laporan ikhtiar hidup tkrs

5
LAPORAN AKTIVITI IKHTIAR HIDUP Pertandingan ikhtiar hidup merupakan aktiviti yang dijalankan pada hari sabtu iaitu pada 26/04/2014. Ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah seramai 51 orang dan guru seramai 8 telah bekerjasama untuk membawa semua alat mengikut kehendak aktiviti ikhtiar hidup ini. Ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah telah diagihkan kepada 8 kumpulan agar murid lebih realisasikan penglibatan mereka dalam pertandingan ini. Kami telah diberi kebenaran untuk memasak di persekitaran kawasan tempat letak kereta. Pada hari tersebut, makanan mentah yang telah disediakan ialah kentang 5 biji, telur 10 biji, bawang 2 biji, limau 1 biji, roti 1 bungkus, mayonis dan sudam 5 bungkus untuk satu kumpulan. Bahan untuk menghidupkan api pula ada batang kering pokok. Kami telah menjalankan aktiviti mengikut kumpulan masing-masing. Kami telah diberi taklimat tentang cara memasak makanan sendiri. Kali ini merupakan kali pertama ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah memasak bersama dengan menghidupkan api menggunakan ranting kering tanpa menggunakan gas. Sebagai seorang Penyelaras TKRS, kami berasa bangga dengan semua ahli TKRS. Hal ini kerana melalui aktiviti ini, ahli TKRS bukan sahaja belajar cara memasak makanan tanpa gas malah mereka belajar untuk hidup bersama, bekerjasama untuk mencari makan. Perkara yang amat saya rasa menarik ialah apabila kipaskan batang pokok untuk menghidupkan api. Ahli kumpulan masing-masing bertungkus lumus untuk menghidupkan api. Apabila api berjaya dihidupkan, ia merupakan satu kepuasan bagi seluruh ahli kami.

Upload: noor-ermizza

Post on 13-Jan-2017

207 views

Category:

Education


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan ikhtiar hidup tkrs

LAPORAN AKTIVITI IKHTIAR HIDUP

Pertandingan ikhtiar hidup merupakan aktiviti yang dijalankan pada hari sabtu

iaitu pada 26/04/2014. Ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah seramai 51 orang dan guru

seramai 8 telah bekerjasama untuk membawa semua alat mengikut kehendak aktiviti

ikhtiar hidup ini. Ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah telah diagihkan kepada 8 kumpulan

agar murid lebih realisasikan penglibatan mereka dalam pertandingan ini.

Kami telah diberi kebenaran untuk memasak di persekitaran kawasan tempat

letak kereta. Pada hari tersebut, makanan mentah yang telah disediakan ialah kentang 5

biji, telur 10 biji, bawang 2 biji, limau 1 biji, roti 1 bungkus, mayonis dan sudam 5 bungkus

untuk satu kumpulan. Bahan untuk menghidupkan api pula ada batang kering pokok.

Kami telah menjalankan aktiviti mengikut kumpulan masing-masing.

Kami telah diberi taklimat tentang cara memasak makanan sendiri. Kali ini

merupakan kali pertama ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah memasak bersama dengan

menghidupkan api menggunakan ranting kering tanpa menggunakan gas. Sebagai

seorang Penyelaras TKRS, kami berasa bangga dengan semua ahli TKRS. Hal ini

kerana melalui aktiviti ini, ahli TKRS bukan sahaja belajar cara memasak makanan tanpa

gas malah mereka belajar untuk hidup bersama, bekerjasama untuk mencari makan.

Perkara yang amat saya rasa menarik ialah apabila kipaskan batang pokok untuk

menghidupkan api. Ahli kumpulan masing-masing bertungkus lumus untuk

menghidupkan api. Apabila api berjaya dihidupkan, ia merupakan satu kepuasan bagi

seluruh ahli kami.

Selain itu, ubi kentang yang telah ditanam telah dibakar. Ubi kentang yang telah

masak amat wangi dan sedap dimakan. Kami telah berjaya gugus telur. Kemudian,

segelintir ahli kumpulan memotong buah-buahan yang dibawa untuk jadiakan salad

buah-buahan. Kami juga menyediakan sandwich dengan gabungan tuna dan mayonis.

Ianya sangat sedap semua ahli gemar memakannya.

Selepas itu, satu pengumpulan mata telah dijalankan. Setiap kumpulan

dikehendaki untuk menghidangkan makanan yang telah dimasak seperti makanan yang

perlu dihidangkan kepada Raja. Kumpulan Rajisvari telah menang dalam pertandingan

ini. Mereka berjaya membuat hiasan yang cantik dan menarik untuk dihidangkan.

Page 2: Laporan ikhtiar hidup tkrs

Walaupun kumpulan ada kumpulan tidak menang, setiap murid tetap berasa gembira

kerana dapat mendapat pengetahuan melalui masakan rimba kali ini.

Senarai ahli yang mengambil bahagian, gambar yang berkaitan dengan

Pertandingan Ikhtiar hidup ini dan resit perbelanjaan untuk pertandingan ini telah

disertakan dalam lampiran.

Akhir sekali, kami merancang belajar membuat “solar cooking” pada masa akan

datang.

Disediakan oleh:

……………………………………..

(Puan Kanageswary a/p Marknadar)

Page 3: Laporan ikhtiar hidup tkrs

Lampiran 1

Senarai Ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah yang mengambil bahagian dalam

Pertandingan Ikhtiar Hidup

Page 4: Laporan ikhtiar hidup tkrs

Lampiran 2

Gambar sesi Pertandingan Ikhtiar Hidup

Lampiran 3

Page 5: Laporan ikhtiar hidup tkrs

Perbelanjaan untuk Pertandingan Ikhtiar hidup TKRS

PERBELANJAAN JUMLAH

1. Telur 100 x 0.35 RM 35.00

2. Roti 10 x 2.50 RM 25.00

3. Bawang 2.00 RM 2.00

4. Ubi Kentang 5.00 RM 5.00

5. Mayonis 12.00 RM 12.00

6. Tuna 8 x 5.90 RM 47.20

7. Limau 2.50 RM 2.50

8. Suudam 7.00 RM 7.00

JUMLAH BESAR RM 135.70HASIL KUTIPAN MURIDRM 3.00 x 51 = RM 153.00

BAKI DI TANGAN RM 153.00 – RM 135.70

= RM 17.30

Baki duit akan dimasukkan dalam tabung TKRS untuk aktiviti seterusnya.