sistem pump down
TRANSCRIPT
SISTEM PUMP DOWN
Satu kaedah mengumpul semua bahan pendingin (refrigerant) di condenser atau receiver tank
atau kedua-duanya sekali. Pump down adalah satu kerja yang penting didalam kerja menukar
komponen kerana melibatkan penjimat bahan pendingin dengan jumlah yang banyak.
-Tujuan pump down
Memudahkan kerja-kerja pembaikan contohnya, menukar TXV, membaiki pemampat, menukar
filter drier dan sebagainya tanpa pembaziran bahan pendingin (refrigerant).
-Peralatan Yang Diperlukan
1. Manifould Gauge
2. Allen Key
-Melakukan Kerja Pump Down
1. Pasangkan tolok pancarongga
2. Running system selama 15 minit bagi menstabilkan tekanan
3. Tutup high side valve
4. Tutup sepenuhnya low side valve selepas bacaan tolok tekanan mencecah 0 psi.
5. Matikan sistem
Recovery System
Recovery system mempunyai tiga tatacara pengendalian iaitu proses mengeluarkan gas dari system, proses pengusian, proses memasukkan gas ke dalam sistem
-Tujuan recovery system
Tujuan melakukan recovery system adalah untuk memasukkan gas atau mengeluarkan gas ke
system.
-Peralatan Yang Diperlukan
1. Recovery Machine
2. Auto Weighing Scale
3. Manifoul Gauge
4. Recovery Cylinder
5. Filter Dryer
6. Micron Gauge
-Melakukan Recovery System
1. proses mengeluarkan gas dari system
1. pastikan pemasangan salur pada outdoor, tolok pancaroga, filter, recovery system, dan
silinder gas dipasang dengan betul
Lakaran penyambungan salur
2. apabila selesai menyambung kesemua salur, buka kesemua injap pada tolok penanda,
recovery system (suction,discharge) dan juga pada silinder gas.
filter
3. Jarum meter pada tolok penanda akan menunjukkan bacaan tekanan gas pada outdoor
apabila kesemua injap telah dibuka.
Recovery system
4. Seterusnya, pemulas pada recovery system akan dipusingkan kepada recovery.
5. buka suis elektrik pada recovery system dan tunggu sehigga jarum meter pada tolok
pancaroga menunjukkan angka kosong. Ini bererti gas pada outdoor telah kosong dan
dipindahkan ke silinder gas.
6. Akhir sekali pemulas pada recovery system akan dipusingkan ke self clearing dan tutup
kesemua injap pada recovery system (suction, discharge), tolok penanda dan silinder gas.
2. Proses Pengungsian ( Pengosongan)
Pengungsian perlu dilakukan sebelum membaiki kebocoran atau mengganti
alat-alat yang rosak.
Cara-cara pengungsian :
1- Pasangkan injap servis pada tiub servis bahagian tekanan rendah di
pemampat.
2- Pasangkan hos pam vakum pada injap servis dan biarkan injap terttutup.
3- Jalankan pam vakum. Buka injap nyahcas dan perlahan-lahan buka injap
servis pada pemampat
4- Buka injap servis pada pam vakum perlahan-lahan untuk mengelak minyak di
dalam pemampat di sedut keluar.
5. Jalankan pam vakum selama 15 minit atau sehingga 500 mikron atau 76 cm
Hg pada tolok tekanan rendah. Setelah pam berfungsi selama 30 minit, tutup
injap pada pam vakum, lihat jarum di tolok vakum jika naik terdapat
kebocoran pada sistem tersebut.
6- Tutup injap servis di pemampat dan hentikan pam vakum.
7.Masukkan sedikit bahan pendingin dan uji kebocoran pada bahagian tekanan
rendah. Jalankan sistem dan lakukan juga pada bahagian tekanan tinggi.
8- Lakukan pelegaan bahan pendingin yang dicas tadi bagi membantu
mengeluarkan kelembapannya.
9- Jalankan pam vakum semula dan lakukan proses pengungsian seperti di atas
selama 30 minit lagi sehingga bacaan tolok vakum 500 mikron atau 76 cm
Hg.
3. Proses memasukkan gas ke dalam system
1. pastikan pemasangan salur pada outdoor, tolok pancaroga, filter, recovery system, weight
scale dan silinder gas dipasang dengan betul.
2. apabila selesai menyambung kesemua salur, buka kesemua injap pada tolok penanda,
recovery system (suction,discharge) dan silinder gas.
3. Buka suis pada weight scale dan bacaan pada weight menunjukkan 0kg. Kemudian
angkat silinder gas dan diletakkan diatas weight scale. Bacaan berat silinder gas
dinyatakan pada bacaan weight scale.
4. Tetapkan kandungan gas (kg) pada weight scale, pusingkan pemulas pada recovery
system ke recovery. Kemudian buka suis elektrik pada recovery system. Jarum pada
meter tolok pancaroga juga akan meningkat sebaik sahaja suis pada recovery system
dihidupkan.
5. Apabila bacaan pada weight scale menunjukkan kandungan gas yang dikehendaki, tutup
suis pada weight scale dan pemulas pada recovery system dipusingkan ke self clearing
6. Akhir sekali tutup kesemua injap pada tolok pancaroga, recovery system (suction,
discharge), dan juga pada silinder gas.
Kumpulan 7 Sedang Melakukan Proses Recovery