pentadbiran kewangan

17
GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN 1.0 PENGENALAN Maksud sistem kewangan ialahpasaran-pasaran dan peraturan-peraturan tentang tindakan perdagangan, mempercepatkan aliran dana daripada pembeli kepada penjualdan daripadapenyimpan kepada peminjam. Di mana sistem kewangan haruslah menyediakan pemindahan dana dengan licin dan cekap daripada unit lebiha kepada unit kurangan. Ia mestilah mengekalkan kebolehpercayaan yang munasabah ketika menghadapi kejadian-kejadian buruk ekonomi. Di samping itu, pengu kewangan hendaklah mampu menyesuaikan keadaan organisasi dengan segala perubahan keperluan ekonomi selaras dengan pertumbuhan ekonomi negara. Manakala fungsi utama sistem kewangan ialah menguruskan kumpulan wang secara berkesan serta merangkumi penyediaan kumpulan wang yang mengcukupi untuk pencapaian matlamat-matlamat organisasi. Manakala pentadbiran sistem kewangan awam adalah proses yang melibatkan jentera pentadbiran dan kaedah-kaedah di mana dana untuk membiayai perbelanjaa awam diperolehi, dibelanja dan diperakaunkan. Termasuklah proses-proses yang melibatkanperancangan,pembentukan dan pelaksanaan dasar-dasar mengenai pencukaian, belanjawan, perbelanjaan, perolehan, perakaunan dan lain-lain yang berkaitan dengannya. Terdapat lima komponen utama pengurusan awam iaitu perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, kawalan dan penilaian. 1 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

Upload: beat-emilia

Post on 02-Nov-2015

38 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pentadbiran Kewangan

TRANSCRIPT

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN1.0 PENGENALANMaksud sistem kewangan ialah pasaran-pasaran dan peraturan-peraturan tentang tindakan perdagangan, mempercepatkan aliran dana daripada pembeli kepada penjual dan daripada penyimpan kepada peminjam. Di mana sistem kewangan haruslah menyediakan pemindahan dana dengan licin dan cekap daripada unit lebihan kepada unit kurangan. Ia mestilah mengekalkan kebolehpercayaan yang munasabah ketika menghadapi kejadian-kejadian buruk ekonomi. Di samping itu, pengurusan kewangan hendaklah mampu menyesuaikan keadaan organisasi dengan segala perubahan keperluan ekonomi selaras dengan pertumbuhan ekonomi negara. Manakala fungsi utama sistem kewangan ialah menguruskan kumpulan wang secara berkesan serta merangkumi penyediaan kumpulan wang yang mengcukupi untuk pencapaian matlamat-matlamat organisasi.Manakala pentadbiran sistem kewangan awam adalah proses yang melibatkan jentera pentadbiran dan kaedah-kaedah di mana dana untuk membiayai perbelanjaan awam diperolehi, dibelanja dan diperakaunkan. Termasuklah proses-proses yang melibatkan perancangan, pembentukan dan pelaksanaan dasar-dasar mengenai pencukaian, belanjawan, perbelanjaan, perolehan, perakaunan dan lain-lain yang berkaitan dengannya. Terdapat lima komponen utama pengurusan awam iaitu perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, kawalan dan penilaian.

2.0 SISTEM KEWANGAN KERAJAANSistem kewangan kerajaan terbahagi kepada tiga peringkat iaitu kerajaan pusat (persekutuan), kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. Sistem kewangan kerajaan merangkumi maklumat tentang aktiviti-aktiviti kewangan amat diperlukan untuk beberapa tujuan tertentu. Pertama, sebahagian besar sumber pendapatan kerajaan diperoleh daripada cukai pendapatan yang dikutip daripada syarikat. Keupayaan kerajaan membelanjakan wang negara untuk tujuan pembangunan bergantung pada kewujudan sumber kewangan. Laporan kewangan tahunan dapat menunjukkan jumlah pendapatan yang boleh dicukai. Kedua, kerajaan memerlukan maklumat seperti laporan kewangan untuk mengetahui setakat mana hasil daripada aktiviti perniagaan telah membantu menambahkan lagi hasil keluaran negara kasar. Oleh itu, kerajaan perlu mengawal dan menguasai pertumbuhan perniagaan dan perdagangan di dalam negara untuk menentukan pertumbuhan ekonomi yang lebih seimbang. Seterusnya, dasar negara untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi bergantung pada ukuran kuantitatif aktiviti-aktiviti perniagaan seperti yang dilaporkan di dalam penyata kewangan.Sistem kewangan kerajaan negeri adalah terletak dibawah sistem kerajaan pusat. Kewujudan kerajaan negeri antara lain bermatlamat memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada orang ramai terutamanya masyarakat setempat. Bagi mencapai hasrat ini sistem pentadbiran kewangan yang cekap haruslah diberi penekanan. Pentadbiran kewangan kerajaan negeri adalah tidak berkait dengan politik ini kerana pendekatan teknikal iaitu menelitikan persoalan-persoalan tentang kuasa kewangan, sumber-sumber hasil, prosedur dan proses pentadbiran belanjawan seperti perakaunan, pelaporan, audit, pengurusan hasil dan sebagainya adalah digunakan dalam membincangkan perjalanan kewangan kerajaan negeri. Manakala pentadbiran kewangan negeri merujuk kepada kegiatan menentukan, mengenakan, memungut, menyimpan, membelanjakan dan mengakaunkan hasil yang diperuntukan kepada kerajaan negeri. Sebagai peringkat kerajaan yang kedua ia mesti menjalin hubungan yang baik dan mempertimbangkan kehendak kerajaan tempatan dan persekutuan dalam segala tindakan dan keputusan kewangannya.

3.0 ANALISIS PENYATA KEWANGANPenyata Kewangan merupakan satu struktur kewangan yang mengandungi Kunci Kira-kira, Penyata Pendapatan, Penyata Pergerakan di dalam Ekuiti, Penyata Aliran Tunai dan Polisi Perakaunan dan Nota Penjelasan yang berfungsi untuk mempersembahkan kedudukan kewangan sesebuah entiti perniagaan. Maklumat yang sering dilihat dalam penyata kewangan ialah Aset, Liabiliti, Ekuiti, Untung dan Rugi dan Aliran Tunai. Analisis nisbah yang boleh digunakan dalam mengukur prestasi ialah nisbah-nisbah keberuntungan (profitability ratios), nisbah-nisbah kecekapan (efficiency ratios), dan nisbah-nisbah kecairan (liquidity ratios). Penyata kewangan perlu disediakan berakhir 31 Disember dalam tahun berkenaan. Bagi penyata kewangan kerajaan, hendaklah dikemukakan kepada Audit Negara pada tarikh yang telah ditetapkan beserta semua geran kerajaan, pendapatan Universiti dan lain-lain terimaan hendaklah dilaporkan dalam penyata tersebut.Oleh itu, analisis penyata kewangan adalah penting bagi tujuan pengamatan dan penilitian yang sistematik terhadap maklumat yang dipersembahkan untuk mengetahui kekuatan atau kelemahan sesebuah organisasi berdasarkan prestasi masa lalu. Di samping itu, analisis ini digunakan kerajaan untuk membuat sesuatu keputusan dan perancangan bagi menilai kedudukan kewangan dan prestasi pentadbiran kerajaan negeri serta untuk mengukur kekuatan dan keupayaan kerajaan negeri. Fokus utama analisis dilakukan ke atas butir-butir di dalam penyata kewangan seperti kunci kira-kira dan penyata Pendapatan adalah untuk Menilai aspek keberkesanan dan kecekapan pengurusan seperti untung rugi, modal, perolehan, kos jualan, dan lain-lain hal yang berkaitan dengan pengurusan kewangan kerajaan negeri.3.1 Analisis Penyata Kewangan Negeri Perlis bagi Tahun 2010 dan 2011Analisis penyata kewangan Negeri Perlis bermula dengan Kumpulan Wang Disatukan terdiri daripada tiga akaun iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Pinjaman Disatukan dan Akaun Amanah Disatukan. Pada tahun 2011, analisis mendapati Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri mengalami peningkatan ketara sejumlah RM20.38 juta atau 63.6% iaitu dari RM32.03 juta pada tahun 2010 menjadi RM52.41 juta pada tahun 2011. Ia merupakan catatan Kumpulan Wang Disatukan kedua tertinggi yang pernah direkodkan oleh Kerajaan Negeri selepas RM53.06 juta pada tahun 2001. Peningkatan ini antara lain disebabkan oleh Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan meningkat sejumlah RM42.35 juta atau 63.5% menjadi RM109.07 juta berbanding RM66.72 juta pada tahun 2010.

Jadual 1.0 Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan Pada Tahun 2010 Dan 2011

Analisis perbandingan kedudukan Wang Tunai menunjukkan peningkatan sejumlah RM20.38 juta atau 63.6% menjadi RM52.41 juta pada tahun 2011 berbanding RM32.03 juta pada tahun 2010. Peningkatan wang tunai berjumlah RM20.38 juta antaranya disebabkan oleh terimaan Pendahuluan Daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM50 juta pada tahun 2011. Jadual 2.0 Pungutan Wang Tunai

Secara keseluruhannya, kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Perlis pada tahun 2011 adalah memuaskan. Pada tahun 2011, baki Kumpulan Wang Disatukan meningkat menjadi RM52.41 juta berbanding RM32.03 juta pada tahun 2010. Kutipan hasil pada tahun 2011 menurun sejumlah RM18.68 juta atau 16% menjadi RM97.81 juta manakala perbelanjaan mengurus termasuk pindahan ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan meningkat sejumlah RM34.86 juta atau 31.9% menjadi RM144.07 juta. Kerajaan Negeri mencatatkan defisit bagi Akaun Hasil Disatukan berjumlah RM46.26 juta berbanding surplus berjumlah RM7.28 juta pada tahun 2010.Hutang Awam Kerajaan Negeri telah menurun sejumlah RM73.80 juta atau 17.7% menjadi RM342.49 juta. Tunggakan bayaran balik pinjaman kepada Kerajaan Persekutuan menurun sejumlah RM3.53 juta atau 2.1% menjadi RM161.13 juta berbanding RM164.66 juta pada tahun 2010. Tunggakan hasil Kerajaan Negeri pada tahun 2011 berjumlah RM24.05 juta manakala tunggakan bayaran balik pinjaman daripada Agensi Negeri berjumlah RM68.77 juta.Bagi memperkukuhkan lagi kedudukan kewangan, Kerajaan Negeri hendaklah berusaha mengutip tunggakan hasilnya yang berjumlah RM24.05 juta dan mengambil tindakan lebih tegas menuntut tunggakan bayaran balik pinjaman daripada PKENPs yang berjumlah RM68.77 juta. Pendahuluan Daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM69.82 juta dan Hutang Awam Kerajaan Negeri berjumlah RM342.49 juta hendaklah dibayar balik mengikut jumlah dan tempoh masa ditetapkan bagi memastikan tunggakan bayaran balik pinjaman yang berjumlah RM161.13 juta tidak terus meningkat. Selain itu, Kerajaan Negeri perlu meneruskan amalan perbelanjaan berhemat tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan dan sumbangannya kepada rakyat.

3.2 Analisis Penyata Kewangan Negeri Selangor bagi Tahun 2010 dan 2011Mengikut Penyata Kedudukan Kewangan, jumlah Kumpulan Wang Disatukan pada akhir tahun 2011 adalah RM1,944.01 juta. Jumlah tersebut terdiri daripada aset berbentuk wang tunai RM390.89 juta dan pelaburan sejumlah RM1,553.12 juta. Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan Negeri Selangor bagi tahun 2011 berbanding tahun 2010. Analisis penyata kewangan ini mendapati Kumpulan Wang Disatukan meningkat sejumlah RM357.13 juta (22.5%) kepada RM1,944.01 juta pada tahun 2011 berbanding RM1,586.88 juta pada tahun 2010. Peningkatan ini disebabkan oleh peningkatan Akaun Hasil Disatukan sejumlah RM180.50 juta (24.7%) dan Akaun Amanah Disatukan sejumlah RM176.63 juta (20.7%). Secara keseluruhannya untuk tempoh 5 tahun Kumpulan Wang Disatukan menunjukkan trend meningkat yang baik daripada sejumlah RM1,386.74 juta pada tahun 2007 kepada RM1,944.01 juta pada tahun 2011 yang merupakan paras yang tertinggi dalam tempoh 5 tahun.

Jadual 3.0 Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan Pada Tahun 2010 Dan 2011

Jadual 2.0 Pungutan Wang Tunai

Antara punca perubahan ketiga-tiga hasil ini ialah:i. Hasil bukan cukai : Penguatkuasaan Garis Panduan Pembayaran Borang 7G oleh Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor, peningkatan permohonan Tukar Kategori dan Syarat Tanah, kutipan premium dari pembayaran Borang 5A, pengiraan premium tanah yang dikenakan berdasarkan nilai pasaran dan Program Pemutihan Kilang Haram yang dilanjutkan sehingga bulan Disember 2012. Pelaburan simpanan tetap Kerajaan Negeri yang telah meningkat sebanyak RM470 juta pada tahun 2011 serta penerimaan faedah yang telah matang daripada pelaburan di AmBank sejumlah RM7.32 juta. Pertambahan pembukaan kawasan perlombongan pasir di Negeri Selangor oleh Pihak Berkuasa Negeri, kenaikan kadar cukai Royalti Batu Batan daripada aktiviti kuari dan royalti tambahan yang dikenakan kepada pemegang permit yang mengeluarkan bahan batuan melebihi anggaran asal pengeluaran.ii. Hasil Cukai : Kenaikan kadar cukai Royalti Batu Batan(Kuari Dalam Hutan Simpanan Kekal) daripada RM3.00 semeter padu persegi (m) kepada RM5.20 (m) yang telah berkuat kuasa mulai 1 Disember 2010 dan peningkatan pengeluaran batu batan di kuari. Pertambahan permohonan tukar syarat tanah oleh pemaju/pemilik tanah yang telah merancang untuk memajukan tanah mereka selaras dengan permintaan yang tinggiterhadap keperluan perumahan dan industri. Pemantauan berterusan ke atas premis hiburan secara menyeluruh. Selain itu, Unit Cukai Hiburan Perbendaharaan Negeri juga memeriksa dan memberi surat peringatan kepada pengusaha premis panggung wayang supaya pembayaran cukai dilakukan mengikut jadual yang ditetapkaniii. Terimaan bukan hasil : Penurunan perbelanjaan yang dilaraskan ke Akaun Hasil Disatukan pada tahun 2011. Berdasarkan hasil bancian oleh Jabatan Perangkaan Negeri Selangor, didapati jumlah penduduk negeri pada tahun 2011 (5.06 juta orang) adalah berkurangan daripada tahun 2010 (6.62 juta orang). Pelarasan cek yang tidak dituntut melebihi 6 tahun yang dikreditkan ke hasil selaras dengan Arahan Perbendaharaan 118(c) -Cek Dan Pindahan Dana Elektronik Terbatal.Prestasi kewangan Kerajaan Negeri pada tahun 2011 meningkat daripada tahun 2010 dengan peningkatan lebihan hasil berbanding jumlah perbelanjaan mengurus dan pembangunan. Lebihan hasil meningkat sejumlah RM61.48 juta (51.6%) kepada RM180.62 juta pada tahun 2011 berbanding RM119.14 juta pada tahun 2010. Peningkatan ini adalah disebabkan oleh peningkatan jumlah hasil di samping penurunan jumlah perbelanjaan pembangunan walaupun perbelanjaan mengurus mengalami sedikit peningkatan. Analisis kewangan menunjukkan pada tahun 2011, baki hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan telah menurun sejumlah RM25.01 juta (2.5%) menjadi RM979.63 juta berbanding RM1,004.64 juta pada tahun 2010. Penurunan ini disebabkan penjadualan semula pinjaman Projek Bekalan Air dengan mengambil kira bayaran yang telah dibuat oleh pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) kepada Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2010 sejumlah RM9.27 juta pada awal tahun 2011. Selain itu, Kerajaan Negeri telah membuat bayaran balik hutang sejumlah RM15.74 juta bagi menjelaskan pinjaman bagi Rumah Awam Kos Rendah dan Pinjaman Pelbagai masing-masing sejumlah RM14.64 juta dan RM1.10 juta.Secara keseluruhannya, analisis kewangan mendapati kedudukan kewangan Kerajaan Negeri adalah baik. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2011 mencatatkan baki Kumpulan Wang Disatukan berjumlah RM1,944.01 juta meningkat sejumlah RM357.13 juta berbanding RM1,586.88 juta pada tahun 2010. Jumlah kutipan hasil pada tahun 2011 telah mencatatkan peningkatan sejumlah RM62.50 juta (4%). Manakala jumlah tunggakan hasil menurun sejumlah RM75.26 juta (15%). Akaun Hasil Disatukan Kerajaan Negeri telah mencatatkan surplus sejumlah RM180.50 juta berbanding surplus RM124.24 juta pada tahun 2010. Pulangan atas pelaburan jangka panjang yang dilakukan adalah tidak memuaskan di mana secara purata, Kerajaan Negeri Selangor hanya mendapat pulangan dividen sejumlah RM5.91 juta (1.6%) berbanding pelaburan sejumlah RM376.51 juta bagi tempoh 5 tahun iaitu tahun 2007 hingga 2011. Baki pinjaman boleh dituntut menurun sejumlah RM50.88 juta (7.8%) dan tunggakan bayaran balik pinjaman boleh dituntut meningkat sejumlah RM10.63 juta. Prestasi pembayaran hutang awam pada tahun 2011 adalah sangat baik kerana baki hutang awam telah menurun sejumlah RM25.01 juta manakala tunggakan bayaran balik pinjaman mencatatkan penurunan sejumlah RM604.97 juta.Kerajaan Negeri disyorkan supaya meneruskan perbelanjaan berhemat dan terus berusaha mengutip baki pinjaman boleh dituntut di samping usaha berterusan terhadap kutipan tunggakan bayaran pinjaman boleh dituntut. Kerajaan Negeri juga hendaklah mengambil tindakan terhadap syarikat subsidiari Kerajaan Negeri bagi mendapatkan pulangan dividen terhadap pelaburan yang dibuat.

3.3 Faktor Yang Mempengaruhi Penyata Kewangan Secara umumnya bagi negeri Perlis, pendapatan kerajaan pada tahun semasa yang menurun ekoran kutipan hasil cukai dan bukan cukai rendah. Hal ini akan menyebabkan kerajaan mengambil langkah yang lebih berhati-hati dalam menjana pendapatan negeri.Manakala pendapatan kerajaan Selangor pada tahun semasa yang melonjak ekoran kutipan cukai dan hasil komoditi tinggi akan membolehkan kerajaan terus memperkenalkan langkah menyokong pertumbuhan dan menangani kebimbangan mengenai kenaikan harga barangan.Dari aspek ekonomi, penurunan hasil kutipan wang tunai menjejaskan prestasi kerajaan negeri Perlis kerana kerajaan perlu mempergiatkan usaha bagi menambah pendapatan negeri di samping melunaskan hutang-hutang negeri kepada agensi yang telibat. Sementara ekonomi yang dijana oleh kerajaan negeri Selangor menunjukkan peningkatan serta membolehkan mereka melabur untuk menjana pendapatan lebih bagi menampung keperluan kerajaan negeri. Faktor ini juga dilihat penting kerana kerajaan tempatan bergantung kepada kerajaan negeri. Oleh itu, kerajaan negeri harus menitik beratkan faktor pengaruh ekonomi dalam sistem kewangan kerajaan negeri.Dari aspek politik, kedua negeri ini mempunyai pemerintah yang berbeza di mana kerajaan negeri Perlis di bawah pemerintahan parti kerajaan, manakala kerajaan Selangor di bawah pimpinan parti pembangkang. Walaupun begitu, di lihat parti politik pembangkang lebih cekap melaksanakan setiap ususan yang berkaitan dengan kewangan kerajaan. Hal ini kerana, mereka ingin menunjukkan prestasi yang cemerlang untuk meraih undi di masa hadapan bagi mendapat tempat dihati rakyat. Dari aspek sosial, kerajaan negeri Selangor lebih cenderung kearah pembangunan sosial yang seimbang kerana terdapat banyak Institusi -institusi pengajian di sana. Tambahan pula, selangor adalah sebuah negeri yang besar dan sedang pesat membangun serta memerlukan tenaga kerja yang ramai, mampu melatih setiap pekerja dan rakyatnya bersatu padu dalam membantu kerajaan negeri menaikkan tarafnya.

4.0 KESAN DAN CADANGAN4.1 Kesan Pelbagai kesan yang boleh di dapati di dalam analisis penyata kewangan ini iaitu prestasi parti pembangkang memerintah negeri Selangor dengan jayanya. Kemampuan parti pembangkang menjanakan pendapatan negeri dalam tempoh masa setahun. Sementara kerajaan negeri Perlis pula mencatat prestasi yang menurun dalam tempoh masa setahun. Pencapaian kerajaan negeri Selangor apabila Penguatkuasaan Garis Panduan Pembayaran Borang 7G oleh Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor, peningkatan permohonan Tukar Kategori dan Syarat Tanah, kutipan premium dari pembayaran Borang 5A, pengiraan premium tanah yang dikenakan berdasarkan nilai pasaran dan Program Pemutihan Kilang Haram yang dilanjutkan sehingga bulan Disember 2012. Kesemua ini adalah hasil kejayaan kerajaan Selangor dalam peningkatan prestasi penyata kewangan.4.1 CadanganDalam usaha memperbaiki serta memperkemaskan lagi sistem pengurusan kewangan kerajaan negeri, kerajaan persekutuan serta tempatan turut bekerjasama mengambil beberapa langkah utama. Antara aspek yang boleh digunakan untuk memperkukuhkan lagi pentadbiran kewangan kerajaan negeri ialah pengkomputeran, di mana sektor awam sedang mengalami proses pengkomputeran yang pesat pada masa kini. Potensi pengkomputeran amat luas dalam memberikan kesan kepada keupayaan pihak kerajaan negeriuntuk memungut hasil dan mengawal perbelanjaan dengan lebih baik. Sebahagian daripada masalah pungutan hasil berpunca daripada sistem maklumat yang usang dan memerlukan jangka masa yang lama sebelum sesuatu hal dapat dikesan. Bahagian kewangan adalah calon yang paling sesuai dalam pengkomputeran. Rekod-rekod pemilik harta, tanggungan cukai, alamat serta butiran-butiran lain boleh dimasukkan dan dikemaskini dengan cepat. Program yang baik menghasilkan laporan-laporan harian juga mingguan atau bulanan tentang aliran hasil dan juga laporan tentang mereka yang mempunyai tunggakan. Langkah seterusnya dalam usaha mempertingkatkan keupayaan kewangan khususnya dalam mengawal perbelanjaan yang semakin meningkat dan kelihatan tidak terkawal ialah penswastaan. Penswastaan bermaksud membenarkan firma-firma swasta menjalankan sesuatu perkhidmatan bagi pihak penguasa tempatan. Oleh sebab firma swasta tidak dikongkong oleh peraturan-peraturan seperti penguasa tempatan, maka ia dapat menjalankan sesuatu kegiatan dengan lebih cekap. Penswastaan untuk mengurangkan beban kewangan penguasa tempatan. Antara perkhidmatan yang telah diswastakan ialah Pemungutan, pemunggahan dan pembuangan sampah, Pemotongan rumput, Penyenggaraan jalan (pembaikan dan penurapan), Pengurusan tandas awam, Pembinaan jalan dan parit, Pembaikan kenderaan penguasa tempatan, Pembersihan bangunan dan tamanserta Pengurusan tapak letak kereta.Pihak kementerian sedang merangka undang-undang kecil tentang tatacara kewangan dan perakaunan bagi enghasilkan sistem pengurusan kewangan yang sistematik dan seragam. Ini juga dijangka akan mengurangkan masalah-masalah sedia ada yang sering berlaku dalam pentadbiran kewangan tempatan dengan kawalan dalaman yang baik.5.0 KESIMPULANPentadbiran kewangan kerajaan negeri dalam meniti arus pemodenan serta peningkatan taraf hidup masyarakat sedaya upaya memperbaiki juga memperkemaskan strukturnya. Hal ini adalah tidak lain tidak bukan untuk memastikan kesejahteraan masyarakat terjamin. Menerusi sumber-sumber hasil yang dinyatakan seperti hasil cukai harta, hasil bantuan kerajaan pusat dan negeri iaitu melalui geran-geran tertentu, hasil perkhidmatan yuran dan sebagainya, pentadbiran kewangan kerajaan negeri dapat mengekalkan prestasinya dengan baik. Tanpa bantuan kerajaan pusat, kebanyakan kerajaan negeri tidak dapat melibatkan diri dalam kegiatan pembangunan dan mungkin peranan mereka hanya terhad dalam funsi-fungsi wajib sahaja. Oleh itu kerjasama dari perlbagai pihak seperti kerajaan atasan dan masyarakat setempat amat membantu. Tanpa pengurusan kewangan yang baik kerajaan negeri tidak boleh menjalankan fungsinya dengan baik. Pandangan negatif awam terhadap pentadbiran kewangan tempatan dapat dikikis jika akauntabiliti kewangan kerajaan negeri dapat ditingkatkan. Justeru itu langkah-langkah yang dinyatakan untuk memperkemaskan pengurusan kewangan kerajaan tempatan perlu dikuatkuasakan dengan efektif. Apa yang lebih penting dalam persoalan ini adalah kepercayaan masyarakat sekeliling terhadap pentadbiran kewangan kerajaan tempatan.

6.0 RUJUKANHazman Shah Abdullah. (1992). Pentadbiran kewangan kerajaan tempatan di semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. A. R. Zahari. ( 1991). Memahami kerajaan tempatan di Malaysia. Selanagor Darul Ehsan: Fajar Bakti Sdn. Bhd.Barjoyai Bardai. (1987). Percukaian : prinsip dan amalan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Nuraini Yusoff et al. (2007). Bahasa melayu untuk pengurusan. Sintok: Universiti Utara Malaysia.Wallchutzky, I., James, S., & Singh, V. (1998). Future direction in tax administration: a malaysian perspective. Jurnal Percukaian, 13-25.Mohamed Afandi Ismail., & Hanafi Mat Zin. (1998). Peranan pihak berkuasa tempatan sebagai pembekal rumah. Jurnal KPKT, 36-41.Hatry, H et al. (1984). Analisa program bagi kerajaan tempatan dan negeri. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jabatan Audit Negara. (2013). Laporan Audit Negeri Perlis https://www.audit.gov.my (10 Jun 2013)Jabatan Audit Negara. (2013). Laporan Audit Negeri Selangor https://www.audit.gov.my (10 Jun 2013)Abdul Hakimi Johari. (2011). Pengenalan Sistem Kewangan Islam Malaysia http://akim-jo.blogspot.com/2011/03/pengenalan-sistem-kewangan-islam.html (13 Jun 2013)Mohd Yusoff Noordin.(2007). Sistem Kewangan Malaysia. http://knowledgecentre.wordpress.com/2007/03/28/sistem-kewangan-malaysia/ (15 Jun 2013)

1 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN