modul lengkap kaub

81
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM MODUL PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH RENDAH PKB3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

Upload: rabiatul-adawiyah

Post on 28-Oct-2015

571 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

Model Lengkap KAUB PKB3107

TRANSCRIPT

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURUSEKOLAH (PPG)

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGMMODUL PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH RENDAH

PKB3107KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Berkuat kuasa Jun 2012

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2012Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana

bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman

atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN.

MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2012Institut Pendidikan Guru

Sektor Pembangunan ProfesionalismeKementerian Pelajaran Malaysia

KANDUNGANMUKA SURAT

Kulit Moduli

Notis Hak Kerajaanii

Falsafah Pendidikan Kebangsaaniii

Kandunganiv

Kata Alu-Aluanv

Panduan Pelajarvi

Pengenalanvii

Agihan Tajuk Teori Amali

viii

Tajuk 1

Pengenalan Kepada Kemahiran Asas Untuk Berdikari (KAUB)

Konsep dan Definisi KAUB- Kemahiran Urus Diri- Kemahiran Pra-Vokasional

Kepentingan KAUB kepada murid-murid bermasalah pembelajaran

Tajuk 2

Pengenalan Kepada Kemahiran Asas Untuk Berdikari (KAUB)

• Teori-teori Pembelajaran KAUB- Psikososial- Teori Behavioris- Teori Pembelajaran Sosial

• Kepentingan Analisis Tugasan (Task Analysis) dalam KAUB

Tajuk 3

Peraturan dan Keselamatan di Bengkel

Peraturan di bengkel dan bilik kemahiran hidup

Peraturan menggunakan peralatan di bengkel dan bilik kemahiran hidup

Tajuk 4

Keusahawanan

Pengurusan kewangan

Jenis Produk

Pemasaran Produk

Tajuk 5

Persediaan Mengajar

Kajian Sukatan dan Huraian Sukatan KAUB

- Kandungan/Kemahiran

- Hasil Pembelajaran

- Aktiviti

Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian

- Format Rancangan

- Hasil Pembelajaran

- Pemilihan Aktiviti

- Perancangan Langkah Pengajaran

- Refleksi

Bahan Bacaan

Rujukan

Panel Penulis Modul

Panel Pemurni Modul

PANDUAN PELAJAR

PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.

SASARAN KURSUS

Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG).

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah seperti dalam Jadual 1:

Aktiviti-aktiviti Pembelajaran

Agihan Jam pembelajaran

Mengikut Kredit Kursus

3 Kredit 2 Kredit 1

Kredit

Tanpa

Amali

(3+0)

Ada

Amali

(2+1)

(1+2)

(0+3)

Tanpa

Amali

(2+0)

Ada

Amali

(1+1)

(0+2)

Tanpa

Amali

(1+0)

Membaca modul

pembelajaran dan

menyiapkan latihan / tugasan

terarah / amali

70 60 70 62 70

Menghadiri kelas interaksi

bersemuka (5 kali)10 10 5 5 5

Latihan Amali* - 10 - 8 -

Perbincangan Atas Talian 7½ 7½ 5½ 5½ 5½

Kerja Kursus 20 20 20 20 15

Ulangkaji 10 10 10 10 5

Amali/Peperiksaan 2½ 2½ 2½ 2½ 2½

Jumlah Jam Pembelajaran 120 80 40

* Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif.

SUSUNAN TAJUK MODUL

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi

latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.IKON

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga perbincangan

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

PENGENALAN

Modul ini merangkumi empat tajuk yang terdapat dalam Pro Forma PKB 3107

Kemahiran Asas Untuk Berdikari. Kesemua tajuk yang terdapat dalam modul ini

memfokuskan kepada kemahiran asas untuk berdikari yang perlu diajar kepada murid

bermasalah pembelajaran. Peserta kursus didedahkan dengan konsep kemahiran asas

untuk berdikari, kepentingan KAUB kepada murid bermasalah pembelajaran, teori-teori

pembelajaran KAUB, peraturan dan keselamatan di bengkel, keusahawanan dan

persediaan mengajar kemahiran hidup untuk berdikari.

Bagi memudahkan pembaca memahami Modul pembelajaran ini, setiap unit

dibahagikan kepada beberapa tajuk kecil.

Unit 1 : Pengenalan Kepada Kemahiran Asas Untuk Berdikari (KAUB)

Unit 2 : Teori-Teori Pembelajaran KAUB

Unit 3 : Peraturan dan keselamatan di Bengkel

Unit 4 : Keusahawanan

Unit 5 : Persediaan Mengajar Keahiran Hidup Untuk Berdikari

Dalam setiap unit disertakan dengan soalan-soalan latihan, tugasan dan praktis. Pada

akhir unit akan diberi sekurang-kurangnya dua tajuk tugasan tutorial. Anda dikehendaki

melaksanakan tugasan tersebut sebagai bahan tambahan dan pengukuhan bagi unit-

unit yang dikuliahkan secara interaksi. Anda digalakkan mendapat maklumat tambahan

daripada pelbagai sumber rujukan seperti buku-buku rujukan dan laman-laman web

yang dicadangkan, atau mana-mana bahan sumber yang difikirkan sesuai.

AGIHAN TAJUK

Kod & Nama Kursus: PKB 3107 Kemahiran Asas Untuk Berdikari

Kandungan modul ini dibahagi kepada __5__ tajuk/topik. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.

INTERAKSI TAJUK/TOPIK

JUMLAH JAMMENGIKUT

PRO FORMA KURSUS

1

Konsep dan Definisi KAUB Kepentingan Kaub kepada Murid-

Murid Bermasalah Pembelajaran2J

2 Teori-Teori Pembelajaran KAUB 2J

3 Peraturan dan Keselamatan di

bengkel2J

4 Keusahawanan 2J

5 Persediaan Mengajar Kemahiran

Hidup Untuk Berdikari2J

JUMLAH 10J

AGIHAN TAJUKPanduan kepada pengguna

Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka dan pembelajaran melalui modul.

Bil. Tajuk/TopikInteraksi

Bersemuka(jam)

1Teori

Pengenalan Kepada Kemahiran Asas Untuk Berdikari (KAUB)

Definisi dan konsep KAUB- Kemahiran Urus Diri- Kemahiran Pra-Vokasional

Kepentingan KAUB kepada murid- murid bermasalah pembelajaran

2

2 Teori-Teori Pembelajaran KAUB

- Psikososial- Teori Behavioris- Teori Pembelajaran Sosial

Kepentingan Analisis Tugasan (Task Analysis) dalam KAUB

2

3Peraturan dan Keselamatan Bengkel

Peraturan bengkel dan bilik kemahiran hidup

Peraturan mengguna peralatan di bengkel dan bilik kemahiran hidup.

2

Bil. Tajuk/TopikInteraksi

Bersemuka(jam)

4. Keusahawanan

Pengurusan kewangan

Jenis Produk

Pemasaran Produk

2

5. Persediaan Mengajar Kemahiran Hidup Untuk Berdikari

Kajian Sukatan dan Huraian Sukatan KAUB- Kandungan/Kemahiran- Hasil Pembelajaran- Pemilihan Aktiviti- Aktiviti

Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian

- Format Rancangan- Hasil Pembelajara- Pemilihan Aktiviti- Perancangan langkah

pengajaran- Refleksi

2

Jumlah: 10 JAM

Bil Tajuk/Topik

Cara Pelaksanaan

School Base

IPGBase

1.

Amali

Kemahiran Urus Diri Menghasilkan Analisis Tugasan aktiviti-aktiviti

pengurusan diri Mengaplikasikan aktiviti pengurusan diri mengikut

analis tugasan - Amalan kebersihan tubuh badan- Amalan menggunakan tandas- Kemahiran memakai pakaian- Kemahiran memakai kasut- Berdandan - Mengurus diri semasa kedatangan haid

4 2

2. Keselamatan Diri dan Adab Bertatasusila Mengaplikasi aktiviti keselamatan di pelbagai

premis- Mengenal pasti dan menyenarai amalan

keselamatan diri oleh orang ramai di pelbagai premis ( rumah, sekolah dan tempat awam)- Mengenal pasti dan menyenarai amalan

penggunaan kemudahan awam oleh orang ramai

Mengaplikasi aktiviti adab bertatasusila- Mengenal pasti dan menyenarai amalan

tatasusila / adab pelajar dan orang ramai pelbagai peringkat umur ketika bersosialisasi di pelbagai premis

6

3. Pengurusan Rumah Tangga Menghasilkan Analisis Tugasan aktiviti-aktiviti

pengurusan rumah tangga Mengaplikasikan aktiviti pengurusan rumah tangga

mengikut analis tugasan - Amalan kebersihan ruang / bilik - Amalan kebersihan di dapur - Amalan pemakanan sihat- Pengurusan perkakas / perabot- Aktiviti mendobi

Mengaplikasi kemahiran pengurusan bilik darjah- Mengenal pasti dan menyenarai amalan kebersihan,

keceriaan dan kekemasan, serta susun atur peralatan di bilik darjah

4 2

Bil Tajuk/Topik

Cara Pelaksanaan

School Base

IPGBase

4. Kemahiran Memasak Menghasilkan analisis tugasan teknik-teknik

memasak seperti :- menggoreng- merebus- membakar- memanggang

Mengaplikasi analisis tugasan aktiviti masakan Menghasilkan analisis tugasan kemahiran

menyediakan hidangan mudah seperti :- Air minuman (sejuk & panas)- Sarapan pagi - Makan tengah hari- Minum petang

Mengaplikasikan analisis tugasan aktiviti menyediakan hidangan mudah

5 4

5. Kemahiran Jahitan Mengenal pasti alat jahitan dan fungsinya Menghasilkan prosedur peraturan keselamatan

menjahit Menghasilkan analisis tugasan aktiviti menjahit

mengikut jenis jahitan seperti :- Jahitan Asas- Jahitan Tangan- Jahitan Mesin

Menghasilkan projek jahitan berdasarkan jenis-jenis jahitan.

4 2

6. Kemahiran Pertukangan Mengenal pasti peralatan pertukangan dan

kegunaannya. Menghasilkan prosedur peraturan keselamatan

dalam pertukangan Menyediakan analisis tugasan untuk aktiviti

pertukangan menurut jenis dan bahan yang dihasilkan.

Menghasilkan projek pertukangan menurut jenis dan bahan

4 2

Bil Tajuk/Topik

Cara Pelaksanaan

School Base

IPGBase

7. Kemahiran Berkebun Mengenal pasti dan menyenarai perkakas untuk

aktiviti berkebun dan kegunaannya Menghasilkan prosedur peraturan keselamatan

menggunakan peralatan untuk berkebun Menghasilkan analisis tugasan kemahiran aktiviti

berkebun mengikut jenis tanaman. Mengaplikasikan kemahiran berkebun seperti

- Pemilihan tapak / tempat menanam- Proses menanam- Proses penjagaan tanaman- Penjagaan tanaman dan tapak /tempat

tanaman

6

8. Kemahiran Memelihara Haiwan Mengenal pasti dan menyenarai peralatan

memelihara haiwan Menghasilkan analisis tugasan kemahiran

memelihara haiwan Mengaplikasikan kemahiran memelihara haiwan

6

9. Pengajaran Mikro Pelaksanaan rancangan pengajaran harian

- Individu- Kelas- Berpasangan- Pelbagai keupayaan

5 4

Jumlah 44 16

Jumlah Besar 60

TAJUK 1. PENGENALAN KEPADA KEMAHIRAN ASAS UNTUK

BERDIKARI

1.0 SINOPSIS

Topik ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang Konsep dan Definisi

Kemahiran Asas Untuk Berdikari (KAUB), Kepentingan KAUB dan Teori-teori

Pembelajaran KAUB.

1.1 HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. memahami dan menghuraikan konsep dan definisi Kemahiran Asas Untuk

Berdikari.

2. Menyatakan kepentingan KAUB kepada murid-murid bermasalah pembelajaran.

3. memilih dan menghuraikan teori-teori pembelajaran yang bersesuaian dengan

KAUB.

1.2 KERANGKA TAJUK

1.3 Pengenalan

Seseorang murid yang dilahirkan normal atau berkeperluan khas perlu diajar

untuk menguruskan dirinya sendiri terutamanya kemahiran untuk berdikari. Seseorang

murid dengan keperluan khas boleh dididik hingga mereka mampu untuk menguruskan

diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain.

Memberikan pendidikan seperti kemahiran hidup kepada semua murid-murid

merupakan satu keperluan dan menjadi satu tanggungjawab sosial tanpa mengira

sama ada mereka dari kalangan murid-murid normal ataupun murid-murid berkeperluan

khas. Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup ini bertujuan

untuk mengembangkan keupayaan murid-murid normal atau murid-murid berkeperluan

khas dalam bidang-bidang tertentu secara amali. Kemahiran hidup boleh dikuasai

melalui penguasaan kemahiran secara praktis, pengetahuan serta pemupukan sikap

yang positif berasaskan keupayaan pelajar.

1.4 Definisi dan Konsep

Kurikulum Kemahiran Hidup untuk murid-murid bermasalah permbelajaran

diwujudkan yang mana dapat menyediakan pendekatan proses pengajaran dan

pembelajaran yang lebih fleksible, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan

keupayaan serta kebolehan murid-murid bermasalah pembelajaran.

Di negara-negara Barat, murid-murid bekeperluan khas ini dilatih dengan baik

dan berkesan sehingga mereka dapat menyumbang sesuatu untuk negara sebagai

tenaga pekerja. Konsep yang baik ini perlu diterapkan dan dilaksanakan dengan

sebaiknya demi masa depan murid-murid khas tersebut.

Kemahiran Asas Untuk Berdikari (KAUB) merupakan satu kemahiran yang perlu

dikuasai oleh setiap individu berkeperluan khas untuk membolehkannya mengalami

kehidupan yang selesa serta dapat bersosial dalam persekitarannya dengan selamat

dan dapat diterima dengan baik oleh orang lain.

KAUB juga membolehkan seseorang murid mengamalkan gaya hidup yang

bersih dan sihat. Ia juga dapat membantu dan menjamin kesihatan yang baik sepanjang

masa. Murid-murid dengan keperluan khas perlu menunjukkan suatu imej yang baik

supaya ia dapat diterima oleh setiap orang yang berada di sekelilingnya.

Maka KAUB dapat membantu seseorang murid itu untuk menjaga imej diri

sendiri serta untuk menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Adalah menjadi

tanggungjawab setiap orang guru pendidikan khas supaya mendidik dan melatih murid-

muridnya dalam aspek KAUB. Setiap orang guru pendidikan khas perlu mempunyai

ilmu dan kemahiran serta mengetahui kaedah-kaedah mengajar dan mendedahkan

KAUB kepada murid-murid berkeperluan khas ini.

Komponen ini memberi fokus kepada latihan-latihan dan kemahiran untuk

membolehkan murid bermasalah pembelajaran berdikari. Melalui proses pengajaran

dan pembelajaran murid dapat menjalankan aktiviti-aktiviti seharian dengan lebih yakin.

KAUB bermatlamat melahirkan insan berdikari yang memahami dan mengenal

teknologi dan ekonomi. Mereka juga mempunyai sifat yakin, kreatif, inovatif, inisiatif,

produktif dan boleh berinteraksi dengan baik.

Kemahiran urus diri pula berfokus kepada perkembangan sosial, hidup

berkeluarga,penjagaan diri, perkembangan peribadi dan pengurusan rumah tangga.

Manakala kemahiran pra-vokasional membolehkan murid kenalpasti bentuk KH, pra-

vokasional dan asas vokasional yang sesuai dengan tahap kefungsian dan keupayaan

mereka.

1.5 Kepentingan KAUB kepada murid-murid masalah pembelajaran.

Murid-murid pendidikan khas perlu diajar dan dididik untuk berdikari. Ini

membolehkan mereka melaksanakan tugas harian dengan sempurna, teratur,

sistematik dan tanpa banyak bergantung hidup kepada orang lain. Amalan berdikari

membolehkan murid-murid pendidikan khas membiasakan diri dengan kehidupan

sebenar sebagaimana orang lain. Murid-murid pendidikan khas juga perlu diberi

peluang untuk mengembangkan potensi diri mereka dari segi emosi, rohani, jasmani

dan juga fizikal. Keupayaan yang terpendam dalam diri juga dapat dilatih serta boleh

digunakan dalam kehidupan harian.

Komponen pengurusan diri membolehkan murid:

1.5.1. Berdikari dalam menjalani aktiviti harian. Menjalani aktiviti kehidupan harian

merupakan faktor penting kepada setiap manusia dimuka bumi ini. Aktiviti harian

merangkumi pelbagai aspek daripada mengurus diri hinggalah kepada urusan keluarga,

dan kehidupan berumah tangga. Dalam hal ini, murid-murid berkeperluan khas perlu diberi

pendedahan serta tunjuk ajar yang sesuai dengan tahap dan keupayaan mereka mengenai

aktiviti seharian yang perlu mereka lakukan. Antara aktiviti seharian yang perlu diberi

perhatian dalam melatih murid-murid pendidikan khas ini untuk berdikari adalah:

Aspek urus diri.

Menyikat dan mendandan rambut.

Memilih dan memakai pakaian.

Menyediakan makanan dan minuman untuk diri sendiri.

Mencuci dan membasuh pinggan mangkuk.

Menggunakan tandas dengan cara yang betul.

Membeli makanan di kantin sekolah.

Mengemas beg sekolah.

Melaksanakan kerja rumah tanpa di arah.

Dapat menyertai pebagai aktiviti dalam pembelajaran tanpa dipaksa.

Perkara lain yang difikirkan perlu oleh guru dan murid sangat perlu dilatih.

1.5.2. Menyediakan dan menghadapi pelbagai situasi sebenar.

Murid pendidikan khas perlu dilatih menghadapi sesuatu situasi sebenar supaya

mereka dapat menyesuaikan diri dan melibatkan dirinya dalam keadaan tersebut

seperti:

Menyediakan makanan dan minuman.

Membasuh dan mencuci pakaian.

Mengemas tempat tidur.

Mengemas bilik atau rumah

Membeli makanan dan keperluan harian.

Apek situasi sebenar seharian yang difikirkan perlu oleh guru.

Ini bertujuan untuk melatih murid pendidikan khas dan menyediakan diri untuk

menghadap isituasi sebenar. Latihan dan tunjuk ajar yang diberi akan membiasakan diri

mereka dan membolehkan mereka berdikari tanpa terlalu bergantung pada orang lain

seperti ahli keluarga.

1.5.3. Mengamalkan kebersihan dan kesihatan yang baik untuk diri dan persekitaran.

Murid-murid pendidikan khas perlu dilatih untuk mengamalkan kebersihan dan

kesihatan diri yang baik untuk diri sendiri dan juga persekitaran. Kesedaran tentang

kepentingan dan penjagaan kebersihan serta kesihatan perlu diterapkan agar mereka

dapat hidup dengan lebih sihat dan tahu menjaga kebersihan persekitaran

sebagaimana orang biasa lakukan. Ini bertujuanuntuk memberikan:

Keselesaan diri murid dan orang persekitaran mereka.

Hidup tanpa berpenyakit.

Menjalani aktiviti harian tanpa sebarang gangguan.

Membantu rakan dalam menikmati kehidupan yang selesa.

1.5.4 Mengaplikasi pengetahuan di dalam bilik darjah ke dalam kehidupan sebenar.

Guru berperanan dalam memastikan murid pendidikan khas dapat mengaplikasikan

kemahiran asas berdikari dalam bilik darjah. Pengapplikasian pengetahuan tersebut

membolehkan murid khas dapat menikmati suatu pembelajaran yang bermakna dan

selesa. Ini dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang sangat baik serta

membantu murid melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran yang baik. Antara

kemahiran atau pengetahuan berdikari yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah

seperti:

Menjaga kebersihan dan amalan kebersihan dalam bilik darjah.

Menjaga keselamatan peralatan dan perabot dalam bilik darjah.

Melibatkan diri dengan rela dalam tugasan menjaga kebersihan dan

keselamatan dalam bilik darjah.

Sentiasa mengikuti peraturan tanpa diarah dan dipaksa.

Melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran dengan rela.

Melaksanakan tugasan dengan kerelaan hati.

Sentiasa mengamalkan sikap menghormati guru dan rakan di dalam kelas.

Bersopan dan bertatasusila dalam bilik darjah.

1.6. Bentuk-Bentuk Kemahiran Hidup Yang Sesuai Bagi Murid-Murid Berkeperluan Khas

Guru Pendidikan Khas haruslah bijak memilih dan mengenal pasti aktiviti-aktiviti

atau kemahiran-kemahiran hidup yang bersesuaian dengan kebolehan murid-murid

berkeperluan khas. Semasa merancang dan melaksanakan sesuatu pengajaran dan

pembelajaran kemahiran hidup bagi murid-murid berkeperluan khas, guru tidak perlu

meletakkan terlalu banyak hasil pembelajaran bagi setiap sesi pengajaran dan

pembelajaran. Situasi ini disebabkan murid-murid berkeperluan khas tidak mungkin

dapat menguasai terlalu banyak hasil pembelajaran dlm satu-satu masa. Hasil

pembelajaran yang sedikit dan bersesuaian dengan murid-murid akan membolehkan

guru memfokuskan kepada sesuatu kemahiran dengan lebih berkesan.

Peranan guru Pendidikan Khas semasa mengenalpasti bentuk kemahiran hidup yang

sesuai bagi murid-murid berkeperluan khas;

Menentukan hasil pembelajaran, aktiviti dan kemahiran yang bersesuaian degan

murid-murid

Memberikan arahan yang jelas, (mudah difahami) tepat dan tersusun bagi setiap

aktiviti yang akan dijalankan.

Galakkan tumpuan murid-murid pada aktiviti atau kemahiran yang hendak diajar

Mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan tahap keti-

dakupayaan murid-murid

Aktiviti 1:Jawab soalan-soalan di bawah:1. Mengapa KAUB diajarkan kepada murid pendidikan khas?2. Nyatakan kepentingan KAUB?3. Murid pendidikan khas dilatih menghadapi situasi sebenar.

Apakah contoh situasi tersebut?

Guru Pendidikan Khas perlu bijak memilih kemahiran atau aktiviti yang sesuai untuk

diajar kepada murid-murid bekerperluan khas. Antara bentuk-bentuk aktiviti atau

kemahiran hidup yang sesuai untuk diajar kepada murid-murid berkeperluan khas

adalah;

Cara-cara menjaga kebersihan diri, bilik darjah dan rumah tangga

Menjaga keselamatan diri di rumah, bilik darjah dan tempat awam

Kemahiran-kemahiran asas untuk hidup berdikari (KAUB)

1.6.1 Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri, Bilik Darjah Dan Rumah Tangga

Aspek ini merupakan satu keperluan asas untuk menguasai bidang-bidang kemahiran

yang lain. Aspek-aspek yang diberikan perhatian adalah kemahiran asas untuk menjaga

kebersihan diri dan berdikari. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini dapat membantu

murid-murid khas dalam perkembangan sosial, kehidupan berkeluarga, penjagaan diri,

kebersihan bilik darjah dan rumah tangga.

a) Amalan Kebersihan Diri.

Bagi murid-murid berkeperluan khas, mereka tidak dapat mengamalkan kebersihan dan

kesihatan diri dengan sempurna disebabkan oleh ketidakupayaan mereka. Murid-murid

ini perlu mendapatkan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain seperti ibu bapa, ahli

keluarga, guru dan rakan. Amalan menjaga kebersihan diri ini harus di didik dengan

sempurna dari awal lagi supaya ia menjadi suatu kebiasaan dalam diri murid-murid

berkeperluan khas.

Semasa dalam kelas, guru pendidikan khas bertanggungjawab untuk mendidik murid-

murid berkeperluan khas supaya mereka mampu berdikari. Amalan-amalan kebersihan

diri yang perlu ditunjuk ajar kepada murid-murid berkeperluan khas ialah;

Kebersihan Diri Sendiri

Rupa

Kesihatan Badan

Rambut

Gigi

Tangan

Kaki

Kasut

b) Amalan Kebersihan Bilik Darjah.

Manakala dalam aspek pengurusan bilik darjah program Pendidikan Khas,

tanggungjawab pengurusan bilik darjah adalah banyak bergantung kepada usaha dan

inisiatif guru itu sendiri. Bilik darjah murid-murid berkeperluan khas perlu sentiasa

disusun dan dihias dengan sebaiknya agar kelihatan menarik dan ceria. Susun atur

perabot serta lain-lain peralatan di dalam bilik darjah perlu mengambil kira jumlah atau

bilangan murid dan keadaan ketidakupayaan mereka.

Perkara-perkara yang perlu diambilkira dalam usaha pengurusan bilik darjah bagi

murid-murid bermasalah pembelajaran adalah seperti berikut

Segala perabot seperti kerusi, meja, almari dan lain-lain harus disusun mengikut

kesesuaian bilik darjah

Hiasan yang munasabah di dalam dan luar bilik darjah harus difikirkan dan

diusahakan

Pastikan ruang pengudaraan di dalam kelas dalam keadaan yang baik

Kebersihan di dalam dan di luar bilik darjah harus diutamakan

Pastikan juga faktor keselamatan di bilik darjah dititikberatkan seperti menyedi-

akan alat pemadam kebakaran dan memastikan sistem pendawaian elektrik

dalam keadaan yang baik

Cuba elakkan bilik darjah dari segala gangguan pandangan, bunyi dan bau yang

kurang menyenangkan

Pastikan segala peralatan dan perabot yang berada di dalam bilik darjah berada

di bawah seliaan guru

Peralatan elektrik seperti kipas, lampu, plug dan alain-lain di dalam bilik darjah

dapat berfungsi dengan baik

Dinding bahagian dalam atau luar bilik darjah seeloknya dihiasi dengan lukiasn

dinding atau mural.

Kawasan luar bilik darjah sebaiknya dihias dengan tanaman bunga atau taman

mini.

c) Amalan Kebersihan Rumah Tangga.

Murid-murid berkeperluan khas perlu dilatih supaya mereka dapat memainkan

peranan dalam usaha menjaga keselesaan dan kebersihan dalam rumah tangga.

Murid-murid ini perlu diajar cara-cara dan tujuan membersihkan rumah, faktor-faktor

yang akan mempengaruhi keselesaan dalam runah serta aspek pembersihan dalam

rumah.

1.6.2 Menjaga Keselamatan Diri Di Rumah, Bilik Darjah Dan Tempat Awam

Sebagai guru Pendidikan Khas seharusnya peka untuk memastikan keselamatan

murid-murid berkeperluan khas terjamin semasa mereka berada di sekolah. Peranan

Ibu bapa sangat penting untuk menjamin keselamatan murid-murid semasa berada di

rumah dan di tempat awam. Walau bagaimanapun pendedahan dan pengajaran yang

sewajarnya dapat membantu dan membolehkan murid-murid berkeperluan khas ini

mengenal pasti dan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk menjaga

keselamatan diri mereka.

a). Menjaga Keselamatan Diri Di Rumah.

Aspek-aspek menjaga keselamatan di rumah boleh diajar kepada murid-murid

melalui aktiviti penerangan, lakonan, tayangan video dan lain-lain kaedah yang

difikirkan berkesan. Antara aspek yang perlu dititik beratkan semasa mengajar

keselamatan diri dirumah adalah seperti Jadual 1.3 dibawah;

Jadual 1.2 : Aspek-aspek Yang Perlu Dititikberatkan Dalam Menjaga Keselamatan Diri Di Rumah.

Aspek Keselamatan Kepentingan

Kawalan Dan Keselamatan

Murid-murid berkeperluan khas perlu diajar ba-hawa mereka juga perlu memainkan peranan yang penting dalam aspek keselamatan di rumah. Pintu pagar perlu sentiasa ditutup untuk mengelakkan orang-orang yang tidak dikenali dan binatang masuk.

Pakaian Pakaian perlu disimpan di tempat yang sesuai

supaya tidak mudah kotor dan berhabuk, mudah dicari ketika memerlukannya.

Perabot

Semua perabot perlu disusun dengan kemas dan diletakkan di tempat-tempat yang sesuai. Cara ini dapat mengelakkan penghuni rumah daripada terlanggar prabot dan juga menge-lakkan kecederaan diri dan kerosakkan kepada perabot

Peralatan Peralatan lain seperti barang-barang eletrik perlu

diletakkan ditempat yang sesuai. Apabila meng-gunakan peralatan ini, murid-murid perlu cermat supaya tidak mencederakan diri atau merosakkan peralatan tersebut.

Perkakas Memasak Semua perkakas memasak perlu disimpan

dalam kabinet atau laci (ditempat yang selamat) supaya tidak mendatangkan bahaya kepada orang lain dan perlu dipastikan berada dalam keadaan yang selamat.

Barangan Berharga / Barang Kemas

Barangan berharga dan barang kemas perlu dis-impan di tempat yang selamat atau tidak mudah diceroboh oleh orang lain. Ini penting untuk mempastikan barangan tersebut tidak mudah hi-lang

b). Menjaga Keselamatan Diri Di Bilik Darjah

Bilik darjah adalah suatu tempat di mana proses pengajaran dan pembelajaran

(P&P) dapat dilaksanakan di sesebuah sekolah. Ianya merupakan ruang bilik yang

sepatutnya dilengkapi dengan segala kemudahan seperti perabot, peralatan P&P, serta

diambil kira dari segi kesesuaian binaan dan keselamatannya. Bilik darjah perlu

sentiasa dijaga dan diurus dengan sempurna agar proses P&P dapat dijalankan dengan

selesa.

Aspek keselamatan diri pelajar di bilik darjah perlu diterapkan dalam diri pelajar supaya

ia akan menjadi amalannya setiap masa. Antara perkara-perkara yang boleh diajar

adalah;

Keselamatan kemudahan fizikal dalam bilik darjah, buku-buku, beg dan

barangan peribadi murid-murid

Menjaga keselamatan BBB / BBM yang diletak dalam bilik darjah

Sentiasa mematuhi peraturan bilik darjah dan mematuhi arahan guru atau ketua

kelas sama ada semasa keluar dan masuk kelas, perlaksanaan aktiviti dalam

kumpulan, menyertai pertandingan, permainan dan sebagainya.

Awasi pergaulan pelajar di dalam kelas perlu sentiasa supaya tidak terlalu bebas

yang mungkin menyebabkan berlakunya kemalangan pergaduhan dan keceder-

aan.

Manakala dalam aspek pengurusan bilik darjah program Pendidikan Khas,

tanggungjawab pengurusan bilik darjah adalah banyak bergantung pada usaha dan

inisiatif guru itu sendiri. Bilik darjah murid-murid berkeperluan khas perlu sentiasa

disusun dan dihias dengan sebaiknya agar kelihatan menarik dan ceria. Susun atur

perabot serta lain-lain peralatan di dalam bilik darjah perlu mengambil kira jumlah atau

bilangan murid dan keadaan ketidakupayaan mereka. Di bawah ini disenaraikan

perkara-perkara yang perlu diambilkira dalam pengurusan bilik darjah bagi murid-murid

bermasalah pembelajaran:

Segala perabot seperti kerusi, meja, almari dan lain-lain harus disusun mengikut

kesesuaian bilik darjah

Hiasan yang munasabah di dalam dan luar bilik darjah harus difikirkan dan

diusahakan

Pastikan ruang pengudaraan di dalam kelas dalam keadaan yang baik

Kebersihan di dalam dan di luar bilik darjah harus diutamakan

Pastikan juga faktor keselamatan di bilik darjah dititikberatkan seperti menyedi-

akan alat pemadam kebakaran dan memastikan sistem pendawaian elektrik

dalam keadaan yang baik

Cuba elakkan bilik darjah dari segala gangguan pandangan, bunyi dan bau yang

kurang menyenangkan

Pastikan segala peralatan dan perabot yang berada di dalam bilik darjah berada

di bawah seliaan guru

Peralatan elektrik seperti kipas, lampu, plug dan alain-lain di dalam bilik darjah

dapat berfungsi dengan baik

Dinding bahagian dalam atau luar bilik darjah seeloknya dihiasi dengan lukiasn

dinding atau mural.

Kawasan luar bilik darjah sebaiknya dihias dengan tanaman bunga atau taman

mini.

c). Menjaga Keselamatan Diri Di Tempat Awam

Aspek keselamatan diri di tempat awam perlu didedahkan kepada murid-murid

perkeberluan khas kerana mereka dapat faham perkara-perkara yang sepatutnya tidak

boleh dilakukan semasa berada di tempat awam. Antara aspek-aspek keselamatan di

tempat awam ialah;

Peraturan melintas jalan raya atau semasa berada di jalan raya

Peraturan semasa menggunakan kenderaan awam

Peraturan semasa berada di pusat beli-belah

Peraturan semasa berada di tempat hiburan, taman bunga, taman rekerasi dan

sebagainya.

Tertib makan dan minum semasa berada di tempat makan, restoran, menghadiri

jamuan, perayaan dan sebagainya.

Tertib apabila bercakap dan bersosial semasa berada di tempat-tempat tertentu

seperti rumah ibadat, hospital, rumah kematian dan sebagainya.

1.6.3 Kemahiran-Kemahiran Asas Untuk Hidup Berdikari (KAUB)

Selain mendidik dan melatih murid-murid pendidikan khas berkenaan cara-cara

menjaga kebersihan diri, rumah tangga, bilik darjah dan cara-cara menjaga

keselamatan diri dan di tempat awam, seorang guru juga perlu memberi tunjuk ajar

kepada mereka untuk hidup berdikari.

Murid-murid ini perlu disedarkan bahawa semasa mereka masih kanak-kanak

lagi, ibu bapa dan ahli keluarga hanya dapat membantu mereka dalam segala aspek

pada tahap minimum sahaja. Apabila mereka dewasa kelak mereka harus hidup

berdikari seberapa yang boleh supaya tidak menyusahkan orang lain.

Demi mencapai tujuan ini, bilik darjah merupakan tempat yang sesuai bagi anda sebagai guru

untuk mendidik dan melatih murid-murid pendidikan khas ini untuk berdikari

Aspek / Bidang Kemahiran Yang Perlu Diajar

Mengurus Diri

Menjaga kebersihan diri, mandi, gosok gigi Amalan pergi ke tandas apabila perlu Menyikat rambut, menjaga kebersihan rambut Amalan semasa kedatangan haid (murid-murid

perempuan)

Membeli / Menyediakan Makanan Dan Minuman

Menyediakan sarapan yang ringkas seperti membakar roti, merebus telor, sapu jem dan sebagaiannya.

Menyediakan makanan seperti telur goreng, ikan goreng, mi segera dan lain-lain

Menyediakan minuman untuk dirinya seperti teh, kopi, minuman sejuk dan lain-lain

Dapat membeli makanan untuk keperluan dirinya semasa berada di kantin sekolah atau apabila perlu

Membuat pesanan makanan semasa berada di dalam restoran atau kedai makan.

Memakai Pakaian Dapat memilih pakaian sehariannya seperti

pakaian sekolah, pakaian semasa di rumah, pakaian dalam

Memakai pakaian dalam dan pakaian termasuk membutangkan dan menzipkan pakaian tanpa bantuan orang lain

Aspek / Bidang Kemahiran Yang Perlu Diajar

Membasuh Pakaian Amalan membasuh pakaiannya sendiri seperti

stoking, seluar dalam, baju dalam, sapu tangan dan sebagainya

Membawa pakaian ke tempat mencuci pakaian di rumah untuk dibasuh

Kemahiran Vokalsional Melakukan kerja-kerja baik pulih prabot yang ringkas

Melakukan kerja memaku dan sebagainya

Menyimpan Wang Mengamalkan sikap menyimpan wang

(menabung) Menyimpan wang dalam tabung Membuka akaun di bank Dapat menyimpan wang perbelanjaan harian

Menggunakan Kemudahan Awam

Dapat menggunakan kemudahan awam seperti bas, teksi, LRT, komuter dan lain-lain untuk pergi dari satu tempat ke tempat yang lain

Boleh kenal pasti jenis kemudahan awam yang perlu dinaiki

Boleh menggunakan telefon awam

1.7. Penutup

Kesimpulannya, KAUB merupakan suatu kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap

murid pendidikan khas untuk membolehkannya mengalami kehidupan yang lebih selesa, mampu

Aktiviti 2 :Jawab soalan-soalan di bawah:1. Apakah bidang kemahiran hidup yang sesuai untuk murid

pendidikan khas?2. Senaraikan amalan kebersihan diri yangt perlu diajarkan kepada

murid pendidikan khas?3. Apakah pertimbangan guru dalam pengurusan bilik darjah

pendidikan khas.

bersosial, berdikari dan mengamalkan cara hidup yang bersih dan sihat serta dapat

menjaga imej diri sendiri yang akan memberi jaminan ke arah penerimaan masyarakat

sekeliling dengan lebih baik dan kehidupan yang lebih bermakna.

TAJUK 2. PENGENALAN KEPADA KEMAHIRAN ASAS UNTUK

BERDIKARI (Sambungan)

2.0 SINOPSIS

Topik ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang Konsep dan Definisi

Kemahiran Asas Untuk Berdikari (KAUB), Kepentingan KAUB, Teori-teori

Pembelajaran KAUB dan Kepentingan Analisis Tugasan dalam KAUB

2.1 HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. memilih dan menghuraikan teori-teori pembelajaran yang bersesuaian dengan

KAUB.

2. menyatakan kepentingan analisis tugasan dalam KAUB.

3. merangkakan analisis tugasan dalam aktiviti-aktiviti pengajaran.

2.2 KERANGKA TAJUK

2.3. Pengenalan

Pendidikan untuk semua menegaskan tentang hak semua kanak-kanak untuk diberi

pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahu pun perkembangan intelek

kanak-kanak tersebut. Keperluan untuk memberi pendidikan kepada semua kanak-

kanak merupakan satu tanggungjawab sosial yang perlu diambil berat oleh masyarakat.

Kurikulum Kebangsaan yang ada sekarang ini tidak dapat memenuhi keperluan murid-

murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran kerana tahap penguasaan mereka

didalam bidang akademik adalah amat rendah serta peningkatan pencapaian adalah

terlalu perlahan dan minimum. Oleh itu, keperluan untuk membina kurikulum yang

dapat menyediakan serta memberi pendekatan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan

keupayaan dan keperluan murid pendidikan khas. Untuk mencapai hasrat murni dalam

memenuhi keperluan murid pendidikan khas ini, Kemahiran Hidup Asas Untuk Berdikari

(KAUB) diwujudkan dalam pendidikan khas yang memberi fokus kepada prinsip-prinsip

penjagaan diri, perkembangan sosial, perkembangan peribadi dan pengurusan rumah

tangga. Ini bersesuaian dengan Akta Pendidikan Khas 1996, telah dijelaskan di bawah

Seksyen 2; “ Pendidikan Khas” ertinya pendidikan yang menyediakan keperluan pendidikan

untuk murid-murid khas. Kategori murid yang:

a) Murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar

seperti murid biasa.

b) Murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau cacat anggotanya atau terencat

akal yang ringan.

c) Seorang murid dengan keperluan khas, jika dia mampu untuk menguruskan diri

sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan oleh pakar

perubatan.

Oleh itu, KAUB merupakan suatu kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap murid

pendidikan khas untuk membolehkannya mengalami kehidupan yang lebih selesa, mampu

bersosial, berdikari dan mengamalkan cara hidup yang bersih dan sihat serta dapat

menjaga imej diri sendiri yang akan memberi jaminan ke arah penerimaan masyarakat

sekeliling dengan lebih baik dan kehidupan yang lebih bermakna.

2.4 Teori-teori Pembelajaran

Pembelajaran merupakan suatu perubahan pada individu hasil daripada pengalaman

(Slavin, 1991). Kita sebagai guru perlu membantu murid-murid dalam memfokus proses

pemerhatian dan mental mereka supaya mereka boleh memperoleh pengetahuan asas

dan kemahiran secara berkesan. Ini menyebabkan ahli psikologi telah membina

pelbagai teori pembelajaran yang berbeza. Antara teori-teori pembelajarannya ialah:

2.4.1 Teori Pembelajaran Sosial

Dalam tahun 1941, Miller dan Dollard telah mencadangkan bahawa teori

pembelajaran dan peniruan yang menolak anggapan teori tingkah laku tradisional. Ini

disebabkan oleh teori pembelajaran tersebut gagal untuk mengambil kira perihal

respons baru, iaitu proses melambat atau menyegerakan proses pengukuhan peniruan.

Ramai antara ahli psikologi behavioris mendapati bahawa pelaziman operan memberi

keterangan yang terhad tentang pembelajaran. Ada antara mereka yang telah

meluaskan pandangan mereka tentang pembelajaran dengan menambah proses-

proses kognitif seperti jangkaan, pemikiran dan kepercayaan yang tidak boleh

diperhatikan secara langsung. Satu contoh tentang pandangan seperti ini telah

dikemukakan oleh Albert Bandura dalam teori kognitif sosial. Bandura percaya bahawa

pandangan ahli teori behavioris tentang pembelajaran walaupun tepat tidaklah lengkap.

Mereka hanya memberi sebahagian sahaja keterangan tentang pembelajaran dan tidak

mengambil kira aspek- aspek penting terutamanya pengaruh- pengaruh sosial ke atas

pembelajaran. Dalam tahun 1963, Albert Bandura dan Walters telah menghasilkan buku

Skop Learning and Personality Development, di mana beliau meluaskan skop teori

pembelajaran dengan menjelaskan lagi prinsip pembelajaran pemerhatian dan

peneguhan.

i. Teori Pemodelan Bandura

Bandura dan Walters menggunakan sekumpulan kanak- kanak tadika berumur

3- 6 tahun untuk menjalankan kajian dan berjaya membuktikan bahawa kanak- kanak

keseluruhannya meniru model yang ditonton dengan gaya yang lebih agresif. Beliau

merumuskan bahawa pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan,

peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang

ditonjolkan oleh orang lain. Teori pembelajaran sosial menekankan pembelajaran

melalui proses permodelan iaitu pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan. Teori

ini terdiri daripada teori permodelan Bandura.

ii. Ciri- ciri teori pemodelan bandura :

Unsur-unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan. Tingkah laku model

boleh dipelajari melalui bahasa , misalan dan teladan. Pelajar meniru sesuatu

kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai model dan akan menguasai

kemahiran itu jika dia memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan.

Proses pembelajaran meliputi pemerhatian , pemikiran , peringatan ,peniruan dengan

tingkahlaku atau gerak balas yang sesuai.

Mengikut teori Albert Bandura (1925) seorang profesor psikologi di Universiti Stanford,

pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku orang

lain, individu dan secara tidak langsung mempelajari pula perubahan tingkah laku

tersebut. Bandura menyebut orang yang diperhatikan sebagai model dan proses

pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan. Ia juga

menekankan aspek interaksi antara manusia dan persekitaran. Pada amnya, Bandura

juga melihat manusa sebagai aktif berupaya mengendalikan tingkah laku secara

selektif dan tidak merupakan entiti yang pasif yang boleh dipermainkan oleh keadaan

persekitaran mereka. 

Terdapat dua jenis pembelajaran melalui pemerhatian. Pertama, ia boleh berlaku

melalui peneguhan. Ini berlaku apabila kita melihat orang lain diberi ganjaran atau

denda untuk tindakan tertentu kita mengubah tingkah laku. Melalui ganjaran,

Contohnya seandainya kita memuji dua orang pelajar kerana membuat kerja yang

menarik di dalam kelas maka pelajar- pelajar yang memerhatikan penghargaan

mungkin akan membuat kerja yang lebih baik pada masa akan datang. Denda juga

boleh mempunyai kesan yang sama. Contohnya, kita akan mengurangkan had laju

semasa memandu selepas melihat beberapa orang mendapat saman kerana

memandu dengan laju.

Pembelajaran pemerhatian yang kedua ialah pemerhati meniru tingkah laku model

walaupun model tersebut tidak menerima peneguhan atau denda semasa pemerhati

sedang memerhatikan. Selalunya model menunjukkan sesuatu yang hendak

dipelajarinya oleh pemerhati dan mengharapkan peneguhan apabila dapat menguasai.

Contoh cara yang betul meletakkan tangan untuk bermain piano tetapi peniruan

berlaku apabila pemerhati hanya mahu menjadi seperti model yang disanjung.

iii. Prinsip pembelajaran melalui pemerhatian/ permodelan

Bandura (1986) mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui

pemerhatian atau pemodelan iaitu perhatian, mengingat, reproduksi dan peneguhan

atau motivasi.

a. Pemerhatian

Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya

kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi.

Untuk kanak- kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau

guru- guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang

popular dan artis pujaan. Faktor- faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri- ciri

model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian.

Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri- ciri

penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi- isi penting.

Dalam suatu tunjukcara contohnya memasukkan benang ke lubang jarum mesin jahit

kita mungkin memerlukan murid- murid duduk berhampiran dengan kita supaya mereka

nampak bagaimana cara melakukannya dengan betul. Perhatian mereka akan

ditumpukan kepada ciri- ciri yang betul dalam situasi tersebut dan dengan itu

menjadikan pembelajaran pemerhatian yang betul.

b. Mengingat

Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya

kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi.

Untuk kanak- kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau

guru- guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang

popular dan artis pujaan. Faktor- faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri- ciri

model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian.

Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri- ciri

penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi- isi penting.

Dalam suatu tunjukcara contohnya memasukkan benang ke lubang jarum mesin jahit

kita mungkin memerlukan murid- murid duduk berhampiran dengan kita supaya mereka

nampak bagaimana cara melakukannya dengan betul. Perhatian mereka akan

ditumpukan kepada ciri- ciri yang betul dalam situasi tersebut dan dengan itu

menjadikan pembelajaran pemerhatian yang betul.

c. Reproduksi

Pemerhatian harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya.

Apabila seseorang tahu bagaimana sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan mengingat

ciri- ciri atau langkah- langkah dia mungkin belum boleh melakukannya dengan lancar.

Sesorang itu memerlukan latihan yang banyak, mendapat maklum balas dan bimbingan

tentang perkara- perkara penting sebelum boleh menghasilkan tingkah laku model. Di

peringkat penghasilan latihan menjadikan tingkah laku lebih lancar dan mahir.

d. Peneguhan/motivasi

Kita mungkin telah memperoleh satu kemahiran atau tingkah laku baru melalui

pemerhatian, tetapi kita mungkin tidak dapat melakukan tingkah laku itu sehingga ada

sesuatu bentuk motivasi atau insentif untuk melakukannya. Peneguhan boleh

memainkan beberapa peranan dalam pembelajaran pemerhatian. Seandainya kita

mengharapkan untuk mendapat peneguhan dengan meniru tindakan seseorang model,

kita mungkin menjadi lebih bermotivasi untuk menumpukan perhatian, mengingat dan

menghasilkan semula tingkah laku. Selain itu, peneguhan penting untuk mengekalkan

pembelajaran. Seseorang yang mencuba menunjukkan tingkah laku baru tidak akan

mengekalkanya tanpa peneguhan. Sebagai contoh, seorang pelajar yang tidak popular

cuba memakai pakaian fesyen baru tetapi diejek oleh rakan- rakan dan dia tidak akan

meneruskan peniruannya.

Terdapat lima jenis peneguhan yang memotivasikan perlakuan tingkah laku yang ditiru.

Pertama, pemerhati mungkin menghasilkan semula tingkah laku model dan menerima

peniruan secara langsung. Contohnya, seorang ahli gimnastik menunjukkan pergerakan

badan yang baik dan dia di puji oleh jurulatihnya dengan kata- kata seperti ’syabas’.

Kedua pemerhati mungkin melihat orang lain menerima peniruan secara tidak langsung

dan mengikut tingkah laku orang yang diperhatikan. Contohnya kanak- kanak yang

melihat program televisyen yang penuh dengan keganasan mungkin meniru tingkah

laku keganasan model melalui program tersebut. Ketiga ialah peniruan melalui proses

elistasi. Dalam proses ini seseorang akan meniru apa yang dilakukan oleh orang lain

jika dia sudah mengetahui cara- cara melakukan tingkah laku tersebut. Sebagai contoh

timbul keinginan di hati Ali untuk membantu ibunya memotong rumput setelah melihat

Rahman membantu ibunya. Keempat peniruan sekat lakuan. Peniruan yang sesuai

dilakukan dalam keadaan tertentu tetapi tidak digunakan dalam keadaan atau situasi

yang lain. Sebagai contoh, murid boleh meniru kawan mereka yang bising senasa kelas

pendidikan jasmani di padang tetapi tidak boleh meniru tingkah laku ini di dalam kelas.

Kelima iaitu peniruan tak sekat lakuan. Dalam proses ini seseorang individu akan terus

mengamalkan peniruan dalam apa- apa jua situasi. Sebagai contoh, Radzi yang

menyertai satu kumpulan menyimpan rambut panjang semasa cuti sekolah akan terus

menyimpan rambut panjangnya semasa sesi persekolahan bermula.

iv. Aplikasi model pembelajaran sosial bandura di dalam bilik darjah

a. Guru sebagai role model dan model simbolik.

Guru hendaklah memastikan dia mempunyai tingkah laku dan berpewatakan positif

supaya pelajar dapat menirunya. Segala tindakan yang ditunjukkan oleh guru

hendaklah yang boleh dicontohi oleh pelajarnya.

b. Modifikasi tingkah laku.

Guru boleh menunjukkan teladan yang baik seperti bersopan santun dan tidak

meninggikan suara di dalam bilik darjah. Sekiranya guru ingin mengubah tingkah laku

murid yang kurang menyenangkan kepada yang boleh diterima, guru hendaklah

menunjukkan kepada mereka contoh yang terbaik.

c. Peniruan tidak langsung.

Oleh kerana pengaruh media massa dan internet begitu luas terhadap pelajar daripada

model langsung, guru boleh menasihati mereka tentang jenis program yang harus

dipilih dan yang harus ditolak.

d. Contoh dan hasil kerja yang baik.

Guru perlu tunjukkan kepada pelajar dalam kalangan rakan-rakan mereka siapa yang

menunjukkan contoh sebagai pelajar yang baik dari segi hasilan kerja mereka. Pelajar

boleh belajar daripada rakan-rakan dan meniru idea-idea yang berkualiti yang terdapat

dalam kerja-kerja mereka.

e. Permainan dan simulasi.

Guru boleh mengajar nilai dan peranan watak-watak yang penting melalui situasi main

peranan dan simulasi. Pelajar dapat meniru tingkah positif. Situasi dalam main peranan

dan simulasi perlu diaplikasikan dalam situasi sebenar.

e. Rakan sebaya sebagai model.

Guru boleh menggunakan pelajar-pelajar yang popular atau yang berjaya untuk

menunjukkan tingkah laku model dalam kelas.

2.4.2 Teori Pembelajaran Behavioris

Teori ini diperkenalkan oleh tokoh-tokoh yang terdiri daripada Ivan Pavlov, Edward

Thorndike dan B.F. Skinner. Ahli teori behavioris menekankan peranan pengalaman

dalam mentadbirkan tingkah laku. Dalam teori ini beberapa istilah diperkenalkan

antaranya ialah pelaziman. Pelaziman merupakan suatu proses di mana tingkah laku

organisma berkaitan dengan rangsangan daripada persekitaran. Menurut Ivan P.Pavlov,

setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas adalah sebarang

tingkah laku yang timbul akibat rangsangan. Contohnya apabila gutru memberikan

arahan supaya berdiri, murid dengan cepatnya berdiri. Arahan itu ialah rangsangan,

manakala tindakan berdiri itu ialah gerak balas.

Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku

akibat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas. Dalam contoh ini terdapat dua

rangsangan; pertama ialah suasana pengajaran dan pembelajaran dan kedua ialah

aspek emosi, iaitu rasa seronok dan gembira. Jadi, murid-murid mengaitkan satu

rangsangan (suasana pembelajaran) dan satu lagi rangsangan lain (suasana seronok).

Oleh itu, murid berkenaan pun mempunyai keinginan ke sekolah. Pembelajaran yang

berlaku ekoran perkaitan ini dinamakan pelaziman. Pembelajaran akibat perkaitan 2

rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman.

Manakala E.L.Thorndike (1874-1949) iaitu pelopor psikologi Amerika memperkenalkan

pembelajaran cuba jaya dan beberapa hukum tentang perkaitan rangsangan dan gerak

balas. Eksperimen telah dilakukan ke atas seekor kucing lapar yang diletakkan dalam

sangkar. Daripada hasil eksperimen, Thorndike mengemukakan 3 hukum utama iaitu

hukum kesediaan, hokum latihan dan hukum kesan. Menurut Thorndike, kesediaan

merujuk kepada persiapan yang perlu ada sebelum individu dapat bertindak. Seorang

murid dikatakan akan berasa puas apabila dia bersedia untuk bertindak.

Sebaliknya,murid yang belum bersedia untuk bertindak akan berasa kecewa. Manakala

Hukum Latihan menyatakan pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan

bertambah kukuh jika latihan diadakan. Hukum Kesan pula menyatakan bahawa

pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat

kesan yang menyeronokkan selepas terhasilnya gerak balas. Misalnya seorang murid

mengucapkan salam kepada guru dan salam itu disambut dengan senyuman guru.

Murid itu akan berasa pengalaman itu menyenangkan dan dia akan mengulangi lagi.

Skinner pula memperkenalkan teori pelaziman operan yang mengkaji tentang perkaitan

antara tingkah laku dan kesannya. Dalam teori ini, tingkah laku yang tidak diingini

sebenarnya boleh diubah kepada tingkah laku yang diingini.

2.4.3 Teori Psikososial

Psikososial adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan hubungan

antara keadaan sosial seseorang dengan kesihatan emosionalnya. Istilah psikososial

melibatkan aspek psikologi dan sosial. Contohnya, hubungan antara ketakutan yang

dimiliki seseorang (psikologi) terhadap bagaimana cara ia berinteraksi dengan orang

lain di lingkungan sosialnya. Seseorang yang sihat emosinya akan bereaksi dengan

cara yang positif dalam banyak situasi. Berbeza dengan orang yang tidak stabil

emosinya, ia akan bereaksi negatif terhadap segala sesuatu yang terjadi dalam hidup

Menurut Erikson, manusia berpotensi mengalami perkembangan psikologi yang

sihat dan mampu atasi kesulitan mengikut masa dan peringkat perkembangan tertentu.

Terdapat lapan peringkat perkembangan emosi manusia. Setiap peringkat timbul

tingkah laku positif dan negatif yang membawa masalah penyelesaian psikologikal

kerana konflik emosinya.

Peringkat Umur Catatan

Kepercayaaan lawan

ketidakpercayaan

Lahir – 18

bulan

Bayi mesti menjalinkan hubungan kasih

sayang dan kepercayaan dengan pengasuh

atau membentuk perasaan tidak percaya.

Autonomi lawan

malu/keraguan

18 bulan –

3 tahun

Tenaga kanak-kanak disalurkan untuk

perkembangan kemahiran fizikal iaitu

berjalan, menggenggam dsb. Kanak-kanak

boleh belajar mengawal tetapi mungkin

membentuk perasaan malu dan keraguan

sekiranya tidak diuruskan dengan baik.

Inisiatif lawan

perasaan bersalah

3 tahun – 6

tahun

Kanak-kanak menjadi lebih mendesak

dan berinisiatif tetapi kemungkinan keterlaluan

hingga menimbulkan perasaan bersalah.

Ketekunan lawan rasa

rendah diri

6 tahun –

12 tahun

Kanak-kanak mesti menghadapi pembelajaran

kemahiran baru atau menghadapi risiko perasaan

rendah diri, kegagalan, dan tidak cekap.

Identiti lawan

kekeliruan identiti

12 tahun –

18 tahun

Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam

pekerjaan, peranan jantina, politik dan agama.

Kerapatan lawan

pengasingan

18 tahun –

35 tahun

Dewasa membina hubungan rapat atau

merasa terasing.

Generativiti lawan

pemusatan kendiri

35 tahun –

60 tahun

Setiap dewasa mencari jalan untuk memuaskan

hati dan menyokong generasi akan datang.

Kesepaduan lawan

putus asa

60 tahun –

akhir hayat

Kemuncak ialah perasaaan diterima

oleh masyarakat dan perasaan kepuasan.

Jadual 1 : Lapan Peringkat Perkembangan

Menurut Erikson lagi, manusia berpotensi mengalami perkembangan psikologi

yang sihat dan mampu atasi kesulitan mengikut masa dan peringkat perkembangan

tertentu yang dinyatakan di jadual 1. Setiap peringkat timbul tingkah laku positif dan

negatif yang membawa masalah penyelesaian psikologikal kerana konflik emosinya.

Oleh itu semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran samada

teori mahupun amali peringkat perkembangan murid pendidikan perlu diberi perhatian.

Murid pendidikan khas yang mempunyai kepelbagaian keupayaan dan kebolehan

memerlukan teori pembelajaran yang bersesuaian dengan mereka.

2.5. Implikasi teori-teori pembelajaran terhadap pembelajaran murid-murid

berkeperluan khas

a) Masalah penglihatan

Berikan gambaran yang jelas tentang bilik darjah dan sekolah. Guru hendaklah

membawa kanak-kanak tersebut berjalan di persekitaran sekolah dan terangkan

kepadanya apa yang dilihat. Semasa memandu arah,benarkan pelajar tersebut

memegang anda.Gunakan tulisan yang kasar-kasar apabila menulis di papan tulis dan

menggalakkan juga supaya kanak-kanak lain melakukan perkara yang sama.

Kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan banyak belajar melalui deria

sentuh, dengar dan hidu. Malah ada di antara mereka menjilat objek / benda yang baru

baginya. Biarkanlah kanak-kanak itu menggunakan caranya untuk belajar tetapi guru

perlulah mengawasinya. Kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan juga

tidak sedar orang-orang yang berhampiran dengannya kerana tidak boleh melihat.

Apabila guru bersama kanak-kanak ini, bercakaplah dengannya. Maklumkan hal ini

kepada kanak-kanak lain supaya mereka juga turut melakukannya.

b) Masalah pendengaran

Kanak-kanak yang dilahirkan tanpa pendengaran tidak dapat bertutur. Oleh itu guru

perlulah mengajar mereka cara-cara untuk menyampaikan buah fikiran, menyatakan

keperluan,dan melepaskan perasaan. Kanak-kanak yang dapat mendengar suara yang

kuat selalunya mengalami perkembangan pertuturan yang lambat. Mereka patut diajar

mendengar dan bercakap dengan baik. Mereka boleh berkomunikasi dengan cara lain

juga iaitu bahasa isyarat. Kanak-kanak ini mudah meradang. Mereka sukar

menumpukan perhatian pada sesuatu perkara dengan agak lama. Maka, guru pelulah

kreatif untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Antaranya guru

boleh menggunakan tangan, mimik muka, gerak badan, menulis dan bercakap.

Selepas guru bercakap, beri peluang murid berfikir dahulu kemudian barulah guru

menyambung semula percakapannya. Guru perlu mengajar murid bacaan bibir supaya

mereka mudah membaca pertuturan bibir.

c) Masalah pembelajaran

Bahan-bahan, teknik, kaedah, teknologi pengajaran dan pembelajaran perlu disedia

dan diubahsuai mengikut keperluan individu. Gerak kerja serta aktiviti-aktiviti latihan

dan pengukuhan perlu digred berpadanan dengan keupayaan individu dengan merujuk

kepada Rancangan Pengajaran Individu (R.P.I)

Kerjasama dan interaksi yang baik dengan murid-murid serta guru-guru kelas boleh

meningkatkan usaha dan kerja-kerja pemulihan.

Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran biasanya memerlukan aktiviti

berstruktur. Aktiviti ini perlulah dirancang dengan teliti mengikut langkah-langkah kecil

untuk membolehkan murud menguasai konsep atau kemahiran langkah demi langkah.

Aktiviti :1. Nyatakan implikasi teori-teori pembelajaran terhadap pengajaran

dan pembelajaran murid-murid pendidikan khas.2. Berikan satu contoh pengajaran yang mengaplikasi salah satu

teori di atas.

2.6. Analisis Tugasan

Analisis tugasan merupakan proses yang penting dalam perancangan

dan pengajaran murid berkeperluan khas. Proses ini bertujuan untuk memec-

ahkan sesuatu aktiviti yang lebih kompleks kepada langkah-langkah kecil yang

ringkas. Langkah-langkah tersebut kemudian diorganisasi mengikut urutan yang

bersesuaian. Pengajaran dilaksanakan mengikuti langkah-langkah kecil yang

lebih ringkas. Hal ini bermaksud bahawa murid berkeperluan khas akan dia-

jar langkah demi langkah sehingga mereka menguasai keseluruhan kemahiran

sasaran. Kecekapan guru pendidikan khas adalah dalam menganalisiskan tu-

gasan tersebut supaya bersesuaian dengan  tahap keupayaan murid berkeper-

luan khas mereka.

Proses melaksanakan analisis tugasan diringkaskan sebagai berikut: 

1. Nyatakan dengan jelas tugasan pembelajaran atau isi kandungan

2. Pecahkan tugasan pembelajaran kepada langkah-langkah kecil yang

diperlukan untuk mempelajari kemahiran sasaran.

3. Letakkan langkah-langkah tersebut mengikut urutan pengajaran yang

logikal

4. Uji secara tidak formal untuk menentukan langkah-langkah yang sudah

dikuasai oleh pelajar

5. Mulakan pengajaran mengikut urutan analisis tugasan

2.5.1. Contoh Analisis Tugasan

Analisis Tugasan 1

Nama Murid : ……………………………………………. Tahun :

……………………………….

Kemahiran: Cara Menggunakan pisau dengan cara yang betul

BilAktiviti

Tarikh Mula

Tarikh Mula

Tarikh Mula Catatan

1 Pergi ke dapur      2 Mengenalkan pelbagai jenis pisau

3

Mengenal fungsi kegunaan pisau yan

digunakan

4

Mengenal bahagian pisau

Hulu pisau

Mata pisau

5

Memegang pisau plastik dengan cara

yang betul

6

Memotong bahn-bahan lembut

menggunakan pisau plastik dengan

bimbingan guru

7 Memotong bahan-bahan lembut

menggunakan pisau plastik tanpa

bimbingan (jelly)

8

Memegang pisau sebenar dengan cara

yang betul dan selamat

9

Memotong bahan menggunakan pisau

sebenar

10

Memotong bahan menggunakan pisau

sebenar tanpa bimbingan

11

Meletakkan pisau di tempat yang

selamat dengan cara yang betul

Disediakan oleh :

……………………………….

( )

DBS : Dengan bantuan sepenuhDBG : Dengan bimbingan guruTBG : Tanpa bantuan guru

Contoh Analisis Tugasan 2

Nama Murid : ……………………………………………. Tahun :

……………………………….

Kemahiran: Menamba nombor 1 digit tanpa kumpul semula

BilAktiviti

Tarikh Mula

Tarikh Mula

Tarikh Mula Catatan

1 Menamakan nilai nombor      2 Mengenalkan konsep tambah

3 Menyebut symbol tambah

4 Mengenalkan simbol =

5 Menyebut simbol =

6Menambah dengan 2 kumpulan benda maujud

7 Menambah dengan mengnakan gambar

8

Menambah dengan menggunakan

gambar dan nombor

9

Membentukan ayat matematik proses

tambah

10

Menambah dengan menggunakan simbol

nombor dalam bentuk ayat matematik

11

Menyatakan hasil tambah dalam bentuk

ayat matematik

12

13

14

/Disediakan oleh :

……………………………….

( )

45

DBS : Dengan bantuan sepenuhDBG : Dengan bimbingan guruTBG : Tanpa bantuan guru

Contoh Analisis Tugasan 3

Nama Murid : ……………………………………………. Tahun :

……………………………….

Kemahiran: Mengenal perkataan KVKV (BM)-Baju

BilAktiviti

Tarikh Mula

Tarikh Mula

Tarikh Mula Catatan

1 Mengenal huruf A-Z      2 Menyebut huruf A-Z

3 Mengenal sukukata KV

4 Menyebut gambar yang diberi : Baju

5 Menunjuk sukukata KV (ba)

6 Menunjuk sukukta KV (ju)

7 Menyebut sukukata KV (ba)

8 Menyebut sukukata KV (ju)

9 Menunjuk sukukata KV+KV (ba+ju)

10 Menyebut sukukata KV+KV (ba+ju)

11 Menyalin perktaan baju

12 Mewarna gambar (baju)

13 Mencantumkan KV+KV

14 Aktiviti pengukuhan

/Disediakan oleh :

……………………………….

( )

/

DBS : Dengan bantuan sepenuhDBG : Dengan bimbingan guruTBG : Tanpa bantuan guru

1.7. Penutup

Pemilihan teori-teori dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

kepada murid pendidikan perlu disesuaikan dengan tahap kebolehan murid

tersebut. Dengan kesesuaian teori yang dipilihkan menentukan keberhasilan

hasil pembelajaran murid.

Perancangan analisis tugasan yang menitikberatkan dari mudah ke susah

atau dari aktiviti yang berat kepada aktiviti yang mudah akan melancarkan

pengajaran guru.

47

Aktiviti :1. Rancangkan Analisis Tugasan untuk Kemahiran

Memasak , teknik-teknik mengoreng, merebus, membakar dan memanggang.

TAJUK 3. PERATURAN DAN KESELAMATAN DI BENGKEL

3.0 SINOPSIS

Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan mendalami tentang

peraturan

dan aspek-aspek keselamatan , tujuan keselamatan, langkah-langkah keselamatan dan

organisasi bengkel. Struktur organisasi bengkel yang diberikan juga akan membantu

anda memahami tajuk ini dengan jelas.

3.1 HASIL PEMBELAJARAN

i. Menerangkan istilah dan tujuan amalan keselamatan dalam bengkel

ii. Menjelaskan pentingnya kaedah-kaedah keselamatan dalam bengkel

iii. Mengenal pasti cara-cara menjaga keselamatan alatan dan bahan dalam

bengkel sebagai contoh kepada murid

3.2 KERANGKA TAJUK

4.0 KESELAMATAN BENGKEL

4.1 Kepentingan Keselamatan

Murid-murid yang sentiasa belajar dalam keadaan persekitaran yang sempurna

Konsep dan Definisi KAUB

dan kondusif dapat memberi ransangan yang lebih kepada pembelajaran. Oleh itu,

kewujudan bengkel yang selamat dapat membantu guru mencapai matlamat

pengajaran.

Keselamatan bermaksud kawalan terhadap tingkahlaku manusia, mesin atau alat

tangan, bahan dan sistem bekerja.Tujuan keselamatan ialah untuk mewujudkan

suasana bekerja yang baik dan tenteram supaya tiada berlaku sebarang kecederaan,

mengakibatkan bahaya kepada kesihatan dan kehilangan harta dan nyawa.

Bengkel atau makmal yang selamat amatlah penting dalam mencegah kemungkinan

berlakunya kemalangan.

Saya yakin anda begitu arif dengan sifat dan keupayaan kanak-kanak bermasalah

pembelajaran. Kanak-kanak ini sentiasa memerlukan pengawasan dan pemerhatian

guru. Ini kerana kemalangan boleh berlaku berpunca daripada bengkel dan tempat

kerja yang tidak selamat. Bengkel yang selamat berpunca dari kesempurnaan ruang

tempat murid bekerja, kesempurnaan peralatan dan bahan yang digunakan serta

arahan dan peraturan yang dapat dilihat oleh murid.

4.2 Peraturan dan keselamatan di bengkel dan bilik kemahiran

Bengkel adalah tempat murid membuat kerja amali dan mengamalkan

peraturan keselamatan, etika dan budaya kerja yang baik. Keselamatan dan kebersihan

bengkel yang terjamin akan menghasilkan kerja yang sistematik dan membuahkan hasil

yang berkualiti. Peraturan keselamatan bengkel dan bilik kemahiran yang harus

dipatuhi oleh setiap murid ialah:

1. Keluar masuk bengkel hanya dengan kebenaran guru

2. Murid tidak dibenarkan membawa beg ke dalam bengkel

3. Pakaian yang sesuai semasa bekerja

4. Bekerja dengan teratur dan sistematik

5. menggunakan peralatan yang betul dan sesuai dengan bidang kerja

6. Jangan bermain atau bergurau ketika berada di dalam bengkel

7. Pengunaan alat elektrik mestilah dengan kebenaran guru

8. Laporkan kepada guru segala kehilangan, kerosakan dan kemalangan

9. Berhati-hati dan cermat semasa menggunakan peralatan tajam, panas dan

menggunakan kuasa letrik

10.Tutup semua suiz sebelum meninggalkan bengkel

11. Susun alatan mengikut kegunaan

12. Bersihkan meja kerja dan simpan alat di tempat yang ditetapkan.

49

4.3 Keselamatan diri

Selain daripada mematuhi Peraturan Keselamatan Am di bengkel untuk

menjamin keselamatan, murid-murid juga perlu mematuhi peraturan keselamatan diri.

Langkah-langkah yang perlu diambil dalam peraturan keselamatan diri adalah seperti

berikut:

a. Dilarang memakai barang perhiasan semasa berada di bengkel

b. Murid mesti memakai pakaian yang sesuai, kemas serta memakai kasut

c. Murid perempuan mesti mengikat rambut yang panjang dengan kemas

dan yang memakai tudung mesti mengikat hujung tudung supaya tidak

mudah tersangkut pada mesin

d. Mesti memahami langkah kerja yang perlu dibuat sebelum memulakan

kerja. Sekiranya tidak jelas, tanya guru untuk mendapatkan penjelasan

e. Tidak boleh bermain atau bergurau di dalam bengkel

f. Cuci tangan selepas melakukan aktiviti

4.3.1 Langkah-langkah keselamatan diri pelajar dan rakan-rakan

Mengamalkan sikap yang positif serta berdisiplin, bertanggungjawab dan

bertolak ansur dalam melakukan kerja di bengkel adalah ciri amalan budaya kerja yang

baik. Sikap sebegini akan memberi suasana tempat kerja yang selamat. Tempat yang

selamat boleh ditafsirkan sebagai persekitaran tempat kerja dimana pekerja merasa

selamat tanpa sebarang gangguan dari mana-mana pihak samada dalam atau luar.

Pelajar akan merasa selamat apabila suasana bengkel selamat, peralatan mesin yang

selamat serta rakan yang melakukan kerja secara selamat. Antara tumpuan

keselamatan yang perlu diambil perhatian ialah keselamatan diri.

Diri sendiri dan rakan-rakan merupakan individu yang melaksanakan tugas atau kerja.

Antara contoh keselamatan diri yang perlu diamalkan ialah cara berpakaian, sikap dan

fizikal diri. Pelajar perlu memakai pakaian bengkel, memakai kasut yang bertebat dan

bertumit rendah, tidak memakai pakaian kemas dan tidak memakai tali leher. Fizikal diri

perlu di jaga supaya sihat, tidak mengantuk, jelas penglihatan, tidak rabun warna dan

jelas pendengaran. Sikap sentiasa mematuhi peraturan, merancang aktiviti kerja

sebelum memulakan, melaporkan sebarang kerosakan, menggunakan alatan tangan ,

perkakasan dan mesin betul, menggunakan alatan tangan dan mesin mengikut

prosedur yang ditetapkan.

Aktiviti 1 – Perbincangan

Apakah yang dimaksudkan dengan bengkel yang selamat?

Adakah bengkel yang selamat dapat meningkatkan minat dan tumpuan

pembelajaran murid?

5.0 KESELAMATAN DAN ORGANISASI BENGKEL

Bagi menentukan bengkel Kemahiran Hidup sentiasa berada dalam keadaan

baik dan sesuai untuk melakukan kerja-kerja amali atau aktiviti, perkara-perkara berikut

perlu diadakan dalam bengkel

(a) Jadual Kerja

Jadual kerja merupakan tugasan biasa yang perlu dilaksanakan oleh setiap murid.

Langkah keselamatan dalam bengkel perlu diamalkan semasa melakukan kerja amali.

Amalan yang mesti dipatuhi semasa bekerja di bengkel Kemahiran Hidup adalah

i. Membersih lantai

ii. Membuang sampah

iii. Memeriksa alatan

iv. Menyimpan alatan

v. Membersih tingkap

vi. Menutup tingkap

vii. Menutup pintu

(b) Struktur Organisasi

(i) Organisasi Bengkel

Organisasi bengkel merupakan satu sistem pengurusan yang

memerlukan kerjasama antara pentadbir, guru dan murid. Tujuan organisasi bengkel

adalah untuk:

Memastikan alatan dan kelengkapan bengkel sentiasa dalam keadaan kemas

dan teratur

Memupuk sikap kerjasama, bertanggungjawab, patuh kepada peraturan dan

menghargai harta benda sekolah

Peka kepada peraturan sekolah

51

(ii) Carta Organisasi

Carta organisasi Bengkel Kemahiran Hidup adalah seperti yang ditunjukkan

dalam di bawah

GURU BESAR

I

PENOLONG KANAN

I

KETUA PANATIA

GURU KEMAHIRAN HIDUP

I

KETUA KUMPULAN

PENOLONG KETUA KUMPULAN

I

---------------------------------------------------------------------

I I I I

KUMPULAN 1 KUMPULAN 2 KUMPULAN 3 KUMPULAN 4

Rajah: Carta organisasi bengkel kemahiran hidup

Kerja membersih dibengkel perlu dilakukan supaya bengkel, bersih, kemas,

selesa dan selamat untuk digunakan. Semasa bekerja di bengkel, murid perlu

berpakaian kemas. Baju yang berlengan panjang perlu dilipat dan tudung murid

perempuan dimasukkan ke dalam apron. Murid perlu memastikan kuku dan rambut

sentiasa pendek untuk memudahkan sesuatu kerja dilakukan.

Kebersihan mental adalah berfikir secara positif dan bersikap bertanggungjawab dalam

melakukan tugas di bengkel. Murid mesti tahu kepentingan menjaga keselamatan serta

bahan yang berbahaya. Murid mesti segera melaporkan kemalangan atau kehilangan

alatan kepada guru. Sikap bekerjasama dalam melakukan sesuatu kerja dan tolong

menolong antara satu dengan yang lain patut diamalkan. Contoh menggunakan mesin

penyedut hampagas dan mesin pemampat udara

5.1 Keselamatan Alatan dan Bahan

Selain daripada keselamatan diri, keselamatan alatan dan bahan juga adalah

penting dalam sesebuah bengkel. Bagaimanakah anda melakukan? Berikut adalah

contoh-contoh bagaimana untuk menjaga keselamatan alatan dan bahan dalam

bengkel:

(a) Penyimpanan bahan dan alatan perlu kemas dan tersusun

(b) Adakan buku stok yang kemas kini

(c) Wujudkan rak khusus bagi sesetengah alatan

(d) Alatan yang berat dan tajam disimpan di paras rendah

(e) sediakan tempat khas bagi menyimpan bahan berbahaya seperti racun, serpihan

logam dan egen pencuci

(f) Sediakan tempat selamat untuk menyimpan bahan mudah terbakar, mudah

pecah dan berbahaya

5.1.1 Menyusun atur

Amalan ini membolehkan murid menggunakan alatan mengikut kegunaannya

dan menyimpan alatan di tempat yang betul. Bahan mudah terbakar dan bahan beracun

mesti disimpan di tempat yang selamat dan berkunci. Tempat penyimpanan mempunyai

peredaran udara yang baik dan sentiasa diawasi oleh guru. Bahan pertolongan cemas

dan pemadam api sentiasa berkeadaan baik dan mudah diambil apabila diperlukan.

5.2 Peraturan menggunakan peralatan di bengkel dan bilik kemahiran

5.2.1 Keselamatan Alatan Tangan, Perkakasan dan Mesin

Alatan tangan, perkakasan dan mesin yang digunakan hendaklah sentiasa

dalam keadaan baik dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan oleh

suruhanjaya Tenaga. Antara ciri-ciri yang perlu diambil perhatian ialah semua alatan

dan perkakasan hendaklah sentiasa disenggarakan dalam buku stok dengan kemaskini.

Hanya alatan yang berkenaan sahaja ditempatkan di meja atau rak khas, tempat khas

untuk menempatkan bahan yang bahaya seperti racun, serpihan logam dan egen

pencuci perlu disediakan. Menempatkan alatan dan bahan mudah terbakar, mudah

pecah dan membahayakan pada tempat yang khas seperti racun, serpihan logam dan

agen pencuci. Pastikan litar mempunyai perlindungan suis, fius, pemutus litar dll,

mendawai semula jika ketahanan kabel merosot, memasang perlindungan mekanikal

apabila perlu. Tempat menyimpan alatan dan bahan mudah terbakar, mudah pecah

dan membahayakan

6.0 KESELAMATAN BENGKEL DAN PERSEKITARAN

Dalam topik di atas, kita telah mengetahui cara-cara menjaga keselamatan alatan dan

53

bahan dalam bengkel. Selain daripada itu, penyediaan ruang kerja yang selesa dan

sesuai dapat menjamin keselamatan murid serta guru. Mari kita tinjau bagaimana kita

dapat menyediakan ruang kerja yang selesa dan selamat:

(a) Tempat kerja yang selesa bagi memudahkan pergerakan

(b) Tempat kerja yang bersih dan selamat

(c) Cahaya yang cukup

(d) Peredaran udara yang sempurna

(e) Wujud sudut hasil kerja yang tidak mengganggu ruang kerja

(f) Stor penyimpanan barang perlu bersih dan selamat

(g) Wujud kawasan ”Larangan” bagi tempat-tempat bahaya

6.1 Menilai diri sendiri dan tempat kerja

Bengkel harus mempunyai pengcahayaan yang cukup dan peredaran udara yang baik.

Lantai bengkel perlu sentiasa kering dan tidak berminyak. Murid hendaklah

melaksanakan sikap penuh bertanggungjawab dan mengamalkan peraturan bengkel.

Murid perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan rawatan asas pertolongan cemas

serta cara penggunaan alat pemadam api. Laporkan sebarang kemalangan kepada

guru dengan serta merta.

6.1.1 Mendisiplin

Murid mesti mematuhi peraturan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah ruang, alatan serta kelengkapan.

Ruang bengkel perlu mempunyai saiz yang sesuai dengan bidang kursus. Ia perlu bagi

mendapatkan suasana kerja yang selesa, memudahkan pergerakan pelajar semasa

melakukan aktiviti. Kerusi meja perlu disusun dengan teratur. Ruang bengkel

berkemampuan menempatkan stesyen-stesyen kerja secara individu dan khas,

kawasan untuk mesin dan juga ruang laluan untuk memudahkan pengawasan dan

penyeliaan dilakukan. Mempunyai sekurang-kurangnya dua pintu untuk keluar masuk

dan tanda keluar.

Mempunyai ruang yang cukup untuk kawalan kesihatan dan persekitaran dengan

menyediakan ruang perudaraan, pencahayaan, kedap bunyi dan juga tempat

pelupusan. Selain itu menyediakan ruang alat perlindungan diri, ruang peti pertolongan

cemas, ruang alat pemadam api, tempat penstoran bahan iaitu tempat yang berasingan

mengikut kategori bahan atau peralatan. Menyediakan mesin dan perlindungan mesin.

Kelengkapan perlu disertakan peraturan keselamatan, memaparkan poster-poster

Kod/tanda-tanda keselamatan dan peringatan yang mudah difahami dengan jelas dan

menyediakan tempat pembuangan sisa mengikut jenis.

6.1.2 Contoh peraturan mengguna peralatan di bengkel pertukangan

1. Pastikan tangan anda bersih daripada kotoran, minyak dan gris semasa

menggunakan pekakas.

2. Gunakan alatan yang betul untuk tugas tertentu, termasuklah kesesuaian saiz

alatan tangan serta mengikut langkah-langkah yang ditetapkan.

3. Alatan seperti gergaji tangan hendaklah disimpan dengan betul supaya bilahnya

tidak melengkung dan giginya tidak rosak.

4. Elakkan penggunaan pembaris keluli berdekatan dengan litar eletrik, gunakan

pembaris kayu dan pelastik.

6.1.3 Contoh peraturan dan keselamatan di bilik masakan

Semasa berada di bilik masakan langkah-langkah ini perlu untuk mengelakkan dari

berlaku kemalangan:

1. Pakai apron dan kep yang bersih.

2. Pakai kasut kanvas yang selesa untuk melindungi kaki anda

3. Elakkan dari memakai barang kemas atau jam tangan kerana ia mengganggu

pergerakan anda

4. Basuh tangan sebelum memegang makanan dan kuku tangan hendaklah pendek.

5. Rancang dan aturkan kerja bagi mengelakkan kekeliruan dan menjimatkan masa

6. Bekerja dengan cepat dan teratur

7. Pastikan meja kerja anda sentiasa bersih

8. Tumpukan kepada apa yang sedang dibuat untuk mengelakkan kekeliruan dan

kemalangan.

9. Jangan membazir bahan api, makanan dan air.

10. Cuci, bilas dan keringkan peralatan dan simpan semula ditempatnya

11. Buang sampah ke dalam tong sampah.

6.1.4 Contoh Prosedur Keselamatan Penggunaan Alatan Untuk Berkebun

6.1.4.1 Keselamatan

Semasa melakukan aktiviti berkebun, murid-murid sentiasa terdedah kepada risiko

kemalangan. Oleh itu sebagai guru, kita perlu mengikuti prosedur atau langkah-langkah

keselamatan bagi memastikan tiada kemalangan atau kecederaan berlaku sepanjang

aktiviti tersebut.

6.1.4.2 Keselamatan Diri

Beberapa peraturan atau langkah keselamatan perlu diketahui dan diikuti oleh murid

bagi menjamin keselamatan mereka semasa menjalankan aktiviti berkebun. Antara

55

amalan keselamatan yang boleh diamalkan ialah:

1. Selalu memakai sarung tangan dan kasut atau but yang bersesuaian semasa

berkebun.

2. Semasa membuang batu-batu, tin, kayu api dan sebagainya, lakukan secara

perlahan-lahan agar sesuatu benda yang tersembunyi di sebaliknya dapat

ditanggalkan dengan baik.

3. Sentiasa memeriksa but, sarung tangan dan pakaian sebelum memakainya. Jika

ia telah terbiar dalam tempoh tertentu, goncangkan ia dengan kuat. Anda

mungkin tidak mengetahui apa yang terdapat di dalamnya!

4. Perhatikan jika sesuatu tumbuh-tumbuhan itu jenis yang beracun sebelum

menanamnya di kawasan rumah.

5. Jangan sekali-kali memasukkan jari ke dalam lubang-lubang di dalam tanah.

6 Gunakan peralatan tajam dengan berhati-hati dan diawasi oleh guru.

7. Jauhkan diri dari rakan yang sedang menggunakan alatan yang tajam.

8. Elakkan bermain atau bergurau semasa menjalankan aktiviti berkebun.

6.1.4.3 Keselamatan Rakan

Biasanya aktiviti berkebun akan dijalankan secara berkumpulan. Semasa menjalankan

aktiviti berkebun pelbagai alatan digunakan oleh murid. Adalah menjadi tanggungjawab

guru untuk memastikan keselamatan semua murid terjamin. Antara langkah

keselamatan yang boleh dijalankan ialah:

1. Jangan menggunakan peralatan tajam berhampiran satu sama lain semasa

berkebun.

2. Jangan bermain atau bergurau dengan rakan semasa menggunakan peralatan

tajam.

3. Jangan menghalakan peralatan tajam ke arah rakan.

4. Pastikan murid tahu fungsi alatan tajam dan bagaimana hendak digunakan.

6.1.4.4 Keselamatan Alatan

Penjagaan alatan dengan sempurna membolehkan alatan tersebut tahan lama serta

berfungsi dengan baik apabila hendak digunakan. Alatan yang tidak dijaga dengan baik

akan mudah rosak serta mengganggu fungsinya. Antara amalan menjaga alatan supaya

tahan lama ialah:

1. Bersihkan alatan yang digunakan dengan air dan keringkan.

2. Keringkan kasut atau but yang digunakan untuk berkebun. Jika kasut atau but

basah di bagian dalamnya, masukkan gumpalan kain. Selipkan sampai ke

bahagian dalam kasut. Air akan menyerap ke kain tersebut. Kalau perlu, ganti

kain tersebut beberapa kali.

3. Simpan semua peralatan berkebun secara tegak lurus supaya cepat kering.

4. Sapukan sedikit minyak jika perlu untuk mengelakkan berkarat.

5. Sangkut peralatan yang kecil di tempat yang disediakan.

Aktiviti 2 - Perbincangan

Arahan: Jawab soalan dalam bentuk esei dan serahkan kepada pensyarah

Soalan latihan

Semasa melakukan kerja di bengkel aspek keselamatan menjadi keutamaankepada individu. Senaraikan ciri-ciri utama bagaimana seseorang individu mengamalkan keselamatan

Terangkan bagaimana hubungkait alat tangan/ mesin, bengkel/ persekitaran dan rakan anda boleh meningkatkan keselamatan di tempat kerja

Aktiviti 3 - Perbincangan

Arahan: Bincang bersama rakan anda dalam kumpulan dan bentangkan

Tutorial

Susun atur bengkel adalah satu elemen dalam pengurusan bengkel.

Perancangan yang rapi akan memberikan keselesaan dan suasana selamat

saemasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Sebagai bakal

guru yang akan mengajar murid Pendidikan Khas rancangkan susunatur

sebuah bengkel Kemahiran Hidup untuk murid Pendidikan Khas dan

berikan pandangan anda tentang susun atur perkara-perkara berikut:

1. Meja kerja

2. Peralatan tangan

3. Mesin mudah alih

4. Stor

5. Aspek keselamatan

7.0 PERTOLONGAN CEMAS

57

Kecederaan boleh berlaku di dalam bengkel kerja. Jadi adalah tanggungjawab anda

sebagai guru, lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran untuk

menyediakan pertolongan bagi mengatasi kecederaan ringan yang berlaku kepada

murid-murid

Sebagai persiapan awal yang perlu anda sediakan di dalam bengkel atau bilik kerja,

adalah peti pertolongan cemas yang mempunyai segala peralatan yang diperlukan

untuk menghadapi sebarang masalah.

Sebaik sahaja sebarang kemalangan atau kecederaan , anda perlu melakukan perkara-

perkara berikut:

Rawatan kecederaan ringan:

(a) Kenal pasti jenis kemalangan

(b) Ambil tindakan segera yang sewajarnya

(c) Beri rawatan awal (jika boleh)

(d) Maklumkan kepada guru besar, ibu bapa / penjaga murid.

(e) Dapatkan pertolongan dan rawatan dari pihak-pihak yang berkenaan untuk

rawatan atau perkhidmatan selanjutnya

(f) Rekod dalam buku log sebarang kemalangan yang berlaku

Sebagai langkah seterusnya, anda sebagai guru harus merekodkan setiap kemalangan

dalam buku rekod kemalangan. Buku rekod kemalangan atau buku log tersebut perlu

mempunyai butiran-butiran berikut:

Bil Tarikh Nama

murid

Tahun Jenis

kemalangan

Rawatan

awal

Tandatangan

guru

Rajah: Buku rekod kemalangan

Buku rekod kemalangan mengandungi maklumat-maklumat tentang

kemalangan/kecederaan yang berlaku di bengkel.

Aktiviti 4 - Perbincangan

Apakah gunanya buku log ini?

Dengan adanya maklumat itu, seseorang guru dapat:

a) Meningkatkan pengurusan bengkel

(b) Memastikan kemalangan yang sama tidak berlaku

(c) Menjadi sumber rujukan kepada pihak-pihak tertentu jika memerlukan

siasatan lanjut

(d) Menjadi bukti untuk menentukan sama ada langkah-langkah pencegahan

kemalangan yang diamalkan berkesan atau tidak.

Aktiviti 5 – Perbincangan

Mengapakah peti pertolongan cemas perlu disimpan di dalam bengkel

Kemahiran Hidup?

Senaraikan ubat-ubat dan peralatan yang perlu ada di dalam peti

pertolongan cemas.

8.0 Penutup

Kurikulum Kemahiran Hidup untuk aliran perdana perlu diubahsuai untuk

dijadikan kurikulum Kemahiran Hidup untuk murid-murid bermasalah

pembelajaran kerana kemampuan akademik mereka lebih rendah dari kanak-

kanak biasa

Kemahiran Hidup untuk murid-murid bermasalah pembelajaran adalah asas

penting kepada pekerjaan untuk masa depan

Bidang-bidang kemahiran yang sesuai diajar kepada murid-murid bermasalah

pembelajaran ialah masakan, jahitan, pertukangan, perkebunan, pemeliharaan

haiwan dan mendobi.

Murid-murid bermasalah pembelajaran perlu dilatih dengan suasana kerja yang

sentiasa bersih dan selamat.

59