mte 3109

Upload: favine92

Post on 15-Oct-2015

52 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

6.0 PengenalanKonsep merupakan asas kepada pengajaran dan pembelajaran. Tanpa konsep, guru dan murid akan membincangkan perkara-perkara seperti fakta, kejadian dan objek yang terdapat dalam persekitaran secara terpisah. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2000), konsep ialah pendapat yang terbentuk dalam fikiran tentang sesuatu idea, tanggapan dan gagasan yang didukung oleh kata dasar. Poh (2000), mendefinisikan konsep asas sebagai idea abstrak yang diitlak atau digeneralisasikan daripada fakta-fakta atau pengalaman yang spesifik. Konsep dibentuk berdasarkan ciri-ciri persamaan yang wujud sesama objek atau peristiwa tertentu. Semasa membentuk konsep, kita dapat perhatikan terdapat banyak perbezaan item dalam sesuatu set objek di samping persamaan dalam aspek tertentu.Konsep atau satuan fikiran tidak sama dengan rujukannya kerana konsep bersifat abstrak (Dewan Bahasa Pustaka, 2000). Kebanyakan konsep matematik yang dipelajari di sekolah dan pusat pengajian tinggi adalah konsep abstrak. Dalam keadaan begini pelajar akan terus terdorong menggunakan strategi hafalan, fakta dan takrifan bukan menggunakan strategi yang memupuk pemahaman konsep. Ia merupakan konsep yang abstrak atau dicerap seperti indeks penaakulan mantik dan nombor negatif.Kebanyakan guru matematik di sekolah rendah dan menengah begitu prihatin tentang penguasaan konsep matematik. Malangnya banyak kritikan yang mengatakan ramai murid masih tidak menguasai konsep yang diperlukan. Hasil daripada penyelidikan menunjukkan beberapa faktor yang mungkin mempengaruhi penguasaan konsep asas matematik murid. Antaranya bahasa, nave ideas, penguasaan pengetahuan matematik dan masalah kesediaan murid mengikut aras pemikiran kognitif Piaget (Abu Hassan, 1998).Untuk menguasai mata pelajaran matematik di peringkat yang lebih tinggi, murid perlu mempunyai pengetahuan peringkat sebelumnya. Jika tidak, murid akan mengalami kesukaran untuk mahir dalam mata pelajaran tersebut (Subahan, 1999). Kajian yang telah dijalankan oleh Wesney (1997) mendapati kebolehan pelajar dalam mempelajari sesuatu konsep baharu bergantung kepada kemampuan mereka mengingati dan memahami pengetahuan asas yang berkaitan dengan konsep tersebut. kebolehan ini tidak bergantung kepada keputusan peperiksaan akhir semata-mata.Ahli psikologi seperti Gagne (1965), Ausubel (1968) dan Bloom (1976) menegaskan kepentingan pengetahuan asas dalam menguasai mata pelajaran matematik. Tanpa pemahaman konsep yang kukuh, seseorang itu mungkin gagal untuk menjawab soalan jenis aplikasi. Menurut Subahan (1996), faktor utama yang menentukan keupayaan atau prestasi seseorang murid pada satu tahap pembelajaran adalah penguasaan konsep asas yang kukuh dan mencukupi semasa mengikuti pembelajaran tersebut. Sebelum seseorang murid beralih ke satu tahap pembelajaran yang baru dalam matematik, murid perlu memahami dan menguasai setiap langkah yang terlibat kerana isi pelajaran matematik mempunyai konsep yang sangat berstruktur dan berhierarki.

7.0 Definisi dan Konsep MiskonsepsiDalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah, murid tidak pernah lari dari menghadapi masalah dalam mempelajari mana-mana topik dalam subjek Matematik. Kita sebagai guru juga pernah mengalami kesalahfahaman konsep semasa belajar dan mengajar sesuatu topik. Tidak kira apa jua topik yang dipelajari, kesalahan tetap akan berlaku jika kita tidak mendalami dan menguasai sesuatu topik tersebut. Dalam tugasan ini, saya telah memilih untuk merungkai miskonsepsi yang dihadapi oleh murid dalam mempelajari topik perpuluhan.Apakah yang dimaksudkan dengan miskonsepsi? Melalui rujukan saya melalui jurnal penyelidikan pula, penulis jurnal telah mendapatkan beberapa definisi dan konsep bagi perkataan miskonsepsi. Menurut Hammer (1996), miskonsepsi merupakan suatu pegangan struktur kognitif yang kuat dalam diri individu yang bercanggah dengan pemahaman yang betul dan dianggap sebagai penganggu kepada penerimaan idea atau pengetahuan baru. Kekurangan pengetahuan pula dapat dipulihkan melalui pembelajaran berterusan tetapi miskonsepsi merupakan penyekat kepada penerimaan idea yang betul dan juga penghalang kepada integrasi pengetahuan baru.Dalam e-book: Trend Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dalam laman web http://books.google.com.my/books, miskonsepsi berasal daripada perkataan Inggeris misconception. Menurut Websters Third New International Dictionary (1996), conception bermaksud kemampuan, fungsi atau proses membentuk idea, abstrak atau berkenaan pemahaman maksud simbol yang mewakili idea atau abstraks. Mis bermaksud salah atau tidak. Gabungan pengertian kedua-dua perkataan tersebut membentuk idea, abstrak atau pemahaman yang salah. Halloun dan Hestenes (1985) mendefinisikan miskonsepsi sebagai pengetahuan yang diturunkan daripada pengalaman individu yang luas.Perkembangan kanak-kanak dalam bidang awal matematik atau dalam mengenal angka, nombor dan membilang bukan berdasarkan konsep semua atau tiada langsung, tetapi lebih berdasarkan konsep perkembangan beransur-ansur yang melibatkan sesuatu penemuan dan pembinaan makna yang lebih mendalam tentang angka dan konsep-konsep pengiraan (Baroody, 1987). Kanak-kanak belajar tentang nombor berdasarkan pengalaman mereka (Ginsburg, 1997). Walaupun pelbagai kajian awal telah dijalankan mengenai perkembangan awal kanak-kanak dalam kebolehan matematik tetapi masih jelas sama ada pengetahuan ini pengetahuan konseptual atau procedural (Siegler, 1991; Gelman et al. 1978).Pengetahuan tentang bagaimana pengetahuan konseptual dan prosedural berinteraksi adalah penting dalam mengetahui bagaimana kanak-kanak belajar membilang dan mengira (Hiebert & Lefevre, 1986). Pandangan bagaimana kedua-dua ilmu ini berinteraksi telah menjadi perbahasan dlaam perkembangan pengetahuan matematik. Terdapat pengkaji yang menyatakan kanak-kanak akan menghafal pengetahuan prosedural ini dan membina pengetahuan konseptual secara tidak formal.Menurut Subahan (1999), salah satu sumber miskonsepsi boleh wujud dalam kalangan pelajar ialah daripada penerangan yang terlalu ringkas dan tidak lengkap. Terdapat tiga sumber penyumbang kepada kewujudan miskonsepsi iaitu:i. Idea daif yang berpunca daripada pengalaman harian dan bahasa yang mereka gunakan.ii. Kesalahan konsep yang terbentuk semasa aktiviti yang berpunca daripada kefahaman yang tidak kukuh terhadap sesuatu konsep yang dijelaskan oleh guru.iii. Pengajaran guru atau pensyarah yang tidak tepat atau salah.Kesimpulannya, proses pengajaran yang baik seharusnya mengambil kira kefahaman konsep dan miskonsepsi setiap murid. Kesukaran dalam memahami dan membentuk pengetahuan konseptual dalam kalangan murid dan guru-guru bukan lagi merupakan fenomena baru. Masalah ini merupakan senario yang menyeluruh dan telah wujud di pelbagai negara, bangsa dan budaya di merata dunia. Oleh itu, melalui pengajaran dan program pemulihan yang baik dan terancang, kefahaman konsep dapat diterapkan dalam minda guru-guru agar mereka tidak mewarisi miskonsepsi kepada murid.

8.0 Tugasan 18.1 Penulisan KritikalMiskonsepsi berlaku dalam semua kalangan murid tetapi setiap murid tersebut mempunyai perbezaan miskonsepsi dari segi topik yang diajar. Dalam tugasan ini, saya menekankan miskonsepsi dalam topik perpuluhan. Berdasarkan empat artikel yang ditemui, para penyelidik telah menemui beberapa kes yang melibatkan miskonsepsi murid dalam topik perpuluhan.Pemahaman konsep nombor perpuluhan sangat penting bagi murid untuk meneruskan pembelajaran Matematik yang berikutnya seperti perkaitan nombor perpuluhan dengan topik pecahan dan wang. Menurut Skemp (1997), pembelajaran suatu konsep matematik sangat perlu dan penting untuk dilaksanakan dalam suatu proses pengajaran dan pembelajaran.Dalam Jurnal 1 (Rujuk Lampiran 1), pengkaji bagi jurnal Misconceptions and Errors telah menyenaraikan 20 miskonsepsi yang sering dihadapi oleh murid-murid dalam mempelajari topik Perpuluhan. Jadual di bawah merupakan beberapa senarai miskonsepsi yang telah ditemui oleh penulis buku mengenai topik Perpuluhan.BilMiskonsepsi

1.Murid-murid mengunakan pengetahuan tentang nombor bulat semasa menyebut nombor perpuluhan dan tidak mengabaikan titik perpuluhan.

2.Murid-murid menggunakan langkah-langkah membundarkan nombor bulat semasa membundarkan nombor pecahan kepada puluh terdekat.

3.Murid-murid menggunakan peraturan membandingkan nombor bulat semasa membuat perbandingan nombor perpuluhan.

4Membaca tanda atau nombor pada pembaris sebagai nombor bulat.

5Mencampurkan nombor perpuluhan dan nombor pecahan semasa menyebut nombor perpuluhan.

6Beranggapan bahawa nombor perpuluhan hanya terdiri daripada dua nombor biasa yang dipisahkan oleh titik perpuluhan. Titik perpuluhan dalam tajuk wang merupakan pemisah kepada Ringgit Malaysia dengan sen.

Dalam kajian Dr. Amar Sadi pula, beliau telah menyenaraikan beberapa miskonsepsi dalam topik nombor Matematik (Rujuk Lampiran 2). Tetapi, dalam tugasan ini, saya memberikan fokus kepada topik Perpuluhan. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa kebanyakan murid-murid menghadapi masalah dalam mempelajari konsep nombor perpuluhan jika dibandingkan dengan konsep nombor yang lain. Brown (1981b, 1981c) telah menemukan bahawa setengah daripada jumlah murid-murid yang berumur 12 tahun dan 3 orang pelajar yang berumur 15 tahun menghadapi kesukaran dalam memahami nombor perpuluhan.Antara masalah yang paling kerap dihadapi oleh murid-murid dalam menambah nombor perpuluhan termasuklah:i) Menambah nombor sebelum titik perpuluhan dengan nombor selepas titik perpuluhan secara terpisah dan menggabungkan nombor tersebut dengan mana-mana nombor untuk menghasilkan nombor bulat.ii) Kesalahan dalam menyelaraskan titik perpuluhan secara menegak dan menggunakan algoritma penambahan seperti menambah nombor bulat.Dalam kajian di dalam Jurnal yang ketiga yang bertajuk Nombor Perpuluhan: Kesilapan Kefahaman Dalam Kalangan Murid Tahun Lima (Rujuk Lampiran 3) menyatakan bahawa pembelajaran nombor perpuluhan sukar difahami dan sering kali dianggap sukar oleh murid-murid. Ini disebabkan murid-murid sering terkeliru dengan cara penyebutan nombor perpuluhan kerana mengalami masalah dalam istilah Matematik. Di samping itu, murid sering gagal membuat perkaitan antara simbol perpuluhan dengan simbol numerik lain. Hal ini kerana simbol titik perpuluhan membawa makna yang sukar kepada murid. Konsep nilai tempat juga dianggap rumit untuk dipelajari.Terdapat beberapa kesilapan yang telah dikenal pasti melalui kajian beliau dalam mempelajari konsep nombor perpuluhan. Antaranya adalah :a) Sifar (0) tidak ada nilai dan bukan pemegang nilai.b) Nombor perpuluhan suatu nombor dengan titik .c) Nombor perpuluhan mesti mempunyai sifar di hadapan.d) Titik . Mengasingkan nombor bulat dan tidak dianggap penting dan memberi makna.e) Tidak dapat melihat perkaitan antara nombor perpuluhan dengan pecahan.f) Titik . Adalah 0. (contoh: 2.6 = 206)g) Nombor yang mempunyai lebih tempat perpuluhan adalah lebih besar. (Contoh: 10.471 > 10.5 )h) Murid tidak dapat menyebut nombor perpuluhan dengan betul. (Contoh: 4.237 disebut sebagai empat perpuluhan dua ratus tiga puluh tujuh.) Bagi jurnal yang keempat pula, kajian telah dijalankan oleh Mun Yee Lai dan Kin Wai Tsang. Kajian mereka bertajuk Understanding Primary Children Thinking and Misconceptions in Decimal Numbers (Rujuk Lampiran 4). Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan murid-murid di negara Hong Kong untuk dijadikan sebagai respondens. Di Hong Kong, kebanyakan guru sekolah rendah bangga jika murid mereka berjaya menyelesaikan masalah yang melibatkan nombor perpuluhan bagi empat operasi iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Murid di negara tersebut tahu meletakkan titik perpuluhan jika melakukan penambahan dan menghitung nombor perpuluhan. Tetapi, masalah yang sering dihadapi oleh murid-murid di Hong Kong adalah murid tidak tahu nilai nombor perpuluhan. Sebagai contoh, apabila diberikan nombor 4.8 dan 4.78, murid akan menyatakan bahawa 4.78 adalah lebih besar. Hal ini demikian kerana murid beranggapan bahawa 78 lebih besar daripada 8. Oleh yang demikian murid perlu menguasai konsep asas bagi nilai tempat dan pecahan.Kesemua miskonsepsi ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor yang melibatkan daya kognitif murid itu sendiri. Selain itu, miskonsepsi mungkin berpunca daripada guru yang mengajar sesuatu topik kepada murid. Menurut J. Newman (1997), kesilapan murid dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti bacaan, pemahaman, transformasi, kelemahan proses, enkod, cuai dan motivasi. Justeru, penguasaan bahasa atau istilah memainkan peranan yang penting dalam pemahaman murid dalam topik perpuluhan ini. Kegagalan murid memahami konsep nombor perpuluhan menyebabkan topik ini menjadi suatu yang sukar untuk difahami. Selain itu, kesilapan dalam penyebutan secara verbal jelas menunjukkan murid tidak memahami konsep nombor perpuluhan. menurut Rosnick (1991), ramai murid dianggap berjaya dalam matematik berdasarkan pencapaian mereka dalam ujian bertulis tetapi tidak memahami apa-apa yang dipelajari.Pemahaman murid dalam suatu konsep matematik terutama nombor perpuluhan adalah penting. Sierpinks (1994) menerangkan bahawa pemahaman guru dan murid bergantung pada budaya sekolah, kepercayaan dan norma kognitif. Budaya mendapat jawapan yang betul tanpa menghiraukan algoritma yang terlibat sering diamalkan. Masyarakat sering menganggap matematik sebagai subjek yang sukar. Budayatidak berfikir tetapi membuat lebih ditekankan oleh pendidik matematik. Ini menyebabkan murid lebih banyak menghafal dalam mempelajari matematik daripada memahami konsep yang terlibat dalam topik perpuluhan.Dalam situasi sebenar pula, kita dapat lihat melalui hasil kerja murid (Rujuk Lampiran 5). Saya telah memberikan 5 soalan penambahan nombor perpuluhan kepada 20 orang murid Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Endap, Kota Samarahan dalam ayat matematik dan meminta mereka untuk menyelesaikan soalan-soalan tersebut dalam bentuk lazim. Berikut merupakan soalan-soalan dalam bentuk matematik yang saya telah berikan.1) 26.123 + 7.1 = 2) 13.14 + 6.10 =3) 16.33 + 0.77 =4) 0.07 + 18.61 =5) 21.01 + 62.08 =Berdasarkan hasil kerja murid, hanya 6 orang murid sahaja yang berjaya menyelesaikan kesemua soalan tersebut dengan betul manakala 14 orang murid gagal untuk menyelesaikan soalan-soalan matematik tersebut dengan betul. Melalui hasil kerja tersebut, saya telah mendapati bahawa terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid ini. Antara masalah yang dihadapi oleh murid-murid ini adalah:1. Gagal melakukan penambahan nombor perpuluhan dalam bentuk lazim mengikut nilai tempat.2. Gagal menunjukkan pengiraan dalam bentuk lazim. Murid hanya meletakkan jawapan.3. Murid tidak tahu mengira.4. Cuai dalam melakukan pengiraan dalam bentuk lazim.Miskonsepsi yang berlaku ialah murid tidak memahami peranan nilai tempat nombor perpuluhan semasa menambah. Didapati murid melakukan operasi tambah nombor perpuluhan dengan tidak menyusunnya mengikut nilai tempat yang sebenar serta kedudukan titik perpuluhan yang tidak disusun dalam turus yang sama. Murid seolah-olah tidak mengendahkan kehadiran titik perpuluhan. Oleh yang demikian, murid-murid menghadapi kesukaran dalam menambah apa-apa nombor yang melibatkan perpuluhan serta murid sukar untuk meneruskan pembelajaran kepada topik yang seterusnya seperti topik pecahan dan perpuluhan.Sebagai contoh :

a) 23. 451 + 1.90 = Proses penambahan bagi perpuluhan di sebelah adalah tidak mengikut nilai tempat dan tidak disusun dalam turus yang sama. Murid menambah nombor perpuluhan seperti nombor bulat.

2 3 . 4 5 1+ 1. 9 0 2 3 . 6 4 1Kesimpulannya, kegagalan seseorang murid untuk menguasai sesuatu konsep bagi sesuatu topik akan menjejaskan prestasi pembelajaran murid tersebut dalam mata pelajaran matematik. Kegagalan murid untuk memahami konsep dalam perpuluhan akan mengakibatkan murid gagal untuk menguasai topik wang dan pecahan tidak kira operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Program pemulihan perlu dilaksanakan untuk memastikan murid dapat memahami konsep nombor perpuluhan dengan betul. Selain itu, aktiviti rekreasi matematik perlu diselitkan agar sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik di samping penggabungjalinan elemen kemahiran berfikir, dapat meningkatkan pemahaman konsep bagi nombor perpuluhan. Bagi menyelesaikan miskonsepsi bagi penambahan nombor perpuluhan ini, saya telah melakukan satu aktiviti intervensi dan menyediakan satu bahan resos untuk aktiviti intervensi tersebut.

Tugasan 2 :9.0 PEMBINAAN BAHAN RESOS MANIPULATIF UNTUK AKTIVITI INTERVENSI

TUGASAN 3 :10.0 RANCANGAN AKTIVITI INTERVENSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

10.1 AKTIVITI PELAKSANAAN BAHAN RESOS MANIPULATIFTOPIK :Perpuluhan

KEMAHIRAN :Tambah perpuluhan

TAHUN :4

MASA :11.40 pagi 12.40 tengahari

OBJEKTIF PEMBELAJARAN:Menambah perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan.

HASIL PEMBELAJARAN :Pada akhir PdP, murid dapat:i) menambah dua hingga empat nombor perpuluhan melibatkan satu tempat perpuluhan: a) nombor perpuluhan sahaja, b) nombor bulat dan nombor perpuluhan

ii) Tambah dua hingga empat nombor perpuluhan melibatkan dua tempat perpuluhan: a) nombor perpuluhan sahaja.b) nombor bulat dan nombor perpuluhan

BAHAN BANTU MENGAJAR:1. Blok Base 102. Kad berwarna3. Jadual Carta Penambahan Perpuluhan4. Lembaran kerja

KAEDAH :

AKTIVITI :Menambah nombor perpuluhan dengan menggunakan ayat matematik dan bentuk lazim.

PENGETAHUAN SEDIA ADA:1. Murid sudah kenal nombor perpuluhan.2. Murid boleh menambah nombor.

LANGKAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARANKOMPONENAKTIVITI GURUAKTIVITI MURIDABM

LANGKAH 1(KONKRIT)

1. Guru menunjukkan blok Base 10 kepada murid-murid.

2. Guru akan mengeluarkan kad yang mempunyai dua warna yang mempunyai nilai 0.1 setiap satu.

3. Guru menyelitkan kad tersebut pada blok Base 10.

0.2 0.5 4. Guru bertanya kepada murid apakah angka nombor perpuluhan tersebut.5. Guru menunjukkan cara membuat penambahan bagi nombor perpuluhan tersebut.1. Murid melihat blok Base 10 yang ditunjukkan oleh guru.2. Murid ditunjukkan kad perpuluhan yang membawa nilai 0.1 setiap satu.3. Murid melihat cara guru menggunakan blok Base 10 dan kad perpuluhan.4. Murid menjawab soalan yang diajukan oleh guru.5. Murid ditunjukkan cara membuat penambahan bagi nombor perpuluhan.Blok Base-10Kad selit(merah,biru)

LANGKAH 2(SEMI-KONKRIT)

1. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan.2. Guru menunjukkan Jadual Penambahan Perpuluhan kepada murid. (JPP)3. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.4. Guru menunjukkan 2 contoh bagi cara menyelesaikan operasi tambah bagi nombor perpuluhan.5. Guru meminta murid untuk menjawab soalan berpandukan contoh yang telah diberikan.1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.2. Murid melihat Jadual Penambahan Perpuluhan yang ditunjukkan oleh guru.3. Murid menerima lembaran kerja daripada guru.4. Murid melihat contoh proses penambahan perpuluhan yang ditunjukkan oleh guru.5. Murid menjawab kesemua soalan yang diberikan berdasarkan contoh yang telah ditunjukkan.JPPLembaran Kerja

LANGKAH 3(ABSTRAK)

1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.1. Murid diedarkan lembaran kerja untuk disiapkan secara individu.Lembaran kerja.

Tugasan 4:11.0 LAPORAN REFLEKTIF PENGGUNAAN BAHAN RESOS MANIPULATIF

11.1 Laporan Reflektif Penggunaan Bahan Resos ManipulatifPada 8 April 2014, saya telah memberikan lima soalan penambahan bagi nombor perpuluhan kepada 20 orang murid Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Endap, Kota Samarahan. Soalan-soalan tersebut diberikan bagi memudahkan saya untuk mengenal pasti masalah atau miskonsepsi yang dihadapi oleh murid dalam mempelajari penambahan bagi nombor perpuluhan. Hasil dapatan saya telah mendapati bahawa 14 orang murid Tahun 4 gagal untuk menjawab soalan bagi penambahan bagi nombor perpuluhan yang mana mereka menghadapi masalah dalam menyelaraskan nombor mengikut nilai tempat.Pada 9 April 2014, saya telah menjalankan aktiviti intervensi dengan menggunakan bahan resos manipulatif yang telah saya bina. Saya telah menjalankan sesi tersebut bersama seramai 20 orang murid Tahun 4, Sekolah Kebangsaan Endap, Kota Samarahan pada pukul 12.10 tengahari sehingga 1.10 petang iaitu selama satu jam.Sebelum menggunakan bahan resos yang dinamakan Jadual Penambahan Perpuluhan (JPP), terlebih dahulu, saya memperkenalkan JPP tersebut kepada murid-murid. Kemudian, saya telah membahagikan murid kepada 4 kumpulan dimana setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang ahli. Selepas murid berada dalam kumpulan masing-masing, setiap kumpulan diberikan 5 soalan yang berbentuk lembaran kerja. Sebelum menjawab soalan tersebut menggunakan JPP, saya terlebih dahulu telah menunjukkan cara menggunakan JPP kepada murid-murid sehingga murid faham. Kemudian, barulah murid-murid diminta untuk menjawab soalan-soalan tersebut dengan menggunakan JPP.Semasa memberikan contoh menggunakan JPP, murid kelihatan tertarik dan teruja. Hal ini kerana JPP yang saya bina kelihatan mudah untuk digunakan untuk membuat penambahan nombor perpuluhan dengan menggunakan bentuk lazim. Selain itu, murid-murid yang berada di kawasan belakang bilik darjah juga fokus semasa saya menerangkan cara menggunakan JPP. Hal ini demikian mungkin disebabkan saiz JPP yang besar dan mudah untuk dilihat dari tempat belakang.Selepas menunjukkan cara menggunakan JPP, saya telah meminta dua orang murid yang paling lemah iaitu bekas murid pemulihan untuk tampil ke hadapan kelas untuk menyelesaikan ayat matematik bagi nombor perpuluhan dengan menggunakan bentuk lazim. Mereka berdua berjaya menyelesaikan dua masalah tersebut dalam bentuk lazim dan mereka kelihatan sangat gembira. Begitu juga murid-murid yang lain yang berebut-rebut untuk menggunakan JPP di hadapan kelas.Bagi mengatasi masalah murid berebut untuk menggunakan JPP, saya telah meminta murid-murid untuk melukis JPP pada buku tulis mereka. Hal ini bagi memudahkan mereka untuk mengingat dan memahami cara menjawab penambahan bagi nombor perpuluhan dengan mudah.Antara kelemahan JPP yang saya bina adalah ia lambat untuk digunakan jika kad nombor digunakan untuk dilekat pada ruang setiap nilai tempat. Selain itu, warna JPP yang saya bina tidak begitu menarik kerana ianya hanya melibatkan dua warna sahaja.Bagi cadangan penambahbaikannya pula, saya perlu menggunakan kad kertas bewarna putih yang di laminate. Hal ini kerana jika kad tersebut digunakan, saya boleh mengajar pen marker untuk mengajar murid-murid ini dengan cepat. Selain itu, saya perlu menyediakan JPP dengan warna yang lebih menarik kerana warna yang menarik dapat merangsang motivasi murid untuk belajar dan untuk mengingat melalui ingatan visual.

Gambar di bawah menunjukkan sesi pelaksanaan aktiviti intervensi menggunakan bahan resos :Saya menunjukkan contoh menggunakan JPP kepada setiap kumpulan.

Saya meminta murid iaitu bekas murid pemulihan tampil kehadapan untuk melihat sejauh mana dia faham menggunakan JPP tersebut.

Bekas murid pemulihan kelihatan tekun semasa menjawab soalan menggunakan JPP di hadapan kelas.

Bahagian Penilaian Keberkesanan : Murid berjaya menyelesaikan soalan penambahan nombor perpuluhan tanpa menggunakan JPP.

12.0 Refleksi Guru Pelatih

NAMA : KOHLBERG FAVINE ANAK ACHONG

OPSYEN : PISMP PM 1112KURSUS : MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN, PERPULUHAN DAN PERATUSANKOD KURSUS : MTE 3109

Pembaca yang budiman, Syukur kepada Tuhan atas berkat-Nya sepanjang proses pelaksanaan kerja kursus yang mencabar ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing bagi kursus ini iaitu Dr. Hajah Rahmah binti Murshidi atas bimbingan beliau sepanjang pelaksanaan kerja kursus ini. Dikesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas atas perkongsian yang sangat berharga bagi saya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Dayangku Isneyah kerana telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan sesi pengujian bahan resos yang saya telah bina ke atas murid-murid Tahun 4, Sekolah Kebangsaan Endap, Kota Samarahan. Terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua-dua ibu bapa saya kerana banyak memberi sokongan dan menyediakan segala keperluan yang saya perlukan untuk menyiapkan kerja kursus ini.Setiap kali semester baru bermula, tugasan kerja kursus pendek dan projek merupakan suatu kewajipan kepada kami. Semasa diberikan taklimat bagi tugasan ini, saya mendapati bahawa kerja kursus ini mudah untuk dilakukan. Tetapi ternyata tanggapan saya salah kerana ianya sangat sukar untuk dilaksanakan. Hal ini disebabkan ianya amat sukar untuk mencari artikel bagi matematik dalam bahasa Melayu. Kebanyakan artikel yang saya jumpa adalah dalam bahasa Inggeris. Jadi, saya telah bertekad untuk menggunakan artikel-artikel dalam bahasa Inggeris tersebut untuk dijadikan bahan rujukan. Saya bertindak sedemikian kerana saya tidak mempunyai pilihan lain. Ia juga secara langsung membantu saya dalam meningkatkan kemahiran saya menggunakan bahasa Inggeris.Selain itu, saya juga menghadapi masalah dalam pengurusan masa. Hal ini demikian kerana banyak tugasan kerja kursus yang perlu dihantar pada minggu yang sama termasuklah kerja kursus ini. Saya sering menghadapi masalah seperti jika terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama, saya akan menghadapi kesukaran dalam memilih kerja yang hendak dibuat. Saya akan duduk dan termenung sehingga saya tidak akan membuat apa-apa. Selain itu, faktor masa ini juga dikaitkan dengan tugasan praktikum. Memandangkan ini merupakan praktikum buat kali yang pertama, saya agak kucar-kacir dalam membuat sesuatu. Saya perlu menyusun fail praktikum, menulis refleksi, menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi kelas pemulihan dan Alat Bantu Mengajar (ABM) yang banyak serta kerja tambahan di sekolah seperti membantu guru menyediakan fail murid pemulihan dan lain-lain. Keadaan tugas yang sebegini menyebabkan saya terpaksa berjaga sehingga pukul 3.30 pagi dan bangun pada pukul 5.00 pagi untuk bersiap ke sekolah iaitu pada pukul 6.15 pagi. Bukan tujuan saya untuk merungut, tetapi saya kadang-kadang rasa sangat terbeban kerana tugas yang terlalu banyak. Tetapi, jika dilihat dari sudut positifnya pula, saya merasakan bebanan tugas yang banyak mampu meningkatkan produktiviti saya dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Ia memberi banyak pengalaman dan kemahiran kepada saya dalam institusi pekerjaan kelak.Di samping itu, saya juga mengalami masalah dalam menulis esei kritikal. Saya tidak pasti mengenai apa yang saya perlu katakan dalam esei tersebut. Bagi mengatasi masalah ini, saya seringkali berkolaborasi dengan Dolly Diana anak Ujang melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan Mohd Sayit secara bersemuka memandangkan dia rakan praktikum saya pada fasa yang pertama ini. Kolaborasi dengan rakan-rakan saya ini banyak membantu saya dalam penulisan esei saya. Secara peribadinya, saya kurang berpuas hati dengan esei yang saya sediakan. Tetapi, atas usaha tinggi dan komitmen yang banyak, saya telah berjaya menyiapkan esei kritikal ini. Saya telah menganalisis dan mengulas mengenai empat artikel yang saya pilih dan menyenaraikan beberapa faktor yang menyebabkan masalah miskonsepsi yang saya pilih.Dalam menyediakan bahan resos pula, saya telah merujuk melalui beberapa blog dalam laman sesawang. Saya telah mengubah idea yang ditunjukkan oleh penulis blog dan menjadikan bahan resos tersebut sebagai hasil inovasi saya. Bagi bahan resos tersebut, saya gagal untuk menyediakan bahan resos yang boleh dimasukkan ke dalam kotak mengikut saiz yang telah ditetapkan. Hal ini kerana bahan resos atau alat bantu mengajar yang saya bina perlu diletakkan pada papan tulis. Jadi, ia haruslah besar dan mudah untuk dilihat oleh murid yang duduk pada bahagian belakang. Saya telah menggunakan card board, ring file dan bahan-bahan lain untuk alat bantu mengajar yang saya bina. Secara peribadinya, saya berpendapat bahawa saiz bahan resos tidak memberikan impak kepada markah saya, hal ini saya berpendapat bahawa keberkesanan bahan resos yang menjadi bahan pengukur dan penilaian. Selain itu, saya berpendapat bahawa bahan resos yang saya bina mudah untuk disimpan dan diselit dimana-mana kerana bahan resos saya dapat menjimatkan ruang.Semasa proses pelaksanaan aktiviti intervensi menggunakan bahan resos pula, saya telah berjaya membuktikan bahawa bahan resos yang saya sediakan dapat menarik minat murid-murid Tahun 4 dan memberi kefahaman kepada mereka. Hal ini kerana sebelum menggunakan bahan resos, saya telah memberikan lima soalan penambahan nombor perpuluhan dan meminta murid untuk menyiapkan soalan-soalan tersebut. Selepas itu, saya menyemak hasil kerja murid dan mendapati murid-murid tersebut tersebut mengalami masalah dalam menyusun nombor perpuluhan bagi operasi tambah dalam bentuk lazim. Kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid ini telah memberikan kesan negatif terhadap prestasi murid dan menyukarkan mereka untuk meneruskan pembelajaran yang seterusnya. Keberkesanan bahan resos saya lihat tunjukkan menggunakan gambar. Saya telah menunjukkan terlebih dahulu kepada murid cara menggunakan bahan resos. Kemudian, saya memberikan dua soalan kepada murid dan meminta dua orang murid untuk tampil ke hadapan kelas untuk menyelesaikan ayat matematik bagi penambahan nombor perpuluhan dalam bentuk lazim menggunakan bahan resos yang disediakan. Saya telah mendapati bahawa ianya mudah untuk murid untuk menyelesaikan soalan-soalan yang saya berikan dengan menggunakan bahan resos yang saya bina. Antara kelebihan bahan resos yang saya bina adalah ianya mudah untuk didirikan, tahan lama, besar, mudah untuk memahamkan murid, boleh ditulis menggunakan kapur dan kad boleh digunakan untuk dilekatkan pada bahan resos yang saya bina.Akhir sekali, saya merasakan bahawa kerja kursus ini banyak memberi pengalaman kepada saya dari segi menganalisis artikel, menyediakan aktiviti intervensi, membina bahan resos dan laporan mengenai bahan resos yang dibina. Selain itu, kerja kursus ini memberi pendedahkan kepada saya mengenai miskonsepsi-miskonsepsi yang dihadapi oleh murid-murid tidak kira murid pemulihan ataupun murid-murid kelas perdana dalam subjek matematik. Tambahan itu, saya mendapati bahawa kerja kursus ini banyak memberi pengalaman kepada saya dalam memperbaiki segala kelemahan pada diri saya yang mana ia membuatkan saya menyedari kelemahan dan kesalahan diri saya untuk penambahbaikan bagi tugasan yang lain. Saya berharap agar tugasan kerja kursus ini harus diteruskan ke generasi-generasi yang lain supaya mereka dapat merasa pengalaman yang saya dan rakan-rakan yang lain alami selain mendapatkan ilmu yang lebih melalui tugasan seperti ini.

13.0 Bibliografihttp://www.ugru.uaeu.ac.ae/ugrujournal/ugrujournal_files/sr5/min.pdfMisconceptions in Numbers Dr. Amar Sadi, Mathmatics

http://www.ied.edu.hk/primaryed/eproceedings/fullpaper/RN375.pdfUnderstanding Primary Childrens Thinking and Misconceptions in Decimal Numbers

http://www.meridianschools.org/Staff/DistrictCurriculum/MoreResources/Math/All%20Grades/Misconceptions_Error%202%5B1%5D.pdfMisconceptions and ErrorsAmericas Choice Mathematics Navigator.

http://www.reocities.com/jpmmpks/jurnal/05Jurnal KeningauNombor Perpuluhan: Kesilapan Kefahaman Dalam Kalangan Murid Tahun Lima.Mas Norbany Abu Samah

E book: Trend Pengajaran dan Pembelajaran Matematik http://books.google.com.my/books

14.0 LAMPIRAN25