ip lengkap
TRANSCRIPT
___________________________________________________KAJIAN KES “THE MASCOT”
1
___________________________________________________KAJIAN KES “THE MASCOT”
NOH AZZAKI
BIN ZAINAL
2
___________________________________________________KAJIAN KES “THE MASCOT”
NAMA : NOH AZZAKI BIN ZAINAL
NO I / C : 870226 - 06 - 5659
TARIKH LAHIR : 26 FEBRUARI 1987
TEMPAT LAHIR : KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR
ALAMAT : NO 75, JALAN SELASIH 20, TAMAN SELASIH FASA 2,
68100, BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN
NO. TELEFON : 019 - 5446321
PENDIDIKAN : TASKI AL - MUHAJIRIN
SEK. KEB. TAMAN PAROI JAYA
SMKA SHAMS
SMKA SLIM RIVER
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
INSTITUT PERGURUAN DARULAMAN
HOBI : MEMBACA BUKU & BERMAIN KOMPUTER
CITA-CITA : GURU
NAMA BAPA : ZAINAL BIN JAIN
PEKERJAAN : TIMBALAN PENGARAH UNIT LATIHAN PERHUTANAN
NAMA IBU : SITI MERIAM BINTI YUSOFF
PEKERJAAN : GURU
MUTIARA KATA : BUAT SEHABIS BAIK
3
___________________________________________________KAJIAN KES “THE MASCOT”
- MOHD GHADAFI BIN MOHD
4
___________________________________________________KAJIAN KES “THE MASCOT”
GHAZALI
NAMA : MOHD GHADAFI BIN MOHD GHAZALI
NO I / C : 870827-49-5363
TARIKH LAHIR : 27/08/1987
TEMPAT LAHIR : D.O.K SANDAKAN
ALAMAT : KG LAHAR BUAYA, 06700, PENDANG KEDAH
NO. TELEFON : 0134013005
PENDIDIKAN : SKMM, SKP, MMCY, MMAS,
IPDA
HOBI : BERSUKAN
5
___________________________________________________KAJIAN KES “THE MASCOT”
CITA-CITA : PENSYARAH DAN JUTAWAN
NAMA BAPA : MOHD GHAZALI BIN HJ SHAFIEE
PEKERJAAN : GURU
NAMA IBU : KU ROHANI BT KU SUIB
PEKERJAAN : GURU
MUTIARA KATA : KALAU TAKUT DI LAMBUNG OMBAK,
JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI.
- MOHD SYAFIQ
BIN MOHD
6
___________________________________________________KAJIAN KES “THE MASCOT”
NADZARI
NAMA : MOHD SYAFIQ BIN MOHD NADZARI
NO I / C : 870522-14-5565
TARIKH LAHIR : 22 MEI 1987
TEMPAT LAHIR : GOMBAK,SELANGOR
ALAMAT : NO 44, BATU 28 ¾ KOTA LAMA KIRI 33000 KUALA
KANGSAR, PERAK DARUL RIDZUAN
NO. TELEFON : 017-4002716
PENDIDIKAN : TABIKA KEMAS, GOMBAK
7
___________________________________________________KAJIAN KES “THE MASCOT”
SEK KEB GOMBAK SETIA
MADRASAH IDRISIAH
IPDA
HOBI : BERMAIN BOLA
CITA-CITA : GURU
NAMA BAPA : MOHD NADZARI BIN MOHD JAFLES
PEKERJAAN : JURUTEKNIK
NAMA IBU : BADARIAH BINTI KULOP TAJUDDIN
PEKERJAAN : SURI RUMAH
MUTIARA KATA : PEGI KE PASAR MEMBELI KELI,
BUAT JAHAT JANGAN SEKALI
8
___________________________________________________KAJIAN KES “THE MASCOT”
9
___________________________________________________KAJIAN KES “THE MASCOT”
10
___________________________________________________KAJIAN KES “THE MASCOT”
11
___________________________________________________KAJIAN KES “THE MASCOT”
12
___________________________________________________KAJIAN KES “THE MASCOT”
13
___________________________________________________KAJIAN KES “THE MASCOT”
14
___________________________________________________KAJIAN KES “THE MASCOT”
15
___________________________________________________KAJIAN KES “THE MASCOT”
16
___________________________________________________KAJIAN KES “THE MASCOT”
17
___________________________________________________KAJIAN KES “THE MASCOT”
18
___________________________________________________KAJIAN KES “THE MASCOT”
19
___________________________________________________KAJIAN KES “THE MASCOT”
20
___________________________________________________KAJIAN KES “THE MASCOT”
21
___________________________________________________KAJIAN KES “THE MASCOT”
22
___________________________________________________KAJIAN KES “THE MASCOT”
NOH AZZAKI
BIN ZAINAL
23
___________________________________________________KAJIAN KES “THE MASCOT”
Refleksi Kendiri
Nama :Noh Azzaki Bin Zainal
Tajuk :Kajian Kes “The Mascot”
Merujuk kepada tugasan saya dan rakan – rakan pada semester ini, kami
telah menjalankan kajian kes yang bertajuk ‘The Mascot’. Untuk tugasan yang
diberikan pada kali ini, ia agak berbeza daripada tugasan sebelum ini. Kami
dikehendaki menganalisa cerita atau kes dan mencari strategi dan kaedah yang
sesuai untuk membantu menyelesaikan kes yang dikaji.
Kes ini mengisahkan konflik yang berlaku antara seorang guru pelatih iaitu
Kathy dan guru pembimbingnya Mrs Clem yang mengajar kelas masalah
pembelajaran. Mrs Clem adalah seorang guru yang mempunyai kepimpinan
autokratik dan mengawal setiap pengajaran Kathy. Kathy menghadapi pelbagai
masalah seperti tidak dapat mengawal kelas dengan baik kerana campur tangan
dari Mrs Clem, tidak dapat menunjukkan potensi dan keupayaan sebenarnya
serta tidak dapat mengajar mengikut perancangannya. Masalah Kathy
bertambah rumit apabila terpaksa berhadapan dengan seorang pelajar yang
bernama Jabar yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan tingkahlaku.
Jabar tidak dapat menguasai pembelajaran dengan baik, tidak mendengar
teguran guru – gurunya, sering mengacau rakan – rakannya dan tidak
menumpukan perhatian di dalam pembelajaran. Kes ini berakhir dengan
meninggalkan persoalan yang perlu saya dan rakan – rakan berfikir untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi iaitu bagaimana Kathy harus
menyelesaikan masalah tersebut dan menghabiskan praktikumnya dengan
berjaya.
Berdasarkan kes yang dikaji, saya mendapati cerita ini amat menarik
tetapi jalan cerita agak tidak tersusun kerana menyelitkan sesuatu peristiwa di
tengah – tengah jalan cerita itu yang menyebabkan jalan cerita itu terganggu
oleh peristiwa tersebut. Watak utama dalak cerita ini ialah Kathy, Mrs Clem dan
24
___________________________________________________KAJIAN KES “THE MASCOT”
Jabar. Setiap watak mempunyai kekuatan dan kelemahan masing – masing yang
menjadikan cerita itu bertmbah menarik. Watak Kathy mempunyai beberapa
kekuatan dan kelemahan. Antara kekuatan Kathy ialah mempunyai semangat
juang yang tinggi untuk mengajar, tabah dan sabar dalam apa halangan dan
masalah yang ditimbulkan oleh Mrs Clem dan Jabar, sentiasa berusaha
menyelesaikan masalahnya serta menerima segala dugaan dengan sabar dan
tabah. Kelemahan Kathy pula adalah seperti tidak berani bersemuka dan
berbincang dengan Mrs Clem mengenai masalah yang dihadapinya, tidak
mempunyai pengalaman yang luas dalam alam pendidikan, tidak mempunyai
kaedah dan teknik berkesan untuk mengawal kelas serta kurang memahami
pelajar dengan lebih mendalam.
Watak Mrs Clem juga mempunyai beberapa kekuatan dan kelemahan.
Antara kekuatan Mrs Clem ialah seorang guru yang bertanggungjawab terhadap
kelasnya, mempunyai pengalaman yang luas dalam alam pendidikan,
mempunyai hubungan rapat dengan muridnya serta menggunakan pendekatan
khusus dalam pengajaran dan pembelajaran berkesan. Kelemahan Mrs Clem
pula ialah kerap mengongkong pelajar dan Kathy, tidak menaruh kepercayaan
kepada kemampuan seseorang, tidak menepati janji serta kerap menukar aktiviti
yang telah dirancang oleh Kathy. Secara keseluruhannya, watak dan perwatakan
yang ditonjolkan dalam kes yang dikaji amat bertepatan untuk menunjukkan
cabaran dan dugaan yang dihadapi dalam menjalani kehidupan sebagai seorang
pendidik. Watak – watak yang tonjolkan itu juga menggambarkan situasi sebenar
dalam menempuhi arus pendidikan khususnya di zaman yang serba canggih ini.
Saya dan rakan – rakan telah mengkaji setiap watak dan perwatakan dengan
teliti untuk membolehkan kami mendapat konsep dan strategi yang sesuai dalam
kes ini. Setiap watak juga memainkan peranan yang penting dalam cerita ini
yang akhirnya meninggalkan persoalan dan masalah yang perlu kami fikirkan
untuk membantu menyelesaikan masalah terhadap kajian kes ini.
Saya dan rakan – rakan telah menyenaraikan dan memilih beberapa
konsep yang sesuai digunakan dalam ke yang dikaji. Antaranya adalah konsep
pengajaran pelajar bermasalah pembelajaran. pengajaran untuk pelajar
25
___________________________________________________KAJIAN KES “THE MASCOT”
bermasalah pembelajaran adalah seperti kepimpinan efektif dari pihak
pengurusan sekolah yang komited untuk memenuhi pembelajaran semua murid,
Keyakinan di kalangan guru bahawa mereka mampu membantu semua murid
bermasalah, rasa optimis bahawa semua murid boleh belajar dan mengalami
kejayaan serta menyediakan pengajaran yang sesuai mengikut tahap pelajar.
Buktinya dalam kajian kes ini ialah Kathy dan Mrs Clem mengajar kelas
bermasalah pembelajaran yang terdiri daripada 12 orang pelajar. Selain itu,
konsep interaksi dan gaya kepimpinan. Dalam kajian kes ini, kepimpinan
autokratik dan demokratik ditunjukkan oleh Kathy dan Mrs Clem. Mrs Clem
mengamalkan kepimpinan autokratik iaitu mengawal pengajaran Kathy manakala
Kathy menunjukkan kepimpinan demokratik iaitu memberi kebebasan kepada
pelajarnya dalam melakukan aktiviti manakala Kathy menjadi pembimbing dan
fasilitator kepada murid – muridnya.
Di samping itu, konsep cara mengenalpasti pelajar yang bermasalah
digunakan. Kathy telah menggunakan kaedah temubual untuk mengenalpasti
masalah yang dihadapi oleh Jabar. Selain itu, saya dan rakan – rakan juga
memilih konsep strategi pengajaran yang sesuai iaitu strategi pemusatan guru,
murid dan bahan atau aktiviti. Dalam kes ini, ketiga – tiga strategi ini digunakan
dan disesuaikan mengikut situasi. Penggunaan bahan dan aktiviti adalah penting
untuk mengajar pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran.
Selain itu, konsep pengurusan tingkah laku serta kemahiran asertif guru.
Dalam kes yang dikaji ini, konsep asertif atau ketegasan amat diperlukan dalam
pengawalan kelas yang berkesan. Mrs Clem telah menggunakan kemahiran
asertif ini untuk menjadikan kelas dapat dikawal dengan rapi dan melincinkan
pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhannya, kami telah berjaya
mendapatkan konsep yang sesuai digunakan dalam kajian kes ini. Semua
konsep yang disenaraikan adalah amat bersesuaian dan bertepatan dengan kes
yang dikaji. Konsep yang dikemukakan juga akan menjadi pencetus idea kepada
saya dan rakan – rakan untuk mencari strategi atau jalan penyelesaian
seterusnya menyelesaikan kes yang dikaji. Kami juga telah mengemukakan dan
26
___________________________________________________KAJIAN KES “THE MASCOT”
menyenaraikan bukti – bukti yang bersesuaian dengan konsep yang digunakan
untuk mengkaji kes ini..
Melalui perbincangan dan penyelidikan kami, saya dan rakan – rakan
yang bakal memikul tugas sebagai pendidik telah mengenalpasti dan
mencadangkan strategi dan kaedah yang boleh digunakan untuk menyelesaikan
kes yang telah dikaji ini. Antaranya ialah perbincangan secara bersemuka antara
semua pihak perlu diadakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selain itu,
persiapkan diri dengan ilmu – ilmu untuk pengajaran pelajar bermasalah
pembelajaran adalah amat penting untuk mengajar kelas masalah pembelajaran.
Mengenai masalah pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas,
persetujuan strategi dan kaedah pengajaran antara kedua – dua pihak adalah
jalan penyelesaian yang paling baik bagi mengelakkan gangguan percanggahan
pendapat antara kedua-dua pihak yang boleh membantutkan pengajaran di
dalam kelas.
Saya dan rakan – rakan juga berpendapat satu majlis seperti jamuan kecil
perlu diadakan supaya dapat menghasilkan kesan pemikiran yang positif
diantara kedua-dua pihak untuk mengeratkan kembali hubungan antara pelajar-
pelajar dengan kedua-dua guru tersebut. Selain itu, guru juga haruslah
berkenalan dan bersemuka dengan waris setiap pelajar untuk mendapat
maklumat yang lebih terperinci mengenai pelajarnya dan sebagai guru, kita
perlulah bersabar dan menganggap setiap apa yang berlaku kepadanya sebagai
satu cabaran dan motivasi untuk meningkatkan keupayaan diri dan memperbaiki
setiap kelemahan.
Berdasarkan kes yang dikaji, pada pandangan saya, kajian kes yang telah
dijalankan dan dibentangkan amat mencabar dan menguji kemampuan saya
terutama dalam menterjemah kajian kes ke dalam bahasa melayu kerana kes
yang dikaji adalah dalam bahasa Inggeris. Saya telah berusaha untuk
memahami konsep cerita dan konsep yang digunakan untuk mengkaji kes
tersebut. Hasil daripada kerjasama ahli – ahli dalam kumpulan, kami telah
berjaya memahami kes yang dikaji dan dapat membentangkan hasil kajian
dengan jelas dan tepat mengikut kehendak soalan.
27
___________________________________________________KAJIAN KES “THE MASCOT”
Di samping itu, saya dan ahli kumpulan telah mendapatkan bahan –
bahan rujukan daripada buku – buku Ilmu Pendidikan dan internet untuk
membantu kami dalam menyelesaikan kes yang dikaji. Bahan – bahan yang
diperolehi disemak dan disesuaikan dengan kes yang telah dikaji. Saya telah
menggunakan bahan – bahan yang diperolehi untuk menjawab persoalan
mengenai konsep yang digunakan dalam mengkaji kes tersebut serta strategi
yang boleh diambil untuk menyelesaikan kajian kes ini.
Hasil daripada kajian kes yang telah dijalankan dan dibentangkan, saya
telah dapat banyak manfaat dan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan
saya khususnya untuk mengendalikan pelajar yang bermasalah pembelajaran
dan tidak berdisiplin serta menangani masalah guru pembimbing yang bersifat
autokratik. Ilmu pengetahuan yang telah diperolehi dapat digunakan sebagai
persiapan sebagai seorang guru yang lebih asertif dan mempunyai pelbagai
teknik dan kaedah untuk menangani pelajar – pelajar yang mempunyai masalah
pembelajaran dan tingkah laku serta menghadapi apa jua situasi dalam arus
pendidikan. Ketahanan diri dan ilmu pengetahuan yang cukup serta
kepelbagaian teknik pengajaran adalah penting sebagai seorang bakal pendidik
dalam mengharungi dugaan dan cabaran yang bakal ditempuhi kelak di dalam
dunia pendidikan yang serba mencabar ini.
Di samping itu juga, saya juga dapat suatu ilmu yang baru mengenai
kaedah pengawalan kelas yang lebih berkesan dan sistematik serta cara untuk
mengenalpasti pelajar yang bermasalah. Kawalan kelas yang berkesan adalah
suatu elemen yang penting bagi seorang pendidik kerana ia dapat membantu
melincinkan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Setiap guru juga
haruslah mempunyai kaedah dan cara yang sesuai untuk mengenalpasti pelajar
yang bermasalah dalam pembelajaran dan tingkahlaku. Ini amat penting untuk
menyesuaikan kaedah dan teknik pengajaran di dalam bilik darjah mengikut
tahap kemampuan pelajar. Kepelbagaian teknik dan kaedah pengajaran juga
adalah penting untuk menarik perhatian pelajar untuk mempelajari dan
memahami sesuatu tajuk yang diajar.
28
___________________________________________________KAJIAN KES “THE MASCOT”
Selain itu, melalui tugasan ini, saya dapat peluang untuk mengetahui
dengan lebih lanjut mengenai kaedah atau konsep pengajaran pelajar
bermasalah pembelajaran. Pelajar tersebut adalah golongan istimewa yang perlu
diberi perhatian tambahan dan menyesuaikan teknik pengajaran mengikut tahap
mereka. Hal ini menyebabkan saya berasa amat bersyukur kerana dilahirkan ke
dunia ini dalam keadaan sihat walafiat tanpa sebarang kecacatan fizikal atau
mental dan menghagai nikmat kurniaan Allah kepada saya. Saya juga haruslah
tidak memandang rendah kepada golongan yang istimewa ini.
Saya juga berasa amat gembira dengan komitmen dan kerjasama antara
setiap ahli kumpulan. Setiap ahli kumpulan memainkan peranan yang penting
dalam tugasan ini. Setiap ahli telah banyak menyumbang tenaga dan idea yang
bernas dalam perjalanan untuk menyiapkan kajian kes yang mencabar ini. Saya
juga ingin berterima kasih kepada pensyarah pembimbing kami iaitu Pn. Hjh
Rusyati Binti Hanafiah kerana telah memberi tunjuk ajar dan panduan yang
secukupnya kepada kami dalam tugasan ini.
Akhir sekali, saya berharap tugasan ini dapat membantu saya sebagai
persiapan diri untuk menghadapi apa jua cabaran dan dugaan yang bakal
ditempuhi dalam arus pendidikan yang serba mencabar kini. Saya juga berharap
tugasan ini dapat memberikan motivasi kepada saya untuk menjadi seorang
pendidik yang serba boleh dan dapat menangani setiap masalah dengan kaedah
dan teknik yang berkesan. Insyallah.
29
___________________________________________________KAJIAN KES “THE MASCOT”
- MOHD GHADAFI BIN MOHD GHAZA
LI30
___________________________________________________KAJIAN KES “THE MASCOT”
NAMA : MOHD GHADAFI BIN MOHD GHAZALI
TAJUK : THE MASCOT
Pada semester ini, saya dan rakan-rakan mempunyai pengalaman baru
dalam menyiapkan tugasan kerja kursus. Setelah membuat undian kumpulan,
kumpulan saya terdiri daripada saudara Noh Azzaki, Mohd Syafiq dan saya
sendiri. Apa yang membezakan antara tugasan kami kali ini dengan tugasan
tugasan yang lepas ialah, kami sekumpulan yang terdiri dari tiga orang pelajar
ditugaskan mengkaji satu bentuk kes yang bertajuk “The Mascot”.
Secara ringkas, kes ini mengisahkan tentang perjalanan seorang guru
praktikal yang bernama Kathy di sebuah sekolah barunya. Watak utama dalam
kajian kes kami ini ialah Kathy, Mrs Clem dan Jabar iaitu seorang pelajar sekolah
yang bermasalah pembelajaran dan tingkah laku. Di sekolah tersebut Kathy
mempunyai dua masalah besar yang harus ditempuhinya. Masalah yang
terpaksa dihadapinya ialah dengan guru pembimbingnya Mrs Clem dan juga
seorang pelajarnya Jabar. Kathy sering mempunyai masalah dengan Mrs Clem
kerana Mrs Clem sering campur tangan dalam proses PNP yang dijalankan
Kathy sewaktu di dalam kelas. Mrs Clem juga selalu mengawal Kathy dan sering
tidak sependapat dengan strategi dan kaedah yang digunakan Khaty walaupun
strategi dan kaedah tersebut adalah yang terbaik yang cuba dilaksanakan oleh
Khaty. Di dalam kes ini, saya merasakan keadaan yang dihadapi Kathy
bertambah rumit apabila seorang pelajarnya Jabar melakukan dan menimbulkan
bermacam-macam masalah sewaktu PNP berlangsung. Jabar sering
mengganggu rakan-rakannya yang lain, membuat bising di dalam kelas, dan
lebih menyakitkan hati Khaty ialah apabila Jabar memberi tahunya bahawa
Khaty tidak menyayanginya. Kisah ini berakhir dengan meninggalkan tanda
tanya kepada kami bagaimana Kathy akan meneruskan baki praktikalnya di
31
___________________________________________________KAJIAN KES “THE MASCOT”
sekolah tersebut bersama dengan seorang guru pembimbing yang agak
autokratik dan juga dengan seorang pelajar yang mempunyai masalah
pembelajaran dan tingkah laku.
Berdasarkan kajian kes yang kami perolehi, kami telah mencadangkan
dan menyenaraikan beberapa strategi dan keadah yang terbaik bagi
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Kathy supaya Kathy dapat
menghabiskan praktikalnya dengan sempurna. Yang pertama, dalam menangani
masalah Kathy dengan guru pembimbingnya iaitu Mrs Clem yang selalu
mengganggu dan menegurnya ketika proses PNP berlangsung, langkah terbaik
bagi Kathy ialah membawa masalah ini ke meja perbincangan. Kathy dan Mrs
Clem harus berbincang dan mendapatkan persetujuan kedua-dua pihak dalam
merancang strategi dan kaedah pengajaran yang sesuai untuk proses PNP yang
akan dilaksanakan di dalam bilik darjah. Dengan ini, persefahaman akan wujud
dan tiada lagi masalah-masalah dalaman yang boleh membantutkan proses PNP
tersebut. Seterusnya, untuk menyelesaikan masalah yang berlaku antara Kathy
dengan pelajarnya yang mempunyai masalah pembelajaran dan tingkah laku
pula, adalah lebih baik jika Kathy berbual dan mengetahui lebih lanjut tentang
keadaan sebenar yang dihadapi Jabar melalui ibu bapa jabar. Bukan setakat
Jabar sahaja, sebagai langkah persediaan awal untuk menjalankan proses PNP,
seseorang guru atau pendidik haruslah mengenali kesemua waris-waris pelajar
pada awal tahun supaya masalah-masalah atau hal-hal yang berkaitan dengan
pelajar dapat diselesaikan dengan segera. Selain itu, bagi mewujudkan
persefahaman yang positif antara ketiga-tiga pihak iaitu guru sesama guru, guru
sesama murid dan murid sesama murid, satu majlis jamuan kecil perlu diadakan
bagi menunjukkan gambaran positif PNP yang akan berlangsung selepas ini
berjalan dengan lancar.
Secara keseluruhannya, saya dan rakan-rakan sekumpulan berpuas hati
dengan hasil kerja yang kami lakukan. Walaupun tugasan ini terpaksa kami
terjemahkan semula dari bahasa inggeris kepada bahasa melayu, namun ianya
bukanlah sebagai alasan kepada kami untuk terus menyiapkan tugasan kajian
kes ini di samping dapat meningkatkan ilmu dan kosa kata kami dalam
32
___________________________________________________KAJIAN KES “THE MASCOT”
berbahasa inggeris. Dalam menyiapkan dan menyempurnakan tugasan ini, kami
telah menggunakan pelbagai sumber rujukan samada dari buku-buku mahupun
internet. Pada sesi pembentangan, kami telah dapat menyampaikan maklumat
yang tepat mengenai kajian kes The Mascot ini kepada rakan-rakan yang lain.
Lebih menggembirakan kami, pembentangan kami mendapat sokongan yang
padu dari rakan-rakan sehingga akhirnya membawa kepada satu forum ringkas
untuk menjawab soalan-soalan yang di ajukan rakan-rakan lain mengenai kes ini
dan mengenai situasi sebenar di sekolah.
Pada pendapat saya, tugasan kami berkenaan kajian kes kali ini amat
bermakna bagi kami yang bakal menjadi pendidik dan pemimpin kelak. Hal ini
kerana berdasarkan huraian kajian kes ini, masalah-masalah seperti ini mungkin
dan memang terjadi ketika berada di sekolah. Kita semua sedia maklum bahawa
setiap orang adalah berbeza baik di kalangan guru mahupun pelajar, bak kata
kata pepatah “rambut sama hitam tapi hati lain-lain”. Secara tidak langsung kami
telah mempelajari satu ilmu yang berkaitan dengan psikologi manusia. Kami juga
telah diserapkan melalui kajian kes ini mengenai nilai-nilai murni seorang guru.
Namun pada sesetengah keadaan, seorang guru juga perlu bertindak dengan
lebih tegas dalam membuat sesuatu keputusan. Sekurang-kurangnya, dengan
berbekalkan sedikit ilmu ini, saya dan semua rakan-rakan boleh
memanfaatkannya kelak. Oleh kerana itu semua guru harus memahami
sekiranya berlaku situasi-situasi tersebut walaupun bukan di atas kehendak kita
dan juga perlu bertindak sesuai dengan situasi. Saya merasakan kajian kes ini
akan memberikan persediaan mental yang kuat bagi saya dan rakan-rakan
ketika di sekolah nanti. Selain itu, satu ilmu dan pengalaman baru yang kami
peroleh ialah mengenai cara pengawalan kelas yang lebih tersusun supaya PNP
lebih berjalan lancar. Kajian kes ini juga amat menarik kerana telah
mendedahkan kami dengan seorang pelajar yang mempunyai masalah
pembelajaran dan tingkah laku. Ia menimbulkan persoalan bagi kami yang harus
di jawab bagaimana hendak menguruskan kelas yang mempunyai pelajar yang
bermasalah pelajaran dan tingkah laku. Disebabkan masalah ini, kami telah
mampu untuk menyediakan teknik dan kaedah yang paling sesuai bagi menarik
33
___________________________________________________KAJIAN KES “THE MASCOT”
perhatian pelajar-pelajar yang berbeza lebih-lebih lagi kepada pelajar yang
mempunyai masalah pembelajaran dan tingkah laku. Justeru, sebagai seorang
guru, kita hendaklah mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran supaya
proses PNP kita lebih menarik dan berkesan.
Kesempatan ini juga, ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada
rakan-rakan kerana bersama-sama bekerja keras untuk menghasilkan tugasan
yang terbaik bagi kumpulan ini. Tidak dilupakan juga setinggi-tinggi penghargaan
buat rakan-rakan lain yang memberi sokongan padu dan juga pensyarah
pembimbing kami Pn. Hjh Rusyati Binti Hanafiah yang telah banyak memberi
tunjuk ajar dan teguran dalam tugasan dan pembentangan kami kali ini.
Akhir sekali, saya menaruh harapan yang tinggi agar segala apa yang
telah kami pelajari akan sedikit sebanyak membantu dan menabahkan jiwa kami
sebagai seorang guru yang akan berhadapan dengan pelajar-pelajar yang lebih
bijak dan juga berhadapan dengan masalah-masalah yang lebih mencabar di
masa akan datang.
34
___________________________________________________KAJIAN KES “THE MASCOT”
- MOHD SYAFIQ
BIN MOHD NADZA
RI35
___________________________________________________KAJIAN KES “THE MASCOT”
REFLEKSI KAJIAN KES THE MASCOT
NAMA : MOHD SYAFIQ BIN MOHD NADZARI
TAJUK : THE MASCOT
Setelah selesai dalam melaksanakan kajian kes mengenai tajuk The
Mascot,saya dapat sinopsiskan di sini bahawa The Mascot mengisahkan tentang
ketidaksefahaman di antara seorang guru pembimbing dan seorang guru pelatih
serta ketidakserasian seorang guru pelatih dengan salah seorang pelajar di
sebuah sekolah tempat guru pelatih tersebut menjalankan latihannya. Guru
pembimbing yang dimaksudkan ialah Mrs Clem,manakala guru pelatih yang
dimaksudkan ialah Kathy. Dan pelajar yang tidak serasi dengan Kathy ialah
Jabar.
Mrs Clem adalah seorang guru kepada kelas masalah pembelajaran.
Beliau merupakan seorang guru yang hebat kerana beliau mampu mengawal
kelas masalah pembelajaran ini dengan baik. Kaedah yang digunakan Mrs Clem
ialah menganggap kelas yang diajarnya adalah seperti sebuah keluarga dan
beliaulah ibu dan beliau jugalah bapa di dalam kelas tersebut. Beliau sering
berkongsi tentang kehidupannya bersama pelajar-pelajarnya dan sangat
memahami pelajar-pelajarnya. Dan kadangkala pelajar-pelajarnya inilah yang
menjadi tempat untuk beliau mengadu masalah dan kesusahan yang
dihadapinya
Pada suatu masa seorang guru pelatih bernama Kathy telah dihantar ke
sekolah tersebut untuk menjalani latihan praktikal dan praktikal yang akan
dijalankannya adalah di kelas masalah pembelajaran yang pada waktu ini adalah
kelas yang dipegang oleh Mrs Clem. Mrs Clem merupakan guru pembimbing
kepada Kathy. Mrs Clem telah memperkenalkan Kathy kepada pelajar dan
kedatangan Kathy telah disambut baik oleh pelajar-pelajar. Tetapi cara Mrs Clem
36
___________________________________________________KAJIAN KES “THE MASCOT”
memperkenalkan Kathy seolah-olah beliau memperlekehkan Kathy dan
menganggap Kathy bukan seorang guru yang profesional.
Kehadiran Kathy di dalam kelas tersebut telah menyebabkan
ketidakselesaaan Mrs Clem. Segala aktiviti Kathy dikawal oleh Mrs Clem.Kathy
tidak dibenarkan mengajar sesuka hati dan pengajaran Kathy sendiri pun
ditentukan dan dikawal oleh Mrs Clem. Kathy dibenarkan mengajar apabila
ketiadaan Mrs Clem di sekolah tersebut dan tugas lain Kathy dalam kelas
tersebut ialah mengawal murid beratur untuk pergi makan tengah hari dan rehat.
Dan apabila Kathy mempunyai peluang untuk mengajar , Mrs Clem sering
menyampuk dan mengganggu pengajaran Kathy dan beliau sering mengubah
perancangan pengajaran Kathy walaupun Kathy telah membuat perancangan
yang terbaik. Kathy terpaksa mengharungi dugaan dan cabaran yang amat sukar
dalam hidupnya sebagai seorang guru praktikum. Dalam pada masa yang
sama ,Kathy juga menghadapi seorang pelajar yang sangat nakal iaitu Jabar.
Jabar selalu mengganggu rakan-rakannya ,bergaduh dan tidak suka mendengar
nasihat. Apbila Kathy mendenda Jabar untuk menyedarkannya Mrs Clem akan
membelanya yang akhirnya mengganggu
proses pembelajaran Kathy.
Kathy telah berjumpa Jabar secara bersendirian untuk menasihati Jabar.
Kathy berasa kecewa apabila Jabar menyatakan yang Kathy tidak suka pada
dirinya lagi dan sering tidak mempedulikannya lagi. Kathy merasa hairan kerana
4 minggu lalu pelajar-pelajarnya amat suka padanya. Kathy merasakan konflik
antara dia dan Mrs Clem menyebabkan kesan negatif terhadap cara
pengawalannya dan pengajarannya di dalam kelas. Kathy berfikir cara
mengatasi masalahnya dengan Mrs Clem untuk 4minggu berikutnya dan cara
untuk meyakinkan Jabar bahawa dia amat suka pada Jabar
Setelah meneliti sinopsis dalam cerita The Mascot ini saya dapat
mengenal pasti beberapa kekuatan dan kelemahan yang ada pada Mrs Clem
dan Kathy. Terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan Mrs Clem dan antara
kekuatannya ialah Mrs Clem seorang yang bertanggungjawab dan menyayangi
37
___________________________________________________KAJIAN KES “THE MASCOT”
pelajarnya malah hubungan antara Mrs Clem dengan pelajar sungguh rapat
sekali.Sepertimana yang kita dapat lihat di mana Mrs Clem menganggap
kelasnya sebagai sebuah keluarga yang boleh berkongsi segalanya
bersama ,bukan itu sahaja malah jika kita dapat teliti sinopsis cerita ini kita dapat
lihat sewaktu Kathy mendenda Jabar Mrs Clem membatalkan denda Kathy
tersebut.
Selain itu Mrs Clem menggunakan pendekatan yang khusus dan menarik
dalam pembelajarannya dan beliau sering memberi kebebasan kepada
pelajarnya sewaktu sesi pembelajarannya. Manakala beberapa kelemahan yang
terdapat pada Mrs Clem ialah beliau kurang mempercayai kemampuan
Kathy,bukan itu sahaja malah beliau kerap mengongkong dan mengawal
pembelajarn Kathy. Selain kerap menukar aktiviti yang telah dirancang oleh
Kathy beliau merupakan seorang tidak menepati janji .Sebagai seorang guru
yang lama dan pengalaman dalam bidang pendidikan beliau tidak sepatutnya
melakukan perkara tersebut kepada Kathy. Pada saya sebagai seorang guru
yang profesional beliau sepatutnya memberi peluang kepada Kathy dan dalam
masa yang sama mendorong dan mengajar Kathy supaya mampu menjadi
seperti beliau. Dan Mrs Clem juga perlu seorang yang menepati janji kerana guru
merupakan contoh kepada pelajar-pelajar dan sekiranya guru tidak memberi
contoh yang terbaik manakan guru dapat melahirkan seorang pelajar yang
seimbang dari segi rohani,jasmani dan emosi.
Seterusnya Kathy. Dari segi kekuatan,saya dapat kenalpasti terdapat
banyak kekuatan padanya. Antaranya ialah beliau mempunyai semangat juang
yang tinggi untuk mengajar. Pada saya seorang guru yang tidak mempunyai
semangat juang yang tinggi untuk mengajar sukar untuk mengahadapi segala
dugaan dan cabaran yang mendatang dan jika kita lihat dan teliti sinopsis The
Mascot ini kita dapat ketahui pelbagai dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh
Kathy tetapi beliau tetap tabah dan sabar dalam menempuh dugaaan dan
cabaran tersebut. Malah sentiasa berusaha untuk mengatasi segala masalah
yang dihadapinya terutamanya maslah dengan Mrs Clem dan Jabar.
38
___________________________________________________KAJIAN KES “THE MASCOT”
Bukan itu sahaja malah jika kita dapat perhatikan sewaktu Mrs Clem
mengubah segala perancangan pengajarannya Kathy tidak pernah membantah
dan marah malah mengikut apa yang diarahkan oleh Mrs Clem. Manakala
kelemahan yang terdapat pada Kathy ialah,Kathy sering mengambil sikap
berdiam diri apbabila segala aktiviti yang dirancangnya diubah oleh Mrs Clem
malah tidak berani bersemuka dengan Mrs Clem untuk menyatakan masalah
yang dihadapinya. Seterusnya ,Kathy merupakan seorang guru pelatih dan
setiap guru pelatih pastinya kurang pengalaman jika hendak dibandingkan
dengan guru-guru yang telah lama mengajar. Dalam kisah ini Kathy cuba untuk
mengamalkan apa yang telah dipelajarinya di tempat pengajiannya secara
drastik tanpa mengira suasana dan persekitaran kelas dan pelajar tersebut.
Dalam hal ini Kathy perlu mengenali pelajar pelajarnya dengan mendalam dari
segi keluarga dan latar belakang pelajar tersebut supaya Kathy tidak mempunyai
masalah untuk menyelesaikan masalah pelajar-pelajarnya.
Dan yang terakhir kelemahan yang terdapat pada Kathy ialah kurang
mendapat kepercayaan daripada Mrs Clem. Dalam cerita ini Kathy gagal dalam
usaha menambat hati Mrs Clem. Untuk mengatasi masalah ini Kathy perlu
mengenali Mrs Clem dengan lebih mendalam dari segi latar belakang dan
keluarga Mrs Clem agar segala masalah yang dihadapinya dengan Mrs Clem
dapat diselesaikan.
Secara kesimpulannya. Hasil daripada kajian kes The Mascot ini saya
dapat menimba pelbagi pengetahuan tentang ragam manusia dalam pendidikan
dan ini telah memberi pengetahuan yang berguna kepada saya. Di akhir kata
segala apa yang telah saya dapat daripada kajian kes akan saya gunakan
sebaik-baiknya sewaktu saya mengajar nanti
39
___________________________________________________KAJIAN KES “THE MASCOT”
RUJUKAN
1. Rosini Abu & Ramlah Hamzah (1998), Kurikulum Dan Pengurusan Bilik
Darjah, Longman Sdn Bhd. Selangor Darul Ehsan.
40
___________________________________________________KAJIAN KES “THE MASCOT”
2. Nora Mislan, Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku, Open University
Malaysia
3. Krause, K.Bochner, S&Duchesne, S (2003), Educational Psychology,
Australia:Thomson
4. Mok Soon Sang (2006), Ilmu Pendidikan Untuk Kpli ( Sekolah Menengah),
Kumpulan Budiman, Sdn. Bhd. Subang Jaya.
5. Kamaruddin Hj. Hussin (1986), Heinemann (Malaysia) Sdn. Bhd. Kuala
Lumpur.
6. Dr Ee Ah Meng (2003) Ilmu Pendidikan Pengetahuan Dan Keterampilan
Ikhtisas Semester 1, Fajar Bakti Sdn. Bhd, Shah Alam, Selangor
7. Boon Pong Ying & Ragbir Kaur (1998), Diploma Perguruan Semester 2,
Fajar Bakti Sdn. Bhd, Shah Alam, Selangor
41