kaum dan etnik di malaysia

3
KAUM DAN ETNIK DI MALAYSIA Orang Melayu Pakaian : baju melayu, kebaya, kurung songkok, kain pelikat.. Makanan : laksa, kuih koci, buah melaka, kuih lapis, nasi lemak.. Permainan : congkak, gasing, wau.. Alat muzik : kompang, gong, rebana, gambus.. Perayaan : Hari Raya Aidrilfitri(Puasa), Hari Raya Haji Tarian : tarian keris, tarian inai, tarian piring, tarian lilin.. Kepercayaan : Agama Islam Bahasa : Bahasa Melayu Orang Cina Pakaian : Cheongsam, Sam Fu.. Suku kaum : Teochew, Hakka, Hokkien.. Makanan : Kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dimsum. Permainan : catur cina Alat muzik : gitar bulan, dram, Perayaan : Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Pesta Kuih Bulan Tarian : Tarian kipas, tarian singa, tarian payung.. Kepercayaan : Agama Buddha, Taoisme, Kristian Bahasa : Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew.. Orang India Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung.. Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu, Permainan : kaudi Alat muzik : veena, sitar, ukulele, sapei.. Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya Tarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam Kepercayaan : Agama Hindu, Kristian, Islam Bahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam Baba dan Nyonya Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi rakyat British dan berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, [1] dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". Terdapat banyk suku di Malaysia. Antaranya:- Suku Bajau

Upload: suhaimi-mohd

Post on 21-Jan-2016

46 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kaum Dan Etnik Di Malaysia

KAUM DAN ETNIK DI MALAYSIA

Orang Melayu

Pakaian : baju melayu, kebaya, kurung songkok, kain pelikat..

Makanan : laksa, kuih koci, buah melaka, kuih lapis, nasi lemak..

Permainan : congkak, gasing, wau..

Alat muzik : kompang, gong, rebana, gambus..

Perayaan : Hari Raya Aidrilfitri(Puasa), Hari Raya Haji

Tarian : tarian keris, tarian inai, tarian piring, tarian lilin..

Kepercayaan : Agama Islam

Bahasa : Bahasa Melayu

Orang Cina

Pakaian : Cheongsam, Sam Fu..

Suku kaum : Teochew, Hakka, Hokkien..

Makanan : Kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dimsum.

Permainan : catur cina

Alat muzik : gitar bulan, dram,

Perayaan : Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Pesta Kuih Bulan

Tarian : Tarian kipas, tarian singa, tarian payung..

Kepercayaan : Agama Buddha, Taoisme, Kristian

Bahasa : Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew..

Orang India

Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung..

Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu,

Permainan  : kaudi Alat muzik : veena, sitar, ukulele, sapei..

Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya

Tarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam

Kepercayaan : Agama Hindu, Kristian, Islam

Bahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam

Baba dan Nyonya

Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah

Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka.

Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi rakyat

British dan berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang

Cina yang baru, [1] dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang

Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan

mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan

Melayu.

Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di

zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu,

adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba".

Terdapat banyk suku di Malaysia. Antaranya:-

Suku Bajau

Suku kaum Bajau banyak terdapat di negeri Sabah. Suku kaum Bajau adalah antara penduduk asal

kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya, atau sejak kewujudan bangsa Melayu di Nusantara

Page 2: Kaum Dan Etnik Di Malaysia

kerana suku kaum Bajau adalah serpihan Melayu gelombang kedua yang datang ke Nusantara. Suku

kaum Bajau mendiami kawasan pesisir pantai dari Tawau hingga ke Labuan, dengan kepadatan tertinggi

di Semporna, Lahad Datu dan Kudat. Kini masyarakat Bajau telah ramai menetap di Semenanjung

Malaysia.

Seratus persen suku kaum Bajau menganut agama Islam. Suku kaum Bajau sangat menekankan

hubungan kekeluargaan dan "le'od" iaitu kelompok sedaerah. Sesuai dengan perkembangan masa kini,

kini ramai masyarakat Bajau dikahwini dan/atau mengahwini bangsa-bangsa lain termasuk Cina, Arab,

India dan suku-suku kaum tempatan di Malaysia.

Bahasa orang Bajau dikenali sebagai sinama. Kata sinama adalah kata terbitan daripada kata akar Sama

dengan menerima sisipan -in- sehingga membentuk sinama yang bermaksud bahasa kepunyaan bangsa

Sama. Suku kaum Bajau sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa

yang lebih besar. Berdasarkan kajian awal oleh Badan Galak Pusaka sekurang-kurangnya terdapat 26

subdialek bahasa Bajau atau Sinama. Juga didapati bahawa suku kaum Bajau adalah bangsa Melayu

yang sebenar (Melayu Asli). Selain di Malaysia, bangsa Bajau juga turut mewarganegarai negara-negara

seperti Indonesia, Filipina dan Brunei Darussalam.

Suku Momogun Rungus

Rungus juga di kenali sebagai Dusun Laut atau Dayak Dusun. Secara tradisi suku Momogun Rungus

adalah pengamal sistem pemerintahan kesukuan yang di bentuk oleh Kesatuan Bobolizan Rinovusan

pada zaman lampau sebelum zaman penjajahan British di semenanjung Kudat dan Teluk Marudu dan

Pitas.

Suku kaum Rungus merupakan penduduk terbesar di kawasan utara Sabah. Suku kaum Rungus adalah

penduduk asli kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya. Suku Rungus juga dikenali sebagai

Momogun, Dayak Dusun, Dayak Laut, Momogun Rungus, Melobong Rungus, Momogun Laut atau Dusun

Laut. Rungus merupakan nama nenek moyang mereka yang di kenali sebagai Aki Rungsud. Aki Rungsud

adalah tokoh bangsa Momogun Rungus yang telah membuka Teluk Bandau sebagai Pusat Perdagangan

Sistem Barter pada zaman lampau.

Suku kaum Momogun Rungus mendiami kawasan pesisir pantai barat Kudat, pantai timur Kudat, Teluk

Marudu, Pitas hingga ke Beluran dan juga kepulauan sekitar Kudat, dengan kepadatan tertinggi di

kawasan Kudat, Kota Marudu, Pitas, Paitan, Telupid, Kinabatangan dan Beluran.

Pada hari ini kira-Kira 79% suku kaum Momogun Rungus adalah menganut agama Kristian, kira 20%

adalah penganut Agama Labus (Lzabvus) iaitu agama nenek moyang Momogun Rungus dan kira-kira 1%

Momogun Rungus yang beragama Islam hasil perkawinan campur. Suku kaum Momogun Rungus sangat

menekankan adat-adat nenek moyang, hukum-hukum agama labus serta hubungan kekeluargaan.

Bahasa Momogun Rungus dikenali sebagai Boros Momogun atau Bahasa Rungus. Kata Momogun adalah

kata terbitan daripada kata akar "pogun" dengan menyambungkan sebutan -mom- sehingga membentuk

kata "momogun" yang bermaksud "pemilik tanah". Perkataan ini terhasil dari doktrin agama tradisi

bangsa Momogun Rungus iaitu Agama Labus. "Agama Labus" adalah terhasil dari 2 perkataan dari

bahasa Momogun Rungus iaitu "AGAMA" dan "LABUS".

AGAMA dalam bahasa Momogun Rungus adalah berasal dari kata asas iaitu "A" dan "Gama". "A" merujuk

kepada "boleh". Manakala "gama" bermakna "lakukan", "buat" atau "amalkan".

LABUS (bunyi sebutan ialah Lzabvus) dalam bahasa Momogun Rungus adalah dari kata asas "Labus"

yang bermakna "keluar".

Jadi Agama Labus bermakna "satu set atau satu himpunan Hukum-Hukum, amalan-amalan dan

peraturan-peraturan moral dari bangsa Momogun Rungus yang mampu mengelakkan atau

Page 3: Kaum Dan Etnik Di Malaysia

mengeluarkan masyarakat mereka dari hukuman-hukuman Kinoringan iaitu Tuhan bangsa Momogun

Rungus".

Suku kaum Momogun Rungus sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu

bangsa yang lebih besar. Ini berikutan berdasarkan kesamaan dari segi bahasa, seni arkitektur,

kepercayaan, pandangan alam serta segi etnologinya Momogun Rungus di dapati mempunyai

persamaan dengan rumpun Dayak Kalimantan, Dayak Sarawak dan Kadazan Dusun di Sabah. Tidak

hairanlah Momogun Rungus ini sering kali juga di kenali sebagai Dayak Laut atau Dayak Dusun.

Selain di Malaysia, bangsa Momogun juga turut di temui di negara-negara jiran seperti Indonesia dari

rumpun Dayak Uud Danum dan Brunei iaitu Dusun Brunei di dapati bahawa bahasa mereka juga

mempunyai kesamaan dengan bahasa Momogun.

Apa yang jelas bangsa Momogun merupakan penduduk asli kepulauan Borneo iaitu kepulauan ketiga

terbesar di dunia.

Suku Brunei

Salah satu bangsa Melayu

Suku Tidong

Suku kaum ini banyak terdapat di sabah, terutamanya di tawau.

Suku Tombonuo

Tombonuo juga di kenali sebagai Dusun Sungai.

Suku Iban

Suku kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah sebanyak 576,000 iaitu 30%

daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak.

Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar, dan

Sungai Rajang.

Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara

turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati.

Perayaan penting yang disambut oleh suku Iban adalah Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari

pertama dan kedua pada bulan Jun. Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai

sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini.