pembinaan pasukan

21
PEMBINAAN PASUKAN: FAKTOR-FAKTOR MERANGSANG DAN MENGEKANG PEMBINAAN PASUKAN DALAM JABATAN MATEMATIK DI MRSM PENGKALAN CHEPA 1.0 PENGENALAN Perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang dalam sesebuah organisasi sangat dituntut oleh pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) lebih-lebih lagi dalam era globalisasi. Untuk mencapai tahap yang diharapkan ini modal insan yang berkualiti dan produktif amat diperlukan kerana hanya modal insan seperti ini sahajalah yang berupaya menyumbang kepada perkhidmatan yang berkualiti dan mendorong kepada kecemerlangan organisasi.Setiap ahli dalam organisasi tidak kira sama ada pengurus atau pekerja perlu membina perpaduan dan persefahaman bagi menjamin perkhidmatan dan produk yang bermutu tinggi. Bagi merealisasikan keadaan seperti ini pembinaan pasukan kerja yang mantap perlu diwujudkan dalam organisasi tersebut . Kita perlu menerima hakikat yang membentuk sebuah pasukan yang hebat bukanlah semudah kata. Pelbagai halangan atau kekangan pasti wujud yang akan menyekat kelancaran kerja berpasukan ini. Oleh itu sebelum barah menjadi nanah, setiap masalah yang wujud dalam sesebuah pasukan kerja itu perlu dikenalpasti serta diatasi secepat mungkin agar masalah- masalah ini tidak menjadi penghalang kepada pembentukan pasukan yang mantap seterusnya akan memberi impak kepada kualiti dan produktiviti yang dihasilkan. Sebagai ahli 1

Upload: sirose

Post on 14-Jan-2015

16.018 views

Category:

Economy & Finance


0 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Pembinaan Pasukan

PEMBINAAN PASUKAN:

FAKTOR-FAKTOR MERANGSANG DAN MENGEKANG PEMBINAAN PASUKAN

DALAM JABATAN MATEMATIK DI MRSM PENGKALAN CHEPA

1.0 PENGENALAN

Perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang dalam sesebuah organisasi

sangat dituntut oleh pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) lebih-

lebih lagi dalam era globalisasi. Untuk mencapai tahap yang diharapkan ini modal

insan yang berkualiti dan produktif amat diperlukan kerana hanya modal insan

seperti ini sahajalah yang berupaya menyumbang kepada perkhidmatan yang

berkualiti dan mendorong kepada kecemerlangan organisasi.Setiap ahli dalam

organisasi tidak kira sama ada pengurus atau pekerja perlu membina perpaduan

dan persefahaman bagi menjamin perkhidmatan dan produk yang bermutu tinggi.

Bagi merealisasikan keadaan seperti ini pembinaan pasukan kerja yang mantap

perlu diwujudkan dalam organisasi tersebut .

Kita perlu menerima hakikat yang membentuk sebuah pasukan yang hebat

bukanlah semudah kata. Pelbagai halangan atau kekangan pasti wujud yang akan

menyekat kelancaran kerja berpasukan ini. Oleh itu sebelum barah menjadi nanah,

setiap masalah yang wujud dalam sesebuah pasukan kerja itu perlu dikenalpasti

serta diatasi secepat mungkin agar masalah-masalah ini tidak menjadi penghalang

kepada pembentukan pasukan yang mantap seterusnya akan memberi impak

kepada kualiti dan produktiviti yang dihasilkan. Sebagai ahli organisasi yang

sentiasa berhadapan dengan tuntutan semasa, kita perlu sedar yang tidak ada jalan

pintas untuk membentuk pasukan kerja yang mantap.

Tugasan ini akan memberi pendedahan tentang pembinaan pasukan serta

membincangkan faktor-faktor yang merangsang pembentukan pasukan kerja dalam

Unit Bahasa Melayu di Maktab Rendah MARA Pengkalan Chepa. Seterusnya

tugasan ini juga memberi fokus kepada halangan-halangan dalam proses

pembinaan pasukan dalam jabatan ini.

1

Page 2: Pembinaan Pasukan

2.0 OBJEKTIF

Objektif tajuk tugasan ini adalah untuk memberi kefahaman tentang maksud

pembinaan pasukan kerana ramai antara ahli dalam sesebuah organisasi (unit

Matematik) tidak memahami maksud pembinaan pasukan dan fungsinya.

Disebabkan ketidakjelasan maksud pembinaan pasukan inilah maka ada ahli

pasukan gagal memainkan peranan serta memberi komitmen yang sewajarnya

sehingga menjejaskan matlamat pembinan pasukan itu sendiri.

Tajuk tugasan ini juga dipilih adalah untuk mengupas secara lebih terperinci

faktor-faktor yang mendorong pembinaan pasukan dalam Unit Matematik di MRSM

Pengkalan Chepa. Ekoran desakan-desakan daripada pihak pelanggan, MRSM

Pengkalan Chepa perlu membuat anjakan paradigm agar dapat menghasilkan

pelajar-pelajar yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik, malah

merangkumi sahsiah dan kokurikulum. Tempias daripada desakan ini turut dirasai

oleh ahli-ahli unit Matematik.

Selain itu, tajuk ini juga adalah untuk mengenalpasti kekangan-kekangan

yang terpaksa dihadapi oleh ahli unit Matematik dalam proses pembinaan pasukan.

Apabila kekangan-kekangan ini dapat dikenalpasti, langkah yang sewajarnya perlu

diambil bagi mengatasi halangan ini agar sebuah jabatan yang produktif dan

berkualiti dapat diwujudkan.

3.0 DEFINISI PEMBINAAN PASUKAN

Terdapat pelbagai definisi yang diberikan kepada pembinaan pasukan.

Antara definisi yang digunakan ialah suatu kumpulan manusia yang bekerja ke arah

suatu matlamat bersama.1

Pembinaan pasukan juga didefinisikan sebagai proses di mana setiap individu

membantu, bekerjasama antara satu sama lain dalam usaha berkongsi maklumat

dan berkomunikasi secara terbuka sesama sendiri.

Mengikut Harvey Robbins & Michael Finley, (1996) pasukan atau “team”

bermaksud “… people doing something together…” Dalam konteks ini ia boleh

1 Dr. Suriyakhatun, Suasana Life Coaching Center, muka surat 27 m

2

Page 3: Pembinaan Pasukan

merupai sama ada situasi dalam pekerjaan, permainan atau dalam institusi

kekeluargaan. Ia juga merupakan satu keadaan yang unggul ke arah mewujudkan

suasana yang harmoni serta semangat bekerjasama.2 Berdasarkan definisi-

definisi pembinaan pasukan ini, jelaslah bahawa pembinaan pasukan dalam

sesebuah organisasi amat penting kerana dunia pekerjaan pada hari telah

mengalami banyak perubahan terutama apabila berhadapan dengan ledakan

teknologi maklumat (IT). Perkembangan pesat IT serta globalisasi ini telah

mewujudkan pelbagai cabaran. Persaingan semasa juga semakin hebat untuk

dihadapi secara individu. Oleh itu setiap individu dalam sesebuah organisasi ini perlu

saling bergantungan untuk mengatasi semua cabaran serta memenuhi kehendak

pelanggan. Seperti yang dinyatakan oleh Ahmad Fazli Yusof dalam bukunya yang

bertajuk Mengurus Kerja Berpasukan, “Kemuncak kejayaan seseorang peribadi itu

bukanlah ‘berdikari dan tidak memerlukan orang lain’, tetapi seseorang itu dianggap

benar-benar cemerlang jika dia boleh mencipta situasi ‘saling kebergantungan’

antara satu sama lain.”3

Pembinaan pasukan dapat membina semangat kekitaan, memberi

pengurusan merancang strategi, memanfaatkan kekuatan daripada kepelbagaian

tenaga kerja seterusnya dapat meningkatkan prestasi organisasi.

4.0 FAKTOR-FAKTOR MERANGSANG PEMBINAAN PASUKAN DALAM UNIT

BAHASA MELAYU DI MRSM PENGKALAN CHEPA

Seorang guru yang profesional akan sentiasa sedar akan peranan dan

tanggungjawab mereka dalam melaksanakan tugas bukan sahaja sebagai tenaga

pengajar tetapi juga sebagai pendidik yang bertanggungjawab melahirkan modal

insan kelas pertama yang dapat menguasai pelbagai aspek. Tanggungjawab yang

sangat berat ini sudah pasti tidak dapat dipikul secara sendirian tetapi perlu digalas

secara bersama-sama. Oleh itu pembinaan pasukan kerja sangat diperlukan bagi

merealisasikan impian pelbagai pihak.Di sini kita cuba kupas secara terperinci

faktor-faktor yang merangang pembinaan pasukan dalam unit ini.

4.1 MATLAMAT YANG SAMA

2 Dr. Ismail Zain

3 http://www.bookcafe.com.my/product info.php?cPath=2 55&products id=87

3

Page 4: Pembinaan Pasukan

Faktor utama yang merangsang pembinaan pasukan dalam unit Matematik

MRSM Pengkalan Chepa ialah matlamat yang sama.Seperti mana yang kita ketahui,

setiap guru yang bekerja di MRSM Pengkalan Chepa secara umumnya dan guru

yang mengganggotai unit Bahasa khususnya perlu faham dan jelas dengan

matlamat yang hendak dicapai serta perlu berusaha untuk mencapai matlamat ini.

Antara matlamat yang perlu dicapai oleh semua guru ialah:

1. Memastikan semua pelajar memperoleh ‘A’ dalam subjek Matematik.

2. Memastikan sahsiah semua pelajar baik, berhemah dan berbudi pekerti

mulia.

3. Merealisasikan penglibatan secara total dalam bidang kokurikulum dan

memperoleh sekurang-kurangnya tempat pertama, kedua atau ketiga

dalam setiap penyertaan.

Tanggungjawab untuk merealisasikan matlamat ini perlu digalas oleh semua

guru dalam unit Bahasa.Sebagai manusia biasa,adalah mustahil bagi kita untuk

mencapai matlamat yang ditetapkan ini secara bersendirian. Keadaan ini

diteguhkan lagi dengan kata-kata Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah dalam

bukunya yang bertajuk ‘55 Petua Kerja Berpasukan’ yang mengatakan bahawa

“Anda sememangnya perlukan orang di sekeliling bagi meneruskan hidup ini.

Tidak kira sama ada melakukan kerja sekolah, kerja rumah, bercedung di

bendang, tugasan universiti, kertas kerja pejabat, projek korporat, jual beli

saham, konsert amal dan hampir kebanyakan kerja; kita perlukan orang lain di

sekeliling kita. Justeru, kita semua perlu memahirkan diri bekerja dengan orang

lain. Salah satu kemahiran penting ialah kemahiran bekerjasama dalam satu

pasukan.”4 Oleh itu sebagai anggota dalam unit Matematik kami perlu

membentuk pasukan kerja yang mantap.

Bagi merealisasikan matlamat semua pelajar memperoleh ‘A’ dalam subjek

Matematik yang perlu dicapai oleh semua guru,guru-guru Matematik bukan

sahaja mengajar pada masa kelas formal malah setiap guru telah bekerjasama

mengadakan kelas tambahan mengikut kemahiran masing-masing.

4 .http://www.pts.co…/modules.php?name=Katalong Buku v2&op=ViewBookDetails&bid

4

Page 5: Pembinaan Pasukan

Contohnya : Cikgu Zanariah berkebolehan dalam Trigonometri sementara Cikgu

Rohani berkebolehan dalam tajuk Persamaan Kuadratik. Oleh itu kelas tambahan

dijalankan berdasarkan kemahiran guru iaitu Cikgu Zanariah akan mengajar topik

mengenai Trigonometri sementara Cikgu Rohani mengajar mengenai Persamaan

Kuadratik yang mudah dan peringkat yang tinggi agar semua pelajar memperoleh

input yang sama daripada guru-guru tersebut. Pengendalian kelas tambahan ini turut

dibantu oleh guru-guru lain dalam unit agar pelajar tidak hilang tumpuan. Guru-guru

dalam unit ini juga telah bekerjasama mengadakan kelas pemulihan mengikut

kebolehan masing-masing kepada setiap pelajar yang telah dikenalpasti bermasalah

sama ada masalah dalam subjek Matematik atau masalah sahsiah.

Bagi merealisasikan penglibatan pelajar secara total dalam bidang

kokurikulum, kami guru-guru unit Matematik telah menggalakkan pelajar menyertai

setiap pertandingan yang dianjurkan sama ada oleh pihak MARA atau Kementerian

Pendidikan. Kami telah bekerjasama sebagai sebuah pasukan mengadakan latihan

mengikut kemahiran yang kami miliki dengan dibantu oleh guru-guru lain yang

kurang berkebolehan.

Contohnya : Saya sebagai guru matematik dan komputer telah melatih peserta

maktab dengan dibantu oleh guru-guru lain yang mempunyai kemahiran dalam

bidang pengaturcaraan dan kalkulator. Hasil daripada pasukan kerja yang telah kami

bina ini, pelajar telah menghasilkan satu projek pengaturcaraan sehingga

memenangi tempat Pertama dalam Tunas Saintis Se-Malaysia dan telah terpilih

menyertai Intel ISEF 2007.

4.2 PERKONGSIAN ILMU DAN KEMAHIRAN

Sejajar dengan ledakan teknologi maklumat, pelbagai ilmu baru tersebar

dengan cepat dan meluas. Tidak semua guru dalam unit Matematik dapat mengejar

ilmu dan kemahiran yang berkembang pesat ini. Oleh itu pembinaan pasukan kerja

ini perlu dibentuk supaya kemahiran dan ilmu yang berbeza-beza ini dapat dikongsi

bersama oleh semua ahli. Sekiranya ada dalam kalangan ahli kumpulan yang

berkemahiran dalam satu-satu bidang, maka guru ini boleh membantu guru-guru

lain yang perlu melaksanakan tugas menggunakan kemahiran tersebut iaitu

menampung kelemahan rakan guru dalam unit Matematik

5

Page 6: Pembinaan Pasukan

Contoh 1: Cikgu Abdullah Zamawi dalam unit Matematik mempunyai kemahiran

dalam menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Beliau telah

bersedia untuk memberi tunjuk ajar kepada guru-guru lain dalam menggunakan ICT

. Malah cikgu Abdullah juga telah berkongsi bahan pengajaran yang menggunakan

ICT dengan guru-guru lain. Tindakan Cikgu Abdullah ini telah dapat menampung

kelemahan guru-guru lain memandangkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran sangat ditekankan di MRSM Pengkalan Chepa.

Contoh 2: Cikgu Zulkifly mempunyai kelebihan kemahiran komunikasi.Beliau telah

banyak membantu guru-guru lain terutama guru-guru baru dalam menyelesaikan

masalah bukan sahaja dalam hal yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran,

tetapi masalah-masalah lain yang melibatkan pihak pentadbiran dan pelajar.

4.3 MENINGKATKAN KUALITI DAN PRODUKTIVITI

Sebagai salah seorang ahli organisasi, saya menyedari bahawa

perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti sangat diperlukan oleh pelanggan

terutama pelajar dan ibu bapa. Menyedari hakikat ini ahli unit Matematik perlu

membina pasukan dan bekerja dalam pasukan kerana bekerja secara sendirian

tidak akan menghasilkan kualiti dan produktiviti yang optimum.

Kualiti kerja serta produktiviti hanya dapat ditingkatkan apabila semua ahli

bersama-sama menyelesaikan masalah yang wujud dalam pasukan.Semua ahli

perlu bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti, memilih, menganalisa

masalah-masalah yang berkaitan dengan kerja mereka dan mengemukakan

cadangan-cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan

dan keputusan, dan melaksanakan keputusan setelah dipersetujui oleh pihak

pengurusan.5 Dalam mesyuarat ini juga semua ahli dapat berkongsi kepakaran dan

kebolehan mereka dengan semua ahli. Perkongsian kepakaran ini akan dapat

menghasilkan kerja yang lebih baik.

Contoh 1 : Beberapa orang guru dalam unit Matematik tidak berkemahiran dalam

memeriksa kertas peperiksaan pelajar. Keadaan ini menyebabkan markah pelajar

yang diperiksa oleh guru-guru ini sangat berbeza dengan markah guru-guru yang

lebih berpengalaman. Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan unit Matematik

5 Rozita Abdul Mutalib.Fazilah Mohd Othman, Pengurusan Organisasi Awam,m.s 109

6

Page 7: Pembinaan Pasukan

ini,Cikgu Zulkifly yang telah mengajar selama 25 tahun serta berpengalaman luas

dalam menanda kertas SPM telah berkongsi kemahirannya dengan guru-guru lain

dalam unit Matematik dengan membuat bengkel menanda kertas kepada guru.

Tindakan cikgu ini telah menjadikan guru-guru yang tidak berpengalaman ini dapat

meningkatkan kualiti kerja mereka dalam menanda kertas peperiksaan. Kesannya

jurang markah antara kelas dapat dikurangkan.Di sini jelaslah bahawa pembinaan

pasukan ini dapat meningkatkan kualiti sesebuah organisasi.

Contoh 2 : Pada pertengahan bulan Ogos 2008 Unit Matematik telah merancang

untuk mengadakan kem Matematik bagi pelajar Tingkatan 5 yang lemah. Bagi

menjayakan program ini, semua guru Unit Matematik yang diketuai oleh Tn Hj

Zulkifly telah bermesyuarat bagi memahami objektif, merancang, meneliti serta

melaksanakan aktiviti yang perlu dijalankan. Hasil perkongsian idea daripada semua

ahli serta dipersetujui oleh pengetua MRSM Pengkalan Chepa, kem tersebut telah

dapat dilaksanakan di Perdana Resort dengan jayanya. Hasil daripada maklum

balas daripada peserta kem, pelajar-pelajar yang menyertai kem ini lebih berminat

dengan subjek Matematik, berkeyakinan untuk menghadapi peperiksaan dan

markah peperiksaan mereka juga turut meningkat.

4.4 PERKONGSIAN TANGGUNGJAWAB

Pembinaan pasukan juga perlu dibentuk dalam unit Matematik adalah untuk

perkongsian tanggungjawab. Sebagai ahli organisasi, guru-guru unit Matematik

bukan sahaja bertanggungjawab untuk mengajar, tetapi kami juga dibebankan

dengan pelbagai tugas lain yang perlu disempurnakan dalam tempoh masa tertentu.

Dalam menghadapi situasi ini, kadangkala guru-guru ini tidak dapat untuk

menghadiri kelas kerana terpaksa menyelesaikan tugas mereka yang lain. Dengan

adanya pasukan kerja, kelas guru tersebut akan diganti oleh guru lain atas dasar

tanggungjawab bersama dan setiakawan.

Selain itu pasukan kerja ini juga turut bertanggungjawab atas kejayaan dan

kegagalan setiap program yang dipertanggungjawabkan kepada unit Matematik

Apabila sesuatu program diberi kepada unit Matematik, tanggungjawab untuk

melaksanakan program ini bukan terletak kepada ketua unit sahaja tetapi perlu

melibatkan semua ahli. Sebelum melaksanakan program tersebut, ketua unit perlu

berkongsi idea dengan semua ahli untuk membuat perancangan dan menilai idea

7

Page 8: Pembinaan Pasukan

tersebut sebelum melaksanakan program. Ahli pasukan perlu ikhlas memberi idea

supaya program yang dilaksanakan menjadi program yang berkualiti serta

memuaskan hati pihak yang berkepentingan.

Contoh 1 : Cikgu Zanariah telah diberi tanggungjawab besar dalam organisasi

MRSM Pengkalan Chepa iaitu penyelaras SEM dan Guru kanan Matematik

Tambahan selain mengajar subjek Matematik . Keadaan ini telah menyebabkan

beliau kerap kali tidak dapat hadiri kelas formal atas sebab-sebab yang tidak dapat

dielakkan. Untuk mengelakkan pelajar-pelajarnya ketinggalan dalam pelajaran, guru-

guru lain dalam pasukan dengan rela hati akan menggantikan kelas Cikgu Zanariah

kerana kepentingan pelanggan perlu diutamakan. Tindakan seperti ini perlu

dilakukan supaya kepentingan pelajar tidak diabaikan .

4.5 MENGURANGKAN STRES

Dalam suasana kerancakan memperkenalkan dan melaksanakan refomasi

pendidikan serta hasrat kerajaan untuk menghasilkan guru bertaraf dunia, ramai

guru mula menghadapi stress. Stress ini timbul ekoran daripada kehendak-kehendak

atau tuntutan pelanggan seperti pelajar, ibu bapa serta pihak pentadbiran yang tidak

dapat dipenuhi oleh seseorang guru (ahli organisasi). Bagi mengatasi masalah

stress atau tekanan ini, pembentukan pasukan dalam unit bahasa Melayu perlu

dilakukan agar masalah yang lebih serius dapat dielakkan..

Dengan pembentukan pasukan kerja ini, semua ahli dalam unit bahasa

Melayu termasuk ketua unit perlu faham matlamat unit dan sanggup berkongsi

tanggungjawab yang telah diberikan. Setiap tanggungjawab yang diberikan kepada

seseorang ahli tidak hanya dipikul dan dijalankan oleh individu itu sahaja tetapi

sebaliknya diagih-agihkan kepada ahli-ahli lain agar ahli yang bertanggungjawab

tidak rasa terlalu terbeban. Malah sekiranya wujud masalah semasa melaksanakan

tanggungjawab tersebut, masalah itu akan dibincangkan dan diselesaikan bersama-

sama dalam pasukan tanpa menyalahkan antara satu sama lain. Langkah ini akan

mewujudkan rasa tenang pada setiap ahli semasa menjalankan tugas mereka yang

akhirnya dapat mengurangkan rasa stress.

Contoh 1 : Semasa peperiksaan semester, kelas saya sentiasa mendapat

keputusan yang kurang memuaskan dan tidak mencapai sasaran yang

8

Page 9: Pembinaan Pasukan

ditetapkan.Keadaan ini menyebabkan saya sentiasa dipanggil oleh Timbalan

Pengetua Hal Ehwal Akademik dan dihujani dengan pelbagai soalan. Ekoran

daripada itu saya berasa sangat tertekan kerana saya pada saya, saya sudah

berusaha sedaya upaya untuk perbaiki teknik pengajaran saya dan prestasi pelajar.

Keadaan ini menyebabkan saya berasa sangat tertakan dan mengalami masalah

kemurungan. Namun begitu, dengan wujudnya pasukan kerja dalam Matematik

seperti yang diarahkan oleh Bahagian Pelajaran Menengah MARA (unit Matematik),

stress yang saya hadapi dapat dikurangkan. Ini kerana pelajar yang lemah dari kelas

saya telah dikenalpasti dan pelajar-pelajar ini dikehendaki menghadiri kelas

pemulihan. Kelas pemulihan ini bukan sahaja menjadi tanggungjawab saya, tetapi

semua guru dalam unit Bahasa Melayu telah bertanggungjawab dan bekerjasama

menjalankan kelas pemulihan untuk perbaiki prestasi subjek Matematik MRSM

Pengkalan Chepa keseluruhannya.

5.0 KEKANGAN-KEKANGAN PROSES PEMBINAAN PASUKAN DALAM UNIT

BAHASA MELAYU

Sesuatu program yang dirancang oleh sesebuah organisasi akan berjaya

dilaksanakan sekiranya ahli dalam organisasi tersebut bersedia untuk saling

bekerjasama dalam satu pasukan. Namun begitu, kita perlu menerima hakikat yang

penubuhan pasukan kerja tidak semudah yang disangkakan kerana banyak padang

banyak belalang.Terdapat pelbagai halangan atau kekangan yang wujud dalam

proses pembinaan pasukan yang mantap dan halangan ini perlu diatasi agar ia tidak

memberi kesan terhadap kualiti dan produktiviti organisasi. Antara halangan yang

terpaksa dihadapi oleh ahli pasukan ialah:

5.1 KEKELIRUAN MATLAMAT

Ketidakjelasan dari segi misi, visi serta objektif dalam sesebuah organisasi

adalah penyebab utama semangat berpasukan tidak dapat dilaksana dan diterapkan

dalam anggotanya. Dalam hal ini tidak semua anggota memahami hala tuju

organisasi masing-masing.Ekoran daripada itu terdapat ahli pasukan yang tidak

memahami matlamat ini tidak memberikan kerjasama apabila sesuatu program

hendak dilaksanakan menyebabkan program yang dijalankan tidak begitu

memuaskan.

9

Page 10: Pembinaan Pasukan

Ketidakjelasan matlamat ini berlaku juga dalam anggota kerja unit Bahasa

Matematik di MRSM Pengkalan Chepa. Mereka tidak cuba memahami matlamat

sesuatu aktiviti atau program secara jelas kerana menganggapprogram-program

tersebut bukan kerja hakikimereka. Apabila keadaan ini terjadi menyebabkan

mereka melakukan kerja yang ditugaskan secara sambil lewa dan tidak memberi

kerjasama yang sewajarnya.

Contoh 1 : Guru-guru baru dalam unit Matematik tidak diberi penjelasan dan

penekanan tentang visi, misi dan objektif MRSM Pengkalan. Oleh itu apabila

sesuatu program dilaksanakan oleh Unit ini yang melibatkan semua guru, guru-guru

ini tidak memberi kerjasama seperti yang diharapkan. Pada bulan Julai 2008,

program Seminar peperiksaan telah diadakan oleh Unit Matematik. Sepatutnya

program ini dihadiri oleh semua guru kerana ia bertujuan memberi pendedahan

kepada guru dan pelajar tentang teknik menjawab soalan peperiksaan dan menanda

kertas peperiksaan. Namun begitu, disebabkan ketidakjelasan matlamat kerja

pasukan ini, beberapa guru baru ini tidak hadir dalam seminar tersebut tanpa

sebarang sebab yang munasabah menyebabkan mereka tidak dapat apa-apa input

daripada seminar tersebut. Di sini jelas menunjukkan bahawa sekiranya ada ahli

yang tidak memahami matlamat sebenar kerja berpasukan, maka matlamat kerja

berpasukan sukar dicapai .

Contoh 2 : Pada bulan April setiap tahun, MRSM akan mengadakan Karnival

Matematik bagi mencungkil dan mengembangkan bakat pelajar. Oleh itu semua

guru perlu bekerjasama untuk memilih dan melatih peserta bagi setiap pertandingan

yang dianjurkan. Namun begitu, disebabkan ketidakjelasan matlamat program ini

dilaksanakan maka ada guru yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka.

Mereka hanya membiarkan guru-guru tertentu sahaja yang menanggung beban

kerja tersebut.

5.2 PERBEZAAN PRINSIP

Seperti yang kita ketahui, setiap individu mempunyai prinsip dan pandangan

hidup yang berbeza. Masing-masing cuba menegakkan prinsip mereka. Sekiranya

tidak ada tolak ansur antara ahli tentang prinsip hidup mereka, maka ia akan

memberi kesan yang negatif terhadap matlamat pembinaan pasukan. Mereka bukan

sahaja susah menerima pendapat orang lain kerana berbeza dengan prinsip mereka

10

Page 11: Pembinaan Pasukan

malah mereka cuba menegakkan pendirian mereka tanpa memikirkan kesan

kepada pihak pelanggan. Mereka juga susah untuk menerima sesuatu pembaharuan

atau membuat anjakan paradigma semata-mata ingin mengekalkan prinsip masing-

masing. Keadaan ini menyebabkan sesuatu perancangan yang boleh beri manfaat

kepada pelajar tidak dapat dijalankan.

Contoh 1 : Semua ahli unit Matematik telah bersetuju mengadakan program cara

menggunakan kalkulator saintifik bagi meningkatkan pengetahuan am pelajar.

Langkah ini difikir wajar dilaksanakan memandangkan ramai dalam kalangan pelajar

yang cetek pengetahuan am disebabkan kurang membaca. Namun ada beberapa

guru yang menentang program tersebut kerana bagi mereka program hanya

membazir wang dan tidak pernah dilaksanakan di MRSM ini. Sehubungan

itu,walaupun program ini tetap juga dilaksanakan, guru ini tidak memberi kerjasama.

Beliau langsung tidak menjalankan program tersebut untuk kelasnya menyebabkan

pelajar-pelajar dari kelas guru ini tidak meminjam majalah-majalah yang disediakan

seterusnya tidak mendapat input yang sama seperti pelajar-pelajar lain.

5.3 KURANG KOMITED

Ahli tidak memberi komitmen yang sepenuhnya kepada pasukan kerja

merupakan salah satu daripada kekangan proses pembentukan pasukan yang

mantap. Mereka tidak dapat member komitmen sepenuhnya kerana mempunyai

kepentingan peribadi di luar waktu kerja seperti mengajar tuisyen dan aktiviti jualan

langsung. Penglibatan ahli ini adalah sangat minimum malah seringkali tidak

menghadiri mesyuarat ahli pasukan apabila mesyuarat tersebut diadakan di luar

waktu kerja. Tugas yang diberikan kepadanya juga seringkali tidak siap pada masa

yang telah ditetapkan. Sikap ahli pasukan ini telah menyebabkan kelancaran kerja

pasukan terjejas.

Contoh 1 : Seorang guru Matematik di MRSM Pengkalan Chepa sentiasa mengelak

apabila kelas pemulihan secara berkelompok diadakan. Pelbagai alasan telah

diberikan apabila program ini diadakan di luar waktu pejabat .Hal ini berlaku

disebabkan guru ini mempunyai tanggungjawab untuk mengajar tuisyen di beberapa

buah pusat tuisyen di Kota Bharu. Terbukti guru ini lebih fokus untuk mencapai

impian peribadinya berbanding matlamat pasukan kerja.Sikap guru ini telah

11

Page 12: Pembinaan Pasukan

menyebabkan wujudnya rasa tidak puas hati guru-guru lain dalam pasukan kerana

kelas pemulihan yang efektif tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan tenaga

pengajar. Keadaan ini telah menjejaskan pembentukan pasukan dalam unit

Matematik di MRSM Pengkalan Chepa.

5.4 AHLI YANG BERADA DALAM ZON SELESA

Kehadiran ahli yang berada dalam zon selesa juga menjadi penghalang

kepada pembentukan pasukan yang mantap. Situasi ini berlaku dalam diri ahli yang

senior. Tempoh bekerja yang lama kadang kala membuatkan seseorang ahli berasa

‘tepu’ dan hilang semangat. Hal ini disebabkan guru ini sudah berada dalam zon

selesa yang mengakibatkan dia hilang motivasi untuk bekerja. Kebanyakan kerja

yang dilakukan sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja dan penglibatannya

dalam pasukan hanya setakat ‘ala kadar’. Sikap yang ditunjukkan oleh guru ini akan

membantutkan proses pembentukan pasukan kerja.

Contoh 1: Cikgu Abdullah Ahmad dalam unit Matematik merupakan guru senior

yang tidak berminat untuk naik pangkat dan sudah berpuas hati dengan gaji yang

dia peroleh. Sikap yang ditunjukkan oleh guru ini tidak menyenangkan ramai ahli

pasukan kerana beliau sentiasa menolak kerja-kerja yang ditugaskan kepadanya

kepada guru-guru yang lebih muda dengan alasan dia sudah lama bekerja. Guru ini

juga seolah-olah tidak berminat dengan segala bentuk pembaharuan dalam

pendidikan yang menyebabkan dia tidak begitu memberi komitmen apabila ahli

pasukan mengadakan seminar untuk peningkatan pengajaran dan pembelajaran.

Sikap Cikgu Abdullah Ahmad ini telah menunjukkan beliau kabur tentang matlamat

pembentukan pasukan dan peranannya sebagai ahli pasukan yang akan member

impak kepada pembentukan pasukan.

6.0 KOMEN

Semangat kerja berpasukan adalah merupakan salah satu konsep serta

amalan yang penting dalam sesebuah organisasi. Ia juga merupakan etika dalam

budaya kerja ke arah mempertingkatkan produktiviti. Oleh itu, sebagai guru saya

berpandangan bahawa pembentukan pasukan sangat penting dalam usaha

menyahut seruan kerajaan untuk menghasilkan modal insan kelas pertama seperti

12

Page 13: Pembinaan Pasukan

yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Negara. Guru-guru perlu bekerja lebih

gigih untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan bagi menghasilkan pelajar

seperti yang diharapkan. Perkara ini tidak mungkin tercapai sekiranya seseorang

guru itu bekerja secara individu kerana beban kerja guru semakin bertambah dari

hari ke hari. Kita perlu yakin yang kita boleh bekerja dalam satu pasukan yang

mantap bagi mencapai satu matlamat yang telah ditetapkan.

Mengikut Juran (1993), antara kebaikan dan manfaat kerja berpasukan

kepada pekerja termasuklah:

Mempertingkatkan motivasi, perasaan girang dan minat terhadap kerja.

Memberikan keyakinan diri pekerja tentang potensi dan kebolehan

mereka.

Menanam semangat dan sikap gigih serta tekun dalam kalangan

pekerja untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan kualiti

keluaran/barangan

Menyemai perasaan kekitaan dan keupayaan dalam kalangan pekerja.

Mendorong dan membantu memperkembangkan sikap ingin

bekerjasama dan saling membantu dalam kalangan pekerja.

Melahirkan pekerja yang komited, bertanggungjawab, dinamik dan

dedikasi.

Pendapat ini tidak dapat disangkal dan terbukti kebenarannya apabila pasukan kerja

dibentuk dalam unit Matematik, keputusan Matematik pelajar-pelajar MRSM

Pengkalan Chepa semasa peperiksaan SPM 2006 dan 2007 meningkat dengan

mencapai 99.7 untuk skor ‘A’

Bagi menjadikan sesebuah pasukan kerja berkesan, sebagai individu dalam

organisasi kita perlu menguasai pelbagai kemahiran kerana tanpa kemahiran-

kemahiran ini kerja berpasukan tidak akan berjaya. Antara kemahiran yang perlu

ada ialah kemahiran komunikasi dalam pasukan, membuat keputusan beramai-

ramai, mengendalikan konflik, membina kreativiti, kepimpinan, memotivasikan,

membuat penilaian, memberi ganjaran dan banyak lagi.

Namun begitu, sebagai manusia biasa kita perlu menerima kenyataan yang

kita tidak boleh mencapai sesuatu yang kita impi-impikan secara mudah. Kita pasti

akan berhadapan dengan pelbagai halangan yang boleh menggugat keberkesanan

13

Page 14: Pembinaan Pasukan

pembinaan pasukan. Oleh itu kita perlu jadikan halangan-halangan ini sebagai batu

loncatan bagi kita meneruskan perjuangan untuk mencapai matlamat pasukan.

7.0 KESIMPULAN

Sebagai generasi era globalisasi, kita perlu menerima hakikat yang kita tidak

boleh melakukan sesuatu pekerjaan secara berdikari . Keadaan ini disebabkan kita

sentiasa berhadapan dengan pelbagai kehendak pelanggan yang tidak mampu

untuk kita tangani secara sendirian. Justeru, kita perlu memahirkan diri bekerjasama

dengan orang lain. Kajian telah membuktikan bahawa kerja berpasukan memainkan

peranan penting dalam menentukan kualiti, produktiviti dan matlamat organisasi.

Namun begitu, sebagai anggota pasukan kita perlu menerima hakikat bahawa dalam

proses pembinaan pasukan yang mantap ini, akan wujud halangan-halangannya .

Halangan-halangan ini perlu ditangani secara bijaksana agar ia tidak memberi kesan

negatif terhadap kualiti perkhidmatan dan produktiviti.Oleh itu pemimpin pasukan

perlu memainkan peranan mereka bagi menyedarkan anggota pasukan tentang

matlamat sebenar pembentukan pasukan dan matlamat organisasi yang perlu

digapai mereka. Agama Islam sendiri menggalakkan umatnya bersatu padu, saling

membantu dan bekerja dalam pasukan yang mantap agar dapat membina tali

silaturrahim. Kita perlu sama-sama menanam azam untuk membina dan bekerja

dalam pasukan agar matlamat Negara untuk melahirkan modal insane kelas

pertama dapat dicapai. Bak kata pepatah ‘bulat air kerana pembentung, bulat

manusia kerana muafakat’.

BIBLIOGRAFI

1. Abdullah Hassan dan Ainon Mohd,2008, Komunikasi di tempat Kerja, Kuala

Lumpur, PTSProfessional Publishing Sdn.Bhd.

2. Asma Fadilla Habib, Anda + Karier

3. Rahmat Ismail, 2006, 12 Rukun Kerja Berpasukan, Kuala Lumpur, utusan

Publishing & Distributors. Sdn. Bhd.

14

Page 15: Pembinaan Pasukan

4. Saadon Awang dan Abd Rahim Romle,2007, Isu-Isu Kontemporari

Pengurusan Awam,Penerbit Pearson Prentice Hall.

5. Dr. Suriyakhatun, Suasana Life Coaching Center,

6. http://www.pts.co…/modules.php?name=KatalongBuku 2&op=ViewBookDetails&bid

7. http://www.bookcafe.com.my/product info.php?cPath=2 55&products id=87

8. http://www.sideroad.com/Team_Building/effective-teamwork.html .

9. http://stafweb.uum.edu.my/hartini/group.htm

15