minitpbs2_13

6
SEKOLAH KEBANGSAAN WAN SULAIMAN SIDIQ JALAN TAMBANG BADAK, 05100 ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN Tel /faks : 04-7330887 Email : [email protected] Tarikh : 11 April 2013 Kepada , Semua Jawatankuasa Induk PBS 2013 Tuan/ Puan MESYUARAT JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) BIL. 02/13 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa PBS Bil. 02/13 akan diadakan mengikut ketetapan yang berikut : Tarikh : 15 April 2013 Hari : Isnin Masa : 1:15 petang Tempat : Serambi As-Sidiq, SKWSS 3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut : a) Perutusan Pengerusi b) Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Bil. 01/13 c) Perkara Berbangkit d) Taklimat PBS (Isu-isu Pelaksanaan PBS) e) Laporan Jawatankuasa PBS f) Hal-hal Lain g) Ucapan Penangguhan 4. Diharap tuan/ puan dapat hadir pada waktu yang ditetapkan dan kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

Upload: joe-black

Post on 19-Nov-2015

221 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

HHHH

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN WAN SULAIMAN SIDIQJALAN TAMBANG BADAK, 05100 ALOR SETARKEDAH DARUL AMANTel /faks : 04-7330887 Email : [email protected]

Tarikh : 11 April 2013

Kepada ,Semua Jawatankuasa Induk PBS 2013

Tuan/ Puan

MESYUARAT JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) BIL. 02/13

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa PBS Bil. 02/13 akan diadakan mengikut ketetapan yang berikut :Tarikh:15 April 2013Hari:IsninMasa:1:15 petangTempat:Serambi As-Sidiq, SKWSS

3.Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :a) Perutusan Pengerusib) Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Bil. 01/13c) Perkara Berbangkitd) Taklimat PBS (Isu-isu Pelaksanaan PBS)e) Laporan Jawatankuasa PBSf) Hal-hal Laing) Ucapan Penangguhan

4.Diharap tuan/ puan dapat hadir pada waktu yang ditetapkan dan kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

(EN. AHMAD SHUKRI BIN ABD. MAJID)Setiausaha PBSSK Wan Sulaiman SidiqSEKOLAH KEBANGSAAN WAN SULAIMAN SIDIQJALAN TAMBANG BADAK, 05100 ALOR SETARKEDAH DARUL AMANTel : 04-7330887 Email : [email protected]

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH PBS BIL 02/13TAHUN 2013

Tarikh: 15 April 2013Hari: IsninMasa: 1:15 petangTempat: Serambi As-Sidiq, SKWSS

Kehadiran:1. Tn. Hj. Che Omar bin Zainal(Guru Besar)2. En. Saad bin Taib(Penolong Kanan Pentadbiran)3. En. Ghazali bin Musa(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)4. Pn. Nooriza bt Abdullah(Penolong Kanan Kokurikulum)5. En. Ahmad Shukri bin Abd. Majid(Setiausaha PBS/ PEKA)6. Cik Nor Hanim bt Ishak(Naib Setiausaha/ KSSR) 7. En. Ahmad Zawawi bin Mohamad Yassin (Latihan/ Penataran) 8. Pn. Salimah bt. Abd. Rahman (Pengesanan) 9. Pn. Tan Lian Choo(Penyelarasan)10. En. Abdullah bin Man(Pemantauan) 11. Pn. Karamjit Kaur a/p Kartar Singh(Pementoran)12. Tn. Hj. Mohd. Najib bin Ahmadi (PS/PP)13. En. Waridi bin Hj. Ali(Guru Disiplin)14. Pn. Norazila bt Mohamad(PPsi/ Guru Bimbingan dan Kaunseling)15. Pn. Nooraini bt Md. Daud(PAJSK/ Jurulatih Utama PJK)16. Pn. Aziyah bt Mohamed Yunus(Jurulatih Utama BI)17. Pn. Hasmah bt Harun (Jurulatih Utama BM)18. Tn. Hj. Abidin bin Man(Jurulatih Utama SN)19. Pn. Suriani bt Abdullah Tauhid(Jurulatih Utama MT)20. Pn. Salwani bt Muhamad(Jurulatih Utama PI)21. Cik Ainaa Safiah bt Aziz (Jurulatih Utama BA)22. Pn. Zurayani bt Mohd. Taib (Jurulatih Utama DM)23. Tn. Hj. Basarud-din bin Hj. Hashim(Jurulatih Utama DSV)24. Pn. Nor Jannah bt Md. Shaarani(Jurulatih Utama PMo)25. En. Mazwan bin Abdul Aziz (SBOA)26. Pn. Sarina bt Razak (PLBS)27. Pn. Najihah bt Abdul Razak(PAFA)28. Pn. Norsiah bt Mohamed Yusof(AJK)

1.0 Perutusan Pengerusi Guru Besar selaku pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan membaca Ummul Kitab. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang hadir pada Mesyuarat Jawatankuasa PBS Bil. 02/13 ini. Pengerusi mengharapkan guru-guru terus menjalankan PBS seperti yang ditetapkan oleh KPM.

2.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Bil. 01/132.1 Minit Mesyuarat Bil. 1/2013 dibentangkan oleh Setiausaha untuk disahkan :Pencadang: Pn. Norazila bt MohamadPenyokong: Pn. Nooraini bt Md. Daud(Tindakan : Makluman)

3.0 Perkara Berbangkit3.1 Perkara 3.1.9 Cik Nor Hanim bt Ishak, selaku Setiausaha KSSR memaklumkan bahawa semua evidens murid Tahun 1 dan 2 bagi tahun 2012 telah dipulangkan semula kepada murid.

4.0 Taklimat PBS (Isu-isu Pelaksanaan PBS)4.1 Setiausaha memaklumkan bahawa SPPBS telah dibuka kepada SU Peperiksaan mulai 1 Mac 2013. Beberapa tindakan telah dilaksanakan :a. Mendaftar dan menjana kata laluan Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan ke SPPBS (kali pertama).b. Mendaftar kelas dan menjana kata laluan Guru Kelas 2013 ke dalam SPPBS. c. Mendaftar/ Mengemaskini mata pelajaran dan menjana kata laluan Guru Mata Pelajaran 2013 ke dalam SPPBS. 4.2 Semua guru diminta mengemaskini maklumat dan kata laluan. Sekiranya terdapat perubahan pada kata laluan, guru perlu memaklumkan kepada SUP untuk catatan dalam simpanan.4.3 Guru mata pelajaran perlu mendaftar murid bagi kelas yang diajar.4.4 Menu Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan dan Guru boleh diakses mulai 15 Mac 2013 setelah segala urusan Daftar Guru oleh SUP selesai. 4.5 Penyediaan Fail-fail PBS seperti Fail Showcase, Fail Perkembangan Murid dan Fail Guru telah pun disediakan.4.6 Kemasukan prestasi murid boleh dimasukkan ke dalam sistem sepanjang tahun mengikut keselesaan guru pentaksir4.7 Semua guru yang mengajar Tahun 1,2 dan 3 perlu memuat turun DSP dan DSK terkini kerana terdapat penambahbaikan. Rujuk surat yang telah diedarkan bagi mata pelajaran yang terlibat.4.8 Sehingga kini masih ada mata pelajaran seperti Pendidikan Agama Islam tahun 1 dan 2 yang masih belum dapat dimasukkan prestasi kerana masih dalam proses kemaskini.

5.0 Laporan Jawatankuasa PBS5.1 Penyelaras PBS memaklumkan pentaksiran sekolah adalah secara berterusan dan pengoperasiannya telah bermula sejak akhir Mac yang lalu. Semua guru telah menjalankan pentaksiran kepada murid secara berterusan di dalam pengajaran dan pembelajaran harian menggunakan instrumen-instrumen tertentu.5.2 Prestasi murid dalam Sistem SPPBS sehingga April telah mencapai sekurang-kurangnya Band 1 dan 2 bagi mata pelajaran tertentu. 5.3 Program pembudayaan PBS antara murid , guru dan ibu bapa telah dijalankan semasa mesyuarat Agung PIBG iaitu pada 24 Februari yang lalu. Guru Besar telah memberikan taklimat berkaitan PBS yang dijalankan di sekolah kepada semua ibu bapa yang hadir.5.4 Semua guru KSSR telah pun selesai dicerap bagi sesi pertama mengikut jadual yang telah ditetapkan. Dapatan menunjukkan semua guru menggunakan Dokumen Standard Kandungan (DSK) dan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang terkini serta mentaksir murid menggunakan instrumen berdasarkan Band (B), Deskriptor(D) dan Eviden(E) yang ditetapkan dalam DSP.

6.0 Hal-hal Lain6.1 Guru Besar mengharapkan guru-guru memberi perhatian sepenuhnya kepada PBS supaya tidak ada murid yang tercicir pelaporan prestasinya. Semua guru pentaksir hendaklah merujuk kepada Dokumen Standard Prestasi yang telah disediakan semasa menjalankan pentaksiran dan dapat memberikan band yang terbaik kepada semua pelajar dengan sewajarnya.6.2 Pentaksiran PEKA, PAFA, PLBS dan SBOA juga perlu dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan. 6.3 SU PBS berharap semua guru menjalankan tugas masing-masing dengan berdedikasi dan sekiranya timbul sebarang masalah bolehlah merujuk beliau.

7.0 Ucapan PenangguhanMesyuarat ditangguhkan pada jam 3:10 petang.

Disediakan oleh,

..(EN. AHMAD SHUKRI BIN ABD. MAJID)Setiausaha PBS SK Wan Sulaiman Sidiq

Disemak oleh,

(TN. HJ. CHE OMAR BIN ZAINAL)Guru BesarSK Wan Sulaiman Sidiq