projek titas

Upload: kal-chai

Post on 19-Jul-2015

502 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN Tamadun dan budaya mempunyai perhubungan yang rapat kerana budaya masyarakat yang tinggi dan terpuji menandakan wujudnya sesebuah kehidupan yang bertamadun. Budaya kehidupan sesebuah masyarakat merujuk kepada tatacara mereka bertindak ke atas persekitaran mereka termasuklah persekitaran sosial dalam menguruskan kehidupan secara kolektif. Masyarakat yang berbudaya tinggi sudah pasti mempunyai kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang juga merupakan ciri-ciri kehidupan bertamadun. Namun tamadun adalah berbeza dengan budaya. Tamadun dan budaya mempunyai ciri-ciri tersendiri yang membezakan kedua-duanya. 2.0 DEFINISI TAMADUN Dalam mentakrifkan definesi tamadun, terdapat beberapa istilah yang diperkenalkan menurut para sarjana Arab, Islam dan barat. Perkataan tamadun sering diaplikasikan bertujuan menggambarkan kemajuan kebendaan (material) sesebuah masyarakat. Dari perspektif semasa pula, perkataan tamadun selalunya merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi (S&T). Perkataan hadarah yang turut digunakan dalam bahasa Arab untuk mendefinisikan maksud tamadun merujuk kepada perbuatan duduk di bandar dan perilaku kehidupan yang tinggi. Tamadun juga sering disama ertikan dengan peradaban yang membawa maksud keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani dalam sesebuah masyarakat dan bangsa1. Menurut Ibnu Khaldun, penggunaan perkataan umran adalah untuk menyatakan konsep tamadun. Bagi Ibnu Khaldun, perktaan umran membawa erti kawasan tanah yang didiami, tinggal menetap, berkembang subur dan maju. Selain beliau, terdapat sarjana lain yang menggunakan perkataan madaniyah sebagai tamadun seperti Muhammad Farid Wajdi dan Sheikh Muhammad Abduh yang menggambil perkataan tersebut daripada perkataan Arab iaitu Madinah atau Bandar. Perkataan tamadun telah dipopularkan oleh Jurji Zaydan dalam bukunya,

Tarikh al-tamaddun al-islami. Dari segi bahasa arab moden, tamadun dijustifikasikanmempunyai ciri-ciri kehidupan bandar dan kota-kota dalam bahasa Arab bermaksud mudun yang memiliki ciri-ciri Bandar2.1

Rammani Karupiah & Aidayani Abdullah, Tamadun Dunia, Selangor Darul Ehsan: Pustaka Sarjana Sdn.Bhd. 2000, hlm. 14. 2 Syed Muhammad Naqiub Al-Attas, Preliminary Statement on a General Theory of the Islamization of the MalayIndonesian Archipelago, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972, hlm. 26.

1

Manakala perkataan tamadun dalam bahasa Inggeris iaitu civilization muncul pada akhir abad ke-18 di Perancis. Pada tahun 1732 perkataan ini telah digunakan tetapi membawa maksud proses membawa undang-undang atau perundangan. Namun maksud tamadun dalam ertikata sebenar telah muncul dari ahli ekonomi dan negarawan Perancis iaitu Anne Robert Jacques Turgot. Perkataan sulung ini hanya muncul di mata orang ramai berlaku pada tahun 1756 oleh penulisan Victor Riqueti, Marquis Mirabeau dalam A Treatise on Population. Perkataan ini seterusnya sampai ke England pada tahun 1772 dan muncul istilah-istilah yang sama seperti Zivilisation di Jerman dan Civilisatie di Belanda. Seterusnya perkataan inidigunakan di bahagian-bahagian lain Eropah seperti di Dante dan Itali apabila perkataan civilta dijumpai.3 Berbeza pula dengan penafsiran tamadun yang diberikan oleh sarjana Islam. Prof.Syed Naquib Al-attas yang mentakrifkan tamadun Islam sebagai satu keadaan kehidupan masyarakat yang telah mencapai tahap kehalusan tatasusila dengan mempunyai kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat. Ibn Khaldun pula menjelaskan bahawa tamadun Islam membawa maksud sebagai pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilainilai seni. 3.0 DEFINISI BUDAYA Dalam bahasa Melayu budaya itu berasal daripada perkataan budi, iaitu kata Sanskrit yang bermaksud akal. Budaya itu ialah perlakuan-perlakuan manusia yang berkaitan dengan akal fikiran. Dalam intepretasi lain difahamkan bahawa budaya itu daripada rangkaian daya dan budi yang dapat dikatakan segala yang berupa cipta, rasa dan penggunaan fikiran manusia. Kebudayaan itu bermaksud segala hasil dari ciptaan itu. Budaya adalah kata singkat daripada kebudayaan4. Ahli sosiologi dan antropologi mentakrifkan budaya merujuk kepada keseluruhan cara hidup sesuatu masyarakat yang didalamnya adat, tradisi dan ritual, sikap dan kepercayaan, pakaian dan bahasa dan juga bagaimana masyarakat itu melihat diri mereka sendiri. Budaya sesuatu masyarakat dipengaruhi segala tingkah laku sosial anggota masyarakat itu sendiri.5 Sehubungan itu juga, ahli teori fungsionalis melihat budaya sebagai fabrik masyarakat yang3

Ma rof Redzuan. ph.D. et al. pengantar sosiologi dan antropologi sosial, Kuala Lumpur: Affluen Master Sdn Bhd. 2001, hlm. 16. 4 Definisi Budaya.http://manshurzikri.wordpress.com/2009/11/27/definisi-definisi-budaya-dan-kebudayaan. 5 Ma rof Redzuan. ph.D. et al. pengantar sosiologi dan antropologi sosial, Kuala Lumpur: Affluen Master Sdn Bhd. 2001, hlm. 22.

2

mengikat ahli-ahli masyarakat dan institusinya melalui satu set matlamat dan nilai yang disediakan oleh kebudayaan masyarakat itu. Takrifan kebudayaan yang consensual dan holistic ini mendominasi idea-idea sosiologi dalam bidang ini pada tahun1950han dan awal 1960han. Ahli-ahli teori interaksionis pula sebaliknya melihat budaya sesuatu masyarakat sebagai suatu ekspresi kreativiti manusia, bukan sebagai satu bentuk kawalan sosial. Manusia di dalam interaksi hariannya mencipta kebudayaan mereka sendiri.6 Dalam penyelidikan anthropologi budaya memerlukan satu proses yang kompleks bagi memahami perhubungan dan interaksi individu dalam sesuatu masyarakat itu. Perlakuan itu harus mencerminkan budaya yang menjadi tumpuan kajian itu.Kebudayaan umumnya dikatakan sebagai proses atau hasil krida, cipta, rasa,dan karsa manusia dalam usaha mengharungi cabaran hidup yang berkaitan dengan alam sekeliling. Alam ini diasamping memberikan kemudahan yang baik, turut membawa cabaran yang harus diatasi, Prof. Dr. Simuh (2003:1).7 4.0 CIRI-CIRI TAMADUN Sorotan terhadap kemunculan tamadun-tamadun di dunia sebelum ini sememangnya begitu menarik. Tidak dapat dinafikan bahawa bukan mudah untuk menggambarkan secara lengkap bagaimana boleh berlakunya perubahan pada sesebuah masyarakat daripada kehidupan mereka yang tidak bertamadun kepada kehidupan bertamadun. Perubahan tersebut boleh jadi berlaku secara beransur-ansur atau secara drastik. Setiap tamadun yang muncul kadangkala didorong oleh faktor-faktor yang tertentu baginya. Bagaimanapun secara lebih menyeluruh faktor-faktor yang dilihat mendorong kepada kemunculan tamadun- tamadun dunia sebelum ini adalah seperti. 4.1 PENEMPATAN KEKAL Kelahiran sesebuah tamadun banyak didorong oleh kedudukannya yang strategik yang memungkinkan penempatan masyarakat memperoleh sumber-sumber semula jadi untuk kelangsungan kehidupan. Penempatan kekal merupakan salah satu perkara asas dalam mewujudkan masyarakat bertamadun. Penempatan kekal memungkinkan pembinaan kota dan66

Ma rof Redzuan. ph.D. etal. pengantar sosiologi dan antropologi sosial, Kuala Lumpur: Affluen Master Sdn Bhd. 2001, hlm. 95-96. 7 Prof. Dr. Simuh, Islam dan Pergumulan Budaya Jawa, Jakarta. TERAJU. 2003 ,hlm. 2.

3

bandar yang dipengaruhi oleh lokasi geografi antaranya seperti kemudahan perhubungan seperti lembah sungai dan persisiran pantai, tanah yang subur yang boleh menghasilkan sumber makanan banyak dalam pertanian dan kawasan yang selamat untuk kegiatan penternakan8. Faktor lokasi seperti ini yang merujuk kepada kesesuaian faktor-faktor geografi telah dilihat menggalakkan kemunculan tamadun seperti tamadun China di lembah Huang-He dan Yong Tse, tamadun India di Lembah Ganges dan Brahmaputra, tamadun Mesopotamia di Lembah Tigris dan Euphrates, tamadun Mesir di Lembah Nil, dan juga tamadun Melaka di pinggiran Selat Melaka.9 4.2 SISTEM KEPERCAYAAN DAN AGAMA Kemunculan sesebuah tamadun juga boleh dikaitkan dengan rangsangan keagamaan dan kerohanian. Ajaran agama dan amalan rohani sebenarnya mendorong manusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan suci yang mendorong kepada kehidupan bertamadun. Sesebuah masyarakat yang menghayati kehidupan beragama akan berusaha untuk membangunkan kehidupan mereka menuju kepada kesempurnaan kemanusiaan dan seterusnya melahirkan ketinggian budaya. Daripada pembangunan kehidupan seperti ini bermulalah bibit-bibit kehidupan bertamadun. Kemunculan tamadun Islam misalnya begitu dipengaruhi oleh rangsangan nilai daripada penghayatan cara hidup Islam yang kamil berserta dorongan langsung daripada risalah wahyu.Tambahan lagi, menurut Ibn Khaldun menerapkan aspek agama merupakan aspek asas yang penting dalam sesuatu tamadun. Menurut sarjana barat pula aspek agama sebagai salah satu ciri masyarakat bertamadun ialah Edward L. Farmer, manakala R.A Buchanan pula menyebut wujudnya upacara agama yang kompleks adalah ciriciri kerahiban.Hal ini dapat dibuktikan dengan wujudnya pemikiran tentang kuasa ghaib yang mengawal kehidupan dan peninggalan bangunan keagamaan.10 4.3 PENGKHUSUSAN PEKERJAAN DAN INOVASI TEKNOLOGI Kemunculan sesebuah tamadun dikaitkan juga dengan kesengsaraan hidup. Situasi kehidupan yang8

sengsara

dan

menderita

boleh

mendorong

masyarakat

untuk

bekerjasama

Syed Muhammad Naqiub Al-Attas, Preliminary Statement on a General Theory of the Islamization of the MalayIndonesian Archipelago, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972, hlm. 57. 9 Rammani Karupiah & Aidayani Abdullah,Tamadun Dunia, Selangor Darul Ehsan: Pustaka Sarjana Sdn.Bhd. 2010. hlm 25-26. 10 Sivachandranlingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, Selangor Darul Ehsan: Fajar Bakti sdn.bhd. 2001, hlm. 70 97.

4

menggemblengkan tenaga untuk membebaskan diri mereka daripada belenggu tersebut. Kesengsaraan dan penderitaan menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih berdisiplin dan kreatif dalam membangunkan kehidupan mereka. Hakikat ini bersesuaian dengan pepatah Inggeris yang menyatakan 'keperluan kehidupan merupakan ibu segala reka cipta' (necessity is mother of invention). Dalam konteks zaman moden, kemunculan negara Jepun seringkali dikaitkan dengan penderitaan masyarakatnya selepas kekalahan mereka dalam Perang Dunia Kedua. Tambahan lagi, peningkatan dalam kehidupan memberi kesan kepada peningkatan keperluan untuk memenuhi kehidupan. Justeru itu lahirlah kreativiti dan inovasi serta pengkhususan pekerjaan, kesannya wujudlah pelbagai aktiviti berdasarkan bidang yang telah dikhususkan antara bidang yang wujud adalah perekonomian, pertukangan,seni bina dan teknologi logam, perkembangan bidang khusus ini telah melahirkan tenaga mahir dalam pelbagai bidang antaranya seperti perkapalan, pembinaan pelabuhan dagang, penyediaan mata wang dan ciptaan alat pengangkutan. Selain itu, hal ini juga mencetuskan kemahiran teknologi dan muncul juga perkembangan yang meningkatkan daya kreativiti dan karya-karya estetika seperti seni lukis, seni ukir, seni hiasan, seni tenunan dan seni seramik.11 4.4 SUMBANGAN TAMADUN LAIN Kelahiran sesebuah tamadun turut didorong oleh toleransi yang tinggi terhadap sumbangan tamadun-tamadun yang lain. Semangat untuk mewujudkan interaksi antara tamadun merupakan satu rangsangan kepada pemupukan kehidupan bertamadun. Toleransi terhadap sumbangan tamadun-tamadun yang lain menggambarkan sikap terbuka untuk menerima sumber-sumber yang baik daripada tamadun-tamadun tersebut dan seterusnya membantu kemunculan tamadun baru. Sikap tokoh-tokoh penting dalam tamadun-tamadun sebelum ini jelas menampakkan toleransi dan saling hubungan antara tamadun. Tamadun Islam contohnya merupakan tamadun yang telah bersikap terbuka untuk menerima sumber-sumber ilmu daripada tamadun Yunani, tamadun Parsi, tamadun India dan tamadun China12. Seterusnya natijah kemunculan sesebuah tamadun dapat digambarkan oleh perilaku dan budaya masyarakat yang tinggi dalam kegiatan kehidupan mereka. Tatacara yang tersusun dalam pentadbiran dan perekonomian memakmurkan kehidupan masyarakat yang seterusnya

11

Rammani Karupiah & Aidayani Abdullah, Tamadun Dunia, Selangor Darul Ehsan: Pustaka Sarjana Sdn.Bhd.2010.hlm 31-35 12 Syed Muhammad Naqiub Al-Attas, Preliminary Statement on a General Theory of the Islamization of the MalayIndonesian Archipelago, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972, hlm. 43.

5

mendorong ke kemuncak kegemilangan. Pada zaman kegemilangan sesebuah tamadun dapat diperhatikan pencapaian-pencapaian yang luar biasa dalam pelbagai bidang termasuklah kesenian, kesusasteraan, pemikiran dan falsafah. Kegemilangan sesebuah tamadun juga dapat dilihat dari segi penciptaan teknologi yang seterusnya berkembang dalam tamadun-tamadun selepas itu13. 4.5 ORGANISASI SOSIAL Dalam sesebuah masyarakat yang bertamadun mempunyai satu struktur organisasi yang tersusun. Pada peringkat awal ia berasal dari masyarakat petani. Seterusnya wujudnya pemimpin atau ketua agama bagi mengetuai apa juga upacara keagamaan atau memberi pengesahan keatas kehidupan harian. Golongan ini seterusnya menjadi ketua kepada penduduk tempatan dan harus dihormati. Dari itu maka munculah golongan pemerintah. Pada peringkat ini wujudnya tiga kelas masyarakat iaitu pemerintah dan rakyat serta golongan hamba. Manakala perkembangan hasil pertanian mewujudkan penguasaan yang seterusnya membawa kepada wujudnya dominasi individu atau kumpulan keatas segolongan petani. Keadaan ini boleh dilihat kesannya yang membawa wujudnya golongan tuan tanah yang mempunyai dominasi tertentu terhadap penduduk petani. Selain daripada itu, revolusi pertanian juga membawa kepada aktiviti pengkhususan pekerjaan, contohnya seperti pedagang, peniaga, artis tukang dan sebagainya. Sebagai contoh pada zaman klasik iaitu masyarakat tamadun China dibahagikan oleh konfisius kepada empat bahagian iaitu golongan cerdik pandai, petani, buruh dan pedagang. Dalam tamadun India susun lapis masyarakatnya digolongkan mengikut kepentingan dan peranan dalam masyarakat yang dibahagikan mengikut sistem kasta iaitu Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra, manakala golongan paria merupakan golongan yang paling bawah kedudukannya dalam tamadun India. Manakala tamadun Islam tidak menitikberatkan perbezaan. Perbezaan fizikal dan pekerjaan tidak menghalang pergaulan dalam Islam apa yang dipentingkan dalam struktur organisasi sosial Islam ialah perpaduan ummah.14

13

Syed Muhammad Naqiub Al-Attas, Preliminary Statement on a General Theory of the Islamization of the MalayIndonesian Archipelago, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972, hlm. 35. 14 Rammani Karupiah & Aidayani Abdullah, Tamadun Dunia, Selangor Darul Ehsan: Pustaka Sarjana Sdn.Bhd. 2010, hlm. 36-40.

6

4.6 PERBANDARAN Apabila membincangkan soal pemerintahan dan ekonomi, maka proses perbandaran tidak boleh ditinggalkan. Hal ini demikian kerana Bandar merupakan pusat kegiatan tamadun yang utama seprti bidang agama, pemerintahan, ekonomi atau pelbagai pusat. Oleh kerana bandar sebagai pusat pertemuan penduduk dengan orang asing maka pertembungan ini membantu kerancakan proses pembangunan sesebuah Bandar. Keadaan ini akan bertambah pesat sekiranya mempunyai pemimpin-pemimpin yang berkebolehan dan wawasan untuk memajukan bandar tersebut. Sebagai contoh tamadun Indus merupakan contoh terbaik di mana proses perbandaran yang dibuat begitu menakjubkan. Kesan-kesan tinggalan bangunan besar, bilik air, pembentungan, longkang dan palung di kaki-kaki atap masih menjadi bukti kepada ketinggian kehidupan masyarakat tempatan pada ketika itu. Tambahan lagi, di Mohenjo-daro terdapat tinggalan kolam besar(the Great Bath) yang dipercayai dibina untuk upacara keagamaan, kolam itu sepanjang 39 kaki panjang, 23 kaki lebar dan 8 kaki dalam. Manakala dalam tamadun China semasa pemerintahan Dinasti Tang dan Changan telah muncul sebagai bandar yang pesat membangun. Ia merupakan sebuah bandar yang mempunyai penduduk yang ramai yang dari seluruh asia. Bandar ini dipagari dengan dinding-dinding besar. Istana maharaja terletak di utara bandar dengan mempunyai dinding yang sendiri. Manakala pusat pentadbirannya iaitu Bandar Raya Maharaja terletak di selatan istana tersebut. Bandar ini mempunyai pasar yang tersendiri dan bahagian lain bandar ini terdiri dari 112 blok satunya ditadbir sebagai village dalam bandar.15 4.7 BAHASA DAN TULISAN Sesebuah tamadun tidak boleh dipisahkan dengan unsur bahasa dan tulisan, kedua unsur ini mempunyai peranan yang tersendiri dalam penciptaan tamadun. Bahasa yang bertamadun mempunyai satu sistem tulisan dan bahasa yang membantu proses perkembangan tamadun itu dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Tulisan misalnya dapat berfungsi dan boleh membantu manusia meyimpan rekod, menulis undang-undang, sastera, bidang intelektual dan sebagainya. Dengan fungsi ini maka dikri-dikri raja dapat disampaikan kepada rakyat, urusan perdagangan dapat dijalankan, berkembangannya bidang penulisan dan ilmu pengetahuan.

15

Rammani Karupiah & Aidayani Abdullah, Tamadun Dunia, Selangor Darul Ehsan: Pustaka Sarjana Sdn.Bhd.2010.hlm 41-46.

7

Sebagai contoh masyarakat Sumeria pada sekitar tahun 3100 s.m-1399 s.m telah mencipta tulisan Cuneiform untuk tujuan sehari-hari dalam kehidupan mereka. Dengan adanya tulisan ini masyarakat sekarang mengetahui wujudnya tamadum orang Sumeria atau Mesopotamia dari tulisan juga wujudnya Kod Undang-undang Hammurabi. Manakala bahasa memainkan peranan penting perhubungan antara anggota masyarakat. Sebagai contoh tamadun China misalnya mempunyai bahasa yang tersendiri iaitu bahasa Mandarin oleh itu ada usaha penyatuan bahasa oleh Maharaja Shih huang-ti. Namun demikian setiap tamadun mempunyai bahasa yang tersendiri seperti tamadun India, Arab dan Barat. Tetapi perbezaan bahasa tidak menghadkan perhubungan antara tamadun, interaksi antara tamadun tetap berlaku seperti bidang diplomatik, perdagangan dan sosial.16 5.0 CIRI-CIRI BUDAYA Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain walaupun ia bersifat universal17. Budaya boleh dibahagikan kepada dua iaitu budaya kebendaan dan budaya bukan kebendaan. Budaya kebendaan ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta dan sebagainya. Contohnya orang Melayu mempunyai rumah yang reka bentuknya berbeza dengan orang inggeris. Manakala budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undangundang. Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya, pertama membina imej negara ke arah memujudkan keperibadian serta identiti dan kedua memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spritual dan mental. Oleh itu budaya mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. 5.1 BUDAYA KEBENDAAN 5.1.1 SIMBOL Salah satu ciri yang terdapat dalam budaya ialah mempunyai simbol. Budaya boleh ditunjukkan dalam bentuk perlambangan atau simbol seperti logo, bendera, ukiran, isyarat tangan, dan lampu isyarat. Manusia mentransformasikan elemen-elemen di sekelilingnya kepada simbol

16

Rammani Karupiah & Aidayani Abdullah,Tamadun Dunia, Selangor Darul Ehsan: Pustaka Sarjana Sdn.Bhd, 2010. Hlm.. 47-51. 17 Ma rof Redzuan. ph.D. etal. pengantar sosiologi dan antropologi sosial, Kuala Lumpur: Affluen Master Sdn Bhd. 2001, hlm. 15.

8

yang membantunya untuk berkomunikasi di antara satu sama yang lain18. Simbol adalah apa sahaja yang membawa makna kepada sekelompok manusia yang berkongsi kebudayaan yang sama. Contohnya masyarakat Rungus di Sabah, mereka menggunakan isyarat bunyi untuk berkomunikasi di antara mereka sewaktu berada di dalam hutan dengan menggunakan seruling yang diperbuat daripada buluh. Setiap simbol memberi makna yang tertentu bagi anggota sesuatu kelompok. Sejak zaman prasejarah, komunikasi manusia bermula dengan imej-imej grafik yang dilakar pada dinding-dinding batu dan gua. Imej-imej grafik tersebut mewakili simbol haiwan, manusia, orang yang terdekat dan membawa bukti penceritaan berkaitan aktiviti seperti memburu dan sebagainya. Kesan penting dari imej-imej grafik ini diterokai dan menjadi permulaan kepada generasi baru yang mulai sedar akan kepentingannya. Visi kehidupan manusia yang bertamadun sentiasa memikirkan bagaimana untuk memudahkan orang ramai berhubung, cepat memahami maksud dan untuk tujuan apa sesuatu imej itu19. Setiap simbol dicipta bagi tujuan berkomunikasi yang membawa tanggapan perbezaan. Simbol yang mewakili imej tertentu dicipta dan dibentuk berasaskan elemen asas yang terdiri dari garisan dan titik. Elemen-elemen ini menyumbang ke arah menjadi bentuk dan rupa bentuk dan dapat diaplikasikan pada simbol-simbol rekaan. Kajian yang banyak dibuat menunjukkan makna itu lahir dari simbol-simbol yang dipetik dari subjek di sekeliling. Ia diterjemahkan mengikut persepsi yang bergantung kepada faktor umur, gender dan budaya. Oleh itu, simbol dipercayai menjadi suatu sistem yang bermain di fikiran manusia, menjadi pandu arah untuk menjelaskan sesuatu konsep. Manusia mempunyai hubungan erat dengan kebudayaan dan dapat dikatakan sebagai makhluk berbudaya. Kebudayaan itu terdiri atas gagasan-gagasan, simbol-simbol dan nilai-nilai luhur sebagai hasil dari kehidupan manusia. Begitu eratnya hubungan manusia dengan simbol-simbol, ia dapat dikatakan sebagai makhluk yang bersimbol. Manusia berfikir, berperasaan, dan bersikap dengan ungkapan simbolis. Ungkapan-ungkapan simbolis inilah yang menggambarkan kehidupan, tingkah laku, perjalanan hidup, dan nilai-nilai budaya yang dimiliki suatu budaya20.

18

Clifford geetz. Tafsiran Budaya. The Interpretation of Culture. Kuala lumpur: institusi terjemahan Negara Malaysia berhad, 2008, hlm. 46. 19 Ma rof Redzuan. ph.D. etal. pengantar sosiologi dan antropologi sosial, Kuala Lumpur: Affluen Master Sdn Bhd. 2001, hlm. 22. 20 Clifford geetz. Tafsiran Budaya. The Interpretation of Culture. Kuala lumpur: institusi terjemahan Negara Malaysia berhad.2008, hlm. 47.

9

5.1.2 NILAI INTEGRITI Di samping itu, budaya mempunyai nilai integriti juga merupakan salah satu ciri-ciri budaya dalam sesebuah tamadun. Integriti atau integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Namun untuk mengintegritikan masyarakat haruslah mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat tersebut. perpaduan merupakan satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan Negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air. Budaya berperanan mengintegrasikan atau menyatupadukan ahli-ahli dalam masyarakat tersebut21. Misalnya, bendera Malaysia sebagai contoh, semua ahli masyarakat tanpa mengira kumpulan etnik dan parti politik akan menghormati bendera Malaysia tersebut. Oleh itu, wujud perasaan saling menghormati di antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain hasil daripada bernaung di bawah satu negeri atau Negara yang menghormati bendera tersebut. Nilai integriti juga dapat dilihat dalam aspek kehidupan seharian iaitu dari segi pengaruh agama. Contohnya agama Islam, dalam pembudayaan Islam telah menekankan aspek saling menghormati antara satu sama yang lain. Ini telah terbukti dalam perlembagaan yang telah di wujudkan oleh Nabi Muhammad saw di mana setiap masyarakat mahupun berlainan agama harus saling menghormati antara satu sama yang lain. Budaya ini akan menjadikan masyarakat bersatu dan integriti dapat diwujudkan. Oleh itu, budaya yang dihormati akan mencirikan nilai integritinya. 5.2 BUDAYA BUKAN KEBENDAAN 5.2.1 PANDANGAN SEMESTA Di samping itu, ciri lain ialah pandangan semesta. Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian. Pandangan semesta ini timbul kerana manusia mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitar22. Dalam tamadun Islam, pandangan semesta adalah terkandung dalam ajaran Al-quran dan al-sunnah. Ia mengambil kira semua aspek keperluan manusia sama ada material mahupun

21

Marof Rezduan. Ph.D. etal. Pengantar Sosiologi dan antropologi sosial. Serdang: university putra Malaysia. 2001, hlm. 61-62. 22 Clifford geetz. Tafsiran Budaya. The Interpretation of Culture. Kuala lumpur: institusi terjemahan Negara Malaysia berhad, 2008, hlm. 31.

10

spiritual. Pandangan semesta tamadun Islam mempunyai tiga konsep iaitu konsep kekuasaan iaitu manusia adalah pemegang amanah penggerak tamadun. Kedua ialah konsep keimanan iaitu Allah pencipta dan manusia adalah hambahNya. Ketiga ialah konsep kemanusian iaitu manusia adalah makhluk. Di Malaysia, ciri budaya pandangan semesta dapat dilihat sewaktu kedatangan Islam dengan pembinaan enam dasar pandangan semesta iaitu Allah sebagai pencipta, Islam sebagai al-Din, ganjaran kebaikan dan balasan kejahatan, niat dan matlamat, kesempurnaan dan akhir sekali bersederhana dalam kehidupan. Dasar tersebut telah membentuk pandangan positif terhadap masyarakat melayu. Dasar atau nilai ini merangkumi kehidupan seharian masyarakat melayu seperti akidah Islam, ketaatan kepada sultan dan pemimpin, berpegang teguh kepada adat resam, memuliahkan ibubapa dan orang tua dan sebagainya yang termasuk dalam aspek mulia dalam kehidupan seharian. Di China pula, pandangan semesta mereka adalah berpandukan lima konsep kehidupan iaitu konsep Dao, Tian, Taiji, kesepaduan Tian dan Insan dan prinsip Zhongyang. Oleh itu, hubungan dengan manusia dengan alam sekitar tidak boleh dipisahkan kerana setiap masyarakat mempunyai tafsiran yang tersendiri terhadap alam sekitar untuk membentuk budaya mereka yang tersendiri23. 5.2.2 DIPELAJARI Salah satu ciri budaya yang terdapat dalam sesebuah tamadun ialah budaya merupakan elemen hidup yang dipelajari. Budaya di pelajari melalui proses sosialisasi untuk membolehkan individu menjadi anggota masyarakat24. Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari dan ia harus melibatkan banyak unsur seperti asimilasi dan adaptasi. Asimilasi ialah proses percantuman dan penyatuan diantara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Hal ini berlaku kerana, etnik yang berbeza budaya dan individu di dalam atau di antara etnik sering berinteraksi dan interaksi di antara mereka berlaku dalam tempoh yang lama. Oleh itu, satu proses berlaku apabila manamana kelompok berfikir, berperasaan secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Di samping itu, proses pembelajaran ini

23

Syed Muhammad Naqiub Al-Attas, Preliminary Statement on a General Theory of the Islamization of the MalayIndonesian Archipelago, Kuala Lumpur: Dewn Bahasa dan Pustaka, 1972, hlm. 10. 24 Ma rof Redzuan. ph.D. etal. pengantar sosiologi dan antropologi sosial, Kuala Lumpur: Affluen Master Sdn Bhd. 2001, hlm. 50.

11

menanamkan nilai dan tingkah laku yang di pentingkan dalam masyarakat. Hal ini kerana, budaya menjadikan seseorang itu menjadi anggota masyarakat kerana ia telah menerima nilainilai keutamaan dalam etnik lain25. Contohnya masyarakat Cina telah menerima dan mempelajari unsur-unsur budaya agama Buddah yang telah mempengaruhi kehidupan seharian mereka. Budaya yang dipelajari ini tidak pernah berhenti dan sentiasa berterusan sehinggalah individu itu meninggal dunia. Tahap pendidikan yang rendah akan membuatkan seseorang itu ingin mencari ilmu untuk meningkatkan tahap pendidikannya. Oleh itu, budaya merupakan elemen yang perlu dipelajari untuk membolehkan individu tersebut menjadi insan yang mempunyai budaya yang baik dan dapat berkomunikasi di antara masyarakat. 5.2.3 DIKONGSI Selain daripada budaya merupakan elemen hidup dipelajari, ciri seterusnya ialah budaya dikongsi bersama. Setiap elemen budaya dikongsi bersama oleh sesuatu kelompok masyarakat tersebut. Contohnya ketika tamadun-tamadun memperluas empayarnya unsur budaya juga akan bersama-sama untuk mempengaruhi budaya dalam tamadun yang telah dijajah. Sebagai contoh, pengaruh bahasa Sanskrit selepas penjajahan orang asing telah mempengaruhi masyarakat. Selain itu juga, kedatangan agama Hindu-buddha juga telah mempengaruhi adat masyarakat Malaysia. Contohnya bersanding sewaktu mengadakan majlis perkahwinan. Ini terbukti bahawa Malaysia juga mengamalkan adat bersanding dalam majlis perkahwinan dan ini dilakukan oleh semua etnik di Malaysia. Sewaktu kedatangan Islam, masyarakat Malaysia lebih suka menerima Islam berbanding dengan agama lain. Oleh itu, unsur-unsur budaya Islam telah diterapkan kepada masyarakat di Malaysia seperti dari segi adab, sopan santun dan sebagainya yang bersifat mulia26. Sebagai contoh, dari segi pemakaian, selepas kedatangan Islam, masyarakat Malaysia telah diserikan untuk menjaga aurat di samping menjaga adab sopan. Dari segi bahasa pula, perkongsian boleh dilihat di Malaysia, walaupun masyarakat Malaysia mempunyai pelbagai etnik namun mereka hanya menggunakan satu bahasa sahaja yang boleh mereka fahami untuk saling berkomunikasi antara etnik dengan etnik yang lain. Oleh itu, semua budaya yang terdapat dalam setiap kelompok masyarakat akan dikongsi bersama-sama dengan

25

Clifford Geetz. Tafsiran Budaya. The Interpretation of Culture. Kuala lumpur: institusi terjemahan Negara Malaysia berhad. 2008, hlm. 98. 26 Ma rof Redzuan. ph.D. etal. pengantar sosiologi dan antropologi sosial, Kuala Lumpur: Affluen Master Sdn Bhd. 2001, hlm. 58.

12

kelompok masyarakat yang lain. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat27. 5.2.4 DIWARISI Ciri budaya seterusnya ialah budaya sememangnya diwarisi. Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Budaya yang diamalkan hari ini adalah lanjutan daripada budaya terdahulu yang mengamalkannya28. Contohnya dari segi bahasa, setiap etnik mempunyai bahasa ibunda mereka. Oleh itu, bahasa tersebut sentiasa diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya apabila mereka mengamalkan bahasa tersebut. Selain itu juga, contoh seterusnya adalah dari segi kesenian, setiap tamadun mempunyai kesenian yang tersendiri seperti seni lukis, seni tari dan pelbagai lagi. Kesenian ini akan menjadikan identiti mereka lebih diketahui dan tidak akan pupus begitu sahaja. Oleh itu, mereka akan mewariskan kesenian mereka kepada generasi akan datang. Contohnya masyarakat Sarawak yang mempunyai pelbagai kesenian seperti pembuatan tembikar secara tradisional. Selain itu, budaya yang diwarisi juga dapat dilihat dari segi pemujahan roh nenek moyang. Pemujahan ini telah dilakukan sejak turun temurun oleh masyarakat tamadun China sehingga sekarang dan bertujuan untuk menguatkan authoritarian keluarga. Roh nenek moyang dipercayai mempunyai kuasa yang boleh menolong keturunannya akan berada dalam keadaan baik dan terus hidup jika keturunannya memujahnya. Manakala jika mereka tidak tidak mempunyai keturunan atau keturunannya tidak memujahnya, maka roh nenek moyang akan merayau-rayau dalam dunia ini sebagai hantu. Oleh itu, budaya tersebut sentiasa diwarisi oleh satu generasi ke satu generasi disebabkan kepercayaan mereka tentang sesuatu kehidupan. Budaya yang diwarisi adalah budaya yang mereka pegang untuk diamalkan oleh generasi akan datang demi kepentingan budaya mereka. 5.2.5 BERUBAH-UBAH Selain daripada ciri budaya di atas, budaya mengalami perubahan juga merupakan ciri-ciri sesuatu budaya. Tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga sekarang tidak mengalami

27

Ma rof Redzuan. ph.D. etal. pengantar sosiologi dan antropologi sosial, Kuala Lumpur: Affluen Master Sdn Bhd. 2001, hlm. 62. 28 Clifford Geetz. Tafsiran Budaya. The Interpretation of Culture. Kuala lumpur: institusi terjemahan Negara Malaysia berhad. 2008, Hlm. 118.

13

perubahan29. Perubahan ini di kaji daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku. Perubahan budaya adalah disebabkan pertambahan anggota masyarakat ke dalam sesuatu tamadun. Pertambahan anggota dalam masyarakat menyebabkan pertambahan keperluan dan keinginan seseorang untuk mencari kehidupan yang lebih selesa sehingga berlaku penemuan dan penciptaan teknologi yang telah mewujudkan pengukhusan kerja. Kewujudan pengukhusan pekerjaan menyebabkan pertembungan budaya. Pertembungan budaya yang berbeza akan menyebabkan konflik berlaku antara etnik-etnik yang berlainan budaya. Oleh itu, wujud proses penerimaan budaya-budaya lain ke dalam budaya tersebut30. Contohnya sewaktu perkembangan teknologi pertanian China, ramai etnik-etnik lain bersama-sama mewujudkan perkembangan tersebut. Budaya berlainan akan bertembung antara etnik tersebut. Oleh itu, budaya yang diterima akan mendominasi budaya lain dan seterusnya mengubah budaya orang lain. 6.0 PERBEZAAN TAMADUN DAN BUDAYA Budaya merupakan unsur dalam sesebuah tamadun. Masyarakat yang berbudaya tinggi sudah pasti mempunyai kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang juga merupakan ciri-ciri kehidupan bertamadun. Namun tamadun adalah berbeza dengan budaya. Perbezaan ini dapat dilihat dari beberapa aspek seperti perbezaan dari sudut pengertian, perbezaan dari sudut natijah, perbezaan dari sudut batas kenegaraan dan dan wilayah, perbezaan dari sudut pengembangan, perbezaan dari segi sosiologi dan perbezaan dari sudut pencapaian. 6.1 PERBEZAAN DARI SUDUT PENGERTIAN Walaupun tamadun dan budaya sering dikaitkan antara satu sama lain, namun hakikat yang sebenar, kedua-duanya mempunyai maksud yang berbeza. Tamadun mempunyai teori yang lebih besar dari budaya dimana sebuah peradaban keseluruhan dapat merangkumi satu unit tunggal budaya31. Tamadun ialah unit lebih besar dari budaya kerana ia merupakan agregat kompleks masyarakat yang tinggal dalam kawasan tertentu, bersama-sama dengan bentuk kerajaan, norma, dan bahkan budaya32. Dengan demikian, budaya hanya spesifik atau29

Clifford geetz. Tafsiran Budaya. The Interpretation of Culture. Kuala lumpur: institusi terjemahan Negara Malaysia berhad. 2008, hlm. 31. 30 Ibid., hlm. 38. 31 Marof Redzuan,et al, Pengantar Sosiologi dan Antropologi sosial, Kuala Lumpur: Affluent Master Sdn.Bhd, 2001, hlm. 110. 32 Ibid.,hlm. 45.

14

sebahagian dari seluruh peradaban. Sebagai contoh, tamadun Mesir mempunyai budaya Mesir dalam cara yang sama seperti tamadun Yunani mempunyai budaya Yunani mereka33. Budaya yang biasanya ada di dalam sebuah peradaban. Dalam hal ini, tamadun masing-masing boleh mengandungi kebudayaan tidak hanya satu tapi beberapa. Membandingkan budaya dan tamadun adalah seperti menunjukkan perbezaan antara bahasa dan Negara. Budaya boleh wujud dalam dirinya sendiri sedangkan tamadun tidak boleh disebut sebuah peradaban jika tidak memiliki budaya tertentu. Hanya saja seperti bertanya bagaimana bangsa boleh wujud dengan sendirinya tanpa menggunakan media komunikasi. Oleh kerana itu, tamadun akan menjadi kosong jika tidak mempunyai budaya. Tamadun dan budaya mempunyai perhubungan yang rapat kerana budaya masyarakat yang tinggi dan terpuji menandakan kehidupan yang bertamadun. Budaya kehidupan sesebuah masyarakat merujuk kepada tatacara mereka bertindak ke atas persekitaran mereka dalam menguruskan kehidupan bermasyarakat. Masyarakat yang berbudaya tinggi sudah pasti mempunyai kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang juga bertindak sebagai salah satu ciri-ciri kehidupan bertamadun. Walaubagaimanapun, tamadun berbeza dengan budaya apabila dilihat dari sudut pelbagai aspek-aspek tertentu. 6.2 PERBEZAAN DARI SUDUT NATIJAH Tamadun mempunyai hubungan rapat dengan budaya masyarakat yang tinggi dan terpuji menandakan kehidupan yang bertamadun. Namun demikian, dari segi pengaruh natijah tamadun dan budaya, wujud perbezaan diantara kedua-duanya. Hal ini kerana, tamadun lebih mempunyai unsur kekal dan sepanjang zaman. Di mana ianya, tidak mempunyai sebarang perubahan dalam jangka masa yang lama sekali pun. Buktinya yang dapat dilihat hingga ke hari ini seperti kesetiaan kepada maharaja dalam tamadun Jepun, kekal hingga ke hari ini walaupun sistem politik, ekonomi dan budaya berubah dalam tempoh 100 tahun ini, kenyataan ini jelas menceritakan bahawa tamadun Jepun yang mementingkan keagungan maharaja dari zaman dahulu lagi tidak berubah sedikit pun, kerana sehingga kini masyarakat Jepun masih lagi mengutamakan kesetiaan kepada maharaja mereka34. Manakala, budaya pula mempunyai unsur berubah. Budaya yang ada dalam sebuah tamadun sering berubah mengikut peredaran

33

Justin Pollard (2000), The Story Of Archaeology in 50 Great Discoveries, Britain: First Published in Great Britain, 2000. hlm. 87. 34 Syed Muhammad Naqiub Al-Attas, Preliminary Statement on a General Theory of the Islamization of the MalayIndonesian Archipelago, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972, hlm. 26.

15

masa, sebagai contoh ialah cara masyarakat Jepun berpakaian dan pemilihan jenis makanan (budaya) mengalami perubahan dalam tempoh 100 tahun. Jika dilihat cara pemakaian khususnya, masyarakat jepun kebanyakannya tidak lagi memakai pakaian tradisional seperti pakaian kimono, tetapi pakaian ala moden. Ini jelas membuktikan bahawa budaya yang ada pada tamadun Jepun masa lalu sudah berubah pada hari ini. 6.3 PERBEZAAN DARI SUDUT BATAS KENEGARAAN DAN WILAYAH Dari sudut batas kenegaraan dan wilayah, tamadun mempunyai sifat melampaui batas-batas kenegaraan dan wilayah, sedangkan budaya sering dikaitkan dengan negara dengan wilayah tertentu. Tamadun Islam misalnya, mengandungi berbagai jenis budaya didalamnya mengikut Negara dan wilayah yang berbeza. Lebih jelas lagi, apabila kita lihat tamadun masyarakat Islam di Chechnya dan Sri Lanka, dieratkan dalam satu tamadun yang sama iaitu, melalui prinsip Islam seperti solat, puasa, zakat dan haji, kedua-dua wilayah ini mengamalkan prinsip yang sama dalam tamadun Islam. Melalui perbezaan ini, budaya hanya terhad kepada sebuah Negara dan wilayah, buktinya, budaya masyarakat Islam Chechnya dengan Sri Lanka berbeza dari segi makanan, bahasa, pakaian dan adat. Hal ini jelas menunjukkan bahawa budaya kedua-dua wilayah tersebut masih lagi berbeza walaupun berada dibawah naungan ketamadunan Islam35. 6.4 PERBEZAAN DARI SUDUT CARA PENGEMBANGAN Budaya dan tamadun masing-masing mempunyai cara tersendiri dalam proses perkembangan. Budaya adalah lebih kepada perubahan dari satu generasi ke generasi lain36, manakala, tamadun pula adalah hasil daripada budaya. Budaya hanya boleh ditemui pada manusia, dan manusia kemudiannya akan memperluaskan pengetahuan secara lisan dari generasi ke generasi. Organisma lain mempunyai naluri dan mereka sudah tahu apa yang harus dilakukan begitu mereka dilahirkan. Contohnya keadaan dimana manusia juga perlu orang tua mereka untuk memberitahu mereka untuk tidak menyentuh api, atau mencari konsekuensi menyakitkan. Manusia boleh membina pengetahuan yang didapati dari orang tua mereka atau lebih jelas golongan yang lebih berpengalaman. Oleh kerana itu, manusia berterusan akan35

Syed Muhammad Naqiub Al-Attas, Preliminary Statement on a General Theory of the Islamization of the MalayIndonesian Archipelago, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972, hlm. 42. 36 Marof Redzuan,et al, Pengantar Sosiologi dan Antropologi sosial, Kuala Lumpur: Affluent Master Sdn.Bhd. 2001,hlm. 94 .

16

belajar dan membina pengetahuan mereka. Manusia juga memiliki keunggulan bahasa dan yang mampu mengenalpasti pada masa lalu, sekarang, dan masa depan. Budaya boleh ditemui pada manusia sejak pertama kali australopithecine api digunakan. Justeru, setelah manusia mula untuk mewariskan pengetahuan secara lisan dan material, begitu juga mereka mewariskan budaya hidup. Dari sana mereka berkembang menjadi Homo erectus kemudian ke homo sapien (manusia moden) tersebut. Disini menunjukkan bahawa sesuatu budaya diturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya walaupun wujud beberapa perubahan dalam budaya tersebut37. Bagi tamadun pula, adalah hal yang berbeza dari budaya, dan merupakan hasil budaya. Melalui budaya, manusia mula hidup dalam sesebuah kelompok. Contohnya seperti kumpulan-kumpulan pemburu pengumpul pada masa lalu yang selalu berpindah tempat38. Dalam rangka mencipta dan mempertahankan peradaban ada beberapa perkara asas yang harus dicapai oleh kumpulan manusia yang terawal ini dalam tamadun. Contohnya, pada peringkat pertama, Sebuah bekalan makanan yang stabil diperlukan untuk menjaga orang dalam satu tempat sepanjang masa. Haiwan domestikasi merupakan faktor penting, manusia harus mampu menyimpan makanan mereka untuk keperluan mereka setiap masa. Kemudian kumpulan-kumpulan ini memastikan kreativiti dalam pekerjaan harus berkembang, seperti mencipta bakul tenunan, dan mencipta lebih banyak benda yang mampu memudahkan kerja harian kumpulan tersebut. Selepas itu, kumpulan ini memastikan wujud sebuah prasarana seperti pengangkutan supaya perdagangan dapat berkembang ke kawasan kumpulan manusia yang lain. Kemudian, sebuah sistem keselamatan juga diperlukan untuk memastikan bahawa peniaga berada dalam persekitaran yang selamat untuk memastikan kumpulan yang terbina tersebut mejalankan kehidupan harian bersama-sama. Dan di sana kita melihat sebuah tamadun yang lengkap dengan penguasa sendiri. Hal ini menjelaskan bahawa tamadun wujud melalui beberapa peringkat dimana manusia sentiasa membuat sesuatu perubahan untuk kehidupan yang lebih sempurna melalui budaya yang wujud dalam kelompok mereka, ini membuktikan bahawa budaya adalah yang lebih awal dan tamadun kemudian. Apabila tiada budaya maka tamadun juga tidak akan wujud. Budaya juga boleh wujud dalam diri sendiri sedangkan tamadun tidak boleh wujud sekiranya tiada budaya dalam sebuah tamadun. Semuanya diciptakan oleh manusia adalah budaya, peradaban adalah sebuah negara

37

Justin Pollard, The Story Of Archaeology in 50 Great Discoveries, Britain: First Published in Great Britain. 2000, hlm. 98. 38 Frank Hole, Robert F. Heizer,(2009) Arkeologi Prasejarah Satu Pengenalan Ringkas, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2009, hlm. 67.

17

maju perkembangan budaya. Budaya yang dikembangkan dalam tiga tahap: kebiadaban berubah kepada Barbarianism dan kemudiannya berubah kepada Tamadun. 6.5 PERBEZAAN DARI SEGI SOSIOLOGI Budaya adalah termasuk agama, falsafah seni, sastera, muzik, tarian, dan lain-lain, yang membawa kepuasan dan kesenangan bagi ramai orang atau masyarakat. Tamadun pula merangkumi semua hal melalui cara di mana beberapa tujuan yang lain tercapai. Tamadun terdiri daripada teknologi atau kuasa manusia atas fenomena alam serta teknologi sosial yang mengendalikan perilaku manusia39. 6.6 PERBEZAAN DARI SUDUT PENCAPAIAN Terdapat sesetengah ahli falsafah yang berpendapat bahawa pencapaian yang diperolehi oleh tamadun dan budaya adalah berbeza. Contohnya kenyataan yang dikemukakan oleh Prof. Wan Hashim Wan Teh, beliau mengatakan budaya lebih umum, manakala tamadun merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam aspek tertentu dalam budaya. Melalui kenyataan yang dikeluarkan itu, dapat dibayangkan bahawa pencapaian dalam sebuah budaya adalah pencapaian yang kecil jika dibandingkan dengan tahap pencapaian sebuah tamadun. Hal ini kerana pencapaian sebuah tamadun adalah sesuatu yang meliputi semua aspek pencapaian seperti pencapaian dari segi sosial, teknologi, ekonomi dan politik. Ini jelas menunjukkan bahawa budaya hanyala antara unit-unit kecil yang wujud dalam sebuah tamadun, yang dilihat lebih bersifat universal atau luas, dimana ia juga melibatkan sejumlah kelompok manusia yang mempunyai jumlah yang sangat besar berbanding budaya yang hanya melibatkan kelompokkelompok kecil manusia40.

39

Ma rof Redzuan. ph.D. et al. pengantar sosiologi dan antropologi sosial, Kuala Lumpur: Affluen Master Sdn Bhd. 2001, hlm. 124. 40 Frank Hole, Robert F. Heizer,(2009) Arkeologi Prasejarah Satu Pengenalan Ringkas, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. 2001, hlm. 72.

18

7.0 KESIMPULAN Pada hari ini kewujudan sesebuah masyarakat yang bertamadun serta mempunyai budaya yang tersendiri dapat menjadikan sesebuah negara itu maju dan bersistematik dari segi pengurusan serta penglibatan masyarakatnya. Sesebuah tamadun itu wujud seiring dengan kewujudan budaya itu sendiri. Tamadun tidak mengalami perubahan walaupun negara semakin maju. Namun begitu budaya yang wujud pada hari ini semakin berubah mengikut zamannya.hal ini berlaku dengan adanya pengaruh dari pelbagai pihak. Perubahan sesebuah tamadun dan budaya akan berubah jika adanya campur tangan dari pengaruh luar. Sebuah masyarakat yang bertamadun tinggi dicirikan oleh pemerintahan yang demokratis dan mewujudkan kemakmuran ekonomi yang disertai oleh agihan kekayaan yang adil, ketinggian nilai dan etika dan moral yang berasaskan agama, kemajuan yang seimbang di antara material dan moral yang berlandaskan kepada kecintaan terhadap ilmu, pembinaan budaya yang berterusan untuk pengukuhan jiwa dan jati diri dan kekuatan ikatan kekeluargaan yang berasaskan kepada konsep masyarakat penyayang. Bagi tujuan memelihara kedaulatan dan keselamatan sesuatu bangsa (nation) atau negara, kekuatan pertahanan juga adalah suatu keperluan. Tegasnya, pembentukan masyarakat madani seharusnya dijadikan suatu idealisme perjuangan yang bakal direalisasikan melalui suatu gerakan islah atau reformasi bagi tujuan mencipta suatu zaman nahdah atau renaissance oleh umah Islam umumnya.

19

8.0 RUJUKAN Clifford Geetz. 2008. Tafsiran Budaya, The Interpretation of Culture, Kuala Lumpur: Institusi Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Frank Hole, Robert F. Heizer. 2009. Arkeologi Prasejarah Satu Pengenalan Ringkas, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Justin Pollard. 2007. The Story of Archaeology in 50 Great Discoveries, Britain: First Published in Great Britain. Ma rof Redzuan, Ph.D, etal. 2001. Pengantar Sosiologi dan Antropologi Sosial, Kuala Lumpur: Affluen Master Sdn. Bhd Prof. Dr. Simuh. 2003. Islam dan Pergumulan Budaya Jawa, Jakarta Selatan: Penerbit Teraju. Rammani Karupiah & Aidayani Abdullah. 2000. Tamadun Dunia,Selangor Darul Ehsan: Pustaka Sarjana Sdn.Bhd. Rammani Karupiah & Aidayani Abdullah. 2010. Tamadun Dunia,Selangor Darul Ehsan: Pustaka Sarjana Sdn.Bhd. Roger M. Kessing.1999. Antropologi Budaya, Suatu Perspektif Kontemporer, Samuel Gunawan, Edei Ketiga, Jakarta: Universiti Andalas Padang. Sivachandranlingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan, 2001,Tamadun Dunia,Selangor Darul Ehsan: Fajar Bakti sdn.bhd. Syed Muhammad Naqiub Al-Attas. 1972, Preliminary Statement on a General Theory of the Islamization of the Malay-Indonesian Archipelago, Kuala Lumpur: Dewn Bahasa dan Pustaka. Ciri-ciri budaya.http://www.yabina.org/artikel/A%2702_46.htm. Diakses pada 12.2.2011 Definisi Budaya.http://manshurzikri.wordpress.com/2009/11/27/definisi-definisi-budaya-dankebudayaan/. Diakses pada 12.2.2011 Pengertian Budaya.http://seabass86.wordpress.com/2009/05/07/pengertian-budayadan. Diakses pada 24.2.2011

20

LAMPIRAN

ANAZ FAZREN

A. MOHD IRFAN

MICHAEL

FAZRUL NIZAM

SHAFIE

21

LAMPIRAN

22

MO MO PIA

23