penanaman dan pengurusan tomato
DESCRIPTION
tomatoTRANSCRIPT
Tomato adalah sejenis sayuran jenis buah yang
mempunyai jangka hayat yang singkat. Ia menjadi makanan
kesukaan kepada manusia di serata dunia. Tanaman tomato
berasal dari Amerika Selatan dan kini ia ditanam secara meluas di
semua Negara beriklim tropika.
Buah tomato adalah berisi, lembut,dan berair
dengan biji yang halus di dalamnya. Bah tomato kaya dengan beta
karotena, vitamin C dan vitamin B.
Di Malaysia, kawasan Cameron Highlands
menjadi pengeluar utama tomato. Lokasinya yang beriklim sejuk menjadikan
penanaman tomato di Cameron Highlands bertambah banyak. Kawasan tanah
rendah yang menjalankan penanaman tomato ialah negeri Johor. Sebahagian besar
tanaman adalah untuk permintaan dalam negeri dan selebihnya akan dieksport ke
Singapura.
Negara juga mengimport 4000 tan produk berasaskan tomato seperti sos,
sardine, tuna dan sebagainya. Pengeluar tempatan hanya membekalkan tomato
untuk kegunaan segar harian.
Nama saintifik bagi tomato ialah Lycopersicon cycopersicum (L). Tomato
adalah dari famili Solanaceae. Pokok tomato dibahagikan kepada dua jenis :-
PENANAMAN DAN
PENGURUSAN
TOMATO
Pokok Tomato
Tumbuh menegak (determinate)
Tumbuh menjalar (indeterminate)
CIRI-
CIRI
AM AKAR- akar tunjang yang kuat dan banyak akar-akar serabut.
Batang - warna hijau, bercabang dan berbuku.
Daun- berbulu dan terdapat banyak bentuk.
Bunga- berwarna kuning dan berukuran lebih 1 cm.
Buah-banyak perbezaan warna, saiz, bentuk dan rasa.
Benih-berwarna kuning perang dan beratnya 2.5g/biji.
Cara Pendebungaan-persenyawaan sendiri
Faktor IklimTomato lebih sesuai ditanam di kawasan tanah tinggi.
Terdapat juga kultivar tomato yang sesuai ditanam di tanah rendah.
Suhu yang sesuai untuk penanaman tomato 18 - 32°c.
Jumlah hujan sebanyak 460mm untuk pertumbuhan yang baik.
Faktor Tanah
Tanaman tomato sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah termasuk tanah pasir
(BRIS dan bekas lombong) dan tanah gambut.
Tanah yang mempunyai saliran dan pengudaraan yang baik.
Nilai pH yang sesuai adalah pH 5.5 – 8.0.
Kultivar-kultivar yang disyorkan :-
Sifat PokokKultivar
L 24 MT 1 MT 11 Serdang 2 King Kong (F1)
Tabiat pokokTegak, rimbun dan berterusan
Tegak, rimbun sederhana besar,
Rimbun, separa berterusan
Tegak, rimbun separa berterusan
Tegak, separa berterusan
Keperluan
Asas Tanam
an
separa berterusan
BeratBesar
(lebih 60g/biji)Kecil
(25-30 g/biji)Sederhana
40-80 g/biji)Sederhana
(40-80g/biji)
Besar(100-150
g/biji)
Warna Merah Merah cerah Merah Merah Merah
Kegunaan Segar Segar/proses Segar Segar Segar
Hasil 18-30 tan/ha 15-25 tan/ha 15-28 tan/ha 20-25 tan/ha 25-30 tan/ha
Sifat-sifat tanah dan kesesuaian untuk tanaman Tomato
Sifat Tanah
Kesesuaian untuk tanaman tomato
Sesuai Sederhana sesuai
Kecerunan 0 - 6° 6 - 12°
Saliran Salir Kurang salir
Kedalaman tanah yang
berkesan> 50cm 25 – 50cm
Tekstur dan struktur Selain dari pasirPasir yang tidak
berstruktur
Kemasinan <1 mmhos 1 – 2mmhos
Kedalaman lapisan asid
sulfat>50cm 0 – 50cm
Ketebalan gambut Tidak menghalang -
KeberbatuanTiada halangan pada
25cm kedalaman tanah-
Ketidak seimbangan unsur
Tiada keracunan
kelebihan mikro nutrient
atau CEC rendah
CEC rendah
Sumber : Wong (1986)
PENYEDIAAN ANAK BENIH
Gunakan biji benih yang bermutu tinggi. Jumlah biji benih yang digunakan
adalah 300 g/ha. Racun kulat seperti Thiram digunakan untuk merawat biji benih
dengan kadar 3 g/1000g biji benih. Sebelum menanam biji benih, ia harus disemai
sekurang-kurangnya sebelum 6 minggu. Anak benih ditanam di bawah jaring kalis
serangga.
AMALA
N
KULTU
R
Semaian Batas
Campuran tanah 7:3:2 (tanah : bahan organic : pasir) digunakan bagi batas semaian
berukuran 1000cm lebar, 15cm tinggi dan mengikut panjang yang dikehendaki. Biji
benih disemai sedalam 0.5cm dalam jalur bergerak 5cm. tanah kering yang halus
ditabur sepanjang jalur untuk menutup biji benih. Batas disiram dan teduhan yang
diperbuat daripada plastik lutsinar didirikan. 10 – 14 hari selepas menyemai, anak
benih dijarangkan 5cm antara pokok.
Semaian Polibeg
Cara Semaian
Semaian Batas
Semaian Polibeg
Semaian Kotak
Polibeg berukuran 12cm panjang, 20cm lebar dan 0.1mm tebal diisi dengan tanah
campuran 7:3:2. Dua hingga tiga biji benih ditanam sedalam 0.5cm. Hanya
tinggalkan satu pokok setelah mempunyai 2-3 helai daun. Polibeg diletakkan
dibawah teduhan yang didirikan daripada plastik lutsinar dan jaring kalis serangga.
Semaian Kotak
Kotak diperbuat daripada kayu atau plastik yang berukuran 60cm lebar x
60cm panjang diisi dengan media semaian. Bagi mengelakkan air tidak bertakung,
kotak semaian yang digunakan perlu mempunyai lubang di bahagian bawahnya. Biji
benih disemai pada jarak 5cm x 5cm dan ditimbus dengan tanah. Bagi
menggalakkan pertumbuhan yang sempurna, semaian yang terlalu rapat perlu
dijarangkan untuk mengurangkan persaingan antara anak benih.
Kotak-kotak semaian diatur di atas meja panjang yang didirikan di dalam
bangsal semaian. Bangsal semaian boleh ditutup dengan kepingan plastik sebagai
atap untuk melindungi benih dari hujan lebat. Untuk menghindar kemasukan
serangga, dinding bangsal semaian boleh ditutup dengan jaring. Pengairan boleh
dilakukan dengan menyiram atau dengan menggunakan system pengairan renjis.
Mulai minggu ketiga, semasa di peringkat semaian, anak-anak benih boleh
disembur dengan baja daun (foliar) yang mengandungi unsur NPK. Jika terdapat
tanda-tanda serangan perosak, racun serangga seperti chlorpyrifos harus disembur.
Merangkumi:-
i. Kerja-kerja pembersihan tanah
ii. Pembajakan
iii. Pembinaan batas.
Tanah dibajak dan digembur sedalam 15 – 22cm. Batas dibentuk selebar 1.2m
dan tinggi 20-30 cm. Pengapuran perlu dilakukan sebelum penanaman dibuat
sekiranya pH tanah kurang daripada 5. Ia perlu dilakukan semasa kerja-kerja
PENYE
DIAAN
KAWA
SAN
pembajakan tanah dilakukan dan sebaiknya dibuat 1 hingga 2 bulan sebelum anak
benih ditanam. Bahan kapur yang selalu digunakan ialah Ground Magnesium
Limestone (GML); biasanya tanah-tanah mineral, gambur dan tanah pasir (BRIS dan
bekas lombong) masing-masing memerlukan pengapuran.
1. Anak benih diubah ke ladang ketika berumur 5-6 minggu setelah melalui
proses pengerasan dengan cara mendedahkan kepada cahaya matahari
beransur-ansur.
2. Anak benih yang ditanam secara semaian batas, perlu disiram terlebih dahulu
supaya memudahkan anak-anak benih dicabut.
3. Ini akan mengurangkan kerosakan pada sistem akarnya.
4. Anak benih perlu diubah semasa cuaca redup atau pada waktu petang diikuti
dengan siraman air.
5. Hanya anak benih yang subur dipilih.
6. Jarak tanaman disyorkan ialah 60 cm x 60 cm.
7. Penggunaan sungkupan plastik (silver shine) digalakkan untuk mengawal
rumpai dan mengurangkan serangan kutu daun.
8. Anak benih yang mati ataupun kurang sihat perlu disulam.
a) Sebulan selepas mengubah, sokong anak pokok dengan pancang kayu atau
buluh.
b) Ia dibuat dengan menggunakan dua batang kayu yang dipacak pada hujung
setiap batas.
c) Dawai direntang pada kedua-dua hujung sebelah atas kayu dan tiap-tiap
pokok tomato dibatas diikatkan kepada dawai.
PENAN
AMAN
DI
LADAN
G
PENYEDIAAN SOKONGAN
d) Tinggi penyokong 50 – 70cm.
i. Kadar pembajaan berbeza mengikut jenis tanah.
ii. Tanaman tomato yang menggunakan tanah pasir yang kurang subur,
memerlukan kadar baja yang lebih tinggi berbanding dengan tanah mineral.
i. Pangkasan disyorkan untuk kultivar tomato yang bertabiat rimbun.
ii. Untuk menggalakkan pengudaraan yang baik, tunas-tunas sisi dan daun-
daun berlebihan perlu dibuang.
1. Tanaman harus disiram atau menggunakan sistem pengairan renjis.
2. Sistem pengairan renjis mempunyai kecekapan pengairan 65-75% dan
keperluan tenaga kerja yang rendah.
3. Kos bahan bagi sistem ini adalah diantara RM5000 – RM8000 sehektar.
4. Jenis perenjis yang sesuai digunakan mempunyai julat tekanan operasi yang
rendah 1.5 – 2.5 kg/cm² dengan kadar alir perenjis 0.3 – 1.0 liter/saat dan
garis pusat siraman liputan 25 -30m.
5. Bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran, perparitan adalah
penyelesaiannya.
6. Parit ladang dibina untuk menyalirkan air berlebihanke parit utama.
PEMBA
JAAN
PEMANG
KASAN
PENGU
RUSAN
AIR