laporan lompat jauh
DESCRIPTION
LAPORAN LARI PECUTTRANSCRIPT
INTERAKSI KE TIGA – 2 / 3 / 2013 ( SABTU ) DAN 3 / 3/ 2013 ( AHAD )
Waktu & Tempat : 5.00 – 6.00 PETANG (Di Padang IPGKTI )
11.00 – 12.00 TENGAHARI ( Di Padang IPGKTI )
Pada 2 Mac 2013 iaitu bersamaan dengan hari Sabtu, interaksi WAJ 3112 -
olahraga yang ke tiga telah dijalankan.Namun demikian aktiviti lompat jauh tidak dapat
dilaksanakan berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.Di mana pada petang
tersebut hujan telah turun dengan lebatnya.
Pada hari tersebut hanya dapat taklimat tentang melengkapkan folio olahraga.
Kami telah diberi contoh dan penerangan mengenai cara atau maklumat yang perlu ada
dalam folio individu WAJ 3112 ini secara terperinci oleh pensyarah pembimbing iaitu
En. Mustafa bin Othman.
Kelas pada hari itu ditangguhkan pada jam 5.30 petang dan kami diminta hadir
untuk melaksanakan aktiviti lompat jauh pada hari berikutnya iaitu pada 3 Mac ( Ahad ).
Pada hari Ahad tersebut, saya dan rakan RBT 3 yang lain telah berada di
Padang IPGKTI tepat pada masa yang dijanjikan.. Kumpulan yang akan menjalankan
pengajaran Lompat Jauh iaitu kumpulan M. Fais, Fadli, Jamil, Norainani, Noraini
Fazilawati dan Taytelah bersedia dengan kelengkapan peralatan di tempat lompat jauh.
Saya mempelajari dan juga mempraktikkan teknik Lompat Jauh. Sebelum acara
olahraga dijalankan, kami mengambil senaman untuk memanaskan badan terlebih
dahulu agar tidak berlakunya kecederaan semasa melakukan acara Lompat Jauh.
Kemudian, instruktur kumpulan memberi pengenalan, peralatan dan kelengkapan,
teknik lompatan yang betul, prinsip-prinsip asas dan undung-undang dan peratusan
asas yang perlu ada dalam acara Lompat Jauh ini.
Setelah itu , saya mempelajari teknik lompat jauh seperti butiran di bawah yang
berikut;
Lompat Jauh
Lompat Jauh adalah merupakan salah satu daripada acara Olinpik yang tertua.
Pada asalnya ia dilakukan dari posisi berdiri dan di panggil lompat jauh satempat
(standing long jump). Pada tahun 1896 di sukan Olimpik Modern di Atherns, lompat
jauh sambil berlari telah dipertandingkan.Ia adalah seperti lompat jauh yang dikenali
pada hari ini iaitu mengandungi satu larian yang amat pantas, lonjakan dan lompatan
yang kuat.
i. Jarak yang dicapai dalam lompat jauh bergantung kepada kelajuan permulaan
lompatan, sudut peluncuran pusat gravity, ketinggian lompatan dan sisi
mendarat.
ii. Untuk mencapai jarak yang terbaik, atlet harus meninggalkan tanah dengan
kelajuan terpantas menggunakan kaki hadapan seberapa dekat yang boleh
kesebelah depan papan lonjakan.
iii. Jika kaki lonjakan atlet melepasi tepi sebelah depan papan lojakan, lompatan itu
tidak akan dikira walau sejauh mana sekalipun lompatan tersebut.
Papan Lonjakan
Pasir
Kaki Kaki
Pasir
Lompatan sah dari papan lonjak. Lompatan batal kerana tersnetuh pasir.
PAPAN LONJAKPLASTISIN
30 darjah
15 cm
12 cm
10 cm
Tiga gaya lompatan Lompat Jauh.
i. Gaya layar – biasanya digunakan oleh pelompat yang baru menceburkan diri
dalam acara ini.
ii. Gaya gantung – digunakan oleh novis dan juga pakar.
iii. Gaya tending kayuh – gaya yang hanya digunakan oleh pakar sahaja.
Lompat jauh dibahagikan kepada empat fasa.
i. Fasa penujuan – terdapat beberapa cara untuk memulakan fasa ini iaitu fasa
berlari dari tempat permulaan ke papan lonjak. Seorang atlet mula berdiri dengan
kaki segaris atau kaki depan belakang. Perkara yang paling penting ialah
langkah pertama dari titik permulaan mestilah bermula dengan kaki melonjak.
Bilangan langkah ke papan lonjak berbeza, 11-15 langkah untuk pelompat novis,
17-19 langkah untuk pelompat wanita pakar dan 23 langkah untuk pelompat
lelaki pakar.
ii. Fasa lonjakan – setibanya di papan lonjak, pelompat-pelompat seharusnya
mencapai kelajuan larian maksimum. Bila kaki memijak papan lonjak, badan
direndahkan sedikit untuk memberi keanjalan dari papan lonjakan itu. Kemudian
badan ditegakkan dengan mengangkat dada ke atas.
iii. Fasa penerbangan/layangan – dalam fasa ini pelompat tidak ada peluang untuk
meningkatkan kederasan. Pelompatan menggerakkan kaki dan tangan ke
belakang. Untuk gaya tendang kayuh kaki digerakkan seperti mengayuh basikal.
iv. Fasa pendaratan – apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki dirapatkan;
tangan dan kaki digerakkan ke hadapan. Bila tumit mula mencecah tanah,
tangan digerakkan ke belakang dan kemudian ke hadapan.
Teknik-teknik untuk acara lompat jauh.
i. Atlet berlari, memijak tanda semak dan melompat dengan kaki yang sama. Pada
dua langkah yang terakhir daripada tiga langkah larian itu, atlet coasts atau lari
bersahaja, supaya ia bergerak atas apa yang dikenali sebagai borrowed speed
dan bersedia untuk melompat dari papan lonjak.
ii. Atlet memijak papan dengan jari-jari lonjakan. Berat badan ditumpukan ke atas
kaki, pingul, lutut dan sendi-sendi mata kaki diluruskan dengan kuat bersama-
sama dengan paha kaki bukan-lonjak (kaki kebas) yang dinaikkan. Tubuh badan
tegak sementara berada dalam keadaan selari dengan bahu.
iii. Selepas melakukan lonjakan, kaki melonjak dibengkokkan dan dihayun
kehadapan sementara kaki bebas diluruskan kebawah dan ke belakang. Lengan-
lengan digunakan untuk mengimbangi gerak-gerakkan kaki.
iv. Kaki lonjak diluruskan sebagai persediaan untuk mendarat dengan kedua-dua
lengan dibawa ke atas kepala.
v. Kaki bebas dibawa kehadapan bersama-sama dengan kaki lonjak. Kedua-dua
lengan dihayun kebelakang semasa mendarat.
Ansur Maju.
Dalam lompatan, tingginya lompatan dan pergerakkan mendarat tidak ada
kaitan. Jadi, semasa mempelajari teknik lompat jauh yang menggunakan gaya tendang
kayuh, atlet itu memerlukan lebih masa, lebih tingginya di udara. Ini boleh didapati
dengan melompat papan anjal yang dilatakkan pada hujung larian dan melompat ke
dalam kawasan mendarat.Tingginya lompatan boleh ditegaskan dengan meletakkan
satu sapu tangan atau selendang yang digantung atas kawasan mendarat lebih kurang
dipoin tertinggi lompatan. Atlet cuba menyentuhnya dengan bahagian atas kepala dan
bukan dengan dahi.
Pengalaman saya.
Bagi saya, acara olahraga adalah menyeronokkan.Lebih-lebih lagi, saya
sememangnya meminati sukan. Namun demikian saya sebelum ini hanya
mempratikkan sahaja sukan lompat jauh ini di sekolah semasa sukan tahunan tanpa
mengetahui sejarah, peraturan, teknik-teknik lompatan, gaya lompatan dan fasa-fasa
lompat jauh. Dengan krusus seperti ini, bukan sahaja telah menambah pengetahuan
saya tentang lompat jauh, malah saya telah mempelajari teknik-teknik lompat jauh
dengan betul. Pengalaman dan pengetahuan ini akan saya praktikan kepada anak
murid saya disekolah kelak.