rancangan pemasaran
DESCRIPTION
RANCANGAN PEMASARANTRANSCRIPT
RANCANGAN PEMASARAN
A. ANALISIS PASARAN
Konsep pemasaran syarikat kami dilaksanakan berdasarkan kepada kumpulan
sasaran. Kumpulan sasaran ini telah dikenalpasti berdasarkan kepada pengguna
produk dan kebarangkalian kumpulan sasaran menggunkan dan mendapatkan produk
dengan kerap. Syarikat ini menitik beratkan kualiti produk dan kepuasan setiap
kumpulan yang disasarkan..
KAEDAH PASARAN :
Pemasaran untuk makanan sejuk beku ini dilaksanakan berdasarkan kepada beberapa
kaedah seperti berikut:
a) Harga yang berpatutan dengan kualiti produk yang tinggi.
b) Pemasaran produk dan ujirasa kepada pengunjung Pasar Tani dan Pasar Malam
c) Pemasaran produk kepada pengusaha-pengusaha kantin sekolah dan pusat
PLKN
d) Pemasaran produk kepada pengusaha-pengusaha catering.
e) Pemasaran produk dan ujirasa di ekspo-ekspo anjuran jabatan kerajaan dan swasta.
a) Pemasaran produk di pengusaha-pengusaha Café-café hotel
b) Memasarkan produk di Hypermarket.
SENARAI PRODUK YANG DIHASILKAN
Bil Produk. Diskripsi produk
1 Keropok Crispy
Keropok Crispy – rangup dan tidak liat.- Terdapat beberapa rasa dan perisa bagi
menyaingi produk sediada: Perisa Original Perisa Kari Perisa “Black Pepper”
2 Popia Otak-Otak
Popia otak-otak Berinti Ikan yang diadun dengan
rempah dan sayur-sayur segar. Inti Ikan dibakar terlebih dahulu
didalam ketuhar Inti disalut dengan kulit popia yang
berkualiti.
3 Samosa
Samosa Berinti ayam dan daging yang
adun dengan rempah. Berinti sayur-sayuran segar Inti disalut dengan kulit popia
yang berkualiti.
4 Carry puff
Carry puff Berinti ayam dan daging yang
adun dengan rempah. Berinti kentang segar Berinti sadin. Berinti sambal ikan bilis dan
bawang
5 Dim sum
Dim Sum Berinti ayam dan daging yang
adun dengan rempah. Berinti kentang segar Berinti sadin. Berinti Udang Berinti Ketam
B. SASARAN PELANGGAN/PENGGUNA:
Pelanggan syarikat kami adalah terdiri daripada
1) Pengusaha Kantin Sekolah2) Pengusahan Kantin PLKN3) Café-Café Hotel4) Peruncit-peruncit kecil5) Orang perseorangan yang mendapatkan terus dari pasar tani dan pasar malam6) Pasar Mini dan Hypermarket
Pelanggan tetap kami setakat ini ialah :
1) 7 pengusaha kantin sekolah di sekitar Ipoh
2) 5 pasar mini dan sekitar ipoh dan batu gajah
3) Peruncit-peruncit kecil
4) Hotel Seri Malaysia Ipoh
5) Kantin PLKN Gopeng
C.KAWASAN PASARAN:
Kawasan pasaran kami buat masa ini di sekitar Ipoh dan kawasan-kawasan berdekatannya. Walaubagaimanapun syarikat kami berhasrat untuk menembusi pasaran di seluruh Perak dalam tempoh masa yang terdekat setelah mendapat pembiayaan pinjaman kelak.
D. SAIZ PASARAN BERPOTENSI
Maklumat dari soal selidik yang telah dijalankan oleh syarikat mendapati:
1. Individu/keluarga (Sebanyak 100 soal selidik telah diedarkan kepada isi rumah ):
a) Tidak mempunyai masa untuk menyediakan minuman pagi dan petang kepada keluarga disebabkan berkerjaya.
b) Menyediakan makanan ringkas kepada keluarga sebelum ke tempat kerja ataupun balik dari kerja.
c) Ingin berjimat daripada memberli makanan di luar untuk hidangan pagi dan petang mahupun “supper”.
d) Sedap dan berkualiti.
Anggaran pembeli yang berkeluarga di sekitar Ipoh
Anggaran Keluarga di Ipoh : 100,000 bilangan keluarga
Hanya 1% yang membeli produk : 1000 keluarga
Dari 1000 keluarga hanya 10% : 100 Keluargamembeli 5 bungkus minggu
Harga setiap bungkus : RM 6.00
Daripada keseluruhan keluarga di ipoh yang membeli produk iaitu 1000
keluarga hanya 10% sahaja yang merupakan pelanggan tetap yang membeli 5
produk setiap minggu:
1000 x 10 % = 100 keluarga
100 x 5 bungkus produk seminggu = 500 bungkus produk seminggu
4 minggu x 500 produk/minggu = 2000 bungkus produk sebulan
2000 bungkus produk sebulan x RM 6.00/bungkus = RM 12,000.00
2. Kantin Sekolah dan Kantin PLKN
a) Bekalan tidak putus dan mudah untuk didapati.
b) Harga yang berpatutaan.
c) Servis penghantaran
Anggaran bilangan produk kantin sekolah.
Jumlah kantin Sek. di Ipoh : 378 sekolah
Purata seminggu : 150 bungkus produk pelbagai jenis
Harga sebungkus : RM 4.50
Oleh yang demikian:
Diandaikan hanya 2% menjadi pelanggan tetap kami iaitu 8 sekolah
150 x 4 minggu = 600 bungkus sebulan
600 x RM 4.50 = RM 2700.00
RM 2700.00 x (Jumlah kantin Sek.)
= RM 2700.00 x 8
= RM 21600.00
3. Café-café hotel
a. Bekalan tidak putus dan mudah untuk didapati.
b. Harga yang berpatutaan.
c. Servis penghantaran
Bilangan Hotel di Ipoh (semua saiz) : 185 buah
Purata seminggu (bilangan produk diambil) : 150 bungkus pelbagai
jenis
Harga sebungkus : RM 4.50
Oleh yang demikian:
Diandaikan hanya 2% menjadi pelanggan tetap kami iaitu 4 hotel
150 x 4 minggu = 600 bungkus sebulan
600 x RM 4.50 = RM 2700.00
RM 2700.00 x (Jumlah hotel)
= RM 2700.00 x 4
= RM 10800.00
4. Peruncit-peruncit dan peniaga-peniaga kecil
a. Bekalan tidak putus dan mudah untuk didapati.
b. Harga yang berpatutaan.
Bilangan peruncit dan peniaga : 15 orang
Purata seminggu (bilangan produk diambil) : 50 bungkus pelbagai
jenis
Harga sebungkus : RM 4.50
Oleh yang demikian:
50 x 4 minggu = 200 bungkus sebulan
200 x RM 4.50 = RM 900.00
RM 900.00 x 15 peruncit dan peniaga )
RM 13500.00
F. RAMALAN JUALAN
Ramalan Jualan
Kaedah PemasaranBula
n
Jualan bungkus
Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3
Jualan Runcit kepada pengguna
terakhir
1 - 210 350
2 - 230 350
3 - 280 380
4 150 280 420
5 160 320 420
6 180 350 410
7 220 250 380
8 210 380 450
9 190 240 500
10 180 240 500
11 210 360 500
12 210 380 510
Pengusaha kantin sekolah
1 - 630 680
2 - 580 700
3 - 510 700
4 420 590 680
5 430 600 680
6 500 650 800
7 550 620 800
8 570 670 750
9 750 700 750
10 650 730 800
11 550 710 800
12 600 680 800
Dapur Hotel
1 - 150 350
2 - 120 350
3 - 170 350
4 - 180 350
5 - 180 340
6 - 200 360
7 - 210 310
8 120 250 310
9 180 250 350
10 210 260 360
11 200 320 350
12 160 310 350
Hypermarket
1 - - 400
2 - - 400
3 - - 400
4 - - 400
5 - - 500
6 - - 500
7 - 250 500
8 - 250 500
9 - 250 600
10 - 250 600
11 - 250 600
12 - 250 600
PESAING UTAMA
Nama Pesaing Kekuatan Kelemahan
Industri Keropok Teronoh (membekal keropok)
Telah memulakan perniagaan selama 15 tahun.
Banyak pengalaman dalam urusan pembeliaan bahan mentah dan jaringan perniagaan
Mempunyai hampir 15 jenis keropok.
Menjual dengan harga yang murah daripada pengeluar keropok lain.
Menjual secara runcit dan borong sahaja
Tiada inovasi dalam pembuatan keropok
Kualiti keropok yang agak rendah
Kak Yah Keropok Manjung (membekal keopok)
Telah memulakan perniagaan selama 15 tahun.
Banyak pengalaman dalam urusan pembeliaan bahan mentah dan jaringan perniagaan
Hanya menumpukan perniagaan di sekitar daerah Manjung dan hilir Perak
INFLOW Sdn Bhd (Membekal makanan Sejuk
Beku)
Telah memulakan perniagaan selama 10 tahun.
Pengarah Urusan adalah bekas pegawai FAMA
Pengerusi Pasar Tani TEMAN
Tiada produk sendiri cuma menjadi “Trading company” kepada pengusaha-perngusaha kecil
Tiada pengkursusan produk yang dijual.
NOVA Sdn Bhd (membekal keropok dan
bebola ikan)Telah memulakan perniagaan selama 5 tahun.
Banyak pengalaman dalam urusan pembeliaan bahan mentah dan jaringan perniagaan
Menjual dengan harga yang agak tinggi berbanding dengan pengusaha keropok yang lain.
Rasa keropok agak masam.
Menembusi pasaran pasar raya.
Bkay Enterprise (makanan sejuk beku)
Menumpukan secara serius mengusahakan karipap, otak-otak dan pizza sejuk beku.
Rasa enak dan harga yang berpatutan
Baru menceburi bidang makanan sejuk beku
Hanya menumpukan perniagaan runcit sahaja
Kurang pekerja dan pengeluaran terhad.