pembentukan konserp kendiri positif di kalangan … · 4.17 analisis tabulasi silang bagi tahap...
TRANSCRIPT
PEMBENTUKAN KONSERP KENDIRI POSITIF DI KALANGAN PELAJAR
TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JERAM,
SELANGOR
RIYANTI BT ABDULLAH SANI
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi
Sebahagian Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL, 2009
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : …………………………………
Nama Penulis : RIYANTI BT ABDULLAH SANI
Tarikh : …………………………………..
iii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”
Tandatangan : …………………………………..
Nama Penyelia : DR. ZAINUDIN BIN ABU BAKAR
Tarikh : ………………………………….
iv
DEDIKASI
BUAT IBU DAN AYAH TERCINTA… SIVAN BT JEJADORONO & ABDULLAH SANI BIN SUPIAN
Ampun dan maaf ku pinta kerna terlalu banyak masa bersama kalian
kukorbankan untuk kejayaan ini....
Sesungguhnya, ingin ku buktikan bahawa anakmu ini mampu untuk dibanggakan...
Diri ini tidak pernah sedetik melupakan jasa kalian berdua
Terima kasih untuk segalanya kerana memberi dorongan dan semangat buatku
Untuk mengakhiri perjuangan ini dengan kejayaan……..Alhamdulullah
BUAT BEKAS GURUKU YANG DIHORMATI.... EN. ROSLAN BIN YUSOP
Ingin kubuktikan padamu...
Diri ini mampu cipta kejayaan sebagai seorang guru....
Kerna jiwa dan ragaku....ikhlas untuk berjasa kepada anak bangsaku...
BUAT TEMAN SEPERJUANGAN..
Terima kasih dengan semua bantuan dan sokongan kalian..
Semoga bertemu di dunia akhirat dengan jalan yang satu...
v
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah dipanjatkan kepada, Allah S.W.T. kerana diberikan
kesempatan untuk menyiapkan penulisan ini seperti yang dikehendaki. Tidak
dilupakan jua kepada Junjungan Rasulullah S.A.W serta para sahabat.
Sekalung budi dihulurkan kepada pensyarah pembimbing, Dr Zainudin bin
Abu Bakar di atas segala kerjasama, tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan dalam
usaha untuk menyiapkan penulisan ini, yang juga sebagai panduan untuk penulisan
di masa hadapan. Segala ilmu yang diberi akan digunakan sebaik mungkin.
Selain itu, buat guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram, terima
kasih kerana berkerjasama dalam mengumpul data dan mengedarkan borang soal
selidik kepada pelajar. Tanpa bantuan yang diberi, mana mungkin penulisan ini
mampu disiapkan.
Rasa penghargaan juga dihulurkan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung ataupun tidak, penulis sekali lagi memohon sepuluh jari memohon maaf
dan ucapan terima kasih tidak terkira. Semoga keikhlasan yang diberikan mendapat
keberkatan dariNya.
vi
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti bagaimanakah aspek-aspek
kemahiran diri, penerimaan diri seadanya, pertuturan kendiri positif dan penglibatan
orang signifikan mempengaruhi tahap pembentukan konsep kendiri positif di
kalangan pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram,
Selangor. Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel seramai 200 orang
pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram, Selangor.
Instrumen kajian yang digunakan mengandungi 62 item yang dibina berdasarkan
kepada skop kajian. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji dan Alpha
Cronbach yang diperolehi adalah 0.8377. Data-data yang dikumpul seterusnya
dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science
(SPSS) for Windows Version 11.5. Hasil analisis daripada persoalan kajian didapati
secara keseluruhannya, aspek penerimaan diri seadanya, pertuturan kendiri positif
dan penglibatan orang signifikan mempunyai hubungan yang positif dalam
mempengaruhi pembentukan konsep kendiri positif di kalangan responden.
Manakala aspek kemahiran diri tidak mempengaruhi pembentukan konsep kendiri
positif di kalangan responden. Beberapa cadangan telah dibuat untuk
meningkatkan tahap pembentukan konsep kendiri pada diri pelajar. Hasil kajian ini
diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihak-pihak yang berkenaan bagi
membantu meningkatkan tahap pembentukan konsep kendiri positif di kalangan
pelajar sekolah menengah khususnya.
vii
ABSTRACT
This research was carried out to identify the influence of self-skill, self-
acceptance, positive self communication and the involvement of significant others
to the positive self concept development among form 4 student at Sekolah
Menengah Kebangsaan Jeram, Selangor. This descriptive research used 200 form 4
students at Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram as samples. Research instrument
used consist of 62 items which based on the scope of this research. The reliability
of the questionnaires was tested at 0.8377. The data was analyzed using Statistical
Package for Social Science (SPSS) for window version 11.5. Result showed that,
among all aspect of the research, the aspect of self-acceptance, positive self
communication and the involvement of significant others have positive relation
with positive self concept development. Whereas, the aspect of self-skill has no
relation with positive self concept development. Suggestion had been made to
increase the positive self concept development among the students. Result was
hoped to be of guidance to personnel in increasing the positive self concept
development among the secondary school students.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iv
HALAMAN PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Definisi Istilah 10
ix
1.8.1 Konsep Kendiri Positif 11
1.8.2 Konsep Kendiri Negatif 11
1.8.3 Kalangan 12
1.8.4 Pelajar 12
1.8.5 Sekolah 13
1.8.6 Kemahiran Diri 13
1.8.7 Penerimaan Diri Seadanya 14
1.8.8 Pertuturan Kendiri Positif 14
1.8.9 Orang Signifikan 15
1.9 Rumusan 15
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 16
2.2 Konsep Kendiri 17
2.3 Jenis Konsep Kendiri 19
2.3.1 Konsep Kendiri Positif 19
2.3.2 Konsep Kendiri Negatif 20
2.4 Pembentukan Konsep Kendiri Positif 22
2.4.1 Pembinaan Kemahiran Diri 23
2.4.2 Penerimaan Diri Seadanya 24
2.4.3 Pertuturan Kendiri Positif 26
2.4.4 Penglibatan Orang Signifikan 27
2.5 Rumusan 36
x
BAB III METODOLOGI
3.1 Pengenalan 37
3.2 Rekabentuk Kajian 37
3.3 Tempat Kajian 38
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 38
3.5 Instrumen Kajian 39
3.6 Prosedur Kajian 42
3.7 Kajian Rintis 42
3.8 Kaedah Pengumpulan Data 43
3.9 Analisis Data 43
3.10 Rumusan 45
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 46
4.2 Bahagian A – Latar Belakang Responden 47
4.2.1 Taburan responden berdasarkan jantina 47
4.2.2 Taburan responden berdasarkan bangsa 47
4.2.3 Taburan responden berdasarkan kelas 48
4.2.4 Taburan responden berdasakan 49
pendapatan ibu bapa / penjaga
4.2.5 Taburan responden berdasarkan 49
penglibatan dengan aktiviti sekolah
4.3 Bahagian B – Analisis tahap pembentukan 50
konsep kendiri positif di kalangan pelajar
tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan
Jeram, Selangor
4.3.1 Dapatan persoalan kajian 1 50
xi
4.3.2 Dapatan persoalan kajian 2 57
4.3.3 Dapatan persoalan kajian 3 64
4.3.4 Dapatan persoalan kajian 4 71
4.4 Analisis perbandingan min mengikut 80
Pembolehubah kajian
4.5 Rumusan 81
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 82
5.2 Rumusan Dapatan Kajian 83
5.3 Perbincangan 88
5.4 Cadangan kajian 96
5.5 Cadangan kajian lanjutan 97
5.6 Rumusan 98
RUJUKAN 99
LAMPIRAN 106
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Jumlah item dan persoalan kajian 40
3.2 Skor skala likert 41
3.3 Skor skala 3 mata 44
3.4 Tahap penilaian responden berdasarkan min 45
4.1 Taburan responden berdasarkan jantina 47
4.2 Taburan responden berdasarkan bangsa 48
4.3 Taburan responden berdasarkan kelas 48
4.4 Taburan responden berdasarkan pendapatan ibu
bapa/penjaga
49
4.5 Taburan responden berdasarkan penglibatan
dengan aktiviti sekolah
50
4.6 Analisis tahap pembinaan kemahiran diri pelajar
tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan
Jeram dalam pembentukan konsep kendiri positif
mereka
51
4.7 Peratus dan min keseluruhan bagi soalan kajian 1 53
xiii
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
4.8 Analisis tabulasi silang bagi tahap pembinaan
kemahiran diri yang positif berdasarkan jantina
54
4.9 Analisis tabulasi silang bagi tahap pembinaan
kemahiran diri yang positif berdasarkan bangsa
54
4.10 Analisis tabulasi silang bagi tahap pembinaan
kemahiran diri yang positif berdasarkan kelas
55
4.11 Analisis tabulasi silang bagi tahap pembinaan
kemahiran diri yang positif berdasarkan tahap
pendapatan ibu bapa / penjaga
56
4.12 Analisis tabulasi silang bagi tahap pembinaan
kemahiran diri yang positif berdasarkan penglibatan
responden dengan aktiviti sekolah
57
4.13 Analisis tahap penggunaan penerimaan diri
seadanya pelajar tingkatan empat di Sekolah
Menengah Kebangsaan Jeram pembentukan konsep
kendiri positif mereka
57
4.14 Peratus dan min keseluruhan bagi soalan kajian 1 60
4.15 Analisis tabulasi silang bagi penerimaan diri
seadanya pada tahap yang positif berdasarkan
jantina
61
4.16 Analisis tabulasi silang bagi penerimaan diri
seadanya pada tahap yang positif berdasarkan
bangsa
61
4.17 Analisis tabulasi silang bagi tahap penerimaan diri
seadanya yang positif berdasarkan kelas
62
xiv
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
4.18 Analisis tabulasi silang bagi tahap penerimaan diri
seadanya yang positif berdasarkan tahap pendapatan
ibu bapa / penjaga
63
4.19 Analisis tabulasi silang bagi tahap penerimaan diri
seadanya yang positif berdasarkan penglibatan
responden dengan aktiviti sekolah
64
4.20 Analisis tahap penggunaan pertuturan kendiri
positif pelajar tingkatan empat di Sekolah
Menengah Kebangsaan Jeram dalam pertuturan
seharian
65
4.21 Peratus dan min keseluruhan bagi soalan kajian 3 67
4.22 Analisis tabulasi silang bagi tahap penggunaan
pertuturan kendiri positif yang positif berdasarkan
jantina
67
4.23 Analisis tabulasi silang bagi tahap penggunaan
pertuturan kendiri positif yang positif berdasarkan
bangsa
68
4.24 Analisis tabulasi silang bagi tahap penggunaan
pertuturan kendiri positif yang positif berdasarkan
kelas
69
4.25 Analisis tabulasi silang bagi tahap penggunaan
pertuturan kendiri positif yang positif berdasarkan
tahap pendapatan ibu bapa / penjaga
70
xv
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
4.26 Analisis tabulasi silang bagi tahap penggunaan
pertuturan kendiri positif yang positif berdasarkan
penglibatan responden dengan aktiviti sekolah
71
4.27 Analisis tahap penglibatan orang signifikan dalam
pembentukan konsep kendiri positif pelajar
tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan
Jeram
72
4.28 Peratus dan min keseluruhan bagi soalan kajian 4 76
4.29 Analisis tabulasi silang bagi tahap penglibatan
orang signifikan yang positif berdasarkan jantina
76
4.30 Analisis tabulasi silang bagi tahap penglibatan
orang signifikan positif yang positif berdasarkan
bangsa
77
4.31 Analisis tabulasi silang bagi tahap penglibatan
orang signifikan yang positif berdasarkan kelas
78
4.32 Analisis tabulasi silang bagi tahap penglibatan
orang signifikan yang positif berdasarkan tahap
pendapatan ibu bapa / penjaga
79
4.33 Analisis tabulasi silang bagi tahap penglibatan
orang signifikan yang positif berdasarkan
penglibatan responden dengan aktiviti sekolah
79
4.34 Penilaian pembolehubah bagi pembinaan konsep
kendiri positif di kalangan pelajar tingkatan empat
di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram, Selangor.
80
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang soal selidik 106
B Reliability kajian rintis 112
C Surat memohon kebenaran 113
menjalankan kajian kepada JPN
Selangor
D Surat akuan pelajar daripada 114
Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Konsep kendiri mempengaruhi pembentukan diri seseorang individu pelajar.
Sama ada baik atau tidak seseorang individu pelajar itu, ianya dipengaruhi oleh
konsep kendirinya. Super (1963), merumuskan konsep kendiri sebagai suatu asas
dalam pembentukan personaliti seseorang individu, yang mana ianya merangkumi
penilaian, sikap dan persepsi seseorang itu terhadap dirinya sendiri.
Dari segi pengertian, menurut Carl Rogers (1950), konsep kendiri
merangkumi kepercayaan, perasaan, persepsi, sikap dan nilai yang dipegang oleh
seseorang individu berkaitan dirinya. Menurutnya lagi, konsep kendiri juga
merupakan satu susunan harapan, jangkaan dan penilaian seseorang itu tentang
dirinya.
Dalam konteks pelajar, konsep kendiri merujuk kepada apa yang difikirkan
oleh seseorang pelajar mengenai kelebihan dan kelemahan yang terdapat pada
dirinya atau personalitinya. Konsep kendiri ini seterusnya akan menjadi agen
penting yang akan digunakan untuk meramal masa depan dan tindakan yang bakal
2
dilakukannya. Terdapat dua kemungkinan, iaitu sama ada pelajar tersebut akan
berjaya atau gagal dalam tindakannya. Selain mempengaruhi tindakan yang bakal
diambil pelajar, konsep kendiri juga mempengaruhi cita-cita pelajar pada masa
hadapan dan harapan-harapan yang dibina mereka (Habibah & Noran, 1997).
Menurut Azizi Yahaya, et al. (2005), konsep kendiri ini dapat dibahagikan
kepada dua jenis, iaitu konsep kendiri positif dan konsep kendiri negatif. Individu
yang mempunyai konsep kendiri positif mempunyai sikap yang baik dan sering
memperolehi lebih banyak kejayaan berbanding kegagalan. Manakala individu
yang mempunyai konsep negatif sering tidak puas hati dengan apa yang
diperolehinya, dan individu jenis ini seringkali dikaitkan dengan kegagalan dalam
setiap bidang diceburi.
Setiap pelajar mempunyai konsep kendiri yang berbeza antara satu sama
lain, sama ada positif mahupun negatif. Setiap daripada mereka ini mempunyai
matlamat hidup sendiri yang tersendiri, tidak kiralah sama ada matlamat jangka
pendek mahupun matlamat jangka panjang. Matlamat-matlamat ini seterusnya akan
menjadi landasan kepada tindakan yang akan diambil. Pengalaman-pengalaman
yang pernah dilalui akan dijadikan sebagai panduan di dalam kehidupan akan
datang. Sebagai pendidik, guru-guru di sekolah sering mengharapkan pembentukan
konsep kendiri yang positif di kalangan pelajar-pelajarnya, kerana ini sedikit
sebanyak akan mempengaruhi kejayaan masa depan mereka.
Oleh yang demikian, menurut Shahabudin Hashim, et al. (2003), konsep
kendiri positif di kalangan pelajar boleh dibentuk melalui tindakan guru-guru yang
sentiasa mempamerkan sikap positif, disamping memberi nasihat-nasihat berguna
kepada pelajar. Selain itu, kursus-kursus peningkatan kerjaya dan personaliti juga
sedikit sebanyak mampu membentuk konsep kendiri positif pelajar, dengan syarat,
pelajar-pelajar perlu diberi kemahiran bagi menilai diri dan menetapkan matlamat
kehidupan yang realistik.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Fungsi sesebuah sekolah antaranya bertujuan memberi didikan dan
penerangan yang sewajarnya untuk membentuk pelajar supaya mampu menjadi
anggota masyarakat yang berpengetahuan, berkemahiran serta boleh berfikir secara
rasional dan bijaksana (Kamarudin, 1996). Namun begitu, untuk mencapai tujuan
ini seringkali timbul masalah yang tanpa disedari mampu memesongkan tujuan
utama sesebuah sekolah. Antara masalah yang sering membelenggu guru-guru di
sekolah adalah untuk melahirkan pelajar yang bertingkah laku positif, sama ada dari
segi tingkah laku akademik mahupun tingkah laku bukan akademik (Sulaiman,
1982). Menurut Othman Johan (1995), meskipun ini bukanlah masalah baru dalam
dunia pendidikan, namun langkah menanganinya perlu dilakukan bagi
merealisasikan wawasan pendidikan negara.
Ahli psikologi, Wylie (1979), mengaitkan masalah tingkah laku pelajar ini,
tidak kiralah sama ada tingkah laku akademik mahupun bukan akademik,
mempunyai kaitan dengan konsep kendiri pelajar tersebut. Menurutnya lagi, bagi
pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang positif, akan bertingkah laku positif,
yang mana biasanya mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap diri, dan
seterusnya menjadi pemangkin kepada kejayaannya. Individu jenis ini juga mampu
menghadapi segala tekanan dan perasaan kecewanya, tiada konflik diri dan mampu
menyesuaikan diri dalam hubungan sosial, dan sudah tentu individu seperti ini tiada
masalah dalam tingkah lakunya.
Berbanding dengan individu yang mempunyai konsep kendiri yang rendah
atau negatif, mereka ini tiada keyakinan terhadap kebolehannya, sering putus asa
kerana tidak menjumpai jalan penyelesaian bagi masalahnya. Malahan individu ini
sering beranggapan setiap usahanya hanya akan membawa kepada kegagalan
(Labenne dan Bert, 1969). Akibatnya, individu jenis ini akan lebih cenderung
untuk bergaul dengan mereka yang lebih muda daripada mereka dan mempunyai
kemampuan intelektual yang rendah (Azizi Yahaya, et al., 2005). Ini bermakna,
4
mereka lebih cenderung untuk bergaul dengan individu-individu yang turut
mempunyai konsep kendiri yang negatif.
Apabila hal ini berlaku, mereka akan mula membuat perkara mudah, iaitu
perkara yang dapat memuaskan diri mereka, yang mana perkara ini tidak sepatutnya
dilakukan oleh mereka. Perkara sebegini sebenarnya merupakan punca kepada
kebanyakan masalah salah laku yang sering timbul di kalangan pelajar. Salah laku-
salah laku ini termasuklah ponteng sekolah, ponteng kelas, merokok, mengancam
murid, mengganggu pengajaran, berjudi dan banyak lagi salah laku yang dilakukan
individu ini (Siti Sara, 2000).
Kajian-kajian yang dijalankan oleh kebanyakan ahli-ahli psikologi seperti
Coopersmith (1967), Marsh (1984), Brookover (1964), menunjukkan terdapatnya
korelasi yang positif dan signifikan antara konsep kendiri dengan tingkah laku
murid. Hasil kajian ini disokong dengan kajian yang dijalankan oleh Siti Sara
(2000), di mana dapatan kajiannya menunjukkan, terdapat perkaitan di antara
konsep kendiri dengan permasalahan disiplin di sekolah. Menurutnya lagi,
berbanding dengan konsep kendiri yang ada iaitu konsep kendiri peribadi, konsep
kendiri keluarga, konsep kendiri sosial, konsep kendiri moral-etika dan konsep
kendiri fizikal, didapati konsep kendiri moral-etika menunjukkan perhubungan
yang kuat berbanding dengan konsep kendiri yang lain. Ini menunjukkan bahawa,
masalah disiplin yang dibawa oleh pelajar adalah berkaitan dengan konsep kendiri
moral-etika pelajar.
Jika dilihat pada aspek pencapaian akademik pula, terdapat beberapa kajian
yang menerangkan berkaitan hubungan antara konsep kendiri pelajar dengan
pencapaian akademik. Kajian yang dijalankan oleh Zulkifli (2003), mendapati
terdapat hubungan yang signifikan antara konsep kendiri sosial dengan pencapaian
akademik. Hasil kajiannya ini selaras dengan hasil kajian yang dijalankan oleh
Azizi Yahaya, et al. (2005), yang turut mendapati terdapat hubungan yang positif
(hubungan yang signifikan) antara konsep kendiri dengan pencapaian pelajar. Ini
5
bermakna semakin tinggi konsep kendiri seseorang pelajar itu, kebarangkalian
untuknya mendapat keputusan yang cemerlang dalam pencapaian akademik juga
semakin tinggi.
Berdasarkan kajian-kajian yang dinyatakan di atas, menunjukkan konsep
kendiri sedikit sebanyak mempunyai pengaruh terhadap pencapaian akademik
pelajar dan masalah tingkah laku pelajar. Ini bermakna jika sesebuah sekolah mahu
mencapai matlamatnya untuk meningkatkan prestasi pencapaian akademik
pelajarnya dan mengatasi masalah salah laku yang membelenggu sekolah, maka
perkara pertama yang perlu diberi perhatian adalah pembentukan konsep kendiri
pelajar-pelajarnya ke arah konsep kendiri positif. Walaubagaimanapun, menurut
Syarifah (1998), konsep kendiri bukanlah faktor utama dalam menentukan mutu
pencapaian akademik bagi seseorang pelajar. Ini kerana pelajar yang mempunyai
konsep kendiri positif tidak semestinya mempunyai pencapaian akademik yang
tinggi dan begitu juga sebaliknya. Ini selaras dengan hasil kajiannya yang
menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara konsep kendiri dengan
pencapaian akademik pelajar.
Namun begitu, secara teorinya, walaupun terdapat pelajar yang berkonsep
kendiri positif ini tidak mempunyai pencapaian yang begitu cemerlang, namun
persepsinya yang positif terhadap dirinya boleh dimanfaatkan untuk memperoleh
masa depan yang cerah dan berhala tuju. Ini termasuklah sikapnya yang
menghargai diri, mempunyai bakat, tidak mudah dipengaruhi dan mempunyai
matlamat tinggi (Ames, 1978). Semua ini boleh digunakan oleh individu tersebut
sebagai landasan untuk mencipta kejayaan, walaupun bukan di bidang akademik.
Berlainan pula dengan individu yang mempunyai konsep kendiri yang
negatif, walaupun mereka mempunyai pencapaian yang cemerlang dalam
akademik, belum tentu mereka dapat gunakan pencapaian ini untuk masa depannya.
Ini kerana sikapnya yang tidak yakin pada diri sendiri, tidak mampu berdikari,
sering menyalahkan orang lain, tidak pandai dalam komunikasi sosial dan sering
6
berangan menyekat peluangnya untuk memperoleh kerjaya yang baik di masa
hadapannya dan seterusnya menyukarkannya untuk membentuk masa depan yang
cemerlang (Shahabuddin, et al., 2003). Hal ini sekali gus menggagalkan usaha
sekolah untuk membentuk pelajar yang berjaya pada masa depannya.
Oleh sebab itu, sebagai sebuah sekolah yang peka terhadap kecemerlangan
pelajarnya, sudah menjadi suatu kewajiban untuk merangka program-program
motivasi atau aktiviti-aktiviti yang mempu membentuk perkembangan konsep
kendiri positif pelajar-pelajarnya. Menurut Azizi yahaya, et al. (2005), bagi
memenuhi keperluan konsep kendiri yang positif, seseorang itu seharusnya
mempunyai keyakinan diri dan kehendak yang ingin disempurnakan. Dari
keinginan ini, yang juga merupakan motivasi, akan mendesak dan seterusnya
menggerakkan seseorang untuk mencapai apa yang dihajati. Oleh itu, motivasi
merupakan salah satu unsur penting dalam proses pembentukan konsep kendiri
positif pelajar dan seterusnya kejayaan di masa depannya.
Tambah Azizi Yahaya, et al. (2005), mereka yang berjaya akan sentiasa
sedar akan tanggungjawabnya terhadap kejayaan diri kerana mereka sedar kunci
penggerak itu terletak pada dirinya sendiri. Manakala bagi mereka yang
mengabaikan peranan motivasi sering dikaitkan dengan kegagalan. Oleh sebab itu,
peranan program motivasi yang dijalankan di sekolah, tidak boleh diabaikan kerana
ia mampu membentuk konsep kendiri positif.
Dalam konteks Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram (SMKJ), pelbagai
aktiviti dan program-program berbentuk motivasi telah dirancang dan dijalankan
untuk memenuhi keperluan motivasi pelajar-pelajar di sekolah ini. Pihak sekolah
komited dalam sebarang aktiviti yang boleh meningkatkan motivasi dan
pembentukan konsep kendiri pelajarnya. Antara aktiviti dan program yang
dijalankan setiap tahun adalah aktiviti gotong-royong untuk keceriaan sekolah,
program ceramah motivasi untuk setiap tingkatan, program-program ceramah
agama, minggu akademik bagi setiap bidang mata pelajaran, program perkhemahan
7
peningkatan iman pelajar, dan banyak lagi program-program yang dijalankan.
Setakat ini semua program yang dianjurkan mendapat penglibatan yang baik dari
pelajar.
Namun begitu, adakah segala program-program dan aktiviti-aktiviti yang
dijalankan itu berjaya membentuk konsep kendiri positif pelajar? Adakah berlaku
pembentukan konsep kendiri positif ke atas pelajar-pelajar di sekolah ini
berdasarkan galakan dan pendedahan yang diberikan melalui program-program dan
aktiviti-aktiviti ini yang sudah menjadi satu budaya di sekolah ini. Jesteru satu
kajian perlu dilakukan untuk melihat keberkesanan program-program yang
dijalankan dalam membentuk konsep kendiri positif di kalangan pelajar.
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini difokuskan kepada aspek pembentukan konsep kendiri positif
pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram, iaitu setakat mana tahap
pembentukan konsep kendiri positif pada diri pelajarnya, berdasarkan segala
pendedahan yang telah diberikan oleh pihak sekolah. Empat aspek kecil yang
menjadi fokus kajian merangkumi pembinaan kemahiran diri, penerimaan diri
seadanya, penggunaan pertuturan kendiri positif dan penglibatan orang signifikan.
Keempat-empat aspek ini merupakan antara beberapa langkah dalam proses
pembentukan konsep kendiri positif, yang mana pembentukan ini dapat dilihat
melalui aplikasi pelajar terhadap keempat-empat aspek ini. Oleh itu, pengkaji ingin
melihat setakat mana pengaplikasian keempat-empat langkah ini pada diri pelajar
dan seterusnya melihat setakat mana tahap pembentukan konsep kendiri positif
tersebut.
8
1.4 Objektif Kajian
Bagi melaksanakan kajian ini, beberapa objektif telah digariskan sebagai
panduan kajian, yang mana antaranya adalah untuk:
1.4.1 Mengkaji tahap pembinaan kemahiran diri, pelajar tingkatan 4 di
Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram, dalam pembentukan konsep
kendiri positif.
1.4.2 Mengkaji tahap penerimaan diri seadanya, pelajar tingkatan 4 di
Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram, dalam pembentukan konsep
kendiri positif.
1.4.3 Mengkaji penggunaan pertuturan kendiri positif di kalangan pelajar
tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram.
1.4.4 Mengkaji tahap penglibatan orang signifikan dalam pembentukan
konsep kendiri positif di kalangan pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Jeram.
1.5 Persoalan Kajian
Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi menjawab beberapa persoalan seperti
mana berikut:
1.5.1 Apakah tahap pembinaan kemahiran diri pelajar tingkatan empat di
Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram dalam pembentukan konsep
kendiri positif mereka?
1.5.2 Apakah tahap penerimaan diri seadanya pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Jeram dalam pembentukan konsep kendiri positif
mereka?