k.e arah -masyarakat yang membaca: masalah dan...

15
K.E ARAH - MASYARAKAT YANG MEMBACA: MASALAH DAN KEPERLUAN oleh Mariam Abdul Kadir dan Shahar Banun Jaafar Konsep dan Nilaian Pembaca Dikebanyakan negar'a yang sedang membanqun, konsep pembacaan masih. lagi di tahap mengenali dan mengat- asi masalah-masalah yang lebih utama dan mende, sak, iaitu menyediakan satu masyarakat yang kenal huruf, boleh membaca dan boleh menulis. Di neqara-negara yang Iebih maju seperti di Amerika Syarikat, dimana masyarakat yang kenaI huru£ telah sampai hampir 100% dan penerbitan buku hampir mencapai 100,000 judul setahun, masih ada aspek-aspek proses pembacaan yang telah diberi perhatian yang sewajarnya dan jumlah pembaca buku masih di tahap kurang dari 45% penduduknya. Untuk mewujudkan satu masyarakat yang membaca di Malaysia, maka ibu' bapa, para pendidik dan pegawai- pegawai yang menggerakkan jentera-jentera kerajaan ke arab matlamat ini perlu faham dan memberi perhatian yang sewaj arnya kepada berbagai aspek pembacaan. Tidak dapat dinafikan bahawa di mana-mana negara sekalipun, objektif utama ialah mendidik rakyatnya yang telah kenaI huruf ke arah membaca bahan yang membawa faedah kepada dirinya, keluarga dan negara. Setiap pembaca juga mempun,yai halt dan kebebasan untuk memilih bahan yang hendak dibacanya. Apa yang perlu diwujudkan di- negara kita ini, ialah bukan hanya satu masyarakat yang setakat kenaI Kertaskerja yang dibentangkan - di Ke arah Pemantapan Bahasa Malaysia Sebagai Sa ran an B.udaya Tinggi, uni versi ti Kebangsaan Malaysia " 14 - 17 ,198.,6 Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia

Upload: phungthuan

Post on 16-Mar-2019

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

K.E ARAH -MASYARAKAT YANG MEMBACA: MASALAH DAN KEPERLUAN oleh Mariam Abdul Kadir dan Shahar Banun Jaafar

Konsep dan Nilaian Pembaca

Dikebanyakan negar'a yang sedang membanqun, konsep pembacaan

masih. lagi di tahap mengenali dan mengat-asi masalah-masalah yang

lebih utama dan mende,sak, iaitu menyediakan satu masyarakat yang

kenal huruf, boleh membaca dan boleh menulis. Di neqara-negara yang

Iebih maju seperti di Amerika Syarikat, dimana masyarakat yang kenaI

huru£ telah sampai hampir 100% dan penerbitan buku hampir mencapai

100,000 judul setahun, masih ada aspek-aspek proses pembacaan yang

telah diberi perhatian yang sewajarnya dan jumlah pembaca buku masih

di tahap kurang dari 45% penduduknya. Untuk mewujudkan satu masyarakat

yang membaca di Malaysia, maka ibu' bapa, para pendidik dan pegawai-

pegawai yang menggerakkan jentera-jentera kerajaan ke arab matlamat

ini perlu faham dan memberi perhatian yang sewaj arnya kepada berbagai

aspek pembacaan.

Tidak dapat dinafikan bahawa di mana-mana negara sekalipun,

objektif utama ialah mendidik rakyatnya yang telah kenaI huruf

ke arah membaca bahan yang membawa faedah kepada dirinya, keluarga

dan negara. Setiap pembaca juga mempun,yai halt dan kebebasan untuk

memilih bahan yang hendak dibacanya. Apa yang perlu diwujudkan di-

negara kita ini, ialah bukan hanya satu masyarakat yang setakat kenaI

Kertaskerja yang dibentangkan- di S~mdpar Kebangsa~ Ke arah Pemantapan Bahasa Malaysia Sebagai Sa ran an B.udaya Tinggi, uni versi ti Kebangsaan Malaysia " 14 - 17 ~ ,198.,6

Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia

huruf dan boleh membaca sahaja, tetapi yang tahu akan nilai pembacaan

itu, dapat memilih bahan bacaan yang sesuai untuk dibaca dan dapat

memahami dan menggunakan isi kandungan bahan yang dibaca. Dalam

rancangan-rancangan kempen membaca yang sedang dijalankan sekarang di­

peringkat negeri, desa dan sekolah perlu mengutamakan konsep membaca

ini. Jika objektif membaca ialah untuk menyemai dan mempertingkat

sifat gemar membaca dan menjadikan pembacaan itu s~agai satu tabiat

atau satu amalan hidup sehari-hari ba.gi masyarakat negara ini ~ maka

nilai pembacaan itu perlu. diperkenalkan dan dijelaskan dahulu.

Masyarakat yang tahu akan nilai pembacaan akan memilih bahan yang

sesuai dan bermutu sahaja untuk dibaca. Bahan-bahan bacaan yang lucah,

rendah mutu kandungan dan bahasanya, dan tidak menambah ilmu pengetahuan

pembaca tidak akan mendapat pembacanya.

Buku~buku cerita y~g dihasilkan oleh seorang penulis yang

tabu akan tanggungjawabnya kepada masyarakat dapat melibatkan pembaca

nya denqan kehidupan manusia, membawa pembacanya: kepada dunia kehid·upan

yang tidak pernah dialami dan memberi kefahaman yang lebih luas ter­

hadap kejadian-kejadian . dan masalah kehidupan sekelilingnya. Seoranq

penulis itu menghasilkan karyanya berdasarkan pengalaman dan latar

belakanq i lmu pengetahuan yang diperolehi. Melalui pembacaan, i lmu

pengetahuan hasil pemikiran penulis itu dapat disampaikan kepada

pembaca. Sayangnya nilai ini tidak selalu disedari oleh semua pembaca.

Membaca buku yang kaya d~ngan lukisan hidup dan emosi manusia melalui

bahasa yang tepat dan sesuai susunannya akan membantu pembaca meng­

hayati keindahan senikata bahasa dan menguasai penggunaan bahasa i tu.

Nilai ini juga perlu disedari dan diterima oleh pembaca. Bahasa

Malaysia tidak kurang dengan keindahan dan kekayaan senikatanya yang

dapat menarik masyarakat kita untuk ingin membaca buku-buku dalam

Bahasa Malaysia.

- 2 -

Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia

Masalah Pembacaan

Masyarakat yang membaca merupakan masyarakat yang berilmu

pengetahuan, masyarakat yang berfikiran sihat dan rnasyarakat yang

dapat mengambil tindak-tinduk yang positif ke arah pembangunan negara.

Kita mahu masyarajat 70'juta yang wujud kelak adalah masyarakat yang

cekap membaca dan gemar membaca.

Walau bagaimanapun I masyarakat yang membaca masih belum wujud

lagi di negara ini. Dua tahun dahulu, masyarakat Malaysia digemparkan

dengan kenyataan bahawa orang MeIayu hanya membaca satu mukasurat

dalam satu tahun. Membaca masih belum merupakan keperluan utama

masyarakat kita. Keperluan membaca untuk mendapat dan menambah ilmu

pengetahuan dan mengisi masa lapang tidak dianggap sebagai satu keperluan

kehidupan seharian. Kenyataan bahawa tidak ramai yang membaca dan men­

dapat faedah daripada pembacaannya ialah disebabkan persaingan hebat

dari berbagai media seperti televisyen, video d~ komputer yang dapat

memenuhi keperluan mendapatkan maklumat dan berita semasa dengan cara

yang lebih mudah. Gejala-gejala video dan rancangan televisyen

merupakan satu saingan rekreasi masa lapang yang sukar ditandingi. Ia

nya memenuhi keperluan mendapatkan ceri ta dan juga maklurnat dengan tidak

periu bersusah payah membaca buku. Kemungkinan juga perkhidmatan seperti

BERITEKS yang membolehkah seseorang itu mendapat berita ringkas dengan

mudah dan cepat akan menjadi persaingan kepada pembacaan suratkhabar.

Dalam keadaan dimana sikap gemar membaca belum lumrah lagi di kalangan

masyarakat kita, maka pembahagian masa lapang yang sarna untuk membaca

dan menonton rancangan video dan TV tidak diambil perhitungan.

Di negara dimana sikap gemar membaca dan c'ekap membaca telah

menjadi satu budaya yang unggul, maklmnat-maklumat yang diterima dari

media-media televisyen, video dan komputer akan merangsang masyarakat

terus membaca.

- 3 /'

Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia

Malahan seringkali dari siri televisyen atau wayang garnbar yang di­

sador dari buku cerita, akan diikuti dengan cetakan semula buku itu

yang menjadi jualan paling laris pula. Mereka tidak puas dengan

"melihat dan inendengar" tetapi ingin membandingkan cerita di televisyen

dengan cerita yang telah dioleh oleh pengarang itu dan seterusnya

menghayati keindahan bahasa dan gaya penulisan pengarang' itu. Malang

nya, di negara kita buku yang telah menang hadiah atau yang tinggi

mutunya tid-ak dijadikan siri teleyisyen. Kalau ada pun karangan yang

telah difilemkan seperti. "Ranjau sepanjang Jalan", masyarakat kita

yang tidak di tanamkan nilai pembacaan, tidak akan tertarik untuk

membaca bukunya.

Ternyata juga sikap individu terhadap pembacaan adalah yang

paling asas, walaupun mengikut kajian kadar mengenal huruf masyarakat

Malaysia telah mencapai 74%. Di tiap peringkat baik di peringkat

pra-sekolah, di alam remaja, sewaktu di dunia pekerjaan atau di peringkat

persaraan, terdapat perbezaan pokok diantara kebolehan membaca dan

keseronokan membaca. Ada golongan penuntut dan mahasiswa yang tidak

gemar membaca selain dari membaca untuk. lulus peperiksaan. Terdapat

juga ramai belia lepasan sekolah rendah yang tidak cekap membaca dan

dengan itu tidak mempunyai kecenderongan untuk mernbaca. Pada kontinum

yang satu pula terdapat. perbezaan asas diantara apa yang hendak di-

baca dengan apa yang ada untuk dibaca. Terdapat golongan belia yang

suka membaca, tetapi menghadapi rnasalah bahan yang dibacanya tidak

bermutu dan tidak membantu untuk menambah ilmu pengetahuan. Hasil

kajian "A survey on Reading Habits and Interests of Malaysian People"

(1983) memberi faktor utama orang ramai tidak membaca kerana tidak

ada masa untuk membaca (59%), rnempunyai tugas lain yang lebih penting

dari membaca (11%) dan susah rnendapat bahan bacaan (7%). Beberapa

penyelidikan lain yang telah dijalankan di In~titut,Teknologi Mara

telah menghasilkan penemuan yang lebih kurang sarna.

- 4 -

Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia

Disamping itu pula, kita juga menghadapi kekurangan bahan

bacaan yang bermutu. Untuk melahirkan satu masyarakat ' Malaysi~ yang

mambaca, apakah bahan bacaan yang' tersedia untuk mereka. Kesukaran

yang dihadapi ,oleh penerbit-penerbit ·di Malaysia Uhtuk menentukan taraf

pembacaan dan ·bidang ilmu pengetahuan yang dalam program penerbitan

merekaadalah dis'ebabkan tidak adany.a ,satu perancangan penerbitan buku

yang menyeluruh dan. berkesan, yang boleh memenuhi keperluan pembaca

sebenarnya. Hasil kajian mengenai Kekurangan Bahan Bacaan Dalam

Bap.asa Malaysia oleh Perpustakaan Negara (1982) menWljukkan keruncingan

kekurangan bahan bacaan dalam Bahasa- Malaysia. Dari jmnlah 25,330

juq.ul yang diterbitkanantara tahun 1967-1980, iaitu 14 tahun, cuma

6,242 judul sahaja adalah dalam Bahasa Malaysia yang terdiri daripada

buku bukan teks sekolah.

Kekurangan bahan b.acaan dalam Bahasa. Malaysia jelas terbukti

jika dibandingRan aengan statistik golongan yang boleh membaca dan

menulis dalam Bahasa Malaysia bagi tahun 1980. Kajian yang sarna mem­

buat anggaran bahawa golongan ini adalah 45,% daripada penduduk yang ber­

umur 10 tahun ke atas bagi tahun 1'980., Anggaran ini dibuat berasaskan

'perangkaan daftar masuk sekolah rendah 'ba-gi murid-murid antara tahun

19'70-1.980. Bagi jmnlah 4,381, 844 orang yang boleh membaca dan menulis

da1am Bahasa ,Malaysia sebagai bahasa utama, hanya lebih kurang 6,000

j udUl bahan bacaan dalam Bahasa Malaysia yang ters:edia. Selama negara

ki ta tidak. dapat menerbitkan buku-buku untuk keperluan masya,rakatnya',

selama i ,tu pula ki ta terpaksa bergantungkepada buku-buku yang diimpot<

untuk mengisi kekosongan yang wUjud. Walau bagaimanapun,- ~a'salah in·i .

tidak akan berkurangan o ,leh -sebab 'kebanyakan ,btlku. y.ang diimpot adaiah

dalam Bahasa Inggeris. Bagi gblongan yang harty~a boleh menulis dan mem­

baca dalam Bahasa Malaysia sahaja-, bahan bacaan yang' tersedia tidak dapat

menampUng keperluan mereka bukan ·s 'ahaj:a dar;i. segi bahas'a tetapi juga

perkara-perkara selain dari kesusasteraan dan bahasa.

- 5 -

Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia

Perpustakaan dan Budaya Membaca

Perpustakaan adalab jentera yang penting dalam usaha

Kerajaan menqwujudkan masyarakat yang -membaca. Melalui bahan-bahan

bacaan yang tersedia dalam perpustakaan, pembaca-pem:baca dapat mem­

buat pilihan aalam berbagai bidang ilmu pengetahuan samada baqi

tujuan memajukan diri dalam bidang yang di(c'eburi atau semata-mata

untuk memenuhi keperluan keseronokan membaca. Perpustakaan berfungsi

untuk memperolehi, menyimpan, rnendokumentasi, memelihara dan menyebar

kan maklumat dari berbag~i bahan basil dari penulisan sezaman. Oleh

yang demikian, perpustakaan merupakan satu "media" menyamb'unq Dudaya

dan warisan pemikiran sezaman untuk dihayati oleh generasi akan datang.

Adalah menjadi tanggunqjawab pustakawan menyediakan bahan

bacaan yang sesuai bagi semua lapisan pernbaca mengikut peringkat umur,

kebolehan dan penguasaan bahasa dan janis bahan yang diperlukan.

Pembaca-pembaca yang sering mengunjungi Perpustakaan Negara terdiri

dari kanak-kanak pra-sekolah, penuntut sekolah rendah dan men~ngah,

remaja lepasan sekolah, rnahasiswa dan pensyarah dari Pusat Pengajian

Tinggi, para pentadbir dan pegawai-pegawai Kerajaan, para profesional

dan usahawan serta ibu bapa. Dalam usaha Perpustakaan Negara memberi

perkhidmatan perpustakaan yang berke'san kepada semua golongan pembaca

ini, masalah kekurang,an bahan d.lam Ba,hasa Malaysia yang dihadapioleh

Perpusta.kaan Negara juga menjadi masalah yang rumit yang 'melibatkan

penyampaian bahan-bahan bacaan kepada orang ramai. Perpustakaan­

perpustakaan awam negeri FELDA, KEMAS dan RISDA dan perpustakaan di­

pusat-pus,at pengajian tinggi dan Jabatan-jabatan Kerajaan sentiasa tidak

dapat memenuhi keperluan pembaca dan para penyelidikan yang memerlukan

bahan::ruj ukan dalam Bahasa Malaysia. Mereka ini yang telah mendapat

didik-an sekolah dalam 'Bahasa Malaysia tidak dapat mengguna bahan

- 6 -

Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia

roj.ukan dalam , Baha~ -Inggeri~ walaupun banyak dis9ci.iakan di­

perpustakaan.

Selain daripada menyediakan bahan bacaan yang diperlukan,

perpustakaan juga menyediakan berbagai perkhidmatan kepada pembaca .

dan menggalakkan penggunaan kemudahan-kemudahan yang tersedia. Usaha

menggalakkan penggunaan buku adalah satu daripada tugas penting seorang

pustakawan. Aktivi ti-aktivi ti menggalakkan minat membaca buku seperti

waktu bercerita, sessi kerjatangan, persembahan drama dan boneka 'untuk

kanak-kanak, pameran buku . baru dan ceramah buku untuk dewasa sudah menjad~

aktiviti yang tetap dan wajib di perpustakaan-perpustakaan awam. lrii ada

lah untuk menarik minat orang ramai untuk mengunjungi perpustakaan

dan kemudian diharapkan akan tertarik dengan buku-buku yang tersedia.

Apa yang sering terjadi ialah anak-anak yang mendes~ ibu bapa ke

perpustakaan untuk me:ndengar ceri ta atau melihat persem.bahan boneka

telah membuka hati ibu bapa mereka untuk membaca.

Perhubungan pustakawan dengan pembac,a perlu wujud dari mula

pembaca itu jejak kaki ke perpustakaan. Interaksi yang aktif ini ada

lah untuk pustakawan memenuhi keperluan bacaan dan maklumat pembaca dan

untuk mencadangkan kepada setiap pembaca bahan-bahan bacaan yang l 'ebih

sesuai dengan minat dan peringkat kebolehan bacaannya. Walaupun

pustakawan tidak semestinya membaca semua buku di perpustakaannya,

tetapi dia perlu tahu dan mempunyai pengetahuan luas tentang buku-buku

.umum dan buku-buku dalam Bahasa Malaysia terutamanya apabila memberikan

perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar. Masalah yang dihadapi ,-;Cr' ". L

ialah oleh sebab perpustakaan ~erpustakaan awam~eger~sentiasa

kekurangan kaki tangan ikhtisas, tug,as ini selalunya tidak dapat diberi

kan oleh seorang pustakawan yang pe·rlu men gurus perpustakaan, membeli

buku, mengkatalog buku dan merancang perkhidmat?Il.

- 7 -

Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia

Untuk membawa buku kepada pembaca yang tidak dapat

mengunjungi perpustakaan, perpustakaan-perpustakaan awam negeri dan

juga perpustakaan Negara telah menyediakan perkhidrnatan perpustakaan

bergerak. Oalam jangkamasa lim.a tahun antara 1980-1984, jumlah

perpustakaan telah berlipat ganda.

JADUAL 1

JUMLAH PERPUSTAKAAN BERGERAK 01 TIAP NEGERI

~ 1979 1980 1981 1982 1983 1984 NEGERI

Johor - - - - - 1

Kedah 2· 2 2 3 4 4

Kelantan - - - - - -

Melaka - - 1 2 2 2

Negeri - 1 1 1 2 2 Sembilan

Pahang - - - 1 2 3

Perak - - - 2 2 2

Perlis - 1 1 1 1 1

Pulau 1 1 Pinang

1 1 2 2

Selangor 10 10 10 11 12 12

Trengganu - - 1 3 5 5

Wi l ayah - - - 1 2 3 Persekutupn

JUMLAH 13 15

\ 17 26 34 37

"

Sumber: Perpustakaan Negara Malaysia

- 8 -

Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia

Oleh sebab perpustakaan-perpustakaan bergerak ini memberi perkhidmatan

di kawasan luar bandar, hampir 70\ daripada buku bacaan yang di-

bawa adalah buku-buku dalam Bahasa Malaysia. Minat masyarakat luar

bandar kepada buku-buku Bahasa Malaysia dan keupayaan mereka membaca

buku-buku dalam Bahasa Malaysia sahaja jelas terbukti apabila pad a

akhi~ minggu perpustakaan bergerak kembali ke Perpustakaan Pusat,

buku-buku Bahasa Inggeris tidak terusik dari raknya, sementara buku

Bahasa Malaysia hampir habis dipinjam.

Keperluan ke arah masyarakat membaca

Projek Gerakan Membaca telah dilancarkan oleh Y.A.B.

'Timbalan Perdana Menteri, Datuk Musa Hitam pada 28hb. Januari, 1980.

Pada bulan Januari 1983 Jawatankuasa Kebangsaan Gerakan Membaca telah

ditubuhkan untuk menjalankan beberapa projek yang telah diatur di­

Peringkat negeri dan daerah dengan kerjasama dan penglibatan dari semua

pihak termasuk pihak swasta, organisasi sosial, institusi pendidikan,

pihak penerbit, perpustakaan dan juga media rnassa. Matlamat Pro'jek

ini ialah mengwujudkan i) masyarakat yang gemar mambaca; ii) masyarakat

yang cekap membaca dan iii) masyarakat yang membaca sebagai satu

tabiat seharian. Ontuk mencapai matlamat ini, tiga strategi telah

disusun iaitu:-

i) sampaikan buku kepada pembaca

ii) terbi tkan lebih banyak buku

iii) kempen mendidik masyarakat.

- 9 -

Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia

Untuk menyampaikan b\lk,u kepada pembaca, perpust~k:aan

memanglah menjadi jentera uta:ma dari pihak Kerajaan. Walau b~gai­

manapun I sudah sampailah masanya pihak swasta I padan sukarela dan

oranq-orang perseorangan membantu Kerajaan dalam usaha ini. Jawatan

kuasa Gerakan Membaca telah mengenalpasti projek seperti "Perpustakaan

AnakAngkat" yang boleh diusahakan oleh badan sukarela dan proj.ek

"sumbangan Unttik Oesa Ki ta" yang beropa pemberian akbbar, majal·ah

atau buku secara tetap dari orang-orang perseorang~n yang mampu atau

telah berjaya kepada perpustakaan di kampong atau desa tempat kelahiran

mereka. Beberapa firma seperti Esso, M.OBIL dan Syarikat SINGER telah

tampil ke hadapan dan menghulurkan derma perpust·~an ber~erak serta

koleksinya kepada Perpustakaan Negara dan Perbadana,n Perpus·takaan

Awam Negeri Terengganu. W.alau bagaimanapWlI leb.ih banyak. lagi firma­

firma yang maju perlu menghulurkan bantuan oleh sebab jumlah 37

buah perpustakaan bergerak yang ada sekarang adalah j.~uh dari mencukupi.

Kedai buku merupakan satu lagi sal·oran penting bagi' pembaca

mendapatkan bahan bacaannya. Mengi)cut laporan Kaj ian Tentang Tabiat

dan Minat Membaca Masyarakat Malaysia, 60% buku yang dib~ca adalah

"dibeli dari kedai buku". Kebanyakan kedai buku di seluruh negara

hanya terdapat di bandar-bandar besar. Untuk memenuhi keperluail dan

selera pertlbaca di bandar I kebanyakan bukurang dijual ~dalah dalam

Bahasa Inggeris yang diimpot dari luar negeri. Pasaran buku-buku

Bahasa Malaysia terlalu lembab. Kebanyakan ~embaca, terutamanya di­

luar .bandar, tida,k tahu atau lambat tahu sa~u-satu· judul buku Bahasa

Malaysia yang sudah diterbitkan oleh sebab penerbitan tempatan tida)c

memberi keutamaan kepada promosi judul baru. Jik~ promosi buku lebih·

agresif dan diatur pula hi.n:gcga ke: desa, sudah pas'ti buku-buku Bahasa

~~laysia mendapat lebih banyak pemb~ca.

- 10 -

Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia

Langkah yang perlu untuk menambah jumlah pembaca dan

menanamkan kecenderongan meml:aca buku Bahasa Ma!aysia ialah dengan mem-

perbanyakkan judul dan jumlat buku Bahasa Malaysia di dalam semua

perkara untuk semua peringkat umur. Sejak tahun 1980, j'.umlah

pengeluaran buku di Malaysia telah bertambah, tetapi pertambahan ini

kebanyakalUlya adalah dalam buku teks sekolah rendah dan m~nengah. Bagi

buku-buku Bahasa Malaysia untuk kanak-kanak dan bacaan am pertambahan

masih terdapat di ~~1.-bidang agama, bahasa dan · ~a~eraan . ~layu.

Pertambahan buku-buku Bahasa Malaysia dalam bidang-~idang sains

perubatan, kejuruteraan, astronomi, fizik, kimia, pertanian, perdagangan,

muzik dan sukan hampir tidak ,~da.

JADUAL 11

JUMLAH JUDUL BUKU MENGlKUT BAHASA

~ 1979 1980 19~1 1982 1983 1'9,84 BAHASA

Bahasa 991 1,118 1,654 1,699 1,114 2,298 ,Malaysia

Inggeris 792 550 548 919 2,124 92'6

Cina 98" 177 85 96 298 134

Tamil 44 8 12 23 35 5

Iban 3 - 12 12 - -

Bahasa lain 1 3 - - 1'0 1

Dua dan' 180 92 45 ~2 154 148 lebih bahasa

3,133 3,512 !

JUMLAH 2,037 1,948" 2,35,6 2,801

*===========:========= i== • . --~ := ,====~~= .------~ ,-

Sumber: Oaf tar Akta Penyerahan Buku di Perpustakaan Negara Malaysia.

- 11 -

Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia

TAHUN

PERKARA

Karya

Agama

Sains politik

Ekonomi

Pelajaran

Perdagangan

Bahasa Malaysia

Sains Jati

Astronomi

Fizik

Kimia

Sains Perubatan

Kejuruteraan

Pertanian

Senibina & Lukisan

JAIJUAL 111

JUMLAH JUDUL BUKU BAHASA MALAYSIA (TIDAK TERMASUK BUKU TEKS SEKOLAH)

YANG DITERBITKAN MENGIKUT PERKARA UTAMA

1982 1983 1984

K:anak- Bacaan Kanak- Bacaan Kanak-kanak Am kanak Am kanak

1 29 4 29 9

3 64 - 46 -- 14 - 13 -

- 16 - 20 -

3 28 - 15 -

2 13 - 16 -

3 30 4 17 1

- 2 - 5 10

- - - - -

- 2 - 1 -

- - - 2 -- 2 - 6 1

- 3 - 1 -- 10 - 8 -- 5 - 13 -

- -~ -

- 12 -

~UMLAH Bacaan Am

.

43 115

91 204

24 51

24 60

20 66

9 40

24 79

2 19

- -

2 5

3 5

8 17

5 9

8 26

14 32

Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia

TAHUN 1982 1983 1984 JUMLAH

Kanak- Bacaan Kan.ak- Bacaan Kanak- Bacaan kanak Am kanak Am kanak ' Am

PERKARA

Kesusasteraan 151 290 36 78 65 148 768

Sejarah 3 13, - 10 - 25 51

Biografi - 4 - 5 - 9 18

Sumber: Daftar Akta Penye.rahan Buku di Perpustaka-an Negara Malaysia

Apa yang diperlukan ia'lah aktiviti terjernahan yang lebih pesat dalam

bidang-bidang yang ternyata sangat kekurangan buku dalam Bahasa

Malaysia. Selaras dengan aktiviti terjemahan, karangan asal juga perlu

diperbanyakkan. Keadaan yang ternyata dan sentiasa menghalang

penambahan buku , ilmiah dalam Bahasa Malaysia oleh cerdik pandai dari

golongan pegawai Kerajaan dan profesional. Oleh sebab mungkin telah

mendapat didikan dalam Bahasa Inggeris, maka mereka lebih cenderong mem-

buat penyelidikan il~ah dalam Bahasa Inggeris dan bahan-bahan

penyelidikan ini telah diterbitkan di luar negeri atau Singapura. Apa

yang dikhuatirkan ialah keadaan ini berlarutan sehingga 1990, akan ter-

dapat di Malaysia satu generasi yang kehilangan moti vasi untuk menambah

ilmu pengetahuan oleh sebab terlalu sukar untuk mendapat bahan bacaan

yang diperlukan dalam bahasa yang mereka fahami.

Buku Bahasa Malaysia dan usaha untuk menerbitnya tidak boleh

dianggap sebagai I soal swasta I lagi. Apa yang perlu ialah pe'ranc,ang~

dan kerjasama antara Kerajaan dan penerbit. Sehingga ini, pembangunan

bahan bacaan negara ini tidak mendapat bantuan yang jelas daripada

ekonomi negara. Dalam Ranc angan Mal~ysi.a Pertaxna, Ked~a, Ketig-a dan

Keempat tidak ada rancangan _' dan_ peruntukan . untuk pembanqunan:'

- 1'3 -

Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia

buku terutama dalam Bahasa Malaysia. Sudah sampai masanya pihak

Kerajaan sendiri memberi pandangaIl yang serius kepada masalah bahan

bacaan dalam Bahasa Malaysia yang tidak mencukupi.

Mendidik rakyat supaya suka meJ[!.baca merupakan satu proses

yang tidak berhujung dan melibatkan berbagai pihak. Media massa

seperti radio dan TV yang selama ini menjadi persaingan kepada

pembacaan ini boleh membantu dalam usaha mendidik masyarakat kita

supaya membaca. Iklan-iklan yang menunjukkan faedah membaca, ikian

promosi buku-buku baru, ruangan bercerita untuk kanak-kanak, temuramah

dengan penulis yang telah menang hadiah Gapena/Esso, dan berbagai

rancangan lain perlu dan boleh diadakan. Masyarakat hari ini telah

mula menyedari tentang keperluan dan faedah membaca. Media bercetak.

seperti akhbar sentiasa menerbitkan rencana mengenai pembacaan ter­

utama semasa Pesta Buku Malaysia. Walau bagaimanapun, kesedaran ini

tidak seharusnya wujud apabila ada Pesta Buku sahaja, tetapi perlu

sentiasa dimasukkan ke dalam jiwa tiap individu yang boleh membaca.

Menanam semangat suka membaca bermula di rumah dan sekolah.

Ibu bapa dan guru menj adi teladan. Jika anak-anak dis·ogok dengan buku

dan komik atau majalah dalam Bahasa Inggeris sahaja, sudah tentu

minatnya untuk membaca buku Bahasa Malaysia tiada. Bahan bacaan dalam

Bahasa Malaysia perlu disediakan, terutamanya surat khabar. Kebanyakan

keluarga "middle-class" dan "upper-class" hanya mambeli dan membaca

New straits Times atau star. Akhbar Berita Harian jarang sekali di­

beli, apa lagi akhbar j awi Utusan Melayu.

Penutup

Projek Gerakan Membaca Perinqkat Pertama akan berakhir pada

tahun 1985. Apa yang dihct,rapkan pada akhir tahun 1985 ialah jika tidak

semua, sekurang-kurangnya separuh dari target pencapai;an yang di~ancangkan

-akan t~rlaksana. - -Majlis Kemajuan .Baku Kebangsaan Mal-aysia telah pUn .menyed;iakan

- 14 -

Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia

deraf Dasar Buku Negara yang telah disampaikan kepada pihak Kerajaan

pada bulan Oktober, 1984. Satu daripada matlamat Dasar Buku Negara

ini ialah,

"Untuk memastikan supaya buku dalam Bahasa

Malaysia dapat memainkan peranan yang

berkesan sebagai alat pemb~~unan £iki~,

sosial dan kebudayaan sesuai dengan

keperluan dan cita-cita negara".

Tindakan yang diperlukan sekarang ini untuk menuju like arah masyarakat

yang membaca" ialah bagi pihak Kerajaan menerima dan mempastikan

matlamat ini akan terlaksana dengan sepenuhnya.

Rujukan

1. Dasar Buku Negara. Kuala Lumpur: Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan Malaysia, 1984.

2. Katni Kamsono Kibat. "Rancangan Galakan Membaca di Malaysia. 1I

Kertaske.rj a di Seminar Mengenai Dasar Kebangsaan bagi Perpustakaan dan Perkhidmatan Makl~at, Petaling Jaya: 29-31 Oktober, 1984.

3. Mariam Abdul Kadir. "Penyediaan. Bahan Bacaan". Kertaskerja di Seminar Mengenai Dasar Kebangsaan bagi Perpustakaan dan Perkhidmatan Maklumat, Petaling Jaya: 29-31 Oktober, 1~84.

4. Memorandum Mengenai Kekurangan Bahan Bacaan Dalam Bahasa Malaysia dan Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia, 1982.

5. Projek Gerakan Mambaca. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia, 1983.

6. A Survey on the Reading Habits and Interests if -Malaysian Peopl'e-. Kuala Lumpur: Dewan dan Pustaka, 19B3.

- 15-- -

Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia