hubungan antara kecerdasan emosi dengan … · menyiapkan tugasan ini. buat ayah dan ibu serta...
TRANSCRIPT
HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN PRESTASI
KEMAHIRAN ASAS PENDIDIKAN PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI
PENDIDIKAN, UTM SKUDAI, JOHOR.
NURAIN BINTI MION AHMAD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN PRESTASI
KEMAHIRAN ASAS PENDIDIKAN PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI
PENDIDIKAN, UTM SKUDAI, JOHOR.
NURAIN BINTI MION AHMAD
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
ii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)”
Tandatangan :………………………………………………………….
Nama Penyelia : Prof. Madya Dr. Mohamed Najib Bin Abdul Ghafar
Tarikh : APRIL 2010
iii
“Saya akui bahawa karya ini adalah karya saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan :…………………………………………………
Nama Penulis : NURAIN BINTI MION AHMAD
Tarikh : APRIL 2010
iv
DEDIKASI
Teristimewa buat,
Ayah dan ibu yang disayangi,
Mion Ahmad bin Kulop Mat Piah
Norriza binti Zainal Abidin
Nasihat dan amanatmu sentiasa menjadi panduan.
Adik-beradik, teman istemewa dan rakan seperjuangan,
Pengorbanan, dorongan dan harapan dari kalian amat dihargai.
v
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Amat Mengasihani. Segala
puji bagi Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W kerana dengan taufik dan hidayahnya, maka saya telah diberi
kekuatan dan ketabahan untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing iaitu Prof.
Madya Dr. Mohamed Najib Bin Abdul Ghafar di atas bimbingan, tunjuk ajar,
perbincangan dan pandangan yang diberikan oleh beliau sepanjang tempoh
menyiapkan tugasan ini.
Buat ayah dan ibu serta keluarga tersayang, teman istimewa dan juga rakan-
rakan seperjuangan, terima kasih di atas pengorbanan, sokongan, dorongan dan
kerjasama kalian.
vi
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji hubungan antara kecerdasan emosi
dengan prestasi kemahiran asas pendidikan. Seramai 377 orang pelajar tahun akhir
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor telah dipilih
sebagai sampel kajian. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan
borang soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan data dan seterusnya data
yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis statistik deskriptif
dan analisis statistik inferensi dengan bantuan Statistical Packages For Social
Sciences (SPPP versi 11.00 untuk windows). Instrumen yang digunakan adalah soal
selidik kecerdasan emosi yang telah diambil dari Mohd Najib (2003). Dapatan
analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap kecerdasan emosi responden adalah
di tahap yang tinggi. Manakala analisis inferensi menunjukkan tidak wujud
hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan prestasi kemahiran asas
pendidikan pelajar. Di samping itu, dikemukakan juga cadangan kajian untuk
meningkatkan lagi tahap kecerdasan emosi pelajar.
vii
ABSTRACT
The study is carried out to find the relationship between emotional
intelligence and the level of foundation of education skills. A total of 377 final year
students of the Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor
was chosen as the study sample. The study was done by using questionnaire as an
instrument to obtain data and and the data was analysed using descriptive statistical
analysis Statistical Packages for Social Sciences (SPSS version 11 for windows).
The instrument employed for this research was adapted from Mohd Najib (2003).
The findings indicate that emotional intelligence of the respondents are at high level.
The inferential analyses showed no significant relationship between emotional
intelligence with the level of foundation of education skills. In addition, several
recommendations were given to further improve the level of emotional intelligence
of students.
x
KANDUNGAN
BAB PERKARA
MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENGENALAN
1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Konsep dan Operasional 8
1.8.1 Kecerdasan Emosi 8
1.8.2 Kemahiran Asas Pendidikan 9
ix
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
11
2.1 Pendahuluan 11
2.2 Konsep Kecerdasan 11
2.3 Teori Kecerdasan Emosi 12
2.4 Kemahiran Asas Pendidikan 17
2.5 Kajian-kajian Lepas Tentang Kecerdasan Emosi
20
BAB 3 METODOLOGI
24
3.1 Pendahuluan 24
3.2 Reka Bentuk Kajian 24
3.3 Populasi dan Sampel 25
3.4 Instrumen Kajian 27
3.4.1 Bahagian A: Latar Belakang Responden 27
3.4.2 Bahagian B: Kecerdasan Emosi 27
3.5 Kajian Rintis 29
3.6 Analisis Data 29
3.7 Taqwim Penyelidikan 35
x
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
36
4.1 Pendahuluan 36
4.2 Analisis Deskriptif 36
4.2.1 Analisis Latar Belakang Responden 37
4.2.1.1 Jantina dan Etnik 38
4.2.1.2 Umur dan Program Pengajian 39
4.2.1.3 Prestasi Kemahiran Asas
Pendidikan
41
4.2.2 Analisis Tahap Kecerdasan Emosi 44
4.2.2.1 Konstruk Mengenal Emosi 44
4.2.2.2 Konstruk Mengurus Emosi 46
4.2.2.3 Konstruk Motivasi Diri Sendiri 47
4.2.2.4 Konstruk Timbang Rasa 49
4.2.2.5 Konstruk Kemahiran Sosial 51
4.3 Analisis Inferensi 53
4.4 Rumusan Hasil Kajian 57
xi
BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
59
5.1 Pendahuluan 59
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 60
5.2.1 Tahap Kecerdasan Emosi 60
5.2.1.1 Konstruk Mengenal Emosi 61
5.2.1.2 Konstruk Mengurus Emosi 62
5.2.1.3 Konstruk Motivasi Diri Sendiri 62
5.2.1.4 Konstruk Timbang Rasa 63
5.2.1.5 Konstruk Kemahiran Sosial 63
5.2.2 Prestasi Kemahiran Asas Pendidikan 63
5.2.3 Hubungan Antara Kecerdasan Emosi
Dengan Prestasi Kemahiran Asas
Pendidikan
64
5.3 Implikasi Hasil Kajian 66
5.4 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 67
5.5 Kesimpulan 68
RUJUKAN 69
LAMPIRAN A 72
xii
SENARAI JADUAL
NO.
JADUAL
TAJUK MUKA
SURAT
2.1 Sinopsis Mata Pelajaran Kemahiran Asas
Pendidikan
18
3.1 Bilangan Pelajar mengikut Program 26
3.2 Skor Maklum Balas Skala Likert 27
3.3 Spsifikasi Jumlah Item Bagi Kategori Kecerdasan
Emosi
28
3.4 Mata Nilai Gred Pencapaian Mata Pelajaran
Kemahiran Asas Pendidikan
30
3.5 Jam Kredit bagi setiap Mata Pelajaran Kemahiran
Asas Pendidikan
31
3.6 Cara Pengiraan PNGK Mata Pelajaran Kemahiran
Asas Pendidikan
32
3.7 Kriteria untuk Mentaksir Kekuatan Hubungan
Antara Dua Pembolehubah
34
4.1 Jadual Rentas Etnik dengan Jantina Responden 38
4.2 Jadual Rentas Umur dengan Program Pengajian
Responden
39
4.3 Jadual Keputusan Mata Pelajaran Kemahiran Asas
Pendidikan
41
4.4 Jadual Keputusan Keseluruhan PNGK Mata
Pelajaran Kemahiran Asas Pendidikan
43
4.5 Jadual Kekerapan Item mengikut Konstruk
Mengenal Emosi
45
4.6 Jadual Kekerapan Item mengikut Konstruk
Mengurus Emosi
46
xiii
4.7
Jadual Kekerapan Item mengikut Konstruk Motivasi
Diri Sendiri
47
4.8 Jadual Kekerapan Item mengikut Konstruk Timbang
Rasa
49
4.9 Jadual Kekerapan Item mengikut Konstruk
Kemahiran Sosial
51
4.10 Taburan Min Dan Tahap Penerimaan Responden
Bagi Konstruk-Konstruk Kecerdasan Emosi Secara
Keseluruhan
52
4.11 Hubungan Korelasi Antara Konstruk Kecerdasan
Emosi Dengan Prestasi Kemahiran Asas Pendidikan
54
4.12 Hubungan Korelasi Antara Kecerdasan Emosi
Dengan Prestasi Kemahiran Asas Pendidikan
56
xiv
SENARAI RAJAH
NO.
RAJAH
TAJUK MUKA
SURAT
2.1 Kerangka Teori Kecerdasan Emosi 14
2.2 Aliran Ciri Kecerdasan Emosi 16
4.1 Taburan Min bagi gred pencapaian Mata Pelajaran
Kemahiran Asas Pendidikan
42
4.2 Taburan kekerapan (frekuensi) bagi PNGK Mata
Pelajaran Kemahiran Asas Pendidikan
44
4.3 Taburan Min dan Tahap Penerimaan Responden
Bagi Konstruk-konstruk Kecerdasan Emosi serta
Kecerdasan Emosi Secara Keseluruhan
53
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Ramai yang berpendapat bahawa kecerdasan intelek (IQ atau intelligence
quotient) seseorang yang melambangkan kepada kejayaan individu itu sendiri dalam
kehidupannya. Kebiasaannya sekolah akan menjalankan ujian IQ seperti peperiksaan
akhir tahun untuk memilih kelompok pelajar yang bijak pandai bagi tujuan
pengelasan. Bermakna pelajar yang bijak akan ditempatkan dalam satu kelas dan
yang kurang bijak akan ditempatkan dalam satu kelas yang lain dan begitulah
seterusnya. Walaubagaimanapun, kecerdasan intelek bukanlah 100% faktor yang
akan menjamin kesejahteraan hidup seseorang itu. Kenyataan ini telah disokong oleh
seorang psikologi iaitu Goleman yang telah mempopularkan kecerdasan emosi (EQ)
pada tahun 1995 menyatakan “IQ menyumbangkan hanya 20 peratus faktor yang
membawa kepada kejayaan hidup dan selebihnya iaitu 80 peratus adalah bergantung
kepada kecerdasan emosi (EQ) seseorang” (Goleman, 1995).
Kenyataan ini sudah cukup jelas menggambarkan bahawa kecerdasan emosi
bagi seseorang individu itu adalah sangat penting kerana apabila emosi stabil,
seseorang itu dapat membuat suatu keputusan atau tindakan dengan bijak. Penilaian
seseorang individu bukan sahaja berasaskan pada keintelektualannya (IQ) malah
kecerdasan emosi (EQ) yang ada pada dirinya.
12
Menurut O‟Neil, (1996) dalam Recker (2001) kecerdasan emosi adalah satu
jalan lain untuk menjadi seorang hebat. Kecerdasan emosi merangkumi keupayaan
memahami dan menggunakan emosi dalam kehidupan seharian. Selain itu, ia dapat
memotivasikan, bersifat empati serta berkeupayaan kemahiran sosial.
Konsep kecerdasan emosi (EQ atau Emotional Quotient) ini adalah satu
konsep kecerdasan yang luas dan mempunyai kaitan dengan kesedaran terhadap
emosi dan perasaan dan bagaimana perasaan boleh berinteraksi dengan kecerdasan
mental atau IQ (Koharuddin, 2004). Menurut pelopor yang mula-mula
memperkenalkan konsep EQ, Mayer dan Salovey (1993) dalam Koharuddin (2004)
menyatakan bahawa kecerdasan emosi membenarkan seseorang untuk berfikir
secara kreatif dan menggunakan emosi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Kecerdasan emosi bagi individu itu merangkumi empat bahagian iaitu mengenal,
menggunakan, memahami dan mengawal emosi. Ini jelas menunjukkan bahawa
seseorang individu yang berupaya menjelaskan atau menyedari emosinya,
menggunakan emosinya dengan bijak, memahami emosinya, dan mengawal
emosinya dianggap mempunyai kecerdasan emosi (EQ).
Dalam konteks kajian pula, kemahiran asas pendidikan menjadi ukuran.
Kemahiran asas pendidikan adalah kemahiran asas untuk menjadi guru. Kemahiran
ini meliputi kemahiran mengajar, kurikulum, penilaian, tingkah laku pelajar dan cara
menyelidik. Dengan kata lain, kemahiran asas pendidikan adalah adalah kursus yang
perlu diambil oleh pelajar yang memilih bidang perguruan. Di UTM contohnya,
pelajar Fakulti Pendidikan perlu mengambil kursus kemahiran asas pendidikan
untuk membolehkannya memperolehi ijazah sarjana muda pendidikan. Antara mata
pelajaran bagi kursus Kemahiran Asas Pendidikan yang perlu di ambil adalah seperti
berikut:
i. Falsafah Pendidikan
ii. Psikologi Pendidikan
iii. Asas Pedagogi
iv. Pengukuran dan Penilaian Pendidikan
v. Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan
vi. Kaedah Mengajar
vii. Sosiologi dan Profesionalisme Pendidikan
13
Mohd Najib (2000) menyatakan bahawa seorang guru tidak seharusnya
hanya mempunyai kecekapan mental dan fizikal tetapi juga emosi untuk
menghadapi „cabaran‟ kerjaya dalam alam pendidikan.
Cabaran dalam sistem pendidikan kini memerlukan guru dan pendidik
mempunyai kemahiran yang tinggi, bersemangat kental, mempunyai tahap
kecerdasan intelek yang tinggi dan tahap kecerdasan emosi yang tinggi. Ini kerana
guru bukan sahaja berperanan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada
pelajar malah guru juga berperanan untuk membolehkan perubahan tingkah laku
berlaku kepada seseorang pelajar iaitu berubah daripada menjadi seorang yang tidak
berilmu kepada seorang yang berilmu. Ini bertepatan dengan Falsafah Pendidikan
Negara iaitu :
Program pendidikan perguruan perlu mengambil kira semua aspek penting
untuk melatih dan melahirkan bakal guru yang berdedikasi dan professional. Pelatih
yang menjalani latihan perguruan tidak semuanya memenuhi kriteria seorang guru.
Tugas untuk melengkapkan ciri seorang guru harus dipikul oleh program tersebut.
(Mohd Najib, 2000).
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran masyarakat dan negara.
14
1.2 Latar Belakang Masalah
Profesion perguruan bukan semudah yang disangka umum. Tugas menjadi
pendidik adalah satu tugas yang berat kerana memegang amanah ibubapa untuk
mendidik anak-anak mereka menjadi insan yang mulia sekaligus memegang harapan
Negara untuk melahirkan genarasi yang berintelek serta bersahsiah mulia. Guru juga
bertindak untuk pengurusan dan pengawalan disiplin di kelas khasnya dan di sekolah
amnya.
Kebelakangan ini banyak di laporkan di media massa tentang kes penderaan
yang dilakukan oleh guru terhadap pelajar. Guru dikatakan memberi denda yang
malampau kepada pelajar. Sejauh manakah kebenarannya? Apakah punca kepada
berlakunya masalah ini?
Antara berita yang terbaru adalah siasatan kes guru memukul pelajar dimana
tiga pelajar perempuan di Chendering yang mendakwa dipukul oleh guru mereka
baru-baru ini. Salah seorang pelajar berkenaan turut mendakwa pening dan pitam
akibat pukulan guru tersebut (Utusan Malaysia, 3 Mei 2009).
Selain itu, di Sibu, pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang
Assan dipaksa oleh warden supaya berendam selama lebih kurang satu jam dalam
kolam ketika hujan lebat selepas salah seorang pelajar membuang tuala wanita ke
dalam mangkuk tandas sekolah (Utusan Malaysia, 21 julai 2009).
Menurut Aristotle dalam Goleman (1995), marah adalah suatu perkara yang
mudah, maka sesiapa sahaja boleh menjadi marah. Walaubagaimanapun, untuk
marah kepada orang, masa, tempat, tujuan dan pendekatan yang benar adalah susah
dan bukan semua orang dapat melakukannya.
Kenyataan di atas, menunjukkan sebagai manusia biasa, amat sukar untuk
seseorang mengawal diri apabila berada dalam keadaan marah. Walaupun
mempunyai taraf pendidikan yang tinggi, sekiranya tidak mempunyai kecerdasan
emosi yang tinggi, maka hidup tetap tidak bermakna. Pada masa kini, guru akan
melayani pelbagai karenah generasi alaf baru, maka cabaran yang bakal ditempuhi
di sekolah amatlah besar. Guru perlu berfikir secara rasional sebelum bertindak
15
mengenakan hukuman ke atas pelajar. Apabila seorang guru itu bertindak mengikut
emosi, maka berlakulah kejadian yang tidak sepatutnya seperti penderaan dan
memukul pelajar.
Bekas Menteri Pelajaran Malaysia, Hishamuddin (Utusan Malaysia, 21 Julai
2009) dalam kenyataanya berkata, pendekatan Kementerian Pendidikan ialah
mendidik guru-guru baru agar dapat mengawal emosi mereka supaya kejadian
mendera pelajar dapat dielakkan.Berdasarkan kepada kenyataan tersebut, mahasiswa
yang sedang mengambil pengajian dalam pendidikan haruslah bersedia dengan
pelbagai ilmu bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga kecerdasan emosi agar
dapat menguruskan palajar dengan sebaiknya kelak. Adakah bakal guru keluaran
Universiti Teknologi Malaysia mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi
untuk menghadapi cabaran semasa di alam pekerjaan kelak?
Menurut Mohd Najib (2000), kecerdasan emosi ialah kebijaksanaan atau
kepakaran dalam menggunakan emosi untuk mengarahkan sikap bagi menyelesaikan
sesuatu masalah yang dihadapi.
1.3 Penyataan Masalah
Pengetahuan dalam kemahiran asas pendidikan adalah penting untuk
kegunaan di alam pekerjaan kelak. Salah satu daripada ciri guru yang berkaliber
adalah guru yang berjaya mengawal emosinya dengan baik agar tidak membuat
sesuatu keputusan yang merugikan. Seni perguruan juga ini perlu disertakan dengan
tahap kecerdasan emosi yang tinggi. Seseorang yang mempunyai tahap kecerdasasn
emosi yang tinggi secara tidak langsung akan memiliki kestabilan emosi yang tinggi.
Apabila mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi seseorang itu akan bijak
mengawal masalah dalam apa jua keadaan sekalipun. Dari sini, penyelidik ingin
mengkaji tahap kecerdasan emosi serta prestasi kemahiran asas pendidikan pelajar
dan adakah terdapat kaitan antara kecerdasan emosi (EQ) dengan prestasi kemahiran
asas pendidikan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai, Johor.
16
1.4 Objektif Kajian
Objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut:
i. Mengenal pasti tahap kecerdasan emosi pelajar tahun akhir Fakulti
Pendidikan UTM, Skudai, Johor.
ii. Mengenal pasti prestasi kemahiran asas pendidikan pelajar tahun
akhir Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor.
iii. Mengenal pasti hubungan antara kecerdasan emosi dengan prestasi
kemahiran asas pendidikan palajar tahun akhir Fakulti Pendidikan
UTM, Skudai, Johor.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan bagi kajian ini adalah seperti berikut:
i. Apakah tahap kecerdasaan emosi pelajar tahun akhir Fakulti
Pendidikan UTM, Skudai, Johor?
a. Apakah tahap kecerdasan emosi pelajar tahun akhir Fakulti
Pendidikan UTM, Skudai berdasarkan konstruk mengenal
emosi?
b. Apakah tahap kecerdasan emosi pelajar tahun akhir Fakulti
Pendidikan UTM, Skudai berdasarkan konstruk mengurus
emosi?
c. Apakah tahap kecerdasan emosi pelajartahun akhir Fakulti
Pendidikan UTM, Skudai berdasarkan konstruk motivasi diri
sendiri?
d. Apakah tahap kecerdasan emosi pelajar tahun akhir Fakulti
Pendidikan UTM, Skudai berdasarkan konstruk timbang rasa
(empati)?
e. Apakah tahap kecerdasan emosi pelajar tahun akhir Fakulti
Pendidikan UTM, Skudai berdasarkan konstruk kemahiran
sosial?
17
ii. Apakah prestasi kemahiran asas pendidikan pelajar tahun akhir
Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor?
iii. Adakah kecerdasan emosi mempunyai hubungan yang signifikan
dengan prestasi kemahiran asas pendidikan pelajar tahun akhir
Fakulti Pendidikan UTM, Skudai, Johor?
1.6 Kepentingan Kajian
Maklumat yang diperolehi daripada kajian ini dapat membantu bakal-bakal
guru, pihak Fakulti Pendidikan dan pihak Kementerian Pelajaran menyedari tentang
kepentingan kecerdasan emosi ke atas bakal-bakal guru. Oleh itu, pihak-pihak yang
berkenaan boleh membantu bakal-bakal guru ini untuk menerap dan memupuk
aspek kecerdasan emosi dalam proses pembelajaran melalui kurikulum di universiti
yang seterusnya akan mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kemahiran asas
pendidikan.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini melihat hubungan kecerdasan emosi Goleman sahaja dengan
kemahiran asas pendidikan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan menerusi lima
konstruk iaitu mengenal emosi sendiri, mengurus emosi, motivasi diri sendiri,
empati dan kemahiran sosial.
Kajian ini hanya dilakukan di kalangan pelajar tahun akhir di Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai sahaja. Kesemua maklumat yang
dikumpulkan adalah bertujuan untuk melihat hubungan di antara tahap kecerdasan
emosi dengan prestasi kemahiran asas pendidikan pelajar tahun akhir di Fakulti
Pendidikan. Oleh sebab sampel dipilih hanya daripada pelajar Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai sahaja, maka hasil kajian tidak boleh digeneralisasikan kepada
semua pelajar yang mengambil kursus pendidikan di dalam negara ini.