titas assignment

15
PENDAHULUAN: Sejarah merupakan sebahagian besar daripada kehidupan manusia disebabkan oleh nilai-nilai estetika, pengajaran- pengajaran yang amat berharga yang juga bertindak sebagai nasihat atau pedoman yang tidak langsung kepada para pemimpin sesuatu bangsa atau penduduk Bumi secara keseluruhannya dalam merancang untuk masa hadapan. Dalam pada itu, para sejarahwan telah menjumpai serta menjilidkan informasi yang berkaitan dengan tamadun yang pernah wujud di dunia ini sebelum ini. Bak kata pepatah, “kota Rom tidak dibina dalam satu hari”, tamadun-tamadun yang ada atau pernah wujud di dunia ini mengalami suatu kitaran evolusi yang tetap, dan dikomplemen dengan ciri-ciri yang dikenalpasti sebagai perkara paling asas dalam pembinaan sesebuah tamadun. Sebelum itu, adalah harus bagi kita untuk memahami takrif perkataan “tamadun”. Dalam Kamus Dewan, tamadun telah ditakrifkan sebagai “kebudayaan, kemajuan atau peradaban”. Dalam Bahasa Inggeris tamadun telah disebutkan sebagai civilization yang berasal dari perkataan Latin iaitu citivas, yang bermaksud bandar. Dalam Bahasa Arab, tamadun telah disebutkan sebagai ‘umran yang pertama kalinya digunakan oleh Ibn Khaldun dalam karyanya Al-Muqaddimah untuk menerangkan sifat masyarakat dalam kalangan manusia, juga hadarah yang bermaksud kehidupan menetap, suatu wilayah, daerah bandar atau kampung dari kawasan tanah yang didiami. Kemudian, perkataan Arab madaniyyah telah wujud bagi menerangkan tentang tamadun. (Farid TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 1

Upload: jack-napier

Post on 21-Jul-2016

742 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Titas Assignment

PENDAHULUAN:

Sejarah merupakan sebahagian besar daripada kehidupan manusia

disebabkan oleh nilai-nilai estetika, pengajaran-pengajaran yang amat berharga

yang juga bertindak sebagai nasihat atau pedoman yang tidak langsung kepada

para pemimpin sesuatu bangsa atau penduduk Bumi secara keseluruhannya dalam

merancang untuk masa hadapan. Dalam pada itu, para sejarahwan telah menjumpai

serta menjilidkan informasi yang berkaitan dengan tamadun yang pernah wujud di

dunia ini sebelum ini. Bak kata pepatah, “kota Rom tidak dibina dalam satu hari”,

tamadun-tamadun yang ada atau pernah wujud di dunia ini mengalami suatu kitaran

evolusi yang tetap, dan dikomplemen dengan ciri-ciri yang dikenalpasti sebagai

perkara paling asas dalam pembinaan sesebuah tamadun.

Sebelum itu, adalah harus bagi kita untuk memahami takrif perkataan

“tamadun”. Dalam Kamus Dewan, tamadun telah ditakrifkan sebagai “kebudayaan,

kemajuan atau peradaban”. Dalam Bahasa Inggeris tamadun telah disebutkan

sebagai civilization yang berasal dari perkataan Latin iaitu citivas, yang bermaksud

bandar. Dalam Bahasa Arab, tamadun telah disebutkan sebagai ‘umran yang

pertama kalinya digunakan oleh Ibn Khaldun dalam karyanya Al-Muqaddimah untuk

menerangkan sifat masyarakat dalam kalangan manusia, juga hadarah yang

bermaksud kehidupan menetap, suatu wilayah, daerah bandar atau kampung dari

kawasan tanah yang didiami. Kemudian, perkataan Arab madaniyyah telah wujud

bagi menerangkan tentang tamadun. (Farid Wadji dan Syeikh Muhammad ‘Abduh,

1899) Antara pemikir-pemikir tamadun yang telah menyumbang dalam menakrifkan

tamadun adalah seperti Jurji Zaydan, Farid Wajdi, Muhammad Abduh, Malid

Bennabi, Ibn Khaldun dan Ferdinand Tonnies.

Selepas menjalani banyak kajian dan perkongsian maklumat serta idea

antara para pengkaji tamadun dari serata dunia, adalah dipersetujui bahawa setiap

tamadun yang pernah masyhur di dunia ini mempunyai ciri-ciri yang sama dalam

tamadun-tamadun tersebut.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 1

Page 2: Titas Assignment

CIRI-CIRI TAMADUN DI ALAM MELAYU

1.0 Alam Melayu

Alam Melayu yang juga dikenali sebagai Tamadun Melayu, Kepulauan

Melayu (Malay Archipelago), gugusan kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara dan

Alam Jawi ini merupakan tamadun yang telah lama bertapak di Asia Tenggara. Ia

merangkumi kawasan kepulauan yang merentasi seluruh Asia Tenggara sehingga

sempadan Australia. Alam Melayu merujuk kepada sebuah tamadun yang dibentuk

oleh sekelompok manusia yang secara luasnya digolongkan sebagai kumpulan

orang Melayu. (Prof. Madya Dato’ Zainal Abidin Borhan, 2008) Masyarakat Melayu

sebenarnya telah bertapak di Asia Tenggara sejak 5000 tahun yang lalu.(Ahmad

Hakimi, 2006; Bellwood, 1997; Prof. Madya Dato’ Zainal Abidin Borhan, 2008) yang

dipercayai datang ke Asia Tenggara dari kawasan utara pada zaman neolitik melalui

laluan air. Namun, terdapat sarjana-sarjana tempatan yang berpendapat bahawa

orang Melayu merupakan penduduk asal Asia Tenggara ini seperti yang boleh

dibuktikan melalui penemuan artifak di Tapak Penempatan Paleolitik Kota Tampan

bahawa orang Melayu telah menetap di Asia Tenggara sejak 12,000 tahun yang lalu.

(Ahmad Hakimi, 1998; Nik Hassan Suhaimi, 1993; Prof. Madya Dato’ Zainal Abidin

Borhan, 2008) Kira-kira 10,000 tahun yang lalu, Asia Tenggara merupakan sebuah

dataran besar yang merangkumi pulau Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu,

Pulau Jawa dan juga Pulau Borneo, sebelum kenaikan paras air laut akibat

pencairan glasier dan ais di kutub-kutub utara dan selatan. (Ahmad Hakimi, 1998;

Prof. Madya Dato’ Zainal Abidin Borhan, 2008)

Alam Melayu merupakan tapak bagi penubuhan banyak tamadun yang agung

di dunia ini yang dihormati serta dikaji hingga ke hari ini, seperti kerajaan Srivijaya,

kerajaan Oc-Eo di Funan, Langkasuka, Kuala Selinsing, Lembah Bujang, Kerajaan

Kesultanan Melayu Melaka dan banyak lagi. Hal ini berlaku disebabkan oleh

kedudukan ia yang strategik yang terletak di tengah-tengah laluan perdagangan

Timur dan Barat, dan juga kekayaan sumber alam semula jadi ia. Alam Melayu telah

mengalami dua bahagian perkembangan yang amat berbeza iaitu pra-kedatangan

Islam dan pasca-kedatangan Islam. Maka, sarjana-sarjana seringkali kategorikan

kerajaan-kerajaan yang pernah wujud di Alam Melayu ini dalam dua kategori:

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 2

Page 3: Titas Assignment

Kerajaan-kerajaan sebelum kedatangan Islam juga kerajaan-kerajaan selepas

kedatangan Islam.

2.0 Ciri-ciri Tamadun dalam kerajan-kerajaan Alam Melayu:

2.1 Sistem Kepercayaan dan Agama:Ciri-ciri pertama yang penting dalam sesebuah tamadun adalah wujudnya

sistem kepercayaan dan agama. Agama merupakan tunjang utama dalam

kehidupan yang menjaminkan sahsiah yang terhormat. Malah, Osman Bakar telah

menerangkan dalam karya yang disunting oleh beliau “Modul Pengajian Tamadun

Islam dan Tamadun Asia” bahawa “agama berperanan membentuk pandangan

semesta seseorang dan sesebuah masyarakat serta perilaku tindakan mereka

dalam kehidupan” (m.s 10).

Di Alam Melayu, agama telah memainkan peranan yang amat besar dalam

perkembangan keseluruhan tamadun-tamadun sehingga dapat meninggalkan legasi

yang kekal dikagumi sehingga ke hari ini. Pada zaman pra-kedatangan Islam,

tamadun-tamadun yang menapak di Alam Melayu menganut agama Hindu-Buddha,

seperti yang boleh dilihat daripada monumen keagamaan seperti candi Lembah

Bujang, candi Borobudur di Jogjakarta dan Angkor Wat di Kemboja. Mereka

merupakan bukti yang menggambarkan penghayatan tamadun-tamadun silam

terhadap kehidupan yang berasaskan kepercayaan dan agama.

Setelah kedatangan Islam, kerajaan-kerajaan yang wujud di Alam Melayu

mula memeluk agama Islam melalui pelbagai cara seperti pengislaman melalui

perkahwinan, pengislaman melalui dakwah para pedagang dan ulama dan

sebagainya. Ia telah meninggalkan legasi yang masih hidup hingga ke hari ini dan

telah memberikan kesan dalam pelbagai bidang, khususnya dalam pandangan

semesta Tamadun Melayu. Selain itu, para sarjana Islam telah membuat penegasan

tentang kedudukan, peranan serta pengaruh Islam sebagai pemangkin tamadun

Islam. Sebagai contoh, Muhammad Abduh dalam Tafsir al-Manar telah membuat

satu generalisasi bahawa semua tamadun dibangunkan di atas asas agama.

(Osman Bakar et al, 2009)

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 3

Page 4: Titas Assignment

2.2 Penempatan Masyarakat Manusia Di Sesebuah Kawasan:Ciri-ciri yang kedua dalam sesebuah tamadun adalah wujudnya penempatan

masyarakat manusia di sesebuah kawasan. Kehidupan menetap yang pada

mulanya terdiri daripada kampung-kampung yang didirikan berhampiran sungai akan

melahirkan corak hidup yang sistematik. Kemudian kampung-kampung ini

berkembang dan menjadi bandar-bandar yang berperanan sebagai pusat-pusat

tamadun awal. Antara petempatan awal yang berkembang menjadi pusat tamadun

awal ialah Tamadun Indus, Tamadun Mesir, Tamadun Mesopotamia dan Tamadun

Hwang Ho.

Di Alam Melayu, kewujudan kerajaan-kerajaan Agraria seperti kerajaan

Angkor dan kerajaan-kerajaan maritim seperti kerajaan Kesultanan Melayu Melaka

bermulanya kerana penduduk telah mula hidup menetap berdekatan lembah sungai

atau tepi laut (sumber air) untuk menjalani kehidupan mereka, yang akhirnya

berkembang menjadi sebuah kerajaan. Sudah semestinya, terdapat beberapa faktor

dalam orang ramai menetap di sesebuah kawasan, seperti kekayaan alam sekitar di

sekeliling mereka yang boleh menampung keperluan air, makanan dan sumber-

sumber lain untuk kelangsungan kehidupan mereka. Kedudukan yang strategik juga

merupakan satu faktor yang amat penting kerana para penduduk akan terlindung

daripada ancaman-ancaman seperti haiwan buas atau malapetaka alam sekitar

seperti ribut monsun, banjir yang kerap dan sebagainya. Kedudukan yang strategik

juga dapat membantu sesebuah kerajaan berkembang kerana dapat berhubung dan

berdagang dengan tamadun-tamadun lain seperti kerajaan Melaka yang terletak di

Selat Melaka, yang menjadi pelabuhan perhentian yang amat penting di Laluan

Sutera.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 4

Page 5: Titas Assignment

2.3 Peningkatan Kualiti Kehidupan Yang Lebih BaikSelepas menetapnya di sesebuah kawasan, para penduduk sesebuah

tamadun akan berusaha meningkatkan kualiti kehidupan ke tahap yang lebih baik

bagi memudahkan urusan seharian.

Dari sini, mereka mula menerokai teknologi yang boleh digunakan untuk

bantu menyenangkan urusan kehidupan mereka dan untuk meningkatkan efisiensi

pekerjaan mereka. Sebagai contoh, bagi meningkatkan lagi produktiviti kegiatan

pertanian demi menampung keperluan kerajaan mereka sendiri dan untuk tujuan

ekonomi, kerajaan Angkor telah berjaya menguasai teknologi atau ilmu membina

terusan dan empangan untuk mengairi sawah-sawah dan ladang-ladang mereka.

Selain daripada itu, mereka juga telah menggunakan pukat dan jala untuk

menangkap ikan di Tasik Tonle Sap yang juga menjadi sumber makanan yang amat

penting. Selain daripada mencipta teknologi baru, tamadun Melayu juga bijak

mengubahsuai teknologi yang diperkenalkan oleh tamadun lain mengikut cita rasa

kebudayaan Melayu sehinggakan ia menjadi satu bentuk lain yang menunjukkan

daya kreatif kebudayaan Melayu dan kebijaksanaan tempatan. (Osman Bakar et al,

2009, 73) Dalam bidang pertanian, orang Melayu telah memperkenalkan cara untuk

membajak sebelum penanaman sawah dan tanaman lain dan sistem saliran air.

Dalam teknologi alam bina, orang Melayu telah membina rumah dan masjid seperti

rumah kutai, rumah panjang, kubah dan masjid Kampung Laut. Dalam teknologi

tekstil dan warna, orang Melayu telah menunjukkan kreativiti dalam mencanting batik

dan mencipta mesin tenun. Dalam sains ukuran, timbangan dan sukatan, mereka

memperkenalkan unit ukuran seperti jengkal, hasta, mayam, ling, cupak, pekan,

purnama dan sebagainya.

Selain daripada itu, para pemimpin juga serata penduduk juga telah mula

libatkan diri dalam perdagangan antara tamadun dan ini boleh menampakkan barter

barangan untuk kepentingan kedua-dua pihak. Barangan penting atau barang

kemas yang dibarter akan digunakan untuk perdagangan seterusnya atau sebagai

barang kemas kerabat diraja. Perkara ini boleh dibuktikan dengan penemuan manik-

manik dan wang syiling Portugis di pelabuhan Melaka yang membuktikan kewujudan

perdagangan dalam kalangan penduduk kerajaan Melaka dan penemuan manik-

manik di tapak ekskavasi kerajaan Angkor yang mencadangkan bahawa barang-

barang ini dijadikan barang kemas milik kerabat diraja kerajaan Angkor.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 5

Page 6: Titas Assignment

2.4 Sistem Organisasi dan Institusi Sosial dalam Politik, Pentadbiran, Ekonomi, dan Pendidikan yang Lebih Baik dan Teratur

Sesebuah tamadun amat memerlukan sistem organisasi yang amat efisien

bagi memastikan kedamaian dan urusan kehidupan yang lancar, sama ada dari segi

politik, pentadbiran, ekonomi atau pendidikan.

Dalam pentadbiran, falsafah tamadun-tamadun tradisional amat menekankan

persoalan moral atau akhlak sebagai dasar sesebuah kerajaan. Dalam tamadun

Islam, al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun telah menumpukan

perhatian kepada ciri-ciri kepimpinan yang saksama dan adil. Kesetiaan kepada raja

dan perlindungan yang diberikan oleh raja kepada rakyat merupakan dimensi

penting kerajaan dalam tamadun-tamadun tradisional.

Dalam politik, tamadun-tamadun di Alam Melayu telah mengambil langkah-

langkah yang amat mesra dalam berhubung dengan tamadun lain. Tamadun-

tamadun ini telah berinteraksi dengan tamadun lain untuk berkongsi nilai, pemikiran,

institusi dan keinsanan, selain daripada memenuhi kepentingan dan keperluan

ekonomi masing-masing. (Osman Bakar et al, 2009) Kerajaan Melaka misalnya telah

mengekalkan hubungan yang rapat dengan kerajaan-kerajaan lain pada ketika itu

demi kebaikan serantau seperti kerajaan China, kerajaan-kerajaan dari Barat dan

kerajaan-kerajaan Islam serantau melalui perkahwinan, perdagangan dan

sebagainya.

Dari segi ekonomi, disebabkan oleh undang-undang yang ditulis berasaskan

agama Islam, maka sistem ekonomi yang berteraskan keadilan telah diperkenalkan,

di mana riba dan segala bentuk penindasan telah diharamkan. Contoh kerajaan

yang mengamalkan sistem ekonomi sebegini adalah kerajaan Melaka yang

mempunyai undang-undang Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut

Melaka yang juga telah menyentuh pelbagai aspek termasuklah ekonomi.

Alam Melayu telah berjaya menempatkan pendidikan sebagai satu aspek

yang amat penting, yang akhirnya memberikan kebaikan kepada rakyat jelata yang

mendapat akses kepada pendidikan demi kemajuan kerajaan. Ilmu merupakan teras

agama Islam dan meduduki tempat yang tinggi dalam agama Islam. (Wan Mohd.

Wan Nor. Daud) Maka, Islam telah mewajibkan pendidikan dalam kalangan

umatnya, dimulai dengan budaya membaca. Bukti ketamadunan kerajaan-kerajaan

Islam lebih menjurus kepada perkembangan ilmu pengetahuan. Istana dan masjid

telah berfungsi sebagai pusat pengembangan ilmu dan agama Islam.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 6

Page 7: Titas Assignment

Berbeza dengan ilmu yang dikembangkan pada zaman kerajaan Melayu sebelum

Islam, ilmu pada zaman kesultanan Melayu Islam dikembangkan kepada semua

kumpulan manusia – pemerintah, pembesar dan orang awam. (Osman Bakar, 2009)

2.5 Kemunculan Bahasa yang serumpun dengan satu sistem tulisan yang tersendiri (bagi perantaraan komunikasi, perakaman, penyampaian dan pewarisan khazanah tamadun dalam pelbagai bidang ilmu)

Sesebuah tamadun yang berjaya tidak akan kurangnya satu bahasa atau

rumpunan bahasa yang rasmi dan tersendiri. Kejayaan tamadun-tamadun lain

seperti tamadun Yunani, tamadun China dan lain-lain dalam mencipta bahasa dan

sistem tulisan sebenarnya juga telah direplikasikan oleh tamadun-tamadun di Alam

Melayu, terutamanya selepas datangnya agama Islam.

Bahasa Melayu yang digunakan oleh kerajaan Melayu Islam di Alam Melayu

telah berkembang menjadi lingua franca kerana sifat bahasa itu yang sederhana dan

mudah menerima pengaruh luar. Perkembangan bahasa Melayu ini telah menjadi

bukti ketamadunan kerajaan-kerajaan Melayu Islam yang lebih menjurus kepada

perkembangan ilmu pengetahuan. Lebih-lebih lagi apabila bahasa Melayu telah

berkembang dari lingua franca kepada bahasa agama juga bahasa ilmu.

Perkembangan ilmu pengetahuan dan bahasa serta sistem tulisan ini

akhirnya telah melahirkan tokoh-tokoh alim ulama, termasuklah Hamzah Fansuri,

Arshad al-Banjari, Syeikh Daud al-Fatani, Yusuf al-Makasari, Abdul Samad al-

Falimbani, Wali Songo dan Raja Ali Haji.

Selain daripada itu, Kesultanan Melayu Melaka dan kesultanan Melayu Islam

yang lain seperti Acheh, Pasai, Perlak, Patani dan Johor-Riau-Lingga telah menjadi

pusat keintelektualan dan persuratan Melayu. Antara karya-karya yang dihasilkan

pada zaman itu termasuklah Hikayat Raja-Raja Pasai, Hikayat Amir Hamzah,

Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang Laut Melaka, Adat Raja-Raja Melayu,

Hikayat Hang Tuah dan Sulalat al-Salatin atau Sejarah Melayu.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 7

Page 8: Titas Assignment

2.6 Sistem Perundangan Yang Teratur; Sistem Nilai serta Moral yang Berwibawa

Manusia memerlukan undang-undang untuk memastikan ketertiban tingkah

laku dan kedamaian dalam sesuatu komuniti dalam segala kegiatan kehidupan.

Maka, sistem perundangan yang teratur adalah satu ciri-ciri yang penting dalam

sesebuah tamadun.

Di Alam Melayu, setiap tamadun yang pernah bertapak di situ mempunyai

undang-undang ia yang tersendiri, yang biasanya berasaskan pada pantang larang

agama yang dianuti dan juga kitab-kitab agama tersebut.

Selepas kedatangan Islam, tamadun Melayu yang menikmati zaman

gemilangnya pada ketika itu, seperti kerajaan Melaka telah menggubal undang-

undang yang berlandaskan sistem perundangan Islam serta adat resam Melayu,

yang dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.

Melalui pengenalan sistem perundangan Islam yang baru ini, Islam telah

memperkenalkan suatu sistem pemerintahan yang menentang kezaliman dan

menegakkan keadilan. Kuasa dan kepimpinan politik adalah amanah kerana konsep

setiap pemimpin atau raja merupakan wakil Tuhan di Bumi seperti yang

diperkenalkan oleh agama lain telahpun ditukar kepada konsep bahawa setiap

pemimpin dipertanggungjawabkan di hadapan Allah S.W.T adalah khalifah, dan

rakyat bertanggungjawab untuk mentaati pemimpin selama mana pemimpin tersebut

mentaat Allah S.W.T dan Rasul S.A.W.

Kedatangan Islam ke Alam Melayu juga telah membawa kepada perubahan

kepada pandangan serta pegangan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat.

Dari segi sosial, penyerapan agama Islam ke dalam tamadun Melayu telah

membawa kepada pengenalan prinsip sosial yang berteraskan keadilan, persamaan,

kehormatan dan kemuliaan insan. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Nahl (16:90)

yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat

kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat;

dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan

yang keji dan mungkar serta kezaliman…”

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 8

Page 9: Titas Assignment

Dengan itu, orang Melayu telah mengekalkan unsur-unsur pandangan

semesta sebelum Islam dan telah menerima pandangan semesta Tamadun Melayu

yang banyaknya berasaskan akidah Islam. Antara nilai-nilai yang diterapkan hingga

ke saban hari adalah ketaatan kepada sultan dan menghormati pemimpin,

berpegang teguh kepada adat resam, memuliakan yang tua, mengutamakan ikatan

kekeluargaan dan hubungan silaturahim, saling menghormati, meraikan tetamu,

bertimbang rasa, bersopan santun, berbudi bahasa, bermesyuarah atau

bermuafakat serta bergotong-royong.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 9

Page 10: Titas Assignment

RUMUSANAlam Melayu tidaklah kurangnya warisan yang amat dikagumi dunia daripada

negara-negara lain seperti Mesir, Greece, negara-negara Amerika Latin dan

sebagainya, malah kita harus bersyukur sebab kita telah mendapat warisan yang

jauh lebih dihargai di negara-negara lain. Kebijaksanaan para pemimpin telah

berjaya mewarisi karya-karya, mitos-mitos yang menjadi pedoman kepada generasi-

generasi akan datang, menjadi contoh dan teladan kepada generasi-generasi akan

datang dalam memerintah kerajaan yang berbilang kaum dan adakan hubungan

diplomatik yang sihat dengan negara-negara lain dan menjadi khalifah yang menurut

firman Allah s.w.t dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Tamadun Melayu sememangnya telah menerima pelbagai pengaruh daripada

pegangan agama yang dianuti, seperti Hindu, Buddha dan Islam. Hal ini telah

menyebabkan bangsa-bangsa yang menetap di Alam Melayu telah mewarisi cara

hidup yang amat bermoral dan tertib. Selain daripada itu, cara pemerintahan yang

begitu toleransi, adil dan saksama juga telah diwarisi yang telah menampakkan

Tamadun Melayu mengalami zaman gemilang.

Sebagai konklusi, tamadun-tamadun yang pernah wujud di Alam Melayu juga

mempunyai ciri-ciri tamadun yang dapat membuktikan kewujudan dan kemegahan

mereka dan juga sumbangan mereka terhadap pembangunan tamadun-tamadun

lain dan kepada dunia ini sehingga ke hari ini.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 10

Page 11: Titas Assignment

REFLEKSI Tugasan ini telah berjaya membuatkan saya memahami lagi akan sebab-

sebab dan asal-usul kedamaian dan harmoni yang kita menikmati ini. Dengan sistem

pendidikan Malaysia yang telah memberikan bangsa Malaysia mempelajari mata

pelajaran Sejarah sejak usia yang muda lagi, saya yakin bahawa generasi-generasi

yang akan datang pasti akan terus mewarisi ilmu-ilmu agung yang diwarisi oleh

tamadun-tamadun terdahulu seperti Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dan

sebagainya.

Memandangkan keadaan politik di Malaysia yang semakin tidak stabil, kita

harus berhati-hati dan lebih sensitif akan perkara-perkara di sekeliling kita dan

mengambil pedoman daripada kejatuhan tamadun-tamadun terdahulu yang

berpuncakan pelbagai ketidakstabilan dari segi politik, sosial dan ekonomi. Oleh itu,

dengan tugasan ini, saya telah dapat memupuk sikap yang lebih terbuka dan

memupuk sikap lebih menghormati pemimpin seperti mana yang diamalkan oleh

rakyat jelata dalam Tamadun Islam seperti Kerajaan Johor-Riau, Kerajaan Melaka

dan sebagainya.

Selain itu, tugasan ini juga telah menyedarkan saya akan kepentingan adanya

kehidupan beragama dan sumbangan agama-agama kepada Alam Melayu,

khususnya agama Islam yang telah bantu bangsa Melayu membentuk nilai-nilai

hidup yang begitu mesra yang kekal hingga ke hari ini. Lebih-lebih lagi, cara hidup

ini akhirnya telah assimilasi dengan kaum-kaum lain yang hidup di rantau Alam

Melayu ini, sebagai contohnya Malaysia dan membentuk bangsa yang baru: bangsa

Malaysia, seperti yang diaspirasikan oleh Perdana Menteri kita, Yang Amat

Berhormat, Dato’ Seri Mohd. Najib bin Tun Razak. Usaha beliau yang begitu

menunjangkan keamanan dan kehidupan harmoni dapat disaksikan dari konsep

1Malaysia yang diperkenalkan dan saya harap semua orang doakan sama-sama

agar konsep dan tujuan mulia ini dapat direalisasikan di Malaysia dalam jangka

masa terdekat.

Keseluruhannya tugasan ini merupakan tugasan yang penuh pengisian dan

tauladan yang dapat saya harapkan. Saya harap agar tugasan ini dapat memberikan

ilmu dan manfaat kepada semua umat manusia secara pukalnya dan rakan-rakan

seperjuangan di Institut Perguruan Teknik ini khususnya.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 11