soo lee teng 830921-07-5422 ppg 21963 12

23
1 SIDANG AKADEMIK 2012 SEMESTER 3 NAMA : SOO LEE TENG NO MATRIK : PPG 21963/12 NO K/P : 830921-07-5422 PENGKHUSUSAN : PRA SEKOLAH PENSYARAH : DR. AZIDAH ABU ZIDEN KAE 3013 TUGASAN INDIVIDU EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Upload: sue-zini

Post on 02-Dec-2015

60 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: SOO LEE TENG 830921-07-5422 PPG 21963 12

1

SIDANG AKADEMIK 2012

SEMESTER 3

NAMA : SOO LEE TENG

NO MATRIK : PPG 21963/12

NO K/P : 830921-07-5422

PENGKHUSUSAN : PRA SEKOLAH

PENSYARAH : DR. AZIDAH ABU ZIDEN

KAE 3013

TUGASAN INDIVIDU

EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Page 2: SOO LEE TENG 830921-07-5422 PPG 21963 12

2

EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK (KAE3013) TUGASAN 1

SCRIBBLING STAGE (5 – 7 tahun) Pada tahap ini kebanyakan para pelajar akan menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan. Peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama, mereka akan melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan..

MANIPULATIVE STAGE (7 – 9 tahun)

Pada tahap ini kebanyakan para pelajar akan menunjukkan lukisan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat disekelilingnya. Lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar.

SYMBOL MAKING STAGE (9 – 12 tahun) Pada tahap ini kebanyakan para pelajar akan menunjukkan lukisan dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Imej yang dilukis secara realistic dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan para pelajar mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karyanya sendiri. Mereka mula membandingkan karya sendiri dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit invidualistik serta menitik beratkan kualiti karya yang dihasilkan.

Page 3: SOO LEE TENG 830921-07-5422 PPG 21963 12

3

SCRIBBLING STAGE (5 – 7 tahun) Tajuk Lukisan : Rumah Kesayangan Aku

Nama : Ong Pei Yu

Umur : 5 tahun

Jantina : Perempuan

ANALISA

Visual /expressive concept

: Lukisan pelajar ini tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan simbol. Pelajar ini banyak dipengaruh oleh rakan sebayanya kerana kebanyakkan bentuk rumah yang dilukis pada umur peringkat ini adalah sama rupanya. Matahari yang dilukis juga merupakan satu simbol dan diwarnai warna kuning dan jingga. Pagar di sekeliling rumahnya diberikan warna ungu berat dan ungu ringgan, warna ungu memang disukai budak perempuan. Garisan yang wujud dalam lukisan ini merupakan contengan garisan terkawal. Pelajar ini juga melukiskan bunga di rumpun dan halaman rumah, lukisan bunga ini juga merupakan sejenis simbol.

Graphic idea : Lukisan ini disusun rapi mengikut cara dan gaya yang sepatut berada di seseorang kanak-kanak yang berumur 5 tahun. Oleh itu, harmoni wujud dalam lukisan ini. Tujuan untuk menghasilkan kesan harmoni adalah untuk menarik perhatian pada sesuatu imej.

Material Treatment

: Pensil, krayon

Page 4: SOO LEE TENG 830921-07-5422 PPG 21963 12

4

SCRIBBLING STAGE (5 – 7 tahun) Tajuk Lukisan : Rumah Kesayangan Aku

Nama : Loh En Jin

Umur : 5 tahun

Jantina : Perempuan

ANALISA

Visual /expressive concept

: Pelajar ini menghasilkan lukisan yang mempunyai simbol. Rumah yang dilukisnya jenis dua tingkat, bentuk rumahnya tetap sama seperti rumah yang dihasilkan oleh budak lain yang berumur 5 tahun. Kemungkinan besar rumah pelajar ini memang jenis rumah yang bertingkat dua oleh itu dia telah menghasilkan karya ini. Terdapat dua kuntum bunga disebelah kiri. Jalan yang boleh dilukisnya berwarna hitam dan terdapat garisan tengah yang berwarna putih seperti yang biasa kita dapat Nampak di alam realistik. Melalui lukisan ini boleh diketahui bahawa pelajar ini mempunyai pemerhatian visual yang aktif.

Graphic idea : Dari segi imbangan, kelihatan keadaan gubahan yang tidak sama berat. Matahari dan bunga dilukis di sebelah kiri tetapi tidak ada objek yang dilukis di sebelah kanan. Tidak ada penegasan yang wujud dalam lukisan ini dan kebosanan boleh dirasai. Warna yang diwarnai dalam rumahnya mempunyai kontra, dia telah menggunakan warna merah dan warna hijau untuk membezakan tingkat satu dan tingkat dua di rumahnya.

Material Treatment

: Pensil, krayon

Page 5: SOO LEE TENG 830921-07-5422 PPG 21963 12

5

SCRIBBLING STAGE (5 – 7 tahun) Tajuk Lukisan : Rumah Kesayangan Aku

Nama : Saw Wei Xin

Umur : 6 tahun

Jantina : Perempuan

ANALISA

Visual /expressive concept

: Pelajar ini berumur 6 tahun, gambar rumah yang dihasil memang melebihi hasil yang disampaikan oleh budak lain pada tahap ini. Dia telah melukis sebuah rumah yang cantik dan berjaya menarik perhatian orang lain. Lukisannya mempunyai ton warna dari warna yang ringan sampai ke warna yang dalam. Tingkap rumahnya dipasang langsir yang warnanya padan dengan warna dinding rumahnya. Pelajar ini merupakan seseorang yang mengandungi pemerhatian yang sangat halus.

Graphic idea : Sebuah karya seni yang mempunyai keseimbangan, kontra, penegasan dan juga kepelbagaian. Lukisan ini dalam keadaan gubahan yang sama kecerahan warna, sama padan dan sama gaya penampilan. Karya ini mempunyai cirri-ciri yang bertentangan antara satu sama lain. Ini Bertujuan untuk menimbulkan kesan yang menarik pada sesebuah karya seni. Lukisan ini telah menggabungkan pelbagai objek yang sepatutnya ada di sekeliling kawasan rumah dan susunan serta idea yang wujud dalam lukisan ini telah menonjolkan lagi kepelbagaiannya.

Material Treatment

: Pensil, krayon

Page 6: SOO LEE TENG 830921-07-5422 PPG 21963 12

6

SCRIBBLING STAGE (5 – 7 tahun) Tajuk Lukisan : Haiwan Lautan

Nama : Lee Zi Qian

Umur : 6 tahun

Jantina : Lelaki

ANALISA

Visual /expressive concept

: Pelajar ini memperkenalkan haiwan di dalam lautan yang terdiri daripada pelbagai jenis hidupan laut. Lukisan ini dipenuhi dengan keharmonian tetapi tidak ada ton warna yang menarik. Kelihatan semua haiwan dalam lautan ini dalam keadaan yang terkejut kecuali penyu yang bebas berenang. Tumbuhan lautnya dilukis dengan tidak begitu menarik mungkin kerana ini merupakan contengan garisan terkawal.

Graphic idea : Kontra telah diwujudkan dalam lukisan ini dan dapat dilihat dari segi saiz haiwan, ada yang bersaiz besar dan ada yang bersaiz kecil. Warna yang digunakan tidak menawan dan juga idea untuk menghasilkan sebuah hasil karya seni yang menarik kurang memuaskan. Dari segi keseimbangan, masih memuaskan.

Material Treatment

: Pensil, krayon

Page 7: SOO LEE TENG 830921-07-5422 PPG 21963 12

7

SCRIBBLING STAGE (5 – 7 tahun) Tajuk Lukisan : Tarian Singa

Nama : Lim Zi Jing

Umur : 7 tahun

Jantina : Lelaki

ANALISA

Visual /expressive concept

: Pelajar ini berjaya menghasilkan satu karya seni yang cukup menarik mengikut umurnya. Tarian Singa ini telah diberi ‘nyawa’ dan cukup menarik perhatian. Walaupun didapati contengan tidak terkawal masih wujud dalam lukisannya, tetapi keseluruhannya sangat memuaskan. Ton warna yang digunakan dalam lukisan ini sangat menarik. Dua tanglung yang besar dilukis di tempat paling atas dalam kertas lukisan ini. Mercun yang dilukis memenuhi bahagian kanan atas kertas lukisan ini. Di bahagian bawah lukisan ini pula dipenuhi dengan bunga yang selalunya hanya akan menumbuh semasa waktu Tahun Baru Cina. Terlihatlah pelajar ini mempunyai pemerhatian yang sangat halus.

Graphic idea : Lukisan ini mempunyai ciri-ciri yang bertentangan di antara satu sama. Ianya bertujuan untuk menimbulkan kesan yang menarik pada sesebuah karya seni. Kontra berkait rapat dengan penegasan kerana semakin tinggi kadar kontra semakin jelas penegasan. Penegasan dalam lukisan ini telah menarik perhatian dan tumpuan kepada pemerhatian tampak. Ianya berfungsi sebagai daya penarik, pemusatan karya, mengelak kebosanan dan menjadikan gubahan lebih dramatik. Pergerakan juga wujud kerana terdapatnya keadaan yang bersinar-sinar. Pergerakan ini telah memberi ‘nyawa’ dan bentuk visual dalam karya seni ini.

Material Treatment

: Pensil, krayon

Page 8: SOO LEE TENG 830921-07-5422 PPG 21963 12

8

ANIPULATIVE STAGE (7-9 TAHUN) Tajuk Lukisan : Buah-buahan Tempatan

Nama : Chua Wan Jin

Umur : 7 tahun

Jantina : Perempuan

ANALISA

Visual /expressive concept

: Pelajar ini memperkenalkan buah-buahan tempatan yang terdiri daripada nanas, betik, pisang, manggis, tembikai, rambutan dan durian. Pelajar ini berupaya mengaplikasikan warna yang berbeza dan sesuai bagi membezakan buah-buahan tersebut. Kelihatan warna kuning digunakan bagi mewakili nanas dan pisang, warna hijau digunakan bagi mewakili tembikai dan durian, warna jingga dan kuning digunakan bagi mewakili buah betik yang masak, warna merah digunakan bagi mewakili tembikai yang dipotong dan rambutan manakala warna ungu digunakan bagi mewakili buah manggis. .

Graphic idea : Dari segi imbangan, kelihatan keadaan gubahan yang tidak sama berat. Buah durian yang dilukis di sebelah buah tembikai kelihatan kecil. Imbangan simetri tidak wujud dalam lukisan ini. Buah-buahan yang dilukis tidak mengikut saiz dalam dunia realistik. Buah rambutan sangat kecil manakala buah tembikai yang dipotong sama besar dengan buah durian yang dibelah.

Material Treatment

: Pensil, krayon

Page 9: SOO LEE TENG 830921-07-5422 PPG 21963 12

9

MANIPULATIVE STAGE (7-9 TAHUN) Tajuk Lukisan : Buah-buahan Tempatan

Nama : Jesslyn Lau Hui En

Umur : 7 tahun

Jantina : Perempuan

ANALISA

Visual /expressive concept

: Pelajar ini memperkenalkan buah-buahan tempatan yang terdiri daripada betik, durian, tembikai, pisang, manggis, dan rambutan. Pelajar ini berupaya mengaplikasikan warna yang berbeza dan sesuai bagi membezakan buah-buahan tersebut. Kelihatan warna jingga dan kuning digunakan bagi mewakili buah betik yang masak, warna hijau digunakan bagi mewakili tembikai dan durian, warna kuning digunakan bagi mewakili pisang, warna ungu digunakan bagi mewakili buah manggis manakala warna merah digunakan bagi mewakili rambutan dan tembikai yang dipotong.

Graphic idea : Dari segi imbangan, kelihatan keadaan gubahan yang sama berat, sama padan dan sama gaya penampilan. Buah durian yang dilukis di belakang sekali kelihatan kecil, dari sini kelihatan imbangan simetri wujud dalam lukisan ini. Buah-buahan yang dilukis telah mengikut saiz dalam dunia realistik. Rambut rambutan telah dilukis dengan menandakan garis pendek yang berwarna hitam, garis pendek berwarna hitam ini telah menunjukkan simbol rambut rambutan itu. Demi menunjukkan buah-buahan tempatan ini merupakan buah-buahan kegemaran bagi pelajar ini, dia telah melukis bintang-bintang yang berwarna hijau dalam lukisannya.

Material Treatment

: Pensil, krayon

Page 10: SOO LEE TENG 830921-07-5422 PPG 21963 12

10

MANIPULATIVE STAGE (7-9 TAHUN) Tajuk Lukisan : Buah-buahan Tempatan

Nama : Goh Yu Jie

Umur : 7 tahun

Jantina : Lelaki

ANALISA

Visual /expressive concept

: Pelajar ini memperkenalkan buah-buahan tempatan yang terdiri daripada betik, tembikai, manggis dan rambutan. Pelajar ini berupaya mengaplikasikan warna yang berbeza dan sesuai bagi membezakan buah-buahan tersebut. Kelihatan warna jingga dan kuning digunakan bagi mewakili buah betik yang masak, warna hijau digunakan bagi mewakili tembikai, warna merah digunakan bagi mewakili tembikai yang dipotong dan rambutan, warna ungu digunakan bagi mewakili buah manggis manakala warna putih digunakan untuk mewakili isi manggis .

Graphic idea : Lukisan ini telah mewujudkan keadaan gubahan yang sama sempadan, sama berat dan sama kecerahan warna. Keharmonian telah wujud dalam lukisan ini kerana susunan buah-buahan itu mengikut cara dan gaya yang tertentu. Kontra telah diwujudkan dalam buah tembikai, buah betik serta buah manggis. Pelajar ini telah menggunakan warna yang bertentangan demi mewujudkan kerealisasi buah-buahan itu. Ini telah berjaya menimbulkan kesan yang menarik pada sebuah karya seni. Pelajar ini telah melukis dua hati yang berwarna merah untuk menandakan kegemarannya terhadap buh-buahan ini.

Material Treatment

: Pensil, krayon

Page 11: SOO LEE TENG 830921-07-5422 PPG 21963 12

11

MANIPULATIVE STAGE (7-9 TAHUN) Tajuk Lukisan : Alam Sayur-sayuran

Nama : Khor Jia jia

Umur : 8 tahun

Jantina : Perempuan

ANALISA

Visual /expressive concept

: Pelajar ini menghasilkan satu lukisan yang kreatif, sayur-mayur yang dilukisnya telah dihidupkan. Sayur ini telah ditambahkan mata, mulut, tangan dan juga kaki. Sayur-mayur ini berasa sangat gembira dan tangan mereka memegang satu belon masing-masing. Sayur-mayur ini telah diwarnai warna yang menarik dan mempunyai ton warna. Lukisan ini sangat memuaskan kerana pelajar ini dapat menghasilkan satu karya seni yang kreatif dan tidak membosankan.

Graphic idea : Sayur-mayur ini telah diberi Pergerakan kerana tdidapati tangan sayur-mayur itu yang sedang bergetar, pergerakan ini telah memberi ‘nyawa’, dan bentuk visual dalam karya seni ini. Kepelbagaian juga terdapat dalam karya seni ini kerana terwujudnya keadaan penggabungan pelbagai gaya dan idea yang berbeza. Susunan unsur-unsur seni yang bertentangan arah dan berbeza saiznya telah mewujudkan kepelbagaian. Olahan motif yang kemas, teratur, lengkap dan sempurna telah mewujudkan kesatuan.

Material Treatment

: Pensil, krayon

Page 12: SOO LEE TENG 830921-07-5422 PPG 21963 12

12

MANIPULATIVE STAGE (7-9 TAHUN) Tajuk Lukisan : Haiwan Lautan

Nama : Boo Yong Kang

Umur : 8 tahun

Jantina : Lelaki

ANALISA

Visual /expressive concept

: Pelajar ini memperkenalkan haiwan di dalam lautan yang terdiri daripada hanya 3 jenis hidupan laut. Lukisan ini dipenuhi dengan keharmonian. Semua benda hidup dalam lukisan ini telah di lukis dengan kraetif. Kelihatan penyu senyum dengan gembira. Mimik muka ikan menandakan ia mempunyai kebebasan yang cukup memuaskan. Ketam itu sedang berjalan di dalam dasar laut. Terdapat batu dalam dasar laut itu dan terdapat banyak tumbuhan laut dalam laut itu. Didapati dasar laut itu dilukis dengan begitu luas.

Graphic idea : Lukisan ini tidak seimbang kerana dasar lautnya dilukis terlalu luas. Hanya seekor ikan yang dilukis dalam lukisan ini. Didapati tidak memenuhi tema lukisan ini. Lukisan ini tidak mempunyai kepelbagaian kerana tidak ada keadaan penggabungan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza.

Material Treatment

: Pensil, krayon

Page 13: SOO LEE TENG 830921-07-5422 PPG 21963 12

13

SYMBOL MAKING STAGE (9-12 TAHUN) Tajuk Lukisan : Melawat ke Zoo Negara

Nama : Bu Yong Jun

Umur : 9 tahun

Jantina : Lelaki

ANALISA

Visual /expressive concept

: Pelajar ini memperkenalkan gambaran sewaktu dia dan ahli keluarganya melawat ke Zoo Negara. Jelas kelihatan mereka amat menikmati semasa melawat ke zoo. Sekeluarga mereka memberi makanan kepada arnab dan kelihatan seronok dapat mendekati haiwan dalam zoo. Pelajar ini berasa gembira semasa memberi makanan kepada gajah dan zirafah. Bapanya memakai sarung tangan semasa memberi makanan kepada haiwan-haiwan itu. Kakaknya senyum dengan gembira kerana berpeluang menyentuh hidung gajah yang panjang itu. Keluarganya kelihatan berada dalam keadaan yang harmoni dan gembira.

Graphic idea : Keharmonian wujud di dalam lukisan ini kerana munculnya susunan ulangan unsur-unsur seni dengan melukis gajah dan zirafah telah diasingkan daripada arnab dan kura-kura. Ini telah berjaya menarik perhatian pada gubahan tema ini melalui gambaran objek yang hendak disampainya. Kontra telah diwujudkan dalam lukisan ini kerana ia mempunyai ciri-ciri yang bertentangan seperti haiwan yang berbadan kecil serta haiwan yang berbadan besar. Ini akan mengelakkan kebosanan dan menjadikan gubahan lebih dramatik.

Material Treatment

: Pensil, krayon

Page 14: SOO LEE TENG 830921-07-5422 PPG 21963 12

14

SYMBOL MAKING STAGE (9-12 TAHUN) Tajuk Lukisan : Melawat ke Zoo

Nama : Ooi Yin Hui

Umur : 9 tahun

Jantina : Perempuan

ANALISA

Visual /expressive concept

: Pelajar ini memperkenalkan gambaran semasa dia melawat ke zoo. Dia telah melukis gajah, buaya dan zirafah dalam lukisannya. Emak berada jauh daripada dia manakala dia berjalan dengan pantas bersama adik lelakinya untuk melihat dengan lebih jelas tentang haiwan kegemaran mereka. Haiwan yang paling disukainya ialah zirafah manakala haiwan kegemaran adiknya ialah buaya. Buaya yang dilukisnya berada dalam kolam.

Graphic idea : Proses pemerhatian pelajar ini kurang memuaskan, dia telah melukis buaya yang hanya berkaki dua. Tetapi dia telah menggabungkan pelbagai idea yang berbeza, misalnya gajah yang kelihatan lebih kecil kerana berada sedikit jauh dari tempat yang dia berdiri. Susunan yang berbeza saiz akan mewujudkan kepelbagaian. Dia telah menggunakan garis yang melengkung-lengkung untuk mewakili awan . Dia mewarnai awan dengan warna biru. Untuk menandakan waktu sudah menjelang senja, dia mewarnai langit dengan sedikit warna merah.

Material Treatment

: Pensil, krayon, warna air

Page 15: SOO LEE TENG 830921-07-5422 PPG 21963 12

15

SYMBOL MAKING STAGE (9-12 TAHUN) Tajuk Lukisan : Melawat ke Zoo

Nama : Tan Li Pin

Umur : 9 tahun

Jantina : Perempuan

ANALISA

Visual /expressive concept

: Pelajar ini memperkenalkan gambaran semasa dia melawat ke zoo bersama ahli keluarganya. Kelihatan mereka berdiri jauh dari haiwan-haiwan yang terdapat dalam zoo dan hanya melihat haiwan itu dari tempat yang jauh dan selamat. Adik bongsunya yang rendah telah dijunjung oleh bapanya. Abangnya menangkap gambar haiwan-haiwan yang terdapat dalam zoo. Mereka kelihatan begitu teruja dan gembira apabila berada di zoo. Haiwan yang dilukisnya ialah monyet, zirafah, zebra, harimau serta hippo yang bermulut besar. Haiwan-haiwan itu telah dikurung di tempat yang tidak akan membahayakan pelawat ke zoo itu. Mereka berada di zoo sampai waktu senja.

Graphic idea : Pelajar ini lebih menitik beratkan haiwan yang dilukisnya berbanding dengan manusia yang dilukisnya. Keadaan gubahan tidak sama sempadan dan terasa sangat berat di bahagian atas lukisannya. Haiwan yang dilukis sangat besar manakala manusia hanya dilukis sebahagian sahaja. Tetapi tidak dapat dinafikan bahawa pelajar ini memang berjaya dalam segi kontra. Dia menggunakan cirri-ciri yang bertentangan seperti warna di dalam kolam, rumput, pokok dan sebagainya. Dia telah menimbulkan kesan yang menarik pada sebuah karya seni.

Material Treatment

: Pensil, krayon

Page 16: SOO LEE TENG 830921-07-5422 PPG 21963 12

16

SYMBOL MAKING STAGE (9-12 TAHUN) Tajuk Lukisan : Melawat ke Zoo

Nama : Chong Xin Yan

Umur : 9 tahun

Jantina : Perempuan

ANALISA

Visual /expressive concept

: Pelajar ini memperkenalkan zoo yang pernah dikunjunginya. Dia melawat ke zoo ini bersama-sama ahli keluarganya. Dia telah melukis pelbagai haiwan yang terdapat dalam zoo ini. Antara haiwan yang masih kekal dalam ingatannya terdapat ular, monyet, rusa, buaya serta singa. Semua haiwan telah dilukis dalam rupa bentuk yang menarik. Dia juga berjaya menghasilkan sebuah lukisan yang harmoni dan menarik perhatian orang ramai. Semua benda yang wujud dalam lukisan ini bagai diberikan nyawa.

Graphic idea : Dari segi imbangan, kelihatan keadaan gubahan yang sama gaya penampilan. Haiwan-haiwan telah dilukis di semua bahagian kertas lukisan. Manusia yang dilukis terdapat pelbagai pergerakkan. Kepelbagaian idea tercetus dalam lukisan ini, ternampak pelukis gambar ini telah mengadakan susunan yang bertentangan arah dan berbeza saiznya. Contohnya ular, rusa dan monyet yang bersaiz kecil manakala singa, zirafah dan buaya yang bersaiz besar.

Material Treatment

: Pensil, krayon

Page 17: SOO LEE TENG 830921-07-5422 PPG 21963 12

17

SYMBOL MAKING STAGE (9-12 TAHUN) Tajuk Lukisan : Elakkan Tabiat Merokok

Nama : Tan Zi Xuan

Umur : 12 tahun

Jantina : Perempuan

ANALISA

Visual /expressive concept

: Pelajar ini memperkenalkan lukisan yang membawa mesej - Elakkan Tabiat Merokok akan menjamin kesihatan sekeluarga. Dalam lukisan ini terdapat satu putung rokok yang sangat besar yang sedang dinyala. Di luar putung rokok itu, terdapat satu simbol yang menandakan merokok adalah tidak digalakkan dan merupakan satu tabiat yang akan membahayakan kesihatan. Di bahagian bawah poster ini, ahli keluarga yang terdiri daripada datuk, nenek, bapa, ibu serta anak. Sekeluarga ini kelihatan sangat bahagia kerana tidak ada ahli keluarga yang merokok. Mereka bebas daripada segala penyakit yang bakal membahayakan kesihatan mereka. Poster ini berjaya memberi mesej yang hendak disampaikan oleh lukisan ini.

Graphic idea : Poster ini telah memberi satu reka bentuk komunikasi yang berfungsi dan berjaya menyampaikan mesej dan intipati daripada gubahan idea tentang Elakkan Tabiat Merokok. Poster ini telah berjaya memaparkan elemen-elemen yang bakal berada dalam kempen Elakkan Tabiat Merokok.

Material Treatment

: Pensil, warna air

Page 18: SOO LEE TENG 830921-07-5422 PPG 21963 12

18

SYMBOL MAKING STAGE (9-12 TAHUN) Tajuk Lukisan : Haiwan Dalam Lautan

Nama : Loh Ke Jing

Umur : 12 tahun

Jantina : Perempuan

ANALISA

Visual /expressive concept

: Pelajar ini memperkenalkan haiwan-haiwan yang berada di dalam dunia bawah lautan. Dia telah melukis sekor penyu yang besar dan comel, mimik muka penyu itu dipenuhi dengan senyuman. Dua ekor ikan kecil berenang bertentangan penyu dan juga berada dalam keadaan yang gembira. Ikan nemo yang dilukisnya kelihatan sangat gembira, mulutnya senyum besar kerana berada dalam lautan yang bersih itu. Terdapat seekor kerang di dasar laut, kelihatan dia berasa bosan kerana tidak dapat bergerak bebas seperti kawannya yang berenang dalam lautan yang luas itu. Coral yang dilukisnya berwarna biru dan kuning. Batu dan rumpai laut yang dilukisnya berwarna hijau.

Graphic idea : Kontra telah diwujudkan dalam lukisan ini dan dapat dilihat dari segi saiz haiwan, warna, dan juga idea untuk menghasilkan sebuah hasil karya seni yang menarik perhatian. Karya seni ini dipenuhi dengan suasana yang harmoni. Pelajar ini telah menyusun unsur-unsur seni mengikut urutan yang sepatutnya. Seperti penyu dan ikan kecil yang berenang bertentangan arah; haiwan yang bebas bergerak dan kerang yang hanya duduk disana dan berasa bosan.

Material Treatment

: Pensil, warna air

Page 19: SOO LEE TENG 830921-07-5422 PPG 21963 12

19

SYMBOL MAKING STAGE (9-12 TAHUN) Tajuk Lukisan : Haiwan Bawah Lautan

Nama : Cheah Qing Ling

Umur : 12 tahun

Jantina : Lelaki

ANALISA

Visual /expressive concept

: Pelajar ini memperkenalkan haiwan lautan yang berpandukan alam lautan yang sebenar. Ikannya dilukis mengikut saiz yang sepatutnya dan tumbuhan laut juga diwarnai dengan warna yang biasa dinampak dalam lautan yang sebenar. Lukisan ini dilukis sebagai pemandangan yang dapat ditengok dalam akuarium. Ikan-ikan yang dilukis ada yang berenang dari atas ke bawah, dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri. Tumbuhan yang dilukis bagai telah diberi ‘nyawa’.

Graphic idea : Pelajar ini telah memberikan haiwan dan tumbuhan yang dilukisnya ‘nyawa’. Pergerakan wujud dalam lukisannya kerana terdapat tumbuhan laut yang berayun dan bersinar-sinar serta ikan yang bergerak. Dia juga menyusun unsur-unsur seni yang bertentangan arah dan berbeza saiz.

Material Treatment

: Pensil, warna air

Page 20: SOO LEE TENG 830921-07-5422 PPG 21963 12

20

SYMBOL MAKING STAGE (9-12 TAHUN) Tajuk Lukisan : Haiwan Dalam Lautan

Nama : Khor Yao Neng

Umur : 10 tahun

Jantina : Lelaki

ANALISA

Visual /expressive concept

: Pelajar ini memperkenalkan haiwan di dalam lautan yang terdiri daripada pelbagai jenis hidupan laut. Lukisan ini dipenuhi dengan keharmonian. Semua benda hidup dalam lukisan ini telah di lukis dengan ton warna yang menarik. Kelihatan ikan paus senyum dengan gigi yang kemas. Mimik muka sotong menandakan ia mempunyai soalan yang tidak dapat diselesaikan. Ton warna air laut itu telah diwarnai dari biru yang ringan sampai biru yang berat untuk menandakan semakin dalam laut itu.

Graphic idea : Dari segi imbangan, kelihatan keadaan gubahan sama berat serta sama gaya ketrampilan. Ikan paus itu telah menjadi penegasan di seluruh karya seni ini. Semua bahagian lukisan ini dipenuhi hidupan laut yang comel dan berwarna-warni. Kontra telah diwujudkan di antara kehidupan laut itu untuk menimbulkan kesn yang menarik.

Material Treatment

: Pensil, krayon

Page 21: SOO LEE TENG 830921-07-5422 PPG 21963 12

21

SYMBOL MAKING STAGE (9-12 TAHUN) Tajuk Lukisan : Bersatu-padu Membawa Maju

Nama : Lai Yong Heng

Umur : 12 tahun

Jantina : Lelaki

ANALISA

Visual /expressive concept

: Pelajar ini memperkenalkan poster yang membawa mesej Bersatu-padu Membawa Maju. Dalam poster ini, dia telah melukis pelbagai kaum yang terdapat dalam Malaysia. Semua kaum kelihatan senyum dengan gembira kerana kemakmuran dan keharmonian yang wujud dalam Malaysia. Di belakang kaum-kaum itu, kelihatan bangunan yang menjadi perwakilan Malaysia telah dilukis. KL Tower serta Petronas Twin Tower telah dilukis dan diwarnai warna yang sepatutnya. Bunga Raya dan Bendera juga dilukis dalm poster ini. Semua objek yang wujud dalam lukisan ini telah diwarnai warna yang menarik.

Graphic idea : Poster ini mempunyai simbol dan logo yang berhak mewakili Malaysia. Simbol yang mewakili Malaysia ialah Jalur Gemilang, Bunga Raya, KL Tower dan juga kepelbagaian kaum yang terdapat dalam Malaysia. Imbangan keadaan gubahan yang sama berat wujud dalam lukisan ini. Kontra juga wujud kerana terdapat ikan yang bergerak bertentangan arah, tumbuhan laut yang bertentangan warna juga membentuk kontra dalam lukisan ini.

Material Treatment

: Pensil, warna air

Page 22: SOO LEE TENG 830921-07-5422 PPG 21963 12

22

SYMBOL MAKING STAGE (9-12 TAHUN) Tajuk Lukisan : Batik

Nama : Loh Ke Han

Umur : 12 tahun

Jantina : Perempuan

ANALISA

Visual /expressive concept

: Pelajar ini memperkenalkan Batik Canting yang juga dikenali sebagai batik lukis. Reka corak bunga matahari telah dipilihnya. Pelajar ini menggunakan warna yang ceria untuk menampilkan batik yang dilukisnya. Bunga matahari ini seumpama telah diberi ‘nyawa’, daun tumbuhan ini telah diwarnai dengan ton warna yang menarik.

Graphic idea : Pelajar ini telah mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan seni melalui kain batik yang terdapat di sekeliling dia. Karya seni ini telah diberi penegasan keran bunga matahari itu berjaya menarik perhatian tampak dan berfungsi sebagai daya penarik, pemusatan karya ini.

Material Treatment

: Pensil, warna air

Page 23: SOO LEE TENG 830921-07-5422 PPG 21963 12

23

KESIMPULAN Strategi dan saranan perlu digunakan oleh guru bagi meningkatkan motivasi proses kreativiti. Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual. Guru perlu merancang rancangan pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa yang cukup untuk berfikir, membuat eksperimentasi dan meneroka. Selain itu, guru perlu mempamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan. Pameran hasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak lagi hasil karya seni visual. Guru perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka seharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan cadangan daripada murid. Guru perlu mempunyai sikap menghormati murid dan menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan. Guru perlu mengelakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dan tidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya. Galakkan dan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmen yang mereka berikan dalam kelas sangat diperlukan untuk meningkatkan hasil karya seni mereka.