kajian en latip
TRANSCRIPT
TAJUK : KEBERKESANAN KAEDAH IQRA’ DALAM MENGUASAI PEMBACAAN AL-QURAN DI
KALANGAN MURID-MURID SEKOLAH RENDAH TAHUN 4 SEKOLAH KEBANGSAAN TUDM
SUBANG.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang tahap keberkesanan kaedah
Iqra’ dalam menguasai pembacaan Al-Quran di kalangan murid-murid sekolah rendah di tahun 4
iaitu di Sekolah Kebangsaan TUDM Subang. Aspek-aspek yang ditinjau adalah berkaitan dengan
tahap pencapaian bacaan Al-Quran, persepsi murid tentang kaedah Iqra’ serta bentuk masalah
yang dialami semasa mempelajari Al-Quran dengan kaedah Iqra’. Maklumat kajian diperolehi
menerusi ujian lisan bacaan, temubual dan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 15 orang
murid tahun 4 dan hasil daripada kajian ini telah mendapati bahawa keberkesanan kaedah Iqra’
dalam mempelajari bacaan Al-Quran adalah pada tahap yang baik. Terdapat banyak faktor yang
membantu kepada kejayaan kaedah ini antaranya murid-murid telah mempelajari Al-Quran
dengan menggunakan kaedah Iqra’ pada umur 5 tahun lagi, sokongan daripada keluarga dan
keberkesanan pengajaran guru. Namun begitu terdapat beberapa bidang kelemahan yang perlu
diberi perhatian oleh semua pihak dalam menambahbaik keberkesanan kaedah ini iaitu yang
berkaitan dengan jumlah bilangan murid yang terlalu ramai dalam sebuah kelas dan ilustrasi
pada kulit setiap jilid buku Iqra’ yang tidak menarik minat murid.
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Latar Belakang
Kaedah Iqra’ adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang disusun oleh
Ustaz Haji As’ad Human yang merupakan Pengasas Team Tadarus Angkatan Muda Masjid-
Musholla di Yogyakarta , Indonesia pada tahun 1984. Melalui kaedah ini pelajar-pelajar akan
menguasai kemahiran pembacaan al-Quran tahap demi tahap mengikut kemampuan sendiri
dengan bimbingan guru. Oleh itu, penyusun telah membahagikan kaedah pengajarannya kepada
enam jilid iaitu buku Iqra’ 1 , 2, 3, 4, 5 dan buku Iqra’ 6.
Buku-buku Iqra’ sepertimana juga buku Qiraati disusun untuk memudahkan pengajaran
dan pembelajaran al-Quran dari peringkat pengenalan huruf Hijaiyyah hinggalah menguasai
tilawah al-Quran dengan baik dan mengikut hukum tajwid.Kaedah ini mengutamakan bimbingan
dan latih tubi. Oleh kerana itulah setiap orang guru hanya akan membimbing lima atau enam
orang murid sahaja bagi satu sesi pengajaran yang mengambil masa selama enam puluh minit.
Kaedah Iqra’ telah diterima dan digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun
1994 bagi pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah. (petikan daripada sumber
lamanweb:
http://yaqeenahmad.wordpress.com/2008/10/08/kaedah-pengajaran-al-quran-masa-kini/)
Di Malaysia, kaedah Iqra’ mula mendapat tempat dalam sistem pendidikan negara
apabila Kementerian Pendidikan ( sekarang dikenali sebagai Kementerian Pelajaran)
memperkenalkan kaedah ini pada tahun 1994. Sehubungan itu, semua sekolah di bawah kelolaan
kementerian dikehendaki melaksanakan pengajaran dan pembelajaran tilawah Al-Quran
menggunakan kaedah Iqra’ pada enam bulan pertama penggal persekolahan kepada murid-murid
tahun 1.Jangkamasa enam bulan ditetapkan dengan harapan murid-murid mampu menguasai
kemahiran pembacaan Al-Quran dengan menguasai enam jilid buku Iqra dengan purata satu jilid
pada setiap bulan.
Berdasarkan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang mahu melihat
murid-murid yang akan menamatkan zaman persekolahan peringkat sekolah rendah mampu
menguasai kemahiran tilawah Al-Quran,maka KPM telah melaksanakan Model Tasmik pada
tahun 2005 hasil cetusan idea Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Hj.Ahmad Badawi.
Pelaksanaan kaedah ini kepada murid-murid tahun 1 oleh guru-guru Pendidikan Islam yang lebih
dikenali sebagai guru j-Qaf adalah langkah alternatif kepada kaedah Iqra’ yang diperkenalkan
sejak tahun 1994. Oleh itu , kajian yang dijalankan ini akan melihat sejauhmana kaedah Iqra’
memberikan kejayaan yang dihasratkan dalam membantu murid-murid menguasai pembacaan
Al-Quran.
Dalam konteks pendidikan di sekolah Al-Quran menjadi satu komponen daripada mata
pelajaran Pendidikan Islam. Mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran teras
dan wajib dipelajari oleh setiap murid Islam di semua peringkat sama ada rendah atau menengah.
Mata pelajaran ini wajib diadakan walaupun jumlah murid Islam dalam sebuah sekolah tersebut
cuma terdapat lima orang murid Islam. Ini adalah perkara yang telah ditetapkan oleh pihak
kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Dalam Akta Pendidikan 1996 terdapat
beberapa kenyataan yang menentukan akta berkaitan pengkelasan institusi pendidikan,
pelaksanaan pengajaran Pendidikan Islam, pengajaran bahasa Arab dan pelaksanaan kurikulum
Pendidikan Islam. Berikut diperturunkan kenyataan berkaitan iaitu :
‘Jika di dalam institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau
lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah
diberikan pendidikan agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh
Pihak berkuasa Negeri.’
( Seksyen 50 (1) )
Pembelajaran Al-Quran di sekolah menengah adalah lanjutan daripada peringkat sekolah
rendah. Pembelajaran di sekolah rendah yang berkesan akan menentukan kemampuan murid-
murid membaca Al-Quran apabila mereka meneruskan pendidikan di sekolah menengah.
Penekanan kepada usaha membolehkan murid-murid membaca Al-Quran adalah langkah terbaik
dan utama ke arah mencapai hidayah daripada Allah s.w.t.
Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar dan teragung yang dikurniakan oleh allah s.w.t.
kepada Rasulullah s.a.w. melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. untuk disampaikan kepada
seluruh manusia di mana kandungannya pada dengan wahyu ilahi untuk menerangi kegelapan
dan membawa manusa kepada kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Al-quran wajib dipelajari
kerana ia mempunyai fungsi dan sumbangan yang penting sebagai sumber serta panduan yang
dapat menyelesaikan segala persoalan dan memenuhi segala kehendak manusia (Hanafi
Mohamed, 1996).
Matlamat Pendidikan Al-Quran dengan jelasnya membuktikan bahawa ajaran-ajaran
yang terkandung di dalamnya mampu memberi kejayaan dalam pelbagai lapangan bidang yang
diceburi. Ahli sains mengambil Al-Quran sebagai asas sains, ahli hukum mengeluarkan hukum
daripada Al-Quran, ahli falsafah membicarakan falsafah dalam Al-Quran dan ahli pendidikan
pula mengambil Al-Quran sebagai dasar, kaedah, falsafah dan matlamat pendidikan ( Mohd
Yusuf Ahmad, 2004). Ajarannya meliputi ruang lingkup kehidupan manusia serta membuka
jalan dalam membina kekuatan iman kepada Allah s.w.t. disamping membentuk akhlak dan
peribadi mulia sebagai khalifah Allah di bumi yang fana ini.
1.2 Penyataan Masalah
Kelemahan murid-murid dalam kemahiran membaca Al-Quran seringkali dikaitkan
dengan pelbagai sebab dan faktor. Satu laporan kajian oleh Mohd Alwi Yussof, Adel
M.Abdulaziz, dan Ahmad Kamel Mohamed (2003) menyatakan kaedah Iqra’ pada umumnya
memberi kesan baik terhadap pencapaian pengajaran Al-Quran di Sekolah-Sekolah Kebangsaan
di Malaysia sebagai satu kaedah alternatif. Cuma ada beberapa kelemahan daripada sudut
pelaksanaannya yang mana jika dapat diatasi, maka ia boleh meningkatkan lagi
keberkesanannya. Sementara itu kajian yang dilakukan oleh Mohammad Naim Mat Salleh
(2003) tentang pencapaian tilawah Al-Quran melalui kaedah Iqra’ di Sekolah Rendah
Kebangsaan Daerah Setiu, Terengganu, mendapati 49.8% murid boleh membaca Al-Quran
dengan baik, manakala 50.2 % murid masih tidak boleh menguasai bacaan Al-Quran.
Sehubungan itu melalui kajian Amri Daud (2005) dalam kajiannya model enam bulan khatam
Al-Quran, dapatan ujian murid yang mengikuti program ini iaitu 75.8 % mencapai objektif dan
terdapat 15.2 % yang tidak boleh menguasai bacaan Al-Quran. Ini menunjukkan pencapaian
objektif ini agak sederhana.Graf di bawah menunjukkan peratus pencapaian tersebut.
Berdasarkan satu kajian yang telah dibuat pada tahun 1996, kebanyakan murid tidak tahu
membaca Al-Quran walaupun mereka telah mempelajarinya dari peringkat sekolah
rendah.Dapatan daripada kajian tersebut, menunjukkan ramai murid Islam lepasan sekolah
rendah tidak tahu membaca Al-Quran apabila mereka berada di sekolah menengah (Pusat
Perkembangan Kurikulum KPM, 1996).
Berdasarkan senario ini, maka Kementerian Pelajaran Malaysia telah diarahkan bagi
menyelesaikan masalah ini.Bagi mengatasi masalah buta Al-Quran pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia telah mengadakan pelbagai program dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum.
0 10 20 30 40 50 60 70 80
Peratus (%)
PERATUS (%)
PEN
CAPA
IAN
OBJ
EKTI
F M
OD
EL
Contohnya, penekanan bidang tilawah al-Quran dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Islam
serta sebagai soalan penting di dalam peperiksaan, mengadakan kelas khas kemahiran Al-Quran
(kelas aliran agama) dan yang terbaru ialah program j-Qaf.
Oleh itu, kajian yang akan dilaksanakan ini akan menilai semula tahap keberkesanan
kaedah Iqra’ dalam pengajaran tilawah Al-Quran kepada murid-murid sekolah rendah di sebuah
sekolah dan tempat yang berlainan sama ada mencapai matlamat ataupun sebaliknya setelah
dapatan hasil kajian yang telah dibuat pada tahun 2003 oleh Mohd Alwi Yusoff, Abdel M
Abdulaziz dan Ahmad Kamel Mohamad dari Kolej Universiti Islam Malaysiadi 27 buah sekolah
di beberapa buah negeri di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan 6 buah sekolah swasta
yang pada umumnya menunjukkan keberkesanan kaedah Iqra’ dalam pengajaran tilawah Al-
Quran di sekolah-sekolah tersebut.
1.3 Matlamat Kajian
Berdasarkan kepentingan Al-Quran kepada generasi pelajar pada hari ini, maka kajian
berkaitan dengan kaedah Iqra’ sebagai model pengajaran tilawah Al-Quran ingin mencapai
matlamat-matlamat seperti berikut;
1. Mengenal pasti tahap kemahiran tilawah Al-Quran murid yang mempelajari Al-
Quran dengan kaedah Iqra’.
2. Mendapatkan persepsi murid tentang kaedah Iqra’ yang digunakan semasa
pengajaran tilawah Al-Quran.
3. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid semasa pembelajaran tilawah
Al-Quran dengan menggunakan kaedah Iqra’ .
Berikut adalah soalan-soalan kajian yang akan dijadikan panduan oleh pengkaji sebagai
memenuhi matlamat kajian yang akan dilaksanakan ;
1.Apakah tahap penguasaan kemahiran tilawah Al-Quran murid pada buku Iqra’ jilid 6 ?
2.Apakahmurid berminat dengan kaedah Iqra’ yang digunakan semasa mengajar tilawah
Al-Quran ?
3.Apakah bentuk kesukaran yang dihadapi murid semasa menggunakan kaedah Iqra’.
1.4 Kepentingan Kajian
Menguasai kemahiran membaca Al-Quran merupakan elemen terpenting dalam membina
generasi yang berakhlak mulia serta menyediakan sumber modal insan yang berkualiti. Dalam
konteks pembacaan al-Quran kemampuan murid-murid mengusai kemahiran membaca Al-Quran
menunjukkan kejayaan dasar kerajaan yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) yang terasnya bertunjangkan kepada kesepaduan insan daripada aspek jasmani , emosi ,
rohani dan intelek. Sebagai umat Islam bidang rohani yang akan diterapkan kepada murid-murid
seperti yang terkandung dalam FPK tidak akan terpisah daripada bersumberkan kepada Al-
Quran. Penekanan FPK adalah seperti berikut:
" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "
(Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM 2005)
Oleh itu, kepentingan kajian ini kepada proses pengajaran dan pembelajaran tilawah Al-
Quran melalui kaedah Iqra’ akan dapat dijadikan panduan kepada guru-guru Pendidikan Islam
yang lain dalam menilai semula kaedah pengajaran di bilik darjah. Apa yang lebih penting hasil
daripada kajian yang akan dijalankan dapat dijadikan penanda aras tentang keberkesanan kaedah
Iqra’ dalam membantu murid-murid mahir dalam bidang tilawah Al-Quran sepertimana yang
dihasratkan oleh Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral Kementerian Pelajaran Malaysia seperti
berikut:
“Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan soleh, harmonis dan
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Allah swt untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan,
bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah yang boleh memberi sumbangan terhadap
kesejahteraan ummah.”
( Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral, KPM 2005)
Kepentingan kajian ini juga boleh dinilai daripada sudut kaedah pelaksanaannya oleh
guru-guru.Perkara yang paling penting iaitu kaedah penilaian yang dilakukan serta
mendokumentasikan data maklumat murid-murid yang mengikuti kaedah Iqra’. Selain daripada
itu, bimbingan berterusan guru,ibubapa dan rakan turut juga memberikan kesan kepada
tercapainya matlamat kajian ini.Hasil dapatan daripada kajian oleh Mohd Alwi Yusoff, Adel
M.Abdul Aziz dan Ahmad Kamel Mohamed (2003) merumuskan bahawa terdapat beberapa
faktor yang menjejaskan keberkesanan kaedah Iqra’.Antaranya adalah disebabkan kelemahan
dalam mengawasi proses pelaksanaannya disamping terdapat perbezaan cara pengajaran Al-
Quran antara guru di sekolah dengan kaedah pengajaran ibubapa di rumah.
Hasil dapatan daripada kajian yang akan dilaksanakan ini akan memberi sumbangan serta
cadangan kepada pihak pengurusan sekolah dalam membantu meningkatkan keberkesanan
pelaksanaan pengajaran tilawah Al-Quran khususnya pengajaran menggunakan kaedah Iqra’.
Selain itu, kajian ini juga akan menentukan tahap keberkesanan kaedah tersebut di sekolah
tempat kajian ini akan dilaksanakan.
1.5 Batasan Kajian
Kajian yang dijalankan ini terhad kepada murid-murid yang belajar di Sekolah
Kebangsaan TUDM Subang .Reka bentuk kajian adalah bersifat kualitatif dan lebih kepada reka
bentuk kajian naratif.Pemilihan sampel kajian hanya melibatkan satu kelas sahaja murid-murid
tahun 4.Kajian ini hanya memberi tumpuan kepada menilai tahap kemahiran tilawah Al-Quran
murid-murid yang dipilih.Kajian ini juga turut mengkaji pandangan murid-murid tentang kaedah
Iqra’ yang telah mereka lalui semasa pengajaran tilawah Al-Quran. Dapatan hasil kajian ini
hanya dapat digunapakai sebagai panduan di sekolah tempat pengkaji membuat kajian
penyelidikan dan tidak dapat digeneralisasi atau dijadikan ukuran oleh sekolah yang lain.
1.6 Definisi Istilah
Penggunaan istilah yang digunakan dalam kajian ini adalah berkaitan dengan maksud dan
ruang lingkup yang tertentu sahaja.Ini bertujuan untuk memberikan maksud yang jelas
sepertimana yang dikehendaki oleh pengkaji.Ia juga membantu pembaca memahami dengan
lebih jelas perkara yang dibincangkan.
1.6.1 Kaedah
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kaedah bermaksud cara atau peraturan membuat
sesuatu (terutamanya yang bersistem atau biasa). Dalam kertas kajian ini, penggunaan istilah
kaedah difokuskan kepada proses pengajaran yang dilaksanakan oleh guru untuk mencapai
objektif pengajaran yang ditetapkan.
Menurut Mok Soon Sang (1992), kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang
sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka pendek. Dengan
perkataan lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-
langkah penyampaian tersusun.
1.6.2 Iqra’
Kalimah Iqra’ merujuk kepada satu siri tindakan guru yang memberi penekanan kepada
latihan sebutan atau bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sepertimana yang digariskan oleh penyusun
buku Iqra’ Al-Marhum Ustaz Haji As’ad Human.
1.6.3 Tilawah Al-Quran
Kaedah yang digunakan dalam kajian ini bersifat ujian lisan dan kaji selidik berdasarkan
soalan-soalan yang berkaitan. Oleh itu, perkataan menilai semula membawa maksud penilaian
yang dilakukan tentang keberkesanan kaedah Iqra’ dalam proses pengajaran tilawah Al-Quran
setelah dilaksanakan kepada murid-murid sasaran.
1.6.4 Reka bentuk Naratif
Reka bentuk naratif adalah kaedah yang digunakan oleh seseorang individu
untukmenceritakan secara sendiri kepada pengkaji apa yang berlaku kepadanya.Dalam kajian
naratif, pengkaji menghuraikan kehidupan individu, mengutip dan menceritakan tentang
kehidupan seseorang serta menulis naratif pengalaman seseorang individu ( Connelly&
Clandinin, 1990). Sebagai satu bentuk kajian kualitatif yang berbeza, kajian naratif biasanya
berfokus kepada mengkaji orang perseorangan dan mengumpul data daripada satu set cerita.
(OUM , 2007)
1.6.5 Tasmik
Menurut takrifan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral
Kemenerian Pelajaran Malaysia, model Tasmik Khatam Al-Quran ialah satu program
membimbing dan merekod perkembangan Iqra’ dan bacaan Al-Quran secara individu
berdasarkan program yang diatur bagi membolehkan murid khatam Al-Quran semasa berada di
sekolah kebangsaan dan dilaksanakan di luar jadual waktu.Fokusnya kepada murid-murid Islam
tahun 1.
1.6.6 j-QAF
Istilah j-QAF merujuk kepada bidang kemahiran dalam model tasmik iaitu penguasaan
kemahiran jawi, tilawah Al-Quran, bahasa arab dan fardhu ain.
1.6.7 Minat
Istilah minat yang dinyatakan dalam tulisan kajian ini merujuk kepada faktor luaran dan
dorongan dalaman murid untuk menguasai kemahiran tilawah Al-Quran.
1.6.8 Kajian kualitatif
Kajian kualitatif adalah kajian yang menekankan kepada penghasilan makna untuk
memahami fenomena sosial.Dalam kajian ini penghasilan makna merujuk kepada murid yan
dijadikan sampel.
1.7 Rumusan
Dalam bab pertama ini perbincangan lebih kepada pemilihan tajuk kajian yang hendak
dijalankan. Pemilihan tajuk mempunyai kaitan yang sangat rapat antara penyataan masalah
dengan kesesuaiannya kepada proses pengajaran dan impak kepada orang lain.
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Dalam bab ini tinjauan lebih kepada membincangkan hasil-hasil dapatan yang telah
dijalankan oleh pengkaji-pengkaji yang menjalankan kajian atas bidang yang hampir sama
dengan kajian yang akan dijalankan iaitu keberkesanan kaedah Iqra’ dalam pengajaran tilawah
Al-Quran dan perkara berkaitan pengajaran tilawah Al-Quran pada peringkat sekolah rendah.
Sistem pendidikan di Malaysia meletakkan pendidikan Islam sebagai satu mata pelajaran
yang wajib diajar kepada murid-murid yang beragama Islam sekiranya terdapat lima orang atau
lebih murid yang beragama Islam dalam sesebuah sekolah atau institusi pendidikan seperti
berikut:
‘Jika di dalam institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau
lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu
hendaklah diberikan pendidikan agama Islam oleh guru yang
diluluskan oleh PihakBerkuasa Negeri’.
( Seksyen 50 (1) )
Pembelajaran Al-Quran amat diberi penekanan oleh sebahagian besar masyarakat Islam di
Negara ini.Walaupun bahasa Al-Quran merupakan bahasa yang asing bagi mereka, ini tidak
melemahkan semangat dan hasrat mereka untuk mempelajari ilmu Al-Quran khasnya yang
berkaitan dengan tilawah Al-Quran.Mereka telah menubuhkan pondok, madrasah dan sekolah
yang mementingkan pembelajaran dan pengajaran Al-Quran yang merupakan langkah awal
untuk memahami isi kandungan dan pengajaran yang terdapat di dalam Al-Quran.
Hassan Mahmud (1987) merumuskan bahawa cara pengambilan Al-Quran daripada guru
terbahagi kepada dua metod utama iaitu Metod al-Mutaqaddimin dan yang kedua Metod al-
Mutaakhirin.Metod al-Mutaqaddimin merujuk kepada kaedah dimana guru membaca di hadapan
murid dan murid hanya mendengar sahaja cara bacaan guru. Adapun metod al-Mutaakhirin pula
merujuk kepada kaedah dimana murid membaca dihadapan guru dan guru hanya
mendengarkannya sahaja.Walaupun begitu beliau berpendapat adalah lebih baik jika dapat
digabungkan antara kedua-dua kaedah ini seandainya suasana membenarkan dan sesuai dengan
masa dan tempat.Cara ini juga menurut ulama’ amat sesuai melatih lidah mampu menyebut
huruf-huruf Al-Quran dengan betul.
Al-Kailani (1986) menjelaskan bahawa kaedah yang digunakan semasa mengajar Al-
Quran harus dipadankan dengan objektif pengajaran tersebut.Jadi guru harus terlebih dahulu
merancang apakah objektif pengajarannya dan siapa pelajarnya, kemudian baru memilih kaedah
mana yang sesuai. Beliau menggariskan lima perkara penting sebagai panduan guru memilih
kaedah mengajar Al-Quran, iaitu;
1. Kaedah yang dipilih mesti selaras dengan tujuan dan objektif pengajaran.
2. Kaedah mesti sesuai dengan mata pelajaran yang diajar.
3. Kaedah yang digunakan mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar.
4. Guru harus mampu menggunakan dan mengaplikasikan kaedah yang dipilih.
5. Masa harus mencukupi apabila mengaplikasikan mana-mana kaedah.
Berdasarkan kepada panduan di atas, guru haruslah bijak memilih dan mengaplikasikan
mana-mana kaedah yang sesuai dengan masa, tempat dan keadaan mengikut tahap pencapaian
murid, umur serta kemampuan guru itu sendiri.Tanpa ada kesesuaian ini pengajaran dan
pembelajaran menjadi kurang berkesan.
Ghazali (2004) menyatakan untuk mencapai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
membaca Al-Quran dan penghayatannya memerlukan kaedah pengajaran guru yang
berkesan.Antaranya melalui kaedah latih tubi, bermusyafahah secara individu dan
kumpulan.Manakala aspek membaca, menghafaz, memahami dan menghayatinya memerlukan
aktiviti-aktiviti yang melihat, mendengar, menyebut, memahami, mengenal dan menghayati.
Guru jugaharus mampu untuk memperdengarkan bacaan Al-Quran yang baik dan fasih di
hadapan muridnya sehingga mampu menimbulkan perasaan khusyuk, tenang dan lega bila
mendengarnya.Dengan demikian menimbulkan minat kepada murid untuk terus mendengar
bacaan ayat Al-Quran. Jika guru tidak mampu bertindak seperti yang tersebut, maka murid akan
mencari bunyi-bunyian lain yang dianggap merdu walaupun kita tidak menganggapnya seperti
demikian , malahan dikira berdosa. (Mohd Yusuf Ahmad, 2000). Kenyataan ini disokong oleh
Siti Fatimah (2002) denganmenyatakan bahawa bahan kaedah mengajar merupakan faktor
terpenting dalam pengajaran dan pendidikan. Ianya akan menentukan keberkesanan pengajaran
yang disampaikan oleh sseorang guru.
2.2. Literatur Berkaitan
Kajian yang akan dijalankan ini akan mengenalpasti tahap kemahiran murid dalam
tilawah Al-Quran serta mendapatkan persepsi mereka tentang kaedah Iqra’ yang digunakan
semasa pengajaran dan pembelajaran Al-Quran. Oleh itu, dalam bab ini, pengkaji akan
menyatakan kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip yang berkaitan dengan tajuk kajian.
2.2.1. Teori Pembelajaran Al-Quran
Kitab Al-Quran adalah mukjizat agung yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada
junjungan nabi Muhammad s.a.w. sebagai panduan kehidupan umat manusia akhir zaman.
Penurunan Al-Quran adalah pelengkap risalah Allah s.w.t. kerana selepas daripada kebangkitan
baginda s.a.w. tidak ada nabi dan rasul lagi yang diutuskan oleh Allah s.w.t. Penurunan wahyu
pertama daripada surah Al-Alaq ayat 1 hingga 5 kepada Rasulullah s.a.w. semasa baginda
bersendirian di Gua Hira’ merupakan kaedah pengajaran yang diajarkan oleh Allah s.w.t. kepada
malaikat Jibril a.s. Antaranya dapat dirumuskan seperti berikut;
1. Kaedah talaqqi dan musyafahah
Menurut (Mohd Yusuf Ahmad, 2000) bahawa proses pembelajaran Al-Quran perlu
dilakukan secara talaqqi dan musyafahah sebagaimana cara Rasulullah s.a.w. menerima wahyu
daripada malaikat Jibril a.s. Selain itu bacaan secara tadwir (sederhana perlahan/cepat) juga
dibenarkan terutamanya kepada hafiz Al-Quran.yang telah lancar membaca ayat-ayat Al-Quran.
Perkataan talaqqi membawa maksud berdepan manakala musyafahah ialah bercakap dengan
seseorang secara berdepan. (az-Zarqani, 1995) . Oleh itu, untuk melahirkan individu yang mahir
dalam penguasaan bacaan Al-Quran mengikut bacaan dan hukum tajwid yang betul, mereka
mesti mempelajarinya daripada guru Al-Quran yang mahir dan arif serta pakar ilmu tersebut.
2. Kaedah latih tubi
Teknik latih tubi amat berkesan untuk membolehkan murid menghafal fakta dan konsep
utama. Melalui latihan (lisan atau bertulis) yang berulang-ulang, ia akan menjadi satu kebiasaan
dan kekal dalam ingatan. Di samping itu, ulangkaji dari semasa ke semasa dapat
mempertingkatkan lagi ingatan.Pelajaran ulangkaji dapat dijalankan melalui soal jawab,
membuat ringkasan isi pelajaran, membuat perkaitan antara pelbagai pelajaran, ujian dan
peperiksaan.
Satu eksperimen pembelajaran yang telah dijalankan oleh Edward Lee Thorndike (1874-
1949) (disebut dalam buku Mok Soon Sang & Lee Shok Mee, 1991) yang dikenali sebagai
Hukum Kesan Thorndike menjelaskan suatu perlakuan yang dicuba secara berulangan akan
dapat dikekalkan dalam ingatan. Dalam kajian ini, beliau telah menggunakan seekor kucing
sebagai bahan ujikaji.Dalam konteks pengajaran tilawah Al-Quran melalui kaedah Iqra’ latihan
berterusan dan berulang kali akan mengekalkan kemahiran yang dipelajaridaripada buku Iqra’
dalam ingatan murid.
3. Pengajaran bersifat sistematik dan berperingkat
Menurut (Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee, 1991)isi pembelajaran hendaklah disusun
secara berperingkat-peringkat mengikut satu urutan yang rapi.Pelajaran harus berkembang
daripada yang mudah kepada yang kompleks dan daripada yang konkrit kepada yang
abstrak.Pelajaran disampaikan langkah demi langkah untuk memudahkan murid
memahaminya.Pemahaman setiap peringkat pelajaran penting untuk membina konsep dan
menjamin pemindahan positif serta meningkatkan ingatan murid terhadap pelajaran yang
disampaikan.Dalam pengajaran tilawah Al-Quran, kaedah Iqra’ memberi penekanan kepada
pembelajaran secara sistematik dan isi pengajaran berkembang daripada yang mudah kepada
yang susah. Jilid pertama dalam buku Iqra’ murid diperkenalkan dengan sebutan huruf-huruf
hija’iyah baris satu di atas dan seterusnya kepada membaca potongan ayat Al-Quran pada buku
Iqra’ jilid 6. Kaedah ini adalah proses penurunan Al-Quran dari Baitul Izzah kepada Rasulullah
s.a.w. secara berperingkat selama 23 tahun.
2.3. Kajian Berkaitan
Menurut kajian yang dilaporkan oleh Nik Salida Maizah (2004), berkaitan keberkesanan
pengajaran tilawah Al-Quran yang bergantung kepada penggunaan teknik dan pengajaran guru di
bilik darjah. Dapatan beliau iaitu 70.6% sample berminat untuk belajar Al-Quran walaupun
14.7% hanya mampu pada aras baik dan 23.3% tidak berminat dan tidak menguasai tilawah Al-
Quran dan mendapat keputusan peperiksaan yang berada di tahap lemah. Menurut Nurul Amali
Mohd Shamsudin (2004), dalam dapatan hasil kajiannya menunjukkan bahawa majority guru
(71.7%) yang mengajar Pendidikan Quran dan Sunnah di Selangor telah memperuntukkan waktu
mengajar tilawah kepada pelajar. Namun demikian, terdapat sebilangan guru (28.9%) yang
menafikan pengajaran tilawah Al-Quran sebagai salah satu objektif utama mata pelajaran
ini.Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan antara guru dalam memperuntukkan waktu
bagi mengajar tilawah kepada murid dan kaedah yang digunakan dalam pengajaran tilawah tidak
banyak membantu murid menguasai kemahiran membaca Al-Quran.
Satu kajian yang telah dijalankan oleh Mohd Alwi Yusoff, Adel M.Abdulaziz dan
Ahmad Kamel Mohamed (2003), berkaitan keberkesanan Iqra’ sebagai kaedah pembelajaran
membaca Al-Quran di 27 buah sekolah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia dan 6 buah
sekolah swasta mendapati kaedah Iqra’ memberi kesan baik terhadap pencapaian pembelajaran
Al-Quran di sekolah-sekolah kebangsaan di Malaysia sebagai satu kaedah alternatif. Cuma
terdapat beberapa kelemahan daripada sudut pelaksanaannya yang mana jika diatasi , maka ia
boleh meningkatkan lagi keberkesanannya. Adalah didapati 29 % sahaja daripada guru-guru di
sekolah yang dilawati di negeri-negeri, mempunyai rancangan harian terutama yang melibatkan
pengajaran Iqra’ dalam bilik darjah. Ini berlaku disebabkan kurangnya pendedahan guru terhadap
cara mengajar yang sebenar dan betul bagi kaedah Iqra’.Hasil daripada kajian itu juga mendapati
hanya 35% sahaja guru-guru yang ditemui, pernah menerima latihan dan menghadiri kursus
dalam melaksanakan cara pengajaran Iqra’. Sebahagian besar guru tidak pernah mengikuti
kursus.Mereka hanya bergantung kepada panduan yang tercatat dalam buku Iqra’.Di negeri
Pahang dan Perak mencapai 99% guru-guru yang betul-betul mengikut cara pengajaran Iqra’ dan
menggunakan tempoh masa seperti yang ditetapkan. Ia disebabkan oleh pemantauan yang kuat
oleh pihak berkenaan dan pendedahan yang cukup kepada guru-guru.Hasil daripada soal selidik
yang dijalankan guru ada mengemukakan beberapa masalah yang dihadapi oleh mereka dalam
mengajar kaedah Iqra’ sebagaimana berikut;
1. Tidak ada buku panduan khusus yang menerangkan cara pengajaran Al-Quran
mengikut kaedah Iqra’.
2. Tidak terdapat kursus-kursus intensif yang berterusan kepada guru-guru.
3. Bilangan murid yang ramai dalam satu bilik darjah.
4. Tempoh masa yang singkat iaitu enam bulan tidak mencukupi untuk mengajar kaedah
ini.
5. Perbezaan cara pengajaran Al-Quran diantara sekolah dan rumah.
6. Tidak ada buku yang khusus untuk latihan harian dan bulanan.
7. Kurangnya aktiviti sampingan dalam pengajaran Al-Quran.
8. Tidak ada pengawasan pihak berkaitan terhadap buku-buku yan diedarkan di sekolah-
sekolah.
9. Naskah buku Iqra’ yang digunakan tidak mempunyai tarikan-tarikan yang dapat
menarik perhatian murid seperti warna-warna dan lain-lain.
Satu kajian yang telah dijalankan berkaitan penglibatan ibu bapa dalam merealisasikan
hasrat penguasaan kemahiran membaca Al-Quran kepada anak-anak menunjukkan sikap ibu
bapa yang tidak prihatin dengan pendidikan anak-anak terutamanya tilawah Al-
Quran.Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji Mohd Nasir (2001) menjelaskan
bahawa terdapat sikap tidak acuh ibu bapa telah menyebabkan keciciran berlaku di kalangan
anak-anak dalam menguasai tilawah Al-Quran.
Abd. Rahman Hassan (1996), dalam kajiannya tentang bentuk-bentuk pengajian Al-
Quran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) mendapati masih banyak kelemahan
dalam kalangan murid tersebut dalam membaca Al-Quran secara fasih dan bertajwid. Antara
faktor yang dikenalpastiialah sikap ibu bapa. Terdapat 60% daripada ibu bapa yang menyerahkan
sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak-anak kepada guru Al-Quran.Ibu bapa tidak
mengambil berat tentang pencapaian anak-anak mereka.Anak-anak hanya membaca di hadapan
guru tanpa mengulangkaji di rumah.
Satu kajian pencapaian tilawah Al-Quran melalui penggunaan kaedah Iqra’ telah
dijalankan oleh Mohammad Naim Mat Salleh (2003) di kalangan murid-murid tahun lima
sekolah-sekolah rendah kebangsaan di daerah Setiu, Terengganu. Kajian dijalankan dalam
bentuk tinjauan yang menggunakan soal selidik, ujian pencapaian dan temubual sebagai alat
mengumpul maklumat.Kajian ini melibatkan seramai 237 orang murid dan 20 orang guru di
sekolah-sekolah dalam daerah Setiu, Terengganu.Satu set ujian bacaan yang merangkumi buku
Iqra’ jilid 1 hingga jilid 6 disediakan kepada murid-murid tersebut. Dapatan daripada kajian yang
dilaksanakan adalah dirumuskan 49.8% murid boleh membaca Al-Quran manakala 50.2% masih
tidak boleh menguasai bacaan Al-Quran dengan kadar 34.4% dalam kategori buta huruf Al-
Quran. Kajian ini juga mendapati perbezaan yang signifikan antara jantina, bersekolah agama
petang, mengaji di rumah, dan pemilikan buku Iqra’dengan pencapaian tilawah Al-
Quran.Manakala tidak terdapat perbezaan signifikan antara kedudukan sekolah dengan tahap
pencapaian tilawah Al-Quran.
Pendidikan anak dalam menguasai pembacaan Al-Quran bukan hanya terletak dan
menjadi tanggungjawab pihak Kementerian Pelajaran semata-mata. Ibu bapa masih lagi
memainkan peranan yang penting membentuk anak mereka menjadi muslim yang syamil dan
berakhlak mulia. Sejak dari dalam buaian lagi ibu bapa harus mendidik anak mencintai Al-
Quran. Kajian yang telah dijalankan oleh Siti Fatimah Sudin (2002) mengenai pembelajaran
tilawah Al-Quran di sebuah sekolah di Kuching, Sarawak, menunjukkan ibu bapa perlu
memainkan peranan mendidik anak membaca Al-Quran kerana dapatan beliau menunjukkan
bahawa terdapat sebilangan kecil murid tidak membaca Al-Quran disebabkan tidak didedahkan
dengan tilawah Al-Quran sejak dari kecil.
Satu kajian kes yang telah dibuat oleh Mohd Yusuf Ahmad yang melaporkan hasil kajian
penguasaan tilawah Al-Quran (1997) atas 26 orang murid yang menunjukkan tidak ada seorang
murid yang dapat membaca Al-Quran dengan lancer tanpa sebarang kesalahan bacaan. Malah
hasil kajian itu juga menunjukkan sejumlah 54.2% sample yang dikaji tidak dapat
menyempurnakan nun sakinah. Situasi ini juga berlaku disebabkan kemerosotan penguasaan Al-
Quran di kalangan murid sekolah rendah dan menengah di seluruh Negara amat ketara.Antara
faktor penyebab kelemahannya ialah kurang minat dalam kalangan murid terhadap pelajaran ini
serta kurang penekanan daripada pihak sekolah kerana ia tidak dinilai kepentingannya di dalam
peperiksaan awam dan ianya juga sudah kurang dipraktikkan dalam masyarakat. Sebagai langkah
untuk mengembalikan semula Al-Quran kepada tahap yang sewajarnya, maka perlu satu
tindakan reformasi dalam system pendidikan ke arah memartabatkan Pendidikan Islam (Amri
Daud, 2005)
Situasi hari ini meletakkan pembelajaran Al-Quran sekadar memenuhi kurikulum sekolah
dan tidak mempunyai kesedaran sebagai satu tuntutan fardhu ain.Oleh itu sampai hari ini masih
dipertikaikan keberkesanan pembelajaran Al-Quran di sekolah yang mengatakan bahawa
pembelajaran Al-Quran belum mencapai kejayaan sepenuhnya terhadap murid. Ini berdasarkan
kajian yang telah dijalankan oleh Mohamad Naim Mat Salleh yang menilai pencapaian tilawah
Al-Quran melalui penggunaan kaedah Iqra’ di Sekolah Rendah Kebangsaan Daerah Setiu,
Terangganu (2003) yang hasil dapatannya 50.2% murid masih tidak boleh membaca Al-Quran.
2.4 Rumusan
Dalam bab ini pada umumnya menunjukkan bahawa pendidikan tilawah Al-Quran
memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan daripada semua pihak yang
terbabit. Dapatan kajian jelas menunjukkan bidang kelemahan yang berlaku jika tidak diatasi
akan memberi kesan kepada pencapaian tilawah Al-Quran di kalangan murid-murid sekolah.
BAB 3
METODOLOGI
3.1 Pengenalan
Bab ini menghuraikan kaedah untuk mendapatkan data dan maklumat mengenai murid-
murid Tahun Empat yang berkaitan dengan tahap kemahiran tilawah Al-Quran dan mendapatkan
tanggapan murid tentang pengajaran Al-Quran melalui kaedah Iqra’.Disamping itu kajian yang
dijalankan juga akan mengenalpasti masalah yang dihadapi semasa pembelajaran tilawah Al-
Quran dengan kaedah Iqra’. Data dan maklumat diperoleh melalui ujian lisan bacaan buku Iqra’
jilid 6 dan temu bual dengan murid-murid yang dijadikan sampel di sekolah kajian ini
dilaksanakan. Oleh itu, kajian yang akan dijalankan bersifat kualitatif.
3.2 Reka bentuk kajian.
Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatifyang bertujuan untuk
mengetahuipencapaian murid-muriddalam kemahiran tilawah Al-Quran dan mengetahui
permasalahan yang dihadapi. Pemilihan reka bentuk kajian ini adalah disebabkanpengkaji
akanterlebih dahulu menjalankan ujian bacaan kepada sekumpulan individu yang telah dipilih
untuk mengetahui murid yang boleh menguasai bacaan Al-Quran dan murid-murid yang tidak
menguasai tilawah Al-Quran. Temubual naratif pula djalankan untuk mendapatkan maklumat
tentang persepsi murid dan masalah yang dihadapi semasa pengajaran dengan kaedah Iqra’
dalam tilawah Al-Quran.
3.3 Populasi dan Sampel
3.3.1 Lokasi kajian.
Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah yang terletak di daerah Shah Alam, iaitu Sekolah
Kebangsaan TUDM dan bilangan sampelnya seramai 15 orang yang dipilih berdasarkan data
pencapaian pendidikan Islam dalam peperiksaan tertentu yang dijalankan oleh pihak
sekolah.Murid-murid dari sekolah ini hanya terdiri daripada keturunan Melayu dan mempunyai
latar belakang keluarga yang berbeza. Pemilihan sampel melibatkan murid yang belajar dalam
darjah Empat UIA sahaja. Di sekolah ini terdapat enam kelas darjah empat iaitu Empat UM ,
Empat UPM, Empat UITM, Empat UIA, Empat UKM dan Empat USM.. Murid akan diagihkan
secara seimbang kepada tiga kumpulan dan setiap kumpulan mengandungi lima orang. Sampel
yang seimbang akan memudahkan pengkaji membuat rumusan tentang hasil kajian khasnya
mendapatkan persepsi murid dan masalah yang dihadapi dalam pengajaran tilawah Al-Quran
dengan kaedah Iqra’.
3.3.2 Subjek kajian.
Pemilihan murid darjah empat dalam kajian ini kerana mereka telah melalui pengajaran
tilawah Al-Quran dengan menggunakan kaedah Iqra’ dan tidak terlibat dengan peperiksaan Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun kajian ini dijalankan. Sampel yang dipilih juga
adalah terdiri daripada kategori pencapaian tinggi, sederhana dan pencapaian rendah berdasarkan
jadualdi bawah;
Markah Pencapaian Kategori Sampel
80 - 100 Pencapaian tinggi
79 - 60 Pencapaian sederhana
59 - 20 Pencapaian rendah
Jadual 1: Kategori sampel berdasarkan kepada pencapaian
3.4 Instrumen Kajian
Instrumen penyelidikan yang pertama merupakan satu set ujian bacaan Al-Quran yang
terdapat dalam buku Iqra’ jilid 6. Instrumennya mengandungi sepuluh ujian lisan yang
melibatkan kemahiran yang terdapat dalam buku Iqra’ jilid tersebut. Ujian ini merangkumi aras
kemahiran yang berbeza daripada yang mudah kepada yang kompleks mengikut prinsip
pembelajaran. Maklumat yang diperolehi daripada ujian ini akan digunakan untuk soalan kajian.
Instrumen kajian yang kedua adalah dalam bentuk temuduga yang dijalankan kepada
semua sampel yang telah dipilih.Tujuan temuduga dilaksanakan ialah untuk mengutip
maklumat.Kaedah temuduga adalah teknik mengutip data daripada subjek melalui soalan yang
dikemuka dan mendapatkan reaksi daripada mereka secara verbal atau tanpa verbal.(OUM,
2007). Dalam kajian ini juga, pengkaji akan menggunakan pita rakaman untuk merekod isi
perbualan jika tidak menjejaskan keselesaan sampel.
3.5 Prosedur kajian.
Penyelidik terlebih dahulu mendapatkan kebenaran dari pihak sekolah iaitu guru besar
tempat di mana kajian ini akan dilaksanakan.
Seterusnya mendapatkan data pencapaian murid tahun empat dalam mata pelajaran
pendidikan Islam dalam peperiksaan dan ujian tertentu yang dijalankan oleh pihak sekolah
daripada setiusaha peperiksaan sekolah. Tujuannya untuk mengenalpasti murid yang akan
dijadikan sampel kajian berdasarkan pencapaian markah dalam peperiksaan tersebut. Dalam sesi
temubual yang akan dijalankan dengan murid, pengkaji akan terlebih dahulu memaklumkan
kepada pihak sekolah dan waris murid tersebut agar tidak timbul salah faham daripada kedua
belah pihak. Pengkaji juga akan memberi ruang masa kepada sampel kajian untuk hadir pada sesi
temubual tersebut dengan mencadangkan tarikh, tempat dan masa temubual yang hendak
dijalankan.
3.5.1 Pertimbangan Etika.
Data yang dipungut ini adalah di kalangan murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan
Tudm Subang. Sebarang maklumat yang diperolehi daripada murid di sekolah ini akan
dirahsiakan dari pengetahuan umum dan hanya digunakan untuk kepentingan penyelidikan.
3.6 Analisis data.
Data yang akan diterima melalui ujian bacaan murid seperti yang terdapat dalam
lampiran soalan ujian bacaan buku Iqra’ jilid enam akan direkodkan dalam borang senarai semak
pencapaian bacaan Al-Quran berpandukan kod 1 hingga kod 10. Penanda aras kemampuan
murid dalam menguasai tilawah Al-Quran adalah seperti berikut;
Tahap Penguasaan Kemahiran Penanda Aras
Kod 1 hingga kod 10 Dapat membaca dengan lancar, makhraj yang betul
dan bertajwid.
Kod 1 hingga 5 Dapat membaca potongan ayat pada tahap bacaan
terputus-putus.
Kod 1 hingga 2 Tidak lancar ketika menyebut kalimah iaitu pada
tahap bacaan tersekat-sekat.
Tidak dapat membaca Gagal menyebut kalimah yang diberikan oleh guru.
Jadual 2: Penanda aras tahap penguasaan sampel dalam bacaan Al-Quran
Item-item soalan temubual yang digunakan akandijalankan analisa dengan menggunakan
langkah-langkah berikut;
1. Menyedia dan menyusun data untuk dianalisis.
2. Menghurai dan membina tema daripada data.
3. Melaporkan dapatan kajian.
4. Menafsirkan dapatan kajian.
5. Mengesahkan ketepatan dan kebolehpercayaan dapatan kajian
(OUM , 2007)
3.7 Rumusan
Metodologi kajian yang digunakan akan menentukan tahap keberkesanan dan
kebolehpercayaan hasil kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji. Oleh itu dalam bab ini,
pengkaji telah mengemukakan reka bentuk kajian kualitatif yang bersifat temubual naratif dan
melalui edaran borang soal selidik.
BAB 4
HURAIAN DAN ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
Bab ini bertujuan menerangkan hasil dapatan tahap kebolehan murid-murid dalam
membaca Al-Quran dengan menggunakan kaedah Iqra’ serta memperolehi maklumat tentang
tanggapan murid dengan kaedah yang digunakan oleh guru semasa mengajar tilawah Al-Quran.
Disamping itu dalam bab ini juga akan menerangkan tentang permasalahan yang dihadapi oleh
murid semasa guru menggunakan kaedah Iqra’ dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah. Tumpuan khusus dalam bab ini adalah untuk menjawab soalan-soalan kajian dalam
Bab I.
Hasil kajian akan dinyatakan dalam fasal 4.1, fasal 4.2, dan fasal 4.3. Dalam fasal 4.1
akan dibentangkan hasil dapatan berhubung tahap kebolehan sampel dalam pembacaan Al-Quran
setelah mengikuti pembelajaran menggunakan kaedah Iqra’ ketika berada pada tahun 1. Fasal 4.2
perkara yang akan dihuraikan ialah analisis kajian berhubung dengan latar belakang profil
sampel. Dalam dalam fasal 4.2 juga akan dihuraikan secara terperinci maklumat mengenai
jantina, lokasi tempat tinggal, bila mula mempelajari Al-Quran dengan kaedah Iqra’, tempat
mempelajari Al-Quran dengan kaedah Iqra’, mula belajar di kelas KAFA, tahap pembacaan Al-
Quran dengan kaedah Iqra’, minat sampel dengan kaedah Iqra’ dalam mempelajari Al-Quran,
tahap kefahaman sampel tentang kaedah Iqra dan pendapat sampel tentang penerusan kaedah
Iqra’ dalam mempelajari bacaan Al-Quran.
Fasal 4.3 adalah berhubung masalah yang dihadapi oleh sampel semasa mempelajari Al-
Quran dengan kaedah Iqra’ daripada sudut permasalahan yang pelbagai.
4.2 Profil Sampel
Penyelidik telah membuat kajian penyelidikan di salah sebuah sekolah dalam daerah
Shah alam iaitu Sekolah Kebangsaan TUDM Subang tentang keberkesanan kaedah Iqra’ untuk
membolehkan murid membaca Al-Quran. Sampel kajian adalah terdiri daripada kalangan murid
berpencapaian tinggi, rendah dan sederhana dalam pencapaian mata pelajaran Pendidikan Islam
peperiksaan akhir tahun 2010. Sampel adalah murid tahun 4 yang terdiri daripada 15 orang
murid iaitu 3 orang murid lelaki dan 12 orang murid perempuan. Latar belakang keluarga sampel
kebanyakannya golongan sederhana yang terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga
seperti anak-anak tentera, bekerja sendiri dan anak-anak pekerja swasta yang tinggal di bandar.
Pecahan sampel adalah seperti berikut:-
4.3 Analisis Pencapaian Sampel Dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2010
Pencapaian Tinggi 4 orang 26.67 %
Pencapaian Sederhana 6 orang 40.00 %
Pencapaian Rendah 5 orang 33.33 %
Jadual 3: Pencapaian sampel dalam Peperiksaan
Sampel telah mempelajari mata pelajaran Pendidikan Islam bidang Asuhan Tilawah Al-
Quran dengan kaedah Iqra’ pada tahun Satu secara khusus pada enam bulan pertama . Manakala
pada 6 bulan kedua, tahun Dua dan Tiga secara sampingan dalam mata pelajaran Pendidikan
Islam di sekolah dan kelas KAFA. Penyelidik mendapati sampel memberi kerjasama yang baik
dan kajian dapat dijalankan dengan lancar dan menghasilkan dapatan yang membanggakan.
Situasi ini telah mendorong penyelidik untuk melaksanakan kajian untuk mengetahui
keberkesanan kaedah Iqra’ sebagai kaedah pengajaran tilawah Al-Quran di sekolah rendah.
4.4 Analisis Data Pencapaian Sampel Dalam Pembacaan Al-Quran
Tahap Penguasaan
Kemahiran
Penanda Aras Jumlah Peratus %
Kod 1 hingga kod 10 Dapat membaca dengan lancar ,makhraj
yang betul dan bertajwid.
10 orang 66.67
Kod 1 hingga 5 Dapat membaca potongan ayat dalam
keadaan bacaan tidak lancar
2 orang 13.33
Kod 1 hingga 2 Menyebut kalimah-kalimah Al-Quran
dalam keadaan tidak lancar
3 orang 20.00
Tidak dapat
membaca
Gagal menyebut kalimah yang
ditunjukkan.
0 00.00
Jadual 4: Maklumat Pencapaian Pembacaan Al-Quran Dengan Kaedah Iqra’
Daripada data yang dipungut, menunjukkan seramai 10 orang sampel menguasai bacaan
Al-Quran dengan lancar, sebutan makhraj yang betul dan bertajwid (66.67%). Data juga
menunjukkan tahap bacaan Al-Quran pada aras sederhana iaitu seramai 2 orang (13.33%) dan
lemah seramai 3 orang (20.00%). Tidak terdapat sampel yang tidak menguasai bacaan Al-Quran
daripada kajian ini.
Menguasai Sederhana Tidak menguasai
Lemah0
10
20
30
40
50
60
70
80
Tahap Penguasaan Murid
Peratus (%)
Pencapaian Murid
Pera
tus %
Rajah 1: Tahap penguasaan bacaan Al-Quran
Berdasarkan analisa hasil dapatan tahap kebolehan murid-murid menguasai bacaan Al-
Quran melalui kaedah Iqra’ setelah ujian lisan bacaan dijalankan menunjukkan tahap bacaan Al-
Quran adalah aras yang baik. Hasil dapatan juga menunjukkan tidak ada seorang murid yang
tidak boleh membaca Al-Quran.
4.5 Respon Berdasarkan Soal Selidik Dan Temubual
Hasil dapatan data yang diperolehi pada bahagian ini menunjukkan seramai 3 orang
(20.00%) terdiri daripada lelaki manakala 12 orang adalah sampel perempuan. Bagi
perbandingan sampel berdasarkan lokasi tempat tinggal pula, analisis menunjukkan semuanya
adalah tinggal di bandar iaitu seramai 15 orang (100%).
Perbandingan sampel berdasarkan masa mula mempelajari Al-Quran dengan kaedah Iqra’
menunjukkan seramai 10 orang (66.67%) sejak berumur 5 tahun, 2 orang (13.33%) ketika usia 6
tahun. Selebihnya 3 orang (20.00%) pula sejak berumur 7 tahun. Data dipamerkan pada rajah di
bawah.
67%
13%
20%
Perbandingan sampel usia mempelajari Al-Quran
Lima
Enam
Tujuh
Rajah 2: Perbandingan sampel mula mempelajari Al-Quran
Analisis deskriptif mendapati tahap bacaan Al-Quran menggunakan kaedah Iqra’ hasil
maklumbalas sampel iaitu mampu membaca pada tahap sangat baik seramai 4 orang (26.67%) , 2
orang (13.33%) baik, 4 orang kurang baik (26.67%) dan tidak pasti seramai 5 orang (33.33%).
Rajah 3: Pecahan tahap membaca Al-Quran sampel dengan kaedah Iqra’
Berdasarkan tempat di mana sampel mempelajari Al-Quran melalui kaedah Iqra’ pula,
terdapat seramai 3 orang (20%) hanya belajar di sekolah semata-mata , 1 orang (6.66%)
menyatakan di sekolah dan Kelas KAFA dan seramai 11 orang (85%) belajar di sekolah , kelas
KAFA, di rumah dan tempat lain.
Sangat Baik Baik Kurang Baik Kurang Pasti0
5
10
15
20
25
30
35
Pecahan Tahap Membaca Al-Quran
Peratus (%)
Tahap Murid
Pera
tus %
Sekolah
Sekolah & Kelas KAFA
Lain - lain
0 10 20 30 40 50 60 70 80 90
Pecahan tempat belajar Al-Quran
Peratus (%)
Peratus %
Tem
pat B
elaa
jar
Rajah 4: Pecahantempat belajar Al-Quran
Analisis bagi sampel berdasarkan sejak bila mula belajar di kelas KAFA menunjukkan
seramai 11 orang (73.34%) adalah merupakan murid yang belajar sejak dari tahun 1 lagi, 2 orang
(13.33%) pada tahun 2 dan tahun 3.
Rajah 5: Pecahan sampel mulabelajar di kelas KAFA
Bagi bilangan berdasarkan hasil dapatan maklumbalas sampel iaitu minat terhadap
pengajaran yang menggunakan kaedah Iqra’ pula, analisis menunjukkan kebanyakkannya adalah
sangat berminat iaitu seramai 8 orang (53.34%).Seramai 4 orang (26.67%) adalah kurang
berminat, 2 orang (13.33%) tidak berminat, manakala 1 orang (6.66%) tidak pasti.
Satu Dua Tiga0
10
20
30
40
50
60
70
80
Pecahan sampel mula belajar di kelas KAFA
Peratus (%)
Umur ( tahun )
Pera
tus %
Rajah 6: Petunjuk minat kepada pengajaran dengan kaedah Iqra’
Hasil dapatan daripada soal selidik seterusnya iaitu berkaitan dengan tahap kefahaman
murid tentang kaedah Iqra’ yang menunjukkan 8 orang (53.34%) sangat faham, 5 orang
(33.33%) kurang faham, 2 orang (13.33%) tidak pasti dan tiada seorang murid memberi
maklumbalas tidak faham dengan kaedah Iqra’ dalam mempelajari bacaan Al-Quran.
53%
27%
13%7%
Pecahan Minat Murid Kepada Iqra'
Sangat Minat Kurang Berminat Tidak Berminat Tidak Pasti
Sangat Faham
Kurang Faham
Tidak Pasti
0 10 20 30 40 50 60
Tahap Kefahaman Kaedah Iqra'
Peratus %
Taha
p Ke
fahm
an
Rajah 7: Tahap kefahaman sampel dengan kaedah Iqra’
Hasil dapatan kajian daripada sampel juga mendapati tahap persetujuan murid untuk
meneruskan kaedah Iqra’ dalam pengajaran tilawah Al-Quran adalah baik iaitu seramai 7 orang
(46.66%) sangat bersetuju, 4 orang (26.67%) menyatakan kurang bersetuju dan tidak pasti. Tiada
seorang sampel menyatakan tidak bersetuju untuk tidak menggunakan kaedah ini dalam
pengajaran Al-Quran. Hasil dapatan ditunjukkan pada rajah di bawah.
Rajah 8: Pecahan tahap kemahuan sampel kepada kaedah Iqra’
Rumusan yang dapat dibuat dalam bahagian ini ialah:
1. Murid-murid telah mempelajari Al-Quran dengan kaedah Iqra’ sejak berumur 5 tahun
lagi.
2. Tahap bacaan Al-Quran melalui kaedah Iqra’ murid adalah pada tahap sangat baik.
Sangat Bersetuju Kurang Bersetuju Tidak Pasti05
101520253035404550
Pecahan tahap kemahuan sampel kepada kaedah Iqra’
Tahap Kemahuan
Pera
tus %
3. Murid mempelajari Al-Quran menggunakan kaedah Iqra’ bukan hanya di sekolah sahaja
tetapi di kelas KAFA, rumah dan tempat-tempat lain.
4. Analisis juga menunjukkan bahawa sejak dari tahun satu lagi murid mula belajar di
kelas KAFA.
5. Minat murid terhadap pengajaran Al-Quran dengan kaedah Iqra’ adalah sangat tinggi.
6. Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa pengajaran dengan kaedah Iqra’ yang
dijalankan oleh guru di bilik darjah memudahkan murid mempelajari Al-Quran.
7. Kebanyakkan sampel bersetuju agar kaedah Iqra’ terus dilaksanakan oleh guru dalam
mengajar tilawah Al-Quran.
4.6Analisis Permasalahan Pembelajaran-Pengajaran Dengan Kaedah Iqra’ Dalam Asuhan
Tilawah Al-Quran.
Dalam kajian ini penyelidik menggunakan metod ujian kaji selidik secara bertulis dan
sesi temubual dengan sampel untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid semasa
mengikuti pengajaran dan pembelajaran tilawah Al-Quran menggunakan kaedah Iqra’. Setelah
sesi ujian dilaksanakan penyelidik mendapati tahap maklumbalas sampel terhadap keberkesanan
kaedah Iqra’ untuk membolehkan murid menguasai pembacaan Al-Quran amat baik. Seramai 9
orang (60%) sangat bersetuju, 2 orang (13.33%) kurang bersetuju, 4 orang (26.67%) tidak pasti
dan tiada seorang sampel memberi maklumbalas tidak setuju.
60%13%
27%
Pecahan Tahap Keberkesanan Kaedah Iqra'
Sangat BersetujuKurang BersetujuTidak Pasti
Rajah 9: Tahap keberkesanan kaedah Iqra’ dalam pengajaran Al-Quran
Seterusnya hasil dapatan penyelidik juga menunjukkan beberapa masalah yang timbul
apabila kaedah Iqra’ ini digunakan oleh guru semasa pengajaran tilawah Al-Quran.Antaranya
tentang bilangan murid terlalu ramai dalam sebuah kelas iaitu seramai 6 orang sampel (40%)
memberi maklumbalas sangat setuju sebaliknya 9 orang (60%) kurang bersetuju.Tidak ada
seorang sampel menyatakan tidak setuju dan tidak pasti.
Rajah 10: Permasalahan tentang jumlah murid yang ramai dalam kelas
Hasil dapatan tentang masalah kekeliruan dengan pelbagai kaedah yang digunakan dalam
pengajaran tilawah Al-Quran yang dihadapi oleh murid menunjukkan 7 orang sampel (46.67%)
kurang bersetuju, 3 orang (20%) sangat bersetuju, 2 orang (13.33%) tidak bersetuju dan 3 orang
(20%) menyatakan tidak pasti dengan masalah yang dihadapi sewaktu mengikuti kaedah tersebut
dalam pembelajaran Al-Quran. Hasil dapatan dipamerkan pada rajah di bawah.
Sangat Bersetuju
Kurang Bersetuju
Tidak Pasti
Tidak Bersetuju
0 10 20 30 40 50 60
Permasalahan tentang jumlah murid yang ramai dalam kelas
Peratus (%)
Rajah 11: Pecahan sampel keliru dengan pelbagai kaedah pengajaran Al-Quran
Bidang permasalahan yang seterusnya yang dikaji oleh penyelidik berkaitan dengan
proses pengajaran yang dilaksanakan oleh guru dengan kaedah Iqra’ di bilik darjah. Hasil
dapatan menunjukkan 4 orang (26.67%) menyatakan guru mengajar terlalu cepat menjadikan
mereka tidak mampu mengikuti sesi pengajaran tersebut. Sebaliknya 6 orang (40%) kurang
bersetuju dengan kenyataan tersebut. 2 orang (13.33%) tidak bersetuju dan 3 orang sampel tidak
pasti (20%).
Sangat Bersetuju
Kurang Bersetuju
Tidak Pasti Tidak Bersetuju
0
10
20
30
40
50
Pecahan sampel keliru dengan pelbagai kaedah pengajaran Al-Quran
Peratus (%)
Pendapat Tentang Tahap Kekeliruan
Pera
tus %
27%
40%
20%
13%
Pecahan Pendapat tentang corak pengajaran guru terlalu cepat.
Sangat BersetujuKurang BersetujuTidak PastiTidak Bersetuju
Rajah 12:Pecahan tentang corak pengajaran guru terlalu cepat.
Kajian berkenaan pembelajaran kaedah Iqra’ hanya di sekolah sahaja menghasilkan
dapatan seramai 9 orang sampel (61%) memberi maklum balas tidak bersetuju, 2 orang (13%)
menyatakan sangat setuju, 2 orang (13%) kurang setuju dan 2 orang lagi (13%) tidak pasti.
Rajah 13: Pecahan tempat sampel belajar Al-Quran hanya di sekolah
Selanjutnya hasil dapatan juga menunjukkan bahawa 3 orang (20%) sampel menyatakan
sangat setuju bahawa pengajaran guru dengan kaedah Iqra’ menyebabkan mereka merasa bosan
dan jemu. Sebaliknya 9 orang (60%) tidak setuju, 3 orang (20%) sangat setuju dan begitu juga
Sangat Bersetuju
Kurang Bersetuju
Tidak Pasti
Tidak Bersetuju
0 10 20 30 40 50 60 70
Pecahan Pendapat tempat sampel belajar Al-Quran hanya di sekolah
Peratus (%)
Peratus %
dengan maklumbalas kurang pasti iaitu 3 orang (20%). Tidak ada seorang sampel (0%)
menyatakan tidak pasti.
Rajah 14: Petunjuk tahap kepuasan sampel terhadap pengajaran guru
Bidang terakhir yang dikaji oleh penyelidik ialah berkaitan dengan daya tarikan kepada
ilustrasi jilid buku Iqra’ adalah baik. Hasil dapatan daripada kajian tersebut menunjukkan
seramai 8 orang sampel (53.34%) tidak bersetuju, 3 orang (20%) sangat setuju dan sama juga
sampel yang kurang setuju iaitu 3 orang (20%). Tidak ada seorang sampel menyatakan tidak
pasti (0%).
Sangat Bersetuju Tidak Bersetuju Tidak Pasti Kurang Pasti0
10
20
30
40
50
60
Petunjuk tahap kepuasan sampel terhadap penga-jaran guru
Tahap Kepuasan
Pera
tus %
Sangat Bersetuju Tidak Bersetuju Kurang Setuju Tidak Pasti0
10
20
30
40
50
60
Pecahan pandangan sampel dengan ilustrasi buku Iqra
Pendapat
Pera
tus %
Rajah 15: Pecahan pandangan sampel dengan ilustrasi buku Iqra
4.7 Rumusan
Hasil dapatan berkaitan permasalahan yang dihadapi oleh murid semasa mempelajari Al-
Quran dengan kaedah Iqra’ adalah seperti berikut:
1. Kebanyakkan sampel kurang setuju dengan masalah terlalu ramai murid dalam sebuah
kelas menyukarkan mereka mempelajari Al-Quran dengan kaedah Iqra’.
2. Sebilangan besar sampel kurang setuju dengan masalah pelbagai kaedah pengajaran Al-
Quran yang digunakan memberi kesan negetif kepada mereka.
3. Kebanyakkan sampel juga menyatakan tidak setuju bahawa pengajaran guru dengan
kaedah Iqra’ membosankan sebaliknya sangat bersetuju dengan ilustrasi pada kulit jilid
buku Iqra’ yang digunakan tidak menarik.
Bab 5 dalam proses. ...................
Sangat Bersetuju Tidak Bersetuju Kurang Setuju Tidak Pasti0
10
20
30
40
50
60
Pecahan pandangan sampel dengan ilustrasi buku Iqra
Pendapat
Pera
tus %