rahiman tonggak keutuhan keluarga, sosial dan pendidikan
TRANSCRIPT
1
RAHIMAN: TONGGAK PENDIDIKAN DAN KEUTUHAN INSTITUSI
KELUARGA DAN SOSIAL1
Muhamad Zahiri Awang Mat2
Pensyarah kanan dan Ketua, Jabatan Kurikulum dan Pengajaran,
Fakulti Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Abstrak
Rahiman atau kasih sayang merupakan antara sifat dan nilai yang utama dalam
Islam. Memahami konsep dan amalan kasih sayang membantu umat Islam dalam
membentuk masyarakat yang bertamadun. Kertas kerja ini menganalisis konsep
dan amalan kasih sayang berdasarkan al-Quran, sunnah Nabi SAW dan
cendekiawan Islam. Dapatan analisis menunjukkan amalan kasih sayang sangat
ditekankan dalam al-Quran dan menjadi amalan Nabi SAW serta para sahabat.
Seterusnya satu indeks ke arah pelaksanaan kasih sayang merangkumi peringkat
individu, keluarga, masyarakat, dan negara dicadangkan.
PENDAHULUAN
Islam ialah agama kehidupan yang membimbing manusia ke arah kesejahteraan. Antara
objektif mulia Islam adalah memastikan pelaksanaan nilai kasih sayang serta penjagaan
maruah dan kehormatan diri. Untuk mencapai objektif ini, umat Islam perlu memikirkan
pelbagai kaedah dan mekanisma, antaranya adalah dengan melaksanakan kehidupan
berasaskan budaya rahiman sama ada peringkat individu, keluarga dan masyarakat.
1 Kertas kerja ini dibentangkan di Wacana Keputeraan Sultan Muhamad V Tahun 1436H/ 2014M. dengan
tema Rahiman: Pencetus Keamanan Sejagat di Dewan Dato’ Mohd Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia
(ILIM), Bangi, Selangor pada 16 dan 17 November 2014 anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Kelantan. 2 Pensyarah kanan dan Ketua Jabatan Kurikulum dan Pengajaran, Fakulti Pendidikan, Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia, Gombak, 53100, Kuala Lumpur.
2
RAHIMAN: DEFINISI DAN FUNGSI
Dalam Islam, rahiman merupakan salah satu perkataan yang memberikan implikasi
penting dalam kehidupan beragama. Perbincangan mengenai definisi, fungsi dan
pelaksanaannya perlu ditekankan dalam konteks kehidupan hari ini. Secara literal,
“rahiman” berasal daripada perkataan Arab “ رحـم” yang memberikan makna lemah-
lembut, kasih sayang, kehalusan dan rahmat.3
Kamus Dewan menjelaskan perkataan “rahim” bermaksud belas kasihan,
pengasih dan penyayang. “Merahimi” pula bermaksud menaruh belas kasihan, mengasihi
dan menyayangi.4 Tinjauan terhadap kamus Arab bagi perkataan “rahima” berlegar
sekitar makna lembut baginya, rahmat, kasihan belas dan sayang.5 Dalam al-Mawrid,
terjemahan “rahima” (رحـم) ke dalam bahasa Inggeris ialah to have mercy upon atau be
merciful toward. Manakala perkataan “rahim” ( pula diterjemahkan sebagai (رحيم
merciful, lenient, clement, compassionate, pitiful, gracious, kind dan kindly.
Al-rahim (الرحيم) ialah kata nama dalam bahasa Arab yang membawa maksud
“yang sangat atau yang amat”, maka al-rahim bermaksud “yang sangat penyayang” atau
“yang amat penyayang”.6
RAHIMAN DALAM KONTEKS AL-QURAN
Apabila ditinjau perkataan dan pemahaman rahiman dari perspektif al-Quran, maka kita
akan dapati Allah SWT telah memulakan surah-surah dalam al-Quran dengan Basmalah
yang mana terkandung di akhirnya perkataan al-rahim (هللاالرحمنالرحيم Hal ini .(بسم
menunjukkan sifat Allah SWT “al-rahim” mempunyai kelebihannya yang tersendiri
berbanding dengan sifat Allah yang lain. Begitu juga dalam surah al-Fatihah. Selepas
pujian bagi Allah SWT yang memiliki sekalian alam, maka dijelaskan sifat Pencipta
tersebut, iaitu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Jika kita melihat susunan perkataan
dalam surah ini, persoalan yang timbul, mengapa Allah SWT menyambung ayat pertama
3 Lihat Ibn Manzur. (2003). Lisan al-‘Arab, vol. 8. Bab Ra-ha-mim.
4 Lihat Kamus Dewan. (1996). Hal: 1087
5 Al-Mu’jam al-Wajiz .(1980). Hal: 259; Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab. (2003) dan. Zain al-Din Al-Razi.
(2008). Mu’jam Mukhtar al-Sihah. 6 Al-Mu’jam al-Wajiz. (1980). Hal: 259
3
“segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam” dengan “al-Rahman” dan “al-Rahim” yang
bermaksud “Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”? Hal ini demikian kerana
ketuhanan Allah SWT adalah berdasarkan kasih-Nya. Apabila kita membaca bahawa
Dialah Tuhan sekalian alam, soalan biasa yang akan timbul ialah Tuhan yang bagaimana?
Maka Dia menjawabnya menerusi ayat berikut:
Maksud: Yang Maha Pemurah (Pengasih) lagi Maha Penyayang. (Surah al-Fatihah: 3).
Dalam menafsirkan makna dan konsep al-rahim berteraskan Basmalah secara
terperinci, Ibn Kathir dalam tafsirnya menyatakan rahman dan rahim berasal daripada
“al-rahmah”. Al-rahim pula kurniaan Allah SWT untuk orang mukmin.7
Rashid Ridha dalam tafsirnya al-Manar menjelaskan bahawa al-rahim ialah
pecahan (musytaq) daripada perkataan al-rahmah. Perkataan ini bermaksud “lembut hati”
yang mendorong seseorang itu bersifat dengan sifat ihsan terhadap yang lain. Bagi Allah
SWT pula, perkataan ini menunjukkan kekuasaan-Nya yang dapat dilihat kesannya
daripada sifat ihsan-Nya. 8
Imam al-Qurtubi menaqalkan pandangan ulamak sebelumnya seperti Abu Ali al-
Farisi, Ibn al-Mubarak dan al-‘Azrami tentang tafsiran “al-rahim” yang berlegar sekitar9:
i) kata nama umum (bagi Allah dan lainnya), namun khusus pelaksanaannya. ii) untuk
orang mukmin sahaja seperti memberikan hidayah kepada mereka dan berlembut dengan
mereka, dan iii) rahim Allah sekiranya hamba mukmin tidak meminta kepada-Nya, Dia
akan murka.
Begitu juga Ibn Asyur dalam tafsirnya menegaskan perkara yang sama, iaitu al-
rahim adalah umum sama ada bagi Allah dan makhluk. 10
Hal ini berdasarkan penjelasan
Allah SWT di dalam Surah al-Taubah, ayat 128, firman-Nya:
Maksud: Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul (utusan)
dari kalangan kamu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat
7 Ibn Kathir, 1994. Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, Jilid 1, hlm. 29-30.
8 Lihat Rashid Ridha, 1947. Tafsir al-Manar. Jilid 1, hlm. 46-48.
9 Lihat al-Qurtubi, 2006. Al-Jamie li Ahkam al-Quran. Jilid 1, hlm. 162-165.
10 Muhammad Tahir Ibn ‘Asyur, 1984. Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir. Jilid 1, hlm. 172-173.
4
menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan
lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.
Ayat di atas menjelaskan bahawa sifat rahim adalah antara sifat yang terdapat
pada Rasulullah SAW. Ayat ini menunjukkan sifat rahim itu dikongsi bersama-sama
antara Allah SWT dengan Rasulullah SAW.
Analisis terhadap ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan kalimah al-rahim dan
rahiman, penulis mendapati kedua-dua kalimah ini disebut dalam al-Quran sama ada
secara tunggal atau berulang-ulang lebih daripada seratus kali. Sifat Allah “al-rahim” dan
“rahiman” yang disebut dalam al-Quran menunjukkan kedua-dua sifat ini digandingkan
dengan sifat Allah SWT atau perkataan lain. Sebagai contoh, hal ini dapat dilihat
sebagaimana Jadual 1 di bawah:11
Jadual 1 Contoh Gandingan Sifat Allah SWT “al-Rahim” dan “rahiman” dengan Sifat-
sifat-Nya yang Lain.
No Ayat al-Quran Nama Surah & Ayat
;Pembuka surah (kecuali al-Taubah) بسم الله ٱلرحمـن ٱلرحيم 1
Al-Naml: 30
Al-Fatihah: 3 ٱلرحيم ٱلرحمـن 2
Al-Hadid: 9 ل ر ءوف رحيم كم ب إن ٱلله و 3
Al-Hujurat: 12 حيم ر تـ واب الل إن 4
Al-Baqarah: 160 رحيم ال و أ ن ا التـواب 5
Al-Baqarah: 182 رحيم إن ٱلله غ فور 6
Al-Baqarah: 129 رحيم و ٱلله غ فور 7
11
Lihat Rahiman (Rahmat Kasih): Konsep dan Pelaksanaan dalam Membangunkan Masyarakat Bertakwa.
(2012). Jurnal Keputeraan, Jilid 1, 1433/2012. Jurnal tahunan keluaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Kelantan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 110-111.
5
إنه ل غ فور رحيم 8 Al-An’am: 165 و
Al-Hijr: 49 نـ بئ عب ادي أ ني أ ن ا الغ فور الرحيم 9
Saba’: 2 ٱلغ فور ٱلرحيم و هو 10
إن ر بك ل هو ٱلع زيز ٱلرحيم 11 Al-Syu’ara’: 140 و
Al-Syu’ara’: 217 و ت وكل ع ل ى ٱلع زيز ٱلرحيم 12
Yasin: 58 س ال م قـ وال من رب رحيم 13
Al-Tur: 28 ٱلبـ ر ٱلرحيم إنه هو 14
Hud: 90 بي ر حيم و دود إن ر 15
Al-Nisa’: 16 ار حيم اتـ واب ك ان إن ٱلله 16
Al-Nisa’: 110 ي جد الل غ فورا ر حيما 17
Al-Isra’: 66 إنه ك ان بكم ر حيما 18
Jadual 1 memberikan kepada kita indikator ke arah pembentukan indeks aplikasi amalan
mulia berasaskan konsep rahiman dalam kehidupan seharian individu Muslim dan
bermasyarakat. Indeks aplikasi ini dapat diukur melalui amalan dan tingkah laku individu
dalam masyarakat. Indeks ini akan diperincikan dalam perbincangan seterusnya.
RAHIMAN DARI PERSPEKTIF HADITH
Analisis penulis terhadap hadith Rasulullah SAW mendapati bahawa Baginda SAW telah
menggunakan perkataan rahiman (ra, ha dan mim) dalam pelbagai situasi; iaitu
6
menerangkan sifat Allah SWT, aplikasi dalam kehidupan seharian, hubungan sesama
Islam dan dengan bukan Islam. Analisis juga mendapati konteks perbincangan perkataan
rahiman sentiasa berkait rapat dengan rahman dan rahmat. Rasulullah SAW juga
menggunakan rahman dan rahmat bagi mengambarkan maksud dan kedudukan rahim.
Rasulullah SAW menjelaskan dalam satu hadith bahawa sifat sayang dan rahmat
Allah SWT akan diberikan kepada sesiapa sahaja yang merahmati dan menyayangi
sesama hamba-Nya. Sabda Rasulullah SAW:
.ماءح الر ه اد ب ع ن م الل م ح ر ا يـ م ن ا …
Maksud: Sesungguhnya Allah akan merahmati (menyayangi) hamba-Nya
yang bersifat penuh rahmat (sayang-menyayangi).
(Bukhari)
Dari aspek bersosial atau hidup bermasyarakat, dari Jarir bin Abdullah, Baginda
SAW menjelaskan dalam sabdanya:
. ي رح مه الل اس ال ي رح م ال ال ن م
Maksud: Barang siapa tidak menyayangi manusia, maka Allah tidak akan
menyayanginya.
(Bukhari)
Dalam situasi lain pula, dari Abdullah bin ‘Amrin, Baginda SAW menjelaskan
kaitan kehidupan manusia dengan makhluk ciptaan Allah SWT di langit dengan
sabdanya:
…ماء ي الس م م ن ف ك رحم ي ض ر ي ال وا م ن ف م رح من، ا ح م الر ه م ح ر يـ ون م اح الر Maksud: Orang yang belas kasihan akan dikasihi al-Rahman (Yang Maha
Pengasih), kerana itu kasih (dan sayangilah) yang di muka bumi, nescaya
kamu dikasihi dan disayangi mereka yang di langit.
7
(Bukhari)
Begitu juga dalam pergaulan seharian yang melibatkan pelbagai lapisan umur dan
pangkat. Rasulullah SAW menjelaskan betapa pentingnya mengasihani antara satu sama
lain tanpa mengira usia dan pangkat. Dalam satu hadith, Rasulullah SAW bersabda:
.ناير ب ك ف ر ش ف ر ع نا، ويـ ير غ ص م رح ي م ل ن ما م س ي ل
Maksud: Bukanlah dari kalangan kami sesiapa yang tidak menyayangi
anak-anak kecil di kalangan kami, dan tidak mengetahui kemuliaan
golongan dewasa di kalangan kami.
(Hadith Riwayat Tirmizi)
Hadith di atas menunjukkan setiap aplikasi rahiman itu mempunyai implikasinya
tersendiri. Untuk mencapai kemuliaan diri dan maruah, maka sikap kasih sayang dan
berlemah-lembut hendaklah disuburkan dan dibudayakan secara komprehensif.
Pembudayaan ini termasuklah dalam diri individu, institusi keluarga dan juga aplikasinya
dalam institusi sosial sesebuah masyarakat dan negara. Untuk mencapai masyarakat yang
penuh dengan kebaikan dan keamanan, maka sifat berlemah-lembut dalam kalangan
individu mestilah dibudayakan terlebih dahulu.
RAHIMAN: APLIKASI RASULULLAH SAW DAN PARA SAHABAT
Semasa period dakwah di kota Mekah, Rasulullah SAW telah menunjukkan aplikasi sifat
penyayangnya kepada penduduk kota Mekah. Hal ini terbukti melalui tindakan Baginda
SAW semasa menyeru penduduk kota tersebut ke arah mengesakan Allah SWT, beriman
dengan kekuasaan-Nya serta menyebarkan prinsip Islam yang holistik, antaranya:12
12
Sikap Rasulullah SAW ini boleh rujuk kitab-kitab Sirah seperti Safyu al-Rahman al-Mubarakfuri, 1988.
Al-Raheeq al-Makhtum. Kaherah: Dar al-Rayyan li al-Turath; Munir Mohamed Ghadban, 1997. Al-Manhaj
al-Haraki li al-Sirah al-Nabawiyyah. Kaherah: Dar al-Wafa’.
8
1) Perjanjian al-fudhul yang berlaku sebelum Baginda SAW diutuskan menjadi
rasul. Rasulullah SAW menggambarkan bahawa perjanjian ini adalah sebaik-baik
perjanjian yang menyeru ke arah keamanan antara kabilah Arab dan membanteras
kezaliman. Peristiwa ini menggambarkan sifat Rasululah SAW yang cinta akan
kasih dan sayang dan keamanan.
2) Seruan Rasulullah SAW supaya masyarakat Arab meninggalkan perbuatan
menanam anak perempuan hidup-hidup kerana perbuatan ini adalah zalim dan
melanggar prinsip kasih dan sayang terhadap anak-anak.
3) Rasulullah SAW tidak bertindak kasar terhadap mereka yang telah
menganiayainya semasa solat di hadapan Kaabah sekalipun diletakkan perut unta
yang busuk di atas lehernya dan juga dijerut lehernya dengan tali.
4) Semasa berdakwah kepada penduduk Thaif, sekalipun dicaci dan disakiti
sehingga menyebabkan kaki Baginda SAW luka. Namun begitu, atas sifat
sayangnya kepada penduduk Thaif, Baginda SAW mengangkat tangan berdoa
supaya Allah SWT memberikan taufik dan hidayah kepada penduduk Thaif
semoga suatu hari kelak terdapat anak cucu penduduk Thaif yang menerima
ajaran Islam.13
Tanda sayang dan rahmat Rasulullah SAW melangkaui batasan agama sama ada
terhadap orang Islam atau yang masih belum menerima Islam. Rasululah SAW tidak suka
akan kekerasan dan pertumpahan darah sekalipun Baginda SAW dikasari, cubaan untuk
membunuh, dicerca dan sebagainya. Baginda SAW sentiasa memaafkan sesiapa sahaja
dan di mana-mana sahaja dan dalam apa-apa jua situasi sekalipun dengan mereka yang
jahil. Sebagai contoh semasa peperangan Uhud (3 Syawal/ April 624M), ketika mana
Baginda SAW cedera dan terjatuh. Salah seorang sahabat meminta Baginda SAW berdoa
kepada Allah SWT supaya diturunkan laknat Allah (bala) ke atas musuh Islam, maka
jawab Baginda, “Sesungguhnya aku tidaklah diutuskan untuk melaknat di atas muka
bumi ini, tetapi aku diutuskan untuk memberikan petunjuk dan menyebarkan rahmat.
13
Lihat Rahiman (Rahmat Kasih): Konsep dan Pelaksanaan dalam Membangunkan Masyarakat Bertakwa,
2012. Jurnal Keputeraan, Jilid 1, 1433/2012. Jurnal tahunan keluaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Kelantan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 115-116.
9
Wahai Tuhanku, berikanlah petunjuk kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak
mengetahui.”14
ELEMEN RAHIMAN DALAM PENDIDIKAN
Dalam konteks pendidikan hari ini, pembudayaan elemen kasih sayang merupakan antara
teras utama yang mesti ditekankan oleh para pendidik. Kementerian Pendidikan Malaysia
telah mengeluarkan satu garis panduan ke arah pembudayaan sifat kasih sayang di
sekolah. Hal ini merujuk “Panduan Pelaksanaan Guru Penyayang”15
yang telah
disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Konsep penyayang yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia ini membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan
bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain mestilah dilaksanakan oleh para
pendidik terhadap pelajarnya. Hal ini bermaksud bahawa guru penyayang ialah seseorang
yang memiliki sifat kepedulian terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya
dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi
bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Oleh itu, guru penyayang
perlulah menjiwai sifat ini dan menganggap murid mereka sebagai aset penting yang
perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap
masa. Sebagai contoh, indeks kasih sayang antara guru dengan murid antaranya adalah:
- memberikan salam dan menyambut salam semasa datang sekolah, contohnya
memberikan ucapan “assalamualaikum”, “selamat pagi”, ‘”selamat datang” juga
“jemput masuk” dan seumpamanya.
- lambaian pulang, contohnya “selamat pulang”, “jaga diri baik-baik”, “jumpa lagi”
dan seumpamanya.
- bertanya khabar, contohnya “apa khabar hari ini?” “sihat hari ini?” “dah makan ke
belum?” dan seumpamanya.
- memberikan bimbingan dan tunjuk ajar secara berhemah, contohnya membetulkan
tali leher, mengenakan butang baju dan lain-lain lagi.
14
Safyu al-Rahman al-Mubarakfuri, 1988. Al-Raheeq al-Makhtum. 15
Kementerian Pendidikan Malaysia. Panduan Pelaksanaan Guru Penyayang.
(http://praktikum.upsi.edu.my/Files%20Storage/LM/Guru%20Penyayang.pdf)
10
PANDANGAN ILMUWAN ISLAM
Berdasarkan analisis rahiman menurut al-Quran dan hadith, tokoh-tokoh ilmuwan Islam
merumuskan bahawa rahiman itu berkait rapat dengan rahmah. Ahmad A. R. Ibrahim
menjelaskan, mereka yang bersifat dengan rahmah berusaha menjauhkan diri daripada
melakukan sebarang kesakitan atau kemudaratan ke atas makhluk hidup. Tambahnya
lagi, “al-insan al-rahim” ialah yang sentiasa berusaha menjauhi segala kesusahan dan
berusaha meringankannya ke atas mangsanya.16
Seterusnya, Muhammed bin Ibrahim al-
Tuweijri menjelaskan bahawa prinsip utama rahmah ialah motivasi melakukan kebaikan
ke atas yang memerlukan. Beliau menjelaskan lagi, rahiman berkait rapat dengan
ketenangan dan kekasaran. Apabila Allah SWT ingin merahmati hambanya, maka Dia
akan menenangkan jiwa hambanya dengan perasaan kasih sayang dan kasihan belas.
Sebaliknya jika Allah SWT ingin mencabut perasaan kasih sayang dan kasihan belas, Dia
akan menghiasi diri hambanya dengan sikap keras dan kasar. Hal ini menunjukkan
bahawa kasih sayang serta kasihan belas ialah simbol mendapat rahmat Allah SWT dan
sebaliknya masyarakat yang bersifat dengan sifat keras dan kasar telah dijauhi rahmat
Allah.17
Analisis pandangan Muhammed bin Ibrahim al-Tuweijri dan Abdul Rahman H.
Al-Maidani menunjukkan bahawa beberapa sifat rahiman boleh dilaksanakan seperti:
- berlemah-lembut, sabar, lembut hati, akhlak mulia, merendah diri, memberikan
pujian, pemurah, pemaaf, membantu yang lemah, menjauhi azab, membantu yang
memerlukan, silaturrahim, berbincang, tawakal, berderma, melakukan islah, kuat
azam, sayang kepada yang lain sebagaimana sayang diri sendiri, menziarahi yang
sakit dan merawat yang cedera.
- Dalam konteks hubungan dengan non-muslim; berdakwah ke jalan Allah, berbuat
baik, berdoa untuk mendapat hidayah Allah dan menghulurkan bantuan kewangan
bertujuan mendekatkan mereka kepada agama Islam.18
16
Lihat Ahmad A. Rahim Ibrahim, 1982. Al-Fadha’il al-Khuluqiyyah fi al-Islam, hlm. 187-192. 17
Muhammed bin Ibrahim al-Tuweijri, 2006. Mawsu‘at Fiqh al-Qulub. Amman: Bayt al-Afkar al-
Dauliyyah. Jilid 3, hlm. 2682-2690. 18
Lihat Ibid, hlm. 2682-2690 & Abdul Rahman H. Habannakah al-Maidani, 1996. Hlm. 70-79.
11
APLIKASI RAHIMAN DALAM INSTITUSI KELUARGA DAN SOSIAL
Yang dimaksudkan dengan institusi keluarga dan sosial dalam kertas kerja ini ialah
institusi yang bermula dengan keluarga, masyarakat dan negara. Maka, peringkat
pelaksanaan rahiman atau kasih sayang yang dibawa oleh Islam sebagaimana yang dapat
difahami daripada perbincangan di atas mencakupi peringkat kehidupan berikut; individu,
keluarga, masyarakat dan bernegara.
Pelaksanaan dan pembudayaan rahiman wajib diperkukuh dari semasa ke semasa.
Pelaksanaan yang mempunyai erti kasih dan sayang sama ada berdasarkan penegasan,
garis panduan, tindak-tanduk atau pelakuan berteraskan penjelasan Allah SWT dalam
al-Quran, Rasulullah SAW bersama-sama para sahabat dan pandangan cendekiawan
Islam wajiblah diperhalusi. Berdasarkan analisis dan pertimbangan di atas, pelaksanaan
rahiman meliputi peringkat yang berikut:
Pertama: Rahiman dalam Pembentukan Sahsiah Islam.
Hal ini berdasarkan sifat mulia Allah SWT itu sendiri yang bersifat dengan sifat
penyayang. Maka, setiap hamba Allah mestilah juga mempunyai sifat sayang kepada diri
sendiri. Menyayangi diri sendiri supaya tidak terjebak dalam situasi yang boleh
merosakkan diri sama ada kesannya melibatkan akal, perasaan atau fizikal.
Untuk mencapai tahap ini, setiap individu mestilah menerapkan dalam jiwanya
sifat-sifat yang berikut:
- sayangi diri sendiri, insafi kemuliaan diri sebagai ciptaan Allah, berdisiplin, amanah,
bertanggungjawab, benar dalam percakapan, merendah diri, pemaaf, sabar dan adil.
Kedua: Rahiman dalam Pembentukan Kehidupan Berkeluarga.
Dalam konteks kehidupan berkeluarga, perasaan kasih dan sayang antara anggota
keluarga memainkan peranan yang amat penting. Perasaan kasih dan sayang ini dapat
menambahkan lagi keakraban dan dapat menghasilkan kebahagiaan hakiki dalam
kalangan ahli keluarga. Inilah juga yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dalam
kehidupan sehariannya. Baginda juga berpesan kepada umatnya supaya sentiasa berbuat
baik kepada wanita (isteri). Sabda Rasulullah SAW:
12
ركم ل هلي يـ ركم ل هله ، و أ ن ا خ ركم خ يـ يـ خ Maksud: Sebaik-baik kamu ialah mereka yang berbuat baik kepada ahli
keluarganya, dan aku sebaik-baik orang terhadap ahli keluargaku.
(Tirmizi)
Semasa haji Wada’, sekali lagi Baginda SAW berpesan kepada sahabatnya,
antaranya:
ر ذ لك … يئا غ يـ هن ش را ف إنـهن عد كم ع و ان ل يس ت ملكون مـ يـ .استـ وصوا بالس اء خ Maksud: Aku berpesan kepada kamu layanilah wanita-wanita kamu
dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana
sesungguhnya mereka ialah teman dan pembantu kamu yang setia.
(Ibn Majah)
Secara umum, “‘berbuat baik dan berlemah-lembut” merupakan kunci utama
dalam pelaksanaan rahiman pada peringkat keluarga. Setiap elemen “baik dan lemah-
lembut” merupakan asas pembinaan indeks pelaksanaan rahiman. Indeks pelaksanaan
rahiman adalah seperti:
- memberikan salam, senyum, bercakap sopan, bantu-membantu, ringan tulang, saling
menghormati, kasihan belas, memberikan dan menerima nasihat, bermaaf-maafan dan
berlemah lembut.
- bertanya khabar, berhemah, tidak meninggikan suara, berlapang dada, hormati yang
tua dan ziarah-menziarahi.
Ketiga: Rahiman dalam Kehidupan Bermasyarakat
Elemen rahiman dalam hidup bermasyarakat antaranya hendaklah menjaga adab atau
etika ketika berinteraksi sesama orang Islam. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW
dalam sabdanya:
13
م ل س ف ه يت ق ا ل ذ إ : ال ؟ ق الل سول ا ر ي ا هن م : يلق .ت س م ل س م ى ال ل ع م ل س م ال حق
الل د م ح ا عطس ف ذ إ له، و ح ص ان ف ك ح ص تـ ا اس ذ إ ، و ه ب ج أ ف اك ع ا د ذ إ يه، و ل ع
.ه ع ب فات ات شمته، وإذا مرض فعده، وإذا م ف Maksud: Hak seorang Islam ke atas saudara Islam yang lain ada enam.
Ada sahabat bertanya: Apakah itu wahai Rasulullah SAW? Baginda
berkata: Apabila kamu berjumpa dengannya hendaklah memberikan
salam, apabila kamu dijemput ke sesuatu majlis, hendaklah memenuhi
jemputannya, apabila dia meminta nasihat, maka nasihatilah dia, apabila
dia bersin, maka jawablah (يرحمكهللا), apabila dia sakit, ziarahilah dia, dan
apabila dia meninggal dunia, iringilah jenazahnya.
(Bukhari)
Islam juga telah meletakkan cinta dan kasih sayang sebagai sebahagian daripada
iman. Hal ini dibuktikan oleh sabda Rasulullah SAW dalam memupuk persahabatan yang
bermaksud, “Tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak kasih akan saudaranya
sebagaimana dia kasih akan dirinya sendiri.” (Bukhari)
Seseorang Muslim juga dituntut supaya mencurahkan kasih sayang kepada
kelompok yang lebih luas, bukan hanya terbatas kepada keluarga, sahabat-handai dan
kaum kerabat sahaja. Kasih sayang itu mestilah mencakupi seluruh umat manusia.
Tuntutan ini dapat difahami daripada penjelasan Rasulullah SAW sebagaimana sabdanya:
ت د اع ى ل ه اعضو إذ ا اشت ك ى ،الج س د م ث ل ك و تـ ع اطفهم متـ و اده و المؤمين في تـ ر احمهم تـ ر ى
.بالسه ر و الحمى ه ج س د س ائر Maksud: Kamu lihat orang-orang yang beriman itu kasih-mengasihi, cinta-
mencintai dan tolong-menolong seperti tubuh yang satu. Kalau ada salah
satu anggota yang terkena penyakit, seluruh anggota tubuh ikut menderita
tidak dapat tidur dan menderita kepanasan.
14
(Bukhari)
Sikap penyayang Baginda SAW tidak terbatas kepada orang Islam sahaja, bahkan
juga terhadap bukan Islam. Baginda SAW menegur sikap isterinya ‘Aisyah apabila
menjawab salam kaum Yahudi dengan kasar. Pada suatu hari, sekumpulan orang Yahudi
datang berjumpa dengan Rasulullah SAW, lalu mereka memberikan salam dengan
ucapan “امعليكم yang bermaksud “matilah ke atas kamu”. ‘Aisyah yang mendengar ”الس
kata-kata tersebut faham apa yang dimaksudkan oleh kaum Yahudi tersebut, maka dia
pun membalas dengan menjawab “واللعنة ام الس yang bermaksud “dan ke atas ”وعليكم
kamu mati dan laknat”. Lalu Rasulullah SAW menegur sikap ‘Aisyah tersebut dan
mengingatkannya agar tidak bersikap kasar, katanya:
ي ا ر سول الله أ و ل م ت سم ع م ا ق الوا؟: فـ قلت ".إن الله يحب الرفق في ال مر كله
…" و ع ل يكم : ق د قـلت : " ملسو هيلع هللا ىلصال ر سول الله فق
Maksud: Sesungguhnya Allah sukakan kelembutan (belas kasihan) dalam
semua perkara. Maka aku berkata (‘Aisyah): Wahai Rasulullah, apakah
kamu tidak dengar apa yang mereka katakan? Jawab Baginda: Aku
menjawab: وعليكم (dan ke atas kamu).
(Bukhari)
Dalam kes yang lain, Anas bin Malik menceritakan bahawa terdapat seorang
pemuda Yahudi yang berkhidmat dengan Rasulullah SAW. Pada suatu hari, pemuda
tersebut telah jatuh sakit, Rasulullah SAW menziarahinya, lalu duduk di hujung
kepalanya seraya berkata kepadanya:
15
وفي رواية ]له أطع أبا القاسم، فأسلم، : فظر إلى أبيه وهو عده فقال .«أسلم»
، فخرج البي [أشهد أن ال إله إال الل وأن محمدا رسول الل: السائي فقال
.«الحمد لل الذي أنقذه من الار»: وهو يقول ملسو هيلع هللا ىلصMaksud: Peluklah Islam. Dia memandang bapanya yang berada di sisinya
lalu menjawab: Baginya aku patuh Abul Qasim (memeluk Islam). (Dalam
riwayat al-Nasa’i, Rasulullah SAW berkata: Ucaplah “Aku bersaksi
bahawa tiada tuhan lain melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh
Allah (أشهد أن ال إله إال اهلل وأن حممدا رسول اهلل). Rasulullah SAW
bersabda: Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkannya daripada
api neraka.
(Bukhari)
Hadith di atas menunjukkan sifat sayang Rasulullah SAW walaupun terhadap
seorang Yahudi. Baginda juga berikhtiar supaya pemuda Yahudi tersebut menerima
seruan syahadahnya. Akhirnya, Yahudi tersebut memeluk Islam dan Rasulullah SAW
amat bersyukur kepada Allah SWT.
Dalam aspek perekonomian dan aktiviti perniagaan, Rasululah SAW juga
memberikan petunjuk yang jelas. Dari Jabir bin Abdullah, Rasulullah SAW bersabda:
إذ ا اقـت ض ى إذ ا اشتـ ر ى، و …ر حم الله ر جال س محا إذ ا ب اع ، و
Maksud: Allah akan merahmati lelaki yang mempermudah segala urusan
(murah hati) ketika menjual, membeli dan memutuskan perkara…
(Bukhari)
Hadith ini menjelaskan bahawa Rasulullah SAW menganjurkan kita supaya
sentiasa bertoleransi dan mempermudah urusan dalam interaksi sosial.
16
Begitulah juga sikapnya terhadap anak yatim. Sifat kasih dan sayang Baginda
SAW terserlah terhadap golongan anak yatim. Baginda menjelaskan:
ا ة ج ي ال ف يم ت الي ل اف ك ا ن ا و .ىط س و ال ابة و السب أصبـع يه ب ار ش أ و ، هك ذ Maksud: Aku dan orang yang menjamin anak yatim akan berada di dalam
syurga, sebegini. Dia menunjukkan kepada dua anak jarinya; jari telunjuk
dan tengah.
(Bukhari)
Dalan kes yang lain, seorang lelaki telah datang berjumpa Rasulullah SAW, lalu
mengadu hatinya keras. Maka Baginda menyarankan agar lelaki tersebut sentiasa
mengusap kepala anak yatim dan memberikan makan kepada golongan miskin.
Sabdanya:
.تيم و أ طعم المسكين امس ح ر أس الي Maksud: Sapulah kepala anak yatim dan beri makanlah kepada golongan
miskin.
(Ahmad)
Begitu juga sikap Baginda dengan golongan ibu tunggal dan golongan miskin. Rasulullah SAW
memberikan motivasi kepada kita tentang kelebihan prihatin terhadap golongan tersebut. Sabdanya:
بيل الله أ و الق ائم الليل الصائم الساعي ع ل ى ال رم ل ة و المسكين ك المج اهد في س
.الـه ار Maksud: Sesiapa yang prihatin terhadap janda dan orang miskin seperti
mujahid di jalan Allah, atau yang mendirikan solat malam, atau puasa di
siang hari.
(Bukhari)
17
Secara asasnya, pembentukan masyarakat yang mantap memerlukan asas kukuh yang
mesti diserapkan ke dalam jiwa setiap individu. Asas tersebut ialah19
:
1. Akhlak sebagai asas pembentukan masyarakat penyayang.
2. Mempersaudarakan seluruh kaum muslimin.
3. Menjalin persahabatan dengan orang bukan Islam.
4. Meletakkan asas keadilan sosial.
5. Menunjuk contoh teladan yang baik.
Berdasarkan perbincangan di atas, cadangan pelaksanaan rahiman pada peringkat
masyarakat adalah sebagaimana yang berikut:
- Memberikan salam, senyum, bertanya khabar, tolong-menolong, ringan tulang,
beradab, sabar, bertolak ansur, dermawan, pemaaf, sabar, merendah diri, menziarahi
dan sopan, tidak meninggi suara dan menyiasat setiap berita yang diterima, berlapang
dada, kasihan belas, prihatin dan memberikan dan menerima nasihat.
Keempat: Rahiman dalam Kehidupan Bernegara
Dalam aspek hidup bernegara, Rasulullah SAW menegaskan bahawa bersifat kasar itu
bukanlah daripada sifat Islam. Setiap pemimpin dan pentadbir mesti tegas, namun
bersikap lemah lembut dengan orang bawahan dan rakyat. Mereka diingatkan agar
menjauhi urusan pentadbiran yang menyusahkan rakyat. Sabda Baginda SAW:
يئا ف ش ق ع ل يهم ف اشقق ع ل يه اللهم م ن و لي من أ مر أ و م ن و لي من أ مر أمتي ،متي ش
يئا فـ ر ف ق بهم ف ارفق به .ش Maksud: Wahai Tuhanku, sesiapa yang mentadbir urusan umatku, lalu dia
menyusahkan mereka, maka susahkanlah mereka. Sesiapa yang mentadbir
urusan umatku, lalu dia mempermudah urusan mereka, maka
mudahkanlah bagi mereka.
(Muslim)
19
Lihat Siti Norlina bt Muhamad, Ahmad Kilani Mohamed & Zulkifli Haron. Budaya Penyayang dalam
Kehidupan Masyarakat Islam: Antara Teori dan Praktis. (http://repo.uum.edu.my/1804/1/7.pdf)
18
Dalam kes tawanan perang Badar, Rasulullah SAW telah memilih pandangan
Abu Bakar yang agak sederhana berbanding dengan pandangan Umar al-Khattab yang
agak keras, iaitu membunuh semua tawanan perang. Abu Bakar mencadangkan agar yang
kaya membayar tebusan, yang miskin dibebaskan secara bersyarat dan yang
berpengetahuan diwajibkan mengajar anak orang Islam Madinah menulis dan
membaca.20
Hal ini menunjukkan bahawa para pemimpin dan mereka yang diberi amanah
memerintah dan pentadbir perlulah mempunyai sifat-sifat berikut:
- memberikan salam, senyum, bertanya khabar, bercakap sopan, sabar, berhati-hati
semasa menjalankan tugas, teliti dalam melakukan kerja, bertolak ansur, tidak
meninggikan suara, menghulurkan bantuan, tekun, menyiapkan tugasan dalam waktu
yang diberikan, menyiasat setiap berita yang diterima, rajin, menghormati waktu
kerja, mempermudah urusan dan menepati waktu.
Indeks Keluarga, Masyarakat dan Negara Penyayang
Untuk mengukur sejauh mana pencapaian individu dan keluarga, masyarakat serta negara
penyayang, satu Indeks Masyarakat Penyayang (IMP) perlulah digubal. Indeks ini
merupakan satu senarai amalan harian yang dapat diukur bagi segenap lapisan
masyarakat.
Bagi peringkat individu dan keluarga, Jadual 2 di bawah ini bolehlah dijadikan
panduan.
Jadual 2 Indeks Masyarakat Penyayang: Peringkat Individu dan Keluarga.
Jaga keselamatan diri Bertanggungjawab
Amanah Sabar
Berdisiplin Bercakap benar
Merendah diri Adil
Memaafkan Jaga kesihatan diri
Memberikan salam Ringan tulang
20
Safyu al-Rahman al-Mubarakfuri, 1988. Al-Raheeq al-Makhtum. Hlm. 269-270.
19
Senyum Tidak meninggikan suara
Bertanya khabar Menghulurkan bantuan
Bercakap secara sopan Kasihan kepada yang lain
Berhemah Mudah memaafkan
Mendahulukan yang tua Berlapang bila dinasihati
Memberikan nasihat Lemah lembut
Perasaan belas Menziarahi
Bagi peringkat masyarakat pula, Jadual 3 di bawah boleh dijadikan panduan.
Jadual 3 Indeks Masyarakat Penyayang: Peringkat Masyarakat.
Memberikan salam Suka memberikan pertolongan
Senyum Menyiasat setiap berita
Bertanya khabar Memberikan pandangan bernas
Bercakap secara sopan Bergotong-royong
Sabar Menawarkan diri
Berhemah Pemurah
Bertolak ansur Pemaaf
Ringan tulang Merendah diri
Sabar Berlapang dada
Tidak sensitif Bertolak ansur
Berlemah lembut Menziarahi
Bagi peringkat bernegara pula, cadangan indeks sebagaimana dalam Jadual 4 di
bawah boleh dijadikan panduan oleh para pemerintah dan pegawai kerajaan.
Jadual 4 Indek Masyarakat Penyayang: Peringkat Bernegara.
Memberikan salam Teliti dalam melakukan kerja
Senyum Bertolak ansur
Bertanya Khabar Tidak meninggikan suara
20
Teliti semasa melakukan kerja Tekun
Bercakap secara sopan Menghulurkan bantuan
Amanah Berhati-hati semasa menjalankan
tugas
Sabar Menyiapkan tugasan dalam waktu
yang diberikan
Tidak meninggikan suara Menyiasat setiap berita yang
diterima
Sentiasa rajin Menghormati waktu kerja
Ketepatan waktu Mempermudah urusan
Merealisasikan Masyarakat Penyayang
Untuk merealisasikan masyarakat penyayang sebagai aspirasi keamanan sejagat, maka
setiap anggota kelurga, masyarakat, badan bukan kerajaan, institusi pendidikan dan
pimpinan negara perlu memainkan peranan. Secara terperinci peranan tersebut adalah
sebagaimana yang berikut21
:
Pertama: Peranan Keluarga
Asas yang paling kukuh untuk membina budaya penyayang ialah institusi keluarga.
Anak-anak yang dibesarkan dan dididik dalam keluarga yang penuh dengan kasih sayang
dan lemah lembut akan membesar sebagai individu yang cinta akan keamanan dan benci
akan persengketaan. Anak-anak ini akan mewarisi sifat-sifat positif dan nilai-nilai murni
daripada ibu bapa mereka sebagai panduan dalam kehidupan mereka.
Kedua: Peranan masyarakat
Anggota masyarakat perlu menggalakkan aktiviti ziarah-menziarahi jiran, saudara mara,
rumah kebajikan pada hari biasa atau pada hari perayaan. Aktiviti ini dapat mengeratkan
lagi hubungan kasih sayang dan silaturrahim antara mereka. Anggota masyarakat juga
perlu mengamalkan sikap pemurah, ikhlas dan sentiasa sanggup membantu dan
menghulurkan tenaga kepada mereka yang memerlukan.
21
Lihat: http://ipgksm.edu.my/jabatan/jks/blogjks/wp-content/uploads/2013/11/Masyarakat-Penyayang.doc
21
Ketiga: Peranan kerajaan
Peranan kerajaan amat penting dalam menyuburkan budaya kasih sayang dalam sesebuah
negara. Pelaksanakan dasar-dasar tertentu untuk menerapkan budaya penyayang dalam
kalangan masyarakat seperti penerapan nilai-nilai Islam, kempen melalui media massa
seperti program “Keluarga Bahagia”, “Kasihi Kanak-kanak”, “Hormati Orang Dewasa”,
“Cintai Sungai Kita”, “Jauhi Jenayah” dan seumpamanya perlu diperluas. Kerajaan juga
perlu memastikan dasar kasih sayang dan mesra pelanggan menjadi amalan dalam
kalangan pegawai kerajaan semasa bekerja.
Keempat: Peranan badan sukarela dan agensi sosial
Badan-badan sukarela (NGO) juga mempunyai peranan penting dalam menyemai budaya
penyayang. Mereka hendaklah mengambil bahagian dalam mempromosi budaya kasih
sayang dalaam masyarakat dengan bergerak secara aktif melalui program dan aktiviti
terancang ke arah memupuk nilai kasih sayang dalam masyarakat. Di samping itu,
menghulurkan bantuan sama ada bantuan kewangan, pakaian atau tenaga kepada mereka
yang memerlukan amatlah penting.
Kelima: Peranan instisusi pendidikan
Bagi merealisasikan masyarakat penyayang, pendidikan merupakan saluran terpenting.
Misalnya, kementerian telah memasukkan nilai-nilai murni yang perlu ada pada individu
ke dalam sukatan pelajaran subjek Pengetahuan Moral, Agama Islam, Alam dan Manusia
dan Lukisan. Selain itu, aktiviti ko-kurikulum dapat menyemai nilai-nilai kasih sayang
kepada pelajar. Misalnya, semangat bekerjasama dan aktiviti rekreasi yang dijalankan
dapat mendekatkan manusia dengan alam sekitar. Penubuhan badan kebajikan di sekolah
juga merupakan satu lagi pendekatan ke arah mewujudkan masyarakat penyayang.
PENUTUP
Islam agama keamanan. Untuk mencapai keamanan sejagat, maka pembudayaan elemen
saling menghormati, berbakti, memberiKAN khidmat, menolong, melakukan kebajikan,
belas kasihan, timbang rasa, muafakat, mesra, timbang rasa, faham-memahami,
22
silaturrahum, hulur bantuan, hulur tenaga dan seumpanya menjadi suatu kepastian.
Perbincangan menunjukkan rahiman mampu membentuk individu dan masyarakat yang
harmoni di samping nilai-nilai mulia yang lain. Ketiadaan sifat kasih sayang akan
melahirkan manusia yang keras dan kasar hatinya. Kesannya masyarakat akan dinaungi
kesusahan dan bencana. Perkara inilah yang perlu dijauhi oleh masyarakat.
23
RUJUKAN
Abu Abdillah Muhammad ibn Ahmad al-Qurtubi, 2006. Al-Jamie li Ahkam al-Quran. Jilid 1.
Beirut: Muassah al-Risalah.
Abdul Rahman H. Habannakah al-Maidani, 1996. Al-Akhlak al-Islamiah wa Ususuha. Jilid 2.
Damsyik: Dar al-Qalam.
Ahmad A. Rahim Ibrahim, 1982. Al-Fadha’il al-Khuluqiyyah fi al-Islam. Riyadh: Dar al-Ulum
li al-Tiba’ah wa al-Nasyr.
Baalbaki, 1995. Al-Mawrid: A Modern Arabic- English Dictionary. Beirut: Dar al-Ilm
al- Malayeen.
Al-Bukhari, 2002. Sahih al-Bukhari (terjemahan H. Zainuddin Hamidy dll.). Singapura: Darel
Fajr Publishing House.
Kamus Dewan, Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jurnal Keputeraan, Jilid 1, 1433/2012. Jurnal tahunan keluaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
negeri Kelantan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ibn Kathir, 1994. Tafsir al-Qur’an al-Azim. Jilid 1. Kaherah: Dar al-Hadith.
Jamal al-Din Ibn Manzur, 2003. Lisan al-‘Arab. Jilid 8. Riyadh: Dar ‘Alam al-Kutub.
Kementerian Pendidikan Malaysia. Panduan Pelaksanaan Guru Penyayang.
http://praktikum.upsi.edu.my/Files%20Storage/LM/Guru%20Penyayang.pdf (1/8/2014)
Muhammad b. Abi Bakr al-Razi, 2008. Mu’jam Mukhtar al-Sihah. Beirut: Dar Sader Publishers.
Majma’ al-Lughah al-‘Arabiyyah, 1980. Al-Mu’jam al-Wajiz. Cairo: Dar al-Tahrir li al-Tab’ wa
al-Nasr.
http://ipgksm.edu.my/jabatan/jks/blogjks/wp-content/uploads/2013/11/Masyarakat-
Penyayang.doc (1/8/2014)
Muhammad Tahir Ibn ‘Asyur, 1984. Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir. Jilid 1. Tunis: Dar
al-Tunisiyyah li al-Nasr.
Muhamad bin Isa Tirmizi, 2006. Al-Jamie al-Sahih. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiah.
Muhammed bin Ibrahim al-Tuweijri, 2006. Mawsu‘at Fiqh al-Qulub. Jilid 3. Amman: Bayt
al-Afkar al-Dauliyyah.
Munir Mohamed Ghadban, 1997. Al-Manhaj al-Haraki li al-Sirah al-Nabawiyyah. Kaherah: Dar
al-Wafa’.
Muslim, 2003. Shahih Muslim (terjemahan Ma’mur Daud) Singapura: Darel Fajr Publishing
House.
24
Rashid Ridha, 1947. Tafsir al-Manar. Jilid I. Kaherah: Dar al-Manar.
Safyu al-Rahman al-Mubarakfuri, 1988. Al-Raheeq al-Makhtum. Kaherah: Dar al-Rayyan li
al-Turath.
Siti Norlina bt Muhamad, Ahmad Kilani Mohamed & Zulkifli Haron. Budaya Penyayang dalam
Kehidupan Masyarakat Islam: Antara Teori dan Praktis. http://repo.uum.edu.my/1804/1/7.pdf
(1/8/2014)
Nota:
Rujukan hadith di dalam kertas kerja ini dipetik daripada lawan web: http://hadith.al-islam.com/