model 20 assure
DESCRIPTION
Model 20 AssureTRANSCRIPT
![Page 1: Model 20 Assure](https://reader035.vdocuments.pub/reader035/viewer/2022081703/563dba5c550346aa9aa4f3a5/html5/thumbnails/1.jpg)
1
PENGGUNAAN MODEL PENGAJARAN
Pengaplikasian kaedah dan model pengajaran adalah penting supaya sesuatu objektif
pembelajaran dapat dicapai. Model pengajaran yang sesuai digunakan untuk membantu
guru mengajar dan menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih jelas dan
berkesan supaya objektif pembelajaran dan pengajaran guru dapat dicapai. Bahan yang
digunakan dapat membantu guru untuk menjelaskan konsep dan memberi penerangan
kepada pelajar agar mesej yang ingin disampaikan jelas dan tepat.
Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dan dapat
mencapai objektif pembelajaran dengan adanya perancangan yang lengkap dan
sistematik. Seseorang guru perlu mengetahui perkara yang hendak dilaksanakan
sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka
memerlukan satu perancangan yang rapi untuk memastikan pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efisien dan berkesan. Model reka bentuk
pengajaran yang digunakan adalah model ASSURE.
Model ASSURE (Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1993) adalah model
reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media
secara sistematik. Model ini digubal oleh Heinich dan rakan-rakan (1982). Model ini
bertujuan untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang
menggunaan media. Model ini berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi
bilik darjah.
Model ASSURE bermaksud mempastikan pembelajaran berlaku. Dalam model
ini terdapat enam langkah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1:
• A - Analyse learners (Analisis pelajar).
• S - State learning objectives (Nyatakan objektif pembelajaran).
• S - Select methods, media and materials (Pilih kaedah, media dan bahan ).
• U - Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan).
• R - Require learner participation ( Penglibatan pelajar dalam pembelajaran ).
• E – Evaluate / Review (Penilaian / semak semula bahan).
![Page 2: Model 20 Assure](https://reader035.vdocuments.pub/reader035/viewer/2022081703/563dba5c550346aa9aa4f3a5/html5/thumbnails/2.jpg)
2
Rajah 1 : Model ASSURE
Langkah 1 : Analisis pelajar
Model ASSURE bermula dengan analisis pelajar. Ciri-ciri umum pelajar
termasuklah deskripsi tentang umur pelajar, tingkatan, latarbelakang dan sebagainya.
Maklumat yang dinyatakan di atas boleh dijadikan asas dalam pemilihan media.
Maklumat tersebut boleh diperolehi dengan meneliti rekod pelajar dan berinteraksi secara
langsung dan pengajar akan dapat mengetahui harapan, sikap dan latar belakang pelajar.
Peringkat pertama berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada
pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran. Maklumat diperolehi daripada ujian
kemasukan dan juga interaksi bersama mereka. Pelajar pernah mendapat maklumat
daripada buku rujukan dan mendapat pendedahan melalui majalah dan TV.
Nilai bahan
Penglibatan pelajar dalam pembelajaran
Gunakan media dan bahan
Pilih kaedah, media dan bahan
Nyatakan objektif
Analisis pelajar
![Page 3: Model 20 Assure](https://reader035.vdocuments.pub/reader035/viewer/2022081703/563dba5c550346aa9aa4f3a5/html5/thumbnails/3.jpg)
3
Media yang digunakan perlu disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar, kandungan
pelajaran, kaedah, media dan bahan pembelajaran. Untuk menganalisis ciri pelajar,
terdapat 3 perkara penting yang perlu dilihat iaitu: penggunaan sesuatu media dalam
proses pengajaran dan pembelajaran perlu disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar supaya
penggunaannya berkesan dan bermakna kepada pelajar itu sendiri. Perkara-perkara
berikut harus dijadikan pertimbangan guru iaitu perkembangan tahap kognitif dan fizikal
pelajar yang akan diajar. Dengan itu bahan media yang digunakan dapat disesuaikan
dengan tahap kognitif pelajar, di mana hasil pengajaran dan pembelajaran adalah lebih
berkesan. Selain itu, perbezaan budaya dan bahasa setiap pelajar harus diberi
pertimbangan.
Langkah 2: Nyatakan objektif
Objektif pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas supaya guru dapat lebih
fokus kepada perkara yang sepatutnya dipelajari dan dikuasai oleh pelajar. Setiap aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang dirancang adalah untuk menyampaikan maklumat
berdasarkan objektif pembelajaran. Penggunaan kaedah dan media yang bersesuaian
dapat dipilih kerana guru telah fokus terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap baru
yang perlu dikuasai oleh pelajar. Objektif pembelajaran berfokuskan kepada apakah
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari.
Langkah 3: Pilih kaedah, media dan bahan
Dalam proses pemilihan, membaiki atau mengubah suai media, guru perlu
berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar dan objektif pembelajaran yang ingin
dicapai. Terdapat 3 perkara yang perlu dilakukan dalam langkah ini:
i. Memilih kaedah
Dalam satu pengajaran, pelbagai kaedah berbeza akan diaplikasi untuk
disesuaikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dipilih seperti set induksi,
pengenalan untuk konsep, aktiviti berkumpulan dan latihan. Guru menarik perhatian
pelajar dengan memulakan set induksi dan diikuti dengan kaedah perbincangan, latihan
dan latih tubi untuk mempelajari sesuatu pengetahuan yang baru.
![Page 4: Model 20 Assure](https://reader035.vdocuments.pub/reader035/viewer/2022081703/563dba5c550346aa9aa4f3a5/html5/thumbnails/4.jpg)
4
ii. Memilih media
Pemilihan media yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran
merupakan antara faktor yang membolehkan mesej atau maklumat disampaikan secara
bermakna. Media yang dipilih ialah slaid, video, tayangan komputer multimedia. Format
media yang dipilih perlu sesuai dengan keupayaan pelajar.
iii. Memilih bahan
Bahan sumber pengajaran pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang
menjadi fokus pembelajaran. Bahan yang dipilih ialah buku teks Sains tingkatan 5, nota,
dan buku latihan.
Langkah 4: Gunakan media dan bahan
Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah penting kerana hal ini
menjadi penentuan kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru
boleh menggunakan internet dalam proses pengajaran dan menyediakan bahan
pengajaran dalam bentuk nota dan latihan. Media dan bahan yang telah dipilih akan
menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran pelajar. Selain itu pemilihan
bahan dan media tersebut adalah bersesuaian dengan pengalaman pelajar, jadi akhirnya
dapat mendatangkan manfaat kepada para pelajar.
Langkah 5: Penglibatan pelajar dalam pembelajaran
Untuk mempastikan proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu terlibat dalam
aktiviti pembelajaran seperti perbincangan, gerak kerja kumpulan, latihan, latih tubi dan
sebagainya. Pengukuhan serta merta perlu diberikan atas tindak balas pelajar yang betul.
Langkah 6 : Penilaian / semak semula bahan
![Page 5: Model 20 Assure](https://reader035.vdocuments.pub/reader035/viewer/2022081703/563dba5c550346aa9aa4f3a5/html5/thumbnails/5.jpg)
5
Penilaian ialah proses untuk melihat keberkesanan keseluruhan proses P&P
mahupun program pendidikan yang dilaksanakan. Penilaian boleh dibuat terhadap
sesebuah program atau kursus, kesusuaian penggunaan media, pembinaan bahan
pengajaran, dan pencapaian murid mengikut keperluan.
Setelah tamat pengajaran, penilaian perlu dilakukan untuk melihat kekuatan dan
keberkesanan media secara menyeluruh agar penambahbaikan dapat dilakukan untuk
mendapatkan kesan penggunaan media yang maksimum dalam pengajaran. Penilaian
ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan penilaian
akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai. Secara
umum, pencapaian pelajar dibahagikan kepada tiga, iaitu
i. Prestasi pelajar berdasarkan rujukan criteria (penilaian pelajar
berdasarkan suatu set objektif yang telah ditentukan)
ii. Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran.
iii. Sikap.
Pelajar akan dinilai dengan soalan betul/salah untuk melihat pemahaman mereka.
Kesimpulan:
Berdasarkan model ASSURE, pemilihan dan penggunaan media yang dibuat secara
teliti dapat memastikan guru membuat pilihan media yang tepat dan menggunakan media
secara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
![Page 6: Model 20 Assure](https://reader035.vdocuments.pub/reader035/viewer/2022081703/563dba5c550346aa9aa4f3a5/html5/thumbnails/6.jpg)
6