teori behavioral skinner
TRANSCRIPT
TEORI DAN PROSES PEMBELAJARAN
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS &
IMPLIKASINYA TERHADAP P & P
Disediakan oleh:
Pn. Yusnita Bt Abd. Ragi
En. Mohd Fairus Naqim B. Hassan
Cik Nur Dalila Bt Mohd Saini
Cik Wan Rabieatul ‘Adawiah Bt. Mior Othman
Pn. Patmawatie Bt Mustapa
KPLI – SR – KDC PENDIDIKAN KHAS 2
AMBILAN NOVEMBER 2009
“Apakah teoripembelajaran”
???
1. PENGENALAN
Definisi : Pembelajaran merupakan suatu aktiviti seumur hidup ia berlaku secara formal dan tidak formal.
Definisi: Teori Pembelajaran ialah merujuk kepada prinsip dan hukum pembelajaran yang dihasilkan oleh ahli psikologi pendidikan.
1.1 TEORI PEMBELAJARAN
Hasil kajian saintifik dan terancang
Hasil kajian tokoh/pakar Terbukti kesahihanBoleh diaplikasikan
1.2 TEORI BEHAVIORPembelajaran sebagai satu perubahan
dalam bentuk atau frekuensi tingkahlaku.
Dalam bentuk pendekatan behavioral, tingkahlaku pelajar dinilai sebelum memulakan pengajaran.
Pembelajaran memerlukan penyusunan (stimuli) rangsangan dalam persekitaran supaya pelajar dapat respons dan diberi pengukuhan
SAMB..
Proses melibatkan pengalamanMenghasilkan perubahan tingkah laku
atau pengetahuanPerubahan tetap dan kekal Perubahan bukan hasil kematangan
biologi.Bukan sebab kecederaan/sakit/hilang
upayaPerubahan positif atau negatif
1.3 KLASIFIKASI TEORI Empat Jenis Teori Pembelajaran:
-Behavioris-Kognitif-Sosial-Humanis
1.4 TOKOH-TOKOH PELOPOR TEORI PEMBELAJARAN
BEHAVIORIS
1.4.1 Ivan P.Pavlov (1849-1936)1.4.2 J.B. Watson (1878-1958)1.4.3 E.L Thorndike (1874-1949)1.4.4 B.F Skinner (1904-1990)
B.F. SKINNER (1904-1990)
Ahli Psikologi di Amerika SyarikatP.H.D. Bidang Psikologi dari University Harvard
Teori Pelaziman Operan Skinner
UJIKAJI TEORI BEHAVIOR
Mempercayai bahawa sesuatu tingkahlaku itu di pengaruhi oleh faktor peneguhan sama ada ganjaran atau dendaan
Apabila ada rangsangan ia akan diikuti dengan gerakbalas.
EKSPERIMEN 1 1 kotak direka khas yang di dalamnya diletak tuas
dan jika disentuh makanan akan dikeluarkan.
Seekor tikus lapar diletakkan ke dalamnya apabila tikus merayau-rayau ia tertekan tuas dan makanan akan keluar.
Ini diulang beberapa kali dan tikus itu sudah dapat mempelajari bahawa apabila lapar ia akan menarik tuas untuk mendapatkan makanan.
2. TEORI PEMBELAJARAN KONSEP KLASIK & OPERAN
Pendekatan behaviorisme percaya bahawa perangai serta tingkah laku manusia boleh dibentuk dari luar, iaitu dengan cara memanipulasikan alam sekitarnya. Manakala dalam konteks pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai perubahan ke atas tingkah laku individu yang dihasilkan oleh peristiwa-peristiwa alam sekitar. Pembelajaran juga merupakan satu proses penyesuaian hasil daripada interaksi di antara manusia dan alam sekitarnya. Apabila sesuatu yang baru dipelajari, maka tingkah laku yang lama itu akan terhapus.
2.1 KONSEP PELAZIMAN
Tingkah laku organisma berkaitan dengan rangsangan daripada persekitaran, supaya apabila rangsangan ini wujud, tingkah laku tersebut berlaku.
2 jenis :i.) Pelaziman Klasikii.) Pelaziman Operan
2.1 PELAZIMAN KLASIK
Pelaziman Klasik ialah satu proses organism mempelajari sesuatu yang baru dengan tidak melibatkan faktor-faktor dalaman.
Tokoh yang terlibat dalam pelaziman ini adalah Pavlov dan Watson.
2.1.1 TEORI PELAZIMAN KLASIK
PAVLOV Pelaziman gantian, pemindahan,
bergerak balas/ responden atau teori Ransangan (R)-Gerak Balas (G).
Gerak balas berlaku akibat sesuatu rangsangan.
Contoh: rembesan air liur anjing dengan bunyi loceng.
Keadaan Eksperimen Pavlov semasa menkaji perkaitan air liur dengan proses
pelaziman
Pavlov cuba membuktikan teori pembelajaran ini dengan menjalankan kajian ke atas anjing . Dia dapati bahawa apabila anjing melihat bekas dengan makanan, air liur haiwan itu keluar. Dia membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut telah 'belajar' mengaitkan bekas makanan yang dilihat dengan makanan yang akan diberikan kelak. Pavlov melanjutkan kajiannya dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu organisme boleh diajar bertindak dengan pemberian sesuatu rangsangan.
Rangsangan tak terlazim Gerak balas tak terlazim
makanan rembesan air liur dikesan
Rangsangan terlazim Gerak balas tiada kaitan dengan
bunyi loceng tindak balas tak terlazim
Rangsangan Rangsangan Tak Gerak Balas Tak
Terlazim Terlazim Terlazim (bunyi loceng) (makanan) (rembesan air liur dikesan)
Rangsangan Terlazim (perkaitan baru) Gerak Balas Terlazim
bunyi locengganti makanan rembesan air liur dikesan
Rajah: Teori Pelaziman Klasik Parlov
2.1.2 TEORI PELAZIMAN WATSON
Banyak dipengaruhi oleh Teori Pelaziman Klasik Parlov.
Menghuraikan tingkah laku manusia dan menjalani kajian tentang pembelajaran emosi manusia.
Emosi manusia atau perubahannya dipelajari melalui proses pelaziman.
Tikus putih, Reaksi takut dentuman kuat (gerak balas tak terlazim) (rangsangan terlazim)
Tikus putih Reaksi takut
(rangsangan terlazim) (gerak balas terlazim)
Albert menunjukkan minat terhadap tikus putih.
Tikus putih ditunjukkan kepada Albert pada kali kedua, suatu dentuman kuat dibunyikan dari belakang
Terperanjat
dan reaksi takut.
2.2 TEORI PELAZIMAN OPERAN
Gerak balas berlaku sebelum rangsangan.
Sesuatu bentuk pembelajaran seseorang individu yang menggunakan sesuatu gerak balas yang kukuh dan tetap, dipilih daripada beberapa gerak balasnya.
Kaitan rapat antara rangsangan dan tindak balas.
Perhubungan berlaku berdasarkan kepada bilangan kali latihan, keadaan kesediaan individu dan keberkesanan latihan.
Membentuk 3 hukum pembelajaran::-i. Hukum Kesediaanii. Hukum Latihaniii.Hukum Kesan
2.2.1 TEORI PELAZIMAN OPERAN THORNDIKE
Samb.. Dikenali juga sebagai Teori cuba-ralat
(1911). Ingin membuktikan bahawa manusia dan haiwan belajar melalui proses cuba jaya (cuba-ralat).
Beliau menggunakan seekor kucing untuk melihat perkaitan antara gerak balas dengan ransangan.
TEORI PELAZIMAN OPERAN THORNDIKE (1874-1949)
• Pelajar bersedia belajar
Hukum
kesediaan
3 Hukum Pembelajaran:-
• Latihan dan aktiviti pengukuhan
• Kesan pengalaman menyeronokkan
• Kesan pengalaman menyakitkan
Hukum
kesan
Hukum
latihan
pertalian antara rangsangan dan gerak balas bertambah kukuh.
pertalian antara rangsangan dan gerak balas bertambah kukuh; berulang.
gerak balas lenyap.
pembelajaran berkesan dan memuaskan.
2.2.2 TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER
B.F. Skinner
Tingkah laku operan: - Gerak balas yang dihasilkan daripada diri
sendiri, tanpa wujudnya rangsangan.
Apabila gerak balas adalah memuaskan, peluang mengulanginya bertambah.
2.3 PERBEZAAN ANTARA PELAZIMAN OPERAN DENGAN PELAZIMAN KLASIK
PELAZIMAN KLASIK PELAZIMAN OPERAN
Organisme tidak mengubah keadaan persekitaran. Contohnya, anjing Pavlov tidak ada pilihan untuk bertindak dengan mengeluarkan air liur apabila diberikan makanan dan bunyi loceng.
Organisme mempunyai pilihan untuk bertindak atau tidak kerana gerak balasnya menentukan rangsangan (makanan) yang diberikan.
3. PRINSIP-PRINSIP DALAM TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIOURIS
3.1 Peneguhano Pelajar menerima sesuatu gerak balas yang
memuaskan setelah sesuatu tingkah laku dipamerkan (Skinner, 1953)
o Dilaksanakan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi
o Sebab diberi peneguhan: Memuaskan kehendak Mengurangkan tekanan Merangsang otak
SAMB…
3.1.1 PrimerSebagai memenuhi keperluan atau dorongan asas
biologi.Contoh
Makanan bagi seorang yang lapar Keselamatan bagi seorang yang bekerja di tengah laut Kasih sayang bagi seorang anak kecil
SAMB…
Pengurangan dorongan bagi peneguhan primerPenghapusan kepuasan bagi keperluan asasAktiviti yang serta merta mendahului kepuasan keperluan atau mengurangkan dorongan diperteguhkan
3.1.2 Sekundero Rangsangan yang memperoleh sifat-sifat
peneguhan yang dikaitkan dengan peneguhan primer
o Kategori:
i. Peneguhan sosial (pujian, senyum, pelukan)
SAMB…ii. Peneguhan token atau simbolik (wang, gred,
bintang)
iii. Peneguhan aktiviti (akses kepada permainan atau aktiviti yang menyeronokkan seperti menonton televisyen)
3.1.3 Peneguhan positifo Apabila sesuatu gerak balas operan diikuti
dengan sesuatu peneguhan positif (sesuatu yang memuaskan), maka kebarangkalian bagi gerak balas operan itu berlaku akan bertambah.
o Berfungsi sebagai ganjaran yang mendorongkan individu bergerak balas.
SAMB…
o Menunjukkan rangsangan yang menyeronokkan (makanan, air, pujian, gred) yang diberi setelah berlaku gerak balas yang menjadi sasaran.
o Rangsangan yang boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkahlaku itu berulang.
Samb..- Contoh:
(1) Tikus yang memijak alat penekan dan diberikan makanan akan mengulang tingkahlaku itu dengan harapan mendapat makanan. (Eksperimen 1, Skinner)
(2) Seorang budak yang menyelesaikan kerja rumahnya dapat menonton TV akan mengulang tingkahlaku itu.
(3) Pekerja yang mencapai prestasi tinggi dalam kerjanya diberikan bonus.
3.1.4 Peneguhan negatif
o Stimuli yang dipindahkan atau dihapuskan dengan tujuan menguatkan tingkah laku positif supaya ia dapat diteruskan
o Contohnya:- Menghalau seorang murid yang membuat
bising dari kelas akan dapat menambahkan peluang murid lain supaya dapat meneruskan aktiviti pembelajaran.
SAMB…
o Kaedah meningkatkan tingkah laku melalui penghapusan rangsangan yang tidak menyeronokkan
o Contoh:- Seorang murid yang mempunyai masalah
pertuturan tidak akan bercakap kerana ia akan menyebabkan kawan-kawan mentertawakannya.
- Jika guru menerangkan kesan dari perbuatan mereka, dan memujuk mereka supaya berhenti, ini akan menggalakkan murid tadi untuk bercakap.
Tingkah laku operan
Tingkah laku operan
Peneguhannegatif
Peneguhanpositif
Kebarangkalian berulangnyat/l operan ditambah dengan memindah @ menghapuskanstimuli yang mengganggu.
Kebarangkalian berulangnyat/l operan yang diingini @ tidak diingini ditambah.
Peneguhan
Peneguhan Berterusan
PeneguhanBerkala
Jadual Nisbah Jadual Masa
Jadual NisbahTetap
Jadual NisbahBerubah
Jadual Masa Tetap
Jadual MasaBerubah
Jadual Peneguhan Skinner
INTISARI TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER
o Pembelajaran berlaku melalui pelaziman operan secara diri sendiri.
o Peneguhan ialah suatu proses yang menggunakan peneguh positif @ negatif untuk mengukuh dan mengekalkan sesuatu t/l operan yang dihasilkan.
T/L operan Peneguhan T/L operan diulangi,dihasilkan ( + / - ) diperkukuh & dikekalkan
o Peneguhan positif ialah rangsangan penting untuk menambahkan kebarangkalian gerak balas pelajar.
o Peneguhan negatif diberi untuk membawa kesan yang tidak menyeronokkan akan mengulangi t/l operan yang diingini.
o Penghapusan sesuatu t/l operan yg dihasilkan akan berlaku jika peneguhan tidak diberikan.
o Organisma boleh menguasai konsep diskriminasi melalui proses pelaziman operan.
o Dalam proses pembelajaran, konsep diskriminasi adalah penting untuk mencapai kejayaan.
3.2 DENDA & HUKUMAN (PUNISHMENT)
a) Hukuman positif (penyampaian ransangan) - amaran, marah - cth: Murid dimarah krn bermain dlm kelas
b) Hukuman negatif (penghapusan ransangan)- tindakan susulan, ditarik prioriti / keistimewaan, menghentikan keseronokan
- cth:1) Menggantung pemain bola kerana melanggar peraturan latihan 2) Budak yang tidak membantu ibu tidak diberi peluang bermain bola.
Pernahkah anda menggunakan hukuman utk mengurangkan tingkah laku?
Adakah anda berjaya mengurangkan kekerapan tingkah laku tersebut?
3.3 PENGHAPUSAN
Penghapusan ransangan yg menyenangkan yg diikuti dgn gerak balas, seterusnya mengurangkan gerak balas tersebut.
Cth : Seorang guru mugkin secara tidak sengaja memberi ganjaran kpd murid yg berteriak dgn membenarkan mereka mengambil bahagian dlm perbincangan kelas.
Selepas menyedarinya, guru akn mengenal pasti murid hanya mengangkat tangan tanpa berteriak.
Keputusannya, tingkah laku berteriak diharap dapat dikurangkan.
Pernahkah anda tidak mempedulikan murid yg ingin mendapat perhatian berulang kali?
Penghapusan adalah kunci kpd pengurusan tingkah laku murid.
3.4 PEMBENTUKAN (SHAPING)
Guru dianggap sebagai pembina tingkah laku murid dlm kelas.
Tahap pengukuran : objektif pembelajaran kpd tugasan2 kecil / kemahiran langkah demi langkah (kemahiran berakhir secara beransur – ansur), model dlm kelas
Peranan guru – pastikan murid menguasai kemahiran yg diperlukan sebelum pergi ke langkah seterusnya.
Contoh: Seorang pelajar yang sentiasa
berjenaka dan menjadi pelawak dalam kelas. Perakuan rakan sebaya (peer approval) memperkukuhkan kelakuan pelajar berkenaan. Apabila pelajar-pelajar lain ketawa tentang apa yang disebut atau dilakukan, dia terdorong untuk terus berjenaka dalam kelas. Pelajar berkenaan mungkin tidak akan menjadi pelawak jika tiada siapa dalam kelas ketawa apabila dia berjenaka.
4. IMPLIKASI TERHADAP
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
Menggunakan kemahiran
untuk membuat generalisasi
dengan tepat
Menggunakan kemahiran
untuk membuat diskriminasi
Gerak balas positif dapat
dipupuk melalui pelaziman
klasik
Memberi latihan yang cukup
untuk mengukuhkan rangsangan
dan gerak balas terlazim
IMPLIKASI TEORI PELAZIMAN PAVLOV DALAM
P&P
Memberikan latihan
kepada murid dan
dilakukan secara berulang
kali
Menggunakan rangsangan
bagi memotivasikan lagi
murid supaya murid minat
belajar
Murid perlu belajar
perhubungan gerak-gerak
balas secara sistematik
Tingkah laku boleh diajar
melalui proses pelaziman
IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN WATSON
DALAM P&P
Memberi ganjaran atau
peneguhan kepada murid
Memberi peluang murid
menikmati kejayaan dalam
pembelajaran
Kukuhkan pertalian antara
rangsangan dan gerak balas
Menggunakan motivasi yang
sesuai keatas murid
IMPLIKASI TEORI
THORNDIKE DALAM P&P
Memberi peneguhan
positif kepada murid
Menggunakan Prinsip jadual
peneguhan skinner untuk
merancang peneguhan
berterusan dan berkala
Memberi peneguhan negatif
bagi mendapat tingkah laku
yang diingini
Bantu pelajar menguasai
konsep diskriminasi melalui
proses pelaziman operan
Prinsip penghapusan melalui
pelaziman operan:untuk
memodifikasikan tingkah laku
pelajar yang idak disukai
IMPLKASI TEORI PELAZIMAN
OPERAN SKINNER DALAM
P&P
IMPLIKASI TEORI
BEHAVIORIS
DALAM P&P
Menetapkan matlamat
keatas murid
Menggunakan peneguhan
yang sesuai
Susun aras kesukaran
supaya murid mampu
menyelesaikan
masalah
Pastikan murid
sentiasa memberi
maklum balas
Pastikan pencapaian
yang baik dipadankan
dengan pengukuhan
sekunder
KESIMPULAN: PERBANDINGAN ANTARA PELAZIMAN KLASIK DENGAN PELAZIMAN OPERAN
Jenis Pelaziman Klasik Pelaziman Operan
Pelopor Utama PavlovWatson
ThorndikeSkinner
Gerak balas(Tingkah laku)
RespondenBukan inisiatif sendiriBersifat pasif
Operan Inisiatif sendiriBersifat aktif
Urutan Pelaziman Tingkah laku dihasilkan selepas rangsangan
Tingkah laku berlaku adalah kesan daripada peneguhan
Cara Pembelajaran Rangsangan tak terlazim dikaitkan dengan rangsangan terlazim Secara responden terhadap rangsangan
Menggunakan peneguhan positif / negatifSecara operan terhadap kesan daripada rangsangan