isi kandungan bab perkara muka surat · pdf filesmt/v di daerah johor bharu 56 3.2 senarai...
TRANSCRIPT
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA
MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS WAJIB TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1.0
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Persoalan Kajian 9
xii
SENARAI JADUAL
NO.
JADUAL
TAJUK MUKA SURAT
2.1 Tahap matlamat Pendidikan Alam Sekitar menurut
Hungerford, Regton dan Wilke (1980)
37
2.2
Mata Pelajaran Elektif (Pertanian) yang terdapat di SMK dan
SMT/V di seluruh Malaysi
42
3.1 Mata Pelajaran Elektif (Pertanian) yang terdapat di SMK dan
SMT/V di Daerah Johor Bharu
56
3.2 Senarai sekolah dan jumlah pelajar pertanian di Daerah Johor
Bahru mengikut kelompok Sains Pertanian, MPV dan Teknik
57
3.3 Jumlah pelajar yang dijadikan sampel 59
3.4 Bilangan pelajar yang dijadikan sampel mengikut kelas 60
3.5 Skala seperti Likert bagi tahap pengetahuan 62
3.6 Skala seperti Likert bagi tahap sikap 63
3.7 Skala seperti Likert bagi tahap amalan 64
3.8 Pekali Alpha Cronbach 66
3.9 Keputusan analisa nilai kebolehpercayaan kajian 67
3.10 Jadual skala lima mata kepada tiga mata (pengetahuan) 70
3.11 Jadual skala lima mata kepada tiga mata (sikap) 70
3.12 Jadual skala lima mata kepada tiga mata (amalan) 71
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH
TAJUK
MUKA SURAT
2.1
Model Meta analisis untuk mengubah sikap melalui Pendidikan Alam Sekitar
22
2.2 Langkah-langkah membentuk sikap terhadap alam sekitar
melalui pendidikan alam sekitar
24
xv
SENARAI SINGKATAN
KPM = Kementerian Pelajaran Malaysia
P&P = Pengajaran dan pembelajaran
SMK = Sekolah Menengah Kebangsaan
SMT/V = Sekolah Menengah Teknik/Vokasional
SPSS = Statistical Package For Sosial Science
UTM = Universiti Teknologi Malaysia
JAS = Jabatan Alam Sekitar
MPJB = Majlis Perbandaran Negeri Johor
MPV = Mata pelajaran Vokasional
WWF = Wildlife World Fund
UNESCO = United Nations Environmental, Scientific and Cultural
Organization
xvi
SENARAI LAMPIRAN
A Surat Memohon Kebenaran Mendapatkan Maklumat
B Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan
C Borang Soal Selidik
D Kesahan Kandungan Soal Selidik
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan Alam Sekitar adalah merupakan satu bidang tentang interaksi
manusia dengan alam sekitar serta cara manusia harus mengurus alam sekitar dengan
penuh tanggungjawab demi kesejahteraan manusia (Kementerian Pelajaran Malaysia,
2000). Melalui pendidikan alam sekitar, masyarakat akan dididik berkaitan alam sekitar
yang merangkumi kepentingan alam sekitar yang bersih kepada manusia dan bagaimana
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dijalankan. Sejak Pendidikan Alam Sekitar
ini diperkenalkan pada tahun 1969 di peringkat global, amalan serta persepsi manusia
terhadapnya telah berkembang dari masa ke masa. Hal ini adalah bertepatan dengan
tujuan Pendidikan Alam Sekitar diperkenalkan iaitu untuk melahirkan warganegara yang
mempunyai pengetahuan tentang alam sekitar dan masalah-masalah yang berkaitan
dengannya, sedar akan tanggungjawab untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut
dan bermotivasi untuk bekerja ke arah penyelesaian bagi masalah tersebut (Stapp,1969).
Walaubagaimanapun, hanya setelah 29 tahun wujud di dunia barulah ia diperkenalkan
secara rasminya di Malaysia iaitu pada tahun 1998 dengan menerbitkan sebuah buku
2
Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar merentas Kurikulum Sekolah Rendah dan
Menengah oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.
Manakala bagi peringkat prasekolah pula buku tersebut diterbitkan pada tahun 2005
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 1998). Buku Panduan tersebut telah digunakan
sebagai bahan rujukan oleh guru-guru di seluruh negara untuk menyampaikan
Pendidikan Alam Sekitar ini samada dalam pengajaran dan pembelajaran (p&p) di kelas
mahupun aktiviti kokurikulum di luar kelas.
Pendidikan Alam sekitar yang dilaksanakan di Malaysia hanyalah sebagai mata
pelajaran sisipan di mana ia bukanlah merupakan satu mata pelajaran khusus sebaliknya
ia merupakan satu elemen berkaitan alam sekitar yang diterapkan di dalam kebanyakan
kurikulum yang telah tersedia seperti Pendidikan Moral, Geografi, Bahasa, Pendidikan
Agama Islam, dan Pendidikan Sivik (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2004). Ini kerana
kerajaan tidak mahu menambah lagi kurikulum negara yang telah tersedia padat. Seperti
yang telah diwarwarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bahawa
pengajaran Pendidikan Alam Sekitar berkait rapat dengan matlamat negara untuk
membina masyarakat yang sensitif dan memiliki pengetahuan yang tepat, kemahiran dan
nilai terhadap isu alam sekitar dan berkeupayaan untuk memberi sumbangan kepada
penyelesaian masalah alam sekitar (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1996). Oleh itu,
selain daripada pendidikan formal dalam bilik darjah, Pendidikan Alam Sekitar juga
diajar secara tidak formal melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum yang berbentuk program
atau projek seperti Kelab Alam Semula Jadi, pertandingan kuiz, kempen Kitar Semula,
ceramah dan lawatan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2004).
Pendidikan Alam Sekitar diperkenalkan sebagai langkah jangka masa panjang
untuk membentuk sikap positif di kalangan generasi hadapan terhadap kebersihan dan
keselamatan alam di sekitar mereka (Tiwi Kamidan, 2006). Pendidikan alam sekitar
adalah penting untuk meningkatkan kesedaran tentang kualiti alam sekitar di kalangan
pelajar sekolah dan ia akan membantu generasi hadapan untuk mengawal kehidupan
3
mereka dan memakmurkan masa hadapan (Perikleous, 2004). Pendidikan dilihat
berperanan besar dalam membentuk minda, pemikiran dan sikap manusia ke arah
kebaikan (Shahrom et. al. 2005). Maka pendidikan alam sekitar memberikan penekanan
kepada perubahan minda, sikap dan perlakuan seseorang ke arah mencintai alam sekitar
dalam apa jua tindakan yang diambil. Deklarasi Tbilisi telah mendefinasikan pendidikan
alam sekitar sebagai proses pembelajaran yang dapat meningkatkan pengetahuan dan
kesedaran orang ramai berkaitan alam sekitar dan cabaran-cabaran yang berkaitan
dengannya, membangunkan kepakaran dan kemahiran yang perlu bagi menangani
cabaran berkenaan, membentuk sikap, motivasi dan komitmen dalam membuat
keputusan seterusnya mengambil tindakan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar
(Tunku Khalkausar, 2006).
Komponen-komponen Pendidikan Alam Sekitar seperti yang digariskan oleh
United Nations Environmental, Scientific and Cultural Organization [UNESCO] (1999)
adalah meliputi:
i) Kesedaran dan kepekaan terhadap alam sekitar dan cabaran-cabarannya.
ii) Ilmu pengetahuan dan pemahaman terhadap alam sekitar dan cabaran-
cabarannya.
iii) Sikap dan keprihatinan terhadap alam sekitar untuk meningkatkan atau
mengekalkan kualiti alam sekitar yang baik.
iv) Kemahiran untuk membantu menyelesaikan cabaran-cabaran alam sekitar.
v) Turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang dapat menyelesaikan cabaran-cabaran
alam sekitar.
Komponen-komponen ini adalah merujuk kepada proses dalam melaksanakan p&p
Pendidikan Alam Sekitar.
4
Pengenalan Pendidikan Alam Sekitar melalui sisipan dalam setiap matapelajaran
teras dapat mendedah dan membekalkan para pelajar dengan pelbagai pengetahuan dan
kemahiran mengenai peranan individu dan kepentingannya kepada alam sekitar. Strategi
p&p Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum mengutamakan pengelolaan
penguasaan kemahiran dan pemupukan nilai dan sikap yang positif. Seterusnya para
pelajar dapat menguruskan sumber-sumber yang ada di persekitarannya dengan cekap,
bijak, Kreatif dan berkesan serta merasa puas dan bangga terhadap hasil kerja di
samping mengekalkan ekologi alam. Di negara kita, tidak dapat dinafikan bahawa
Program Pendidikan Alam Sekitar semakin menjadi satu keperluan sesuai dengan
amalan kebersihan dan konsep penghijauan sekolah. ( Arba’at Hassan, 2006).
Seluruh manusia yang hidup di alam ini bertanggungjawab untuk menjaga alam
sekitar. Ini adalah kerana alam sekitar mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan
kehidupan manusia. Menurut Hungerford et al, (1988), persekitaran yang baik
bergantung kepada masyarakat atau warga dunia dan kita merupakan warga dunia yang
menjadi sebahagian daripada alam sekitar. Segala aktiviti dan amalan harian manusia
akan memberi kesan kepada alam sekitar. Setiap hari kita mendengar berita berkenaan
kemusnahan alam sekitar seperti banjir lumpur di Lapindo, Indonesia, kebakaran hutan
di Australia, tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, kejadian tsunami dan sebagainya.
MenurutGrove (2002), akibat daripada kemusnahan ini ialah kematian ribuan manusia di
seluruh dunia. Semua yang berlaku di atas adalah akibat kurangnya kesedaran manusia
terhadap penjagaan alam sekitar. Oleh itu, jalan terbaik ialah memberi kesedaran kepada
masyarakat untuk mengubah sikap dan amalan mereka terhadap alam sekitar. Pemikiran
manusia harus diubah daripada sikap mementingkan diri atau anthropocentric kepada
berfokuskan alam sekitar iaitu ecocentric (Callicott, 2000; Knapp, 1999). Ini adalah
kerana sikap terhadap alam sekitar mempengaruhi tingkah laku seseorang terhadap alam
sekitar.
5
Sikap dan tingkah laku terhadap alam sekitar ini harus disemai bermula dari
bangku sekolah lagi. Menurut Moroye (2005), sekolah menjadi salah satu cara utama
menangani masalah-masalah yang berkaitan dengan alam sekitar. Dalam kajian ini,
pelajar pertanian dari Sekolah Menengah di sekitar Daerah Johor baru dipilih sebagai
responden kerana mereka telah mendapat pendidikan formal tentang pendidikan alam
sekitar telah dididik dan mendapat pendedahan tentang amalan murni alam sekitar
daripada kelas mereka dan sedikit sebanyak mempunyai perasaan sensitif terhadap isu-
isu alam sekitar terutamanya berkaitan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar.
1.2 Latar Belakang Masalah
Alam sekitar yang bersifat fizikal adalah terdiri daripada udara, air dan tanah di
mana semua benda hidup di atas muka bumi ini yang melakukan pelbagai aktiviti untuk
mendapatkan keperluan dan kepentingan masing-masing (Shahrom et al. 2005) Oleh
itu, manusia perlulah sedar akan tanggungjawab mereka untuk menjaga dan memulihara
alam sekitar dengan sebaiknya supaya dapat terus mendiami muka bumi ini dengan
kualiti yang terbaik. Pendidikan alam sekitar adalah sangat penting kerana mempunyai
pengukur untuk transformasi sikap dan tingkah laku masyarakat sehingga dapat
membentuk etika terhadap alam sekitar (Palmer,1998) terutamanya di kalangan pelajar
sekolah.
Walaubagaimanapun, kesedaran tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar di kalangan pelajar sekolah adalah masih ditahap yang sederhana. Berdasarkan
sebuah kajian yang dijalankan oleh salah sebuah universiti tempatan ke atas pelajar
Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina (FKAB) berkaitan kesedaran mereka terhadap alam
6
sekitar, didapati keprihatinan pelajar terhadap isu-isu alam sekitar menunjukkan
kebanyakan pelajar tahun satu berada di tahap sederhana iaitu sebanyak 42%.
Seterusnya apabila ditanya berkaitan penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti atau
program-program yang berkaitan dengan alam sekitar, kebanyakannya daripada mereka
tidak terlibat iaitu sebanyak 52%. Walaubagaimanapun sebanyak 65% pelajar-pelajar
tersebut mengitar semula barangan mereka dan kebanyakannya daripada mereka
melakukan aktiviti ini adalah untuk menjaga alam sekitar. Walaupun peratus pelajar ini
adalah tinggi, tetapi apabila dijumlahkan, keputusan keseluruhan masih menunjukkan
tahap kesedaran pelajar-pelajar tersebut terhadap alam sekitar adalah di tahap sederhana
(Shahrom et al. 2005).
Dalam kajian lain pula (Palmer, 1998) menunjukkan bahawa tahap kesedaran
responden terhadap kod etika alam sekitar masih pada tahap yang rendah malah
peratusan yang tidak pasti agak tinggi iaitu 39%. Situasi ini menunjukkan bahawa usaha-
usaha kempen alam sekitar yang telah dijalankan sama ada oleh pihak kerajaan atau
pertubuhan bukan kerajaan masih kurang berkesan kerana golongan terpelajar dan
berpendidikan peringkat lepasan ijazah masih tidak faham akan kod etika alam sekitar.
Kesedaran dan perasaan tanggungjawab belum begitu menular dan meresap dalam
sanubari dan amalan kehidupan seharian masyarakat kita hari ini. Tidak hairanlah di
mana-mana sahaja kita dapat melihat pencemaran alam sekitar berlaku terutamanya
pencemaran sungai yang berada pada tahap yang kritikal di negara kita. Masyarakat kita
hanya ingin menyelesaikan urusan harian mereka untuk meneruskan kehidupan tanpa
mempedulikan atau mengambil kira tentang kod etika alam sekitar.
Namun begitu, dalam pelaksanaan kempen kitar semula, pengetahuan
masyarakat terhadapnya agak baik tetapi dari segi praktikalnya kurang berkesan (Md
sa’at bin Atan, 1998). Penggunaan tong sampah kitar semula tidak begitu meluas dan
hanya tertumpu di kawasan Bandar-bandar besar dan membangun sahaja seperti di
Putrajaya, Kuala Lumpur, Johor Bharu dan Petaling Jaya. Boleh dikatakan hampir tidak
7
kelihatan tong-tong sampah kitar semula di Bandar-bandar yang di negeri yang kurang
maju di Negara kita seperti di Kota Bharu, Alor Setar, Pasir Mas dan Seremban.
Kesedaran responden terhadap kepentingannya sangat baik namun praktikalnya masih
pada tahap yang lemah.
Setiap individu perlu memikul tanggungjawab memelihara alam sekitar dan
mengiktiraf hak mereka yang belum lahir atau hak generasi akan datang. Membuang
bahan cemar ditempat orang lain, seumpama kita meracuni orang yang mendiami tempat
itu. Kita harus meninggalkan bumi dalam keadaan yang sama kalau tidak pun lebih baik
daripada apa yang kita temui pada mulanya. Individu, badan korporat atau pun negara
mempunyai hak yang tidak terbatas ke atas sumber-sumber alam atau bumi dan
pengguaan sumber alam biarlah mengikut keperluan. Keperluan manusia tidak
seharusnya bertukar menjadi laba. Sebagai individu yang membentuk masyarakat, kita
mestilah melindungi ekosistem yang masih liar dan memperbaiki semula yang telah
rosak. Dalam melindungi dan memastikan keteruswujudan bumi ini, kita perlu
lakukannya lebih baik daripada apa yang dikehendaki undang-undang. Sifat mencintai
bumi adalah dengan mengalami dan menghayati udara, air, tanah, tumbuhan dan haiwan
dengan sebaiknya. Oleh itu perlaksanaan Pendidikan Alam Sekitar yang menjadi
matapelajaran sisipan dalam kurikulum Sekolah Menengah sebaiknya dapat melahirkan
pelajar yang dapat memahami dan mencintai alam sekitar.
1.3 Penyataan Masalah
Berdasarkan latar belakang masalah, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa
selepas 12 tahun Pendidikan Alam Sekitar dilaksanakan di negara ini, kesedaran pelajar
sekolah berkaitan alam sekitar masih berada di tahap sederhana (Shahrom et al, 2005)
8
kerana masih ramai lagi yang belum sedar akan tanggungjawab mereka dalam menjaga
alam sekitar. Pendidikan Alam Sekitar di laksanakan merentasi kurikulum dan tidak
terhad kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sahaja malah turut
melibatkan aktiviti-aktiviti kokurikulum seperti perkhemahan, lawatan, pendakian
gunung dan sebagainya. Oleh itu keberkesanan penerapan Pendidikan Alam Sekitar
sebagai elemen di dalam subjek-subjek teras perlu dipantau bagi mengetahui
keberkesanannya dalam memberi pengetahuan berkaitan pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar di kalangan pelajar. Demi menyahut cabaran ini, maka
pengkaji merasakan kajian ini perlu dijalankan.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tentang pengetahuan, sikap, dan amalan
pelajar pertanian terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Objektif khusus
kajian ini adalah bagi mengenalpasti :
i) Tahap pengetahuan pelajar pertanian terhadap aktiviti pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar.
ii) Tahap sikap pelajar pertanian terhadap aktiviti pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar.
iii) Tahap amalan pelajar pertanian terhadap aktiviti pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar.
9
iv) Perbezaan signifikan tahap pengetahuan, sikap dan amalan pelajar pertanian
terhadap aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar berdasarkan
ciri-ciri demografi yang terpilih:
a) Matapelajaran
b) Aliran
1.5 Persoalan Kajian
Di antara persoalan yang menjadi asas kepada kajian ini adalah seperti berikut:
i) Apakah tahap pengetahuan pelajar pertanian terhadap aktiviti pemeliharaan
dan pemuliharaan alam sekitar?
ii) Apakah tahap sikap pelajar pertanian terhadap aktiviti pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar?
iii) Apakah tahap amalan pelajar pertanian terhadap aktiviti pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar?
iv) Apakah perbezaan signifikan tahap pengetahuan, sikap dan amalan pelajar
pertanian terhadap aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
berdasarkan ciri-ciri demografi yang terpilih:
a) Matapelajaran.
b) Aliran.
10
1.6 Kepentingan Kajian
Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk meninjau kesan perlaksanaan
Pendidikan Alam Sekitar yang diterapkan dalam kurikulum sekolah menengah terhadap
tahap pengetahuan, sikap dan amalan pelajar pertanian. Sehingga ke hari ini belum ada
lagi kajian seumpama ini dibuat untuk mengkaji kesan perlaksanaan Pendidikan Alam
Sekitar sejak tahun 1969 lagi ke atas pelajar. Oleh itu, kajian ini adalah penting untuk:
1.6.1 Kementerian pelajaran Malaysia (KPM)
KPM boleh menggunakan hasil dapatan kajian ini untuk menambah baik silibus
sedia ada supaya lebih berkesan dalam memberi kesedaran kepada pelajar tentang
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
1.6.2 Universiti
Kajian ini boleh digunakan sebagai bahan rujukan di perpustakaan kepada
pelajar-pelajar lain untuk membuat kajian yang seumpama ini atau diteruskan lagi kajian
ini di peringkat yang lebih tinggi.
11
1.6.3 Guru-guru
Kajian ini juga boleh dijadikan panduan kepada guru untuk membaiki kelemahan
yang ada pada p&p serta mempertingkatkan kaedah pembelajaran sedia ada guru.Selain
itu, guru juga dapat merangka program-program yang lebih berkesan untuk
menimbulkan rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap alam sekitar mereka.
1.6.4 Pelajar
Kajian ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran kepada pelajar tentang
tugas dan tanggungjawab mereka yang sewajarnya terhadap aktiviti pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar.
1.7 Skop dan Batasan Kajian
Melalui Pendidikan Alam Sekitar yang diberikan kepada pelajar, impak yang
akan dapat dilihat adalah melalui sikap dan amalan pelajar. Kedua-dua perkara ini
adalah refleksi daripada pengetahuan yang telah mereka perolehi melalaui P&P
Pendidikan Alam Sekitar samada di dalam atau di luar kelas. Tambahan lagi apabila
pelajar dapat menumpukan perhatian di dalam kelas, tahap kefahaman mereka akan
meningkat dan ini akan memberi kesan peningkatan tahap pengetahuan, sekaligus sikap
dan amalan pelajar juga turut akan berubah. Penyelidik ingin mengkaji sejauh mana
12
pendidikan alam sekitar yang diterapkan di dalam kurikulum Sekolah Menengah dapat
mempengaruhi tahap pengetahuan, sikap dan amalan pelajar terhadap aktiviti
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Kajian ini akan dijalankan ke atas pelajar Sekolah Menengah di sekitar Daerah
Johor Bahru. Responden yang akan terlibat adalah pelajar Sekolah Menengah yang
mengambil elektif Pertanian iaitu Sains Pertanian, Tanaman Makanan, Landskap dan
Nurseri,Akuakultur dan Haiwan Rekreasi, Pertanian (Agroteknologi), Hortikultur
Hiasan & Landskap, Pengeluaran Tanaman dan Pengeluaran Ternakan. Penyelidik ingin
melihat sejauh mana Pendidikan Alam Sekitar yang disisipkan dalam mata pelajaran
teras seperti Pendidikan Moral, Geografi, Bahasa, Pendidikan Agama Islam, dan
Pendidikan Sivik mempengaruhi tahap pengetahuan, sikap dan amalan pelajar terhadap
aktiviti pemeliharaan alam sekitar bagi pelajar yng mengambil elektif pertanian
berbanding pelajar yang tidak mengambil elektif pertanian.
Kajian ini akan dilakukan dengan mengambil sampel pelajar dari 11 buah
sekolah yang telah dibahagikan kepada tiga kelompok iaitu Sains Pertanian, MPV dan
juga Teknik. Ini dilakukan untuk mendapatkan sampel yang boleh dipercayai agar data
yang diperolehi adalah tepat dan sah. Walaubagaimanapun, dapatan kajian ini tidak
boleh digenerelisasikan kepada tahap pengetahuan, sikap dan amalan semua pelajar
pertanian di seluruh negeri Johor atau negeri-negeri lain di Malaysia ini terhadap aktiviti
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang dijalankan bagi menyelamatkan bumi
kita dari terus mengalami kerosakan akibat tindakan manusia yang tidak
bertangungjawab.
13
1.7 Definisi Istilah
Terdapat beberapa istilah yang perlu dijelaskan bagi menerangkan dengan lebih
tepat menurut kehendak dan keperluan yang akan dibincangkan dalam kajian ini
1.7.1 Pendidikan
W.F Connell (1981), Pendidikan mengikut Laporan Australia Barat ialah
menyampaikan kebudayaan dari satu generasi ke satu generasi.
Zainal Abidin Saad (1988), pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak
dengan tujuan untuk memperkembangkan segala bakat dan segala kemungkinan yang
ada pada setiap kanak-kanak ke tahap yang paling tinggi yang mampu dicapainya
supaya kanak-kanak itu menjadi warganegara yang bertanggungjawab, berguna kepada
dirinya dan kepada masyarakat serta negaranya.
1.7.2 Alam Sekitar
Menurut Kamus Dewan (2000), alam adalah dunia,bumi atau segala yang ada di
langit dan di bumi. Alam juga didefinisikan sebagai lingkungan yang meliputi golongan
atau kumpulan orang atau hidupan lain yang tertentu atau sejenis. Oleh itu, secara
umumnya alam sekitar adalah segala yang wujud di sekeliling kita baik secara
14
semulajadi mahupun ciptaan manusia. Alam sekitar adalah merujuk kepada satu
kawasan di mana manusia dan semua kehidupan berlainan jenis saling mempengaruhi di
antara satu sama lain dan juga hubungan dengan alam semula jadi, masing-masing
mengubahsuaikan yang lain di dalam pelbagai cara.
1.7.3 Pendidikan Alam Sekitar
Menurut Yang Jing Shin (1993), Pendidikan Alam Sekitar adalah satu proses
pendidikan tentang alam sekitar, untuk alam sekitar dan melalui alam sekitar. Proses ini
melibatkan interaksi manusia dengan alam sekitar serta bagaimana manusia harus
mengurus alam sekitar dengan bijak bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan
kesedaran terhadap alam sekitar.
Engelson (1986) program pendidikan yang menekankan aktiviti berorientasikan
tindakan dan melibatkan pelajar dalam penyelesaian masalah alam sekitar dan isu-isu
berkaitan. Dalam konteks kajian ini, Pendidikan Alam Sekitar adalah pendidikan
berkaitan alam sekitar yang dilaksanakan di sekolah menengah dan rendah sebagai salah
satu elemen kepada matepelajaran teras yang lain yang telah sedia ada dalam kurikulum
sekolah seperti Sains, Geografi, Sejarah, Kemahiran Hidup, Sivik dan sebagainya.
Pendidikan Alam Sekitar meliputi proses untuk seseorang memahami antara
sistem-sistem manusia dengan unsur alam sekitar yang saling berhubungan antara satu
sama lain. Sistem manusia seperti sosial, politik, ekonomi dan teknologi, manakala
unsur alam sekitar adalah unsur abiotik iaitu unsur bukan hidup seperti angin dan suhu
15
serta unsur biotik sebagai unsur hidup seperti manusia dan ikan yang saling berkaitan
(Hamidi Ismail dan Tuan Poh Rokiah Syed Hussain, 2001).
Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memahami interaksi manusia
dengan alam sekitar dan bagaimana diuruskan dengan bijak dan bertanggungjawab ke
arah kelestarian hidupan di bumi. Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar
melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar (KPM,2001).
Deklarasi Tbilisi telah mendefinisikan Pendidikan Alam Sekitar sebagai proses
pembelajaran yang dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran orang ramai
berkenaan alam sekitar dan cabaran-cabaran yang berkaitan dengannya. Membangunkan
kepakaran dan kemahiran yang perlu bagi menangani cabaran berkenaan, membentuk
sikap motivasi dan komitmen dalam membuat keputusan seterusnya mengambil
tindakan bertanggungjawab terhadap alam sekitar (Tunku Khalkausar, 2006).
Pendidikan Alam Sekitar adalah dimensi baru dalam sistem pendidikan yang
terhasil di atas kerumitan dan keperluan yang mendesak terhadap masalah alam sekitar
(Ismail Sahid, 1985). Pendidikan Alam Sekitar adalah proses yang berpanjangan yang
melibatkan cara untuk melihat tentang pelbagai kehidupan yang berkaitan, belajar
mengenal pasti kesan baik dan buruk terhadap persekitaran fizikal dan tanggungjawab
yang harus diterima terhadap aktiviti alam sekitar.
16
1.7.4 Matapelajaran Sisipan
Menurut kamus Dewan (1996), sisip bermaksud meletakkan sesuatu di celah-
celah di antara dua benda dengan kaedah menyelitkan. Sisipan membawa erti
menyelitkan atau meletakkan sesuatu di tengah-tengah perkara pokok atau utama.
Dalam konteks kajian ini, Pendidikan Alam Sekitar disisipkan dalam
matapelajaran teras yang lain seperti Sains, Bahasa, Kajian Sosial, Matematik,
Pendidikan Jasmani, Seni, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan
termasuk juga aktiviti kokurikulum.
1.7.5 Elemen
Menurut Kamus Dewan (2000), elemen ialah sesuatu yang menjadi bahagian
dalam sesuatu keseluruhan unsur. Dalam konteks kajian ini, Pendidikan Alam Sekitar
diajar sebagai satu elemen dalam subjek lain. Ia menjadi sebahagian daripada mata
pelajaran teras lain contohnya di dalam Mata Pelajaran Sivik pelajar diajar tentang
kepentingan penjagaan alam sekitar dan kesannya ke atas hidupan di muka bumi ini.
17
1.7.6 Pemeliharaan Alam Sekitar
Menurut Kamus Dewan (2000), pemeliharaan adalah perbuatan memelihara,
pembelaan dan perawatan. Oleh itu, pemeliharaan alam sekitar adalah merujuk kepada
penggunaan alam sekitar dan sumber-sumbernya secara berkekalan untuk mendatangkan
mutu kehidupan yang tinggi untuk masa sekarang dan masa hadapan. Dalam konteks
kajian ini, Pemeliharaan Alam Sekitar merangkumi aktiviti-aktiviti yang dibuat oleh
pelajar seperti kitar semula.
1.7.7 Pemuliharaan Alam Sekitar
Menurut Kamus Dewan (2000), memulihara bermaksud memulihkan serta
memelihara, menjaga dan melindungi sesuatu supaya sentiasa berada dalam keadaan
yang baik. Manakala pemuliharaan pula bererti proses, usaha dan perbuatan
memulihara. Oleh itu, pemuliharaan alam sekitar adalah satu proses memulih baik
semula sumber-sumber melalui pengurusan yang cermat dan dengan tidak membazir
sumber-sumber semulajadi. Dalam konteks kajian ini juga, Pemuliharaan Alam Sekitar
merangkumi aktiviti-aktiviti yang dibuat oleh pelajar seperti melakukan penanaman
semula pokok.
18
1.7.8 Pengetahuan
Segala maklumat tentang sesuatu perkara yang diperolehi oleh seseorang samada
melalui pembelajaran, pembacaan dan pengalaman.
1.7.9 Amalan
Sesuatu yang dibuat, diamalkan, latihan atau keberkesanan yang dipraktikkan
selalu. Ia juga bermaksud sesuatu aktivitit yang biasanya dilakukan selepas waktu
belajar selain pada hari atau pada hujung minggu.
1.7.10 Sikap
Sesuatu proses aktif yang ada kaitan dengan kesedaran seseorang terhadap objek
atau sekelilingnya. Ia bergantung kepada reaksi individu terhadap sesuatu yang disukai
atau digemari yang dapat memenuhi keinginan, keperluan dan hasrat individu.
19
1.7.11 Pelajar Pertanian
Pelajar menengah atas yang memilih mata pelajaran pertanian sebagai mata
pelajaran pilihan elektif. Dalam konteks kajian ini pelajar pertanian yang dipillih adalah
pelajar tingkatan 4 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Menengah
Teknik (SMT) di sekitar Daerah Johor Bahru yang memilih Mata Pelajaran Pertanian
seperti Sains Pertanian dan juga Mata pelajaran Vokasional (MPV) Landskap dan
Nurseri sebagai mata pelajaran pilihan elektif mereka.
1.8 Penutup
Bab ini telah menerangkan mengenai pengenalan kepada kajian yang akan
dijalankan. Selain itu latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian,
persoalan kajian, kepentingan kajian, skop dan batasan kajian dan definisi istilah juga
dinyatakan. Dalam latar belakang dan pernyataan masalah penyelidik telah menyatakan
bukti-bukti kewujudan masalah dan sokongan daripada tokoh-tokoh tertentu. Objektif
kajian yang ingin dicapai dan persoalan kajian dinyatakan untuk mengeluarkan dan
menyampaikan tentang inti pati kajian ini. Kepentingan kajian merujuk kepada
kumpulan-kumpulan yang akan mendapat manfaat daripada kajian ini. Skop kajian pula
menerangkan sedalam mana kajian akan dilakukan manakala batasan kajian menyatakan
had persampelan kajian. Definisi istilah dinyatakan bagi menerangkan beberapa frasa
yang telah digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini.