan projek ditapak sering dibincangkan kerana ia
menentukan kejayaan mencapai objektif sesuatu projek. Aspek
sumber manusia menjadi penyumbang utama terhadap tugas-
tugas penyeliaan projek. Pelbagai model penyeliaan projek
telah digunapakai dalam projek-projek jabatan. Namun begitu
terdapat isu-isu kompetensi, pentadbiran kontrak, penutupan akaun
dan sebagainya yang masih tidak diatasi dengan sebaiknya.
Oleh itu, cadangan Penubuhan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) (atau PPP(N))
telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pengurusan JKR Bil.
1/2016 pada 13 Januari 2016 dan Mesyuarat Pengarah JKR Malaysia Bil. 1/2016 pada
19 & 20 Januari 2016 dan diluluskan untuk pelaksanaan. Susulan daripada itu satu
Jawatankuasa Kerja Penubuhan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) telah ditubuhkan
pada 25 Februari 2016 bagi memastikan inisiatif baru ini dapat dilaksanakan dengan
teratur dan jayanya.
Garis Panduan PPP (N) ini menerangkan tatacara pelaksanaan penubuhan PPP (N) di
semua JKR Negeri. Garis Panduan ini mengandungi SOP, peranan dan carta alir. Garis
Panduan ini merupakan dokumen rujukan penempatan Pasukan Projek di dalam
pengurusan projek Persekutuan JKR. Dokumen ini telah disediakan oleh Bahagian
Pengurusan Projek Kompleks, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB),
Jabatan Kerja Raya selaku Urus Setia Jawatankuasa Kerja Penubuhan Pasukan Projek
Persekutuan (Negeri) dengan kerjasama beberapa Cawangan Sektor Pakar yang
berkaitan.
11 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)
1.1 Kenyataan Masalah
Susulan daripada penstrukturan semula JKR pada 2014, wujudnya jurang
terhadap peranan Pegawai Penguasa apabila Pengarah Cawangan di Ibu Pejabat
JKR Malaysia tidak lagi dilantik menjadi Pegawai Penguasa (P.P.) projek.
Pengarah Negeri dibebani dengan tugas tambahan sebagai P.P. bagi projek-
projek yang masih di peringkat awal pembinaan dan juga projek-projek baru.
Dalam masa yang sama, penstrukturan semula tidak memperuntukkan
pertambahan pegawai yang seimbang bagi kerja-kerja menyelia pembinaan
projek-projek persekutuan di negeri.
Susulan daripada itu, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK)
menerima banyak permintaan bagi pewujudan pasukan projek daripada Sektor
Bisnes Ibu Pejabat JKR atau JKR Negeri. Permintaan mewujudkan pasukan projek
ini adalah secara ad hoc bagi penyeliaan peringkat pembinaan projek-projek
Persekutuan yang berskala besar/kompleks. Dalam hal ini, CDPK tidak berupaya
memenuhi kesemua permintaan tersebut disebabkan kekangan dalam bilangan
sumber manusia (kumpulan pengurusan dan professional dan sokongan).
Kesannya, kualiti kerja pembinaan menurun dan bilangan projek bermasalah
meningkat. Di samping itu, JKR menghadapi kesukaran di peringkat penutupan
akaun apabila pasukan projek dibubarkan sebaik sahaja projek siap.
1.2 Cabaran Dalam RMKe11
Dalam pelaksanaan projek RMKe11 dan projek sambungan RMKe10 pada
dasarnya P.P. terdiri sama ada daripada :-
i) Pengarah Projek Khas 1;
ii) Pengarah Projek Khas 2;
iii) Pasukan Projek Khas;
iv) Pengarah Negeri; dan
v) Jurutera Daerah.
12 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)
Pasukan yang akan menyelia projek RMKe11 perlu mempunyai pasukan yang
mantap dan berprestasi tinggi bagi mempastikan projek dapat diserahkan dengan
kualiti yang tinggi dan menepati masa. Penempatan pegawai tambahan secara ad
hoc bagi menyelia projek perlu dikaji semula dan dioptimumkan berikutan beban
tugas Pengarah Negeri selaku Pegawai Penguasa dijangka meningkat.
1.3 Pendekatan Selama Ini
Peranan Pegawai Penguasa pada masa ini adalah dipertanggungjawabkan
kepada Pengarah Cawangan, Pasukan Projek Khas, Pengarah Negeri dan
Jurutera Daerah. Amalan ini telah menimbulkan isu seperti ketidakcukupan
pegawai penyelia tapak disebabkan :-
i) bilangan pegawai terhad;
ii) pegawai tambahan dihantar secara ad hoc tanpa membuat kajian
menyeluruh keperluan sebenar sesuatu projek;
iii) pegawai yang dihantar kurang sesuai dari segi kompetensi dan
pengalaman.
2.0 Tujuan & Objektif
Tujuan dan objektif Garis Panduan ini adalah seperti berikut :
2.1 Tujuan Garis Panduan
Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan konsep, peranan dan
tanggungjawab serta strategi pelaksanaan penubuhan PPP(N). Garis Panduan ini
boleh diguna sebagai panduan oleh pejabat-pejabat yang terlibat dalam
pembentukan dan pelaksanaan penubuhan PPP(N) umpamanya, pihak BPSK,
CDPK, Pejabat Pengarah JKR Negeri, Pejabat Portfolio JKR Negeri, Pengurus
Program di Cawangan-cawangan Ibu Pejabat JKR Malaysia di negeri-negeri dan
sebagainya.
13 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)
2.2 Objektif Penubuhan PPP (N)
Objektif PPP(N) ditubuhkan adalah memantapkan lagi kaedah atau mekanisme
pemantauan projek di JKR lanjutan daripada jurang yang wujud sebagai Pegawai
Penguasa akibat penstrukturan semula JKR. Pindaan kepada Surat Arahan KPKR
Bil. 6/2009 bertarikh 2 September 2009 iaitu Surat Arahan KPKR Bil. 7/2016
bertarikh 2 Mac 2016 mengenai Pelantikan Pegawai Penguasa / Pengarah Projek
(P.P.) dan Wakil P.P. adalah dirujuk. (Lampiran A). Pelantikan P.P. kini adalah di
kalangan:
i. Pengarah Pembinaan (JUSA C) Pasukan Projek Khas
ii. Pengurus Besar Kanan (J54/J52) Pasukan Projek Khas,
iii. Pengarah Pasukan Projek Khas 1,
iv. Pengarah Pasukan Projek Khas 2,
v. Pengarah JKR Negeri
vi. Jurutera Daerah.
2.3 Manfaat Penubuhan PPP (N)
Penubuhan PPP(N) ini akan memberi manfaat seperti berikut:-
i) Penempatan pasukan penyeliaan yang kekal dan penggunaan sumber
manusia yang optima;
ii) Pemantauan projek dibawah pegawai kanan yang berpengalaman –
keputusan tepat dapat dibuat dengan cepat;
iii) Penyeliaan tapak lebih rapi, dilaporkan terus kepada Pengarah Negeri dan
Pengurus Program;
iv) Projek terus diurus dalam Tempoh Tanggungan Kecacatan sehingga
penutupan akaun.
14 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)
3.0 Konsep PPP (N)
Cadangan carta organisasi bagi Core Team adalah diketuai oleh Pengurus Besar
Kanan Pembinaan Gred J54 bagi Pengarah Negeri Gred JUSA C, manakala
Pengurus Besar Kanan Pembinaan Gred J52 bagi Pengarah Negeri Gred J54.
Jawatan bagi ketua PPP(N) merupakan jawatan terbuka (Awam/Arkitek/Ukur
Bahan/Elektrik/Mekanikal). Sila rujuk Gambar Rajah 1 dan 2. Terdapat kumpulan
penyelia tapak yang diketuai oleh J48 (Awam) dan dibarisi oleh beberapa J44/41
dan J36/29. Pasukan disokong secara dalaman oleh J48 (Arkitek) dan J48 (Ukur
Bahan). Bagi perkhidmatan kejuruteraan elektrik dan mekanikal, seorang Jurutera
Mekanikal dan Elektrik J44/41 serta kakitangan sokongan diperuntukkan tetapi
diletak bawah pengawasan Ketua Jurutera Elektrik Negeri dan Ketua Penolong
Pengarah Mekanikal JKR Negeri.
Gambar Rajah 1 – Cadangan Carta Core Team Pengarah Negeri Gred JUSA C
15 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)
Gambar Rajah 2 – Cadangan Carta Core Team Pengarah Negeri Gred J54
3.1 Kajian Awal
Satu kajian awal mengenai beban tugas optimum bagi setiap Jurutera gred J44/41
telah dijalankan oleh Ir. Abu Bakar Bin Mohamed Said pada tahun 2013. Kajian
mendapati beban tugas yang optimum bagi setiap seorang Jurutera gred J44/41
ialah 3 bilangan projek. Kajian awal ini telah digunakan sebagai asas dalam
penentuan pasukan projek PPP (N).
3.2 Asas Cadangan
• Konsep penubuhan merujuk kepada perjawatan Pasukan Projek
Sabah.
• Struktur PPP (N) diletakkan di bawah pentadbiran Pengarah JKR
Negeri.
• Ketua PPP (N) dilantik sebagai Pegawai Penguasa atau Wakil Pegawai
Penguasa sekiranya Pengarah JKR Negeri adalah Pegawai Penguasa.
• Mewujudkan core team PPP (N). Bilangan ahli pasukan bertambah
melalui tambah sentara.
16 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)
3.3 Core Team PPP (N) & Tambah sentara
Bilangan projek optimum bagi setiap Jurutera J41/44 adalah 3 projek. Konsep
Core Team secara umumnya adalah di mana setiap satu projek diselia oleh
pegawai tapak JA29/36 yang diletakkan di bawah J41/44. Ciri-ciri Core Team
adalah seperti berikut:-
i) Pasukan yang kekal;
ii) Sentiasa dalam pengawasan pegawai kanan & berpengalaman
(J54/J52);
iii) Penggunaan sumber manusia dioptima;
iv) Kesinambungan kawalan dan pemantauan dalam tempoh liabiliti,
termasuk proses penutupan akaun;
v) Elemen tambah sentara
Bagi Pengarah Negeri gred Jusa C, Core Team PPP(N) adalah terdiri daripada
seorang (1) pegawai J54, dua (2) pegawai J48, tiga (3) pegawai J41/44 dan tiga
(3) pegawai J29/36. Manakala bagi Pengarah Negeri gred J54 Core Team
PPP(N) adalah terdiri daripada seorang (1) pegawai J52, dua (2) pegawai J48,
tiga (3) pegawai J41/44 dan tiga (3) pegawai J29/36.
Komposisi core team ini akan ditambah apabila beban kerja bertambah. Rujuk
Gambar Rajah 3.
Gambar Rajah 3 - Konsep Core Team
3.3.1 Projek yang diselia oleh perunding (kontrak reka da n bina/
konvensional perunding)
17 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)
Dicadangkan struktur Pasukan Projek adalah setakat gred J41/44 dan tiada
keperluan penempatan pegawai gred JA29/36. (Rujuk item 3.5.4 dan Gambar
Rajah 5)
3.4 Penempatan Semula Pegawai Sediada Dalam Core Team PPP (N)
Pengisian perjawatan Core Team PPP (N) dibuat melalui penyusunan dan
pemadanan semula pegawai sedia ada dari projek lain di negeri berkenaan. Sila
rujuk Gambar Rajah 4 di bawah.
Gambar Rajah 4 - Konsep Core Team Penempatan Semula Pegawai Sedia Ada
Cadangan perjawatan Core Team PPP (N) boleh dirujuk kepada Jadual 1 yang
menerangkan jumlah ahli pasukan projek di Negeri berdasarkan Gred Pengarah
Negeri.
Jadual 1 : Cadangan perjawatan Core Team PPP (N)
18 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)
3.5 Peranan & Tanggungjawab
3.5.1 Peranan dan tanggungjawab utama (Konvensional Dalaman)
Jadual 2 menerangkan peranan dan tanggungjawab utama bagi setiap ahli pasukan core team. Bagi projek-projek
konvensional dalaman, Penolong Jurutera dalam Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) berperanan sebagai Pegawai Tapak
Bina dan diletakkan di tapak projek secara sepenuh masa untuk tujuan penyeliaan.
Bil Gelaran Jawatan Gred
Jawatan
Peranan Tanggungjawab
1 Pengurus Besar Kanan
Pembinaan (Awam) J54/J52(A) Mengetuai Pasukan.
Bertindak sebagai Pegawai Penguasa
(PP) atau Wakil Pegawai Penguasa
(WPP) Utama
Mengurus penyeliaan kerja pembinaan dan pentadbiran kontrak bagi
projek bangunan persekutuan bernilai RM20j – RM250j/RM500j. Melapor kepada Pengarah Negeri dan Pengurus Program di IPJKR
2 Pengurus Besar
Pembinaan (Awam) J48 (A) Mengetuai unit penyeliaan.
Bertindak sebagai WPP Utama jika
Pengurus Besar Kanan Pembinaan
(Awam) adalah PP
Membantu Pengurus Besar Kanan Pembinaan (Awam) mengurus
penyeliaan kerja pembinaan dan pentadbiran kontrak bagi projek
bangunan persekutuan bernilai RM20j – RM250j/RM500j
3 Penolong Pengurus
Besar Pembinaan
(Awam)
J44/41(A) Bertindak sebagai Jurutera Penyelia
Tapak Bina Memantau dan mengawal penyeliaan kerja pembinaan bagi projek
bangunan persekutuan
4 Penolong Jurutera
(Awam) JA36/29(A) Bertindak sebagai Pegawai Tapak Bina Menyelia kerja-kerja pembinaan di tapak bagi projek bangunan
persekutuan
5 Arkitek Kanan J48 (Ar) Mengetuai Unit Arkitek dan
penyelaras rekabentuk projek.
Bertindak sebagai WPP (Arkitek)
Mengurus kerja-kerja berkaitan dengan senibina termasuk koordinasi
rekabentuk lukisan pembinaan senibina bersama dengan struktur, awam,
mekanikal dan elektrikal dan penyeliaan kerja senibina di tapak.
19 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)
Bil Gelaran Jawatan Gred
Jawatan
Peranan Tanggungjawab
6 Arkitek J44/41 (Ar) Arkitek Penyelaras Rekabentuk Tapak
Bina Membantu mengurus kerja-kerja berkaitan dengan senibina termasuk
koordinasi rekabentuk lukisan pembinaan senibina bersama dengan
struktur, awam, mekanikal dan elektrikal dan penyeliaan kerja senibina di
tapak. 7 Penolong Pegawai
Senibina JA36/29
(Ar) Pegawai tapak bina (Senibina) Menyelia kerja-kerja senibina di tapak.
8 Juruukur Bahan Kanan J48 (UB) Mengetuai Unit Ukur Bahan dan
penasihat hal berkaitan dengan
kehendak kontrak. Bertindak sebagai
WPP (Ukur Bahan)
Mengurus prosedur pentadbiran kontrak sehingga bayaran akhir/akaun
muktamad seperti penilaian kemajuan kerja dan Perakuan Bayaran
Interim termasuk Bayaran Pendahuluan dan Penyerahan Hak dan
sebagainya serta mengetuai keurusetiaan Jawatankuasa Perubahan
Kerja, Pihak Berkuasa Melulus Bagi WPS dan Jawatankuasa Perakuan
Kelambatan dan Lanjutan Masa (EOT). 9 Juruukur Bahan J44/41 (UB) Juruukur Bahan tapak bina Membantu mengurus prosedur pentadbiran kontrak sehingga bayaran
akhir/akaun muktamad seperti penilaian kemajuan kerja dan Perakuan
Bayaran Interim termasuk Bayaran Pendahuluan dan Penyerahan Hak
dan sebagainya serta urus setia kepada Jawatankuasa Perubahan Kerja,
Pihak Berkuasa Melulus Bagi WPS dan Jawatankuasa Perakuan
Kelambatan dan Lanjutan Masa (EOT). 10 Penolong Juruukur
Bahan JA36/29
(UB) Pegawai tapak bina (Ukur Bahan) Melaksana prosedur pentadbiran kontrak sehingga bayaran akhir/akaun
muktamad
11 Jurutera Elektrik J44/41 (E) Jurutera Penyelia Tapak Bina (Elektrik)
(KJEN sebagai WPP (Elektrik)) Menyelia kerja-kerja elektrik dibawah pengawasan pejabat Ketua
Jurutera Elektrik Negeri (KJEN) yang bertindak sebagai wakil KJEN Negeri.
Tugas termasuk menilai kemajuan kerja, menyedia Perakuan Bayaran
Interim dan mengurus perubahan kerja elektrik.
12 Penolong Jurutera
(Elektrik) JA36/29 (E) Pegawai tapak bina (Elektrik) Membantu menyelia kerja-kerja elektrik di tapak.
20 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)
Bil Gelaran Jawatan Gred
Jawatan
Peranan Tanggungjawab
13 Jurutera Mekanikal J44/41(M) Jurutera Penyelia Tapak Bina
(Mekanikal)
(Jurutera Mekanikal Negeri sebagai
WPP (Mekanikal))
Menyelia kerja-kerja mekanikal dibawah pengawasan pejabat Ketua
Jurutera Mekanikal Negeri yang bertindak sebagai wakil Jurutera
Mekanikal Negeri. Tugas termasuk menilai kemajuan kerja, menyedia
Perakuan Bayaran Interim dan mengurus perubahan kerja mekanikal.
14 Penolong Jurutera
(Mekanikal) JA36/29
(M) Pegawai tapak bina (Mekanikal) Membantu menyelia kerja-kerja mekanikal di tapak.
Jadual 2 : Peranan dan Tanggungjawab Core Team.(Konvensional Dalaman)
Gambar Rajah 5 : Cadangan Carta Projek yang diselia oleh perunding (Kontrak Reka dan Bina/ Konvensional Perunding)
21 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)
3.5.2 Peranan dan tanggungjawab utama (Reka & Bina)
Bagi projek yang dilaksanakan secara Reka dan Bina peranan dan tanggungjawab utama bagi setiap ahli pasukan core team
adalah berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Pembinaan Projek Reka dan Bina JKR 2007. Sila rujuk Arahan KPKR
Pemakaian Garis Panduan Pengurusan Pembinaan Projek Reka dan Bina JKR Rujukan ( 34 )dlm.JKR.KPKR.020.050/03
Klt.7 bertarikh 5 Mac 2007.
3.5.3 Peranan dan tanggungjawab utama (Konvensional Perunding)
Bagi projek Konvensional Perunding pula peranan dan tanggungjawab utama bagi setiap ahli pasukan core team berdasarkan
TOR (Terms of Reference) dan CSA (Consultancy Service Agreement) perunding.
3.5.4 Keperluan Pegawai dan Peranan bagi projek dil aksanakan secara Reka dan Bina/ Konvensional Perund ing
Bagi projek-projek yang diselia oleh perunding (Kontrak Reka dan Bina/ Konvensional Perunding) pegawai JKR dalam
Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) berperanan sebagai Pegawai Audit dan bukannya sebagai Pegawai Tapak Bina dan
dengan demikian tiada keperluan untuk meletakkan mereka di tapak projek secara sepenuh masa untuk tujuan penyeliaan.
Oleh yang demikian bagi projek-projek sebegini, struktur Pasukan Projek adalah setakat gred J41/44 dan tiada keperluan
penempatan pegawai gred JA29/36.
22 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)
3.6 Kriteria Pelaksanaan Projek
PPP (N) melaksanakan projek sebagai mana di bawah :
i) Projek yang diselia adalah projek persekutuan mengikut had P.P. yang
ditetapkan (RM20j hingga RM500j). Sila rujuk Gambar Rajah 5.
ii) Projek yang bernilai dari RM20j hingga RM250j adalah bagi Pengarah
Negeri Gred J54. Manakala projek bernilai RM20j hingga RM500j adalah
bagi Pengarah Negeri Gred JUSA C.
iii) Jurutera Daerah dilantik sebagai P.P. bagi projek bernilai kurang daripada
RM20j. Bagi projek lebih RM20j, Ketua PPP(N) dilantik sebagai P.P. atau
W.P.P. Utama bagi meringankan beban Jurutera Daerah.
iv) Apabila bebanan kerja di Jurutera Daerah dan PPPN melebihi norma yang
ditetapkan, proses redeployment sumber manusia perlu dilaksanakan.
v) Projek yang bernilai di luar had P.P. PPP (N) akan diselia oleh Pasukan
Projek Khas 1, Pasukan Projek Khas 2 atau Pasukan Projek Khas.
3.7 Penetapan Pegawai Penguasa (PP) dan Wakil Pega wai Penguasa
Utama (WPPU)
Berdasarkan kepada Surat Arahan KPKR Bil. 7 Tahun 2016, terdapat beberapa
opsyen bagi menentukan pegawai penguasa/pengarah projek dan wakil pegawai
penguasa/pengarah seperti di Lampiran B.
Khusus bagi JKR Negeri, opsyen bagi pelantikan Pegawai Penguasa, Wakil
Pegawai Penguasa dan WPP Pakar adalah seperti berikut:-
23 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)
Opsyen Pegawai
Penguasa
WPP
Utama
WPP
Pakar (Ar)
WPP
Pakar
(UB)
WPP
Pakar
(Elek)
WPP
Pakar
(Mek)
Nilai Projek
1 Pengarah Negeri (JUSA)
PBKP PPP(N)
J54
PBP (Ar) PPP(N) J48
PBP (UB) PPP(N)
J48
KJE Negeri
KJM Negeri
Nilai Projek sehingga
RM500j (sivil), RM100j (bgn)
2 Pengarah
Negeri (J54/52)
PBKP PPP(N)
J52
PBP (Ar) PPP(N)
J48
PBP (UB) PPP(N)
J48
KJE Negeri
KJM Negeri
Nilai Projek sehingga
RM250j (sivil), RM100j (bgn)
3 Pengarah
Negeri (JUSA/J54/52)
Jurutera Daerah
AP/AK Arkitek JKR
Negeri
JUBP/JUBK Ukur Bahan JKR
Negeri
KJE Negeri
KJM Negeri
Nilai Projek sehingga
RM250j (sivil), RM100j (bgn)
4 PBKP
PPP(N) J54/52
PBP PPP(N)
J48
PBP (Ar) PPP(N)
J48
PBP (UB) PPP(N)
J48
KJE Negeri
KJM Negeri
Nilai Projek sehingga
RM250 juta (sivil), RM100j
(bgn)
5 Jurutera Daerah
Jurutera Bangunan/
Jalan Daerah
AP/AK Arkitek JKR
Negeri
JUBP/JUBK Ukur Bahan JKR
Negeri
KJE Negeri
KJM Negeri
Nilai Projek sehingga RM20j
Jadual 3 : Opsyen Pelantikan PP, WPPU, WPP Pakar di JKR Negeri
Bagi projek-projek yang melebihi had nilai Pengarah Negeri untuk dilantik sebagai
Pegawai Penguasa, projek dicadangkan diselia oleh Pasukan Projek Khas yang
diketuai oleh;
i. pegawai JUSA C (WPPU bagi projek bernilai sehingga RM750 juta) atau
ii. J54/52 (WPPU bagi projek bernilai sehingga RM500 juta).
Strategi pelaksanaan dijelaskan dalam Gambar Rajah 6 dibawah:
24 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)
Gambar Rajah 6 : Strategi Pelaksanaan PPP (N)
3.8 Pelaporan
Selaku Pengurus Fasa Pembinaan, Ketua PPP(N) hendaklah melapor
kemajuan projek dan hal-hal berkaitan dengan projek kepada:
a) Pengarah JKR Negeri melalui pejabat Portfolio Negeri dan
b) Pengurus Program di Cawangan berkaitan di Ibu Pejabat JKR
Pelaporan hendaklah secara berkala sebagaimana yang telah ditetapkan oleh
Pengarah JKR Negeri atau Pengurus Program di Cawangan, Ibu Pejabat JKR.
3.9 Kaedah Pelaksanaan
Dalam merealisasikan penubuhan PPP (N) JKR Negeri perlu mengambil langkah-
langkah berikut :
i) Tentukan Core Team
• Perlu dikenalpasti Pengurus Besar Kanan Pembinaan sama ada J54/52
(Awam, Elektrik, Mekanikal, Arkitek atau Ukur Bahan)
25 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)
ii) Membuat kajian terhadap senarai projek dan P.P. yang sedia ada
• Senaraikan semua projek yang diselia oleh JKR Negeri dan pegawai
penguasa bagi setiap projek
• Kenalpasti projek-projek yang akan diletakkan di bawah PPP (N).
• Utamakan projek-projek Persekutuan
iii) Penetapan ahli pasukan
• Tetapkan ahli-ahli pasukan berdasarkan kepada model core team PPP(N)
mengikut gred jawatan Pengarah Negeri (Rujuk Jadual 1 : Komposisi PPP
(N))
iv) Pemadanan pegawai
• Membuat pemadanan dan penyusunan semula bagi pegawai sedia ada
untuk ditempatkan di Negeri yang sama beliau bertugas dan mengenalpasti
perjawatan tambahan bagi tujuan pengisian kekosongan oleh CDPK.
v) Mendapatkan kelulusan Pengarah CDPK terhadap cadangan struktur Pasukan
Projek Persekutuan (Negeri)
vi) CDPK mengeluarkan surat penempatan pegawai ke PPP(N)
vii) Jawatan tambah sentara (Jika perlu)
• Sekiranya terdapat pertambahan (lebihan) projek berbanding pegawai sedia
ada di core team PPP (N) diwujudkan jawatan berdasarkan tambah sentara
seperti perkara 3.3 item (e) (Rujuk Gambar Rajah 3)
• Pohon jawatan tambah sentara kepada CDPK.
• Cadangan penempatan pegawai dalam PPP (N) hendaklah dikemukakan
kepada BPSK, CDPK
viii) Penempatan semua ahli pasukan akan diputuskan oleh CDPK dalam
Mesyuarat Panel Sumber Manusia
• Surat lantikan/penempatan pegawai dikeluarkan untuk pegawai melapor diri
kepada Pengarah JKR Negeri
ix) Surat pelantikan semula Pegawai Penguasa dan Wakil Pegawai Penguasa
Utama dan sebagainya akan dikeluarkan oleh Pengurus Program projek
berkaitan
x) Kursus khas bagi meningkatkan kompetensi dan pengetahuan ahli pasukan
PPP(N) akan dijalankan bagi memastikan semua ahli pasukan faham akan
peranan, tugas dan tanggungjawab masing-masing
26 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)
3.10 Keperluan Asas PPP (N)
Memandangkan PPP (N) merupakan pasukan tambahan kepada struktur JKR
Negeri, keperluan asas perlu disediakan untuk membolehkan PPP (N) berfungsi
dengan lancar dan berkesan. Antara keperluan asas yang perlu disediakan oleh
pentadbiran JKR Negeri adalah seperti berikut :
i) Ruang Pejabat;
ii) Perabot dan Peralatan Pejabat (komputer, mesin pencetak, dll);
iii) Kenderaan
3.10.1 Tanggungjawab JKR Negeri
Pegawai yang menganggotai PPP (N) merupakan pegawai perjawatan
pengurusan projek. Peruntukan emolumen dan elaun dari Ibu Pejabat JKR
Malaysia . Walaubagaimanapun urusan pembayaran oleh JKR Negeri
dilaksanakan melalui sub waran yang dihantar.
Segala urusan berkaitan tadbir urus (cuti, tuntutan, buku perkhidmatan, dsb.) juga
adalah di bawah tanggungjawab pentadbiran JKR Negeri.
27 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)
4.0 Mengukur Prestasi PPP (N)
Sebelum PPP (N) memula tugas di JKR Negeri, satu kajian mengukur prestasi
PPP (N) bagi projek-projek yang diselia dijalankan. Kajian pengukuran prestasi
yang sama akan dijalankan selepas enam (6) bulan pertama penubuhan PPP (N),
dan seterusnya bagi setiap 6 bulan selepas itu. Tujuannya kajian ini dijalankan
adalah untuk memastikan PPP (N) benar-benar dapat memberi impak dalam
usaha menambahbaik penyampaian projek di JKR Negeri
Untuk itu, Ketua CPAB Negeri hendaklah menjalankan kajian dan analisis
terhadap hasil pengukuran prestasi PPP(N) bagi mendapatkan
a. Peratus peningkatan atau pengurangan projek lewat/sakit;
b. Peningkatan atau pengurangan isu-isu berulang yang dikaitkan dengan
teguran audit;
c. Tahap kepuasan pelanggan & pengurusan atasan JKR Negeri.
Metodologi dan alat yang boleh digunakan adalah temuramah, borang soal selidik,
laporan kemajuan projek, SKALA dan sebagainya.
Seterusnya, Ketua CPAB Negeri hendaklah menyediakan laporan kajian
keberkesanan dan syor penambahbaikan terhadap PPP (N) kepada BPSK, CDPK
dan BPPK, CPAB. Hasil daripada laporan keberkesanan ini, tindakan
penambahbaikan penubuhan dan pelaksanaan PPP (N) akan disyorkan kepada
pengurusan atasan JKR untuk dilaksanakan terhadap PPP (N) yang akan datang.
5.0 Penutup
Garis Panduan ini berpandukan kepada persetujuan awal Mesyuarat JPP. Ianya
akan dipinda dari masa ke semasa berdasarkan kajian semula dan syor
penambahbaikan. Ini bagi meningkatkan keberkesanan PPP (N) dalam
penyampaian projek dan ekspektasi pelanggan.
28 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)
Lampiran ‘A’
PENENTUAN PEGAWAI PENGUASA /PENGARAH PROJEK
Bil. Jawatan
Nilai Kontrak
Pegawai Penguasa
(Konvensional)
Pengarah Projek
(Reka dan Bina)
1. KPKR Melebihi RM750 juta Melebihi RM750 juta
2. TPKPKR Sehingga RM750 juta (melebihi
RM750 juta atas budibicara KPKR)
Sehingga RM750 juta (melebihi
RM750 juta atas budibicara KPKR)
3. Pengarah Pembinaan
(JUSA)
Sehingga RM500 juta Sehingga RM500 juta
4. Pengarah Negeri/
Wilayah/ Unit Khas
(JUSA)
Sehingga RM500 juta Projek Sivil sehingga RM500 juta
Projek Bangunan sehingga RM100
juta
5. Pengurus Besar
Kanan Pembinaan
PPK (J54/J52)
Sehingga RM250 juta Sehingga RM250 juta
6. Pengarah Negeri/
Wilayah/ Unit Khas
(selain JUSA)
Sehingga RM250 juta Projek Sivil sehingga RM250 juta
Projek Bangunan sehingga RM100
juta
7. JMPK/JMP/JMK
(Mek) Negeri atau
JEPK/JEP/JEK (Elek)
Negeri
Sehingga RM20 juta bagi kontrak di
mana JMPK/JMP/JMK (Mek) Negeri
atau JEPK/JEP/JEK (Elek) Negeri
menjadi P.P.
Sehingga RM20 juta bagi:
(i.) kontrak di mana JMPK/JMP/JMK
(Mek) Negeri atau JEPK/JEP/JEK
(Elek) Negeri menjadi P.P.
(ii) kontrak penyenggaraan bagi kerja
pakar di mana JMPK/JMP/JMK (Mek)
Negeri atau JEPK/JEP/JEK (Elek)
Negeri menjadi P.P.(melebihi RM20
juta atas budibicara KPKR)
8. Jurutera Daerah
/Jajahan/ Wilayah
(Dengan Persetujuan
Pengarah Negeri)
Sehingga RM20 juta
-
9. JAPK/JAP/JAK di
peringkat Wilayah
Persekutuan
Sehingga RM20 juta
-
Nota:
Sebarang pengecualian daripada jadual di atas hendaklah mendapat kelulusan KPKR
29 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)
Lampiran ‘B’
Opsyen Bagi Penentuan Pegawai Penguasa Dan Wakil Pe gawai Penguasa
(WPP) Utama Mengikut Had Nilai Projek
Nilai Projek No.
Opsyen Pegawai Penguasa Wakil Pegawai Penguasa Utama
Melebihi RM750 juta
1
KPKR
TKPR
2 Pengarah Projek Khas (Bangunan/Jalan)
3 Pengarah Pembinaan (JUSA C) Pasukan
Projek Khas (PPK)
Sehingga RM750 juta
4
TKPR
Pengarah Projek Khas (Bangunan/Jalan)
5 Pengarah Pembinaan (JUSA C) Pasukan Projek Khas (PPK)
6 Pengarah Negeri/Wilayah/Unit Khas
(JUSA)
Sehingga RM500 juta
(semua)
Sehingga RM100 juta
(R&B bangunan)
7
Pengarah (JUSA C)
• Pasukan Projek Khas 1
• Pasukan Projek Khas 2
• Pembinaan Pasukan Projek
Khas (PPK)
Pengurus Besar Kanan Pembinaan
PKB/PKJ/PPK (J54/J52)
8
Pengarah Negeri/Wilayah/Unit
Khas (JUSA)
KPPK/KPP Bangunan/Jalan
9 Pengurus Besar Kanan Pembinaan PPP
(N) J54
10 Jurutera Daerah
Sehingga RM250 juta
(semua)
Sehingga RM100 juta
(R&B bangunan )
11
Pengarah Negeri/Wilayah/Unit
Khas (e.g. KESEDAR) (J54/J52)
KPP/PPK Bangunan/Jalan
12 Pengurus Besar Kanan Pembinaan PPN
(N) J52
13 Jurutera Daerah
Sehingga RM250 juta
(semua)
14 Pengurus Besar Kanan
Pembinaan PPP (N) J54
Pengurus Besar Pembinaan PPP (N)
(J52/J48)
15 Pengurus Besar Kanan
Pembinaan PPK (J54/J52)
Pengurusan Besar Pembinaan PPK
(J52/J48)
Sehingga RM20 juta
16 JMPK/JMP/JMK (Mek) atau
JEPK/JEP/JEK (Elek) Negeri
JMP/JMK/Jurutera Mekanikal atau
JEP/JEK/Jurutera Elektrik
17 Jurutera Daerah Jurutera Bangunan/Jalan
18 JAPK/JAP/JAK di Wilayah
Persekutuan JAP/JAK/JA
30 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)
Rujukan
1. Surat Arahan KPKR Bil. 7/2016 bertarikh 2 Mac 2016
2. Surat Arahan KPKR Ruj. (34)dlm.JKR.KPKR.020.050/03 Klt.7 bertarikh
5 Mac 2007
3. Surat Arahan SAKPKR Bil.21/2016 bertarikh 14 November 2016.
4. Garis Panduan Pengurusan Pembinaan Projek Reka & Bina JKR
bertarikh 5 Mac 2007
5. Kamus Dewan Edisi Keempat cetakan 2016
31 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)
Glosari
1. Kompetensi kebolehan, pengetahuan dan kemahiran untuk melakukan sesuatu dengan cekap
atau dengan jayanya
2. Tambah Sentara ahli pasukan yang ditambah untuk keperluan sementara
3. ad hoc bukan sesuatu perkara yang dilakukan untuk tujuan tertentu tanpa perancangan awal
4. Core Team pasukan teras yang merangkumi beberapa ahli pasukan asas penting dari setiap
disiplin
5. Redeployment penugasan semula tenaga kerja
6. Metodologi sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu
kegiatan, disiplin