kajian perbandingan antara kitab taj al-salatin, sulalah al-salatin
TRANSCRIPT
PEMIKIRAN POLITIK ISLAM DI ACEH PADA ABAD KE 17 M: KAJIAN
PERBANDINGAN ANTARA KITAB TAJ AL-SALATIN,
SULALAH AL-SALATIN DAN
BUSTAN AL-SALATIN
SHAH RUL ANUAR BIN NORDIN
TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMPEROLEH IJAZAH
DOKTOR FALSAFAH
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI
2012
iv
ABSTRAK
Penyelidikan ini dilakukan untuk menilai persamaan dan perbezaan pemikiran politik
Islam yang terdapat di dalam kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-
Salatin pada abad ke 17 M di Aceh. Persamaan, perbezaan dan hubungan ketiga-tiga
kitab tersebut juga dinilai terutama dengan kitab-kitab ulama Muslim zaman klasik
dan buku-buku pemikir politik Islam zaman moden dan kontemporari. Selain itu,
tinjauan tentang sumber asal pemikiran politik dan gaya penulisan kitab-kitab tersebut
juga akan dilakukan. Kajian ini adalah penyelidikan berbentuk kualitatif yang
berkaitan dengan kefahaman dan produk pemikiran. Justeru, pengkaji menggunakan
pendekatan persejarahan dan dokumentasi. Melalui pendekatan persejarahan dan
dokumentasi, pengkaji mendapat data dan maklumat berkenaan subjek kajian daripada
dokumen-dokumen seperti manuskrip, buku-buku, pengalaman dan maklumat
seseorang terhadap subjek kajian. Pengkaji menganalisis data dengan menggunakan
kaedah penganalisaan isi kandungan dokumen. Ia melibatkan analisa perbandingan
antara ketiga-tiga kitab, isi kandungan manuskrip dan buku-buku yang berkaitan.
Hasil kajian mendapati bahawa 90% idea dan pemikiran politik kitab-kitab tersebut
ada persamaan manakala perbezaannya kira-kira 10% khususnya dalam aspek
kepimpinan wanita. Antara ketiga-tiga kitab, Taj al-Salatin mempunyai pemikiran
politik Islam terbaik. Dalam menilai persamaan, perbezaan dan hubungan kitab-kitab
tersebut pula, pengkaji dapati ada kesinambungan idea politik Islam dari zaman
klasik, pertengahan dan moden. Perbezaan yang ketara banyak dilihat pada zaman
moden setelah banyak negara-negara Islam dijajah oleh negara Barat. Pemikiran
politik ilmuan Islam di zaman moden ada yang terpengaruh dengan konsep
sekularisme tajaan Barat yang memisahkan antara agama dengan politik. Selain itu
pengkaji dapati ada kesinambungan pemikiran kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin
dan Bustan al-Salatin dengan sarjana Muslim abad pertengahan iaitu al-Ghazali dan
al-Mawardi. Taj al-Salatin dan Bustan al-Salatin telah menggunakan pendekatan
Tasawuf Sunni seperti gaya kitab Nasihah al-Muluk karya al-Ghazali manakala
Sulalah al-Salatin menggunakan pendekatan sejarah dan naratif penceritaan tentang
kejadian masa lalu seperti teks Hikayat Raja-raja Pasai. Pengkaji juga dapati bahawa
latarbelakang persekitaran, latar masa, situasi, keadaan sosio-politik setempat, budaya
dan pengalaman hidup pengarang kitab-kitab tersebut memberi impak yang besar
kepada pemikiran dan hasil penulisan karya mereka. Selain itu, terdapat juga pengaruh
kitab-kitab tersebut kepada kehidupan masyarakat Melayu setempat pada waktu itu.
v
ISLAMIC POLITICAL THOUGHT IN ACEH IN THE 17th
CENTURY:
A COMPARATIVE STUDY BETWEEN T J AL-SAL N,
SUL LAH AL-SAL N DAN BUST N AL-SAL N
ABSTRACT
This research was conducted to assess the similarities and differences of the Islamic
political thought based on the writing of Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan
al-Salatin in the 17th
century Aceh. The similarities, differences and connection of the
three books was also assessed to writings from past Muslim scholars and
contemporary Muslim political writers. In addition, this research also analyzed the
roots of the Islamic political thought and their trends of writing. This study is a
qualitative research which is related to the product of thought. Therefore, the
methodologies used are the historical and documentation. Through these methods,
data is gathered from documents such as manuscripts, books, other documented works
and individual experiences and information related to the topic. The researcher
analyzed all the data using the content analysis method. In order to achieve its
objectives, the three books and related sources were compared and contrasted.
Through this research, the researcher has found that the similarities between the three
books was about 90% and its differences was about 10% particularly in the aspect of
women leadership. The best Islamic political book among them was Taj al-Salatin.
The study also showed that there was a connection between the three books, past
Muslim scholars and modern contemporary Muslim political writers. There were
some differences particularly among modern and contemporary Muslim political
writers after some Muslim countries have been conquered by the Western countries.
Some Muslims political thought in this period have been influenced by the concept of
secularization which separate religion and politic. The study also showed that Taj al-
Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin’s explanations on politics are
identical to the famous medieval Muslim scholars namely al-Ghazali and al-Mawardi.
Taj al-Salatin and Bustan al-Salatin uses the pattern of Sunni Sufisme similar to al-
Ghazali’s Nasihah al-Muluk whereas Sulalah al-Salatin uses narrative and historical
patterns found in the Hikayat Raja-raja Pasai. The study also showed that socio-
political background, time, environment, culture and the writers’ experience
contributed greatly to their writings. Also, the books gave an impact and its influence
can be traced in the Malay community at that period in time.
vi
KANDUNGAN
Halaman
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL xi
SENARAI ILUSTRASI xiv
JADUAL TRANSLITERASI xv
SENARAI SINGKATAN xvii
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Latarbelakang Kajian 1
1.2 Permasalahan Kajian 3
1.3 Kepentingan Kajian 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Skop Kajian 6
1.6 Metodologi Kajian 7
1.7 Sorotan Literatur 7
BAB II PEMERHATIAN UMUM TENTANG KITAB
T J AL-SAL N, SUL LAH AL-SAL N DAN
BUST N AL-SAL N
2.1 Pendahuluan 14
2.2 Pemerhatian Umum Tentang Kitab Taj al-Salatin 14
2.2.1 Pandangan sarjana terhadap kitab Taj al-Salatin 16
2.2.2 Pengarang kitab Taj al-Salatin 17
2.2.3 Tarikh dan tempat penulisan kitab Taj al-Salatin 22
2.2.4 Latarbelakang sosial ke arah penulisan kitab Taj al-Salatin 23
vii
2.2.5 Mengapa Bukhari al-Jauhari menulis kitab Taj al-Salatin 30
2.2.6 Edisi kitab Taj al-Salatin 33
2.2.7 Pengaruh kitab Taj al-Salatin 34
2.2.8 Isi kandungan kitab Taj al-Salatin 35
2.3 Pemerhatian Umum Tentang Kitab Sulalah al-Salatin 38
2.3.1 Pandangan sarjana terhadap kitab Sulalah al-Salatin 39
2.3.2 Pendapat golongan yang memberi pengiktirafan kepada 40
kitab Sulalah al-Salatin
2.3.3 Pendapat golongan yang menafikan keagungan kitab 41
Sulalah al-Salatin
2.3.4 Latarbelakang masyarakat dan sosial ke arah penulisan 43
kitab Sulalah al-Salatin
2.3.5 Pengarang kitab Sulalah al-Salatin 44
2.3.6 Tun Sri Lanang: Pengarang kitab Sulalah al-Salatin 48
2.3.7 Biodata Tun Sri Lanang 50
2.3.8 Tarikh dan tempat penulisan kitab Sulalah al-Salatin 52
2.3.9 Persoalan edisi dan resensi 53
2.3.10 Pengaruh kitab Sulalah al-Salatin 57
2.3.11 Isi kandungan kitab Sulalah al-Salatin 58
2.4 Pemerhatian Umum Tentang Kitab Bustan al-Salatin 64
2.4.1 Pandangan sarjana terhadap kitab Bustan al-Salatin 66
2.4.2 Latarbelakang sosial ke arah penulisan kitab 68
Bustan al-Salatin
2.4.3 Nuruddin al-Raniri: Pengarang kitab 69
Bustan al-Salatin
2.4.4 Tarikh dan tempat penulisan kitab Bustan al-Salatin 70
2.4.5 Persoalan edisi dan resensi 70
2.4.6 Pengaruh kitab Bustan al-Salatin 73
2.4.7 Isi kandungan kitab Bustan al-Salatin 75
2.5 Kesimpulan 80
BAB III ASAS-ASAS TEORI POLITIK DAN PEMERINTAHAN
DALAM KITAB T J AL-SAL N, SUL LAH
AL-SAL N DAN BUST N AL-SAL N
3.1 Pendahuluan 81
3.2 Perbandingan antara Kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan 81
Bustan al-Salatin dari Aspek Fizikal
3.3 Teori Politik dan Pemerintahan dalam Kitab Taj al-Salatin 84
3.3.1 Pengenalan 84
viii
3.3.2 Asas-asas teori politik dan pemerintahan dalam kitab 85
Taj al-Salatin
3.4 Teori Politik dan Pemerintahan dalam Kitab Sulalah al-Salatin 128
3.4.1 Pengenalan 128
3.4.2 Asas-asas teori politik dan pemerintahan dalam kitab 129
Sulalah al-Salatin
3.5 Teori Politik dan Pemerintahan dalam Kitab Bustan al-Salatin 149
3.5.1 Pengenalan 149
3.5.2 Asas-asas teori politik dan pemerintahan dalam kitab 149
Bustan al-Salatin
3.6 Analisis Jenis dan Kumpulan Pemikir Politik Islam 172
3.7 Analisis Pengaruh Pemikiran dan Rujukan Kitab Taj al-Salatin 176
3.7.1 Sumber rujukan Taj al-Salatin 177
3.8 Analisis Pengaruh Pemikiran dan Rujukan Kitab Sulalah al-Salatin 178
3.8.1 Analisis pengaruh pemikiran kitab Sulalah al-Salatin 178
3.8.2 Sumber rujukan kitab Sulalah al-Salatin 179
3.9 Analisis Pengaruh Pemikiran dan Rujukan Kitab Bustan al-Salatin 180
3.10 Kesimpulan 183
BAB IV PERBANDINGAN PEMIKIRAN POLITIK ISLAM
ANTARA KITAB T J AL-SAL N, SUL LAH
AL-SAL N DAN BUST N AL-SAL N
4.1 Pendahuluan 187
4.2 Analisis Perbandingan antara Kitab Taj al-Salatin, 187
Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin
4.2.1 Kedudukan, bentuk kerajaan dan konsep kepimpinan 187
4.2.2 Hukum melantik pemimpin dan kewajiban mentaatinya 193
4.2.3 Konsep raja sebagai bayangan tuhan di muka bumi 195
(zillullah fil ‘alam)
4.2.4 Konsep keadilan dan syarat menjadi raja 197
4.2.5 Kezaliman 200
4.2.6 Kedaulatan 202
4.2.7 Undang-undang 202
4.2.8 Kuasa 203
ix
4.2.9 Kepimpinan wanita 205
4.2.10 Wazir atau menteri 206
4.2.11 Syarat-syarat menjadi Wazir 207
4.2.12 Syarat-syarat menjadi Qadi 208
4.2.13 Syarat-syarat menjadi Utusan/ wakil raja 209
4.2.14 Syarat-syarat menjadi Katib 211
4.2.15 Syarat-syarat menjadi Pegawai 212
4.2.16 Rakyat 213
4.2.17 Hubungan dengan kerajaan luar 213
4.3 Kesimpulan 214
BAB V PERBANDINGAN DAN HUBUNGAN PEMIKIRAN
POLITIK ISLAM ANTARA KITAB T J AL-SAL N,
SUL LAH AL-SAL N DAN BUST N AL-SAL N
DENGAN KITAB ULAMA MUSLIM ZAMAN KLASIK
DAN BUKU POLITIK ISLAM MODEN SERTA
KONTEMPORARI
5.1 Pendahuluan 215
5.2 Analisis Perbandingan Pemikiran Politik Islam antara Kitab 216
Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin dengan
Kitab Ulama Silam dan Buku Politik Islam Kontemporari
5.2.1 Kedudukan, bentuk kerajaan dan konsep kepimpinan 217
5.2.2 Hukum melantik pemimpin dan kewajiban mentaatinya 226
5.2.3 Konsep raja sebagai bayangan tuhan di muka bumi 233
(zillullah fil ‘alam)
5.2.4 Konsep keadilan dan syarat menjadi raja/pemimpin 234
5.2.5 Kedaulatan 243
5.2.6 Undang-undang 245
5.2.7 Kuasa 247
5.2.8 Kepimpinan wanita 250
5.2.9 Analisis pemikiran politik Islam merentasi tiga zaman 253
5.3 Genre Kitab Penasihatan Khalifah/ Mirror Literature 256
5.3.1 Pengenalan 256
5.3.2 Tahap perkembangan genre kitab penasihatan khalifah 258
5.3.3 Genre kitab penasihatan khalifah di Alam Melayu 261
5.3.4 Ciri-ciri genre kitab penasihatan khalifah 263
5.4 Impak dan Pengaruh Kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan 266
Bustan al-Salatin
5.4.1 Impak dan pengaruh kitab Taj al-Salatin 266
5.4.2 Impak dan pengaruh kitab Sulalah al-Salatin 276
5.4.3 Impak dan pengaruh kitab Bustan al-Salatin 279
x
5.5 Kesimpulan 281
BAB VI RUMUSAN DAN PENUTUP
6.1 Rumusan 282
6.2 Saranan 292
RUJUKAN 295
LAMPIRAN 304
A Soalan Temubual
xi
SENARAI JADUAL
No. Jadual Halaman
3.1 Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin 81
dan Bustan al-Salatin secara umum
4.1 Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin 188
dan Bustan al-Salatin tentang kedudukan kerajaan dalam
Islam
4.2 Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin 189
dan Bustan al-Salatin tentang bentuk kerajaan
4.3 Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin 192
dan Bustan al-Salatin tentang konsep kepimpinan
4.4 Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin
dan Bustan al-Salatin tentang hukum melantik pemimpin 193
4.5 Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin 194
dan Bustan al-Salatin tentang kewajiban mentaati pemimpin
4.6 Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin 195
dan Bustan al-Salatin tentang isu pemecatan sultan/ raja
4.7 Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin 196
dan Bustan al-Salatin tentang konsep raja sebagai “bayangan
Allah di bumi”
4.8 Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin 198
dan Bustan al-Salatin tentang konsep keadilan dalam
pemerintahan
4.9 Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin 199
dan Bustan al-Salatin tentang syarat-syarat menjadi raja/sultan
4.10 Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin 201
dan Bustan al-Salatin tentang kezaliman
4.11 Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin 202
dan Bustan al-Salatin tentang kedaulatan
4.12 Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin 203
dan Bustan al-Salatin tentang undang-undang
4.13 Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin 204
dan Bustan al-Salatin tentang kuasa
xii
4.14 Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin 205
dan Bustan al-Salatin tentang kepimpinan wanita
4.15 Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin 206
dan Bustan al-Salatin tentang Wazir/ Menteri
4.16 Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin 207
dan Bustan al-Salatin tentang syarat-syarat menjadi Wazir/
Menteri
4.17 Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin 209
dan Bustan al-Salatin tentang syarat-syarat menjadi Qadi
4.18 Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin 210
dan Bustan al-Salatin tentang syarat-syarat menjadi Utusan
4.19 Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin 211
dan Bustan al-Salatin tentang syarat-syarat menjadi Katib
4.20 Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin 212
dan Bustan al-Salatin tentang syarat-syarat menjadi pegawai
4.21 Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin 213
dan Bustan al-Salatin tentang rakyat
4.22 Perbandingan antara kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin 213
dan Bustan al-Salatin tentang hubungan luar
5.1 Perbandingan antara kitab pemikir politik Islam zaman 219
klasik, pertengahan dan moden tentang kedudukan kerajaan
dalam Islam
5.2 Perbandingan antara kitab pemikir politik Islam zaman 223
klasik, pertengahan dan moden tentang bentuk kerajaan
5.3 Perbandingan antara kitab pemikir politik Islam zaman 226
klasik, pertengahan dan moden tentang konsep kepimpinan
5.4 Perbandingan antara kitab pemikir politik Islam zaman 227
klasik, pertengahan dan moden tentang hukum melantik
ketua negara
5.5 Perbandingan antara kitab pemikir politik Islam zaman 228
klasik, pertengahan dan moden tentang kewajiban
mentaati pemimpin/raja/sultan
5.6 Perbandingan antara kitab pemikir politik Islam zaman 232
klasik, pertengahan dan moden tentang isu pemecatan sultan
xiii
5.7 Perbandingan antara kitab pemikir politik Islam zaman 234
klasik, pertengahan dan moden tentang konsep raja sebagai
“bayangan Allah S.W.T. di bumi”
5.8 Perbandingan antara kitab pemikir politik Islam zaman 236
klasik, pertengahan dan moden tentang konsep keadilan
5.9 Perbandingan antara kitab pemikir politik Islam zaman 240
klasik, pertengahan dan moden tentang syarat-syarat
menjadi pemimpin/ ketua negara/ sultan
5.10 Perbandingan antara kitab pemikir politik Islam zaman 245
klasik, pertengahan dan moden tentang kedaulatan
5.11 Perbandingan antara kitab pemikir politik Islam zaman 246
klasik, pertengahan dan moden tentang undang-undang
5.12 Perbandingan antara kitab pemikir politik Islam zaman 249
klasik, pertengahan dan moden tentang kuasa
5.13 Perbandingan antara kitab pemikir politik Islam zaman 252
klasik, pertengahan dan moden tentang kepimpinan wanita
xiv
SENARAI ILUSTRASI
No. Rajah Halaman
3.1 Strata masyarakat Melayu dalam Kesultanan Aceh 89
Dar al-Salam menurut Taj al-Salatin
3.2 Strata masyarakat Melayu dalam Kesultanan Melayu 132
Melaka menurut Sulalah al-Salatin
3.3 Strata masyarakat Melayu dalam Kesultanan Aceh 152
Dar al-Salam menurut Bustan al-Salatin
xv
JADUAL TRANSLITERASI
Huruf Arab Huruf Latin Contoh Asal Contoh Transliterasi
sa’ala سأل ’ ء
badala بدل b ب
tamr تمر t ت
thawrah ثورة th ث
jamāl جمال j ج
hadith حديث h ح
khalid خالد kh خ
يواند d د diwan
madhhab مذهب dh ذ
رحمن r ر rahman
zamzam زمزم z ز
sarab سراب s س
shams شمس sh ش
sabr صبـر s ص
damir ضمير d ض
tahir طاهر t ط
zuhr ظهر z ظ
ع c عبد
cabd
ghayb غيب gh غ
fiqh فقه f ف
qadi قاضي q ق
ka`s كأس k ك
نبل l ل laban
mizmar مزمار m م
nawm نوم n ن
habata هبط h هـ
wasala وصل w و
yasar يسار y ى
Vokal Pendek
Huruf Arab Huruf Latin Contoh Asal Contoh Transliterasi
_ َ _ a فعل facala
hasiba حسب i ــــِـ
_ َ _ u كتب kutiba
Vokal Panjang
Huruf Arab Huruf Latin Contoh Asal Contoh Transliterasi
ىا, a كاتبقضي kātib qada
karĩm كريم i ي
huruf حروف u و
xvi
Diftong
Huruf Arab Huruf Latin Contoh Asal Contoh Transliterasi
qawl قول aw و
sayf سيف ay ى
raj رجعى iyy/i ى ciyy/ raj
ci
عدو uww/u و caduww/
cadu
Pengecualian:
1. Huruf Arab ء (hamzah) pada awal perkataan ditransliterasikan kepada ‘a’
bukan ‘a. Contoh أكبر , transliterasi: akbar bukan ’akbar.
2. Huruf Arab ة (ta’ marbutah) pada perkataan tanpa ال (al) yang bersambung
dengan perkataan lain ditransliterasikan kepada ‘t’. Contohnya: التعليموزارة ,
transliterasi: wizarat al-taclim, bukannya wizarah al-ta
clim. Tetapi sekiranya
terdapat pada perkataan yang ada (al) atau pada perkataan tunggal atau pada
perkataan terakhir (ta’ marbutah) maka diteransliterasikan kepada (h).
Contoh Transliterasi
al-Maktabah al-Ahliyyah المكتبة األهلية
qal قلعةcah
.Dar Wahbah دار وهبة
xvii
SENARAI SINGKATAN
a.s alaihi al-salam
Dr. Doktor
Dsb Dan sebagainya
H Hijriyah
Hlm. Halaman
Jil: Jilid
M Masehi
No. Nombor
Prof. Profesor
Ra. Radiallah cAnhu
S.A.W. Sallallah cAlaih Wasallam
S.W.T. Subhanah Wa Tacala
t.pt. Tanpa penerbit
t.th. Tanpa tahun
t.tp. tiada tempat terbit
Ter. Terjemahan
Thn Tahun
Tn. Tuan
Ust. Ustaz
Y.Bhg. Yang berbahagia
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 LATARBELAKANG KAJIAN
Kedatangan agama Islam telah memberi nafas baru kepada sistem politik dan
pemerintahan di Alam Melayu. Ajaran Islam yang berlandaskan al-Qur’an dan Sunnah
dijadikan sebagai asas, panduan dan rujukan golongan pemerintah untuk mentadbir-urus
sesebuah kerajaan. Banyak institusi kesultanan Melayu-Islam yang muncul silih
berganti di Alam Melayu seperti di Perlak, Samudera-Pasai, Melaka, Aceh, Patani,
Demak, Brunei, Johor-Riau, Sulu dan Banjar yang menggunapakai sistem politik Islam.
Selepas Kesultanan Melayu Melaka (1400-1511) dijajah oleh Portugis1 pada
tahun 1511, Kesultanan Aceh Dar al-Salam pernah bertindak sebagai benteng terakhir
bagi mempertahankan syiar Islam di Alam Melayu dari ancaman penjajah Portugis dan
Belanda pada abad ke 16 dan 17 M. Dalam era kegemilangan Kesultanan Aceh Dar al-
Salam inilah, aktiviti penyebaran Islam, aktiviti keilmuan dan penulisan kitab dalam
semua aspek kehidupan masyarakat telah berkembang. Karya-karya politik rumpun
Melayu muncul satu demi satu seperti Taj al-Salatin (1603/1604) oleh Bukhari al-
Jauhari, Sulalah al-Salatin (1612-1617) oleh Tun Seri Lanang, dan Bustan al-Salatin
(1638-1641) oleh Nuruddin al-Raniri, yang di dalamnya sarat dengan ilmu
kepemimpinan yang bernuansakan pandangan alam Islam.
1 Permulaan bagi penjajahan Portugis ini menurut Arun Kumar (1962:31-32) adalah atas arahan
Raja Manuel I. Beliau menyatakan:
In 1500 the Portuguese had royal instructions to seize Moslem vessels on the high seas. In 1505,
following the order of King Manuel I, the Portuguese began concentrated attack on Moslem
shipping in the red sea and the Persian Gulf and along the west coast of India.
2
Kitab yang telah digolongkan dalam genre penasihatan khalifah seperti Taj al-
Salatin ini bukan sahaja membincangkan tentang peraturan yang telah ditetapkan oleh
Allah S.W.T. kepada manusia dalam mengurus negara tetapi juga terdapat beberapa
panduan kepemimpinan yang menjadikannya begitu popular di kalangan raja dan
pembesar istana sehingga dapat menarik minat masyarakat setempat membacanya.
Penulisan kitab-kitab begini di dunia Islam diketahui sudah berakar umbi sejak ribuan
tahun lamanya di Tanah Arab dan di dunia Islam yang lain. Di zaman Kerajaan Bani
Umayyah dan ‘Abbasiyyah, kebanyakan pengarang genre ini adalah terdiri daripada
para ulama dan pegawai-pegawai di istana seperti Ibn Muqaffa’, al-Mawardi, al-
Ghazali, Nizam al-Mulk, al-Jahidz dan lain-lain lagi. Di Alam Melayu, pengarang genre
penasihatan khalifah ini juga bukan sembarangan orang. Mereka biasanya mempunyai
kedudukan tertentu di istana seperti menteri, bendahara, penasihat sultan, hulubalang,
para cerdik pandai, ilmuan dan golongan ulama. Hanya pengarang yang mempunyai
ilmu pengetahuan tentang sejarah, adat istiadat dan berpengalaman dalam urusan
pemerintahan kerajaan sahaja yang berupaya untuk menghasilkan kitab-kitab tersebut.
Sebenarnya karya-karya dalam genre ini sudah bermula sejak abad ke 9M dan ia
berterusan sehinggalah abad ke 20M. Ia dimulai oleh Ibn Muqaffa’ di Parsi (Iran), al-
Farabi, Ibnu Sina, Nizam al-Mulk, Ibn Abi Rabi’, al-Mawardi (364-450H/975-1059M),
al-Juwayni (1028-1087M), al-Ghazali (1058-1111M) dan para sarjana Islam yang lain.
Ibn Abi Rabi’ misalnya menulis kitab Suluk al-Malik fi Tadbir al-Mamalik, al-Farabi
menulis Ara’ Ahl al-Madinah al-Fadilah, Tahsil al-Sa’adah dan al-Siyasah al-
Madaniyyah. Al-Mawardi menulis al-Ahkam al-Sultaniyyah, Qawanin al-Wizarah dan
Siyasah al-Malik. Al-Ghazali menulis Ihya’ ‘Ulum al-Din, al-Iqtisad fi al-I’tiqad dan
al-Tibr al-Masbuq fi Nasihah al-Muluk, Ibn Taymiyyah (1262-1328M) menulis al-
Siyasah al-Syar’iyyah dan Ibn Khaldun menulis Muqaddimah.
Pengaruh genre ini kemudiannya tersebar ke serata dunia Islam seperti di India
dan di Alam Melayu. Di Aceh, pada ke abad yang ke 17 M, karya penasihatan khalifah
ini diwakili oleh Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin. Ketiga-tiga
kitab ini tidak dapat dinafikan lagi pernah ditulis, dipelajari dan disimpan di Aceh suatu
masa dahulu.
3
Dari pengaruh kitab-kitab ini, kemudiannya muncullah antara lain kitab Safinah
al-Hukkam pada abad ke 18 M di Aceh, Kitab Nasihat Raja-raja di Terengganu,
Thamarat al-Muhimmah di Riau pada abad ke 19 M dan Kitab Kumpulan Ringkas
Berbetulan Lekas tulisan Raja Haji Kelana (1910M) di Riau; yang merupakan karya
penasihatan khalifah versi Alam Melayu yang terakhir ditemui. Ringkasnya, Taj al-
Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin dan kitab-kitab yang disebutkan di atas
merupakan penerusan warisan intelektual Islam dari zaman klasik dan abad pertengahan
hinggalah sekarang.
Namun sayangnya kitab-kitab tentang politik dan kepimpinan di dunia Islam
mulai dipengaruhi oleh pemikiran Barat yang dibawa oleh negara-negara seperti
England, Jerman, Belanda dan Amerika angkara penjajahan. Pemikiran politik Barat
dilihat cuba menimbusi pemikiran politik Islam. Di zaman moden ini, idea tentang
politik masih lagi menjadi tajuk perbahasan dan ulasan para pemikir dan ilmuan Islam
seperti Jamal al-Din al-Afghani (1838-1897M), Muhammad ’Abduh (1849-1905M),
Muhammad Rashid Rida (1865-1935M), Sayyid Qutub (1906-1966M) dan Abu A’la al-
Mawdudi (1903-1979M) dalam kitab karangan mereka. Pemikiran mereka ini masih
lagi dikaji oleh para sarjana kontemporari.
1.2 PERMASALAHAN KAJIAN
Bertitik-tolak dari lanskap di atas, umum mengetahui bahawa masalah politik dan
kepimpinan merupakan subjek wacana ilmuan Islam sejak dahulu lagi. Ini kerana
melalui kepimpinan, seseorang pemimpin sesebuah bangsa itu berupaya untuk
membawa rakyatnya mencapai kemajuan atau kemunduran. Peranan ketua negara
sangat penting dan ia sudah lama dibahaskan oleh ilmuan Islam.
Suatu perkara yang menarik untuk diketahui ialah kebanyakan kitab penasihatan
khalifah ini lahir kerana berlakunya krisis kepimpinan dan huru-hara pada waktu
tersebut. Keadaan ini telah mendorong golongan ulama seperti al-Farabi (Ara’ Ahl al-
Madinah al-Fadilah), al-Mawardi (al-Ahkam al-Sultaniyyah) dan al-Ghazali (al-Tibr al-
Masbuq fi Nasihah al-Muluk) menulis kitab-kitab mereka. Hasrat mereka supaya
4
khalifah dapat mengamalkan konsep keadilan dalam pemerintahan dan mewujudkan
sebuah empayar Islam yang makmur.
Begitu juga situasinya di Aceh. Karya penasihatan khalifah seperti kitab Taj al-
Salatin lahir kerana krisis kepimpinan yang berlaku di istana Kesultanan Aceh Dar al-
Salam pada akhir abad ke 16M (period 1575-1604). Taj al-Salatin menawarkan
penyelesaian bagi masalah-masalah seperti perebutan kuasa di kalangan kerabat diraja
Aceh, sultan yang zalim, pembunuhan enam orang sultan dan hulubalang yang tamak
serta gila kuasa dalam period tersebut. Menurut Raden Hoesein Djajadiningrat
(1982/1983:81) dan Abdul Hadi W.M. (2001:121-123), kekerasan mewarnai politik
Aceh apabila Sultan Muda yang baru berumur 4 bulan telah mati dibunuh. Selain itu
Sultan Sri Alam (1576), Sultan Zainal Abidin (1577), Sultan Alauddin dari Perak atau
Mansur Shah (1577-1586) dibunuh oleh hulubalangnya, Sultan Ali Riayat Shah atau
Raja Bujang mangkat dibunuh (1586-1588) dan berlaku perebutan kuasa di period akhir
pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah Sayyid al-Mukammil (1588-1604) oleh dua
orang anak lelakinya.
Mengapa masalah seperti ini berlaku dalam sesebuah kesultanan Islam? Menurut
Taj al-Salatin, keadaan ini berlaku kerana agama Islam sudah tidak lagi diamalkan oleh
para pemimpin negara dan umat Islam. Ini kerana hubungan antara agama dan kerajaan
adalah sangat rapat dan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Apabila
agama Islam tidak lagi diamalkan di dalam politik bernegara maka sifat-sifat dengki,
irihati, dendam, sombong, angkuh, riak, takabbur, ’ujub dan gila kuasa akan menular
dalam kalangan masyarakat khususnya para pemimpin negara. Kesannya akan wujud
ketidakstabilan politik, huru-hara, jenayah dan keganasan yang tiada berpenghujung.
Persoalannya di sini, adakah kitab penasihatan khalifah yang lain seperti Sulalah
al-Salatin dan Bustan al-Salatin lahir kerana masalah kepemimpinan yang sama?
Adakah pemikiran politik ketiga-tiga kitab tersebut sama atau berbeza? Apa pula kaitan
antara kitab-kitab tersebut dengan kitab ilmuan Islam zaman dahulu (klasik) dan
sekarang (moden)? Adakah terputus tali yang menyambung tradisi keilmuan
kepemimpinan rumpun Melayu dengan kitab ilmuan Islam zaman dahulu (klasik).
5
Selain itu, adakah ketiga-tiga kitab tersebut memberi impak yang positif kepada
pemimpin dan rakyat setempat?
1.3 KEPENTINGAN KAJIAN
Menurut Zainal Kling (1993:402-403) karya-karya seperti Taj al-Salatin, Sulalah al-
Salatin dan Bustan al-Salatin adalah tiga sumber historiografi dalam himpunan kitab
Melayu lama yang ditulis dalam tempoh yang sama iaitu pada awal abad ke 17M dan
tentang mauduk yang sama iaitu sistem pemerintahan kerajaan. Pada asasnya kajian ini
membahaskan tiga karya penting dalam tradisi pemikiran ketatanegaraan Alam Melayu
yang kesemuanya mengunakan kata kunci yang sama iaitu ‘salatin’ yang bermaksud
para sultan atau raja atau penguasa atau pemerintah. Ia banyak berkisar di sekitar
nasihat dan panduan yang perlu dijadikan teras dalam amalan kepimpinan dan
pemerintahan. Inilah alasan kenapa kitab-kitab tentang ‘salatin’ dipilih dalam
penyelidikan ini.
Berasaskan kata kunci itu juga, penyelidikan ini akan cuba menerokai satu
perkembangan pemikiran dalam ruang lingkup sistem kemasyarakatan dan kenegaraan
atau umumnya sistem politik yang berkembang di Alam Melayu pada abad ke 17M.
Asas kajian ini ialah ia mengeluarkan sudut-sudut pemikiran yang digarap oleh
pengarang kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin dalam konteks
sebagai panduan kepimpinan dan kenegaraan. Kajian ini juga dilihat penting untuk
mengenalpasti idea politik pengarang kitab tersebut dalam erti kata sifat dan ciri
pemimpin dalam Islam bagi konteks dunia Melayu-Nusantara.
Dalam konteks keilmuan, harapan penulis supaya hasil kajian ini dapat memberi
manfaat kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia khususnya umat Islam. Ini
kerana kitab-kitab akan lahir silih berganti tetapi idea pengarangnya yang membawa
perubahan yang baik kepada kehidupan masyarakat amat wajar dikaji dan dicontohi.
Selain menambah pengetahuan dalam bidang kepimpinan ia juga dapat memperkayakan
lagi penulisan tentang dunia Melayu pada abad ke 17M di Aceh, suatu masa dahulu.
6
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Penulisan tesis ini dibuat kerana beberapa objektif iaitu:
1. Mengenalpasti idea atau pemikiran politik Islam yang terkandung di dalam kitab Taj
al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin.
2. Menilai idea atau pemikiran politik Islam yang terkandung di dalam kitab Taj al-
Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin untuk melihat persamaan dan
perbezaannya.
3. Menilai persamaan, perbezaan dan hubungan pemikiran politik Islam di dalam
ketiga-tiga kitab tersebut dengan kitab ilmuan Islam zaman klasik dan buku politik
Islam zaman moden kontemporari.
1.5 SKOP KAJIAN
Skop kajian ini hanya menumpukan perhatian kepada tiga kitab yang mempunyai tajuk
‘salatin’ sahaja iaitu kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin
dalam aspek pemikiran politik. Ini kerana hanya kitab politik Melayu di awal abad ke
17 M sahaja yang akan dibuat perbandingan dalam kajian ini. Daripada ketiga-tiga kitab
inilah idea serta pemikiran politik Islam akan digali dan dipersembahkan kepada
khalayak umum. Selain itu, bidang kajian ini hanya akan menyentuh tentang pemikiran
politik Islam dan urusan pemerintahan di istana Kesultanan Aceh Dar al-Salam pada
abad ke 17 M sahaja.
Oleh kerana manuskrip asal kitab Taj al-Salatin tidak dijumpai oleh penulis
setelah mencarinya di pelbagai perpustakaan, penulis akan menggunakan kitab Taj al-
Salatin (2001) dalam tulisan jawi karangan Bukhari al-Jauhari yang merupakan salinan
dari teks asal. Ia telah diselenggarakan oleh Muhammad Haji Salleh. Selain itu, penulis
juga akan menggunakan kitab Taj al-Salatin dalam tulisan rumi selenggaraan Khalid M.
Hussain (1992).
7
Kitab Sulalah al-Salatin yang digunakan dalam kajian ini dikenali juga sebagai
Sejarah Melayu (dalam bahasa Melayu) dan The Malay Annals (dalam bahasa Inggeris).
Kitab yang akan digunakan dalam penulisan ini adalah kitab dari salinan manuskrip asal
bertulisan jawi selenggaraan Muhammad Yusoff Hashim (1998) berjudul Hikayat
Melayu atau Sulalah al-Salatin (IKSEP). Sulalah al-Salatin edisi A. Samad Ahmad
(2010) juga akan digunakan oleh penulis. Sementara itu, kitab Bustan al-Salatin bab I,
II (2004) dan bab III (2008) yang digunakan dalam penulisan ini adalah selenggaraan
Jelani Harun.
1.6 METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian berbentuk sejarah dan analisis isi kandungan kitab. Oleh
itu, pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif. Teknik pengumpulan data adalah
berasaskan kaedah kajian kepustakaan. Ia termasuklah kaedah persejarahan,
dokumentasi dan temubual. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan
metode komparatif, induktif dan deduktif.
Menurut Rubin (1990:182-183), metode kualitatif analisis isi kandungan
dokumen adalah pendekatan yang paling praktikal untuk mengkaji bahan seperti kitab
dan isi kandungannya. Berikut adalah prosedur yang dilalui oleh penyelidik:
1. mengumpul data kualitatif berupa kitab-kitab, buku-buku sejarah, jurnal, dokumen,
gambar dan temubual2 (teknik temubual berstruktur).
2. gerak kerja dalam menganalisis data adalah dengan membuat perbandingan,
mengenali bentuk, mengelompok, mencari hubungan, membuat rumusan dan
membuat tafsiran.
1.7 SOROTAN LITERATUR
Umum mengetahui bahawa kitab Sulalah al-Salatin atau Sejarah Melayu adalah kitab
sejarah yang paling banyak dikaji oleh sarjana dari Timur dan Barat. Banyak ulasan,
analisis dan perbandingan tentang Sulalah al-Salatin dalam buku dan seminar telah
dibuat dengan melihat kepada perspektif yang berbeza-beza. Oleh itu amat sukar untuk
2 Temubual ini merujuk kepada penggunaan kitab penasihatan khalifah oleh sultan-sultan di
Aceh dan di Alam Melayu. Ia akan dilakukan kepada para sejarawan tempatan dan Aceh.
8
memuatkan semua hasil kajian para sarjana tersebut dalam tempat yang terhad ini.
Walau bagaimana pun antara kajian terawal tentang Sulalah al-Salatin telah dilakukan
oleh Nuruddin al-Raniri. Barangkali beliau adalah orang yang pertama mengkaji kitab
Sulalah al-Salatin kerana beliau hidup sezaman dengan Tun Sri Lanang di Aceh dan
menjadi sahabat akrabnya. Ini kerana, beberapa fakta dalam kitab Bustan al-Salatin
diambil daripada Sulalah al-Salatin terutama dalam bab 2 fasal ke 12 (Teuku Iskandar
1967:40).
Dalam menyoroti kajian terdahulu, Roolvink (1986:xx), Hsu Yun Tsiao (1986),
Sanusi Samid (1967:65-74), Yusof Iskandar (1986:119-139) dan De Jong (1986:56-64)
adalah antara sarjana yang telah mengkaji Sulalah al-Salatin dari aspek nilai sejarah.
Hsu Yun Tsiao (1966:438-453) misalnya dalam artikelnya yang bertajuk “Meninjau
Sejarah Melayu dari segi nilaian sejarah” telah membincangkan tentang kitab Sulalah
al-Salatin meliputi aspek gaya bahasa, bab dan nilai sejarah di dalamnya.
Abdul Wahab Ali (1970:505-514) pernah mengkaji kitab Sulalah al-Salatin dan
membandingkannya dengan Hikayat Raja-raja Pasai. Dalam artikelnya yang bertajuk
Perbezaan antara Sejarah Melayu dengan Hikayat Raja-raja Pasai beliau hanya
menilai beberapa aspek persamaan dan perbezaan kedua-dua kitab tersebut tanpa
melihat kepada idea politik di dalamnya. Selain itu, kajian Md. Akbal Abdullah
(1999:106-160) tentang Sulalah al-Salatin berkisar di sekitar peranan kitab tersebut
sebagai salah satu kitab rujukan tentang kerajaan Melayu Johor-Riau. Aspek-aspek lain
tidak disentuh. M. Rajantheran (1999) telah menulis sebuah buku bertajuk Sejarah
Melayu; Kesan Hubungan Kebudayaan Melayu dan India. Di dalam bukunya itu, beliau
cuba membuktikan bahawa Sejarah Melayu banyak mengambil pengaruh tradisi, mitos,
lagenda dan kepercayaan orang India. Pada hemat penulis, dakwaan beliau ini tidak
berasas kerana unsur mitos dalam Sulalah al-Salatin/ Sejarah Melayu hanya sedikit
sahaja selain ia banyak mempunyai pengaruh Melayu dan Islam yang berasal dari Alam
Melayu, Tanah Arab dan Parsi.
Haron Daud (1989) telah menulis sebuah buku bertajuk Sejarah Melayu: Satu
Kajian dari Aspek Pensejarahan Budaya. Ia diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur. Kajian ini membincangkan polemik adakah kitab tersebut satu
9
sumber sejarah, budaya atau tamadun bangsa Melayu. Khoo Hock Hoi (1990) dalam
disertasinya yang bertajuk Pemikiran dalam Sejarah Melayu telah membincangkan
pemikiran masyarakat Melayu berdasarkan teks tersebut dari sudut simbolisme, politik,
ekonomi dan sosial. Beliau dalam kajiannya menyatakan bahawa Sejarah Melayu penuh
dengan nilai-nilai yang boleh dilihat dari pelbagai sudut dan pandangan. Sejarah
Melayu telah menayangkan kepada generasi masakini tentang pemikiran serta cara
hidup masyarakat Melayu tradisional yang mempengaruhi tindakan, sikap dan
pengharapan mereka.
Idris Zakaria (2004:178-191) dalam artikelnya yang bertajuk Gejala sosial
dalam teks Sejarah Melayu telah menganalisa gejala sosial dan amalan negatif
masyarakat Melayu dari perspektif Islam berdasarkan kepada teks tersebut. Kajian ini
dilihat amat tersendiri dan berlainan dengan kajian sarjana terdahulu. Beliau menilai
amalan negatif yang ada masyarakat Melayu berdasarkan teks tersebut melalui neraca
syariah. Walaupun begitu aspek-aspek yang lain seperti nilai sejarah, falsafah, idea
politik dan Tasawuf Islam tidak disentuh oleh beliau.
Hussain Othman (2008) dalam bukunya yang bertajuk Malay Historical Thought
telah mengkaji pemikiran persejarahan masyarakat Melayu berdasarkan tiga buah kitab
menggunakan metode analisis isi kandungan iaitu Sulalah al-Salatin, Hikayat Raja-raja
Pasai dan Hikayat Merong Mahawangsa. Melalui hasil kajiannya, beliau dapati bahawa
masyarakat Melayu mempunyai pemikiran persejarahan yang sangat unik dan istimewa.
Ini kerana setiap kejadian sejarah dipersembahkan kepada pembaca secara simbolik
selain mempunyai makna yang tersurat dan tersirat.
Artikel Zubir Idris (2011) dalam Jurnal Melayu yang bertajuk Etnosentrisme
Melayu dalam Sulalah al-Salatin telah membincangkan tentang nilai etnosentrisme
dalam teks historiografi Melayu tradisional. Etnosentrisme di sini merujuk kepada riak-
riak penentangan awal masyarakat peribumi terhadap penjajah sebelum zaman kolonial.
Pembentukan konsep etnosentrisme Melayu itu cuba dikesan oleh Zubir Idris dalam
kitab Sulalah al-Salatin.
10
Kajian terbaru Sulalah al-Salatin telah dilakukan oleh beberapa orang
penyelidik dan dibentangkan dalam Seminar Memartabatkan Karya Agung 400 tahun
Sulalah al-Salatin yang telah diadakan pada 13 Oktober 2012 di Kota Tinggi. Antara
artikelnya ialah tulisan Muhammad Haji Salleh yang bertajuk Genius sastera Sulalah
al-Salatin, Waad, wasiat dan nasihat dalam Sulalah al-Salatin oleh Zainal Abidin
Borhan, Tun Sri Lanang dalam sejarah dua bangsa, terungkap setelah 400 tahun oleh
Pocut Haslinda Syahrul Azwar dan Tun Sri Lanang Seorang Bendahara dan Pujangga
Tersohor oleh Kamdi Kamil.
Muhammad Haji Salleh dari Universiti Sains Malaysia misalnya telah memuji
kitab dan pengarang Sulalah al-Salatin. Beliau menyifatkannya sebagai seorang yang
genius dan berjaya mempersembahkan kitab Sulalah al-Salatin kepada khalayak
pembaca secara sublim. Begitu juga dengan waris generasi kelapan Tun Sri Lanang,
Pocut Haslinda Syahrul Azwar dan Kamdi Kamil yang mengungkap kembali sejarah
hidup Tun Sri Lanang yang pernah menjadi Bendahara Paduka Raja di Johor dan
Hulubalang Samalanga di Aceh. Banyak maklumat-maklumat baru yang dikongsi
kepada khalayak umum tentang perjalanan hidup pengarang kitab Sulalah al-Salatin itu.
Antara barang-barang peninggalan Tun Sri Lanang yang dipamerkan ialah gambar-
gambarnya, siwah/ kerisnya yang bertatahkan emas, topi (peci) dan lain-lain lagi.
Menurut Siti Hawa Haji Salleh (1992:xiii), seorang sarjana terkenal tentang
dunia persuratan Melayu, belum ada kajian yang menyeluruh dilakukan tentang kitab
Bustan al-Salatin kerana ia besar, tebal dan luas isinya dalam hampir semua bab.
Walaupun begitu, kajian tentang pengarangnya iaitu Nuruddin al-Raniri telah banyak
dilakukan oleh para sarjana Barat khususnya dari Belanda3 dan sarjana Nusantara
4.
Cuma, kajian-kajian tersebut tidak menghuraikan sejarah hidup beliau dengan lengkap
terutama yang berkaitan dengan kelahirannya, pendidikannya, guru-gurunya dan
sebagainya. Ini kerana menurut Ahmad Daudy tiada penulisan, sama ada yang
dihasilkan oleh al-Raniri sendiri atau murid-muridnya, yang menceritakan tentang
perjalanan sejarah hidup beliau secara tuntas. Sejumlah kitab karangannya adalah
3 Seperti P. Voorhoeve, G.W.J. Drewes dan C.A.O. Van Nieuwenhuyze.
4 Seperti Tudjimah, al-’Attas dan Ahmad Daudy.
11
berkisar tentang sesuatu disiplin ilmu yang khusus dalam Islam seperti Fiqh dan
Tasawuf.
Pada tahun 1974, Russel Jones menyelenggara bahagian tentang cerita Ibrahim
Ibn Adham yang terdapat dalam Fasal Pertama Bab ke 4 Bustan al-Salatin. Ia telah
diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur bertajuk Nuruddin al-
Raniri Bustan al-Salatin, Bab IV Fasal 1: A Critical Edition and Translation of the
First Part of Fasal 1, which Deals with Ibrahim Ibn Adham.
Terjemahan bahasa Inggeris bagi hampir keseluruhan bab keempat Bustan al-
Salatin telah diusahakan oleh Anne Grinter (1979) dalam tesis PhDnya di School of
African and Oriental Studies, University of London tetapi ia masih belum diterbitkan.
Tesis tersebut bertajuk Book IV of the Bustan al-Salatin by Nuruddin al-Raniri.
Sekumpulan penyelidik daripada Fakulti Sastera dan Kebudayaan, Universiti
Gajah Mada, Indonesia yang diselia oleh Prof. Dr. Sulastin Sutrisno pernah membuat
kajian terhadap Bustan al-Salatin (Bab I-VII). Kajian tersebut menumpukan kepada
aspek struktur naratif, gaya penulisan, penggunaan bahasa, unsur-unsur retorik, simbol,
konsep Tasawuf dan kaitan penulisan-penulisan beliau dengan penulisan-penulisan
tradisional Melayu yang lain. Kajian ini diterbitkan dalam sebuah buku yang berjudul
Memahami Karya-Karya Nuruddin Arraniri pada tahun 1982. Ia diterbitkan oleh Pusat
Pembinaan Bahasa, Departmen Pendidikan dan Kebudayaan serta Fakulti Sastera dan
Kebudayaan, Universiti Gajah Mada, Indonesia. Walaupun begitu, karya ini tidak
membuat perbandingan dengan karya politik pada awal abad ke 17 seperti kitab Taj al-
Salatin dan Sulalah al-Salatin.
Syed Muhammad Naguib al-’Attas telah melakukan kajian terperinci tentang al-
Raniri dalam beberapa buah bukunya seperti Raniri and the Wujudiyyah of 17th
Century
Acheh (1966), Comments on the Re-examination of al-Raniri’s Hujjatu’l Siddiq: A
Refutation (1975) dan A Commentary of Hujjatu’l Siddiq of Nur al-Din al-Raniri
(1986). Selain itu, Norhayati Abu Bakar (1993/94) pula telah mengkaji Bab ke 5 Bustan
al-Salatin mengenai “Segala raja yang zalim dan wazir yang aniaya serta khianat”
dalam disertasi beliau di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Fakulti Usuluddin, Akademi
12
Islam, Universiti Malaya. Ia bertajuk Manuskrip Kitab Bustan al-Salatin: Satu Kajian
Bab Kelima Mengenai Segala Raja yang Zalim dan Wazir yang Aniaya serta Khianat.
Pada tahun 2002, Aidil Farina bt. Omar mengkaji metodologi penulisan al-
Raniri dalam kitab Bustan al-Salatin ini dengan membandingkannya dengan kitab
Tarikh al-Rusul Wa al-Muluk karya al-Tabari untuk melihat sejauh mana beliau
terpengaruh dengan metodologi penulisan ahli-ahli sejarah Islam yang terdahulu. Kajian
peringkat sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini berjudul Shaykh Nur
al-Din al-Raniri: A Study Of His Career & Magnum Opus Bustan al-Salatin. Walaupun
begitu, kajiannya ini hanya membincangkan tentang pengaruh dan pemikiran dalam
kedua-dua kitab tersebut tanpa membuat perbandingan dengan kitab penasihatan
khalifah yang lain.
Satu kajian perbandingan tentang konsep pemikiran politik Islam yang
terkandung dalam Taj al-Salatin dan Bustan al-Salatin telah dilakukan oleh Surianiah
Pakih (1999) untuk memperolehi ijazah Sarjana Usuluddin daripada Jabatan Usuluddin,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Kajian tersebut bertajuk Pemikiran
Politik Islam dalam Taj al-Salatin dan Bustan al-Salatin: Satu Perbandingan Konsep.
Seterusnya Abdullah Sani Usman (2005) telah membuat kajian perbandingan
antara Bustan al-Salatin dengan Kanun Syarak Kerajaan Acheh untuk melihat nilai
sastera ketatanegaraan dan undang-undang yang terdapat dalam kedua-dua karya ini.
Jelani Harun pula telah menulis sebuah buku bertajuk Pemikiran Adab Ketatanegaraan
Kesultanan Melayu. Ia diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2003.
Buku tersebut secara umumnya membincangkan tentang sastera adab ketatanegaraan
yang wujud dalam rumpun Melayu dari dahulu hinggalah sekarang. Ia termasuklah Taj
al-Salatin dan Bustan al-Salatin.
Kajian terkini tulisan Jelani Harun (2009) bertajuk Bustan al-Salatin (The
Garden of Kings): A Malay Mirror for Rulers telah diterbitkan oleh Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang. Buku ini membahaskan tentang kitab Bustan al-Salatin secara
panjang lebar meliputi perbincangan tentang sejarah dunia di dalam kitab tersebut, adab
ketatanegaraan, tentang pengarangnya iaitu Nuruddin al-Raniri, pengaruh yang dibawa
13
oleh Bustan al-Salatin dan membandingkannya dengan pengarang kitab adab
ketatanegaraan yang lain seperti Raja Ali Haji di Riau. Melalui pembacaan penulis,
hampir semua maklumat tentang Bustan al-Salatin ada di dalamnya. Oleh itu, tidak
hairanlah jika V.I. Braginsky amat memuji buku ini. Walaupun begitu, Jelani Harun
dilihat tidak membuat perbandingan khususnya dalam aspek pemikiran politik di dalam
kitab Bustan al-Salatin, Taj al-Salatin dan Sulalah al-Salatin.
Selain itu, Wan Mohd Saghir Abdullah (2004:73-80) juga pernah mengkaji Taj
al-Salatin. Dalam artikelnya yang bertajuk Taj al-Salatin kitab peradaban raja-raja
dunia Melayu Islam, beliau telah membincangkan polemik tentang edisi Taj al-Salatin
dan siapa pengarangnya tanpa mengkaji pemikiran yang cuba dibawa dalam penulisan
kitab tersebut.
Siti Hawa Haji Salleh (2010) menulis sebuah buku bertajuk Malay Literature of
the 19th century. Dalam bukunya itu, beliau telah menyentuh tentang karya dan
pengarang Melayu sebelum abad ke 19M dari aspek sejarah, genre, peranan dan
pengaruh karya-karya Melayu lama. Antara yang dibincangkan termasuklah kitab Taj
al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin di Aceh tetapi dalam konteksnya
sebagai karya sastera.
Kesimpulannya, sejauh pembacaan penulis, kajian bagi setiap kitab telah banyak
dilakukan oleh penulis-penulis sebelum ini tetapi kajian tentang perbandingan Taj al-
Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin dalam aspek pemikiran politik Islam
belum pernah lagi dilakukan. Jadi, sumbangan baru menurut hemat penulis kepada
bidang keilmuan bolehlah dilihat dari aspek perbandingan ketiga-tiga kitab tersebut.
Justeru, penyelidikan yang bakal penulis lakukan ini adalah untuk mengenalpasti
pemikiran politik Islam yang terdapat dalam kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan
Bustan al-Salatin secara perbandingan untuk manfaat seluruh masyarakat di Malaysia.
Namun begitu karya, ulasan dan pandangan beberapa sarjana seperti Syed Muhammad
Naquib al-’Attas, Taib Osman, Abu Hassan Sham, Siti Hawa Haji Salleh, Harun Mat
Piah, Muhammad Yusoff Hashim, Harun Daud dan sebagainya akan diberi perhatian
sewajarnya dalam penulisan ini.
14
BAB II
PEMERHATIAN UMUM TENTANG KITAB T J AL-SAL N,
SUL LAH AL-SAL N DAN BUST N AL-SAL N
2.1 PENDAHULUAN
Bab ini akan membicarakan tentang aspek ‘fizikal’ kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-
Salatin dan Bustan al-Salatin dari pelbagai sudut dan wacana perbincangan. Ia
termasuklah perbincangan tentang kitab kajian dari sudut filologi, pengarang, sejarah
penulisan dan analisis kitab secara umum. Di samping itu, perbincangan juga meliputi
beberapa pendapat dan maklum balas terhadap kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin
dan Bustan al-Salatin dari perspektif sarjana.
2.2 PEMERHATIAN UMUM TENTANG KITAB T J AL-SAL N
Kitab Taj al-Salatin merupakan antara kitab pertama di Alam Melayu yang menyentuh
masalah politik dan pentadbiran kerajaan. Kitab ini ditulis dalam tulisan jawi5 yang
cantik, boleh dibaca dengan baik dan menggunakan bahasa Melayu klasik. Ia cukup
tersusun, mengandungi 24 fasal dan didahului dengan mukaddimah atau doksologi
(Muhammad Haji Salleh 2001:1-3). Wrendly, van Esingan/Eijsinga dan Valentijn amat
memuji kitab Taj al-Salatin ini. Roorda menyatakan bahawa Mahkota Raja-raja (erti
bagi Taj al-Salatin) sebenarnya bermakna Mahkota segala naskhah Melayu. Menurut
Eysinga yang dimuatkan dalam kata pengantar Taj al-Salatin terbitan 1827, buku
tersebut bukan hanya mahkota bagi segala raja tetapi adalah mahkota bagi segala
naskhah Melayu (Asdi S. Dipodjojo 1981:9).
5 Hamdan Hassan (1994:1) dari Universiti Brunei Dar al-Salam dalam artikelnya yang bertajuk
Tradisi Penulisan Intelektual Islam di Alam Melayu menyatakan penggunaan tulisan jawi ada kaitan
dengan pengIslaman masyarakat Melayu di Nusantara.
15
Para sarjana berpendapat pengarangnya ialah Bukhari al-Jauhari. Dalam hal ini,
Jelani Harun (2009:82) menyatakan:
Walaubagaimanapun identiti pengarang Taj al-Salatin masih menjadi tanda
tanya. Adakah dia seorang yang berbangsa Parsi atau Melayu, adakah seorang
peniaga batu permata dari Bukhara atau Bukhari dari Johor. Winstedt (1940:94)
mendakwa Taj al-Salatin adalah hasil kerja Parsi dari sumber India dan
diterjemah ke Bahasa Melayu. Braginsky (1995) berpendapat bahawa kitab itu
telah ditulis di Aceh untuk Sultan Alaudin Riayat Shah (1586-1604) dan
kemungkinan besar berasal dari tradisi India dan Parsi.
Beliau dikatakan mempersembahkannya kepada Sultan Alauddin Ri’ayat Shah
Sayyid al-Mukammil (1588-1604) sebagai satu sumbangan pemikiran dalam masalah
kepimpinan. Ia dihasilkan dengan niat untuk menjadi petunjuk atau manual bagi raja-
raja dalam pemerintahan mereka. Menurut T. Iskandar (1967), pengaruh Tasawuf6
khususnya ajaran Imam al-Ghazali sangat ketara pada kitab ini.
Menurut Hamdan Hassan (1994:8), sejarah penulisan intelektual Islam di
Nusantara, pada zaman awalnya menunjukkan adanya pertalian yang erat dengan tradisi
penulisan Parsi-Arab atau India pada zaman Islam. Ilmu yang diutamakan oleh penulis
Islam ialah ilmu yang berkaitan dengan moral, akhlak dan nilali-nilai yang dianggap
selaras dengan nilai Islam. Corak keilmuan tersebut disampaikan melalui hasil-hasil
karya dan kitab cerita yang ditulis kembali dalam bentuk yang lebih sesuai dengan
dunia masyarakat Islam di Nusantara.
6 Hamdan Hassan (1994:2-3) berpendapat period ini iaitu pada abad ke 16 dan 17 M mempunyai
kaitan yang amat rapat dengan Tasawuf contohnya pada tajuk karya karangan Hamzah Fansuri iaitu
Syarab al-’Asyiqin bermaksud Minuman orang-orang yang berahi atau orang-orang yang asyik.
16
2.2.1 Pandangan Sarjana Terhadap Kitab T j al-Sal n
Menurut Zainal Kling (1993:406), Taj al-Salatin mempunyai nilai-nilai Islam yang
tinggi dan menjadikan al-Qur’an dan Hadis sebagai rujukan utama. Ayat-ayat al-Qur’an
dan Hadis dijadikan hujah untuk memperkuat sesuatu fakta. Taj al-Salatin merupakan
sebuah treatise yang tegas. Terdapat ayat al-Qur’an dan Hadis yang digunakan serta
episod cerita khalifah dan raja yang disebutkan sebagai teladan untuk berhujah tentang
suatu syarat dan peraturan yang patut dijalankan. Ada beberapa bahagian yang amat
berguna sebagai saranan sistem sosio-politik yang wajar diikuti oleh raja-raja Melayu.
Zainal Kling (1986/7:64) dan T. Iskandar (1967) berpendapat Taj al-Salatin
mempunyai asas ajaran dan pengaruh Tasawuf7 di dalamnya. Ini adalah kesan dari
pengaruh Islam yang mencapai kemuncaknya pada zaman Hamzah Fansuri. Taj al-
Salatin menggalakkan manusia mengenal diri sendiri, mengenal Allah, menceritakan
tentang kejadian manusia, mengingati mati supaya dapat memberi keinsafan kepada
mereka tentang keagungan, kebesaran dan kekuasaan Allah.
A. Hasjmy (1977:114) berpendapat Taj al-Salatin adalah karya ilmiah Bukhari
al-Jauhari yang bermutu tinggi. Selain itu, Jelani Harun (2009:84) pula berpendapat
bahawa Taj al-Salatin adalah salah satu adikarya (masterpiece) dalam kesusasteraan
Melayu.
Ramai sarjana8 yang telah menggolongkan kitab Taj al-Salatin dalam genre
sastera ketatanegaraan. Sastera ketatanegaraan dikenali juga sebagai sastera adab dan
penasihatan khalifah. Genre ini membincangkan tentang panduan, amalan dan peraturan
golongan pentadbir iaitu raja dan pegawainya seperti menteri utusan, penulis surat,
hulubalang dan Qadi dari segi tugas, tanggungjawab dan panduan untuk mengurus dan
mentadbir negara.
7 Tiga fasal awal (iaitu fasal 1, fasal 2 dan fasal 3) dalam Taj al-Salatin memperlihatkan falsafah
Tasawuf yang tinggi.
8 Seperti G.E. Morrison (1955), V. Ronkel, Winstedt dan Brakel (1969:9).
17
Muhammad Haji Salleh (2001:1-3) menegaskan bahawa kitab Taj al-Salatin
adalah karya yang pertama dalam sastera Melayu yang membincangkan tentang
masalah adab, politik dan ketatanegaraan. Dalam karya ini terdapat penerangan secara
naratif cara mentadbir berdasarkan contoh raja-raja Islam dan bukan Islam zaman
dahulu. Semua karya ketatanegaraan Melayu adalah berteraskan Islam. Kehadiran genre
ini bertujuan untuk menganjurkan konsep pentadbiran yang berteraskan Islam bagi
menegakkan keadilan untuk dinikmati faedahnya sesama insan di dunia ini.
Woro Aryandini S. (1997:1) telah menyatakan bahawa Taj al-Salatin adalah
sebuah karya sastera keagamaan, sejarah dan ketatanegaraan. Harun Mat Piah et.al
(2006:548-549) dalam mengulas tentang genre sastera ketatanegaraan ini telah
menyatakan, walaupun ia masih lagi mengandungi unsur-unsur sejarah, perbahasannya
adalah berkisar tentang keterangan secara naratif cara mentadbir sesuatu kerajaan
berdasarkan contoh raja-raja zaman dahulu khasnya raja dari Arab dan Parsi.
Kesimpulannya, kebanyakan sarjana meletakkan Taj al-Salatin di dalam
kategori sastera penasihatan khalifah atau adab ketatanegaraan. Kitab ini sarat dengan
ajaran Islam berlandaskan al-Qur’an dan Sunnah, mempunyai perisa Tasawuf yang
cukup kuat dan menganjurkan konsep pentadbiran yang berteraskan Islam bagi
menegakkan keadilan untuk dinikmati faedahnya oleh sesama manusia di dunia ini.
Oleh itu, ia wajar dibaca, dijadikan panduan dan teman kerana Bukhari al-Jauhari
menukilkan; “adapun teman yang baik itu kitab inilah dengan sebenarnya yang
sediakala sertanya dan sentiasa memberi manfaat padanya dan menjauhkan mudharat
daripadanya dan memeliharakan daripada segala kejahatan adanya” (Khalid M. Hussain
1992:214).
2.2.2 Pengarang Kitab T j al-Sal n
Umum mengetahui gelaran pengarang Taj al-Salatin ialah Bukhari al-Jauhari. Namun
begitu, terdapat perselisihan pendapat di kalangan para sarjana tentang pengarang Taj
al-Salatin sama ada Bukhari al-Jauhari atau individu lain. Polemik keaslian kitab Taj al-
Salatin juga masih menjadi persoalan. Ia menjadi isu perdebatan yang melalui beberapa
tahap dan zaman sehingga ke hari ini. Jika Bukhari al-Jauhari adalah orang yang
18
mengarang Taj al-Salatin, mengapa tidak banyak sarjana yang mengetahui tentang
peribadinya? Para pengkaji masih belum menemui latarbelakangnya dengan jelas dan
tepat tentang tempat dan tarikh lahir, pendidikan, latarbelakang keilmuannya dan lain-
lain lagi.
Antara sarjana yang pernah berteori tentang pengarang Taj al-Salatin ialah para
Orientalis Barat seperti S. Van Ronkel, G. K. Niemann, C. Hoykass, Valentijn,
Braginsky, Winstedt, Wrendly dan van Esingan/Eijsinga. Selain itu Asdi S. Dipodjojo,
Khalid M. Hussain, Harun Mat Piah, T. Iskandar, Wan Mohd. Saghir Abdullah, Jelani
Harun (2003:13) juga ada mengemukakan teori mereka. Ada empat teori boleh
dirumuskan untuk mengetahui siapa pengarangnya yang sebenar:
Teori pertama; menurut Werndly (1736), Roorda van Esinga (1827), Winstedt
(1920) dan Hoykaas (1947), pengarangnya adalah Bukhari al-Jauhari/ Johori yang
berasal dari Johor (T. Iskandar 1965).
Teori kedua; Braginsky (1998:324-325) berpendapat bahawa kitab Taj al-
Salatin adalah karya asli seorang ilmuan Aceh yang berasal dari Bukhara dan tinggal
lama di Aceh. Buktinya beberapa perkara tentang realiti Alam Melayu seperti musim
kemarau, musim hujan, kerbau, harimau, ukuran timbang seperti tahil hanya berlaku
dan wujud di Alam Melayu sahaja. Ini menunjukkan kitab tersebut ditulis oleh seorang
pengarang yang telah lama tinggal di Aceh dan tahu tentang budaya, cara hidup dan
politik Alam Melayu.
Teori ketiga; Winstedt (1969:137-138), Ibrahim Alfian (1999:63) dan Ismail
Hamid (1983:15) berpendapat bahawa Taj al-Salatin diterjemah dari kitab berbahasa
Parsi. Menurut mereka, besar kemungkinan ia diterjemah di Aceh pada tahun 1603.
Kitab aslinya mungkin telah diketahui ada di Pasai pada awal abad ke 14. Mungkin
salah seorang Qadi berasal dari Parsi iaitu Syarif Amir Sayyid dari Syiraz dan Taj al-
Din dari Isfahan yang memperkenalkannya. Pendapat ini berdasarkan keterangan van
Ronkel (1889) dan Winstedt (1920:39).
19
Perkara ini sebenarnya diragui. Ini kerana kitab yang menjadi rujukan Taj al-
Salatin bukan hanya kitab yang ditulis di Parsi pada abad ke 13 tetapi juga kitab yang
ditulis pada abad ke 15 dan 16. Contohnya al-Akhlak al-Muhsinin karangan Husain al-
Kashifi (1494/5) serta Mahmud dan Ayaz karangan Fakhr al-Din al-Safi (w. 1532/1534)
(T. Iskandar 1965).
Harun Mat Piah (2006:548-549) juga telah mempersoalkan kitab Taj al-Salatin
ini adakah ia karya asli penulisnya atau saduran dari Parsi. Ini kerana, menurut
kumpulan penyelidik ini, amat banyak gaya penulisan puisi Parsi seperti masnawi,
ruba’i, ghazal, namruz selain daripada pengarang Taj al-Salatin merujuk kepada kitab
Parsi seperti al-Akhlak al-Muhsinin, Akhbar al-Muluk, Minhaj al-Salatin. Menjawab
persoalan ini, menurut Syed Muhammad Naquib al-’Attas (1970:14) dalam bukunya
The Mysticism of Hamzah Fansuri, pengutipan daripada sumber Parsi ini memang
sudah menjadi kebiasaan kepada pengarang di Aceh pada masa itu. Contohnya,
Hamzah Fansuri juga pernah mengambil karya Junaid al-Baghdadi dan Abu Mansur al-
Hallaj sebagai sumber rujukannya. Oleh itu pengaruh Parsi adalah biasa pada waktu itu
di Aceh. Malah ia memperkayakan lagi seni penulisan dan sastera Melayu.
Teori keempat, Wan Mohd. Saghir Abdullah (2004:82) berpendapat bahawa
nama yang tercatat pada manuskrip Taj al-Salatin Pontianak versi B perlu diberi
perhatian oleh para penyelidik iaitu Shaykh ‘Abdullah bin Muhammad bin Abi Bakar
bin al-Shaykh Ibrahim al-Masri. Wan Mohd Saghir Abdullah (2004:73-74) menyatakan
bahawa:
Rasanya masih ada yang perlu dikaji atau diselidiki dengan teliti kerana
beberapa versi manuskrip Taj al-Salatin yang telah ditemukan tidak pernah
menyebut nama Bukhari al-Jauhari atau al-Johori. Nama Bukhari al-Jauhari
atau al-Johori jangankan diperkatakan banyak tempat sekata pun tiada dijumpai
dalam sesuatu manuskrip Taj al-Salatin termasuk manuskrip diterbitkan ini
(versi Lingga).
20
Sebagai rumusan, beberapa orang Orientalis Barat seperti S. Van Ronkel, G. K.
Niemann, C. Hoykass dan Winstedt telah bersetuju bahawa Taj al-Salatin adalah karya
Bukhari al-Jauhari atau al-Johori. Namun begitu mereka masih lagi gagal menjejaki
biografi “Bukhari al-Jauhari” secara tuntas. Kajian terkini oleh Wan Mohd Saghir
Abdullah (2004:82) mendapati bahawa nama yang terdapat pada manuskrip Taj al-
Salatin Pontianak versi B perlu diberi perhatian oleh para penyelidik iaitu Shaykh
‘Abdullah bin Muhammad bin Abi Bakar bin al-Shaykh Ibrahim al-Masri. Walaupun
begitu dapatan ini masih lagi diperingkat awal dan ia perlu dibahaskan oleh para
penyelidik.
Selain itu, penulis telah mengenalpasti beberapa sifat pengarang Taj al-Salatin,
antaranya ialah:
1. Pendidikan: Mempunyai ilmu yang tinggi. Seorang yang alim terutama dalam
bidang pentadbiran. Jelani Harun (2003:18) menyatakan “Ringkasnya, pengarang
adab ketatanegaraan merupakan golongan cerdik pandai dan genius Islam zaman
silam”.
Seorang yang zuhud, tidak suka namanya dikenali, tidak mahu menonjolkan diri,
merendah diri, ahli sufi9 dan ahli tarekat seperti Hamzah Fansuri. Menggunakan
gantinama “faqir” bermaksud saya/ pengarang/ penulis.
2. Mempunyai maqam yang tinggi, berilmu laduni10
dan termasuk golongan ‘arifin.
ة هايتده درفد فيهق غأيب داتع كدامل خلو ن سكل فركتأن كتاب اين يعملي دان انادفو
9Menurut Ajid Thohir (2002:55), para ulama sufi, ahli zikir dan tarekat termasuk kelompok
intelektual pada zamannya yang menjadi pembimbing para raja, calon-calon raja dan para pencari
kebenaran...”. Menurut Sayyid Hossain Nasr (1979:132) pula:
Sufis is an active participant in a spiritual path and is intellectual in the real meaning of this
word. Contemplation in sufism, the highest form activity, and in fact sufis has always integrated
the active and contemplative lives. That is why many sufis have been teachers and scholars,
artists and scientists, and even statesmen and soldiers...
10
Menurut Shaykh Muhammad Nafis al-Banjari (2010:78), ilmu laduni bermaksud ilmu
kurniaan Allah S.W.T yang diilhamkan kepada hambaNya yang soleh secara terus, ia tidak boleh hilang
atau lupa. Ia juga bermaksud ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh seorang hamba dari Allah S.W.T
melalui intuisi atau ilham, tanpa dipelajari atau melalui proses pembelajaran.
21
”Adapun segala perkataan, isi kitab ini yang mulia dan indah daripada pihak ghaib
datang ke dalam khalwat hati.” (Muhammad Haji Salleh 2001:19)
3. Gaya bahasa dalam penulisannya lebih baik dari Nuruddin al-Raniri yang
mengarang Bustan al-Salatin.
4. Berasal dari Alam Melayu.
Kesimpulannya, pengarang Taj al-Salatin bukan pedagang permata11
, juga
bukan berasal dari Bukhara. Jika berasal dari Bukhara, Rusia, sudah tentu ditulis ‘al-
Bukhari’ bukannya ‘Bukhari al-Jauhari’. Hanya yang tinggal ialah teori ‘orang Johor’
atau berasal dari Johor iaitu al-Johori. Walaubagaimanapun, buat masa ini, Taj al-
Salatin masih dianggap telah dikarang oleh individu yang bernama “Bukhari al-Jauhari”
oleh para sarjana walaupun tradisi pengarang Melayu pada waktu itu tidak menulis
nama mereka sebagai pengarang12
. Apa yang pasti ialah pengarangnya mencatat beliau
merujuk kepada 51 sumber rujukan dan kitab tersebut lahir dari tradisi sastera Arab dan
Parsi. Jelani Harun (2003:48,82) merumuskan “whoever he was, the author of Taj al-
Salatin was certainly a great writer and scholar”. Pada pendapat penulis kemungkinan
besar beliau adalah Hamzah Fansuri.
11
Dalam bahasa Arab ‘Jauhar’ bermaksud permata. ‘Jauhar’ adalah simbolik kerana penulisan
sejarah di Alam Melayu biasa menggunakan simbol. Permata ‘Jauhar’ bermaksud sesuatu yang berharga
misalnya ilmu. Permata-permata inilah apabila diikat akan menghasilkan ‘mahkota’ para Sultan (atau Taj
al-Salatin) yang indah.
...adalah kataku jauhar yang nyata
Jauhari jauhar jua aku dengar bunyinya
Jauhar jua yang kulihat isinya
Inilah mata jauharku = roh, sesuatu yang berharga (masterpiece) seperti nasihat dalam kitab ini.
Jauhari barang yang ada padaku
Jika jauhar jua oleh kamu
Maka nyata jauharku pada mu
Bukhari yang jauhari pun nyatalah...” (Khalid M. Hussain 1992:43).
*teori Bukhari adalah Pedagang permata tidak disokong oleh kitab ini.
12
Kitab yang ditulis lebih awal dari Taj al-Salatin seperti Hikayat Raja-raja Pasai (dikarang pada
akhir abad ke 14M) dan Hikayat Aceh tidak mempunyai nama pengarang. Tradisi pengarang di Alam
Melayu menulis nama mereka hanya selepas dirintis oleh Nuruddin al-Raniri melalui kitab Bustan al-
Salatin pada tahun 1638/1641.
22
2.2.3 Tarikh dan Tempat Penulisan Kitab T j al-Sal n
Tiada maklumat yang jelas bila kitab Taj al-Salatin mula dikarang. Walaupun begitu,
beberapa orang sarjana seperti Werndly (1736) dan Winstedt berpendapat bahawa tarikh
dan tempat Taj al-Salatin dikarang dan disiapkan adalah pada tahun 1603/1604 di Aceh.
Ia diambil berdasarkan ayat dalam mukaddimah Taj al-Salatin karangan Bukhari al-
Jauhari iaitu:
سكل اكثار سفاي غيب ايت دعن بيالعن اجبد بارعسياف يعدافت معرياي ماس كمليان كتاب اين
يله فد ماس مان فقري معارعكن كتاب اينمك اورع ايت معتهو
Masa kemuliaan kitab ini barangsiapa yang dapat mengirai segala aksara supaya
ghaib itu dengan bilangan abjad, maka orang itu mengetahui pada masa mana
fakir mengarangkan kitab ini. (Muhammad Haji Salleh 2001:6)
Sehubungan itu, menurut Muhammad Haji Salleh (2001:12), perkataan ‘ghaib’
dan huruf gha.i.b (gha’, ya’, ba’) diberi nilai seperti berikut: (gha’:1000, ya’:10, ba’:2)
kesemuanya berjumlah 1012 Hijrah bersamaan 1603 M.
Jelani Harun (2003:13) dalam hal ini juga bersetuju bahawa kitab ini selesai
ditulis pada tahun 1603 M. Beliau menyatakan bahawa:
Taj al-Salatin (The Crown of the Kings) is one of the masterpieces in Malay
literature. The text was written in 1603 or 1604 by Bukhari al-Jauhari in twenty
four sections (Fasal) and deals with various topics concerning the duties of
kings and court officials, with the concept of justice as its central theme. (Jelani
Harun 2009:84)
23
2.2.4 Latarbelakang Sosial ke Arah Penulisan Kitab T j al-Sal n
a. Latarbelakang sejarah Aceh
Kedatangan Islam ke Aceh telah membuat pengaruh Hindu di Aceh yang memang tidak
besar itu menjadi tanpa bekas sama sekali. Sebaliknya kedatangan Islam ke Aceh telah
meninggalkan pengaruh yang sangat mendalam, dan telah turut membawa orang Arab,
Parsi dan Turki ke Aceh. Menurut Tengku Cik Kuta Karang, salah seorang ulama Aceh
di abad ke 18M, orang Aceh yang ada sekarang adalah hasil percampuran penduduk asli
Aceh yang disebut orang ‘Manteu’ dengan orang Arab, Parsi dan Turki akibat dari
proses sejarahnya yang panjang. (Darwis A. Soelaiman 1988:2-3).
Dari segi geografi, Aceh merupakan satu kawasan yang terletak di Pulau
Sumatera13
dengan keluasan wilayah seluas kira-kira 182,828 batu persegi termasuk
lebih daripada seratus pulau kecil mengelilinginya di bahagian Barat Daya negeri
tersebut. Aceh mempunyai kedudukan yang sangat strategik, terletak di antara dua
benua, benua India dan Pasifik, berkedudukan di utara Selat Melaka. Aceh menguasai
70 peratus laluan perdagangan di Alam Melayu. Sekarang Aceh mempunyai 8 juta
orang penduduk.
Di kawasan inilah pernah muncul sebuah negara Islam yang berdaulat iaitu
Kesultanan Aceh Dar al-Salam14
dan menjadi pelabuhan penting menggantikan Melaka
sebagai pusat penyebaran Islam di rantau ini. Aceh terkenal sebagai negara Islam yang
kuat, besar, kaya dengan rempah ratus terutamanya lada hitam dan bertamadun tinggi di
Alam Melayu sekitar abad ke 16 dan ke 17 M (M.C. Rickleft. 1981:335). Menurut
Jelani Harun (2003:95) pula, Aceh pada waktu itu adalah sebagai satu bangsa yang
paling berkuasa di dunia Melayu dan Hindia Timur, kerana penguasaannya ke atas
kebanyakan pelabuhan yang wujud ketika itu.
13
Pulau Sumatera, Indonesia merupakan pulau ke enam terpanjang di dunia. Sekarang, Pulau
Sumatera mempunyai 30 juta orang penduduk.
14
Kerajaan Aceh sebelum dikembangkan oleh Sultan ‘Ali Mughayat Shah merupakan sebuah
kerajaan Islam yang pertama di alam Melayu. Beliau menggabungkan Aceh besar (kerajaan Aceh inti)
dengan Daya (kerajaan di Aceh Barat pada tahun 1520 kemudian ke Pedir 1521, Pasai dan Aru 1524.
Semenjak itu terbentuklah kerajaan Aceh Dar al-Salam.
24
Semasa kegemilangannya, rakyat Aceh pernah berada dalam satu tamadun yang
tinggi dengan wujudnya keamanan dan kestabilan politik dalam negara. Kehebatan
Aceh sebenarnya dibantu oleh kekuatan pasukan askar angkatan darat dan armada
angkatan lautnya yang sangat kuat. Justeru itu, sultan-sultan Aceh mampu menangkis
ancaman daripada pihak musuh terutama Portugis yang telah bertapak di Melaka pada
waktu itu.
Dalam aspek ketenteraan, Arun Kumar (1962:86) menyatakan bahawa askar
Aceh sebahagian besarnya berasal dari Turki15
, Cambay, Malabari dan Abyssinia pada
zaman Sultan ‘Alauddin Ri’ayat Shah al-Qahar (1537-1571). Mengenai kekuatan
kelengkapan perang Aceh, Lukman Thaib (1999:201) menyatakan pada tahun 1586,
seorang raja Aceh telah berjihad untuk membebaskan Melaka dari cengkaman Portugis
dengan armada laut yang terdiri daripada 500 buah kapal perang dan 60,000 angkatan
laut. Hal ini membuktikan bahawa Aceh mempunyai kelengkapan perang dan armada
laut yang sangat besar pada waktu itu.
Kesultanan Aceh Dar al-Salam telah mencapai kemuncak kegemilangan dalam
aspek politik, ekonomi, perundangan dan agama di awal abad ke 17M semasa
pemerintahan Sultan Iskandar Muda (1607-1636). Di akhir abad ke 17M, dianggarkan
ada terdapat tujuh hingga lapan ribu buah rumah di Aceh. Pada tahun 1621, kawasan
istana Kraton Darul Dunia Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam yang sangat luas itu
dikawal oleh 3000 orang wanita yang diketuai oleh Laksamana Kemala Hayati. Pada
masa itu penduduk Aceh sangat ramai sehingga membolehkan baginda mengumpul
40,000 orang tentera dengan mudah.
Menurut Teuku Ibrahim Alfian (2005:230), semasa pemerintahan Sultan
‘Alauddin Ri’ayat Shah Sayyid al-Mukammil (1589-1604) banyak pedagang asing yang
berkunjung ke Aceh. Antaranya ialah pedagang dari India, Eropah16
, Negara-negara
15
J. Kathirithamby-Wells ada menyatakan (1968:5):
Alauddin Riayat Shah’s campaign against the Bataks in 1539 was genuinely in the jihad
tradition, aided by 300 Turks and armed, though unsuccessfully, at the conversion of Bataks to
Islam.
16
John Davis, seorang pedagang yang pernah mengunjungi Aceh mengatakan bahawa sebelum
seseorang berjumpa Sultan Aceh, dia mesti meletakkan kasut di luar, berkaki ayam, meletakkan tapak
295
RUJUKAN
Al-Qur’an al-Karim.
al-Asqalani, Ibn Hajar. t.th. Fath al-Bari, Kitab al-Maghazi, Bab Haddathana Uthman
bin al-Huthaimi, Jil. 13. Beirut: Dar al-Fikr.
Alatas, Syed Hussein. 1979. Kita dengan Islam: Tumbuh Tiada Berbuah. Singapura:
Pustaka Nasional.
Audah, Abd al-Qadir. 1978. al-Islam wa Awda’una al-Siyasiyyah. Qahirah: Dar al-
Mukhtar al-Islami.
Abdul Hadi, W.M. 2001. Tasawuf yang Tertindas. Jakarta: Penerbit Paramadina.
Abdul Hadi, W.M. 2005. Aceh dan Kesusasteraan Melayu. Dlm. Aceh Kembali ke
Masa Depan. Jakarta: IKJ Press.
Abdul Rahman Abdullah. 1990. Pemikiran Umat Islam di Nusantara. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Rahman Abdullah. 1998. Pemikiran Islam di Malaysia Sejarah dan Aliran.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Universiti Sains Malaysia.
Abdul Rahman Haji Ismail, Haron Daud (pnyt.). 2008. Sulalat’us-Salatin (Sejarah
Melayu) Cerakinan Sejarah, Budaya dan Bahasa. Pulau Pinang: Penerbit
Universiti Sains Malaysia.
Abdul Wahab Ali. 1970. Perbezaan antara Sejarah Melayu dengan Hikayat Raja-raja
Pasai. Dewan Bahasa November: 50-54.
Abdullah Jumain Abu Samah. 1997. Fakta dan Fiksi dalam Karya Agung Sejarah
Melayu: Analisis Cetera Kedua. Dlm. Shafie Abu Bakar (et. al) Peradaban
Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abdullah Munifi. 1973. The Islamic Constitutional Theory. Cairo: Renaissance
Publications.
Abdullah Saeed. 2003. The Official Ulama and Religious Legitimacy of the Modern
Nation State. Dlm. Shahram Akbarzadeh. Islam and Political Legitimacy.
London and New York: Routledge Curzon.
Abu Hassan Sham. 1981. Perhubungan Melaka dengan Pasai di Abad ke-15 dan 16.
Jurnal Sejarah Melaka 6: 5-14.
Ahmad Daudy. 1983. Allah dan Manusia dalam Konsepsi Sheikh Nuruddin al-Raniri.
Jakarta: C.V. Rajawali.
Aidil Farina Omar. 2002. Sheikh Nur al-Din al-Raniri: A Study of His Career and
Bustan al-Salatin. Tesis M.A. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Ajid Thohir. 2002. Gerakan Politik Kaum Tarekat. Bandung: Pustaka Hidayah.
296
Akgunduz, Ahmed. 2009. The Reason for The Rise and Decline of the Ottoman State.
Journal of Islam in Asia 6 (2): 87-102.
Alang Ahmad. 2005. Tun Seri Lanang Kembangkan Islam di Aceh. Utusan Malaysia
12 Oktober: 20.
Ali Ahmad. 2005. Tasawwur Islam dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional. Pulau
Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Amad Bahri Mardi. 2010. Hubungan Johor, Aceh makin erat. Berita Harian, 27
Mei:7.
Amiruddin Mohd Yusof. 1990. Kepimpinan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Anon. t.th. Tajul Muluk (jawi). Surabaya: Syarikat Bungkul Indah.
Anwar Ridhwan. 2011. Diaspora dan Karya Sastera. Dewan Sastera Mei: 22-23.
Arbaiyah Mohd Noor. 2005. Pengaruh agama terhadap penulisan sejarah berdasarkan
karya Sulalat’us-Salatin (Sejarah Melayu). Prosiding Seminar Sejarah Sosial
Malaysia, hlm. 43-50.
Arbaiyah Mohd Noor. 2005. Tun Sri Lanang: Kehidupan dan Pemikiran. Jurnal
Sejarah 13: 29-58.
Arumugam, Arul Das. 2005. Sejarah Awal Malaysia dalam Sejarah Melayu.
Pemikir 2: 93-102.
Asdi, S. Dipodjojo. 1981. Tajussalatin. Yokyakarta: Percetakan Lukman.
Azyumardi Azra. 1994. Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara
Abad ke 17 & 18. Bandung: Penerbit Mizan.
Azyumardi Azra. 1996. Pergolakan Politik Islam, dari Fudamentalisme,
Moderminisme, hingga Post Modernisme. Jakarta: Paramadina.
Azyumardi Azra. 1999. Renaisans Islam Asia Tenggara. Bandung: Penerbit PT.
Remaja Rosdakarya.
Azyumardi Azra. 2002. Reposisi Hubungan Agama dan Negara. Jakarta: Kompas.
Braginsky, V.I. 2004. The Heritage of Traditional Malay Literature. Singapore:
Institute of Southeast Asian Studies.
Brakel, L.F. 1970. Persian Influence in Malay literature. Dlm. Abr Nahrain 9:9.
Muhammad Haji Salleh (pngr.). 2001. Taj al-Salatin.Yayasan Warisan Johor.
Khalid M. Hussain (pngr.). 1992. Taj Us-Salatin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Chambert-Loir, Henri. 1993. Naskhah-naskhah Melayu dari Pulau Sumbawa.
Dlm. Ismail Hussein (pngr.). Tamadun Melayu. Jil. 2. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
297
Cheah, Boon Kheng. 2006. Pengadilan moral, hukum syarak dan hak asasi dalam
Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Crone, Patricia 2004. Medieval Islamic Political Thought. Edinburgh: University
Press.
Darwis, A. Soelaiman. 1988. Aceh dalam Konteks Dunia Melayu. Prosiding Seminar
Dunia Melayu, hlm. 1-9.
Daud bin Abdullah al-Fathani. 2006. Munyatul Mushalli. Terj. Wan Mohd
Saghir Abdullah. Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah.
Dayan Dawood. 2000. Acheh Serambi Makkah. Journal of Alternative Political
Economy 2: 37-60.
Ding, Choo Ming. 2010. Karya Jelani memudahkan yang rumit. Dewan Sastera Jun:
59-63.
Ehsan Ehsanullah. 1996. Siyasah Syariyyah The Antropology of Injustice the Case of
Saudi Kingdom. Selangor: Thinkers Library.
Fatimah Embong. 1982. Beberapa Aspek dalam Kitab Taj us-Salatin. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Fauzi M. Najjar. 1978. Political Philosophy in Islam. Islamic Quaterly 4: 121-132.
al-Ghazali, 1964. al-Fadaih al-Batiniyyah. Abd al-Rahman Badawi (pngr.). Cairo: Dar
al-Qaumiyyah li al-Tiba’ah wa al-Nashr.
al-Ghazali. 2006. Nasihat al-Muluk (Nasihat kepada Raja-raja). Jelani Harun
(pngr.). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Gibson Hill, C.A. 1955. The Malay Annals: The history brought from Goa. JMBRAS.
(29): 185-188.
Grinter, Catherine Anne. 1979. Book IV of the Bustan Us-Salatin: A study from
manuscripts of a 17th century Malay work written in North Sumatra. Tesis
Ph.D. University of London.
al-Haddad, Habib Alwi Thahir. 2001. Sejarah Masuknya Islam di Timur Jauh.
Jakarta: Penerbit Lentera.
Hamdan Hassan. 1994. Tradisi Penulisan Intelektual Islam di Alam Melayu.
Universiti Brunei Darussalam. Prosiding Seminar Antarabangsa Kesultanan
Melayu Brunei di Nusantara, hlm. 1-13.
Hamza Mustafa Njozi. 1993. Mystics numbers in Sejarah Melayu. Jurnal Alam dan
Tamadun Melayu. Sari 11: 192-205.
Hanapi Dollah. 1983. Struktur dan Hubungan Masyarakat Melayu Tradisional
berdasarkan Sejarah Melayu. Jurnal Institut Bahasa, Kesusasteraan dan
Kebudayaan Melayu. 1 (2): 125-139.
298
Haron Daud. 2004. Kesusasteraan sebagai ilmu. Dlm. Jelani Harun (pnyt.). Ilmu
Kesusasteraan abad ke 21. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Harun Mat Piah. 2006. Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hasjmy, A. 1961. Ichtisar Susunan dan Sistem Keradjaan Atjeh di Zaman Sultan
Iskandar Muda. Banda Aceh: t.pt.
Hasjmy, A. 1977. Sumbangan Kesusasteraan Aceh dalam Pembinaan Kesusasteraan
Indonesia. Jakarta: Penerbit Bulan Bintang.
Haslinda, P.S.A. 2012. Kitab Penasihatan Khalifah abad ke 17M. Temubual, 13
Oktober.
Haslinda, P.S.A. 2012. Tun Sri Lanang dalam sejarah dua bangsa terungkap setelah
400 tahun. Prosiding Seminar Memartabatkan Karya Agung 400 Tahun
Sulalah al-Salatin, hlm. 1-17.
Hsu, Yun-Tsiao. 1968. Notes on the Relations between Ryukyu Islands and Malacca
Sultanate during 1464-1511. Proceeding International Conference on Asian
History, hlm. 5-10.
Hurgronje, Snuck. 1999. The Achehnese. Singapore: Institute of Southeast Asian
Studies.
Ibn Hazm. 1970. al-Muhalla. Jil. 9. al-Maktabah al-Jumhuriyyah al-’Arabiyah.
Ibnu Khaldun. 1995. Muqaddimah Ibnu Khaldun. Terj. Cet. 2. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ibrahim Alfian, Teuku Hj. 2005. Kerajaan Aceh Darussalam: Sebuah Wacana Singkat.
Prosiding Antarabangsa Kesultanan Melayu Nusantara, hlm. 220-233.
Ibrahim Che Noh 2005. Dakwah dan Pemikiran Politik. Dlm. Zulkiple Abd.
Ghani (pnyt.). Dakwah dan Etika Politik Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Idris Zakaria. 1991. Teori Politik al-Farabi dan Masyarakat Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Idris Zakaria. 2004. Gejala Sosial dalam Teks Sejarah Melayu. Jurnal Antarabangsa
Dunia Melayu. Jil. 1 (3) Jun:178-191.
Idris Zakaria. 2005. Negara Islam Malaysia: Kriteria dan Amalan. Pemikir. 41: 37-50.
Idris Zakaria. 2005. Relevansi Teori Politik Kenegaraan al-Farabi dengan Politik
Melayu. Dlm. Zulkiple Abd. Ghani (pnyt.). Dakwah dan Etika Politik
Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Idris Zakaria. 2008. Buku dan rujukan tentang politik: dilema, masalah dan cabaran.
Dlm. Mazlan Ibrahim, Kamarudin Salleh (pnyt.). Islam Pasca Kemerdekaan,
Hlm. 63-75. Shah Alam: Karisma Publication.
299
Iqbal, M. & Nasution, A. H. 2010. Pemikiran Politik Islam dari Masa Klasik Hingga
Indonesia Kontemporer. Jakarta: Penerbit Kencana Prenada Media Group.
Iskandar, T. (pngr.). 2001. Hikayat Aceh. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan.
Iskandar, T. 1966. Tun Sri Lanang pengarang Sejarah Melayu. Dewan Bahasa
November: 484-494.
Iskandar, T. 1996. Kesusasteraan Melayu Klasik Sepanjang Abad. Jakarta: Libra.
Ismail Hamid. 2000. Kitab Jawi: Intellectualizing Literary Tradition. Dlm. Mohd.
Taib Osman. (pnyt.). Islamic Civilization in the Malay World. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
al-Jilani, Abdul Qadir. 1956. al-Ghunyah li Thalibi Thariq al-Haqq. Jil. 2, Mesir:
Musthafa Bab al-Halabi.
Jelani Harun (pnyt.). 2003. Ilmu Kesusasteraan Abad ke-21. Penerbit USM. Pulau
Pinang.
Jelani Harun. 1996. Bustan al-Salatin: Konsep Sejarah Dunia dari Perspekif
Historiografi Islam. Dewan Sastera Mac: 34.
Jelani Harun. 2003. Pemikiran Adab Ketatanegaraan Kesultanan Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jelani Harun. 2004. Pemikiran Melayu Tentang Keadilan Raja: Satu Analisis
Berdasarkan Karya Adab Ketatanegaraan. Dlm. Worawit Baru Haji Ahmad
Idris (pngr.). Pemikiran Melayu Tradisi dan Kesinambungan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jelani Harun. 2005. Ilmu Firasat Melayu. Dlm. Kepustakaan Ilmu Tradisional.
Rogayah A. Hamid, Mariam Salim (pngr.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Jelani Harun. 2006. Sahibul Kitab Sultan Zainal Abidin: Adab ketatanegaraan
Kesultanan Trengganu. Dlm. Rogayah A. Hamid. Kesultanan Melayu
Trengganu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jelani Harun. 2009. Bustan al-Salatin (The Garden of Kings): A Malay Mirror for
Rulers. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Johns, A.H. 1961. The Role of Sufism in the Spread of Islam to Malaya and
Indonesia. Journal of the Pakistan Historical Society 9: 143-161.
Johns, A.H. 1984. From Coastal Settlement to Islamic School and City: Islamization
in Sumatra, the Malay Peninsular and Java. al-Nahdah 4 (2): 17-24.
Jones, R.A. 1987. Hikayat Raja Pasai. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Junus Djamil, M. 2009. Gerak Kebangkitan Aceh. Bandung: Bina Biladi Press.
300
al-Khalidi, Mahmud. t.th. Qawa’id Nizam al-Hukum fi al-Islam. Jordan: Maktabah al-
Muktasib.
Kamus Dewan. 1993. Edisi Baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kathirithamby-Wells, J. 1968. Achehnese Control over West Sumatra up to the 1663
Treaty of Painan. Proceeding International Conference on Asian History, hlm.
5-10.
Khomeini, Ayatollah. t.th. An Islamic State: Point of View. Dlm. Salem Azzam
(pnyt.). Concept of Islamic State. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam
Malaysia.
Kratz, E.U. 2004. Segi-segi Karangan Melayu Tradisional. Terj. Fatimah Zainal.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lukman Thaib. 1999. Konflik bersenjata Acheh. Pemikir 2: 199-219.
al-Mawardi, al-Basri, Abu al-Hasan bin Muhammad bin Habib. 1993. Al-Ahkam al-
Sultaniyyah wa al-Wilayah al-Diniyyah. Terj. Uthman Khalid. Kuala Lumpur:
Institut Pengajian Tradisional Islam.
al-Mawdudi, Abu A’la. 1960. First Principal of Islamic State. Lahore: Islamic
Publications.
al-Mawdudi, Abu A’la. 1967. The Islamic Law and Constitution. Lahore: Islamic
Publications.
al-Mawdudi, Abu A’la. 1986. Khilafah dan Kerajaan. Terj. Muhammad al-
Baqir. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.
al-Mawdudi, Abu A’la. 1987. Prinsip-prinsip Utama Negara Islam. Terj. Insan bin
Abdul Ghani. Kuala Lumpur: Hizbi.
al-Mawdudi, Abu A’la. t.th. The Political Theory of Islam. Pathankot: Makta-e-
Jamaat-e-Islami.
Mahayudin Hj. Yahaya. 1994. Naskhah Jawi Sejarah dan Teks. Jil. 1. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Manzuruddin Ahmad. 1988. al-Nazariyyah al-Siyasah al-Islamiyyah fi al-’Asri al-
Hadist: al-Nazariyah wa al-Tatbik. Pakistan: Saad Publication.
Marrison, G.E. 1955. Persian Influence in Malay Life. JMBRAS 28(1): 61-62.
Marsden, W. 2008. History of Sumatra. Kuala Lumpur: Oxford University.
Mohd Aris Othman. 1983. The Sultanate as the basis for Malay political and cultural
identity from a historical perspective. Sari 1 (2): 161-174.
Mohd Taib Osman. 1998. Sulalat us-Salatin dan perjuangan Melayu. Berita Harian,
16 Disember: 10.
301
Mohd. Nasran Mohamad. 2005. Teori Politik al-Mawardi mengenai Khalifah. Dlm
Zulkiple Abd. Ghani (pnyt.) Dakwah dan Etika Politik Malaysia. Kuala
Lumpur :Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Mohd. Syukri Yeoh Abdullah. 2005. Dakwah-Politik Abdul Rauf Ali Fansuri al-
Singkili. Dlm Zulkiple Abd. Ghani (pnyt.) Dakwah dan Etika Politik
Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Mohd. Taib Osman. 1976. Sejarah Kebudayaan Melaka Mengikut Sejarah Melayu.
Prosiding Seminar Sejarah Melaka, hlm. 1-12.
Muhammad Asad. 1982. Sebuah Kajian Tentang Sistem Pemerintahan Islam.
Selangor: Thinkers Library Sdn Bhd.
Muhammad Aziz Ahmad. 1965. Iqbal and The Recent Exposition of Islamic Political
Thought. Lahore: Muhammad Ashraf.
Muhammad Haji Salleh. 2012. Kitab Penasihatan Khalifah abad ke 17M. Temubual,
13 Oktober.
Muhammad Yusoff Hashim. (pngr.). 1998. Hikayat Melayu atau Sulalat’us-Salatin.
Kuala Lumpur: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP).
Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mustafa Abu Bakar. 2010. Kesultanan Johor di Kota Tinggi. Temubual, 9 Oktober.
Nasr, Seyyed Hossain. 1979. The Thariqah, The Spiritual Path and its Qur’anic
Roots. Dlm. Ideals and Realities of Islam. London: Mandala Books.
Nuzulsham Shamsuddin. 2010. Melaka diasaskan pada 1262. Kosmo, 1 Jun: 3.
PaEni, Mukhlis. 2005. Kesultanan Makassar Abad ke-17. Prosiding
Antarabangsa Kesultanan Melayu Nusantara, hlm. 376-392.
Panduan Penulisan Tesis Gaya UKM. 2010. Edisi Semak Kedua. Pusat Pengurusan
Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Qutb, Sayyid. 1989. al-’Adalah al-Ijtima’iyyah fi al-Islam. Beirut: Dar al-Syuruq.
Qutb, Sayyid. 1993. Fi Zilal al-Qur’an. Jil. 1. Beirut: Dar al-Syuruq.
al-Raniri, Nuruddin. 2004. Bustan al-Salatin. Jelani Harun (pngr). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
al-Raniri, Nuruddin. t.th. Bustan al-Salatin bab 7. MSS. Cod, Perpustakaan Negara
Malaysia.
al-Ris, Diyauddin. 1976. Al-Nazariyyat a-Siyasiyah al-Islamiyah. Kaherah: Maktabah
Dar al-Turath.
Rajantheran, M. 1999. Sejarah Melayu; Kesan Hubungan Kebudayaan Melayu dan
India. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
302
Rubin, R.B, Rubin, A.M., Piele, L.J. 1990. Communication Research: Strategies and
sources. Edisi Kedua. Belmont CA: Wadsworth.
al-Siba’i, Mustafa. 1984. al-Mar’ah baina al-Fiqh wa al-Qanun. Beirut: Al-Maktab
al-Islami.
Said, Mohammad, H. 1981. Aceh Sepanjang Abad. Jil. 1. Medan: PT Percetakan dan
Penerbitan Waspada.
Samad, Ahmad A. (pngr.). 2010. Sulalat us-Salatin. Cet. Ke 14. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sanusi Samid. 1967. Sejarah Melayu sebagai satu sumber sejarah. Dewan Bahasa.
Mei: 203-205.
Shafie Abu Bakar. 1982. Kesusasteraan Melayu dan Islam. Sarjana Enterprise.
Shellabear, W.G. 1977. Sejarah Melayu. Kuala Lumpur. Fajar Bakti.
Siddiq Fadzil. 2005. Dakwah dan Politik: Masalah Etika dan Pendekatan. Dlm
Zulkiple Abd. Ghani (pnyt.) Dakwah dan Etika Politik Malaysia. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Siti Hawa Haji Salleh (pngr.). 1992. Bustan al-Salatin. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Siti Hawa Haji Salleh. 2010. Malay Literature of the 19th Century. Kuala Lumpur:
Institut Terjemahan Nasional Malaysia Berhad.
Siti Hawa Haji Salleh. 2011. Hikayat Merong Mahawangsa Karya Historiografi
Melayu Tradisional. Dewan Sastera Mei: 13.
Sjadzali, Munawir. 1993. Islam dan Tatanegara. Jakarta: UI Press.
Suhana Sulaiman. 1981. Sikap masyarakat Melayu yang tergambar dalam Sejarah
Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Suzana Hj. Othman. 2008. Ketuanan Islam dan Pertuanan Raja-raja Melayu. Kuala
Lumpur: Media Satria Sdn Bhd.
Suzana Hj. Othman. 2008. Tun Sri Lanang; Sejarah dan Warisan Tokoh Melayu
Tradisional. Kuala Lumpur: Media Satria Sdn Bhd.
Syamsul Bahri, A.G. 2007. Beberapa Isu dalam Pemikiran Islam. Nilai: Penerbit
Universiti Sains Islam Malaysia.
Syari’ati, Ali. 1989. Ideologi Kaum Intelektual: Suatu Wawasan Islam. Terj. Haidar
Bagir. Cet. II. Bandung: Penerbit Mizan.
Syed Zulflida S.M. Noor. 2006. Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka;
Kemunculan dan Kegemilangan. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia.
Taufik Abdullah. 1987. Islam dan Masyarakat. Jakarta: Lembaga Penelitian,
Pendidikan dan Penerangan Ekonomi dan Sosial.
303
Tsu, Yun Tsiao. 1966. Meninjau Sejarah Melayu dari segi nilaian sejarah. Dewan
Bahasa Oktober: 438-453.
Tudjimah. 2005. Sheikh Yusuf Makasar; Riwayat dan Ajarannya. Jakarta: Penerbit
Universitas Indonesia.
Tun Sri Lanang. 2010. Sulalatus Salatin. A. Samad Ahmad (pnys.) Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wan Mohd Saghir Abdullah. 2004. Wawasan Pemikiran Islam Ulama Asia Tenggara.
Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah.
Wan Shamsudin, Arena Wati. 1969. Sejarah Tanah Melayu dan Sekitarnya 1400-
1967. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
Watt, W.M. 1988. The Formative Period of Islamic Thought. Oxford: One
World.
Watt, W.M. 2003. Islamic Philosophy and Theology. Edinburgh: University Press.
Winstedt, R.O. 1962. Malay Chronicles from Sumatra and Malaya. Dlm. D.G.E. Hall
(pnyt.) Historians of South East Asia. London: O.U.P.
Woro, Aryandini S. 1997. Lebih Lanjut dengan Serat Tajusalatin dalam Hubungannya
dengan Kitab Taj al-Salatin. Prosiding Seminar Antarabangsa
Kesusasteraan Melayu V, hlm. 1-7.
Zainal Abidin Borhan. 1999. Warisan Persuratan Johor II. Johor Baru: Yayasan
Warisan Johor.
Zainal Abidin Borhan. 2012. Kitab Penasihatan Khalifah abad ke 17M. Temubual, 13
Oktober.
Zainal Kling 1993. Asas Ketuhanan dalam Pemikiran Sosiopolitik Melayu. Dlm
Tamadun Melayu. Ismail Hussein (pngr.). Jil. 2. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Zainal Kling. 1986/7. Sistem nilai mengikut kacamata sejarah dan tradisi Melayu.
dalam Jurnal Sejarah Melaka 10: 62-74.
Zainuddin, H.M. 1978. Tarekh Aceh dan Nusantara. Jakarta: t.pt.
Zakaria Ahmad. 1972. Sekitar Kerajaan Acheh Darussalam, Tahun 1520-1675.
Medan: Menora.
Zubir Idris. 2011. Etnosentrisme Melayu dalam Sulalatus Salatin. Jurnal Melayu 7:
107-120.
Zulkifli. 2010. Masyarakat Aceh masakini. Temubual, 21 Disember.