tahap kefahaman kriteria dan masalah guru … filemoga langkah yang di hayun bersama membuahkan...

31
TAHAP KEFAHAMAN KRITERIA DAN MASALAH GURU TERHADAP PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN HIDUP (KT) DI DAERAH SEGAMAT, JOHOR YUSZAIDA BINTI YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vuongbao

Post on 03-Apr-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP KEFAHAMAN KRITERIA DAN MASALAH GURU … fileMoga langkah yang di hayun bersama membuahkan hasil yang tidak ternilai. iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha

TAHAP KEFAHAMAN KRITERIA DAN MASALAH GURU TERHADAP

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN HIDUP

(KT) DI DAERAH SEGAMAT, JOHOR

YUSZAIDA BINTI YUSOF

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TAHAP KEFAHAMAN KRITERIA DAN MASALAH GURU … fileMoga langkah yang di hayun bersama membuahkan hasil yang tidak ternilai. iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempohtesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHADTesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjanasecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan,penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : TAHAP KEFAHAMAN KRITERIA DAN MASALAH GURUTERHADAP PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUSKEMAHIRAN HIDUP (KT), DI DAERAH SEGAMAT, JOHOR

SESI PENGAJIAN : 2008/2009

Saya YUSZAIDA BINTI YUSOF(HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan UniversitiTeknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTARAHSIA RASMI 1972)

TERHAD(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan olehorganisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

_____________________________________(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap :

NO 108 JLN BG KIAMBANG,FELDA PEMANIS 1,85009, SEGAMATJOHOR DARUL TA’ZIM

Tarikh : 6 MAC 2009

_____________________________________(TANDATANGAN PENYELIA)

PROF MADYA DR. ABD WAHID BINMUKHARI

Nama Penyelia

Tarikh : 6 MAC 2009

Page 3: TAHAP KEFAHAMAN KRITERIA DAN MASALAH GURU … fileMoga langkah yang di hayun bersama membuahkan hasil yang tidak ternilai. iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”

Tandatangan : ..................................................................

Nama Penyelia : PM DR Hj. Abd Wahid Bin Mukhari

Tarikh : 06 MAC 2009

Page 4: TAHAP KEFAHAMAN KRITERIA DAN MASALAH GURU … fileMoga langkah yang di hayun bersama membuahkan hasil yang tidak ternilai. iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha

i

TAHAP KEFAHAMAN DAN MASALAH GURU TERHADAP PENILAIAN DAN

PENTAKSIRAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN HIDUP

YUSZAIDA BINTI YUSOF

Laporan projek ini di kemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2009

Page 5: TAHAP KEFAHAMAN KRITERIA DAN MASALAH GURU … fileMoga langkah yang di hayun bersama membuahkan hasil yang tidak ternilai. iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama penulis : YUSZAIDA BINTI YUSOF

Tarikh : 06 MAC 2009

Page 6: TAHAP KEFAHAMAN KRITERIA DAN MASALAH GURU … fileMoga langkah yang di hayun bersama membuahkan hasil yang tidak ternilai. iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha

iii

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhamad S.A.W.

Istimewa buat ayahanda dan bonda tercinta

Allahyarham Hj. Yusof Bin Bedin dan Allahyarhamah Hjh. Sanisah Binti Mior

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayahanda dan bonda

Segala nasihat, dorongan dan semangat yang kalian tinggalkan takkan pernah

kuluputkan dari ingatan. Kasih sayang kalian sentiasa mengiringi perjalanan

hidupku.

Diabadikan buat insan-insan tersayang,

Ibunda tercinta Ruslinah Binti Rabu

Keluarga tersayang (Yusnitah, Yuszilah, Musa, Ismail, Yuziana dan Mohd Nizam)

Kasih sayang dikau sentiasa mengiringi perjalanan hidupku, doa dikau sumber

kejayaanku, pengorbananmu tidak terhingga nilainya.

Buat Pensyarah-pensyarah yang Disanjungi,

(PM Dr. Abd Wahid Bin Mukhari dan lain-lain)

Akanku manfaatkan segala ilmu yang kalian curahkan. Semoga Allah merahmati

perjuangan murni kalian dalam mendidik anak bangsa. Terima kasih untuk

segalanya.

Buat Insan Teristimewa,

(Zulkfli Bin Hamzah)

Terima kasih atas dorongan yang berterusan darimu. Semoga semangat yang kau

berikan berkekalan abadi buat selamanya.

Buat teman-teman seperjuangan,

Moga langkah yang di hayun bersama membuahkan hasil yang tidak ternilai.

Page 7: TAHAP KEFAHAMAN KRITERIA DAN MASALAH GURU … fileMoga langkah yang di hayun bersama membuahkan hasil yang tidak ternilai. iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani dan segala

pujian untuk Allah S.W.T serta selawat dan salam kepada junjungan mulia

Rasulullah S.A.W. Segala puji dan syukur kupanjatkan ke hadrat Illahi kerana telah

memberiku kekuatan bagi menyempurnakan penyelidikan ini. Setinggi-tinggi

penghargaan yang tidak terhingga kepada penyelia projek sarjana muda iaitu, P.M.

Dr. Abd Wahid bin Mukhari yang sentiasa memberi nasihat, bimbingan, sokongan

yang berterusan dan idea-idea yang bernas sehinggalah kajian ini dapat

disempurnakan. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan dijadikan sebagai

panduan dan pegangan dalam meneruskan cabaran hari mendatang.

Jutaan terima kasih kepada semua pensyarah dan kakitangan Universiti

Teknologi Malaysia, bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,

Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Pengetua,

Penolong Kanan dan guru-guru Sekolah Menengah di Daerah Segamat dan Taman

Daya di atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan penyelidikan ini.

Penghargaan juga ditujukan khas buat ibu, adik beradik, ipar duai serta insan

istimewa yang tanpa jemu mendoakan kejayaan dan memberi dorongan yang tiada

penghujungnya. Akhir sekali buat teman seperjuangan, terima kasih di atas

kerjasama dan bimbingan dari kalian. Semoga kejayaan ini membawa rahmat

kepada kita semua.

Page 8: TAHAP KEFAHAMAN KRITERIA DAN MASALAH GURU … fileMoga langkah yang di hayun bersama membuahkan hasil yang tidak ternilai. iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha

v

ABSTRAK

Tujuan kajian deskriptif ini di jalankan adalah untuk meninjau tahap

kefahaman kriteria dan masalah guru terhadap penilaian dan pentaksiran kerja kursus

kemahiran hidup (KT) Daerah, Segamat Johor. Soal selidik telah dipilih sebagai

instrumen kajian dan telah diedarkan kepada 52 orang guru yang mengajar

matapelajaran Kemahiran Hidup (Kemahiran Teknikal) di sekitar Sekolah Menengah

Daerah Segamat, Johor. Analisis dapatan kajian dipersembahkan dalam bentuk

kekerapan, peratus dan min. Data di analisis menggunakan SPSS (Statistical Package

for The Social Services) versi 16.0. Kajian rintis telah dijalankan keatas 9 orang guru

yang mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup (Kemahiran Teknikal) di sekitar

Sekolah Taman Daya bagi mendapatkan kebolehpercayaan item soal selidik dan nilai

alpha cronbach yang di perolehi ialah 0.982. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru

KHB mempunyai tahap kefahaman yang tinggi dalam melaksanakan pentaksiran

kerja kursus Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) dan masalah utama yang di hadapi

oleh guru ialah pelajar kurang menguasai elemen dalam kemahiran yang hendak di

terapkan. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan telah dikemukan bagi

meningkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus KHB di

peringkat PMR.

Page 9: TAHAP KEFAHAMAN KRITERIA DAN MASALAH GURU … fileMoga langkah yang di hayun bersama membuahkan hasil yang tidak ternilai. iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha

vi

ABSTRACT

The purpose of this descriptive research is to observe the level of criteria’s

understanding and the teacher’s problem during the implementing of Living Skill

assessment coursework (Technical Skill) at Segamat District, Johor. The

questionnaire are chosen as research instrument and were distributed to 52 teachers

that teach the subject Living Skill (Technical Skill) around Secondary School

Segamat District, Johor. The finding analyses are presented in form of frequencies,

percentage and mean by using SPSS (Statistical Package for The Social Services)

version 16.0. The pilot test has been done into 9 teachers were teach the subject

Living Skill (Technical Skill) around Secondary School Taman Daya to get the

validity of questionnaire and the value of alpha cronbach’s is 0.982. The research

finding showed among teachers have been high level of understanding while

implementing Living Skill Integrated (KHB) assessment coursework and the main

problem teachers are face it is student less dominate the element in skill were want to

empowered. Based on finding, several suggestions are presented to increase the

effectiveness of implementing assessment coursework of living skill on PMR level.

Page 10: TAHAP KEFAHAMAN KRITERIA DAN MASALAH GURU … fileMoga langkah yang di hayun bersama membuahkan hasil yang tidak ternilai. iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAHAGIAN SATU

PENGENALAN

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 10

1.4 Objektif Kajian 11

1.5 Persoalan Kajian 11

1.6 Kepentingan Kajian 12

1.7 Skop dan Batasan Kajian 13

1.8 Definisi Istilah 14

Page 11: TAHAP KEFAHAMAN KRITERIA DAN MASALAH GURU … fileMoga langkah yang di hayun bersama membuahkan hasil yang tidak ternilai. iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha

viii

BAHAGIAN DUA

SOROTAN KAJIAN

BAB II SOROTAN KAJIAN 17

2.0 Pengenalan 17

2.1 Latar Belakang Kemahiran Hidup 18

2.1.1 Matlamat Kemahiran Hidup 19

2.1.2 Objektif 19

2.1.3 Organisasi Kandungan 20

2.2 Pentaksiran Kerja Kursus 21

2.2.1 Dasar Pentaksiran Berasaskan

Sekolah

21

2.2.2 Konsep Pentaksiran Berasaskan

Sekolah

22

2.2.3 Sistem Pentaksiran 24

2.2.4 Senarai Konstruk Dan Aspek Bagi

Modul 1hingga Modul 4

Pentaksiran Kerja Kursus

Kemahiran Hidup Bersepadu

(Kemahiran Teknikal)

25

2.2.5 Contoh Panduan Kriteria Dalam

Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus

(Kemahiran Teknikal)

26

2.2.6 Tugas Pentaksir Sekolah (Guru) 27

2.3 Pekeliling Pelaksanaan Pentaksiran

Berasaskan Sekolah

28

2.4 Peranan Guru 28

2.5 Penilaian 31

2.6 Model Penilaian 32

2.6.1 Model Penilaian KIPP

(Kontek-Input-Proses-Produk)

32

2.6.2 Model CIRO 34

Page 12: TAHAP KEFAHAMAN KRITERIA DAN MASALAH GURU … fileMoga langkah yang di hayun bersama membuahkan hasil yang tidak ternilai. iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha

ix

(Context, Input, Reaction, Outcome)

2.7 Kajian Terdahulu 34

BAHAGIAN TIGA

METADOLOGI KAJIAN

BAB III METADOLOGI 37

3.0 Pengenalan 37

3.1 Reka Bentuk Kajian 37

3.2 Populasi 39

3.3 Persampelan 40

3.4 Kaedah Pengumpulan Data 40

3.5 Instrumen Kajian 42

3.6 Kajian Rintis 43

3.7 Prosedur Kajian 44

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DAN INTEPRETASI DATA

BAB IV ANALISIS DAN INTEPRETASI DATA 46

4.0 Pengenalan 46

4.1 Dapatan Kajian Bahagian A (Latar Belakang

Responden)

47

4.2 Dapatan Kajian Bahagian B 49

4.2.1 Aspek Pemasangan Litar 50

4.2.2 Aspek Mengukur Voltan Dan Arus

Dalam Litar

51

4.2.3 Aspek Membanding Beza Antara

Litar Siri Dan Selari

52

Page 13: TAHAP KEFAHAMAN KRITERIA DAN MASALAH GURU … fileMoga langkah yang di hayun bersama membuahkan hasil yang tidak ternilai. iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha

x

4.2.4 Aspek Membaca Skala Ohm Pada

Meter Pelbagai

53

4.2.5 Aspek Membanding Beza Antara

Sistem Pergerakan Mekanikal Dan

Elektro-Mekanikal

53

4.2.6 Aspek Melakar Reka Bentuk Projek 54

4.2.7 Aspek Penghasilan Projek Reka

Bentuk

55

4.2.8 Aspek Penggunaan Alatan Tangan

Atau Mesin

56

4.2.9 Aspek Membuat Lukisan Unjuran

Ortografik

56

4.2.10 Aspek Etika Makan 57

4.2.11 Aspek Penyediaan Medium

Memasu

58

4.2.12 Aspek Penghasilan Lukisan

Isometrik

58

4.2.13 Aspek Penghasilan Lukisan

Hamparan

59

4.2.14 Aspek Penghasilan Lukisan

Keratan Penuh

60

4.2.15 Aspek Pematerian 60

4.2.16 Aspek Penghasilan Projek 61

4.2.17 Aspek Pengenalpastian Masalah 62

4.2.18 Aspek Pembinaan Projek 63

4.2.19 Aspek Pengiraan Kos 63

4.2.20 Aspek Pendokumentasian 64

4.2.21 Aspek Membaca Dan Menterjemah

Lukisan Skematik Kepada Lukisan

Bergambar

65

4.2.22 Aspek Penilaian Dan Pentaksiran

Kerja Kursus

66

4.3 Dapatan Kajian Bahagian C 67

Page 14: TAHAP KEFAHAMAN KRITERIA DAN MASALAH GURU … fileMoga langkah yang di hayun bersama membuahkan hasil yang tidak ternilai. iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha

xi

BAHAGIAN LIMA

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN

73

5.0 Pengenalan 73

5.1 Rumusan 73

5.1.1 Rumusan Hasil Dapatan Kajian

Bahagian A

74

5.1.2 Rumusan Hasil Dapatan Kajian

Bahagian B

74

5.1.3 Rumusan Hasil Dapatan Kajian

Bahagian C

75

5.2 Perbincangan 76

5.2.1 Sejauhmanakah guru-guru

berkefahaman terhadap kriteria

penilaian dan pentaksiran

kemahiran hidup mengikut buku

panduan yang dibekalkan

77

5.2.2 Mengenal pasti masalah-masalah

guru Kemahiran Hidup semasa

pengendalian penilaian dan

pentaksiran kerja kursus Kemahiran

Hidup.

78

5.3 Rumusan Kajian 81

5.4 Cadangan 83

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 84

5.6 Penutup 85

Page 15: TAHAP KEFAHAMAN KRITERIA DAN MASALAH GURU … fileMoga langkah yang di hayun bersama membuahkan hasil yang tidak ternilai. iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha

xii

BAHAGIAN ENAM

BIBLIOGRAFI

BIBLIOGRAFI 86

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN

LAMPIRAN A-G 89

Page 16: TAHAP KEFAHAMAN KRITERIA DAN MASALAH GURU … fileMoga langkah yang di hayun bersama membuahkan hasil yang tidak ternilai. iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Memantapkan Dan Memperbaharui Dalam

Sistem Pentaksiran Dan Penilaian

5

1.2 Empat Modul Kerja Kursus Kemahiran Hidup 6

2.0 Tahap Pencapaian Calon 24

2.1 Pemarkahan Dalam Unit Numerik 25

2.2 Senarai Konstruk Dan Aspek Bagi Modul 1

Hingga Modul 4 Pentaksiran Kerja Kursus

Kemahiran Hidup Bersepadu (Kemahiran

Teknikal)

25

2.3 Panduan Kriteria Dalam Dokumen

PentaksiranKerja Kursus (Kemahiran Teknikal)

26

3.1 Senarai Sekolah-Sekolah Daerah Segamat Yang

Menjadi Lokasi Kajian

39

3.2 Kelas dan Tahap Skor Min 41

3.3 Sekolah Dan Bilangan Responden Yang Terlibat

Dalam Kajian Rintis

44

4.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan Guru Kemahiran

Hidup (Kemahiran Teknikal) Mengikut Jantina

47

4. 2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Guru Kemahiran

Hidup (Kemahiran Teknikal) Mengikut Kelayakan

Akademik Tertinggi

47

4. 3 Taburan Bilangan Dan Peratusan Guru Kemahiran

Hidup (Kemahiran Teknikal) Mengikut

Pengalaman Mengajar

48

4. 4 Taburan Bilangan Dan Peratusan Guru Kemahiran

Hidup (Kemahiran Teknikal) Mengikut

48

Page 17: TAHAP KEFAHAMAN KRITERIA DAN MASALAH GURU … fileMoga langkah yang di hayun bersama membuahkan hasil yang tidak ternilai. iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha

xiv

Menghadiri Kursus Pelaksanaan Pentaksiran Kerja

Kursus Kemahiran Hidup

4.5 Taburan Bilangan Dan Peratusan Kriteria Bagi

Aspek Membuat Pemasangan Litar

50

4.6 Taburan Bilangan Dan Peratusan Kriteria Bagi

Aspek Mengukur Voltan Dan Arus Dalam Litar

51

4.7 Taburan Bilangan Dan Peratusan Kriteria Bagi

Aspek Membanding Beza Antara Litar Siri Dan

Selari

52

4.8 Taburan Bilangan Dan Peratusan Kriteria Bagi

Aspek Membaca Skala Ohm Pada Meter Pelbagai

53

4.9 Taburan Bilangan Dan Peratusan Kriteria Bagi

Aspek Membanding Beza Antara Sistem

Pergerakan Mekanikal Dan Elektro-Mekanikal

53

4.10 Taburan Bilangan Dan Peratusan Kriteria Bagi

Aspek Melakar Reka Bentuk Projek

54

4.11 Taburan Bilangan Dan Peratusan Kriteria Bagi

Aspek Penghasilan Projek Reka Bentuk

55

4.12 Taburan Bilangan Dan Peratusan Kriteria Bagi

Aspek Penggunaan Alatan Tangan Atau Mesin

56

4.13 Taburan Bilangan Dan Peratusan Kriteria Bagi

Aspek Membuat Lukisan Unjuran Ortografik

56

4.14 Taburan Bilangan Dan Peratusan Kriteria Bagi

Aspek Etika Makan

57

4.15 Taburan Bilangan Dan Peratusan Kriteria Bagi

Aspek Penyediaan Medium Memasu

58

4.16 Taburan Bilangan Dan Peratusan Kriteria Bagi

Aspek Penghasilan Lukisan Isometrik

58

4.17 Taburan Bilangan Dan Peratusan Kriteria Bagi

Aspek Menghasilkan Lukisan Hamparan

59

4.18 Taburan Bilangan Dan Peratusan Kriteria Bagi

Aspek Menghasilkan Lukisan Keratan Penuh

60

4.19 Taburan Bilangan Dan Peratusan Kriteria Bagi 60

Page 18: TAHAP KEFAHAMAN KRITERIA DAN MASALAH GURU … fileMoga langkah yang di hayun bersama membuahkan hasil yang tidak ternilai. iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha

xv

Aspek Pematerian

4.20 Taburan Bilangan Dan Peratusan Kriteria Bagi

Aspek Penghasilan Projek

61

4.21 Taburan Bilangan Dan Peratusan Kriteria Bagi

Aspek Pengenalpastian Masalah

62

4.22 Taburan Bilangan Dan Peratusan Kriteria Bagi

Aspek Pembinaan Projek

63

4.23 Taburan Bilangan Dan Peratusan Kriteria Bagi

Aspek Pengiraan kos

63

4.24 Taburan Bilangan Dan Peratusan Kriteria Bagi

Aspek Pendokumentasian

64

4.25 Taburan Bilangan Dan Peratusan Kriteria Bagi

Aspek Membaca Dan Menterjemah Lukisan

Skematik Kepada Lukisan Bergambar

65

4.26 Taburan Purata Peratusan Kekerapan Dan Min

Kefahaman Kriteria Bagi Setiap Aspek Penilaian

Dan Pentaksiran Kerja Kursus

66

4.27 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Masalah-

Masalah Yang Dihadapi Oleh Guru Kemahiran

Hidup Elektif Kemahiran Teknikal Semasa

Pengendalian Penilaian Dan Penaksiran Kerja

Kursus Kemahiran Hidup

68

Page 19: TAHAP KEFAHAMAN KRITERIA DAN MASALAH GURU … fileMoga langkah yang di hayun bersama membuahkan hasil yang tidak ternilai. iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha

xvi

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

KT - Kemahiran Teknikal

PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah

PMR - Penilaian Menengah Rendah

SUP - Setiausaha Peperiksaan

KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

LPM - Lembaga Peperiksaan Malaysia

ULBS - Ujian Lisan Berasaskan Sekolah

PLBS - Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah

PBK - Pengredan Berdasarkan Kriteria

Page 20: TAHAP KEFAHAMAN KRITERIA DAN MASALAH GURU … fileMoga langkah yang di hayun bersama membuahkan hasil yang tidak ternilai. iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Pekeliling Pelaksanaan PBS 82

B Borang Soal selidik 87

C Kebenaran menjalankan kajian di sekolah,

institut perguruan, jabatan pelajaran negeri dan

bahagian- bahagian di bawah Kementerian

Pendidikan Malaysia (EPRD)

97

D Kebenaran menjalankan kajian di sekolah,

maktab perguruan, universiti, jabatan pelajaran

negeri dan bahagian-bahagian di bawah

Kementerian Pelajaran Malaysia (JPN)

99

E Pengesahan Fakulti Pendidikan UTM 100

F Analisis alpha cronbach Kajian Rintis 101

G Jadual Persampelan Krejcie, R.V and Morgan D.W 102

Page 21: TAHAP KEFAHAMAN KRITERIA DAN MASALAH GURU … fileMoga langkah yang di hayun bersama membuahkan hasil yang tidak ternilai. iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara (Falsafah Pendidikan Kebangsaan).

Seiring dengan hasrat yang telah disuarakan oleh menteri pelajaran Malaysia,

Y.B. Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein dalam teksnya “Menjana

Kecemerlangan Pendidikan Melalui Pentaksiran” sempena majlis pelancaran jubli

emas Lembaga Peperiksaan Malaysia iaitu sistem pendidikan negara mestilah

berupaya melahirkan masyarakat bangsa Malaysia yang diidam-idamkan iaitu

mempunyai keyakinan dan jati diri yang teguh, berpegang kepada nilai moral dan

etika yang kukuh, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik,

liberal dan bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik, mempunyai

pengagihan ekonomi yang adil, progresif dan makmur, serta menguasai sepenuhnya

ekonomi yang bersaing, dinamik, cergas dan kental (Lembaga Peperiksaan Malaysia,

2006).

Page 22: TAHAP KEFAHAMAN KRITERIA DAN MASALAH GURU … fileMoga langkah yang di hayun bersama membuahkan hasil yang tidak ternilai. iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha

2

Mata pelajaran Kemahiran Hidup amat penting kepada pelajar khasnya dalam

menyediakan diri untuk meningkatkan lagi daya pengeluaran negara melalui

penglibatan masyarakat dan tenaga kerja secara produktif berlandaskan teknologi

sejajar dengan dasar dan keperluan negara. Mata pelajaran ini membekalkan

kemahiran yang berguna dan berfungsi agar murid boleh bertindak dan

mengendalikan kehidupan harian secara produktif dalam dunia teknologi dan industri

yang kompleks dan sentiasa berubah. Murid dipupuk sikap yang positif seperti

menghargai kerja yng berkualiti tinggi, berinovasi dalam pembinaan projek, penuh

yakin dan berdikari dalam daya usaha (Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup, 2002).

Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup bersepadu adalah untuk

melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif,

berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk

kehidupan harian (Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup, 2002). Justeru itu, sistem

penilaian dan pentaksiran amat berkait rapat dengan matlamat yang hendak dicapai

dalam mata pelajaran kemahiran hidup bagi memastikan para pelajar bergerak

seiring dengan kemajuan teknologi.

Menurut Jamil Adimin (2006), peperiksaan dikatakan menyebabkan anak-

anak belajar dan guru-guru mengajar tidak seperti sepatutnya iaitu berdasarkan

kurikulum dan sukatan pelajaran yang di bekalkan oleh Pusat Perkembangan

Kurikulum tetapi mengikut peperiksaan. Di sebabkan itu, hal-hal seperti sahsiah,

akhlak, nilai murni budi pekerti, penampilan diri, kekuatan jasmani, rohani emosi

dan sosial sukar atau tidak mungkin dapat di taksir sepenuhnya menggunakan

peperiksaan. Adakah falsafah pendidikan kebangsaan telah di laksanakan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam penilaian dan pentaksiran

kerja kursus Kemahiran hidup di sekolah?

Page 23: TAHAP KEFAHAMAN KRITERIA DAN MASALAH GURU … fileMoga langkah yang di hayun bersama membuahkan hasil yang tidak ternilai. iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Peperiksaan sering kali di kaitkan dengan pentaksiran standard, berpusat,

luaran, sumatif dan di kendalikan oleh badan peperiksaan (Jamil Adimin, 2006).

Umum mengetahui bahawa sejak sekian lama, pendidikan yang berorientasikan

peperiksaan telah sebati dalam jiwa pelajar dan minda guru.

Namun begitu, menurut Y.B. Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein (2006),

peperiksaan hanya mampu memberi maklumat tentang pencapaian murid dalam

pembelajaran setelah pengukuran dan penilaian dibuat ke atasnya, tetapi tidak

menuntut pengendalinya menterjemahkan punca pencapaian murid dan sekolah turun

naik. Sehubungan itu, pentaksiran berasaskan sekolah telah di perkenalkan bagi

mengatasi isu ini.

Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) yang ingin di laksanakan

nanti diharap dapat mengurangkan risiko keciciran dan dapat melahirkan pelajar

yang benar-benar menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran (Menteri Pelajaran,

2006).

Menurut Payne (2003) dalam Jamil Adimin (2006), pentaksiran ialah

integrasi proses mengumpul maklumat, mengintepretasi maklumat atau memberi

nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang di

buat keatas maklumat. Maka kebolehan pelajar dapat di ukur berdasarkan

kemampuan mereka bukan setakat keupayaan akademik tetapi kemahiran yang

mereka perolehi.

Sistem pentaksiran dan penilaian yang baik mampu mencungkil potensi dan

bakat pelajar. Pentaksiran dan penilaian adalah salah satu komponen utama proses

pembelajaran dan merangsang pembelajaran bagi memotivasikan pelajar untuk

Page 24: TAHAP KEFAHAMAN KRITERIA DAN MASALAH GURU … fileMoga langkah yang di hayun bersama membuahkan hasil yang tidak ternilai. iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha

4

memperbaiki mutu prestasi dan pencapaian akademik. Pada masa ini penekanan

banyak diberi kepada pentaksiran sumatif yang hanya mampu memberi maklumat

tentang pencapaian pelajar dalam pembelajaran tetapi tidak berupaya mengenal pasti

kelemahan dan masalah pelajar dalam pembelajaran (Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan, 2006).

Menurut Y.B. Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein (2006), dengan

pentaksiran berasaskan sekolah, semua bentuk pentaksiran yang lebih bersifat

alternatif dan autentik seperti pentaksiran kerja kursus, projek, persembahan, aktiviti

jasmani, ko-kurikulum, sahsiah, budi pekerti, dan pembinaan jati diri murid boleh di

laksanakan. Maka, ia dapat :-

a. Memberi perhatian kepada kaedah pentaksiran yang dapat menggalakkan

pembelajaran sepanjang hayat.

b. Mengkaji dan memperkembangkan kaedah pentaksiran yang mampu

menggalakkan perkembangan karekter.

c. Menghasilkan standard prestasi kebangsaan yang boleh di jadikan kayu

ukur berbanding standard negara-negara lain.

Pencapaian pelajar diukur bersandarkan ujian rujukan kriteria yang memberi

penekanan kepada task-based assessment. Sistem pentaksiran dan penilaian akan di

kaji semula untuk menjadikan persekolahan tidak terlalu berorientasikan

peperiksaan. Antara strategi dan tindakan yang akan diambil ialah (Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan):-

Page 25: TAHAP KEFAHAMAN KRITERIA DAN MASALAH GURU … fileMoga langkah yang di hayun bersama membuahkan hasil yang tidak ternilai. iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha

5

Jadual 1.1: Memantapkan Dan Memperbaharui Dalam Sistem Pentaksiran DanPenilaian

Strategi pelaksanaan Pelan tindakan

i. Menyediakan pentaksiran

alternatif

i. Mengubah penekanan peperiksaan awam

daripada berasaskan kandungan kepada lebih

berasaskan kemahiran atau daripada bersifat

ujian pencapaian kepada ujian kebolehan am.

ii. Mengubah pentaksiran sedia ada kepada:-

- Ujian rujukan kriteria yang menekankan

pentaksiran berasaskan tugasan kerja.

- Kaedah pentaksiran yang mampu

menggalakkan pembinaan karekter.

ii. Mengkaji semula sistem

pentaksiran dan penilaian untuk

menjadikan persekolahan tidak

terlalu berorientasikan

peperiksaan

i. Mengurangkan bilangan mata pelajaran dalam

peperiksaan awam dan hanya menguji mata

pelajaran tertentu di peringkat sekolah.

ii. Mengkaji semula sistem penggal dan

menggantikan dengan sistem semester.

iii. Memantapkan kualiti sistem

pentaksiran dan penilaian

i. Menghasilkan standard prestasi kebangsaan

berbanding standard negara lain.

ii. Meningkatkan jalinan kerjasama dengan badan-

badan pentaksiran negara maju.

Menurut Mohamad Ali Hassan (2006), sistem pentaksiran perlu

dilaksanakan berdasarkan nisbah 40 : 60 dengan 60 peratus membabitkan markah

peperiksaan awam. Markah akan di tetapkan oleh guru berasaskan ujian terhadap

kemahiran pelajar mengaplikasikan kandungan subjek, pembabitan dalam kelas dan

kegiatan kokurikulum. Kementerian harus memastikan sistem pentaksiran

dilaksanakan secara profesional, telus adil dan tidak memihak kepada mana-mana

golongan atau individu.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah merupakan kaedah pemberian

markah oleh guru sehingga 40% berdasarkan kejayaan pelajar menghasilkan kerja

Page 26: TAHAP KEFAHAMAN KRITERIA DAN MASALAH GURU … fileMoga langkah yang di hayun bersama membuahkan hasil yang tidak ternilai. iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha

6

kursus-kerja kursus yang telah di tetapkan(Portal Pendidikan, 2006). Kerja kursus

adalah berdasarkan kepada 4 modul (Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus, 2006):-

Jadual 1.2: Empat Modul Kerja Kursus Kemahiran Hidup

Modul Tingkatan Kandungan Markah (%)

1 1 Kemahiran Teknikal 10

2 2 Reka Bentuk dan Teknologi 10

3 2 Kemahiran Teknikal 10

4 3 Reka Bentuk dan Teknologi 10

Menurut Y.B. Dato’ Sri Hishammuddin (2008), guru bertindak sebagai

pemudah cara yang berkesan, mengurangkan peperiksaan berpusat dan sekaligus

mengurangkan tekanan peperiksaan yang di hadapi oleh pelajar, guru dan ibu bapa.

Tugas utamanya adalah membuka seluas-luas ruang dan peluang bagi anak-anak

memperkembangkan potensi diri.

Sistem pentaksiran seperti diagnostik dan ujian turut di gunakan secara

meluas di sekolah agar guru tahu kelemahan dan kekuatan masing-masing (Portal

Pendidikan, 2006). Tambahan, pelaksanaan PBS akan turut memberi cabaran besar

kepada program latihan guru.

Menurut Mohamad (2006), guru akan di pertanggungjawabkan untuk

melaksanakan penilaian dan melaksanakannya dengan adil. Penglibatan guru

menjadi lebih besar kerana bakal melaksanakan pentaksiran di peringkat sekolah

bagi mewujudkan skala keperluan dan pembangunan individu yang mempunyai

kemahiran berfikir kreatif dan intelektual meliputi bidang akademik, kokurikulum,

kepimpinan, sahsiah dan kecenderungan untuk dinilai bersama-sama peperiksaan

utama (Jamil Adimin, 2006).

Bidang tugas yang akan dilaksanakan oleh pentaksir sekolah (guru) terbahagi

kepada 3 peringkat (Penataran PBS, 2007) :-

Page 27: TAHAP KEFAHAMAN KRITERIA DAN MASALAH GURU … fileMoga langkah yang di hayun bersama membuahkan hasil yang tidak ternilai. iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha

7

Sebelum pentaksiran:

i. Menghadiri mesyuarat penyelarasan peringkat kawasan dan sekolah.

ii. Bertanggungjawab memberi taklimat dan penerangan kepada calon.

Semasa pentaksiran

i. Membimbing dan membantu calon meningkatkan prestasi

ii. Mentaksir calon

iii. Mengisi borang-borang penskoran individu dan lain-lain yang berkaitan.

iv. Memberi kerjasama kepada pentaksir negeri / kawasan dalam urusan

penyelarasan.

Selepas pentaksiran

i. Mentaksir semula kerja murid jika ada perubahan selepas diselaraskan

oleh Pentaksir negeri.

ii. Menyerahkan skor kepada setiausaha peperiksaan (SUP).

iii. Menyimpan rekod dan evidens ditempat selamat selama 6 bulan selepas

keputusan diumumkan.

iv. Menyediakan laporan dan menyerahkannya kepada penyelaras kawasan.

v. Memastikan borang penskoran individu yang berpindah sekolah dihantar

ke sekolah baru.

vi. Menyediakan sijil PBS bagi setiap calon.

vii. Menyelesaikan kes-kes khas.

Harapan bagi mengorak langkah menjana kecemerlangan pendidikan melalui

pentaksiran (Y.B. Dato’ Sri Hishammuddin, 2006) :-

i. Mengubah cara menilai pencapaian didalam pembelajaran sesuai dengan

perkembangan dan kehendak dunia, dengan mengubah penekanan dalam

Page 28: TAHAP KEFAHAMAN KRITERIA DAN MASALAH GURU … fileMoga langkah yang di hayun bersama membuahkan hasil yang tidak ternilai. iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha

8

peperiksaan awam daripada terlalu berasaskan kandungan (content

based) kepada yang lebih berasaskan kemahiran (skill based) atau dari

bersifat ujian pencapaian (achievement test) kepada yang bersifat ujian

kebolehan am (general ability test).

ii. Mencari kaedah pentaksiran yang mampu menggalakkan pembinaan

karekter.

iii. Mengubah pendekatan pengajaran dan pembelajaran, misalnya dengan

memperbanyakkan pendekatan pengurusan projek.

Perkara ini boleh di capai berikutan guru secara langsung boleh

mempengaruhi proses pendidikan negara kerana merekalah yang akan menyediakan

syarat dan suasana pembelajaran di dalam bilik darjah. Merekalah yang secara

formal menentukan keadaan, objektif, menjalankan proses pengajaran, penyeliaan

dan penilaian pelajar di dalam bilik darjah (Mohd Najib, 1995).

Kesilapan utama sistem pendidikan negara dewasa kini ialah pendidik

memberi penekanan yang melampau terhadap ‘surface learning’ iaitu kepada bahan

pembelajaran (subject matter) dan mengharapkan pelajar mengetahui segalanya

dengan apa cara sekalipun (Mohd Najib, 1995).

Pengajaran dan pembelajaran tidak boleh menjadi mekanikal tetapi

meaningful dan memahami apa yang di pelajari secara mendalam. Dengan ini

pengetahuan yang diperolehi bukan sahaja difahami tetapi boleh digunakan untuk

melakukan sesuatu dengan betul (Kundalasamy, 2000).

Menurut Sarah (1999) tugas guru ialah menyampaikan pengetahuan kepada

pelajarnya, berbentuk isi kandungan yang di tetapkan dalam mata pelajaran tertentu.

Tetapi lebih dari itu, tugas guru ialah mendidik dan dengan ini bermakna membantu

perkembangan individu pelajar mereka, bukan sahaja dari segi penguasaan ilmu

Page 29: TAHAP KEFAHAMAN KRITERIA DAN MASALAH GURU … fileMoga langkah yang di hayun bersama membuahkan hasil yang tidak ternilai. iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha

9

tetapi juga perkembangan individu itu sendiri, pembangunan insan pelajar itu,

mengikuti lunas-lunas nilai masyarakat dalam konteks masyarakat Malaysia.

Kejayaan pendidikan sukar di ukur, tetapi boleh dikatakan adalah diharapkan lebih

dari semata-mata pelajar mencapai dalam peperiksaan awam yang penting ialah

samada guru berjaya memberi:-

i. Pengetahuan kepada pelajarnya dengan menanamkan nilai “mencari

ilmu”.

ii. Membentuk peribadi mulia, manusia berilmu dan berketrampilan serta

mempunyai nilai-nilai masyarakat Malaysia khususnya mencapai

matlamat yang dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Martabat profesion perguruan terletak kepada sejauh manakah masyarakat

menilai guru menjalankan tugasnya mendidik anak bangsa dan warga masa depan

iaitu menyediakan generasi muda untuk menjadi ahli masyarakat yang berguna dan

menyumbang kepada sumber tenaga manusia yang membangunkan masyarakat dan

negara (Sarah, 1999).

Menurut pandangan beberapa orang guru di beberapa buah sekolah antara

masalah yang sering di hadapi ialah ramai pelajar yang berminat untuk membina

projek tetapi tidak ramai yang mahu menghasilkan projek yang terbaik (walaupun

sebenarnya mereka boleh menghasilkannya). Ditambah pula keluasan bengkel yang

tidak mencukupi untuk menampung bilangan pelajar yang ramai.

Selain itu, guru juga berpandangan 3 masa pembelajaran dan pengajaran

Kemahiran Hidup terpaksa dibahagikan supaya memudahkan kerja amali telah

menjadi satu masalah besar apabila masa pembelajaran dan pengajaran jatuh pada

hari cuti peristiwa dan aktiviti seperti sukan. Pelajar yang selalu ponteng juga

mendatangkan masalah kepada guru dalam menjalankan kerja kursus. Pelajar yang

berpindah sekolah juga mendatangkan beberapa masalah kerana sekolah lama tidak

melengkapkan kerja kursus kerana mereka tidak hadir ke sekolah pada tahun semasa.

Page 30: TAHAP KEFAHAMAN KRITERIA DAN MASALAH GURU … fileMoga langkah yang di hayun bersama membuahkan hasil yang tidak ternilai. iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha

10

Pelajar yang telah mendaftar PMR juga perlu diisikan markah kerja kursus walaupun

pelajar itu berhenti sekolah tiba-tiba ditambah pula pelajar (sakit) yang mengambil

cuti panjang sukar untuk melengkapkan kerja kursus.

Ada juga guru berpandangan waktu untuk mata pelajaran KHB perlu

ditambah dan guru pentaksir perlu di beri elaun kritikal seperti guru Pengajaran Dan

Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kerana bebanan

tugas mentaksir perlukan ketelitian dan masa tambahan. Di tambah pula

pembahagian subtajuk yang terlalu banyak, mengurangkan pelajar untuk lebih fokus

dan menguasai kemahiran.

Guru juga berpandangan, kerja kursus terlalu banyak bidang yang ingin

dinilai terutama di tingkatan 2, membebankan guru dari segi masa pelaksanaannya.

Di samping itu, tahap pemikiran atau kefahaman pelajar tidak sama dan ini memberi

kesukaran kepada pelajar yang lemah. Di sini elemen pentaksiran kerja kursus perlu

di kaji. Tambahan, borang aktiviti yang perlu ditulis oleh setiap pelajar bagi setiap

kerja amali yang dijalankan perlu dimansuhkan kerana ia amat membebankan guru

memandangkan sekolah tiada peruntukan untuk fotostat borang aktiviti tersebut

dalam kuantiti yang banyak.

1.3 Pernyataan masalah

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui Tahap Kefahaman Ke Atas

Kriteria dan Masalah Guru Terhadap Penilaian dan Pentaksiran Kerja Kursus

Kemahiran Hidup (Kemahiran Teknikal) Di Sekolah Daerah Segamat, Johor.

Page 31: TAHAP KEFAHAMAN KRITERIA DAN MASALAH GURU … fileMoga langkah yang di hayun bersama membuahkan hasil yang tidak ternilai. iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha

11

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini bertujuan untuk mengetahui Persepsi Guru Terhadap

Penilaian dan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Di Sekolah Daerah

Segamat, Johor. Fokus kajian ini adalah bertujuan untuk:-

1.4.1 Mengetahui sejauhmanakah guru-guru dibeberapa buah sekolah menengah di

Daerah Segamat berkefahaman terhadap kriteria penilaian dan pentaksiran

kemahiran hidup mengikut buku panduan yang dibekalkan.

1.4.2 Untuk mengenal pasti masalah-masalah yang di hadapi oleh guru-guru

Kemahiran Hidup semasa pengendalian penilaian dan pentaksiran kerja

kursus Kemahiran Hidup.

1.5 Persoalan Kajian

Penyelidik mengemukakan dua persoalan yang berkaitan untuk dijawab oleh

responden. Antara aspek-aspek kajian yang akan difokuskan adalah seperti berikut:-

1.5.1 Setakat manakah guru-guru mempunyai kefahaman terhadap kriteria

penilaian yang terdapat dalam dokumen pentaksiran mengikut aspek yang

telah di tetapkan.

1.5.2 Apakah masalah-masalah yang di hadapi oleh guru-guru Kemahiran Hidup

semasa pengendalian penilaian dan pentaksiran kerja kursus kemahiran

hidup.