modul lengkap krb3063 170913 (1)

199
PUSAT PENDIDIKAN LUAR 2013 Penghayatan Karya Agung Melayu (KRB3063) Penulis: Dr. Seri Lanang Jaya bin Hj Rohani Prof. Madya Dr. Abd. Rahman bin Napiah (Mana Sikana) Dr. Hj. Mohd. Rashid bin Md. Idris Dr. Hj. Naffi Mat

Upload: muhamad-sufian

Post on 21-Jul-2015

233 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

P U S A T P E N D I D I K A N L U A R 2 0 1 3

Penghayatan Karya

Agung Melayu (KRB3063)

Penulis:

Dr. Seri Lanang Jaya bin Hj Rohani

Prof. Madya Dr. Abd. Rahman bin Napiah (Mana Sikana)

Dr. Hj. Mohd. Rashid bin Md. Idris

Dr. Hj. Naffi Mat

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Penghayatan Karya Agung Melayu 1

UNIT 1

PENGENALAN KARYA AGUNG MELAYU

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini anda dapat:

1) Menjelaskan takrifan karya agung Melayu,

2) Mengklasifikasikan unsur-unsur dalam karya Melayu terpilih mengikut ciri-ciri

umum karya agung Melayu,

3) Mengenal pasti faktor-faktor yang memungkinkan kehadiran karya agung dalam

dunia persuratan Melayu,

4) Memahami hubungan karya agung Melayu dengan kebijaksanaan akal budi

orang-orang Melayu.

PENDAHULUAN

Unit ini memberi gambaran awal tentang takrifan karya agung secara umum. Takrifan

umum itu kemudiannya dikaitkan dengan konsep karya agung dalam konteks dunia

Melayu.Perbincangan seterusnya dihubungkan dengan ciri-ciri yang mengangkat karya-

karya berkenaan sebagai Karya Agung Melayu. Pada bahagian berikutnya dibicarakan

pula fungsi yang dimainkan oleh karya-karya Agung Melayu yang seterusnya dikaitkan

dengan keunggulan atau kebijaksanaan akal budi bangsa Melayu yang tercermin dalam

karya agung Melayu

KONSEP

Tamadun sesuatu bangsa adalah warisan daya cipta bangsa itu yang dapat dikesani

dan dihayati melalui karya-karya terdahulu yang ternukil oleh bijak pandai: karyawan,

seniman, pemikir, ahli falsafah dan ilmuan bangsa itu (Hassan Ahmad 2005). Karya-

karya ini dianggap sebagai karya agung. Oleh itu, karya agung dalam konteks dunia

Melayu boleh ditakrifkan sebagai karya yang nilainya tahan zaman, yakni yang kekal

sepanjang zaman sebagai khazanah budaya dan ilmu Melayu. Nilai yang dimaksudkan

adalah nilai seninya, nilai budayanya, nilai ilmu dan pemikiran yang terkandung di

dalamnya, nilai pada teknik kepengarangannya yang luar biasa, dan nilai bahasanya

yang tinggi dan indah – semuanya lahir dalam kesepaduan bentuk, bahasa dan gaya

Penghayatan Karya Agung Melayu 2

penceritaan yang luar biasa. Maksud ‘luar biasa’ ini dapat kita lihat dan rasakan apabila

kita mengkaji cara atau kaedah berfikir dan bercerita yang digunakan, sama ada secara

sedar, spontan, atau secara ‘terancang’, bagi menyampaikan sesuatu ilmu, konsep,

pandangan hidup, mesej dan lain-lain (Hassan Ahmad2005).

Tegasnya ‘karya agung’ ialah karya ulung yang meninggalkan kesan budaya,

pemikiran, pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan dalam ingatan bersama

sesuatu bangsa. Yang dimaksudkan dengan karya ulung ialah karya yang berjaya

meninggalkan kesan seni, ilmu, falsafah dan nilai budaya dan sosial yang kekal dalam

kesedaran atau psyche dan ingatan bersama bangsa itu sepanjang sejarahnya.Unsur

mutu, nilai ketamadunan dan nilai kemanusiaan semestinya hadir dalam karya seperti

itu.

Takrif yang asas ini menjadi dasar untuk menghuraikan konsep dan ciri-ciri

Karya Agung Melayu atau Dunia Melayu.Karya itu menjadi pembentuk dan cermin

budaya dan tamadun bangsa yang melahirkan karya itu.

Kesimpulannya dapatlah dirumuskan karya agung (dikenali sebagai the great works

dan great books dalam bahasa Inggeris) ialah karya yang dianggap oleh pelbagai

institusi dan badan berautoriti sebagai karya yang mencerminkan kehebatan sesuatu

bangsa melalui amalan cara hidup, adat istiadat, falsafah, nilai ilmu dan seumpamanya.

Dengan kata lain, karya agung merupakan karya-karya yang berjaya meninggalkan

kesan seni, ilmu, falsafah, budaya, dan sosial yang kekal dalam kesedaran dan ingatan

pembaca. Unsur dalam karya ini merangkumi mutu, nilai ketamadunan dan nilai

kemanusiaan di dalam karya tersebut.

Mortimer Adler (1961) menyenaraikan tiga (3) sifat utama sesuatu karya agung:

Karya yang dapat dikaitkan dengan masalah dan isu masa kini,

Karya yang tidak jemu dibaca berulang kali.

Karya yang bersesuaian dengan pemikiran yang hebat dan boleh mengisi minda

individu sehingga masa kini.

Karya agung melambangkan keunggulan daya cipta bangsa itu untuk

membentuk tradisi dan identitinya yang tersendiri. Tamadun Greek, Cina, India, Mesir

dan bangsa-bangsa yang lain dikenali melalui karya seni, pemikiran, falsafah, sastera

dan dicetuskan oleh pemikir, seniman dan sasterawan zaman dahulu kala mereka yang

mampu meninggalkan pengaruh yang besar dan kekal sepanjang zaman, dipelajari,

dijadikan petua, dikekalkan atau dicerna oleh keturunan berikutnya sehinggalah

Penghayatan Karya Agung Melayu 3

hasilnya menjadi tradisi dan warisan bangsa hingga ke zaman ini (Hassan Ahmad

2005).

Karya Agung Melayu

Berdasarkan konsep karya agung yang dibincangkan terdahulu, maka ‘Karya Agung

Melayu’ ialah karya yang melambangkan keunggulan daya cipta seniman, penulis dan

pemikir bangsa Melayu dalam menggambarkan idealisme, nilai, pandangan hidup, adat,

budi, kesedaran moral dan visi bangsa dan masyarakatnya melalui bentuk sastera dan

seni yang tinggi nilainya sehingga kesan seni, budaya dan falsafah kekal sepanjang

zaman dalam minda kolektif bangsa Melayu. Tamadun Melayu sepanjang zaman

banyak sekali dibentuk dan diwataki oleh tradisi sastera ini.

Karya Agung Melayu bererti karya agung yang ditulis atau diungkapkan atau

dilisankan (pepatah, pantun, lipur lara, dan lain-lain) dalam bahasa Melayu, tanpa

mengambil kira kelompok mana bangsa/etnik dalam kawasan Dunia Melayu ini, sama

ada orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, atau orang Melayu Brunei, Aceh,

Bugis, Minangkabau, dan selainnya yang menghasilkan karya itu. Dengan perkataan

lain, sempadan geografi dan etnik tidak timbul. Yang penting karya berkenaan mampu

mencetuskan unsur-unsur pemikiran, sistem nilai dan kepercayaan, falsafah atau

pandangan hidup bangsa Melayu turun-menurundalam bentuk dan gaya yang hebat

dan mengesankan..

Bentuk Karya Agung

Sesuatu karya untuk menjadi tonggak keintelektualan sesuatu bangsa pastinya perlu

berbentuk tulisan kerana melalui tulisan sahaja sesuatu karya dapat dikenal segala

maklumat yang berkandung di dalamnya, sekali gus menggambarkan kehebatan

bangsa tersebut. Dalam konteks karya agung Melayu, asalnya karya itu kebanyakannya

dalam bentuk lisan tetapi melalui usaha-usaha yang terkemudian, bahan-bahan lisan

itu ditulis dan dibukukan bagi menjamin kelangsungannya. Melalui tulisan, dapat dikenal

keindahan bahasa yang digubah dan jalinan fikir yang diungkap sehingga ke hari ini.

CIRI-CIRI KARYA AGUNG MELAYU

Sesebuah karya kesusasteraan diangkat sebagai karya agung berdasarkan ciri-ciri

yang ada pada karya berkenaan.Namun, perlu diingat bahawa tidak ada ukuran yang

sejagat berkaitan ciri-ciri ini.Hal ini demikian kerana setiap karya sastera lahir daripada

tradisi, budaya dan tamadun yang berbeza-beza.

Penghayatan Karya Agung Melayu 4

Penelitian ciri-ciri Karya Agung Melayu dibuat berdasarkan aspek-aspek yang

berikut:

(i) Pemikiran dalam Karya Agung

(ii) Estetika dan Kepengarangan Karya Agung

(iii) Nilai Budaya dan Pandangan Hidup dalam Karya Agung Melayu

(iv) Nilai Ilmu dalam Karya Agung Melayu

(v) Falsafah dalam Karya Agung Klasik dan Moden

i) Pemikiran (Isi dan Mesej)

Dalam Hikayat Hang Tuah (HHT) kita banyak disogokkan dengan kehebatan Hang

Tuah sebagai pahlawan Melayu meneroka bukan sahaja dunianya tetapi juga dunia

luar (Rom, India, China, Arab) termasuk juga alam ghaib. Isinya yang padat dengan

pelbagai episod, peristiwa, kejadian: kehebatan paras rupa yang tiada tolok

bandingannya, para hulubalang yang gagah perkasa, persengketaan, kekejaman,

hasad dengki dan pelbagai mala petaka. Ceritera yang begitu luas bertujuan

semata-mata untuk menonjolkan kebesaran dan kekuasaan raja atau kerajaan

Melayu.

Kedatangan Islam,misalnya walaupun diselit dgn unsur metos/Hindu

mempunyai pemikiran yang tersendiri untuk menggambarkan kehebatan. Sebagai

contoh untuk menunjukkan keabsahan asal usul raja-raja Melayu pengarang

mengatakan bahawa raja Melayu “diturunkan oleh Allah Taala dari keinderaan

(HHT: 8). Dalam Salatal al-Salatin (SAS) raja Melayu dikaitkan dengan Iskandar

Zulkarnain seorang raja yang hebat dari bangsa Yunani yang dikatakan beriman

dengan agama Nabi Ibrahim. Raja Iskandar mengalahkan Raja Kida Hindi dari

benua India, lalu “disuruhkan oleh Raja Iskandar Raja Kida Hindi itu membawa

iman”, maka Raja Kida Hindi pun ‘…membawa imanlah jadi Islam dalam adama

Nabi Allah Ibrahim” (SAS: 4).

Keperkasaan dan keagungan kerajaan Melayu-Islam dilukis secara cukup

hebat oleh bijak pandai sastera hikayat Melayu melalui keperkasaan dan

kebijaksanaan hulubalang yang setia, iaitu Laksamana Hang Tuah yang begitu

gagah mengalahkan pahlawan Majapahit dan seluruh raja dan negeri Nusantara

menjadi takluk atau tunduk kepada raja Melaka. Turut dipaparkan juga kepintaran

Hang Tuah yang meghatasi kepintaran rakyat China sehingga Sultan Melaka

dijadikanmenantu raja China, Dalam SAS ada diceritaka betapa penyakit raja China

sembuh kerana meminum air basuh kaki Sultan Melaka (SAS: 112-113)

Namun, terdapat unsur – unsur mitos yang seakan-akan tidak masuk akal dalam

kedua-dua karya HHT dan SAS. Kekuasaan yang ditonjolkan oleh raja secara

melampau dan juga kezaliman raja menunjukkan betapa tidak adilnya raja pada

Penghayatan Karya Agung Melayu 5

suatu ketika dahulu. Dalam kitab ini juga ditonjolkan secara melampau ketaatan

kepada raja. Justeru, pepatah “ adat Melayu tidak menderhaka’ begitu terserap

dalam masyarakat Melayu pada suatu ketika dahulu.

(ii) Estetika dan Seni kepengarangan

Keagungan karya-karya Melayu terpancar melalui kebijaksanaan dan kehandalan

pengarangnya menyampaikan ceritera.Pada asasnya pengarang karya tradisional

(kebanyakan tidak diketahui namanya) adalah sebagai pewaris “yang empunya

ceritera”.Oleh itu sering digunakan istilah atau ungkapan, seperti menurut yang

empunya ceritera, alkisah maka tersebutlah, dan seumpamanya.Hal ini

menggambarkan karya tradisional Melayu adalah milik bersama anggota

masyarakat. Dan pada masa yang sama karya itu bertujuan untuk menegur raja

secara yang halus:

Teknik warisan bercerita adalah ciri yang menonjol dalam karya Melayu

tradisional. Pengarang memanfaatkan pelbagai kaedah, misalnya dengan

menggunakan unsur humor, unsur ‘ingin mengetahui kisah selanjutnya’, unsur

romatis, realisme, idealisme, kias ibarat, teknik orang ketiga, dan teknik dedaktik.

Penggunaan seni bahasa dalam karya agung menampakkan unsur kreativiti dan

keindahan. Sulaman gurindam, pantun, seloka, syair, peribahasa dan

seumpamanya menjadikan mesej yang disampaikan cukup berkesan.Gaya bahasa

yang digunakan padat, ringkas dan bersahaja dan terdapat penggunaan

kepelbagaian teknik, seperti metafora, hiperbola, superlatif dan selainnya.

Contoh yang berikut memperlhatkan betapa hebatnya pemilihan kata yang

digunakan sehingga member kesan yang mendalam kepada pembaca tentang

gambaran alam yang begitu rinci.

Alamat Hari Nak siang

Tengah malam sudah terlampau

Dinihari belum lagi tampak

Budak-budak dua kali jaga

Orang muda pulang bertandang

Orang tua berkalih tidur

Embun jantan rintik-rintik

Berbunyi kuang jauh ke tengah

Sering lanting riang di rimba

Melenguh lembu di padang

Sambut menguak kerbau di kandang

Penghayatan Karya Agung Melayu 6

Berkokok mendung merak mengigal

Fajar sidik menyingsing naik

Kicak kicau bunyi murai

Taptibau melambung tinggi

Berkuku balam di hujung bendul

Terdengut puyuh panjang bunyi

Puntung sejengkal tinggal sejari

Itulah alamat hari nak siang

(Hikayat Malim Deman: 4)

(iii) Nilai budaya dan pandangan hidup

Melalui karya Melayu tradisional terserlah gambaran jelas tentang budaya dan

pandangan hidup orang Melayu.Penggunaan puisi dan peribahasa dalam karya

Melayu berkaitan dengan kepekaan pengarangnya terhadap keindahan alam. Di

samping itu dalam karya Melayu agung orang Melayu digambarkan sebagai

masyarakat yang kuat berpegang pada adat dan mengamalkan cara hidup hormat-

menghormati, sopan santun

Sulalat al-Salatin dan Hikayat Hang Tuah, misalnya memberi gambaran yang

cukup banyak tetang adat raja dan kerajaan: adat meminang, adat mengirim surat,

adat menjamu hidangan diraja, adat berpakaian orang besar, adat memberi

persalinan, adat menymbah raja dan selainya.

(iv) Nilai ilmu

Dalam karya tradisional Melayu terdapat gambaraj yang menyeluruh tentang

budaya ilmu orang Melayu. Istilah: pandai besi, pandai keris. Ilmu yang berasaskan

pengalaman dan pemerhatian sangat dipentingkan daripada ilmu yang bersifat

abstrak. Nilai ini digambarkan melalui istilah ‘pandai’, seperti pandai besi, pandai

keris, pandai emas dan sebagainya. Pun begitu masyarakat tradisional menghormati

orang yang menguasai ilmu batin (mistik), ilmu ramalan dan ilmu bahasa.Sebagai

contoh Hang Tuah digambarkan sebagai seorang intelek yang memiliki ilmu firasat,

ilmu mistik, menguasai dua belas bahasa asing.

Budaya berguru kepada orang yang alim dan pandai ilmu juga sangat

dipentingkan dalam masyarakat Melayu tradisional.Pantun: ‘saya budak baru

belajar, kalau silap tolong tunjukkan…’ adalah contoh manifestasi nilai limu. Dengan

kedatangan Islam, nilai ini semakin bertambah. Tokoh-tokoh sepertiHamzah

Fansuri, Naruddin al-Raniri terkenal dengan penulisan karya yang mengandungi

Penghayatan Karya Agung Melayu 7

nilai llmu agama, melalui kitab-kitab seperti Ilya Ulum al-din, Siyar al-Salikin dan

seumpamanya.

Perbincangan aspek-aspek ciri karya Melayu agung di atas secara lebih rinci

boleh diikuti dalam Unit 4 hingga Unit 9.

KEHEBATAN KARYA AGUNG

Karya agung Melayu adalah cetusan akal fikiran Melayu yang luar biasa. Kita boleh

melihat keluarbiasaan akal Melayu ini pada dua tahap keupayaan mentalnya, iaitu

i) keupayaannya berfikir secara kreatif melalui kaedah atau proses mental yang

dapat kita sebut kaedah metafora, yakni kaedah berfikir melalui

perumpamaan, perbandingan, kiasan dan tamsil ibarat, untuk menyampaikan

sesuatu konsep yang abstrak dengan menggunakan sesuatu benda daripada

alam nyata sebagai analoginya, dan

ii) kebolehan mentalnya untuk menyusun fikirannya dalam bentuk

pengungkapan yang sangat berstruktur.

Peribahasa dan pepatah banyak sekali menggunakan kaedah berfikir secara

kiasan, perumpamaan, dan perbandingan.Dalam hikayat atau cerita Melayu kaedah ini

juga banyak digunakan. Sebagai contoh, dalam Sulalat al-Salatin(SAS), pengarangnya

menjelaskan konsep hubungan antara raja dengan rakyat melalui bahasa metafora.

Raja dikatakan seumpama ‘pohon’, manakala rakyat seumpama ‘akar’. Kata

pengarangnya, ‘pohon tiada akan berdiri jika tiada akar’yang bermaksud: ‘pohon’

bererti ‘payung’ atau ‘penaung’ manakala ‘akar’ bererti tunjang pohon. Secara harfiah

(literal) maksud pengarang raja berperanan sebagai ‘payung’ atau ‘penaung’ kepada

rakyat, dan rakyat adalah ‘tunjang’ atau pendukung raja atau kerajaan, bukan sebagai

‘hamba raja’. Ini adalah pandangan sarwajagat atau ‘world-view’ Melayu-Islam tentang

kuasa dan peranan pemerintah sebagai ‘khalifah’ yang menguruskan hal ehwal negara

dan rakyat sebagai pemegang amanah dari Tuhan.

Menurut Aristotle, orang yang mampu berfikir secara metaforik atau metafora,

mereka adalah manusia ‘genius’ dan saya rasa kebanyakan karya Melayu dihasilkan

oleh manusia Melayu geliga akalnya.

Penghayatan Karya Agung Melayu 8

Cara pemikir Melayu menyusun fikirannya secara berstruktur terpancar pada

struktur puisi tradisional Melayu, iaitu pantun. Dalam pantun Melayu, kita dapat melihat

bagaimana pemantun mencurahkan fikiran dan perasaannya dalam ‘struktur’ dan

penggunaan bahasa yang berangkap dan beritma. Daya kreativiti akal Melayu dalam

karya itu jelas luar biasa kerana karya itu dicetuskan secara lisan dan secara spontan,

dan diungkapkan oleh pemantun yang ‘buta huruf’, yang tidak pernah belajar bahasa

Melayu secara formal. Bolehkah Shakespeare menandingi kebolehan akal Melayu ini?

Faktor Penghasilan Karya Agung Melayu

Ada tiga faktor utama yang menggalakkan penghasilan Karya Agung Melayu. Faktor-

faktor itu adalah:

1) Kekuatan bahasa Melayu

2) Pengaruh Islam

3) Peranan istana

1) Kekuatan Bahasa Melayu

Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca sekian lama di pesisir Selat Melaka

khususnya dalam dunia perdagangan. Lebih penting daripada itu bahasa

Melayu pada masa yang sama berupaya menjadi perakam dan pengungkap

budaya tinggi. Bukti-bukti pada batu-batu bersurat (prasasti) di Sumatera pada

abad ke-7, ke-8, dan ke-9 Masihi sudah cukup membuktikan kemampuan

bahasa Melayu mengungkap budaya tinggi yang dipengaruhi dari kedatangan

tamadun Hindu. Walaupun tamadun Hindu mempengaruhi alam Melayu pada

ketika itu, bahasa Sanskrit tidak mampu menggantikan bahasa Melayu sebagai

bahasa rasmi kerajaan atau sebagai bahasa ilmu dan budaya tinggi. Malah

bahasa Melayu turut menjadi bahasa istana semasa kerajaan Srivijaya

menguasai Palembang pada abad ke 12 dan ke-13 Masihi. Kerajaan Srivijaya

pada ketika itu menjadi pusat pengajian agama dan falsafah Buddha. Kehebatan

ini diakui sendiri oleh I-Tsing yang singgah di Palembang dari China untuk ke

India dengan mengatakan bahasa yang digunakan di situ adalah bahasa

Kwanlun, iaitu bahasa Melayu.

2) Pengaruh Islam

Keadaan mula berubah apabila Islam muncul ke dalam alam Melayu. Dengan

penubuhan kerajaan Melayu-Islam di Perlak (Pasai) pada abad ke-12 dan ke-13

Penghayatan Karya Agung Melayu 9

Masehi, pengaruh kerajaan Srivijaya mula hilang pengaruh. Islam berkembang

secara populis (tidak terbatas dalam kalangan ulama sahaja seperti pada zaman

Srivijaya). Bahasa Melayu yang digunakan adalah bahasa rakyat yang

kemudian diperkukuh dengan abjad Arab. Pengaruh tulisan Arab memulakan

zaman baru, iaitu zaman perkembangan ilmu dan pemikiran Melayu yang

berpaksikan kepada ajaran tauhid dan pandangan sarwajagat Islam.

3) Pengaruh Istana

Istana kerajaan Melayu-Islam memainkan peranan penting menggalakkan aktiviti

penulisan sebagai wadah pembentuk warisan bangsa. Tun Seri Lanang

(pengarang Sejarah Melayu/Sulalat al-Salatin) telah menjelaskan hal ini dalam

mukadimahnya seperti yang berikut:

“diperbuatkan hikayat perteturun segala raja-raja Melayu dengan isti’adatnya,

supaya didengar oleh anak cucu kita yang kemudian dari kita dan

diketahuinyalah segala perkataan, syahadan beroleh fa’edahlah mereka itu

daripadanya.... Maka fakir karanglah hikayat ini dan fakir himpunkan dariapad

segala riwayat orang tuha-tuha dahulu kala supaya akan menyukakan duli

hadhtat baginda” (Sulalat al-Salatin, 1997: 3 – 4).

Melayu sebagai Bangsa yang Bebas dan Berdaulat

Apabila pengarang Melayu hendak menyatakan sifat bangsa Melayu atau negara

Melayu sebagai bangsa yang mencintai kebebasan dan tidak rela menyembah kuasa

asing, dia tidak menjelaskannya secara langsung atau secara ‘teoretikal’ tetapi

menyampaikan mesej itu melalui episod cerita. Misalnya, pengarang Sulalat al-

Salatin(SAS) menceritakan kisah rombongan raja Melaka yang membawa surat untuk

menyampaikan ‘sembah’ raja Melaka kepada raja China yang sudah menjadi bapa

mertua raja Melaka (Sultan Mansur Syah) terpaksa singgah di Brunei kerana pelayaran

mereka dipukul ribut. Raja Brunei, setelah membaca surat rombongan Melaka itu,

bertanya perutusan Melaka itu secara menyindir: ‘Berkirim sembahkah Raja Melaka

kepada Raja China?’ Maka rombongan Melaka itu berpatah balik ke Melaka, tidak jadi

meneruskan perjalanan ke negeri China.

Kemudian pengarang mencipta satu lagi episod: Raja China mengidap penyakit

yang tidak dapat diubati oleh segala tabib Cina. Apabila penyakit itu sembuh dengan air

Penghayatan Karya Agung Melayu 10

mandi dan air basuh kaki raja Melaka (menantu raja China), raja China memberitahu

para pegawainya: ‘Adapun segala anak cucuku, jangan lagi berkehendakkan sembah

kepada Raja Melaka, datang kepada anak cucunya, tetapi muafakat, berkasih-kasihan

juga (SAS: 113). Itulah cara akal Melayu memberitahu ‘kuasa besar’ pada zaman itu

bahawa bangsa dan negeri Melayu adalah bangsa dan negeri yang berdaulat dan

bebas politik, tidak mahu menyembah kuasa asing. Fakta sejarah tidak penting. Yang

penting adalah pandangan Melayu tentang dirinya dan bangsanya. Ini dilakukan melalui

cerita, melalui kiasan dan sebagainya sebagai salah satu cara untuk menjelaskan dan

menyebarkan pandangan itu. Ini contoh akal kreatif Melayu.

Bagaimana Karya Agung Melayu Menyampaikan Konsep Keadilan Melayu

Apabila orang Melayu memeluk agama Islam, mereka berkata, ‘Adat bersendikan Kitab’

maka itulah pedoman hidup Melayu bermasyarakat yang dibentuk oleh Islam dan

amalan Melayu yang sesuai sebelum Islam. Apabila orang Melayu berkata ‘Biar mati

anak jangan mati adat’ itulah prinsip ‘peraturan undang-undang’ (‘rule of law’) atau

pandangan Melayu tentang kedaulatan hukum. Apabila orang Melayu berkata ‘Raja Adil

Raja disembah, Raja Zalim Raja disanggah’, ini adalah akal budi Melayu tentang

keadilan pemerintah yang dibentuk oleh prinsip keadilan Islam dan prinsip keadilan

Melayu seperti yang diungkapkan melalui kata-kata bernas ‘Biar mati anak jangan mati

adat’. HHT menyampaikan prinsip dan mesej ini kepada anak cucu bangsa Melayu

dengan mencipta episod Hang Jebat ‘menderhaka’ terhadap rajanya kerana raja sudah

bertindak zalim atau tidak adil. Raja menyedari kesalahannya. Tetapi Hang Jebat tidak

membawa apa-apa perubahan atau ‘reformasi’; dia juga melakukan keganasan dalam

istana yang ditawannya. Maka timbul anarki, timbul huru-hara dalam negeri. Akal

Melayu menyelesaikan masalah ini dengan membawa Hang Tuah ke gelanggang

penentuan. Hang Jebat dibunuh oleh Hang Tuah, bererti anarki dihapuskan demi

kestabilan negara. Inilah mesej yang dapat kita baca daripada karya agung Melayu

yang luar biasa ini. Inilah tamadun Melayu yang kekal sepanjang zaman hingga

sekarang.

Citra Melayu Yang Unggul

Apa dia yang dikatakan citra atau imej Melayu yang unggul? Jawapannya ada dalam

Hikayat Hang Tuah (HHT). Dalam hikayat ini, akal Melayu mahu mengenal atau

memperkenalkan dirinya dan diri bangsanya sebagai bangsa yang beradab, bermoral

tinggi, tidak melakukan rasuah, tidak mengkhianati bangsa dan negaranya tetapi

bangsa dan taat kepada negerinya, bangsa yang mencintai ilmu, berani kerana benar,

mencintai kebebasan dan sebagainya. Inilah imej Melayu yang cuba dibentuk oleh

pengarang HHT melalui wataknya, Hang Tuah, sebagai model unggulnya. Dalam HHT

Penghayatan Karya Agung Melayu 11

dia digambarkan berasal dari keturunan keluarga miskin, tetapi kerana sifat tahu

bahasanya (yakni, tahu adat), sudah khatam Quran, dan berani, dia menarik perhatian

bendahara Melaka, lalu Hang Tuah dipanggil berkhidmat dengan raja Melaka. Sifat

yang ditonjolkan pada watak ini ialah sifat megah atau bangganya terhadap bangsa dan

negeri atau kerajaannya, sifat keberaniannya, kejujurannya, kebijaksanaannya, beradat,

bermoral tinggi, misalnya, dia tidak mementingkan harta dan kekayaan, dan tidak

mengamalkan rasuah, tidak minum arak.

Selain ini, Hang Tuah digambarkan sebagai manusia yang mencintai ilmu; dia

mengetahui 12 atau lebih bahasa – sama ada ini benar atau tidak, soal empirikal ini

tidak timbul, yang penting adalah mesejnya, iaitu untuk menjadi bangsa Melayu yang

dapat menjalankan tugas sebagai diplomat yang dihormati oleh raja-raja asing, dia

hendaklah mahir bertutur dalam bahasa kerajaan asing itu. Ke mana sahaja Hang Tuah

pergi – ke Majapahit, ke negeri China, ke benua India, ke Rum (Turki), ke Mesir, Mekah

dan Madinah – sebagai wakil raja atau kerajaan atau bangsa dan negaranya, dia

mempertahankan nama bangsanya apabila dicabar, mengharumkan nama bangsa dan

negaranya dengan kebolehannya bertutur kata dalam bahasa negeri yang dilawatinya

dan melalui kepintaran akalnya dan keberaniannya.

Dengan kata lain, watak Hang Tuah mewakili citra Melayu – ‘the Malay image’ –

yang unggul, yang terbaik, tidak yang terjahat dan buruk. Mesej pengarang HHT

adalah: orang Melayu seperti Hang Tuah itulah yang dapat mempertahankan maruah

bangsa dan negaranya, tidak orang yang mementingkan dirinya, mengamalkan rasuah,

orang yang tidak bangga terhadap bangsanya, tidak mencintai ilmu, tidak bijaksana

dalam pemikiran dan tindakan dan kelakuannya.

Binaan Tamadun Melayu

Tamadun Melayu dibina oleh orang Melayu yang pandai berfikir dalam bahasanya,

orang Melayu yang mencintai ilmu, orang Melayu yang ‘imej’nya adalah seperti yang

digambarkan atau ditakrifkan oleh pengarang HHT, seperti yang tersebut di atas. Orang

Melayu dahulu pandai menggunakan bahasanya dengan baik, betul dan indah,

walaupun mereka tidak mempelajari bahasa ini secara formal. Oleh sebab mereka

berfikir dalam bahasa Melayulah akal mereka dapat ditajamkan, dijernihkan dan dapat

menjadi alat pembinaan tamadun yang tinggi – melalui karya agung Melayu itu.

Akal Melayu itu tidak dikacau oleh bahasa kedua, bahasa asing. Dengan

demikian si pemantun, pencetus pepatah dan peribahasa Melayu, misalnya, bebas

untuk mengetahui atau menguasai bahasanya secara intuitif, atau menurut teori Noam

Chomsky, secara innate, yakni mengetahuinya dari dua sumber asli yang sudah ada

dalam dirinya atau dalam otaknya sebagai anugerah Tuhan, iaitu ‘mental grammar’ dan

Penghayatan Karya Agung Melayu 12

kamus mental. Dia tidak bergantung pada buku nahu dan pada ‘kamus buku’ (tulisan)

untuk mendapatkan kata-kata yang betul dan tepat.

RUMUSAN

Dalam Unit ini anda telah didedahkan dengan pandangan umum tentang karya agung

Melayu. Dalam Unit-unit yang berikutnya anda akan didedahkan pula dengan aspek-

aspek lain yang menhadi pengisian karya-karya agung Melayu. Aspek-aspek yang

dianalisis nanti diharap dapat dimanfaatkan dalam pengajaran bahasa Melayu di

peringkat sekolah.

RUJUKAN

Adler, J. Mortimer (1969).Great ideas from the great books. London: Pocket.

Aitchison, Jean (2003). Words in the mind: An introduction to the mental lexicon. Oxford,

London: Blackwell.

Braginsky, V. I. (1998). Yang indah, berfaedah dan kamal. Sejarah sastra Melayu abad

7-19. Jakarta: INIS.

Hassan Ahmad. (1992). ”Tingginya Daya Kreativiti Bangsa Melayu”. Dlm. Dewan

Masyarakat, Julai 1992.

Hassan Ahmad. (Ketua Ed.) (2005). Pengenalan konsep dan gagasan karya agung,

Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan.

Iskandar, T. (1995). Kesusasteraan klasik Melayu sepanjang abad. Brunei: Jabatan

Kesusasteraan Melayu, Universiti Brunei Darussalam.

Kassim Ahmad (1995). Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Kassim Ahmad (Ed.) (1997). Hikayat Hang Tuah : Satu Pengenalan Tambahan. Kuala

Lumpur: Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Haji Salleh (Ed.) (1997). Sulalat al-Salatin (Edisi Karya Agung). Kuala

Lumpur: Yayasan Karyawan – Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hawa Salleh. (1997). Kesusasteraan Melayu abad kesembilan belas. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Penghayatan Karya Agung Melayu 13

KATA KUNCI

1. karya agung

2. dunia Melayu

3. pemikiran

4. nilai budaya

5. pandangan hidup

6. nilai ilmu

7. seni kepengarangan

8. falsafah

9. akal budi Melayu

10. tamadun Melayu

1. Apakah yang dimaksudkan dengan karya agung?

2. Bagaimanakah pemikiran karya Melayu agung boleh diserapkan dalam

kehidupan kita seharian?

3. Senaraikan aspek-aspek yang menjadi ciri utama karya Melayu agung..

4. Terangkan kaitan Hang Tuah dalam membina citra Melayu agung.

5. Dalam karya Sulalat al-Salatin ada digambarkan kehebatan bangsa Melayu

melalui watak rajanya. Nyatakan pemikiran yang ingin disampaikan melalui

peristiwa yang anda telah baca dalam karya berkenaan.

.

Penghayatan Karya Agung Melayu 14

UNIT 2

KORPUS KARYA AGUNG MELAYU

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir Unit ini, anda dapat :

1. Mengklasifikasi karya-karya agung Melayu mengikut jenisnya.

2. Mengenal pasti bentuk penghasilan karya-karya agung Melayu.

3. Memahami ciri-ciri khusus karya agung Melayu mengikut jenis.

4. Membezakan ciri-ciri karya agung klasik dan moden.

PENDAHULUAN

Unit ini akan membincangkan tentang korpus karya agung Melayu bagi zaman klasik

dan zaman moden. Karya klasik akan dibicarakan secara kronologi mengikur zaman

pertumbuhan dan perkembangannya,iaitu zaman sastera rakyat, zaman Hindu dan

zaman Islam. Sementara bagi korpus zaman moden dibicarakan genre-genre yang

muncul pada zaman itu, iaitu sajak, cerpen, novel dan drama.

KONSEP SASTERA RAKYAT

Sastera rakyat adalah nama yang diberikan untuk karya sastera yang dilahirkan pada

zaman orang-orang Melayu yang hidup dalam budaya yang masih tertutup. Ia dalah

karya sastera masyarakat Melayu lama, yang disampaikan dari mulut ke mulut melalui

tradisi lisan, diturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Dalam proses itu

telah berlaku tokok-tambah untuk menyedapkan cerita dan disesuaikan dengan

keadaan pendengar.

Karya sastera ini tiada nama pengarangnya , tiada masa dan tarikh dicipta dan ia

dimiliki bersama oleh masyarakat .Karya yang dihasilkan juga berkait rapat dengan cara

hidup dan kepercayaan masyarakat Melayu klasik seperti kepercayaan animisme yang

terjelma dalam jampi, serapah dan mantera. Selain itu ia melahirkan juga peribahasa,

teka teki, pantun dan nyanyian rakyat, cerita legenda, cerita asal-usul, mitos, cerita-

cerita binatang dan lain-lainnya. Sastera rakyat lahir untuk tujuan hiburan, unsur-

unsur pelarian daripada masalah dan cabaran hidup buat sementara waktu. Ia juga

memiliki unsur pengajaran, didikan kepada anggota masyarakat, mengandung sindiran

Penghayatan Karya Agung Melayu 15

secara halus kepada golongan tertentu dan menggambarkan cara hidup, corak

pemikiran dan ketamadunan masyarakat Melayu lama.

Pada umumnya Sastera Melayu Klasik boleh dibahagikan kepada dua iaitu

sastera tulisan dan sastera lisan.Sastera tulisan adalah kepunyaan golongan istana

raja, manakala sastera lisan adalah milik rakyat jelata yang berkembang melalui

pertaturan dan diwarisi dalam masyarakat melalui tradisi lisan.Sastera rakyat lahir

dalam masyarakat yang tidak mengenal huruf.Masyarakatnya mengamalkan corak

hidup yang sederhana dan konservatif.

JENIS-JENIS SASTERA RAKYAT

Cerita Asal Usul

Cerita Asal usul dianggap di antara genre yang tertua lahir dalam masyarakat

Melayu.Cerita rakyat ini menerangkan tentang asal kejadian dunia dan alam semesta,

manusia, binatang, dan alam di sekeliling mereka.Cerita asal usul memberi penjelasan

terhadap sesuatu perkara sehingga dapat diterima oleh pendengar dengan

mengemukakan faktor-faktor yang sesuai dengan alam pemikiran orang Melayu yang

hidup dalam masyarakat sederhana.Contohnya, jika sesuatu tempat mempunyai

sebuah bukit yang terdapat batu menyerupai wajah manusia, maka lahirlah cerita

kononnya batu itu berasal daripada manusia yang telah disumpah oleh Sang

Gedembai. Perlu ditegaskan bahawa cerita asal usul, sangat rapat budaya masyarakat

Melayu waktu itu, mereka menganut animisme dan menganggap apa yang mitos dan

legenda itu adalah benar belaka. Dunia ini berasal daripada sesuatu di luar alam fikiran

modenis, tetapi itulah corak sastera klasik yang tertua.

Cerita Binatang

Cerita binatang dipercayai sebagai salah satu bentuk cerita yang tertua; sama usianya

dengan cerita asal usul. Cerita binatang merupakan hasil sastera lisan yang diwarisi

daripada masyarakat manusia sejak zaman purba, iaitu semasa manusia masih lagi

hidup di dalam gua.Pada masa itu manusia belum lagi menguasai alam di sekeliling

mereka.Oleh itu mereka sering berhadapan dengan binatang di dalam kehidupan

mereka, maka dianggapnya bahawa binatang itu sebagai kejadian yang serupa dengan

mereka.Cerita binatang menggunakan binatang sebagai watak-wataknya. Binatang-

binatang tersebut sama ada dipelihara oleh manusia seperti kucing, anjing atau

binatang liar yang mendiami hutan-hutan rimba seperti harimau, buaya, kancil dan

sebagainya. Binatang-binatang itu digambarkan mempunyai akal fikiran dan dapat

bertutur malah berhujah seperti manusia.

Penghayatan Karya Agung Melayu 16

Cerita-cerita binatang diciptakan untuk memberi nasihat, pengajaran dan

pendidikan kepada pendengar.Misalnya, binatang kuat dan sombong dapat dikalahkan

oleh binatang yang kecil lagi lemah, seperti cerita Helang Dengan Siput dan Arnab

Dengan Kura-kura. Terdapat juga cerita binatang yang mengisahkan kebijaksanaan

atau kecerdikan sesuatu binatang seperti kecerdikan Sang Kancil atau seperti yang

terkumpul dalam Hikayat Sang Kancil.

Cerita Mitos

Mitos merupakan sejenis cerita prosa, yang dianggap oleh masyarakat bahawa.cerita

itu sebagai benar dan pernah terjadi pada masa yang lalu.Mitos diterima dengan penuh

keyakinan dan menjadi suatu dogma yang harus diterima kebenarannya tanpa

dipersoalkan.Mitos juga merupakan cerita yang suci yang lahir daripada kepercayaan

agama dan mempunyai pertalian erat dengan ritual.Mitos mengisahkan tentang dewi,

asal mula kejadian alam, manusia dan kematian. Menurut Mohd. Taib Osman, mitos

sebagai satu genre tidak lagi wujud dalam sastera rakyat Melayu. Apabila orang Melayu

menganut agama Islam mereka tidak lagi mempercayai dewa dewi yang masih terdapat

di kalangan sesetengah masyarakat di Nusantara.Konsep dewa dewi digantikan

dengan konsep Allah sebagai Pencipta.Kini cerita mitos yang masih wujud di kalangan

orang Melayu ialah mitos kejadian sesuatu benda.Mitos kini dianggap sebagai dongeng

untuk tujuan hiburan sahaja.Contoh unsur-unsur mitos dalam Sejarah Melayu seperti

putera raja yang lahir dari buluh betung atau buih dan sebagainya yang

menggambarkan kesaktian dan kebesaran dewa.

Cerita Legenda

Legenda juga adalah sejenis cerita prosa, yang dianggap oleh penuturnya sebagai

cerita yang benar yang berlaku dalam waktu tidak begitu lama.Dalam tradisi lisan

Melayu terdapat cerita-cerita bercorak legenda yang mengisahkan tentang tokoh-tokoh

dalam sejarah orang Melayu, tetapi catatan tentang tokoh-tokoh itu disampaikan dalam

bentuk cerita.Watak digambarkan sebagai mempunyai kesaktian dan kegagahan yang

luar biasa.Oleh itu legenda dianggap sebagai suatu peristiwa sejarah. Contoh cerita-

cerita legenda seperti Sejarah Melayu, Hikayat Acheh, dan Hikayat Hang Tuah, Tuan

Puteri Sakdong di Kelantan dan lain-lain. Dalam masyarakat Melayu, legenda Hang

Tuah dianggap sebagai pahlawan Melayu yang handal.Kata-katanya “Tak Melayu

hilang di dunia” disebut sebagai ungkapan yang sentiasa tersemat di dalam hati

sanubari.

Penghayatan Karya Agung Melayu 17

Cerita Dongeng

Cerita dongeng ialah cerita yang menggambarkan kisah hidup seseorang tokoh atau

peristiwa, yang berlaku di dunia kenyataan, tetapi kejadiannya tidak semestinya berlaku

sebenarnya.Ia lebih kepada sebuah cerita rekaan, yang di dalamnya ada unsur mitos,

legenda, kesaktian, keajaiban dan sebagainya. Yang dipentingkan oleh sebuah cerita

dongeng ialah daya tarikan ceritanya yang menarik dan menawan di samping

memberikan teladan dan misalan yang berguna kepada pendengar atau

khalayaknya.Ada juga pengkaji mengkategorikannya sebagai cerita teladan, kerana

yang dipentingkan ialah aspek moral dan pengajaran sucinya, terutamanya kepada

golonganb kanak-kanak dan remaja.

Di antara cerita dongeng yang terkenal ialah Bawang Putih Bawang Merah, Batu

Belah Batu Bertangkup, Si Tanggang, Jula Juli Bintang Tujuh dan lain-lainnya. Cerita-

cerita itu mengemukakan watak-watak yang luar biasa, seperti Tanggang yang bercita-

cita ingin menjadi kaya, tetapi setelah ia belayar kahwin anak raja, ia lupa kepada

ibunya sewaktu mereka bertemu. Anak ini mendapat tulahan lalu menjadi batu.Tidak

syak lagi cerita yang sedemikian, memiliki sejumlah pengajaran dan teladan untuk

anak-anak supaya sentiasa mengingati pengorban orang tuanya terutamanya

ibunya.Kita melihat dalam susunan atau struktur ceritanya, banyak unsur kebetulan dan

kewajaran; tetapi yang penmting bukan nilai olahan atau pencernaan cerita, yang

dipentingkan ialah unsur pengajarannya.Justeru itu cerita dongeng menggunakan

poetic justice iaitu yang baik dibalas baik dan yang jahat dibalas jahat.

Cerita Jenaka

Cerita jenaka juga dikenali sebagai merry tales, tall tales dan lain-lain.Cerita jenaka di

seluruh dunia mempunyai persamaan dari segi motif atau isi ceritanya, maksud dan

bentuk ceritanya.Semua cerita jenaka mempunyai maksud hiburan, petunjuk dan

sindiran seperti yang terdapat pada cerita-cerita binatang.Watak memainkan peranan

penting dalam menentukan kejayaan sesuatu cerita terutama untuk memperlihatkan

unsur-unsur kelucuan. Faktor-faktor yang menimbulkan kelucuan ialah

a. Sifat watak yang terlalu bodoh atau terlalu pintar,

b. Adanya unsur-unsur kebetulan dalam cerita,

c. Kelucuan ditimbulkan daripada jalan cerita itu sendiri,

d. Adanya permainan kata-kata yang melucukan.

Penghayatan Karya Agung Melayu 18

Watak utama dalam cerita jenaka Melayu seperti Pak Pandir, Lebai Malang, Pak

Belalang, Si Luncai, Mat Jenin, Musang Berjanggut dan sebagainya. Cerita

berdasarkan kepada peristiwa seharian dan berlatarbelakangkan masyarakat Melayu

tradisional melalui pengalaman dan pandangan masyarakat.Contohnya cerita Lebai

Malang.Dia mendapat tiga jemputan kenduri. Oleh kerana tidak dapat menentukan

untuk pergi satu jemputan yang tertentu dia cuba menghadiri ketiga-tiganya. Malangnya

apabila dia tiba pada tiap-tiap kenduri, orang sudah bersurai.Apabila dia memburu

anjing bajunya dicuri orang, lalu pulang ke rumah tanpa pakaian sehingga dipukul oleh

isterinya.

SASTERA ZAMAN HINDU

Adalah menjadi sejarah umum bahawa alam Nusantara berada di bawah dominasi

pengaruh Hindu.Pengaruh ini berjalan selama sembilan kurun.Bukan saja

kesusasteraan telah diperhindukan, malah seluruh kebudayaan Melayu, di mana nilai-

nilai hidup terutamanya sastera berkiblatkan kepada tanah besar benua India.Kita

menyaksikan Mahabharata dan Ramayana, menjadi bahan-bahan sastera Melayu yang

cukup dominan, malah sastera rakyat Melayu dikatakan terepigon dan hasil adaptasi

atau imitasi dari India.

Selain daripada itu, khazanah hikayat India seperti Hikayat Maharaja Puspa

Wiraja, Hikayat Langlang Buawana dan Hikayat Mara Karma menjadi cerita-cerita yang

dimainkan oleh wayang kulit dan selampit serta lain-lain drama tradisional, yang

memperjelas betapa cukup popularnya sastera pengaruh Hindu itu. Pengaruh Hindu ini,

sebenarnya tidak dapat dinafikan kekuatannya, sehingga di zaman selepasnya pun,

malah dalam kehidupan kita kini, masih terbayang beberapa unsur kehinduan. Namun

suatu hal, yang perlu jelaskan di sini, sastera Hindu itu sebenarnya tidak bersifat

sastera masyarakat atau rakyat.Sastera zaman Hindu adalah sastera istana atau

sastera kraton.

Beberapa orang pengkaji sastera kemudiannya, seperti Syed Muhammad

Naquib, menyatakan sastera Hindu tidak meresap ke dalam jiwa rakyat. Malah ia lebih

menekankan kepada unsur-unsur kesenian yang beralaskan kepada pendengaran,

bukan yang menggerakkan atau yang keluar hasil dari akaliah. Justeru itu, kesannya

sebenarnya tidak kuat, kekuatan-kekuatan kesan persejarahan hanya dipertegas-

tegaskan oleh kaum orientalis saja dengan tujuan untuk menyatakan bahawa pengaruh

Hindu itu sangat kuat dalam sastera dan kebudayaan Melayu sambil hendak

memperkecilkan perkembangan Islam.

Betapa pun, antara kedua pendapat yang pro dan kontra itu, dapat saja

dirumuskan bahawa, kesusasteraan Melayu pernah dijajah oleh Hindu. Dalam

beberapa hal, ramai bersetuju dengan pendapat pengkaji Syed Muhammad Naquib,

Penghayatan Karya Agung Melayu 19

kerana masa kini kia sebenarnya tidak dapat melihat dengan jelasnya pengaruh-

pengaruh Hindu itu. Dan memang menjadi suatu hakikat sejarah, Hindu tidak

meningkatkan sastera Melayu menjadi sastera yang baik.Tidak dapat membawa

kepada suatu aliran akaliah dan hanya aliran untuk berseni-senian saja tanpa mahu

menyuburkan pemikiran dengan falsafah-falsafah hidup yang bermakna.

Daripada genre prosa, orang-orang Hindu membawa Ramayana dan

Mahabharata, sementara daripada sudut puisi kita bertemu dengan gurindam dan

seloka.Antara prosa dan puisi itu, genre prosalah yang banyak meninggalkan kesan ke

dalam sastera Melayu. Dalam konteks sastera Melayu klasik, terdapat dua versi cerita

Ramayana, pertama Hikayat Ramayana yang tebal dengan pengaruh unsur agama

Hindu dan sebuah lagi ialah Hikayat Ramayana yang dihasilkan dalam bentuk sastera

Melayu atau disebut sebagai versi Melayu.

Hikayat Ramayana adalah salah satu peninggalan yang memberi kesan dalam

hasil kesusasteraan.Cerita ini telah mempengaruhi kelahiran cerita Melayu

lainnya.Menurut kenyataan Mohd Taib Osman (1974) seorang sarjana tempatan

sastera klasik yang sohor epik Ramayana adalah berdasarkan watak-watak atau dewa-

dewa penting dalam agama Hindu.Pelbagai versi cerita ini terdapat dalam kepercayaan

agama dan kesusasteraan negara-negara di Asia Tenggara seperti Burma, Thailand

dan Indonesia.Kepada orang Melayu watak-watak dalam cerita Rama ini merupakan

khayalan dan bukan kebenaran.Daripada epik Ramayana maka lahirlah hasil

kesusasteraan Melayu tradisional berjudul Hikayat Seri Rama.Unsur-unsur Hindu yang

bersifat keagamaan dalam hikayat itu berubah menjadi bersifat kebudayaan dan

sumber sastera sahaja.Pengaruh Hindu terkesan dalam pelbagai bentuk dan jenis

sastera Melayu.Pertama, unsur Hindu wujud dalam jampi, serapah dan

mantera.Sebelum kedatangan agama Hindu, orang Melayu berpegang kepada

animisme, iaitu mempercayai semangat, roh jahat, penunggu dan sebagainya.Mereka

menggunakan susunan kata-kata untuk memanggil semangat, menghalau roh jahat

atau memuji roh yang baik. Dengan penampilan kata-kata seperti Dewata Mulia Raya,

Betara Guru, Maha Visnu, Sang Rajuna dan sebagainya, maka para pengkaji sastera

menganggap bahawa unsur Hindu telah menyerapi dan tersadur dalam jampi, serapah

dan mantera.

Kedua, pengaruh Hindu telah menyebabkan beberapa epik Hindu disadur atau

diterjemahkan sebagai hasil kesusasteraan Melayu.Hikayat Seri Rama dalam sastera

Melayu dipercayai tiruan daripada kitab Ramayana.Ramayana ialah epik Hindu yang

terkenal di kalangan penganut Hindu. Epik Ramayana disusun oleh seorang resi atau

petapa, bernama Valmiki selama 400 tahun pada tahun 200 sebelum masihi. Ia terdiri

daripada 24000 seloka yang terbahagi kepada tujuh kanda atau kitab.

Penghayatan Karya Agung Melayu 20

Hikayat Seri Rama

Ada setengah pengkaji menyatakan bahawa Hikayat Seri Rama adalah sebuah epik,

tetapi ada juga yang menyebutnya sebagai roman rakyat.M.E Maxwell seorang

pegawai kolonialis adalah orang pertama yang telah mengumpulkan hikayat ini.Sastera

Melayu terutamanya yang bercorak cerita atau roman, masih lagi diturunkan secara

lisan. Hanya di penghujung abad ke 19 dan awal abad ke-20 usaha mengumpulkannya

atau menurunkannya ke tulisan mula dikerjakan. 1886 Hikayat Seri Rama yang

diceritakan oleh Mir Hassan diterbitkan dalam tulisan Jawi dalam jurnal Royal Asiatic

Society, Straits Branch

Apa yang dikerjakan oleh Maxwel itu dianggap sebagai suatu usaha murni untuk

menyelamatkan supaya cerita-cerita itu tidak hilang dek zaman. Cerita daripada Mir

Hassan itu dikatakan versi epik Ramayana.Selain Hikayat Seri Rama terkenal hasil

saduran daripada sastera epik Ramayana, kita menemui juga Hikayat Maharaja

Rawana. Bagaimana pun proses pengubah suaian telah berlaku sewaktu cerita lisan itu

disampaikan. Unsur-unsur asal yang masih dipakai seperti penculikan Sita, isteri Rama

dan Ravana dan Hanuman memngambil Sita daripada Ravana dari Langkapuri.

Peminjaman berlaku dengan modifikasi dan transformasi ialah bahagian watak seperti

Rama, Sita Laksamana dan Ravana, adanya watak keran Hanuman, mendapat

bantuan Laksamana dan menggunakan Kijang meas sebagai umpan untuk menculik

Sita yang dilakukan oleh Ravana.

Terdapat juga pandangan yang menyatakan masuknya pengaruh panji dalam

sastera Melayu itu.Hikayat Seri Rama Melayu adalah bersumberkan cerita Ramayana

daripada bahasa Jawa.Rama Kling, Serat Kanda, Rama Sasak dan Rama Nitis.Sumber

cerita-cerita Ramayana dalam Bahasa Jawa; seperti Terdapat berbagai-bagai versi

Hikayat Seri Rama dalam bahasa Melayu iaitu dalam bentuk tradisi tulisan dan tradisi

lisan.Menurut Mohd Taib Osman (1974) Hikayat Seri Rama yang berbentuk lisan dan

tulisan ada variasi versinya. Pertama, Versi Hikayat Seri Rama yang dapat dikesan

bersumberkan daerah Patani. Ia digunakan dan berkembang dalam persembahan

wayang kulit. Kedua, versi yang datangnya daripada negeri Perak, yang telah

dikumpulkan oleh Maxwell melalui penceritaan atau narrator Mir Hassan.Versi ini sudah

kaya dengan unsure Islam dan budaya tempatan. Ketiga, Versi Hikayat Maharaja

Rawana yang hipogramkan kepada Hikayat Seri Rama.

Kenyataan itu menunjukkan ada tiga versi hikayat tersebut yang berkembang

secara lisan dalam tradisi masyarakat Melayu. Bagaimana pun terdapat dua versi

dalam bentuk manuskrip, iaitu pertama, versi Shellabear Versi Shellabear – dicetak

pada 1915 Masihi, yang berdasarkan naskhah asal kepunyaan Archbishop Laud, yang

telah wujud dalam perpustakaan Boldein Library, Oxford England sejak tahun 1633.

Kedua, versi Rooda Van Ensinga yang sebenarnya merupakan kajian terhadap epik itu

pada sebuah manuskrip Melayu dicetak di Amsterdam pada tahun 1843 Masihi.

Penghayatan Karya Agung Melayu 21

Pengkaji menyebutkan bahawa teks ini sangat mirip dan bersifat parallel dengan

Ramayana Hindu, malah menurut kajian filologi ia adalah manuskrip yang

tertua.dengan kenyataan di atas dapat kita ketahui bahawa Hikayat Serti Rama yang

telah sampai ke tangan kita bukanlah lagi asli sebagai teks yang lahir dari rahim zaman

sastera Hindu itu. Sebaliknya ia sudah mengalami perubahan dan penokok-tambahan

sewaktu penurunannya dari lisan ke lisan hinggalah ditulis dan dibukukan

SASTERA ZAMAN ISLAM

Pemikiran tentang kemasukan Islam ke Alam Melayu, tetap merupakan bidang yang

sangat menarik untuk diperkatakan. Tulisan ini bertujuan untuk memberi latar

penyebaran Islam dan kesannya pada perkembangan sastera Islam dan kesannya

kepada kazanah sastera klasik.Orang Arab-Parsi dan Gujarat telah memainkan

peranan penting dalam menyebarkan agama Islam ke Kepulauan Melayu khasnya ke

Melaka. Seterusnya mereka berganding bahu, menyebarkannya ke seluruh daerah

yang dapat mereka sampai. Untuk melihat peranan yang dimainkan oleh Melaka

dengan lebih jelas, ada baiknya terlebih dahulu ditinjau kedudukan Melaka sebagai

kuasa induk dalam penyebaran pengaruh Islam ke rantau ini. Ia bermula dengan

pembukaannya oleh Parameswara pada awal tahun 1400 hingga zaman

keruntuhannnya ke tangan Portugis pada TM 1511. Melaka pernah mengalami zaman

kegemilangan dan keagungan sebagai kuasa terbesar di rantau ini, terutama di bawah

perintahan Sultan Mansor Shah (1456 – 1477).

Hikayat

Hikayat adalah genre terpenting dalam sastera Islam dan banyak melahirkan karya

agung..Perkataan hikayat pula berasal dari bahasa Arab, yang bererti ‘cerita’, tetapi ia

banyak merujuk kepada cerita yang didasari daripada sejarah. Ertinya hikayat ialah

cerita berbentuk sejarah.Dalam konteks sastera Melayu hikayat ialah satu penceritaan

yang panjang, mengenai sesuatu kejadian, tokoh dan sebagainya. Kadang-kadang ia

mempunyai pengertian yang sama dengan roman. Roman dan hikayat selalunya dalam

penggunaan yang sama.Roman atau hikayat yang dipengaruhi Arab Parsi kita temui

dalam berbagai-bagai bentuk:

Pertama, hikayat kepahlawanan atau heroisme seperti Hikayat Muhammad

AliHanafiah, Hikayat Raja Khandak dan lain-lainnya.

Kedua: hikayat yang berhubungan dengan personaliti nabi: Hikayat Nur

Muhammad, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Bulan Berbelah dan seterusnya.

Ketiga: hikayat yang berbentuk cereka seperti Hikayat Raja Jumjunah,

Hikayat Saif Dzul dan lain-lainnya.

Penghayatan Karya Agung Melayu 22

Kajian ahli orientalis menunjukkan bahawa genre ini mempunyai kedudukan

yang terpenting daripada genre yang lain, kerana ia tersebar begitu meluas dan sangat

disukai ramai. Hikayat berkembang justeru orang-orang Melayu sudah memiliki tradisi

tulisan yang baik. Dalam tradisi Barat terdapat istilah roman berbentuk sastera prosa

yang mengisahkan riwayat, perjalanan, kehidupan dan pengembaraan seseorang tokoh

atau wira.Ini termasuklah kisah raja-raja yang membuka sesebuah negeri atau

menakluki sesebuah negara yang lain.Cerita begini sebelum Islam sudah wujud, tetapi

dengan kedatangan Islam yang dibawa oleh Arab-Parsi itu, kisahnya lebih

memancarkan keislaman dan agak berpijak di bumi nyata.Kehadiran Islam

menyebabkan audien sastera dari keraton berpindah kepada masyarakat biasa.

Pertumbuhan hikayat Melayu sebenarnya adalah terpengaruh dari Parsi.Boleh

dikatakan amat sedikit pengaruh dari prosa Arab.Jelas kesemuanya sebagai genre

sastera tidak berkembang setelah pertembungan Arab-Parsi.Sementara kisah yang ada

pada masyarakat Arab, hanya terlalu bersifat tempatan dan tidak begitu dapat diterima

oleh masyarakat antarabangsa Islam..Tentu saja hikayat-hikayat yang muncul di dalam

sastera Parsi itu juga lahir dari semangat Islam.

Menyentuh tentang hikayat dalam sastera Parsi, ia dibahagikan menurut

klasifikasi yang lain, tetapi bila masuk ke dalam sastera Melayu ia digolongkan ke

dalam hikayat sahaja. Pendeknya apa saja kisah yang berbentuk penceritaan ia segera

dinamakan sebagi hikayat.Hikayat tidak saja diperkembangkan oleh cerita-cerita yang

dibawa dari Arab-Parsi yang tujuannya untuk mendakwahkan Islam dan sebagai

menggantikan sastera Hinduisme, ia juga mempergiatkan bentuk-bentuk hikayat yang

ceritanya tumbuh di kalangan masyarakat tempatan. Ini dapat dibuktikan dengan

lahirnya Hikayat Merong Mahawangsa dan lain-lainnya lagi. Hikayat tempatan ini

menggunakan mekanisme dan struktur hikayat-hikayat dari Parsi dan memepunyai

motivasi yang sama.

Dalam arus perkembangannya sastera hikayat, telah dibahagikan kepada tiga

kelompok iaitu hikayat berunsur Hindu, hikayat berunsur Hindu-Islam dan hikayat

berunsur Islam.Pembahagian kelompok ini dipengaruhi oleh zaman kelahiran cerita-

ceritya tersebut yang telah diresapi oleh bingkai atau struktur hikayat.Hikayat

Ramayana dan Hikayat Mahabharata mewakili zaman Hindu, Hikayat Gul Bakawali dan

Hikayat Inderaputera mewakili zaman Hindu-Islam dan Hikayat Amir Hamzah dan

Hikayat Burung Bayan mwakili zaman Islam. Walau bagaimana pun seperti yang

ditegaskan hikayat adalah tradisi Islam Arab-Parsi, sudah tentu di zaman sastera Islam

hikayat banyak dihasilkan malah beribu-ribu naskhah dan cerita dihasilkan.

Penghayatan Karya Agung Melayu 23

Cerita Berbingkai

Cerita berbingkai hikayat berbingkai ialah sejenis penceritaan yang sambung

bersambung dan berantai.Strukturnya sedikit berbeza dari hikayat yang umum. Dapat

juga dinyatakan ia bersifat sebagai cerita dalam cerita iaitu ceritanya terjadi daripada

satu cerita pokok dan di dalamnya terdapat berbagai-bagai cerita yang lain, dikenali

sebagai cerita sisipan, cerita berakhir dengan kembali kepada pokok.Cerita itu

bersambung-sambung serta berkait dengan cerita pokok.Cerita pokok berkait dengan

cerita sisipan melalui tukang cerita. Tukang cerita berperanan sebagai penghubung

antara cerita pokok dengan cerita sisipan. Cerita sisipan disampaikan oleh tukang cerita

kepada tokoh tertentu dari cerita pokok, untuk menghasilkan hujah atau untuk

membuktikan kebenaran.Bentuk ini digunakan untuk hikayat yang panjang-panjang dan

bersambung-sambung; kerap kali mengandugi sebuah cerita pokok dan beberapa

cerita sisipan yang merupakan bantuan, yang terbit terdiri sendiri.Dengan itu

terdapatlah cerita dalam cerita.Antara cerita yang sdia dikenal masyarakat ialah:

Hikayat Bayan Budiman, Hikayat Bakhtiar, Hikayat Kalilah dan Dimnah, Hikayat

Ghulam dan Hikayat Seribu Satu Malam. Dalam kategori prosa Parsi kita temui ‘fable’

iaitu hikayat margastua dan pada kebanyakannya hikayat berbingkai ini adalah

menceritakan kisah binatang.

Hikayat Bayan Budiman menceritakan burung bayan yang pandai bercerita

sehingga puan punyanya, tidak sempat untuk bermukah dalam peninggalan suaminya.

Begitu juga Hikayat wa Dimnah itu lebih hampir kepada dongeng-dongeng Esop. Cuma

yang berkecuali ialah Kisah Seribu Satu Malam dan Hikayat Ghulam, wataknya ialah

manusia biasa.Di antara cerita yang sdia dikenal masyarakat ialah: Hikayat Bayan

Budiman, Hikayat Bakhtiar, Hikayat Kalilah dan Dimnah, Hikayat Ghulam dan Hikayat

Seribu Satu Malam. Dalam kategori prosa Parsi kita temui ‘fable’ iaitu hikayat

margastua dan pada kebanyakannya hikayat berbingkai ini adalah menceritakan kisah

binatang. Hikayat Bayan Budiman menceritakan burung bayan yang pandai

bercerita sehingga puan punyanya, tidak sempat untuk bermukah dalam peninggalan

suaminya. Begitu juga Hikayat wa Dimnah itu lebih hampir kepada dongeng-dongeng

Esop. Cuma yang berkecuali ialah Kisah Seribu Satu Malam dan Hikayat Ghulam,

wataknya ialah manusia biasa.

Hikayat berbingkai ini adalah mengisahkan khalifah zaman Islam dan

pertumbuhannya ada hubungannya dengan kejadian yang berlaku dalam masyarakat

Islam itu sendiri. Dan cerita-cerita ini pula ada yang berlaku cerita di atas

cerita.Wataknya terdiri daripada watak manusia dari kalangan istana dan rakyat biasa.

Juga watak binatang yang dipersonifikasikan, dan ia mempunyai watak penting sebagai

pembawa cerita sebagai watak penyelamat melalui cara bercerita. Contoh dalam

Hikayat Bayan Budiman.Bayan Budiman berperanan sebagai pencerita bagi

menyelamatkan isteri tuannya dari melakukan kejahatan dan kecurangan ketika

Penghayatan Karya Agung Melayu 24

suaminya tidak ada di rumah. Hikayat ini terkenal kerana mempunyai nilai-nilai moral

yang tinggi seperti ketabahan, kesetiaan, kejujuran dan keadilan. Juga mengandungi

unsur pengajaran dan pendidikan misalnya sifat dan kelakuan yang baik ditunjukkan

melalui watak-watak dalam cerita sisipan boleh dijadikan sebagai contoh teladan.Begitu

juga dengan tindakan melengah-lengahkan masa berbuat sesuatu keburukan akhirnya

dapat menghasilkan kebaikan.

Dalam Hikayat Bayan Budiman menceritakansaudagar Khoja Maimun yang

belayar untuk berniaga dengan meninggalkam Bibi Zainab isterinya bersama dua ekor

burung, burung bayandan burung tiong yang pandai berkata-kata. Sepeninggalan

suaminya si isteri telah telah jatuh hati kepada seorang anak raja dan berjanji

berkasihan-kasihan dalam pertemuan yang ditentukan. Sayangnya si isteri memberi

tahu burung tiong, burung itu tidak merestusinya tetapi kemudiannya ia dimarah oleh si

isteri yang sudah gila kasih itu. Kerana marahnya burung tiong itu dibunuhnya. Yang

menariknya yang menjadi bingkai cerita ialah apabila Bibi Zainab beritahu burung

bayan. Di sinilah datangnya cerita itu apabila si bayan cuba mencari helah untuk

melalaikan tuannya dengan mengemukakan pelbagai cerita. sebanyak 25 buah cerita

pada setiap malam berakhir pada waktu pagi dan menyebabkan Bibi Zainab

membatalkan niatnya. Di antara ceritanya ialah Cerita Taifah, Cerita raja dengan

seorang Syeikh dan seekor ular serta seekor katak., Cerita Zahid dengan Serimala dan

pandai emas dan pandai tenun dan lain-lainnya.

Hakikat bahawa bentuk ini dimiliki oleh sastera Melayu tentu saja tidak dapat

menafikan pengaruh Parsi. Malah para pengembang kesusasteraan bukan saja meniru

bentuknya, bahkan menterjemahkannya secara bulat-bulat, sehingga cerita Seribu Satu

Malam yang ada dalam sastera Melayu sebenarnya adalah terjemahan dan ambilan

secara mutlak. Kisah-kisah Hikayat Bayan Budiman dan Hikayat Bakhtiar merupakan

sastera didaktik yang sangat popular. Kepopularannya tidak hanya pada cerita

pokoknya, malah cerita-cerita sisipannya juga berkembang secara bersendirian. Cerita-

cerita “Bangau Oh Bangau” dan kisah-kisah siri “Sang Kancil” adalah merupakan

sisipan kepada Hikayat Berbingkai.

SASTERA MODEN

Kedatangan Barat membawa genre sastera bentuk baru, yang belum pernah wujud

dalam sastera Melayu sebelumnya. Bentuk-bentuk itu ialah novel, cerpen, sajak dan

drama. Bagaimana pun dasar penceritaan dan puisi zaman sastera klasik telah

memberi asas kepada kelahiran bentuk moden itu. Islam sendiri menerima bentuk baru

asalkan isinya tidak bertentangan dengan niolai-nilai Islam. Secara umum, Islam

memang mengarahkan umatnya berjihad di dalam segala aspek hidup termasuk seni.

Ada teori seni budaya yang mengatakan bahawa seni itu lahir dari agama maka di sini

peranan sastera sangat rapat hubungannya dengan kegiatan agama. “Seni adalah

Penghayatan Karya Agung Melayu 25

termasuk ajaran Al-ddin.” Tetapi seni itu mestilah seni kerana Allah, seni untuk tujuan

membangunkan kehidupan manusia. Sastera yang ingin merosakkan masyarakat

adalah hukumnya haram. Justru itu, tidak menjadi salah kalau penulis-penulis

menggunakan bentuk Barat, asalkan saja, isinya tetap Islam.

Sajak

Sajak adalah bentuk puisi baru dalam zaman moden. Dalam konteks ini kita kembali

kepada pandangan Za’aba yang pernah menyatakan bahawa puisi ialah karangan yang

berangkap, yang cantik susunannya, indah bahasanya yang dapat melafazkan

pemikiran dan menggambarkan kemanisan gaya. Dengan demikian orang yang

mendengarnya jadi tertarik dan senang hati. Kata-kata yang sering dirujuk ialah bahawa

puisi itu kata-kata terbaik dalam susunan yang terbaik. Justeru itu puisi mengajar

sebanyak mungkin dengan kata-kata yang sedikit mungkin.

H.B.Yassin ialah pengucapan dengan perasaan yang di dalamnya mengandung

fikiran dan tanggapan....ia lahir daripada jiwa dan perasaan....membawa gagasan serta

pemikiran yang dapat menjadi renungan masyarakat. Muihammad Haji Salleh pula

berkata: puisi ialah bentuk sastera yang kental dengan muzik bahasa serta

kebijaksanaan penyair dan tradisinya....ia indah dan merdu...indahnya bahasanya dan

dapat memancarkan kebijaksanaan...tidak kosong atau bombastik. Sementara

Shahnon Ahmad menyatakan puisi adalah sulit dan rahsia, disulit dan dirahsiakan oleh

penulis melalui pelbagai wadah yang membentuk karyanya, kerana makna kheidupan

itu sendiri pun adalah sulit dan rahsia...hanya orang-orang yang suka berfikir, yang

benar-benar dapat merasai keindahakan, kenikmatan dan kebenaran sastera yang sulit

dan rahsia itu (Mana Sikana, 2013.)

Pun puisi sebagai genre sastera sering dibezakan dengan genre yang lain

kerana sifatnya yang estetis, memanfaatkan penggunaan dan sarana bahasa; malah

dikatakan penggunaan paling minima dan luar biasa pula. Disebut juga puisi bersifat

emotif, puitik, refrensial, figuratif dan padat segala-galanya. Tegasnya puisi merupakan

penglahiran luapan perasaan hasil ketajaman renungan dan pemikiran sebagai produk

imaginasi bercampur dengan pengalaman hidup. Ada juga orang menyatakan puisi

kerana ia adalah hasil pemilihan kata-kata atau diksi, maka ia disusun secara

berangkap-rangkap dan berirama pula.

Cerpen

Cerpen adalah kependekan dari dua perkataan: cerita pendek. Tetapi tidak semua

cerita yang pendek dapat dimasukkan ke dalam kategori cerpen seperti yang difahami

dalam definisi kesusasteraan moden. Malah panjang pendeknya sesuatu karya itu

Penghayatan Karya Agung Melayu 26

sendiri tidak dapat dijadikan ukuran yang mutlak untuk mengklasifikasikannya sebagai

cerpen. Cerita ‘Orang Tua Dengan Laut’ karya Hemingway yang tebalnya seperti novel

itu pun dimasukkan ke dalam genre cerpen.Dan cerpen ‘Taboo’ karya E.A. Imbert yang

cuma panjangnya 32 perkataan pun dikatakan cerpen juga. Panjang pendeknya

perkataan, tidak menjadi ukurannya. Sebagai sebuah genre sastera prosa, tentulah ia

berbeza dengan novel atau drama. Meskipun ia menggunakan komponen yang sama,

iaitu tema, plot, perwatakan, stail, latar dan sudut pandangan, namun teknik pengola

han. Cerpen dan pengadunannya adalah berbeza. Novel misalnya, terdiri dari

rangkaian skima peristiwa demi peristiwa yang dijalingabungkan dengan ruang-lingkup

yang luas dan panjang urutan masanya. Sementara drama pula, merupakan

perkembangan cerita dari satu episod ke episod yang lainnya dengan mementingkan

pelonjakan konflik yang menjadi nyawanya. Jadi bagaimana dengan cerpen? Oleh

kerana kebiasaan panjangnya cerpen itu dalam lingkungan antara 2000 ke 3000

perkataan, jadi ia tidaklah dapat membincangkan sesuatu yang banyak persoalan dan

memakan masa yang lama.

Pertamanya, cerpen mengemukakan satu kejadian atau peristiwa. Keduanya,

sebuah cerpen bertujuan untuk menimbulkan satu kesan. Ketiganya, cerpen biasanya

memusatkan perkembangan watak yang tertumpu kepada beberapa orang tertentu.

Malah ia lebih menumpukan kepada identifikasi dan perkembangan watak

protagonisnya saja. Tentulah dalam situasi hendak menimbulkan satu peristiwa, dan

dapat melahirkan satu kesan serta memberikan satu motif, tidak memerlukan watak

yang ramai. Memadai dengan memfokuskan seorang manusia atau sebuah watak

penting dan peristiwa berlaku di sekitarnya. Memang biasa kita temui. dalam sesebuah

cerpen itu banyak watak-wataknya; tetapi yang menjadi fokus penceritaannya ialah

kepada seorang watak saja. Watak-watak yang lain cuma bertindak sebagai

memperkuatkan watak utama itu. Namun dari segi identifikasi perwatakan, setiap

cerpen perlu disediakan supaya tidak terdapat watak-watak yang stereotaip.

Dengan kenyataan sebuah cerpen harus mempunyai satu watak penting atau

utama, tidaklah menolak kepentingan atau menidakbolehkan munculnya watak-watak

yang ramai.Ini boleh saja dilakukan, jika seorang cerpenis itu sedar, di antara watak

yang ramai itu ada seorang yang menjadi watak fokusnya. Dan watak-watak yang lain

merupakan watak sampingan saja. Apalagi watak antagonis sangat perlu diadakan,

kerana pertentangan antara keduanyalah yang melahirkan konflik. Konflik dalam cerpen

meskipun tidak sepenting dalam drama, tetapi ia tetap merupakan unsur-unsur dramatik

yang memperkembangkan plotnya.

Keempatnya, cerpen memerlukan konflik atau dengan kata-kata lain ia harus

memiliki unsur-unsur dramatik. Unsur-unsur dramatik seperti konflik itu sendiri, dilema,

ironi, suspen, kejutan, sorot kembali, sorot depan dan lain-lainnya lagi. Apa yaang perlu

ditegaskan, dalam cerpen tidak hanya perlu ada bahan atau peristiwa yang hendak

Penghayatan Karya Agung Melayu 27

disampaikan, tetapi bagaimana cara ia dikemukakan juga perlu; malah jauh lebih perlu

dari bahan itu sendiri. Jadi bagaimana cara ia disampaikan, diistilahkan sebagai teknik.

Justeru itu teknik penyampaian cerpen adalah mustahak, supaya ia menjadi sebuah

hasil sastera yang artistik, menyeronokkan dan dapat memberikan pengalaman-

pengalaman baru kepada khalayaknya.

Unsur-unsur dramatik supaya ia memiliki unsur-unsur yang boleh melahirkan

rasa seni yang tinggi dan khalayak merasakannya sebagai karya kreatif yang dapat

memberikan keseronokan membaca dan mencabar intelektualisme. Sebuah cerpen

yang dikemukakan, biar betapa besar dan penting temanya, tetapi tanpa pengolahan

yang berisi dengan unsur-unsur dramatik, sudah pasti ia akan menjadi tawar dan tidak

menarik perhatian. Berapa banyak orang membaca karya, dari segi cerita dan

persoalannya sudah diketahui, tetapi mereka terus membacanya, rahsianya ialah karya

itu mengandungi unsur-unsur dramatik.

Kelimanya, sebuah cerpen seharusnya mempunyai plot yang tunggal dan ia

dikembangkan dengan penuh rapi dan teliti, ibarat menatang minyak yang penuh. Plot

cerpen tentu sekali berbeza dengan plot novel yang luas, komplikated dan panjang

jarak waktunya; ia berlaku dalam ruang yang pendek, dan ini menuntut suatu jalinan

plot yang kemas dan padat. Maksudnya dalam ruang-lingkup penceritaannya, plotnya

masih lengkap untuk mendedahkan satu peristiwa dengan lengkap, tentulah tidak dapat

dianggap sebagai berjaya. Dan karya itu tidak boleh diterima sebagai cerpen.

Komponen cerpen ialah tema, plot, perwatakan, bahasa, latar dan sudut

pandangan. Ada pengkaji cerpen menyatakan, empat aspek cerpen yang penting ialah

tema, plot, watak dan stail. Bagi mereka latar dan sudut pandangan tidak begitu besar

peranannya dalam pembinaan sesebuah cerpen. Namun di sana ada pula yang

menambah komponen cerpen itu, seperti aspek nada dan pemikiran. Biar apapun kita

dapat merumuskan, kesemuanya adalah perlu diperhatikan dan mempunyai fungsi

masing-masing untuk menghasilkan sesebuah karya cerpen.

Novel

Novel didefinisikan sebagai karya prosa yang panjang, yang berbeza dengan cerpen.

Ia juga dianggap sebagai fiksyen atau cereka. Novel mempunyai aspek atau komponen

seperti tema, plot, watak, bahasa, sudut pandangan dan latar, sama seperti cerpen.

Dalam tradisi novel-novel Melayu dapat dibuktikan ia adalah sinambungan daripada

hikayat, sama juga sajak mempunyai zuriat dengan pantun, syair dan sebagainya. Apa

pun istilah novel kita ambil daripada Barat.

Baratlah yang telah memperkenalkan genre ini ke dalam sastera Melayu moden.

Barat sendiri sejarah novelnya adalah berasal daripada cerita-cerita lama, yang berupa

sastera rakyat. Hanya mula memperlihatkan dirinya di abad ke -17 di Sepanyol dan

Penghayatan Karya Agung Melayu 28

diikuti seabad kemudiannya di England. Barat menghubungkan novel dengan dunia

nyata, iaitu segala pembahanan, sumber dan peristiwa adalah yang benar-benar terjadi

atau kemungkinan terjadi dalam kehidupan sehari-hari atau yang tersimpan dalam

khazanah sejarah.

Seperti yang dinyataka aspek novel ialah tema, plot, perwatakan, bahasa sudut

pandangan dan latar. Ada pengkaji novel yang menekankan hanya tiga aspek novel

yang penting, iaitu plot, watak dan stail. Untuk menguasai dan mengetahui genre novel

ini, eloklah kita kuasa melalui aspek-aspek yang membina struktur novel tersebut.

Berbagai definisi tema telah diutarakan, tetapi yang paling diterima umum ialah tema itu

dimaksudkan sebagai persoalan pokok kepada sesuatu peristiwa dari kejadian yang

berlaku dalam hidup manusia yang dibincangkan oleh seseorang pengarang itu. Apa

yang menjadi pusat pemikiran dan perbincangan pengarang itulah sebenarnya yang

dinamakan tema.

Plot ialah penyusunan cerita yang terdiri dari peristiwa demi peristiwa yang

dihubungkan dengan sebab-bersebab. Pengertian umum plot ialah jalan cerita.

Tegasnya plot ialah menjelaskan bagaimanakah caranya sesebuah novel itu

diceritakan. Mengemukakan apa yang terjadi dan mengapa kejadian itu berlaku.Untuk

mudah mengikuti sesebuah plot novel, kita harus melihat bagaimana caranya

seseorang pengarang itu memulakan dan mengakhiri ceritanya. Adalima tahap

perkembangan plot novel: pertama, permulaannya juga disebut pengenalannya. Kedua,

peringkat penimbulan cerita dengan mengutarakan krisis. Ketiga, peringkat konflik atau

pertentangan; ia disebut juga sebagai kemuncak atau klimaks cerita di mana

munculnya ketegangan dan komplikasi serta kegawatan. Keempat, peringkat

penurunan cerita atau antiklimaks. Dan kelima, peringkat penyelesaian.

Perwatakan ialah orang-orang tua atau pelaku-pelaku yang menggerakkan plot.

Ia disebut juga tokoh. Wataklah yang beraksi, bercakap, bertindak, berfikir, berkonflik

dan menggerakkan perjalanan sesebuah novel. Ia terdiri daripada watak utama atau

protagonis atau watak bulat yang mengalami perubahan dan perkembangan. Watak

yang menentang watak protagonis disebut antagonis, ada masanya antagonis tidak

manusia, boleh jadi anasir alam atau pemikiran.

Aspek bahasa juga disebut stail ialah bagaimana caranya pengarang

menggunakan bahasa untuk novelnya. Bahasa ialah alat yang melahirkan novel

tersebut. Sebagai alat pengucapan, bahasa harus ditekankan dari aspek kejayaan

seseorang pengarang itu menggunakan bahasanya. Apakah bahasa yang digunakan

sesuai dengan cerita watak dan suasana plot yang sedang berkembang. Bahasa yang

baik bukan saja akan menghidupkan sesebuah novel tetapi menjadi perkakas yang

penting untuk pengarang menyalurkan pemikirannya.

Sudut pandangan pula ialah istilah yang digunakan bagi menerangkan cara

apakah sesebuah karya itu disampai dan dipersembah oleh pengarangnya. Siapakah

Penghayatan Karya Agung Melayu 29

sebenarnya yang bercerita dalam novel itu. Adakah watak utama atau sebarang watak

dalam novel itu ialah pengarangnya sendiri? Atau pengarangnya langsung tidak

melibatkan diri dan membiarkan watak-wataknya bercerita?

Latar dalam novel dimaksudkan ialah latar belakang bagi tempat dan masa.

Tegasnya, penelitian dari aspek latar ini untuk memperlihatkan sesuatu peristiwa yang

terjadi dalam novel itu tidak berlaku dalam suatu keadaan yang kekosongan: kosong

dari segi tempat dan masa.

Demikianlah aspek-aspek yang ada dalam sesebuah novel. Kesemua aspek itu

yang disebut sebagai komponen atau bahagian tidak boleh terpisah antara satu sama

lainnya. Dan dalam penciptaan harus pula saling bantu-membantu supaya novel itu

menjadi kuat di mana para pengkaji sastera pernah menyatakan: mencipta novel sama

halnya dengan membina rumah.

Drama

Drama bererti seni gerak atau seni lakonan. Dalam drama terdapat dua buah

komponen penskripan dan pementasan. Dalam drama tidak ada nbaratif atau

penceritaan, gerakan plotnya menggunakan dialog.

Pembinaan drama hampir sama dengan fiksyen, iaitu harus bertunjangkan

kepada pemikiran, plot, watak dan bahasa. Ada masanya orang menambah dengan

satu lagi bahagian, iaitu latar. Sementara ada pengkaji drama yang menyatakan hanya

tiga aspek drama sahaja yang penting iaitu plot, watak dan dialog. Sedangkan

pemikiran atau persoalan (tema) adalah unsur yang semestinya sudah tersedia. Tanpa

cerita, tema atau pemikiran, sesebuah drama tidak akan tercipta.

Semua aspek dramatic itu memerlukan suatu olahan, pencernaan, adunan dan

susunan. Aspek-aspek tersebut bertugas untuk menyatupadukan persoalan dan

pemikiran yang digerakkan oleh para wataknya dengan plot yang menarik dan bahasa

yang sesuai. Penulis yang dapat memadukan semua aspek itu sajalah yang akan

berhasil mencipta skrip yang baik. Kesatuan semua bahagian itu sebenarnya yang

menjadi rangka, bentuk atau struktur bagi sesebuah drama. Struktur yang dibangunkan

dengan cukup teliti, penjalinan plotnya yang kemas, watak-wataknya yang hidup dan

dialognya yang segar dan meyakinkan akan dapat melahirkan sebuah karya drama

yang bermutu.

Pertamanya kita melihat secara dasar apa yang dikatakan pemikiran itu.

Pemikiran dalam drama ialah pokok persoalan yang hendak dibincangkan oleh

seseorang pengarang. Apa yang menjadi pusat peristiwa dan cerita atau sesuatu

falsafah dan mesej, maka itulah yang dinamakan pemikiran. Pemikiran seperti yang

telah ditegaskan ialah tema dalam novel dan cerpen.

Penghayatan Karya Agung Melayu 30

Pemikiran dalam drama biasanya dipengaruhi oleh sikap dan aspirasi

pengarang. Dalam perkembangan drama Malaysia misalnya ada tiga zaman: zaman

pertama dikenal sebagai sandiwara iaitu hasil karyanya bercorak sejarah; zaman

kedua sebagai drama masyarakat atau drama realisme dan zaman ketiga sebagai

drama absurd atau abstrak. Setiap zaman itu menghasilkan drama yang berbeza dari

sudut struktur dan pemikiran yang digarap oleh pengarangnya. Sandiwara atau disebut

juga drama purbawara atau sejarah, pemikirannya banyak merujuk kepada peristiwa

atau kejadian yang telah berlaku dalam sejarah Melaka, Johor, Perak dan sebagainya.

Sementara drama realisme, pemikirannya banyak menyentuh persoalan masyarakat

semasa seperti pelajaran, pendidikan, moral dan seumpamanya.

Faktor masa sememangnya memberi kesan yang besar terhadap perubahan dari

sudut pemikiran drama. Karya yang ditulis sebelum perang misalnya, mempunyai

persoalan dan pembicaraan dari segi nasionalisme dan perebutan kemerdekaan, tetapi

apabila negara bebas dari belenggu penjajahan, persoalan pengisian kemerdekaan

pula dibincangkan dengan cukup meluas.Begitulah selanjutnya, setiap sebuah drama

itu ada mempunyai pokok persoalan. Para penulis skrip akan bertolak dari aspek

pemikiran yang terlintas dan dikumpul d dalam benaknya kemudian diadunkannya

dengan aspek yang lainnya iaitu plot, perwatakan dan latar.

Plot ialah satu skim aksi yang berkembang dari rentetan peristiwa yang disusun

sembung-bersambung di atas dasar sebab-musabab. Plot dalam drama berbeza

dengan plot dalam novel dan cerpen dari sudut gerakan aksinya dan teknik-teknik

dramatik yang di tahap pengenalan kemudian muncul peristiwa, peristiwa jadi

meruncing. Lalu ia melonjak ke kemuncak dengan mengalami klimaks cerita dan

akhirnya menemui penyelesaian, tetapi cara meruncing dan memuncakkan beritanya

berlainan. Ini disebabkan plot drama dikembangkan atas dasar konflik. Dan konflik

drama itu berbeza dengan konflik novel atau cerpen. Justeru kita temui, seorang yang

biasa atau mahir menulis novel, tidak menjanjikan atau diharapkan dapat berjaya dalam

penulisan drama. Cara dan teknik plot drama itu dikembangkan adalah berbeza.

Watak ialah pelakon-pelakon atau pelaku-pelaku yang menggerakkan plot.

Watak disebut juga dengan nama tokoh atau peranan. Mereka inilah yang beraksi,

berdialog, bertindak, berfikir dan berkonflik. Kedudukan watak dalam drama sangatlah

penting kerana drama sebenarnya ialah gerakan watak. Audien menonton watak-watak

itu bergerak dan bercakap. Kejayaannya membawa cerita dan suasana akan dapat

meletakkan drama itu. Drama yang berjaya ialah apabila watak-wataknya berjaya

dikemukakan. Ada berbagai-bagai cara mengkategorikan perwatakan, biasanya

sebagai protagonis dan antagonis. Protagonis ialah watak utama atau watak penting

drama itu. Biasa juga disebut sebagai watak wira. Antagonis pula ialah watak yang

menentang protagonis itu. Ia boleh jadi seorang manusia, misalnya watak jahat yang

cuba menentang wira. Watak utama perempuannya pula disebut wirawati. Selain dari

Penghayatan Karya Agung Melayu 31

itu disebut saja sebagai watak penting dan watak tambahan. Dalam sebuah drama

biasa ada watak utama iaitu, watak protagonisnya, kemudian watak antagonis, watak

wirawati, lalu ditemui watak-watak penting dan watak-watak tambahan.

Yang dimaksudkan dengan bahasa ialah penggunaan perkataan, penyusunan

ayat dan aspek makna yang hendak disampaikan melalui drama itu. Drama

dikembangkan dengan menggunakan dialog, jadi bererti bahasa dalam drama ialah

dialognya. Peranan dan fungsi dialog sungguhlah besar, kerana plot yang hendak

ditonjolkan menggunakan dialog. Malah watak-wataknya yang berhubungan antara satu

sama lain pula menggunakan dialog. Inilah perbezaan yang besar dengan genre

sastera yang lainnya. Ada juga unsur-unsur lain yang dapat diterima sebagai bahasa

drama iaitu seperti gerakan atau improvisasi. Ada masanya ia tidak menggunakan

dialog hanya aksi-aksi saja. Oleh kerana ia berfungsi sebagai menyampaikan cerita,

maka improvisasi itu juga dapat diterima sebagai sebahagian daripada dialog. Namun

bahasa yang mutlak ialah dialognya.

Latar diertikan sebagai gambaran yang tersedia di belakang ruang tas atau

props yang disediakan. Daripada latar itu diharapkan ia dapat menerangkan di mana

dan bila kejadian dan peristiwa dalam drama itu terjadi. Tujuannya bukan sahaja untuk

menimbulkan realiti suasananya, tetapi menolong audien untuk mengetahui tempat dan

masa, dan ini boleh membantu mereka untuk memahami situasi peristiwa yang hendak

diceritakan.

Drama mempunyai perbezaan dengan genre sastera yang lainnya seperti novel

dan cerpen dari sudut aspek-aspek yang membina hasil ciptaannya. Drama tidak

selesai hanya setelah dituliskan skripnya sahaja tetapi ia memerlukan pementasan.

Tegasnya, drama menuntut dua tahap, pertama tahap penulisan skrip dan kedua tahap

pementasannya. Kelainan inilah yang membezakan aspek-aspek penciptaannya.

PERBEZAAN DRAMA DENGAN HASIL SENI LAIN

Pertama, drama dikatakan mencapai keseronokan dan vitaliti seninya dalam masa

yang terbatas. Betapa tidak, drama dihidangkan melalui pementasan. Ia adalah hasil

dari penyatuan skrip, lakonan, arahan, latar dan sebagainya. Drama sama juga dengan

muzik, memerlukan latihan dan keharmonian. Sebuah drama yang baik bererti dari

sebuah skrip yang baik, lakonan yang baik, arahan yang baik dan semua unsur

dramatik yang baik.

Kedua, drama penciptaan yang dihasilkan dari peniruan dari apa yang terjadi

dalam masyarakat. Skrip-skrip drama diolah berdasarkan peristiwa yang dikhayal, difikir

dan dialami oleh pengarangnya. Sejak dari zaman Greek, orang menyatakan drama

ialah penipuan dari alam kehidupan, gerakan tiruan dari alam dan ia bersifat mimetik.

Jadi drama adalah sebuah kehidupan dan hampir pula dengan dunia audiennya.

Penghayatan Karya Agung Melayu 32

Paraaudien perlu diyakini bahawa apa yang disaksikan adalah sebahagian dari

kehidupan mereka. Dan mereka pun berasa drama itu sebahagian dari diri mereka.

Apabila adanya reaksi seperti ini, baru ia dapat dijelmakan sebagai sebuah hasil drama

yang benar-benar drama.

Ketiga, drama adalah suatu hasil interpretasi atau penterjemahan atau

pemahaman dari sebuah skrip. Jadi skrip menjadi induknya. Seorang pengarah

ditugaskan untuk membaca, memahami dan menginterpretasikan skrip drama tersebut.

Yang demikian rupa sesuatu yang bersifat misteri, ia tidak dapat memperjelaskan

dirinya sendiri dan dihasilkan dengan harapan ada orang yang dapat memahami

kehendak-kehendaknya. Pendek kata, sebuah skrip itu masih belum lengkap lagi jika

tidak dipentaskan. Namun berdasarkan dengan skripnya saja aspek-aspek

kesusasteraan dapat dinikmati.

Keempat, drama dihasilkan melalui dialog. Dengan menggunakan dialog, plot,

perwatakan dan persoalan cerita itu berkembang. Prinsip ini menuntut seseorang yang

ingin memahami drama menguasai cara-cara penggunaan dialog. Dialog yang

bagaimana dapat membangunkan nada sedih? Adakah dialog itu sesuai dengan

seorang pegawai kerajaan? Drama sejarah biasanya menggunakan teknik dialog

bagaimana? Kesemuanya itu memerlukan jawapan dan kemahiran. Itulah empat prinsip

yang membezakan drama dengan hasil seni yang lain. Landasan-landasan prinsip itu

merupakan aspek-aspek drama yang harus diketahui bagi seseorang yang ingin

menjadi penulis drama, pengkritik, pengapresiasi dan peminat drama. Dari perbezaan-

perbezaan itu dapat kita mengenal sedikit sebanyak apakah yang dinamakan dengan

drama itu.

RUMUSAN

Dalam Unit ini kita telah membincang dan membahaskan tentang korpus karya agung

sastera Melayu bagi zaman klasik dan zaman moden. Dalam zaman sastera klasik kita

telah menemui genre pentingnya seperti cerita asl usul, mitos, hikayat, cerita

berbingkai dan sebagainya. Genre sajak, cerpen, novel dan drama dibincangkan untuk

zaman sastera moden. Pengetahuan itu akan membantu kita untuk mengenal dan

menguasai teks-teks agung sastera Melayu.

Rujukan

Harun Mat Piah, 1997. Puisi Melayu Tradisional: Satu Perbicaraan Genre dan Fungsi.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Mana Sikana, 2004. Sastera Melayu Klasik: Warisan Keemasan, Singapura: Pustaka

Nasional.

Penghayatan Karya Agung Melayu 33

Mana Sikana, 2004. Membina Keunggulan Tradisi Sastera. Singapura: Pustaka

Nasional.

Mana Sikana, 2005. Sastera Melayu Pascamodenisme, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Mana Sikana, 2013. Dari Barat ke Timur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Taib Osman, 1974. Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala Lumpur: Federal

Publications

Wellek, Rene, 1972. A History of Modern Critic. New Haven: Yale University of Chicago

Press.

KATA KUNCI

1. Sastera rakyat

2. Mitos

3. Legenda

4. Dongeng

5. Hikayat

6. Sajak

7. Cerpen

8. Drama

9. Novel

10. Sastera moden

1. Berikan maksud sastera rakyat.

2. Bincangkan perbezaan yang ketara antara cerita legenda dan cerita dongeng.

3. Apakah ciri utama karya Melayu zaman Hindu?

4. Jelaskan pengaruh Islam terhadap karya yang asalnya daripada pengaruh

Hindu.

5. Huraikan satu ciri yang membezakan karya novel dan cerpen Melayu.

Penghayatan Karya Agung Melayu 34

UNIT 3

KETOKOHAN PENGARANG KARYA AGUNG

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda dapat :

1. Membandingkan kekuatan dan keistimewaan tokoh-tokoh karya agung Melayu,

2. Mengklasifikasi tokoh karya agung mengikut genre hasil kerja masing-masing,

3. Menganalisis secara tekstual dan kontekstual hasil karya tokoh-tokoh karya agung

PENDAHULUAN

Ketokohan merujuk kepada kekuatan dan keistimewaan seseorang tokoh. Pengarang

yang akan dibincangkan ialah Tun Seri Lanang, Raja Ali Haji, Hamzah Fansuri, Keris

Mas, Usman Awang dan Mana Sikana. Tun Seri Lanang terkenal sebagai penulis

historiografi, Raja Ali Haji karyawan intelektual, Hamzah Fansuri dalam bidang puisi

masnawi, Keris Mas adalah tokoh modenisasi cerpen, Usman Awang penulis sajak dan

Mana Sikana menghasilkan drama realisme, surealisme dan pelopor drama

metahistoriografik.

TOKOH KARYA KLASIK

Tun Seri Lanang

Tun Seri Lanang adalah penulis dan pengarang Sejarah Melayu .Meski banyak

pandangan yang berbeza daripada segi kedudukannya sebagai pengumpul, penyusun,

penyunting dan pengarang, tetapi Tun Seri Lanang tetap dipersetuji sebagai orang yang

bertanggung-jawab dalam merealisasikan kehendak sultan Abdullah Maayah Syah ibni

Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Syah, dalam suatu majlis di hadapan pembesar negeri

menyatakan kewujudan sebuah Hikayat Melayu di Goa, Sulawesi. Baginda

memerintahkan didapatkan kitab tersebut, diperbaiki dan dibaca untuk panduan

generasi akan datang.

Nama sebenarnya ialah Tun Muhammad, bergelar Paduka Raja seorang yang

berjawatan Bendahara.Tun Seri Lanang dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor pada tahun

Penghayatan Karya Agung Melayu 35

1565. Kedudukannya ialah sebagai Bendahara Paduka Raja, Johor antara tahun 1580

dan 1615. Ada tanda-tanda yang menunjukkan beliau mempunyai darah keturunan Tun

Perak, bendahara Melaka yang sangat bijak dan membawa Melaka ke persada

dunia.Tun Seri Lanang, sebenarnya bukanlah terkenal sebagai pengarang. Beliau lebih

terkenal sebagai pemimpin. Namun mempunyai minat dalam dunia kepengarangan

Titah raja dilakukannya dengan sempurna. Beliau mendapatkan teks tersebut daripada

Goa dan kemudiannya menyusun, menambah dan memperbaiki mana-mana yang

perlu. Istilah zaman pascamoden kerja beliau dinamakan sebagai intertekstualiti. Kerja

mengarang itu dimulai pada bulan Februari 1614 sewaktu di Johor dan kemudian

disambung di Aceh. Maknanya Sejarah Melayu ditulis 103 tahun setelah Melaka

ditakluk Portugis. Tambahan pula semasa menulis Sejarah MelayuTun Seri Lanang

berada dalam tawanan Aceh. Setelah sempurna dikerjakan, Tun Seri Lanang sedar

bahawa isinya adalah mengenai salasilah raja-raja Melaka. Teks diberi nama Sulalatus

Salatin yang bererti “Salasilah Segala Raja-Raja” Kemudian diterjemahkan oleh

golongan moden menjadi Sejarah Melayu.

Sejarah Melayu tergolong dalam genre sastera historiografi, iaitu karya yang.

bercorak sejarah. Sastera sejarah atau pun disebut juga sebagai sastera historiografi

adalah sebuah genre sastera yang berkembang di zaman sastera klasik: Sastera Islam.

Sesuai dengan namanya, sastera historiografi, ingin menggambarkan pertumbuhan

dan perkembangan kerajaan sesebuah negara atau negeri. Meskipun ia belum

membawa konsep sejarah seperti yang difahami hari ini, sastera sejarah boleh dirujuk

untuk mendapat gambaran kerajaan masa silam. Sastera sejarah dimasuki pelbagai

unsur seperti legenda dan mitos yang berkombinasi dengan isi dan fakta. Bagaimana

punsastera sejarah sebagai salah satu sastera terpenting yang tinggi nilainya kerana

tulisannya mengandungi unsur-unsur sejarah yang ditulis dengan gaya yang menarik

dan cenderung ke arah gaya sastera. Di antara beberapa teks yang terkenal ialah

Sejarah Melayu, Misa Melayu, Tuhfat an-Nafis, Hikayat Merong Maha Wangsa dan

sebagainya.

Sejarah Melayu berisi dengan sejarah Melaka daripada zaman pertumbuhannya,

mengalami zaman keemasan dan akhirnya keruntuhannya di tangan Portugis. Tidak

ada siapa yang dapat menolak Sejarah Melayu daripada segi sejarahnya, ia menjadi

rujukan zaman berzaman untuk mengkaji tamadun Melayu. Isi ceritanya yang

berbentuk sejarah itu mengandungi pelbagai catatan dan kisah seperti tentang

pembukaan negari, aktiviti-aktiviti raja dan undang-undang bernegeri dan berkerajaan.

Juga mengandungi isi yang menceritakan asal-usul raja, asal-usul nama tempat dan

adat istiadat.

Dalam Sejarah Melayu juga, kita temui gambaran kehidupan dan budaya

kerajaan Melaka atau budaya feudal. Isinya mengandungi jurai keturunan raja dan

pembesar negara dan hulubalangnya. Membincangkan juga budaya keagungan dan

Penghayatan Karya Agung Melayu 36

kebesaran bagi pemerintahan bernegara. Cara budaya berkerajaan, terutamanya

tanggung-jawab pembesarnya juga dilukiskan dengan terperinci. Gambaran budaya

tentang wira dan hulubalangnya juga diterangkan dengan jelas, ia penting kerana ia

menjadi tonggak kekuatan negara. Seperti dinyatakan, Sejarah Melayu bercampur

dengan unsur mitos dan legenda. Meskipun ada unsur hiburan, tetapi unsur sejarahnya

lebih kuat. Bahan-bahannya menggambarkan budaya orang Melayu terutamanya

mengenai watak pemerintah dan bangsa Melayu sendiri. Undang-undang dan adat

istiadat juga digambarkan di dalamnya.

Raja Ali Haji

Nama sebenar pengarang Tuhfat al-Nafis ialah Raja Ali Haji ialah Raja Ali Haji bin Raja

Ahmad Haji. Dilahirkan di Penyengat, Riau dalam tahun 1809. Ayahnya seorang tokoh

intelektual tradisional Riau yang pernah melibatkan diri dalam perkembangan politik di

sekitar kepulauan Johor-Riau. Ayahnya juga pernah menjadi utusan Sultan Riau kepada

Gabenor Belanda, Van Der Capellen di Jakarta. Masa perjalanan ulang-alik inilah Raja Ali

Haji ikut bersama ayahnya dan menimba pengalaman yang bukan sedikit, misalnya ia dapat

menemui sarjana Barat seperti T.Rooda dan H.Von Der Waal.

Beliau telah menunaikan haji dan belajar bahasa Arab, pengetahuan agama serta

ilmu sufi yang amat berguna pada kerja kreasi sastera dan tugasnya kemudian sebagai

Perdana Menteri kepada Raja Riau dan penasihat politik kepada Yang di Pertuan Muda

Riau. Atas kegigihannya Penyengat terus berkembang dan menjadi pusat kebudayaan

Melayu dan Islam yang penting di abad ke-19. Pendeknya dengan ringkas mudah

disimpulkan Raja Ali Haji sama juga dengan pengarang sezaman atau hampir sezaman

dengannya, lahir dari kraton dan menulis atas kepentingan kraton dan kerabat-kerabatnya.

Dipandang dari sudut ini Raja Ali Haji masih tidak dapat memisahkan dirinya dari berkreasi

bukan atas kepentingan sastera tetapi kepentingan golongan tertentu, yang mahu

menjadikan sastera itu sebagai propaganda kepada diri dan negara.

Kedudukan Raja Ali Haji sebagai pendidik ilmu tasawuf kepada orang-orang besar di

istana kerajaan Riau dan juga kepada rakyat umum adalah satu keistimewaan kerana

penulisannya dipengaruhi oleh pandangannya selaku seorang pemerhati. Berdasarkan

pembacaan, pengalaman serta sejarah Raja Ali Haji, beliau mampu menghasilkan karya

yang kritis dan indah. Melalui Tuhfat al-Nafis, beliau menceritakan peristiwa-peristiwa yang

berlaku dengan teliti. Apa yang dilihat, dicatat semula dengan memasukkan analisis dan

persepsinya sendiri mengenai buruk dan baiknya. Hal ehwal yang diketahuinya, diceritakan

sambil menghuraikan pandangannya dengan terus terang. Namun begitu, kritikan yang

beliau luahkan ada waktu ditulis dalam bentuk satira.

Tuhfat al-Nafis mencungkil pengalaman pahit dan kehampaan orang Melayu kerana

kehilangan hak pemerintahan. Kehilangan kuasa Melayu berpunca daripada kejahilan raja

Penghayatan Karya Agung Melayu 37

Melayu yang tidak nampak muslihat Bugis, malah sebaliknya meraikan Bugis sebagai

penyelamat yang mengembalikan kedaulatan mereka. Plot yang sama berlaku dalam

sejarah Johor-Riau, bermula dari Raja Sulaiman ke Sultan Mahmud ke-III, sehingga Sultan

Mahmud ke-IV. Raja Melayu sebenarnya diperkotak-katikkan. Mereka diperdayakan oleh

kuasa dan kemakmuran. Opu Bugis yang dari awal sudah merancang untuk berkuasa di

Johor-Riau adalah daripada suku bangsa, bahasa dan adat resam yang berbeza. Tuhfat al-

Nafis sering menyebut tentang perbezaan ini. Seluruh sokongan mereka seolah-olah

sanggup melakukan apa-apa sahaja seperti yang dirakam dalam perjanjiannya:

"barang yang tiada suka engkau melintang, aku bujurkan, barang yang tiada suka

membujur aku lintangkan, barang yang semak di hadapanmu aku cerahkan..."

Ini adalah satu pernyataan secara metaforikal untuk "memperhambakan diri". Raja

Sulaiman yang menginginkan kuasa dan taat setia rakyat kerana sedar akan asal usulnya

telah tertipu dengan janji tersebut. Raja Sulaiman telah menyerahkan pentadbiran negerinya

serta sanak-saudaranya yang perempuan kepada Opu Bugis. Maka bertakhtahlah Raja

Sulaiman di atas sokongan Bugis tetapi kuasa yang dimilikinya itu sebenarnya adalah ilusi.

Beliau menyangka dirinya telah mempunyai kuasa yang sebenar tetapi nyata beliau telah

ditipu daya. Akhirnya Raja Sulaiman ditinggalkan oleh rakyatnya.

Tindakan Raja Sulaiman yang melulu dan bebal seperti yang tersebut dalam Tuhfat

al-Nafis adalah berpunca daripada dorongan nafsunya yang hendak membalas dendam

terhadap Raja Kecik yang telah membunuh bapanya. Dalam memastikan dirinya ditabal

menjadi raja, akhirnya orang Melayu hilang terus kuasa politik. Berdasarkan ilusi tersebut,

mungkin tidak keterlaluan untuk menganggap karya ini sebagai satira politik atau alegori

kepada situasi Johor-Riau dalam zaman Tuhfat Al Nafis ditulis. Karya ini memang ditulis

untuk mengkritik peribadi raja Melayu yang lemah.

Memang tujuan penulisan satira sebenarnya bukan bercerita tetapi lebih untuk

mengkritik. Satira kritikan itu dijadikan lebih lunak kerana ia merupakan pelahiran semula

realiti secara sendaan dan bersifat parodi walaupun kritis. Pengolahan cerita dijadikan lebih

menarik melalui unsur humor dan lebih tajam melalui unsur ironi. Teknik sebegini

merangsang daya fikir intelektual dan menggerakkan penilaian semula sikap dan tindakan.

Tuhfat al-Nafis wajar dijadikan cermin kepada raja untuk melihat dan menilai semula dirinya

dan tindak-tanduknya.

Masyarakat moden tertarik membicarakan Tuhfat al-Nafis, bukan sahaja kerana buku

itu karya pentingnya, tetapi juga di dalamnya memancarkan beberapa fenomena baru dalam

kreativiti sastera. Satu hal yang ketara dalam penulisan sastera moden ialah wujudnya

penerokaan ke dalam jiwa masyarakat yang ditulis, dibongkar dan diberi pengertian.

Penghuraian secara teori Frued ini juga terdapat dalam penulisan Raja Ali Haji. Dan yang

amat penting Raja Ali Haji dapat menghuraikan psikologi budaya di samping memberi

gambaran psikologi sosial masyarakat yang ditulis olehnya. Tuhfat al-Nafis merupakan

sebuah karya agung bersifat sejarah yang telah dihasilkan oleh Raja Ali Haji pada tahun

Penghayatan Karya Agung Melayu 38

1865. Isi kandungan karya ini mengisahkan peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku di

negeri-negeri kepulauan Melayu terutamanya Melaka, Singapura dan Johor-Riau. Bahagian

awal karya ini telah menceritakan secara ringkas tetapi bertele-tele tentang kisah sejarah

Singapura, Melaka dan Johor-Riau. Pensejarahan negeri, jurai keturunan dan peradaban

sesebuah kerajaan juga diolah. Pada umumnya pensejarahan itu membicarakan perihal

negara, pergolakan politik, masyarakat, tokoh-tokoh, adat istiadat dan peristiwa yang pernah

berlaku. Kisah ini dimulai dari tahun 1677 hingga 1865.

Menurut R.O Winstedt (1947) Tuhfat al-Nafis merupakan karya sastera sejarah yang

terpenting selepas Sejarah Melayu terutama sekali mengenai kerajaan Johor-Riau. Tuhfat al-

Nafis juga merupakan sambungan kepada kitab Salasilah Raja-Raja Melayu dan Bugis, juga

hasil karya Raja Ali Haji.. Tuhfat al-Nafis banyak mengisahkan sejarah istana iaitu kejadian-

kejadian dalam istana serta persekitaran istana itu sendiri. Tujuannya ialah untuk

menunjukkan dengan jelas perbezaan antara masyarakat dengan kerajaan dan juga

kedudukan antara sultan dengan pembesar dan sebagainya.

Teknik penulisan Raja Ali Haji tidak seperti yang dilakukan oleh Abdullah Munsyi.

Walaupun Raja Ali Haji dapat dikatakan sezaman dengan Abdullah bin Abdul Kadir Munshi,

penggunaan bahasa mereka nampak jauh berbeza. Ini disebabkan latar belakang

pendidikan, kerjaya dan persekitaran kehidupan mereka yang sememangnya berbeza.

Abdullah berpendidikan Inggeris, bekerja sebagai penterjemah bahasa Inggeris dan hidup di

tengah-tengah masyarakat perdagangan di Singapura manakala Raja Ali Haji pula

berpendidikan Arab, pendakwah dan hidup di lingkungan istana di Pulau Penyengat, Riau.

Lantas, terserlahlah gaya bahasa Melayu klasik melalui karyanya ini. Raja Ali Haji tidak

menggalakkan penggunaan bahasa pasar kerana beliau percaya penggunaan seperti ini

akan menjejaskan dan merosakkan kemurnian bahasa Melayu. Teknik penulisan Raja Ali

Haji juga masih jelas terikat dengan teknik penulisan sastera tradisional Melayu iaitu kita

dapati bahawa jalan cerita sering terganggu. Sesuatu peristiwa itu kadang-kadang tidak

diakhiri dengan sempurna malah dimasukkan peristiwa yang sama sekali lain dengan cerita

yang sedang diceritakan itu. Contohnya, sewaktu menceritakan kisah percubaan Raja Kecil

merampas takhtah Kerajaan Johor dari Bendahara Abdul Jalil, Raja Ali Haji telah

memasukkan kisah pemberontakan di Matan. Pengolahan yang tidak tersusun sebegini

menjadikan jalan cerita yang asal sering terganggu sekaligus mengelirukan pembaca.

Namun begitu, Raja Ali Haji telah membawa beberapa pembaharuan yang

bermanfaat melalui Tuhfat al-Nafis. Pembaharuan penting yang telah beliau lakukan adalah

mencatatkan tarikh pada peristiwa-peristiwa sejarah yang diceritakannya. Beliau prihatin

tentang kepentingan tarikh dalam menceritakan peristiwa-peristiwa yang berlaku baik dari

segi adat istiadat di istana, mengenai kelahiran, perkahwinan, kematian, perjanjian dagang

dan diplomatik. Sama dengan buku harian, peristiwa-peristiwa ini direkod secara kronologis.

Tarikh iaitu bulan dan tahun serta waktu berlakunya sesuatu peristiwa itu dicatat

dengan terperinci dan terang. Ini menjadikan Tuhfat al-Nafis sebuah karya penting yang

Penghayatan Karya Agung Melayu 39

dirujuk oleh para pengkaji untuk membuat sebarang perbandingan. Kesahihan sesuatu

peristiwa boleh diuji dengan membuat perbandingan antara Tuhfat al-Nafis dengan catatan

dan penulisan sejarah yang lain. Catatan tarikh yang dibuat oleh Raja Ali Haji juga memberi

pembaca suatu arah dimensi yang tepat, jelas dan konkrit. Hasil daripada keprihatinan

beliau, Raja Ali Haji juga ada mencatat tentang orang yang pertama membuat sesuatu,

misalnya orang yang membawa benih gambir ke Riau dari Sumatra. Raja Ali Haji bukan

sekadar mencatat peristiwa yang dilihat olehnya, bahkan selok-belok mengendalikan

sesuatu turut diceritakan. Sebagai contoh adalah selok-belok upacara permakaman Sultan

pada tahun 1760-an. Lantas, bolehlah kita katakan bahawa Tuhfat al-Nafis adalah sebuah

karya yang dihasilkan daripada pengamatan yang teliti dan penulisan yang terperinci.

Mohd. Taib Osman (1965) meletakkan Tuhfat al-Nafis di tempat yang istimewa,

kerana ia dianggap sebagai karya pertama yang berjaya menganalisis jiwa masyarakatnya

dengan masalah dan kebesaran-kebesaran orang yang ditulisnya. Di samping itu buku ini

juga memperlihatkan kepentingan sejarah, di mana penulisnya cuba menghuraikan sejarah-

sejarah yang pernah didengar dan dikumpulkannya serta kejadian-kejadian di mana dia

sendiri pernah mengalaminya.

Berhubung Raja Ali Haji sebagai penulis karya sejarah, Mohd. Taib Osman

mensifatkannya sebagai... “the most critical of the Malay historians of old...” dan ia sedar apa

yang ditulisnya adalah sejarah dan telah mengisi fungsi-fungsi sejarah ketika itu,di mana

sejarah yang difahami di zamannya bukan setakat mencatat peristiwa demi peristiwa.Dan

satu keistimewaannya bukan setakat mencatat peristiwa, tetapi ada dituliskan tarikhnya yang

sebelum Raja Ali Haji hal ini tidak diambil perhatian. Selain itu Raja Ali Haji mengerti, kerana

yang ditulisnya sejarah maka dia harus memilih mana peristiwa yang penting sahaja untuk

ditulis dan diberinya perkembangan-perkembangan peristiwa dan diberinya pengertian.

Hamzah Fansuri

Untuk mengenal Hamzah Fansuri lebih dekat elok kita menguasai latar sejarah

zamannya. Tahun lahirnya tidak dapat ditentukan namun ada yang berpendapat

bahawa beliau lahir di Barus atau Fansur pada penghujung abad-16 dalam wilayah

kekuasaan Acheh. Negeri asalnya juga dipertikaikan, sama ada “Syahru Nawi” nama

bandar Ayuthia, ibu kota kerajaan Siam pada zaman dahulu atau nama lama tanah

Acheh sempena nama seorang pangeran Siam bernama Syahir Nuwi yang

membangunkan Acheh sebelum kedatangan Islam Acheh pada zaman itu menjadi

pusat ilmu pengetahuan Islam pada abad ke-16. ilmu tasawuf merupakan aliran agama

yang amat terkenal pada masa itu. Sewaktu pemerintahan Sultan Iskandar Muda

Mahkota Alam Syah (1606/1607-1636TM) banyak naskah-naskah sastera yang tercipta

dan antara tokoh-tokoh yang dikenali sehinggalah ke hari ini ialah Syeikh Hamzah Al-

Fansuri atau dikenali juga dengan nama Hamzah Fansuri.

Penghayatan Karya Agung Melayu 40

Ada di kalangan ulama sufi yang mengatakan bahawa Hamzah Fansuri

merupakan seorang penganut Syi’ah yang sesat dan ada yang berpendapat bahawa

beliau mengikut mazhab Imam Syafie dalam bidang fikah dan mengamalkan tarekat

Qadiriyah. Mereka berpendapat bahawa pegangan sufi Hamzah Fansuri menyerupai

pegangan sufi Abi Yazid Bisthami, Al-Hallaj dan Abdul Karim Al-Jili iaitu pegangan

mereka tidak mencampuradukkan ajaran sufi mereka seperti mana sufi yang lain

seperti Imam Ghazali.

Karya-karya Hamzah Fansuri sentiasa mengandungi kritikan-kritikan tajam

terhadap dunia politik dan raja-raja sehinggakan beliau serta pengikutnya tidak

disenangi oleh kalangan istana. Disebabkan kebencian ini, nama Hamzah Fansuri tidak

termaktub dalam kitab penting sejarah Acheh iaitu Hikayat Acheh dan Bustanus-Salatin.

Selain daripada bidang kesusasteraan, Hamzah Fansuri juga mempelopori bidang

penulisan puisi-puisi falsafah dan mistik bercorak Islam. Karya-karya beliau dalam

aspek ini tidak dapat ditandingi. Beliau juga orang pertama melahirkan kitab ilmiah

bahasa Melayu yang mempertingkatkan darjat bahasa Melayu sebagai sebuah bahasa

intelektual dan penting dari aspek penyebaran ilmu dan persuratan.

Hamzah Fansuri dikenali sebagai seorang ulama tasawuf dan sasterawan.

Namun, beliau juga dikenali sebagai perintis dan pelopor dalam bidang kerohanian,

keilmuan, bahasa, sastera dan falsafah. Beliau merupakan seorang guru dan ulama

yang mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang tasawuf, fikh, mantik,

sastera, sejarah dan falsafah.Hamzah Fansuri gemar menulis sastera dalam bentuk

puisi dan prosa. Antara prosanya ialah kitab-kitab agama dan tasawuf. Sebagai contoh,

Asrarul ‘Arifin fi Bayani ‘Ilmis Suluk wat Tauhid merupakan sebuah karya tasawuf yang

mengandungi akidah aliran Wahdatul Wujud. Manakala karya Al-Muntahi dan Syarbul

‘Asyiqin atau Zinatul Muwahhidin mengandungi yang syariah, hakikat, tarikat dan

makrifat.

Hamzah Fansuri terkenal sebagai pelopor puisi Islam yang bersifat agama dan

tasawuf atau sufi: Ruba’i Hamzah Fansuri yang mengandungi 42 buah rangkap syair

yang berinti ajaran Wahdatul Wujud. Syair-syair Hamzah Fansuri yang lain ialah

Syair Si Burung Pingai,

Syair Si Burung Pungguk,

Syair Sidang Faqir,

Syair Dagang

Syair Perahu.

Menurut R.O Winstedt, syair-syair yang dihasilkan oleh Hamzah Fansuri secara

keseluruhannya menggunakan irama pantun walaupun urutannya mengikut irama syair.

Ini tidak dapat dinafikan kerana Hamzah Fansuri merupakan orang yang pertama

Penghayatan Karya Agung Melayu 41

memperkenalkan skema akhir a-a-a-a dalam puisi empat baris sebagai pengucapan

sastera. Menurut C. Hooykas pula, kebanyakan syair-syair Hamzah Fansuri kerap

menggunakan perkataan-perkataan Arab yang menyebabkan tidak ramai yang

membaca syair-syairnya dapat memahami maksudnya yang tersirat. Walau

bagaimanapun, syair-syair Hamzah Fansuri tidak seharusnya dilihat secara dasarnya

sahaja, makna penghasilan syair beliau begitu mendalam jika dilihat dari aspek tujuan

beliau menghasilkan sesebuah karya itu. Di sini, dapat disimpulkan bahawa Hamzah

Fansuri sememangnya sengaja menggunakan perkataan-perkataan Arab secara kerap

kerana beliau menulis untuk mengajak para pembaca karyanya untuk berfikir ke arah

membentuk budi pekerti dan sebagai seorang penyair agama dan bukannya sekadar

sebagai hiburan semata-mata.

Profesor Syed Muhammad Naguib Al-Attas berpendapat bahawa Hamzah

Fansuri hidup pada suatu masa sebelum pemerintahan Sultan Alauddin Ri’ayat Syah

Acheh(1588-1604) berakhir dan beliau meninggal sebelum 1607. Hamzah Fansuri

dipercayai pernah berguru dengan Maulana Ibrahim di Mekah dan hasratnya yang kuat

untuk mencari Tuhan telah mendorong beliau mengembara dari satu tempat ke satu

tempat yang lain. Akhirnya beliau menemui Tuhan di rumahnya sendiri,

“Hamzah Fansuri di dalam Makah

Mencari Tuhan di Baitul Ka’bah

Di Barus ke Kudus terlalu payah

Akhirnya dapat di dalam rumah”

Sastera keagamaan boleh dibahagi kepada tiga cabang iaitu ilmu kalam, ilmu

fikh dan ilmu tasawuf. Ilmu tasawuf dikatakan mempunyai unsur rohaniah yang mampu

mencernakan makanan dan ubat lantas ilmu tasawuf dilihat sebagai mengancam ilmu

kalam; ajaran Islam itu sendiri. Ilmu kalam merupakan sebahagian dari ilmu usul iaitu

ubat untuk kaum kafir. Ilmu fikh merupakan makanan mukmin dalam kehidupannya.

Ilmu tasawuf adalah yang terdekat dengan perkembangan sastera Islam jika

dibandingkan dengan cabang-cabang yang lain kerana selalu dibincangkan dalam

sejarah sastera. Ilmu tasawuf mampu menghuraikan hubungan manusia dengan Tuhan

yang begitu suci. Timbul rasa kesyukuran manusia terhadap Tuhan kerana

mempercayai bahawa Tuhan yang mencipta manusia dan alam semesta. Oleh kerana

rasa kesyukuran manusia terhadap Tuhan ini yang membuat manusia melahirkan

keinginan untuk mendekati Tuhan dan jikalau diizinkan, manusia ingin melihat wajah

Tuhan serta bersatu denganNya. Keinginan sebegini merupakan ajaran pokok ilmu

tasawuf.

Beberapa tokoh yang dapat diperkatakan dalam menyentuh perihal ilmu tasawuf

dalam sastera Islam, selain Hamzah Fansuri ialah Nurruddin Al-Raniri dan Abdul Raof

Singkel dan Shamsuddin al-Sumatrani. Nurrudin al-Raneri dan Abdul Raof Singkel

mewakili ilmu tasawuf yang bersifat ortodoks yang membawa pengertian Tuhan dan

Penghayatan Karya Agung Melayu 42

manusia itu biar pun satu tetapi lain kedudukannya. Hamzah Fnsuri dan Shamsuddin

Al-Sumaterani mewakili ilmu tasawuf yang bersifat heterodoks yang membawa

pengertian bahawa Tuhan dan manusia sama sahaja. Justeru ilmu tasawuf yang

dibawa oleh kumpulan heterodoks ini dilihat sebagai menyesatkan kerana tafsiran yang

boleh timbul dalam menelaah ajaran kumpulan ini adalah, munusia adalah Tuhan.

Hamzah Fansuri sebagai sastertawan Islam diterima oleh kawan dan lawan.

Syed Muhammad Naguib Al-Attas (1968) menganggapnya sebagai sasterawan ulung

Nusantara. R.O Winstedt (1923) menyatakan ia sebagai orang pertama menulis ilmu

tasawuf dalam bentuk sastera iaitu syair. Menurut Francois Valentijn. Hamzah Fansuri

mempunyai kekuatan luar biasa sebagai pengarang Islam.

Sebagai pengarang Hamzah Fansuri adalah sangat prolifik, rajin dan penuh

dedikasi. Ia hidup sebagai seorang sufi dan pekerjaaan kepengarangannya dilakukan

penuh sufistik. Meskipun karyanya telah disebut di sana sini, elok kita senaraikan:

Syarbul ‘Asyiqin atau Zinatul Muwahhidin,

Asrarul ‘Arifin fi Bayani ‘Ilmis Suluk wat Tauhid,

Al-Muntahi,

Ruba’i Hamzah Fansuri,

Kasyfu Sirri Tajallis Shibyan,

Kitab fi Bayani Ma’rifah,

Asrarul ‘Arifin,

Syair Si Burung Pingai,

Syair Si Burung Pungguk,

Syair Sidang Faqir,

Syair Dagang

Syair Perahu.

Ada kenyataan yang menunjukkan bahawa terdapatr karyanya yang tidak pasti

tarikhnya; namun dipercayaai bahawa beliau menghasilkan karya-karyanya pada awal

abad yang ke-17.Sesuatu yang memukau pandangan orang zaman dahulu hingg kini,

terdapat unsur-unsur kritikan terhadap dunia politik dan moral, raja-raja serta

bangsawan. Syair-syair Hamzah Fansuri merupakan syair Melayu yang tertua,

mempunyai sifat mistikal dan melambangkan perhubungan Tuhan dengan manusia, ia

dikategorikan sebagai syair tauhid atau makrifat.

Penghayatan Karya Agung Melayu 43

TOKOH KARYA MODEN

Keris Mas

Keris Mas adalah penulis karya Agung untuk genre cerpen. Sebagai penulis cerpen,

beliau mempunyai latar yang cukup, pendidikan awalnya ialah di Sekolah Melayu

sehingga darjah lima. Kemudian beliau menyambung pengajiannya ke Sumatera untuk

melanjutkan pelajaran menengah di Tawalib School dan di Kolej Kulliatul Muallimin al-

Islamiah sebuah Kolej Perguruan Islam; sehingga memperolehi Diploma Perguruan.

Beliau juga mengikuti kursus London Matriculation sehinggalah meletusnya Perang

Dunia Kedua. Tegasnya mempunyai persediaan intelektualisme yang cukup syarat

untuk zamannya. Zaman mudanya, Keris Mas pernah berkhidmat sebagai Pegawai

Penerangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Cawangan Pahang. Tugas

yang sejajar dengan anak muda yang berjiwa nasionalistik sepertinya.

Keris Mas adalah penulis agung melalui penulisan genre cerpen. Sepanjang

hayatnya beliau telah menghasilkan KumpulanCerpen Sasterawan Negara Keris Ms

1946-1989 (2000) telah menghasilkan 76 buah cerpen, satu bilangan yang cukup

besar untuk zamannya. Mengarang sememangnya menjadi pilihan hidupnya. Keris Mas

tidak menjadi pengarang kerana tiada kerjaya lain atau diminta oleh orang lain untuk

menjadi pengarang. Keris Maslah yang menentukan dirinya sendiri. Beliau sedar

pilihannya dan sedar juga genre yang ditulisnya. Dorongan berkarya datangnya

daripada dirinya sendiri. Beliau memilih kerja pengarang kerana ia sesuai dengan

dirinya dan perjuangan hidupnya ( Mana Sikana, 2013).

Keris Mas pernah menyatakan bahawa profesi sebagai pencerita adalah luar

biasa. Dalam diri manusia disediakan naluri suka mendengar cerita. Maka di sinilah

peranan besar pencerita, menyampaikan sesuatu melalui penceritaannya. Namun tidak

semua orang yang boleh bercerita dengan baik, apalagi yang bermoral. Menurutnya

lagi sejarah hidup orang-orang besar dalam sesuatu bidang tertentu, sering menarik

perhatian masyarakat. Lebih-lebih lagi, jika orang itu cukup banyak berjasa, mashyur,

popular dan telah berjaya mencipta sejarah kehadirannya sendiri: sehingga secara

diam-diam dia menjadi metos dan legenda akhirnya. Lalu kita temukan nama-nama

seperti Muhamad Ali, P. Ramlee atau Napoleon Bonarparte.

Semakin menarik hati dan istimewa lagi, jika tokoh-tokoh itu, dalam karyawan

persejarahannya hidup sebagai tukang cerita – menulis tentang manusia dan alamnya

– sedang hidupnya sendiri tersembunyi di sebalik timbunan penceritaannya itu. Orang

lebih mengenal akan manusia yang diceritakannya daripada dirinya sendiri. Orang lebih

banyak memperkatakan kreativitinya dari individu personalitinya. Di sini terasa ada

semacam ironi, dramatik, ilusi sekaligus memilukan.

Perjalanan karier Keris Mas sebagai sasterawan dapat didasarkan pada empat

anjakan kepengarangan. Pertama, peringkat kehadiran diri, iaitu antara 1946 hingga

Penghayatan Karya Agung Melayu 44

1950. Dalam era ini banyak cerita berputar sekitar soal cinta yang menunjukkan

tendensi zaman yang romantis. Zaman permulaan ini, adalah dalam proses pencarian

subjek dan diri. Seperti juga anak-anak muda yang lainnya, memiliki serangkaian kisah

cinta, Keris Mas juga terdorong menghasilkan teks-teks percintaan. Malah tematik dan

subjektiviti cerpen Melayu dewasa itu, menjadikan cinta sebagai persoalan perdana.

Orang membaca cerpen kerana dorongan cinta itu. Ini bererti aroma romantisisme kuat

menguasai pencerpernan Melayu.

Kedua, peringkat perlanggaran dan pengukuhan antara 1950 hingga 1957, iaitu

dalam konteks membina kekhasan diri. Ini memperlihatkan zaman prolifik dengan

pembaharuan dan pematangannya. Baik daripada aspek tekstualiti mahu pun

kontekstualitinya, peringkat ini menyaksikan diri Keris Mas sebagai cerpenis.

Ketiga, zaman pascamerdeka, Keris Mas mula kurang berkarya, tetapi ia sudah

mempunyai sifat kepengarangan yang idealistik dan memiliki individualisme. Karya-

karya yang dihasilkan mantap dan kuat. Pada masa ini, ia banyak terlibat dalam

pengurusan seperti urusan Dewan Bahasa dan Pustaka dan mengurus beberapa

hadiah sastera tanah air.

Keempat, peringkat selepas persaraan. Keris Mas pernah bertugas sebagai

Karyawan Tamu di Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau telah menghasilkan beberapa

karya, dan salah sebuah daripadanya Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, diterima

sebagai novel besar. Novel lainnya ialah Rimba Harapan.

Menyaksikan keempat-empat peringkat penulisan Keris Mas, meski

menghasilkan novel besar Saudagar Besar dari Kuala Lumpur; tetapi kedudukannya

sebagai cerpenislah yang masih mantap dan terhormat. Kita telusuri perkembangan

cerpennya. Pada tahun 1959 diterbitkan antologi cerpen Asas 50, iaitu Mekar dan

Segar yang memasukkan tiga buah cerpen Keris Mas. Pada tahun 1962 terbit pula

kumpulan cerpen Keris Mas sendiri iaitu Patah Tumbuh yang mengandung 20 buah

semuanya.

Pada akhir 1947, di sekitar telah menghasilkan lima buah cerpen, beliau mula

bekerja di Utusan Melayu, Singapura. Secara kontekstualnya, situasi Singapura

selepas Perang, menjadi tumpuan pengarang dan budayawan. Singapura kota

pelabuhan dan perniagaan yang strategik menyediakan prasarana untuk kegiatan

sastera. Penerbit yang sedia banyak, bertambah dan membesar. 18 buah penerbit,

termasuklah Utusan Melayu, Berita Harian, Qalam, Harmy, Melayu Raya, Geliga dan

lain-lainnya. Pada waktu itu Singapura mempunyai 63 buah penerbitan; 12 untuk

akhbar dan 51 untuk majalah. Dengan itu ramai diperlukan pengarang untuk mengisi

kerjaya pengakhbaran dan pemajalahan. Sambutan terhadap majalah dan akhbar

tersebut sangat dibanggakan. Masyarakat gemar membaca cerpen dan sajak, juga

menonton drama/bangsawan

Penghayatan Karya Agung Melayu 45

Pertama, peringkat kehadiran diri, iaitu antara 1946 hingga 1949, Keris Mas telah

menulis sebanyak 42 buah cerpen. Ini bermakna lebih separuh dan mendekati satu

pertiga daripada cerpennya ditulis pada zaman ini: zaman prolifik dan muda. Pecahan

penulisan ialah 1946 sebuah cerpen, 1947, empat cerpen, 1948, 24 cerpen dan 1949,

13 cerpen. Cerpennya yang pertama ialah “Wasiat Orang Bangsawan” yang ditulis

pada 1946, ini bererti umurnya waktu itu ialah 24 tahun. Cerpen keduanya pada tahun

1947 adalah setahun kemudian.

.Bertugas di akhbar, membuka ruang yang terbesar untuk Keris Mas

mengkreatifkan dirinya. Kita menyaksikan tahun kesuburan, iaitu tahun 1948, yang

telah menghasilkan sebanyak 24 cerpen. Ada baiknya kita melihat cepennya yang

pertama yang memecah tembok pengkaryaannya. “Wasiat Orang Bangsawan”

melukiskan kegelisahan tentang hancurnya moraliti golongan atasan yang cenderung

melakukan kezaliman secara sporadis sehingga golongan bawah tidak mempunyai

daya tahan dan tertekan. Anuar, seorang marhain, yang menyintai Kemalati anak

Tengku Indera Kelana, menjadi mangsa feudalisme. Tekniknya menarik, dengan

memfokuskan Anuar yang telah meninggalkan kota Medan di mana ia pernah bertemu

dengan orang yang dicintainya enam tahun yang lalu.. Tiba-tiba saja ia bersua dengan

puteri keturunan raja-raja Deli Tua itu. Seperti yang terjadi dalam sejarahnya,

pemberontakan sosial berlaku di Sumatra Timur. Raja dan pembesar serta feudalisme

diruntuhkan oleh rakyat atas nama revolusiner. Dan itulah yang terjadi kepada Tengku

Indera Kelana akhirnya sebelum kematiannya meninggalkan wasiat untuk pertemuan

Anuar-Kemalawati.

Cerpen ini dipengaruhi oleh doktrinasi realisme sosial. Intertekstualiti daripada

pengalaman belajar di Indonesia, dan mengikuti perkembangan sasteranya, yang waktu

itu dikuasai oleh semaraknya semangat revolusi mengisi idealisme cerpen ini (Maman

S. Mahayana, 2001: 203-211). Meskipun di peringkat pertama kehadiran diri, kita

menemukan teks di sekitar percintaan dan permasalahannya seperti “Air Mata Buruh”,

“Darah dan Air Mata”, “Dalam Pelukan Wanira Sedar” dan seterusnya cerpen-cerpen

lainnya adalah mempunyai paralelasi dengan subjek tersebut yang menjelaskan

ketidak-adilan sosial dan citra hegemoni budaya kolonialisme. Cerpen-cerpen ini

indeksikal kepada moraliti pertentangan kelas realisme sosialis.

Dalam era ini banyak cerita berputar sekitar soal cinta yang menunjukkan

tendensi zaman yang romantis. Zaman permulaan ini, adalah dalam proses pencarian

subjek dan diri. Seperti juga anak-anak muda yang lainnya, memiliki serangkaian kisah

cinta, Keris Mas juga terdorong menghasilkan teks-teks percintaan. Malah tematik dan

subjektiviti cerpen Melayu dewasa itu, menjadikan cinta sebagai persoalan perdana.

Orang membaca cerpen kerana dorongan cinta itu. Ini bererti aroma romantisisme kuat

menguasai pencerpernan Melayu.

Penghayatan Karya Agung Melayu 46

Keris Mas memilih cerpen sebagai genre pertamanya. Meski beliau juga menulis

sajak pada zaman awalnya, tetapi keinginannya untuk menyampaikan cerita yang

bermanfaat menyebabkan minatnya terhadap genre ini lebih tinggi dan sesuai dengan

zamannya. Bentuk cerpen dalam sejarah cerpen hampir sama dengan novel yang

dimulai oleh karya penterjemahan dan saduran yang dilakukan oleh Syed Syeikh Al-

Hadi dan rakan-rakannya (Ali Haji Ahmad, 1964:1-2). Hanya di tangan A. Rahim Kajai,

Shamsuddin Salleh, dan Ishak Haji Muhammad, cerpen mendapat bentuk yang boleh

dinamakan sebagai cerpen, jika tidak ia hanya berupa persembahan sketsa atau

penceritaan begitu sahaja (Ali Haji Ahmad, 1964:5-6). Cerpen sebelum perang sangat

mementingkan mesej dan didaktik sifatnya. Tidak ada kesatuan dan disiplin, yang

dipentingkan ialah keindahan bahasa terutamanya pengibaratan (Omar Mohd. Hashim,

1976: 15). Temanya banyak berkisar pada soal rumah tangga dan percintaan, tetapi

sifatnya sangat dangkal dan khayal. Di samping itu, unsur-unsur pantun dan syair

sangat gemar dimasukkan (Ali Haji Ahmad, 1964:7). Pada tahun 1935, tema semangat

kebangsaan mula mengisi cerpen Melayu, tetapi menurut Ali Haji Ahmad (1964: 5),

cerpen itu disusun secara romantisisme. Unsur-unsur luar selalu dimasukkan secara

tiba-tiba untuk menyelesaikan cerita atau masalah dan plotnya berkembang tidak atas

dasar realistik atau sebab-musabab (1964:11). Menurut Omar Mohd. Hashim (1976: 12-

13), juga: “Cerpen-cerpen masa itu berbau romanticism.” Omar Mohd. Hashim banyak

mengkritik A. Rahim Kajai yang selalu mengorbankan realisme bagi menyudahkan

cerpennya.

Cerpen Melayu selepas perang pun tidak banyak bezanya, masih menggarap

persoalan cinta dan rumah tangga dan mementingkan moral dan didaktik. Hamzah

(1950) mengkritik penggarapan cinta itu, seolah-olah tidak ada bahan lain yang harus

digarap. Tanpa menafikan bahawa Keris Mas juga dipengaruhi dengan suasana

pencerpenan zaman itu, yang luntur dengan tematik percintaan dan romantis, tetapi

wujud tindakan “the other” dalam karyanya yang memiliki makna lain. Dalam konteks

inilah Keris Mas berbeza dengan penulis sezamannya A. Rahim Kajai yang telah

menghasilkan 48 buah cerpen itu, dua pertiga daripadanya adalah bertemakan cinta

yang tertumpu pada uda dan dara yang dikonflikkan dengan perpecahan rumah tangga.

Keris Mas dalam konteks ini, jauh menyimpang daripada cinta asmaradana itu;

sebaliknya cintanya lebih mirip kepada persoalan politik dan kesedaran. Tegasnya,

cinta dalam cerpen Pak Keris, adalah katalis bagi menimbulkan kesedaran politik dalam

masyarakat Melayu yang mundur. Sebab itulah, tidak terdapat cerpen-cerpennya yang

betul-betul digelombangi oleh adegan-adegan khayal dan romantik. Cinta dengan

persoalannya hanya dikemukakan oleh Keris Mas, untuk tujuan kesedaran sosial dan

mengarah kepada kekuasaan politik. “Dalam cinta ada harapan. Dan saya mahu

membangun atau menanamkan harapan-harapan pada pembaca, harapan yang lebih

penting dari harapan cinta itu sendiri, ” katanya memberitahu (Mana Sikana, 1990).

Penghayatan Karya Agung Melayu 47

Usman Awang

Usman Awang sebagai seorang tokoh dalam dunia persuratan Melayu moden,

khususnya puisi dan drama amat banyak diperkatakan. Maka itu nama Usman Awang

atau Tongkat Warrant paling terkenal pada semua pengkaji dan peminat sastera

Melayu di berbagai peringkat dan golongan. Kejayaannya mempertahankan dirinya

sebagai seorang penyair dan budayawan yang terus kreatif memberikan rasa

keteguhan terhadap tradisi baru sastera kita. Beliau seorang penyair yang tidak pernah

luntur, yang dapat menyesuaikan dirinya dengan pelbagai zaman dan situasi.Anak

kelahiran Kampung Tanjung Lembu, Kuala Selidi, Kota Tinggi pada 12 Julai 1929 ini

mendapat pendidikan hanya setakat di sekolah Melayu sahaja. Keluarga yang miskin

dan situasi tidak membenarkan beliau untuk mengecap kejayaan dengan lebih jauh

dalam bidang pendidikan. Beliau disekolahkan di Kuala Selidi (1936), di Mersing (1937)

dan di Bandar Maharani Muar (1940) hingga lulus darjah enam.

Semasa pendudukan Jepun di Malaya pada tahun 1942, Usman Awang menjadi

petani di Segamat. Tidak lama kemudian menjadi buruh paksa Jepun, dan selama

enam bulan di Singapura, beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat.

Usman Awang, pernah menjadi ‘budak pejabat’ di Pejabat Tali Air Segamat dalam

zaman Jepun, dan kemudiannya memasuki Pasukan Polis Jepun (Botai), tetapi selepas

beberapa minggu menjalani latihan, pihak Jepun menyerah kalah.

Usman Awang menjadi anggota polis bila Inggeris mula memerintah pada tahun

1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya di

Melaka. Pada tahun 1951, beliau meletakkan jawatannya sebagai anggota polis dan

berhijrah ke Singapura bersama Jamil Sulong. Beliau diterima bekerja sebagai

pembaca ‘pruf’ dengan Melayu Raya selama enam bulan, kemudian menjadi pemberita

sebelum menjadi sidang pengarang Mingguan Melayu.

Pada tahun 1952, Usman Awang ditawarkan bekerja dengan Utusan Melayu,

mula-mula sebagai sidang pengarang akhbar Utusan Kanak-Kanak, kemudian diangkat

menjadi pengarang Utusan Zaman dan majalah Mastika. Selepas Malaya mencapai

kemerdekaan, Utusan Melayu berpindah ke Kuala Lumpur dan Usman Awang turut

serta dengan memegang jawatan yang sama. Tahun 1961, beliau ikut terlibat dalam

peristiwa pemogokan Utusan Melayu. Akibat dari itu beliau berhenti dan buat beberapa

waktu terpaksa menganggur. Pada tahun 1962, Usman diterima bekerja dengan

Penerbitan Federal dan setahun kemudian berkhidmat pula dengan Dewan Bahasa dan

Pustaka, mula-mula sebagai sidang pengarang Dewan Bahasa dan Pustaka kemudian

Pengarang Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya. Jawatan beliau di

DBP ialah sebagai Pegawai Penyelidik Kanan, Bahagian Pembinaan dan

Pengembangan Sastera.

Usman Awang mula membentuk namanya dalam dunia persuratan Melayu

moden dengan menulis puisi. Sajak-sajaknya sentiasa segar, kukuh serta akrab dengan

Penghayatan Karya Agung Melayu 48

akar budi Melayu dan perikemanusiaan, telah berjaya mengukir alam sastera Melayu

buat beberapa generasi. Beberapa buah sajaknya menjadi bahan yang amat menarik

bukan saja di kalangan masyarakat terbanyak yang cintakan puisinya, tetapi juga

menjadi bahan mainan bibir di kalangan kanak-kanak sekolah dalam sebarang upacara

mendeklamasikan sajak. Antara sajaknya yang cukup popular termasuklah “Bunga

Popi”, “Gadis di Kuburan”, “Pak Utih”, “Ke Makam Bonda”, “Nasib Buruh” dan “Salam

Benua”.

Ketokohan Usman Awang juga menjadi menonjol kerana perwatakan

peribadinya yang lemah lembut dan mesra, dan simpatinya yang cukup besar terhadap

golongan bawahan yang miskin dan terhadap manusia yang malang sehingga kadang-

kadang Usman ditafsirkan sebagai seorang seniman yang berjiwa rakyat dan

berfahaman sosialis. Usman Awang juga menulis cerpen tetapi bidang ini nampaknya

sudah lama ditinggalkan sejak akhir tahun 1960an lagi. Kegiatannya menghasilkan

banyak cerpen dalam tahun-tahun 1950an dan 1960an lebih banyak memperlihat sikap

dan pegangannya yang lebih ketara terhadap konsep ‘Seni Untuk Masyarakat’ yang

didukungnya sebagai anggota Asas 50.

Maka itu apa yang lebih jelas pada cerpen-cerpennya hanyalah berupa

rakaman pengalaman., pergaulan dan penglihatan serta pemikiran untuk mendedahkan

segala kejelekan dan keburukan serta kepincangan hidup dalam masyarakat Melayu

khususnya. Sejauh ini, Usman Awang hanya berhasil menerbitkan sebuah novel sahaja

berjudul “Tulang-Tulang Berserakan”. Novel ini tidak lebih dari sebuah rakaman

peristlwa peribadi beliau sewaktu bekerja sebagai anggota polis dan bidang novel

nampaknya bukanlah bidang penulisan Usman Awang.

Selain dari puisi, satu lagi bidang kreatif yang mengharumkan nama Usman

Awang ialah drama. Bidang ini telah diterokainya sejak awal tahun 1960an dengan

menulis banyak drama untuk radio dan pentas. Beberapa buah dramanya yang sukar

dilupakan termasuklah “Serunai Malam”, “Malam Kemerdekaan”, “Tamu di Bukit

Kenny”, “Matinya Seorang Pahlawan”, “Degup Jantungnya” dan “Muzika Uda dan

Dara”. Usman Awang masih terus memainkan peranannya dalam kesusasteraan

Melayu. Beliau masih menulis, malah dikatakan merupakan seorang anak watan yang

berjiwa besar dalam bidang sastera dan tidak habis-habis dan letih memperkayakan

budaya negara. Beliau telah diberi penghormatan bila dilantik sebagai salah seorang

anggota Panel Hadiah Karya sastera dan juga telah dianugerahkan gelar “Pejuang

Sastera” membawa bersamanya surat penghargaan dan wang tunai Sepuluh Ribu

Ringgit oleh Perdana Menteri Malaysia pada 29 Mel 1976. Mulai tahun 19791, Usman

Awang kerana ketokohan 5 pengalaman dan dedikasinya, telah dilantik menjadi

Setiausaha kepada Panel Anugerah Sastera sebuah badan kehormat yang tertinggi

tanahair.

Penghayatan Karya Agung Melayu 49

Mana Sikana

Mana Sikana ialah seorang tokoh sastera Melayu yang mendapat kedudukan penting

dalam alur sejarah kesusasteraan Melayu Malaysia. Nama sebenar beliau ialah Abdul

Rahman Bin Napiah.beliau telah dilahirkan pada 9 Oktober 1946 di Bagan Serai, Perak,

tetapi dibesarkan di Kampung Senawar Kuala Kangsar Perak. Mendapat pendidikan si

sekolah rendah ialah di Sekolah Umum Bukit Chandan, kemudian memasuki sekolah

menengah Sekolah Izzuddin Shah Ipoh. Belajar di Maktab Perguruan Bahasa Kuala

Lumpur dan menjadi guru selama lima tahun di Johor Bahru.

Mana Sikana mula menulis dengan memenangi cerpen $100/= Beria tahrian

pada tahun 1964 dengan cerpennya Kawan Yang Berbudi dan Kawan Berduri, sejak itu

Mana Sikana terus menulis cerpen. Di samping itu Mana Sikana juga bergiat dalam

bidang drama semasa di sekolah Ipoh. Mula-mula berlakon dalam drama berbahasa

Arab Ashab al-Kahfi, drama berbahas Inggreis The Fish kemudian beliau menulis dan

mengarah beberapa drama termasuk Anak-Anak Jahanam. Sewaktu di sekolah itu juga

Mana Sikana mula menulis ulasan dan kritikan drama di mana 1960-an adalah dekad

kecemerlangan drama realisme di Malaysia. Juga menulis kritikan novel dan

cerpen.1974 Mana Sikana memasuki Inntitut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan

Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Di sinilah beliau memperbaiki penulisan

dengan mengikuti kursus-kursus penulisan kreatif yang dikuliahkan oleh Profesor

Muhammad Haji Salleh. Dan Mana Sikana mula meninggalkan aliran realisme

memasuki aliran unrealisme, hingga kini namanya terkenal sebagai pelopor cerpen

beraliran asbdurdisme, eksistensialisme dan surealisme. Begitu juga pada masa di

Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, beliau mementaskan drama yang waktu itu

dimasuki teater surealisme.

Sesuai dengan keperluan akademik, dituntut menulis tugasan dan projek yang

berbentuk esei, kritikan dan kajian sastera, maka Mana Sikana mula menulis ini genre

secara mantap. Karyanya mula tersiar di beberapa majalah dan jurnal. Dua bidang

yang digemarinya menulis sastera Islam dan drama serta memenangi beberapa

Karyanya mula tersiar di beberapa majalah dan jurnal. Dua bidang yang digemarinya

menulis sastera Islam dan drama serta memenangi beberapa pertandingan menulis

esei kritikan termasuk Sastera UKM dan Hadiah Sastera Malaysia. Drama pun menjadi

bidang kajian Mana Sikana, dan setelah mendapat kelas pertama dengan kepujian

Mana Sikana bertugas sebagai tutor di UKM dan menyediakan tesis Perkembangan

dan Perubahan dalam Drama Malaysia. Dan untuk tesis kedoktorannya 1990 Mana

Sikana menulis kajian Drama Tuah-Jebat: Satu Kajian Intertekstualiti.

Dalam penulisan fiksyen Mana Sikana terkenal sebagai pelopor cerpen aliran

absurdisme dalam Sastera Melayu. Cerpen-cerpennya “Fakurdabakia”,

“Hipokondriakal”, “Aqula” dan “Maaj” adalah contoh teks tersebut. Sebelum itu cerpen

tanah air dibebani dengan aliran realisme dan ada percubaan teknik separuh kesedaran

Penghayatan Karya Agung Melayu 50

di kalangan cerpenis seperti yang dilakukan oleh Shahnon Ahmad, Anwar Ridhwan dan

Othman Puteh; Mana Sikana meneroka aliran absurdisme+surealisme+

eksistensialisme. Perubahan ini hasil daripada kursus penulisan kreatif yang diikutinya

di Uiversiti Kebangsaan Malaysi, menterjemahkan teks-teks cerpen James Joyce dan

Franz Kafka, membaca karya Albert Camus, Allain Robbe Grilett, juga meminati Iwan

Simatupang, Putu Wijaya dan Ariffin C.Noer. Yang menariknya absurdisme Barat, yang

putus dari agama dan manusia kehilangan harapan dan sejarah itu, telah

diislamisasikannya dengan menghasilkan teks-teks Islam. Di samping itu juga penulis

ini menulis dan mementaskan drama tahun 1970-an dalam kebangkitan surealisme di

Malaysia. Namanya adalah rangkaian lima dramatis waktu itu, iaitu Noordin Hassan,

Dinsman, Hatta Azad Khan, Johan Jaaffar dan Mana Sikana.

Karya Mana Sikana dianggap menarik dan memenuhi kriteria sebagai sebuah

karya yang bermutu. Malah, banyak karya-karyanya telah dijadikan bahan kajian pelajar

yang ingin membuat latihan ilmiah dan tesis. Antara karya-karyanya yang mendapat

perhatian para pengkaji dan pelajar ialah drama dan teater. Drama Tanah Di Hujung

Bedang (1969), merupakan buah tangan terawalnya dalam penulisan skrip drama.

Drama ini telah dimuatkan dalam antologi drama Tok Awang (1984), terbitan Universiti

Kebangsaan Malaysia. Ia menekankan pendekatan realisme yang mengangkat isu

sosial masyarakat desa yang menjalankan aktiviti pertanian sebagai sumber ekonomi

masyarakatnya. Antara isu sosial yang terdapat dalam drama Tanah Di Hujung

Bendang adalah mengenai masalah rumah tangga, kemiskinan, konflik kepentingan,

ketidakadilan dan penindasan kerana tidak menjalankan amanah.

Drama Tanah Di Hujung Bendang berfungsi untuk memberi kesan dan

pengajaran kepada masyarakat akan kepentingan hidup bersatu padu antara anggota

masyarakat terutama dalam institusi kekeluargaan dan persaudaraan, bekerjasama

antara anggota masyarakat, pentingnya sikap bertolak ansur antara rumah tangga dan

keluarga, prihatin, bertimbang rasa dan simpati, serta bersikap amanah terhadap

sesuatu amanah yang diberi untuk menegakkan kebenaran walaupun menghadapi

kesulitan.

Seterusnya, Mana Sikana beralih kepada drama berbentuk absurd sebagai

percubaan dalam menghasilkan karya dengan aliran yang baru. Antara karya-karya

absurdnya yang mendapat perhatian dan dipentaskan hingga kini ialah drama

Mustaqima dan Santagodna (1978), Apa-Apa (1982). Santagodna, dimuatkan dalam

antologi drama panjang Pelayaran Inderaputera II (1981), terbitan Dewan Bahasa dan

Pustaka. Manakala Mustaqima telah dimuatkan dalam antologi drama Matinya Seorang

Pahlawan (1990), terbitan Penerbit Karyawan. Apa-Apa (1984), diterbitkan oleh

Penerbit Heinemann. Merujuk kepada watak dan dialog yang terdapat dalam skrip

drama Apa-Apa (1982), pemikiran yang dapat ditangkap ialah perebutan kuasa dan

penjajahan yang berlaku dalam sebuah kehidupan melibatkan negara Malaysia

Penghayatan Karya Agung Melayu 51

khususnya dan negara Islam umumnya. Di samping itu juga ianya memberi makna,

kesedaran, dan pengajaran tentang pentingnya membangunkan negara untuk

menangkis penjajahan dan penindasan fizikal serta ideologi penjajah.

Terdapatnya makna dan signifikan yang diperolehi berdasarkan drama Apa-Apa

yang menyentuh persoalan mengenai perihal kehidupan di dunia berdasarkan

perlambangan-perlambangan yang wujud di dalam drama ini Persoalan mengenai

peranan watak sebagai perlambangan kepada sesuatu makna yang tersirat juga

terdapat dalam drama Apa-Apa ini. Seperti watak ‘Ketua’ melambangkan Penjajah

Barat atau Orang Israel yang ingin mengaut keuntungan di samping menghancurkan

agama yang terdapat di muka bumi ini terutamanya agama Islam. Menjurus kepada

watak Ketua dalam dialognya yang menunjukkan simbol kepada Penjajah Barat adalah

“Hari ini adalah hari kemenangan yang abadi... perintahkan semua masjid, gereja, kuil,

pagoda di robohkan”, “Perintahkan saja mereka menyembah aku.”, dan “..aku mahu

menjadi Tuhaaan!” (Apa-Apa, 1984: 185), ini jelas melambangkan perlakuan kuasa

Barat seperti Israel ke atas negara-negara Islam yang mengangkat mereka sebagai

ketua berdasarkan kekacauan dan kezaliman yang dilakukannya.

Manakala, drama Santagodna pula menyingkap perihal konflik dalaman antara

mimpi dan realiti sang Suami dengan kematiannya. Ianya seperti menggambarkan

realiti kehidupan watak Suami yang merupakan seorang ahli perniagaan yang kaya dan

terkenal. Tetapi disebalik kejayaan itu, terselit noda-noda yang pernah dilakukan

olehnya. Watak ‘Suami’ digambarkan sebagai seorang pemimpin yang tidak amanah,

ingkar pada perintah Tuhannya, seorang lelaki yang hanya ingin melunaskan keinginan

kelakiannya sehingga mengabaikan segala tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

Malah watak Suami ini juga merupakan individu yang sangat berpengaruh

seperti yang digambarkan pada dialog “...aku mahu biar pokok-pokok akan sujud

kepadaku.” (Santadogna, 1981: 102). Aliran absurb menyajikan banyak makna dan

signifikan bagi menyatakan maksud-maksud disebalik atau di luar kotak pemikiran

manusia. Perkataan “tarian kurang baju,” menggambarkan tarian atau pesta yang

memakai pakaian yang menjolok mata atau menari dengan tidak memakai pakaian. Ini

menggambarkan keadaan manusia kini yang tidak mempedulikan persoalan agama

atau akidah. Manakala minuman “warnanya harus putih dan bergetah,” digambarkan

sebagai anak gadis yang masih suci.

Menerusi penelitian terhadap drama “Mustaqima” pula, pemikiran yang dapat

ditangkap adalah berkaitan dengan soal keimanan dengan mengemukakan imej-imej

universal berdasarkan kisah dongeng dunia seperti ‘Zurastura’ dan ‘Sisipus’ sebagai

watak utama dalam drama ini. Tanda yang dapat dikenal pasti menerusi drama ini

adalah tanda yang melibatkan watak itu sendiri berdasarkan dialog yang dituturkan.

Seperti watak ‘Zurastura’ sebagai lambang kepada sifat Iblis yang gemar menghasut

serta mengajak manusia ke arah kemungkaran. Apabila meneliti watak ‘Sisipus’ dan

Penghayatan Karya Agung Melayu 52

‘Puteri’ ianya seolah-olah menginterpretasi kewujudan manusia pertama di alam dunia

dapatlah dikenal pasti makna yang ingin di sampaikan oleh pengarang iaitu seperti

mengandaikan kisah manusia pertama yang menghuni dunia tetapi telah diadaptasi

dalam pemikiran yang eksistensisme. Seperti Adam yang mewakili watak ‘Sisipus’ dan

‘Puteri’ sebagai lambang diri Hawa. Drama ini telah menggambarkan ketaatan ‘Sisipus’

sebagai hamba Tuhan yang akhirnya dihadiahi dengan ‘Puteri’ bagi mengubat

kesunyiaan dan keseorangan hidup ‘Sisipus’.

Karya-karya absurd yang dihasilkan oleh Mana Sikana telah mendapat perhatian

daripada beberapa penggiat sastera Melayu di Malaysia, antaranya Sahlan Mohd

Saman yang memperkatakan bahawa: “Mana Sikana melakukan cubaan bererti dengan

aliran eksistensialisme dan absurdisme – dengan menonjolkan watak-watak yang

mencari kewujudan dan identiti serta menggambarkan manusia yang dilanda sakit jiwa

disamping membicarakan persoalan yang bercorak falsafah (Dewan Bahasa, April

1978)

Mana Sikana juga mengambil langkah berani apabila mempelopori genre drama

baru iaitu metahistoriografi. Apabila menelusuri aliran Metahistoriografik yang

merupakan antara penghasilan baru dalam skrip drama pentas menerusi pengolahan

sejarah dan pembaharuan yang dibawa oleh Mana Sikana, teks drama Di Hujung

Taming Sari dikategorikan sebagai drama beraliran metahistoriografik yang bejaya dan

memperlihat sifat pembaharuannya, calon telah menjadi pelopornya. Merujuk kepada

skrip drama Di Hujung Taming Sari, terdapat pemikiran yang diperolehi daripada drama

ini iaitu kekuatan dan kegagahan Hang Jebat dalam menentang kejahatan dan

penindasan yang dibuat oleh Sultan dan Datuk Bendahara kepada Hang Tuah.

Sejarah Hang Tuah telah diolah dan dibuat pembaharuan yang kadang kala

terdapatnya pertentangan terhadap cerita sebenar sejarah yang telah digarap oleh

Mana Sikana berdasarkan pemikiran beliau terhadap kebenaran sejarah dan

pengolahan kepada suatu yang baru. Konsep sejarah yang digunakan dalam drama Di

Hujung Taming Sari adalah nostalgia dengan menggambarkan peristiwa sejarah

kehidupan Hang Tuah serta keperwiraan Seri Kandi Tun Fatimah. Malah, peristiwa

sebenar Hang Tuah yang dihukum bunuh oleh Sultan mengundang kemarahan dan

pemberontakan Hang Jebat akibat dari kezaliman tersebut turut dimasukkan sebagai

latar sejarah dalam meningkatkan pembaharuan karya beliau seperti dalam drama Di

Hujung Taming Sari yang memaparkan pemberontakan Hang Jebat sebagai cara

menuntut bela ke atas kematian Hang Tuah yang dibunuh oleh Sultan.

Konsep idealistik iaitu penggunaan sejarah sebagai pendekatan untuk memberi

pengajaran dan ingatan kepada generasi kini. Contohnya berdasarkan drama ini,

pengajaran yang jelas adalah jangan mudah mempercayai orang luar seperti Datuk

Patik Karma Wijaya dan sikap Kidul yang bersahabat dengan orang Inggeris

menyebabkan orang Inggeris dengan mudah mengetahui kekuatan dan kelemahan

Penghayatan Karya Agung Melayu 53

orang Melayu seterusnya mencari helah untuk membuat agendanya yang tersendiri.

Perbincangan mengenai pengajaran yang diperolehi hasil dari drama ini juga adalah

berkaitan dengan isu ketegasan dan kewajipan pemimpin untuk menyiasat secara

terperinci akan pengkhabaran yang diterimanya. Menjurus kepada sejarah dan drama

pentas ini, sultan tidak menyiasat akan fitnah yang dilemparkan kepada Hang Tuah.

Namun, telah menggunakan kuasa yang dimikinya untuk memutuskan sesuatu perintah

tanpa adanya usul periksa seperti yang berlaku kepada Hang Tuah. Pengajaran yang

diperolehi dari drama ini adalah sebagai pemimpin, ketua dalam negeri, mahupun

rumah tangga sewajarnya bersikap adil dan membuat penyiasatan sebelum melakukan

sebarang hukuman.

Buah tangan keduanya dalam karya Metahistoriografi telah melangkaui ekspresi

bangsa merdeka apabila ideanya dicetuskan dengan penghasilan penulisan naskhah

yang diterjemahkan ke dalam drama Pasir-Pasir di Pasir Salak. Lantaran pergolakan

kuasa pemerintah Barat yang inginkan kekuasaan di Tanah Melayu, telah mengheret

beberapa pembesar Melayu dalam kancah konspirasi sehingga terjajahnya bumi

Melayu. Contohnya dalam drama Pasir-Pasir Di Pasir Salak, kematian J.W.W Birch,

telah dijadikan alasan oleh pihak penjajah untuk menakluk dan mengusai bumi Perak.

Sejarah awal yang tercatat, menyatakan bahawa Birch telah dibunuh oleh Datuk

Maharaja Lela bersama pengikut-pengikutnya.

Ironinya, watak Birch pada sejarah asal, meletakkan lelaki berbangsa kulit putih

ini sebagai seorang yang tidak tahu akan adat istiadat budaya Melayu dan dianggap

sebagai seorang yang bodoh sombong. Namun, dalam garapan metahistoriografik,

watak ini dipusingkan dengan melambangkan Birch sebagai seorang yang bijak dan

telah berjaya menguasai minda orang Melayu. Kematian Birch itu telah berjaya

mengikat Perak pada perjanjian Pangkor, dan British telah berjaya memperluaskan

kuasanya. Hegemoni Inggeris ini telah membangkitkan kemarahan rakyat Perak apabila

Datuk Maharaja Lela dituduh membunuh Birch dan dijatuhi hukuman bunuh. Disini,

dapat dilihat bahawa Mana Sikana merupakan seorang yang sangat kreatif dengan

pengolahan idea dalam penulisan skripnya. Ilhamnya sentiasa basah dan beliau

berjaya melahirkan karya-karya yang bersesuaian dengan peredaran masa dan

suasana masyarakat hari ini. Mana Sikana mengekalkan elemen fotokopi sejarah bagi

mengimbau semula nostalgia dengan menggabungkannya secara idealistik agar

rentetan ceritanya lebih menarik dan kemas.

Hal ini secara tidak langsung akan meresap ke dalam jiwa penonton yang

menontonnya dengan menggambarkan kepedihan hidup pada zaman penjajahan.

Kebangkitan semangat nasionalisme itu akan turut dirasai dengan pendekatan yang

lebih segar dan meluas. Walaupun sejarahnya digarap dengan nafas yang baru, namun

tetap ada pengekalan terhadap sejarah asalnya. Pendekatan patriotik dan nasionalisme

yang disampaikan turut berjaya diresapkan ke dalam jiwa penonton. Air Mata Naning

Penghayatan Karya Agung Melayu 54

juga tidak sahaja mencitrakan perjuangan Dol Said dalam mempertahankan Naning,

tetapi diisi juga dengan percintaan dan pertentangan dan pertemuan dua adik beradik,

di sinilah makna teks bahawa jika Melayu ingin mempertahankan kepertuanannya

mereka harus bersatu padu dan mengelakkan perselisihan antara satu sama

lain.Dalam drama ini bukan sahaja kemenangan bagi Naning, tetapi mereka berjaya

menakluk Melaka dan menghalau penjajah itu daripada bumi Melaka. Di sinilah makna

tambahan dan dimesi kekuasaan yang ingin diutarakan sesuai sebagai teks

metahistoriografik. Karya-karyanya berjaya memugar masa tradisional untuk makna

pascamoden.

RUMUSAN

Demikianlah perbincangan ketokohan pengarang agung yang menjelaskan daripada

sudut latar kehidupan, pendidikan dan penulisan serta sumbangan yang membawa

mereka digelar sebagai pengarang agung. Pengarang yang telah dibahas dan dianalisis

itu ialah Tun Seri Lanang, Raja Ali Haji, Hamzah Fansuri, Keris Mas, Usman Awang dan

Mana Sikana. Kesemuanya mereka adalah pengarang yang telah mencapai kedudukan

yang unggul dan kanon. Tidak syak lagi Tun Seri Lanang terkenal sebagai penulis

historiografi, Raja Ali Haji karyawan intelektua, Hamzah Fansuri dalam bidang puisi

masnawi, Keris Mas adalah tokoh modenisasi cerpen, Usman Awang penulis sajak dan

Mana Sikana menghasilkan drama realisme, surealisme dan pelopor drama

metahistoriografik.

RUJUKAN

Al-Attas, Syed Muhammad Naguib. 1968. The Origin of the Malay Shair: Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ali Haji Ahmad, 1964. Rintisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hamzah, 1950. “Sastera 1950” dalam Hiburan, 8 Julai 1950.

Kassim Ahmad (pnyl.), 1964. Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Kassim Ahmad, 1973. Perwatakan dalam Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Kassim Ahmad, 1959. “Mereka Tidak Mengerti, Keris Mas”. Dewan Bahasa, Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Disember, h. 610-612.

Keris Mas, 1969. Patah Tumbuh. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Penghayatan Karya Agung Melayu 55

Keris Mas, 2000. Kumpulan Cerpen Sasterawan Negara Keris Mas 1946-1989. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mana Sikana, 1996. Teori Sastera Teksdealisme. Bangi: Penerbit Jabatan Persuratan

Melayu, Univbersiti Kebangsaan Malaysia.

Mana Sikana, 2004 Sastera Melayu Klasik: Warisan Keemasan. Singapura: Penerbit

Nasional.

Mana Sikana, 2005. “Keris Mas: Mangkin Kesusasteraan Melayu Moden. Dewan

Sastera, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Jun halaman 7-12.

Mana Sikana, 2007. Teras Sastera Tradisional. Bangi: Pustaka Karya.

Mana Sikana, 2009. Teori Sastera Kontemporari. Bangi: Pustaka Karya

Mana Sikana, 2013. Dari Barat ke Timur: Teori dan Kritikan Sastera. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Taib Osman, 1974. Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala Lumpur: Federal

Publications.

Mohd. Taib Osman, 1968. “Mythic Elements in Malay Historiography” dlm.

Tenggara, 2 (2), hlm. 80-9.

Mohd. Taib Osman, 1971. “Ulasan: Sejarah Melayu or Malay Annals”dlm. Dewan

Bahasa, Februari, hlm. 61-4.

Mohd Yusof Hashim (pnyl) .2008. “Hang Tuah di antara Fakta dan Fiksyen” dalam

Hang Tuah Wira Melayu. Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme

Malaysia.

Nicholson, R.A. 1969. Studies in Islamic Poetry. London: Cambridge at the University

Press.

Nicholson, R.A. 1969. A Literary History of the Arabs. London: Cambridge University

Press.

Omar Mohd. Hashim, 1976. “Cerpen Melayu Moden Selepas Perang”, dalam Anwar

Ridhwan (Pny.). Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957-1972. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raja Ali Haji. 1965. Tuhfat al-Nafis. Singapore: Malayan Publications.

Umar Junus. 1984. Sejarah Melayu: Menemukan Diri Kembali. Petaling Jaya: Penerbit

Fajar Bakti.

Umar Junus, 1987. “Henk Maier dan Hikayat Merong Mahawangsa” dlm. Dewan

Sastera, Jun, hlm. 62-7.

Winstedt, R.O. 1921. “Hikayat Hang Tuah, Part I”dlm. JSBRAS , 83, h1m. 110.

Penghayatan Karya Agung Melayu 56

Winstedt, R.O. 1923. Papers on Malay Subjects, Part II, Literature of Malay Folklore.

Kuala Lumpur: t.p.

Winstedt, R.O. 1925. Shaman, Saiva and Sufi: A Study of The Evolution of Malay

Magic. London: Constable.

Winstedt, R.O. 1938. “The Malay Annals, Raffles Ms. 18”. JMBRAS, 16 (3), hlm. 1-

225.

Winstedt, R.O. 1947. The Malays: A Cultural History. Singapore. Winstedt R.O.,

1958. “A History of Classical Malay Literature. Revised edition” dlm.

JMBRAS, 31 (3), hlm. 1-261.

KATA KUNCI

1. Salasilah

2. Feudal

3. Parodi

4. Tasawuf

5. Heterodoks

6. Metaforikal

7. Sasterawan Negara

8. Realisme

9. Romantisme

10. Eksistensialisme

1. Jelaskan maksud ‘ketokohan.’

2. Berikan alasan anda sebab Tun Seri Lanang dikatakan sebagai ‘penyusun’

Sejarah Melayu.

3. Tuhfat al-Nafis memancarkan beberapa fenomena baru dalam kreativiti sastera.

Bincangkan bagaimana Raja Ali Haji melakukannya.

4. Karya-karya Hamzah Fansuri tidak disenangi pihak istana. Jelaskan perkara

yang menyebabkan hal ini berlaku.

5. Bincangkan kualiti yang terdapat dalam karya drama oleh Mana Sikana.

Penghayatan Karya Agung Melayu 57

UNIT 4

PEMIKIRAN KARYA AGUNG

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda dapat :

1. Menyatakan kembali takrifan pemikiran dalam karya agung.

2. Membandingkan pemikiran dalam karya-karya agung yang terpilih.

3. Mewajarkan rasional ketokohan Hang Tuah yang diangkat begitu hebat sifatnya.

4. Menyelami pemikiran di sebalik karya-karya Melayu terhadap raja-raja Melayu.

PENDAHULUAN

Pemikiran di dalam karya sastera bermaksud ialah subjek yang dibawakan oleh

pengarang. Bermula daripada idea dan pengalaman dimantapkan bersama-sama

dengan imaginasi dan kreativiti untuk dijelmakan menjadi persoalan dan tema karya.

Daripada situlah ia dikembangkan untuk menyampaikan mesej dan tujuan yang

membentuk pemikirian dan idealisme pengarang. Dalam perbicaraan bab ini akan

dibawakan pemikiran karya agung seperti Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan

Tajus Salatin.

SEJARAH MELAYU

Sejarah Melayu berisi dengan sejarah Melaka daripada zaman pertumbuhannya,

mengalami zaman keemasan dan akhirnya keruntuhannya di tangan Portugis. Tidak

ada siapa yang dapat menolak Sejarah Melayu daripada segi sejarahnya, ia menjadi

rujukan zaman berzaman untuk mengkaji tamadun Melayu. Isi ceritanya yang

berbentuk sejarah itu mengandungi pelbagai catatan dan kisah seperti tentang

pembukaan negeri, aktiviti-aktiviti raja dan undang-undang bernegeri dan berkerajaan.

Juga mengandungi pemikiran tentang asal-usul raja, asal-usul nama tempat dan adat

istiadat.

Dalam Sejarah Melayu juga, kita temui gambaran kehidupan dan budaya

kerajaan Melaka atau budaya feudal. Isinya mengandungi jurai keturunan raja dan

pembesar negara dan hulubalangnya. Membincangkan juga budaya keagungan dan

Penghayatan Karya Agung Melayu 58

kebesaran bagi pemerintahan bernegara. Cara budaya berkerajaan, terutamanya

tanggung-jawab pembesarnya. Gambaran budaya tentang wira dan hulubalangnya juga

diterangkan dengan jelas, ia penting kerana ia menjadi tonggak kekuatan negara.

Sejarah Melayu bercampur dengan unsur mitos dan legenda. tetapi unsur sejarahnya

lebih kuat. Bahan-bahannya menggambarkan budaya orang Melayu terutamanya

mengenai watak pemerintah dan bangsa Melayu sendiri, undang-undang dan adat

istiadat Melayu.

Pemikiran Sejarah Melayu

Kandungan dan Pemikiran Sejarah Melayu mengandungi 34 bab. Beberapa isi penting

Sejarah Melayu ialah:

Penaklukan Iskandar Zulkarnain,

Kisah bermula di Bukit Siguntang,

Puteri Nila Panca ke Singapura,

Singapura dilanggar Todak,

Pembukaan Melaka,

Kebijaksanaan Tun Perak,

Kebesaran Melaka,

Kisah Tuah-Jebat,

Perhubungan dengan China,

Pergolakan politik Melaka,

Kitab Darul Mazlum,

Raja Campa dan Zuriatnya,

Pemerintahan Sultan Alauddin Riayah Shah,

Pemerintahan Sultan Mahmud Shah, dan

Kehadiran Portugis.

.

Sejarah Melayu dianggap sebagai teks kanon dalam sastera Melayu klasik dan

karya agung historiografi Melayu. Dari segi peristilahan, Sulalatus Salatin bermakna

“keturunan keluarga, termasuk asal usul dan susur- galur sultan-sultan”(Muhammad

Yusoff Hashim, 1988:322-33). Sejarah Melayumemberi keterangan tentang keturunan

raja-raja Melayu dan nasib kerajaan Melayu sehingga kehadiran orang Portugis.

Francois Valentjin turut menyebut Sulalatus Salatin sebagai “Soelatet Essalatina or the

genealogy of kings of the Malay coast and of Malacca” dan menganggapnya sebagai

salah sebuah buku Melayu yang penting yang dimilikinya.

Sejarah Melayu sebagai karya sumber sejarah yang penting. Jelas sekali

Bottoms menegaskan bahawa Sejarah Melayu adalah pengumpulan data penulisan

Penghayatan Karya Agung Melayu 59

tentang sejarah orang Melayu. Fakta sejarah dalam karya tersebut, dapat ditimbulkan

oleh orang yang ahli dalan sastera dan mempunyai pengetahuan yang baik dalam

bidang dan zaman berkenaan. Sifat kesejarahan teks Sejarah Melayu, menampilkan

kenyataan sejarah yang jelas sehingga ia menjadi sumber penting bagi mengkaji

sejarah kemunculan, kemakmuran, dan keruntuhan Kesultanan Melayu Melaka.

Dengan itu Sejarah Melayu boleh digunakan untuk menyusun sejarah kemasyarakatan.

Ini adalah kerana karya ini memberi gambaran yang jelas tentang cara hidup penduduk

Melaka pada abad ke-15 Masihi. (Liaw Yock Fang, 1982: 214-215). Dengan ini, karya

Sejarah Melayu adalah sumber terpenting dalam menyusun sejarah kemasyarakatan

Melayu.

Kesultanan Melayu Melaka merupakan titik tolak permulaan suatu tradisi yang

menjadi dasar budaya Melayu. Lantaran itu, Sejarah Melayu yang banyak memuatkn

kisah istana Melaka boleh disifatkan sebagai teras kebudayaan Melayu. Ini adalah

kerana hampir semua perkembangan budaya Melayu kini boleh dicari dasarnya dalam

kitab tersebut. Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa tiada karya kesusasteraan

Melayu melainkan Sejarah Melayu yang dapat memberi suatu gambaran konkrit

tentang kebudayaan Melayu. Mohd Taib Osman (1974), pernah menggambarkan

kebudayaan Melayu sebagai suatu kebudayaan yang berasal ataupun dibentuk

daripada pelbagai peradaban yang mencerminkan liku-liku sejarah yang dilalui.

Berkenaan dengan kebudayaan Melayu, beliau menjelaskan bahawa kita dapat melihat

bagaimana Sejarah Melayu dapat merangkaikan kebudayan Melayu yang mengandungi

ciri-ciri peradaban Hindu dengan pertumbuhan kebudayaan yang berteraskan agama

Islam. Kenyataan di atas menjelaskan bahawa budaya asing, khususnya peradaban

Hindu, tidak diterima dalam kebudayaan Melayu sebulat-bulatnya. Sebaliknya, unsur

terpilih pada budaya tersebut dikaitkan dengan kebudayaan yang berteraskan agama

Islam sebelum ia diterima sebagai kebudayaan Melayu.

Oleh sebab budaya bersifat dinamis, dalam sejarah sesuatu kebudayaan yang

menunjukkan persambungan tradisi, ada ciri yang terkubur bersama-sama dengan

zamannya, ada ciri yang diberi pengertian baru serta diteruskan amalannya, ada ciri

baru yang mendapat tempat serta diberi pewarnaan tempatan supaya bersesuaian

dengan tradisi masyarakat tempatan. Kebudayaan Melayu yang menampakkan

persambungan tradisi juga telah melalui proses yang tersebut di atas. Kedudukan

Sejarah Melayu sebagai teras kebudayaan Melayu dan adikarya historiografi Melayu

lama menjadi tumpuan kajian kebanyakan sarjana dari dalam mahupun luar negara.

Sudah banyak kajian dibuat berdasarkan Sejarah Melayu, tetapi kekayan karya ini

masih menawarkan ruang besar bagi kajian baru. Setiap pengkaji yang melibatkan diri

dalam kajian karya Sejarah Melayu sudah pasti menemui pengaruh unsur kebudayaan

India padanya.

Penghayatan Karya Agung Melayu 60

Banyak kecaman-kecaman telah dibuat oleh penulis-penulis Barat terhadap

Sejarah Melayu; ianya tidak dapat dijadikan sebagai satu sumber untuk menulis

sejarah. Winstedt dan Wilkinson menganggapnya sebagai sebuah buku mitos dan

roman yang mengandungi banyak cerita-cerita dongeng dan dewa-dewa. Ia dipenuhi

dengan fabel dan ceritanya putus-putus, tidak mengikut susunan kronologi. Ini

disebabkan terlalu banyak mengandungi cerita dongeng yang tidak dapat diterima akal

dan cerita dewa-dewa, maka sifat sejarahnya sudah hilang.Selain itu ada pula sarjana-

sarjana lain seperti Hoesein Djajadiningrat, Branders Rasser dan Pigeaud yang masih

mempunyai karangan tentang reliability Sejarah Melayu itu sebagai buku sejarah.

Mereka menganggap Sejarah Melayu sebagai sebuah buku dongeng kerana ia tidak

mempunyai pentarikhan.

Tujuan Pengkaryaan Sejarah Melayu

Sejarah Melayu bertujuan untuk memperbesarkan kedudukan dan sejarah silam raja-

raja Melaka yang telah tewas di takluki Portugis. Pelbagai unsur-unsur bukan sejarah

dimasukkan sebagai dakyah untuk menguatkan pencapaian terhadap tujuan tersebut.

Sejarah Melayu mempunyai empat sifat iaitu, sejarah, saintifik, humanistik, rasional

dan self-revealatory. Kandungannya mempunyai perbuatan-perbuatan manusia zaman

silam, kerana sejarah itu dapat ditafsirkan sebagai apa kita ketahui darihal tiap-tiap

sesuatu yang dibuat,difikir, diharap ataupun dirasai oleh manusia. Tentu sekali Sejarah

Melayu banyak menyentuh aktiviti-aktiviti manusia, walaupun ada cerita-cerita dongeng.

Bahagian awal kitab Sejarah Melayu menceritakan zaman awal sesebuah kerajaan,

iaitu, meliputi asal-usul keturunan raja-raja, kisah pembukaan negara kota dan kisah

kemasukan Islam ke sesebuah negara.

Sejarah Melayu dan Sastera Sejarah lainnya dihasilkan untuk kepentingan

golongan istana. Mengagung martabatnya dan mempertahankan kedaulatannya.Raja

sering dikaitkan dengan berketurunan istimewa. Raja Melaka lebib istimewa daripada

Maharaja China. Sejarah Melayu juga mengandungi unsur pengajaran, diduktif, moral

dan teladan. Sejarah Melayu adalah sebuah teks kanon. Sama kedudukannya dengan

Hikayat Hang Tuah. Sejarah Melayu berjaya menggambarkan budaya hidup orang

Melayu zaman feudal. Meski unsur sejarah dan mitos bergabung, tetapi itulah

sebenarnya budaya Melayu yang senantiasa mencampurkan antara realiti dengan

unrealiti. Dengan itu dapat dirumuskanSejarah Melayu mengandungi

Peristiwa sebenar

Mengikut kronologi zaman

Tokoh atau manusia yang benar

Latar tempat yang betul, namun ia bersatu dengan mitos, legenda, tiada pentarikhan,

Penghayatan Karya Agung Melayu 61

Adanya unsur-unsur penambahan, dan

Pengarang mempunyai motif dan komitmen.

Hubungan Raja-Rakyat dalam Sejarah Melayu

Sejarah Melayu mempunyai banyak kekurangan seperti, tidak mempunyai pentarikhan.

Ada diceritakan kemangkatan seseorang raja seperti: “maka Sultan Alauddin pun

mangkatlah maka Raja Mohammadlah kerajaan mengantikan kerajaan ayahanda

baginda, dan gelar baginda di atas kerajaan Sultan Mahmud Syah”. Di sini, tarikhnya

tiada dicatatkan. Begitu juga tiada disebutkan pentarikhan tentang peperangan Melaka

melawan Siam dalam zaman pemerintahan Sultan Muzaffar, tentang perhubungan

diplomatik antara Siam-Melaka oleh Tun Telani dan tentang penaklukan Melaka oleh

Feringgi. Winstedt menuduh bahawa tarikh mengenai pakatan-pakatan istana dan

peperangan-peperangan di antara raja-raja terpaksa dicari oleh penyelidik-penyelidik

daripada batu-batu makam. Di samping itu Sejarah Melayu juga tidak menjelaskan

salasilah kerajaan Melayu Melaka seperti berapa lamakah setiap keturunan kerajaan itu

bertakhta. Dan kekurangan ini sangat-sangat menyusahkan kita.

Namun begitu, bolehlah dikatakan bahawa dengan sendirinya Sejarah Melayu

tidak dapat dijadikan suatu sumber sejarah yang tepat, tetapi ia menjadi suatu sumber

yang bernilai kiranya isi kandungan buku itu dikaji dan dibandingkan dengan catatan

China dan Siam. Memang benar ia mempunyai kekurangan-kekurangan, tetapi ia

penting dijadikan sumber asas untuk menulis sejarah Malaysia antara 1400-1511. Ia

tidaklah seluruhnya merupakan sebuah buku mitos dan dongeng. Ada objektiviti dalam

penulisan Sejarah Melayu. Mungkin juga pengarang tidak dapat menulis segala-

galanya yang berlaku di Melaka. Tetapi ini tidak dapat dielakkan kerana seperti mana

kata Gottschalk (1975) dalam Understanding History; “Hanya sebahgian daripada yang

berlaku dapat dilihat, hanya sebahgian daripada yang dilihat dapat diingat, dan hanya

sebahgian yang dicatat masih selamat.”

Salah satu nilai budaya dalam Sejarah Melayu ialah di dalamnya tercatat sebuah

perjanjian klasik, iaitu di antara Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana.

Perjanjian inilah yang menjadi dasar konsep daulat dan derhaka, yang melatari

perhubungan antara raja dengan rakyat yang berterusan dari zaman ke zaman

hinggalah ke hari ini. Untuk itu kita nukilkan tentang perihal perjanjian tersebut.

Perjanjian ini berlaku apabila Seri Teri Buana, iaitu raja negeri Palembang,

berduka lara kerana segan untuk menyuarakan hasratnya mengambil anak Demang

Lebar Daun iaitu, Raden Ratna Cendera Puri sebagai isteri. Sebelumnya, baginda

telah beberapa kali beristeri tetapi isteri-isterinya telah diserang penyakit kulit sebaik

sahaja beradu semalaman. Demang Lebar Daun yang merendahkan martabat dirinya

sebagai rakyat biasa walaupun beliau adalah bekas raja negeri Palembang, berasa

Penghayatan Karya Agung Melayu 62

susah hati dan gelisah apabila melihat baginda masygul dan murung. Seri Teri Buana

adalah seorang anak raja daripada negeri di bawah laut. Demang Lebar Daun

menganggap dirinya tidak layak dan tidak setanding dengan martabat Seri Teri Buana

yang berasal daripada keturunan Raja Iskandar Dzulkarnain, lalu, menjadikan Seri Teri

Buana sebagai raja Palembang.

Berbalik kepada kisah Seri Teri Buana yang sedang berduka itu, apabila ditanya

oleh Demang Lebar Daun sebab musababnya, maka Baginda pun menyuarakan

perasaan yang telah terbuku sekian lama. Demang Lebar Daun bersetuju

bermenantukan baginda tetapi dengan bersyarat. Syarat-syaratnya ialah:

1. Jika anak Demang Lebar Daun terkena penyakit kulit juga, sama seperti isteri-

isterinya yang terdahulu, baginda dikehendaki jangan mengeluarkannya dari

istana tetapi diminta terus diberi kebenaran tinggal di istana walaupun sebagai

hamba suruhan.

2. Baginda diminta supaya tidak memalukan rakyat walaupun kesalahan yang

dilakukan itu besar.

3. Raja hanya boleh menjatuhkan hukuman bunuh jika memenuhi hukum syarak.

Baginda bersetuju dengan syarat-syarat itu tetapi juga mengenakan syarat

kepada Demang Lebar Daun: rakyat jangan sekali-kalipun menderhaka kepada raja

tidak kira betapa zalim dan kejam raja itu.Kedua-dua pihak akhirnya mengikat perjanjian

dan bersumpah setia memegang perjanjian yang telah dibuat. Mereka juga bersetuju

jika ada pihak yang melanggar perjanjian itu, salah satu pihak akan menerima padah

yang amat buruk. Sekiranya Demang Lebar Daun, yang mewakili rakyat, melanggar

perjanjian tersebut, akan diterbalikkan bumbung rumahnya oleh Allah s.w.t. Begitu juga

dengan pihak raja, jika tidak mengotakan janjinya akan dibinasakan Allah negeri dan

kerajaannya.

Di dalam perjanjian yang dibuat, sebenarnya mempunyai perkara yang tersirat.

Golongan yang mewakili perjanjian ini ialah Demang Lebar Daun yang mewakili

golongan rakyat dan Seri Teri Buana yang mewakili golongan raja. Apabila dikaji

perjanjian ini dengan mendalam, jelas bahawa perjanjian ini tidak mengongkong atau

menjatuhkan martabat raja! Malahan, golongan rakyat yang mengalami banyak

kerugian.

Permintaan daripada golongan rakyat agar tidak dimalukan adalah lumrah bagi

setiap manusia yang mempunyai harga diri dan maruah. Permintaan ini memang

masuk akal. Jika tidak wujud perjanjian ini sekalipun, sifat semulajadi manusia memang

tidak suka dimalukan dan memalukan. Sebab itulah wujud peribahasa ‘Biar mati anak

jangan mati adat’ dan juga ‘ jangan menconteng arang di muka.’ Islam juga melarang

sesama manusia membuka keaiban masing-masing.

Penghayatan Karya Agung Melayu 63

Mungkin permintaan ini diutarakan mungkin kerana raja zaman dahulu memang

suka memalukan rakyat. Hukuman sula dan gantung sampai mati selalunya dijalankan

di kawasan pasar atau yang mempunyai ramai orang. Demang Lebar Daun adalah

bekas seorang pemerintah. Mungkin dirinya sendiri pernah berpengelaman memalukan

rakyat dan kini takut perkara memalukan rakyat itu terus berlaku memandangkan

dirinya sudah berstatus rakyat.

Permintaan seterusnya daripada golongan rakyat juga, ialah agar hukuman

membunuh mengikut hukum syarak. Permintaan ini berdasarkan konsep hak asasi

manusia dan keadilan sejagat. Raja diminta supaya tidak menjatuhkan hukuman

sewenang-wenangnya. Permintaan ini mungkin terjadi kerana Demang Lebar Daun

cukup faham dengan kedudukan seorang raja yang kebanyakannya selalu

menyalahgunakan kuasa. Demang Lebar Daun mungkin berharap dengan adanya

perjanjian ini, golongan raja akan mengubah cara mereka menjatuhkan hukuman iaitu

dengan cara yang lebih rasional dan adil.

Permintaan ketiga ialah tentang hak seorang isteri raja. Besar kemungkinan,

Demang Lebar Daun begitu prihatin dengan cara raja beristeri. Raja zaman dahulu

kerap menukar perempuan sesuka hati. Begitu juga cara raja mengambil anak gadis

untuk dibuat isteri sungguh memalukan. Ada yang ‘dirampas’ daripada ibu bapanya

atau lebih teruk lagi daripada suaminya. Jika mereka cuba melawan atau memberontak,

mereka akan dihukum. Raja mungkin dilihat oleh golongan rakyat sebagai raja yang

mempunyai banyak isteri dan gundik sehingga tidak dapat berlaku adil. Mungkin juga,

Demang Lebar Daun begitu terharu dengan nasib isteri-isteri Seri Teri Buana

sebelumnya yang ‘dibuang’ begitu sahaja apabila didapati berpenyakit. Demang Lebar

Daun mungkin tidak mahu anaknya mengalami nasib yang sama memandangkan

beliau ialah bekas seorang pembesar negeri itu. Jika perkara itu terjadi, tentulah akan

memalukan beliau.

Permintaan raja kelihatan mudah dan sedikit tetapi sebenarnya membawa

makna yang begitu besar. Rakyat dipinta menelan segala kekejaman raja dan

menjunjung titah raja bulat -bulat tanpa boleh mengingkari atau mempersoalkan tindak-

tanduk raja. Raja menyifatkan penentangan kehendak raja ialah satu penderhakaan

dan rakyat itu akan mendapat bala. Ada kemungkinan Seri Teri Buana membuat

perjanjian ini kerana ingin memperluaskan kuasa atau juga mungkin kerana beliau

terlalu angkuh dengan martabatnya yang dikatakan Iskandar Dzulkarnain. Beliau

mungkin berasa segala pendapat serta perbuatannya adalah betul belaka. Maka tidak

boleh ada sesiapa pun yang menentangnya.

Demikian nukilan perbincangan dengan hubungan raja dengan rakyat dan harga

kedaulatannya. Tidak syak lagi ia adalah sebuah karya yang sangat besar, tergambar di

dalamnya segala budaya dan kerajaan besar Melayu Melaka. Sejarah Melayu adalah

karya yang lahir dalam konteks pengagungan kerajaan Melayu Melaka. Bagaimana pun

Penghayatan Karya Agung Melayu 64

banyak pandangan yang membicarakan dari segi kedudukan dan pengaruhnya dalam

penstrukturan teks ini.

HIKAYAT HANG TUAH

Hikayat Hang Tuah telah dianggap sebagai sebuah teks yang mencapai taraf kanon

Melayu.Hikayat Hang Tuah adalah sebuah epik yang sangat popular dan tersohor dan

ia menceritakan satu-satunya wira Melayu yang tidak ada tolok bandingnya; di

dalamnya telah dilahirkan cita-cita bangsa Melayu. Ia telah mencatatkan riwayat bangsa

ini dari sejarah mulanya, melewati zaman pembangunan lalu di zaman kebesarannya.

Tokoh Hang Tuah mewakili bangsa Melayu sendiri.

Hikayat Hang Tuah. menggambarkan kegagahan perwira-perwira Melayu, iaitu

Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu yang berjaya

mengalahkan setiap musuh yang datang dari dalam mahupun dari luar negeri. Mereka

juga berjaya mengharumkan nama negara Melayu iaitu Melaka sebagai sebuah negara

yang besar. Di samping itu, Hikayat Hang Tuah juga mengandungi cerita pertikaman

Tuah-Jebat; dua orang sahabat akrab yang berbeza pendapat dalam mentafsirkan erti

taat setia kepada raja dan konsep penderhakaan, yang membawa kepada suatu

pertikaman dan pembunuhan yang penuh tragedi.Sifat kepahlawanan dan wirawannya

terletak pada kejayaannya mengungkapkan pelbagai persoalan dan nilai-nilai serta

budaya orang Melayu pada abad ke-15, dan paling menarik ialah gambaran tentang

kepahlawanan Hang Tuah.

Pemikirandalam Hikayat Hang Tuah

Hikayat ini juga menggambarkan konsep kesetiaan kepada raja seperti yang dipegang

oleh watak Hang Tuah dan sebaliknya tergambar pula konsep penderhakaan melalui

watak Jebat. Hampir empat perlima cerita dalam hikayat tersebut menggambarkan

kegagahan Hang Tuah, manakala yang lain menyentuh watak Jebat sebagai

penderhaka. Hikayat Hang Tuah juga sebagai karya klasik yang teragung kerana

berjaya menggambarkan budaya dan sistem hidup masyarakat Melayu secara realistik.

Hang Tuah lahir di tengah-tengah masyarakat feudal; pahlawan yang mempertahankan

dan mendaulatkan feudalisme itu sendiri. (1974: 369-70). Siti Hawa Salleh

menjelaskan inti cerita Hikayat Hang Tuah melalui ayat pertama dalam naskhah tertua

iaitu dalam Cod. Or 1762 yang tersimpan di Perpustakaan Universiti Leiden, iaitu: Inilah

Hikayat Hang Tuah yang amat setiawan pada tuannya dan terlalu sangat berbuat

kebaktian kepada tuannya. Sementara itu, Za’ba berpendapat bahawa Hikayat Hang

Tuah merupakan lambang kesatriaan dan kepahlawanan bangsa Melayu, dan Hang

Tuah adalah satu contoh yang tinggi dan mulia dalam mengabdikan diri kepada sultan

dan negara (1951 : 11). Pendapat Za’ba itu dengan sendirinya menjelaskan bahawa

Penghayatan Karya Agung Melayu 65

terdapat dua perkara pokok dalam Hikayat Hang Tuah, iaitu ketaatan kepada raja dan

kecintaannya kepada negara iaitu Melaka (Mana Sikana, 20040.

Keperwiraan Hang Tuah

Hang Tuah sebagai simbol kewiraan Melayu dapat dilihat daripada sifat-sifatnya.

1,Berbakti dan taatsetia kepadaraja. Setiap peristiwa dalam Hikayat Hang Tuah

menggambarkan Hang Tuah sebagai tokoh yang sentiasa mencurahkan segala

daya dan nyawa demi kesetiaannya kepada raja. Ternyata bahawa tujuan hidup

Hang Tuah tidak lain daripada memberi khidmat kepada raja. Hang Tuah sanggup

menjadi pelindung kepada raja, sanggup melarikan Tun Teja yang telah bertunang

untuk dipersembahkan kepada raja, bersedia menjadi ‘diplomat’, rela pura-pura mati

untuk masuk ke dalam kubur dan pengorbanan paling besar ialah kesanggupannya

membunuh sahabat dan saudara sendiri, Jebat. Pendek kata taat setianya kepada

raja tidak berbelah bahagi. Peristiwa-peristiwa tersebut dapat diikuti pada halaman

95-116, 124-60, 260-5 dan 287-91.

5. Bijaksana dan pintar. Hang Tuah digambarkan sebagai seorang yang bersifat

bijaksana, pandai menyesuaikan diri dalam keadaan tertentu, tetapi ada juga tipu

muslihatnya apabila berjaya memujuk Tun Teja yang telah ditunangkan dengan

Megat Panji Alam untuk dibawa ke Melaka sebagai persembahan kepada raja. Hang

Tuah bijak dalam memperdaya atau mengalahkan musuh-musuhnya seperti

helahnya untuk mendapatkan keris Taming Sari di tangan Jebat dan membunuhnya.

6. Sebagai seorang wira, Hang Tuah terlibat dalam berbagai-bagai peperangan,

pertempuran dan pertikaman. Dalam Hikayat Hang Tuah, banyak sekali peperangan

sebagaimana yang digambarkan dalam peperangan di Majapahit. Kemenangan

selalunya berada di pihak Hang Tuah. Tidak pernah sekalipun Hang Tuah

mengalami kekalahan. Keadaan ini menunjukkan bahawa Hang Tuah sebagai wira

tetap mencapai kemenangan dalam apa juga bentuk perlawanan. Betapa ramai

musuh yang mencabar, semuanya dapat ditentang dan dihapuskan. Meskipun ada

musuhnya yang boleh menjelma sebagai binatang, Hang Tuah tetap mampu

mengalahkan. Hikayat Hang Tuah dapat dikategorikan sebagai wira yang penuh

kejayaan .

7. Selain unsur peperangan, Hang Tuah juga melakukan pengembaraan. Hang Tuah

pernah mengembara ke Majapahit, Inderapura dan Terengganu untuk menuntut

ilmu; dan ia juga menjadi duta ke negara asing seperti ke Benua Keling, China,

Siam, Rom dan Mesir. Selain menjadi seorang wira yang pintar dalam peperangan,

dia juga menjadi wakil diraja. Ini menambah lagi ketokohannya sebagai seorang

wira.

8. Unsur-unsur percintaan wira Melayu tidak seperti wira barat yang selalu

digambarkan dengan babak-babak romantik. Hikayat Hang Tuah dapat dikatakan

Penghayatan Karya Agung Melayu 66

tidak menggambarkan aspek ini. Hang Tuah tidak terlibat dalam percintaan.

Memang Hang Tuah berkahwin dan beristeri, tetapi perkara ini tidak diceritakan.

Unsur percintaan yang jelas hanya antara dirinya dengan Tun Teja, itu pun

dilakukan bukan untuk dirinya sendiri. Tun Teja hendak diserahkan kepada Raja

Melaka.

9. Di sebalik perhubungan Hang Tuah dengan wanita dalam HikayatHang Tuah, ia

mempunyai akibat yang. bertentangan. Hubungannya dengan wanita telah dijadikan

bahan fitnah bahawa Hang Tuah bermukah dengan gundik raja. Peristiwa itu

bertujuan untuk menimbulkan kebencian di pihak pembesar negeri. Hal yang sama

pernah terjadi pada watak Hercules yang mempunyai musuh terdiri daripada

kalangan pembesar negerinya pula (Gorman 1981 : 132-5). Biarpun begitu, Hang

Tuah tidak pula berusaha untuk membalas dendam; tidak seperti Hercules yang

membunuh pembesar yang telah memfitnahnya.

10. Terdapat unsur mistik dalam Hikayat Hang Tuah, iaitu pada bahagian akhir cefita,

ketika Hang Tuah melalui hari-hari tuanya dengan menyembunyikan diri untuk

beribadat, ada tanda-tanda dia memasuki alam mistik. Di sini dapat dilihat bahawa

betapa tebalnya rasa perhambaan kepada raja, namun sebagai seorang Islam,

Hang Tuah akhirnya sedar bahawa pengabdian kepada Allah itu adalah matlamat

utama dalam kehidupan manusia.

Abu Hassan Sham (1982 : 8-9) sewaktu menghuraikan konsep wira dalam

Hikayat Hang Tuah itu menyebut bahawa konsep keperwiraan bangsa Melayu berbeza

dengan bangsa asing, terutama seperti yang terdapat di Barat. Hang Tuah mewakili

keperwiraan pahlawan-pahlawan Melayu itu, taat setianya kepada raja tidak berbelah

bahagi. Dia sanggup membunuh sahabat sendiri dan tidak mudah terjebak dengan

masalah perempuan. Hang Tuah ialah wira yang bersedia menerima pelbagai halangan

dan rintangan, termasuk fitnah dan hukuman bunuh. Segalanya diterima dengan kata-

kata ‘Alhamdulillah’. Ini sesungguhnya imej wira feudal daripada beberapa peristiwa

yang berlaku pada zaman feudal (Shaharuddin Maaruf 1984 : 24-5).

TAJUS SALATIN

Tajus-Salatin adalah perkataan yang diambil dari bahasa Arab. Taj membawa maksud

‘Mahkota’ sementara al-Salatin pula membawa maksud ‘Raja-raja’. Oleh yang

demikian, Tajus-Salatin membawa maksud ‘Mahkota Raja-raja’. Tajus-Salatin

merupakan sebuah karya sastera Melayu Klasik yang begitu terkenal. Buku ini

dipercayai telah dikarang oleh Bukhari al-Jauhari, di negeri Acheh pada tahun 1603

tahun Masihi.

Para pengkaji sastera telah mengklasifikasikan teks ini kepada ketatanegaraan,

kerana di dalamnya mengandungi panduan dan petunjuk bagi raja-raja, khususnya bagi

raja-raja di Alam Melayu agar menjalankan pentadbiran dan pemerintahan negeri

Penghayatan Karya Agung Melayu 67

dengan sebaiknya. Justeru, dalam Tajus-Salatin terdapat 24 fasal yang padat dengan

isi kandungan yang bertujuan memberi nasihat, panduan, petunjuk dan pangajaran

yang amat berharga kepada pemerintah. Sebagaimana yang diterangkan dalam buku

ini, seorang pemimpin itu haruslah mempunyai sifat-sifat yang mulia seperti adil,

bijaksana dan amanah. Sememangnya, sifat-sifat ini haruslah ada di dalam diri setiap

pemimpin dan sebagai seorang Islam, seorang pemimpin yang boleh diambil sebagai

contoh ialah Nabi Muhammad s.a.w. Beliau merupakan pemimpin yang memiliki sifat-

sifat yang baik seperti siddiq iaitu benar, fathanah iaitu bijaksana, amanah dan tabligh

iaitu menyampaikan. Justeru, di dalam buku ini diterangkan segalanya mengenai ciri-

ciri dan sifat yang harus ada dalam diri seorang pemimpin yang sejajar dengan tuntutan

Islam. Kitab ini digolongkan sebagai genre cermin didaktik yang berunsurkan

kebenaran. Kandungannya mencakupi pengajaran dan tunjuk ajar tentang adat

bernegara serta cara pemerintahan dari aspek kebatinan dan kerohanian bermula dari

akhlak raja hingga kepada menteri dan rakyat.

Tujuan kitab ini adalah sebagai tunjuk ajar kepada raja-raja dalam menjalankan

pemerintahan dan memberi panduan dalam melaksanakan hubungan baik antara

pemerintah dengan rakyat. Ia juga menyentuh peranan menteri dan pegawai berkaitan

pemerintahan. Kandungannya juga berguna kepada rakyat kerana mengandungi bab-

bab yang berkaitan dengan pendidikan anak-anak, budi pekerti dan tanggungjawab

rakyat kepada raja. Menurut Hooykaas, percubaan Abdullah Munsyi untuk mengenal

budi pekerti Raffles melalui air mukanya jelas membuktikan pengaruh kitab ini

terutamanya yang berkaitan dengan bab mengenai firasat.

Pemikiran dalam TajusSalatin

Isi Kitab Tajus-Salatin ini dapat dibahagikan kepada lima perkara penting iaitu soal

agama, pemerintahan raja, tanggungjawab pembesar, hubungan rakyat dengan

pembesar, hubungan rakyat dengan raja dan soal pendidikan. Kitab ini menghuraikan:

a) Peri manusia mengenal diri

b) Peri mengenal Tuhan

c) Dunia itu apa dalam hidup manusia bertapa

d) Peri kesudahan segala manusia pada ketika mati

e) Peri pangkat kerajaan dan hukuman Sultan

f) Peri perbuatan adil

g) Peri pekerti raja yang adil

h) Peri segala kafir & adil

i) Peri zalim dan perbuatan sekalian yang zalim

Penghayatan Karya Agung Melayu 68

j) Peri keadaan segala menteri dan kemuliaan pangkat

Ciri-Ciri utama Tajus-Salatin, ia ialah sebuah kitab yang bercirikan sastera Islam

sepenuhnya. Ciri-ciri sastera Islamnya ialah:

Pujian kepada Allah azza wa Jalla.

Pujian kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Mengingatkan kebesaran Allah dan hidup bertaqwa.

Doa kepada umat Islam, hidup dan mati.

Memberi nasihat, pengajaran dan sedar diri.

Memberi salam kesejahteraan.

.Ciri-ciri Islam itu meresap dan teradun dalam penulis Tajus Salatin ini. Di dalam

karya ini berisi 24 fasal yang terkandung di dalamnya, iaitu:

Fasal 1: Peri manusia mengenal dirinya supaya mengetahui ia mulanya

itu daripada apa dan adanya itu betapa.

Fasal 2: Peri mengenal Tuhan yang ia menjadikan alam dan Adam dan

lain daripada itu.

Fasal 3: Dunia itu apa dan dalam ia kehidupan mausia betapa.

Fasal 4: Peri kesudahan segala manusia yang nafas akhir namanya pada

ketika maut.

Fasal 5: Peri pangkat kerajaan dan hukuman sultan dan sebagainya itu.

Fasal 6: Peri dan perbuatan adil itu.

Fasal 7: Peri pekerti segala raja yang adil dan cerita segala raja yang

mengerjakan pekerjaan itu dengan sebenarnya.

Fasal 8: Peri segala raja kafir dan adil.

Fasal 9: Peri zalim itu dan perbuatan sekalian yang zalim itu.

Fasal 10: Peri keadaan segala menteri dan cerita kemuliaan pangkat itu.

Fasal 11: Peri pekerjaan segala penyurat itu.

Fasal 12: Peri pekerjaan segala penyuruh itu.

Fasal 13: Peri segal pegawai raja itu.

Fasal 14: Peri memelihara anak-anak itu.

Fasal 15: Peri hemat yang benar itu.

Penghayatan Karya Agung Melayu 69

Fasal 16: Peri budi dan yang berbudi itu.

Fasal 17: Pada menyatakan segala syarat kerajaan itu.

Fasal 18: Peri ilmu qiafah dan firasah itu.

Fasal 19: Tanda qiafah dan firasah itu.

Fasal 20: Peri segala rakyat dengan raja dalam kerajaan itu.

Fasal 21: Peri segala rakyat yang kafir dengan raja Islam itu.

Fasal 22: Peri sakhawah dan ihsan itu.

Fasal 23: Peri wafa’ dan ahd’ itu.

Fasal 24: Kesudahan kitab yang maha mulia ini.

Sebagai sebuah karya sastera yang bercorak Islam, Tajus Salatin telah

menekankan beberapa aspek kepercayaan dan keimanan kepada Allah sebagai asas

kehidupan manusia. Ini dapat dilihat di dalam beberapa fasal yang awal iaitu dalam

fasal pertama, kedua dan ketiga yang telah menyatakan tentang kepentingan manusia

mengenali Allah, tidak kira sama ada zat ataupun sifat-Nya. Sememangnya sebagai

seorang hamba Allah, kita seharusnya kenal akan siapa Tuhan kita. Tuhan yang telah

menjadikan alam ini, dan kerana Dia juga, kita mampu hidup di dunia ini.

Justeru, di dalam ketiga fasal pertama itu diterangkan sejak mulanya terjadinya

alam semesta ini. Sesungguhnya Allah itu maha kaya dan mengetahui kerana alam

semesta ini dijadikanNya dengan begitu teratur sekali. Seterusnya, Allah menjadikan

manusia lengkap dengan anugerah lima pancaindera iaitu deria penglihatan, bertutur,

mendengar, menghidu dan lidah untuk merasa. Oleh yang demikian, dengan adanya

segala nikmat ini, manusia harus sentiasa berysukur kepada Allah. Kesemua nikmat ini

juga bererti Allah telah menganugerahkan manusia dengan nafsu yang jika manusia

lalai mengawalnya, akan membawa padah kepada diri manusia sendiri.

Manusia terjadi daripada empat anasir iaitu tanah, air, api dan angin.

Selanjutnya, diterangkan bahawa kehidupan manusia dibahagikan Allah kepada tiga

bahagian. Tiga peringkat yang dimaksudkan itu ialah permulaan, pertengahan dan

penghabisan. Pada peringkat permulaan, dikatakan bahawa manusia itu hina dan keji.

Ini dijelaskan dengan baik sekali oleh pengarang kerana dia mentafsirkan hina dan keji

itu berlandaskan keempat anasir yang membawa kepada kejadian manusia itu. Tanah

adalah asalnya manusia dan bukan setakat tanah tetapi tanah yang paling rendah

itulah asalnya manusia. Kemudian, datangnya manusia dari nutfah yakni air mani yang

akan keluar melalui zakar kaum Adam. Kemudian, setelah selama 9 bulan manusia

menumpang di rahim Hawa, maka lahirlah manusia ke dunia melalui faraj kaum Hawa

Penghayatan Karya Agung Melayu 70

yang bergelar ibu itu. Justeru dapat kita bayangkan melalui penjelasan pengarang

bahawa betapa hina dan kejinya permulaan kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

Seterusnya, pada peringkat pertengahan pula, manusia sudah mula merasai

berbagai nikmat yang tidak terkira. Namun, pada peringkat inilah ditakuti manusia akan

binasa oleh kealpaan dan kegagalan dirinya mengawal nafsu yang dianugerahkan

oleh Allah s.w.t. Seperti yang dinyatakan oleh pengarang, manusia berasal daripada

empat anasir iaitu tanah, air, api dan angin. Justeru, sekiranya anasir itu bercampur

dengan baik, maka baiklah perinya manusia itu tetapi jika sebaliknya, maka buruklah

perinya itu. Seterusnya, dia akan menjadi seorang yang lalai terhadap kuasa dan

kebesaran Allah. Seperti yang tercatat di dalam Tajus-Salatin, “Hai yang berbudi,

ingatlah kuasa Allah yang menjadikan tujuh lapis bumi yang luas lagi tebal”. Ini jelas

memberitahu kita bahawa sesungguhnya kegagalan manusia mengawal nafsu akan

mendatangkan keburukan kepada diri manusia sendiri dan haruslah diingat bahawa

segala nikmat yang kita miliki itu datang daripada Allah yang mengizinkan segala-

galanya.

Oleh yang demikian, manusia haruslah mengenali sifat dan zat Allah kerana

Allah itu esa dan sesungguhnya Dia yang menjadikan segala-galanya termasuk

perbuatan hambanya juga. Apabila kita kenal akan zat dan sifat-Nya, bererti kita juga

patuh akan segala perintah-Nya dan kita juga harus percaya akan kehidupan kita yang

tidak kekal di dunia ini. Seperti yang dinyatakan oleh pengarang, kejadian manusia

terbahagi kepada tiga bahagian iaitu permulaan, pertengahan dan penghabisan.

Justeru, tahap terakhir manusia ialah kematian. Sememangnya perjalanan manusia di

dunia ini merupakan suatu tempat persinggahan untuk menuju destinasi akhirat, iaitu

tempat di mana semua hamba Allah akan kekal buat selama-selamanya.

Namun, kematian bukan setakat kematian sahaja. Manusia juga harus percaya

akan seksa kubur serta hari perhitungan di padang masyhar iaitu tempat di mana akan

dihitung segala dosa dan pahala dan setelah itu akan menerima pembalasan yang

seadilnya; perbuatan yang baik akan dibalas dengan syurga manakala perbuatan jahat

akan dibalas dengan neraka. Secara keseluruhannya, pada bahagian awal fasal di

dalam buku ini, pengarang telah memulakannya dengan memperingatkan kita agar

menyedari bahawa walau sebesar mana pangkat, darjat dan kuasa kita miliki, kita tetap

hina dan rendah di sisi Allah yang telah menjadikan segala-galanya.

Selanjutnya, persoalan yang dikemukakan di dalam Tajus-Salatin ialah

mengenai dasar ketatanegaraan. Di dalam fasal-fasal yang seterusnya, pengarang

telah menekankan mengenai prinsip pemerintahan yang perlu dijalankan. Sebagai

seorang pemimpin, mereka seharusnya menjalankan tanggungjawab mereka dengan

sesempurnanya. Justeru, pengarang telah menekankan tentang perlunya seorang

pemimpin itu mengambil contoh pimpinan daripada nabi-nabi dan rasul-rasul serta

khalifah-khalifah Islam yang lain. Ini bersesuaian dengan corak kepimpinan Islam yang

Penghayatan Karya Agung Melayu 71

mengkehendaki seorang pemimpin itu supaya bersifat baik dan adil di dalam

menjalankan apa jua hukuman kerana pemimpin itu dianggap sebagai khalifah Allah.

Oleh yang demikian, Bukhari al-Jauhari telah memberikan 10 perkara yang perlu

ada dalam diri seorang raja bagi mencapai kesempurnaan kerajaannya:

1. Melaksanakan tugasnya dengan adil.

2. Mempunyai ilmu.

3. Menteri-menteri hendaklah akil baligh.

4. Raja harus mempunyai wajah yang cantik.

5. Raja hendaklah bersifat pemurah.

6. Raja hendaklah mengingatkan dirinya serta rakyat untuk berbuat

kebaikan.

7. Bersifat berani dan gagah.

8. Hidup dalam sederhana

9. Tidak berfoya-foya dengan wanita-wanita.

10. Raja mestilah terdiri daripada kalangan lelaki.

Pada keseluruhannya, kesepuluh-sepuluh perkara yang diberikan oleh

pengarang boleh dianggap penting dan yang harus ada dalam diri setiap raja. Namun

perkara yang keempat iaitu berkenaan dengan raja harus mempunyai wajah yang

cantik boleh dianggap sebagai bukan suatu kemestian. Kemungkinan apa yang cuba

diberitahu oleh pengarang ialah seorang raja itu haruslah sempurna sifatnya dari segi

fizikal di samping sempurna dari segi mental. Justeru, bukan bererti kekacakan dan

ketampanan yang menjadi keutamaannya kerana setiap yang cantik itu tidak

semestinya sempurna. Begitulah kita manusia, dijadikan tidak bebas daripada

kecacatan; sekiranya tidak cacat dari segi fizikal, mungkin cacat dari segi tingkah laku.

Perkara yang kesepuluh pula diberitahu bahawa raja mestilah terdiri daripada

kalangan lelaki. Sekiranya kita pandang dari sudut kekeluargaan, sememangnya dalam

Islam ditentukan bahawa tugas sebagai ketua atau pemimpin kepada sebuah keluarga

itu terletak pada tangan seorang lelaki iaitu suami. Suami akan bertanggungjawab di

dalam menerajui keluarganya dan sekaligus merupakan pemimpin kepada isteri dan

anak-anaknya. Justeru, dalam hal ini mungkin pada pandangan pengarang, ketentuan

raja hanya untuk lelaki sahaja amat bertepatan dengan corak kepimpinan Islam. Tidak

dinafikan bahawa sehingga kini, belum pernah ada negara yang berajakan seorang

wanita. Misalnya, negara Malaysia, masih tetap berajakan seorang lelaki untuk

memegang tampuk kerajaan mereka. Walau bagaimanapun, berbeza di negara Barat

Penghayatan Karya Agung Melayu 72

iaitu di England, mereka masih lagi mempertahankan kedudukan permaisurinya di

tangga yang teratas di dalam kerajaannya. Di negara-negara lain, ada juga yang

mengambil wanita sebagai pemimpin mereka namun negara-negara yang diperintah itu

berada di bawah sistem pemerintahan dan bukan sistem kerajaan.

Oleh yang demikian, secara keseluruhannya apa yang ingin ditekankan oleh

Bukhari al-Jauhari melalui kesepuluh-sepuluh perkara yang diberikan itu ialah

kepentingan seorang raja itu untuk bersikap adil dan saksama serta bijak dalam

menyelesaikan segala hal. Bagi Bukhari al-Jauhari, idealoginya tentang keadilan amat

mudah, iaitu, membezakan yang baik dan yang buruk dan membalas kejahatan dengan

kebaikan.

Pemikiran Lain Tajus Salatin

Pemikiran (persoalan) lain yang dikemukakan oleh pengarang dalam buku ini ialah

mengenai pendidikan akhlak yang perlu diberikan kepada orang ramai bermula

daripada keluarga. Pengarang memberi penekanan terhadap pendidikan akhlak ini

kerana di dalam mendidik anak-anak, keluarga memegang tanggungjawab untuk

memberi didikan asas seperti yang dikehendaki oleh Islam. Begitu jugalah bagi seorang

bakal raja, pendidikan akhlak yang mulia haruslah diberikan sejak anak itu masih kecil

lagi untuk membolehkannya menjadi seorang pemimpin yang baik dan sempurna. Oleh

yang demikian, pengarang telah memberikan contoh melalui kisah nabi-nabi dan lain-

lain lagi agar dapat dijadikan contoh tentang bagaimana menjadi seorang pemimpin

yang baik.

Sememangnya di dalam Islam, asas pendidikan akhlak harus diberikan kepada

anak-anak sejak mereka masih kecil lagi. Ibu bapa dan keluarga memainkan peranan

yang amat penting sekali di dalam membimbing dan mendidik anak agar dia membesar

menjadi seorang insan yang berakhlak mulia. Sebaliknya, jika ibu bapa melalaikan

tanggungjawab itu maka anak-anak akan menjadi hilang arah lantas terjerumus ke

kancah dosa. Hakikat ini tidak dapat kita sangkal kerana kebanyakannya begitulah

yang berlaku terhadap anak-anak muda yang terlibat dengan masalah dan jenayah.

Oleh sebab kurang perhatian daripada ibu bapa dan tidak mendapat asas didikan

ugama yang sewajarnya, maka hasutan syaitan lebih senang dituruti.

Selain dari persoalan sosial dan politik, pengarang juga telah menimbulkan

persoalan ekonomi iaitu mengenai hubungan ekonomi dengan keimanan. Di sini,

pengarang telah membincangkan dan mengingatkan manusia bahawa rezeki yang

manusia perolehi itu juga merupakan anugerah dari Allah. Oleh yang demikian, sebagai

seorang Islam, kita harus ingat akan kewajipan untuk menunaikan zakat dan fitrah

mengikut nisab yang telah ditetapkan. Sebagai seorang Islam, kita harus menunaikan

tanggungjawab ini apatah lagi ianya termasuk dalam rukun Islam. Justeru, melalui

Penghayatan Karya Agung Melayu 73

persoalan-persoalan ini, dapat kita katakan bahawa pengarang ingin melengkapi Tajus

Salatin ini dari kesemua aspek. Baik dari segi politik, ekonomi mahupun sosial,

kesemuanya diambil kira sebagai garis pandu bagi raja-raja yang inginkan

kesempurnaan di dalam kerajaannya.

RUMUSAN

Demikianlah telah dibincangkan pemikiran dalam pemikiran karya agung seperti

Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan Tajus Salatin. Kita telah mewacana dan

menghujahkan setiap karya agung itu membawa pemikirannya masing-masing, Sejarah

Melayu menggambarkan salasilah raja-raja Melayu yang penuh dengat adat istiadatnya

dan mencitrakan budaya orang-orang Melayu. Hikayat Hang Tuah sebuah karya agung

yang membawa pemikiran kecintaan terhadap Negara mengatasi cinta yang lain,

sementara Tajus Salatin menyediakan kanun dan undang-undang berkerajaan. Dengan

perbicaraan itu kita dapat mengenal, mengetahui dan menmguasai pemikirian karya

agung zaman sastera klasik.

Rujukan

Gottschalk, Louis,1975, Understanding History. New York: Alfred A.Knopf.

Kassim Ahmad (pnyl.), 1964. Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Kassim Ahmad, 1973. Perwatakan dalam Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Kassim Ahmad, 1966. Characterization in Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Liaw Yock Fang, 1982. Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik. Singapura: Pustaka

Nasional.

Mana Sikana, 2003 Sastera Melayu Klasik: Warisan Keemasan. Singapura: Penerbit

Nasional.

Mana Sikana, 2007. Teras Sastera Tradisional. Bangi: Pustaka Karya.

Mohd. Taib Osman, 1974. Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala Lumpur: Federal

Publications.

Mohd. Taib Osman, 1968. “Mythic Elements in Malay Historiography” dlm.

Tenggara, 2 (2), hlm. 80-9.

Penghayatan Karya Agung Melayu 74

Mohd. Taib Osman, 1971. “Ulasan: Sejarah Melayu or Malay Annals”dlm. Dewan

Bahasa, Februari, hlm. 61-4.

Muhammad Yusoff Hashim, 1988. Persejarahan Melayu Nusantara. Kuala Lumpur:

Teks Publishing.

Mohd Yusof Hashim (pnyl), 2008. “Hang Tuah di antara Fakta dan Fiksyen” dalam

Hang Tuah Wira Melayu. Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme

Malaysia.

Nicholson, R.A. 1969. Studies in Islamic Poetry. London: Cambridge at the University

Press.

Nicholson, R.A. 1969. A Literary History of the Arabs. London: Cambridge University

Press.

Siti Hawa Haji Salleh (pnyl.), 1987. Cendekia: Kesusasteraan Melayu Tradisional.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Winstedt, R.O. 1921. “Hikayat Hang Tuah, Part I”dlm. JSBRAS , 83, h1m. 110.

Winstedt, R.O. 1923. Papers on Malay Subjects, Part II, Literature of Malay Folklore.

Kuala Lumpur: t.p.

Winstedt, R.O., 1925. Shaman, Saiva and Sufi: A Study of The Evolution of Malay

Magic. London: Constable.

Winstedt, R.O. 1938. “The Malay Annals, Raffles Ms. 18”. JMBRAS, 16 (3), hlm. 1-

225.

Winstedt, R.O. 1947. The Malays: A Cultural History. Singapore. Winstedt R.O.,

1958. “A History of Classical Malay Literature. Revised edition” dlm.

JMBRAS, 31 (3), hlm. 1-261.

KATA KUNCI

1. Pemikiran

2. Kebudayaan Melayu

3. Kronologi

4. Perjanjian

5. Konsep kesetiaan

6. Keperwiraan

7. Fathanah

8. Dasar ketatanegaraan

Penghayatan Karya Agung Melayu 75

1. Jelaskan maksud pemikiran dalam karya agung.

2. Bincangkan tujuan penulisan karya Sulat al-Salatin (Sejarah Melayu).

3. Sejauh mana kesannya perjanjian antara Seri Teri Buana dengan Demang Lebar

Daun kepada masyarakat Melayu pada hari ini.

4. Watak Hang Tuah digambarkan begitu setia kepada rajanya, baik dalam Sejarah

Melayu mahupun dalam Hikayat Hang Tuah. Apakah pemikiran di sebalik watak

ini?

5. Tajus Salatin menekankan beberapa aspek kepercayaan dan keimanan

kepada Allah. Bincangkan.

Penghayatan Karya Agung Melayu 76

UNIT 5

ESTETIKA DAN KEPENGARANGANKARYA AGUNG

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda dapat :

1. Menjelaskan konsep estetik dan kepengarangan

2. Menyenaraikan unsur estetika dalam pantun dan penglipur lara

3. Membandingkan ciri kepengarangan antara tokoh-tokoh sasterawan agung.

PENDAHULUAN

Dalam bab ini akan dibincangkan aspek estetika dan kepengarangan karya agung.

Estetik berhubung dengan aspek keindahan, iaitu yang terdapat pada strutkur,

pengolahan dan teknik penulisan. Kepengarangan pula ialah mekanisme dan kaedah

pengarang berkarya sehingga membentuk kekuatan dan jati diri seseorang pengarang

itu.. Dalam bahagian estetik kita akan membincangkan dua buah genre klasik iaitu

pantun dan penglipur lara memperlihat struktur, pengolahan dan teknik penulisannya.

Sementara kepengarangan diperlihatkan bagaimana cara pengarang berkarya dan

membina kekuatan dirinya, dengan membincangkan dua orang pengarang moden iaitu

Shahnon Ahmad dan Keris Mas.

KONSEP ESTETIK DAN KEPENGARANGAN

Estetik atau keindahan adalah suatu sifat dan ciri sastera yang terpenting. Malah,

perkataan sastera itu sendiri yang berasal daripada perkataan sanskrit, merujuk kepada

karya yang indah. Manusia suka kepada sastera kerana sifatnya yang indah, estetik

dan artistik itu. Setiap seni mempunyai sifat keindahannnya yang tersendiri.

Kepengarangan pula ialah pencapaian penulis.

Dalam seni sastera, keindahan berkait rapat dengan struktur karya, olahan yang

memberi kesan kepada pengalaman, perasaan, pemikiran, imaginasi dan

wawasan.Estetik juga merujuk kepada aspek kekuatan karya. Dapatlah dinyatakan

bahawa estetik ialah rasa keindahan, keseronokan, kegembiraan yang merujuk kepada

yang bernilai dan bermanfaat serta penikmatan yang mempesonakan atau penglihatan

yang memukau, yang cepat menawan perasaan dan terpahat dalam

pemikiran.Keindahan ialah daya tarikan dan kepuasan dalam penikmatan karya sastera

Penghayatan Karya Agung Melayu 77

terhadap aspek susunan unsur struktur yang harmonis yang memiliki perasaan,

pemikiran dan sebagainya. Setiap komposisi karya memiliki keindahannya tersendiri.

Dan khalayak akan membina pula sikap estetiknya bagi menerima teks-teks

tersebut.Keindahan yang lebih agung lagi ialah yang membawa manusia mencapai

kebaikan, mengagung Allah Azza Wajalla.

Keindahan pengalaman bergantung kepada keunikan pengalaman; pengalaman

itu luar biasa, belum pernah dialaminya, menarik dan memberinya kepuasan. Membaca

adalah proses penambahan pengalaman. Pengalaman keindahan ialah apabila kita

merasa kesan yang menarik, mengkagumkan, menyedihkan atau yang

memeranjatkan.Seandainya pengalaman yang diberikan pengarang itu istimewa, makan

pembacaan kita akan merasakan kenikmatan keseronokannya. Sebuah karya yang baik

ialah elok ciptannya, tinggi seninya dan halus adunannya. Apabila kita membaca

perasaan kita akan turut digoncangnya.

Hasil daripada pembacaan itu, kita mendapat pemikiran yang tinggi atau ada

falsafah tentang hidup. Kita dipintarkan olehnya, bukan digurui atau dimarahinya.

Sebuah karya sastera yang berestetika juga mengajar kita menyelesaikan masalah yang

kita hadapi. Rasa keindahan juga berkait-rapat dengan kemampuan sesebuah teks itu

bagi menimbulkan perasaan kita, seperti perasaan gembira, simpati, marah, terharu dan

sebagainya. Dan karya itu pula dapat menimbulkan rasa geram, dengki, cemburu dan

sebagainya. Pengarangnya dengan bijaksananya berketrampilan mempermainkan

imaginasinya bagi menghidupkan dunia realiti, fantasi, utopia, magis dan seumpamanya.

Seni pengolahan atau pembinaan karya, bagaimana karya itu distrukturkan.

Aspek pembinaannya tema, plot, warak, bahasa, sudut pandangan dan latar. Kekuatan

olahan bererti kekuatan teknik dan pencernaan pelbagai aspek dan komponen yang

membina sesebuah karya. Begitu juga hubungan antara aspek yang membina itu harus

sesuai, serasi dan saling lengkap melengkapi antara satu sama lainnya. Tegasnya

antara tema, watak, plot, bahasa, sudut pandangan dan latar itu mempunyai hubungan,

jalinan, kesatuan dan kekuatannya.

Daripada pengolahan itulah terbinanya sifat kepengarangan dan keunggulan

pengarang. Teks-teks yang unggul dapat menunjukkan kekuatan dan keindahannya.

Teks-teks yang unggul dapat dilihat bagaimana cara pengarang memilih dan

mengangkat aspek tema dan persoalannya, kemudian menghadirkannya dengan teknik

yang menawan. Teks yang dihasilkan itu tidak sama dengan apa yang pernah

dihasilkan. Pengarangnya berusaha untuk mencipta teks yang mempunyai

pembaharuan atau melanggar apa yang telah sedia ada. Kemudian pengarang itu akan

beristiqamah dengan penciptaannya, sehinggalah ia memiliki kepengarangannya

sendiri. Dengan cara sedemikian, sesungguhnya ia dapat mencipta karya yang bermutu

dan berestetika (Mana Sikana, 2004).

Penghayatan Karya Agung Melayu 78

PENSTRUKTURAN PANTUN DAN LIPUR LARA

Sebuah genre yang diterima sebagai bentuk yang mapan dan agung dalam tradisi

orang-orang Melayu ialah pantun . Pantun telah diterima sebagai sumbangan terbesar

zaman sastera rakyat. Telah dipersetujui umum bahawa pantun adalah ciptaan asli

orang Melayu, iaitu bukan saduran atau penyesuaian daripada puisi-puisi Jawa, India,

Cina dan sebagainya. Hanya ada beberapa aspek daripada pantun itu yang hampir

sama dengan puisi-puisi yang lain dalam masyarakat Nusantara dan di luar Nusantara.

Persamaan ini hanya berdasarkan dua cirri, iaitu sifatnya sebagai sastera rakyat dan

bentuknya yang dalam empat baris, quatrain, menyatakan sesuatu fikiran yang bulat

dan lengkap (Harun Mat Piah, 1997: 122). Dalam bahasa Pampanga tuntun bererti

teratur. Bahasa Tagalog memberi pengertian tonton sebagai mengucapkan sesuatu

dengan susunan yang tertentu. Manakala dalam bahasa Jawa Kuno atuntun bererti

teratur dan dalam bahasa Toba pula pantun adalah kesopanan atau kehormatan. Jelas

di sini istilah pantun itu sendiri melambangkan sesuatu yang teratur dan tersusun.

Secara umumnya dapat kita simpulkan pantun adalah ciptaan asli orang Melayu.

Oleh kerana pantun adalah suatu bentuk lisan dan masih berkedudukan begit tinggi

hingga sekarang, tidaklah dapat ditentukan tarikh ia dicipta dan popular dalam

masyarakat Melayu. Harun Mat Piah (1997: 117) menyatakan sama dengan genre-

genre puisi yang lain iaitu mantera, teromba, gurindam, seloka dan talibun, pantun

telah wujud dan terkenal sejak dari zaman-zaman permulaan lagi, iaitu terdahulu

daripada kedatangan Islam bahkan lebih awal daripada kedatangan Hindu. Dari itu

memang tidak boleh dinafikan bahawa pantun merupakan puisi tradisional yang

sememangnya hak milik masyarakat Melayu. Tradisi berpantun telah tersebar luas

dalam masyarakat Melayu tradisional sehingga membentuk sebahagian daripada

bahasa basahan seharian.

Pembentukan pantun secara berpasangan ada kaitannya dengan pembinaan

pantun itu sendiri. Pantun terbahagi kepada dua bahagian. Berhubung dengan

pembahagian ini, Za’ba menjelaskan:“Tiap-tiap rangkap pantun terbahagi dua, separuh

yang pertama dinamakan ‘pembayang maksud’ dan separuh yang kedua ialah

maksudnya yang sebenar yang dibayangkan oleh separuh yang pertama itu. Pada

pantun dua kerat, maka kerat yang mula-mula itulah pembayang maksud dan kerat

yang kedua itu maksud yang sebenar. Pada pantun empat kerat maka dua kerat yang

mula-mula itu pula pembayang maksud dan kerat yang kemudian itu maksud yang

sebenar. Harun Mat Piah (1997: 123-124) telah membincangkan ciri-ciri pantun yang

berbagai - bagai dari dua aspek yang penting iaitu aspek luaran dan dalaman.

Bagi menghasilkan pantun yang baik, kita haruslah taat dengan mekanisme

pembinaannya. Pantun harus diungkapkan mempunyai makna yang berkait dan

berlapis. Ada pemikiran yang diselimuti oleh pembayang dan apabila pada maksudnya

pula makna pun tidur antara jaga dengan bermimpi. Pantun yang indah akan memberi

Penghayatan Karya Agung Melayu 79

kepuasan dan keseronokan. Pantun yang indah adalah lambang kehalusan budi orang-

orang Melayu.

Sebuah bentuk sastera agung sastera klasik ialah penglipur lara atau disebut

juga sebagai lipur lara.Daripada sudut sejarahnya sastera penglipur lara adalah nama

yang diberi untuk cerita-cerita ala roman rakyat itu disebut oleh Hugh Clifford. Katanya

bahawa cerita itu bukan semata-mata untuk menghibur hati tetapi juga ada unsur

pelarian, eskapisme daripada tekanan kehidupan harian. Pandangan ini mungkin ada

kemiripan dengan teori Freud yang muncul kemudian di zaman moden, bahawa sastera

diciptakan untuk psikoterapi dan terdapatnya unsur pelarian. Bagaimana pun istilah

penglipur lara kemudiannya telah diubah oleh pengkaji tempatan menjadi cerita lipur

lara, dan pandangan ini disokong pula oleh beberapa orang ahli linguistik Melayu.

Penglipur lara cerita agak mudah, tidak ada usaha untuk

mengkompleksitikannya, sesiapa yang mendengar cepat faham, dengan itu ia bersifat

langsung dan amat komunikatif. Lagi pun cerita lipur lara tidak dibebani dengan muatan

pengajaran atau moral yang tinggi yang sakral. Bagaimana pun tukang cerita sedar,

tugas dan kehadirannya tidak semata-mata untuk “mengubat atau menyembuh hati

yang duka lara” sebaliknya menanamkan rasa kesedaran sosial. Memang kita sedar

cerita lipur lara adalah dunia fantasi yang mitostik dan slapstik juga artistik, dicitrakan

dengan segala keindahan dan penuh khayalan; tetapi semuanya itu dapat diterima oleh

khalayak zaman itu yang segala-galanya merupakan dunia realiti mereka.Mekanisme

dan struktur naratifnya cerita lipur lara sememangnya berhasrat untuk merangsang

perasaan, memukau jiwa dan menggoda segala indera. Kita yang hidup di zaman ini

dan membaca cerita lipur lara, mungkin dengan cepat kita katakana apa yang

diceritakan dan carta penceritaan sudah tidak boleh diterima zaman lagi. Namun, kita

harus membenarkan falsafah pendekatan historikal yang menyatakan setiap zaman itu

ada semangatnya dan kita haruslah menghormati semangat zaman itu.Dan kita

hendaklah meletakkan diri kita dalam situasi zaman itu.

Mekanisme dan struktur naratifnya cerita lipur lara, sememangnya berhasrat

untuk merangsang perasaan, memukau jiwa dan menggoda segala indera. Kita yang

hidup di zaman ini, dan membaca cerita lipur lara, mungkin dengan cepat kita katakan

apa yang diceritakan dan cara penceritaan sudah tidak boleh diterima zaman lagi.

Namun, kita harus membenarkan falsafah pendekatan historikal, yang menyatakan

setiap zaman itu ada semangatnya dan kita haruslah menghormati semangat zaman

itu. Dan kita hendaklah meletakkan diri kita dalam situasi zaman itu. Sesungguhnya

cerita lipur lara sebuah khazanah yang mempesonakan dan salah satu tanda mercu

sastera rakyat.

Kenyataan di atas dapat dirumuskan bahawa penglipur lara atau disebut juga

dengan cerita lipur lara bermaksud cerita yang menghibur orang yang dalam kesedihan

atau berdukacita. Cerita jenis ini diistilahkan oleh R.J. Wilkinson dan R.O. Winstedt

Penghayatan Karya Agung Melayu 80

sebagai roman rakyat, folk romances (Mana Sikana, 2004) Mohd. Taib Osman (1974)

menggolongkan cerita penglipur lara ini dalam kumpulan marchen. Pengkaji

berpendapat bahawa cerita penglipur lara mengandungi ciri-ciri setempat dan unsur-

unsur luar yang mempengaruhi cerita. Cerita bertemakan pengembaraan, percintaan

dan peperangan. Cerita mempunyai plot yang mudah dan lurus. Susunan cerita

penglipur lara hampir sama, cerita diakhiri dengan unsur kegembiraan. Cerita terbahagi

kepada tiga bahagian, iaitu pertama, kelahiran wira yang penuh keganjilan.; kedua,

pengembaraan wira keluar dari istana dengan tujuan tertentu dan ketiga,wira kembali

ke negerinya setelah mendapat apa yang dihajati.

Cerita lipur lara biar dalam apa bentuknya pun tetap mewakili sikap dan

pemikiran Melayu zaman silam.. iaitu suatu zaman di mana orang Melayu masih belum

mempunyai tradisi tulisan. Kalau kita ambil sahaja dalam konteks pemikiran perang, kita

akan dapat melihat dan membayangkan betapa tangkas dan gagah perkasanya

wiranya. Sifat kepahlawnananya sangat tinggi, tidak ada mush yang tidak diaatasi,

seandainya sukar dikalah ia akan mendapatkan pula bantuan dan akhirnya berjaya

mengatasi segala pancaroba. Peperangan itu tidak sahaja sebagai suatu ciri daya

penarik, tetapi memperlihatkan satu bukti tanda keperkasaan hulubalang Melayu,

bertindak bertujuan mempertahankan hak, menebus malu, atau menuntut bela, juga

ada masanya menyelamatkan orang lain seperti kekasih dan negeri, atau untuk

menunjukkan kuasa bagi menakluk negara laiun dan paling rendah peperangan untuk

merebut puteri raja yang jelita.

Kalau kita melihat dengan saksama, peperangan demi peperangan yang wujud

dalam cerita Lipur lara sebenarnya adalah suatu manifestasi kekuasaan. Seandianya

kita membaca teks-teks modan dan pascamoden dan berkenalan dengan pemikiran

Foucault atau teori new historisise dan teori budaya, apalagi teori pascakolonialisme,

kita akan dapati kekuasaan menjadi tonggak zaman itu. Kenyataan ini ingin

membuktikan bahawa walaupun cerita lipur lara itu, kelihatannya fantasi tetapi di

dalamnya ada semangat kekuasaan, dan dengan mudah dapat kita katakana pula ia

sangat relevan dan berkaitan dengan patrioisme dan nasionalisme. Dengan perkataan

lain ingin saya tegaskan cerita lipur lara itu mengandung unsur kecintaan terhadap

bangsa dan negara.

Berikut ini diberikan nukilan Cerita Anggul Cik Tuggal dalam Hikayat Anggun Cik

Tunggal yang sangat tersohor itu. Ia mengisahkan sebuah kisah yang terjadi di negeri

Tiku Pariaman di Minangkabau. Raja yang memerintah negeri Tiku Pariaman

mempunyai lapan orang anak, empat putera dan empat puteri. Putera-putera Baginda

bernama Alam Syamsudin, Ptai Duaraidin, Si Megat Alang dan Paduka Raja. Keempat-

empat puteri Baginda bernama Puteri Si Warna Pinang Masak, Puteri Warna Pasah

Embun Puteri Si Mas Manah dan Puteri Gondan Genta Sari dikatakan teramat cantik

sekali. Raja Berdurai Putih pemerintah negeri Teluk Tambang Papan yang gagah ingin

Penghayatan Karya Agung Melayu 81

mengambil keempat-empat Puteri negeri Tiku Pariaman sebagai isterinya tetapi Raja

negeri Tiku Pariaman telah menolak perminangan Raja Berdurai Putih itu.

Raja Berdurai Putih tersangat murka dengan khabar yang diterima daripada

Panglimanya lalu memerintahkan panglima-panglimanya memasang meriam dan

membedil kota Tiku Pariaman. Kota Tiku Pariaman roboh. Raja dan Permaisurinya

mangkat. Rakyat jelatanya ramai yang terkorban. Raja Berdurai Putih berjaya

menangkap tujuh orang anak Raja negeri Tiku Pariaman. Tuan Puteri Gondan Genta

Sari, ibu saudara kepada Anggun Cik Tunggal dapat melarikan diri daripada ditawan

oleh Raja Berdurai Putih. Beliau telah menjaga dan membesarkan Puteri Gondan

Genta Permai iaitu Anggun Cik Tunggal sehingga tua. Pada suatu hari, apabila Anggun

Cik Tunggal sudah dewasa,Tuan Puteri Gondan Genta Sari telah menceritakannya

tentang Raja Berdurai Putih yang telah menawan keluarganya. Anggun Cik Tunggal

yang sudah cukup umur telah bertekad untuk keluar mengembara demi membebaskan

keluarganya daripada ditawan dan teraniaya oleh Raja Berdurai Putih bertahun-tahun

lamanya. Kegigihan usaha Anggun Cik Tunggal yang kuat telah membuahkan hasil

kejayaan kerana dia berjaya menjatuhkan musuh hingga ketitisan darah. Anggun Cik

Tunggal pulang dengan kegembiraan di negerinya. Namun, kegembiraan yang

dimilikinya tidak kekal kerana dia dan isterinya, Puteri Gondan Gandariah telah

disumpah menjadi binatang, seorang menjadi siamang putih dan seorang lagi menjadi

ungka putih.

Hikayat Anggun Cik Tunggal sebuah cerita lipur lara yang dihasilkan setelah

kehadiran kuasa Barat, tetapi yang penting cara penceritaannya masih menggunakan

tekstualisme sastera rakyat. Dengan kata-kata lain sastera rakyat merupakan tradisi

yang muncul sejak kehadiran oprang Melayu di dunia ini dan ia ia akan hidup dalam

pelbagai wajah dalam sastera Melayu.

KEPENGARANGAN SHAHNON AHMAD

Shahnon Ahmad terkenal dengan subjek masalah kemiskinan orang Melayu dan

kepekaannya terhadap politik tanah air. Dengan sendirinya, kedua-dua subjek itu

menjadi subjek individual Shahnon Ahmad. Hasil pengejapan dan pengukuhan subjek

individual itu, Shahnon Ahmad telah membina jati diri dan individualismenya sebagi

pengarang. Tidak syak lagi bahawa tema kemiskinan dan dimensi politik yang

meletakkan Shahnon Ahmad sebagai penulis yang unggul.

Sifat berani sambil memelihara aspek estetik dalam mengemukakan subjek yang

bercorak prima masalah sosial dengan pantas akan meletakkan diri seseorang

pengarang sebagai kanon. Shahnon Ahmad menghasilkan Rentong, Terdedah, Ranjau

Sepanjang Jalan, Menteri, Protes, Perdana, Srengenge, Sampah, Kemelut, Seluang

Penghayatan Karya Agung Melayu 82

Menodak Baung, al-Syiqaq, Tunggul-Tunggul Gerigis, Tok Guru, Sutan Baginda,

Patriarch, Kak Umi dan Abang Syeikul, Tivi, Mahabbah dan lain-lainnya.

Shahnon Ahmad mendapat namanya dalam novel melalui Ranjau Sepanjang

Jalan, yang banyak mendedahkan masalah kemiskinan masyarakat tani di desa

Banggul Derdap yang telah membawa kepada penderitaan lahir dan batin sehingga ke

akhir hayat. Shahnon Ahmad lebih merasai segala penderitaan yang dihadapi oleh

masyarakat tani kerana latar novel ini merupakan novel kelahiran beliau sendiri iatiu

Kampung Banggul Derdap. Novel tersebut diilhamkannya pada sekitar tahun 1960-an

apabila keadaan masyarakat Melayu pada masa itu terbiar di desa-desa terpencil,

akibat dasar yang diamalkan oleh penjajah. Masyarakat Melayu pada masa itu rata-

rata terdiri daripada golongan petani yang serba kekurangan. Keadaan tersebut jelas

digambarkan oleh Shahnon Ahmad secara indeksikal melalui Banggul Derdap.

Novel Seluang Menodak Baung membicarakan perubahan sikap daripada

negatif kepada positif disebabkan oleh kemiskinan dan kelaparan yang mengakibatkan

berlakunya demonstrasi yang akhirnya membawa kejayaan. Persoalan sosioekonomi

di Kampung Terenas dan sosiobudaya yang mengikat pemikiran secara tradisi dibina

melalui pegangan iman watak tua yang mewakili tradisional Melayu. Pengaruh nasib

dan takdir itu menyerap ke dalam jiwa anak-anak muda kampung yang berdedikasi

penuh terhadap keluarga. Apabila bertembung dengan pengaruh luar yang lebih

radikal, maka sikap tradisional, pesimistik, dan fatalistik ikut berubah. Sikap Suman,

anak muda kampung yang patuh kepada tradisi, kemudian berubah kepada radikal,

progresif, dinamis, dan menentang tradisi negatif.

Sampah juga memaparkan isu kemiskinan yang amat ketara, menyebabkan

seseorang melahirkan kerinduan kepada kematian yang amat sangat. Kerinduan

kepada kematian itu disebabkan oleh faktor lahiriah, iaitu tua dan uzur. Tema tersebut

dikembangkan dalam beberapa persoalan masyarakat. Individu yang

bertanggungjawab terhadap kesejahteraan rakyat, tidak menunaikan tugasnya secara

betul. Mereka menyelewengkan tugas dan sanggup menangkap pengemis, tetapi tidak

cuba memulihkan kehidupan sendiri sebagai semestinya, hingga menyebabkan

wujudnya penderitaan itu. Eksistensialisme `dia' sebagai pengemis merupakan satu-

satunya pembuktian adanya kemiskinan di kalangan rakyat. Bermaharajalelanya

ketidakadilan sosial.

Kemelut berdasarkan kisah sebenar para nelayan Kuala Juru. Sumber

pendapatan mereka terancam apabila kerajaan negeri Pulau Pinang melancarkan

Projek Estet Industri Perai. Tanah-tanah di utara Kuala Juru dibersihkan dan dijadikan

tapak pembinaan kilang. Hal itu merupakan sebahagian daripada dasar perindustrian

negara. Menjelang tahun 1971, daripada kilang itu mula berfungsi, dan pada akhir

tahun 1975, lebih kurang 40 buah kilang beroperasi, sepuluh buah lagi dalam

pembinaan, dan dua buah lagi di peringkat perancangan. Kemelut ialah sebuah ikonikal

Penghayatan Karya Agung Melayu 83

daripada penderitaan demi penderitaan yang dialami oleh rakyat miskin. Pembangunan

ada masanya membunuh rakyat. Meskipun sesuatu perubahan perlukan pengorbanan,

tetapi berkorban tanpa keadilan sosial merupakan suatu kejahatan.

Srengenge mempunyai hubungan rapat dengan kepercayaan animisme dan nilai

tradisi, bagaimanapun ia tetap dihubungkan dengan kemiskinan. Dua gejala tersebut

masih diamalkan oleh orang Melayu, dan ternyata amat merugikan jika dipandang

daripada kaca mata pascamerdeka. Kepercayaan animisme dikembangkan secara

eksplisit yang menjadi dasar kepercayaan orang kampung yang menyebabkan

kegagalan Awang Cik Teh memugar Srengenge untuk dijadikan huma. Kegigihan

diperlihatkan melalui watak Awang Cik Teh, yang ingin membawa perubahan kepada

petani di kaki Srengenge yang berusaha gigih dan tetap tegas pendirian. Kepercayaan

bahawa Srengenge mempunyai kuasa keramat hendak dihapuskan. Walaupun Awang

Cik Teh diketepikan oleh penduduk sekampung, namun dia masih gigih kerana dia

percaya bahawa Allah akan sentiasa berada di sisinya serta menolong melaksanakan

rancangannya untuk memugar Srengenge. Shahnon Ahmad mengemukakan satu

pilihan, sama ada mereka kekal dengan kepercayaan terhadap khurafat Srengenge dan

hidup dalam kedaifan atau mengikut Awang Cik Teh untuk memugar Srengenge. Di

sini ada dilema, ada paradoks dan konflik antara kepercayaan animisme dengan

percaya kepada kuasa Allah.

Menteri yang menggunakan teknik ilusi mengisahkan bagaimana pada suatu

pagi, seorang menteri bernama Bahadur terganggu fikirannya kerana terlalu banyak

berfikir tentang nasib bangsanya yang kian buruk. Isterinya, Puan Naemah, yang tidak

tahu tentang hal yang bersangkutan dengan tugasnya dan setiausaha sulit, Sidek, yang

sentiasa memburu pangkat dan keseronokan cuba dibawa berbicara; tetapi ternyata

mereka tidak dapat menolongnya. Dia tidak pergi ke pejabat pada suatu hari dan

hanya menyuruh Sidek yang hadir. Pada sebelah petangnya, Bahadur pengsan. Doktor

menasihatkan Bahadur supaya jangan terlalu banyak berfikir. Bahadur secara tiba-tiba

mengecam dasar partinya di hadapan Sidek. Bagaimanapun, Sidek berjaya

meyakinkan Bahadur bahawa dasar parti mereka tidak bertanggungjawab atas

kemiskinan orang Melayu, tetapi yang memikul tanggungjawab tersebut ialah pegawai-

pegawai kerajaan yang tidak cekap menjalankan dasar pemerintahan. Menteri Bahadur

berazam akan membuat satu usul untuk memperbaiki penyelewengan tersebut dalam

mesyuarat jawatankuasa tertinggi partinya. Pada malamnya, Menteri Bahadur bermimpi

bahawa dia berada di atas puncak gunung pada tahun 1987 serta mendapati bahawa

bangsanya disingkir ke bukit-bukau dan gunung-ganang, sementara bandar-bandar

pula dikuasai oleh bangsa asing. Tiba-tiba ribuan manusia bangsanya hendak

membunuhnya. Bahadur diselamatkan oleh Sidek; dan dia tersedar daripada

mimpinya.

Penghayatan Karya Agung Melayu 84

Analisis tematik novel-novel Shahnon Ahamd ini sebenarnya bertujuan

merumuskan tesis yang menjadi subjek individual Shahnon Ahmad. Dapat dirumuskan

bahawa kemiskinan menjadi subjek individualnya. Sama ada novel itu berlegar dalam

kehidupan petani, agen pembangunan, kepercayaan animisme, citra seorang menteri

atau kegelisahan si peminta sedekah, individual subjeknya tetap kemiskinan dan

daripada situ Shahnon Ahmad membentuk ideologinya dalam kepengarangannya, iaitu

untuk memulihkan taraf hidup orang Melayu. Ertinya, nasionalisme menjadi

ideologinya.

Sepanjang penglibatannya dalam penghasilan karya sastera selama lebih

kurang 40 tahun, sejak 1960-an, Shahnon Ahmad sering kali membawa pembaharuan

dan perubahan dalam pembinaan novel-novelnya, selaras dengan perkembangan

masa dan pembangunan masyarakat. Sepanjang masa tersebut, terdapat beberapa

peringkat perkembangan pemikirannya yang saya kira bertolak daripada gagasan

konsep Malay Power, iaitu perjuangan survival bangsa Melayu. Shahnon Ahmad

sentiasa memperteguh konsep tersebut dalam setiap novelnya. Menerusi novel-

novelnya, Shahnon Ahmad secara implisit atau eksplisit, menegaskan betapa sayang

dan cintanya kepada bangsanya. Beliau menangisi kemiskinan orang Melayu, merasa

gelisah apabila bangsanya didesak ke kampung sedangkan bandar yang menjadi pusat

kemajuan dijajah oleh bangsa lain. Shahnon Ahmad mengkritik habis-habisan

pemimpin yang rakus dan lupa bangsa; malah pemimpin-pemimpin seperti itu

dibunuhnya. Sesungguhnya di situlah individualistik idealisme kepengarangan

Shahnon Ahmad. Motivasi teks-teksnya diakari oleh kesedaran kebangsaan.

Pendek kata, keseluruhan karyanya, baik yang realisme, realisme magis,

mahupun yang keislaman berpusat kepada kuasa Melayu. Daripada huraian ini, dapat

ditegaskan bahawa Shahnon Ahmad berjaya mengemukakan pelbagai konsep dan

aliran lewat novel-novelnya. Pengarang besar ini juga membuktikan mampu mencuba

dengan segala dimensi pengkaryaan, melakukan pelbagai eksperimen dan pendekatan

dalam Terdedah (psikoanalisis), Menteri (konsep Malay Power), Protes (determinisme),

Sampah (absurdisme), sampai kepada Seluang Menodak Baung dan al-Syiqaq

(realistik dan Islamik).

Shahnon Ahmad tidak sahaja menghadirkan segala sumber dan hipogramnya

daripada pelbagai rujukan, malah sentiasa melakukan perlanggaran dan pengukuhan.

Dari sebuah teks ke sebuah teks, terbukti bahawa Shahnon Ahmad melakukan

perlanggaran dalam erti kata mengalami perubahan dan kemajuan. Shahnon Ahmad

tidak terkurung hanya pada suatu realiti karya, dia berhijrah; bagai deru mesin

sosiologisme, beliau mengikuti dengan cepat dan pantas gerakan-gerakan sezaman

yang kontekstual. Kelainan merupakan proses pembangunan identiti kepengarangan

Shahnon Ahmad. Dengan itu, gaya hidup karyanya menjadi bersemarak, menjadi

suatu wacananya serta menjadi daya pembeza daripada kepengarangan novelis lain.

Penghayatan Karya Agung Melayu 85

Dapatlah kita rumuskan di tangan Shahnon Ahmad kita menyaksikan suatu

gerakan sastera politik yang komited. Di kalangan pemerintah melihatnya hanya di

permukaan dan sebuah ritual sastera dengan melunturnya nilai-nilai

kesusasteraannya, justeru hilangnya konsep estetika yang mengiringinya kepada

sebuah teks lucah. Tetapi bagi kalangan sasterawan, ia adalah sebuah teks

menyingkap realiti ketidaksedaran presentasional di balik kesedaran. Nuansa-nuansa

politknya yang secara metaforik dan elegori dari transperansi korupsi dan kezaliman

adalah gambaran dari sebuah kebenaran realiti. Politik yang memalsukan kebenaran

realiti yang disimulasikan oleh pemerintah yang mengarah kepada fatalisme nilai-nilai

politik murni menjadi agenda perdana teks Shit. Kerana sedemikian jijiknya politik itu,

Shahnon dengan kepercayaan di kalangan ahli stilistik, menggunakan retorik yang jijik

mirip dengannya. Meksipun sebagai pembaca kita merasakan dunia politik Shahnon

begitu hiperealistik, tetapi teks ini memiliki roh dan fetis sastera yang utuh. Maka

kesannya kepada khlayak begitu kuat.

Tidak syak lagi Shahnon Ahmad seorang pengarang yang terbilang. Begitu

lincah beliau menggunakan gayanya, sehingga apa yang hendak disampaikannya

tersembunyi tidur dalam selimut gayanya. Shahnon Ahmad sendiri sememangnya

sedar peranan gaya atau bahasa pengarang. Jadi, tidak menghairankan kesedaran itu

membawa pengarang ini membina dan memanipulasi segala kemungkinan bahasa

untuk memperkuat novel-novelnya. Telah banyak kajian dilakukan yang menunjukkan

adanya gaya individu yang unik pada diri Shahnon Ahmad.

Teknik monolog dalaman menjadi semacam pakaian kepada Shahnon Ahmad.

Teknik itu mampu secara jujur melahirkan ucapan-ucapan bawah sedar dan tanpa

sedar watak-wataknya. Realiti kebenaran berada di lapisan batiniah. Walaupun lazim

dengan penggunaan bahasa sublim sedemikian, tetapi bahasa Shahnon Ahmad dapat

dinikmati. Gayanya menjadi lebih bertenaga, tepat, padat dan mudah difahami.

Shahnon Ahmad membawa gaya yang lebih unik dan kental berbanding dengan

novelis-novelis yang lain. Di tengah-tengah pengarang lain menganut fahaman laras

bahasa atau bahasa baku, Shahnon Ahamd kembali ke akar bahasa kampungan,

bahasa daerah yang sejajar dengan latar kedaerahan, khususnya di kampung

kelahirannya, Banggul Derdap, yang menjadikan teks-teksnya cukup kemelayuan.

Pembaharuan yang merupakan penyimpangan tradisi penulisan cereka ini berjaya

dijabar secara cukup berkesan dan menampakkan kekayaan bahasa daerah; yang

akhirnya menjadi ikutan pengarang-pengarang lain.

Malah, judul-judul novel Shahnon Ahmad mempunyai identitinya yang tersendiri.

Misalnya novel pertamanya Rentong yang bermaksud bukan sahaja dijilat api hingga

hangus malah meninggalkan bara. Perkataan "ranjau" bagi Ranjau Sepanjang Jalan

bermaksud benda tajam (daripada buluh) yang biasanya tercacak di atas tanah.

Penghayatan Karya Agung Melayu 86

Sementara "Srengenge" bermakna "matahari". Dapatlah dirumuskan betapa besar

ertinya penggunaan bahasa daerah bagi Shahnon Ahmad.

Reka cipta individual Shahnon Ahmad pula dapat dirujuk melalui pelukisan watak

yang sejajar dengan litar dan suasana. Misalnya, jika mengungkapkan cerita yang

berlatarkan suasana desa, maka beliau menggunakan nama watak yang sesuai dengan

suasana tersebut; begitu juga dengan tempat yang berlatarkan suasana kota. Dalam

Rentong umpamanya, beliau menamakan watak-wataknya seperti Dogol, Semaun, Pak

Senik, dan sebagainya yang sesuai dengan persekitaran kampung. Begitu juga dengan

Ranjau Sepanjang Jalan, yang menampilkan watak-watak seperti Lahuma, Jeha,

Semek, Senah, dan lain-lainnya.

Shahnon Ahmad juga amat teliti dalam soal pemilihan watak dan pengenalan

perwatakan, dengan itu watak-wataknya menjadi hidup dan realistik. Watak-watak

dalam Ranjau Sepanjang Jalan menjelaskan keadaan tersebut, apabila Shahnon

Ahmad membina watak-watak yang hampir kesemuanya terdiri daripada perempuan -

kecuali Lahuma - kerana beliau ingin menggambarkan secara jujur tentang penderitaan

yang dialami oleh masyarakat petani. Begitu juga dengan novel Sampah yang

dikatakan sebagai penerokaan Shahnon Ahmad terhadap novel absurd melalui watak

Dia, tanpa diberikan nama yang khusus, selaras dengan mesej yang ingin disampaikan.

Dua buah novelnya yang mutakhir diberikan nama watak mengikut judul karya, seperti

Sutan Baginda dalam Sutan Baginda dan Tok Guru dalam Tok Guru. Bagai seorang

arkitek, Shahnon Ahmad berjaya membina keperibadiannya dalam mereka cipta

perwatakannya.

KEPENGARANGAN KERIS MAS

Keris Mas dalam kepengarangannya dicapai dalam peringkat perlanggaran dan

pengukuhan antara 1950 hingga 1957, iaitu dalam konteks membina kekhasan diri.

Tahun-tahun menjelang kemerdekaan itu, karyanya mula memperlihatkan yakin diri dan

bergemanya suara pascakolonialisme. Berani, lantang, juga bijaksana. Di dalamnya

ada pertarungan kuasa politik. Fokusnya lebih menekankan kepada masyarakat dan

rakyat. Dari segi teknik juga, Keris Mas telah mencapai kemajuan, lebih kukuh dan

menarik. Sedikit sebanyak sudah terbentuknya individualisme. Dalam period ini, Keris

Mas telah mula mencapai kematangan sebagai cerpenis. Naratifnya terkawal baik.

Pemilihan persoalannya mengarah kepada kesatuan subjektivitinya. Di penghujung

zaman ini, Keris Mas memperlihatkan keunggulannya.

Membaca teks-teksnya “Cerita Sepanjang Jalan” yang mempunyai tiga

bahagian; pertama, menceritakan kejahatan kota; kedua, menceritakan orang Melayu

yang terlonta-lonta antara nilai desa dan kota; dan ketiga, melukiskan kemiskinan yang

telah memusnakan harapan orang Melayu untuk mengubah nasib. Sama halnya dalam

Penghayatan Karya Agung Melayu 87

“Banyak Anak” dan “Gila Anak Jantan” kemiskinan yang membeliti masyarakat Melayu

menjadi punca kemunduran dalam pendidikan; akibatnya selalu pasrah dan tidak

berjiwa kesatria. Orang Melayu mestilah keluar daripada benua kemiskinan. Di samping

itu terdapat juga watak yang boleh diharapkan, mampu membawa perubahan, seperti

encik Yusof dalam “Bilik Belakang”; tetapi ternyata juga tragedi dan kehancuran

akhirnya

Zaman ini menyaksikan Keris Mas yang mengalami peristiwa yang ditulisnya,

semuanya dijadikan bahan pencerpenanya. Nada percintaan mula dinipiskan dalam

teksnya. Zaman itu, kita menyaksikan ia sudah mula memperlihatkan aspek

perlanggaran dan pengukuhan. Bedul “Kejadian di dalam Estet”, seorang polis

menjadi mangsa kekejaman dan kekuasaan Tuannya apabila isterinya menjadi gundek

Tuannya itu. Tindakan yang diambil oleh Bedul ialah kedua-duanya patut dibunuh;

tetapi masa itulah datangnya serangan komunis. Sementara dalam “Kedai Sederet di

Kampung Kami” pengganas juga telah membakar kedai-kedai dan merosakkan

kehidupan. “Pemimpin Kecil dari Kuala Sementan” agak unik, justeru menggambarkan

kegigihan seorang nasionalis, Hassan, yang terpaksa menghadapi dilema perjuangan

pascadarurat: sama ada bersekongkol dengan pemerintah itu suatu tindakan bacul,

atau menentangnya yang menjadikan hutan sebagai medan perjuangan. Cerpen-

cerpen di atas adalah kukuh daripada aspek subjektivitinya juga kukuh daripada aspek

strukturalismenya, juga mempunyai fungsionalisasi sastera yang kuat dan sejajar

dengan kontekstual zaman dan perjuangannya.

Perubahan dalam pencerpenan Keris Mas, pada pandangan saya adalah sejajar

dengan pengalaman baru yang mengesankan idealisme penulisan iaitu dengan

tertubuh dan bergiatnya beliau dalam Asas 50. Aspek perlanggaran Keris Mas

mempunyai hubungan dengan Asas 50. Malah, mengkaji Keris Mas tanpa mengenal

Asas 50 tentulah tidak lengkap. Antara keduanya adalah saling sinonim. Asas 50,

sampailah kepada slogan “sastera untuk masyarakat”. Penulis-penulis digesa

menghasilkan karya membebaskan jiwa pembaca daripada kongkongan dan

belengguan penjajahan pemikiran. Cerpen diseru menggambarkan watak-watak

manusia yang cuba membawa pemikiran yang progresif dan maju. Keris Mas dalam

cerpen-cerpennya ternyata membawa slogan seni untuk masyarakat itu. Keris Mas

pernah menyatakan, sastera sedemikian, karya terbeban dengan amanat, kurang

estetik, tetapi ia lebih mementingkan fungsional terhadap khalayak.

Asas 50 mempunyai tujuan, pertama memperluas dan mempertinggi sastera

dan kebudayaan Melayu dengan mempelajari dan mengembangkan aliran fikiran baru,

mencipta dan mengubah karya bermutu, mengadakan kegiatan untuk memajukan

penulisan dan menyatukan tenaga bagi memajukan sastera dan budaya. Seterusnya

menggalakkan pembaharuan dalam berkarya, memaju dan memperbaiki bahasa

Penghayatan Karya Agung Melayu 88

Melayu dn mengubah dan mencipta untuk memperkaya bahasa. Falsafah Perjuangan

untuk merebut kemerdekaan, perpaduan kebangsaan dan keadilan masyarakat.

Keris Mas memang orang kuat Asas 50. Dia adalah salah seorang penaja,

pemimpin, penggerak dan orang yang terpenting ke arah cita-cita penghidupan Asas

50. Selama tiga tahun menjadi ketuanya. Semboyan “seni untuk masyarakat” menjadi

pegangan titik bertolaknya karya. “Mengapa hasil karya kami, tiba-tiba saja didapati

banyak menulis tentang penderitaan? Kerana hal itulah yang menjadi hakikat persoalan

pada masa itu. Masyarakat Melayu tertindas, hidup dalam kesusahan: semuanya

disebabkan oleh penjajahan. Pendirian kami tegak atas perjuangan memburu

kemerdekaan, dan segala keburukan yang timbul akibat penjajahan harus didedahkan

sebagai senjata terpenting mengapa keadilan harus ditegakkan”, katanya menjelaskan.

“Konsep sastera yang kami anuti, tidak timbul daripada sastera itu sendiri; tetapi

percikan daripada keadaan hidup rakyat yang menjadi bahan penulisan. Rakyat yang

pada masa itu telah dibangunkan oleh suatu kesedaran: kesedaran untuk bebas,

merdeka. Persoalan itu harus dibincangkan di dalam sastera yang menjadi alat dan

penghubung antara manusia.” Menurut Keris Mas, pada mulanya mereka faham,

bahawa Asas 50 tidak pernah membicarakan apakah peranan dan kesannya konsep itu

pada kesusasteraan, kerana yang penting dibicarakan adalah tentang masyarakat itu

sendiri. Sastera hanyalah sebagai alat.

Dalam memperkatakan konsep seni untuk masyarakat, Keris Mas berasa begitu

optimis. Katanya “Apakah seni untuk masyarakat? Ia menggambarkan dan

membenteras masyarakat yang korup, kepura-puraan, banyak pembohong dan tindas-

menindas: semuanya itu adalah fahaman seni untuk masyarakat.” Jelasnya lagi, “Soal

konsep kami timbulkan, kerana suasana kami dahulu, yang mana penulisan perlu

mengarah pada suatu tujuan: membangunkan masyarakat untuk mencapai

kemerdekaan.” Naratologi Asas 50, sebenarnya mempunyai dasar falsafah normatif,

tidak hanya menuntut dan menghargai karya yag bersifat fungsional, juga berestetik.

Pemikiran sosiologi sastera menjadi kerangka berfikir. Meski terlihat struktur dialektikal

materialistik; namun mereka yakin penindasan akan berakhir dan itulah yang menjadi

cita-cita murni perjuangan. Mereka cukup sedar tonggak yang menjadi premis atau

ideologi kekuasaan strategi teks Asas 50. Puitika Asas 50 juga sebenarnya yang

menjadi estetika Keris Mas. Dan yang menjadi idealisme penciptaannya ialah bahawa

seorang penulis itu harus bebas pada mempernyatakan fikirannya. Kebebasan adalah

sebagai senjata utama penulis. Penulis yang kemerdekaannya sudah dirampas,

kebenaran karyanya tidak mampu dipertanggungjawabkan. Kebebasan itulah yang

mendorong pengarangnya menciptakan pembaharuan dalam berkarya. Sesuai dengan

tuntutan modenisme yang sangat menghargai teks-teks avant-garde; sesungguhnya

itulah yang dilakukan oleh Keris Mas dalam penulisan cerpennya. Ia sering memikirkan

dalam neurosisnya, bagaimanakah menghasilkan cerpen yang terbaik dan fungsional.

Penghayatan Karya Agung Melayu 89

Terdapat perbezaan yang amat jelas di antara pra dan pascaAsas 50. Lebih

mementingkan kuantiti, terburu-buru dan banyak tertumpu pada cinta dan pertemuan

uda dara, meski di dalamnya ada intensiti perjuangan; namun seperti yang diakui oleh

Keris Mas sendiri terdapat cerpennya yang dilakukan dengan segera untuk merebut

masa. Pengalaman pun dewasa itu agak kurang. Namun, pascaAsas 50, memperlihat

Keris Mas yang matang, bervisi, mementingkan kualiti dan estetika tekstual. Tiga buah

cerpen Keris Mas iaitu “Kejadian di dalam Estet”, “Kedai Sederet di Kampung Kami”

dan “Pemimpin Kecil dari Kuala Semantan” dapat dikatakan mengikut pandangan

teksdealisme telah mencapai teks keunggulan. Ketiga-tiga cerpen itu bertolak daripada

idea dari peristiwa zamannya dengan mencitrakan situasi nyata tentang sinematik dan

kenyataan-kenyataan defecto masyarakat zaman itu, terutamanya tentang zaman

darurat dan penajaman semangat kebangsaan. Semuanya adalah pengalaman yang

berharga dan dijasajikan dengan teknik yang cerdeik dan membijaksanankan.

Mengenengahkan penindasan dan sadisme golongan atasan terhadap golongan

bawahan. Teks-teks itu menjadi dokumentasi sosial yang tepat dan setia. Penanda

teksnya, tidak lain adalah ikon-ikon kebencian terhadap ketidak-adilan untuk memberi

laluan kuasa ke tangan rakyat; yang dipentingkan oleh pengarang ialah realiti fizikal

manusia marhain, yang memberontak terhadap nilai-nilai feudal, lalu menggesa

khalayak berjiwa revolusiner. Ketiga-tiga teks itu juga, memasukkan kita ke dalam suatu

pengalaman, emosi, intelektual dan falsafah orang-orang Melayu. Pengarangnya

dengan daya kreatifnya mengunggulkan secara kental, intens dan padu; hasil daripada

tanggapan-tanggapan indera-teksnya untuk kita melihat manusia dan kemanusiaannya

dengan persegalaan keperihalan hidup zaman itu.

Dalam konteks ini juga, terlihat sifat-sifat pembaharu dalam aspek pengekalan,

yang saya maksudkan ialah aliran yang dianut oleh Keris Mas: realisme. Realisme

adalah sebuah aliran yang besar dan dianggap telah mencapai sebagai grand narrative

atau narráis besar. Apabila falsafah Auguste Comte mendapat tempat yang

menyatakan bahawa sosiologi ialah ilmu tertinggi, kemudian menjadi falsafah

positivisme yang mahu melihat organis kehidupan digambarkan menurut seperti

adanya, dan dengan cara ini ia dapat mencungkil kebenaran dan sekali gus menafikan

romantisisme dengan melihat keadilan secara perasaan, maka lahirlah suatu bentuk

aliran baru yang besar dalam kesusasteraan iaitu realisme. Realisme sebenarnya amat

akrab hubungannya dengan sosial atau masyarakat. Tugasnya ialah menggambarkan

masyarakat secara nyata, mendedahkan apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan

seharian manusia (Wellek, Rene, 1972: 87-89). Rene Wellek menyatakan sebagai "…

the objective representation of contemporary social reality" (hlm. 247). Pada isinya ia

banyak berbicara tentang perekonomian, pendidikan, status dan stratafikasi

masyarakat, politik dan apa juga

Reka cipta individual, individual in design merujuk kepada teknik, metode dan

mekanisme penciptaan. Bagaikan seorang arkitektur yang dapat dianggap

Penghayatan Karya Agung Melayu 90

keperibadiannya melalui bangunan-bangunan yang didirikannya, seorang pengarang

pun akan dikenal jatidirinya melalui karya-karya yang dihasilkan. Cara ia menyusun

teksnya akan menggambarkan peribadi penulisnya. Naratoligis, iaitu penganalisis seni

penarasian, dapat memperincikan ciri-ciri dan sifat-sifat teks. Kedirian individu,

individual-self mengidentifikasikan watak pengarang. Setiap penulis itu mempunyai ciri

dan sifat watak yang tersendiri dan cara membinanya pun tersendiri juga. Dalam puisi

misal dapat dikesan melalui penggunaan sudut pandangan orang pertama seperti 'aku'

'saya' dan seumpamanya untuk mengemukakan refleksi pengalaman yang dialami

sendiri. Sajak Muhamad Haji Salleh watak Tenggara, saya kira adalah contoh yang

tepat. Sikap pengarang dan jurus pandangan pengarang menandakan individual-self

itu. Tindakan individu pula ialah bagaimana seseorang pengarang itu melakukan

tindakan-tindakan dalam penulisannya. Tindakan memerlukan ilmu, renungan dan

keberanian. Seseorang yang telah berkurun dikutuk kerana penderhakaannya dan

seluruh masyarakat menerimanya sebagai penjenayah, bukanlah senang hendak

ditukar ke imej seorang wira. Tetapi hal ini dengan bijak dan cekap dilakukan oleh

Usman Awang terhadap watak Jebat dalam dramanya Matinya Seorang Pahlawan.

Tindakan Usman Awang itu, mesti berdasarkan antesedent pemikiran Parnickel,

Kassim Ahmad dan Ali Aziz.

Keris Mas telah mempunyai gaya bahasanya sendiri. Daripada kajian dan

kritikan selama ini, tidak ada orang yang terlupa untuk menyatakan bahawa bahasa

Keris Mas memancarkan kesegaran dan penuh bertenaga, vitalistik. Keris Mas

melakukan perlanggaran terhadap stail A.Rahim Kajai. Malah gayanya lebih dinamis

daripada penulis sezamananya seperti Hamzah, Rosmera, Wijaya Mala dan Masuri

S.N. Keris Mas telah berjaya menaturalisasikan bahasa cerpen tahun-tahun 1950-an

yang diikat oleh stail romantisisme itu. Sememangnya stail menjadi mangsa

perindahan di kalangan romantis, sehingga kepedihan peristiwa dipermanis; tetapi

dengan cukup sedar Keris Mas telah melakukan haplologi dan demitefikasi

terhadapnya.

Rekacipta individual Keris Mas ia mempunyai dirinya sendiri. Rekacipta cerpen di

tangan Keris Mas sudah menjadi pendek, padat dan karismatik. Sebelum itu,

terutamanya dalam tradisi Sebelum Perang, cerpen yang disebut juga dengan “kisah”

itu, ada yang panjang sehingga siarannya sambung bersambung. Keris Mas telah

meletakkan dasar struktur naratif yang kejap dan padu. Dan mementingkan penajaman

konflik dengan kompleksitinya yang terkawal. Bahkan fabula atau deskripsi rangkaian

peristiwanya juga kukuh. Di peringkat awal penulisannya, Keris Mas masih dalam

struktur yang lazim di zamannya, Ada yang terlalu pendek dan gayanya dikuasai oleh

aroma romantisisme. Tetapi kemudian Keris Mas perlahan-lahan menemui dirinya,

menemui stailnya sendiri. Definisi cerpen yang berpusat pada satu cerita, watak, latar

dan kesan yang diteorikan kini, sesungguhnya adalah implikasi daripada pemadatan

Penghayatan Karya Agung Melayu 91

teks Keris Mas itu. Sesungguhnya Keris Mas telah berjaya membawa nafas baru dalam

sejarah penulis cerpen Malaysia dan pemangkin kepada modenisme sastera.

Suatu lagi jati dirinya dalam rekacipta individual ini ialah daripada aspek teknik.

Keris Mas menyedari tanggung-jawab teknik dalam berkarya. Teknik yang diolah

dengan sempurna akan melahirkan sebuah tubuh cerpen yang sasa. Dia membatasi

konsep tipikal teks sezaman yang lebih kepada menyampaikan cerita. Kesedaran

artistik menjadi sifat ketrampilannya. Justeru itu keperluan teknik, tidak sekadar

tuntutan naratif, tetapi sebagai unsur tipifikasi yang menjadi hukum dasar

pengembangan karya, supaya segala kompleksiti terjelma dan teks teradun menjadi

kuat dan mengesankan. Malah ada kepercayaan, teknik menjadi citra kepada tamadun

bangsa. Karya yang kuat tekniknya melambangkan bangsa penulisnya yang tinggi

mutunya. Teknik sesungguhnya refleksi kognisi dan gaya hidup sesuatu bangsa itu.

Membaca setiap teks Keris Mas kita akan menemui aspek tekniknya yang bermutu dan

menawan; yang menjadikan tekstualitinya kemas.

Kedirian individu, individual-self mengidentifikasikan watak pengarang. Setiap

penulis itu mempunyai ciri dan sifat watak yang tersendiri dan cara membinanya pun

tersendiri juga. Keris Mas sering menyatakan tentang peristiwa penting dan watak yang

kuat menjadi tulang pengkaryaan. Kalau pun watak itu seorang buruh, ia tetap berjiwa

kukuh, tegas dan manusia pejuang. Tidak takut akan kekalahan. Apa lagi untuk

menyerah begitu sahaja. Sikap pengarang dan jurus pandangan pengarang

menandakan individual-self itu.

Tindakan individu pula ialah bagaimana seseorang pengarang itu melakukan

tindakan-tindakan dalam penulisannya. Keris Mas mempunyai pegangan,baginya,

seseorang penulis harus berjiwa besar. Ada sebab terpenting mengapa dia menulis.

Dia tidak boleh hanyut oleh arus gelombang zaman. Dan yang terpenting, dia harus

jujur pada karyanya sendiri. Ini menimbulkan kejujuran kepada tujuan dia menulis. Keris

Mas sering kali menekankan, kepada penulis supaya banyak menciptakan stail-stail

baru. Mesti belajar tentang segala teori sastera. Mempertajamkan sensitiviti dan penuh

persepsi. Perkembangan bentuk penulisan, sentiasa mengarah kepada kemajuan-

kemajuan. Betapa pun seseorang pengarang itu, mesti tegas dengan prinsip dan cita-

cita yang diperjuangkannya. Justeru, adalah menjadi tugas utama si pengarang, untuk

mengerti dengan sepenuh-penuhnya apa yang dikatakan dengan kebenaran itu.

Dengan spontan Keris Mas menjawab: “Untuk menjadi manusia lagikan harus

sensitif, apalagi untuk menjadi penulis. Sensitif di sini mestilah difahami sebagai cepat

menangkap sesuatu disebalik sesuatu.” Sensitiviti itu yang menimbulkan imaginasi. Dan

daya imaginasi itu yang mungkin seorang itu menulis. Dan segala-galanya itu bermula

dari pemerhatian. Dari apa yang telah diucapkan Keris Mas, amat jelas sikapnya

sebagai seorang pengarang. Beliau adalah pekerja yang amat gigih dan berdisiplin.

Apa tugas yang diberikan kepadanya, dipikulnya dengan penuh kejujuran. Kerana

Penghayatan Karya Agung Melayu 92

pendiriannya, seseorang pengarang itu adalah manusia yang jujur. Begitu juga dia

sangat berani: Berani menyatakan sikapnya. Tetapi sebagai seorang pengarang itu,

tidak cukup, dia harus menguasai teknik penulisan. Dan rasanya Keris Mas telah

berhasil memenuhi kehendak ini. Dia belajar sendiri. Belajar dari kesalahannya. Masa

itu, tidak ada teori yang memandunya. Dalam segala hal demikian Keris Mas berjaya

meletakkan diri ke suatu tahap sejarah penulisan cerpen di tanahair.

Keris Mas sebenarnya hidup dalam zaman kolonialisme, yang segala karyanya

berunsurkan pascakolonialisme. Karyanya menentang segala ketidak-adilan sosial dan

kelemahan masyarakat Melayu dalam penjajahan. Ia mahu masyarakat sedar tentang

kekejaman penjajahan itu dan bangun untuk menentangnya. Seluruh karyanya adalah

dengan tujuan untuk pembangunan masyarakat. Justeru itu sesuai dengan zamannya

perjuangan Asas 50 menganut fahaman “sastera untuk masyarakat” Tanpa melebih-

lebihkan, Keris Mas sesungguhnya telah menjadikan cerpen, sebuah genre penting dan

kuat. Segala pengalaman itu disalurkan dengan sebaik-baiknya dalam cerpennya. Dia

mempergunakan sensitiviti dan bakatnya untuk memperjelaskan dan melahirkan apa

yang diyakininya. Penanya membenarkan kata-kata lebih tajam dan bermakna daripada

pedang. Pena Keris Mas membelah jiwa orang-orang Melayu, dibersihkannya, supaya

menjadi bangsa perkasa di tanah airnya sendiri.

Dalam peringkat kematangan, kedudukannya Keris Mas lebih kukuh lagi.

Sikapnya terserlah sebagai cerpenis yang berjaya. Beliau begitu berhati-hati dalam

tulisan. Hanya memilih subjek yang relevan dan membentuk jati dirinya. Aspek teknik

terus menjadi sifat penyempurnaan teks. Fungsionalnya sebagai seorang pengarang,

benar-benar dipertunjukkan. Meneliti kreativiti peringkat ini, memang tidak dapat

disangkal lagi bahawa Keris Mas ialah seorang cerpenis yang teguh dan berprinsip.

Melihat dari hasil-hasil peringkat ini, memang tidak dapat disangkal lagi bahawa Pak

Keris ialah seorang cerpenis yang sangat penting. Barangkali ada baiknya juga, jika

sedikit sebanyak digariskan kemuncak dalam persejarahan cerpen tanah air untuk

zaman itu.

Kemuncak pertama ialah kejayaan A. Rahim Kajai dan Ishak Haji Muhammad,

dua tokoh yang sering digadingkan. Keistimewaannya pada subjektiviti perjuangan,

cuma agak banyak mengambil persoalan cinta dan rumah-tangga dan gaya

romantisnya serta teknik yang tidak memperhitungkan keajaiban kebetulan. Keris Mas

berjaya membina kejayaan tahap kedua, apabila berjaya melepaskan diri dengan

pembaharuan dan perlanggaran daripada tradisi pertama.

Keris Mas sendiri pernah menyebutkan perihal kematangan cerpen Melayu. “Kita

telah mencapai kematangan dalam penulisan cerpen dari Malaysia,” katanya dengan

cukup yakin. Tetapi kematangan ini, adalah dalam konteks sastera Malaysia dilihat dari

sudut kita sendiri. Dalam soal melihat kematangan ini, janganlah kita hendak

membandingkan dengan sastera dunia yang lain. Oh, kalau gitu tentulah sahaja kita

Penghayatan Karya Agung Melayu 93

ketinggalan.” Keris Mas mengakui terdapat kemajuan dalam perkembangan cerpen

Melayu moden.

Dan yang terpenting dari semua ialah bahawa beliau telah berjaya mencipta satu

tahap persejarahan penulisan cerpen di tanah air. Beliau menjana modenisme yang

lebih dinamik dan progresif. Beliau adalah pemangkin kesusasteraan Melayu moden.

Kekuatan kreativitinya mengalih narsisisme menjadi empati dan berjaya menakluk jiwa

khalayaknya. Dengan demikian teks-teksnya hadir sebagai rangkaian wacana ajakan

untuk anjakan daripada traumatik zamannya kepada optimisme harapan masa hadapan

bangsanya. Keris Mas seorang penulis yang cukup sedar segala tanggung-jawab di

zamannya, dan segala-galanya telah dibayarnya dengan tinda masnya.

RUMUSAN

Hasil daripada perbincangan di atas membuktikan bahawa pantun dan lipur lara adalah

dua buah genre sastera klasik yang dianggap kanon dan agung, yang terus dinikmati

dan hidup hingga ke zaman kini. Pantun adalah puisi asli orang-orang Melayu yang

mempunyai keunikan dan diterima oleh pengkaji seluruh dunia. Penglipur lara ialah

karya prosa sebagai khazanah dan warisan keemasan orang-orang Melayu masa

silam, yang kini masih hidup dan teruja di sepanjang zaman.

Analisis kepengarangan membuktikan bahawa Shahnon Ahmad sudah

mencapai individualismenya dengan segala kekuatan dan keistimewaannya. Teks-teks

novelnya menjadi wahana suatu kebangkitan umat yang pascamerdeka dan wacana

kuasa yang tak ternilai. Setiap teks yang dihadirkannya mengalami perlanggaran dan

pengukuhan dan terus memuncak untuk duduk di singgahsana pengarang individual

yang jarang dimiliki pengarang lain. Sesungguhnya, Shahnon Ahmad sebagai novelis

menjadi kebanggaan seluruh umat Melayu; namanya seharum Tuah dan pemikirannya

serasional Jebat. Shahnon Ahmad cukup istimewa berbanding novelis lain. Tidak syak

lagi, Shahnon Ahmad ialah Raja Novelis Malaysia.

Begitu juga dengan Keris Mas dalam aspek kepengarangannya mematangkan

dirinya dan mencari kelainan untuk menemukan keunggulan. Keris Mas telah

melakukan perlanggaran dan pengukuhan. Ia membezakan dirinya dengan cerpenis

jalur pertama dalam tradisi cerpen moden Melayu seperti A.Rahim Kajai, Pak Sako dan

A.Samad Ismail. Dalam aspek tekstual dan kontekstual terdapat inovasi dan

pembaharuan dan menjadikan dirinya katalis kepada modenisme dunia pencerenan

Melayu. Ia mempunyai jati diri dan individualisme sendiri, yang dibinanya sejak berumur

dua dekad berkarya hinggalah zaman-zaman hayat pengkaryaannya.

Penghayatan Karya Agung Melayu 94

Rujukan

Harun Mat Piah, 1997. Puisi Melayu Tradisional: Satu Perbicaraan Genre dan Fungsi.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Keris Mas, 1969. Patah Tumbuh. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Keris Mas, 2000. Kumpulan Cerpen Sasterawan Negara Keris Mas 1946-1989. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mana Sikana, 2004. Sastera Melayu Klasik: Warisan Keemasan, Singapura: Pustaka

nasional.

Mana Sikana, 2005. Sastera Melayu Pascamodenisme, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Mana Sikana, 2005. “Keris Mas: Mangkin Kesusasteraan Melayu Moden. Dewan

Sastera, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Jun halaman 7-12.

Mana Sikana, 2013. Dari Barat ke Timur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Taib Osman, 1974. Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala Lumpur: Federal

Publications

Omar Mohd. Hashim, 1976. “Cerpen Melayu Moden Selepas Perang”, dalam Anwar

Ridhwan (Pny.). Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957-1972. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wellek, Rene, 1972. A History of Modern Critic. New Haven: Yale University of Chicago

Press.

KATA KUNCI

1. Estetika

2. Kepengarangan

3. Pengstrukturan

4. Pendekatan Psikoanalisis

5. Absurdisme

6. Konstekstual

7. Stilistik

8. Struktur dialektikal materialistik

Penghayatan Karya Agung Melayu 95

1. Bincangkan perkaitan antara konsep estetika dan kepengarangan.

2. Apakah aspek-aspek estetika yang terdapat dalam pantun Melayu.

3. Jelaskan ciri-ciri utama kekuatan kepengarangan Shahnon Ahmad.

4. Bincangkan kehebatan karya Keris Mas dari aspek kepengarangannya.

Penghayatan Karya Agung Melayu 96

UNIT 6

NILAI BUDAYA DAN PANDANGAN HIDUPDALAM

KARYA AGUNG MELAYU

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini anda dapat :

1. Mengetahui budaya dan pandangan hidup Melayu

2. Mengenal pasti idealisme dan falsafah orang Melayu

3. Membezakan adat temenggung dengan adat perpatih

4. Memahami nilai-nilai hidup orang Melayu

PENDAHULUAN

Dalam Unit ini dibincangkan budaya dan pandangan hidup yang terserlah daripada

karya-karya agung Melayu. Antara aspek yang dibicarakan termasuklah idealisme

bersumberkan alam; tumbuhan, haiwan, angkasa dan sosialisasi. Penggunaan puisi

dan peribahasa, misalnya berkaitan dengan kepekaan orang Melayu terhadap

keindahan alam. Nilai hidup seperti kuat berpegang pada adat, hormat-menghormati,

sopan santun, mengenang budi dan amalan adat istiadat seperti meminang, adat

berpakaian, dan adat menyembah raja turut dibicarakan.

KONSEP BUDAYA DAN PANDANGAN HIDUP MELAYU

Konsep Budaya

Manusia merupakan makhluk unik kerana ia mempunyai budaya. Budaya adalah elemen yang

membezakan manusia daripada hidupan lain. Istilah budaya banyak digunakan dalam

bidang antropologi. Dalam disiplin ini, tiada perbezaan maksud di antara perkataan “budaya”

dengan “kebudayaan”.

Budaya adalah daripada perkataan Sanskrit, iaitu buddayah yang merupakan

kata jamak bagi perkataan buddhi yang bermaksud budi pekerti atau akal. Secara

amnya, ia membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Dalam pengertian

yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia.

Dalam bahasa Inggeris, budaya disebut sebagai culture, yang berasal daripada

perkataan Latin, iaitu colore yang bermaksud menanam atau mengerjakan.

Penghayatan Karya Agung Melayu 97

Budaya mempunyai hubungan erat dengan masyarakat. Segala sesuatu yang

terdapat dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubung kait atau boleh ditentukan

oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri. Fahaman ini dikenal di kalangan

ahli antropologi sebagai fahaman determinism atau penentuanbudaya. Di samping itu,

budaya juga adalah sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi

seterusnya dan konsep ini disebut sebagai organik lampau.

Sementara itu, budaya turut merujuk kepada keseluruhan pengertian, nilai,

norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan,

penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat.

Oleh itu, budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang mengandungi ilmu

pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam,

kebolehan serta kebiasaan yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat.

Daripada kesemua pengertian ini, budaya bolehlah disimpulkan sebagai keseluruhan

cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan

kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu

kelompok masyarakat.

Konsep Pandangan Hidup

Secara umumnya, ia merupakan satu konsep mengenai pandangan hidup

alam semesta secara keseluruhan terutamanya dilihat melalui satu sudut

pandangan yang dipengaruhi oleh satu sistem nilai yang tertentu..

Manaka la menuru t pandangan sa r jana I s lam, Syed Naqu ib a l -

A t tas (1972 ) , pandagan h idup mest i lah bersumberkan Is lam yang

merangkumi ha l dun ia dan akh i ra t . O leh i tu , pandangan hidup dari

perspektif Islam ialah pandangan tentang realiti atau hakikat yang terjelma

dari mata hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam.

Pandangan hidup adalah suatu konsep yang dimiliki oleh masyarakat atau

komuniti tertentu, bertujuan untuk menanggapi dan menerangkan segala permasalahan

yang berkaitan dengan Tuhan, manusia dan alam. Setiap masyarakat selalu memiliki

pandangan hidup tersebut, begitu juga dengan masyarakat Melayu. Sehubungan itu,

pandangan hidup orang Melayu lazimnya melibatkan hubungan manusia dengan

Tuhan, dengan alam dan hubungan sesama manusia. Pandangan hidup tentang

manusia dapat diperincikan kepada tiga bahagian, iaitu tentang keluarga, pemimpin dan

masyarakat.

Secara keseluruhannya, pandangan hidup orang Melayu telah melalui

beberapa peringkat evolusi.Malah jika diteliti dengan lebih mendalam, zaman

penjajahan, zaman menuntut kemerdekaan serta zaman kontemporari juga telah

mempengaruhi pembentukanpandangan hidup masyarakat Melayu. Namun secara

Penghayatan Karya Agung Melayu 98

amnya, Islam sememangnya telah berakar umbi dalam pemikiran serta pembentukan

pandangan hidup masyarakat Melayu. Namun begitu, unsur-unsur tradisi masih mempunyai

pengaruh yang besar dalam kehidupan seharian mereka.

Idealisme dan Falsafah

Sejak zaman purbakala, alam merupakan unsur yang berkaitan dengan kehidupan

manusia. Sebelum mengenal agama, manusia menjadikan alam sebagai panduan

terhadap perjalanan hidup mereka. Pemikiran manusia yang memang zahirnya kreatif

berfikir bahawa kelangsungan kehidupan sebenarnya bijak bersatu dengan alam.

Disebabkan hal ini, banyak muncul idea dan falsafah yang mendorong manusia bersatu

dengan alam seperti pantun dan teromba yang terdapat dalam masyarakat Melayu

tradisional. Sumber alam seperti tumbuh- tumbuhan dan haiwan kerap kali dikiaskan

dalam pantun dan teromba Melayu yang merupakan warisan budaya nenek moyang

kita. Ini kerana keadaan kehidupan pada masa itu adalah berkisar dengan alam semula

jadi.

Idealisme didefinisikan sebagai satu sifat dalam bentuk yang ideal (Kamus

Dewan, 2010: 558). Idealisme ini juga dapat difahami sebagai satu cerminan daripada

idea, fikiran, jiwa atau roh. Menurut Mohd Rashid Md Idris (2012: 4), dari segi

etimologinya, perkataan falsafah sebenarnya berasal daripada dua perkataan Yunani

yang digabungkan, iaitu philo dan sophia. Philo bermaksud ‘cinta dan suka’, manakala

sophia pula bermaksud ‘hikmah’. Oleh yang demikian, falsafah membawa makna

‘sukakan atau cintakan hikmah’.

Orang Melayu dahulu kebanyakannya menghasilkan sesuatu idea berdasarkan

sumber alam, contohnya tumbuh-tumbuhan, haiwan dan sebagainya. Hal ini bermakna,

mereka menggunakan sesuatu yang terdapat di sekeliling kehidupan mereka sebagai

sumber ilham kepada menghasilkan sesuatu karya. Mereka juga banyak menghasilkan

karya-karya yang menyelitkan pemikiran atau falsafah berdasarkan Islam, iaitu

berpandukan al-Qur’an dan al-Sunah.

a) Idealisme Bersumberkan Alam

Manusia dan alam merupakan dua unsur yang saling berkait dengan hubungan timbal

balik sedia ada. Selain memperlihatkan nilai saintifik, alam sebenarnya menjadi

cerminan dan panduan untuk manusia meneliti dan memahami kehidupan di dunia.

Kebanyakan idealisme yang berperanan mengungkap nilai pemikiran dan kebudayaan

sesebuah bangsa berkait dengan pengamatan manusia terhadap alam.

Manusia biasanya menjadikan alam sebagai panduan dalam menjalani

kehidupan. Hal ini demikian kerana alam merupakan unsur yang sangat rapat dengan

Penghayatan Karya Agung Melayu 99

manusia, hanya berada di sekeliling sahaja. Kejadian alam yang unik menjadikan

manusia semakin sedar akan maksud kewujudan di dunia. Kesedaran ini

memungkinkan kehadiran idealisme dalam diri sendiri. Alam seperti tumbuh-tumbuhan,

haiwan, alam semesta dan apa sahaja kejadian alam dijadikan manusia sebagai unsur

dalam membentuk pemikiran yang lebih luas.

Sifat masyarakat Melayu yang sensitiviti sering melihat kejadian alam dan

bermanifestasi melalui karya-karya seperti puisi, teromba dan pantun. Masyarakat

Melayu melahirkan perasaan dan pandangan mereka berdasarkan kejadian alam

melalui medium tradisional ini. Medium tradisional ini juga memperlihatkan idealisme

hidup masyarakat Melayu.

Sebagai contohnya,

Hati gajah sama dilapah

Hati kuman sama dicecah

Berat sama dipikul

Ringan sama dijinjing

Yang tua dimuliakan

Yang muda dikasihi

Sama besar hormat-menghormati

Yang merah itu saga

Yang indah itu bahasa

Yang baik itu budi

Melalui contoh teromba di atas, masyarakat dinasihatkan supaya menjalani

kehidupan yang harmoni, saling tolong-menolong, hormat-menghormati dan berbudi

bahasa. Idea ini muncul melalui akal fikiran manusia yang melihat bahawa ada kaitan

antara alam dengan cara hidup masyarakat supaya hidup dalam kedamaian.

Di samping itu, alam juga dijadikan sebagai unsur dalam berkarya melalui

pantun. Pantun digunakan sebagai wadah untuk menyampaikan sesuatu seperti pujian,

teguran atau sindiran tanpa menyakitkan perasaan orang lain. Medium ini menjadi

kebiasaan masyarakat Melayu dahulu untuk bersuara. Contohnya:

Berburu ke padang datar,

Mendapat rusa belang kaki,

Berguru kepalang ajar,

Penghayatan Karya Agung Melayu 100

Bagai bunga kembang tak jadi.

(Zainal Abidin Bakar: 1983)

Pantun di atas merupakan pantun sindiran yang membawa maksud menegur

seseorang yang tidak bersungguh-sungguh menuntut ilmu. Pantun di atas

menggunakan unsur haiwan dan tumbuhan (alam).

Selain itu, alam juga digunakan sebagai unsur dalam pantun berkaitan undang-

undang berkaitan adat. Adat berfungsi sebagai aturan atau garis panduan terhadap

perlakuan anggota masyarakat. Contohnya:

Sudah bergaris bak si pasin,

Burung bakik sudah berjejak,

Habis tahun berganti musim,

Sendi adat jangan beranjak.

(Mohd Rosli Saludin: 2011)

Pantun di atas menerangkan bahawa walaupun musim sering berganti (alam),

namun jangan biarkan adat sendiri turut berganti atau dilupakan. Pantun ini

menegaskan bahawa adat harus dipertahankan untuk diwarisi. Contohnya:

Puyu-puyu konon namanya,

Di dalam kolam konon tempatnya,

Cantik manis barang lakunya,

Serta dengan budi bahasanya.

Dalam kolam konon tempatnya,

Dipijak oleh laksamana,

Cantik manis barang lakunya,

Serta dengan bijaksananya.

(Hikayat Abdullah: 70)

Pantun yang terdapat dalam Hikayat Abdullah di atas juga turut menggunakan

unsur alam, iaitu puyu-puyu merupakan sejenis ikan. Puyu-puyu yang dimaksudkan itu

ialah isteri kepada Tuan Raffles yang dikatakan baik, rajin dan bijaksana. Sikap tersebut

patut dijadikan teladan kepada masyarakat zaman sekarang.

Penghayatan Karya Agung Melayu 101

b) Falsafah Bersumberkan Islam

Hampir 800 tahun Hindu-Buddha mempengaruhi minda orang Melayu dan dalam

jangka masa itu, kerangka berfikir orang Melayu dibelenggu oleh corak berfikir yang

bersifat khayalan dan mitos yang tidak memberi kefahaman akan pentingnya aspek-

aspek rasionalisme dan intelektualisme. Selain daripada kekurangan tersebut, ajaran-

ajaran Hindu-Buddha tidak memberi perubahan terhadap sistem nilai masyarakat

apalagi falsafah dan metafizik. Setelah Islam muncul, barulah berlaku transformasi

besar-besaran yang melibatkan perubahan falsafah hidup, pemikiran dan jiwa orang-

orang Melayu di alam Melayu. Terdapat banyak falsafah yang bersumberkan Islam

dalam beberapa karya yang dihasilkan oleh orang-orang Melayu terdahulu.

Menurut Awang Sariyan (2010), kejelasan wujudnya fahaman falsafah yang

berkaitan dengan ontologi (sistem kewujudan pencipta dan yang dicipta), epistemologi

(teori ilmu) dan aksiologi (teori dan asas nilai atau akhlak) terpapar dalam sekian

banyak karya para ulama, pemikir dan pujangga Melayu, baik yang berbentuk prosa

mahupun puisi, karya-karya ilmu kalam, fiqah mahupun metafizik atau tasawuf.

Malahan amat penting dan menarik bahawa dalam karya-karya yang berbentuk

susastera atau dalam zaman moden disebut karya kreatif, asas-asas falsafah Melayu

yang bertunjangkan Islam itu dapat juga dikesan.

Karya persuratan Melayu klasik contohnya, mempunyai banyak falsafah dan

logika yang bersumberkan Islam. Contohnya, dari segi undang-undang yang terdapat

dalam Hukum Kanun Melaka jelas menunjukkan undang-undang yang dibuat

berdasarkan undang-undang Islam. Demikian juga dalam bidang ketatanegaraan jelas

bahawa asas-asas tanggungjawab pemerintah yang dinukilkan dalam karya seperti

Nasihat al-Muluk, Taj al-Salatin dan Bustan al-Salatin didasarkan pada lunas Islam.

Bahkan karya agung Melayu Sulalat al-Salatin atau Sejarah Melayu yang dikatakan

kaya dengan mitos dan lagenda itu pun banyak mengandung unsur-unsur Islam,

termasuklah dalam penampilan pelbagai metafora yang berpaksikan prinsip Islam.

Antara falsafah yang ada dalam teks Sejarah Melayu, iaitu suatu teks tentang

bangsa Melayu ialah semua bangsa dianggap bersaudara. Buktinya dapat dilihat

apabila teks ini menggambarkan Melaka adalah negeri perdagangan dan sebuah

pelabuhan entrepot yang terkemuka di dunia. Inilah punca utama ekonomi bagi Melaka.

Melaka menjadi pusat tumpuan saudagar dan pedagang-pedagang asing termasuk

dari Timur Tengah. Tergambar dengan jelas di sini kekuatan Islam dalam konteks

solidariti sosial, iaitu semua orang bersaudara. Allah berfirman dalam surah al-Hujurat

(49:10), iaitu “Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara kerana itu damaikanlah

antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat

rahmat.” Semua bangsa dari serata negara telah berhimpun dan berniaga di Melaka.

Solidariti itu menjadi pemangkin kemajuan Melaka.

Penghayatan Karya Agung Melayu 102

Falsafah kedua yang terdapat dalam teks Sejarah Melayu ialah waad. Waad

merupakan kontrak sosial di antara Deman Lebar Daun dengan Sang Sapurba. Jika

waad ini dilanggar, maka pelbagai bencana akan menimpa seperti menghidapi penyakit

kerdal. Oleh itu, wujudnya perkara tulah dan daulat. Waad merupakan suatu kontrak

atau perjanjian di antara golongan pemerintah dengan rakyat. Terkandung pelbagai

perjanjian yang bertimbal balik. Contohnya, rakyat tidak boleh menderhaka kepada raja

dan raja juga tidak boleh menzalimi rakyat. Rakyat tidak boleh menderhaka dan perlu

taat kepada raja. Perjanjian ini dapat membuatkan rakyat tunduk patuh kepada raja dan

sekiranya tidak patuh, mereka akan ditimpa bencana. Perkara ini selaras dengan ajaran

Islam iaitu rakyat perlu taat dan patuh kepada raja selagi mana perintah raja tidak

bertentangan dengan syariat.

Selain itu, falsafah yang bersumberkan Islam ialah falsafah ketuhanan yang

terdapat dalam Hikayat Abdullah. Hal ini dapat dilihat daripada sikap Abdullah yang

membenci kepada perkara-perkara karut dan tahyul yang dilakukan oleh masyarakat

Melayu kerana perkara tersebut membelakangkan kuasa Allah S.W.T. Abdullah

berfikiran rasional dan realistik serta tidak mempercayai bomoh, dukun dan pawang.

Beliau juga mengkritik kepercayaan orang Melayu yang tidak mempercayai ilmu falak

dan tidak mempercayai bahawa bumi ini bulat. Beliau juga turut mengkritik orang

Melayu yang mempercayai peristiwa gerhana bulan disebabkan bulan dimakan oleh

Rauf (ular). Munsyi Abdullah menyeru masyarakat supaya memandang sesuatu itu

secara rasional dan berpegang kepada kuasa Allah. Perkara ini membuktikan Munsyi

Abdullah menekankan aspek ketuhanan dalam karyanya.

Seterusnya, falsafah keadilan juga merupakan falsafah yang berlandaskan

Islam. Falsafah keadilan ini dapat dilihat ketika zaman kecemerlangan Melaka semasa

Sultan Mansor Shah dan Sulatn Alauddin Riayat Shah yang banyak dibantu oleh

Bendahara Tun Perak. Kerjasama antara raja dan bendahara menjadi paksi

kecemerlangan dan kesejahteraan negeri juga ditunjukkan Bukhari al-Jauhari dalam Taj

al-Salatin. Dalam Hikayat Hang Tuah, model itu memperlihatkan Raja Sang Maniaka

dibantu oleh bendaharanya, Paduka Raja. Asas yang penting ialah raja merupakan

payung melindungi rakyatnya. Pentadbiran negara dilakukan dengan adil dan saksama

banyak ditunjukkan dalam Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Raja-raja

Pasai, misalnya. Dalam teks-teks itu telah diberi pengajaran bahawa kezaliman raja,

sikap tamak, perbuatan rasuah, penyelewengan kuasa adalah faktor yang

menghancurkan negara. Sebaliknya, keadilan, kesepakatan, persefahaman dan

kesetiaan adalah kunci penting dalam menjaga keselamatan negara.

Karya ilmu agama, iaitu Al-‘Aqaid al-Nasafi yang dikupas oleh Syed Muhammad

Naquib al-Attas juga ada menyerapkan falsafah yang berteraskan Islam. Contohnya,

teks tersebut menghuraikan tentang sifat segala alam makhluk yang senantiasa baharu,

berlawanan dengan sifat Tuhan yang tidak baharu, juga ada membicarakan berkaitan

Penghayatan Karya Agung Melayu 103

dengan keesaan Tuhan dan sifat-sifat-Nya, iaitu aspek yang menjadi teras pandangan

sarwa atau pandangan hidup bangsa Melayu Islam. Selain itu, teks ini juga

menegaskan tentang hakikat iman, Islam dan kebahagiaan. Ditekankan pentingnya

kesepaduan antara iman dan Islam. Aspek kenabian, mukjizat, peranan para nabi,

perihal malaikat, peristiwa Isra’ dan Mikraj serta karamah dalam kalangan para wali

Allah juga turut dihuraikan. Tidak ketinggalan juga, teks ini membincangkan tentang

keharusan solat di belakang orang yang salih dan fasiq, kewajipan bersangka baik

kepada sahabat Nabi dan perihal sepuluh sahabat Nabi yang dijamin masuk ke syurga.

ADAT TEMENGGUNG DAN ADAT PERPATIH

Pada zaman dahulu, masyarakat hidup aman damai dan teratur kerana wujudnya adat.

Adat inilah yang menjadi peraturan untuk mengawal kehidupan manusia pada zaman

itu. Peraturan yang wujud pada zaman itu adalah persetujuan bersama antara

masyarakat. Adat berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud kebiasaan (Adat

Istiadat Melayu Melaka, 1996:2). Kamus Dewan pula mendefinisikan adat sebagai

peraturan yang sudah diamalkan turun temurun dalam sesuatu masyarakat.

Ringkasnya, adat adalah peraturan yang sudah biasa diamalkan sejak turun temurun.

Adat merupakan struktur asas dalam seluruh hidup manusia dan mencerminkan

keperibadian masyarakat. Struktur asas ini, melibatkan, perkahwinan, warisan, harta

serta undang-undang. Melalui struktur asas ini, kita boleh mengenali sesuatu

masyarakat. Hal ini disebabkan adat menjadi identiti sesuatu bangsa. Orang Melayu

yang gagal mengikuti adat yang telah ditetapkan akan dikatakan sebagai tidak tahu

adat. Adat sangat penting dalam kehidupan masyarakat Melayu. Oleh yang demikian,

adat juga bertindak sebagai fungsi (pengenalan) dan normatif (hukuman) (Adat Istiadat

Melayu Melaka, 1996:3).

Adat ini sentiasa mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Oleh itu,

terdapat sesetengah adat pada zaman dahulu telah dilupakan atau berubah kerana

bercanggah dengan ajaran Islam. Sebagai contohnya termasuklah sambutan Hari

Safar, adat berkhatan menjadi semakin ringkas. Pada zaman dahulu, upacara

menanam didahului oleh pawang kerana mereka mampu berhubung dengan dewa-

dewa. Namun kini, upacara ini didahului dengan perasmian daripada menteri. Menteri

dijemput dalam upacara perasmian kerana kedudukan yang mereka miliki. Di sini jelas

menunjukkan adat sentiasa berubah mengikut keperluan dan sistem sosial dalam

sesuatu masyarakat. Terdapat dua jenis adat yang terdapat di Malaysia seperti adat

temenggung dan adat perpatih.

Penghayatan Karya Agung Melayu 104

Adat Temenggung

Adat temenggung diamalkan oleh semua masyarakat Melayu di Malaysia kecuali

Negeri Sembilan. Adat temenggung telah diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan, iaitu

Datuk Perpatih Nan Sebatang yang berasal dari Palembang. Ia telah dibawa ke Melaka

pada abad ke-15. Pada awalnya, adat ini lebih dipengaruhi oleh ajaran Hindu dan

Buddha. Selepas kedatangan Islam, adat ini telah dipengaruhi oleh ajaran Islam.

Terdapat beberapa perkara yang ditekankan dalam adat temenggung.

a) Sistem Pentadbiran

Cara pemerintahan dalam adat temenggung adalah bersifat aristokrasi (Sastera

Undang-Undang: xxvii). Hal ini bermakna, raja atau sultan mempunyai kuasa tertinggi

dalam sistem pentadbiran negara. Raja mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

Keistimewaan ini terserlah dengan wujudnya istilah derhaka. Setiap perkara yang

dilakukan oleh raja perlu diikuti oleh rakyat. Sebagai contohnya boleh dilihat dalam

petikan di bawah:

Maka kata laksamana seraya memekis, katanya. “Cih, mengapa pula

begitu? Si Tuah tiada mahu derhaka. Daulat Tuanku, patik

persembahkan nyawa patik, patik tiada bertuankan yang lain.”

(Hikayat Hang Tuah: 283)

Melalui petikan di atas, dapatlah difahami bahawa, setiap perintah raja perlulah

dituruti orang bawahannya. Petikan di atas menunjukkan Hang Tuah, iaitu laksamana

sanggup mempertaruhkan nyawanya kerana raja mahu dirinya dibunuh. Hal ini

disebabkan, Hang Tuah tidak mahu menderhaka. Petikan di atas menunjukkan dengan

jelas, pemerintahan dalam adat temenggung bersifat autokratik iaitu kuasa mutlak

dalam pemerintahan terletak di tangan sultan.

Menurut Liaw Yock Fang (Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang Laut:

xiii), kuasa melantik pegawai-pegawai terletak pada raja. Inilah yang menunjukkan

Penghayatan Karya Agung Melayu 105

keistimewaan raja yang memerintah. Sebagai contohnya petikan daripada Hukum

Kanun Melaka dalam Abu Hassan Sham dan Mariyami Salim.

Adapun pada segala raja-raja itu, pertama-tama menjadikan Bendahara,

kedua menjadikan Temenggung, ketiga menjadikan Penghulu Bendahari,

keempat menjadi Syahbandar, maka terpeliharalah segala raja-raja itu

dengan segala rakyatnya.

Petikan di atas jelas menunjukkan bahawa raja berkuasa dalam melantik

pegawai-pegawainya. Hal ini boleh dilihat melalui susunan hierarki pemerintahan

seperti di bawah:

b) Sistem Pelaksanaan Undang-Undang

Salah satu ciri penting dalam adat temenggung adalah undang-undangnya yang

berbentuk pembalasan. Hal ini bermakna, setiap kesalahan perlu dibalas dalam bentuk

yang sama. Sebagai contohnya dalam Undang-Undang Melaka untuk hukum jenayah

adalah seperti di bawah:

Membunuh - Orang yang membunuh dengan tiada setahu raja atau hakim

akan dibunuh, tetapi dalam keadaan tertentu, pembunuhan boleh

dilakukan.

c) Perkahwinan

Dalam adat temenggung, larangan berkahwin adalah berdasarkan hukum syarak.

Islam melarang umatnya berkahwin dengan pasangan yang mempunyai pertalian darah

mahupun saudara persusuan. Sebagai contohnya di bawah:

Maka dipeluk dan dicium akan menantunya tuan puteri itu. Maka Sang

Perta Dewa pun berlengkap akan pekerjaan anakanda baginda Sang

Sapurba kahwin dengan tuan puteri itu.

(Hikayat Hang Tuah: 11)

Petikan di atas menunjukkan Sang Sapurba yang berkahwin dengan seorang

puteri. Perkahwinan ini dibolehkan dalam adat temenggung kerana mereka tidak

mempunyai pertalian darah.

Raja atau sultan Bendahara

Temenggung Penghulu Bendahari

Syahbandar

Penghayatan Karya Agung Melayu 106

d) Sistem Perwarisan Harta dan Pangkat

Adat temenggung mementingkan warisan pangkat. Hal ini bermakna, pangkat diwarisi

dari satu generasi ke generasi seterusnya. Hal ini boleh dilihat melalui petikan di

bawah:

Adapun nama baginda itu Sang Perta Dewa .Adapun sang Perta Dewa itu

tahu akan dirinya akan beroleh anak; maka anaknya itu akan menjadi raja

kepada Bukit Seguntang; maka daripada anak cucu baginda itu akan

menjadi raja.

(Hikayat Hang Tuah: 3)

Adat Perpatih

Adat perpatih hanya diamalkan di Negeri Sembilan dan sebahagian kecil pula di

Beranang, Selangor serta di Alor Gajah, Melaka.

a) Sistem Kekeluargaan

Dalam adat Perpatih, masyarakat dibahagikan kepada 12 suku, iaitu suku Biduanda,

Batu Hampar, Paya Kumbuh, Mungkal, Tiga Nenek, Seri Melenggang, Seri Lemak,

Batu Belang, Tanah Datar, Tiga Batu, Anak Aceh dan Anak Melaka. Nama-nama suku

tersebut dibahagikan mengikut tempat asal nenek moyang mereka yang datang dari

Minangkabau. Sesebuah suku ini dianggap sebagai sebuah keluarga yang besar dan

mempunyai perhubungan yang erat. Daripada aspek perkahwinan pula, lelaki dan

perempuan yang datang daripada suku yang sama tidak boleh berkahwin. Hal ini

demikian kerana sesama suku dianggap bersaudara. Sesama saudara dihalang untuk

berkahwin dan jika adat ini tidak dipatuhi, hukuman yang dikenakan kepada pesalah

sangat besar. Antara hukumannya ialah tidak boleh mewarisi harta dan menyandang

saka.

Suku yang paling utama ialah suku Biduanda yang mana terbahagi kepada dua

iaitu Biduanda di Air dan Biduanda di Darat. Biduanda di Air merupakan masyarakat

yang datangnya dari Minangkabau, manakala Biduanda di Darat pula merujuk kepada

Penghayatan Karya Agung Melayu 107

masyarakat orang asli yang sememangnya sudah menetap di Negeri Sembilan. Suku

Biduanda di Air merupakan suku yang layak untuk menyandang jawatan Undang atau

penghulu dalam luak-luak adat Perpatih. Semua pembesar di Negeri Sembilan ini

adalah daripada suku Biduanda. Masyarakat suku Biduanda yang pertama diangkat

menjadi raja ialah Raja Melewar yang dibawa daripada Pagar Ruyung dan beliau

dirajakan di Negeri Sembilan dan diberi gelaran sebagai Yang Dipertuan Besar atau

Yamtuan. Negeri Sembilan merupakan satu-satunya negeri yang menggelarkan

pembesar mereka sebagai Yang Dipertuan Besar atau Yamtuan.

b) Sistem Pewarisan Harta

Harta dalam adat Perpatih ini terbahagi kepada empat jenis, iaitu harta pusaka, harta

carian, harta pembawa dan harta dapatan. Berdasarkan adat Perpatih yang

mementingkan jurai ibu, hanya perempuan yang berhak untuk mewarisi harta pusaka

dan ia akan diperturunkan kepada generasi akan datang yang berjantina perempuan.

Antara harta yang dikelaskan dalam harta pusaka ialah rumah, tanah, perabot dan

barang hiasan serta semua benda yang dianggap berharga. Konsep harta pusaka ini

ada diterangkan dalam satu perbilangan, iaitu:

Terbit pusaka kepada saka

Si lelaki menyandang saka

Si perempuan yang punyai pusaka

Orang semenda yang membela

Berdasarkan perbilangan di atas, dapat difahami bahawa orang perempuan yang

menjadi pengembang zuriat merupakan penjaga amanah harta pusaka manakala

pusaka yang boleh diwarisi oleh lelaki ialah jawatan penting dalam adat. Walaupun

lelaki tidak berhak untuk mewarisi harta, mereka berhak untuk memakainya.

Harta carian pula merupakan harta sepencarian suami isteri. Sebagai contoh

suami isteri bekerja dan mempunyai simpanan wang bersama. Tetapi, apabila salah

seorang daripada mereka meninggal dunia, harta yang diperoleh itu tinggal dan boleh

digunakan oleh pasangan dan anak-anak yang tinggal. Tetapi, jika pasangan suami

isteri tersebut bercerai, maka harta carian ini perlu dibahagi dua, iaitu berdasarkan

hukum faraid. Harta pembawa pula merupakan harta carian suami ketika masih bujang.

Kemudian harta tersebut dibawa bersama-sama setelah berkahwin. Jika suami

meninggal dunia, keluarga suami boleh menuntut harta tersebut sekiranya suami tidak

mewasiatkan harta pembawa tersebut kepada isteri atau anak-anaknya. Sekiranya

berlaku perceraian, suami boleh mengambil atau menuntut semula harta pembawa.

Penghayatan Karya Agung Melayu 108

Harta dapatan pula merupakan istilah bagi harta yang merupakan milik isteri sebelum

berkahwin.

Sebenarnya, dalam pewarisan harta pusaka, tanah pusaka ini menjadi hak milik

waris yang terdekat iaitu keutamaan diberikan kepada anak perempuan dan cucu

perempuan. Jika tiada anak dan cucu perempuan, baharulah tanah tersebut boleh

diwarisi oleh adik-beradik perempuan dan anak-anak kepada adik-beradik perempuan

tersebut. Jika pemilik tanah tidak mempunyai waris perempuan yang terdekat, maka

tanah tersebut boleh diwarisi oleh ahli-ahli perut. Hal ini demikian kerana tanah tersebut

merupakan hak milik suku dan ia tidak boleh jatuh ke tangan orang lain.

Kaum wanita yang menjadi waris kepada tanah pusaka tersebut hendaklah

menjalankan beberapa tanggungjawab bagi menggantikan ibunya yang sepatutnya

menjalankan tanggungjawab tersebut. Antara tanggungjawab yang perlu dilaksanakan

ialah membayar hutang saudara lelakinya yang masih bujang, memberi tempat tinggal

kepada saudara lelaki yang masih bujang, sudah menduda atau sakit, membayar

belanja atau denda yang berkaitan dengan adat, mengeluarkan belanja untuk hal dan

kenduri kematian ibu, mengeluarkan belanja upah haji ibu ke Mekah dan memberi

belanja kepada saudara yang ingin menuntut ilmu di luar negeri. Tanggungjawab yang

harus dilaksanakan ini dikenali sebagai hutang pusaka.

c) Sistem Pemerintahan

Sistem pentadbiran bagi adat Perpatih ini pula dilaksanakan mengikut peringkatnya

yang mana disebut dalam perbilangan di bawah, iaitu:

Di atas raja,

di tengah undang,

di bawah lembaga,

raja berdaulat dalam alamnya,

penghulu berdaulat dalam luaknya,

lembaga bernobat dalam anak buahnya.

Berdasarkan perbilangan di atas, kita dapat memahami bahawa tiap-tiap luak

atau dikenali sebagai daerah mempunyai seorang pemerintah yang digelar penghulu

atau kini dikenali sebagai undang. Jawatan undang ini akan diwarisi atau sakanya

disandang oleh ahli suku biduanda yang terdiri daripada lelaki. Hal ini demikian kerana

hanya lelaki sahaja yang boleh menyandang saka manakala wanita boleh mewarisi

harta.

Penghayatan Karya Agung Melayu 109

Dalam sistem pentadbiran adat perpatih, masyarakat dibahagikan kepada

beberapa kumpulan yang terdiri daripada dua tatatingkat iaitu perut dan suku. Perut

diketuai oleh seorang lelaki yang dinamakan ibu bapa manakala suku pula terdiri

daripada beberapa perut yang mempunyai pertalian saudara. Suku pula berada di

bawah lembaga yang mana lembaga itu dipilih dalam kalangan ahli perut. Pemilihan

lembaga ini mengikut giliran yang telah ditentukan mengikut peraturan tertentu. Tingkat

kedua dalam pentadbiran adat Perpatih di Negeri Sembilan ialah undang yang mana

penyandangnya dikenali dengan gelaran Datuk Undang. Tingkat tertinggi atau

pemerintah tertinggi di Negeri Sembilan ialah Yang Dipertuan Besar.

d) Perlaksanaan Undang-Undang

Daripada aspek menangani undang-undang jenayah, hukuman yang dikenakan dalam

kalangan suku adat perpatih ini bukanlah bersifat menghukum sebaliknya bersifat

pemulihan, berperikemanusiaan dan bertimbang rasa. Oleh hal yang demikian,

hukuman yang dikenakan terhadap kesalahan yang dilakukan adalah seperti membayar

ganti rugi. Adat perpatih ini menganggap bahawa kesalahan yang dilakukan boleh

mengubah sikap pelaku. Hal ini demikian kerana setelah melakukan kesalahan dan

dikehendaki membayar ganti rugi, pelaku jenayah akan sedar kesilapannya dan tidak

akan mengulangi kesalahan yang telah dilakukan.

Bagi kesalahan mencederakan seseorang, hukuman yang dikenakan ialah

membayar ganti rugi dalam bentuk pemberian haiwan iaitu ayam atau kambing. Saiz

haiwan ganti rugi tersebut bergantung kepada serius atau tidak luka yang dialami

mangsa. Jika seseorang terlibat dalam kes kecurian, hukuman yang dikenakan ialah

memulangkan semula barang yang dicuri dan membayar ganti rugi. Bagi kesalahan

membunuh, orang yang membunuh dikehendaki menanggung hidup keluarga si mati.

Hal ini mengikut kewajaran apabila si mati sudah meninggal dunia, keluarganya akan

hilang tempat bergantung. Jika pesalah menyara keluarganya, bebanan keluarga

tersebut akan berkurangan. Hukuman bunuh ini hanya dilaksanakan kepada individu

yang derhaka dan hukuman bunuh ini hanya boleh dijatuhi oleh Yang Dipertuan Besar.

Bagi hukuman yang ringan, ia boleh dilaksanakan oleh Buapak atau Lembaga.

NILAI-NILAI HIDUP ORANG MELAYU

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 1081), perkataan ‘nilai’ merujuk kepada

darjat, kualiti, mutu dan taraf. Dalam bidang sains sosial, nilai (value) boleh didefinisikan

dalam tiga konteks utama, iaitu sebagai sifat (attribute) bagi menyatakan kepentingan

atau manfaat sesuatu objek, menyatakan kadar harga atau markah sesuatu objek

berbentuk kuantiti dan sebagai ukuran atau piawai kepada sesuatu kelakuan manusia.

Penghayatan Karya Agung Melayu 110

Nilai juga diistilahkan sebagai ‘al-qimah’ dalam bahasa Arab yang lebih merujuk kepada

harga yang ditetapkan atau diletakkan pada sesuatu.

Nilai juga bersifat aksiologi dan mempunyai hubung kait dengan falsafah nilai.

Nilai membolehkan manusia membezakan antara yang baik atau buruk dan betul atau

salah. Oleh hal yang demikian, nilai bukan sahaja merupakan satu standard bagi

sesuatu barang, tetapi juga menjadi dasar atau asas dalam menerima atau menolak

sesuatu perlakuan manusia.

Kehidupan masyarakat Melayu sememangnya tidak boleh terlepas daripada

peraturan dan aturan yang perlu dipatuhi berdasarkan kesepakatan masyarakat.

Pemupukan nilai dalam masyarakat Melayu membolehkan seseorang itu diterima

sebagai sebahagian daripada masyarakat. Masyarakat Melayu cukup mementingkan

aspek nilai dalam kehidupan untuk menjamin kesejahteraan masyarakat dan nilai yang

disampaikan bersifat beradab, muafakat dan penuh dengan kesusilaan yang murni.

Nilai dalam masyarakat Melayu dapat dipupuk melalui dua pembahagian cara, iaitu

formal (melalui pendidikan formal di institusi pendidikan) dan tidak formal (melalui

persekitaran seperti keluarga, rakan dan masyarakat).

Nilai dan etika masyarakat Melayu dikatakan sangat mempunyai perkaitan rapat

dengan perkara yang dianggap sebagai mempunyai nilai yang tinggi dari segi

kebenaran, kebaikan dan keindahan. Nilai-nilai tersebut cukup sinonim dengan agama

Islam yang sangat berpengaruh dalam masyarakat Melayu seluruh Nusantara.

Ketinggian dan kesucian nilai dan etika berdasarkan pengaruh agama Islam itu sendiri

memberi pengaruh yang sangat besar terhadap akal budi Melayu sehingga ia kekal

pada masyarakat hari ini. Misalnya, dalam Cerita Lipur Lara, banyak nilai Melayu yang

diterapkan oleh pengarang.

Menghormati Orang Tua

Sikap menghormati orang tua merupakan salah satu nilai Melayu yang sangat

ditekankan sejak dahulu lagi. Sikap ini telah diamalkan turun-temurun dan sangat

ditekankan oleh orang tua-tua dahulu. Dalam Cerita Lipur Lara ini, pengarang

menerapkan sikap menghormati orang tua, iaitu anak yang menghormati ibu bapanya.

Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila anak menurut sahaja kehendak ayah dan ibu

walaupun adakalanya perintah tersebut begitu sukar dan membahayakan. Hal ini dapat

dilihat dengan jelas seperti petikan di bawah:

Baiklah, kerana hamba fikir itulah yang patut tempat hamba, kerana

hamba ini suatu kera, tiada patut duduk kepada tempat yang medan,

majlis segala raja-raja. Itulah yang patut tempat hamba, di dalam rimba

banat. Maka hamba berkirim sembah kepada ayahanda dan bonda

hamba, janganlah ayah dan bonda bermasyghul hati.

Penghayatan Karya Agung Melayu 111

(Cerita Lipur Lara: 27)

Petikan menunjukkan sikap taat seorang anak kepada ibu bapanya walaupun

beliau dibuang ke dalam hutan rimba oleh ayahnya sendiri, namun beliau hanya taat

dan menurut perintah yang telah diarahkan kepadanya. Beliau menerima perintah

tersebut dengan hati terbuka dan tidak pernah berdendam kepada ibu bapanya serta

memesan supaya ibu bapanya tidak bersusah hati mengenainya.

Kemesraan

Kemesraan berasal daripada kata mesra yang bererti erat atau karib sehingga

kemesraan bererti hal yang menggambarkan keadaan sangat erat atau karib.

Kemesraan juga bersumber dari cinta kasih dan merupakan realisasi nyata. Kemesraan

dapat diertikan sama dengan keakraban yang dilandasi rasa cinta dan kasih. Dalam

Cerita Penglipur Lara, kemesraan hubungan antara golongan istana dengan rakyat

jelata jelas tergambar ketika upacara tertentu diadakan di istana. Sebagai contoh,

ketika majlis perkahwinan dan kenduri-kendara diadakan di istana. Semua golongan

rakyat datang beramai-ramai dari pelbagai lapisan masyarakat sama ada kecil, besar,

tua dan muda. Hal ini jelas tergambar melalui petikan puisi di bawah:

Yang capik datang bertongkat,

Yang buta datang berpimpin,

Yang tuli datang bertanya,

Yang kurap datang mengibar.

(Cerita Lipur Lara: 21)

Puisi di atas menjelaskan kemesraan pemerintah dan rakyat apabila berlaku

sesuatu peristiwa atau majlis. Semua lapisan masyarakat datang untuk memeriahkan

majlis tersebut walaupun kesihatan kurang mengizinkan. Mereka berusaha untuk

datang ke sesebuah majlis yang dianjurkan tanda sokongan. Keadaan ini jelas

menunjukkan kemesraan dan keharmonian antara pemerintah dan rakyat.

Berdikari

Berdikari ialah singkatan daripada frasa ‘berdiri di atas kaki sendiri’. Orang yang

berdikari tidak bergantung hidup kepada orang lain atau mengharapkan pertolongan

orang lain. Orang yang berdikari bersikap seperti seekor singa yang berani berjalan

bersendirian dan tidak bersikap seperti biri-biri yang sentiasa bergantung kepada ahli

kumpulannya. Sifat berdikari selalu sahaja terdapat dalam watak utama, iaitu mereka

akan berdikari sehingga mereka berjaya mencapai perkara yang dihajati.

Penghayatan Karya Agung Melayu 112

Maka Tuanku Malim Deman pun menanggalkan pakaian-pakaian itu lalu

didukungnya, hanyalah tinggal sebentuk cincin dan sebilah keris dengan

sebilah pedang sahaja di badannya. Hatta, maka ia pun duduklah di

dalam hutan dengan anjingnya, Si Kumbang itu.

(Cerita Lipur Lara: 202-203)

Dapat dilihat Tuanku Malim Deman berdikari meneruskan pengembaraannya

setelah semuanya pengikutnya meninggal dunia. Beliau meneruskan pengembaraan

seorang diri dan hanya ditemani seekor anjing. Pengembaraan untuk mencari Puteri

Bongsu seperti dalam mimpinya diteruskan walaupun baginda hanya memiliki sebentuk

cincin dan sebilah keris pada ketika itu dan pakaian-pakaian ditanggalkan kerana sudah

terkoyak terkena duri.

Berpantun

Pantun ialah ragam puisi yang hidup dalam kalangan rakyat dan bersifat kemelayuan.

Khasnya pantun mempunyai sajak dan irama, pilihan suku kata dan perkataan. Pantun

telah sedia hidup dalam masyarakat Melayu sudah lama sebelum orang-orang Melayu

tahu menulis dan membaca. Orang Melayu mencipta pantun untuk melahirkan pelbagai

bentuk perasaan dan merupakan satu seni yang indah. Mereka menggunakan pantun

untuk berkasih-kasihan, memberi nasihat, suka-suka, berjenaka, menyindir dan untuk

menyatakan rasa sedih. Pantun juga ada dimasukkan dalam Cerita Lipur Lara ini,

antaranya:

Berapa tinggi pucuk pisang,

Tinggi lagi asap api,

Berapa tinggi gunung melintang,

Tinggi lagi harap kami.

(Cerita Lipur Lara: 43)

Pantun di atas dibacakan oleh Maharaja Duwana kepada Tuan Puteri Sekuntum

Bunga Setangkai ketika baginda baru sampai ke negeri Tanjung Bunga berhasrat untuk

memperisterikan Tuan Puteri Sekuntum Bunga Setangkai yang merupakan isteri

kepada Raja Seri Rama ketika itu. Baginda menyatakan hasrat hatinya dengan

berpantun seperti di atas yang bermaksud membawa harapan yang tinggi untuk

menjadikan Tuan Puteri Sekuntum Bunga Setangkai sebagai isteri. Pantun tersebut

telah dijawab oleh tuan puteri yang berbunyi:

Kalau begitu rambang jalannya,

Ikan sesak ke berumbung,

Begitu letak rambang katanya,

Cuba berserah beradu untung.

Penghayatan Karya Agung Melayu 113

(Cerita Lipur Lara: 43)

Pantun di atas jelas menunjukkanyangTuan Puteri Sekuntum Bunga Setangkai

memberikan peluang kepada Maharaja Duwana untuk mencuba nasib sama ada

diterima atau tidak olehnya. Cubaan tersebut membuahkan hasil apabila akhirnya Tuan

Puteri mengikut Maharaja Duwana ke negeri Pulau Kaca Puri.

Setia

Nilai setia juga banyak diterapkan dalam Cerita Penglipur Lara ini. Keadaan ini dapat

dilihat melalui petikan berikut:

Ayuhai anakku si burung bayan yang setia setiawan dengan ayahanda,

melainkan Allah dan Rasul juga membalaskan budi anakku itu, melainkan

yang ayahanda ini selama-lamanya terhutang budilah kepada anakanda

dunia akhirat.

(Cerita Lipur Lara: 114)

Petikan menjelaskan kesetiaan burung bayan kepada ayahandanya sehinggakan

ayahandanya tidak mampu membalas kesetiaan tersebut dan terhutang budi kepada

burung bayan.

Kasih Sayang

Kasih sayang ialah cenderung dan tertariknya hati seseorang secara mendalam kepada

seseorang yang lain atau kepada selain manusia, iaitu benda-benda dan makhluk lain.

Kasih sayang ada yang bersifat semula jadi dan ada yang bersifat ‘aradhi’ (mendatang).

Antara perkara-perkara yang menarik hati manusia kepada manusia lain ialah

kecantikan, ilmu, kepimpinan, jasa, hubungan darah, kekuatan, akhlak dan sebagainya.

Dalam Cerita Lipur Lara, kita dapat melihat bagaimana nilai kasih sayang diterapkan

oleh pengarang. Nilai ini dapat dilihat melalui hubungan ibu dan anak, sebagai contoh:

“Ya tuk temenggung, apalah halnya hamba, sifat anak perempuan,

hendak menaruhnya Kera Kecik Imam Tergangga, kerana ayahandanya

hendak membuangkannya. Tetapi sungguhpun terbuang, di dalam hati

hamba, tiadalah terbuang, anak hamba juga dari dunia sampai ke akhirat.”

(Cerita Lipur Lara: 25)

Penghayatan Karya Agung Melayu 114

Dalam petikan di atas, kita dapat melihat kasih sayang seorang ibu kepada

anaknya walaupun anak yang dilahirkannya seekor kera. Hal tersebut tidak

menghilangkan rasa sayangnya. Tuan Puteri Sekuntum Bunga Setangkai terpaksa

menerima keputusan suaminya untuk membuang anak yang dilahirkan kerana rasa

malu mendapat anak seekor kera. Walaupun sayang kepada anaknya, namun

kehendak suaminya terpaksa diturutkan.

Nasihat-Menasihati

Muhamad bin Nasr al-Maruzi menjelaskan di dalam kitabnya (Ta’ziim Qadr as-Solat),

sesetengah ahli cerdik pandai berpendapat bahawa sebaik-baik terjemahan kepada

nasihat ialah bimbingan serta didikan yang baik terhadap seseorang tanpa mengira

bentuk bimbingan serta didikan yang baik terhadap seseorang tanpa mengira bentuk

bimbingan dan tunjuk ajar tersebut. di sini kita melihat bahawa, nasihat tidak terhenti

pada perkara solat, puasa semata-mata bahkan ia meliputi setiap cabang kehidupan

manusia di atas muka bumi ini. Ia termasuklah kata-kata perangsang, motivasi,

semangat dan sebagainya bertujuan menghasilkan kesejahteraan hidup sesama

manusia. Cerita Lipur Lara juga mempunyai nilai Melayu yang saling nasihat-

menasihati, antaranya:

Aduhai adinda adik bongsu, janganlah adinda bersuka-sukaan sangat,

kerana ada kata orang tua-tua dahulu kala: ‘Tiap-tiap suka itu duka

kesudahannya’. Kepada fikiran kakanda janganlah adinda bersuka

sangat, hari pun hampir petang.

(Cerita Lipur Lara: 211)

Tuan Puteri enam menasihati adindanya yang bongsu supaya tidak terlalu

gembira kerana bimbang jika akhirnya akan bersedih seperti kata-kata orang tua dahulu

serta hari pada ketika itu juga sudah hampir ke petang.

Bekerjasama

Bekerjasama bermaksud kerja (usaha dan sebagainya) bersama-sama atau saling

membantu (antara dua atau beberapa pihak). Dalam masyarakat Melayu, nilai

bekerjasama sentiasa disemai dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Mereka sentiasa

membuat sesuatu pekerjaan dengan bekerjasama antara satu sama lain, sebagai

contoh kenduri perkahwinan, iaitu dengan mengadakan rewang. Dalam Cerita Lipur

Lara juga banyak menonjolkan nilai Melayu bekerjasama, misalnya:

Penghayatan Karya Agung Melayu 115

Maka hamba rakyat pun junjunglah titahnya itu dengan seboleh-bolehnya

di atas batu kepala kita, maka kita kerjakanlah seisi negeri beramai-ramai

menyampaikan kehendak tuan kita itu.

(Cerita Lipur Lara: 9)

Pembesar-pembesar dan rakyat jelata bekerjasama untuk menyiapkan kehendak

raja, iaitu membuat tujuh buah perahu laut dalam masa tujuh hari kerana raja hendak

membawa anaknya Tuan Puteri Sekuntum Bunga Setangkai belayar ke laut, berpukas-

pukas mencari pelbagai karangan laut dan pelbagai makanan laut. Oleh hal yang

demikian, semua rakyat bekerjasama untuk menyempurnakan perintah raja tersebut.

Tolong-Menolong

Mengikut kamus dewan edisi ke-4 tolong-menolong bermaksud bantu-membantu dan

saling membantu. Ianya juga bermaksud dapat meringankan penderitaan, dapat

menyembuhkan daripada penyakit, dapat menyelamatkan daripada bahaya dan lain-

lain. Di dalam Cerita Lipur Lara terdapat unsur tolong menolong yang ditonjolkan di

dalam Cerita Raja Muda. Sewaktu Tuan Puteri sakit untuk bersalin, ramai yang datang

menghulurkan bantuan untuk membantu Tuan Puteri seperti contoh petikan di bawah:

Maka biduanda pun pergilah ke rumah bidan itu dan memberitahu

sekalian orang besar-besar sekaliannya. Maka sekaliannya isteri orang

besar-besar dan orang kaya-kaya pun masuklah berhimpun ke dalam

istana baginda, penuh sesak langsung ke selang penanggah, masing-

masing dengan kerjanya; ada yang mengangkatkan air hangat, ada yang

mengambil air dan kayu, dan ada yang membakar rabun, ada yang

menyemburkan kunyit terus serata-rata tempat tuan puteri gering itu; dan

beberapa pula tabib dan bomoh, dukun yang besar-besar duduk

menjampi di ulu tuan puteri. Maka baginda dan orang besar-besar pun

ada bersemayam hampir dengan adinda baginda.

(Cerita Lipur Lara: 397)

Contoh yang seterusnya ialah sewaktu semua orang menolong memudahkan

proses pemakaman tuan puteri seperti petikan berikut:

Hatta, masing-masing pun sudah makan, sekaliannya berjagalah,

setengah masuk ke dalam istana bertunggu dekat jenazah tuan puteri,

dan setengah di peseban agung, penuh sesak orang besar-besar, tentera,

laki-laki, perempuan, kecil besar, hina-dina, masing-masing dengan

Penghayatan Karya Agung Melayu 116

kerjanya: ada yang membuat semah ambar-ambar, ada yang mendandan

mayang pinang awan selimpat bunga di atas keranda itu, dan ada yang

setengah berbuat sirih dan penganan juadah sedekah, masing-masih

pelbagai jenis kerjanya, sehingga sampai dinihari tiadalah berhenti lagi.

(Cerita Lipur Lara: 401)

Akidah Islam

Nilai-nilai yang menjadi asas kepada tamadun Melayu berteraskan kepada nilai-nilai

agama Islam. Kesemua nilai tersebut berkait rapat dengan konsep iman yang terdapat

dalam agama Islam. Nilai asas ini boleh dilihat dalam ungkapan-ungkapan Melayu

seperti peribahasa, perumpamaan dan pepatah-perpatih. Terdapat pelbagai perkara

yang boleh dibuat untuk menunjukkan nilai-nilai budaya masyarakat Melayu.

Pengaruh kedatangan Islam ke dalam masyarakat Melayu banyak mengubah

budaya Melayu. Keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T merupakan perkara

yang paling penting dalam agama Islam. Ia melibatkan asas pegangan hidup, pemikiran

atau falsafah kepada kehidupan manusia di dunia ini. Mentaati segala yang dituntut dan

meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah S.W.T. adalah sebahagian daripada cara

bagaimana orang Melayu mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan. Dalam hal ini,

pandangan semesta masyarakat Melayu berunsurkan tradisional disesuaikan dengan

dasar-dasar akidah Islam.

Contoh petikan yang menunjukkan mereka mengamalkan akidah Islam ialah

sewaktu mereka memandikan jenazah tuan puteri mengikut lunas-lunas Islam:

Hatta, setelah mustaidlah sekaliannya, maka perdana menteri pun

masuklah ke dalam istana mengadap baginda, dipersembahkan sudah

siap kelengkapan itu. Maka titah baginda kepada Si Kembang Cina suruh

siramkan adinda itu. Maka Si Kembang Cina pun bersiapkan orang-orang

jawat, enam belas di kanan, enam belas di kiri, memegang paying ubur-

ubur, menyelampaikan kain yang kekuningan; sekaliannya anak dara

yang muda semuanya serta menggerbangkan rambutnya masing-masing.

(Cerita Lipur Lara: 402)

Meraikan Tetamu

Meraikan tetamu merupakan satu nilai yang penting dalam masyarakat Melayu.

Mengikut ajaran agama Islam, tetamu hendaklah dilindungi, dimuliakan dan dilayan

dengan sebaik mungkin, malah tuan rumah disunatkan berkorban dan tidak

mementingkan diri sendiri demi menjaga dan menghormati tetamu. Oleh yang

Penghayatan Karya Agung Melayu 117

demikian, tetamu sentiasa dipandang baik oleh orang Melayu dan diraikan dengan

sebaik-baiknya. Contoh petikan yang menunjukkan orang Melayu menghormati tetamu

ialah:

Dilihatnya ada sebuah mahligai di tengah padang itu, terlalu indah-indah

perbuatannya. Maka adapun yang empunya mahligai itu seorang puteri

bernama Tuan Puteri Telepok Layu. Pada ketika itu tuan puteri pun duduk

kepada tingkap rautan muka seraya memandang kepada Raja Bujang

Selamat itu, seraya bersabda, katanya, “Hai orang muda, siapa nama

tuan hamba ini? Datang dari mana? Apa hajat ke mari? Silakanlah naik ke

mahligai ini; jikalau tiada mahu naik, nescaya hamba tutupkan mulut ular,

tentulah gelap; sekarang tiadalah dapat orang muda jalan kembali lagi.

(Cerita Lipur Lara: 409)

Berpegang Teguh Kepada Adat Resam

Masyarakat Melayu berpegang teguh kepada adat tradisi seperti dilihat dalam amalan

hidup seharian. Orang Melayu amat menjaga adat resam termasuk pantang-larang dan

adat istiadat yang diwarisi dan diamalkan sejak turun-menurun. Antara adat istiadat

yang masih diamalkan seperti adat istiadat menyambut kelahiran, perkahwinan dan

kematian. Orang Melayu memahami kedaulatan hukum-hukum adat sejak dahulu lagi

dan mematuhinya. Dalam pepatah Melayu ada menegaskan, adat dikelek dan hukum

dijunjung. Terdapat beberapa upacara “rites de passage” gabungan unsur Islam dan

adat diadakan pada hampir setiap tahap kitaran hidup.

Contoh petikan yang menunjukkan masyarakat Melayu menggunakan adat

istiadat yang diwarisi sejak turun-menurun ialah:

Seketika beradu hari pun sianglah. Maka perdana menteri bersiap akan

kealatan itu menghiasi balairung seri, dan Si Kembang Cina pun

menghiasi istana. Maka setelah mustaid sekaliannya, kepada ketika yang

baik, saat sempurna, Raja Bujang Selamat pun diberi memakai oleh orang

besar-besar sebagaimana adat anak raja-raja yang besar dan Tuan Puteri

Lindungan Bulan demikianlah juga. Maka baginda pun bertitah kepada

kadi minta kahwinkan Raja Bujang Selamat dengan puteranya Tuan

Puteri Lindungan Bulan. Maka tuan kadi pun menikahkan dengan

kesempurnaannya. Maka Raja Bujang Selamat pun masuklah ke dalam

peraduan dengan Tuan Puteri Lindungan Bulan, dibawa oleh Si Kembang

Cina dengan inang pengasuhnya sekaliannya.

(Cerita Lipur Lara; 406)

Penghayatan Karya Agung Melayu 118

Contoh yang seterusnya menunjukkan masyarakat Melayu berpegang teguh

kepada adat ialah sewaktu upacara pertabalan raja yang baru seperti petikan di bawah:

Hatta, telah genaplah empat puluh hari empat puluh malam itu, maka

kepada ketika saat yang baik, maka baginda pun bertitah menyuruh

menghiasi anakanda baginda kedua laki isteri dengan pakaian kerajaan

yang bertatahkan permata intan manikam pualam. Setelah memakai itu,

tampillah kadi menikahkan Raja Bujang Selamat dengan Tuan Puteri

Lindungan Bulan. Maka baginda pun segera memimpin tangan anakanda

baginda kedua laki isteri, dinaikkan di atas takhta singgahsana kerajaan,

yang bertatahkan ratna mutu manikam berumbai-umbaikan mutiara

dikarang.

(Cerita Lipur Lara: 428)

Bertimbang Rasa

Orang Melayu sentiasa mengutamakan perasaan orang lain dalam pelbagai keadaan.

Sikap bertimbang rasa menjadikan masyarakat Melayu tidak mementingkan

perasaannya semata-mata. Pemikiran ini memerlukan kita tidak mengikut perasaan

sahaja, ia memerlukan pertimbangan perasaan orang lain. Nilai bertimbang rasa ini

adalah salah sifat terpuji dalam Islam. Dalam masyarakat Melayu kini, orang muda

haruslah meminta kepada orang tua sesuatu yang termampu dan tidak melampau.

Begitu juga, dengan permintaan terhadap rakan-rakan, seharusnya rasional dan wajar.

Setiap permintaan dan kelakuan harus ada timbang rasa. Budaya inilah yang akan

menaikkan masyarakat Melayu. Contoh yang menunjukkan masyarakat Melayu

bertimbang rasa ialah raja tidak menyalahkan bidan kerana kematian tuan puteri tetapi

menerimanya sebagai ketentuan Ilahi seperti petikan berikut:

Maka setelah didengar baginda akan sembah bidan yang tua itu, maka

baginda pun menangis yang teramat sangat lalu bertitah, “Ayuhai tuk

bidan yang tua, janganlah tuk bidan susah hati, tiada beta mengambil

syak ke atas tuk bidan sekalian; maka semata-mata dengan takdir Allah

Subhanahu wa Ta’ala, melakukan kudrat iradat ke atas diri beta.

(Cerita Lipur Lara: 400)

Saling Menghormati

Salah satu nilai budaya orang Melayu tidak memandang rendah kepada orang lain.

Orang Melayu saling menghormati orang lain dan bersikap rendah diri. Orang Melayu

digalakkan memberi penghormatan terlebih dahulu kepada orang lain. Orang yang tidak

membalas penghormatan yang diberi akan dipandang rendah. Contoh petikan yang

Penghayatan Karya Agung Melayu 119

menunjukkan mereka saling menghormati ialah apabila Tuan Puteri Bidadari Segerba

merindui dan ingin melawat nenek kebayan yang merupakan inang pengasuhnya

dahulu. Petikan di bawah menceritakan Tuan Puteri bergurau dengan nenek kebayan:

Hatta, maka Tuan Puteri Bidadari Segerba menghadirkan dirinya, terdiri di

halaman nenek kebayan. Maka nenek kebayan pun menampar-nampar

kepalanya. Maka tuan puteri pun bersabda, “Ayuhai nenek, tidakkah

nenek kenal? Inilah suami beta yang bernama Raja Muda, putera Raja

Degar Alam di negeri Benua Tua, kerana sudah beta dikahwinkan

ayahanda di atas mahligai Tua, kerana sudah beta dikahwinkan ayahanda

di atas mahligai Gunung Cinta Berahi baharu tiga bulan, maka sekarang

dengan kehendak Dewata Mulia Raya, beta pun sudah hamil dua bulan.

(Cerita Lipur Lara: 433)

Mengutamakan Ikatan Kekeluargaan dan Hubungan Silaturahim

Dalam budaya masyarakat Melayu adalah satu perkara penting yang harus diketahui

oleh masyarakat kini iaitu mengutamakan ikatan kekeluargaan dan hubungan

silaturahim. Ini dapat dilihat daripada amalan gelaran dalam keluarga seperti, datuk,

nenek, along, angah, pak cik dan mak cik. Apa yang paling jelas sekali ialah cara

bagaimana mengikat hubungan silaturahim orang Melayu. Orang Melayu bersifat

bekerjasama dalam mengadakan kenduri kendara dan saling ziarah menziarahi.

Amalan ini amat berkesan dalam memupuk ikatan kekeluargaan malah dalam

persahabatan. Di dalam cerita ini, kita dapat melihat Raja Bujang Selamat begitu

mementingkan hubungan kekeluargaan sehingga sanggup mencari Raja Muda yang

hilang.

Hatta, maka Raja Bujang Selamat pun naiklah mengadap ayahanda

dengan tangisnya, seraya berdatang sembah, “ Ampun ayahanda beribu-

ribu ampun, sembah anakanda harapkan diampuni, patik bermohonlah

hendak mencari anakanda itu; sekiranya tiada patik berjumpa, tiadalah

patik kembali mengadap ayahanda. “Maka titah baginda, “Silakanlah

anakanda ikut adinda itu, jikalau terjumpa bawalah kembali kepada

ayahanda; janganlah dibiarkan ia pergi berjalan serata negeri-negeri

orang itu lahi, mati ayahanda dalam percintaan akan adinda itu.

(Cerita Lipur Lara:413)

Penghayatan Karya Agung Melayu 120

Bersopan Santun atau Berbudi Pekerti

Nilai ini membentuk masyarakat Melayu yang penyabar dan penyayang, bersopan

santun dan berbudi pekerti adalah sebahagian daripada nilai-nilai tamadun Melayu

yang berkaitan dengan beradab (civilized). Masyarakat Melayu menganggap bahawa

orang yang beradab sebagai halus (refined) budi pekertinya, manakala yang tidak

beradab dianggap kasar. Sesuai dengan penegasan Nabi S.A.W. bahawa Baginda

diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Islam menganjurkan

pengikutnya sentiasa bercakap benar dan melarang pembohongan. Untuk membina

masyarakat sopan, kita harus mulakan dari institusi keluarga. Ibu bapa memainkan

peranan penting kerana merekalah yang bertanggungjawab mendidik anak-anak

bangsa menjadi orang berguna. Tugas utama mereka ialah memastikan keharmonian

keluarga dan tidak bercerai-berai. Sekitaran yang harmoni dapat merangsang

perkembangan mental dan rohani anak-anak mereka. Ibu bapa perlu menunjukkan

teladan yang baik kepada anak-anak. Misalnya, mereka tidak harus bertengkar di

hadapan anak-anak kerana ini akan menjejas jiwa anak-anak mereka. Banyak masalah

sosial yang melanda masyarakat berpunca daripada kelalaian ibu bapa mengawasi

pergerakan anak-anak mereka. Oleh itu, ibu bapa Melayu/Islam perlu menilai kembali

pegangan hidup mereka demi mengekalkan citra sopan Melayu. Contoh yang terdapat

di dalam Cerita Lipur Lara ialah:

Sebermula, setelah didengar oleh Raja Muda perkataan penunggu pintu

itu, maka baginda pun amatlah sukacita akan kedatangan kakanda

baginda itu akan mengikut dia. Maka baginda seraya bertitah kepada

isterinya,”Ayuhai adinda cahaya mata kakanda; itulah kakanda yang

datang, timang-timangan dari kecil bernama Raja Bujang Selamat, sudah

besar digelar ganti ayahanda bagindanya Maharaja Besar saudara

kakanda; maka sudah pula dikahwinkan oleh ayahanda dengan paduka

baginda itu Tuan Puteri Lindungan Bulan; di dalam hamil kakanda

tinggalkan dahulu.

(Cerita Lipur Lara; 422)

Bekerja Bersungguh-sungguh

Masyarakat Melayu mementingkan nilai bekerja bersungguh-sungguh. Nilai ini juga

sebahagian daripada ajaran agama Islam yang menuntut pekerjaan halal dan

kesungguhan bekerja. Mengikut pemikiran ini, hasil pekerjaan kita akan menjadi

sebahagian daripada darah daging kita dan juga ahli keluarga kita. Apabila kita

melakukan pekerjaan yang haram atau tidak melakukan pekerjaan kita dengan

sempurna, perkara yang tidak elok akan menjadi sebahagian daripada diri kita sendiri

dan ahli keluarga. Ia mampu untuk membuatkan kita menjadi orang yang tidak elok.

Penghayatan Karya Agung Melayu 121

Rasulullah S.A.W. menegaskan bahawa Allah S.W.T. amat menyukai mukmin yang

tekun dan teliti apabila menunaikan satu-satu pekerjaan yang diamanahkan. Terdapat

pemimpin negara kita yang mengutamakan nilai bekerja bersungguh-sungguh.

Antaranya, Perdana Menteri Malaysia Kelima, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau sentiasa mengingatkan masyarakat agar menerapkan nilai ini dalam kerjaya.

Contoh yang terdapat di dalam petikan ialah apabila Raja Bujang Selamat bersungguh-

sungguh memanjat pokok nyiur gading yang diidamkan oleh isterinya Tuan Puteri

Lindungan Bulan.

Maka hari pun malamlah. Maka Raja Bujang Selamat pun menakukkan

parang putting itu; kain cindai itu pun dibuatkan buaian, lalulah ia beradu.

Setelah datang keesokan harinya, Raja Bujang Selamat pun lalulah

memanjat nyiur itu; beberapa dijumpainya binatang tebuan, penyengat,

kerawai, naming, sekalian binatang yang bias-bisa adalah kesemuanya,

tetapi dengan berkat ilmu hikmat serta berkat kesaktian parang putting itu

suatu pun tiada marabahaya.

(Cerita Lipur Lara: 408)

Menghormati Suami

Masyarakat Melayu begitu mementingkan golongan lelaki. Golongan lelaki dianggap

ketua di dalam sesebuah keluarga. Oleh itu, golongan perempuan perlu menghormati

dan mentaati suami mereka. Contoh yang menunjukkan golongan perempuan

menghormati suami ialah apabila tuan puteri keenam meminta kebenaran suaminya

untuk bermain di taman.

Sebermula, maka tersebutlah tuan puteri yang keenam di atas kayangan

itu: telah sampailah gerak, datang panggilan daripada adinda baginda,

maka masing-masing pun bermohonlah kepada suaminya hendak

bermain ke taman penglipur lara. Maka dibenarkan oleh suaminya. Maka

puteri keenam itu pun segeralah memakai baju layang kain layang, dan

mengambil baju layang kain layang adinda Tuan Puteri Bidadari Segerba

itu sama dibawanya turun.

(Cerita Lipur Lara: 435)

KESIMPULAN

Nilai bahasa dan budaya adalah amat penting dalam pembentukan negara bangsa.

Adalah penting untuk mempertahankan nilai-nilai yang dimiliki oleh masyarakat

setempat. Sebagai sebuah negara bangsa yang masyarakatnya berbilang kaum dan

agama seharusnya memiliki pelbagai nilai dan norma. Hal ini dapat diperhatikan dalam

Penghayatan Karya Agung Melayu 122

perlakuan-perlakuan harian masyarakat setempat. Bahasa dan budaya Melayu

merupakan asas bagi pembentukan tamadun Malaysia hingga kini. Masyarakat Melayu

amat menitikberatkan perlakuan seseorang dalam meletakkan kedudukannya dalam

masyarakat.

Seperti yang telah dibincangkan, pengaruh agama Islam terhadap masyarakat

Melayu amat mendalam sekali. Sehingga membentuk sebuah masyarakat yang

memiliki nilai-nilai yang jelas dalam kehidupan harian. Kedatangan agama Islam ke

Alam Melayu telah menaikkan martabat bahasa dan budaya masyarakat Melayu

sehingga kini. Nilai utama Islam yang berasaskan akidah telah membentuk nilai

ketaatan dan keimanan kepada Allah S.W.T. sehingga membentuk nilai-nilai baru

dalam budaya Melayu.

RUJUKAN

Abdullah Abdul Kadir Munsyi (2004). Hikayat Abdullah. Kuala Lumpur: Yayasan

Karyawan

Abu Hassan Sham dan Mariyam Salim (1995). Sastera Undang-Undang. Kuala

Lumpur: Kementerian Pendidikan dan Dewan Bahasa dan Pustaka

Awang Sariyan (2010). Asas Falsafah dan Pemikiran Melayu Berteraskan Islam. Kuala

Lumpur: Penerbitan Ilham Baru

Azzal Abu Talib (1992). Sistem Bersuku Masyarakat Adat Perpatih di Negeri Sembilan:

Kajian Perbandingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hassan Ahmad (Pnyt) (2003). Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang Laut.

Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan

http://lestari-intelek.blogspot.com/2009/03/kebudayaan-melayu.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Budaya

Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kassim Ahmad (1997). Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan dan

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Liaw Yock Fang (2003). Undang-undang Melaka dan Undang-undang Laut. Kuala

Lumpur: Yayasan Karyawan.

Mohd Rashid Md Idris (2012). Teori Falsafah Bahasa: Teori Rashid. Perak: Universiti

Pendidikan Sultan Idris.

Penghayatan Karya Agung Melayu 123

Mohd Rosli Saludin (2011). Seri Menanti: Tanah Beradat Bermula Di Sini. Kuala

Lumpur: Crescent News (K.L) Sdn. Bhd.

Mohd. Taib Osman (2007). Cerita Lipur Lara. Tuturan Mir Hassan dan Pawang Ana.

Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972). Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan

Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zainal Abidin Borhan (1996). Adat Istiadat Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

KATA KUNCI

1. budaya

2. pandangan hidup

3. idealisme orang Melayu

4. falsafah orang Melayu

5. adat temenggung

6. adat perpatih

7. nilai-nilai hidup orang Melayu

1. Apakah maksud budaya?

2. Bagaimanakah budaya dapat dikaitkan dengan peradaban sesuatu bangsa?

3. Apakah konsep pandangan hidup orang Melayu?

4. Jelaskan hubungan antara idealisme dengan falsafah masyarakat Melayu.

5. Bincangkan perbezaan antara adat temenggung dengan adat perpatih.

6. Senaraikan 10 nilai yang dimiliki oleh orang Melayu berdasarkan karya agung

yang dibaca.

Penghayatan Karya Agung Melayu 124

UNIT 7

NILAI ILMU DALAM KARYA AGUNG MELAYU

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit, anda dapat :

1. Mengetahui konsep nilai ilmu dalam karya agung

2. Mengenal pasti jenis-jenis ilmu dalam karya agung

3. Menyedari kewujudan strata sosial masyarakat dan adat istiadat

4. Memahami pengaruh Islam dan Barat dalam masyarakat

PENDAHULUAN

Unit ini membicarakan nilai ilmu yang terdapat dalam karya agung Melayu. Antaranya

adalah ilmu firasat, ilmu pendukunan, ilmu jampi, ilmu pengasih, maklumat tentang

strata sosial masyarakat, dan adat istiadat. Penggunaan istilah seperti pandai besi,

pandai keris, memberikan gambaran betapa orang Melayu mengiktiraf dan

menghormati orang berilmu. Kedatangan Islam dan pengaruh Barat menambahkan lagi

kerencaman ilmu dalam masyarakat Melayu. Kesemua ini digambarkan dengan jelas

dalam banyak karya agung Melayu.

KONSEP NILAI DAN ILMU

Konsep Nilai

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 1081), perkataan nilai merujuk kepada

darjat, kualiti, mutu dan taraf. Dalam bidang sains sosial, nilai (value) boleh didefinisikan

dalam tiga konteks utama, iaitu sebagai sifat (attribute) bagi menyatakan kepentingan

atau manfaat sesuatu objek, menyatakan kadar harga atau markah sesuatu objek

berbentuk kuantiti dan sebagai ukuran atau piawai kepada sesuatu kelakuan manusia.

Nilai juga diistilahkan sebagai ‘al-qimah’ dalam bahasa Arab yang lebih merujuk kepada

harga yang ditetapkan atau diletakkan pada sesuatu. Nilai juga bersifat aksiologi dan

mempunyai hubung kait dengan falsafah nilai. Nilai membolehkan manusia

membezakan antara yang baik atau buruk dan betul atau salah. Oleh hal yang

demikian, nilai bukan sahaja merupakan satu standard bagi sesuatu barang, tetapi juga

menjadi dasar atau asas dalam menerima atau menolak sesuatu perlakuan manusia.

Kehidupan masyarakat Melayu sememangnya tidak boleh terlepas daripada

peraturan dan aturan yang perlu dipatuhi berdasarkan kesepakatan masyarakat.

Pemupukan nilai dalam masyarakat Melayu membolehkan seseorang itu diterima

Penghayatan Karya Agung Melayu 125

sebagai sebahagian daripada masyarakat. Masyarakat Melayu cukup mementingkan

aspek nilai dalam kehidupan untuk menjamin kesejahteraan masyarakat dan nilai yang

disampaikan bersifat beradab, muafakat dan penuh dengan kesusilaan yang murni.

Nilai dalam masyarakat Melayu dapat dipupuk melalui dua pembahagian cara, iaitu

formal (melalui pendidikan formal di institusi pendidikan) dan tidak formal (melalui

persekitaran seperti keluarga, rakan dan masyarakat).

Nilai dan etika masyarakat Melayu dikatakan sangat mempunyai perkaitan rapat

dengan perkara yang dianggap sebagai mempunyai nilai yang tinggi dari segi

kebenaran, kebaikan dan keindahan. Nilai-nilai tersebut cukup sinonim dengan agama

Islam yang sangat berpengaruh dalam masyarakat Melayu seluruh Nusantara.

Ketinggian dan kesucian nilai dan etika berdasarkan pengaruh agama Islam itu sendiri

memberi pengaruh yang sangat besar terhadap akal budi Melayu sehingga ia kekal

pada masyarakat hari ini.

Konsep Ilmu

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), ilmu bermaksud pengetahuan dalam

perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain. Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa

ilmu adalah hal yang berkaitan kerana pemerolehan ilmu itu dan usaha kita

menyebarkannya kepada orang lain dalam bentuk pelbagai maklumat. Maklumat yang

disebarkan mengandung pelbagai fungsi. Antara fungsi sesuatu ilmu itu disebarkan

ialah untuk menambahkan ilmu pengetahuan, mengembangkan lagi perkara yang

mengandung pelbagai kemusykilan dan lain-lain. Ilmu dan maklumat yang ingin dikaji

berdasarkan karya agung merupakan ilmu perdukunan, ilmu firasat, ilmu jampi, ilmu

pengasih, strata masyarakat Melayu, adat dan istiadat Melayu.

JENIS-JENIS ILMU DALAM KARYA AGUNG

Pelbagai jenis ilmu dapat diperoleh dalam karya agung Melayu seperti ilmu firasat, ilmu

pendukunan, ilmu jampi, ilmu pengasih dan sebagainya.

Ilmu Firasat

Menurut Kamus Dewan (2010), menyatakan bahawa firasat adalah pengetahuan

mengenai tanda-tanda pada muka (badan dan lain-lain) untuk mengetahui kelakuan

atau nasib orang. Tilikan atau ramalan ahli nujum itu berkaitan dengan ilmu firasat.

Menurut Sulastin Sutrisno, orang yang mempunyai ilmu itu dapat merasa, melihat atau

mengetahui lebih dahulu segala sesuatu yang akan berlaku. Melalui ilmu firasat juga

seseorang itu dapat mengetahui kelemahan atau kekuatan orang lain, antaranya

berdasarkan nama, haru atau ketika. Hal ini penting terutama dalam kalangan

Penghayatan Karya Agung Melayu 126

pahlawan-pahlawan kerana dengan itu ia boleh membantu mereka menewaskan

musuh.

Sejarah Melayu memaparkan dengan jelas perkara tersebut dalam episod

serangan Melaka ke atas Pahang. Bendahara Paduka Raja memerintahkan pahlawan-

pahlawannya mengejar Maharaja Dewa Sura yang melarikan diri. Dalam usaha itu Seri

Bija Diraja tidak tergesa-gesa seperti orang lain kerana dia tahu musuhnya itu tidak

akan terlepas dari tangannya. Ini dapat dilihat daripada kata-kata beliau kepada anak

buahnya.

Di mana kamu semua orang muda-muda tahu? Kerana Maharaja Dewa

Sura ini sudah aku kira-kirakan namanya di bawah namaku, dan harinya

di bawah hariku dan ketikanya di bawah ketikaku, di mana ia akan

lepaskan daripada tanganku?

(Sejarah Melayu: 74)

Berdasarkan contoh petikan di atas, ramalan Seri Bija Diraja itu memang tepat.

Beliaulah yang telah berjaya menangkap Maharaja Dewa Sura.

Dalam Hikayat Hang Tuah juga disebutkan tentang pengamalan ilmu firasat.

Amalan ilmu firasat ini dapat dilihat sewaktu Raja Melaka hendak berangkat ke

Majapahit untuk berkahwin dengan puteri negeri tersebut. Masa yang dipilih oleh Raja

Melaka dipersetujui oleh Hang Tuah kerana menurutnya ketika tersebut (hari Ahad

malam Isnin) adalah waktu yang geroda dikalahkan oleh seekor ular. Kiasan itu

membawa erti, orang atau pihak yang kuat dan besar dapat ditewaskan oleh orang atau

pihak yang lebih kecil. Ramalan Hang Tuah itu ternyata tepat apabila beliau dan

rombongan tersebut beroleh kejayaan di Majapahit. Beliau dan rakan-rakannya dapat

mengetahui segala tipu helah serta percubaan membunuhnya oleh pembesar dan

perajurit negeri itu.

Kepercayaan kepada ilmu firasat mungkin boleh dikaitkan dengan konsep

‘memilih ketika’ dalam kalangan masyarakat Melayu. Umpamanya dalam seminggu

terdapat hari-hari tertentu yang baik dan buruk serta sial. Begitu juga dengan bulan-

bulan tertentu dalam masa setahun. Oleh yang demikian, mereka yang memilih ketika

yang baik untuk memulakan sesuatu pekerjaan atau rancangan seperti mendirikan

rumah, mengerjakan sawah dan memulakan perjalanan untuk merantau. Bagi mereka,

‘memilih ketika’ itu penting untuk mengelakkan daripada bencana atau sebarang

keburukan.

Di Acheh, waktu Pencagah atau Iskandar Muda Mahkota Alam dalam

kandungan, ibunya bermimpi bersanggulkan bulan yang dihiasi buang air kecil yang

Penghayatan Karya Agung Melayu 127

terlalu banyak sehingga menjadi laut. Dalam mentafsir mimpi itu, Fakih Khoja

Manassiah berpendapat:

Tuanku, adapun takbir mimpi sultan itu Insya-Allah taala (tak dapat)

tiadalah daripada zuriat sultan menjadi raja yang maha kuasa lagi terlalu

besar gahnya lagi mengempukkan segala raja-raja daripada segala pihak

Timur dan daripada segala pihak Barat. Dan paduka anakanda itulah

melimpahkan takhta adilnya dan ialah matahari yang betak (tetap) di bumi

musyrik ini.

(De Hikajat Atjeh: 115)

Manakala di negeri Pahang pula terdapat ramalan yang dibuat oleh Habib

Abdullah dari Makkah. Beliau yang memberi nama kepada Tun Ahmad, berpendapat

bahawa anak Bendahara Ali yang baru dilahirkan itu akan menjadi seorang yang baik,

bertuah serta besar daulatnya. Sebagaimana ramalan-ramalan lain, ramalan Fakih

Khoja Manassiah dan Habib Abdullah juga menjadi kenyataan.

Sampai sepuluh bulan genap, masuk bulan sebelas bersalinlah. Ketika itu

berbetulan Habib Abdullah ibni Omar al-Attas, yang keramat besar, ialah

yang menyambut dan bang, teruslah dinamakan (nya) Tun Ahmad. Maka

ia pun berdatang menyembah pada raja iaitu, “Ya Maulana, anak

maulana ini banyak baik, yakni besar suhudnya bertuah lebih daulatnya

kelak.” Maka ia pun baliklah. Tiada berapa lama (nya) keluar dari Pahang

balik ke Arab.

(Hikayat Pahang: 5)

Dalam historiografi Melayu tradisional lain, unsur mimpi turut memainkan

peranan penting. Di dalam Fasal 13, Bab II Bustan al-Salatin ini pun, unsur mimpi

dikemukakan walaupun dalam dua episod sahaja. Nuruddin menceritakan bahawa

Sultan Iskandar Muda telah bermimpi tentang air persiraman puterinya dan Iskandar

Thani. Sultan Iskandar Muda telah bermimpi pada malam Isnin, 12 Jamadilakhir, iaitu

turun sebuah mahligai daripada cahaya dengan perhiasannya berisi air mandi dibawa

oleh malaikat dari langit. Malaikatlah yang memandikan kedua-dua pasangan muda itu.

Esoknya Sultan Iskandar Muda menitahkan bahawa mereka tidak perlu lagi dimandikan

oleh Syeikh Syamsuddin dan Kadi Malik al-Adil. Petikannya:

Maka pada pagi-pagi hari sabda Raja Iskandar Muda kepada nenda Raja

Serba Bawa, “Katakan kepada bondaku Syah Alam, janganlah bersusah

lagi memandikan anakku kedua! Sudahlah mandi keduanya daripada air

yang turun dari kudrat Allah Taa’la!”

Penghayatan Karya Agung Melayu 128

(Bustan Al-Salatin :18)

Mimpi yang kedua ialah yang muncul dalam tidur seorang pembuat batu nisan.

Setelah Sultan Iskandar Thani mangkat, baginda digelar Marhum Dar al-Salam.

Permaisurinya yang menjadi sultan memerintahkan juru batu nisan mencipta satu batu

nisan yang terbaik untuk suaminya. Masa itulah Marhum Mahkota Alam muncul di

dalam mimpi juru batu supaya melebihkan perbuatan batu itu pada makam Marhum

Dar al-Salam. Petikannya adalah seperti berikut:

Syahadan adalah yang mengadap Raja Nisyan itu orang berpedang

suasa. Maka pada suatu malam ia bermimpi Paduka Marhum Mahkota

Alam bersabda kepadanya dengan kahar, Hai segala pandai, kamu

lebihkanlah perbuatan batu ini daripadaku.

(Bustan Al-Salatin: 45)

Kedua-dua mimpi ini mempengaruhi tindakan-tindakan secara sedar orang-

orang yang terlibat dalam episod-episod berkenaan. Nyata dalam Fasal 13 ini, unsur

mimpi tidak dianggap sebagai membawa makna sesuatu atau perlu dibuat interpretasi

tetapi merupakan komunikasi langsung daripada satu pihak di dunia tidak nyata kepada

pihak di dunia nyata.

Ilmu firasat juga dilakukan terhadap binatang. Hal ini disebutkan dalam hikayat Melayu

iaitu Hikayat Raja Pasai. Berikutan itu, anjing diberikan penghormatan oleh Raja-raja

Melayu zaman terdahulu. Anjing memainkan peranan penting sehingga tertubuhnya

sesebuah negeri. Dalam Hikayat Raja Pasai, penemuan negeri Pasai juga dikaitkan

dengan anjing perburuan Merah Silu (sesudah memeluk Islam, bergelar Sultan Malikul

Saleh). Anjing perburuan itu telah menyalak di sebuah tanah tinggi tanpa henti. Sultan

Malikul Saleh kemudian berasakan bahawa tempat itu sesuai dibuat negeri lalu

dinamakan tempat itu Pasai, sempena nama anjing perburuan tadi. Contoh petikan:

Maka tersebutlah perkataan Merah Silau di Rimba Jerana itu. Sekali

persetua pada suatu hari Merah Silau pergi berburu. Maka ada seekor

anjing dibawanya akan perburuan Merah Silau itu bernama Si Pasai.

Maka dilepaskannya anjing itu, lalu ia menyalak di atas tanah tinggi itu.

Maka dilihatnya ada seekor semut besarnya seperti kucing. Maka

ditangkapnya oleh Merah Silau maka lalu dimakannya. Maka tanah tinggi

itu pun disuruh Merah Silau tebasi pada segala orang yang sertanya itu.

Maka setelah itu diperbuatnya akan istananya.

(Hikayat Inderaputera: 13)

Penghayatan Karya Agung Melayu 129

Ilmu Perdukunan

Menurut Kamus Dewan (2010), menyatakan bahawa dukun membawa maksud orang

yang mengubat orang sakit atau memberi ubat cara kampung atau tradisional (dengan

membaca jampi serapah dan sebagainya), bomoh dan pawang. Manakala perdukunan

pula membawa maksud yang mengenai atau berkaitan dengan pengubatan cara

kampung atau tradisional, yang berkaitan dengan ilmu dukun.

Kepercayaan masyarakat Melayu pada peringkat permulaan adalah berbentuk

animisme. Dalam kepercayaan itu mereka menganggap benda-benda mempunyai

semangat dan kuasa ghaib. Sehubungan dengan itu, wujudlah pemujaan atau

penyembahan kepada batu-batu, pokok-pokok, sungai-sungai, gunung-gunung dan

fenomena lain. Kuasa ghaib itu tidak boleh dihubungi oleh orang sembarangan, jadi

dukun, pawang atau bomoh diperlukan. Usaha ini dianggap berfungsi mengembalikan

keadaan seperti asalnya.

Dukun atau bomoh juga dapat menghubungi semua kuasa ghaib yang ada pada

binatang terutama yang liar dan bisa. Mereka tahu akan kelemahan binatang-binatang

tersebut dengan jampi. Kadang-kadang seseorang bomoh itu pakar dalam satu bidang

sahaja seperti bomoh ular, gajah dan sebagainya. Di Melaka, terdapat orang yang

begitu arif tentang gajah, bergelar Penghulu Gajah. Antaranya adalah Seri Wak Raja.

Contoh petikan berkaitan dengan ini:

Sekalian orang pun melihat tahunya Seri Wak Raja; gajah penakut jadi

beraninya.

(Sulalatus Salatin: 209)

Terdapat juga golongan istana yang menggunakan dukun atau ahli nujum

terutama sebelum kedatangan Islam atau tahap-tahap awal kemasukannya. Peranan

ahli nujum agak berbeza dengan bomoh. Dia lebih kepada membuat ramalan. Dalam

Hikayat Merong Mahawangsa, keturunan raja Kedah yang memerintah Siam meminta

ahli nujumnya mencari pengganti raja Kedah setelah Raja Bersiung hilang dalam perdu

buluh betung. Ahli nujum itu melepaskan gajah sakti untuk mencari raja yang baru.

Ilmu Jampi

Jampi menurut Kamus Dewan (2010), membawa makna kata-kata tertentu yang

diucapkan untuk mendatangkan kesaktian. Jampi juga dikenali sebagai mantera. Mana

Sikana (1996) pula berpendapat bahawa jampi serapah tidak hanya sekadar

Penghayatan Karya Agung Melayu 130

penglahiran perasaan seperti puisi. Ia ada hubungannya dengan kejiwaan dan sistem

kepercayaan. Jampi dikatakan sebagai sesuatu yang dibaca untuk memberi kesaktian

terutamanya pada perubatan. Pawang sebagai pembaca jampi adalah manusia yang

luar biasa dan disifatkan sebagai manusia perantaraan makhluk dengan Khaliq atau

supernatural.

Kedudukan pawang dalam hierarki kemasyarakatan adalah jelas. Jampi mantera

yang diucapkan telah mendapat tempat yang istimewa. Jampi mempunyai unsur-unsur

pemujaan, perubatan, kasih sayang, pendinding dan berhubung dengan psikologi

manusia. Biasanya pawang, dukun, bomoh atau orang yang memakainya tidak begitu

mudah memberikan jampi serapahnya kepada orang lain. Mereka bimbang jampi

serapah yang diketahui itu tidak mujarab lagi, melainkan orang yang sudah menuntut

dan orang lain tidak boleh menggunakannya. Jika digunakan juga dia akan menerima

padahnya.

Satu hal yang menarik ialah jampi biasanya disampaikan dalam bahasa Banjar.

Penjelasan tersebut jelas menunjukkan bahawa kepercayaan yang masih sebati

terhadap kuasa ghaib seperti yang terdapat dalam jampi. Jampi-jampi dikatakan boleh

diwarisi oleh orang tertentu. Menurut Mana Sikana (1996), jampi mempunyai tiga jenis,

iaitu jampi menolak syaitan, jampi tawar biasa dan seterusnya ialah jampi pendinding.

Jampi yang pertama dan ketiga ialah jampi jenis larangan, manakala jampi yang kedua

ialah jampi jenis perubatan.

Jampi menolak syaitan digunakan untuk menghalau sekalian jenis jin. Jampi ini

juga digunakan untuk mengubat penyakit yang berkaitan dengan makhluk halus

tersebut. Jampi menolak syaitan ini boleh sahaja digunakan pada bila-bila masa yang

dirasakan perlu. Contohnya, jampi ini boleh digunakan ketika seseorang berjalan di

tempat yang sunyi atau apabila berasa takut dan boleh juga digunakan apabila

dirasakan diri diganggu oleh sesuatu. Cara menjampinya adalah seseorang itu perlu

memandang tegak ke hadapan. Selepas sekali dibaca, hendaklah ditiup ke kiri dan ke

kanan sebanyak tiga kali. Jampi ini perlu dibaca sebanyak tiga kali berturut-turut.

Contoh yang terdapat dalam karya agung ialah:

Permulaan kata aku menyatakan

Hakikat jin seribu empat puluh dua lagi

Aku tahu akan asal usul dirimu

Asal diri jadi di huruf Alif

… dengan berkat La ilaha illallah.

(Kitab Tib: 1292)

Penghayatan Karya Agung Melayu 131

Jampi tawar bisa pula boleh digunakan untuk kesakitan serius seperti digigit ular

berbisa dan boleh membawa maut atau kebakaran yang boleh mencacatkan. Jampi ini

boleh digunakan dengan dua cara, iaitu yang pertama ialah dengan cara menjampi

terus pada tempat yang sakit. Selepas pembacaan, hendaklah ditiup pada tempat yang

sakit tersebut dan sebaik-baiknya pesakit haruslah duduk di tempat yang arahnya

menerima angin kerana dipercayai bahawa angin tersebut mampu menolong mencabut

bisa yang ditanggungnya. Cara yang kedua pula ialah dengan cara pembacaan ke

dalam air. Selepas dijampi, air tersebut perlulah diminum, di mandi atau disapukan ke

kepala. Air tersebut tidak boleh dilangkah terutama sekali oleh kucing. Air itu perlu

disimpan di tempat yang tinggi dan tidak boleh diletakkan di dalam peti sejuk. Sebaik-

baiknya, air itu ialah air hujan yang ditadah dan turun betul-betul dari langit serta tidak

tersangkut di mana-mana lagi sebelumnya.

Jampi pendinding adalah jampi jenis yang cukup dominan dalam masyarakat

Melayu. Jampi jenis ini boleh dikatakan dipelajari dan dipakai oleh kebanyakan orang

Melayu sebagai alat pengebal atau mempertahankan diri daripada perbuatan orang,

baik secara halus ataupun terang. Jampi ini boleh digunakan dengan cara meminum air

yang telah dijampi atau jampi tersebut boleh ditulis di atas kertas lalu dipakai sebagai

azimat. Namun, azimat tersebut tidak boleh dibawa ke tempat kotor dan tidak boleh

berniat jahat. Jampi ini berfungsi sebagai pendinding diri kerana niat jahat, hasad, fitnah

dan sebagainya tidak akan sampai kepada pengamalnya, malah dalam beberapa

keadaan perbuatan jahat itu tadi akan kembali kepada si pelaku itu semula.

Perkara-perkara yang berkaitan dengan jampi juga ada sedikit sebanyak disebut

dalam karya-karya agung seperti Hikayat Abdullah, Hikayat Raja Pasai, Hikayat Seri

Kelantan dan lain-lain lagi. Contohnya ialah:

Pawang ini pandai sungguh, sebab membaca-bacakannya, gajah itu pun

takut akan dia.

(Hikayat Abdullah: 55)

Ayat tersebut membuktikan bahawa pengarang Hikayat Abdullah ada

menceritakan tentang jampi dan jampi itu bermaksud pawang yang diceritakan itu

sungguh pandai kerana mampu menjinakkan gajah dengan hanya menjampinya

sahaja. Contoh yang kedua ialah jampi Tuan Puteri Sa’dong menyebabkan Kota Jelasin

dan rakyat ghaib lalu jatuh ke dalam Cerang Bahana yang kemudian diberi nama

Mahligai.

Maka jogi itu pun pengsan sebab daripada keramat sultan itu.

(Hikayat Raja Pasai: 35)

Penghayatan Karya Agung Melayu 132

Berdasarkan ayat di atas, jelaslah bahawa jampi juga ada diceritakan dalam

Hikayat Raja Pasai. Hal ini kerana ayat tersebut menunjukkan bahawa jogi itu pengsan

disebabkan sultan tersebut mempunyai tongkat sakti atau tongkat yang telah dijampi.

Contoh seterusnya ialah:

Hai sahabat, jangan mu duduk menggoda dan menyiksa pada mulut

manusia kerana mulut manusia itu tempat puji Allah dan puji Muhammad.

(Kitab Tib, 1078: 65)

Jampi di atas ialah contoh jampi sahabat. Jampi ini merupakan jampi yang jenis

nasihat ke arah kebaikan. Jampi ini boleh digunakan kerana ia tidak bertentangan

dengan syariat tidak boleh memesongkan akidah.

Ilmu Pengasih

Pengasih membawa makna ilmu pengasih, jampi, azimat, doa, guna-guna dan lain-lain

untuk mendatangkan atau membangkitkan rasa kasih (Kamus Dewan, 2010). Ilmu

pengasih ini adalah untuk mendapat pemujaan oleh seseorang yang jatuh hati kepada

orang lain. Lazimnya, ilmu pengasih digunakan oleh seseorang kerana mungkin orang

yang disukai itu tidak menyukainya atau orang itu terlalu jual mahal. Ilmu pengasih

boleh digunakan dengan banyak cara, namun cara yang popular adalah dengan cara

mencalitkan sesuatu minyak kepada seseorang yang berkenaan atau dengan cara

menjampi gambar dan sebagainya. Contoh ayat jampi pengasih ialah:

Kun sarik panjik-panjik

Bagurung bagirang

Taulas takani ngidan

Kasih sayang (anu) memandang akuk

Cinta sayang (anu) melihat akuk

Dengan berkat

Lailaha il-Lallah

Muhammad ar-Rasulullah.

(Mana Sikana: 67)

Hang Nadim menggunakan ubat guna-guna untuk memikat Tun Teja.

Ubat guna-guna tersebut dalam bentuk lulut (bedak) itu ternyata

berkesan. Setelah ia disapu kepada badan Tun Teja oleh si pelulut beliau

dengan serta-merta menyukai Sultan Mahmud dan sanggup menjadi isteri

baginda.

(Sejarah Melayu: 170)

Penghayatan Karya Agung Melayu 133

Ilmu pengasih ini boleh dilakukan dengan dua cara, iaitu dengan menyapu bedak

yang telah dijampi dengan ayat tersebut ke muka atau dengan cara mandi dengan air

yang telah dijampi. Sekiranya seseorang itu menggunakan jampi ini, dia tidak boleh lalu

di bawah ampaian dan tidak boleh mengerjakan maksiat seperti mencuri. Jika dilakukan

juga, jampi tersebut tidak akan mujarab. Pengamal jampi ini juga tidak boleh melangkah

tulang babi dan sebaik-baiknya dia hendaklah terus kepada matlamatnya. Selain untuk

perkasihan, jampi ini juga boleh digunakan untuk bertemu dengan orang yang tertentu

untuk tujuan baik. Misalnya ketika hendak berwawancara atau temu duga pekerjaan,

meminta pertolongan atau sebagainya.

STRATA SOSIAL MASYARAKAT MELAYU

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), strata juga membawa maksud yang

sama bagi stratifikasi, iaitu pembahagian masyarakat kepada beberapa lapisan atau

kelas yang berlainan, susun lapis masyarakat, pembahagian kepada atau pembentukan

strata. Sulalat al-Salatin telah memaparkan gambaran tentang susun lapis masyarakat

Melayu yang pada umumnya dapat dikategorikan kepada beberapa peringkat.

Apabila membicarakan perihal sistem masyarakat Melayu tradisional ia

merupakan satu perbincangan persejarahan atau kehidupan kemasyarakatan yang

tidak boleh dipisahkan dari merujuk kepada zaman Kesultanan Melayu Melaka (KMM).

Titik tolak permulaan pada zaman ini kerana telah wujudnya sebuah kerajaan yang

dapat membentuk sebuah masyarakat Melayu yang mempunyai sistem dan strukturnya

tersendiri. Apa yang lebih dipentingkan lagi ialah keupayaan sesetengah dari sistem

dan struktur tersebut telah dapat dikekalkan dan diterima pakai sehingga ke hari ini.

Sama ada masyarakat Melayu Tradisional sebelum dari zaman KMM sudah pun

mempunyai tradisi-tradisinya, perbincangan ini tidaklah memberikan tumpuan kepada

persoalan itu kerana telah banyak diperbincangkanoleh sarjana dan di luar skop

penulisan modul ini.

Masyarakat Melayu Tradisional (MMT) merupakan satu istilah. Pendefinisian

haruslah merujuk kepada siapa itu orang Melayu dan zaman tradisi yang

diwakilinya.Secara umumnya, MMT boleh ditakrifkan sebagai satu gambaran orang

Melayu yang mengamalkan sesuatu adat istiadat (kebiasaan) yang telah sebati dan

kekal secara turun temurun dalam kehidupan mereka. Ini memberi erti bahawa mereka

tidak begitu terpengaruh dengan perubahan dan suasana sekeliling. Dalam erti kata

lain, perubahan diterima dengan penyesuaian keadaan setempat. Dengan ini unsur-

unsur tradisi dari segi politik, ekonomi dan sosial yang ada pada masyarakat Melayu

dapat dikekalkan sepanjang zaman.

Penghayatan Karya Agung Melayu 134

Rajah 1: Susun lapis masyarakat Melayu

Golongan diraja dan kerabat menduduki susun lapis yang teratas. Di Melaka

dengan mengambil contoh semasa pemerintahan Sultan Muhammad Syah, golongan

raja terdiri daripada sultan dan keluarganya (Sulalat al-Salatin: 65). Kuasa

pemerintahan adalah terletak di bawah baginda. Seseorang raja didakwa mempunyai

kepintaran serta keistimewaan tertentu sebagai raja yang berdaulat.

Golongan bangsawan menduduki tangga yang kedua. Golongan ini pula terdiri

daripada pembesar dan pegawai tadbir seperti Bendahara, Laksamana, Penghulu

Bendahari, Perdana Menteri, Temenggung, Bentara, Syahbandar. Terdapat juga dalam

kalangan pendatang yang tergolong dalam golongan bangsawan ini. Antaranya ialah

ulama Islam yang terdiri daripada tuan-tuan sayid, makhdum, maulana, dan kadi.

Hubungan mereka dengan raja sangat erat. Seseorang tokoh ulama begitu disanjung

dan dihormati oleh masyarakat Melaka. Sultan Melaka sendiri terpaksa tunduk dan

menghormati golongan ulama ini. Hal ini terjadi apabila seorang guru bernama Kadi

Yusof enggan membenarkan Sultan Mahmud Syah mengadap dengan menaiki gajah

(Sulalat al-Salatin: 161) .

Susun lapis yang ketiga ialah golongan rakyat biasa yang merdeka. Golongan ini

terdiri daripada pedagang, tukang-tukang mahir, petani dan juga saudagar. Dalam hal

ini, terdapat juga dalam kalangan saudagar yang mempunyai hubungan erat dengan

golongan atasan seperti Raja Mendeliar, Nina Sura Dewana, Kitul sebagainya. Kitul

dapat dikatakan rapat dengan Raja Mendeliar kerana mempunyai hutang dengan Raja

Mendeliar, namun Kitul telah menyampaikan fitnah bahawa Nina Sura Dewan pergi

berjumpa dengan Benhara Seri Maharaja untuk merancang pembunuhan ke atasnya.

Secara tidak langsung, Raja Mendeliar menghapuskan hutang Kitul terhadapnya

(Sulalat al-Salatin: 204). Ketua kapal atau nakhoda juga mempunyai keistimewaan

kerana dianggap sebagai raja di atas kapal.

Golongan hamba susun lapis masyarakat yang paling bawah dalam struktur atau

susun lapis masyarakat Melayu. Golongan hamba terdiri daripada hamba raja, hamba

Diraja

Bangsawan

Rakyat jelata

(Yang merdeka)

Hamba

(Pelbagai jenis hamba)

Penghayatan Karya Agung Melayu 135

berhutang dan hamba abdi. Sulalat al-Salatin jelas menunjukkan institusi ini wujud

sebelum tertubuhnya Kesultanan Melayu Melaka. Ini dapat dilihat pada Badang yang

telah diterima sebagai pahlawan Singapura yang sebelum ini ditugaskan oleh tuannya

untuk membersihkan hutan. Kekuatannya itu telah mengubah status sosialnya daripada

seorang hamba kepada rakyat biasa yang merdeka (Sulalat al-Salatin: 37). Tun Mutahir

dikata mempunyai bilangan hamba yang banyak sehingga tidak dikenalinya (Sulalat al-

Salatin: 203).

Maklumat Tentang Strata Sosial

Stratifikasi Sosial merujuk kepada satu sistem yang mana terdapat pelbagai kategori

manusia dalam sesuatu masyarakat. Stratifikasi sosial masyarakat Melayu yang

berperingkat jelas telah diperincikan dalam Hikayat Abdullah. Walaupun tidak

dinyatakan dengan jelas, namun masih lagi dapat dikesan kedudukan masyarakat

Melayu pada zaman tersebut.

Dalam karya tersebut, masyarakat Melayu tradisional dibahagikan kepada dua

golongan atau kumpulan iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan

pemerintah dan diperintah masing - masing terbahagi pula kepada beberapa kelompok

yang lebih kecil bercirikan taraf, kedudukan, dan peranan yang dapat dimainkan dalam

masyarakat.

Peniaga dan Pedagang

Peniaga merupakan salah satu golongan yang termasuk dalam strata sosial dalam

Hikayat Abdullah. Berdasarkan Hikayat Abdullah, didapati bahawa golongan peniaga

adalah paling ramai wujud pada zaman tersebut. Kewujudan para peniaga ini telah

melahirkan ramai golongan orang kaya. Di bawah ialah contoh yang menunjukkan

golongan peniaga terdapat dalam strata sosial dalam Hikayat Hang Tuah.

Hatta dengan beberapa lamanya ia di sana pekerjaannya sambil berniaga

sambil mengajar orang-orang hulu itu daripada hal mengaji dan

sembahyang dan sebagainya darihal perkara agama Islam.

(Hikayat Abdullah: 7)

Maka adalah pada masa itu negeri Melaka pun dalam sentosanya dan

dagang pun terlalu banyak keluar masuk, datang daripada segala pihak

negeri, berniaga ke Melaka.

(Hikayat Abdullah, 50)

Penghayatan Karya Agung Melayu 136

Orang Kaya

Orang kaya merupakan golongan strata sosial yang berada di atas golongan peniaga.

Golongan ini yang akan membantu golongan peniaga melariskan hasil jualan mereka.

Kebanyakan golongan orang kaya ini juga merupakan golongan peniaga. Dalam

Hikayat Abdullah, golongan ini juga tergolong dalam strata sosial pada zaman tersebut.

Di bawah ialah contoh petikan teks yang menunjukkan golongan orang kaya yang

terdapat pada zaman tersebut.

Maka banyaklah mereka itu yang menjadi kaya sebab berniaga dalam

Melaka.

(Hikayat Abdullah: 27)

Raja atau Sultan

Raja/sultan merupakan golongan yang berada di kedudukan paling atas dalam strata

sosial masyarakat Melayu. Golongan sultan merupakan golongan yang paling dihormati

dan rakyat perlu menunjukkan taat setia yang tinggi terhadap sultan. Mereka tidak

boleh menderhakai raja/sultan kerana mereka adalah golongan tertinggi.

Sebermula, maka segala orang Melaka daripada empat bangsa orang

pun terlalu sangat kasih dan setuju berajakan Tuan Farquhar itu.

(Hikayat Abdullah: 51)

Strata Sosial Masyarakat Melayu

Penghayatan Karya Agung Melayu 137

ADAT DAN ISTIADAT

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), adat bermaksud peraturan yang sudah

diamalkan turun-temurun di dalam sesuatu masyarakat sehingga ia merupakan hukum

dan peraturan yang harus dipatuhi. Makna adat dalam masyarakat Melayu sudah

menjadi semakin khusus merujuk kepada adat istiadat atau upacara tradisional dalam

peredaran hidup seseorang dan dalam pengertian undang-undang adat. Adat adalah

merupakan peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun sejak dahulu kala di dalam

sesebuah masyarakat sehingga menjadi hukum dan peraturan yang harus dipatuhi

serta merujuk kepada tatacara yang sudah menjadi satu kebiasaan dan sifat.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), istiadat pula bermaksud

peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan.

Pengertian istiadat mempunyai kaitan dengan adat. Apabila kita menyebut adat istiadat,

ia membawa dua maksud, iaitu pelbagai adat dan upacara termasuk peraturan

pelaksanaannya. Sehubungan dengan itu, berbeza dengan undang-undang, istiadat

boleh dikatakan tidak melibatkan hukuman atau denda tertentu. Istiadat pula

bermaksud peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yang sudah menjadi

kebiasaan dalam majlis rasmi untuk menyambut sesuatu peristiwa seperti perkahwinan,

pertabalan dan sebagainya.

Istilah adat berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud kebiasaan. Tetapi

apabila istilah ini diinterpretasikan di dalam bahasa Melayu, ia telah memberi makna

yang lebih meluas dan mendalam sehingga secara tradisi ia dapat disamakan

dengan kebudayaan. Konsep adat dalam masyarakat Melayu bukan membawa maksud

istiadat atau upacara sahaja, tetapi sistem hidup yang menyeluruh sama ada dari segi

sosial, kepercayaan dan perundangan.

Masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia, khususnya masyarakat Melayu

Negeri Sembilan beranggapan bahawa adat Melayu itu terdiri daripada dua jenis

iaitu Adat Perpatih (yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Negeri Sembilan dan

Naning di Melaka) dan Adat Temenggung (yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di

semua negeri Semenanjung Malaysia kecuali Negeri Sembilan).

Terdapat dua jenis adat yang terdapat dalam Sulalat al-Salatin, iaitu adat yang

melibatkan hukuman dan adat yang tidak melibatkan hukuman. Adat yang melibatkan

hukuman terbahagi kepada dua, iaitu undang-undang dan larangan Diraja. Antara

undang-undang yang terdapat dalam Sulalat al-Salatin ialah derhaka, menggunakan

hak raja tanpa izin, merancang untuk merampas kuasa atau seumpamanya, tidak

mengadap raja pada hari-hari tertentu, biadab kepada raja atau wakil, mencuri,

membuat fitnah dan Mengambil isteri orang .

Undang-undang pertama ialah derhaka. Seorang penderhaka yang berdosa

boleh dihukum bunuh oleh raja. Undang-undang yang membawa hukuman mati ke atas

Penghayatan Karya Agung Melayu 138

penderhaka buat pertama kalinya kepada Tun Jana Khatib yang disifatkan sebagai

seorang penderhaka apabila disyaki oleh Paduka Seri Maharaja kerana cuba menawan

hati isteri baginda dengan menunjukkan kebijaksanaan membelah pohon pinang

melalui tilikan mata (Sulalat al-Salatin: 55). Seterusnya ialah menggunakan hak raja

tanpa izin. Pelaksanaan undang-undang ini dapat dikesan semasa pemerintahan Sultan

Mansur Syah apabila Hang Tuah menggunakan hak raja, iaitu gundik raja. Walaupun

banyak berjasa kepada baginda dan raja, itu tidak dapat menjamin Hang Tuah

terselamat daripada hukuman bunuh (Sulalat al-Salatin: 97).

Undang-undang juga menetapkan bahawa rakyat atau pembesar tidak boleh

merampas kuasa. Hal ini jelas apabila Sultan Mahmud Syah menjatuhkan hukuman

bunuh ke atas Bendahara Seri Maharaja setelah mendapat aduan bahawa Bendahara

merancang hendak merampas kuasa raja (Sulalat al-Salatin: 205). Undang-undang

seterusnya ialah tidak mengadap raja pada hari-hari tertentu seperti hari raya. Pesalah

boleh dijatuhi hukuman bunuh sekiranya sebab yang diberikan tidak bersesuaian. Hal

ini terjadi semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah yang memerintahkan hukuman

bunuh ke atas Seri Bija Diraja kerana tidak mengadap baginda pada hari raya (Sulalat

al-Salatin: 153).

Seseorang yang tidak menghormati wakil raja akan dihukum bunuh kerana

dianggap mahu menunjukkan kuasa. Undang-undang ini ternyata dipraktikkan apabila

Tun Perpatih Hitam telah menguis tikar ketika perbicaraannya sedang berlangsung di

hadapan Bendahara bagi menunjukkan rasa tidak puas hatinya itu. Tindakannya itu

telah mengundang padah apabila Laksamana bertindak membunuhnya kerana menjadi

tanggungjawabnya (Sulalat al-Salatin: 172). Sulalat al-Salatin juga tidak ketinggalan

mengenai undang-undang menghukum seseorang mencuri. Hal ini sendiri telah

dilaksanakan oleh Sultan Alauddin Riayat Syah yang bertindak membunuh pencuri-

pencuri tersebut dengan keluar sendiri pada waktu malam (Sulalat al-Salatin: 137).

Undang-undang membuat fitnah juga turut dilaksanakan dalam Sulalat al-Salatin.

Si penyampai fitnah akan dihukum bunuh. Raja Mendeliar telah bertindak memfitnah

Bendahara Seri Maharaja dan telah dijatuhkan hukuman (Sulalat al-Salatin: 207).

Undang-undang yang terdapat dalam Sulalat al-Salatin juga tidak terlepas daripada

kesalahan bersekedudukan dengan isteri orang serta tunangan orang. Sesiapa yang

melanggarnya boleh dihukum bunuh tanpa mengira orang itu pembesar mahupun

sultan. Sultan Mahmud Syah berlaku curang dengan isteri Tun Biajid. Sekiranya Tun

Biajid tidak berpegang kepada konsep pantang Melayu menderhaka, sudah pasti Sultan

Mahmud Syah sudah dibunuhnya. Baginda sedar akan kesalahannya itu dan tidak

menyalahkan Tun Biajid dengan tindakannya itu (Sulalat al-Salatin: 157).

Berdasarkan Sulalat al-Salatin, larangan diraja pertama kalinya dilaksanakan

oleh Sultan Muhammad Syah sebaik sahaja baginda memeluk Islam Antara larangan-

larangan tersebut dilarang memakai kain kuning dalam perhiasan tertentu, membuat

Penghayatan Karya Agung Melayu 139

rumah bentuk-bentuk tertentu, membuat perahu berhias tertentu; memakai perhiasan

emas, memakai keris dalam cara-cara tertentu dan dilarang penggunaan payung warna

putih hanya untuk anak raja dan kuning hanya untuk raja (Sulalat al-Salatin: 60-65).

Terdapat dua jenis adat yang tidak melibatkan hukum, iaitu aturan atau

peraturan negeri dan istiadat. Antara aturan negeri yang terdapat dalam Sulalat al-

Salatin ialah negeri kalah raja mati, perlantikan pengganti seseorang raja, mengadap

atau menjunjung duli dan aturan pengurniaan gelaran. Satu hal yang menarik dalam

peraturan negeri sebagaimana yang diperlihatkan oleh Sulalat al-Salatin ialah

penguasaan raja ke atas negeri tersebut. Walaupun negeri telah oleh satu kuasa luar,

sedangkan raja masih hidup tetapi melarikan diri. Raja tersebut masih berkuasa ke atas

negeri itu kerana menurut aturan “negeri kalah raja mati”. Hal ini berlaku dalam

peristiwa di mana ketika Sultan Iskandar Syah diserang Majapahit. Baginda telah

bertindak melarikan diri ke Muar (Sulalat al-Salatin: 57). Perlantikan pengganti

seseorang raja dalam Sulalat al-Salatin kebanyakannya dilakukan oleh raja itu sendiri

melalui wasiatnya sebelum mangkat. Setelah itu barulah raja yang baru akan dijunjung

duli oleh pembesar dan rakyat jelata (Sulalat al-Salatin: 54).

Ketika mengadap atau menjunjung duli terdapat peraturan khusus mengenainya

tempat duduk para pembesar disusun secara bertingkat-tingkat bermula dengan

Bendahara, Penghulu Bendahari, hulubalang besar, para menteri (Sulalat al-Salatin:

30). Ketika mengadap raja, mana-mana pembesar termasuk Bendahara tidak boleh

disembah sebelum raja ataupun di hadapan raja. Peraturan ini tergambar ketika

pembesar-pembesar menunggu Sultan Mahmud Syah keluar untuk berhari raya.

Tindakan Raja Mendeliar yang hendak menyembah Bendahara telah menyebabkan

kemarahan Bendahara Seri Maharaja (Sulalat al-Salatin: 203).

Bagi aturan pengurniaan gelaran, mereka akan dilantik mengikut adat

perlantikan gelaran. Ini dapat dilihat dalam peraturan yang telah ditetapkan oleh Sultan

Muhammad Syah (Sulalat al-Salatin: 62).

Istiadat meliputi pelbagai upacara yang dijalankan oleh kelompok manusia,

namun dalam Sulalat al-Salatin lebih memberikan perhatian kepada golongan raja dan

kerabatnya sahaja. Istiadat-istiadat itu termasuklah istiadat perkahwinan, melenggang

perut, melahirkan anak, bertindik atau berkhatan, kematian dan pertabalan raja. Istiadat

perkahwinan ini dapat dilihat melalui perkahwinan yang berlangsung antara Raja

Iskandar dengan Tuan Puteri Syahr al-Bariyah. Pelbagai istiadat telah berlangsung

sepanjang proses peminangan, akad nikah dan persandingan tersebut (Sulalat al-

Salatin: 5-7). Sulalat al-Salatin memperlihatkan istiadat menyambut kelahiran bayi

ketika Tun Fatimah melahirkan anak lelaki Sultan Muhammad Syah yang bercukur

jambul dan ditabal sebagai Sultan Muda selepas 40 hari kelahirannya (Sulalat al-

Salatin: 216).

Penghayatan Karya Agung Melayu 140

Istiadat berkhatan tidak terdapat banyak dalam Sulalat al-Salatin tetapi hanya

dinyatakan sahaja. Kita dapat lihat apabila Tun Perpatih Tulus Tukang Segara

mencadangkan supaya Sultan Ahmad, iaitu anak Sultan Malik al-Zahir dikhatankan.

(Sulalat al-Salatin: 52). Istiadat pengebumian juga hanya dinyatakan sahaja tanpa

memperincikan bagaimana istiadat pengebumian itu dilakukan. Hal ini dapat dilihat

apabila hanya dinyatakan “mayat Sultan Malik al-Mansur pun ditanamkan oleh paduka

baginda seperti tertib raja-raja yang besar-besar” (Sulalat al-Salatin: 54). Istiadat

pertabalan raja dipraktikkan oleh Seri Teri Buana yang dijadikan raja Palembang

selepas selesai upacara permandian selepas dikahwinkan dengan Tuan Puteri Uwan

Sundari (Sulalat al-Salatin: 25)

Dalam Hikayat Abdullah, terdapat banyak adat istiadat yang digambarkan dan

digunakan oleh masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Di bawah ialah contoh petikan

teks yang terdapat dalam Hikayat Abdullah.

Bermula, adapun adat menjualkan anak itu bukannya seperti orang

menjual hamba, melainkan namanya sahaja, sewang atau lima enam duit,

maka duit itu diambil oleh ibu bapanya, dibelikannya penganan atau

barang-barang makanan, dimakankannya.

(Hikayat Abdullah: 15)

Sebagai lagi, maka adalah adat apabila seorang melepaskan anaknya

mengaji, maka datanglah ibu atau bapa budak yang akan mengaji itu

dahulu menyembah guru itu serta membawakan sirih secerana dan

penganan sedulang bersama-sama dengan budak yang hendak mengaji

itu serta ibu bapanya.

(Hikayat Abdullah: 24)

Setelah esoknya, dijemputkan pula segala orang-orang itu diberi makan

minum. Setelah membaca doa selamat, maka adalah sudah sedia tukang

sunatkan orang itu. Maka setelah sudah disunatkan itu, maka tujuh hari

lamanya baharu mandi, kemudian boleh berjalan.

(Hikayat Abdullah: 26)

PENGARUH ISLAM DAN BARAT DALAM MASYARAKAT

Pengaruh Islam dan Barat dalam masyarakat Melayu seperti yang digambarkan dalam

karya agung dapat dilihat dari dua aspek utama, iaitu pengaruh bahasa asing dan

pengaruh gaya hidup masyarakat.

Penghayatan Karya Agung Melayu 141

Pengaruh Islam

Pengaruh bahasa asing dalam kitab Bustan al-Katibin dapat dilihat dengan jelas apabila

pengarangnya, Raja Ali Haji banyak menggunakan istilah-istilah Arab dalam

penulisannya. Pengaruh bahasa Arab dalam penulisan beliau adalah disebabkan oleh

latar belakang pendidikannya yang telah mendalami ilmu pengetahuan di Mekah.

Seluruh huraian dalam kitab tersebut yang berkaitan ilmu bahasa Melayu adalah

berdasarkan kaedah huraian dan konsep tatabahasa Arab. Istilah-istilah yang

digunakan juga dipinjam secara langsung daripada bahasa Arab. Contoh penggunaan

bahasa Arab dalam penulisan kitab ini dapat dilihat daripada bab permulaan lagi.

Raja Ali Haji telah memulakan bahagian Muqaddimah atau pendahuluan dengan

ayat Fifadhilati al-‘ilmu wa ‘l-‘aqlu yang bermaksud pendahuluan ini menyatakan

tentang kelebihan ilmu dan akal. Selain itu, beliau juga menyatakan hadith Rasulullah

SAW yang berbunyi Kama qala ‘ n-Nabiyi sallal-Lahu’alaihi wa sallam man yarda ‘l-

Lahu bihi khairan yafqahahu fi’d-dinyang membawa pengertian “Barangsiapa

dikehendaki Allah untuk membuat kebaikan, maka ia diberi pemahaman kepada ilmu

agama”(Bustan al-Katibin, 2005: 4).

Penggunaan kata Arab juga dapat dilihat dalam penyataan lima syarat

keberhasilan ilmu yang merangkumi al-himmat, al-mudarasah, al-muhafazat,

muzakarah dan mutala’at. Al-himmatmerujuk kepada kesungguhan untuk

mendapatkan ilmu. Al-mudarasah pula bererti kuat menderas atau mengulang ilmu

yang sudah diperoleh. Syarat ketiga, al-muhafazatbermaksud ilmu-ilmu yang diperoleh

hendaklah dihafaz. Muzakarah yang merupakan syarat keempat bererti menyebut-

nyebut ilmu itu kepada orang lain agar sentiasa saling mengingati. Syarat yang terakhir

merupakan mutala’at yang merujuk kepada menilik ilmu yang dikaji dan memikirkan

maknanya (Bustan al-Katibin, 2005: 5-6).

Penggunaan kata Arab juga digunakan untuk merujuk kepada kata nama, kata

kerja dan kata partikel. Kata-kata tersebut diterangkan dalam Fasal 10 hingga Fasal 13.

Kata Arab yang merujuk kepada kata nama adalah isim, kata kerja (fi’il) dan kata

partikel dirujuk sebagai harf. Bukti penggunaan bahasa Arab dinyatakan seperti

Pertama, pada bahasa ‘Arab isim yakni nama, dan kedua, fi’il yakni perbuatan,

dan ketiga harf. (Bustan al-Katibin, 2005: 26-26).

Pengaruh gaya hidup Islam juga terserlah dalam Bustan al-Katibin. Persoalan

insan merupakan salah satu persoalan yang penting dalam falsafah Islam. Insan

bertindak mengaplikasikan falsafah dalam kehidupan. Di dalam Islam, insan adalah

makhluk yang istimewa. Insan dikurniakan fizikal, akal, rohani, fitrah dan kuasa untuk

memilih. Akal dapat membezakan manusia dengan binatang. Ia juga merupakan salah

satu faktor yang membezakan darjah manusia dengan manusia yang lain. Hal ini dapat

dikaitkan dengan falsafah yang ditulis oleh Raja Ali Haji di dalam kitabnya:

Penghayatan Karya Agung Melayu 142

Syahdan jika demikian nyatalah apabila tiada ilmu dan akal, alamat

tiadalah ia mencium bau kemuliaan dan sangatlah jinak kehinaan

kepadanya, maka terbukalah pintunya, maka masuklah kehinaan pada

tiap-tiap pintu itu.

Maksudnya di sini ialah manusia yang tidak berilmu itu tidak akan dipandang

mulia, bahkan mereka akan dipandang hina. Manusia telah diciptakan oleh Allah S.W.T

mempunyai akal. Akal yang membezakan manusia dengan binatang. Akal saling berkait

rapat dengan ilmu. Islam sangat mementingkan ilmu. Hal ini dapat dibuktikan melalui

hadis nabi yang berbunyi:

Barang siapa yang mati di dalam keadaan menuntut ilmu untuk

menghidupkan agama Islam, maka dia berada di dalam syurga kelak satu

darjat dengan para nabi.

Dalam kitabnya, Bustan al-Katibin, Raja Ali Haji memulakan dengan mukadimah

dengan judul “fi fadhilati al-ilmu wal aqlu” Maksudnya kelebihan ilmu dan akal.

Menurutnya lagi, akal adalah sebaik-baik perhiasan. Jikalau beberapa pun bangsa jika

tiada ilmu , akal dan adab, ke bawah juga jatuhnya, yakni kehinaan juga diperoleh. Di

sini Raja Ali Haji mengaitkan hubungan yang amat erat antara ilmu, akal dan adab.

Ertinya, untuk menjadikan akal dan adab sesuatu bangsa atau masyarakat menjadi

lebih baik, maka perlulah mendapatkan ilmu yang benar. Lebih tegas lagi, Raja Ali Haji

menyatakan:

Man sa’a adabahu dha’an nasbahu,

ertinya :barangsiapa jahat adabnya sia-sialah bangsanya.

(Bustan al-Katibin : 4)

Unsur-Unsur Islam juga terdapat dalam Sulalatus Salatin. Unsur-unsur ini

dikaitkan dengan jalan cerita yang berlaku pada zaman tersebut seperti yang

terkandung dalam Sulalatus Salatin itu sendiri. Penulis cenderung mengaitkan unsure-

unsur murni yang terdapat dalam ajaran Islam dengan penceritaan yang terkandung

dalam Sulalatus Salatin. Berdasarkan artikel tersebut, ulasan terhadap unsur-unsur

Islam dibuat berdasarkan kepada beberapa criteria seperti sejarah kedatangan Islam di

Pasai dan Melaka, penyebutan dan penonjolan tokoh-tokoh Islam serta adat istiadat

dan perundangan.

Sebagai contoh, penulis ada menjelaskan bahawa penceritaan mengenai

kemasukan Islam ke Pasai dan Melaka telah dimitoskan di Pasai, Merah Silu

Penghayatan Karya Agung Melayu 143

diislamkan oleh Fakir Muhammad. Pada malamnya, dia bermimpi berpandangan

dengan Rasulullah. Rasulullah meminta baginda menganga mulut. Diludahinya, pada

keesokannya badannya berbau narawastu. Baginda dapat membaca al-Quran tanpa

diajar, kemudian menukar namanya kepada Sultan Malikut Salleh. Di Melaka, Raja

Kecil Besar bermimpi berpandangan dengan keelokan Rasulullah. Rasulullah meminta

baginda mengucap dua kalimah syahadat dan meminta Raja Kecil Besar menukar

namanya kepada Raja Muhammad. Keesokan harinya, didapati badannya berbau

narawastu dan kalam sudah dikhatankan. Baginda dapat membaca al-Quran. Mimpi

baginda menjadi kenyataan pada waktu asar kapal Syed Abdul Aziz turun ke pantai

Melaka dan beliau bersembahyang di situ.

Tujuan dimitoskan kedatangan Islam ini adalah untuk mengagungkan Islam. Hal

ini member gambaran bahawa Islam benar-benar berkembang di Melaka, bermula di

istana Melaka dan berkembang dalam kalangan rakyat jelata. Raja Melaka pertama

yang beragama Islam ialah Sultan Muhammad Syah. Gelaran Sultan digunakan setelah

kedatangan Islam di Melaka.

Bagi mengukuhkan lagi pandangan beliau tentang unsur Islam dalam Sulalatus

Salatin, penulis ada mengetengahkan tentang teknik penulisan Sulalatus Salatin.

Mukadimah di mulai dengan Bismillahirrahmanir-rahim. Dalam mukadimah juga

disertakan ayat-ayat al-Quran dan diikuti pula dengan terjemahan dalam bahasa

Melayu. Bagi menjelaskan sesuatu atau sebagai perbandingan, penulis artikel tersebut

menyatakan bahawa pengarang ada memasukkan syair dan bidalan Arab dengan

disertakan terjemahannya sekali. Di samping itu, struktur penulisan yang terdapat

dalam kitab tersebut juga menggunakan gaya penyampaian berbentuk khutbah. Hal ini

dapat dilihat dengan jelas dalam proses memberi nasihat yang meleret-leret yang

dalam wasiat. Penggunaan kalimat-kalimat Arab - Parsi digunakan dalam ayat.

Antaranya Syahbandar, alam, bahara, sahibul hikayat dan lain-lain.

Sulalatus Salatin juga menyentuh tentang corak pendidikan dan perkembangan

ilmu keislaman. Istana digambarkan sebagai pusat pengajian ilmu-ilmu Islam. Pasai

dikatakan menjadi sebagai pusat bermuzakarah mengenai ilmu fiqah mengikut mazhab

Shafie. Istana dijadikan pusat pengajaran Islam dengan sultan dan pembesar turut

belajar dan menuntut ilmu.

Pengaruh Barat

Pengaruh gaya hidup Barat berhubung semangat nasionalisme jelas wujud dalam

Sulalatus Salatin. Nasionalisme membawa maksud sentimen kecintaan terhadap

sesebuah negara. Nasionalisme merupakan sentimen dalam kalangan penghuni

sesuatu wilayah tertentu. Perasaan ini dapat dilihat apabila rakyat sesuatu wilayah itu

menggunakan lambang-lambang tertentu seperti sempadan dan ibu kota bagi

Penghayatan Karya Agung Melayu 144

menentukan taraf negara bangsa, keperibadian kebangsaan, kewarganegaraan,

bahasa kebangsaan, ekonomi, kebudayaan dan kesenian, bendera, lagu kebangsaan

dan lain-lain. Nasionalisme ialah gerakan kesedaran yang menumpukan perhatian bagi

menentukan nasib sendiri, bangsa, dan negara untuk mencapai kebebasan dan

kesejahteraan serta memupuk keperibadian sejati. Ini berpunca daripada tekanan dan

pengaruh asing atau penjajah sehingga anak negeri merasa lemah dan tertinggal dalam

lapangan ekonomi, sosial, politik, dan kebudayaan.

Dalam Sulalatus Salatin, ada diceritakan perihal nasionalisme melalui tindakan

peperangan. Semasa pemerintahan Sultan Mansor Syah, baginda telah berhasrat

untuk meluaskan tanah jajahannya. Oleh itu, baginda telah menghantar Paduka Raja,

hulubalang, Tun Pikrama, Tun Menteri dan Seri Bija Diraja (Datuk Bongkok) ke Pahang.

Dalam peperangan ini Pahang telah berjaya dikalahkan oleh Melaka. Maharaja Dewa

Sura telah ditangkap oleh Seri Bija Diraja dan dibawa ke Melaka manakala anak

Maharaja Dewa Sura, Puteri Wanang Seri telah dikahwini oleh Sultan Mansor Syah.

Langkah peperangan adalah untuk mengelakkan berlakunya banyak kejadian

penentangan terhadap raja. Negeri Kampar tidak tunduk kepada Melaka. Ini

menyebabkan Kampar telah diserang oleh Melaka. Negeri Kampar kalah manakala

rajanya Maharaja Jaya telah dapat dibunuh. Seri Nara Diraja telah diberi kuasa untuk

memerintah Kampar.

Dalam Sulalatus Salatin, pengaruh gaya hidup Barat berkait dengan soal

kepimpinan dan kenegaraan juga dapat dikesan. Misalnya, karya tradisional Melayu ini

adalah berfokus kepada raja yang diletakkan pada kedudukan yang tinggi. Keagungan

raja dan negara diangkat menjadi persoalan utama dalam karya-karya kesusasteraan.

Oleh itu, raja diberikan gambaran-gambaran hebat termasuklah diwarnai dengan unsur-

unsur dongeng dan mitos. Sulalatus Salatin misalnya, mengaitkan nasab raja-raja

Melaka dengan Iskandar Dzulkarnain dari Makadunia. Selain itu, keagungan raja juga

digambarkan oleh pengarang melalui peristiwa yang dianggap penting.

Sulalatus Salatin menggambarkan perkisahan raja Melaka yang berasal dari

keturunan Raja Iskandar Zulkarnain. Kehebatan Raja Iskandar Zulkarnain dilukis

melalui kegagahan dan keberanian baginda menakluk negeri Kida Hindi lalu baginda

mengislamkan pemerintah dan rakyat di negeri tersebut melalui perkahwinan baginda

dengan Puteri Syahrul Bariyah. Melalui keturunan ini digambarkan keagungan dan

ketinggian martabat Raja-raja Melayu yang dikaitkan dengan pertalian Raja Iskandar

Zulkarnain yang agung. Kelebihan yang jelas tergambar melalui jurai keturunan ini

memperlihatkan bahawa keturunan raja-raja Melaka berasal dari raja besar, gagah

serta terkenal. Ini secara tidak langsung mengangkat martabat raja-raja Melayu di mata

seluruh Alam Melayu dan dunia.

Sebahagian Sulalatus Salatin, pengaruh gaya hidup Barat juga tergambar dalam

Hikayat Abdullah. Hikayat ini adalah berkaitan peristiwa harian terutamanya yang

Penghayatan Karya Agung Melayu 145

berkaitan dengan perhubungan dan pengalaman Munsyi Abdullah sendiri dengan

orang-orang Inggeris, iaitu para pegawai Inggeris yang bekerja di dalam kerajaan atau

di luar kerajaan. Selain itu, penceritaan ini juga berhubungan tentang penduduk

tempatan dengan pemerintah.

Gambar Munsyi Abdullah

Walaupun sebahagian besar cerita di dalam Hikayat Abdullah bukan berkenaan

dengan diri Abdullah Munsyi sendiri, namun pada keseluruhan kandungan buku

tersebut, beliau hadir di dalamnya. Beliau memperkenalkan isi kandungan bukunya

dengan menulis:

…maka adalah aku karangkan akan kitab ini darihal hikayat diriku; maka

kunamai akan dia Hikayat Abdullah. Maka adalah kurencanakan

dalamnya dari zaman moyangku sampailah kepada masa aku

dipersembahkan oleh ibuku dalam negeri Melaka… sehingga barang

yang kulihat dan yang kudengar daripada segala hal ehwal zaman-zaman

yang tersebut itu;baik dalam negeri Singapura, adalah kesebutkan dalam

hikayatku ini, iaitu sehingga kepada tarikh penghabisan kitab.

(Hikayat Abdullah 1:4: Bab 2)

Pada bahagian awal, peristiwa-peristiwa yang dikisahkan oleh Abdullah berlaku

di sekitar Bandar Melaka, iaitu tempat kelahiran beliau yang ketika itu berada di bawah

pemerintahan Inggeris. Kemudian cerita berkisar pula kepada peristiwa-peristiwa yang

Penghayatan Karya Agung Melayu 146

berlaku di Singapura yang ketika itu baru sahaja diperintah oleh Inggeris. Zaman

berkenaan merangkumi rangkaian tempoh kira-kira tahun 1796 hingga 1843.

Dalam Hikayat Abdullah ini juga, Abdullah sering menurunkan pemikiran dan

falsafah beliau terhadap beberapa isi. Misalnya berkenaan dengan bahasa Melayu,

berkenaan sikap orang Melayu, kepandaian dan teknologi orang Eropah, dan

berkenaan sistem pemerintahan Inggeris yang berteraskan undang-undang bertulis,

keadilan bersistem serta teratur.

RUMUSAN

Hasil daripada perbincangan, kita telah dapat memahami konsep nilai dan ilmu. Pada

masa yang sama, kita juga semakin faham jenis-jenis ilmu dalam masyarakat Melayu

seperti yang tergambar dalam karya agung. Dalam perbincangan ini, hanya empat jenis

ilmu yang dapat dibicarakan, iaitu ilmu firasat, ilmu pendukunan, ilmu jampi, dan ilmu

pengasih.

Di samping itu, strata sosial masyarakat juga memberi gambaran yang jelas

tentang wujudnya tata tingkat sosial dalam masyarakat Melayu tradisi. Strata ini diwakili

oleh golongan raja atau sultan, golongan bangsawan, golongan rakyat yang merdeka

(bebas), dan golongan rakyat yang tidak merdeka (hamba). Namun, secara umumnya

kita dapat lihat adanya dua golongan utama, iaitu golongan yang memerintah dan

golongan yang diperintah.

Adat pula merupakan amalan yang telah diamalkan sejak zaman dahulu. Ianya

dijadikan sebagai suatu aturan dan cara hidup dan mencerminkan segala perbuatan

yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada berpandukan bulan

atau tahun. Adat juga sinonim dengan perkataan budaya. Walaupun ianya berbeza

daripada aspek bunyinya, tetapi dari segi maksud ia adalah konsep yang saling

bergantung antara satu sama lain.

Karya agung ialah karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, budaya dan

pemikiran yang luar biasa dalam tamadun atau tradisi sesuatu bangsa. Namun, dapat

juga disaksikan dalam karya agung tentang kewujudan pengaruh luar, iaitu penguruh

Islam dan Barat yang mewarnai sesuatu karya itu. Secara ringkasnya, kedua-dua

pengaruh ini dapat dibincangkan dalam dua konteks, iaitu pengaruh bahasa asing dan

pengaruh gaya hidup masyarakat tersebut. Sesuatu karya agung itu wajar dianggap

sebagai warisan bangsa dalam erti kata bahawa ia mewakili minda dan pengalaman

bersama (kolektif) bangsa itu sepanjang zaman sebagaimana yang dipancarkan dalam

sistem kepercayaan, falsafah hidup, ilmu, adat, bahasa, seni, dan pekerti budaya dan

sosial yang membentuk citra atau identiti ketamadunan bangsa itu.

Penghayatan Karya Agung Melayu 147

BAHAN RUJUKAN

A. Samad Ahmad (1979). Sulalatus Salatin: Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Munsyi (2004). Hikayat Abdullah. Kuala Lumpur : Yayasan Karyawan.

Ahmad Zuhairi, Abdul Halim et al (1999). Amalan Mistik dan Kebatinan Serta

Pengaruhnya Terhadap Alam Melayu. Kuala Lumpur: Tamadun Research Trust

Sdn. Bhd.

Haliza Mohd Riji (2000). Prinsip dan Amalan dalam Perubatan Melayu. Kuala Lumpur:

Penerbit Universiti Malaya.

Harun Mat Piah (2006). Kitab Tib: Ilmu Perubatan Melayu. Kuala Lumpur: Perpustakaan

Negara Malaysia.

Hassan Ahmad (2007). Hikayat Inderaputera. Kuala Lumpur : Yayasan Karyawan.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kassim Ahmad (1997). Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan dan

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kassim Ahmad (peny.) (1981). Kisah Pelayaran Abdullah . Kuala Lumpur: Penerbit

Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mana Sikana (1996). Falsafah dan Seni Kreatif Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Rushdi Ramli (2003). Azimat, Jampi, Sihir & Berubat Menurut Islam. Selangor: Intel

Multimedia and Publication.

Siti Hawa Haji Salleh (1992). Bustan al-Salatin. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Tun Seri Lanang (1997). Sulalat al-Salatin ya’ni pertuturan segala raja-raja (Sejarah

Melayu). Kuala Lumpur : Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Penghayatan Karya Agung Melayu 148

KATA KUNCI

1. nilai

2. ilmu

3. ilmu firasat

4. ilmu pendukunan

5. ilmu jampi

6. ilmu pengasih

7. strata sosial masyarakat

8. adat dan istiadat

9. pengaruh Islam

10. pengaruh Barat

1. Apakah yang anda faham tentang konsep nilai?

2. Berikan takrif ilmu.

3. Berikan satu contoh ilmu firasat, ilmu pendukunan, ilmu jampi, dan ilmu pengasih

seperti yang terdapat dalam karya agung.

4. Jelaskan kedudukan strata sosial masyarakat Melayu tradisi.

5. Bincangkan dua contoh pengaruh bahasa asing dan pengaruh gaya hidup

masyarakat Melayu seperti yang digambarkan dalam karya agung.

Penghayatan Karya Agung Melayu 149

UNIT 8

FALSAFAH DALAM KARYA AGUNG KLASIK

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda dapat :

1. Menyenaraikan aspek falsafah yang terdapat pada karya-karya agung zaman

sastera klasik.

2. Memberikan definisi falsafah dan bidang-bidangnya.

3. Menghubungkaitkan bidang falsafah: etika, metafizika, sejarah, sosial, ekonomi,

kosmologi, politik, dan logik dengan sesebuah karya klasik.

4. Membandingkan falsafah antara teks yang dibicarakan, iaitu Misa Melayu,

Hikayat Amir Hamzah dan Hukum Kanun Melaka.

PENDAHULUAN

Dalam bab ini akan dibincangkan aspek falsafah yang mengkhusus kepada karya-karya

agung sastera zaman klasik. Perbicaraan akan dimulakan dengan memberikan definisi

falsafah dan bidang-bidangnya. Di antara bidang falsafah yang diberi penekanan ialah

etika, metafizika, sejarah, sosial, ekonomi, kosmologi, politik, dan logik berdasarkan

analisis, nukilan dan komposisi yang terkandung dalam sesebuah karya itu. Teks yang

akan dibicarakan ialah karya agung Misa Melayu, Hikayat Amir Hamzah dan Hukum

Kanun Melaka.

FALSAFAH DAN BIDANGNYA

Falsafah bermaksud cinta kepada ilmu dan kebenaran. Secara umumnya, falsafah

mempunyai ciri-ciri seperti pemikiran yang tertinggi dan bertujuan untuk

mendapatkan kebenaran. Tegasnya ‘berfalsafah’ ialah mencari kebenaran dari

kebenaran untuk kebenaran, tentang segala sesuatu yang dimasalahkan dengan

berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat. Apabila seseorang berfikir demikian

dalam menghadapi masalah dalam hubungannya dengan mencari kebenaran, adalah

orang itu telah memasuki falsafah. Penuturan dan huraian yang tersusun oleh

pemikirannya itu adalah falsafah. Daripada pendapat tersebut, rumusan dapat dibuat

bahawa falsafah seharusnya ditandai dengan caranya iaitu berfalsafah, dan juga

masalahnya iaitu persoalan falsafah.

Mekanisme falsafah secara mudahnya dapat dimaksudkan sebagai memikirkan

sesuatu dengan sangat mendalam. Dengan itu falsafah ialah membincangkan sesuatu

Penghayatan Karya Agung Melayu 150

secara rinci untuk mendapat jawapan yang benar dan real terhadap sesuatu perkara. Di

antara bidang falsafah yang diberi penekanan ialah etika, metafizika, sejarah, sosial,

ekonomi, kosmologi, politik, dan logik. Etika ialah pemikiran tentang moral, pendidikan

dan pengajaran. falsafah metafizika memikirkan tentang kewujudan dan keberadaan.

Sejarah pula, persoalan yang berkaitan dengan makna masa silam, seperti tamadun

dan keruntuhan. Sosial adalah gambaran kehidupan realiti manusia yang kontekstual.

Ekonomi ialah sistem pendapatan dan pengurusan harta benda. Kosmologi ialah yang

membincangkan situasi persekitaran dan alam sarwajagat. Politik ialah aplikasi dan

tujuan sistem pemerintahan sesebuah negara.Logik ialah pemikiran yang rasional,

taakulan dan sebab musabab. Dapatlah disimpulkan bahawa falsafah ialah suatu

kesenian berfikir, yang waras, bernas dan mendalam. Karya sastera yang dihasilkan

yang membicarakan sesuatu subjek, biasanya akan membicarakan sesuatu itu secara

artistik dan estetik, maka di situlah tersimpannya mutiara falsafahnya (Mana Sikana,

1996).

Misa Melayu

Misa Melayu adalah sumber penting datam penulisan sejarah negeri Perak pada abad

ke-18. Oleh kerana raja Chulan, pengarangnya, hidup pada zaman itu, maka ketulenan

kebenaran sejarahnya adalah teruji dan dapat dipertahankan. Lantas, Raja Chulan

mengarang Misa Melayu tanpa menggunakan sebarang rujukan. Menurut hujah

Collingwood, Misa Melayu memiliki unsur falsafah, saintifik, rasional dan

menggambarkan sejarah dan sosial kerajaan Perak waktu itu. Unsur tersebut

menurutnya menepati tiga ciri falsafah:

Pertama, kosmologi tentang kejadian, peristiwa dan keadaan kemanusiaan

pada masa lampau dalam kaitannya dengan keadaan masa kini.

Kedua,pengetahuan tentang hukum-hukum yang tampak menguasai kehidupan

masa lampau, yang diperolehi melalui penyelidikan dan analisis terhadap

peristiwa masa lalu.

Ketiga,falsafah kesejarahan didasarkan pada pengetahuan tentang perubahan

bertahap yang membawa masyarakat dari satu tahap ke tahap yang lain.

Misa Melayu juga tidak meneruskan sifat karya sastera sejarah yang

memasukkan unsur mitos dan dongeng seperti yang terdapat dalam Sejarah Melayu,

Hikayat Raja-Raja Pasai dan Hikayat Merong Mahawangsa. Pengkisahan dalam Misa

Melayu adalah kisah manusia dalam golongan istana dan interaksinya dengan rakyat

tempatan dan orang luar. Pengkisahan itu adalah hasil kajian, penglihatan dan

penilaian Raja Chulan. Teks Misa Melayu adalah kisah benar dan rasional serta

menunjukkan tahap-tahap pemikiran dan cara hidup di zaman feudal. Bukan itu sahaja,

ianya mampu meletakkan dirinya sebagai sejarah yang kukuh, kerana daripadanya kita

Penghayatan Karya Agung Melayu 151

dapat menggambarkan tentang sistem dan struktur politik, ekonomi, dan sosial

masyarakat feudal pada abad ke-18 di Perak.

Struktur falsafah politik di Perak memperlihatkan keunikannya. Raja tidak

memerintah secara muttak. Raja hendaklah mendapatkan nasihat pembesar negari

demi kepentingan rakyat. Hal ini dapat dilihat menerusi nukilan daripada teks, dalam

wasiatnya Sultan Muzaffar Syah (1752)..”yang beta harap sekarang, baiklah anak kita

Raja Mudahlah akan ganti kita. Maka hendaklah bicara orang-orang besar dan segaia

hulubalang pegawai pada memerintahkan takhta kerajaan anakanda selenggarakan

hukuman negeri ini dan membela segala rakyat di dalam negeri Perak.... dan hendaklah

muafakat sama-sama kepada barang bicara dengan sekalian orang besar-besar

hulubalang dan pada anak raja-raja dan yang memegang agama kita....”

Dalam teks tentang sejarah Perak ini, hampir secara keseluruhannya bersetuju

memperakukan bahawa Perak mempunyai sistem pewarisan takhta dan penggantian

raja dalam satu strukutur yang tersusun. Sususan ini ialah:

1) Raja Muda

2) Raja Bendahara

3) Raja Di Hilir

4) Raja Di Baruh

5) Raja Kecil Besar

6) Raja Kecil Tengah

7) Raja Kecil Muda

8) Raja Kecil Bongsu

Pada amalannya, struktur ini bukanlah suatu prosedur yang ketat dan mesti

dipatuhi. Dalam Misa Melayu disebut bagaimana Sultan Iskandar Zulkarnain menyusun

jentera pemerintahan negeri dengan melantik kerabat diraja yang akrab dengannya dan

menyandang gelaran serta jawatan kerajaan; adindanya Raja Kimas yang bergelar

Raja Kecil Muda sebagai Raja Muda, Raja Alauddin, adinda Suftan yang bergelar Raja

Kecil Tengah diangkat menjadi Raja Bendahara; Raja Di Hilir disandang oleh Raja Inu

yang juga adinda sultan, Raja Muhammad (saudara dua pupu sultan) dikurniakan

gelaran Raja Di Baruh, Raja Chulan kekal sebagai Raja Kecil Besar, Raja Ibrahim

putera raja Kimas (Raja Kecil Muda). Misa Melayu membuktikan tidak semua waris

takhta itu perlu menaiki takhta mengikut giliran atau tangga waris takhta itu. Contohnya,

pada tahun 1773 Raja Kecil Bongsu (Raja Ahmaddin) dilantik menjadi Sultan Muda.

Golongan anak raja dan pembesar negeri ini memiliki ciri dan perlambangan

yang hampir sama dengan golongan ‘priyayi’ di Indonesia. Sebagai kelompok sosial,

Penghayatan Karya Agung Melayu 152

pembesar negeri memiliki ciri yang berbeza dengan kelompok yang lain. Ciri itu meliputi

“adat sopan-santun dan bahasa...”; bentuk kediaman, pakaian, terutama pakaian

rasminya-gelar pada nama dan sebagainya. Lantas, daripada bentuk rumah, pakaian

dan gelar berserta namanya dengan sepintas lalu dapat dikenalpasti kepriyayian

seseorang itu. Misa Melayu juga dapat merakamkan beberapa sistem sosial dan adat

istiadat dan tradisi yang menjadi asas protokol negeri Perak seperti:

(i) Adat meminang dan berkahwin.

(ii) Adat bertindik dan berinai.

(iii) Istiadat perarakan raja berangkat.

(iv) Istiadat pertabalan dan perlantikan.

(v) Istiadat menjunjung duli.

(vi) Istiadat melenggang perut.

(vii) Istiadat kemangkatan dan berkabung serta menurunkn tambak serta batu

nisan.

(viii) Istiadat membayar kaul (membayar niat).

Untuk melihat kebesaran satu-satu istiadat dijalankan umpamanya kerja

melakukan menindik ke atas Taja Budak Rasul. Peristiwa yang bagi rakyat biasa ini

hanya memerlukan waktu yang amat singkat, bagi istiadat diraja, ianya mengambil

masa yang panjang, tidak kurang dari tujuh malam. Pertamanya sultan memberikan

perintah kepada orang-orang besarnya. Orang besar-besar diberikan jawatan tertentu

dan arahan keluar ke serata pelesok negeri untuk berlengkap.

Apabila tiba masanya semua rakyat berhimpun di Berahman lndera. Pada

malam permulaan berjaga-jaga, dipasang semboyan sembilan kali diikuti dengan

paluan bunyi gendang, gong, serunai, nafiri, harbab dan bangsi biola. Segala biduanda

pun menyanyi dan rakyat pula bermain segala kepandaian masing-masing. Anak raja-

raja pula berhibur dengan berbagai-bagai cara berjogar dan membaca hikayat Jawa

ataupun menyabung ayam. Beberapa ekor kerbau disembelih bagi menjamu mereka

yang hadir. Tatkala siang hari sebelum malam berinai, inai pun diarak masuk ke dalam

istana. Inai itu dibubuh di atas kepala seekor kera Hanuman yang diletakkan di atas

perarakan lalu diarak. Hal ini jelas menunjukkan masih betapa kuatnya pengaruh Hindu

pada waktu itu kerana hanya agama Hindu yang percaya dan menyembah tuhan yang

berwajah monyet.

Lantas bertambah riuhlah suasana dan semakin banyaklah persembahan

permainan dengan tambahan tari dan pendekarnya. Kemudian, di hari esoknya, anak

raja itu diarak sebanyak tujuh kali keliling kota di atas gajah kenaikannya lengkap

dengan alat pawainya dan payung yang keemasan dan tunggul panji-panji dan alam

barnaga. Setelah itu, anak raja dimandikan dengan air yang diarak juga. Kemudian baru

upacara bertindik dijalankan.

Penghayatan Karya Agung Melayu 153

Sistem politik dan ekonomi yang ditunjukkan dalam teks ini adalah hasil daripada

struktur dan sisitem sosialnya. Raja adalah simbol perpaduan dan menguasai kawasan

istana dan sekitarnya atau ‘negara kota’. Di kawasan lain pembesar negeri pula yang

berkuasa. Ikatan antara pembesar dan sultan adalah berasaskan kesetiaan. Pembesar

pula mempunyai pengikutnya yang terdiri daripada golongan rakyat. Rakyat biasanya

dikerah tenaga dan harta benda untuk pembesar dan sultannya. Dalam upacara rasmi

dan adat-istiadat raja, rakyat kerap menyumbangkan ‘persembahan’ kepada raja

melalui pembesarnya dalam berbagai-bagai bentuk seperti binatang ternakan, timah

dan rial tunai (wang ringgit). Mungkin peradaban sebegini terhadap raja adalah hasil

daripada pengaruh Hindu yang kuat, kerana mereka percaya bahawa raja itu sebagai

wakil Tuhan, lantas sesuatu yang buruk akan berlaku sekiranya mereka engkar

terhadap raja. Mereka juga percaya akan ‘daulat’ yang ada pada raja, walaupun negeri

Perak telah berubah menjadi negeri Islam.

Misa Melayu juga membuktikan kehadiran sistem ekonomi feudal yang

menetapkan raja dan pembesar memonoplikan kegiatan tersebut, manakala rakyat

sekadar pekerja dan menjalankan suruhan pembesar semata-mata. Maka, rakyat biasa

yang mahukan kehidupan yang senang, mereka haruslah pandai mengampu orang-

orang besar serta Raja mereka. Hal ini dapat dilihat menerusi nukilan daripada teks:

“... baginda menitahkan Tambi Kecil pergi ke

benua Keling (India). Adapun akan Sultan Iskandar

itu, terlalu banyak baginda menaruh gajah. Maka

itulah baginda menitahkan Tambi Kecil pergi akan

mengambil barang siapa mahu membawa kapalnya

masuk berniaga ke dalam Perak ini, kerana baginda

mahu berjual gajah.”

Semasa dalam keberangkatan menjelajah negeri Perak atau bermain ke laut,

Sultan Iskandar telah menjual bijih timah kepada Belanda di Tanjung Putus. Ini dapat

dilihat menerusi pantun yang berikut:

Timah dibawa duli baginda,

Berapa ratus baharanya ada,

Diurap rial kepada Holanda,

Supaya suka di dalam dada.

Misa Melayu menyebut tentang urusan perdagangan dengan Belanda pada abad

ke-18 dan falsafahnya yang ada di belakangnya. Pada mulanya, pusat pengumpulan

bijih timah orang Belanda di Perak ialah Tanjung Putus, kemudiannya mereka

memohon kepada Sultan untuk mendirikan kota dan bangunan di Pangkalan Halban

dekat Kuala Perak. Semua kapal dagangan dari luar negeri Perak perlu mendapatkan

Penghayatan Karya Agung Melayu 154

kebenaran sultan dalam urus niaga dagangan kapal itu. Dalam sistem ekonomi feudal,

sultan dan pembesar negeri adalah orang-orang yang memonopolikan eksport dan

import. Namun, dengan kemakmuran yang ada di dalam negeri Perak, menyebabkan

ramai ‘orang dagang’ berniaga di negeri itu. Bijih timah dan gajah menjadi sumber

ekonomi negeri. Di Pulau Indera Sakti pula, terdapat kedai-kedai Cina. Selain Belanda,

pedagang luar yang ramai ialah dari India, manakala pedagang dari Kepulauan Melayu

pula ialah dari kawasan Sumatera dan Makasar. Pedagang dari luar itu turut serta

dalam majiis rasmi dan perayaan kerajaan. Sekali lagi hal ini dapat dipetik daripada

teks:

“Adapun pada masa itu Holanda dan orang Cina

dan orang Keling pun semuanya datang

persembahkan segala permainannya berbagai-

bagai rupanya dan lakunya.”

Sudah menjadi satu aliran, pengarang sastera sejarah mengusahakan

pengkisahan peristiwa yang disaksikannya dan terlibat secara langsung di dalamnya

pelbagai jenis penulisan seperti syair dan pantun. Misa Melayu sendiri memuatkan 451

rangkap syair. Walaupun syair itu mengisahkan ‘Sultan Iskandar bermain-main ke laut’,

tetapi terdapat banyak fakta dan maklumat tentang sistem politik Melayu tradisi Perak

yang dipaparkan dalam abad ke-18. Lantas, daripada syair itu dapat dipastikan senarai

gelaran dan sifat serta fungsi pembesar, panglima dan hulubalang negeri; sistem

protokol kerajaan; kehalusan seni pertukangan kapal; nama-nama kapal diraja; dan

nama tempat yang dilawati.

Pada keseluruhannya Misa Melayu memberi tumpuan kepada Suftan Iskandar

Zulkarnain yang disanjung tinggi dan dipuji sebagai raja yang luar biasa

kepahlawanannya. Lantas, teks ini amat berguna dalam mencari bahan sejarah tentang

negeri Perak, kerana ianya penuh dengan peristiwa-peristiwa yang bertaku, serta kaya

dengan adat-istiadat diraja. Bahasa yang digunakan juga amat mendalam serta

diselitkan juga bahasa-bahasa asing, seperti, karallah, lazuardi dan sebagainya.

Kesemuanya itu menyimpan mutiara faslafah dan pengajaran kepada sesiapa yang

membaca Misa Melayu.

Hikayat Amir Hamzah

Salah sebuah genre sastera yang sangat digemari ramai di zaman sastera Islam ialah

sastera epik. Dikenali juga sebagai sastera pahlawan. Karya sastera ini, mengisahkan

seorang tokoh wira yang menjadi kebanggaan sesuatu bangsa. Kisah yang diceritakan

penuh keistimewaan dan luar biasa. Tokoh wira merupakan tokoh pahlawan yang

istimewa dan menjadi kebanggaan bagi sesuatu bangsa itu. Keistimewaan tokoh dari

segi kepahlawanan dicampuradukkan dengan unsur-unsur mitos, lagenda, cerita rakyat

Penghayatan Karya Agung Melayu 155

dan sejarah. Tokoh pahlawan bersifat ‘superhuman’ penuh kehebatan dalam

peperangan dan pertempuran dengan musuh-musuh.

Menceritakan kegagahan dan kekuatan serta kehandalan dalam

mempertahankan kebenaran. Bersedia melakukan pengorbanan. Penceritaan

mengenai tokoh wira mempunyai kedudukan yang tinggi dalam sejarah bangsa. sifat-

sifat-kepahlawanan yang memiliki sifat gagah, berani, setia dan bersemangat waja.

Epik ini dihasilkan sama ada bentuk prosa atau puisi. Biasanya ia semacam berbentuk

roman atau hikayat, ertinya ia panjang. Latar tempatnya meliputi ruang yang amat luas,

latar dewa kayangan, bawah laut dan latar masa amat panjang meliputi beberapa

generasi. Gambarannya bersifat objektif. Penceritaan berpusat pada tokoh. Bersandar

watak pada individu, pahlawan atau wira. Penceritaan menggunakan poetice justice.

Peranan watak wira dalam cerita melibatkan, masa kecil wira., unsur-unsur

kepahlawanan yang dimiliki, sifat negarawan, menjadi atau bersifat diplomatik dan

akhirnya menjalani hidup sebagai seorang yang mistik.

Seandai sastera kitab membawa falsafah moral dan pengajaran untuk

pengembangan dakwah Islami, maka cerita epik sebenarnya juga membawa fungsi

yang sama tetapi metode yang berbeza. Di dalam al-Quran sangat banyak diceritakan

pelbagai cerita, yang maskudnya bahawa manusia itu suka mendengar cerita. Semasa

penceritaan itulah diselitkan pengajaran. Pada suatu zaman dan waktu, manusia

memerlukan seseorang yang boleh dijadikan tokoh, kerana ia akan memberi kekuatan

dan inspirasi. Maka cerita epik selain bertujuan mengagungkan seseorang tokoh, iaitu

mengagungkan pahlawan Islam yang terbilang, epik menjadi lambang keagungan

kerajaan pemerintahan Islam. Ia adalah suatu bentuk naratif atau penceritaan bagi

menunjukkan pencapaian kemuncak dan kecemerlangan sesuatu bangsa itu. Selain

daripada itu bertujuan untuk menanamkan semangat cintakan bangsa, negara dan

agama, di samping memperkenalkan identiti bangsa dan negara kepada generasi akan

datang. Epik juga, terutamanya epik Islam memperlihatkan ketinggian dan kemuliaan

sifat orang-orang Islam yang berperang bermati-matian untuk menuntut keadilan dan

menghapuskan kekejaman; jelas sekali perjuangannya bagi mempertahankan maruah

bangsa dan agama., Di sinilah falsafah kerajaan dan politik Islam disebarkan.

Dalam sastera epik Islam sesungguhnya sangat kaya dengan segala nilai-nilai

murni dan falsafah pendidikan. Dalam Hikayat Amir Hamzah antaranya yang temui

ialah nilai tolong-menolong dan bersatu padu bagi menghadapi suasana yang genting

kerana ancaman musuh. Dengan bantuan yang segera tiba daripada putera-putera

Amir Hamzah dengan mudah tenteranya dapat mengalahkan tentera Kisra. Falsafah

yang mulia ini diperlihatkan pada perwatakan Amir Hamzah sebagai seorang wira yang

suka menolong orang lain seperti pertolongan yang diberinya kepada Makhluf dan

bangsa Ajam. Walaupun Kisra seorang raja yang besar, tetapi apabila takhta

Penghayatan Karya Agung Melayu 156

kerajaannya dalam keadaan bahaya akibat tindakan Khatin al-Khaibary, maka Amir

Hamzah tampil untuk membantunya.

Nilai etika yang pengampun merupakan satu sifat yang terpuji, yang memang

dianjurkan oleh agama Islam. Sifat ini dipraktikkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sendiri

yang sedia mengampunkan musuh-musuh ketatnya yang pernah menentangnya. Sifat

ini juga menjadi ikutan kepada watak-watak wira dalam hikayat pahlawan Islam. Hikayat

Amir Hamzah menggambarkan wira-wiranya mengamalkan sifat tersebut. Amir Hamzah

digambarkan sebagai seorang yang bersedia memberi keampunan di atas kesalahan

orang yang ingin bernaung di bawah pemerintahannya. Misalnya Amir Hamzah

mengampunkan Raja Nu’man yang pernah murtad dengan agama Islam kerana

mengikut agama yang menyembah matahari. Sifat yang mulia ini diperlihatkan apabila

dia bersedia mengampunkan musuhnya, iaitu Raja Kisra setelah Amir Hamzah berjaya

mengalahkan tentera Kisra dan menawan Bandar Kurasan.

Seorang wira Islam bukan sahaja bersedia untuk memberi ampun kepada

musuh-musuh mereka yang tewas, mereka juga suka melakukan kebajikan kepada

rakyat dengan bersifat pemurah dan selalu menghulurkan segala bantuan kepada

mereka yang memerlukannya. Wira-wira dalam hikayat berunsur Islam terdiri daripada

tokoh-tokoh yang terkemuka seperti panglima perang dan raja-raja Islam. Walaupun

wira itu mempunyai kedudukan dan kuasa yang tertinggi, tetapi mereka digambarkan

sebagai watak yang tidak memiliki sifat yang angkuh. Mereka sangat menghormati

orang lain termasuk orang-orang yang pernah menjadi musuhnya dan tewas dalam

medan peperangan. Watak Amir Hamzah digambarkan sebagai memiliki etika yang

sebegitu. Misalnya Amir Hamzah menghormati Kisra walaupun Kisra pernah menjadi

musuhnya. Demikian juga Amir Hamzah menghormati Buzurjumhur, seorang menteri

Kisra yang bijaksana dan banyak menolong bangsa Arab. Dalam kehidupan sehari-hari,

Amir Hamzah dikatakan mengamalkan sikap suka menghormati ahli keluarga seperti

isteri dan anak-anaknya. Meskipun demikian, Amir Hamzah tidak dapat menghormati

dan memberi maaf kepada menteri Bakhtik yang jahat kerana sikap menteri itu yang

terus-menerus mengatur pelbagai tipu muslihat untuk membunuhnya.

Seterusnya perwatakan wira Islam ialah mereka merupakan orang yang bijaksana

dalam memimpin tentera dan rakyatnya. Sifat-sifat ini telah digambarkan pada watak

Amir Hamzah juga. Sebagai sastera bercorak Islam, watak-watak wira dalam

hikayatnya juga berperanan sebagai pengembang agama Islam. Dalam Hikayat Amir

Hamzah, Amir Hamzah digambarkan sebagai pengembang agama Nabi Allah Ibrahim.

Kemudian setelah Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan, Amir Hamzah tampil menjadi

pengikut Nabi Muhammad s.a.w. dan memainkan peranan untuk menyebarkan agama

Islam.

Sebagaimana hikayat-hikayat tentang pahlawan Islam yang lalu, hikayat ini juga

mengisahkan tentang perjuangan dan peperangan Sabil yang dijalankan oleh Amir

Penghayatan Karya Agung Melayu 157

Hamzah untuk menyebarkan agama Nabi Allah Ibrahim yang menjadi ikutan bagi

agama Islam. Sebagaimana hikayat-hikayat pahlawan yang lain, Hikayat Amir Hamzah

memperlihatkan bahawa watak utamanya mengunakan media peperangan sebagai

satu cara untuk menyebarkan agama Islam. Apakah pendekatan begini dapat direstui

oleh agama Islam adalah suatu cara yang amat diragui. Walau bagaimana pun, hikayat

ini hanya bertujuan untuk membangkitkan semangat keislaman dan menarik

keghairahan para pembacanya di kalangan orang-orang Melayu yang menganut agama

Islam.

Dalam sejarah Islam ramai tokoh-tokoh pahlawannya. Justeru kegagahan dan

perjuangannya tokoh-tokoh ini terus hidup dalam bentuk dunia sastera. Apabila Islam

masuk ke Alam Melayu, maka cerita-cerita pahlawan ini dibawa bersama, sebagai

salah satu pengembangan dakwah Islam. Tokoh-tokoh itu diceritakan untuk

menggantikan tokoh-tokoh seperti Seri Rama yang muncul dalam zaman Hindu. Salah

sebuah hikayat yang sangat kuat pengaruhnya ialah Hikayat Amir Hamzah maka

falsafah teks tersebut mengandungi unsure sejarah.

Hikayat Amir Hamzah telah digolongkan ke dalam sastera epik, yakni sastera

yang mementingkan nilai-nilai kepahlawanan dan kewiraan unggul dengan watak

utamanya mempunyai sifat keberanian, kegagahan dan kepintaran yang luar biasa,

terutamanya dalam hal-hal yang bersangkutan dengan peperangan. Wira dalam

konteks cerita-cerita epik ini biasanya terdiri daripada tokoh-tokoh legenda yang

mempunyai peribadi mulia, penuh dengan sifat kemanusiaan yang murni, sambil sifat

diri tokoh itu dilebih-lebihkan menjadi super human, dengan tujuan untuk menonjolkan

sanjungan masyarakat terhadap tokoh berkenaan. Tokoh tersebut selalunya dipandang

sebagai sumber yang memancarkan cahaya yang dapat menerangi kegelapan

masyarakat setempat. Di sinilah letaknya falsafah etika dan insaniyyah seorang wira.

Amir Hamzah yang dianggap sebagai tokoh sastera epik daripada sumber Islam,

yang secara umumnya telah berjaya menjadi sanjungan bukan sahaja di kalangan

masyarakat Arab, tetapi juga sanjungan itu telah meresap sama ke dalam masyarakat

Melayu sejak kedatangan Islam ke rantau ini lagi. Kemasukan cerita-cerita bercorak

kepahlawanan Islam ke alam Melayu, khasnya Hikayat Amir Hamzah ini, sebenarnya

mempunyai tujuannya yang tersendiri, iaitu untuk meninggikan semangat juang

hulubalang-hulubalang Melaka ketika menentang Portugis seperti yang diceritakan

dalam Sejarah Melayu.

Dalam sejarah Islam, Amir Hamzah adalah bapa saudara Nabi Muhammad yang

bernama Sayidina Hamzah, anak kepada Abdul Mutalib. Dia seorang panglima perang

Islam, disejajarkan dengan Umar ibn Khattab mengenai kepahlawanannya dan

keberaniannya. Hamzah sebaya dengan Nabi Muhammad dan menjadi saudara

sesusuannya. Dia pernah dikirim oleh Muhammad dengan tentera sebanyak 30 orang

ke daerah Ish di tepi laut Mekah, menghadapi tentera Abu Jahal yang membawa

Penghayatan Karya Agung Melayu 158

tentera Mekah sebanyak 300 orang. Peperangan itu tidak jadi meletus, kerana ada

pihak ketiga yang meleraikannya. Namun demikian, peristiwa ini telah membuktikan

keberanian Hamzah yang telah diuji. Peperangan yang telah benar-benar menunjukkan

kegagah-beranian Hamzah adalah perang Badar dan Uhud. Pada peringkat awal dalam

perang Uhud, kaum muslimin menang, tetapi dengan kemenangan awal itu

menyebabkan sebahagian besar tentera Muhammad sibuk mengurus barang

rampasan dan mereka menjadi lengah terhadap tentera bantuan musuh yang datang

dengan mendadak. Akhirnya neliau gugur sebagai syahid, setelah melawan musuh

dengan gagah berani bagaikan singa dan bagaikan pedang Tuhan yang tajam, hingga

banyak musuh yang tewas olehnya.

Gambaran Amir Hamzah sebagai wira telah diberikan sejak beliau masih kecil.

Kelahiran beliau telah diramalkan oleh pembesar Parsi bernama Khoja Buzurjumhur

Hakim. Nama Amir Hamzah ini diberikan oleh beliau. Kegagahan Amir Hamzah

terserlah sejak beliau kecil. Ketika berumur tujuh tahun, Amir Hamzah telah dapat

membantun sepohon kurma yang sedang lebat berbuah. Amir Hamzah juga telah dapat

membunuh scorang pendekar yang gagah. Selain daripada itu, Amir Hamzah telah

berjaya membunuh 70 orang penunggu berhala. Amir Hamzah sering terlibat dengan

peperangan. Peperangan tercetus kerana berlakunya penganiayaan, rampasan kuasa,

pengkhianatan dan sebagainya. Amir Hamzah berperang demi untuk menegakkan

kebenaran dan keadilan.

Dilengkapkan dengan segala ilmu dan kemahiran, Amir Hamzah diceritakan

pernah menuntut ilmu daripada Jibrail di Bukit Kaf, mendapat khazanah nabi-nabi yang

terdiri daripada objek-objek sakti seperti Kuda Janggi Ishak, pedang perang Nabi Ishak,

baju Nabi Allah Adam, ketopong Nabi Hud serta ikat pinggang Nabi Ishak. Benda-

benda ini telah dapat membantu Amir Hamzah menentang musuh. Amir Hamzah telah

mendapat bantuan daripada pelbagai pihak. Dalam perjuangannya, Umar Umaiyah dan

Khoja Buzurjumhur Hakim telah memberi Amir Hamzah sokongan dan bantuan. Selain

daripada mereka, Amir Hamzah telah dibantu oleh Nabi Khaidir yang telah memberinya

tali sakti bagi membolehkan Amir Hamzah menghapuskan jin-jin. Nabi Khaidir juga

telah memberi Amir Hamzah daun yang dapat mengubati mata Amir Hamzah dan

tentera-tentera yang Islam yang telah dibutakan oleh jin-jin kafir. Malaikat Jibrail juga

telah membantu Amir Hamzah dengan menyamar menjadi sebagai seorang tua untuk

menjadi guru kepada Amir Hamzah.

Sebagaimana yang telah dibincangkan terlebih dahulu, sifat kegagahan dan

kepahlawan Amir Hamzah telah terselah sejak dari kecil lagi, sebagaimana juga dengan

Hang Tuah. Dalam cerita Amir Hamzah Di Masa Kecil jelas telah digambarkan

beberapa peristiwa aneh oleh pencerita terhadap kekuatan Amir Hamzah itu yang

walaupun susah untuk diyakini, tetapi kerana ketokohan beliau sebagai pahlawan

agung Islam, kemungkinan kekuatan seperti itu tetap berlaku atas kehendak Allah.

Penghayatan Karya Agung Melayu 159

Antara keistimewaan yang ditunjukkan itu termasuklah kemampuan beliau

mengalahkan seorang ahli gusti yang tiada tandingannya ketika itu, yang ternyata

mempunyai sifat takbur yang amat tidak disenangi oleh Amir Hamzah. Kekuatan Amir

Hamzah juga amat menakjubkan apabila beliau berjaya mencabut pokok kurma dengan

akar-akarnya sekali. Dan kerana kelahiran beliau adalah untuk menegak kemungkaran,

Amir Hamzah dengan berani membakar sebuah rumah berhala yang selama ini

menjadi tempat orang-orang kafir membuat kemungkaran. Ini jelas seperti yang

dinyatakan oleh Umar Umaiyah kepada Khoja Abdul Mutalib sebagai alasan supaya

Amir Hamzah tidak dikenakan tindakan.

Hikayat Amir Hamzah membawakan falsafah tentang makna peperangan.

Peperangan menjadi pusat pengembangan plot ceritanya. Peperangan pada asasnya

berlaku antara dua pihak, iaitu pihak yang ingin menegakkan kesucian agama Islam

dan pihak yang ingin menentang ajaran agama itu. Faktor-faktor lain yang meletuskan

peperangan itu ialah seperti penganiayaan, rampasan kuasa, pengkhianatan dan

sebagainya. Peperangan dilancarkan oleh Amir Hamzah bertujuan menegakkan

kebenaran dan keadilan dan juga menghapuskan penyelewangan dan kerosakan, di

sinilah letaknya falsafah peperangan itu.

Sebagai sebuah hikayat yang bercorak Islam, pengarang secara jelas

menggambarkan bahawa agama Islam adalah agama yang benar dan perjuangan

membela agama Islam sentiasa mendapat pertolongan Allah sehingga setiap

peperangan yang dilancarkan sentiasa memperoleh kemenangan. Peperangan yang

berlaku digambarkan sebagai suatu perjuangan untuk menegakkan agama Islam dan

membanteraskan agama-agama yang menyeleweng daripada ajaran sebenarnya.

Tugas menegakkan agama Islam diletakkan di atas bahu Amir Hamzah. Antara

peperangan yang dihadapi oleh Amir Hamzah ialah peperangan semasa mengalahkan

Mukbal ulab dari Yaman, juga Hisyam anak raja negeri Khaibar. Baliau juga

mengalahkan beberapa orang pahlawan kafir yang cuba menyerang Mekah.

Nampaknya dalam peperangan ini bukan sahaja menghadapi musuh yang terdiri

daripada manusia tetapi juga memerangi jin-jin kafir.

Hukum Kanun Melaka

Sastera Undang-undang ialah sebuah genre yang dinamakan untuk segolongan hasil

karya yang membicarakan peraturan sesebuah kumpulan masyarakat atau negara. Di

dalamnya terdapat aturan-aturan tertentu yang mesti dipatuhi; sekiranya ia dilanggar

pelakunya akan menghadapi hukuman yang telah ditentukan. Sastera undang-undang

sesuai dengan namanya berisikan undang-undang sebagai landasan dan garisan untuk

pemerintah dalam menjalankan tugasnya. Pada dasarnya karya-karya ini untuk

menunjukkan adanya kuasa di pihak pemerintah untuk diikuti oleh rakyat atau orang

bawahananya bagi melahirkan sebuah masyarakat yang adil dan sempurna.

Penghayatan Karya Agung Melayu 160

Bagaimana pun terlihat adanya unsur memihak kepada golongan atasan atau

bangsawan serta menindas golongan rakyat.

Lazimnya dalam kehidupan masyarakat Melayu hingga sekarang, yang telah

didasarkan daripada kehidupan zaman dahulu, ia dapat dibahagikan kepada dua corak

undang-undang yang dianuti, iaitu Adat Temenggung dan Adat Perpatih. Kedua-

duanya mempunyai perbezaan dalam mengaplikasikannya bagi melahirkan masyarakat

yang berperaturan. Adat Temenggung dapat dilihat seperti Hukum Kanun Melaka,

undang-undang laut Melaka , Hukum kanun Pahang, Undang-undang Johor, Undang-

undang 99 Perak, dan lain-lainnya. Sementara untuk Adat Perpatih ialah Undang-

undang Sungai Ujung dan Undang-undang Adat dari Rembau.

Dalam masa penggubalan undang-undang ini terdapat pelbagai unsur telah

masuk menyerap ke dalamanya antaranya ialah pengaruh Hindu dan Islam. Bagaimana

pun dikatakan Islam telah memberikan sumbangan besar dalam pembinaan genre

sastera undang-undang yang berupa hukum kanun dan undang-undang tubuh negei-

negeri Melayu. Selaras dengan proses Islamisasi yang beransur-ansur, hukum kanun

negeri-negeri Melayu juga mencerminkan ciri tersebut. Hukum Kanun Melaka (abad

15/16M) misalnya masih memperlihatkan bauran antara unsur-unsur keperibumian

dengan hukum Islam. Tetapi keadaan itu terus-menerus berevolusi menuju

pengislaman yang lebih sempurna.

Di antara teks sastera undang-undang itu Hukum Kanun Melaka adalah teks

yang tertua sekali, ertinya ia pelopor kepada teks-teks yang lainnya. Justeru itu ia

menjadi ikutan, rujukan dan juga ikon kepada sastera undang-undang yang muncul

selepasnya. Hukum Kanun Melaka adalah merupakan Hukum Islam yang pertama

yang telah diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Shah untuk digunakan di negeri

Melaka. Memaparkan sejarah undang-undang di Melaka yang menjadi amalan

masyarakat Melayu pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Shah.Penekanan

dari segi udang-udang perkahwinan, jual beli dan prosuder juga dimuatkan bagi

memperlihatkan Hukum Kanun Melaka adalah undang-undang Islam. Perlu juga

ditegaskan di sini, isi kepada teks sastera undang-undang itu ada yang bersifat am, ada

juga yang bersifat khusus. Yang am ialah yang berhubung dengan keterangan tentang

kuasa pemerintahan dan pentadbiran serta pemberian tugas kepada raja, pembesar

dan pihak pengurus yang lainnya. Segala perihal kesalahan dan hukuman dalam aspek

jenayah, perkahwinan dan pembahagian harta juga dibicarakan. Yang khusus ialah

peraturan tentang sesuatu subjek atau perkara seperti pelayaran yang menjadi aktiviti

dominan zaman silam. Kita menemui Undang-undang Laut Melaka dihasilkan dalam

usaha menjelaskan kewajipan nakhoda, jurumudi, jurubatu, awak-awak dan pelibat

pelayaran yang lainnya. Mentaati undang-undang ini sewaktu dalam pelayaran akan

menjayakan sesuatu misi pelayaran dan terhindar daripada mala petaka pelayaran di

lautan terbuka yang ganas

Penghayatan Karya Agung Melayu 161

Hukum Kanun Melaka bukannya hanya tertua dan menjadi rujukan, tetapi masih

relevan hingga dewasa ini. Hukum ini menjadi khazanah yang cukup keemasan dan

tinggi nilainya. Sebelum kedatangan penjajah Barat, undang-undang asas dan dasar

Negeri Melaka adalah Undang-Undang Islam. Undang-undang ini dilaksanakan meliputi

semua bidang iaitu Undang-Undang Keluarga, Jenayah, Undang-Undang Tanah dan

Mal. Undang-Undang Islam mulai dikumpul serta dikanunkan sehingga menjadi rujukan

dan ia dinamakan Hukum Kanun Melaka atau Undang-Undang Melaka.

Pengumpulannya dibuat pada zaman Sultan Muhammad Syah (1422 – 1444M) dan

dilengkapkan pada zaman Sultan Muzaffar Syah (1445 – 1450M). Kenyataan itu

menunjukkan betapa teks sastera undang-undang itu hidup hingga sekarang ini. Malah

ia dikatakanHukum Kanun Melaka mempuyai pengaruh yang besar dan berkesan di

negeri-negeri Melayu dibawah pemerintahan Empayar Melaka dan negeri-negeri yang

berjiran dengannya termasuk Brunei dan Pontianak.

Dalam konteks membicarakan falsafah sastera undang-undang ini, telah

dinyatakan tentang kedudukan adapt istiadat dalam perundangan atau yang menjadi

budaya ikutan zaman berzaman, sama ada dalam Adat Perpatih, dalam Adat

Temenggung atau adat yang lainnya. Kanun itu mengandungi falsafah politik, sosial,

budaya, juga bersifat keagamaan. Tujuannya ialah untuk melahirkan Negara yang adil

dan kehidupan rakyat yang sejahtera. Tidak syak lagi penyusunannya memiliki sifat

logik, dan menjadi etika yang harus ditaati. Tanpa demikian kebenaran dan kejayaan

tidak dicapai. Yang dipuncak segala-galanya untuk melahirkan masyarakat yang

bertamadun.Berikut ini kita cuba melihat suatu nukilan tentang adat perkahwinan yang

ada hubungannya dengan sastera undang-undang itu.

Perkahwinan di dalam masyarakat Melayu merupakan suatu peristiwa yang

dijalankan menurut adat dan telah menjadi kelaziman masyarakat setempat. Upacara

perkahwinan juga merupakan suatu hari yang istimewa serta dianggap penting dalam

masyarakat Melayu. Pelbagai perkara mempengaruhi dalam adat istiadat perkahwinan

masyarakat Melayu sejak berabad-abad lalu hasil daripada pengaruh kebudayaan luar.

Bagaimanapun, pengaruh luar itu telah diasimilasikan dengan budaya tempatan di

samping berteraskan agama Islam yang menjadi pegangan hidup masyarakat.

Adat istiadat perkahwinan masyarakat Melayu Melaka boleh dibahagikan kepada

dua iaitu Adat Temenggung dan Adat Perpatih atau dikenali dengan nama Adat

Naning. Bagi masyarakat Melayu yang tinggal di kawasan Naning, Adat Naning

dikatakan lengkap dengan segala peraturan dan hukum adat yang menjadi

perlembagaan kepada masyarakat berkenaan. Wilayah yang mengamalkan sistem adat

Naning ini terletak di Melaka Utara, yang melingkungi satu kawasan seluas kira-kira

250 kilometer persegi. Wilayah ini mempunyai 25 mukim iaitu 22 buah di daerah Alor

Gajah dan tiga buah lagi terletak di daerah Jasin. Oleh kerana sistem Adat Naning

Melaka dan Negeri Sembilan berasal dari teromba yang sama iaitu Minangkabau,

Penghayatan Karya Agung Melayu 162

lazimnya mereka hidup dalam cara hidup bersuku-suku atau secara berkeluarga dan

berkaum. Satu perkara yang menjadi larangan di dalam sistem perkahwinan Adat

Naning ialah melarang lelaki dan perempuan yang sama suku berkahwin walaupun

mereka bukan muhrim.

Pada kebiasaannya, upacara perkahwinan Adat Naning merupakan satu

upacara yang memakan masa yang agak panjang serta memerlukan belanja yang agak

besar. Bermula dengan upacara merisik yang juga dikenali sebagai `Risik Yang

Berdesus, Gamit Nan Berkecapi’ yang dilakukan oleh keluarga lelaki sama ada ibu

bapa mereka sendiri atau wakil, mereka datang dengan membawa cincin tanya.

Mengikut pandangan masyarakat adat Naning, perempuan adalah diibaratkan sebagai

`harta’ dan diberikan segala keistimewaan yang tertentu.

Apabila kata setuju dicapai oleh kedua pihak, mereka dipanggil `Semenda

Menyemenda’ dan utusan peminangan dan pertunangan dilakukan oleh pihak lelaki

dengan penuh adat istiadat. Pihak perempuan biasanya akan menyediakan kenduri

bagi menantikan rombongan daripada pihak lelaki. Dalam urusan peminangan dan

pertunangan ini, sirih yang disusun di dalam tepak sirih memainkan peranan penting

dan ia dikenali sebagai `Kepala Adat’. Ketika upacara peminangan ini juga,

penggunaan perbilangan adat akan digunakan dan pihak lelaki akan menyerahkan

cincin pertunangan yang dikenali sebagai cincin serunai atau `Beronto'. Apabila majlis

peminangan dan pertunangan selesai, tuan rumah akan menjemput orang semenda

dan warisnya dalam satu adat istiadat yang disebut `Berkampung' bagi persediaan

majlis perkahwinan.

Adat berkampung akan diketuai Buapak yang akan menyelaraskan kerja-kerja

persiapan perkahwinan seperti mendirikan balai, penanggah untuk pinggan mangkuk.

Semua pekerjaan ini akan dilakukan secara gotong royong sesama orang semenda

manakala tuan rumah hanya menyediakan barang-barang keperluan untuk majlis

perkahwinan sahaja. Seterusnya, apabila tarikh majlis perkahwinan sudah ditetapkan,

maka ibu bapa pengantin perempuan akan menempah Mak Andam yang bertujuan

untuk menampakkan seri wajah pengantin perempuan ketika bersanding.

Adat Berinai pula akan dijalankan terhadap pengantin perempuan kira-kira dua

hari sebelum majlis akad nikah dan ia juga dikenali sebagai Berinai Besar yang

dilakukan sehari sebelum majlis perkahwinan iaitu pada waktu malam sebelum majlis

akad nikah. Berinai Kecil pula biasanya dilakukan sehari sebelum Berinai Besar dan

kebiasaannya dilakukan pada waktu malam.

Upacara akad nikah dilangsungkan sebelum persandingan dilakukan dan sekali

lagi kedua belah pihak akan menggunakan kata teromba adat dan upacara membayar

adat turut dilakukan pada masa yang sama. Seterusnya apabila tamat upacara akad

nikah, majlis persandingan dilangsungkan dan pengantin perlu berdepan dengan

beberapa orang `penjaga pintu' dan akan berlaku `pertelagahan' di antara kedua pihak

Penghayatan Karya Agung Melayu 163

yang bertujuan untuk bersenda gurau dan menambahkan kemesraan. Perisitiwa ini

dikenali sebagai `Hambat Pintu'. Di majlis persandingan ini juga diadakan istiadat

bersuap-suapan yang menggunakan pulut kuning dan acara ini menjadi perhatian

hadirin yang datang.

Adat Mandi Berhias turut diadakan selepas sehari atau dua hari majlis

perkahwinan diadakan. Ini diikuti adat bertandang ke rumah pengantin lelaki yang

dikenali sebagai `menyalang'. Dalam hal ini, pengantin perempuan akan menyediakan

buah tangan seperti dodol atau wajik untuk diserahkan kepada keluarga pihak lelaki.

Ketika pihak lelaki mengunjungi saudara mara belah pihak perempuan pula, ia disebut

sebagai Adat Menyerambi. Masyarakat Melayu Naning juga turut mengadakan Adat

Berbesan yang bertujuan untuk mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan selepas upacara

perkahwinan. Segala adat istiadat itu menjadi peraturan, lalu menjadi undang-undang

kemasyarakatan.

Rumusan

Kita telah membincangkan Misa Melayu dengan menganalisis falsafah politik, sosial,

etika, moral dan lain-lain dimensi falsafah yang terkandung di dalamnya. Begitu juga

dengan Hikayat Amir Hamzah sebuah epik Islam, yang di dalamnya banyak moral,

etika dan pendidikan Islam yang boleh menjadi renungan masyarakat terkini.

Sementara dalam Hukum Kanun Melaka, sebuah teks karya agung undang-undang

dan bersifat ketatanegaraan memiliki pelbagai falsafah yang sangat bernilai tinggi.

Hukum Kanun Melaka merupakan sebuah perlembagaan dan piagam kenegaraan

yang dipakai di zaman kesultanan Melaka. Sesuai dengan disiplin falsafah untuk

mengembangkan keilmuan dan pencari kebenaran, teks-teks yang dibincangkan itu

memberi banyak aspirasi dan signifikan kepada pelajar untuk menjiwai falsafahnya

sebagai teladan untuk menghadapi hidup di zaman moden dan pascamoden yang

global ini.

Rujukan

Harun Mat Piah, 1997. Puisi Melayu Tradisional: Satu Perbicaraan Genre dan Fungsi.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Hikayat Amir Hamzah, Senarai Koleksi Manuskrip. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Mana Sikana, 1996. Falsafah danm Seni Kreatif Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Mana Sikana, 2004. Sastera Melayu Klasik: Warisan Keemasan, Singapura: Pustaka

nasional.

Penghayatan Karya Agung Melayu 164

Mana Sikana, 2007. Teras Sastera Klasik. Bangi: Pustaka Karya.

Mohd. Taib Osman, 1974. Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala Lumpur: Federal

Publications

Raja Chulan, 1991, Misa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Antara

Wellek, Rene, 1972. A History of Modern Critic. New Haven: Yale University of Chicago

Press.

KATA KUNCI

1. falsafah metafizika

2. kosmologi

3. membayar kaul

4. poetice justice

5. hukum kanun

6. Kepala Adat

7. adat mandi berhias

8. Buapak

1. Bincangkan maksud falsafah dan bidangnya.

2. Teks Misa Melayu disifatkan sebagai kisah benar dan rasional serta

menunjukkan tahap-tahap pemikiran dan cara hidup di zaman feudal. Jelaskan

kebenaran pernyataan berkenaan.

3. Apakah falsafah di sebalik penciptaan karya ‘Hikayat Amir Hamzah’?

4. Hukum Kanun Melaka mengandungi falsafah politik, sosial, budaya, dan juga

bersifat keagamaan. Bincangkan.

Penghayatan Karya Agung Melayu 165

UNIT 9

FALSAFAH DALAM KARYA AGUNG MODEN

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda dapat :

1. Menghuraikan aspek falsafah yang mengkhusus kepada karya-karya agung zaman sastera moden.

2. Membincangkan falsafah di sekitar konteks dengan zaman, iaitu yang terdapat dalam bidang pelajaran, ekonomi, sosial, politik, keagamaan, budaya dan dimensi-dimensi kehidupan yang lainnya.

3. Membandingkan falsafah dalam karya-karya moden terpilih..

PENDAHULUAN

Dalam bab ini akan dibincangkan aspek falsafah yang mengkhusus kepada karya-karya

agung zaman sastera moden. Sebagai teks zaman moden falsafahnya banyak berkisar

di sekitar yang konteks dengan zamannya iaitu yang terdapat dalam bidang pelajaran,

ekonomi, sosial, politik, keagamaan, budaya dan dimensi-dimensi kehidupan. Di antara

karya agung yang akan dinukil falsafahnya ialah Salina karya A.Samad Said, Bukan

Lalang ditiup Angin oleh Noordin Hassan, Juara oleh S.Othman Kelantan dan Ain oleh

Kemala. Kesemua penulis itu adalah karyawan agung penerima Anugerah Sastera

Negara, yang bergelar Sasterawan Negara.

FALSAFAH DAN BIDANGNYA

Pada bab yang lepas kita telah membincangkan definisi, konsep dan bidang falsafah.

Untuk peneguhan perbicaraan itu kita ulang semula sebagai dasar bertolak perbicaraan

falsafah dalam karya agung moden. Falsafah bermaksud cinta kepada ilmu dan

kebenaran. Secara umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri seperti pemikiran yang

tertinggi dan bertujuan untuk mendapatkan kebenaran. Berfalsafah ialah mencari

kebenaran dari kebenaran untuk kebenaran, tentang segala sesuatu yang

dimasalahkan dengan berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat. Apabila seseorang

berfikir demikian dalam menghadapi masalah dalam hubungannya dengan mencari

kebenaran, adalah orang itu telah memasuki falsafah. Penuturan dan uraian yang

tersusun oleh pemikirannya itu adalah falsafah. Daripada pendapat tersebut, rumusan

Penghayatan Karya Agung Melayu 166

dapat dibuat bahawa falsafah seharusnya ditandai dengan caranya iaitu berfalsafah,

dan juga masalahnya iaitu persoalan falsafah.

Berfalsafah secara mudahnya dapat dimaksudkan sebagai memikirkan sesuatu

dengan sangat mendalam. Dengan itu falsafah ialah membincangkan sesuatu secara

mendalam untuk mendapat jawapan yang benar dan real terhadap sesuatu perkara.Di

antara bidang falsafah yang diberi penekanan ialah etika, metafizika, sejarah, sosial,

ekonomi, kosmologi, politik, dan logik. Etika ialah pemikiran tentang moral, pendidikan

dan pengajaran. falsafah metafizika memikirkan tentang kewujudan dan keberadaan.

Sejarah persoalan yang berkaitan dengan makna masa silam, seperti tamadun dan

keruntuhan. Sosial adalah gambaran kehidupan realiti manusia yang kontekstual.

Ekonomi ialah sistem pendapatan dan pengurusan harta benda. Kosmologi ialah yang

membincangkan situasi persekitaran dan alam sarwajagat. Politik ialah aplikasi dan

tujuan sistem pemerintahan sesebuah negara.Logik ialah pemikiran yang rasional,

taakulan dan sebab musabab. Falsafah ialah suatu kesenian berfikir, yang waras,

bernas dan mendalam. Karya sastera yang dihasilkan yang membicarakanb sesuatu

subjek biasanya akan membicarakan sesuatu itu secara artistik dan mendalam, maka di

situlah tersimpannya mutiara falsafahnya.

Salina

Novel Salina ialah karya yang ditulis oleh sasterawan Negara A.Samad Said. Novel ini

kaya dengan falsafah sosial, moral, ekonomi dan budaya Melayu, terutamanya

pencitraan akibat daripada perang dunia kedua. Sebagai karya sastera kekuatannya

terletak pada estetika pembinaan tekstualitinya. Jalinannya kemas dan menarik.

Kejayaan A.Samad Said terletak pada penguasaan teknik dan kekuatan pengucapan

serta daya deskriptif yang dapat menggerakkan gambaran dan watak yang hidup bagi

mengisi ruang dan waktu..

Suatu lagi kekuatan dan menjadi aspek estetik teksnya ialah kemampuan

A.Samad Said mencitrakan latarnya yang berfalsafahkan sosial. Ketepatan dan

keterinciannya menggambarkan latarnya sangat memukau. Tidak siapa yang menolak

gambaran Kampung Kambing dan Singapura selepas dilanda perang hidup dalam

senario tekstualnya. Sastera yang bersifat komited dan kontekstual itu, menggeledah

hubungan-hubungan dengan masyarakatnya. Salina adalah cerminan masyarakat dan

bersifat mimetik sastera yang bersifat komited dan kontekstual, yang melihat hubungan-

hubungan sastera dengan masyarakatnya. Pengkaji sastera berpendapat bahawa

sastera adalah cerminan masyarakat, bersifat mimetik. Goldmann menyatakan bahawa

sesebuah karya sastera itu mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan konteks

masa dan zaman dengan sistem pemikiran dan pandangan hidup masyarakat, malah

mempunyai kaitan dengan sistem pemeritahan dan gejolak politik yang melahirkan

Penghayatan Karya Agung Melayu 167

karya-karya tersebut. Dengan demikian karya tersebut sebenarnya adalah citra kepada

masyarakat dan membayangkan sebagai suatu kesedaran bersama.

Dengan yang demikian citra latar Salina dan pencernaannya itu; menjelaskan

pegangan dan sikap kontekstual pengarang. Kesedaran sosial yang terjelma daripada

kelas sosial itu penting dan abadi sifatnya. Kesedaran ini dapat dilihat sikap pengarang

dalam mengemukakan hujah-hujah atau aspirasinya, Dalam sesebuah karya yang akan

menyerlahkan pandangan sosial pengarangnya. Di dalamnya menjelma konsep

tentang pandangan dunia. Pandangan dunia dikaitkan dengan pandangan kelas sosial.

Daripada kenyatan itu. Salina bukannya hanya penuh dengan keindahan daripada

aspek tekstual, juga tetap tidak melupakan dasar pentingnya untuk kepentingan

masyarakat. Faktor dalaman dan luaran dalam penciptaan sastera, menjadi dasar

utama pembinaannya. Di situlah estetikanya.

Daripada suatu yang lain novel sememangnya genre sastera yang muncul di

kalangan budaya burjuis dan menyebarkan fahaman sistem ekonomi kapitalisme,

namun Salina tidak hanya kepentingan atas doktrinasi itu sahaja, di dalamnya

terkombinasi sociology of knowledge, lebih menggemari dunia wacana, intelektual dan

ia bersimpati dengan karya sastera yang bersifat avant-garde dan eksprimental yang

dicipta oleh golongan penulis Peranchis waktu itu seperti yang dihasilkan oleh Robbe-

Grillet, Jean Genet dan Nathalie Sarraute. Ia membaca karya-karya yang

mementingkan estetika, malah sebuah karya yang baik baginya ialah karya yang

mempunyai struktur dan estetika yang tinggi, tanpa sangat terikat oleh ideologi dan

sosiologisme teks.

Pengarang tidak sahaja menggambarkan fenomena-fenomena sosial, budaya,

ekonomi, politik dan pelbagai dimensi falsafah kehidupan yang lainnya. Pengarang

dilihat dalam konteks pendekatan ini haruslah memiliki tanggung-jawab moral terhadap

masyarakatnya. Hubungan antara teks sastera dengan realiti sosial dan realiti ekonomi;

ini sesungguynya bukanlah persoalan baru, tetapi Salina melihatnya dengan perspektif

baru. Dengan tujuan untuk menunjukkan falsafah sosialnya, kita lihat dunia yang

dimasuki oleh watak Salina bagi memperlihatkan status sosilanya. kita lihat dunia realiti

yang menjadi latar belakangnya dan keluarganya dalam Bab 10 halaman 149.

“Dia datang dari satu keluarga yang kaya-raya dan ternama di dalam masyarakat-masyarakat sebelum Perang Dunia Kedua. Ayahnya saudagar intan berlian di Singapura. Di antara adik-beradiknya itu Siti Salina yang tertua. Adik-adiknya tiga orang masing-masing termuda setahun-tahun sahaja di antara satu dengan yang lain. Walaupun Siti Salina lebih rapat kepada ibunya daripada ayahnya, tapi dia lebih menyayangi ayahnya, kerana ibunya bukan ibunya yang sebenar, ibunya yang sebenar sudah tiada sejak umurnya masih enambulan lagi, adik-adiknya adalah hasil perkahwinan ayahnya dengan isterinya yang baru itu!”

Penghayatan Karya Agung Melayu 168

Siti Salina digambarkan memiliki rupa paras yang cantik, berbadan kurus tinggi

dan masih muda. Siti Salina ditonjolkan sebagai seorang wanita yang baik dan

mempunyai sifat-sifat terpuji. Dia juga mengambil berat tentang jiran-jiran.

Hubungannya dengan tokoh-tokoh lain seperti Hilmy, Khatijah, Karupaya Samy,

Nahidah, Haji Karman dan Bulat begitu suci dan mesra malah penuh kasih sayang.

Secara tidak langsung penempatannya sebagai teman, sebagai kakak yang mesra

terhadap Hilmy, bersikap sebagai adik kepada Khatijah, reaksinya yang melambangkan

sifat ibu yang baik kepada fiil Bulat dan sebagainya amat terasa apabila hubungannya

dengan tokoh-tokoh lain direnungi.

Sungguh pun kehidupannya kotor, dia seorang yang riang dan mempunyai sihat

pandangan. Apabila Karupaya Samy mengatakan Salina gila kerana sukakan Abdul

Fakar, ia menjawab dengan menyatakan,“Karupaya tak ada gila, ya? Itu sebab

Karupaya kasi orang tinggal ini macam punya rumah saya gila sama Fakar tak apa

(Salina, 1986: 12.) Salina juga mempunyai rasa keinsafannya yang jelas terhadap

hidup. Ini terbukti sebagaimana kata-katanya kepada Khatijah sewaktu membincangkan

soal pergaduhan Fakar dengan Sunarto.

Kita menyaksikan Salina bagaikan hidup di dunia khayalan, dunia yang penuh

dengan imajan. Setiap detik dalam sehari semalam sepanjang beberapa tahun itu

sekadar terapung-apung dalam gelombang impian, inilah yang dikatakan dunia tahap

cerminnya. Dia dengan mudah menyerahkan ‘apa’ sahaja untuk memenuhi keperluan

khayalannya. Kenyataan ini menunjukkan ia cuba menguasai alam simbolismenya. Dia

memberi senyuman yang diminta. Dia mencurah wang kalau wang boleh

menyenangkan hati orang lain malah tiba pada satu aras Salina dirasakan hanya

sebagai objek tanpa roh meskipun Salina dalam setiap gerak tindak berada dalam

kesedaran. Begitulah Salina memasuki dunia real yang masih terikat kuat dengan

imajan dan simbol, kerana situasi hidupnya menjadi seorang pelacur menjadikannya

hilangan identiti dan pegangan.

Dapatlah kita katakan bahawa Salina sebenarnya seorang yang jahil, seorang

yang tidak beriman. Salina adalah seorang pelacur. Salina adalah perempuan

simpanan Abdul Fakar. Seorang manusia yang hilang susunan simbolik dan tiada

menentu memasuki alam realitinya. Pembentukan dirinya tidak dilakukan dengan

sewajarnya, kerana ia adalah pelacur. Dan begiutulah pelacur sebuah dunia simbol

kehancuran. Salina sebenarnya memberi suatu penanda tentang kehidupan dan

petandanya ialah gambaran wanita yang kehilangan kewanitaannya. Ini adalah makna

tunjang novel Salina ini yang mengaitkan dengan keseluruhan penceritaan melalui

perjalanan hidupnya. Dunia Salina adalah dunia wanita akibat perang, itulah falsafah

moral dalam novel ini.

Kemudian kita menemui watak Nahidah seorang gadis berusia 17 tahun. Sejak

kecil lagi Nahidah seorang anak yatim piatu. Kedua-dua ibu dan bapanya telah

Penghayatan Karya Agung Melayu 169

meninggal dunia. Ibunya meninggal dunia semasa pemerintahan Jepun akibat sakit biri-

biri sementara ayahnya menjadi mangsa perang di hutan Gua Musang. Nahidah tinggal

bersama abangnya iaitu Mansur, abang angkatnya Sunarto dan ibu tirinya Zarina.

Sebelum bapanya meninggal dunia tatkala berkhidmat sebagai seorang askar, bapanya

mengahwini Zarina. Sungguhpun keadaan hidup keluarganya susah, dia seorang yang

periang dan peramah dan suka berterus-terang. Kesusahan kepadanya hanyalah timbul

apabila ibu tirinya memarahinya atau abangnya atau Sunarto. Nahidah meskipun tidak

mendapat pendidikan sempurna, namun kesedarannya tentang nasib orang Melayu

yang buruk kelihatan jelas sebagaimana melalui perbualannya dengan Hilmy mengenai

buku-buku dan pengarang-pengarang Melayu. Dia mengkritik sikap Hilmy yang mula-

mulanya kebarat-baratan oleh kerana pengaruh guru sekolah Inggerisnya yang

memuja-muja kesusasteraan Inggeris dan memandang rendah kepada buku-buku dan

pengarang-pengarang Melayu. Nahidah juga memperlihatkan otak yang cerdas dan

kesedaran yang tidak cetek terhadap hal-hal masyarakat. Nahidah mempunyai bakat

mengarang. Melalui surat-suratnya kepada Hilmy turut memperlihatkan bahawa dia

pandai mengarang. Di sini pula letaknya logik dan metafizika, falsafah yang menjadi

pegangan hidup Nahidah.

Persahabatannya dengan Hilmy yang menguntum terus menjadi kasih. Nahidah

berhasrat untuk berkahwin dengan Hilmy suatu hari nanti. Dan pada waktu dia sudah

dipaksa oleh ibu tirinya Zarina supaya menjadi pelayan, nasibnya mula menjadi buruk.

Kehormatannya diperkosa, oleh kerana malu dan susah hati dia pun meninggalkan

rumah membawa diri. Akhirnya dia berkahwin dengan seorang buruh pelabuhan yang

tidak dikenalinya sebelum ini. Jika memerhatikan watak ini, sepatutnya ia watak yang

kurang tersusun baik dari imajan dan susu simboliknya, kerana ia tiada mempunyai

orang tua. Tetapi Nahidah telah membuktikan segala-gala kekurangan atau masalah itu

bukanlah halangan untuk memasuki dunia sosial dan dunia real. Yang penting ialah

bagaimana kita seharusnya menyusun diri dan mengasai alam realnya. Nahidah adalah

contoh watak yang baik dalam pandangan Lacan justeru segala-galanya berjalan dalam

susunannya. Keinginannya untuk menghadapi hidup yang baik terlahir secara simbolik.

Cara penelitian yang menggambarkan perasaan, keinginan dan dihubungkan dengan

masa silam dan mengatur untuk hidup bagi masa depan ia menjelma dalam bentuk

yang penuh penanda dan berkias seperti yang dimaksudkan oleh Lacan seperti

metonimi dan metafora kehidupan.

Sunarto pula seorang muda yang saban hari kerjanya membawa beca.

Dengan becanya itu, dia mencari rezeki begi menampung dan menyarai keluarga

angkatnya, Zarina, Mansur dan Nahidah. Sunarto telah diajak tinggal bersama dengan

Abdul Mutalib, ayah Nahidah ketika Abdul Mutalib menemuinya sedang menanti-nanti

makanan hanyut di Sungai Rochor di hadapan Sungai Road. Meskipun dia

diperlakukan dan ditindas oleh Zarina namun Sunarto tetap tidak membantah. Adapun

dia bertindak sedemikian kerana dia mahu membalas budi Abdul Mutalib. Malahan

Penghayatan Karya Agung Melayu 170

selepas peristiwa Nahidah diperkosa oleh Abdul Fakar dan Cik Salim, Sunarto telah

menawarkan diri untuk menjadi suami dan pelindung kepada Nahidah. Watak ini meski

hidup dalam segala kesengsaraan, tetapi ia juga diganbarkan sebagai watak yang baik

dan susunan baik. Watak ini bersifat denotatif, kehendak-kehendaknya meski

bertentangan dengan nilai seorang manusia, tetapi yang tersembunyi di jiwanya ialah

untuk menyelamatkan keadaan. Kejayaan watak menambat kehendak-kehendak yang

paradoks ini disifatkan oleh Lacan sebagai dunia real yang dicapai secara hakiki.

Watak Hilmy juga digambarkan dalam imejan yang sama dan dunia realnya

penuh dengan dirundung malang. Bapanya meninggal dunia kerana terkena bom.

Setelah kematian ayahnya Hilmy bersama ibunya Khatijah telah berpindah dan

menyewa rumah di Kampung Kambing.Hilmy mempunyai pendidikan yang agak tinggi

iaitu dia mula bersekolah Melayu Kota Raja, kemudian ke Sekolah Inggeris Monk's Hill

dan akhirnya ke Victoria Institution. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang arkitek.

Hilmy seorang yang pandai bergaul, mengambil hati, dan bersopan santun. Dia begitu

disenangi oleh Siti Salina dan Nahidah sebaliknya dibenci oleh Abdul Fakar dan Zarina.

Dia bercita-cita untuk hidup bersama dengan Nahidah tetapi tidak berani

menyatakannya. Helmy simbol kepada pemuda yang berani dan berjaya mencipta

identitinya. Dia asalah simbol,kpada pemuda yng sedar diri meski pun suasana ketika

itu dalam zaman segala kesukaran dan kegelisahan. Terdapat dua watak sampingan

dan antogonis yang dikemukakan oleh pengarang, iaitu watak Abdul Fakar dan Zarina.

Kedua-dua watak ini bersifat ganas dan hanya inginkan kesenangan, kemewahan dan

kewibawaan tanpa mempedulikan orang lain.

Watak Zarina tergolong dalam wanita yang lain daripada Salina dan Nahidah.

Sungguhpun ketiga-tiga mereka sama-sama mengalami kesusahan akibat perang dan

kemiskinan, tetapi pandangan hidup Zarina berbeza daripada pandangan hidup Salina

dan Nahidah. Salina dan Nahidah berfahaman positif dan optimistik, manakala Zarina

berfahaman negatif dan pesimistik. Zarina seorang perempuan berumur 36 tahun.

Sebelum berkahwin dengan bapa Nahidah, dia pernah menjadi pelayan dan terjebak ke

lembah pelacuran. Kejadian ini disebabkan oleh kegagalan perkahwinan, pengalaman

pahitnya dengan suaminya yang kedua dan dengan lelaki ketiga dalam hidupnya.

Zarina juga telah berkahwin dalam usia yang begitu muda iaitu 15 tahun. Zarina

bergantung hidup kepada anak angkatnya, Sunarto. Meskipun begitu, dia bertindak

bengis dan membenci Sunarto. Kehidupan yang berasal dari lembah pelacuran seakan-

akan sebati di sanubarinya. Ini jelas dari tindakannya yang melepaskan keinginan

nafsunya dan telah sanggup melacurkan diri walaupun dia telah berkahwin dengan

bapa Nahidah. Setelah lama menjanda, Zarina tetap berkeinginan memuaskan

nafsunya. Peluang ini dapat dipenuhinya setelah dia menyerahkan dirinya kepada

Abdul Fakar.

Penghayatan Karya Agung Melayu 171

Zarina yang didorong oleh hawa nafsu yang kuat mahu berjaya sebagaimana

teman-temannya (pelacur) yang lain. Kejayaan teman-temannya mempunyai tanda

kejayaan seperti kerabi, loket, cincin, gelang, jam tangan dan sebagainya, sedangkan

dia walaupun telah dimamah usia turut mendorongnya untuk memaksa anak tirinya

Nahidah untuk menjadi pelayan bagi memenuhi keinginannya itu. Bagi Lacan bahasa

bukan tujuan komunikasi tetapi sebagai tempat untuk subjek meluahkan rasa dan

membina dirinya. Kehendak manusia terstruktur dan mempunyai susunan seperti

bahasa itu, dan Lacan juga menyatakan bahawa subjek tidak akan sampai ke tahap

kewujudan sehingga dia sampoai ke peringkat sedar itu dapat membina konsep diri

dalam dunia realnya. Iniulah sebenarnya yang dialami oleh Zarina dunia yang penuh

paradoks dan tidak berjaya membina alamnya kerana ia tidak mampu untuk menyususn

struktur dirinya sendiri.

Watak Abdul Fakar dalam novel Salina bolehlah digambarkan sebagai watak

yang sama dengan Zurina. Jika dilihat dari wataknya itu, didapati Abdul Fakar adalah

seorang manusia yang hidupnya bergantung kepada Siti Salina sepanjang penceritaan

dalam novel ini. Tidak ada satu-satu bukti yang menunjukkan ia mengubah pandangan

hidup atau mengubah corak kehidupannya sepanjang pergaulannya dengan Siti Salina.

Watak Abdul Fakar juga bolehlah dianggap sebagai watak sampingan. Abdul Fakar

berperanan sebagai pemuda simpanan bagi Salina. Abdul Fakar dianggap sebagai

suami oleh Salina walaupun mereka berdua tidak pernah bernikah kerana paras Abdul

Fakar adalah menyerupai paras rupa tunangnya Muhammad Yusuf yang telah

meninggal akibat terkena bom dalam keganasan petang.

Di samping itu Abdul Fakar mempunyai sifat yang garang, bengis dan tidak

berhati perut. Dia hidup semata-mata memakan hasil Siti Salina setiap hari. Abdul

Fakar sebenarnya adalah seorang kelasi kapal yang singgah di Pelabuhan Singapura.

Dia telah mabuk kerana terlalu banyak minum minuman keras dan ditinggalkan oleh

kapal kargo tempat dia bekerja lalu menjumpai Siti Salina yang sanggup

memeliharanya sehinggalah Siti Salina meninggalkannya dan Abdul Fakar akhirnya

pulang ke laut menjadi kelasi semula. Abdul Fakar sebenarnya menjadi mangsa dirinya

sendiri, yang tidak kenal diri dan terus menerus tersamar dalam tahap cermin. Dan dia

juga tidak berjaya menempatkan dirinya selain daripada menjatuhkan masruahnya

untuk hidup hasil daripada pelacuran. Nilai-nilai sosial dan maruah diri secara bawah

sedar dikuasai oleh keinginan yang tak bertepi dan inilah yang mengurangkan

kepribadiannya. Dia pun tak berhasil mengeluarkan dirinya dari penjara diri dan apabila

keadaan memaksa kahirnya ia kembali ke tempat asalnya.

Demikianlah analisis watak-watak yang terdapat dalam Salina dengan

menekankan aspek falsafah sosial, ekonomi, pendidikan dan etika yang terkandung

dalam novel ini melalui analisis perwatakannya. Kita bukan sahaja beroleh citra-citra

perwatakan yang datang daripada bawah sedar, juga dengan melalui analisis

Penghayatan Karya Agung Melayu 172

perwatakan itu akan memahami petanda Salina itu sendiri. Kita menyaksikan struktur,

tahap-tahap perwatakan dan memahami struktur teksnya. Kita dapat memahami makna

yang terdiam dalam teks itu dengan memahami jiwa watak-wataknya, dan memahami

mengapa Salina begitu menarik dan berjaya menggambarkan negara selepas perang.

Kosmologi yang menjadi latar alam Salina adalah sedemikian halnya yang

menjadikannya seorang perempuan yang hilang kewanitaaannya. Di sinilah falsafah

novel ini untuk tatapan masyarakat, bahawa peperangan itu sangat buruk akibatnya.

Bukan Lalang ditiup Angin

Bukan Lalang ditiup Angin dihasilkan oleh sasterawan negara Noordin Hassan, ia

adalah sebuah drama yang dianggap sebagai teks kanun dan agung. Cuba kita baca

dialog pertamaya, apabila Pak Andak dengan Mak Andak bertembung dalam keadaan

keganjilan dan bercakap dalam gaya penuh keganjilan, sementara Pak Leman yang

menyanyi dan bercakap sendiri dengan lagu “Pak Kadok”, memperlihatkan suatu sikap

hidup yang agak luar biasa, agak nihilistik, putus asa, juga membayangkan

keabsurditian.

Mak Andak : Astaghfirullah, apa mulanya demikian, Pak Andak!

Kenapa tak mahupun ditangkap harimau panjang tujuh,

buaya panjang sembilan, supaya bangat matinya; ha! Gila

aku dibuatnya. (Agak mula meradang).

Pak Andak: Eh, apa pula kau ni, Mak Andak? Apa yang dihamun tak

tentu belang ni?

Mak Andak : Amboi – gunung payung, intan gemalam urat rambutku! Lain

yang disuruh, lain yang dibuat. Jika begini! Lapar

dahagalah arwah sekalian.

Pak Andak: Aku pun lapar juga! Sudahlah mencari belalang

rusa sejenak kuda berlari, pulang ke rumah disembur pula…

kau tau tak orang bercakap dengan dirinya… (terdengar

suara bernyanyi – luar pentas. Mak Andak berhenti. Suara

bernyanyi kian dekat. Masuk Pak Leman musafir, sambil

bernyanyi dan bercakap berseorangan).

(Noordin Hassan. 1974: 166-167)

Drama ini membawa falsafah politik 1970-an, sewaktu Negara berada dalam riak

akibat dan hasil dari peristiwa berdarah tragedi 13 Mei 1969. Seperti yang dicatatkan

Penghayatan Karya Agung Melayu 173

oleh sejarahnya, insidennya itu tercetus dari tindakan beberapa buah politik yang

mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya Parlimen 10 Mei 1969; di mana

terutamanya Parti Tindakan Demokrat (DAP) dan Gerakan telah menjalankan kempen-

kempen yang membawa isu-isu perkauman. Dan apabila mereka mendapat

kemenangan, lalu mereka adakan siri-siri perarakan menyambut kemenangan tersebut.

Agak disayangkan benih perkauman semasa kempen dahulu, telah disuburkan melalui

jeritan-jeritan dan laungan-laungan yang dalam beberapa hal memperolok dan

menyindir perasaan orang-orang Melayu. Sebagai rakyat yang mendaulatkan

Semenanjung Tanah Melayu ini adalah tumpah darah mereka dan yang menjadi

warganegara terhormat serta orang yang membuka tanah di rantau selatan ini, amat

berasa apa yang dilemparkan oleh golongan Cina itu sebagai perbuatan yang amat

kotor dalam sejarah Malaysia dan tidak menghargai apa yang telah diberikan oleh

orang Melayu kepada mereka sehingga sanggup membenarkan mereka menduduki

bumi ini dan diberi pula hak mengundi dan kebebasan sama seperti warganegara

Melayu. Menyedari dirinya sebagai bangsa yang bermaruah orang-orang Melayu pun

bangun, menentang provokasi ala-Zionis dan petualang yang paling kurang ajar dan

terkutuk itu. Sebenarnya orang Melayu hanya mempertahankan hak dan maruahnya

sebagai manusia. Secara universalsesiapa sahaja dalam kedudukan itu, mereka akan

bangun melawan.

Sudah pasti perarakan yang boleh menjatuhkan martabat orang Melayu tidak

boleh dibenarkan di bumi ini, justeru sebagai penduduk asal mereka wajib dihormati

dan harus kaum-kaum lain yang diberi segala “kemudahan syurga” berterima kasih dan

bersikap mengenang jasa. Untuk memanusiakan sikap yang sudah terkeluar dan sikap

kemanusiaan itu orang Melayu pun turun ke tengah gelanggang sejarah, untuk

membuktikan kata-kata Laksamana Hang Tuah “Takkan Hilang Melayu di Dunia”.

Peristiwa yang cuba dipadamkan dari lipatan sejarah itu, memaksa Yang di-

Pertuan Agong mengisytiharkan negara dalam keadaan darurat dan demokrasi yang

sudah mati itu terpaksa digantikan dengan Majlis Gerakan Negara. Majlis inilah yang

menggantikan kerajaan untuk memerintah, Tun Abd. Razak Husain telah dilantik

sebagai pengarahnya. Segala kekuasaan sebenarnya di tangan Yang di-Pertuan

Agong, Majlis Gerakan Negara ini hanya menjalankan apa-apa yang diperintahkan oleh

baginda. Dalam situasi demikian, kerajaan mula mengkaji sebab akibat dan merancang

masa depan Malaysia yang lebih kuat teras perpaduan dan muhibahnya. Beberapa

rumusan dapat disimpulkan, selagi jurang ekonomi antara yang berada dengan kurang

berada begitu besar, selama itu, perpaduan hanya menjadi mainan, lalu kerajaan pun

mula melaksanakan beberapa panduan bagi meneguhkan ekonomi kaum bumiputera.

Di samping itu Rukun Negara mempunyai lima prinsip dasar: kepercayaan kepada

Tuhan, kesetiaan pada raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-

uaang dan kesopanan dan kesusilaan. Dan lima prinsip ini diharapkan dapat membina

sebuah negara yang berpadu dan bersatu. Dan untuk mencapai kemajuan ia banyak

Penghayatan Karya Agung Melayu 174

menggantungkan kepada kemajuan sains dan teknologi. Pada masa yang sama

kerajaan memperkuatkan Dasar Pelajaran Kebangsaan dan mendaulatkan

pelaksanaan bahasa kebangsaan.

Apabila demokrasi kembali dipulihkan dan Rancangan Malaysia Kedua

1971 – 1975 pun dilancarkan, yang kali ini disifatkan sebagai serampang dua mata, di

mana Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan bukan saja mengisi janji-janji kemerdekaan

tetapi seperti ditegaskan hendak merapatkan jurang perbezaan diharapkan dalam

konteks jangka panjang, bertujuan mewujudkan kelas kapitalis Melayu yang akan

menguasai 30% aktiviti perdagangan dan perindustrian menjelang 1990. Dari sudut

psikologi, falsafah dan pemikiran orang Melayu, buku Revolusi Mental karya Senu

Abdul Rahman (1967)telah diterbitkan, bagi merubah sikap dan tindakan serta cara

berfikir orang Melayu. Begitu juga konotasi “Hak keistimewaan orang-orang Melayu”

diberi pengertian yang sebaik-baiknya, di mana dalam lapangan pendidikan misalnya,

pembahagian dilebihkan kepada bumiputera, agar peluang ini dapat meninggikan taraf

pelajaran dan kemudian dapat memperbaiki ekonomi mereka. Selaras dengan cita-cita

Dasar Pelajaran Kebangsaan, maka Universiti Kebangsaan Malaysia pun didirikan.

Pada dasarnya, semua perancangan kerajaan itu bertujuan merubah segi corak

ekonomi dan bentuk yang tradisional feudal kepada yang berbentuk kapitalis,

danmerubah dari segi sikap, nilai, pemikiran dan aspirasi individu-individu di dalam

masyarakat itu sendiri, iaitu perubahan dari segi budaya, sosial dan psikologi.

Bolehlah dianggap zaman ini, kerajaan lebih memperhebatkan penglibatan

dirinya dalam berbagai-bagai bentuk perancangan dan juga untuk memperbaiki mutu

perlaksanaannya. Sebenarnya, pihak kerajaan sendiri berasa adanya kelemahan

dalam rancangan pembangunan negaranya dan dalam beberapa hal pula berasa

adanya kepincangan dan kemunduran masyarakat. Sementelahnya perubahan-

perubahan hasil dan proses perbandaran dan penghijrahan belia ke desa menimbulkan

fenomena baru masyarakat, jadi masyarakat heterogenous. Dan kacau pula.Dalam

suasana keributan politik, ekonomi dan pendidikan begitulah kegiatan penulis drama

era ini berlangsung. Di samping itu, boleh juga membantu kefahaman latar belakang

ini, dengan melihat seketika kegiatan aktiviti organisasi kesusasteraan. Tahun-tahun

sebelumnya dunia sastera telah menyaksikan, beberapa peristiwa penting dalam

pergolakan sosial kepengarangan: pertama Undang-undang Bahasa Kebangsaan yang

sangat memalukan itu, mengilhamkan sebahagian penulis Malaysia melahirkan protes

mereka melalui “Keranda 152”. Dan peristiwa berhubung penerokaan tanah kerajaan,

melahirkan antologi puisi Teluk Gong. Kedua-duanya ini menunjukkan karya sastera

protes sosial di Malaysia sedang berada di puncaknya. Para penulis sudah berani

turun ke medan masyarakat untuk menyuarakan hasrat rakyat.

Bukan Lalang Ditiup Angin itu sebenarnya sebagai petanda reaksi juga refleksi

terhadap kenyataan-kenyataan politik tanah air. Di situ ia menyimpan falsafah moral

Penghayatan Karya Agung Melayu 175

dan pengajaran kepada warga Malaysia. Kesusasteraan itu akan tetap setia menjadi

perakam sejarah, pemikiran bangsa dan masyarakat (Wellek, Rene 1968 ) Sudah ada

hujahnya, bahawa masyarakat Malaysia sudah mula kacau, tragedi 13 Mei dengan

masalah ekonomi dan perhubungan antara ras dan etniknya, menjadikan sistem

kemasyarakatan sudah mula abnormal. Sastera yang dibayangkan oleh Noordin

Hassan itu, memang membayangkan sebuah masyarakat yang mula tidak taat kepada

norma-norma yang logik. Organisasi yang tidak tersusun dengan sebaiknya, juga

perasaan individu yang meluap-luap, melahirkan masyarakat kacau, yang

memungkinkan karya sedemikian itu muncul. Dan situasilah politik yang tidak menentu

akibat daripada tragedi itu, menjadi ilham kepada pengarang.

Ada persamaan Bukan Lalang Ditiup Angin dengan drama Artaud dari segi

memasukkan unsur-unsur nyanyian dan tarian, tidak kurang sepuluh buah lagu di

dalamnya, yang terdiri daripada berbagai-bagai irama dan rentak. Dari sudut dialog

juga ada persamaannya, iaitu kedua-duanya berlirik, puitis, bermeter dan sekali-sekala

melontarkan falsafah. Dari sudut muzika ini, dan memang sebenarnya drama ini

dinamakan drama muzika, tidak secara langsung apabila bentuk muzika itu mengambil

dari lagu-lagu Melayu Asli, maka unsur-unsur itu terangkum dalam drama ini.

Bukannya dibuat secara tidak sedar, justeru dalam aspek lain seperti unsur

pernujuman, di mana watak Pak Leman mempercayai ramalan Tuk Nujum terhadap

nasib mereka dan adanya juga sabung ayam sebagai perjudian orang Melayu. Kedua-

dua itu jelas unsur tradisional dan istimewanya dalam drama ini ia mendapat tafsiran

baru, bahawa mereka bakal mendapat penujuman tentang keruntuhan hidup mereka

dan perjudian itu pula ada hubungannya dengan penggadaian tanah tempat tinggal

mereka yang melambangkan tanah tumpah darah mereka yang sudah menjadi

taruhannya.

Kemudian Noordin Hassan mengemukakan satu pemikiran tentang konsep nasib

para penghuni desa dalam drama Bukan Lalang Ditiup Angin itu. Terdapat adanya

konsep permainan nasib dan takdir. Para watak itu mengalami penderitaan dan

penindasan dan mereka menganggap penentuan itu telah ditentukan oleh nasib kepada

mereka dan mestilah menerima tanpa tolak darabnya lagi. Mereka percaya mereka

telah dihidupkan dengan penentuan nasib tersebut. Dilihat daripada sudut falsafah

menggilap kembali unsur-unsur tradisi untuk diberi satu definisi baru, sebenarnya

memanglah merupakan satu lagi ciri-ciri drama Nordin Hassan Dalam konteks ini Islam

mempunyai dasarnya sendiri, mafhum al-Quran:

Bukankah aku Tuhan kamu? Mereka berkata “Ya – benar, kami bersaksi”.

Ayat suci al-Quran ini memaklumkan, sebenarnya sebelum manusia dilahirkan,

semua roh-roh telah ditanyakan tentang eksistensialisme mereka; malah telah

Penghayatan Karya Agung Melayu 176

dihadapkan motif dan sebab mengapa manusia itu dibangkitkan. Tidak lain dan tidak

bukan supaya manusia berbakti dan beribadat kepada Allah. Inilah sebenarnya yang

menjadi dasar dan prinsip utama manusia dihidupkan, untuk berbakti, bertakwa dan

takutkan Allah. Keterangan ini membuktikan bahawa tidaklah benar seperti faham

eksistensialisme Barat, bahawa manusia terlontar sia-sia sahaja ke dunia tanpa tujuan

dan menerima ketentuan-ketentuan sebagai tragedi. Noordin Hassan melalui

sanggahan terhadap penyerahan pada takdir itu, menunjukkan dengan tepatnya,

bahawa penulis ini dapat melihat bahawa hidup di dunia satu-satunya anugerah Allah

yang maha besar sekali dan manusia haruslah memanfaatkan akal yang bakal menjadi

dacing dan neraca pertimbangan:

Peladang 1: Kasihan, duit banyak, isteri muda cantik, tapi dia dalam penjara.

Isterinya balik kampung konon (tertawa sinis). Aku tak erti semua

ini. Nampaknya Tuhan jemu dengan apa yang ada. Nah, dia buat

lhsan. Satu tragedy.

Peladang 2 : Ihsan yang buat diri dia jadi begini.

Peladang 1 : Tuhan amat mengetahui bukan? Dia tahu lhsan akan jadi begini

bukan? Kenapa sengaja dia buat begini?

Peladang 2 : lhsan sendiri yang menerajukan nasibnya.

Peladang 1 : Mengapa Tuhan tidak menggerakkan hati dia supaya

mengubahkan nasibnya? Mengapa Tuhan tak buat apa pun?

Seronok tengok saja apa yang jadi pada lhsan?

Peladang 2 : Kau siapa yang hendak menyoal tentang kuasa dan perbuatan

Tuhan? Jangan-jangan Tuhan pun kau tak kenal.

Peladang 1 : Aku kenal dia. Tapi sekarang Tuhan sudah mati.

Peladang 2 : Murtad! Kau murtad .

( Noordin Hassan : 192 – 193)

Noordin Hassan memasukkan mengenai konsep dan falsafah eksistensialisme

itu jelas dalam pertentangan antara dua watak tersebut. Peladang 1 adalah mewakili

manusia jamak yang sudah meninggalkan ajaran Allah. Ucapannya: “Nampaknya

Tuhan jemu dengan apa yang ada”, “Mengapa Tuhan tak buat apa pun” dan “Tapi

sekarang Tuhan sudah mati”, memberi bukti yang terang bahawa itu sebenarnya

adalah faham eksistensialisme Barat yang pernah dicetuskan oleh Nietzche. Dengan

kehadiran filosof itu, menyingkap pemikiran masyarakat Melayu hari ini, yang pada

Penghayatan Karya Agung Melayu 177

dasarnya mereka itu beragama Islam, tetapi apa yang menjadi kebudayaannya

berdasarkan falsafah dan pemikiran Barat.

Sementara Peladang 2 pula memikul beban berat di pundaknya, ia terpaksa

mempertahankan agama, tetapi sayang agama yang dipertahankannya itu sendiri tidak

difahaminya dengan sebaiknya. Tetapi dialog: “Ihsan sendiri yang menerajukan

nasibnya”, memperlihatkan prinsip agama yang radikal dan agresif, yang jika

dihubungkan dengan falsafah dan pemikiran Islam, kita akan temui ini adalah menjadi

sebahagian daripada cin-ciri skolastik al-Muktazilah. Golongan ini percaya bahawa

konsep qadak dan qadar itu sebenarnya diberi pengertiannya dalam tindakan manusia

sendiri dan mempercayai bahawa rasional menjadi dasar hidup yang boleh

memperubah erti dan tujuan hidup

Selain dari konsep eksistensialisme itu, kita dihadapkan juga dengan sikap

hidup moden, yang betapa gigihnya berjuang tetapi akhirnya dikalahkan oleh

kekuasaan wang dan pangkat. Manusia memang tidak dapat menolak kenyataan

sosial, bahawa putaran hidup tetap di bawah bayang-bayang materialisme. Tindakan

para peladang yang bangun bertindak, menegakkan apa yang mereka namakan

sebagai keadilan, mati dalam kerakusan dan kekuasaan establishment. Fenomena

perjuangan dalam semua aliran kesusasteraan, isinya, ditentukan bagaimana bentuk

perjuangan itu disalurkan. Realisme menghadapkan perjuangan antara kelas. Begitu

juga dalam zaman klasisisme adanya ciri-ciri perjuangan yang ingin mendaulatkan

feudalisme, tetapi perjuangan dalam karya-karya bentuk sureal-absurd-eksistensialisme

selalunya ia dipusatkan dalam menentukan identiti kemanusiaan dan psikologinya. Ia

Iebih banyak berkonfrontasi dengan keintelektualan, kalaupun ada permasalahan

masyarakat, tetapi cara pengungkapannya lebih menjurus kepada hal-hal yang intuitif

dan dalaman.

Dalam konteks yang sehubungan dengannya dalam Bukan Lalang Ditiup Angin

ada unsur-unsur tragedi dan kekalahan para marhaen yang mensimbolikkan bahawa

kemiskinan kaum bumiputera sukar untuk mendapat pembelaan dan susah untuk

memperbaiki ekonomi mereka. Kekecewaan yang dibayangkan dalam drama ini

dicetuskan secara mimpi-mimpi sahaja, tetapi renungannya mencengkam sanubari.

Apa yang dipermasalahkan diungkap secara penyelongkaran batiniah dan dialog

dalaman, yang berupa menodal dan yang sublimistik sifatnya, sehingga terasa ia

seperti suatu kritikan yang bukan kritikan

Inilah warna ilusi dan beberapa situasi yang cuba disingkap oleh Nordin

Hassan.Tidak sukar menanggap pemikiran yang hendak dilontarkannya, meski ia

membuat kiasan, istiarah, perbandingan dan adanya ambiguiti. Apa yang penting

memahami akan simbol-simbolnya bahawa ia ingin memperdialogkan tentang proses

dehumanisme, demitefikasi kemanusiaan, tidak kurang tentang kekosongan dan

demonologi hidup yang pegangan terhadap ketuhanan sudah mula putus, ini

Penghayatan Karya Agung Melayu 178

memanglah manifestasi tentang putusnya absurd dan akar kepercayaan beragama. Di

sini saya maksudkan Noordin Hassan dalam dua keadaan, satu pihak mengemukakan

manusia yang masih berakar pada agama dan satu lagi sudah hampir putus dan tidak

secara sedar merasakan wujudnya unsur eksistensialisme Barat.

Pengarangnya menggambarkan orang-orang Melayu yang sebelah kakinya

menjejak ke dunia moden, sementara sebelah lagi masih memijak bumi tradisional.

Dualisme yang diktonomi ini semacam ada persamaannya dengan Kala Dewata yang

melihat masyarakat Melayu berada antara kota dan desa; cuma Noordin Hassan lebih

kepada moden dan tradsional, ini sesuai dengan aliran absurd yang menekan kepada

fahaman dualisme itu. Sudah ditegaskan jjuga, bahawa situasi politik, ekonomi dan

pendidikan menjadi beberapa alasan munculnya drama sureal- absurd –

eksistensialisme ini. Tidak dapat ditolak, bahawa iklim politik Negara memang kacau

dan ekonominya juga dalam suasana genting akibat 13 Mei; dan pendidikan pula

semakin meningkat akibat dari pertumbuhan beberapa yayasan pengajian tinggi seperti

Universiti Kebangsaan Malaysia kemudiannya.

Juara

Juara karya sasterawan Negara S.Othman Kelantan. Ia adalah sebuah teks satira. Di

dalam terdapat perlawanan adu lembu, ini sinonim dengan politik, sementelah watak-

wataknya adalah yang tewas dan tersingkir daripada politik, maka di dalamnya kaya

dengan nuansa falsafah politik. Tegasnya mereka bersikap parasitik dan menentang

terhadap yang silam. Watak-watak yang kelihatannya idealisme dan bersifat pensiero

debole iaitu yang bertahan dalam keunggulan perwatakannya mula disisihkan. Dengan

itu saya melihat teks ini bukannya sebuah novel satira. Namun terlihat citra bawah

sedar watak: yang menjadi pusat teks ini ialah pemikiran bawah sedar seorang pelaga

lembu yang ingin menjadi juara, juara dalam laga lembu setelah gagal dalam laga

politik. Ada suara bahawa sedar psikodinamik yang menyimpan ciri-ciri perasaan, idea,

persepsi dan nilai yang mempengaruhi pemikiran sedar manusia yang melintasi diri

seseorang melalui bentuk mimpi, impian, gurauan dan percakapan tak sengaja.

Seorang rakyat boleh menjadi raja, yang miskin menjadi kaya, begitulah mimpi-mimpi

dipenuhi di dalam pemikiran bawah sedar. Psikodinamik ialah sistem dan struktur

personaliti manusia yang mengandung id, ego dan superego. Id, mencari kepuasan diri

untuk naluri dan impuls tanpa mengira akibat, egolah yang cuba menyederhanakan

keinginan dengan merasionalisasikannya, sementara superego bertindak sebagai

hakim dan pusat kawalan persoanaliti.

Psikopower pula bahawa kehidupan ini segala-galanya bermula daripada

wacana kekuasaan, di samping keinginan manusia kembali ke zaman bayi dan kanak-

kanak kerana ia penuh keindahan dan mampu memenuhi khayalannya. Dan Mamat

menyimpan segala-galanya itu secara psikodinamik mahupun psikopower. Konsep

Penghayatan Karya Agung Melayu 179

kejuaraan yang bertunas dan mengembang dalam kesedaran Mamat telah membentuk

sejenis kekuasaan akhirnya membentuk etika dan ontologi keperibadiannya. Watak itu

terlihat menanggapi kekuasaan bukanlah apa yang diperlukan oleh keinginannya, tetapi

sebaliknya yang menginkinkan kehendak itu. Kehendak telah memperbudakkan

kekuasaannya, dan ia telah ditawan oleh libodinya tanpa dapat dipertahankan oleh

superegonya, muncullah ia dengan menyamar diri dalam pelbagai wajah dan cuba

mendominasi segala sesuatu. Justeru itu karya sastera yang antara lainnya tugasnya

merakamkan, dapat membayangkan pemikiran politik dan keinginan-keinginan sesuatu

bangsa itu di dalam hasil ciptaan. Sangat tepat kita mengambil contoh puisi-puisi politik

1950-an yang secara jitu menggambarkan suasana dan aliran pemikiran Melayu zaman

itu untuk menuntut kemerdekaan.

Sering dinyatakan bahawa sastera dalam konteks kuasa dan pembetulan

terhadap gejala keruntuhan kepemimpinan sebagai sebagai teks sastera yang komited

dan penting. Tidak semua pengarang berani melakukan pembetulan terhadap politik

atau tokoh-tokoh seseorang pemimpin kecuali di tangan seorang penulis yang matang

dan berani. Sastera juga dikatakan, tidak lain adalah letupan gunung berani politik

sesuatu zaman. Dengan gaya penuh estetik pengarang meluahkan lahar gunung berapi

itu daripada gunung sistem dekadensi politik supaya menjadi baja untuk manusia yang

hidup di lereng-lereng pergunungannya. Pengarang manusia yang berkata benar

terhadap realitinya. Jika sekiranya pengarang bungkam atau menyimpan mimpi buruk

di dalam watak-watak yang kelihatan dihebatkan, sesungguhnya pengarang ini akan

menerima kutukan generasi akan datang. Sejarah kesusasteraan tidak lain daripada

sejarah politik dan idealogi sezaman. Dan sesebuah teks sastera sebenarnya didorong

oleh kuasa politik dan idealogi sezaman itu. Justeru itu pengarang haruslah menjadi

perenung, yang renungannya lebih tajam daripada politikus zamannya dan bersedia

untuk berkata dan mempertahankan fahaman politik yang hak melalui teks-teks yang

dihasilkannya. Teks yang diciptakan bukannya suatu mitos politik tetapi realiti daripada

semangat zamannya. Persoalannya apakah Juara sedikit sebanyak dapat diakitkan

sedemikian

Kematian Abang Lazim menjadi penggerak novel ini. Mamat kemudiannya

berusaha menyusuri pembunuhnya. Jalinan naratifnya kebanyakannya bertolak pada

penceritaan, imbas belakang dan strategi mencari kemenangan dalam pertarungan

laga lembu. Membacanya fikiran saya sering dihantu oleh kehadiran filem western yang

banyak saya tonton dalam dekad-dekad kelahiran novel ini. Filem-filem itu dihadapkan

dengan pembunuhan orang dicintai seperti ayah ibu atau kekasih, lalu heroinya

memenuhi dendamnya memburu pembunh-pembunuh tersebut. Clint Eastwood,

Franco Nero dan ramai lagi membawakan watak the good untuk mencari the bad dan

juga the ugly. Gerakan sinematografinya begitu cepat dengan muzik gitar melengking

tajam tapi mempsonakan, dan heronya adalah penembak yang tepat. Juara saya lihat

seakan-akan sedemikian, tetapi dalam teks ini saya dapati tidak wujud the good,

Penghayatan Karya Agung Melayu 180

manusia kebanyakannya adalah the bad dan the ugly. Tidak ada Clint Eastwood, yang

ada hanya Lee Van Cleef dengan Aldo Fiurgre. Sama dengan filem-filem tersebut

berakhir dengan kematian the ugly novel ini mengalami perjalanan yang sama. pun di

awalnya lagi kita sudah dapat antisipasikan demikian. Mamat pasti dapat membunuh

Pak Isa. Dan Pak Isa akan mati.

Di antara bahagian yang paling kita tunggu-tunggu dalam novel ialah laga lembu

itu sendiri. Justru dari awalnya lagi, kita telah banyak diberi cerita tentang bagaimana

persediaan laga lembu akan diadakan, tetapi sayang sekali deskripsi tentang laga

lembu yang dinanti-nanti itu sangat sedikit yang diceritakan. Mengapa demikian?

Sepatutnya perlagaan lembu menjadi mini klimaks novel ini, juka klimaks pentingnya?

Terlihat bahawa pengarangnya ketiada-mampuan untuk mengambarkan lebih rinci akan

laga lembu itu.,Kalau hendak dikatakan pengarang mengelak kerana khuatir akan

memberi gambaran sadisme atau keganasan atau lebih kepada citra perjudian,

sedangkan di halaman 111-113 digambarkan dengan dekat pergaduhan kedua

kumpulan itu.

Mat San melihat Jali sedang menetak Dolah

bertubi-tibu dengan diikuti oleh terkaman Sani

dengan pukulan enam sembilannya. Dolah tidak

sempat mengelurkan pistolnya. Tidak beroleh

kesempatan kerana tetakan jail yang bertubi-tubi

itu….

Justeru itu novel ini memerlu idea teguh dan pengalaman mantap.

MIM

MIM ialah kumpulan puisi sasterawan negara Kemala. MIM diterima sebagai karya

agung dan karya terbaik yang pernah dihasilkan oleh Kemala, di dalamnya kaya

dengan falsafah Islam, akhlak dan pandangan hidup yang berpaksi pada kosmoilogi

Islam.

Puisi MIM ialah sebuah puisi panjang yang dipecahkan kepada 80 buah puisi.

Gambaran utama yang menjelma dalam bacaan saya ialah betapa Kemala tidak henti-

henti berusaha mengangkat persoalan diri yang dihadapkan dengan sesuatu subjek

yang berbeza bagi setiap puisi pecahan itu. Dalam sejarah orang Latin, ada seloka

yang diberi nama composito loci, yang menggabungkan persoalan kemasyarakatan

dan keagamaan tetapi dihasilkan dengan nada sinis yang mengajar. Dalam MIM juga

terasa kehadiran historia vitae magistra, kata-kata yang cukup tua, yang menyatakan

bahawa sejarah ialah guru kehidupan, yang pada tanggapan saya membaca puisi-puisi

Penghayatan Karya Agung Melayu 181

Kemala ini terdapatnya unsur-unsur sejarah yang digarap secara historisisme baru

membawa semacam ajaran idealistik. Apabila saya katakan ajaran, bukan bererti puisi

Kemala sebuah puisi ajaran atau yang bersifat legislatif; tetapi yang diciptakan

memenuhi tuntutan homo simbolikum, iaitu memiliki simbol-simbol, yang kadang-

kadang fizikal, abstrak, ikonikal, indensikal yang konotatif operasinya, tegasnya kaya

dengan metafora.

Kadang-kadang alam merupakan kewujudan daripada makro kosmos yang

dikaitkan kepada makro kosmos, yang ertinya alam semesta bukan merupakan realiti

tunggal atau monistik, tetapi bermacam-macam bentuk besar dan kecil, yang mungkin

menerbitkan pelbagai pertanyaan. Secara teoretis, bagi Kemala, alam mengandungi

banyak pertanyaan, juga banyak jawapan, alam ialah penanda dan petandanya adalah

bagaimana cara kita memberi jawapannya, dan jawapan bagi Kemala ialah terdapatnya

unsur-unsur ketauhidan dan ketaabudiyyahan dalamnya. Hal ini sesuai dengan firman

Azzawajalla bahawa alam seluruhnya diciptakan untuk manusia, manusia seharusnya

memanfaatkan alam. Seandainya manusia menyaksikan bagaimana langit dinaikkan,

gunung ditegakkan, dan lautan dihamparkan, manusia akan bertanya siapakah

penciptanya? Jawapannya ialah Allah. Maka demikian saya menyaksikan konsep

kosmologi Melayu - Islam yang terterap dalam puisi-puisi Mim.

Selain falsafah kosmos, hal kontekstual ialah pengalaman pengarang melalui

musafir akal dan perjalanan diri. Musafir akal masuk ke dalam dirinya dan keluarganya,

pendidikannya, persekitarannya, termasuklah mempertanyakan tentang bahasa,

bangsa dan tamadun. Perjalanan diri Kemala yang pernah sampai ke beberapa buah

negara Barat dan Timur, juga ke tanah suci, lalu kontekstual dengan situasional,

membangkitkan iradah adibiyaah untuk mempertanyakan dan menjawab.

kutepuk bumi rusia, bahagia alam yang kukecap rasa

ini juga alam penyair, bumi

yang besar dengan revolusi

rakyat didik minum air ideologi

nenek moyangnya karl marx dan kini

tujuh puluh tahun yang lelah

titik buntu rakyat menatap ketederal sepi

muzium warisan dan keagungan tzar

seni lukis eropah, dasar-dasar estetika

relief, ukiran, mosaics, tapi

wajah-wajah murung, mata yang sengsara

berkedip pada roti, keju dan vodka

tali momunisme semakin reput

………………………………………………………

Penghayatan Karya Agung Melayu 182

Puisi ke-27 menyaksikan pengalaman kontekstual di Moskow. Dengan gaya

narasi yang menarik, kita dihadapkan dengan suasana kota itu yang pernah gagah

dengan ideologi Marxisme; dan apabila tamat perang dingin pada tahun 1990, maka

bermulalah keruntuhan komunisme. Secara teksdealisme, saya yang juga pernah

berpeluang ke Moskow, amat terasa kebenaran nukilan Kemala. Kita tidak pernah

terbayangkan ideologi yang berasal daripada ekonomi disistemasi yang menjadi

amalan 30 buah negara dan separuh daripada Eropah selama lebih 200 tahun, akan

mengalami suatu kecelakaan yang menguburkan komunisme di Rusia. Dan, manusia

Moskow pun kembali mencari Tuhan. Inilah suatu ibarat yang ingin dikemukakan oleh

Kemala tentang betapa hebatnya ideologi ciptaan manusia, namun akhirnya runtuh

juga.

Dunia yang dipilih oleh Kemala untuk mengisi langit-langit puisinya adalah

gantungan-gantungan tentang kerawanan, kemurungan, dan kepiluan. Menyaksikan

manusia sedang menyusun kemusnahan. Musnah dalam diri atau dalam negeri. Puisi-

puisi itu semacam suatu surealisasi semantik tentang manusia yang parah, dunia yang

retak dan pecah. Puisi-puisi 40-50 berkisar pada diri pengarang dan keluarganya,

tetapi maknanya mengimbau kepada seluruh masyarakat.

syukurlah. Kau memilihku untuk kelangsungan

ini, syukurlah Kau memilihku

untuk menjadi manusia kaca, penyair

yang memahami bahasa bulan, air, matahari, salju

ombak, cakerawala, gunung, lalang, camar

syukurlah, Kau memimpinku berenangan di laut

payah dan Kauizinkan aku memakai

baju cinta-Mu

Pada puisi ke-40 ini, saya kira, penting untuk memahami Kemala. Nombor ke-40

selalu menjadi penting kerana itulah usianya Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.

dilantik menjadi Rasul, kata orang "Life begisn at fourty", dan dalam kumpulan ini

Kemala memilih puisi ke-40 untuk menyatakan aspirasi kepengarangannya. Membaca

puisi ini ternyata Kemala sangat bersyukur kepada Ilahi kerana memilih hidupnya

sebagai penyair; meskipun jalannya penuh dengan simpang-perenang, tetapi Kemala

tetap berasa terharu dengan kurniaan Allah. Inilah suara penyair Islam yang sentiasa

mengenang pemberian-Nya.

Sekiranya kita menyaksikan sejarah tamadun Islam, kita memperoleh tiga

golongan yang cuba mengembalikan Islam ke akarnya. Pertama, memelihara ajaran

Islam yang asasiyyah yang dikerjakan oleh para peneroka mazhab; kedua, pertahanan

akidah yang dilakukan oleh kelompok al-Asyariah; dan ketiga ialah memperkuatkan al-

ihsan yang dilakukan oleh golongan Hasan al-Basri. Membaca puisi-puisi Kemala,

dalam konteks ini, dapat saya katakan bahawa Mim dalam kelompok al-ihsan itu.

Penghayatan Karya Agung Melayu 183

Penciptaan puisi keislaman dalam Mim ini, jelas ciri-ciri al-ihsan seperti usaha

membersihkan hati dan memupuk sifat-sifat yang mulia dan terpuji dalam diri, supaya

kita menjadi insan Muslim yang baik. Kedua, terserlah adanya usaha pengarang untuk

melatih dan mengembangkan jiwa supaya memperkuatkan hubungan dengan agama

Islam. Inilah yang dinamakan riyadah al-ruhiyyah, suatu manifestasi memperbaiki

hubungan dengan Allah dan sesama manusia.

Dalam puisi-puisi Kemala, setiap peristiwa, gejala dan subjek yang

diutarakannya dikaitkan dengan al-ihsan, ertinya dikembangkannya sebagai sumber

pancaran cahaya bagi mengungkapkan wawasan al-ma'rifah. Kemala menyusunnya

dengan kalimah dan wazan yang lembut, menusuk ke dalam kalbu, sehingga terasa

bagi saya menjadi senandung jiwa yang memikat hati. Kemala mengajak pembacanya

untuk mendekati Allah, juga mencintai Allah melalui puisi-puisinya. Tidak kelihatan

Kemala hendak menjadikan puisinya sebagai wahana didaktif, seperti pada

kebanyakan puisi berunsur Islam yang selalu terdorong ke arah pemaksaan dakwah.

Manusia disedarkannya secara halus tentang hakikat keinsaniahannya: sedar dalam

jenjang kemakhlukannya bagi memperbaiki diri dan memenuhi tanggungjawab sebagai

makhluk Ilahi. Menjadi manusia Muslim bererti memahami tanggungajwab kepada

Allah dan manusia, kerana di situlah statusnya hidup yang kamil. Membaca puisi-puisi

dalam MIM terasa rintisan jalan untuk membangkitkan minat bagi suatu kehidupan

Islamiah dan menuju istiqamah seorang sufi. Dilihat dalam konteks al-ihsan, MIM

merupakan suatu warisan dalam puisi Melayu yang tidak ternilai harganya.

Rumusan

Demikianlah analisis terhadap karya agung yang dihasilkan oleh sasterawan Negara

Malaysia untuk menganalisis aspek falsafah dan pemikiran yang ternukil di dalamnya

melalui identifikasi perwatakan, jalinan plot, pencitraan latar dan konflik-konfliknya.

Salina menghurai akibat perang tentang falsafah manusia yang berhubungan dengan

sosial, moral, pendidikan, agama dan ekonomi. Begitu juga dalam karya Bukan Lalangh

ditiup Angin yang dihasilkan implikasi daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang berdarah

itu. Falsafah pentingnya ialah untuk menjamin keamanan negarfa kesetabilan politik

dan keharmonian kaum harulah diutamakan. Juara juga menunjukkan falsafah tentang

politik, tetapi lebih menekankan kepada konflik pertentangan antara manusia yang

inginkan kekuasaan dan percaturan ekonomi. Sementara MIM, sesuai sebagai sebuah

teks agung bercorak Islami, ia menyuguhkan pemikiran tentang melahirkan manusia

yang muslim, saleh dan sentiasa menjaga hubungan sesame manusia dan hubungan

dengan Allah azzawajalla.

Penghayatan Karya Agung Melayu 184

RUJUKAN

Abdul Jalil Hassan, 1993. Falsafah dan Pengetahuan Islam. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

A. Samad Said, 1987. Salina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Breton, Andre. 1990. Manifesto of Surrealism. Michigan: The University of Michigan

Press.

Brown, John Russell. 1968. Contemporary Theatre. London: Edward Arnold Limited.

Durozui, Gerard, 2006. History of the Surrealist Movement. Chicago: University of

Chicago Press.

Hashim Awang, 1985. “Claude Simon, Nouveau Roman dan A. Samad Said” dlm.

Dewan Sastera, Disember.

Kemala, 1999. MIM. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mana Sikana, 1996. Falsafah danm Seni Kreatif Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Mana Sikana, 2004. Sastera Melayu Klasik: Warisan Keemasan, Singapura: Pustaka

nasional.

Mana Sikana, 1985. Tanggapan Sastera. Kuala Lumpur: Karya Bestari.

Mana Sikana 2004, Sastera Melayu Pascamodenisme, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Mana Sikana, 2005, Teori Sastera Kontemporari, Bangi: Pustaka Karya.

Noordin Hassan, 1974. Bukan Lalang Ditiup Angin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

S.Othman Kelantan, 2005. Juara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wellek, Rene, 1968. Theory of Literature. London: Yale University Press

Penghayatan Karya Agung Melayu 185

KATA KUNCI

1. cerminan masyarakat

2. falsafah sosial

3. bersifat mimetik

4. komited dan kontekstual

5. absurd

6. proses dehumanisme

7. demitefikasi kemanusiaan

8. nuansa

1. Nyatakan falsafah yang cuba ditonjolkan oleh A. Samad Said dalam

mengetengahkan Salina, seorang pelacur sebagai watak utama karyanya.

2. Jelaskan falsafah di sebalik pengkaryaan ‘Bukan Lalang Ditiup Angin’ oleh

Noordin Hassan (1974).

3. Juara karya S. Othman Kelantan memaparkan pemikiran bawah sedar seorang

pelaga lembu yang ingin menjadi juara – juara dalam laga lembu setelah gagal

dalam laga politik. Bincangkan falsafah di sebalik pemaparan ini.

4. Dalam MIM puisi panjang karya Kemala terasa wujudnya kehadiran historia

vitae magistra. Huraikan maksud falsafah historia vitae magistra tersebut.

Penghayatan Karya Agung Melayu 186

UNIT 10

PENERAPAN KARYA AGUNG DALAM PENDIDIKAN

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus ini, anda akan dapat:

1. Mengetahui dan memahami peranan karya agung dalam pendidikan sekolah

kebangsaan.

2. Mengaplikasikan kaedah dan aktiviti penerapan karya agung ke dalam

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

PENDAHULUAN

Dalam sistem pendidikan negara, bahasa Melayu adalah subjek wajib yang perlu

dipelajari secara formal oleh murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah.

Penyerapan bahan sastera adalah pelengkap bagi mempelajari kemahiran bahasa.

Malah bahan sastera juga sebagai pelengkap kepada kemahiran lisan, membaca dan

menulis.

Teks sastera yang digunakan dapat menyuburkan daya penghayatan murid-murid

berkaitan dengan keindahan bahasa Melayu disamping memberi keseronokan semasa

pengajaran dan pembelajaran berlaku di bilik darjah. Di samping itu, matlamat samping

utama lain ialah untuk menanam sikap amalan membaca walaupun mereka telah

meninggalkan bangku sekolah. Karya agung yang diaplikasikan di sekolah terdiri

daripada beberapa genre, antaranya ialah puisi yang berupada puisi moden dan

tradisional; prosa yang terdiri daripada prosa tradisional dan moden; dan teks drama.

KAITAN ANTARA BAHASA DENGAN SASTERA

Karya sastera Melayu menggunakan bahasa Melayu (lisan atau tulisan) yang

mempunyai ciri-ciri istimewa dalam penghasilan karyanya. Bahasanya berbeza dengan

bahasa harian biasa. Salah satu aspek keindahan karya sastera adalah susunan

bahasa yang luar biasa dan menyentuh perasaan pembaca. Dengan menggunakan

bahasa sastera, murid-murid dapat menyampaikan sifat-sifat bahasa dengan berkesan.

Di samping itu, murid-murid dapat menghayati keindahan karya dan perhatian mereka

akan tertumpu kepada unsur-unsur bahasa.

Penghayatan Karya Agung Melayu 187

Bahasa Melayu adalah wahana penting dalam pendidikan kebangsaan. Ia sesuai

dengan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan rakyat, bahasa komunikasi,

bahasa ilmu pengetahuan yang mencerminkan akal budi rakyat. Ia meliputi

penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu yang lebih bermutu, cekap berbahasa

dan berkomunikasi serta memahami bahasa Melayu bagi mengungkapkan ilmu dalam

kehidupan harian.

Sebagai ikatan yang paling rapat, hubungan antara bahasa dengan sastera

dipertautkan dalam satu perspektif yang bersifat holistik dan intergral. Ia juga dianggap

sebagai dua unsur kebudayaan manusia yang saling berkaitan antara satu sama lin.

Dunia sastera tidak pernah terpisah daripada pelbagai persoalan bahasa kerana

bahasa adalah satu-satunya media ungkapan bagi sasterawan dalam mencipta karya

kreatif.

Mengajar bahasa berpaksi pada pegangan iaitu sastera dapat memberikan pengaruh

besar kepada cara manusia berfikir berkaitan dengan hidup dan kehidupan,

membezakan antara perbuatan jahat dengan buruk serta mengenal perbuatan benar

dengan salah. Antara perkara yang dapat dilakukan p;eh murid-murid apabila

menggunakan seni bahasa sastera adalah seperti berikut:

1. Murid senantiasa berusaha menjadi insan yang syumul.

2. Memperkayakan wawasan diri berkaitan dengan kehidupan.

3. Menghayati dan mencintai kehidupan dalam lingkungan nilai

kemanusiaan sejagat.

4. Merangsang kreativiti serta semangat bagi menyempurnakan diri.

5. Memupuk kepercayaan diri dan rasa jati diri sebagai bangsa yang

mulia.

KEWAJARAN SASTERA DALAM MENGAJAR BAHASA MELAYU

Terdapat beberapa kelebihan menggunakan karya agung (bahan sastera) dalam

pengajaran bahasa Melayu. Antaranya ialah:

a) Membantu meningkatkan kualiti proses belajar dan mengajar.

b) Memperkukuhkan kemahiran lisan, membaca dan menulis. Penghayatan

dan pengukuhan semasa pengajaran dan pembelajaran dapat membantu.

c) Memberi keseronokan. Ini disebabkan karya sastera mempunyai huraian

mengenai perkara yang aneh dan ajaib.

d) Membuka minda murid-murid untuk melihat dunia dengan lebih luas.

e) Memupuk semangat membaca karya sastera pada jiwa murid-murid.

Untuk jangka masa panjang, aktiviti membaca dapat menyuburkan

mereka dalam aspek membaca dan kefahaman.

Penghayatan Karya Agung Melayu 188

f) Terdapat gambaran adat istiadat dan kebudayaan masyarakat Melayu

dan bangsa-bangsa lain di Malaysia.

g) Meningkat penguasaan kosa kata, struktur tatabahasa disamping

kemahiran lisan, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu.

KURIKULUM BARU SEKOLAH RENDAH (KBSR)

Dalam kerangka pengajaran dan pembelajaran, guru masih berpandukan sukatan

pelajaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran. Dalam hal ini, kemungkinan

besar, guru perlu berusaha untuk menyediakan teks sastera yang sesuai dengan

keperluan murid-murid.

Dalam Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Bahasa Melayu, contoh Tahun 4 (2003), yang

dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia,

keperluan penggunaan bahan sastera dapatlah diringkaskan sebagaimana berikut:

Hasil Pembelajaran

2.0. Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca atau

dialami.

2.1. Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat, serta sebutan dan intonasi yang

baik dan jelas.

Huraian Hasil Pembelajaran

Aras 1

i. Memilih diksi yang sesuai untuk menyampaikan sesuatu cerita.

ii. Menyampaikan rentetan-rentetan peristiwa yang berlaku di luar lingkungan

persekolahan,

Aras II

i. Bercerita berdasarkan bahasa yang telah dibaca dan peristiwa yang

dialami…

FIKIRKAN?: Cuba anda fikirkan dan beri pendapat, mengapakah

bahan sastera dianggap penting untuk digunakan dalam

pengajaran Bahasa Melayu?

Penghayatan Karya Agung Melayu 189

Cadangan aktiviti/nota

Mengadakan pertandingan bercerita di dalam bilik darjah.

Contoh: Si Tanggang

Diksi: derhaka, menyayat hati, berdagang, nakhoda

Ceritakan kepada rakan tentang bahan yang telah dibaca atau didengar.

Sesi sumbang saran untuk meramalkan kesudahan cerita.

Berdasarkan KBSR, sudah terdapat usaha untuk mengetengahkan pengajaran dan

pembelajaran menggunakan bahan sastera Melayu. Namun begitu, usaha ini masih

belum berkesan. Teks yang akan digunakan tidak dibekalkan secara meluas di sekolah-

sekolah. Maka, usaha guru akan terbantut.

KSSR – KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (2010)

Penyediaan kurikulum ini terdapat usaha penambahbaikan untuk memartabatkan

bahasa Melayu, Penyediaan kurikulum standard yang bermula Tahun Satu (2010),

merupakan pernyataan yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai murni

yang mesti dipelajari dan dikusai oleh murid di sekolah kebangsaan.

Kurikulum ini juga menitikanberatkan penggabungjalinan kemahiran bahasa,

penyerapan ilmu dan nilai murni. Malah kurikulum ini juga boleh dijdikan pemangkin

untuk memahami akal budi, pemikiran dan sosiobudaya penuturnya kea rah melahirkan

semangat cinta akan bahasa dan tanah air yang dikongsi bersama dalam satu

wawasan demi memartabatkan bahasa Melayu.

Aspek Seni Bahasa - Aspek ini ditambah sebagai satu kemahiran bahasa. Ianya

merujuk kepada keupayaan murid memahami mengungkap dan menghargai bahasa

yang indah melalui pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur. Murid

memperoleh bahasa yang indah secara didik hibur, daripada teknik nyanyian, bercerita,

berlakon dan berpuisi. Seni bahasa juga menampakkan keindahan bahasa dari segi

pembentukan ayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan

personifikasi yang terdapat dalam puisi dan prosa kreatif. Idea yang kreatif dapat

dilahirkan oleh murid melalui lisan dan penulisan.

Di samping itu, elemen pengisian kurikulum berkaitan dengan kemahiran nilai

tambah, patriotism dan peraturan sosiobudaya. Elemen kemahiran nilai tambah yang

ditekankan dan perlu diserapkan adalah seperti berikut:

1. Kemahiran berfikir

2. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi

3. Kemahiran mmpelajari cara belajar

Penghayatan Karya Agung Melayu 190

4. Kajian masa depan

5. Kecerdasan pelbagai

6. Pembelajaran konstruktivisme

7. Pembelajaran kontekstual

Pembelajaran dan kemahiran yang diperolehi daripada teks sastera (karya

agung) dapat membentuk murid-murid lebih berketrampilan. Mereka akan

menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian, bidang kerjaya dan

seterusny sebagai ilmu pengetahuan bagi pembelajaran seumur hayat.

DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU SEKOLAH KEBANGSAAN

Berdasarkan dokumen yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia,

objektif standard kurikulum mengambil kira keupayaan murid yang mengikuti

pengajaran dan pembelajaran secara formal. Antaranya masih menyentuh aspek lisan,

membaca dan menulis. Beberapa intisari yang dapat dilihat ialah:

1. Lisan

Bercerita sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengar

menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Berbicara untuk menyampaikan kamlumat tentang sesuatu perkara daripada

pelbagai sumber yang tepat secara bertatasusila.

Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada

pelbagai sumber secara bertatasusila.

2. Membaca

Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai

bahan untuk member respons dengan betul.

Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam

pelbagai bahan.

Membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat

untuk memupuk minat membaca.

3. Menulis

Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat yang betul

Menulis imlak dengan tepat.

Menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul

Evidens: - Menghasilkan penulisan dalam bentuk naratif dan bukan naratif

menggunakan ayat yang gramatis.

Penghayatan Karya Agung Melayu 191

- Mengedit dan memurnikan hasil penulisan dari segi ejaan dan

tanda baca.

Mengedit dan memurnikan hasil penulisan

Menulis ulasan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai

sumber.

APLIKASI TEKNIK DAN AKTIVITI

Mengaplikasikan teks sastera dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu,

guru perlu mempelbagai teknik dan aktiviti P&P. Guru yang kreatif seharusnya mampu

memberi kepuasan dan keseronokan kepada murid-murid. Penyediaan teknik dan

aktiviti, guru seharusnya bijak dan mempunyai rasional berdasarkan teks sastera yang

digunakan.

Terdapat 3 kelompok teknik dan aktiviti yang sesuai semasa P&P berlaku.

1. Kumpulan Kaedah Informatif – Kaedah Bacaan Terarah, Kaedah Simposium

2. Kumpulan Kaedah Partisipatif - Kaedah Pernyataan, Kaedah Lampasan Otak,

Kaedah Perbincangan/Diskusi Kelompok, Kaedah Buzz-Group, Kaedah Forum,

Kaedah Kuiz, Kaedah Kajian Kes, Kaedah Peristiwa, Kaedah Main Peranan.

3. Kumpulan Kaedah Partisipatif-Eksperiensial - Kaedah Penemuan, Kaedah

Demonstrasi, Kaedah Ungkapan Kreatif, dll.

a. Kaedah Demonstrasi

Pepatah Cina ada mengatakan bahawa:

Saya dengar, mungkin saya lupa

Saya lihat, mungkin saya faham

Saya buat, tentu saya ingat

Di dalam mengajar karya agung, guru boleh menggunakan semua genre

kerana di dalam genre ini terdapat elemen-elemen yang berkaitan dengan

watak, latar, nilai dan pengajaran dan elemen sampingan yang lain. Elemen-

elemen ini akan memaparkan pelbagai peristiwa seperti berjual-beli,

berkebun, memancing, memasak, bertukang, mengukir, menyulam dan

sebagainya.

Penghayatan Karya Agung Melayu 192

Cara kaedah tunjuk cara atau demonstrasi dilakukan adalah seperti yang berikut:

1. Seorang individu (murid) membuat sesuatu di hadapan murid-murid lain bagi

menunjukkan bagaimana perbuatan itu dilakukan.

2. Demonstrasi dilakukan dalam situasi pembelajaran.

3. Semasa melakukan tunjuk cara, pelbagai jenis model boleh digunakan seperti

model hidup, model simbolik ataupun model persepsi.

Ciri-ciri Kaedah Demonstrasi

Terdapat beberapa ciri penting kaedah demonstrasi ini. Antaranya ialah:

1. Melihat kemahiran – Guru memperlihatkan suatu kemahiran kepada murid. Guru

memberi penerangan semasa demonstrasi dilakukan. Cara ini membolehkan

murid lebih mudah faham.

2. Pemglibatan murid - Guru boleh melibatkan murid semasa sesi demonstrasi

dilakukan. Murid yang boleh mlakukannya dengan baik, boleh dijadikan contoh.

3. Peluang mendengar dan melihat - Guru perlu memastikan semua murid

dapat mendengar dan melihat demonstrasi dengan baik. Sekiranya murid agak

ramai, mereka boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil.

4. Kaitan antara teori dan praktik - Kaedah ini berkesan kerana murid dapat

mengaitkan apa yang dipelajari secara teori dengan kemahiran atau aktiviti yang

dipraktikkan.

b. Teknik Kad Imbasan

Teknik ini sesuai digunakan untuk mengajar aspek gaya bahasa/ bahasa

kiasan. Guru boleh membuat persediaan awal dengan menyediakan

contoh-contoh gaya bahasa/ bahasa kiasan. Malah guru boleh

menggunakan komputer dengan menyediakan slide power-point. Contoh,

menggunakan simile yang menggunakan tanda baca seperti, bagaikan,

umpama dan lain-lain. Guru boleh menyediakan ayat pada kad/ slid bagi

memudahkan kefahaman murid.

c. Teknik Bayangan Minda

Bayangan minda ada kaitan dengan kemampuan kecerdasan

intrapersonal. Teknik bayangan minda bertujuan untuk member dan

pemahaman kepada murid berkaitan dengan karya/teks yang dibaca.

Contoh: peristiwa berlaku di kebun sayur atau di pasar.

Di sini, guru boleh meminta muridnya membayangkan situasi peristiwa

yang bermain dalam minda murid. Aktiviti ini dapat menyedarkan murid

Penghayatan Karya Agung Melayu 193

mengenai peristiwa itu. Cara begini dapat mendidik muird memahami nilai

murni dan mengaplikasinya dalam kehidupan seharian.

d. Teknik Main Peranan

Teknik mlibatkan murid dan murid. Namun begitu, penglibatan murid lebih

penting daripada guru. Guru hanya bertindak sebagai pembimbing.

Ini adalah aktiviti lakonan spontan yng dilukan oleh sekumpulan murid

tanpa menggunakan skrip. Maknanya, murid melakonkan watak yang

diberikan tanpa perancangan awal dialog yang bakal dituturkan oleh

murid.

Biasanya aktiviti ini memerlukan murid membayangkan perkara yang

pernah dilalui ataupun mewujudkan cerita baru. Setiap murid perlu

membayangkan situasi yang berlaku. Aktiviti ini juga boleh dilakukan

berdasarkan idea guru.

Kostum yang sesuai boleh digunakan, supaya terdapat unsur

penghayatan.

Setiap murid bekerjasama dan berkomunikasi antara satu sama lain

supaya aktiviti ini berjalan lancar. Di sini dapat dipupuk supaya murid

berani berinteraksi sesama mereka.

e. Teknik Lakonan

Teknik ini memberi kesempatan kepada guru mengadaptasikan cerita

daripada teks/karya sastera ke dalam bentuk lakonan. Melalui cerpen,

novel atau prosa tradisional yang mengandungi pelbagai jenis watak, guru

boleh menyediakan skrip atau kumpulan murid menyediakan skrip.

Guru meminta murid-murid melakonkan cerita dengan menghayati watak-

watak yang terdapat dalam teks/karya. Hanya beberapa watak sahaja

yang perlu dilakonkan.

Menerusi aktiviti lakonan, guru dapat mengetahui tahap kecerdasan

interpersonal murid dari mula berkaon sehinggalah tamat. Aktiviti ini dapat

mengetahui tahap kreativiti murid-murid melalui kumpulan kecil yang telah

dibahagikan.

f. Teknik Simulasi

Simulasi merupakan aktiviti yang dilakukan bagi mengaplikasi teknik

kecerdasan interpersonal. Murid perlu melakukan aktiviti seperti lakonan.

Peristiwa yang melibatkan watak dalam teks/karya boleh dilakonkan.

Simulasi juga adalah situasi bagi menyerapkan keadaan sebenar. Teknik

ini mengkehendaki murid-murid melakukan sesuatu pergerakan secara

pura-pura dalam keadaan yang terkawal.

Penghayatan Karya Agung Melayu 194

Guru berperanan sebagai pengawal tingkah laku murid-murid semasa

aktiviti simulasi dilakukan.

g. Improvisasi

Teknik ini ialah aktiviti sumbang saran atau terges-gesa (tidak dirancang

dengan teliti dan sebagainya). Proses ini dijalankan selepas murid-murid

selesai membaca sesuatu teks sastera. Contoh, murid telah membaca

cerpen. Murid boleh membuat improvisasi seperti membina urutan cerita

baru menerusi cerpen yang dibaca.

Murid boleh menambahkan watak dalam cerita atau mngubahsuai

penamatan cerita supaya lebih menarik.

Murid-murid juga boleh diberi peluang membina watak sendiri

berdasarkan idea-idea mereka. Selepas membaca teks, murid boleh

memikirkan idea-idea baru, contohnya penamatan cerita.

h. Teknik Menyelesaikan Masalah

Antara ciri utama teknik ini digunakan di bilik darjah adalah:

Menyelesaikan masalah memerlukan kepada perancangan, strategi dan

pemilihan kaedah yang sesuai.

Kaedah yang dipilih perlu sesuai dengan pengalaman, pengetahuan,

kemahiran dan kefahaman murid,

Teknik ini ada kaitan dengan perkembangan kognitif, sekurang-kurangnya

perlu sampai ke peri ngkat aplikasi.

Teknik ini tidak boleh dihafaz. Setiap soalan bermasalah perlu strategi

bagi menyelesaikannya.

Teknik ini boleh melibatkan lebih daripda satu pendekatan.

Prosesnya perlu dilaksanakan melalui aktiviti bersistematik.

Prosesnya memerlukan aplikasi kemahiran, konsep ataupun prinsip yang

perlu dikuasai terlebih dahulu.

Cara Belajar Menyelesaikan Masalah

Teknik ini dilaksanakan di bawah seliaan guru. Ada lima (5) langkah dicadangkan

bagi melaksanakan teknik ini, iaitu:

a. Kenali masalah - Murid-murid perlu mengenali dan mengesan masalah

melalui perbincangan ataupun melihat tangan filem atau video atau youtube.

Guru boleh mewujudkan persekiataran pembelajaran yang bebas tanpa ada

banyak sekatan.

Penghayatan Karya Agung Melayu 195

b. Menentukan masalah - Murid kerapkali mngalami masalah dan guru perlu

tentukan cara menyelesaikannya. Guru perlu member panduan bagi

memusatkan fikiran ke arah menyelesaika masalah itu. Guru boleh

membantu murid-murid mencari maklumat berdasarkan teks yang digunakan.

c. Cadangan penyelesaian - Langkah ini memerlukan murid-murid mengkaji

semua data, menganalisis, mencari jawapan dan cuba menyelesaikan

masalah dengan cara terbaik.

d. Penelitian penyelesaian atau jawapan

Jawapan yang kurang baik perlu diketepikan. Guru perlu menggalakkan

murid memilih jawapan yang baik/relevan sahaja. Semua fakta dan maklumat

perlu dinilai. Penyelesaian masalah yang dilakukan dengan cermat dapat

menentukan mutu penyelesaian.

e. Pemeriksaan kesimpulan

Jawapan yang dipersetujui perlu diuji dengan member peluang kepada murid

lain dan guru membincangkannya secara bebas. Cara ini memastikan

penyelesaian masalah itu ditolak ataupun diterima.

i. Teknik Sumbang Saran

Teknik ini adalah teknik mengajar berbentuk perbincangan kreatif bagi

mendapatkan idea-idea daripada setiap kumpulan. Teknik ini melibatkan

latihan perbincangan secara kumpulan. Berdasarkan teks/karya, guru

boleh mengemukakan situasi supaya murid boleh menjana idea.

Aspek yang perlu diberi perhatian adalah idea dan masa. Seberapa

banyak idea yang dikemukakan perlu diterima. Setiap kumpulan akan

berusaha mencari idea yang baik.

Teknik ini dijalankan dalam masa yang singkat. Masa bagi mengeluarkan

idea dikawal supaya supaya setiap ahli kumpulan digalakkan berfikir

secara pantas. Murid digalak berfikir secara pantas.

j. Teknik Kerusi Panas

Dalam aktiviti ini, sebuah kerusi diletakkan di hadapan kelas.

Teknik ini sesuai untuk mengajar watak, sama ada watak utama atau

watak jahat (antogonis). Guru perlu memilih murid yang bagus, dua hari

sebelum pelaksanaannya. Murid berkenaan perlu menghayati watak-

watak yang telah ditugaskan kepadanya.

Penghayatan Karya Agung Melayu 196

Teknik ini dapat membina murid menghayati setiap watak dan perwatakan

serta memahami plot cerita. Teknik ini dapat menerapkan kemahiran

lisan.

Murid yang melakonkan watak berkaitan boleh dikenakan kostum yang

sesuai.

Dalam aspek bahasa, teknik ini dapat menerapkan kemahiran

interpersonal, mencari maklumat, latihan bertanya dan menjawab secara

spontan.

k. MESTAMU

Mestamu ialah menyanyi syair/sajak tanpa muzik.

Guru boleh mengajak murid-murid untuk melagukan puisi tradisional

seperti pantun, syair dan sajak mengikut irama tersendiri secara kumpulan

kecil, kumpulan besar.

Semasa melagukannya, guru boleh mengajak murid-murid

melagukannya sambil bertepuk tangan atau objek yang boleh

menimbulkan irama.

Pada hakikatnya, murid-murid suka menyanyi.

l. Permainan Bahasa

Permainan bahasa ini bolej jadi bentuk kuiz, roda impian, kotak beracun,

silang kata (crossword-puzzle), harta karun, patung-patung dan

sebagainya.

Murid-murid perlu membaca dan memahami teks sastera yang

disediakan. Permainan bahasa sebagai satu langkah untuk

memperkukuhkan lagi kefahaman murid-murid.

Guru perlu menyediakan soalan-soalan permainan bahasa mengikut aras

kefahaman murid-murid. Permainan bahasa seperti roda impian, silang

kata dan kotak beracun, guru perlu menyediakan model permainan. Alat

muzik boleh disediakan semasa melaksanakan aktiviti ini.

m. Bercerita

Teknik bercerita lebih menitikberatkan kemahiran lisan. Murid-murid yang

dipilih perlu ditampilkan di depan kelas. Tujuan teknik ini untuk

mengetahui tahap kefahaman murid-murid terhadap teks yang telah

dibaca. Guru boleh menggunakan teks prosa tardisional atau cerpen.

Guru boleh mengaplikasi teknik bercerita mengikut intonasi dan skema-

rima yang diperlukan. Guru boleh melatih murid mendeklamasi sajak,

pantun atau syair.

Penghayatan Karya Agung Melayu 197

n. Teknik Membuat Projek

Teknik ini adalah kaedah secara kumpulan. Teknik ini adalah hasil tugasan bagi

proses belajar dan mengajar. Berdasarkan teks sastera/ karya agung, murid

boleh dilatih menyediakan:

~ kolaj

~ buku skrap

~ model seperti rumah kampung, keris, sangkar, diorama, patung dsb.

RUMUSAN

Dalam pendidikan bahasa Melayu, teks sastera/karya agung diperkenalkan bagi

memertabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sukatan Pelajaran

Bahasa Melayu dijadikan panduan untuk mengajar seni bahasa. Murid berupaya

menghayati bahasa indah melalui pembelajaran yang menyeronokkan. Murid

memperoleh bahasa yang indah secara didik hibur.

Banyak teknik dan aktviti bahasa yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran. Semua pendekatan ini dapat melahirkan guru yang kreatif dan inovatif,

dan sekaligus memberi suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.

Penghayatan Karya Agung Melayu 198

Rujukan

Naffi Mat. 2009. Teknik Mengajar KOMSAS. Kuala Lumpur: PTS Professional

Publishing Sdn. Bhd.

Vincentius Santosa & Iin Mensah Mulyani. 2008. 100 Permainan Kretaif untuk Outbond

& Training. Yogjakarta: Penerbit ANDI.

KATA KUNCI

1. kurikulum

2. Sukatan Pelajaran

3. Huraian Sukatan Pelajaran

4. Kurikulum Standard

5. kaedah demonstrasi

6. teknik bayangan minda

7. teknik main peranan

8. simulasi

9. sumbang saran

10. permainan bahasa

1. Berdasarkan sumber semasa anda, bincangkan aktviti-aktiviti yang dianggap

sesuai untuk dibawa ke dalam bilik darjah untuk mengajar karya agung, sama

ada berbentuk puisi atau prosa.

2. Pada pendapat anda, mengapakah guru dan juga murid-murid tidak minat atau

memberi perhatian serius terhadap prosa tradisional?

3. Mengapakah guru kurang kreatif mengendalikan pengajaran dan pembelajaran

menggunakan bahan sastera/ karya agung kepada murid-murid? Sekiranya

kurang kreatif, bagaimanakah untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan

pembelajaran?