presentation titas

10
TEORI-TEORI KEDATANGAN ISLAM KERJA KURSUS WAJ 3101 TITAS Disediakan Oleh : 1. Andy anak Peter 2. Elvis Enchana anak Garaman

Upload: andy-peter

Post on 08-Aug-2015

23 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Presentation titas

TEORI-TEORI KEDATANGAN ISLAM

KERJA KURSUS

WAJ 3101

TITAS

Disediakan Oleh : 1. Andy anak Peter 2. Elvis Enchana anak Garaman

Page 2: Presentation titas

Terdapat tiga teori tentang kedatangan asal-usul Agama Islam ke Asia Tenggara iaitu datang malalui :-

Tanah Arab – ParsiChina atau IndochinaIndia

TEORI-TEORI KEDATANGAN ISLAM

Page 3: Presentation titas

Maharaja Derbar Raja II, raja Kedah telah pun diislamkan pada tahun 531 H/1136 M, oleh Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad al-Qaumiri al- Y amani seorang ulama berbangsa Arab yang datang dari Yaman

Teori ini telah dikemukakan oleh seorang sarjana iaitu John Crawford berdasarkan kepada bukti-bukti yang telah ditemuinya.

Pendapat beliau disokong oleh Nieman dan de Hollander serta Prof. S.M Naquib al Attas.

Teori yang menyokong buktinya adalah berdasarkan wujudnya hubungan perdagangan antara orang Arab dengan masyarakat Melayu yang berlaku sejak zaman sebelum munculnya Islam di Semenanjung Tanah Arab.

Teori dari Tanah Arab - Parsi

Page 4: Presentation titas

Buktinya ialah wujud perkampungan atau koloni orang Islam di Sumatera Utara yang diberi nama ‘Tashih’ telah ditemui pada tahun 650 Masihi bersamaan 30 Hijrah.

Perkampungan ini dihuni oleh orang-orang Arab yang datang ke Sumatera pada abad ke – Masihi.

S.M. Naquib al-Attas menegaskan juga bahawa kandungan persuratan Melayu Islam dengan istilah dan konsep serta tulisan Jawi yang digunakan menunjukkan sumber Arab atau Timur Tengah sebagai puncanya.

Pedagang-pedagang Islam yang bertumpu di Yaman telah menjalankan aktiviti perdagangan dengan Asia Tenggara.

Page 5: Presentation titas

Seorang sarjana Belanda iaitu Pijnappel mengemukakan teori ini dengan menyatakan Islam datang ke Alam Melayu melalui Gujerat berdasarkan bukti yang ditemuinya.

Teori ini disokong oleh S.Q Fatimi, Morison Harison, RA. Kern, J.P Moquette dan Snouck Hugranje.

Mereka berpendapat ramai pemimpin Abbasiyah dan Umaiyah melarikan diri daripada tindakan pihak berkuasa dan mendapat perlindungan di India dan di Alam Melayu.

Ini adalah berdasarkan kepada persamaan mazhab yang dianuti iaitu mazfab Syafie. B. Harrison berpendapat masyarakat Nusantara memandang ke India bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan dalam hal-hal perniagaan dan kebudayaan.

Teori dari India

Page 6: Presentation titas

Antara bukti yang ditemui ialah wujudnya persamaan batu nisan yang ditemui di Pasai.

Batu nisan tersebut adalah kepunyaan Sultan Malikul Salleh, Raja Samudera yang bertarikh 1297 Masihi yang ditemui di Gujerat India mempunyai persamaan dengan batu nisan Maulana Malik Ibrahim di Grisek Jawa.

Pendapat ini diperkukuhkan lagi dengan wujudnya hubungan perdagangan di antara India dengan rantau Melayu sejak zaman pra-Islam lagi.

Apabila agama Islam bertapak kukuh di India, para pedagang India yang telah memeluk agama Islam datang berdagang ke Asia Tenggara dengan membawa ajaran Islam bersama-sama mereka dan menyebarkannya.

Page 7: Presentation titas

Islam telah sampai ke China pada zaman pemerintahan Dinasti Tang iaitu sekitar tahun 650 Masihi dan Canton menjadi kawasan tumpuan utama para pendakwah Islam.

Teori ini telah disokong oleh seorang penulis Sepanyol iaitu Emanuel Godinho Evedia menyatakan bahawa Islam datang ke Nusantara melalui Canton dan Hainan pada kurun ke-9 Masihi.

Antara bukti beliau ialah penemuan batu bersurat di Champa bertarikh 1039, di Brunei ( 1048), di Laren Jawa (1082) dan di Kuala Berang,Terengganu di pantai Timur Tanah Melayu (1303).

Pemberontakan di Canton yang menyebabkan seramai 100 000 orang asing terbunuh telah mendorong ramai orang Arab-Islam lari ke Kedah dan Palembang.

Teori dari China

Page 8: Presentation titas

Dinasti Sung pula mengatakan bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu melalui sepanjang pantai Laut China Selatan dan dibawa oleh pedagang-pedagang Islam dari China pada awal 977.

Semua bukti ini mencatatkan adanya masyarakat Islam dan mencadangkan arah kedatangan Islam ke rantau ini melalui negara China.

Bukti tersebut diperkukuhkan lagi dengan hujah wujudnya hubungan perdagangan di antara Tanah Arab dengan negara China yang membawa kemasukkan agama Islam ke China.

Menurut laporan orang China Islam, bahawa orang Arab Islam telah datang ke negara China semasa zaman pemerintahan Maharaja Tai Sung dari Dinasti Pang ( 627- 650 ) Masihi.

Maka, dari Chinalah Islam telah dibawa ke Alam Melayu.

Page 9: Presentation titas

RumusanTeori kedatangan Islam ke Alam Melayu

adalah melalui Tanah Arab, India dan China. Orang Arab merupakan tunjang kepada

penyebar Islam ke India, China dan seterusnya ke Alam Melayu.

Page 10: Presentation titas

Rujukan :http://pismpmathc5ipgkba.blogspot.com/2010/02/teori-

kedatangan-islam-ke-alam-melayu.html