panduan pemilihan mpp

Upload: saya-farez

Post on 05-Jul-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/15/2019 Panduan Pemilihan Mpp

    1/18

    1

    GARIS PANDUAN2012

    PEMILIHANMAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

    UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

    JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

    UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

  • 8/15/2019 Panduan Pemilihan Mpp

    2/18

    2

    BAHAGIAN I

    PERMULAAN

    1.  MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP)

    1.1  Pelajar-pelajar berdaftar Universiti, selain daripada pelajar-pelajarluar, hendaklah pada kesemuanya menjadi satu badan yang dinamakanPersatuan Pelajar-Pelajar Universiti Utara Malaysia (―Persatuan‖). 

    1.2  Persatuan hendaklah memilih suatu Majlis Perwakilan Pelajar-Pelajar(―MPP‖) mengikut cara yang berikut: 

    1.2.1  Pelajar berdaftar setiap Kolej, Fakulti, Sekolah, Pusat,Akademi dan Institut hendaklah memilih melalui undi rahsia

    yang dijalankan oleh Penolong Naib Canselor Kolej, Fakulti,Sekolah atau Ketua Pusat, Akademi atau Institut mengikutmana-mana yang berkenaan, beberapa pelajar berdaftar yangsama bilangannya masing-masing daripada Kolej, Fakulti,Sekolah, Pusat, Akademik dan Institut itu untuk menjadi wakildalam MPP sebagaimana yang ditentukan oleh Naib Canselor.

    1.2.2  Keseluruhan pelajar-pelajar berdaftar hendaklah memilihmelalui undi rahsia yang dijalankan oleh mana-mana pegawaiyang dilantik oleh Naib Canselor bagi maksud itu, beberapaorang pelajar berdaftar, sebagaimana yang ditentukan olehNaib Canselor, untuk menjadi wakil-wakil dalam MPP danbilangan pelajar-pelajar itu hendaklah dalam apa jua keadaantidak melebihi setengah daripada bilangan wakil-wakil yangdipilih di bawah perenggan (a).

    1.3  Pemilih

    1.3.1 ―Pemilih‖ ertinya seorang pelajar berdaftar. 

    1.3.2  “pelajar berdaftar‖ ertinya seseorang pelajar yang mengikutikursus pengajian di Universiti untuk suatu ijazah ataudiploma termasuk diploma lepas ijazah, tetapi tidak termasuk

    seorang pelajar luar;

    1.3.3  “pelajar luar” ertinya seseorang pelajar berdaftar di Kampus diluar Malaysia atau seseorang pelajar yang mengikuti suatuprogram jangka pendek, sambilan, pembelajaran jarak jauh,program pertukaran atau bersekutu, sama ada di dalam atau diluar Malaysia;

    1.3.4  “peperiksaan‖  termasuklah apa-apa cara atau kaedahpenilaian untuk memutuskan markah atau gred bagi sesuatukursus tertentu atau sebahagian daripada kursus tertentu.

    1.4 Seorang pelajar berdaftar hendaklah terhenti menjadi pelajar berdaftardi bawah seksyen ini— 

  • 8/15/2019 Panduan Pemilihan Mpp

    3/18

    3

    1.4.1 apabila disiarkan keputusan peperiksaan akhir bagi kursuspengajian itu, jika dia lulus peperiksaan itu; atau

    1.4.2 apabila disiarkan keputusan mana-mana peperiksaan bagikursus pengajian itu, jika dia gagal dalam peperiksaan itu,sehingga dia, kemudiannya, didaftarkan sekali lagi bagi kursuspengajian itu atau kursus pengajian lain yang berkenaandengan seseorang pelajar berdaftar di bawah subseksyen ini.

    1.5  Setiap pemilih yang berdaftar adalah layak untuk mengundi bagiPemilihan MPP.

    1.6 Jawatankuasa Pemilihan adalah bertanggungjawab untuk menyediakandan menyemak daftar-daftar pemilih untuk digunakan di dalamPemilihan MPP.

    BAHAGIAN IIPENETAPAN PEMILIHAN MPP

    2. Kawasan Pemilihan

    2.1 Dua (2) kawasan Pemilihan MPP iaitu bagi kawasan Umum dankawasan Kolej.

    2.2 Kawasan Pemilihan dan bilangan perwakilan MPP yang ditentukanoleh Naib Canselor adalah seperti berikut:-

    2.2.1  Kawasan Kolej -28 kerusi 

    2.2.1.1  UUM College of Arts and Sciences (UUM CAS)(2 kerusi bagi setiap Pusat Pengajian)

    i)  Pusat Pengajian Perkomputeranii)  Pusat Pengajian Pembangunan Sosialiii)  Pusat Pegajian Sains Kuantitatifiv)  Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Modenv)  Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan

    Komunikasi

    2.2.1.2  UUM College of Business (UUM COB)(2 kerusi bagi setiap Pusat Pengajian)

    i) Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaanii) Pusat Pengajian Perakaunaniii) Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan

    Perbankaniv) Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan

    Logistikvi)  Pusat Pengajian Perniagaan Islam

  • 8/15/2019 Panduan Pemilihan Mpp

    4/18

    4

    2.2.1.3 UUM College of Law, Government andInternational Studies (UUM COLGIS)(2 kerusi bagi setiap Pusat Pengajian)

    i) Pusat Pengajian Kerajaanii) Pusat Pengajian Undang-undangiii) Pusat Pengajian Antarabangsaiv) Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan,

    Hospitaliti dan Pengurusan Alam Sekitar

    2.2.2  Kawasan Umum  -8 kerusi

    Jumlah 36 kerusi

    Daftar Pemilih

    2.3 Jawatankuasa Pemilihan adalah bertanggungjawab untuk menyediadan menyemak daftar-daftar pemilih untuk digunakan di dalamPemilihan MPP.

    BAHAGAIAN IIIJAWATANKUASA

    3. Jawatankuasa Pemilihan

    3.1 Jawatankuasa Pemilihan akan terdiri daripada empat JawatankuasaUtama iaitu:

    3.1.1 Jawatankuasa Induk3.1.2 Jawatankuasa Pelaksana3.1.3 Jawatankuasa Audit3.1.4 Jawatankuasa Rayuan

    3.2 Senarai nama keahlian setiap Jawatankuasa adalah seperti padaLampiran dan senarai keahlian ini hendaklah selaras dengan peruntukandi Bahagian III –  Jawatankuasa (Penubuhan Jawatankuasa) Peraturan- peraturan Universiti Utara Malaysia (Pemilihan Majlis PerwakilanPelajar) 2010. 

    3.3 Setiausaha bagi setiap jawatankuasa akan ditentukan oleh Pengerusibagi setiap Jawatankuasa.

    3.4 Bidang tugas setiap Jawatankuasa juga adalah tertakluk kepadaBahagian III –  Jawatankuasa (Penbuhan Jawatankuasa) Peraturan- peraturan Universiti Utara Malaysia (Pemilihan Majlis PerwakilanPelajar) 2010.

    3.5  Jawatankuasa Induk juga bertanggungjawab terhadap semua perjalanan

    Pemilihan MPP di peringkat Kolej Akademik dan Umum.

  • 8/15/2019 Panduan Pemilihan Mpp

    5/18

    5

    3.6 Jawatankuasa Induk boleh mencadangkan kepada Naib Canselor untukmembatalkan Pemilihan dan menangguhkan Pemilihan, sekiranyaterdapat kes-kes yang melanggar peraturan-peraturan Pemilihan atauapa-apa cadangan daripada Jawatankuasa Rayuan.

    3.7 Mesyuarat bagi setiap Jawatankuasa perlu diadakan sekurang-kurangnyasekali setiap sesi atau sekiranya perlu.

    BAHAGIAN IVNOTIS DAN MAKLUMAN PEMILIHAN

    4. Notis

    4.1 Jawatankuasa Pelaksana hendaklah menyiar dan menghebahkan notistentang Pemilihan MPP.

    4.2 Notis hendaklah menyatakan;

    4.2.1 Tarikh hari mengambil borang Penamaan Calon4.2.2 Tarikh Hari Penamaan Calon4.2.3 Tarikh Hari Mengundi4.2.4 Tempoh Bantahan dan Rayuan4.2.5 Perkara-perkara lain tentang Pemilihan

    4.3 Notis hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk atauwakilnya dan hendaklah dipamerkan di papan notis rasmi Universiti dandi tempat lain yang mudah dilihat.

    BAHAGIAN VPENAMAAN CALON

    5. Tarikh, masa dan tempat penamaan calon ditentukan oleh JawatankuasaPelaksana.

    6. Seseorang calon hanya boleh bertanding bagi SATU  KAWASAN sahaja iaitu

    sama ada untuk kerusi kawasan umum ataupun kerusi kawasan KolejAkademik.

    7. Bagi kawasan Kolej Akademik, Calon, Pencadang dan Penyokong, hendaklahpelajar yang berdaftar di Kolej Akademik yang berkenaan. Bagi kawasanUmum, ia terbuka kepada semua pelajar yang berdaftar dengan mana-manaKolej Akademik untuk menjadi calon, pencadang dan penyokongnya.

    8. Seseorang calon tidak boleh menjadi Pencadang dan Penyokong kepada calonlain.

    9. Seseorang Pencadang dan Penyokong tidak boleh mencadang atau menyokong

    lebih daripada seorang calon.

  • 8/15/2019 Panduan Pemilihan Mpp

    6/18

    6

    10. Jawatankuasa Kepimpinan Dan Pembangunan Siswa (JKPS), PembantuPenghuni DPP dan Ketua Blok yang ingin menjadi calon perlu meletak jawatansecara bertulis kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)sebelum tarikh penamaan calon.

    11. Kriteria calon yang bertanding mestilah mencapai PMK tidak kurang daripada3.00. Bakal calon perlu membawa salinan keputusan peperiksaan terkinibersama Borang Akuan (Borang B1) untuk pengesahan Penolong Naib Canseloratau Pendaftar.

    12. Calon-calon yang bertanding hendaklah mempunyai tempoh pengajian tidakkurang satu (1) tahun atau dua (2) semester sebelum menamatkan pengajian.Calon-calon yang telah terpilih tetapi tidak menepati keperluan di atas hilangkelayakan sebagai ahli MPP. 

    13. Tiada seorang pelajar pun yang sedang menanti keputusan pembicaraantatatertib terhadapnya atau yang telah didapati bersalah atas suatu kesalahan

    tatatertib, boleh dipilih atau kekal menjadi ahli MPP atau seorang pemegangjawatan bagi mana-mana badan atau jawatankuasa pelajar, melainkan jikadibenarkan secara bertulis oleh Naib Canselor(merujuk isu kes pelajar yangbelum dibawa ke tatatertib).

    14. Seseorang pelajar yang belum lagi menduduki peperiksaannya yang pertamadi Universiti bagi program pengajian yang diikutinya atau yang telah gagalatau yang tidak menduduki peperiksaan yang baru berlalu yang diadakan olehUniversiti bagi program pengajian yang diikutinya sebaik sebelum suatupemilihan atau pemilihan-pemilihan yang dicadangkan bagi MPP atau olehMPP atau bagi atau oleh mana-mana badan pelajar yang lain, hilang kelayakanuntuk dipilih dalam pemilihan atau pemilihan-pemilihan itu.

    15. Calon, Pencadang dan Penyokong hendaklah membawa kad matrik, kadpengenalan dan sebarang dokumen lain yang ditetapkan oleh JawatankuasaPelaksana waktu datang mengemukakan kertas pencalonan.

    16. Seseorang calon hendaklah dinamakan dengan menggunakan BorangPenamaan Calon seperti dinyatakan dalam Borang B2A. Borang PenamaanCalon itu hendaklah dikemukakan dalam tiga (3) salinan.

    17. Tiap-tiap Borang Penamaan Calon hendaklah diisi dengan lengkap dan betuldan hendaklah menyatakan:-

    17.1 Kawasan Pemilihan yang akan dipertandingkan.

    17.2 Nama penuh calon, nama-nama lain (jika ada), nombor kadpengenalan, nombor matrik, umur, tarikh lahir, kolej akademik,jantina dan tahap pengajian.

    17.3 Nama, kolej akademik, tahap pengajian serta nombor kad pengenalandan nombor kad matrik Pencadang dan Penyokongnya, yang masing-masing hendaklah layak sebagai Pemilih.

    18. Tiap-tiap Borang Penamaan Calon hendaklah juga mengandungi tandatangancalon dan tandatangan semua orang yang disebutkan dalam Para 17.2 dan17.3.

  • 8/15/2019 Panduan Pemilihan Mpp

    7/18

    7

    19. Tidak mematuhi mana-mana peraturan Borang Penamaan Calon bolehmenyebabkan Penamaan Calon itu ditolak. Borang Penamaan Calon hanyaboleh diperolehi dari Pejabat Hal Ehwal Pelajar sahaja dengan bayaran tunaiRM 25.00 (Ringgit Malaysia : Dua puluh lima sahaja).

    20. Jawatankuasa Pemilihan diberi kuasa dan berhak mengenakan apa-apabayaran atau wang pertaruhan yang berkait dengan urusan penamaan calon.

    Urusan Pada Hari Penamaan Calon

    21. Pegawai Pengurus Pemilihan hendaklah pada Hari Penamaan Calon hadir ditempat Penamaan Calon antara jam 9.00 pagi hingga tamat urusan PenamaanCalon.

    22. Tiga (3) salinan tiap-tiap Borang Penamaan Calon (Borang B2A) beserta tiga(3) salinan Borang Akuan (Borang B1) hendaklah diserahkan sendiri kepadaPegawai Pengurus Pemilihan antara jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari olehCalon itu, Pencadang dan Penyokongnya berserta dengan kos pertaruhanRinggit Malaysia Seratus sahaja (RM100.00). Jika Borang Penamaan Calon itutidak diserahkan oleh orang-orang tersebut atau tidak disertakan denganBorang Akuan sebagaimana dikehendaki, Borang Penamaan Calon itu tidakboleh diterima oleh Pegawai Pengurus Pemilihan.

    23. Selepas Borang Penamaan Calon diserahkan mengikut Para 28, Calon itu bolehdibenarkan membuat pembetulan pada Borang Penamaan Calon itu di

    hadapan Pegawai Pengurus Pemilihan sebelum jam 1.00 tengah hari.

    24. Pegawai Pengurus Pemilihan hendaklah dengan serta merta, selepas jam 1.00tengah hari mempamerkan satu salinan Borang Penamaan Calon bagi tiap-tiapcalon di suatu tempat yang mudah dilihat di sebelah luar Tempat PenamaanCalon itu.

    25. Pegawai Pengurus Pemilihan hendaklah membenarkan mana-mana calon danpencadang serta penyokongnya yang dilantik oleh tiap-tiap seorang calonsebagai wakilnya secara bertulis hadir pada Hari Penamaan Calon dan ditempat Penamaan Calon antara jam 1.30 tengah hari hingga 2.30 petang danpada masa itu juga memeriksa Borang Penamaan Calon yang telah diterimabagi Kawasan Pemilihan yang berkenaan.

    Bantahan Terhadap Kertas Penamaan Calon

    26. Bantahan boleh dibuat terhadap sesuatu Borang Penamaan Calon oleh Calon,Pencadang dan Penyokong bagi Kawasan Pemilihan itu atas semua atau mana-mana daripada alasan-alasan yang berikut, tetapi tidak atas apa-apa alasanlain, iaitu:-

    26.1 bahawa butir-butir calon itu tidak cukup untuk memperkenalkandirinya;

  • 8/15/2019 Panduan Pemilihan Mpp

    8/18

    8

    26.2 bahawa Borang Penamaan Calon itu tidak mematuhi atau telah tidakdiserahkan mengikut Peraturan ini; dan

    26.3 bahawa calon itu telah hilang kelayakan untuk menjadi calon di bawahperuntukan Perlembagaan Universiti dan peruntukan-peruntukan lainyang telah ditetapkan di bahagian V (Penamaan calon) dalamperaturan Pemilihan MPP.

    27. Tiada apa-apa bantahan terhadap borang Penamaan Calon boleh dibenarkanmelainkan bantahan itu dibuat kepada Pegawai Pengurus Pemilihan antarajam 1.30 tengah hari hingga 2.30 petang pada Hari Penamaan Calon.

    28. Tiap-tiap bantahan hendaklah dibuat secara bertulis, ditandatangani olehPembantah dan hendaklah menyatakan alasan-alasan bantahan itu, denganmenggunakan Borang Bantahan Borang Penamaan Calon (Borang B2B).

    29. Pegawai Pengurus Pemilihan berkuasa membuat bantahan dan menolak

    sesuatu pencalonan atas mana-mana alasan yang dinyatakan dalam Para 28. 

    30. Pegawai Pengurus Pemilihan hendaklah dengan segera, selepas jam 2.30petang pada Hari Penamaan Calon membuat keputusan mengenai sah tidaknyatiap-tiap bantahan dan memberitahu calon yang berkenaan atau Pencadangatau Penyokongnya yang dinamakan dalam Borang Penamaan Calon atauPembantahan yang selainnya mengenai keputusannya dan alasan-alasankeputusannya itu. Keputusan dan alasan-alasan keputusan itu hendaklahdisimpan dalam rekod.

    31. Rayuan terhadap keputusan bantahan hanya boleh dibuat untuk dikaji tentangpercanggahan terhadap peraturan dan garis panduan.

    Menarik Balik Pencalonan

    32. Seseorang calon, boleh sebelum jam 2.30 petang Hari Penamaan Calon, tetapitidak selepasnya, menarik balik pencalonannya dengan memberi notisbermaksud demikian dalam Borang Menarik Balik Pencalonan (Borang B2C).Borang itu hendaklah ditandatangani oleh calon dan seorang saksi. Penarikanbalik Pencalonan selepas jam 2.30 petang Hari Penamaan Calon akanmelibatkan wang pertaruhan calon hilang. Walau bagaimanapun, Borang-borang Penarikan Diri yang diserahkan dan diterima di Pejabat Jawatankuasa

    Pelaksana Pemilihan lewat dari jam 7.00 malam pada hari Penamaan Calontidak akan dilayan dan diproses. Calon-calon berkenaan akan dianggap tidakmenarik diri.

    Pemilihan Yang Tidak Dipertandingkan

    33. Jika pada Hari Penamaan Calon dalam kawasan Pemilihan, selepas diputuskanoleh Pegawai Pengurus Pemilihan apa-apa bantahan yang mungkin telahdibuat, bilangan calon sah dinamakan bagi Kawasan Pemilihan tersebut tidakmelebihi bilangan kerusi yang dipertandingkan, Pegawai Pengurus Pemilihanhendaklah dengan serta merta mengisytiharkan calon yang sah dinamakan

    sebagai dipilih tanpa bertanding.

  • 8/15/2019 Panduan Pemilihan Mpp

    9/18

    9

    34. Sekiranya bilangan calon yang sah dinamakan tidak mencukupi untuk mengisikerusi-kerusi yang dipertandingkan di dalam kawasan yang berkenaan, perkaraini hendaklah dimaklumkan serta merta kepada Jawatankuasa Induk denganseberapa segera yang boleh mengumumkan tarikh Pemilihan kecil.

    Pemilihan Yang Dipertandingkan

    35. Jika pada Hari Penamaan Calon dalam kawasan Pemilihan, selepas diputuskanoleh Pegawai Pengurus Pemilihan apa-apa bantahan yang mungkin telahdibuat, lebih daripada sebilangan calon sah dinamakan bagi KawasanPemilihan tersebut, Pegawai Pengurus Pemilihan hendaklah dengan serta-merta mengisytiharkan bahawa suatu pengundian akan dijalankan mengikutPeraturan ini.

    36. Pegawai Pengurus Pemilihan hendaklah memutuskan dengan cara cabut undisusunan mengikut mana nama-nama calon akan dicatatkan dalam kertas undi.

    BAHAGIAN VIKEMPEN PEMILIHAN

    37. Peraturan-peraturan berkempen yang dibuat oleh Urus Setia Pemilihanhendaklah dipatuhi oleh setiap calon, penyokong atau mana-mana pelajaryang boleh ditafsirkan bersimpati dengan calon itu.

    38. Segala kegiatan dan tindakan seseorang calon, penyokongnya atau mana-manapelajar yang boleh ditafsirkan bersimpati dengannya adalah sentiasa tertakluk

    dan terikat dengan kehendak-kehendak Akta Universiti dan Kolej Universiti1971 dan Kaedah-kaedah Universiti Utara Malaysia (Tatatertib Pelajar-pelajar), 1984.

    39. Tiada sebarang kempen, usaha pemancingan undi atau rayuan untukmendapat undi boleh diadakan sebelum jam 3.00 petang pada Hari PenamaanCalon. Kempen hendaklah berakhir jam 12.00 tengah malam sehari sebelumhari pembuangan undi.

    40. Tempoh berkempen tidak kurang daripada 3 hari dan tidak lebih daripada 10hari tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP.

    41. Kempen secara siber dibenarkan dengan syarat calon, pencadang danpenyokong mendaftarkan laman blog, facebook, twitter dan lain-lain kepadaPengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP.

    42. Peralatan berkempen diurus dan ditanggung oleh calon.

    43. Kawasan kempen secara konversional adalah terhad kepada Kampus Universitisahaja.

    44. Seseorang calon atau penyokongnya perlu mematuhi peraturan menampalposter sebagaimana yang berkuatkuasa dalam Peraturan Pemilihan Majlis

    Perwakilan Pelajar (MPP) Bahagian VI –  Kempen pemilihan. Denda akan

  • 8/15/2019 Panduan Pemilihan Mpp

    10/18

    10

    dikenakan sekiranya peraturan ini diabaikan dan wang pertaruhan akanhilang.

    45. Seseorang calon bertanding atas namanya sendiri dan bukan atas nama parti,kumpulan atau pakatan. Oleh itu, kempen atau apa-apa kegiatanpemancingan dan rayuan undi hendaklah atas nama calon itu sendiri. Kempenatau apa-apa kegiatan pemancingan dan rayuan undi atas nama parti,kumpulan atau mana-mana parti, kumpulan atau pakatan adalah dilarangsama sekali. Mereka yang terbabit akan dibawa ke Jawatankuasa TatatertibUniversiti.

    46. Sekiranya Jawatankuasa Pelaksana mendapati maklumat dan bukti yangsecukupnya bahawa ada calon-calon yang berkempen secara kumpulan semuacalon yang terlibat tidak akan dibenarkan untuk bertanding dalam pilihan rayaataupun akan dibatalkan keputusan Pemilihannya di mana calon-calontersebut bertanding.

    47. Calon-calon tidak dibenarkan menerima apa-apa bantuan daripada punca luardan menggunakan orang-orang yang bukan pemilih untuk berkempenmemancing undi atau merayu undi bagi pihaknya.

    48. Semua dokumen untuk kempen yang disebar dan/atau dipapar oleh atau bagipihak seseorang calon hendaklah mendapat kelulusan dan mengandungi copKetua Pegawai Pengurus Pemilihan. Semua dokumen, risalah, dan posterhendaklah menggunakan kertas berwarna putih dengan tulisan berwarnahitam tanpa sebarang warna-warna lain di sekitar poster. Gambar calon untuktujuan poster akan diuruskan oleh Jawatankuasa Pemilihan.

    49. Seseorang Calon, penyokong-penyokong dan pelajar yang boleh ditafsirkan

    bersimpati dengannya adalah dilarang sama sekali dari berkempen,memancing undi, merayu undi dan mendapat sokongan dengan menggunakancara dan taktik yang boleh ditafsirkan akan menimbulkan salah satu atau lebihdaripada kesan-kesan berikut:-

    49.1 menimbulkan perpecahan, permusuhan dan polarisasi diantaraberbagai-bagai golongan masyarakat Kampus Universiti;

    49.2 menyentuh dan/atau mencemar nama baik Kerajaan Malaysia,Kerajaan Negeri dan mana-mana pihak berkuasa Kerajaan Malaysia danKerajaan Negeri;

    49.3 menyentuh dan/atau mencemar nama baik Pentadbiran Universiti inidan/atau mana-mana pegawai Universiti ini; dan

    49.4 menyentuh dan/atau mencemar nama baik seseorang calon lain danpenyokong-penyokongnya.

    50. Kelulusan daripada Pengarah Jabatan Keselamatan hendaklah diperolehiterlebih dahulu untuk berkempen di khalayak ramai atau mengadakanprogram agama seperti tazkirah, ceramah dan sebagainya.

    51. Untuk tujuan berkempen kelulusan yang mesti diperolehi dari penjaga premisseperti Pengetua Dewan Penginapan Pelajar, Penolong Naib Canselor Kolej

  • 8/15/2019 Panduan Pemilihan Mpp

    11/18

    11

    Akademik dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar sekiranya tempat kempenmelibatkan premis-premis yang mempunyai penjaga.

    52. Calon-calon dan wakil dilarang sama sekali berkempen dalam bilik kuliah.

    53. Semua motto calon perlu mendapat kelulusan daripada pihak JawatankuasaPelaksana.

    54. Setiap Calon dan penyokong-penyokongnya bertanggungjawab di atas apa-apakesalahan jenayah atau sivil yang dilakukan oleh mereka.

    55. Jawatankuasa Pelaksana akan menententukan tempat kempen umum.

    BAHAGIAN VIIPENGUNDIAN

    56. Sebagaimana yang telah ditetapkan, Hari Pembuangan Undi akan ditentukanoleh Jawatankuasa Pemilihan.

    57. Masa mengundi ialah antara jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

    58. Tempat-tempat mengundi akan ditetapkan oleh Jawatankuasa.

    59. Pemilihan hendaklah dibuat dengan undi rahsia menggunakan KaedahPemilihan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa.

    Cara Mengundi Kaedah Manual

    60. Sistem ini adalah sistem mengundi biasa iaitu mengundi pada hari pengundianyang telah ditetapkan. Seseorang pengundi adalah dikehendaki menandakandengan tanda “X”  terhadap calon yang dipilihnya di dalam petak yangdisediakan untuknya. Cara yang diamalkan pada keseluruhannya di semuatempat mengundi adalah seperti berikut:-

    60.1 Peti undi akan diletakkan di tempat yang boleh dilihat oleh ketuatempat mengundi dan agen-agen tempat mengundi.

    60.2 Tiap-tiap kertas undi Pemilihan MPP akan dimasukkan ke dalam peti-

    peti undi berasingan yang telah ditentukan untuknya iaitu KawasanUmum dan kawasan Kolej Akademik.

    60.3 Pengundi hendaklah memilih bilangan calon berdasarkan jumlah kerusiyang telah ditetapkan bagi memenuhi setiap kawasan fakulti dankawasan umum. Jika kawasan memerlukan dua wakil, maka dua calonperlu dipilih. Memilih kurang dari atau lebih daripada jumlah yangditetapkan kertas undi adalah dikira batal.

    Kaedah ’e-Voting”

    61. Sistem ”e- Voting” ertinya sistem pemilihan MPP yang dijalankan secara

    elektronik yang mengandungi :

  • 8/15/2019 Panduan Pemilihan Mpp

    12/18

    12

    61.1  Sistem Pemilihan61.2  Sistem Penjumlahan

    62. Sistem ini adalah sistem e-Voting yang dikenali sebagai sistem memangkahcalon pilihan secara elektronik di dalam komputer pada hari pengundian yangtelah ditetapkan. Seseorang pengundi adalah dikehendaki mengklik padakotak pilihan di bawah gambar calon. Tanda “/”  dalam petak calon yangdipilihnya akan dipaparkan setelah pilihan calon dibuat. Cara yang diamalkanpada keseluruhannya di semua tempat mengundi adalah seperti berikut:

    62.1 Komputer undi akan diletakkan di tempat yang boleh dilihat olehketua tempat mengundi dan agen-agen tempat mengundi.

    62.2 Data setiap pemilihan calon yang dibuat oleh pengundi melalui sisteme-Voting di Pemilihan MPP akan dibahagikan ke dalam lokasi undiberasingan yang telah ditetapkan iaitu Kawasan Kolej dan kawasanUmum.

    62.3 Pengundi hendaklah memilih bilangan calon berdasarkan jumlah kerusiyang telah ditetapkan bagi memenuhi setiap kawasan Kolej dankawasan Umum.

    62.4 Sekiranya perkara 60.3 tidak dipatuhi, maka keseluruhan pengundianitu terbatal dan dikira undi rosak.

    Komputer Pelayan

    63.  Komputer-komputer pelayan yang dikenali sebagai server   adalah peralatan

    terkawal yang digunakan semasa pengundian yang mengandungi data-databerkaitan pengundian.

    64.  Sebelum pemilihan dimulakan, Jawatankuasa Audit hendaklah menunjukkandan mengesahkan komputer pelayan yang digunakan kepada calon ataupencadang di kawasan Pembuangan Undi berkenaan supaya mereka bolehmemastikan serta menyaksikan data dalam komputer pelayan itu kosong.

    65.  Ketua Tempat Mengundi akan menandatangani borang pengesahan statuskomputer pelayan setelah berpuas hati dengan status komputer tersebut yangdisediakan.

    66. 

    Sekiranya tiada calon atau wakil calon semasa pengesahan komputer undi dankomputer pelayan, maka Ketua Tempat Mengundi boleh meneruskan prosespembuangan undi sehingga tamat tempohnya.

    Komputer Undi

    67. Komputer-komputer pengguna yang mempunyai aplikasi sistem e-voting yangdigunakan oleh pengundi untuk mengundi semasa pengundian.

    68. Jawatankuasa Pelaksana akan menyediakan komputer undi secukupnya bagisetiap Kawasan Pembuangan Undi.

  • 8/15/2019 Panduan Pemilihan Mpp

    13/18

    13

    69. Jawatankuasa Audit akan mengesahkan serta menunjukkan kepada calon atauwakil calon bahawa komputer undi dan Sistem e-Voting siap sedia untukdigunakan.

    70. Sekiranya calon atau wakil calon tiada ketika proses tersebut, Ketua TempatMengundi boleh meneruskan pemilihan.

    71. Ketua Tempat Mengundi akan menandatangani borang pengesahan statuskomputer setelah berpuas hati dengan status komputer yang disediakan

    72. Tamat tempoh pembuangan undi, Ketua Tempat Mengundi hendaklahmemastikan semua komputer pengguna ditutup (switch Off).

    Cara Mengundi dan Pembuangan Undi

    73. Pengundi yang memasuki tempat mengundi akan disemak namanya di dalam

    Sistem e-Voting .

    74. Pemilih akan diminta menunjukkan Kad Matrik atau Kad Pengenalansebagai bukti pengenalan diri.

    75. Maklumat pemilih akan disahkan oleh Sistem Pendaftaran Pemilih Sekiranyalayak, pemilih dibenarkan masuk ke dalam Pusat Pembuangan Undi.

    76. Sistem akan meminta pemilih memasukkan nombor matrik dan nombor kadpengenalan untuk mengundi. Jika maklumat yang dimasukkan adalah sah,pengundi boleh meneruskan untuk memilih calon – calon dari kerusi Kolej

    Akademik dan kerusi Umum yang dipaparkan.

    77. Pemilih dikehendaki mengikuti arahan yang disediakan di dalam Sistem e-Voting. Pemilih akan menandakan calon yang dipilih dengan mengklik padakotak yang terdapat di bahagian bawah gambar calon.

    78. Sebarang kekeliruan atau masalah Sistem e-Voting hendaklah dirujukkepada Ketua Pusat Pembuangan Undi.

    Pegawai-Pegawai Tempat Mengundi

    79. Tertakluk kepada arahan-arahan am Ketua Pegawai Pengurus Pemilihanhendaklah melantik seorang Ketua Tempat Mengundi dari kalangan kakitanganUniversiti ini untuk mengetuai satu Tempat Mengundi berkenaan dan KetuaPegawai Pengurus Pemilihan boleh membatalkan pelantikan Ketua TempatMengundi itu pada bila-bila masa.

    80. Ketua Tempat Mengundi ini hendaklah diberi satu salinan daftar pemilih yangmengandungi nama-nama pemilih dalam daftar itu yang diperuntukkan bagiTempat Mengundi berkenaan atau;

    81. Satu sistem pendaftaran dan pengesahan pemilih berdaftar yang

    diperuntukkan bagi Tempat Mengundi berkenaan sekiranya pengundiandijalankan secara e-Voting.

  • 8/15/2019 Panduan Pemilihan Mpp

    14/18

    14

    Kemudahan Di Tempat Mengundi 

    82. Dalam masa pengundian dijalankan Ketua Tempat Mengundi hendaklahmempamerkan di sebelah luar Tempat Mengundi suatu notis yang padaasasnya memberi arahan-arahan untuk panduan pengundi-pengundi dalammengundi.

    83. Ketua Pusat Pembuangan Undi hendaklah menyediakan kemudahan yangmunasabah untuk membolehkan para pemilih menggunakan Sistem e-Voting.

    84. Daftar pemilih yang pada masa itu berkuat kuasa adalah menjadi keteranganbagi maksud menentukan sama ada seseorang berhak atau tidak berhakmengundi dalam Pemilihan ini.

    Kebenaran Masuk Ke Tempat Mengundi 

    85. Tiada seseorang boleh dibenarkan masuk mengundi di mana-mana TempatMengundi kecuali di Tempat Mengundi yang telah diperuntukkan dalam daftarpemilih yang mengandungi namanya.

    86. Ketua Tempat Mengundi hendaklah mengawal bilangan pengundi yang hendakdibenarkan masuk pada suatu masa dalam masa pengundian dijalankan danhendaklah melarang semua orang lain daripada memasuki Tempat Mengundikecuali mereka yang mendapat kebenaran yang sah.

    87. Adalah menjadi kewajipan Ketua Tempat Mengundi menjaga ketenteraman ditempat mengundi. Jika seseorang melakukan perbuatan salah laku di sesuatutempat mengundi atau dekat dengan tempat mengundi, dikeluarkan dari

    tempat mengundi itu oleh seorang Pegawai Keselamatan yang berada ditempat mengundi itu atau dekat dengan tempat mengundi itu atau olehsesiapa yang diberi kuasa secara bertulis untuk mengeluarkannya, dan orangyang dikeluarkan sedemikian tidak boleh tanpa kebenaran Ketua TempatMengundi, masuk semula ke tempat mengundi itu pada hari itu.

    88. Garis panduan ini hendaklah dilaksanakan selagi mana ianya tidakbertentangan dengan Peraturan-peraturan Universiti Utara Malaysia(Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar) 2010.

    BAHAGIAN VIIIPENJUMLAHAN UNDI

    Pemindahan Data Penjumlahan Undi

    89. Ketua Pegawai Pengurus Pemilihan hendaklah menjalankan tugas berikut;

    89.1 Ketua Pusat Pengundian dan wakil calon akan memperakukan prosespengundian tamat. Perisian pelayan pengundian akan di simpankedalam medium simpanan. Medium simpanan akan di seal dan di

    hantar ke pusat penjumlahan undi oleh ketua Pusat Pengundian ataupegawai pilihanraya.

  • 8/15/2019 Panduan Pemilihan Mpp

    15/18

    15

    89.2 Menerima data penjumlahan undi dari kampus luar melalui faks /emel atau di dalam keadaan tertentu, jika pada pertimbangan KetuaPusat Penjumlahan Undi perlu ada penambahbaikan dari segitatacara penjumlahan undi, maka Ketua Pusat Penjumlahan Undihendaklah dengan seberapa segera melaksanakan maksudberkenaan.

    89.3 Dengan bantuan Jawankuasa Kecil Teknikal, Jawatankuasa Pelaksanaakan melakukan proses Penjumlahan Undi keseluruhan data undi danseterusnya memaparkan keputusan pemilihan calon Kolej dan calonUmum.

    90. Analisa pengundian akan dikeluarkan bagi setiap tempat pusat mengundi.

    91. Data pengundian akan dihantar ke pusat penjumlahan undi yang ditetapkanoleh Jawatankuasa.

    Proses Pengiraan Semula Kertas Undi Calon 

    92. Ketua tempat pengiraan undi di sesuatu tempat mengira undi hendaklah,setelah diminta oleh orang-orang yang hadir secara sah, iaitu calon-calon atauwakil-wakil calon mengadakan semula pengiraan kertas undi bagi keputusanpengiraan awal kertas undi yang mempunyai selisih atau perbezaan sebanyaklima (5) undi atau kurang darinya. Pengiraan semula kertas undi hanyadibenarkan dilakukan sekali sahaja bagi sesuatu kawasan.

    93. Bagi undian yang mempunyai jumlah sama setelah pengiraan semuladikeluarkan, satu kaedah akan ditentukan bagi menentukan calon yang

    menang.

    94. Dalam sistem pengundian secara elektronik , pengiraan semula data mengundiadalah tidak dibenarkan.

    Persamaan Jumlah Undi

    95. Jika bilangan undi di antara atau dari antara calon bagi sesuatu kawasanpemilihan didapati sama banyaknya, dan penambahan satu undi akanmenghakkan mana-mana calon diisytiharkan sebagai dipilih, maka penentuancalon yang kepadanya satu undi tambahan itu akan disifatkan sebagai telah

    diberi hendaklah dengan cara cabutan undi di hadapan Ketua PusatPenjumlahan Undi, calon-calon dan pencadang-pencadang mereka mengikutcara yang ditentukan atau Ketua Pegawai Pengurus Pemilihan. 

    BAHAGIAN IXMENYIARKAN KEPUTUSAN DAN PENYATAAN

    MENGENAI PENGUNDIAN 

    96. Ketua Pegawai Pengurus Pemilihan hendaklah memaklumkan keputusanPemilihan kepada Naib Canselor, Timbalan-Timbalan Naib Canselor,Pendaftar, Penolong-Penolong Naib Canselor dan Dekan-Dekan. Ketua PegawaiPengurus Pemilihan hendaklah juga memaklumkan keputusan Pemilihan

    tersebut di papan-papan kenyataan tertentu untuk perhatian pemilih-pemilih(pelajar).

  • 8/15/2019 Panduan Pemilihan Mpp

    16/18

    16

    JAWATANKUASA INDUK PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJARUNIVERSITI UTARA MALAYSIA

    Keanggotaan

    1.  Pengerusi - Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)2.  Pendaftar3.  Bursar4.  Penolong Naib Canselor, UUM College of Business (UUM COB)5.  Penolong Naib Canselor, UUM College of Arts and Sciences (UUM CAS)6.

     

    Penolong Naib Canselor, UUM College of Law, Government andInternational Studies (UUM COLGIS)

    7.  Wakil Majlis Pengetua Dewan Peningapan Pelajar8.

     

    Pengarah Pusat Komputer

    9. 

    Pengarah Keselamatan10.  Penasihat Undang-undang11.

     

    Pengarah Jabatan Hal Ehwal Akademik

    Turut Hadir

    1. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar2. Ketua Bahagian Pembangunan Pelajar Jabatan Hal Ehwal Pelajar

    Setiausaha

    Penolong Pengarah

    Bahagian Pembangunan PelajarJabatan Hal Ehwal Pelajar

    JAWATANKUASA PELAKSANA PEMILIHANMAJLIS PERWAKILAN PELAJARUNIVERSITI UTARA MALAYSIA

    Keanggotaan

    1. 

    Pengerusi - Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar2. 

    Timbalan Pendaftar3.  Timbalan Bursar4.  Dekan-dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni5.  Dekan-dekan Pusat pengajian6.  Pengarah Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa (CIAC)7.  Penolong Pengarah Jabatan Keselamatan8.  Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan9.  Penolong-penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar10.  Penolong-penolong Pendaftar Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni11.  Pengarah Urusan SerindIT. Com12.  Penolong Pengarah (Perhubungan Awam) Jabatan Canselori

    13. 

    Penolong Pengarah Pusat Islam14.  Penyelaras Program TEYL

    LAMPIRAN A

  • 8/15/2019 Panduan Pemilihan Mpp

    17/18

    17

    Jawatankuasa Pemilihan

    Jawatankuasa Kecil LogistikPengarah Pusat Penginapan Pelajar

    Jawatankuasa Kecil Persediaan Tempat MengundiKetua Pusat Mengundi

    Jawatankuasa Kecil Peralatan dan Persediaan PemilihanPenolong Pengarah Bahagian Pembangunan Pelajar,JHEP

    Jawatankuasa Kecil Publisiti & PeneranganPengarah Unit Komunikasi Korporat

    Jawatankuasa Kecil IkrarKetua Bahagian Pengurusan Perniagaan,JHEP

    Jawatankuasa Kecil KeselamatanPenolong Pengarah Keselamatan

    Jawatankuasa Kecil TeknikalPengarah Pusat Komputer

    Setiausaha

    Penolong Pengarah

    Bahagian Pembangunan PelajarJabatan Hal Ehwal Pelajar

    JAWATANKUASA AUDIT PEMILIHANMAJLIS PERWAKILAN PELAJARUNIVERSITI UTARA MALAYSIA

    Keanggotaan

    1. Pengerusi - Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)2. Seorang profesor dalam bidang Teknologi Maklumat3. Ketua Juruaudit Dalam

    Setiausaha

    Penasihat Undang-undangUniversiti Utara Malaysia

  • 8/15/2019 Panduan Pemilihan Mpp

    18/18

    18

    JAWATANKUASA RAYUAN PEMILIHANMAJLIS PERWAKILAN PELAJARUNIVERSITI UTARA MALAYSIA

    Keanggotaan

    1. Pengerusi - Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)2. Ketua Pustakawan3. Timbalan Bendahari

    Setiausaha

    Penasihat Undang-undangUniversiti Utara Malaysia

    KETUA PUSAT PENGUNDIAN 

    Semua Pengetua Dewan Penginapan Pelajar

    PengarahInstitt Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

    SENARAI TEMPAT PEMBUANGAN DAN PENGIRAAN UNDI

    1. Semua Dewan Penginapan Pelajar2. Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang