penilaian tidak formal laporan

14
1.0 Pendahuluan Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian juga dapat didefinisikan sebagai satu proses atau prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap. Penilaian juga dapat membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar, membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar dengan rakan- rakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain dan jua membuat perbandingkan pencapaian pelajar dalam subejk tersebut dengan pencapaian dalam subjek lain.Taksiran ini amat berkaitan dengan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian tidak formal akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam laporan ini. 2.0 Penilaian Tidak Formal 2.1 Maksud Penilaian Tidak Formal Penilaian tidak formal adalah pengumpulan maklumat yang dibuat secara langsung dan tidak langsung dan secara menyoal diri sendiri tentang sesuatu pengamatan. Penilaian tidak formal berbeza dengan penilaian formal dalam beberapa aspek. Guru tidak perlu menyediakan soalan-soalan atau ujian untuk menilai tahap kemajuan murid-murid tetapi guru boleh menggunakan kaedah dan teknik lain yang secara tidak langsung boleh menilai tahap pencapaian pelajar seperti pemerhatian, senarai semak, rekod anekdot, hasil kerja pelajar dan juga temu bual. Berikut merupakan contoh bagaimana penilaian tidak formal dilakukan oleh guru.

Upload: cikgu-gie

Post on 02-Oct-2015

63 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

penilaian tidak formal

TRANSCRIPT

1.0 PendahuluanPenilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian juga dapat didefinisikan sebagai satu proses atau prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap. Penilaian juga dapat membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar, membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar dengan rakan-rakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain dan jua membuat perbandingkan pencapaian pelajar dalam subejk tersebut dengan pencapaian dalam subjek lain.Taksiran ini amat berkaitan dengan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian tidak formal akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam laporan ini. 2.0 Penilaian Tidak Formal2.1 Maksud Penilaian Tidak FormalPenilaian tidak formal adalah pengumpulan maklumat yang dibuat secara langsung dan tidak langsung dan secara menyoal diri sendiri tentang sesuatu pengamatan. Penilaian tidak formal berbeza dengan penilaian formal dalam beberapa aspek. Guru tidak perlu menyediakan soalan-soalan atau ujian untuk menilai tahap kemajuan murid-murid tetapi guru boleh menggunakan kaedah dan teknik lain yang secara tidak langsung boleh menilai tahap pencapaian pelajar seperti pemerhatian, senarai semak, rekod anekdot, hasil kerja pelajar dan juga temu bual. Berikut merupakan contoh bagaimana penilaian tidak formal dilakukan oleh guru. 2.2 Matlamat Penilaian Tidak FormalPenilaian tidak formal adalah bertujuan untuk memberi gambaran secara menyeluruh tentang pelajar itu sendiri melalui aspek nilai dan sikap. Laporan penghayatan yang dibuat mestilah menilai ciri-ciri perkembangan pelajar sama ada dari aspek sikap dan juga dalam akademik. Dalam penilaian ini, guru tidak seharusnya memberi penilaian sama ada lulus atau gagal tetapi perlu menyatakan dan menghurai tahap kemajuan pelajar tersebut. Contohnya, jika guru itu hendak menilai dari aspek sahsiah dan sikap pelajar, guru harus menyatakan bagaimana sahsiah pelajar itu terhadap guru dan rakan-rakannya dan apa yang patut dilakukan untuk membantu pejalar itu dapat membaiki sahsiahnya. Pentaksiran FormalPentaksiran Tidak Formal

Melibatkan penggunaan instrumen seperti ujianMelibatkan instrumen seperti pemerhatian

Boleh menilai semua pelajar dalam masa yang sama Dapat menilai hanya beberapa orang pelajar dalam masa yang sama

Mempunyai format piawai yang tertentuTidak mempunyai format piawaian yang tertentu

Disediakan oleh pihak-pihak yang tertentuBoleh direka cipta mengikut keperluan individu

Memudahkan sesiapa yang ingin menggunakannyaMemerlukan banyak persediaan

Rajah 1 menunjukkan perbandingan penilaian formal dan juga penilaian tidak formal

3.0 Contoh-contoh instrument Pentaksiran Tidak FormalPentaksiran Tidak Formal boleh dijalankan dalam pelbagai cara. Antaranya ialah :i. Pemerhatianii. Senarai semak dan skala pemerhatianiii. Rekod anekdotiv. Hasil kerja pelajarv. Temu bual3.1 PemerhatianPemerhatian merupakan salah satu instrumen penilaian tidak formal yang digunakan oleh guru untuk membuat penilaian terhadap pelajarnya. Guru akan memerhatikan setiap tingkah laku dan kelakuan pelajar di dalam dan di luar bilik darjah. Sebelum membuat pemerhatian, guru haruslah menyenaraikan aspek-aspek yang hendak dinilai seperti kelakuannya terhadap rakan-rakan, guru dan bagaimana pelajar itu bekerja secara berkumpulan di dalam kelas. Untuk menjalankan pemerhatian, guru tidak perlu memberitahu pelajarnya bahawa guru itu akan membuat penilaian, malah guru harus melakukan secara senyap dan memerhati murid itu dengan terperinci. Penghasilan pemerhatian guru tentang kelebihan dan kelemahan pelajar boleh disimpan dan direkodkan dalam borang yang dibuat oleh guru. Malah guru juga boleh menggunakan borang pemerhatian khas yang telah ditentukan. Tujuan pemerhatian adalah untuk mengesan kemajuan, mengesan pencapaian, mengesan serta-merta dan juga mengesan tingkah laku. Pemerhatian juga boleh dilaksanakan melalui lukisan, buku skrap, kraf tangan dan kerja kursus.Keberkesanan instrumen ini dapat dilihat apabila guru dapat mengetahui secara terus pencapaian pelajar-pelajarnya melalui pemerhatian. Guru tidak perlu menyediakan apa-apa bahan seperti penilaian formal untuk menjalankan penilaian menggunakan instrumen ini. Apa yang perlu guru lakukan ialah menjalan pemerhatian kepada pelajarnya dengan teliti. Sebagai contoh, jika sesorang guru itu telah tamat mengajar pelajarnya tentang nilai kerjasama, guru boleh menilai pelajarnnya di dalam kelas seperti bagaimana sikap kerjasama yang ditunjukkan oleh pelajar terhadap rakan-rakannya dan adakah pelajar itu mengamalkan sikap bekerjasama di dalam kelas. Guru boleh terus melihat dan menilai dan guru boleh mengetahui keputusannya pada masa yang masa. Manakala penilaian formal sukar untuk guru menilai aspek-aspek seperti tingkah laku kerana guru harus membuat penilaian terperinci terhadap pelajarnya. Penilaian tidak formal lebih kepada menilai pencapaian pelajarnya dalam bidang akademik. 3.2 Senarai semak dan skala pemerhatian 3.2.1 Senarai semakSenarai semak dilakukan oleh guru sebelum menjalankan penilaian terhadap pelajar. Contohnya, jika seorang guru itu hendak menilai pelajarnya dari aspek tingkah laku, senarai tingkah laku yang dijangka oleh murid-murih telah ditentukan terlebih dahlu oleh guru. Kemudian, prestasi pelajar akan disemak oleh guru berdasarka kriteria tingkah laku yang ditentukan dalam tempoh masa yang tertentu. Jika pelajar banyak melakukan tingkah laku positif maka markah senarai semak juga akan menjadi semakin tinggi. Senarai semak yang memerlukan satu bentuk jadual dan setiap pemerhatian yang dapat dilihat akan dicatat dengan menandakan () atau cara lain (Slideshare, 2011).

Nama : Kelas :Tempoh :

BILTINGKAH LAKUPEMERHATIAN

(YA)(TIDAK)

1.Menjaga kebersihan diri, bilik darjah dan kawasan sekolah

2.Menghormati rakan, guru dan kakitangan lain di sekolah

3. Mematuhi arahan, peraturan dan undang-undang

4. Bersopan santun

5.Memberi kerjasama kepada guru dan rakan

6.Selalu bersikap adil

7.Menepati masa

8. Menghabiskan tugasan yang diberi

Jumlah skor

Rajah 2 menunjukkan senarai semak tingkahlaku pelajar

3.2.2 Skala pemeringkatanPenilaian melalui skala pemeringkatan ini melibatkan penilaian pelajar berdasarkan satu skala dan ia tidak hanya terhad kepada Ya atau Tidak. Kelebihan teknik ini ialah ia dapat menilai pelajar berdasarkan skala pemeringkatan. Ini disebabkan setiap pelajar adalah berbeza dan nilai skala antara pelajar juga berbeza dengan pelajar yang lain. Semakin tinggi skala yang diperolehi oleh pelajar itu, semakin banyak dan sesuai pelajar ini melakukan tingkahlaku yang positif. Sebagai contoh, jika seseorang pelajar itu sentiasa mendengar arahan guru dan tidak membuat bising di dalam kelas, guru boleh memberikan skala 5 kepada murid tersebut kerana dia memenuhi kriteria yang diminta. Borang penilaian skala pemeringkatan ini boleh diubah suai oleh guru pada bila-bila masa mengikut keadaan.

BORANG PENILAIAN TINGKAH LAKU / SAHSIAH (SKALA PEMERINGKATAN)Nama : Kelas : Tahun :

TINGKAH LAKUSemester 1Semester 2

1234512345

1. Mematuhi peraturan sekolah

2. Berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negaraku

3. Berbaris semasa perhimpunan

4. Memberi salam apabila berjumpa dengan guru

5. Tidak membuat bising semasa guru tidak ada dalam kelas

6. Mendengar arahan guru

7. Menghantar kerja rumah pada masa yang ditetapkan

8. Memakai pakaian seragam yang kemas dan bersih

Skor

Jumlah besar

Rajah 3 menunjukkan borang penilaian skala pemeringkatanSemasa menjalakan penilaian menggunakan teknik ini, guru harus memastikan tidak dipengaruhi oleh sebarang pengaruh seperti kesan halo. Menurut Utusan Online (1998), halo ialah fenomena apabila kita tidak suka atau berkenaan terhadap sesuatu perkara yang ada pada diri seseorang itu, kita juga tidak menyukai perkara-perkara lain pada dirinya atau apabila daripada mula kita tidak suka dengan seseorang itu, sampai bila-bila kita tidak akan suka kepadanya. Ini merupakan salah satu perkara yang patut dielakkan oleh guru semasa melakukan pemerhatian terhadap pelajar. Kesan halo ini boleh merujuk kepada sesuatu sama ada positif mahupun negatif. Contohnya, jika guru itu mendapati murid sentiasa menyiapkan kerja sekolah pada masa yang ditetapkan, guru tidak boleh meletakkan semua aspek penilaian pelajar itu pada tahap tinggi. Pelajar yang sentiasa menyiapkan kerja sekolah tidak semestinya akan mematuhi peraturan sekolah dengan baik. Senarai semak dan juga skala pemeringkatan merupakan satu instrumen yang berkesan yang boleh dilakukan untuk menilai pelajar. Melalui teknik ini, guru boleh menilai pelajar dengan lebih terperinci kerana aspek-aspek yang hendak dinilai telah ditulis atau dicatat dalam borang senarai semak dan juga dalam borang skala pemeringkatan. Contohnya penilaian melalui aspek kebersihan, mematuhi arahan, bersikap adil atau tidak membuat bising di dalam kelas. Melalui senarai ini keberkesanan instrumen ini lebih jelas terlihat kerana guru tidak akan tertinggal atau terlupa untuk menilai sesetengah aspek. Berbanding dengan penilaian formal, tidak semua aspek dapat dinimai oleh guru kerana penilaian formal melibatkan ujian, kuiz atau peperiksaan. Guru terpaksa menilai kesemua murid dan penilai formal tidak melibatkan penilaian terperinci seperti penilaian tidak formal terutama dalam aspek sahsiah. Keberkesanan instrumen ini juga dapat dilihat apabila guru-guru lain juga dapat mengetahui tahap seseorang murid itu. Contohnya, jika guru Pendidikan Moral telah menilai pelajarnya menggunakan senarai semak dan skala pemeringkatan, guru subjek lain juga dapat mengetahui perkembangan dan tahap pencapaian murid melalui melihat borang ini.4.0 Rekod Anekdot Rekod anekdot merupakan satu catatan ringkas mengenai peristiwa atau tingkahlaku pelajar yang dianggap penting dalam sesuatu tempoh tertentu. Anekdot ditulis secara objektif, jelas dan ringkas. Ia juga menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana. Guru harus memerhatikan tingkahlaku pelajar tersebut dengan tepat dan teliti sebelum membuat sesuatu catatan. Pemerhatian yang dibuat haruslah melibatkan seberapa ramai pelajar yang mungkin. Selepas guru merekodkan tingkahlaku pelajar, guru harus membuat tafsiran atau intepretasi terhadap tingkahlaku yang diperhatikan. Contohnya, jika guru itu mendapati pelajar bergaduh di dalam kelas, guru boleh membuat kesimpulan bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut dan apa tindakan susulan yang patut diambil. Antara perkara yang harus ditimbangkan semasa merekod anekdot adalah merekodkan apa yang dilihat secara objektif, membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku dan juga murid yang diperhati tidak perlu ditentukan.

Nama :Kelas Tarikh :

Catatan : Ulasan :

Rajah 4 menunjukkan contoh rekod anekdotRekod anekdot juga merupakan salah satu instrumen penilaian tidak formal yang berkesan dan boleh digunakan untuk menilai pelajar dalam Pendidikan Moral. Contohnya, jika guru itu mendapati pelajarnya tidak menyiapkan kerja sekolah walaupun telah diberi amaran berkali-kali, guru perlu merekod peristiwa tersebut dan membuat penilaian melalui rekod yang telah dibuatnya itu. Melalui rekod ini, guru dapat melihat bagaimana perwatakan pelajarnya. Jika pelajarnya tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan, guru boleh membuat ulasan atau memberi kesimpulan bahawa pelajar itu tidak mempunyai nilai tanggungjawab terhadap sekolah. Melalui ulasan atau peristiwa ini, guru dapat mencari penyelesaian untuk menyelesaikan masalah ini. Jika penilaian formal, guru tidak dapat mengetahui sikap pelajar ini kerana penilaian formal selalunya tidak melibatkan penilaian aspek seperti ini. Ia melibatkan penilaian untuk mengetahui pencapaian pelajar dalam subjek yang mereka ambil. 5.0 Hasil kerja pelajarSeseorang pelajar boleh juga dinilai berdasarkan prestasinya melalui hasil kerja yang dijalankan oleh mereka sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Penilaian boleh dilakukan berpandukan kepada isi kandungan dan juga bagaimana sikap yang ditunjukkan oleh pelajar semasa menghasilkan kerja. Antara aspek lain yang boleh turut dinilai ialah tingkah laku dan kebolehan pelajar itu berkomunikasi dan berkolaborasi dengan rakan-rakannya semasa melakukan kerja tersebut. Contohnya, adakah pelajar itu pandai sesuaikan diri ketika bekerja bersama rakan-rakannya atau pelajar itu lebih selesa untuk mendiamkan diri dan berharap pada rakan kumpulannya. Instrumen ini dapat dilihat keberkesanannya berbanding dengan pentaksiran formal. Instrumen ini tidak memerlukan soalan atau masa yang spesifik untuk menilai tahap pelajar. Sebagai contoh, teknik ini dapat digunakan ketika di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Apabila guru memberikan kerja kumpulan, guru boleh menilai murid itu bagaimana dia dapat bekerjasama dengan rakan-rakannya. Adakah murid itu kekok semasa menjalankan tugasan berkumpulan ataupun tidak. Instrumen ini lebih berkesan untuk mengetahui tahap pencapaian murid-murid terutamanya dalam aspek sahsiah dan tingkah laku. Guru juga boleh memberikan tugas di luar bilik darjah seperti menemu bual beberapa orang guru. Melalui kaedah ini guru dapat mengetahui bagaimana sikap seseorang murid itu ketika berurusan dengan orang lain. Berbanding dengan penilaian formal, guru tidak dapat menilai semua aspek ini kerana penilaian formal melibatkan ujian seperti formatif atau sumatif di mana kedua-dua ujian ini dijalankan secara individu dan melibatkan satu masa yang tertentu. 6.0 Temu bualTemu bual merupakan penilaian tidak formal yang melibatkan interaksi dan komunikasi dengan pelajar secara berhadapan. Semasa proses ini berjalan pelajar diberikan peluang untuk menyatakan perasaan mereka yang dapat menggambarkan sikap mereka. Contohnya, memberikan satu situasi dan menyuruh pelajar berfikir dan melalui itu guru dapat menilai bagaimana sikap murid tersebut. Semasa menjalankan temu bual, guru mendorong pelajar berfikir supaya dapat mewujudkan pelbagai situasi untuk merangsang pelajar berfikir secara kritis dan membuat pertimbangan moral. Instrumen ini dilihat lebih berkesan berbanding penilaian formal kerana melalui teknik ini guru dapat melihat sikap pelajar tersebut dan bagaimana pelajar tersebut membuat pertimbangan moral. Guru dapat mengetahui bahawa pelajar itu mempunyai sikap sama ada penting diri, bertanggungjawab atau tidak suka bergaul dengan orang. Tetapi penilaian formal lebih sukar untuk menilai perkara ini contohnya membuat pertimbangan moral kerana murid belum tentu boleh mengaplikasikan apa yang dibelajarnya dalam kehidupan seharian. Contohnya, jika dalam peperiksaan, murid dapat menjawab dengan baik, tetapi dalam kehidupan belum tentu murid itu dapat menggunakan apa yang dibelajar. Jadi, instrumen ini dilihat lebih berkesan berbanding dengan penilaian formal. 7.0 Pandangan tentang kerelevan penggunaan instrumen pentaksiran tidak formal dalam Pendidikan MoralPada pandangan saya, penggunaan instrumen pentaksiran tidak formal ini sangat relevan dalam Pendidikan Moral kerana ia merupakan satu ujian yang tidak rigid. Guru boleh menjalankan pentaksiran tidak formal pada bila-bila masa walaupun belum habis sesuatu topik. Instrument ini boleh diubahsuai oleh guru mengikut aspek yang mereka hendak nilai. Contohnya, jika seorang guru moral itu hendak menilai pelajarnya dalam aspek tingkahlaku seperti bertanggungjawab, baik hati, sikap bersama rakan dan juga interaksi dengan orang lain, guru boleh menilai muridnya di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Melalui pemerhatian sahaja, penilaian ini telah dibuat dan guru terus mendapat keputusan pada masa yang sama berbanding dengan penilaian formal. Jika penilaian formal, guru harus mempunyai sesuatu topik untuk dinilai dan ini untuk melihat tahap pencapaian pelajar dalam sesuatu bab pembelajaran. Masa untuk menjalankan penilaian ini juga tidak rigid. Selain itu, penilaian tidak formal ini amat relevan untuk dijalankan kerana guru akan menilai pelajarnya dari pelbagai aspek bukan sahaja akademik malah juga sahsiah. Sebagai contoh, jika seorang guru Pendidikan Moral itu hendak menilai tingkahlaku pelajarnya, guru boleh menggunakan senarai semak dan semakan pemeringkatan. Melalui kedua-dua instrumen ini guru tidak akan ketinggalan untuk menilai setiap aspek kerana guru telah menyenaraikan semua aspek yang hendak dinilai sebelum penilaian dibuat. Jadi ini menjadikan tugas guru mudah kerana guru dapat menilai dari aspek sahsiah dan juga akademik. Dari aspek sahsiah, guru dapat menilai pelajarnya menggunakan senarai yang telah dibuat dan dari aspek akademik, guru dapat melihat produk atau hasil yang dibuat oleh pelajar. Melalui penilaian tidak formal ini, guru akan dapt mengenali pelajarnya dengan lebih baik. Kesimpulannya, penggunaan instrumen pentaksiram tidak formal ini amat releven terutamanya jika digunakan dalam Pendidikan Moral. Ia bukan sahaja dapat mengetahui perkembangan pelajar malah ia juga memudahkan guru untuk menjalankan pentaksiran ini. 8.0 KesimpulanKesimpulannya, penilaian tidak formal membawa banyak faedah bukan sahaja kepada guru malah juga kepada pelajar. Guru-guru terutamanya guru Pendidikan Moral harus menggunakan instrumen yang terdapat dalam pentaksiran tidak formal ini dengan baik supaya dapat membuat penilaian terhapat pelajar dengan lebih dekat dan terperinci.

RujukanSlideshare. (2011). Pentaksiran Pendidikan Moral di sekolah. Dipetik daripadahttp://www.slideshare.net/BadriyatunKamar/pentaksiran-pendidikan-moral-di-sekolah-rendah

Utusan Online. (1998). Halo dan implikasinya. Dipetik daripadahttp://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0724&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=ot_05.htm