modul kaub

88
MODUL PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN PKB 3107 PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

Upload: ummuiman2013

Post on 14-Aug-2015

351 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

PKB3107 - PGSR Modul

TRANSCRIPT

MODUL PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

PKB 3107

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)

MOD KURSUS DALAM CUTI

KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,BLOK 2200, PERSIARAN APEC,CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

Berkuat kuasa pada Disember 2010

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Dis. 2010Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Cetakan November 2010Institut Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU,

Falsafah Pendidikan KebangsaanFalsafah Pendidikan GuruKata-Alu-aluan Rektor

iiiiii

Panduan Pelajar ivPengenalanAgihan Tajuk (Interaksi dan Modul)

vivii

Tajuk 1 Kemahiran Jahitan1.0 Sinopsis

1.1 Hasil Pembelajaran

1.2 Kerangka Tajuk

1.3 Pengenalan

1.4 Alatan Jahitan

1.5 Jenis Jahitan

Tajuk 2 Kemahiran Berkebun2.0 Sinopsis2.1 Hasil Pembelajaran2.2 Kerangka Tajuk2.3 Pengenalan2.4 Alatan Perkebunan2.5 Prosedur Keselamatan Penggunaan Alatan2.6 Jenis Tanaman2.7 Pengenalan Analisis Tugasan2.8 Menanam Tanaman

Tajuk 3 Kemahiran Memelihara Haiwan3.0 Sinopsis3.1 Hasil Pembelajaran3.2 Kerangka Tajuk3.3 Pengenalan3.4 Jenis-Jenis Haiwan3.5 Pemeliharaan Haiwan

111124

131314141517192225

393939404041435260

KANDUNGAN MUKA SURAT

3.6 Penternakan Ayam3.7 Pemeliharaan Kucing3.8 Rumusan

Bibliografi 61 Panel Penulis Modul 62

Ikon Modul 63

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial.

Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut.

Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

PANDUAN PELAJAR

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.

Pengenalan

Modul Kursus Kod 3107 Kemahiran Asas Untuk Berdikari (KAUB) melibatkan

teori dan amali dalam pengajaran dan pembelajaran. (Sila rujuk Agihan Tajuk). Modul ini

mengandungi tiga tajuk iaitu Tajuk 1 – Kemahiran Jahitan (Topik 5 Bahagian Amali

dalam proforma), Tajuk 2 – Kemahiran Berkebun (Topik 7 Bahagian Amali dalam

proforma), Tajuk 3 – Kemahiran Memelihara Haiwan (Topik 8 Bahagian Amali dalam

proforma).

Modul ini juga disertakan aktiviti dan latihan untuk pengukuhan pembelajaran.

Terdapat beberapa aktiviti dan latihan yang disediakan bagi setiap tajuk. Aktiviti dan

latihan tersebut termasuk analisis peranan guru Pendidikan Khas Bermasalah

Pembelajaran bagi matapelajaran Kemahiran Hidup berdasarkan pengalaman pelajar

di sekolah membuat aktiviti amali. Setiap tajuk disertakan latihan bertulis berbentuk

analisis dalam setiap topik yang dipelajari. Setiap ulasan tersebut akan dibimbing

dengan persoalan-persoalan disusuli dengan sumber rujukan yang berkaitan.

Latihan ini harus disiapkan dalam jangkamasa yang ditetapkan. Hasil kerja

pelajar yang telah disiapkan hendaklah dihantar kepada pensyarah secara e-mel atau

bersemuka. Sebagai memantapkan lagi kefahaman setiap tajuk dalam kursus ini, pelajar

dinasihatkan membuat banyak rujukan dan pembacaan. Pelajar juga digalakkan

menghubungi pensyarah untuk mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan dengan

topik-topik yang dipelajari.

AGIHAN TAJUK

Maklumat Agihan Topik-topik Dalam Kursus Proforma Yang Dimodulkan

Dan Yang Memerlukan Interaksi Bersemuka

Kod & Nama Kursus: PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30 jam

interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi

bersemuka atau pembelajaran melalui modul.

(Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma )

Bil. Tajuk/TopikInteraksi

Bersemuka(jam)

Modul(jam)

Jumlah Jam

1 Pengenalan Kepada Kemahiran Asas Untuk berdikari (KAUB). Konsep dan definisi KAUB

- Kemahiran Urus Diri- Kemahiran Pra Vokasional

Kepentingan KAUB kepada murid-murid bermasalah pembelajaran.

Teori-teori pembelajaran KAUB. - Teori Psikososial - Teori Behavioris - Teori Pembelajaran Sosial Kepentingan analisis tugasan dalam KAUB.

6 jam 6 jam

2 Peraturan dan Keselamatan Di Bengkel. Peraturan di bengkel dan bilik kemahi-

ran hidup. Peraturan menggunakan peralatan di bengkel dan bilik kemahiran hidup.

3 jam 3 jam

3 Keusahawanan Pengurusan kewangan. Jenis produk. Pemasaran produk.

3 jam 3 jam

Bil. Tajuk/TopikInteraksi

Bersemuka(jam)

Modul(jam)

Jumlah Jam

4 Persediaan Mengajar Kemahiran Hidup Untuk Berdikari. Kajian sukatan dan huraian sukatan

KAUB.- Kandungan/Kemahiran- Hasil Pembelajaran- Aktiviti

Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian.- Format rancangan- Hasil pembelajaran- Pemilihan aktiviti- Perancangan langkah pengajaran

1. Refleksi

3 jam 3 jam

5 Kemahiran Urus Diri Menghasilkan analisis tugasan aktiviti pengurusan diri. Mengaplikasikanaktiviti pengurusan diri megikut analisis tugasan.

- Kebersihan tubuh badan- Menggunakan tandas- Memakai pakaian- Memakai kasut- Berdandan- Mengurus diri semasa kedatangan

haid

6 jam 6 jam

6 Keselamatan Diri dan Adab Bertatasusila Mengaplikasi aktiviti keselamatan di pelbagai premis.

- Mengenalpasti dan menyenaraikan amalan keselamatan diri.

- Mengenalpasti dan menyenaraikan amalan penggunaan kemudahan awam.

Mengaplikasi aktiviti adab bertatasusila.- Menyenaraikan amalan bertatasusila/adab murid dan orang ramai pelbagai peringkat umur ketika bersosialisasi di pelbagai premis.

6 jam 6 jam

Bil. Tajuk/TopikInteraksi

Bersemuka(jam)

Modul(jam)

Jumlah Jam

7 Pengurusan Rumahtangga Menghasilkan analisis tugasan aktiviti- aktiviti pengurusan rumahtangga. Mengaplikasikan aktiviti pengurusan rumahtangga mengikut analisis

tugasan.- Amalan kebersihan ruang- Amalan kebersihan di dapur- Amalan pemakanan sihat- Pengurusan perkakas/perabut2. Aktiviti mendobi

6 jam 6 jam

8 Kemahiran Memasak Analisis tugasan teknik-teknik

memasak seperti –- merebus- membakar

- memanggang Analisis tugasan kemahiran menyediakan hidangan mudah seperti-

- air minuman (panas & sejuk)- sarapan pagi- makan tengahari- minum petang

Mengaplikasikan analisis tugasn aktiviti-aktiviti menyediakan hidangan mudah.

9 jam 9 jam

9 Kemahiran Jahitan Mengenalpasti alat jahitan dan fungsinya. Menghasilkan prosedur peraturan keselamatan menjahit. Menghasilkan analisis tugasan aktiviti menjahit mengikut jenis jahitan

seperti-- Jahitan asas - Jahitan tangan - Jahitan mesin Menghasilkan projek jahitan

berdasarkan jenis-jenis jahitan.

1 jam 5 jam 6 jam

Bil. Tajuk/TopikInteraksi

Bersemuka(jam)

Modul(jam)

Jumlah Jam

10 Kemahiran Pertukangan Mengenalpasti peralatan pertukangan

dan kegunaannya. Prosedur keselamatan dalam

pertukangan. Menyediakan analisis tugasan untuk

aktiviti pertukangan. Menghasilkan projek pertukangan.

6 jam 6 jam

11 Kemahiran Berkebun Mengenalpasti peralatan untuk aktiviti

berkebun. Prosedur keselamatan penggunaan

alatan untuk berkebun. Menyediakan analisis tugasan

kemahiran aktiviti berkebun. Mengaplikasikan kemahiran berkebun- - pemilihan tapak - proses menanam - proses penjagaan tanaman - penjagaan tanaman dan tapak tanaman

1 jam 5 jam 6 jam

12 Kemahiran Memelihara Haiwan Mengenalpasti peralatan memelihara

haiwan. Menyediakan analisis tugasan

kemahiran memelihara haiwan. Mengaplikasikan kemahiran

memelihara haiwan.

1 jam 5 jam 6 jam

13 Pengajaran Mikro Pelaksanaan rancangan pengajaran

harian- individu- kelas- berpasangan

3. pelbagai keupayaan

9 jam 9 jam

JUMLAH60 jam 15 jam

Kemahiran Jahitan

TAJUK 1 KEMAHIRAN JAHITAN

1.0. SINOPSIS

Tajuk ini akan memberi tumpuan kepada aspek-aspek alatan jahitan dan jenis-

jenis jahitan. Disamping itu satu projek menghasilkan artikel jahitan akan

dilaksanakan.

1.1. HASIL PEMBELAJARAN

Mengenal pasti alatan jahitan dan kefungsian

Melaksanakan dan menilai aktiviti jahitan yang bersesuaian dengan

keperluan dan keupayaan murid pendidikan khas.

Merancang aktiviti jahitan untuk menghasilkan aktikel bagi kegunaan harian

dan kerjaya.

1.2. KERANGKA TAJUK-TAJUK

1.3. Pengenalan Murid-murid pendidikan khas adalah kanak-kanak yang memerlukan pendekatan

yang berbeza mengikut ketidakupayaan dan kebolehan mereka. Ini bagi

memastikan mereka dapat mengikuti dan mampu mengikuti aktiviti-aktiviti yang

disediakan untuk mereka. Di masa lalu murid -murid yang kurang kemampuan ini

atau bermasaalah fizikal hanya memerhati kawan-kawan seusia dengannya

melaksanakan aktiviti-aktiviti jahitan. Mereka hanya melihat kawan-kawan

menikmati keseronokan dalam aktiviti jahitan. Semua kanak-kanak mempunyai

naluri ingin tahu dan bersemangat untuk mencuba. Justeru itu dengan strategi

Alatan jahitan dan

Aktiviti menjahit

Menghasilkan

pengajaran yang bersesuaian dengan mereka , kanak-kanak ini dapat

melakukan proses menjahit mengikut potensi dan keupayaan mereka.

Aktiviti fizikal yang melibatkan pergerakan otot dan moto halus dan kasar

dapat memberi sumbangan besar kepada individu yang mengalami rencatan

akal dan fizikal. Ini adalah kerana aktiviti dapat dapat meningkatkan aspek

kehidupan mereka.

1.4. Alatan Jahitan

Untuk mencapai kejayaan dan kepuasan dalam jahitan, anda hendaklah mendapat

alatan yang sesuai dan betul. Anda juga mestilah menggunakan dan menyimpannya

dengan baik. Mulakan jahitan dengan sempurna dan berkerja dengan kemas dan

teratur. Simpankan alatan ditempat yang sesuai dan selamat.

Alatan-alatan yang diperlukan untuk jahitan asas.

JENIS ALATAN RUPA DAN KEGUNAAN PENJAGAAN

Gunting kain 2 20cm panjang. Sebelah mata bulat, sebelah mata runcing.

3 Digunakan untuk mengunting kain.

1. Elak daripada jatuh.

2. Minyakkan sendi-sendi.

3. Simpan dalam sarung

Gunting Trimmin 1. 12cm panjang. Kedua belah mata runcing.

2. Digunakan untuk mengunting kelim, benang dan lengkung bulat.

Sama seperti penjagaan gunting kain

Gunting Bergerigi 1. 10-16cm panjang. Mempunyai tepi yang bergerigi.

2. Digunakan untuk mengemaskan tepi kainsupaya tidak berbulu.

Sama seperti penjagaan gunting kain

Pita Ukur 1. 150cm panjang. Diperbuat daripada kanvas atau plastik. Kedua-dua pangkal berlogam. Mempunyai nombor dan tanda jelas pada kedua-dua belah pita ukur.

2. Digunakan untuk

Gulung longgar-longgar dengan nombor kecil diluar.Jangan tarik bila menggunakannya.

mengukur bahagian yang hendak digunting atau dijahit.

Jarum peniti 1. Halus, panjang dan tajam.2. Digunakan untuk

melekatkan kelim dan menandakan kedudukan sementara.

3. Untuk menyemat kepingan fabrik sebelum dijahit.

Simpan penilti dalam kotak beralas dengan kertas penyerap supaya peniti kering dan tidak berkarat.Semasa digunakan cucuk di kusion peniti

Jarum Tangan 1. Tirus dan tajam. No. 7-92. Digunakan untuk menjahit

semua jahitan tangan pada fabrik.

Sama seperti penjagaan jarum peniti.

Benang Jahit 1. Berbagai warna mengikut fabrik yang hendak dijahit.

2. Digunakan untuk jahitan tangan dan jahitan mesin.

Lilitkan benang dan selitkan hujungnya supaya tidak tersimpul.

Benang Sulam Berbagai warna mengikut warna fabrik dan jahitan hiasan yang hendak dibuat.

Sama seperi benang jahit.

Aktiviti-aktiviti jahitan yang di atas bukanlah boleh dilaksanakan kepada kanak-kanak

bermasalah pembelajaran. Mereka boleh memanfaatkan aktiviti-aktiviti dengan

sekurang-kurangnya mengenali alatan jahitan dan mengetahui cara-cara memegang

dan menggunakan alatan tersebut dengan selamat. Perkara yang penting yang perlu

diambil adalah penyertaan dan pengubahsuaian bagi jenis aktiviti yang dijalankan.

Rangkakan langkah-langkah keselamatan penggunaan alatan jahitan di atas semasa menjalankan aktiviti jahitan bersama kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

1.5. Jenis jahitan.

Tajuk ini meliputi jenis-jenis jahitan asas dan jahitan hiasan disamping cara menjahit

yang betul. Aktiviti-aktiviti jahitan asas dan hiasan yang bersesuaian serta diubahsuai

boleh dijalankan dikelas bermasalah pembelajaran.

JAHITAN

Jahitan Asas

Jahitan Hiasan

Rajah 1.1 : Jenis-jenis jahitan

1.5.1. Jahitan Asas

Terdapat beberapa jenis jahitan asas yang boleh dipratikkan dan dilaksanakan kepada

kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara jenis-jenis jahitan asas ialah :

Rajah 1.2. Jenis-jenis jahitan asas

i). Jahitan Kia

Jahitan kia digunakan untuk memulakan sesuatu jahitan atau mematikan jahitan tangan.

Ia kukuh, rapat dan kelihatan seperti jahitan mesin. Jahitan kia juga boleh digunakan

untuk menjahit kelim yang meretas.

Langkah menjahit jahitan kia: (Lihat Rajah 1.3 dan 1.4)

Jahit dari kanan ke kiri

Mula dari A ke B

Jarak 2 mm

Cucuk jarum sekali lagi pada A

Keluarkan pada B

JAHITAN ASAS

Jahitan

Jahitan

Jahitan

Jahitan Kia

Jahitan

Rajah 1.3 Langkah menjahit jahitan kia

Rajah 1.4 Langkah menjahit jahitan kia

Jahit semula dari A (Lihat Rajah 1.5)

Keluarkan pada C

Jarak 4 mm

Jahit hingga hujung

Matikan dengan jahitan kia (2 Kali)

Rajah 1.5 Langkah menjahit jahitan kia

ii) Jahitan Jelujur Kasar

Jahitan Jelujur kasar merupakan jahitan sementara sebelum jahitan kekal dibuat. Ia juga

digunakan untuk menetapkan kelim di kedudukan dan senang dicabut.

Langkah-langkah menjahit jelujur kasar: (Lihat rajah 1.6 dan 1.7)

Jahit dari kanan ke kiri

Mula dari A ke B

Jarak 1 cm

Jahit sampai hujung

Matikan dengan jahitan kia

Rajah 1.6 Langkah menjahit jahitan Jelujur kasar

Rajah 1.7 Langkah menjahit jahitan Jelujur kasar

iii) Jahitan Jelujur halus

Jahitan jelujur halus digunakan untuk membaiki kelepet meretas. Jahitan jelujur halus

juga boleh menggantikan mata jahitan mesin. Ia juga boleh dijadikan perhiasan pada

artikel.

Langkah-langkah menjahit jahitan jelujur halus: (Lihat rajah 1.8)

Jahit dari kanan ke kiri

Mula dengan jahitan kia

Jarak 3-5 mm

Jahit hingga hujung

Matikan dengan jahitan kia

Rajah 1.8 Langkah menjahit jahitan Jelujur halus

v). Jahitan sembat

Jahitan sembat halus, rapat dan kukuh serta boleh dilihat dari sebelah luar pakaian. Ia

digunakan untuk menetapkan dan mengemaskan kelim/kelepet.

Langkah-langkah menjahit jahitan sembat: (Lihat rajah 1.9)

Jahit dari kanan ke kiri

Masuk jarum dari A ke B

Jarum kena condong

Matikan Jahitan Dengan Jahitan Kia

Rajah 1.9 Langkah menjahit jahitan sembat

v) Jahitan sempat susup

Jahitan sempat susup ini sangat kemas dan hampir tidak kelihatan tetapi tidak begitu

kukuh seperti jahitan sempat. Ia digunakan untuk mengekalkan kelepet skirt, blaus,

lengan dan lapik-lapik di lubang lengan dan garis leher.

Langkah-langkah menjahit jahitan sempat susup:

Jahit dari kanan ke kiri

Masuk jarum dari A ke B

Jarum kena condong

Matikan Jahitan Dengan Jahitan Kia

Rajah 1.10 Langkah menjahit jahitan sembat susup

Membuat buku skrap jenis-jenis jahitan asas yang tersenarai diatas.

1.5.2. Jahitan Hiasan

i) Jahit Silang Pangkah

Jahitan ini digunakan untuk menjadikan, lapik dan mengemaskan pita zip. Ia juga boleh

digunakan sebagai jahitan hiasan.

Langkah-langkah menjahit silangkah pangkah. (Lihat rajah 1.11 dan 1.12)

Jahit dari kiri ke kanan

Masuk jarum dari A ke B dengan jarak 1mm

Masuk jarum pada C dan keluarkan pada D dengan jarak 1mm

Akhir jahitan dengan jahitan kia

Rajah 1.11 Langkah menjahit jahitan Silang Pangkah

Rajah 1.12 Langkah menjahit jahitan Silang Pangkah

ii) Jahitan Lilit Ubi

Jahitan ini digunakan untuk mengemaskan guntingan tepi fabrik. Ia juga digunakan

untuk menjahit butang katup, cangkuk dan palang.

Langkah-langkah menjahit jahitan lilit ubi: (Lihat rajah 1.13 dan 1.14)

Jahit dari kanan ke kiri

Tinggal 1 cm benang diantara 2 lipatan

Cucuk jarum dari A ke B

Akhir jahitan dengan jahit ke kanan semula dengan jahitan lilit ubi

Rajah 1.13 Langkah menjahit jahitan Lilit Ubi

Rajah 1.14 Langkah menjahit jahitan Lilit Ubi

iii) Jahitan Insang Pari.

Jahitan ini digunakan untuk mengemas guntingan tepi fabrik dan jahitan lubang butang.

Langkah-langkah menjahit jahitan insang pari: (Lihat rajah 1.15 dan 1.16)

Jahit dari kiri ke kanan

Mula dengan jelujur halus menegak pada A

Cucuk jarum pada B dan hala ke arah penjahit

Tarik benang ke arah penjahit

Matikan jahitan dengan jelujur halus di sebelah kanan

Rajah 1.15 Langkah menjahit jahitan Insang Pari

Rajah 1.16 Langkah menjahit jahitan Insang Pari

Buatkan hiasan sehalai alas meja, sarung bantal artikal mudah berasaskan fabrik dengan menggunakan sekurang-kurangnya 6 jenis jahitan asas dan jahitan hiasan.

TAJUK 2 KEMAHIRAN BERKEBUN

2.0 SINOPSIS

Topik kemahiran berkebun memberi pendedahan tentang amalan perkebunan yang

memberi penerangan mengenai perkakas atau peralatan yang digunakan, langkah-

langkah keselamatan yang perlu diikuti semasa menjalankan aktiviti berkebun,

mengetahui jenis-jenis tanaman yang sesuai ditanam serta mengetahui aspek berkebun

secara keseluruhan seperti pemilihan tapak yang sesuai, proses menanam dan

penjagaan tanaman serta tapak tanaman. Pendedahan juga diberikan mengenai

kaedah-kaedah tanaman serta penjagaan yang memastikan tanaman tumbuh dengan

baik dan sempurna. Kandungan topik kemahiran berkebun ini juga meliputi tanaman

hiasan dan sayur-sayuran.

Kemahiran Berkebun

Perkakas dan peralatan perkebunanProsedur keselamatan penggunaan alatanJenis tanaman Penjagaan tanaman dan tapak tanaman

2.1 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini anda seharusnya dapat

1. Menguasai pengetahuan dan kemahiran asas bidang perkebunan.

2. Menerangkan perkakas serta peralatan berkebun kepada murid-murid

pendidikan khas bermasalah pembelajaran.

3. Menerangkan langkah-langkah keselamatan semasa menjalankan

aktiviti berkebun kepada murid-murid pendidikan khas bermasalah

pembelajaran.

4. Mempraktikkan tanaman hiasan dan sayur-sayuran kepada murid

bermasalah pembelajaran.

5. Menjelaskan kaedah penjagaan tanaman kepada murid pendidikan

khas bermasalah pembelajaran.

2.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

2.3 Pengenalan

Apakah perasaan anda apabila melihat pemandangan dengan kehijauan tanaman

seluas mata memandang? Bagaimana pula perasaan anda apabila rumah anda

dikelilingi oleh rimbunan pohon hijau yang menyegarkan? Berkebun merupakan satu

aktiviti yang dapat menyihatkan tubuh badan selain dari membekalkan sumber sayuran

segar yang boleh dijadikan makanan pada setiap hari. Namun begitu, berkebun

bukanlah suatu aktiviti yang mudah dilaksanakan tanpa ada pengetahuan dan

kemahiran yang berkaitan.

Kepada murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang mempunyai

pelbagai tahap kemampuan, aktiviti berkebun merupakan satu kemahiran yang sukar.

Guru memainkan peranan yang sangat penting untuk memberi pendedahan mengenai

kemahiran-kemahiran perlu dikuasai dengan langkah-langkah pengajaran dan

pembelajaran yang mudah dan teratur. Mereka perlu diberi peluang mengikut

keupayaan masing-masing untuk menguasai kemahiran ini bagi membolehkan mereka

melalui proses pertumbuhan dan perkembangan diri disamping membina keyakinan dan

imej diri yang positif.

Oleh itu, selain murid-murid, guru juga perlu menguasai kemahiran berkebun dengan

menimba pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya untuk membimbing murid-

murid menjalankan aktiviti yang berfaedah ini.

2.4 Alatan Perkebunan

Mengenalpasti peralatan untuk aktiviti berkebun.

Pelbagai alatan perkebunan perlu digunakan untuk melakukan kerja-kerja

membersihkan tapak, menggembur, menyemai, menanam dan menjaga tanaman

hiasan atau pun sayur-sayuran. Antara peralatan yang biasa digunakan ialah:

Penyi Sekat Seko

Sudip Kereta Serampan

PencakCangkuSarung

Setiap alatan perkebunan mempunyai fungsi atau kegunaan tersendiri. Di bawah ini

dinyatakan fungsi alatan tersebut.

Jenis Alatan Kegunaan

Penyiram Digunakan untuk menyiram tanaman.

Sekater Digunakan untuk memotong dahan kecil tanaman.

Sekop Digunakan untuk menyodok tanah atau menggaul

campuran medium tanaman.

Sudip Tangan Digunakan untuk menggali lubang kecil atau menggembur

tanah.

Serampang Tangan Digunakan untuk menggembur tanah di sekeliling batang

atau di dalam pasu.

Kereta Sorong Digunakan untuk mengangkut tanah atau medium

tanaman serta benih semaian.

Sarung Tangan Dipakai semasa melakukan kerja-kerja perkebunan.

Cangkul Digunakan untuk menggali lubang besar dan dalam.

Pencakar Digunakan untuk membersihkan dan meratakan tanah

selepas digembur.

Pencakar Tangan Digunakan untuk meratakan tanah yang digembur di

kawasan yang kecil.

Latihan

1. Senaraikan 5 mesin dan kegunaannya selain dari peralatan tangan yang digunakan

untuk aktiviti berkebun.

Pencakar

2. Apakah yang dimaksudkan dengan tanaman menggunakan teknik fertigasi dan

senaraikan alatan yang digunakan untuk menanam tanaman menggunakan teknik

tersebut.

2.5 Prosedur Keselamatan Penggunaan Alatan Untuk Berkebun

2.5.1 Keselamatan

Semasa melakukan aktiviti berkebun, murid-murid sentiasa terdedah kepada risiko

kemalangan. Oleh itu sebagai guru, kita perlu mengikuti prosedur atau langkah-langkah

keselamatan bagi memastikan tiada kemalangan atau kecederaan berlaku sepanjang

aktiviti tersebut.

2.5.2 Keselamatan Diri

Beberapa peraturan atau langkah keselamatan perlu diketahui dan diikuti oleh murid

bagi menjamin keselamatan mereka semasa menjalankan aktiviti berkebun. Antara

amalan keselamatan yang boleh diamalkan ialah:

1. Selalu memakai sarung tangan dan kasut atau but yang bersesuaian semasa

berkebun.

2. Semasa membuang batu-batu, tin, kayu api dan sebagainya, lakukan secara

perlahan-lahan agar sesuatu benda yang tersembunyi di sebaliknya dapat

ditanggalkan dengan baik.

3. Sentiasa memeriksa but, sarung tangan dan pakaian sebelum memakainya. Jika

ia telah terbiar dalam tempoh tertentu, goncangkan ia dengan kuat. Anda

mungkin tidak mengetahui apa yang terdapat di dalamnya!

4. Perhatikan jika sesuatu tumbuh-tumbuhan itu jenis yang beracun sebelum

menanamnya di kawasan rumah.

5. Jangan sekali-kali memasukkan jari ke dalam lubang-lubang di dalam tanah.

6 Gunakan peralatan tajam dengan berhati-hati dan diawasi oleh guru.

7. Jauhkan diri dari rakan yang sedang menggunakan alatan yang tajam.

8. Elakkan bermain atau bergurau semasa menjalankan aktiviti berkebun.

2.5.2 Keselamatan Rakan

Biasanya aktiviti berkebun akan dijalankan secara berkumpulan. Semasa menjalankan

aktiviti berkebun pelbagai alatan digunakan oleh murid. Adalah menjadi tanggungjawab

guru untuk memastikan keselamatan semua murid terjamin. Antara langkah

keselamatan yang boleh dijalankan ialah:

1. Jangan menggunakan peralatan tajam berhampiran satu sama lain semasa

berkebun.

2. Jangan bermain atau bergurau dengan rakan semasa menggunakan peralatan

tajam.

3. Jangan menghalakan peralatan tajam ke arah rakan.

4. Pastikan murid tahu fungsi alatan tajam dan bagaimana hendak digunakan.

2.5.3 Keselamatan Alatan

Penjagaan alatan dengan sempurna membolehkan alatan tersebut tahan lama serta

berfungsi dengan baik apabila hendak digunakan. Alatan yang tidak dijaga dengan baik

akan mudah rosak serta mengganggu fungsinya. Antara amalan menjaga alatan supaya

tahan lama ialah:

1. Bersihkan alatan yang digunakan dengan air dan keringkan.

2. Keringkan kasut atau but yang digunakan untuk berkebun. Jika kasut atau but

basah di bagian dalamnya, masukkan gumpalan kain. Selipkan sampai ke

bahagian dalam kasut. Air akan menyerap ke kain tersebut. Kalau perlu, ganti

kain tersebut beberapa kali.

3. Simpan semua peralatan berkebun secara tegak lurus supaya cepat kering.

4. Sapukan sedikit minyak jika perlu untuk mengelakkan berkarat.

5. Sangkut peralatan yang kecil di tempat yang disediakan.

Latihan

1. Amalan menjaga kebersihan memainkan peranan penting dalam menjamin

kesihatan murid dan ketahanan peralatan yang digunakan. Jelaskan amalan

menjaga kebersihan dari aspek kebersihan diri, kebersihan alatan dan kebersihan

kebun semasa menjalankan aktiviti berkebun.

2.6 Jenis Tanaman

2.6.1 Tanaman Hiasan

Tanaman hiasan ialah tanaman yang di tanam di kawasan persekitaran untuk menghiasi

kawasan tersebut. Tanaman hiasan ini di tanam di dalam bekas seperti pasu, atau di

tanam terus di atas tanah.Tanaman hiasan ada yang berbunga dan ada yang tidak

berbunga.

2.6.1.1 Jenis-jenis tanaman hiasan

Ada pelbagai jenis tanaman hiasan yang di tanam sekitar rumah atau bangunan.

Tanaman hiasan berbeza dari segi pokok, bentuk, warna dan jangka masa hayat.

Pokok Naungan –

Pokok Naungan ditanam untuk memberikan teduhan suatu

tempat. Contoh: Pokok Tembusu, Beringin, dan Angsana

Pokok renek –

Pokok renek banyak mempunyai batang dan cabang.

Contoh: Pokok Bunga Raya, Pokok Bunga Kertas dan

Pokok Bunga Ixora.

Pokok palma –

Contoh: Pokok Pinang Raja, Pokok Kelapa Gading dan

Pokok Pingang Manila.

Pokok memanjat / menjalar –

Contoh: Pokok Bunga Kembang Pagi dan Pokok Bunga

Ros Jepun.

Pokok bunga semusim –

Tanaman hiasan ini berbunga sekali sahaja.

Contoh: Pokok Bunga Balong Ayam, Pokok Bunga

Keembung, Pokok Bunga Matahari, Pokok Bunga Butang,

dan Pokok Bunga Zinnia.

Pokok bunga penutup bumi –

Contoh: rumput, Arachis spp

Pokok kaktus –

Contohnya Espestoa Lanata dan Cereus Peruvianus

2.6.2 Sayur-Sayuran

Sayur-sayuran ialah sebahagian dari keperluan utama dalam pengambilan makanan

individu. Ia mengandungi pelbagai nutrien seperti vitamin, garam mineral, protein dan

karbohidrat. Sayur-sayuran boleh dibahagikan kepada empat jenis utama mengikut

bahagian-bahagian makanan.

Jenis sayuran Contoh

Jenis Daun Bayam, sawi bunga, sawi putih, kobis dan kangkung.

Jenis Kekacang Kacang botol/kelisa, kacang buncis, kacang sepat dan

kacang panjang.

Jenis Buah Bendi, cili, kundur, terung, petola, timun dan tomato.

Jenis Akar/Umbisi Halia, lobak putih, lobak merah, ubi keledek, ubi

sengkuang dan keladi.

Mengumpul maklumat.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan tanaman holtikultur ?

2.7 Pengenalan Analisis Tugasan

Analisis tugasan ialah satu proses analisis dan pengajaran secara

berturutan yang mencerakinkan unit pembelajaran kepada kemahiran asas yang

berkaitan untuk mengenal pasti peringkat penguasaan atau pengetahuan atau

kemahiran murid. Kaedah analisis tugasan amat membantu guru dan murid

Pendidikan Khas dalam menjayakan satu proses pengajaran dan pembelajaran.

Pengajaran dan Pembelajaran akan dijalankan mengikuti langkah-langkah

kecil dari perkara yang memecahkan perkara-perkara kompleks menjadi sesuatu

yang lebih ringkas. Hal ini bermaksud murid Pendidikan Khas akan diajar

sesuatu perkara secara langkah dei langkah sehingga mereka menguasai

sesuatu kemahiran sasaran.

Terdapat beberapa kepentingan kaedah analisis tugasan dalam

pengajaran dan pembelajaran murid Pendidikan Khas.

1. Kaedah ini dapat membantu guru untuk merancang dan menyusun atur

sesuatu kemahiran yang hendak diajar. Hal ini kerana guru harus

menyediakan semua arahan, peralatan dan tempat yang sesuai dan betul

supaya murid dapat menjalankan aktiviti analisis tugasan dengan baik.

2. Kaedah analisis tugasan amat membantu murid dalam memahami dan

menjalankan sesuatu aktiviti pembelajaran. Murid dapat melakukan aktiviti

secara berperingkat dan membolehkan mereka menguasai sesuatu tahap

pengajaran atau kemahiran dengan lebih cepat dan berkesan. Perkara ini

juga membantu mereka dalam mengingat dan memahami sesuatu aktiviti

atau kemahiran yang dipelajari untuk jangka masa yang lebih panjang.

3. Kaedah ini juga dapat membantu guru dalam mengenal dan menilai tahap

pencapaian murid Pendidikan Khas di dalam kelasnya. Guru dapat

mengetahui kelemahan dan kelebihan muridnya dengan lebih mudah

melalui kaedah analisis tugasan. Sekiranya murid gagal melakukan

sesuatu aktiviti atau kemahiran dalam satu tahap, guru boleh

merendahkan tahap tersebut kepada tahap yang lebih mudah.

4. Akhir sekali, kaedah analisis tugasan ini juga penting dalam membantu

ibu bapa untuk mendidik dan membantu anak mereka dalam melakukan

sesuatu aktiviti atau kemahiran. Hal ini kerana kaedah ini juga merupakan

salah satu penyediaan intervensi kepada murid-murid Pendidikan Khas

dalam menjalankan pengurusan kemahiran diri dalam kehidupan harian

mereka.

Kesimpulannya, kaedah analisis tugasan merupakan salah satu kaedah

yang berkesan dalam membantu murid-murid Pendidikan Khas untuk memahami

dan menguasai sesuatu kemahiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru memainkan peranan yang penting dalam menganalisiskan tugasan tersebut

supaya bersesuaian dengan tahap murid Pendidikan Khas mereka.

Latihan

1. Sediakan satu perancangan pengajaran kemahiran berkebun berdasarkan

analisis tugasan yang anda pelajari.

Contoh analisis tugasan

PPKI SMK ABCDE

Analisis Tugasan 1

Nama Murid : ……………………………………………. Tahun :

……………………………….

Kemahiran: Cara menggunakan cangkul dengan cara yang betul

Bil. Aktiviti Tarikh Mula

Tarikh Semak

Tarikh Mula

Tarikh Semak

Catatan

1 Pergi ke kawasan kebun.

2 Mengenalkan cangkul

3 Mengenalkan fungsi

cangkul.

4 Mengenal bahagian

cangkul.

5 Memegang cangkul

dengan cara yang betul.

6 Mencangkul tanah

dengan bimbingan guru.

7 Mencangkul tanah tanpa

bimbingan guru.

8 Membersihkan cangkul.

9 Menyimpan cangkul di

tempat yang selamat.

Disediakan oleh :

……………………………….

( )

2.8 Menanam Tanaman

2.8.1 Medium Tanaman

Langkah Penyediaan Medium Semaian

1. Sediakan alatan tangan dan bahan untuk membuat campuran medium semaian.

2. Tapis bahan untuk mengasingkan batu dan ketulan tanah.

3. Gunakan baldi kecil untuk menyukat bahan mengikutn nisbah, 2 bahagian tanah

loam,1 bahagian bahan organik,1 bahagian pasir sungai

4. Campurkan dan gaulkan bahan tersebut semula.

5. Masukkan medium ke dalam bekas semaian dan ratakannya.

Langkah Penyediaan Medium Penanaman

1. Sediakan ketiga-tiga bahan medium penanaman dan tapis bahan tersebut

secara berasingan.

2. Sukat bahan medium mengikut nisbah 3 ahagian tanah loam, 2 bahagian bahan

organik dan1 bahagian pasir sungai secara berasingan.

3. Gaul ketiga-tiga bahan medium tersebut.

Langkah menyemai biji benih (kasar)

1. Dengan menggunakan sudip tangan, isikan medium semaian ke dalam bekas

semaian sehingga 2.5 cm dari bibir bekas semaian.

DBS : Dengan bantuan

2. Campurkan dan gaul biji benih dengan pasir halus mengikut nisbah1 bahagian

biji benih dengan 5 bahagian pasir halus.

3. Tabur campuran biji benih dan pasir halus di atas permukaan medium semaian

dengan rata.

4. Tabur sedikit medium untuk menutup campuran biji benih.

5. Siram semaian. Pastikan semaian diletakkan di tempat yang teduh. Labelkan

jenis pokok dan tarikh semaian.

Langkah menyemai biji benih (halus)

1. Buat barisan lurus di permukaan medium dengan jarak 10 cm antara satu sama

lain.

2. Tandakan titik penanaman dan buat lubang dengan menggunakan sebatang

kayu kecil.

3. Masukkan satu biji benih ke dalam setiap lubang.

4. Tutup lubang biji benih dengan campuran medium.

5. Siram semaian. Pastikan semaian berada di tempat yang teduh. Labelkan

jenis pokok dan tarikh semaian.

Langkah penyediaan bekas penanaman

1. Pilih pasu yang mempunyai dua atau tiga lubang saliran di bahagian bawahnya.

2. Jika menggunakan pasu tanah liat yang baru, rendamkannya di dalam air

semalaman supaya air dapat meresap ke rongga halus pasu. Cara ini

menggelakkan pasu menyerap air daripada medium.

Sekiranya, menggunakan bekas terpakai, cuci bekas terpakai untuk

mengeluarkan kotoran yang terlekat padanya.

3. Tutup lubang saliran dengan menggunakan batu-batu kecil atau pecahan pasu

untuk mengelakkan medium daripada terkeluar bersama-sama air siraman.

Langkah mengubah anak pokok

1. Lembapkan medium di dalam bekas semaian beberapa jam sebelum mengubah

anak pokok.

2. Masukkan medium ke dalam pasu penananaman seingga memenuhitiga

perempat bahagian pasu.

3. Buat lubang di tengah-tengah medium di dalam pasu dengan menggunakan

sudip tangan.

4. Ubah anak pokok dari bekas semaian.

5. Masukkan anak pokok ke dalam lubang medium. Tambahkan medium sehingga

2.5 cm dari bibir pasu.

6. Padatkan permukaan medium dengan tangan.

7. Siram anak pokok yang baru dipindahkan sehingga medium lemap dan

letakannya di tempat lindungan selam beberapa hari.

8. Setelah beberapa hari di bawah tempat lindungan, dedahkan anak pokok

tersebut secara beransur-ansur kepada cahaya matahari.

Langkah membina batas.

1. Tanah digemburkan.Buat batas setinggi 15 cm hingga 20cm. Panjang batas

bergantung pada bentuk yang telah ditetapkan.

2. Tabur dan gaul baja kompos atau baja organik di atas batas.

Langkah menanam anak pokok di atas batas.

1. Buat lubang di permukaan batas dengan menggunakan sudip tangan.

2. Ubah anak pokok dari bekas semaian dengan menggunakan sudip tangan.

Kemudian masukkan anak pokok ke dalam lubang. Padatkan tanah dengan

tangan.

3. Siram anak pokok.

4. Gunakan daun lalang atau pelepah kelapa atau jaring untuk melindungi anak

pokok daripada pancaran matahari. Labelkan batas anak pokok tersebut.

2.8.2 Pemilihan Tapak dan Tempat Tanaman

Terdapat faktor yang mempengaruhi pemilihan tapak pertanian antaranya termasuklah:

1. Berhampiran dengan bandaraya atau pekan bagi memudahkan proses

pemasaran.

2. Berhampiran dengan sumber air bagi memudahkan penyiraman dan mencuci

sebelum pasaran dilakukan.

3. Di kawasan yang luas dan lapang supaya cahaya matahari terkena terus kepada

tanaman bagi tujuan fotosentisis dan akar pokok tidak bersaing untuk

mendapatkan air dan nutrien.

4. Mempunyai kemudahan infrastruktur.

5. Mempunyai tanah yang rata supaya mudah pengurusan. Teres digunakan jika

tanah bercerun.

6. Jauh dari kawasan yang berpotensi untuk pembiakan agen perosak dan

penyakit.

7. Berdekatan dengan rumah bagi memudahkan pengurusan dan mengelakan

kecurian

Penyediaan Tapak

Tanah di Malaysia sering mengalami suhu tinggi dan hujan lebat. Oleh iitu pemuliharaan

tanah perlu untuk kesuburan tanah. Kesuburan tanah adalah satu konsep umum dan

ditakrifkan sebagai keupayaan sesuatu tanah untuk menampung pengeluaran hasil

tanaman yang memuaskan. Tanah akan terjejas jika mempunyai sifat seperti berikut:

1. Kandungan nutrien yang rendah

Kawasan tropika sering mengalami kadar proses luluhawa dan larut resap

menyebabkan kandudngan nutrien tanah tidak mencukupi.

2. Keadaan tanah berasid

Tanah asid sulfat dan tanah gambut ialah dua jenis tanah yang bermasalah di

Malaysia kerana pH yang lebih rendah. Tanah asid sulfat kurang subur dan

tanaman yang ditanam di tanah ini biasanya mengalami ketoksidan aluminium,

ferum dan mangan. Tanah gambut bermasalah kerana kekurangan beberapa

mikronutrien seperti kuprum, mangan, zink, ferum, molibdenum dan boron.

3. Tanah berlempung

Mengandungi tanah liat yang tinggi. Tanah ini menjadi lekit apabila basah dan

berketul bila kering. Kadar saliran dan kadar peresapan air sangat rendah.

4. Tanah berpasir

Tanah berpasir seperti tanah bekas lombong dan tanah Bris mengalami

saliran lampau sehingga kandungan air tidak mencukupi untuk keperluan

tanaman.Tanah ini tidak mempunyai struktur yang boleh memegang tumbuhan

dan kurang daya penahan air dan pH tanah jenis ini adalah antara 4.3 hingga

5.8.

Secara umumnya tanah untuk sayuran hendaklah mengandungi tanah peroi,

mempunyai saliran yang baik, menyimpan nutrient, kelembapan yang sederhana dan

tidak terlalu berasid.

Penyediaan batas

Kawasan pertanian yang dipilih perlu disediakan untuk tujuan penanaman sayur-

sayuran seperti :

1. Membuang rumpai dan batu batan

2. Membakar rumpai bagi mengelakkan serangga perosak dan penyakit membiak.

Abunya boleh digunakan sebagai baja. Rumput yang kering pula boleh

digunakan sebagai sungkupan.

3. Gali dan terbalikkan tanah sedalam 25-30 cm bagi tujuan menggembur tanah,

membunuh haiwan perosak dan akar-akar rumpai.

4. Gemburkan tanah kepada gemburan yang lebih halus bagi memperbaiki saliran

dan pengudaraan tanah.

5. Bina batas samada batas rata dengan ketinggian 15 – 25 cm atau batas tunggal

berketinggian 20 – 25 cm.

2.8.3 Sungkupan

Sungkupan bermakna penutupan batas dengan bahan-bahan yang sesuai seperti

rumput yang dipotong, daun, pelepah dan kompos. Lapisan sungkupan mestilah jangan

terlalu tebal sebab ia akan mengelakkan anak benih dari bercambah dan menggalakkan

haiwan perosak dan penyakit.

Sebab-sebab sungkupan diperlukan adalah untuk:

1. Mengurangkan suhu tanah

Suhu tanah yang tinggi menyebabkan sejatan yang keterlaluan dan juga

membunuh hidupan tanah yang berguna.

2. Menjaga tanah supaya sentiasa lembab

Air yang dipelihara akan didapati oleh anak benih dan hidupan tanah.

3. Mengelakkan tanah daripada terlalu keras dan padat

Tumbesaran akar adalah sukar dan hidupan tanah mendapati sukar untuk hidup

di dalam tanah yang keras dan padat.

4. Mengelakkan tumbesaran rumpai

5. Mengelakkan hujan lebat dari menghakis tanah atau menghanyutkan biji benih

atau anak benih.

6. Bertindak sebagai baja organan apabila ia reput.

2.8.4 Pemilihan biji benih

Pemilihan biji benih perlu dilakukan dengan sempurna dan teliti bagi menjamin kadar

percambahan dan pertumbuhan anak benih yang sihat seterusnya membawa pulangan

yang tinggi.

Ciri-ciri biji benih yang baik ialah:

1. Besar dan berisi penuh supaya anak benih sihat.

2. Cukup matang dan bernas supaya kadar percambahan tinggi.

3. Bebas dari haiwan perosak dan penyakit agar peratus percambahan menjadi

tinggi.

4. Tidak rosak atau cacat.

Kaedah penyimpanan biji benih sayur-sayuran

1. Keringkan biji benih supaya tidak bercambah dan tidak diserang penyakit.

2. Simpan di dalam bekas kedap udara bagi mengelakkan serangan haiwan

perosak.

3. Labelkan biji benih supaya mudah dikenali.

4. Simpan ditempat yang kering dan sejuk bagi mengelakkan kerosakan.

5. Gaulkan racun serangga dan racun kulat bagi mengelakkan

Penyemaian biji benih

Cara menyemai biji benih adalah bergantung kepada saiznya. Terdapat beberapa cara

penyemaian:

1. Semaian terus biji benih besar

Semaian terus secara tetap pada jarak yang tertentu.

Sebelum menyemai biji benih peraturan berikut perlu di patuhi :

Rendamkan biji benih seharian untuk mempercepatkan percambahan

Tanam sebiji atau dua biji selubang

Selepas bercambah, lakukan penjarangan.

2. Semaian terus biji benih kecil

Menyemai sayuran berbiji benih kecil seperti jenis daun, cili tomato, terus dan

lain-lain boleh menggunakan dua cara:

3. Semaian terus ke batas tetap.

Kaedah alur –

- buat alur yang cetek dengan jarak tertentu

- tabur sedikit ke alur dan timbuskan sedikit dengan tanah.

- beri perlindungan (sungkupan) dan air.

Selepas percambahan, jarangkan anak benih dan tinggalkan pokok pada jarak

tertentu.

4. Semaian biji benih halus di dalam kotak semaian

Kebaikan menyemai di dalam kotak semaian semaian

- penjagaan anak benih lebih mudah

- anak benih yang sihat boleh dipilih untuk diubah ke batas tetap. Ini

memastikan hasil yang bertambah.

- anak benih yang sama saiz boleh dipilih dan akan memberi tumbesaran

yang sama.

- pokok yang rosak dibatas tetap mudah diganti dari kotak semaian.

5. Menyemai cara semai tabur

Teknik menyemai secara semai tabur adalah seperti berikut,

- tabur biji benih atas batas dan timbus dengan lapisan tanah yang nipis.

- beri perlindungan (sungkupan) dan air.

- selepas percambahan, jarangkan anak benih dan tinggalkan pokok pada

jarak tertentu.

2.8.5 Penjarangan

Satu proses pembuangan anak benih / pokok yang tumbuh terlalu rapat di antara satu

sama lain. Sebab-sebab penjarangan adalah untuk mengurangkan anak benih/ pokok

bersaing untuk mendapatkan cahaya, air dan nutrien. Disamping itu untuk menentukan

tumbesaran yang sekata dan hasil yang tinggi.

Penjarangan dilakukan dengan mencabut pokok atau memotong batang dengan pisau

yang tajam.

2.8.6 Menyulam

Satu proses mengubah anak benih di bahagian yang terlalu jarang di antara anak

pokok. Sekiranya anak pokok terlalu jarang di batas atau tapak penanaman, akan

berlaku pembaziran tempat dan akan merendahkan pengeluaran hasil serta kos akan

meningkat.

Adakalanya terdapat juga anak benih yang tidak bercambah, mati, diserang perosak,

terbantut tumbesaran atau tidak sihat, anak benih ini perlu dibuang dan diganti. Proses

ini dinamakan Penyulaman Anak Benih.

2.8.7 Penanaman

Penanaman adalah penting bagi mengurangkan persaingan dan juga untuk

memudahkan kerja penjagaan. Berikut adalah beberapa sistem yang biasa diigunakan

dalam penanaman sayuran.

2.8.8 Mengubah

Proses menanam semula anak benih/pokok ke tempat yang lain. Biasanya anak benih

dari batas semaian diubah ke batas tetap. Teknik mengubah anak benih adalah seperti

berikut ;

- Segarkan anak benih sebelum diubah

- Lakukan waktu pagi atau petang

- Siram batas semaian untuk lembutkan tanah dan untuk mengelakkan dari tanah

pecah semasa mengubah.

- Dengan menggunakan sudip, cungkil tiap-tiap anak benih dengan ketul tanah di

sekeliling akar.

- Mesti dilakukan dengan cermat untuk mengurangkan kerosakan akar.

- Tanam anak benih di batas tetap pada jarak yang disyorkan.

- Tekan tanah disekeliling anak benih padat-padat supaya akar dapat pegangan

yang kuat.

- Bekalkan perlindungan dan air.

- Buangkan perlindungan sedikit demi sedikit selepas beberapa hari

2.8.9 Naungan

Naungan perlu diberikan kepada anak benih muda atau baru diubah untuk

mengurangkan pancaran cahaya matahari yang terik ke atas anak benih. Cahaya

matahari yang terik mungkin menyebabkan anak benih layu dan mati. Naungan dapat

mengelakkan timpaan hujan yang terus ke atas anak benih muda yang akan merosak

atau menghanyutkan anak benih.

Bahan-bahan biasa yang digunakan untuk naungan ialah

- pelepah kelapa

- lalang/rumput yang dipotong

- kertas plastik dan jaring.

Naungan janganlah terlalu tinggi kerana cahaya matahari yang terik dan air hujan boleh

masuk menerusi tepi naungan. Naungan haruslah sedikit demi sedikit dibuang ketika

anak benih membesar. Ini akan membolehkannya menerima cahaya matahari untuk

membina makanan.

2.8.10 Penjagaan tanaman sayuran

Penjagaan tanaman sayuran meliputi aktiviti berikut:

1. Menyiram

Penyiraman perlu dilakukan dua kali sehari iaitu disebelah pagi dan petang. Penyiraman

penting bagi membantu melarutkan nutrien di dalam tanah untuk diserap oleh akar

pokok. Disamping itu juga air diperlukan oleh tumbuhan untuk kesegahan sel-sel dan

juga untuk kesegaran tumbuhan. Siraman jangan dilakukan terlalu kuat sehingga

merosakkan anak benih dan menghanyutkan tanah. Untuk tujuan itu kita perlu

menggunakan penyiram yang mempunyai lubang siraman yang halus.

2. Merumput

Rumpai adalah semua jenis tumbuhan yang tidak dikehendaki. Merumput adalah untuk

mengelakkan persaingan diantara rumpai dengan sayur-sayuran dalam mendapatkan

nutrien, air, cahaya dan ruang. Merumput juga dapat memusnahkan tempat tinggal dan

tempat pemb

perosak dan agen penyakit. Pengawalan rumpai hendaklah dilakukan semasa

penyediaan tanah dan pada peringkat tumbesaran anak benih sayur-sayuran. Rumpai

kecil boleh dicabut dengan tangan. Rumpai besar atau terlalu banyak boleh dicabut

dengan menggunakan serampang tangan. Tajak boleh digunakan untuk membuang

rumpai di lorong batas. Jika saiz ladang luas, rumpai boleh dikawal secara kimia.

3. Membaja

Sayur-sayur memerlukan makanan atau nutrien untuk tumbesaran yang sihat. Terdapat

tiga jenis nutrien yang utama iaitu nitrogen, fosforus dan kalium (NPK). Kalsium,

magnesium dan sulfur juga diperlukan oleh sayur-sayuran tetapi dalam kuantiti yang

sedikit. Nutrien tanah yang telah berkurangan boleh ditambah dengan cara membaja.

Baja yang boleh digunakan ialah baja organik dan baja kimia.

4. Membuat sokongan

Setiap jenis sayur-sayuran mempunyai tabiat tumbesaran yang berbeza. Ada yang

menjalar, melilit atau mempunyai batang yang lemah. Sayur-sayuran yang memanjat

seperti timun dan kacang panjang memerlukan kayu pancang, sementara sayur-sayuran

yang berbatang lemah memerlukan sokongan untuk menyokong buahnya yang berat.

Tujuan utama memberi sokongan adalah supaya pokok boleh mendapat cahaya

matahari yang secukupnya. Selain itu, ia juga akan memudahkan kerja pengurusan

seperti merumput, membaja, memungut hasil dan mengelakkan buahnya daripada

menjadi kotor kerana terkena tanah.

5. Mengawal Perosak dan penyakit

Haiwan perosak atau hidupan lain yang menyerang sayur-sayuran boleh menjejaskan

mutu sayuran. Di samping itu ia juga boleh membantutkan tumbesarannya. Kebanyakan

perosak sayuran adalah dari kumpulan serangga. Manakala penyakit pula biasanya di

sebabkan oleh kulat dan bakteria. Oleh itu perosak atau agen penyakit ini perlu dikawal

bagi mendapat hasil yang bermutu.

Sayuran yang diserang penyakit selalunya kelihatan melecur ataupun kelihatan daunnya

bertompok-tompok kehitaman. Tanda diserang perosak pula ialah daun yang berlubang

atau tepinya telah di makan ulat. Perosak yang biasa menyerang sayur-sayuran ialah

ulat beluncas, siput babi, kutu daun, kumbang, pianggang, koya, teritip dan bari-bari.

6. Penyakit-penyakit biasa sayur-sayuran

Penyakit yang biasa menyerang sayur-sayuran pula ialah melecur anak benih, bintik

daun dan layu bakteria. Berikut adalah jadual yang menerangkan penyakit-penyakit

yang biasa terdapat pada sayur-sayuran di Malaysia:

Penyakit Agen Simptom

Melecur anak

benih

Kulat Anak benih layu dan mati

Reput akar Kulat atau

bakteria

Pokok layu dan mati

Bintik daun Kulat Daun dengan bintik perang atau hitam

Layu bakteria Bakteria Urat daun menjadi hitam. Pokok akan layu dan

mati

Kulapok Bakteria Daun yang diserang layu dan mati.

Karat batang/

daun atau

lengai

Kulat Tompok kuning/perang daun yang dijangkiti

akan jatuh.

Tugasan

Mengumpul maklumat

Dapatkan maklumat beserta contoh-contoh mengenai pelbagai jenis

tanaman hiasan dari pelbagai sumber. Muatkan hasil yang diperolehi ke

dalam folio anda.

Soalan Tutorial

Jalankan aktiviti menanam sayur-sayuran bersama murid anda.

Senaraikan semua masalah yang anda hadapi sepanjang menjalankan

aktiviti tersebut dari memulakan tanaman sehingga memungut hasil.

Kemahiran Memelihara Haiwan

TAJUK 3 KEMAHIRAN MEMELIHARA HAIWAN

3.0 SINOPSIS

Tajuk ini akan memberi tumpuan kepada aspek-aspek peralatan atau bahan

memelihara haiwan. Ia juga akan menerangkan dan mengaplikasikan kemahiran

memelihara haiwan.

3.1 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Mengenal pasti alatan/bahan memelihara haiwan

ii. Menghasilkan analisis tugasan kemahiran memelihara haiwan

iii. Mengaplikasikan kemahiran memelihara haiwan.

3.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

Alatan/Bahan

Aplikasi kemahiran

Analisis tugasan kemahiran

3.3 Pengenalan

Kemahiran Memelihara Haiwan memberi fokus kepada perkembangan motor kasar,

motor halus dan pengamatan murid. Kemahiran pemeliharaan haiwan ini akan

menyediakan murid pendidikan khas dengan kemahiran asas yang diperlukan dalam

kehidupan harian.

Tanggungjawab melengkapkan murid pendidikan khas dengan kemahiran pemeliharaan

haiwan perlu dipikul oleh guru pendidikan khas. Sebagai guru pendidikan khas perlu

meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam kemahiran pemeliharaan haiwan

bagi memenuhi keperluan individu dengan pelbagai tahap keupayaan ke arah

kehidupan bermakna.

3.4 Jenis-jenis Haiwan

Adakah anda mengetahui jenis-jenis haiwan yang terdapat di Malaysia? Haiwan

dibahagikan dua jenis iaitu:

Rajah 1 Jenis-jenis Haiwan

Jenis-jenis Haiwan

Haiwan Ternakan

Haiwan Liar

3.4.1 Haiwan Ternakan

Haiwan ternakan adalah haiwan yang dipelihara untuk mendapat hasil atau secara

kormesial. Beberapa contoh haiwan ternakan yang biasa didapati dan dilhat disekeliling

kita.

3.4.2 Haiwan Liar

Haiwan liar adalah terdiri daripada haiwan yang hidup bebas di kawasan perhutanan

atau yang jauh daripada kehidupan manusia. Beberapa contoh haiwan liar yang

terdapat di Malaysia.

3.5 Pemeliharaan haiwan.

Pada zaman dahulu telah pun dilaksanakan aktiviti pemeliharaan haiwan yang bertujuan

untuk mendapat daging, susu, bulu dan bahagian lain yang boleh digunakan.

Pemeliharaan haiwan masih dijalankan masakini oleh manusia tetapi ia lebih intensif

dan bersifat komersial.

Kucing LembuIkan

SingaGajah

Dalam konteks ini, kemahiran yang akan diajar kepada murid pendidikan khas berkaitan

dengan pemeliharaan haiwan merupakan satu usaha untuk memberi pengetahuan dan

kemahiran agar mereka dapat mengetahui kaedah-keadah dan teknik-teknik yang boleh

mereka lakukan dalam usaha untuk memelihara haiwan secara kecil-kecilan.

3.5.1 Jenis-jenis haiwan ternakan

Terdapat pelbagai jenis haiwan ternakan di Malaysia. Di antaranya ialah:

Jenis Haiwan Keterangan

Mamalia Terdapat dua kategori:Ternakan – bertujuan untuk mendapatkan daging,

susu, bulu dan kulitnya. Contohnya; kambing, kuda, unta, lembu dan rusa

Haiwan kesayangan – haiwan yang dipelihara sebagai haiwan kesayangan atau hobi saperti kucing, arnab, ikan dan haiwan kesayangan lain.

Burung, Burung yang dipelihara oleh manusia ialah ayam, itik, angsa, puyuh, burung unta, dan lain-lain.

Ikan Terdapat dua lkategori: Ternakan – bertujuan untuk komersial. Contoh:

ikan keli, ikan talapia, ikan pating, ikan jelawat, ikan kelah dan lain-lain

Haiwan kesayangan – Contoh: ikan emas, ikan kelisa dan ikan-ikan hiasan yang lain.

Bagi memenuhi keperluan kemahiran yang boleh murid pendidikan khas kuasai

bersesuaian dengan keupayaan mereka, modul ini akan membincangkan 2 jenis haiwan

ternakan iaitu:

a). Ayam

b). Kucing

3.6 Penternakan Ayam

Menternak ayam adalah satu aktiviti penternakan haiwan yang utama di

Malaysia. Ini adalah kerana permintaan terhadap daging ayam adalah lebih tinggi

daripada daging-daging lembu, kerbau dan kambing. Mungkin harga daging ayam lebih

murah daripada daging-daging yang lain.

3.6.1 Pengenalan

Ayam (Gallus gallus, Gallus gallus domesticus) merupakan sejenis burung

peliharaan yang seringkali diternak bagi telurnya. Ia dipercayai berasal daripada Ayam

Hutan Merah Asia (Asian Red Junglefowl). Ayam merupakan burung paling biasa di

dunia. Dianggarkan terdapat 24 bilion pada tahun 2003, menurut Firefly Encyclopedia of

Birds. Ayam merupakan haiwan maserba. Ia makan hampir apa sahaja, dari bijian ke

daunan dan dari serangga ke tikus. Namun ayam ternakan biasanya diberi makanan

khas seperti bijirin dan sumber protein. Ayam ternakan biasanya tidak dapat terbang

begitu jauh. Ayam merupakan makanan yang sangat digemari dan boleh digoreng untuk

dimakan begitu sahaja ataupun sebagai lauk untuk dimakan bersama nasi.

Pemeliharaan ayam di Malaysia merupakan salah satu industri yang mencapai

ratusan juta ringgit dan salah satu daripada industri pemakanan yang berkembang maju

semenjak akhir tahun 80-an.

Industri ini dapat mengurangkan pergantungan import daging dari luar negara.

Walau bagaimanapun perkembangan dan kemajuan industri ini bergantung sepenuhnya

kepada kaedah dan pengurusan yang menjamin kejayaan satu-satu ladang ternakan.

3.6.2 Habitat

Ayam yang akan diternak samada mengeluarkan hasil telur atau daging, memerlukan

tempat yang sempurna. Dalam konsep ini, bangsal atau reban merupakan tempat yang

digunakan untuk menempatkan ayam-ayam peliharaan.

(a) Reban

Sebelum memulakan proses pemeliharaan ayam, seseorang penternak perlu memilih

lokasi dimana reban itu hendak dibina. Reban dibina di kawasan

berasingan dari kawasan premis- premis bukan

pengeluaran dan dipagar memisahkan antara

keduanya. Kebiasaan reban tidak dibina terlalu

dekat dengan jalan awam yang sering digunakan

oleh kenderaan mengangkut ayam. Reban yang

dibina mempunyai rekabentuk yang lebar, dinding,

lantai dan atap yang tinggi dan diperbuat daripada

bahan yang memberi keselesaan kepada ayam.

Antara ciri-ciri reban yang baik.

◦ Dibina di tempat tinggi untuk membolehkan peredaran udara bersih

yang sempurna.

◦ Mengurangkan tekanan bahan haba.

◦ Tidak tempias dan membasahi bahagian reban apabila hujan.

◦ Mudah untuk menjalankan kerja membersih.

◦ Mempunyai saiz yang sesuai dengan jumlah ayam.

◦ Mempunyai pengaliran yang sempurna.

◦ Tidak bercampur dengan haiwan lain.

◦ Tidak terlalu hampir dengan kawasan perumahan.

◦ Berdekatan dengan pengguna dan pemasaran.

Pembinaan reban ayam dapat dikategorikan kepada dua iaiitu:

Rajah 1.2. Pembinaan Reban

Pembinaan reban seharusnya jauh daripada jalan raya atau jalan yang

digunakan oleh orang ramai terutamanya jalan yang sentiasa digunakan oleh kenderaan

mengangkut ayam. Ini ialah untuk mengelakkan dari jangkitan penyakit dari ayam reban

atau tempat lain yang menggunakan jalan itu.

Reban Ayam

Sistem Lantai Atas

Sistem Lantai

Bagi menjamin pengudaraan yang baik, reban yang besar perlu dilengkapkan

dengan sistem yang dapat membantu mengawal ventilasi dalam reban. Ini dapat

dilakukan dengan melengkapkan reban dengan kipas yang menjamin pengudaraan

sepanjang masa.

Penyakit berjangkit kepada ayam boleh dibawa oleh haiwan liar seperti tikus dan

burung. Risiko dari bahaya penyakit ini perlu diatasi dengan cara membina bangunan

atau reban yang tidak membolehkan binatang-binatang ini mendekati atau memasuki

reban ayam.

Sekiranya terdapat lebih daripada satu reban dalam satu-satu kawasan,

pengudaraannya tidak membolehkan udara dari satu reban bertiup ke reban yang lain.

Sekiranya berlaku. Ianya boleh menyebabkan penyakit boleh merebak melalui udara.

(b) Sangkar

Terdapat juga ayam-ayam ternakan yang dipelihara dalam sangkar, terutama ayam-

ayam yang mengeluarkan hasil telur. Penternak hendaklah memastikan bahawa saiz

dan bentuk sangkar itu akan memberi keselesaan dan menjamin tidak mencederakan

ayam-ayam yang dikurung didalamnya.

3.6.3 Keselamatan dan Kebersihan

Keselamatan dan kebersihan memainkan peranan dalam industri perternakan.

Kedua-dua aspek ini akan menjamin kesihatan haiwan ternakan. Sekiranya haiwan

dapat hidup dengan baik dan pembesaran ternakan berjalan dengan sempurna, dengan

sendirinya mengeluarkan hasil yang baik.

(a) Menjaga Keselamatan

Berikut adalah cara-cara untuk menjaga keselamatan ayam-ayam yang dipelihara:

(i) Ketinggian reban

Ayam-ayam yang dipelihara dalam reban yang mempunyai sistem lantai atas berisiko

tinggi untuk jatuh ke bawah reban. Biasanya ketinggian reban adalah selaras dengan

keperluan untuk membolehkan pekerja-pekerja membersih najis ayam di bawahnya.

(ii) Pelindungan daripada musuh

Reban yang dibina seharusnya mempunyai halangan bagi musuh-musuh ayam

memasuki reban. Oleh itu penternak perlu membina reban yang menghalang daripada

musuh-musuh mendekati dan menganggu atau memakan ayam dalam reban.

Keseluruhan kawasaan ladang perlu dipagar dengan pagar jenis chain-link atau yang

bersesuaian untuk menghalang orang yang tidak berkaitan atau haiwan.

(iii) Pelindungan daripada musuh.

Jalan masuk dan keluar dalam ladang mestilah sehala bertujuan memudahkan

pengawasan orang yang keluar masuk ladang. Tindakan ini boleh mengelakkan

daripada merebaknya daripada penyakit yang mungkin boleh membunuh ayam di dalam

reban.

(b) Menjaga kebersihan

Penternak perlu bertanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran ladang ternakan

ayam. Persekitaran ladang yang tidak bersih memudahkan berlakunya penyakit,

menyebabkan ketidakselesaan kehidupan dan boleh menjejaskan pembesaran ayam.

(i) Pembersihan sampah sarap

Ladang-ladang perlu bebas dari sampah sarap dan ayam mati kerana kuman yang

dibawa oleh punca-punca ini boleh menyebabkan penyakit kepada ayam-ayam. Bahan

kotoran ini perlu di lupuskan dengan segera daan sistematik.

(ii) Penyenggaraan kawasaan sekitar.

Pokok-pokok dan rumput perlu disenggarakan dengan baik supaya pembiakan tikus-

tikus dan burung-burung liar tidak membiak. Ia juga mengelakkan daripada

pemandangan yang tidak menarik.

(iii) Saliran

Kebiasaan ladaang ternakan ayaam memerlukan saliran yang baik. Untuk memastikan

saliran itu berkeadaan baik, penternak perlu sentiasa memeriksa supaya parit itu tidak

tersumbat dan aliran air berjalan baik.

(iv) Pembersihan sistem lantai

Reban ayam yang menggunakan sistem lantai atas atau lantai bawah perlu menjaga

kebersihan lantai tempat ayam itu hidup. Pastikan najis ayam sentiasa dibersihkan dan

dikeluarkan supaya tidak menjadi pembiakan lalat dan serangga lain.

(v) Penyenggaran stor

Stor dan kelengkapan pemeliharaan seperti bekas makanan, bekas minuman sentiasa

disenggaraan dan dijaga kebersihannya dengan baik sepanjang masa.

3.6.4.Pengurusan ternakan dan peralatan

(a) Panduan Pengurusan

Menyediakan panduan pengurusan ladang termasuk kaedah pengurusan ternakan,

pemberian makanan dan air minum, pengurusan reban, vaksinasi, penggunaan dan

penyelenggaraan peralatan, pengurusan kesihatan ternakan dan lain-lain panduan yang

berkaitan. Meletakkan panduan ringkas pengurusan ladang di setiap reban supaya

mudah dilihat dan dirujuk oleh pekerja.

(b) Kawalan dan Jaminan Kualiti

Mengamalkan pengurusan harian, penggunaan dan penyelenggaraan kemudahan serta

peralatan yang dapat mempastikan pertumbuhan dan mutu ayam yang baik,

pengeluaran telur dan mutunya yang baik.. Mengamalkan pengurusan harian,

penyelenggaraan kemudahan serta peralatan yang dapat mempastikan tidak

menyebabkan pencemaran dan gangguan kepada persekitaran serta perebakan

penyakit.

(c) Mengendali Ayam dan Telur

Memungut telur beberapa kali sehari. Menyimpan telur yang bersih berasingan dari

yang kotor dan pecah. Segala peralatan dan kelengkapan yang berkaitan dengan

pengendalian telur dipastikan bersih. Program penyelenggaraan peralatan disediakan.

Bilik menggred dan menyimpan telur sentiasa dipastikan berkeadaan bersih.

Menyimpan telur dengan posisi yang betul di tempat yang bersih, bersuhu rendah dan

ventilasi yang baik.

(d) Makanan

Memperolehi bekalan makanan dari kilang makanan yang menerapkan amalan

pembuatan yang baik (GMP) atau amalan yang diperakukan bersama oleh Jabatan

Perkhidmatan Haiwan. Pemantauan mutu dan kebersihan makan dibuat dari masa

kesemasa. Menyimpan makanan di tempat yang mempunyai ventilasi yang baik yang

tidak mendedahkan makanan mengalami kerosakan mutu atau pertumbuhan

kulat..Menyimpan makanan di tempat yang bersih, kalis tikus dan burung.Tidak

menyimpan bahan-bahan racun di ruang premis yang menyimpan makanan. Makanan

tidak disimpan lama.(tidak lebih dari satu minggu)  Bagi tempat simpanan makanan

yang berlantai simen atau tanah, makanan disimpan di atas alas tinggi lebih kurang

15sm.

(e) Air Minuman

Menggunakan air dari sumber yang bersih atau air yang telah dirawat terlebih dahulu

dengan menggunakan bahan seperti klorin dan lain-lain bahan sanitizer yang diluluskan

oleh kerajaan Mengelakkan air minuman dari dicemari.  AIr minuman disimpan di dalam

bekas yang tertutup dan mudah dicuci. Menggunakan bekas menyimpan air minum

yang tidak mudah berkarat dan tidak diperbuat dari bahan yang boleh menyebabkan

keracunan. Pemantauan kualiti air (pH, kandungan kimia, kuman, logam) dari masa ke

semasa.

3.6.5 Kesihatan Ternakan

(a) Program Kesihatan

Menyediakan dokumen bertulis program kesihatan ladang dan melaksanakannya

dengan betul. Perancangan dan pelaksanaan program kesihatan diawasi oleh

perunding veterinar yang diiktiraf.

(b) Kawalan Penyakit

Memantau status penyakit di ladang secara berjadual. Menyimpan rekod pemantauan

penyakit dengan lengkap, teratur dan kemaskini. Mempastikan ladang bebas dari

penyakit Newcastle, penyakit zoonotic (Highly

Pathogenic Avian Influenza dan Vancomycin Resistant Enterococci) dan penyakit

bawaan makanan (Salmonellosis, E.coli 157, Campylobacter, Lysteria), Mengambil

tindakan kawalan yang segera apabila dikesan berlaku penyakit di dalam ladang.

(d) Ubatan, Racun dan Bahan Kimia

Mengguna, mengendali dan menyimpan ubat, racun dan bahan kimia mengikut kaedah

sebagaimana diarah oleh pengeluarnya.  Dos diguna, tempoh penggunaan dan

persekitaran menyimpannya dipatuhi. Hanya menyimpan ubat pada kuantiti yang

dijangka mencukupi untuk kegunaan sesuatu tempoh masa sebelum tarikh lupusnya.

Mengguna hanya ubat, bahan kimia dan racun dari jenis yang diluluskan oleh kerajaan.

3.6.6 Kawalan makluk perosak dan pencemaran.

(a) Kawalan Tikus

Memantau infestasi tikus dari masa ke semasa dan merekod dengan sempurna.

Mengambil langkah mempastikan indeks infestasi tikus tidak lebih dari 10. Mengambil

langkah kawalan jika infestasi tikus melebihi indeks ini.

(b) Kawalan Lalat

Mengambil langkah-langkah supaya tahap infestasi lalat di ladang di paras minimum.

Program kawalan lalat diwujudkan dan melaksanakannya dengan betul. Memantau

infestasi lalat di semua peringkat pemeliharaan secara berkala dan merekod dengan

lengkap indeks lalat (menggunakan Scuder fly grill) mesti tidak lebih dari 10. Mengambil

langkah kawalan jika indeks infestasi melebihi indeks ini.

(c) Kawalan Bau

Mempastikan langkah-langkah supaya tahap bau di ladang yang terkawal dan tidak

mengganggu kesejahteraan persekitaran pada setiap masa. Mengambil tindakan

sewajarnya dengan segera segala perkara yang boleh menjadi punca bau busuk di

ladang dan persekitaran.

Kawalan Habuk

Mempastikan udara yang disedut keluar dari reban tertutup tidak mencemarkan udara

dan menganggu kawasan persekitaran.

Pencemaran Bunyi

Mempastikan tahap bunyi dari aktiviti perladangan dan kelengkapan yang digunakan

tidak menganggu kesejahteraan awam di sekitar.

Latihan

(a) Dapatkan maklumat lanjut berkenaan ternakan ayam dengan

melayari http://www.jphpkgov.my

(b) Senaraikan penyakit-penyakit yang mudah dijangkiti ayam

dan bagaimanakah mencegahnya.

Latihan

Jelaskan semua perbezaan dan persamaan antara perternakan ayam

telur dan ayam daging.

3.7 Pemeliharaan Kucing

Memiliki binatang peliharaan adalah sesuatu yang sangat menyenangkan. Seolah-

olah seperti menerima anggota keluarga baru yang lucu dan mampu menghibur kita

dikala kita tertekan dan stress dengan aktiviti seharian. Kucing sudah sekian lama

dijadikan companion animal, binatang yang sudah diterima sebagai anggota

masyarakat dan anggota keluarga. Kemanjaannya, ekspresinya, tingkah lakunya

mampu menghibur manusia dan membuatnya sebagai makhluk yang dicintai dan

disayangi manusia.

Kucing memiliki berbagai tingkatan status dalam hubungannya dengan manusia.

Bermula sebagai status binatang pengganggu, binatang yang dijualbeli, sebagai alat

pengusir tikus, sebagai badut di rumah atau sebahagian anggota keluarga yang dicintai.

Komitmen manusia dalam memelihara dan merawat kucing tidak terlepas bagaimana

manusia tersebut memandang interaksi kucing dalam kehidupannya. Kucing yang

beruntung adalah kucing yang diterima dan disayangi sebagai anggota keluarga. Dalam

hal ini tidak hanya kucingnya yang beruntung tetapi juga manusianya.

Kucing adalah haiwan yang melucukan, comel, menyenangkan dan menghiburkan.

Namun mereka memerlukan perhatian yang rapi , terutama dari segi kebersihan,

kesihatan, pemakanan dan sebagainya. Jika anda adalah salah satu penggemar kucing

dan ingin memelihara kucing sebagai binatang peliharaan anda, maklumat di bawah

dapat membantu anda mendapatkan pengetahuan tentang pemeliharaan haiwan ini.

3.7.1 Tujuan Pemeliharaan

Terdapat beberapa tujuan memelihara kucing, antaranya ialah

1. Sebagai hobi

2. Sebagai teman kepada manusia

3. Untuk tujuan pembiakan

4. Untuk pertandingan dan pertunjukan

5. Sebagai terapi

6. Memupuk dan berkongsi minat dan rasa kasih terhadap haiwan peliharaan

kesayangan iaitu kucing.

7. Membuat kebajikan dan memberi perlindungan terhadap kucing-kucing yang

terbiar melalui pembelaan tempat tinggal, kesihatan dan makan minum.

8. Memberi kesedaran, mendidik, pendedahan, pengetahuan, bimbingan kepada

masyarakat mengenai penjagaan sebenar haiwan kesayangan iaitu kucing.

9. Menjadikan kucing sebagai sumber dan model pengikat kasih sayang

kekeluargaan dikalangan masyarakat melalui perkongsian hobi yang sama

iaitu memelihara kucing.

3.7.2 Pemilihan kucing peliharaan

Sebelum memelihara kucing, anda perlu membuat pemilihan tentang beberapa

aspek penting bagi menentukan kucing yang dipelihara nanti tidak mendatangkan

masalah kepada murid bermasalah pembelajaran.

1. Memilih watak kucing          

    Pilih karektor kucing yang cergas, penyayang, aktif dan manja. Jangan

memilih kucing yang agak liar dan sukar dikawal.

2. Memilih Warna           

    Anda harus pandai memilih warna kucing. Ini kerana faktor gen warna

akan mempengaruhi anak kucing yang dilahirkan. Warna kucing yang menarik

akan menambah keceriaan kucing tersebut.

3. Faktor kesihatan           

    Anda sebaiknya melihat bentuk gigi dan kelengkapan gigi kucing, selain itu

lihat kebersihan telinga dan bentuk telinga. Kucing yang memiliki penyakit

boleh membahayakan kanak-kanak serta orang yang memliharanya.

4. Periksa Seluruh Bulu dan Badan.            

    Periksa keseluruhan badan kucing bagi memastikan kucing tersebut tidak

dijangkiti sebarang penyakit.

5. Periksa kad vaksinasi                

    Periksa rekod vaksinasi sekiranya ada untuk memastikan tahap kesihatan

kucing.

3.7.3 Menjaga kebajikan kucing

Haiwan peliharaan yang dipelihara memerlukan penjagaan, kebajikan dan

kesihatan yang sama dengan seorang ahli keluarga. Sebagai seorang pemilik haiwan

yang bertanggung jawab, anda seharusnya memastikan kebajikan kucing dijaga dengan

baik. Diantara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ialah

1. Makanan yang berkhasiat

2. Menjaga kesihatan

3. Sangkar yang bersih dan selesa

4. Tumbesaran yang seimbang

5. Keadaan fizikal yang sempurna

3.7.4 Penjagaan kucing

Haiwan peliharaan memerlukan penjagaan yang sempurna bagi memastikan

kesihatan dan kehidupan yang baik. Adalah menjadi tanggung jawab pemiliknya untuk

menyediakan segala keperluan yang menjadi asas kepada kebajikan dan kesihatan

haiwan berkenaan.

Kesihatan

(i) Makanan

- Menyediakan makanan yang berkhasiat, bermutu tinggi dan sesuai untuk

kucing.

- Makanan yang disukai kucing.

- Makanan yang bersih dan tidak tercemar.

(ii) Tempat tinggal

- Selesa dengan saiz yang sesuai

- Sentiasa bersih

- Jauh dari tempat yang kotor dan tidak selamat

- Dibuat dari bahan yang tidak membahayakan

- Mempunyai pengudaraan yang baik

Tip penjagaan kucing

1. Pastikan ia dihantar ke veterinar setiap bulan dan diberi suntikan bagi mengelakkan penyakit seperti leukimia,batu karang dan sebagainya.

2. Kucing juga perlu dimanja,hantarkan ke SPA untuk dibersihkan dari bulu,telinga,ekor dan sebagainya.

3. Beri ruang kepada kucing anda,jangan malas untuk melatihnya agar biasa tidur dikandang kucing.

4. Pastikan anda memilih diet yang sesuai unutk peringkat umur kucing.Pemakanan kucing akan mempengaruhi karater najisnya.

5. Jangan berkira unutk membeli pasir khas agar bau najis kucing tidak tersebar di serata kawasan apartment anada.

6. Kucing perlu dikasi agar tidak mengawan dan membuat bising semasa mahu mengawan.

7. Pastikan anda menyedut segala balu dan habuk lebih kerap jika mempunyai kucing demi kualiti kesihatan anak-anak.

8. Gunakan cecair pembersih anti bakteria dan pengudaraan juga perlu baik agar mengelakkan kuman dan penyakit.

9. Latih kucing anda agar betah unutk ke satu ruang saja dan tutup pintu gelongsor apabila melepaskan ia di ruang kediaman.

10. Buat jadual pemakanan kerana kucing juga adakala jelak apabila dihidangkan makanan yang sama .Anda juga boleh merangka jadual khas untuk dilepaskan agar mudah anda membersihkan ruang kembali selepas itu.

3.7.5 Penyakit-penyaki kucing

Di bawah ini disenaraikan beberapa jenis penyakit yang mungkin dihidapi oleh kucing.

Feline Panleukopinia

( Feline Entritis ,Feline Distemper)

Etiologi : Parvovirus

Tanda-tanda klinikal:

Cirit-birit (diarrhoea)

Demam (fever)

Hilang selera makan (aneroxia)

Kehilangan air (dehydrated)

Muntah (Vomitting)

-Kadar kematian adalah tinggi khasnya dikalangan anak kucing berumur 12

bulan dan mudah berjangkit ( contagious)

Feline Respiratory Disease Complax

(Feline Influenza, Feline Hepetitis)

Etiologi : Herpersvirus Calicivirus

Tanda-tanda klinikal:

Bersin (sneezing)

Batuk (coughing)

Hidung dan mata berair (eye & nasal discharge)

Tidak selera makan (anorexia)

Luka pada gusi dan lidah

Oleh kerana etilogi penyakit-penyakit ini adalah virus maka tiada rawatan khusus

yang boleh diberikan. Bagi mengawal dan mencegah masalah ini setiap anak kucing

hendaklah diberi suntikan Imunisasi ( vaccination)

Suntikan : vaksin 4:1

Dose pertama : umur 9-12 mingguBooster : Selepas 2- 4 minggu ulang setahun sekali

Feline infections peritonitis

(Corona virus) Tanda-tanda :

Dry form ( kurus kering)

Wet form/ ascites ( busung)

Tiada rawatan, tetapi vaksin hanya boleh melindungi 60% sahaja

Feline leukemia

Disebabkan genetic virus yang menyerang tulang hingga gagal mengeluar sel darah

merah.

Tiada rawatan ,hanya Vaksin sebagai pencegahan

Feline Hemobartonella (Serangan Fleas)

Tanda-tanda:

Kucing mengantuk dan lemah

Penyebab: Serangan protozoa dalam sel darah merah

Mycoplama

Tanda-tanda :

Menyerang mata ( Conjuctiva)

Rawatan Gentamycint, Oitment

Flutd ( kucing tak mahu kencing)

Tanda tanda :

FUS feline urinology system

Rawatan : masukan Cathether

Puncanya dalam makanan /Biskut kucing yang mengeluarkan protein struvite.

Fungal infection

Punca penyakit: Microsparum cati, Trichopyton

Rawatan Cuci dengan iodine dan sapu dengan methlyne blue. penggunaan anti fungal

tidak disyorkan kerana menyebabkan penyakit buah pinggang.

Mange/ scarbies/ kurap/ mites

Penyebab : Serangan sarcopties scaba, Notoedress cati

Rawatan –ivomecting (0.1 =5kg + propylene glycerol atau air suling) suntikan di ulang 2

minggu kemudian.

Otodectic mange ( hama dalam telingga yang memakan body lymph)

Rawatan: Cuci telingga hingga bersih dan suntik ivomecting

Thiamine defe ( kucing jalan melengkong)

Penyebab : Kucing yang makan ikan mentah ( sering terdapat di market )

Keracunan Penedol ( Paracetamol)

Tanda-tanda muka bengkak, mata biru, muntah

Rawatan : suntikan atropine

Helminthiasis ( bebanan cacing )

Penyebab: serangan cacing

Hookworm- berak berdarah

Trichuris- Cirit-berit yang tak henti- henti selang 2 hari

Stronggyles-Diorhea busuk dan melekat didubur

Tanda-tanda

Gatal di sekeliling anus

Rawatan : Pyrantel pomoat

Latihan

Senaraikan peralatan dan bahan yang diperlukan untuk memelihara

kucing. Jelaskan fungsi peralatan tersebut.

Mengumpul Maklumat

Nyatakan prosedur penternakan kambing secara komersial.

3.8 Rumusan

Setelah anda selesai mempelajari tajuk ini, diharapkan anda telah mencapai hasil

pembelajaran yang telah ditetapkan. Anda telah memperolehi ilmu pengetahuan dan

kemahiran asas dalam bidang Kemahiran Asas Untuk Berdikari. Berdasarkan

pengetahuan yang diperolehi diharapkan anda dapat membimbing murid-murid

melaksanakan kerja-kerja amali yang berkaitan dengan tajuk ini. Anda juga digalakkan

membuat rujukan berdasarkan pelbagai sumber untuk mengukuhkan dan

menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam bidang ini.

BIBLIOGRAFI

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas

Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah. Putrajaya. Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Buku Panduan Kemahiran Hidup-Jahitan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah. Putrajaya. Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Buku Panduan Kemahiran Hidup-Perkebunan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah. Putrajaya. Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Buku Panduan Kemahiran Hidup-Pemeliharaan Haiwan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah. Putrajaya. Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2005. KPLI SR Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah Kemahiran Hidup Untuk Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Minor Modul 1/3. Putrajaya. Bahagian Pendidikan Guru.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2005. KPLI SR Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah Kemahiran Hidup Untuk Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Minor Modul 2/3. Putrajaya. Bahagian Pendidikan Guru.

Open University Malaysia. 2008. HBSE 3403 Kemahiran Hidup untuk Pendidikan Khas 1. Kuala Lumpur. Fakulti Pendidikan dan Bahasa.

Open University Malaysia. 2009. HBSE 4203 Kemahiran Hidup untuk Pendidikan Khas 2. Kuala Lumpur. Fakulti Pendidikan dan Bahasa.

PANEL PENULIS MODULPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH

(PGSR PENDIDIKAN RENDAH)

NAMA KELAYAKAN

KAMARUL BAHRIN BIN MOHD. RADZI

PENSYARAHIPG KAMPUS IPOH

[email protected]@ipip.edu.my

M.Ed.(Pendidikan Khas)B.Ed. (Pendidikan Khas)Dip. Perguruan Khas (Pemulihan Khas)Sijil Perguruan Khas (Pemulihan Khas)

Pensyarah IPG Kampus IpohPeg.Khas Pend. Khas PPD Kuala KangsarPenyelaras Pendidikan KhasGuru Pendidikan KhasGuru Pemulihan Khas

AZMI BIN ABU BAKAR

PENSYARAHIPG KAMPUS DARULAMAN06000 JITRA, KEDAH

[email protected]@ipda.edu.my

M.Ed.(Teknologi Pendidikan & Multimedia)B.Ed. (Pendidikan Khas)Dip. Perguruan Khas (Pemulihan Khas)Sijil Perguruan Khas (Pendidikan Khas)

Pensyarah IPG Kampus DarulamanPeg. Khas Unit Pend. Khas JPN KedahPenyelaras Pendidikan KhasGuru Pendidikan Khas

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat