jadual spesifikasi ujian

1
Jadual Spesifikasi Ujian Jadual Spesifiikasi Ujian ialah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap konstruk, konteks, pemberatan tiap konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran. Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan iaitu mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap seperti yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan mengikut sukatan pelajaran dan objektif pengajaran. Menurut Hale, (1980), penilaian terhadap item-item tersebut juga perlu dilakukan oleh pakar mata pelajaran tertentu. Ini penting bagi memastikan kualiti item ujian dari segi kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya, pengukuran yang adil. Kubiszyn dan Borich (2003) pula berpendapat, JSU adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta tersebut menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Oleh itu pengubalan kertas ujian perlu mengikut pelbagai proses dengan terlebih dahulu menyediakan JSU, diikuti dengan membuat ujian rintis dan mengemaskini setiap item ujian tersebut sebelum item ujian itu ditadbir. JSU juga akan menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar. Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU boleh menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal hingga akhir.

Upload: thillai-nayagi

Post on 03-Oct-2015

238 views

Category:

Documents

4 download

DESCRIPTION

mjsnLKJ

TRANSCRIPT