pengujian dan penilaian

9
PENGUJIAN DAN PENILAIAN Penilaian merupakan aspek yang penting juga dalam proses pengajaran. Guru mestilah merancang dan menetapkan objektif sebelum sesuatu pengajaran disampaikan. Sehubungan dengan ini, guru perlu menentukan keberkesanan pengajaran melalui pengujian dan penilaian yang diberikan kepada murid-muridnya. Alat ukur atau penilaian hendaklah ditentukan berdasarkan objektif pengajaran. Dengan kata lain, penilaian mestilah mencerminkan objektif pengajaran. OBJEKTIF-OBJEKTIF PENGUJIAN DAN PENILAIAN 1. Bagi murid Untuk mengetahui sejauh mana mereka telah mencapai objektif pengajaran/pemelajaran yang telah ditetapkan guru. Untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan mereka. Untuk membolehkan murid-murid mengambil tindakan susulan bagi mengatasi kelemahan-kelemahan mereka. Untuk membandingkan pencapaian di kalangan mereka. Untuk merangsang mereka supaya meningkatkan pencapaian proses pemelajaran. 2. Bagi Guru

Upload: z

Post on 29-Jun-2015

258 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGUJIAN DAN PENILAIAN

PENGUJIAN DAN PENILAIAN

Penilaian merupakan aspek yang penting juga dalam proses pengajaran. Guru

mestilah merancang dan menetapkan objektif sebelum sesuatu pengajaran

disampaikan. Sehubungan dengan ini, guru perlu menentukan keberkesanan

pengajaran melalui pengujian dan penilaian yang diberikan kepada murid-muridnya.

Alat ukur atau penilaian hendaklah ditentukan berdasarkan objektif pengajaran. Dengan

kata lain, penilaian mestilah mencerminkan objektif pengajaran.

OBJEKTIF-OBJEKTIF PENGUJIAN DAN PENILAIAN

1. Bagi murid

Untuk mengetahui sejauh mana mereka telah mencapai objektif

pengajaran/pemelajaran yang telah ditetapkan guru.

Untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan mereka.

Untuk membolehkan murid-murid mengambil tindakan susulan bagi

mengatasi kelemahan-kelemahan mereka.

Untuk membandingkan pencapaian di kalangan mereka.

Untuk merangsang mereka supaya meningkatkan pencapaian

proses pemelajaran.

2. Bagi Guru

Untuk mengetahui keberkesanan pengajaran mereka dan membuat

penyesuaian jika perlu.

Untuk memastikan adanya perkaitan antara pengajaran dengan

pengujian/penilaian.

Untuk menjadikan asas bagi membuat laporan mengenai kemajuan murid.

Untuk menganjurkan program pemulihan dan pengayaan jika perlu.

Page 2: PENGUJIAN DAN PENILAIAN

JENIS-JENIS PENILAIAN

Penilaian terdiri daripada dua jenis iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.

Kedua-dua jenis penilaian perlu untuk memperoleh gambaran atau profil yang lengkap

mengenai tahap keupayaan murid dalam pelajaran bahasa dan meninjau keberkesanan

pengajaran guru.

Penilaian formatif dijalankan bagi mengumpul maklumat mengenai murid

semasa proses pengajaran masih berjalan dan maklumat tersebut boleh digunakan

untuk membantu murid atau untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran guru. Pada

umumnya, penilaian formatif dijalankan dengan menggunakan teknik-teknik penilaian

tidak formal.

Penilaian sumatif pula bertujuan mengumpul maklumat mengenai tahap

pencapaian murid pada akhir pengajaran mengikut masa yang ditetapkan. Penilaian

sumatif dijalankan dengan menggunakan teknik-teknik penilaian formal. Penilaian

sumatif boleh berbentuk peperiksaan semester yang diadakan pada akhir penggal

kedua dan keempat, dan peperiksaan nasional seperti Peperiksaan Penyaluran Primari

4 dan PSLE.

Penilaian formal mempunyai kesan yang mendalam terhadap kaedah

pengajaran dan gaya pemelajaran di bilik darjah. Penilaian formal tidak dapat

memberikan gambaran yang lengkap mengenai tahap kelakonan seseorang murid

tetapi dapat mengukur pencapaian murid bagi tujuan menyampaikan laporan kepada

waris, kenaikan darjah, pemberian hadiah/anugerah, biasiswa dan sebagainya.

Penilaian tidak formal yang dijalankan secara berterusan (seperti harian,

mingguan, bulanan dan sebagainya) dapat mengukur keberkesanan penyampaian

guru, merancang pengajaran pemulihan, merancang strategi pengajaran yang lebih

berkesan dan sebagainya.

Page 3: PENGUJIAN DAN PENILAIAN

Penilaian tidak formal boleh dijalankan dengan menggunakan teknik atau 'alat-alat'

pengujian yang berikut :

Pemerhatian secara informal prestasi lisan seseorang murid yang menjalankan

gerak kerja secara individu atau secara interaktif termasuk perbincangan dengan

murid atau temu duga. Guru boleh menentukan tahap prestasi murid

berdasarkan ukuran tersebut.

Ujian darjah boleh diberikan kepada murid setelah murid mempelajari sesuatu

unit pelajaran atau pada akhir setiap bulan. Sekiranya terdapat sejumlah besar

murid yang gagal dalam ujian bagi sesuatu unit pelajaran, unit itu akan diajar

semula dengan kaedah yang berlainan yang dianggap lebih sesuai.

Gerak kerja di bilik darjah boleh dijadikan 'alat' atau sampel sesuatu penilaian

tidak formal dalam keseluruhan proses pembelajaran. Sampel atau hasil kerja

yang dipilih itu boleh diambil daripada gerak kerja karangan, kefahaman

membaca, kosa kata dan lain-lain lagi.

Projek yang disiapkan murid boleh dimasukkan ke dalam penilaian tidak formal.

Berbagai-bagai perkara dalam pelajaran bahasa boleh dijalankan murid dalam

bentuk projek seperti memilih bahan-bahan yang berbentuk gambar, potongan

akhbar dan benda-benda tertentu yang berkaitan dengan sesuatu tajuk. Projek

yang diberikan guru mestilah sesuai dengan kematangan, minat dan keupayaan

berbahasa murid-murid.

Penilaian kendiri yang dibuat murid mengenai diri mereka sendiri berkaitan

dengan kemajuan mereka dalam proses pemelajaran bahasa adalah salah satu

kaedah penilaian tidak formal. Melalui kaedah ini, murid dari semasa ke semasa,

meneliti kemajuan mereka secara bersendiri dan perbincangan mereka secara

individu dengan guru dan dengan teman-teman sedarjah. Guru boleh membantu

murid dengan menyediakan senarai semak, menyuruh murid menulis diari atau

dengan menggunakan gambarajah, lukisan atau pelekat.

Page 4: PENGUJIAN DAN PENILAIAN

PENILAIAN TIDAK FORMAL : SATU CADANGAN

Guru-guru yang mengajar di sesuatu peringkat boleh berbincang dan membuat

keputusan mengenai perkara-perkara yang berikut :

Jenis gerak kerja murid yang mahu dipilih.

Bilangan setiap jenis gerak kerja itu.

Peruntukan peratusan bagi setiap kerja itu.

'Alat' pengukuran bagi menilai gerak kerja tersebut.

Ketetapan yang dibuat itu mestilah sesuai dengan keupayaan kemahiran berbahasa

murid supaya kegiatan-kegiatan penilaian tidak formal itu memberikan gambaran yang

tepat mengenai keupayaan mereka.

UJIAN RUJUKAN NORMA DAN UJIAN RUJUKAN KRITERIA

Interpretasi yang boleh dilakukan terhadap markah yang diperoleh dalam

sesuatu pengujian membolehkan pengujian dikelaskan kepada ujian rujukan norma dan

ujian rujukan kriteria. Guru banyak menggunakan ujian rujukan norma yang bertujuan

membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid-murid lain di dalam kelas

atau peringkat. Untuk tujuan tersebut, soalan-soalan dalam ujian ini berbeza daripada

yang mudah kepada yang payah. Dengan ujian ini, guru dapat membezakan peringkat

pencapaian murid dan dapat memberikan pangkatan (gred) kepada mereka daripada

yang tinggi kepada yang rendah.

Ujian rujukan kriteria pula merupakan satu kaedah untuk membandingkan

pencapaian seseorang murid dengan kriteria atau ukuran yang telah ditentukan. Ujian

ini berdasarkan pendapat bahawa semua murid boleh menguasai sesuatu mata

pelajaran yang diajar sekiranya mereka diberikan masa yang mencukupi. Dari segi

peringkat kesukaran soalan, soalan-soalan yang dimasukkan dalam ujian rujukan

kriteria mempunyai peringkat kesukaran yang hampir sama. Ini disebabkan tujuan ujian

jenis ini adalah untuk menentukan tahap penguasaan murid sebelum unit pelajaran

yang lain diajar guru.

Page 5: PENGUJIAN DAN PENILAIAN

Kedua-dua jenis ujian ini mempunyai peranan tertentu atau tersendiri dalam

konteks pemelajaran dan pengajaran di sekolah. Jika guru ingin mengetahui taraf

pencapaian yang berbeza antara murid-murid, guru perlu menggunakan ujian rujukan

norma. Namun, jika guru ingin mengetahui penguasaan kemahiran setiap murid, guru

mestilah menggunakan ujian rujukan kriteria.

CIRI-CIRI UJIAN DAN PENILAIAN YANG BAIK

Sesuatu ujian boleh bertujuan untuk membandingkan pencapaian seorang murid

dengan murid-murid yang lain. Ujian juga boleh dijalankan dengan tujuan diagnostik;

untuk merangsang murid-murid supaya lebih tekun belajar; untuk tujuan pensijilan atau

sebagainya. Ujian dan penilaian yang baik mempunyai ciri-ciri yang berikut:

1. Kesahan

Ujian ini mempunyai darjah kesahan yang tinggi. Kesahan merujuk

kepada takat sesuatu ujian dapat memenuhi tujuannya. Dengan kata lain,

ujian itu benar-benar mengukur perkara-perkara yang hendak diukur dan

bukan perkara lain. Terdapat beberapa jenis kesahan; tetapi bagi para

guru sekolah, kesahan isi perlu diberatkan. Isi ujian dikatakan sah jika

guru telah mengambil kira tujuan ujian, penyelarasan kandungan bahan

ujian dengan sukatan pelajaran, penekanan yang diberi kepada tajuk-tajuk

dalam sukatan pelajaran dan peringkat objektif pelajaran bagi setiap tajuk.

Secara ringkas, sesuatu ujian mempunyai kesahan isi jika ia merupakan

sampel yang mewakili dengan baik kandungan sukatan pelajaran dan

objektif-objektif pelajaran.

Page 6: PENGUJIAN DAN PENILAIAN

2. Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan adalah ciri ujian yang merujuk kepada ketekalan. Ujian

dikatakan mempunyai ciri ini jika markah yang diperolehi seseorang calon

peperiksaan atau murid tidak berubah walaupun ujian yang sama atau

setara diberikan kepadanya pada masa yang lain. Banyak faktor yang

mempengaruhi kebolehpercayaan seperti panjang pendek ujian, faktor-

faktor guru dan murid, pentadbiran ujian dan lain-lain.

3. Keobjektifan

Keobjektifan adalah satu lagi ciri yang perlu ada pada ujian yang baik.

Keobjektifan sesuatu kertas ujian dilihat daripada dua sudut; iaitu

penafsiran terhadap soalan-soalan dan pemberian markah bagi jawapan

yang diberikan oleh murid-murid. Jika soalan-soalan yang disediakan

adalah jelas dan tepat dan sesiapa saja yang membaca soalan-soalan itu

memberikan tafsiran yang sama, kertas ujian itu mempunyai ciri

keobjektifan. Begitu juga dalam pemberian markah bagi jawapan yang

diberi. Jika sekiranya bahan-bahan ujian dan pemberian markah tidak

berat sebelah terhadap unsur-unsur seperti jantina, kaum, paras, latar

belakang sosio ekonomi dan sebagainya, kertas ujian itu mempunyai ciri

keobjektifan. Ramai pakar penilaian berpendapat bahawa keobjektifan

mungkin dapat dicapai dalam ujian jenis objektif dan kurang dalam ujian

subjektif. Walaupun demikian, langkah-langkah tertentu boleh diambil

untuk meningkatkan keobjektifan ujian jenis subjektif dan pemarkahannya.

4. Kebolehtadbiran

Kebolehtadbiran merujuk kepada kelicinan pentadbiran sesuatu ujian dan

pelaksanaan kegiatan-kegiatan susulannya. Kebolehtadbiran meliputi

faktor kos seperti masa, tenaga dan wang. Ujian yang akan dijalankan

mestilah tidak menggunakan masa, tenaga dan perbelanjaan yang

berlebihan.