hbef2303 assignment ok
DESCRIPTION
rejectTRANSCRIPT
1. Pengenalan
Dasar penggunaan media dan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
merupakan keutamaan fokus pendidikan abad ke 21 seiring dengan era masyarakat
bermaklumat. Menurut Kementerian Pendidikan malaysia, (1997), aspek teknologi telah
digabungkan dalam kurikulum di sekolah sebagai satu daya usaha untuk menyemai dan
memupuk minat serta sikap yang positif pelajar terhadap perkembangan teknologi. Projek
literasi komputer bermula pada tahun 1986 dan diteruskan dengan projek seperti Jaringan
Pendidikan, Pusat Sumber Elektronik serta projek sekolah bestari (Lee, 2000).
Menurut arahan kabinet (Musa Mohamed, 2001) proses pengajaran dan pembelajaran
perlu mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi seperti penggunaan CD-
ROM dan komputer di sekolah. Bagi memastikan keberkesanan penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP), Kementerian
Pelajaran telah memberikan latihan praperkhidmatan dan latihan dalam perkhidmatan
kepada guru-guru dan menerbitkan Buku Panduan Pelaksanaan Pengkomputeran di
Sekolah dan dibekalkan ke sekolah-sekolah (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2003).
Sebuah artikel bertajuk Penguasaan Guru dalam ICT diutamakan - TPM telah diterbitkan
oleh Utusan Online bertarikh 13 Januari 2010. Memetik daripada petikan tersebut,
“Malaysia yakin penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah mudah dilaksanakan dengan penumpuan
kepada penguasaan di kalangan guru-guru. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin berkata, pendedahan melalui kursus berterusan kepada pentadbir
sekolah, pengetua dan guru-guru dalam mewujudkan golongan celik komputer telah
menunjukkan kesan ketara kepada perkembangan ICT di Malaysia”.
Melihat kepada perkembangan masyarakat Malaysia kini, penggunaan teknologi dalam
kehidupan bukanlah sesuatu yang asing lagi. Penggunaan telefon pintar dan pc tablet kini
cukup popular dan melampaui batas usia hinggakan tidak terkecuali kanak-kanak
sekolah. Ibu bapa kini lebih gemar dan cenderung membiarkan anak-anak mereka
bergelumang atau belajar melalui telefon pintar atau pc tablet berbanding buku. Melihat
hampir seabad ke belakang, Thomas Edison (1925) pernah berkata bahawa "books will
soon be obsolete in schools. Scholars will soon be instructed through the eye".
Situasi ini memerlukan para pendidik berfikir di luar kotak dengan menyertai arus
perkembangan teknologi di kalangan kanak-kanak dengan mengubahsuai strategi PdP
sedia ada. Persaingan cara mendapatkan ilmu begitu tinggi memandangkan tablet pc
dipenuhi dengan pelbagai aplikasi yang segar dan menarik yang sudah pasti mampu
mempertingkatkan motivasi, minat, sikap dan persepsi kanak-kanak terhadap PdP.
Kepada guru, perkembangan ini memberi kelebihan di mana bahan pengajaran yang
menarik boleh diperolehi secara mudah dan ada yang percuma.
1.0 PPBK , Android, Tablet, Telefon Pintar
Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) ialah pengajaran atau kursus,
yang disampaikan menggunakan pakej perisian pendidikan yang dibina oleh pembangun
perisian dengan menggunakan komputer. Pembelajaran dan pengajaran berbantukan
komputer (PPBK) ialah satu sistem yang melibatkan interaksi di antara perisian komputer
dengan pelajar dan guru. Menurut Gagne, Briggs dan Rosenberg (2000), komputer dapat
digunakan sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan seperti
hubungan interaktif, pengulangan, maklum balas dan pengulangan. Menurut Smaldino et
al. (2005), pengajaran yang disampaikan secara langsung kepada pelajar dengan
membenarkan mereka berinteraksi dengan pelajaran yang telah diprogramkan dalam
sistem komputer.
Sistem Operasi Android (Android OS) ialah sebuah sistem operasi (seperti Windows)
yang direka oleh Google. Bezanya Android OS memberi tumpuan terhadap kemudahan
penggunaan melalui peranti bergerak seperti telefon pintar dan komputer tablet. Android
dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian GNU. Pada
asalnya, android dibangunkan oleh Android Inc. (firma yang kemudiannya telah dibeli
oleh Google). Bagi mengembangkannya, maka terbentuklah Open Handset Alliance,
konsortium yang terdiri daripada 34 syarikat telekomunikasi seperti Google, HTC, Intel,
Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia. Penampilan yang menarik dan kemudahan
user interface adalah salah satu nilai lebih yang dimiliki sistem ini.
Tablet pc pula adalah inovasi yang memiliki kemampuan tambahan melebihi telefon
pintar dan hampir menyamai kemampuan komputer riba. Tablet pc lebih sesuai untuk
urusan menaip yang ringkas sahaja, tidak sepertimana selesa menggunakan komputer
riba. Tablet pc didatangkan dalam bentuk slate (batu tulis), menggunakan skrin sentuh
yang mana input komputer akan bertindak balas sekiranya ada sentuhan menggunakan
jari atau stilus. Paparan di skrin masih dapat dilihat dengan jelas memandangkan saiznya
yang berukuran 7 ke 10 inci. Ia juga memiliki Wi-Fi yang membolehkan penggunanya
melayari internet dengan mudah. selain dilengkapi dengan dual kamera yang dapat
merakam video HD, sidang video, permainan video dan pelbagai aplikasi lain.
Telefon pintar adalah telefon bimbit yang mempunyai ciri pengkomputeran maju dan
membolehkan penggunanya memasang aplikasi canggih berasaskan pelantar telefon
seperti Android, Symbian, iOS atau Windows Phone. Selain fungsi asas membuat dan
menerima panggilan, ia turut memiliki multimedia tambahan serta mampu menggunakan
capaian internet. Telefon pintar juga boleh dianggap sebagai komputer mini genggam
yang memiliki sistem operasi untuk melaksanakan aplikasi canggih dan kompleks.
Gambar 1 : Telefon Pintar dan Tablet PC
2.0 Kajian Ilmiah
Kajian ilmiah adalah terhadap beberapa orang ahli pengkaji terdahulu yang berkaitan
dengan PPBK dengan merujuk beberapa artikel dan jurnal dan dibentangkan mengikut
aspek tertentu.
2.1 Keupayaan Teknologi Komputer
Mohammad Haron (1989) mengatakan komputer dapat digunakan untuk membantu guru
mengajar pelbagai kemahiran dan elemen bahasa seperti pengajaran menulis, membaca
dan juga bertutur. Aspek-aspek tatabahasa, perbendaharaan kata, pemahaman, karangan,
ringkasan, penjodoh bilangan dan sebagainya dapat diajar melalui komputer.
Menurut pendapat Shelly (1997), komputer sangat berkuasa untuk menyimpan, menerima
dan memaparkan kembali maklumat. Komputer juga mempunyai kelajuan untuk
memproses data, mempunyai kesahan, ketepatan dan ruang penyimpanan yang banyak.
Sulaiman Ngah Razali, et.al (1997), Norhashim Abu Samah, et.al (1996) dan Beare dan
Slaughter (1993) berpendapat bahawa komputer adalah salah satu sumber pengajaran dan
pembelajaran yang berteknologi tinggi dan amat penting menjelang abad ke-21.
Merill (1996), menjelaskan bahawa teknologi komputer kini telah berjaya memberikan
kepelbagaian bidang untuk guru menjadikannya asas dalam pengajaran dan
pembelajaran. Ini bermakna kemampuan dan variasi yang ada pada komputer sangat
sesuai bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran pada masa kini.
2.2 Teori Pembelajaran (Behaviorisme dan Konstruktif)
Teori Pembelajaran Tingkahlaku (behaviorisme) yang diasaskan oleh Pavlov, Thorndike
dan Skinner ini mengaitkan pembelajaran dengan perubahan tingkah laku. Sesuatu
pembelajaran perlu direkabentuk agar dapat menghasilkan perubahan tingkahlaku yang
diinginkan dan boleh diukur. Pembelajaran tersebut perlu menggunakan rangsangan
untuk mencetuskan tindakbalas yang diinginkan. Menurut Pavlov setiap rangsangan akan
menimbulkan gerak balas. Ini bermakna melalui PBBK minat dan pembelajaran murid
akan sentiasa dirangsang agar mereka dapat memberi tindak balas terhadap pembelajaran.
Teori Pembelajaran Konstruktif pula menekankan pembelajaran yang berpusatkan
pelajar. Roblyer et.al; (1997) menyatakan setiap pelajar mempunyai repuatsi dan
keupayaan sendiri untuk disalurkan daripada pengetahuan yang sedia ada kepada
pengetahuan yang baharu dipersekitaran mereka. Teori konstruktif menekankan strategi
pembelajaran secara generatif, pembelajaran penemuan, pembelajaran kendiri,
pembelajaran bersokongan, pembelajaran penjelajahan dan pembelajaran penyelesaian
masalah (Slavin: 1997, Roblyer:1997). Teori ini bertepatan dengan pelaksanaan PBBK
yang mana memenuhi semua aspek teori tersebut bagi mempertingkatkan kemampuan
pelajar dalam pembelajaran.
2.4 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran
Sungguhpun sumber PBBK semakin mudah diperolehi, namun para pendidik mesti bijak
dalam memilih dan menggunakan sumber tersebut. Pemilihan bahan yang sesuai dan
bertepatan dengan strategi pengajaran perlu diberi perhatian. Menurut Roth & Neimi
(1996), pengajaran dan pembelajaran yang teratur serta strategi yang berkesan akan
mampu melahirkan pembelajaran yang benar-benar bermakna. Sebagai contoh ialah
dalam pengajaran berbantukan komputer ciri-ciri pembelajaran kendiri, pembelajaran
berkumpulan dan pembelajaran strategik wujud dalam intipatinya. Beberapa strategi
pengajaran dan pembelajaran PPBK yang dicadangkan ialah berfikir kreatif dan kritis,
penyelesaian masalah dan kolaboratif. Kajian perbandingan antara PBBK dan teknik
pengajaran bahasa secara tradisional menunjukkan bahawa penggunaan PBBK telah
membantu memperbaiki kemahiran linguistik pelajar (Rohaya, 1991; Jamaleah Ismail,
1996), meningkatkan motivasi pelajar dan mengurangkan masa yang diperlukan untuk
mempelajari sesuatu konsep (Adi Afzal Ahmad, 1996; Ismail I, 1996; Zubaidah Zakaria,
1996).
2.5 Bahan dan Sumber Terkini
“…guru hendaklah sentiasa bersedia mengemaskinikan pengetahuan dan menguasai
kemahiran terkini selaras dengan peranan mereka sebagai sumber utama, pemudahcara
dalam PdP, agen perubahan serta sumber inspirasi kepada pelajar”
(Datin Asariah Mior Shaharuddin, 2009)
Bahan pembelajaran perlu seiring situasi semasa. Pada masa kini, kanak-kanak hidup
dalam persekitaran yang dikuasai ledakan teknologi dan maklumat. Maka guru perlu
mempunyai sikap keterbukaan untuk membolehkan perubahan dan penyesuaian berlaku
dalam sistem pendidikan di sekolah (Wan Mohd Zahid Mohd Nordin, 1993). Seperti
mana kata Saidina Umar Al-Khatab, “Ajarlah anak kamu seperti mana zamannya”.
2.6 Meningkatkan Tahap Pencapaian
Menurut Abdul Rahman (1995), penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan
tahap kecedasan pelajar mampu mempertingkatkan kejayaan mereka. Pelajar dapat
memanipulasikan bahan sumber yang disediakan secara maksimum dan adil selari
dengan kecerdasan pelbagai (Gadners, 1999). Pelajar berpeluang mencungkil
kemampuan yang ada pada diri mereka melalui bahan yang memerlukan mereka berfikir
secara aktif dan responsif. Kajian perbandingan antara PBBK dan teknik pengajaran
bahasa secara tradisional menunjukkan bahawa penggunaan PBBK telah membantu
memperbaiki kemahiran linguistik pelajar (Rohaya, 1991; Jamaleah Ismail, 1996),
meningkatkan motivasi pelajar dan mengurangkan masa yang diperlukan untuk
mempelajari sesuatu konsep (Adi Afzal Ahmad, 1996; Ismail I, 1996; Zubaidah Zakaria,
1996).
2.7 Pengajaran Aktif
Rozinah Jamaludin (2005) menyatakan kewujudan kepelbagaian teknologi sebagai alat
bantu mengajar mampu membawa perubahan positif kepada kaedah pengajaran guru.
Penggunaan teknik chalk & talk dan test & drill secara berlebihan telah dibuktikan
menjadi punca pelajar bosan dan burnt-out (Lea, 2003 & Sam 2004). Berasaskan Teori
Bruner, pemilihan kaedah, teknik dan strategi P&P secara ‘Discover Learning’ berupaya
merangsang pelajar belajar untuk secara aktif dengan menyeimbangkan aspek kognitif,
psikomotor serta afektif sehingga menghasilkan pembelajaran yang bermakna kepada
kanak-kanak.
2.8 Kelemahan Perisian Sedia Ada
Menurut Chen & Shen (1989) semenjak dua dekad yang lalu, semakin banyak perisian
dihasilkan namun mutu perisian PBK masih lagi dipertikaikan. Bialo & Erickson (1985)
menyatakan antaranya disebabkan pernyataan objektif yang kurang jelas, pendekatan
yang kurang sesuai dengan matlamat pembelajaran, kurangnya penilaian yang dijalankan
oleh guru untuk mencapai menentukan pencapaian pelajar dan kurangnya bahan
sokongan. Antara puncanya ialah kekurangan pengetahuan dalam sukatan pelajaran dan
psikologi pembelajaran (Bullough & Beatty, 1991), penggunaan model pembangunan
yang kurang sesuai (Jonassen, 1988), perisian yang disediakan berlandaskan permintaan
pasaran dan bukan kepada keperluan pelajar( Futrell & Geisert, 1985) dan kekurangan
program penilaian sebelum aplikasi perisian ke dalam bilik darjah ( Schwarz & Lewis,
1989). Maka Flouris (1989) mencadangkan agar rekabentuk pengajaran dan model
pembangunan yang berlandaskan teori pembelajaran yang sah dan prinsip psikologi
pengajaran diaplikasikan dalam membangunkan perisian.
BAB 3
METODOLOGI
3.1 Pendahuluan
Kajian yang dijalankan ini adalah merupakan satu penyelidikan ke atas bahan atau
aplikasi PBBK untuk topik pengajaran Asas Membaca Bahasa Malaysia Tahun 1. Aspek
yang diberi penekanan ialah terhadap isi kandungan dan teknikal pada perisian PBBK
yang akan diajar oleh guru. Hasil penyelidikan ini diharap dapat mempelbagaikan cara
pengajaran dan pembelajaran agar lebih ceria dan berkesan.
3.3 Kaedah Kajian
Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Saya dapati kaedah soal
selidik lebih sesuai digunakan untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat terhadap
tahap mutu perisian ini. Menurut Majid (2000), borang soal selidik dapat meningkatkan
ketepatan dan kebenaran gerak balas yang diberikan oleh responden kerana ia tidak
dipengaruhi oleh gerak laku pengkaji. Dalam menjalankan kajian ini, saya menggunakan
instrumen soal selidik yang dibina sendiri. Soal selidik ini terbahagi kepada tiga bahagian
yang melibatkan penilaian terhadap mutu perisian. Bahagian pertama berdasarkan isi
kandungan, bahagian kedua berdasarkan reka bentuk skrin dan interaktiviti manakala
bahagian ketiga berdasarkan dokumentasi.
3.4 Instrumen dan Responden Kajian
Alat penyelidikan yang saya gunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik yang
menggunakan skala likert. Skala Likert difikirkan sesuai kerana ia merupakan
pengukuran utama yang mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi. Soal
selidik ini mengandungi 30 soalan yang dibina berdasarkan objektif kajian.
Skor Nilai Skor
Sangat Tidak Bersetuju 1
Tidak Setuju 2
Tidak Pasti 3
Setuju 4
Sangat Setuju 5
Jadual 1 : Format skala Likert (Dipetik dari modul Statistik OUM)
Responden bagi soal selidik kajian ini terdiri daripada 10 orang guru dari sekolah yang
sama. Para responden ditetapkan pada satu hari untuk dipertontonkan perisian yang
dipilih. Kemudian responden diedarkan borang soal selidik dan diminta untuk menilai
perisian berdasarkan skala yang ditetapkan. Ini bagi memastikan sama ada perisian
tersebut sesuai untuk digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran atau
sebaliknya.
3.5 Lokasi Kajian
Lokasi kajian ialah di SK Seri Ampang, Ipoh. Sekolah ini terletak di bandar Ipoh dengan
Jumlah pelajar seramai 5767868 orang. Sekolah ini menawarkan pembelajaran daripada
tahun satu sehingga tahun enam. Sekolah ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan
pembelajaran khususnya makmal komputer dan talian internet.
3.6 Analisis Data
Data yang diperolehi dari soal selidik ini dianalisis secara dekskriptif mengggunakan
peratus.
BAB 4
HASIL DAPATAN
4.0 Pengenalan
Bahagian ini akan menganalisis keputusan soal selidik yang telah dijalankan kepada 10
orang guru di SK Seri Ampang. Soal selidik yang dilaksanakan ini merangkumi tiga
aspek iaitu dari aspek isi kandungan pelajaran, aspek teknikal (reka bentuk skrin dan
interaktiviti) dan aspek dokumentasi. Data yang diperoleh akan dianalisis dalam bentuk
jadual dan graf.
4.1 Mutu Perisian Berdasarkan Aspek Isi Kandungan Pelajaran
Ite
m
Pernyataan Setuju
1 Isi pelajaran menepati objektif pelajaran. 9 orang
2 Isi pelajaran dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid. 9 orang
3 Isi pelajaran berasaskan sukatan pelajaran 10 orang
4 Isi pelajaran ini memberi maklumat yang tepat tentang topik pelajaran 9 orang
5 Isi pelajaran lengkap dan jelas. 8 orang
6 Isi pelajaran saling berkait. 9 orang
7 Isi pelajaran disusun dengan teratur 10 orang
8 Isi pelajaran dibahagikan mengikut subtopik 5 orang
9 Isi pelajaran sesuai dengan tahap murid. 10 orang
10 Isi pelajaran disampaikan dengan bahasa yang mudah. 9 orang
Jadual 4.1 Bilangan Guru Setuju bagi Aspek Isi Kandungan Pelajaran
Berdasarkan jadual 4.1, analisis mendapati bahawa 9 orang guru bersetuju yang perisian
android ini menepati objektif pelajaran, dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid,
isi pelajaran saling berkait dan disampaikan dengan bahasa penyampaian yang mudah.
Dari segi kekemasan susunan, kesesuaian dengan tahap murid dan menepati sukatan
pelajaran pula kesemua guru bersetuju bahawa perisian android ini telah memenuhi aspek
ini. 8 orang guru pula bersetuju bahawa perisian ini lengkap dan jelas isi kandungannya.
Sungguhpun begitu, dapatan menunjukkan terdapat 5 orang guru yang memilih
keputusan tidak pasti kerana tidak pasti perisian ini membahagikan isi pelajaran mengikut
subtopik atau tidak. (Lihat Jadual 4.1)
0
2
4
6
8
10
12
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Item Soal Selidik
Pera
tus
(%)
Graf 4.1 Peratusan Guru Setuju bagi Aspek Isi Kandungan Pelajaran
Rata-rata penilaian guru terhadap isi kandungan perisian ini adalah sangat baik.
Antaranya ialah isi pelajaran yang sesuai dengan tahap dan kemampuan murid. Ini selari
dengan kenyataan Abdul Rahman (1995) yang mana penggunaan bahan bantu mengajar
yang sesuai dengan tahap kecedasan pelajar mampu mempertingkatkan kejayaan murid.
Data juga menunjukkan hampir kesemua guru berpendapat perisian ini menggunakan
bahasa mudah untuk didengar, dibaca dan difahami oleh murid. Chua (2002) menyatakan
ciri-ciri mesra pengguna bahan PBBK termasuklah keterangan yang ditulis dalam bahasa
yang mudah difahami oleh pengguna dan arahan-arahan yang jelas serta ringkas.
Selain itu, isi pelajaran yang tersusun dengan baik serta mempunyai perkaitan antara satu
tahap ke tahap seterusnya sangat membantu murid melihat perkembangan kemahiran
bahasa mereka. Pemahaman akan mencetuskan rasa ingin tahu perkara seterusnya dan
tidak menyebabkan murid jemu terhadap apa yang sedang dipelajari. Sepertimana
menurut Adi Afzal Ahmad (1996), PBBK dapat meningkatkan motivasi pelajar dan
mengurangkan masa yang diperlukan untuk mempelajari sesuatu konsep.
Aktiviti pelajaran yang terdapat dalam perisian ini juga menepati objektif pelajaran yang
dirancang pada awal paparan perisian.. Aktiviti yang dimaksudkan ialah membunyikan
huruf, menamakan huruf dan panduan untuk menulis huruf.
4.2 Mutu Perisian Kursus Berdasarkan Aspek Teknikal
Item Penyataan Setuju
1 Arahan pada skrin senang difahami. 9 orang
2 Elemen multimedia yang digunakan mampu menarik minat murid. 6 orang
3 Warna latar dan objek dapat memikat perhatian murid. 4 orang
4 Muzik latar yang digunakan mampu menarik minat murid untuk
mengikuti pelajaran seterusnya.
5 orang
5 Animasi/simulasi yang digunakan dapat membantu proses PdP. 6 orang
6 Saiz dan jenis huruf sesuai dan mudah untuk dibaca. 8 orang
7 Objek yang digunakan adalah menarik. 7 orang
8 Kedudukan butang interaktif pada skrin sesuai / senang dicapai. 9 orang
9 Subtopik-subtopik yang terdapat dalam perisian ini boleh diulangi. 5 orang
10 Pengguna dapat mengawal masa pergerakan paparan skrin. 9 orang
Jadual 4.2 Bilangan Guru Setuju bagi Aspek Teknikal
Dari sudut teknikal, respons yang diberikan para guru agak bervariasi iaitu julat
persetujuan adalah antara 4 ke 9 orang (lihat Jadual 4.2). Terdapat 9 orang guru yang
bersetuju bahawa perisian ini mempunyai paparan skrin yang mudah difahami serta
pengguna dapat mengawal tempoh masa paparan skrin. 8 orang guru berpendapat saiz
dan jenis huruf sesuai bagi murid tahap satu manakala 7 orang bersetuju terhadap jenis
objek yang dipaparkan. Bagi pemilihan latar muzik pula, 5 orang guru sahaja yang
bersetuju. Manakala aspek pemilihan warna latar dan objek kurang mendapat undian guru
yang mana hanya 4 orang guru yang bersetuju.
012345678910
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Item Soal Selidik
Pera
tus
(%)
Graf 4.2 Peratusan Guru Setuju bagi Aspek Teknikal
Data daripada graf menggambarkan aspek teknikal perisian ini yang agak sederhana.
Aspek paparan skrin pada perisian ini umunya mendapat undian yang baik. Misalnya
90% bersetuju kedudukan butang interaktif pada skrin sesuai / senang dicapai. Ini antara
ciri-ciri perisian yang baik sepertimana menurut Chua (2002), perisian mesra pengguna
mempunyai kedudukan butang arahan yang tetap, teratur dan piawai bagi memudahkan
pengguna.
Menurut Norhashim et al. (1996), perisian mesra pengguna tidak akan menyusahkan
pengguna dan membenarkan pengguna membentuk pembelajaran interaktif. Dengan itu,
pembelajaran akan lebih menarik dan bermotivasi. Ini dapat dilihat kepada arahan-arahan
yang sangat membantu pada skrin ini yang mendapat undian sebanyak 90%.
Sungguhpun begitu, undian guru terhadap pemilihan warna latar dan muzik latar agak
rendah iaitu sekitar 40 % - 50 % sahaja. Pemilihan muzik instrumen ’Rasa Sayang’ pada
permulaan agak tepat namun bunyi yang disetkan agak kuat. Selain mengganggu
pendengaran, ia juga akan mengganggu tumpuan kerana perlu kerap membetulkan
kekuatan ’volume’ lagu sewaktu PdP berlangsung.
Warna juga agak kusam khususnya warna objek. Umum mengetahui kanak-kanak
sukakan warna objek yang pelbagai dan terang bagi menarik perhatian mereka. Cuma
perlu diberi perhatian warna yang hendak digunakan jangan sampai mengganggu
perhatian terhadap fokus sebenar iaitu pelajaran.
Begitu juga data yang menunjukkan separuh guru mendapati sub topik dalam perisian ini
tidak dapat diulangi. Pengulangan atau latih tubi merupakan salah satu unsur yang
penting dalam PBBK bagi membezakannya dengan cara tradisional. PBBK jenis latih
tubi menggalakkan murid menguasai suatu kemahiran atau pengetahuan dan melalui
proses penilaian sebelum mempelajari bahagian-bahagian seterusnya. Dalam latih tubi,
grafik dan multimedia yang menarik boleh digunakan untuk memotivasi dan memberi
maklum balas.
4.3 Mutu Perisian Kursus Berdasarkan Aspek Dokumentasi
Ite
m
Penyataan Setuju
1 Tindak balas yang diberikan oleh perisian adalah cepat. 9 orang
2 Perisian membolehkan pelbagai tahap pelajar dapat memahami konsep. 6 orang
3 Perisian menggunakan pendekatan pengajaran yang sesuai dengan topik. 8 orang
4 Perisian mengambil kira elemen pelbagai gaya pembelajaran pelajar. 9 orang
5 Perisian mengambil kira elemen pelbagai kecerdasan (mutiple
intelligences).
9 orang
6 Perisian boleh digunakan sebagai bahan sokongan P&P. 9 orang
7 Perisian mudah untuk digunakan sebagai bahan mengajar dalam kelas. 9 orang
8 Perisian membolehkan guru menamatkan penggunaan pada bila-bila
masa.
9 orang
9 Perisian dapat mengukur kemampuan berbahasa murid. 7 orang
10 Perisian mengandungi nilai-nilai murni. 7 orang
Jadual 4.3 Bilangan Guru Setuju bagi Aspek Dokumentasi
Secara keseluruhannya, perisian yang dihasilkan amat menepati tuntutan keperluan
kurikulum di mana julat persetujuan guru adalah antara 6 ke 90 orang (lihat Jadual 4.3).
Meskipun secara relatifnya, perisian ini dikatakan kurang menarik dari aspek warna dan
muzik, namun ia amat mementingkan elemen pelbagai kecerdasan (9 undian). Malah 9
orang guru turut bersetuju bahawa perisian ini mementingkan aspek pelbagai gaya
pembelajaran murid, tindak balas yang cepat sebagai bahan sokongan, sebagai bahan
mengajar dan boleh ditamatkan penggunaannya pada bila-bila masa. balas perisian,
difikirkan perlu. Hanya dari aspek kepelbagaian tahap pelajar untuk memahami konsep
sahaja yang mendapat persetujuan yang agak rendah iaitu 6 undian sahaja.
012345678910
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Item Soal Selidik
Pera
tus
(%)
Graf 4.3 Peratusan Guru Setuju bagi Aspek Teknikal
90 % guru bersetuju bahawa perisian ini mementingkan elemen pelbagai kecerdasan. Ia
melibatkan aspek intrapersonal, lingusitik dan kinestetik murid. Misalnya aktiviti
mengenalpasti huruf, murid perlu memerhatikan ruang dan objek yang sedang bergerak.
Pada masa yang sama murid perlu memilih dengan pantas huruf yang ditentukan. Teori
kecerdasan pelbagai diperkenalkan oleh Howard Gardner pada 1983 di mana menurut
beliau kecerdasan seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan.
90% guru juga bersetuju bahawa perisian ini mementingkan aspek pelbagai gaya
pembelajaran. Menurut Peterson (1979) & Steward (1981), gaya pembelajaran boleh
merujuk kepada pendekatan pengajaran digemari oleh seseorang pelajar. Perisian ini
menggunakan tiga gaya pembelajaran yang lebih umum iaitu gaya pembelajaran visual,
gaya pembelajaran auditori dan gaya pembelajaran kinestetik.
5.0 HASIL DAPATAN
Berdasarkan analisis data, perisian android bertajuk Belajar Membaca digunakan untuk
mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris. Analisis data juga menunjukkan beberapa
tempat di sekolah telah digunakan untuk menjalankan pengajaran menggunakan perisian
kursus. Kebanyakan P&P yang menggunakan PK dijalankan di bilik darjah. Di bilik
darjah, guru menggunakan troli PPSMI yang dibekalkan oleh KPM.
Semasa pemerhatian penggunaan perisian kursus dalam P&P, didapati bahawa
kebanyakan guru telah mempamerkan kebolehan menggunakan teknologi dalam proses
P&P. Ini mungkin dipengaruhi oleh latar belakang guru. Mereka ini pernah mengikuti
kursus berkaitan ICT dan juga kelihatan berminat dengan ICT.
Selepas meneliti segala aspek berkaitan perisian android yang bertajuk Belajar membaca
ini, kebanyakan guru mendapati perisian ini baik dan boleh digunakan bagi tujuan PdP.
kelemahan PK ini adalah tidak mempunyai latih tubi, tutorial dan permainan.
5.1 Latih Tubi
Menurut Alessi & trollip ( 1991), beliau telah mencadangkan cara pemilihan soalan-
soalan yang sesuai digunakan dalam latih tubi. Antara caranya adalah pilihan secara
rawak di mana soalan dipilh dari senarai soalan-soalan secara rawak. Selain itu, soalan
disusun mengikut suatu susunan yang ditentukan terlebih dahulu. Teknik flashcard juga
cara yang baik kerana murid menjawab satu senarai soalan, soalan-soalan yang dijawab
dengan salah disusun semula dan diberikan semula kepada murid. Proses ini berterusan
sehingga murid menjawab kesemua soalan dengan betul.
Latih tubi mempunyai kelebihan tersendiri dalam kemampunan komputer. PKBK jenis
latih tubi membolehkan murid mengawal perjalanan perisian kursus mengikut
kesesuaian. Di samping itu, latih tubi juga menggalakkan murid menguasai suatu
kemahiran atau pengetahuan dan melalui proses penilaian sebelum mempelajari
bahagian-bahagian seterusnya. Dalam latih tubi, grafik dan multimedia yang menarik
boleh digunakan untuk memotivasi dan memberi maklum balas.
5.2 Tutorial
Tutorial merupakan sejenis PPBK yang digunakan untuk mempersembahkan bahan
pengajaran yang baru dan mempunyai langkah-langkah penerangan yang tersusun (Alessi
& Trollip, 1991). PPBK jenis ini bertindak sebagai tutor yang menyampaikan pengajaran.
Tutorial yang dibangunkan dengan baik membolehkan murid belajar mengikut
kemampuan dan merekodkan aktiviti pembelajaran mereka.
Tutorial juga digunakan dalam latihan (Scheafermeyer, 1990). Ianya juga dapat
digunakan untuk pengukuhan, menyelesaikan masalah (Alessi & Trollip, 1985) dan untuk
mengajar konsep-konsep yang konkrit dan abstrak. Ini semua dilakukan dengan
menggunakan ilustrasi, animasi, soalan serta teks. Perkembangan teknologi komputer
membolehkan video serta audio digunakan untuk merangsang pelajar.
Tutorial bermula dengan bahagian pengenalan yang menerangkan kepada murid tentang
perisian kursus yang digunakan termasuk objektif pembelajaran. Ini diikuti dengan
persembahan bahan pengajaran. Seterusnya murid diuji sama ada mereka telah
menguasai pengajaran yang disampaikan. Bergantung kepada respons murid, perisian
kursus akan sama ada menyampaikan maklumat seterusnya atau memberi maklum balas
atau melakukan proses pemulihan. Di akhir tutorial, murid akan diberitahu tentang
pencapaian mereka dan maklumat tentang penggunaan perisian kursus tersebut.
Tutorial membolehkan murid belajar mengikut kemampuan masing-masing. Murid yang
cerdas boleh menjalankan aktiviti dengan cepat, manakala murid lemah pula dibimbing
melalui pemulihan (Alessi & Trollip, 1991). Di mana perlu, murid boleh mengulangi
pelajaran sekerap yang diingini sehingga mereka memahami sepenuhnya kandungan
pelajaran yang disampaikan.
5.3 Permainan
Permainan komputer adalah PPBK yang semakin popular masa kini. Permainan
menggunakan pendekatan belajar sambil bermain untuk menarik minat murid dan untuk
menjadikan pembelajaran suatu yang menyeronokkan.
Menurut MacFarlane & Sparrowhawk (2002), dalam melaksanakan permainan dalam
pengajaran, guru perlu berhati-hati agar objektif permainan adalah sesuai dengan objektif
pengajaran. MacFarlane & Sparrowhawk (2002) juga telah menjalankan kajian terhadap
kesan penggunaan permainan dalam pengajaran dengan menggunakan The Sims, Sim
City 3000 dan beberapa lagi permainan. Kajian mereka mendapati bahawa guru-guru
berpendapat bahawa walaupun kandungan pelajaran di dalam permainan adalah sesuai
dengan kandungan kurikulum, tahap pembelajaran murid adalah rendah. Walau
bagaimanapun, dapatan positif telah diperolehi dari segi penyelesaian masalah, daya
ingatan, semangat kerjasama, komunikasi antara murid dan hormat-menghormati.
6.0 Kesimpulan
Kajian ini hanya dijalankan di SJK ( c) Sin Hwa dan hasil yang didapati menunjukkan
bahawa kumpulan guru-guru ini sudah bersedia untuk menggunakan teknologi maklumat
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris walaupun pada tahap yang
sederhana bagi aspek pengetahuan dan sikap. Van Lengen dalam Morton (1996)
menyatakan bahawa kebanyakan guru sudah bersedia untuk mengimplementasikan
teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Era teknologi ini berlaku dengan begitu
pantas menyebabkan para guru yang tidak bersedia akan ketinggalan. Ini tidak
seharusnya berlaku kerana guru merupakan elemen pertama dalam menyampaikan
maklumat kepada murid menerusi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu, para
guru sepatutnya mengambil inisiatif sendiri untuk belajar dan mendalami bidang
teknologi ini. Sikap guru juga mestilah positif dan menerima teknologi ini sebagai satu
perubahan yang positif untuk kecemerlangan pelajar (Galigan, 1997).
Guru juga harus memahirkan diri dengan berbagai kemahiran bukan sahaja untuk
pengajaran dan pembelajaran malah untuk meningkatkan prestasi diri sendiri. Guru-guru
harus diberi peluang untuk mendalami penggunaan teknologi maklumat dalam
pengajaran dan pembelajaran. Bilangan komputer yang mencukupi perlu dibekalkan
untuk kegunaan guru dan murid. Selain itu, sebuah makmal komputer bersama keperluan
rangkaian tertentu perlu disediakan untuk keselesaan guru dan murid. Pihak sekolah juga
perlu menganjurkan kursus-kursus komputer dan penggunaan teknologi maklumat untuk
guru dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam kelas. Guru juga perlu
didedahkan dengan cara membina dan membangunkan perisian agar guru mempunyai
pengalaman untuk membuat bahan pengajaran sendiri mengikut kreativiti masing-
masing. Selain daripada itu, cara membaiki komputer perlu didedahkan secara ringkas
agar guru mempunyai pengalaman untuk membaiki komputer dan peralatan elektronik
sekiranya ada kerosakan kecil.
Guru-guru juga mesti diberikan kebebasan untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas masing-masing. Kulik & Kulik (1991) menyatakan
keadaan ini akan membuatkan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih teratur. Ini
disebabkan oleh pendekatan pembelajaran menggunakan teknologi ini lebih berpusatkan
kepada murid dan ini memerlukan murid berbincang dan bertukar-tukar pendapat. Kelas
akan menjadi lebih bising daripada biasa tetapi ia akan sentiasa di bawah kawalan
seorang guru. Murid pula akan menjadi lebih kreatif dan aktif. Ini secara tidak langsung
menjadikan suasana pembelajaran lebih selesa serta dapat menarik minat murid.