status tesis pat€¦moral untuk saya menyiapkan projek sarjana muda ini. tidak dilupakan juga...
TRANSCRIPT
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS����
JUDUL: PEMBANGUNAN AGEN PEDAGOGI BERANIMASI BAGI TAJUK
IKATAN KIMIA UNTUK PELAJAR TINGAKATAN 4 DALAM
KIMIA .
SESI PENGAJIAN: 2010/2011
Saya MASNIAH BINTI IDRIS
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan (���� )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
���� TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________ __________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap:
KAMPUNG BINGKONGAN, DR. DAYANG HJH. TIAWA
89107 KOTA MARUDU, BINTI AWANG HJ. HAMID
SABAH. Nama Penyelia
Tarikh: 10 MEI 2011 Tarikh: 10 MEI 2011
ii
”Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia).”
Tandatangan : ___________________________
Nama Penyelia : DR. DAYANG HJH. TIAWA BINTI AWG. HJ. HAMID
Tarikh : 10 MEI 2011
iii
PEMBANGUNAN AGEN PEDAGOGI BERANIMASI BAGI TAJUK
IKATAN KIMIA UNTUK PELAJAR TINGAKATAN 4 DALAM KIMIA
MASNIAH BINTI IDRIS
Laporan projek ini dikemukakan
Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI, 2011
iv
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ............................................
Nama Penulis : MASNIAH BINTI IDRIS
Tarikh : 10 MEI 2011
v
untuk Bonda Delimah Hassan
yang dikasihi dan disayangi
serta semua yang dekat di hati ini,
tidak lupa juga buat adik-adik
Masdia dan Masreah,
Terima Kasih di atas segala sokongan,
Pengorbanan dan kasih sayang kalian
Moga anda sentiasa diberkati dan dirahmati Allah WST.
vi
PENGHARGAAN
Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan sekilas hati
terutamanya kepada penyelia saya yang tercinta iaitu Dr. Dayang Hjh. Tiawa Binti
Awang Hj. Hamid atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh
penyeliaan projek sarjana muda ini. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana
dengan izin dan limpah kurniaan-Nya dapat saya menyiapkan projek ini dalam masa
yang ditetapkan. Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada bonda saya yang tercinta dan adik beradik saya yang telah memberi sokongan
moral untuk saya menyiapkan projek sarjana muda ini. Tidak dilupakan juga ucapan
penghargaan ditujukan buat rakan-rakan yang telah membantu dan memberi
kerjasama dalam menyiapkan projek pembangunan perisian pembelajaran berasaskan
agen pedagogi beranimasi ini. Semoga segala usaha dan sokongan kalian akan
diberkati Allah SWT di atas kesudian untuk membantu saya. Akhir sekali saya
sudahi dengan salam takzim penuh penghormatan kepada semua yang terlibat dalam
menjayakan projek ini.
Sekian. Terima Kasih.
vii
ABSTRAK
Tujuan kajian ini ialah untuk merekabentuk dan membangunkan agen
pedagogi beranimasi (APA) untuk membimbing dan membantu pelajar dalam proses
pembelajaran kimia berasaskan multimedia mengikut ciri-ciri yang dicadangkan oleh
Wang dan Andre (1991). Ia menggunakan pendekatan pembelajaran konstruktif.
Pembangunan perisian pembelajaran ini menggunakan model ADDIE. Topik yang
dipilih bagi tujuan pembangunan APA ini ialah Ikatan Kimia untuk pelajar tingkatan
4. Topik ini hanya meliputi dua bahagian topik kecil iaitu ikatan ionik dan ikatan
kovalen. Projek ini telah dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia
Flash CS3 Professional, perisian Adobe Photoshop CS2, Adobe Fireworks CS3 dan
Sound Forge. APA digunakan kerana ianya adalah bersesuaian dengan objektif dan
matlamat P&P wawasan 2020 iaitu mewujudkan perubahan konseptual ke arah
pendekatan pengajaran sains. Oleh itu, pendekatan secara tradisional hendaklah
diubahsuai dengan alternatif P&P yang berasaskan teknologi. Penilaian formatif
telah digunakan untuk menilai perisian pembelajaran APA. Temubual telah dibuat
untuk mendapatkan maklum balas daripada pelajar dan beberapa pensyarah di
Fakulti Pendidikan untuk pembaikan perisian pembelajaran APA. Berdasarkan
maklumbalas daripada responden, pembangun telah membuat rumusan dan beberapa
cadangan telah dikemukakan sebagai rujukan pada masa hadapan.
viii
ABSTRACT
Purpose of this study is to design and develop animated pedagogical agent
(APA) to guide and improve students’ learning in chemistry which based on
multimedia criterion suggested by Wang and Andre (1991). It utilized constructivist
learning approach. This learning courseware use ADDIE model. The topic selected
for this study is Chemical bond in chemistry subject form four students. This topic
will involve two subtopics which are ionic bond and covalent bond. This project was
developed by using Macromedia Flash CS3 Professional, software Adobe Photoshop
CS2, Adobe Fireworks CS3 and Sound Forge. APA was used because of its
appropriateness to the objective and aim on vision 2020 which is focus on conceptual
changes approach in science instruction. Thus, the traditional teaching and learning
approach should be transforming to technology based. The formative evaluation was
used to evaluate APA courseware. Interview was conducted to obtain the feedback
from the students and some lecturer from Faculty of Education to improve the APA
courseware. Based on the feedback from the respondent, the developer has been
summarized and a few suggestions were made for the future references.
ix
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN TESIS
PENGESAHAN PENYELIA ii
JUDUL iii
PENGAKUAN PENULIS iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
ISI KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xvi
LAMPIRAN xvii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2
1.3
Latar Belakang Masalah
Penyataan Masalah
3
6
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Rasional Kajian 8
x
1.6 Kepentingan Projek 10
1.6.1 Pelajar 10
1.6.2 Guru 11
1.7 Skop dan Batasan Kajian 12
1.8 Definisi Istilah 13
1.8.1 Agen 13
1.8.2 Pedagogi 14
1.8.3 Animasi 14
1.8.4 Kimia 14
1.8.5 Ikatan Kimia 14
1.9 Penutup 15
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 16
2.2 Agen Pedagogi Beranimasi (APA) 17
2.3 Matapelajaran Kimia 20
2.3.1 Masalah dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Kimia
20
2.3.2 Ikatan Kimia 22
2.4 Teori Konstruktif
25
2.5 Model Rekabentuk Instruksional 29
2.5.1 Model ADDIE 29
2.6 Pemilihan Bahasa 32
2.7 Penutup 33
3 REKABENTUK PEMBANGUNAN
AGEN PEDAGOGI BERANIMASI
3.1 Pengenalan 34
3.2 Model Rekabentuk yang digunakan dalam
Pembangunan APA
35
3.2.1 Fasa Analisis Keperluan 36
xi
3.2.1.1 Pemilihan Topik / Masalah 36
3.2.1.2 Kumpulan Sasaran 37
3.2.1.3 Pengetahuan Sedia Ada Pelajar 38
3.2.1.4 Perubahan Tingkahlaku yang
Diingini
38
3.2.1.5 Penerapan Teori Pembelajaran 39
3.2.2 Fasa Rekabentuk dan Pembangunan
APA
40
3.2.3 Fasa Perlaksanaan dan Penilaian 41
3.3 Reka Bentuk Perisian Pembelajaran APA 42
3.3.1 Reka Bentuk Informasi 42
3.3.2 Reka Bentuk Interaksi 43
3.3.3 Reka Bentuk Antaramuka / Visual 44
3.3.4 Reka Bentuk APA 45
3.4 Pemilihan Perisian untuk Membangunkan APA 46
3.5 Penyebaran Perisian Pembelajaran APA yang
dihasilkan
48
3.6 Carta Aliran Perisian Pembelajaran APA 49
3.7 Penutup 49
4 HASIL PEMBANGUNAN AGEN PEDAGOGI
BERANIMASI
4.1
4.2
Pengenalan
Carta Alir Perisian APA yang dibangunkan
50
51
4.3 Paparan Menu Perisian APA yang dibangunkan 52
4.3.1 Paparan Menu Utama 54
4.3.1.1 Paparan“INTRODUCTION” 55
4.3.1.2 Paparan “CHEMICAL BOND” 60
4.3.1.3 Paparan “HELP” 67
4.3.1.4 Paparan “Credit” 68
4.4 Ciri-ciri Perisian Pembelajaran APA 69
xii
4.4.1 Interaktif 69
4.4.2 Mesra Pengguna 70
4.4.3 Grafik 71
4.4.4 Teks 72
4.4.5 Animasi 74
4.4.6 Audio 75
4.5 Penutup 76
5
PERBINCANGAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 77
5.2 Perbincangan 78
5.2.1 Pembangunan APA Berasaskan Objektif 78
5.2.2 Pembangunan APA Berasaskan Model
ADDIE
78
5.2.3 Pembangunan APA Berasaskan
Pendekatan Pembelajaran Konstruktif
79
5.3 Kelebihan APA 81
5.4 Kelemahan APA 82
5.5 Masalah-masalah yang dihadapi 83
5.5.1 Masalah Merealisasikan Pembelajaran
Konstruktif
84
5.5.2 Masalah Merealisasikan APA 84
5.6 Komen dan Cadangan 85
5.7 Penutup 91
RUJUKAN
LAMPIRAN
Lampiran A-B
92
102
xiii
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT
5.1 Komen dan cadangan pelajar terhadap
perisian pembelajaran berasaskan
Agen Pedagogi Beranimasi
86
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Model ADDIE 36
4.1 Paparan montaj1 pada permulaan tetingkap APA 52
4.2 Paparan montaj2 pada permulaan tetingkap APA 53
4.3 Paparan APA 54
4.4 Paparan menu utama 55
4.5 Paparan “INTRODUCTION” 56
4.6 Paparan utama tutorial 57
4.7 Paparan utama soalan dan pilihan jawapan 58
4.8 Maklum balas jawapan 59
4.9 Maklum balas jawapan yang betul 59
4.10 Maklum balas jawapan yang salah 60
4.11 Paparan “CHEMICAL BOND” 61
4.12 Paparan “IONIC BOND” 62
4.13 Paparan “COVALENT BOND” 62
4.14 Paparan utama tutorial bagi “IONIC BOND” 63
4.15 Paparan utama tutorial bagi “COVALENT BOND” 64
4.16 Paparan pergerakan elektron untuk mencapai
kestabilan oktet
64
xv
4.17 Paparan perkongsian elektron untuk mencapai
kestabilan oktet
65
4.18 Paparan utama soalan dalam ikatan ionik 66
4.19 Paparan maklum balas bagi jawapan yang salah 67
4.20 Paparan menu “HELP” 68
4.21 Paparan menu “CREDIT” 68
4.22 Paparan empat menu utama 70
4.23 Butang kawalan 70
4.24 Paparan kawalan pautan pada setiap paparan yang
disediakan
71
4.25 Paparan ikon yang mewakili menu-menu utama bagi
setiap paparan tetingkap
71
4.26 Paparan penggunaan warna dengan kesesuaian teks
dan warna latarbelakang
72
4.27 Paparan penggunaan teks Arial dan bersaiz 12 73
4.28 Paparan teks berwarna biru 74
4.29 Paparan teks berwarna hijau 74
4.30 Paparan contoh karakter-karakter APA 75
xvi
SENARAI SINGKATAN
ABM Alat Bantu Mengajar
APA Animated Pedagogical Agent
ICT Teknologi Maklumat dan Komunikasi
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
PBK Pengajaran Berbantukan Komputer
ZPD Zone Proximal Development
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Carta aliran perisian pembelajaran APA 102
B Carta alir gambaran keseluruhan perisian
pembelajaran APA
103
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Setiap tahun animasi akan berkembang setapak demi setapak lagi. Visual
statik memberikan gambaran fizikal bagaimana rupa bentuk suatu objek, manakala
animasi pula menggambarkan atau menjelaskan suatu proses yang terlibat dengan
lebih jelas dan sistematik. Secara umumnya, animasi membantu pelajar
mengenalpasti dan memerhati setiap proses yang ditayangkan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) (Robertson, Card & Mackinlay, 1993).
Contohnya animasi digunakan untuk menunjukkan proses sains yang berlaku dalam
kehidupan seharian manusia bagi memberi kemudahan kepada pelajar dalam proses
P&P.
Seiring dengan perkembangan teknologi perkomputeran multimedia, animasi
telah banyak digunakan bukan sahaja dalam filem-filem dan television malah
kecenderungan menggabungkan animasi dalam pembangunan perisian P&P juga
semakin meningkat dalam kalangan para pembangun perisian. Oleh yang demikian,
animasi berkomputer penting dalam bidang pendidikan. Ini kerana dunia yang
2
semakin maju atau juga dikenali sebagai dunia tanpa sempadan. Menurut Wan
Mustama Wan Abdul Hayat, et. Al,. (2004), dunia tanpa sempadan telah
membuatkan kita akur, bahawa segala pergerakan dan kemajuan yang kita lalui tidak
terlepas dari penggunaan komputer serta sains dan teknologi maklumat.
Seiring dengan kemajuan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) ini, satu alternatif pembelajaran berasaskan agen pedagogi beranimasi (APA)
telah diperkenalkan. Namun begitu, peranan APA dalam P&P hanya berkembang
meluas di negara-negara maju yang sedang membangun sahaja. Di Malaysia, kita
masih tidak menyedari dan merasai kewujudan dan kepentingannya terutamanya
dalam kalangan guru dan pelajar yang tidak menginginkan perubahan. Dalam proses
pembelajaran pula, adakalanya pelajar memerlukan maklum balas dan kata-kata
peransang untuk menarik minat mereka untuk belajar. Oleh itu, untuk memenuhi
kriteria-kriteria ini, pembelajaran menggunakan saluran manusia-komputer
diperkenalkan dan digunakan.
Menurut Hewett, et. Al,. (1992), interaksi antara manusia dan komputer
merupakan satu disiplin yang berkenaan dengan merekacipta, mengembangkan dan
melaksanakan sistem komputer berinteraktif untuk kegunaan pembelajaran. Satu
kajian yang telah dijalankan oleh Morozov et al. (2003) telah mendapati bahawa
interaksi antara manusia dan komputer ini dipercayai mempunyai tindakbalas grafik
dan kaedah terbaru yang digunakan dalam tindakbalas grafik ini adalah merupakan
agen tindakbalas. Agen tindakbalas dalam sistem pendidikan dikenali sebagai agen
pedagogi. Agen pedagogi tersebut digabungkan dengan elemen animasi bagi
membolehkannya kelihatan hidup, menarik dan boleh berinteraksi dengan manusia
secara normal. Ciri-ciri ini merupakan salah satu faktor yang akan meningkatkan
keberkesanan dalam proses P&P.
Dengan berkembangnya teknologi APA dalam rekabentuk perisian
pembelajaran, beberapa kajian telah dilakukan berkaitan dengan keberkesanannya
3
dalam bidang pembelajaran. Dalam penemuan baru yang telah dijalankan oleh
Veletsianos, et. Al,. (2005) telah mendapati bahawa apabila pelajar berkomunikasi
dengan APA, mereka didapati memperoleh markah yang lebih baik dalam ujian dan
mampu meningkatkan prestasi mereka dalam keadaan pembelajaran yang lebih
teratur walaupun agen sebenarnya bukanlah objek yang mempunyai rupa fizikal dan
tidak memiliki ekspresi wajah untuk dilihat. Oleh yang demikian, seandainya APA
dibangunkan dengan menggunakan imej seperti manusia yang mempunyai rupa
fizikal dan ekspresi wajah yang menarik maka kebarangkalian proses pembelajaran
untuk mencapai keberkesanannya adalah tinggi.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kebanyakan masyarakat sering menganggap P&P secara tradisional sahaja
yang dapat meningkatkan tahap penguasaan dan pendidikan terhadap pelajar.
Kebanyakkan proses P&P secara tradisional ini lebih menumpukan kepada isi
kandungan dalam buku teks dan hanya menumpukan pencapaian pelajar yang
bergantung kepada peperiksaan semata-mata tanpa mengambil kira kemahiran yang
patut mereka capai setelah selesai sesuatu proses P&P. Konsep yang berasaskan
peperiksaan semata-mata adalah bercanggah dengan falsafah pendidikan negara.
Oleh yang demikian, pendekatan P&P yang menerapkan APA dalam proses
pembelajaran pelajar dapat membantu dalam mengatasi masalah ini.
Penggunaan APA dalam proses pembelajaran membolehkan pelajar
mengukuhkan lagi pengetahuan sedia ada, meningkatkan pemahaman dalam sesuatu
topik pembelajaran, membantu pelajar dalam mempermudahkan proses pembelajaran
serta dapat menggalakkan mereka untuk membina pengetahuan mereka sendiri
berdasarkan pengetahuan yang telah diperolehi (Osborne, 1985). Ini kerana
teknologi adalah salah satu Alat Bantu mengajar (ABM) yang terpenting dalam era
20 an sekarang. Teknologi merangkumi bidang yang meluas dan bersesuaian dengan
jiwa remaja yang memerlukan sesuatu yang terkini dan strategi P&P yang pelbagai.
4
Selain itu, teknologi mempunyai banyak kelebihan dan kepentingan dalam
menjayakan sesuatu. Salah satu penggunaan teknologi terkini adalah penggunaan
elemen multimedia berkomputer dalam persekitaran pembelajaran seperti
pendedahan kepada pengunaan APA di dapati mampu menarik minat pelajar untuk
mendalami sesuatu ilmu pengetahuan serta meningkatkan perhatian pelajar dalam
proses P&P.
Pembelajaran yang berasaskan APA ini merupakan salah satu cara baru yang
digunakan dalam P&P dan mempunyai banyak potensi untuk menghasilkan
pembelajaran yang lebih bermakna kepada pelajar. Ini kerana, ciri-ciri APA hasil
daripada penggabungan elemen animasi yang bersifat dinamik dan menarik
menyebabkan proses pembelajaran itu nampak lebih hidup serta ceria dimana ia
mampu merangsang kecenderungan serta minat para pelajar (Uwe Kombartzky, et.
Al,. 2004). Selain itu, ia juga membolehkan seseorang memahami sesuatu isi
kandungan dengan lebih mudah dan pantas dan seterusnya menyimpan informasi
yang diterima ke ingatan jangka panjang. APA mampu menghasilkan maklum balas
yang positif daripada para pelajar dan menjadikan APA sebagai pengukuhan kepada
aktiviti pembelajaran yang sedang dijalankan. Pengurusan dan mengemaskini bahan
pembelajaran menggunakan APA juga menjadi semakin mudah dan pantas.
Penggunaan perisian pembelajaran dalam P&P merupakan salah satu cara
untuk mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan yang berpotensi untuk
mengoptimakan keberkesanan proses P&P. Teori pembelajaran pula menjelaskan
bagaimana seseorang belajar. Pendekatan teori-teori P&P memainkan peranan
penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu P&P dalam bidang pendidikan.
Gagne (1985) mendefinisikan tujuan teori dalam pembinaan perisian P&P adalah
untuk mewujudkan satu perhubungan yang seimbang antara tatacara arahan dengan
kesan ke atas proses pembelajaran dan jangkaan pembelajaran yang dapat dihasilkan
melalui proses-proses tersebut. Aplikasi teknologi multimedia yang berpandukan
teori-teori pembelajaran yang relevan dalam pembinaan perisian pembelajaran
memainkan peranan yang penting dalam membekalkan beberapa alternatif
5
pembelajaran yang sesuai dalam usaha untuk merealisasikan potensi pelajar dengan
sepenuhnya. Di sini perancangan yang sistematik dan teratur dalam rekabentuk dan
pembinaan perisian pembelajaran APA yang berlandaskan pendekatan teori
pembelajaran perlu dilaksanakan terlebih dahulu agar perisian yang dihasilkan
menyumbang kepada keberkesanan pembelajaran dan berkualiti. APA ini
menggunakan pendekatan P&P berasaskan kepada teori konstruktif.
Menurut Mansoor Niaz (2008), pembelajaran konstruktif ini bertitik tolak
daripada teori pembelajaran Behaviorisme yang didokong oleh B.F Skinner yang
mementingkan perubahan tingkahlaku ke atas pelajar. Sesuatu pembelajaran
dianggap berlaku apabila terdapat perubahan tingkah laku kepada pelajar contohnya
daripada tidak tahu kepada tahu. Perubahan tingkahlaku juga dianggap cuma
mencerminkan perubahan dalaman yang sukar untuk diperhatikan seperti
pengetahuan, perasaan, harapan dan pemikiran. Hal ini, kemudiannya beralih kepada
teori pembelajaran Kognitif yang diperkenalkan oleh Jean Piaget di mana idea utama
pandangan ini adalah mental. Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili
melalui struktur mental dikenali sebagai skema yang akan menentukan bagaimana
data dan maklumat yang diterima difahami oleh manusia.
Jika idea tersebut sesuai dengan skema, idea ini akan diterima begitu juga
sebaliknya dan seterusnya lahirlah teori pembelajaran konstruktif yang merupakan
pandangan terbaru di mana pengetahuan akan dibina sendiri oleh pelajar berdasarkan
pengetahuan sedia ada mereka. Bimbingan yang diberikan oleh APA semasa proses
pembelajaran merupakan ’scafolding’ bagi pelajar untuk mencapai keupayaan
mereka yang optimum. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Vygotsky dalam teori
Zone Proximal Development (ZPD) bahawa bimbingan yang disediakan secukupnya
kepada pelajar akan meningkatkan tahap penguasaan suatu pembelajaran daripada
tahap asalnya. Melalui interaksi pembelajaran pelajar bersama APA, secara tidak
langsung pelajar mampu memperkembangkan interaksi sosial mereka. Dalam
menyelesaikan masalah, pelajar akan berusaha untuk mencari penyelesaian terhadap
masalah-masalah tersebut dalam mencapai suatu objektif pembelajaran yang
6
diharapkan. Pembelajaran menggunakan perisian APA ini membenarkan pelajar
melalui proses pembelajaran secara pemerhatian atau ‘observational learning’
dengan memerhatikan gaya APA menyampaikan bahan P&P. Salah satu faktor
mempengaruhi satu-satu tingkahlaku yang diperoleh adalah melalui pemerhatian
(Baldwin & Baldwin, 1986).
1.3 Penyataan Masalah
Walaupun dunia semakin maju dari semasa ke semasa, namun dalam
pendidikan di Malaysia kita masih menggunakan cara lama seperti P&P yang
sepenuhnya bergantung kepada tenaga pengajar semata-mata. Jesteru itu, kita
haruslah menggunakan teknologi terkini sebaik mungkin terutamanya dalam bidang
pendidikan di negara kita. Ini kerana, kita mengetahui bahawa pelajar mempunyai
gaya pembelajaran yang pelbagai (learning style). Penggunaan elemen-elemen
multimedia berkomputer dalam perisian pembelajaran APA telah meningkatkan
keberkesanan proses penyampaian kandungan bahan P&P terhadap pelajar.
Salah satu contoh elemen multimedia yang digunakan dalam P&P adalah
dengan penggunaan elemen animasi dalam pembangunan agen pedagogi dalam
pendidikan. Melalui APA, pelajar akan dapat menguasai kandungan bahan
pembelajaran dengan mudah dan lebih baik. Minat pelajar untuk belajar semasa
prose P&P juga semakin meningkat dan dapat dikekalkan. Elemen animasi yang
digabungkan dalam agen pedagogi dapat menggelakkan pelajar daripada kebosanan
ketika proses P&P sedang berlangsung antara APA dan pelajar terutamanya bagi
sesetengah matapelajaran sains yang sukar seperti kimia, biologi, fizik dan
sebagainya.
Banyak penyelidikan yang dijalankan menunjukkan bahawa mata pelajaran
kimia adalah antara mata pelajaran yang paling sukar untuk dipelajari. Ini disebabkan
oleh kandungan matapelajaran ini yang terdiri daripada konsep yang abstrak dan
7
sukar difahami serta perkaitan konsep yang rumit (Ben-Zvi, Eylon, & Silberstein,
1988, Gabel, 1998, Taber, 2002). Pengetahuan sedia ada pada pelajar tentang
fenomena alam hasil daripada pemerhatian, pengalaman dan interaksi dengan ahli
keluarga, rakan sebaya atau daripada buku, televisyen dan alam sekitar diperolehi
secara tidak formal. Idea-idea ini serta bahasa yang mereka gunakan untuk
menghasilkannya biasanya berbeza dengan pengetahuan saintifik. Idea-idea yang
berbeza ini dikenali dengan istilah kerangka alternatif, prakonsepsi, miskonsepsi,
konsepsi naif, konsepsi alternatif, dan sebagainya. Perselisihan idea ini boleh
mengganggu dan mengelirukan pelajar terhadap pembelajaran kimia. Menurut teori
perkembangan kognitif Piaget bahawa setiap pelajar mempunyai skema sedia ada
(kerangka alternatif) berdasarkan pengalaman inteleknya. Pembelajaran yang berjaya
adalah hasil penstrukturan semula kerangka alternatifnya kepada satu penemuan
baru. Oleh itu, pembangunan APA ini dapat membimbing dan menggalakkan pelajar
untuk membina pengetahuan mereka melalui pengetahuan baru dan masalah-masalah
tertentu yang akan disampaikan oleh APA dalam P&P.
Uwe Kombartzky, et. Al,. (2004) menyatakan bahawa proses P&P akan
menjadi lebih berkesan sekiranya ia dilaksanakan dalam keadaan yang tidak formal.
Elemen-elemen yang menghibur atau menggembirakan perlu diselitkan didalam
proses P&P bagi mendapatkan kesan yang lebih positif. Animasi digital merupakan
salah satu media komunikasi yang boleh digunakan bagi menghasilkan persekitaran
pembelajaran yang meransang dan menyeronokkan sepertimana yang telah
dicadangkan. Animasi, seperti media-media lain mempunyai peranan yang tersendiri
dalam bidang pendidikan khususnya bagi membantu meningkatkan lagi kualiti P&P.
Oleh itu animasi memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan
sesuatu perisian pembelajaran APA.
Penggunaan APA juga diharapkan dapat digunakan sebagai alternatif baru
untuk mengatasi masalah pelajar yang kurang berminat mendalami sesuatu ilmu
pengetahuan menggunakan cara tradisional. Oleh yang demikian, pembangunan
perisian pembelajaran yang menarik seperti penggunaan APA dalam pembelajaran
8
amat diperlukan untuk mengatasi segala masalah yang dialami oleh para pelajar pada
masa kini.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk membangunkan Agen Pedagogi
Beranimasi (APA) bagi tajuk ikatan kimia untuk pelajar tingakatan 4 dalam
matapelajaran kimia.