pjj sebenar
TRANSCRIPT
-
7/27/2019 pjj sebenar
1/22
1.0 PENGENALAN
Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merupakan kanak-kanak yang berhadapan
dengan kebatasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan
untuk hidup dengan masyarakat disebabkan had fizikal dan mentalnya. Kanak-kanak ini jugasememangnya mempunyai pelbagai tingkah laku yang pelbagai dan semestinya
memerlukan beberapa kaedah yang berkesan bagi mengurus tingkah laku yang tidak
diingini. Menurut G. Miltenberger (2001) tingkah laku adalah sesuatu yang dilakukan, cara
untuk bertindak dan bagaimana tindakbalas seseorang terhadap persekitaran. Dalam erti
kata yang lain, tingkah laku boleh didefinisikan sebagai apa yang seseorang perkatakan
atau ucapkan. Keadaan ini boleh diukur dalam satu dimensi atau pun lebih. Berlakunya
sesuatu tingkah laku adalah disebabkan oleh peristiwa dan pengaruh persekitaran. Keadaan
tingkah laku juga mungkin overt atau covert. Umumnya, tingkah laku mencabar terbahagi
kepada dua iaitu tingkah laku mencabar dalaman dan tingkah laku mencabar luaran.
Tingkah laku mencabar dalaman ini biasanya datang daripada dalaman. Tingkah laku ini
biasanya tidak ditunjukkan sepenuhnya di hadapan individu sebaliknya bergantung kepada
kesesuaian ianya untuk dilakukan.(Berdine).
Selain itu pengurusan yang sistematik dan terancang perlulah dilakukan untuk
mewujudkan tingkah laku yang diingini oleh kanak-kanak ini.Tidak seperti kanak-kanak yang
normal, tingkah laku kanak-kanak bekeperluan khas memerlukan pengurusan tingkah lakuyang baik. Oleh itu pengurusan tingkah laku penting dalam mewujudkan tingkah laku yang
diingini dan mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini. Pengurusan tingkah laku dikenali
sebagai satu bidang psikologi yang menekankan kepada menganalisis dan mengubahsuai
tingkah laku manusia. Analisis merujuk kepada mengenalpasti hubungan persekitaran
dengan sesuatu tingkah laku. Mengubahsuai pula merujuk kepada membina dan
mengimplementasikan prosedur intervensi behavioral untuk membantu seseorang individu
membantu mengubah tingkah laku mereka.
-
7/27/2019 pjj sebenar
2/22
Pengurusan ini juga adalah merupakan sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran yang diaplikasikan dalam pembelajaran akedemik mahupun sosial. Hal ini
bermakna tanpa perubahan tingkah laku , pembelajaran tidak akan berlaku. Dalam hal
pembelajaran , perubahan tingkah laku ini menjadi kayu ukur bagi menentukan samaada
individu telah mempelajari sesuatu yang baru atau pun tidak. Dalam pengurusan tingkah
laku aspek utama yang dititikberatkan adalah mengukur sasaran tingkah laku yang ingin
perubahan. Pengukuran sasaran tingkah laku ini juga dikenali sebagai penaksiran tingkah
laku. Bagi menaksir tingkah laku ini, penaksiran hendaklah dilakukan dengan cara secara
langsung mahupun tidak langsung. Untuk tujuan pemerhatian sasaran tingkah laku,
pemerhati hendaklah merancang jenis perekodan data yang sesuai. Apa yang penting
pemerhati mesti mempunyai definisi sasaran tingkah laku yang tepat supaya kejadian
tingkah laku itu dapat dibezakan daripada yang lain.
http://4.bp.blogspot.com/_GLJnaC6drwM/THi80_1q9lI/AAAAAAAAABA/CZujvacaBKY/s1600/reeceinblueadidas2.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_GLJnaC6drwM/THi8qBLElwI/AAAAAAAAAA4/oNcRPL4jwNY/s1600/Boy_Wheelchair.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_GLJnaC6drwM/THi80_1q9lI/AAAAAAAAABA/CZujvacaBKY/s1600/reeceinblueadidas2.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_GLJnaC6drwM/THi8qBLElwI/AAAAAAAAAA4/oNcRPL4jwNY/s1600/Boy_Wheelchair.jpg -
7/27/2019 pjj sebenar
3/22
2.0 JENIS KEPERLUAN KHAS (KECACATAN) UTAMA KES YANG DIPERHATIKAN
1) Disleksia
Perkataan disleksia (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek
iaitu Dys yang bermaksud kesukaran dan Lexis bermaksud perkataan atau
dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah buta huruf juga
digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap
seorang pakar perubatan dan ophalomotologist telah memperkenalkan perkataan
Disleksia (Hammond dan Hugges, 1996:3)Disleksia ialah satu Disorder dalam
kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran
bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek (World Federation Of
Neurology, 1968) Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitandengan Disleksia, diantaranya ialah:-
Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan
ataupun matematik
Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa
Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi
moto-mata-tangan
Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf,
membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan
peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit
dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program
pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan
disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia
tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia
menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan
yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan. Disleksia
melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau
bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-
kanak.
-
7/27/2019 pjj sebenar
4/22
Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :
Disleksia visual (penglihatan)
Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad sertakonfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk
diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian
perkataan adalah secara terbalik
Disleksia auditori (pendengaran)
Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata
perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan
perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat
dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga
dihadapi oleh disleksia auditori
Disleksia visual-auditori
Kesukaran membaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk
memproses tulisan secara visual dan audio
.Punca Disleksia
Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan
Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah;
Keturunan atau genetic
Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-
masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan
adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan
disleksia disebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan
secara turun-temurun
-
7/27/2019 pjj sebenar
5/22
Biologi
Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup
bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar.
Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan
perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-
kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosakan ini minimum
Kematangan
Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu
dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang
daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanakmerupakan salah satu kemungkinan punca disleksia
Ciri-Ciri Kanak-Kanak Disleksia
Di antara beberapa ciri-ciri penghidap disleksia adalah seperti berikut :
1. Penghidap gangguan ini dapat dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-
kanak.
2. Kebiasaannya penghidap akan menghadapi masalah pembacaan yang lambat
dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
3. Penghidap suka mengurang atau menambah sendiri pada sesuatu perkataan.
4. Sering mengalami kekeliruan dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu
seperti p dianggap q dan huruf b dianggap d.
5. Kerap berlaku di kalangan kaum lelaki berbanding perempuan.
6. Kekerapan penghidap disleksia selalu terjadi di kalangan pasangan kembar,
kanak-kanak yang dilahirkan tidak cukup bulan, kanak-kanak yang lahir daripada ibu
yang sudah berumur dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada
kepala.
7. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak meningkat dewasa.
8. Perhatian dan tumpuan senang terganggu dan gagal untuk menghabiskan
sesuatu kerja sehingga selesai.
-
7/27/2019 pjj sebenar
6/22
9. Cenderung menjadi seseorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan
sendiri tanpa memikirkan orang lain.
Disleksia hanya boleh dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit
dengan pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini bolehdirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia biasanya akan diberi rawatan
secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir dan sosial.
2) Sindrom Down
Sindrom down ialah kelainan kromosom yang disebabkan oleh ciri-ciri fizikal yang
boleh dikenalpasti dan biasanya disebabkan perkembangan fizikal dan intelektual
yang berkembang secara perlahan. Kromosom pula ialah adalah serat-serat khusus
yang terdapat dalam setiap sel di dalam badan manusia di mana tedapat bahan-
bahan genetik yang menentukan sifat-sifat seseorang. Kes sindrom down yang
paling kerap terjadi adalah disebabkan oleh pertambahan kromosom 21 iaitu
sebanyak 3 kromosom 21 yang menjadikan jumlah kesemuanya sebanyak 47. Bayi
yang normal hanya mempunyai 2 kromosam 21 iaitu menjadikan jumlah
kesemuanya sebanyak 46.
Jenis-Jenis Sindrom Down
1. Trisomi 21
Trisomi 21 berlaku disebabkan oleh keadaan kegagalan meiosis. Disebabkan
kegagalan ini, gamete (sel sperma atau telur) dihasilkan dengan pertambahan
salinan kromosom 21.kegagalan ini telah menghasilkan gamete yang mempunyai
24 kromosom. Apabila bergabung dengan gamete normal daripada pasangannya
maka embrio kini mempunyai 47 kromosom iaitu lebih satu kromosom
berbanding kromosom yang normal iaitu 46. Trisomi 21 ini merupakan
penyumbang terbesar kepada kes sindrom down iaitu sebanyak 94% dengan
88% daripadanya disebabkan oleh kegagalan pada gamete ibu dan 8%
disebabkan oleh kecacatan pada gamete bapa.
-
7/27/2019 pjj sebenar
7/22
2. Mosaicism
Trisomi 21 biasanya disebabkan sebelum kehamilan dan kesemua sel dalam
badan terjejas. Walaubagaimanapun, apabila sesetengah sel dalam badan
adalah normal dan sesetengah sel mengandungi trimosi 21 maka ia dikenalisebagai sindrom down jenis Mosaicism. Disini sebahagian sel-sel berpecah dan
mempunyai bilangan kromosom yang sempurna iaitu (46 kromosom) dan
sebahagian lagi sel-sel mempunyai bilangan yang tidak sempurna (47
kromosom). Sel-sel yang sempurna dan yang tidak terus berlipat ganda dan
keadaan bercampuran lalu tejadinya mosaic. Hal ini boleh berlaku di mana
keadaan (nondisjunction) pada awal pembahagian sel pada embrio normal
mendorong kepada pecahan sel dengan trisomi 21 atau embrio sindrom down
melalui (nondisjunction) dan sesetengah sel pada embrio kembali kepada aturan
kromosom normal.Jenis sindrom down ini melibatkan 4% daripada kes yang
berlaku.
3. Translokasi Robertsonian
Sindrom down jenis Translokasi Robertsonian merupakan jenis yang paling
kurang menyumbang kepada kes sindrom down. Ianya hanya melibatkan 2%daripada kes sindrom down yang berlaku.Sindrom down jenis ini boleh
diturunkan oleh ibu atau bapa. Translokasi robertsonian disebabkan oleh
sebahagian kromosom 21 terpecah dan bahagian yang ketinggalan pula terlekat
kepada pasangan kromosom yang lain dan biasanya pada kromosom 14. Pada
kebiasanya 2 daripada 2 daripada kes ini, ibu bapa bukanlah pembawa dan
berkemungkinan mereka untuk melahirkan seorang lagi anak yang mempunyai
sindrom down tidaklah besar daripada ibu bapa.
Punca-Punca Sindrom Down
Faktor Genetik
Kanak-kanak sindrom down mempunyai bilangan kromoson 47 berbanding 46
kromosom pada sel yang normal. Pertambahan kromosom ini disebabkan oleh
proses pembentukan sel yang tidak berlaku dengan sempurna sehingga
-
7/27/2019 pjj sebenar
8/22
menyebabkan berlakunya terlebih sel. Dianggarkan 95% daripada kes sindrom down
adalah disebabkan masalah ini. Terdapat 3 jenis sindrom down yang disebabkan
oleh faktor genetik iaitu Trisomi 21, Mosaicism dan Translokasi Robertsonian. Faktor
keturunan juga turut menyumbang kepada kes sindrom down. Jika terdapat sejarah
kes-kes sindrom down pada pihak keluarga sebelah ibu dan bapa maka risiko untuk
mendapatkan anak sindrom down adalah lebih tinggi.
Faktor Persekitaran
1) Ibu mengandung yang berumur 35 tahun ke atas mempunyai risiko yang
lebih tinggi untuk melahirkan anak yang mengalami sindrom down. Faktor ini
disebabkan masalah kelewatan mendirikan rumah tangga yang berlaku di
dunia dan tidak berkecuali kepada Negara kita sendiri.
2) Ibu yang terdedah kepada kepada radiasi (sinar x) khususnya di tempat kerja
juga mempunyai risiko yang tinggi mendapat anak sindrom down.
3) Pengambilan dadah juga dapat mengundang kepada kes sindrom down.
Ciri-Ciri Kanak-Kanak Sindrom Down
Sifat pada kepala, muka dan leher Iras muka hampir sama seperti orang mongol
Pangkal hidung kemek Jarak antara mata jauh dan berlebihan. Sifat pada tangan
dan lengan jari jemari yang pendek dan jari kelingking membengkok ke bawah.
Tapak tangan biasanya terdapat satu garisan urat yang dinamakan simian crease.
Sifat pada kaki Jari-jari kaki agak pendek dan jarak antara ibu kaki dan jari kaki agak
jauh terpisah. Tapak kaki biasanya leper. Sifat pada otot biasanya otot lemah
menyebabkan mereka menjadi lembik yang mana lewat dalam perkembangan motor
kasar. Masalah-masalah kesihatan yang berkaitan:
Masalah Jantung Masalah jantung berlubang seperti Ventricular Septal Defect
(VSD) Masalah jantung berlubang diantara bilik jantung kiri dan kanan.
Patent Ductus Ateriosis (PDA) salur ateriosis yang berkekalan.
Masalah usus salur esofagus yang tidak terbuka semasa berumur 1- 2 hari bayi
mengalami masalah menelan air liur.
Salur usus kecil duodenum tidak terbuka(duodenal atresia) bayi mengalami
masalah muntah selepas menyusu dan perut kelihatan buncit sedikit.
-
7/27/2019 pjj sebenar
9/22
Salur usus rectum atau bahagian usus yang paling akhir(dubur) tidak terbuka
langsung atau penyempitan yang dinamakan Hirsprung Disease
Masalah perubatan yang lain Hypothyrodism kurang hormon tiroid
Ketidakstabilan di tulang-tulang kecil di bahagian leher menyebabkan penyakit
lumpuh(Atlantoaxial instability) 60-80% bermasalah pendengaran.
Sebahagian kecil leukimia
Peringkat Perkembangan 0 -3 bulan perkembangan motor kasar dan rangsangan
boleh menggerakkan kepala ke kiri dan ke kanan. Rangsangan boleh dibuat dengan
bercakap-cakap dengan bayi dari arah kiri dan kanan. Latihan kawalan kepala boleh
dilakukan dengan memangku bayi dalam keadaan separuh duduk dan galakkan bayi
menegakkan kepalanya. Manakala perkembangan motor halus dan rangsangan
perkembangan dilakukan semasa dilahirkan jari jemari menggenggam dan apabila
umur meningkat bayi mula membuka jari-jari dan membawa tangannya ke mulut.
Diakhir 3 bulan bayi boleh memegang objek yang diletakkan di dalam tangan
sekejap dan kemudian melepaskannya. Sebagai rangsangan kita harus mengusap
belakang telapak tangan bayi dengan jari kita
Perkembangan pertuturan dan bahasa serta rangsangan Perkembangan - Bayi mula
mengeluarkan suara dengan tangisan,bayi berumur 6 minggu ke atas mula
mengeluarkan bunyi yang perlahan apabila seseoraoran menegurnya.Bunyi akan
bertambah jelas menjelang umur 3 bulan ke atas rangsangan yang mana kita akan
bercakap-cakap dan memberi senyuman kepada bayi. Jika bayi tidak menunjukkan
tindak balas perlu mendapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan tiada
masalah pendengaran.
-
7/27/2019 pjj sebenar
10/22
3.0 MASALAH-MASALAH SAMPINGAN
1) DISLEKSIA
Kebanyakan masalah yang sering dihadapi oleh kanak-kanak Disleksia ialah
masalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;
i) Mengeja
Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan
pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang
kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan
membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah
awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;
m w yg j u n m n
c e p q h n b d
Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti:
t h f v
ii) Membaca
Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat
daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat
kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka censerung
menterbalikkan perkataan seperti:
Batu tuba
Gula - lagu
Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti
berikut:
pada masa yang sama dapa masa yang masa
-
7/27/2019 pjj sebenar
11/22
Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.
Contohnya seperti berikut :
Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu
Jam jem
cat cat
iii) Menulis
Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas
kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat
menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis
perkataan yang pelik-pelik
iv) Bercakap dan mendengar
Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka
juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku
disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak
melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.
v) Nombor
Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan
dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka
menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut :
3 5 8
9 6
vi) Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial
Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju,
kidal dan pandai mengikat tali kasut.
-
7/27/2019 pjj sebenar
12/22
Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh.
Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri,
kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah
Gambar menunjukkan antara perkataan yang sering diterbalikkan oleh
penghidap disleksia.
Penghidap disleksia juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke
atas kertas dan mengalami kesukaran untuk memegang pensel serta tidak dapat
menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga, cenderung menulis
perkataan yang pelik-pelik. Terdapat juga di kalangan mereka yang mengalami
kesukaran untuk bertutur di mana mereka kelihatan seperti tidak mendengar atau
mempedulikan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklumat yang
diperolehi. Mereka juga tidak menjalankan atau menyusun sesuatu mengikut abjad.
Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitandengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol serta
suka menterbalikkan nombor yang sama. Mereka juga berpakaian tidak kemas tetapi
tidak kotor, pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut sendiri.
Mereka turut kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dianggap pemalas dan
kelihatan bodoh. Skop penglihatan mereka yang terhad di mana kekeliruan berlaku di
antara depan, belakang, kiri, kanan, atas, bawah serta pengamatan yang lemah.
http://www.majalahsains.com/wp-content/uploads/2011/02/dislexia0.jpg -
7/27/2019 pjj sebenar
13/22
2) SINDROM DOWN
Masalah Organ Bagi Sindrom Down
i) Masalah Jantung
Kanak-kanak keperluan khas sindrom down mengalami pelbagai masalah kesihatan
terutamanya masalah yang berkaitan dengan organ dalaman seperti jantung dan
usus. Masalah jantung yang dihadapi ialah jantung berlubang. Masalah jantung
berlubang ini ada beberapa jenis iaitu Ventricular Septec Defect (VSD) iaitu ada
lubang yang kecil di antara jantung kiri dan kanan. Selain itu, jenis jantung berlubang
yang lain adalah Aptrial Septal Defect ( ASD) dimana ada lubang di antara atria kiri
dan kanan. Masalah jantung ini akan menyebabkan darah tidak dapat mengalir
mengikut arahnya kerana darah di bahagian kiri dapat memasuki di bahagian kanan
jantung. Ini memberi kesan yang sakit kepada jantung kanak- kanak tersebut. Selain
itu, masalah yang di hadapi berkaitan jantung ialah saluran ateriosis berkekalan
(Patent Ductus Ateriosis / PDA) dan juga masalah jantung berlubang kebiruan
(cynotic spell) iaitu turut menyebabkan kanakkanak sindrom down itu sukar untuk
bernafas. Masalah ini perlu dirawat melalui perubatan atau pembedahan.
ii) Masalah Usus
Masalah usus yang dihidapi ialah kanak - kanak sindrom down biasanya di kesan
semasa bayi lagi. Di antaranya ialah saluran esofogus yang tidak terbuka (atresia),
biasanya dikesan semasa 1 hingga 2 hari di mana bayi mengalami kesukaran untuk
menelan air liurnya atau dikesan oleh doktor atau jururawat kerana mereka tidak
dapat memasukkan tiub menyedut air perut semasa baru lahir. Saluran usus kecilduodenum yang tidak terbuka penyepitan yang dinamakan Hirshprung Disease
keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum.
Kebiasaannya, bayi akan mengalami masalah ini pada hari kedua atau seterusnya
selepas kelahiran di mana perutnya akan membuncit dan susah untuk membuang air
besar. Selain itu, kanak-kanak ini berkemungkinan menghadapi masalah tiada
lubang dubur.
-
7/27/2019 pjj sebenar
14/22
iii)Masalah Hipotairoidism dan Kanser
Masalah Hipotairoidism juga boleh berlaku terhadap kanak-kanak sindrom down iaitu
kanakkanak kekurangan hormon tairod. Kebarangkalian ia mungkin berlaku dalam
10% dari kanakkanak sindrom down. Hal ini menyebabkan ketidakstabilan di
tulang-tulang kecil bahagian leher yang boleh menyebabkan berlakunya penyakit
lumpuh (Atlantoaxial Instability). Sebahagian mereka juga mempunyai risiko kanser
sel darah putih iaitu leukemia.
iv) Masalah Perkembangan Pelajaran
Setiap kanak-kanak sindrom down mempunyai perkembangan yang amat perlahan.
Oleh itu, ini menyumbangkan kanak-kanak itu lambat dari pelbagai aspek.
Terutama dari aspek pembelajaran. Secara keseluruhannya, kanak-kanak sindrom
down mengalami kerencatan akal dan kelewatan perkembangan. Bagi kanak-kanak
ini mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual ( IQ) yang tidak melebihi 70. Ini
menyebabkan mereka tidak dapat berfikir dengan lebih baik. Pada peringkat awal
pembesaran, mereka mengalami masalah kelewatan dalam semua aspek
perkembangan iaitu lambat bercakap, berjalan dan lambat dalam perkembangan
motor halus dan kasar. Contohnya mereka ini lambat dalam berlari berbanding
kanak-kanak biasa. Selain itu, keupayaan motor halus mereka seperti menulis,
melukis dan lain-lain juga amat lambat berkembang. Namun perkembangan motor
halus dan kasar akan berkembang mengikut tahap umur dan persekitaran mereka.
Pekembangan kognitif pula, kanak kanak sindrom down kurang mempunyai
kemahiran dalam menggunakan bahasa, angka, pemikiran, penaalukan,
pembentukan konsep serta ingatan. Ini disebabkan perkembangan mereka tidaksama dengan kanak-kanak biasa atau normal. Namun perkembangan sosial mereka
amat menggalakkan kerana kanak-kanak keperluan khas ini sangat periang. Hal ini
menjadikan mereka amat digemari oleh ahli keluarga mereka.
-
7/27/2019 pjj sebenar
15/22
4.0 PAKAR-PAKAR YANG TERLIBAT TERHADAP KANAK-KANAK KEPRLUAN
KHAS
1) Pakar Perunding Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja
Global Developmental Delay merujuk kepada masalah kanak-kanak yang yang
mempunyai perkembangan akal, minda dan tumbesaran tubuh yang tidak serupa
atau setimpal dengan kanak kanak lain yang seusia dengan mereka. Kanak-kanak
berkenaan mungkin mempunyai sifat fizikal seperti budak lain, tetapi memiliki minda
dan akal seperti kanak-kanak yang lebih muda. Misalnya, kanak-kanak terbabit
berusia lapan tahun, tetapi minda dan akal mereka seperti anak berumur tiga tahun.
Keadaan ini mungkin disebabkan pelbagai masalah terutama ketika berada dalam
kandungan seperti kekurangan darah dan bersalin pramatang, masalah genetik atau
chromosomal atau penyakit pada ibu.
Menurut Pensyarah Kanan dan Perunding Psikiatri Kanak-Kanak, Remaja dan
Dewasa, Universiti Malaya, Dr Subash Pillay, berkata bahawa kanak-kanak
berkenaan mungkin akan mempunyai masalah pembelajaran, penggunaan duit,
kekurangan pengetahuan am dan masalah mengenali perkara yang betul atau salah.
Malah, mereka juga mungkin tidak memahami secara mendalam mengenai tahap
kesihatan diri sendiri dan tidak boleh berdikari. Menurutnya, kebiasaannya mereka
memerlukan bantuan dari pelbagai segi terutama terapi kerja dan pertuturan. Beliau
juga turut mengatakan bahawa ibu bapa perlu memahami kanak-kanak seperti
keperluan khas ini yang mana tidak suka melakukan sesuatu di luar bidang
kemampuan mereka. Justeru, ketegasan dalam mendidik mereka penting kerana
sekiranya berlembut, kanak-kanak itu akan mengambil mudah mengenai sesuatu
perkara. Di samping itu, kebanyakan ibu bapa takut mendapatkan rawatan pakar
psikiatri kerana bimbang pandangan masyarakat. Ini menyebabkan kebanyakandaripada mereka lebih terarah mendapatkan rawatan secara tradisional,
bagaimanapun ia hanya akan melambatkan proses rawatan kanak-kanak berkenaan.
Bagaimanapun menurutnya, penting untuk mendapatkan rawatan pada peringkat
awal supaya pakar terbabit boleh mengenali masalah dihadapi serta memberikan
rawatan sewajarnya. Masalah berkenaan tidak mempunyai rawatan tertentu yang
mujarab, namun rawatan awal mungkin dapat mengubah masa depan kanak-kanak
berkenaan.
-
7/27/2019 pjj sebenar
16/22
Fungsi Utama: Meniliai dan mendiagnosa (pesakit luar dan pesakit dalam) sama ada kanak-kanak,
remaja, dewasa dan orang tua yang mempunyai gangguan psikiatrik.
Merawat dan mengurus gangguan psikiatrik kepada pesakit luar dan pesakit dalam Memulih pesakit yang kronik di Pusat Jagaan Harian. Memantau pesakit psikiatrik
dalam komuniti melalui Perkhidmatan Kesihatan Mental Komuniti.Perkhidmatan Yang Disediakan:
Psikiatri Dewasa Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja. Psikiatri Geriatrik Perkhidmatan Kesihatan Mental Komuniti. Pusat Penjagaan Harian dan Pemulihan.
2) Pakar Pediatrik
Misi jabatan Pediatrik adalah untuk memberikan perkhidmatan dan rawatan yang
cemerlang serta menyeluruh kepada bayi-bayi dan kanak-kanak dalam rawatan kami.
Jabatan ini mengutamakan perawatan yang cekap,bermutu tinggi dan berkesan
dengan sumber yang sedia ada.
KLINIK-KLINIK
Pesakit Dalam :
Wad Pediatrik dan Jagaan Khas Bayi (SCN)
Pesakit Luar :
Klinik Pakar Pediatrik termasuk Klinik HIV
Klinik kanak-kanak keperluan khas
Klinik ekokardiografi
Klinik nefrologi
Klinik diabetes dan
-
7/27/2019 pjj sebenar
17/22
Klinik rawatan paliatif dan Bereavement Counselling
Statistik global menunjukkan secara purata setiap satu daripada 800 bayi dilahirkan
dengan masalah genetik Sindrom Down. Di Malaysia, kebarangkalian masalah
genetik ini adalah satu dalam 950 kelahiran. Contoh Kes 1, Pakar pediatrik
memberitahu ibu bahawa anak yang baru dilahirkannya mempunyai masalah genetik
Sindrom Down dan nasihatkannya menyiapkan diri secara psikologi untuk
menghadapi cabaran yang dijangka mengiringi anak istimewa ini. Cabaran besar
baginya bermula kerana anaknya bernama Azfar mempunyai tiga kecacatan atau
anomali jantung selain masalah pernafasan disebabkan paru-paru yang lemah.
Jantung anak tidak berfungsi secara normal. Anak itu juga mudah dapat jangkitan
pada paru-paru yang mengganggu pernafasannya. Kemudian anak itu dibedah oleh
pakar di Institut Jantung Negara (IJN) pada umur tiga bulan dalam satu pembedahan
yang mengambil masa lapan jam. Selepas pembedahan itu, ibu dan anak kecilnya
terpaksa tinggal di hospital hampir dua tahun kerana anak itu menghadapi pelbagai
masalah dan komplikasi akibat daripada masalah genetik. Jadi bagi mengelak
kejadian seperti itu, ibu bapa harus membuat rawatan terhadap anak-anak mereka
yang mengalami masalah kesihatan dari sejak kecil lagi supaya penyakit tersebut
dapat diubati dengan segera dan pihak perubatan dapat mengenalpasti penyakit
yang dialami oleh seseorang kanak-kanak.
-
7/27/2019 pjj sebenar
18/22
5.0 PELAN TINDAKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI
MURID KEPERLUAN KHAS
AKTIVITI BAHAN BANTU MENGAJAR / CATATAN
Kebersihan dan kesihatan diri
meningkatkan ketrampilan murid
-menerangkan perlunya menjaga
kebersihan anggota badan
-menunjukkan cara-cara menjaga
kebersihan anggota badan
-latihan amali kebersihan anggota badan
-menerangkan perlunya menjaga
kebersihan pakaian, kebersihan dirumah( bilik tidur, bilik air, ruang tamu
dan persekitaran rumah)
-menunjukkan cara-cara menjaga
kebersihan rumah
-latihan amali menjaga kebersihan
-Tayangan VCD/CD Interaktif
-kad gambar bersiri
-peralatan/bahan penjagaan kebersihan diri
-kad gambar ruang-ruang di dalam rumah
-peralatan penjagaan kebersihan rumah
Tajuk : Sikap Bersih dari Segi Fizikal dan Mental
Objektif : Membolehkan murid menjaga kebersihan diri, rumah, sekolah dan
persekitaran
Kandungan : Amalan menjaga kebersihan dari aspek fizikal dan mental
-
7/27/2019 pjj sebenar
19/22
sekolaj, bilik darjah atau stesen P&P,
tandas, kantin dan kawasan sekolah
-menunjukkan cara-cara penjagaan
kebersihan sekolah
-mewarnakan gambar alatan kebersihan
diri
-memadankan gambar dengan
perkataan
-memadankan gambar dengan ayat
-melawat ke tempat sekolah
-peralatan/bahan penjagaan kebersihan
sekolah
-kad gambar bilik darjah dan kawasan
sekolah
-kad perkataan / kad gambar / kad ayat /
lembaran kerja
Tajuk : Sikap Berterima Kasih dan Menghargai
Objektif : Membolehkan murid mengamalkan sikap berterima kasih dan
menghargai dalam kehidupan
Kandungan : Sikap berterima kasih dan menghargai dalam kehidupan seharian
AKTIVITI BAHAN BANTU MENGAJAR / CATATAN
Sikap berterima kasih
mengharmonikan kehidupan
-latih tubi sebut ungkapan terima
kasih
-kad imbasan terima kasih
-hadiah
-carta bergambar
-
7/27/2019 pjj sebenar
20/22
-melakonkan suasana yang
bertemakan ungkapan terima kasih
-menyatakan faedah-faedah
mengamalkan sikap berterima
kasih. Contoh: orang yang berbudi
bahasa akan dihormati oleh orang
lain
-menyesuaikan gambar dengan ayat
mudah yang diberikan
-membuat latihan menulis perkataan
terima kasih secara menyambung
titik / warnakan perkataan
-membuat kad ucapan seperti Hari
Guru, Hari Raya, Hari Ibu dan Hari
Perayaan
-menyanyikan lagu bertemakan
sikap berterima kasih (irama lagu
Selamat Hari Jadi)
- membuat buku skrap
-kad gambar bersiri
-kad ayat
-kad ucapan
-senikata lagu:
Terima kasih
Terima kasih cikgu (2x)
Terima kasih cikgu Ana,
Terima kasih cikgu.
-majalah / surat khabar
-
7/27/2019 pjj sebenar
21/22
6.0 PENUTUP
Tidak siapa boleh melawan takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan atas kejadian
yang berlaku di muka bumi ini. Setiap insan yang dilahirkan inginkan diri dalam keadaan
sempurna dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial. Justeru, terdapat insan yangdikategorikan sebagai insan istimewa atau berkeperluan khas kerana cacat deria lihat dan
dengar, pertuturan, fizikal, mental dan emosi. Pertumbuhan dan perkembangan kanak-
kanak berkeperluan khas tidak semua mengikuti norma pertumbuhan dan perkembangan
kanak-kanak normal. Masyarakat hendaklah memahami kanak-kanak istimewa bahawa
mereka mempunyai impian dan cita-cita untuk bergiat aktif dalam kehidupan sosial, ekonomi
dan politik selepas mereka meninggalkan bangku sekolah (Mohd. Sharani 2004).
Hajah Hasnah (1988) menegaskan bahawa tanda-tanda awal yang mungkin terdapat
pada anak-anak perlu diambil berat dan membawa berjumpa pakar perubatan bagi
mengetahui mengesan sebarang kekurangan pada kanak-kanak. Keprihatinan ibu bapa
terhadap anak-anak mereka akan dapat mengurangkan beban yang ditanggung dan
memberi semangat kepada kanak-kanak yang tergolong kanak-kanak berkeperluan khas
untuk terus hidup. Oleh itu, masyarakat khususnya ibu bapa perlu mendapatkan nasihat,
pengetahuan dan bantuan supaya kanak-kanak khas dapat dibimbing dengan sempurna.
-
7/27/2019 pjj sebenar
22/22
BIBLIOGRAFI
British Psychological Society (BPS). (1999). Dyslexia, literacy and psychological
assessment: Report by a Working Party of the Division of Educational and Child Psychology.
Leicester: BPS.
Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia. (2005). Buku Panduan
Pendidikan Moral Pendidikan Khas Bermaslah Pembelajaran Sekolah Rendan & Menengah.
Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
Jamila K.A Mohamed. (2008). Pendidikan Khas untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala
Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku Panduan Pelaksanaan Program
Pendidikan Khas (Masalah Penguasaan 3M). Kuala Lumpur : Jabatan Pendidikan Khas
Hammond, L & Hughes, P. (1990). When bright kids fail: how to help children overcome
specific learning difficulties. Australia: Simon and Schuster.
Walter J. Coville, Timothy W.Costello and Fabian L.Rouke. (1994). Abnormal Psychology
Mental illness Types, Causes, and Treatment. New York: Barnes & Noble, INC.
Lee Lay Wah, Manisah Mohd Ali dan Norani Salleh. (2008). Pembinaan dan Pengesahan
Ujian Membaca Perkataan dan Ujian Mengeja untuk Tujuan Mengenalpasti Disleksia: Satu
Kajian Rintis. Jurnal Pendidik dan Pendidikan. 23: ms 151-162.
Rohaty Mohd Majzub dan Shafie Mohd. Nor. (2005). Simptom Disleksia Kanak-Kanak
Prasekolah. Jurnal Pendidikan. 30: ms 3-19.
Ronaldi Saleh Bin Umar, Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar & Nor Aziah Alias.
(2011). Menggunakan Animasi di dalam Instruksi Khas untuk Kanak-kanak Disleksia. Jurnal
Teknologi Pendidikan Malaysia. 1: ms 28-38.